Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

Oleh:

Datin Dr. Paizah Haji Ismail


Pendahuluan
 Masalah pengguguran anak bukan perkara baru, tetapi
terus memerlukan perhatian.
 Dalam kitab-kitab fiqh klasik ia dibincangkan dalam
bab “Jenayah” kerana kesan perbuatan seperti itu
boleh melibatkan soal pembunuhan bayi dan sebagai
nya.
 Pada hari ini ia boleh menyentuh berbagai aspek.
Bukan sahaja hukum jenayah, tetapi juga persoalan
sosial, perubatan dan sebagainya.
Konsep Pengguguran
 Dalam kertas ini tidak ada perbincangan tentang hal-
hal yang berkait dengan perlakuan sebelum hamil,
misalnya pencegahan hamil dengan berbagai cara
yang ada sejak dahulu sampai sekarang
 Sebaliknya kertas ini menumpukan kepada persoalan
tentang apa yang berlaku sesudah berlaku hamil,
kerana “penggguguran” hanya boleh berlaku bila ada
“hamil”.
Konsep Hamil atau Mengandung
 Persoalan paling awal dalam perbincangan ini ialah apa itu
hamil atau mengandung dan bila ia bermula.

 Di kalangan para fuqaha klasik ada beberapa pandangan atau


teori tentang persoalan ini, seperti berikut:

1. Teori “Kemasukan Benih” (Nutfah) : Maksudnya, proses


mengandung bermula bila sahaja mani lelaki masuk ke dalam
rahim perempuan berkenaan.

2. Teori “Percampuran Benih” (`Alaqah) : Maksudnya, proses


mengandung bermula apabila berlaku pertautan antara benih
lelaki dan benih perempuan dan membentuk segumpal darah.
Konsep Hamil ( samb. )
3. Teori “Mudghah”: Maksudnya, apabila kandungan
berkenaan sudah membentuk segumpal daging / sama ada
sudah ada sifat manusia ( mukhallaqah ) atau tidak ( ghair
mukhallaqah ), barulah ibu berkenaan benar-benar
dianggap mengandung

4. Teori tiupan ruh. Maksudnya kandungan berkenaan sudah


mula bernafas, iaitu selepas empat bulan pertama dikira
dari mula-mula mani masuk ke dalam rahim.
 Berasaskan kedudukan tersebut peringkat yang dilalui
oleh kandungan dalam perut ibunya adalah seperti
berikut.
1. Nutfah: Peneriman benih lelaki oleh rahim
perempuan
2. `Alaqah: Pertautan antara benih lelaki dan benih
perempuan di dalam rahim ( Pembentukan gumpalan
darah
3. Mudhghah: Pembentukan gumpalan daging
4. Nafkh al-Ruh: Mula bernyawa (Selepas tempoh 120
hari)
Persoalan Hukum
 Apakah sama hukum menggugurkan kandungan
dalam apa sahaja peringkat berkenaan?
 Jawapan:
 Dalam menjawab persoalan ini ada dua keadaan yang
perlu dibezakan, iaitu:
1. Melakukan pengguguran sebelum kandungan berkenaan
bernyawa, iaitu sebelum 120 hari
2. Melakukan pengguguran selepas kandungan berkenaan
bernyawa, iaitu selepas 120 hari
Pengguguran Sebelum Kandungan
Bernyawa
 Ada tiga pendapat di kalangan fuqaha berhubung
persoalan ini:

1. (Hanafi): Boleh dilakukan tanpa haram. Kerana


dalam keadaan itu kandungan berkenaan belum
menjadi manusia

2. (Jumhur): Haram dilakukan. Kerana walaupun ia


belum benar-benar menjadi manusia tetapi cukup
berpotensi untuk menjadi manusia.
Pengguguran Sebelum Bernyawa (samb. )
3. (Sesetengah Para Fuqaha): Berbeza mengikut ditil perkembangan
kandungan berkenaan:
1. Nutfah: (Sebelum empat puluh hari) Harus/makruh ,
berasaskan kepada qias atas ‘Azal

2. Alaqah: (Segumpal darah/ Lepas empat puluh hari), ada dua


pandangan:
 Halal , kerana belum bersifat manusia
 haram, walaupun bukan lagi manusia tetapi berpotensi
untuk menjadi seperti itu

