Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

EKONOMI ASAS SPM 2017

MODUL
PELAJAR POTENSI CEMERLANG
SOALAN KBAT EKONOMI ASAS
SPM 2017

HASILAN
KAKITANGAN SUMBER EKONOMI ASAS
JPN PERAK

SAYA YAKIN AKAN MENCAPAI SASARAN

PERCUBAAN SPM TARGET SPM 2016

NAMA
TINGKATAN

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


1
Soalan: 1

Penetapan gaji minimum tahun 2016

Berdasarkan keratan akhbar di atas, kerajaan telah menetapkan gaji minimum sektor
swasta dinaikan dari RM 900 kepada RM 1000 di Semenanjung Malaysia dan dari RM 800
kepada RM 920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

a) Beradasarkan ilmu ekonomi yang anda pelajari, adakah anda bersetuju dengan
penetapan gaji minimum tersebut? Hujahkan pendapat anda.
(5 markah)

Soalan 2:

“Kejatuhan harga getah membimbangkan kepada penoreh getah yang hanya bergantung
hidup kepada komoditi ini”.

a) Berdasarkan pernyataan ini, jelaskan masalah pergantungan ekonomi kepada


komoditi ini? [ 4markah]

b) Terangkan langkah yang sesuai yang sepatutnya dijalankan oleh kerajaan bagi
menangani isu tersebut? [ 4markah]

c) Apakah kemungkinan kesan pergantungan ekonomi Negara kepada komoditi ini?


[4markah]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


2
Soalan: 3

TPPA (PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK)

Maklumat diatas berkaitan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-pasifik (TPPA) yang


telah ditandatangani oleh Malaysia dengan negara-negara TPP.

a) Jelaskan perubahan bentuk sekatan perdagangan Malaysia kesan dari TPPA?


[4 markah]
b) Sebagai isi rumah, jelaskan kesan TPPA terhadap ekonomi Malaysia?
[6 markah]

Soalan: 4

NEGARA KEKURANGAN PEKERJA TEKNIKAL MAHIR


PERMINTAAN terhadap pekerja mahir terutama dalam sektor teknikal terus kritikal
walaupun negara ini mempunyai tenaga buruh muda, berpendidikan tinggi dan kadar
pengangguran rendah
Wartawan sinar harian 6 november 2013
Pada pendapat anda, apakah kesan masalah di atas kepada firma tempatan. [5 markah]
- Firma kekurangan faktor pengeluaran / buruh mahir
- mengambil pekerja asing

Pada pendapat anda, apakah kesan masalah di atas kepada firma tempatan.
[5 markah]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


3
Soalan : 5

Jadual di bawah berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Firma QC.

Teknik Telefon Bimbit Komputer Peribadi


pengeluaran (unit) (unit)
A 250 40
B 180 95

Firma QC telah mengambil keputusan menukar teknik pengeluaran dari A ke B .


Mengapa Firma QC bertindak sedemikian. Beri alasan.
[5 markah]

Soalan: 6

Kadar faedah meningkat?


Kadar faedah telah naik kepada 15-18 peratus berbanding sebelum krisis iaitu 9 hingga 12 peratus,
dan ramai yang merasakan kesan kenaikan yang mendadak ini.

Kenaikan kadar faedah boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi.


Jelaskan.
[5 markah]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


4
Soalan:7

Berita berikut berkaitan dengan tenaga buruh di Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri pada tahun lalu melaporkan pekerja asing berdaftar di negara ini berjumlah 2.1 juta
atau 15.5 peratus daripada keseluruhan guna tenaga di Malaysia, manakala pekerja asing tanpa izin dianggarkan
berjumlah melebihi tiga juta orang. Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja separa mahir dan tidak mahir yang
mendominasi sektor pembuatan, pertanian, pembinaan dan perkhidmatan. Pada tahun 2015, pegawai dagang yang
merupakan pekerja asing secara berlebihan adalah satu fenomena membimbangkan negara. Apa yang lebih
membimbangkan adalah kemasukan mereka secara tidak sah yang jumlahnya mengatasi pekerja asing secara sah.
Sumber: BH Online
18 Ogos 2016

a) Berdasarkan petikan akhbar tersebut, jelaskan kesan kepada:-

(i) Penduduk tempatan [5 markah]