3. Mudhghah: (Gumpalan Daging): Haram, iaitu sama dengan


pandangan jumhur fuqaha.
Asas Perbezaan
 Pada prinsipnya ada dua sebab kepada berlakunya
perbezaan pendapat di atas:

1. Pada peringkat itu kandungan berkenaan belum


bernama manusia

2. Perbuatan menggugurkan kandungan pada peringkat


nutfah boleh diqiyaskan dengan membuang mani di
luar rahim, iaitu `azal
Ulasan
 Walaupun kandungan berkenaan pada waktu itu
belum bernama manusia, tidak bererti ia boleh
digugurkan, kerana Ia adalah sesuatu yang
berkembang subur dan bermanfaat

 Qiyas membuang nutfah dengan `azal tidak boleh


dilakukan kerana antara dua perbuatan berkenaan
tidak serupa. (Qiyas Ma`a al-Fariq)
Pandangan Fiqh Semasa
 Pada pandangan Fiqh semasa:
 Pandangan jumhur fuqaha lebih wajar diterima bagi
mengelak ekploitasi.
 Prinsip “Sadd al-Dzariah” boleh dijadikan asas kepada pilihan
berkenaan
 Bagaimanapun, atas sebab-sebab yang kritikal prinsip ini
boleh dikecualikan berasaskan prinsip Maslahah. Antara
contohnya ialah:
 Adanya ancaman terhadap nyawa ibu

 Kecacatan yang sangat seriaus, berasaskan nasihat pakar

 Kadungan berkenaan terhasil daripada perbuatan rogol


Pengguguran Selepas Bernyawa
 Ijma’ Para fuqaha bahawa pengguguran kandungan
selepas ianya bernyawa (120 hari) adalah haram dan
merupakan satu jenayah.

 Walau bagaimana pun hukum ini ada


perkecualiannya, iaitu apabila ia merupakan ancaman
terhadap keselamatan nyawa ibu.
Alasan Para Fuqaha
 Alasan para fuqaha ialah:
 Bila ada pertentangan antara keselamatan ibu dan
keselamatan kandungan maka keselamatan ibu perlu
diutamakan.
 Sebabnya kerana “hidup” ibu sudah jelas, sedangkan
“hidup” kandungan sekadar anggapan semata-mata

 Namun kemajuan perubatan moden menjadikan


alasan berkenaan kurang kuat lagi.
Alasan (samb.)
 Maka yang paling tepat ialah menggunakan prinsip
maqasid syariah iaitu “Menghasilkan kebaikan
(Maslahah) dan menghindarkan keburukan
(Mafsadah)
 Maksudnya: Selagi kepentingan kedua belah pihak
boleh dilindungi maka kedua-duanya perlu dilindungi
 Kalau tidak pilih sahaja yang lebih utama pada
pandangan perubatan moden.
Fatwa semasa
 Di Malaysia fatwa semasa yang dikeluarkan boleh dirumuskan seperti
berikut:
1. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga
empat puluh hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu
dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri
2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus
sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit dan boleh membahayakan
nyawa ibu
3. Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah
haram kerana pengguguran itu dianggap suatu jenayah keatas janin
yang telah ditiup ruh
4. kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu
atas sebab kecacatan yang teruk.
Fatwa Semasa ( samb. )
 Selain itu fatwa berkenaan menyebut:
 Rogol:
 Haram menggugurkan kandungan janin yang telah
berumur lebih 120 hari
 kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh
keatas janin yang telah ditiupkan roh kecuali
pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
 Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari
adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit
teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu
Fatwa Semasa ( samb. )
 Seterus nya fatwa berkenaan menyebut:
 Zina:
 Menggugurkan kandungan zina adalah haram dalam semua
keadaan kecuali mengekalkan kandungan akan
memudaratkan nyawa ibu

 Orang Kelainan Upaya:


 OKU (ujian akal di bawah paras 80), harus menggugurkan
kandungan yang berusia kurang daripada 120 hari
 Haram menggugurkan kandungan yang berusia lebih
daripada 120 kecuali jika memudaratkan nyawa ibu

You might also like