(ii) Firma [4 markah]

(iii) Kerajaan [3 markah]

b) Sebagai warganegara yang sayangkan negara, berikan cadangan


anda tindakan yang wajar dilakukan oleh pihak berkuasa untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan.
[5 markah]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


5
Soalan: 8

Gambar 1

(a) Pada pendapat anda, bagaimanakah kempen tersebut menyumbang


kepada pembangunan ekonomi negara Malaysia?
[7 markah]

(b) Huraikan tindakan kerajaan Malaysia dalam menjayakan kempen


tersebut? [7 markah]

Soalan: 9

Maklumat berikut berkaitan dengan perbelanjaan negara Malaysia.

a) Berdasarkan maklumat di atas, adakah anda bersetuju dengan tindakan


kerajaan tersebut?
Berikan alasan anda. [4 markah]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


6
Soalan: 10

Maklumat di bawah berkaitan dengan perubahan kadar pertukaran


asing.

Ringgit meneruskan penurunannya pada jam 5 petang ini, mencecah paras 4.0 berbanding
dolar AS, buat pertama kalinya sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lepas.

Pada 7 Januari, 1998, mata wang tempatan jatuh ke paras paling rendah pada 4.88
berpunca daripada spekulator mata wang semasa krisis tersebut, yang menyebabkan
kerajaan mengambil tindakan drastik untuk menambatnya kepada 3.80 berbanding dolar
hampir tujuh tahun.
Sumber: Malaysia Kini

12 Ogos 2015

a) Jelaskan bagaimanakah situasi tersebut mempengaruhi imbangan


dagangan Malaysia?
[6 markah]

Soalan: 11

Bernama melaporkan pengeksport digesa untuk melindung nilai ringgit dengan lebih kukuh
apabila mata wang tempatan itu mencecah paras psikologi 4.0 berbanding dolar AS, hari ini.
Pedagang korporat di bank-bank tempatan mula menggesa pengeksport Malaysia untuk
menimbang melindung nilai paras ringgit sekarang.
Sumber: Malaysia Kini
18 Ogos 2015

a) Pada pendapat anda, bagaimanakah kadar pertukaran asing dapat


diperbaiki? [6 markah]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


7
Soalan:12

Carta pai di bawah menunjukkan anggaran hasil kerajaan pada tahun 2010.

Y Cukai tidak langsung

Hasil bukan cukai

Jumlah hasil kerajaan ialah RM 179010 juta.

a) Hitungkan sumber hasil kerajaan yang diperoleh daripada hasil cukai.


[2 markah]

b) Terangkan 3 hasil kerajaan yang diperoleh daripada sumber Y?


[6 markah]

Soalan: 13
berdasarkan petikan di bawah ini :

F&W pindahkilangke Kulim Hi-Tech


Kedah – Kerajaan negeri mengalu-alukan kilang F&W Malaysia Bhd di Selangor jika mahu
berpindah operasi ke negeri ini, berikutan industry pengeluar makanan dan minuman itu kini
berdepan dengan masalah bekalan air di Selangor
Sumber :UbahsuaiPetikanUtusan Malaysia 22/4/2014

Jika anda pengarah urusan syarikat F&W Malaysia Bhd.adakah anda


bersetuju dengan saranan di atas? Beri komen anda.
[5 markah]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


8
Soalan: 14

Berdasarkan petikan di bawah, jawab soalan berikut.

SST GST
(Sales & Service Tax) (Good& Service Tax)
VS
Cukai SST yang dikenakan meliputi Cukai yang dikenakan adalah pada
cukai jualan 5%, 10% dan kadar kadar 6% dan ia bukan cukai
spesifik serta cukai perkhidmatan tambahan kepada cukai sedia ada
6%

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah mula dilaksanakan pada 1 April
2015 berdasarkan pengumuman Bajet 2014.
Jelaskan kesan pelaksanaan GST terhadap ekonomi Malaysia
[5 markah]

Soalan: 15

Berdasarkan logo-logo di bawah, jawab soalan berikut :

Tempat-tempat ini sering dikunjungi oleh generasi Y pada zaman ini. Pada
pendapat anda, adakah barang dan perkhidmatan yang disediakan
dikategorikan sebagai barang keperluan. Berikan alasan anda.
[5 markah]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


9
Soalan: 16

Berdasarkan petikan di bawah :


Harga ayam meningkat di Kuantan
KUANTAN 11 Julai – Bekalan ayam di pasar-pasar utama di daerah ini masih mencukupi tetapi dikesan
dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding biasa
Seorang peniaga ayam di Pasar Besar Kuantan berkata, harga jualan di pasar tersebut kini mencecah
RM10 sekilogram, naik 50 sen berbanding RM9.50 pada Jumaat lalu.
“Kami ambil daripada pemborong pada harga RM9 sekilogram, jadi kami terpasa jual pada harga RM10
sekilogram dengan keuntungan sebanyak RM1”.
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri,
Sharuddin Jali berkata, harga jualan ayam di negeri ini masih stabil meskipun sedikit tinggi berbanding
biasa.
“Daripada segi harga, masih tidak terlalu tinggi, pihak kementerian tidak lagi mengawal harga jualan ayam
memandangkan skim kawalan harga berakhir pada hari raya pertama, namun kami memantau kenaikan
harga ayam ini secara dekat”.
Sumber :Ubahsuai Petikan Utusan Malaysia 12/07/2016

Mengapakah harga ayam di pasaran masih meningkat walaupun berada di bawah


skim kawalan harga oleh kerajaan? [4 markah]

Soalan:17

Berdasarkan petikan di bawah ini :

ALOR GAJAH - Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara
berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor,
kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan
kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.

"Kami jangka akan memeterai perjanjian pada bulan Syawal (Julai) ini di Dhaka (Bangladesh), pekerja
ini bagi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sumber :Ubahsuai Petikan Sinar Harian 26/06/2015

Apakah kesan ke masukan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh kepada :


(i) Pasaran buruh [5 markah]
(ii) Isi rumah [5 markah]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


10
Soalan: 18

Berdasarkan jadual harga barang di bawah.

No Namabarang Harga (RM)


Tahun 2013 Tahun 2014 Tahun 2015
1. Beras (per kg) 19.10 19.20 19.30
2. Gulapasir (per kg) 2.30 2.50 2.84
3. Ayamhidup (per kg) 5.90 7.50 8.90
4.
Bawangmerah (per kg) 4.20 4.30 4.50
5.
Telur (per biji) 30 sen 32 sen 36 sen
6.
Kobis (per kg) 2.90 3.00 3.20

Kenaikan harga barang setiap tahun dapat dikawal oleh pengguna. Berikan
hujah anda.
[5 markah]

Soalan :19

Gambar di atas menunjukkan situasi ketidakstabilan ekonomi.

a) Mengapakah keadaan di atas berlaku?


[4 markah]
b) Bagaimanakah kerajaan boleh mengatasi masalah di atas?
[8 markah]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


11
c)Bagaimanakah bank pusat berperanan untuk mengatasi masalah tersebut dengan
menggunakan dasar kewangan berikut:

i) kadar rizab tunai.


(4 markah)

ii) surat jaminan kerajaan


[4 markah]

d)Sekiranya anda mengalami situasi di atas, apakah tindakan yang boleh anda
lakukan untuk mengatasi masalah tersebut?
[ 5 markah]

Soalan: 20

YAN: Petani dan pesawah padi di kawasan Sungai Limau Dalam mahukan kerajaan
membantu mereka dalam menaikan subsidi harga padi agar bebanan kos hidup
mereka dapat dikurangkan.

Dalam sidang media selepas itu, Mahfuz yang juga selaku Pengarah Jawatankuasa
Induk PAS bagi PRK DUN Sungai Limau menggesa kerajaan menaikkan subsidi
harga padi demi membantu petani dan pesawah di negara ini.

"Ini adalah rungutan dan permintaan petani-petani dalam negara kita dan kita
hendak minta subsidi harga padi ini dapat dinaikkan kepada 50 peratus dari
RM248.10 satu tan bersamaan 25 sen sekilo kepada RM372.10 satu tan yang juga
bersamaan 35 sen sekilo. Harga gula pun sudah dinaikkan 34 sen," kata Mahfuz
kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Menurutnya, subsidi harga padi yang diminta itu sebenarnya masih rendah
berbanding kos sara hidup petani yang begitu tinggi.
"Dengan kos mengusahakan bendang, kos upah penggunaan jentera, upah sembur
racun, upah tabur baja, upah menabur benih padi," kata beliau.

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


12
a) Subsidi merupakan salah satu kompenan perbelanjaan yang ditanggung
oleh kerajaan.
Jelaskan pernyataan di atas.
[5 markah]
b) Adakah anda bersetuju dengan permintaan petani? Berikan justifikasi anda.

[6 markah]
c) Apakah kesan subsidi kepada:

i)petani [4 markah]

ii) kerajaan
[4 markah]

d)Selain daripada menerima subsidi, cadangkan cara yang boleh dilakukan oleh
petani untuk meningkatkan pengeluaran padi.
[6 markah]

Soalan: 21

Berikut adalah perbualan antara Puan Ramlah dan Puan Ann.

Ya, Ramlah. Anak saya baru balik dari Australia.


Saya telah beli banyak makanan kegemaran dia.
Tengok saya telah diberi barang percuma satu
set cawan yang diimport dari Negara China.
Untunglah saya, dapat barang percuma.

Hai, Puan Ann.


Banyak barang
awak beli. Hari
ni ada jamuan
besar ke?

Setujukah anda set cawan yang diterima oleh Puan Ann merupakan barang
percuma dari sudut ekonomi? Beri alasan anda. [ 4 markah ]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


13
Soalan: 22

Sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan masalah asas ekonomi dengan lebih


baik berbanding dengan system ekonomi perancangan pusat.
Beri pendapat anda tentang pernyataan di atas. [8 markah]

Soalan: 23

Encik Jamil bekerja di sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Dalam cabutan


bertuah sempena Ulang Tahun Syarikat yang ke-50, Encik Jamil telah mendapat
hadiah pertama dengan wang tunai bernilai RM50 000.

Cadangkan empat cara bagaimana Encik Jamil dapat memanfaatkan wang tunai
yang diterima untuk menambahkan pendapatannya.
[8 markah]

Soalan: 24

Encik Ravi merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat minuman


berkhasiat. Dia mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan empat
orang anak, dua orang anaknya sudah bekerja dan dua lagi masih
bersekolah. Berikut merupakan butiran pendapatan dan perbelanjaan
Encik Ravi pada tahun 2015.

Maklumat tambahan:
Pelepasan cukai Kadar cukai vang dikenakan

Diri sendiri RM9 000 RM5 000 pertama 0%


Isteri RM3 000 RM15 000 berikutnya 2%
Anak RM1 000 seorang RM15 000 berikutnya 6%
Insurans nyawa dan K.WSP RM6 000 terhad
Pembelian computer RM3 000 terhad

Hitung:
(i) Cukai yang perlu dibayar [6 markah]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


14
(ii) Pendapatan boleh guna [3 markah]

Soalan: 25

Jadual berikut merupakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan Encik


Salman pada bulan Disember 2016.

Sediakan satu belanjawan peribadi yang sistematik pada bulan Januari


2017 untuk Encik Salman.
[ 6 markah ]

Soalan: 26

Gambar di bawah menunjukkan jumlah yang dapat dibeli dengan RM50


pada tahun 2015 dan tahun 2016

Tahun 2015 Tahun 2016

(i) Apakah masalah ekonomi pada tahun 2016? [ 1 markah ]

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


15
(ii) Bagaimanakah kerajaan melalui bank pusat memastikan
kepuasan pengguna pada tahun 2015 terus dinikmati pada
tahun 2016?
Kemukakan empat cadangan anda. [ 8 markah ]

Soalan:27

Malaysia bakal terima RM71.8 bilion pelaburan


baharu
NURUL HUDA HASSAN | 02 Ogos 2016 12:18 AM

Berdasarkan maklumat ,jelaskan kesan kepada unit-unit ekonomi ?


[ 6 markah ]

Soalan:28
Durian Musang King:
Sejauh mana anda
sanggup
berbelanja?AstroAwani
| Februari, 08

Harga durian “ Musang King “ RM110 sekilogram . Sebagai pengguna yang


bijak ,adakah anda bersetuju isi rumah membuat pembelian buah tersebut ?
[ 4 markah]

Soalan Tamat

Modul Potensi Cemerlang- Soalan KBAT


16

You might also like