Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Peristiwa Kampung Medan 2001

Peristiwa Kampung Medan 2001 ini adalah salah satu isu sensitif yang meggugat
hubungan etnik di Malaysia. Perisitiwa ini melibatkan pergaduhan antara orang
Melayu dan orang India yang berlaku pada 4 Mac hingga 13 Mac 2001 di Kampung
Medan dan beberapa kampung lain yang terlibat. Peristiwa ini berlaku apabila orang
Melayu mengadakan majlis perkahwinan di kampung tersebut dan kawasan
perumahan itu secara kebetulannya terdapat orang India yang sedang mengadakan
majlis pengebumian untuk salah seorang ahli keluarganya. Secara keseluruhannya,
peristiwa ini berlaku sebenarnya atas dasar kesalahfahaman antara kaum.

Pergaduhan bermula apabila seorang lelaki India pulang dari kerja pada jam 3
pagi bertarikh 4 Mac 2001, dan berasa marah melihat khemah majlis perkahwinan itu
menghalang jalan, dan dia terus menendang kerusi dan meja dalam khemah itu.
Perbuatan itu menaikkan kemarahan orang Melayu yang sedang membuat persediaan
untuk majlis perkahwinan, dan mereka terus keluar rumah dan menyerang lelaki India
itu. Kemudian, lelaki India itu lari tetapi kembali semula dengan membawa 5 orang
lelaki bersama parang untuk menyerang orang Melayu. Lalu, lelaki India itu lari ke
rumah keluarga India berdekatan yang sedang mengadakan majlis pengebumian
tersebut. Orang Melayu beranggapan bahawa lelaki India itu adalah ahli keluarga
mereka dan mereka membakar sebuah kereta dan dua motosikal yang berdekatan di
rumah mereka. Disebabkan ini bermulanya pergaduhan pertumpahan darah di
Kampung Medan dan beberapa kampung yang lain.1 Pengajaran yang boleh diambil
daripada kejadian ini adalah kita tidak sepatutnya membiarkan emosi kita mengawal
perbuatan kita sehingga memudaratkan orang lain, dan kita sepatutnya memberi
keprihatinan dan bertoleransi terhadap jiran tetangga.

Antara punca utama yang menyebabkan peristiwa berlangsung untuk beberapa


hari dan melibatkan beberapa kawasan lain adalah kerana kesalahfahaman dan
penyebaran khabar angin yang berlaku. Terdapat satu lagi kejadian di mana seorang

1 http://www.malaysiakini.com/news/10633
kanak-kanak lelaki yang sedang bermain lastik sehingga memecahkan cermin van
seorang lelaki India. Lalu, lelaki India ini meminta ganti rugi pada ibu bapa
kanak-kanak lelaki tersebut, dan ketika ini seorang lelaki Melayu yang merupakan
pemandu van itu juga turut menyertai perbincangan ini. Orang kampung beranggapan
bahawa lelaki Melayu ini sedang menggugut orang India yang ada semasa
perbicangan itu. Kemudian, khabar angin ini disebarkan sehingga ke
kawasan-kawasan lain dan menaikkan lagi kemarahan antara kaum Melayu dan India
sehingga peristiwa ini menjadi semakin besar dan serius.2 Iktibar yang boleh didapati
pada kejadian ini adalah kita janganlah menyebarkan khabar angin tanpa menyiasat
dahulu cerita yang sebenar, perkara ini boleh menyebabkan perkara kecil menjadi
besar dan memecah-belahkan hubungan antara kaum di Malaysia.

Kampung Medan terdiri daripada 70 peratus orang Melayu, 20 peratus orang


India dan 10 peratus orang Cina. Sepanjang berlakunya peristiwa Kampung Medan
2001 ini, terdapat 6 nyawa yang terkorban iaitu 5 orang India dan seorang warga
Indonesia, lebih kurang 40 mangsa yang cedera dan dihantar ke hospital. Majoriti
daripada mangsa yang terlibat adalah daripada kaum India. 3 Ini menunjukkan kesan
yang akan terjadi apabila berlakunya rusuhan kaum. Kaum minoriti akan berada di
keadaan yang lemah berbanding kaum majoriti di sesuatu kawasan. Kes-kes yang
terdapat dalam peristiwa ini kebanyakkannya melibatkan kaum India sebagai mangsa
yang diserang oleh kaum Melayu. Namun, terdapat sumber yang mengatakan bahawa
serangan yang berlaku adalah daripada orang Melayu dari luar kampung dengan misi
tertentu. Orang kampung Medan mengenali satu sama lain dan mereka tidak kenal
orang-orang yang menyerang mereka.4

Di samping itu, kampung Medan dipercayai diduduki oleh orang-orang yang dari
kelas bawahan dan mengalami sosio-ekonomi yang teruk. Selain daripada kawasan in
merupakan kawasan yang terbiar, penduduk mengatakan bahawa pergaduhan sering
berlaku yang melibatkan kumpulan kongsi gelap. Terdapat juga banyak masalah
2 http://www.indianmalaysian.com/ethnic_clash.htm
3 https://aliran.com/archives/monthly/2001/2c.html
4 http://www.malaysiakini.com/news/64265
sosial yang berlaku seperti pengangguran, kesihatan, pengedaran dadah, kebersihan
dan banyak lagi. Ini menyebabkan tegangan di antara penduduk di kampung Medan.
Masalah sosial yang membimbangkan akan mengakibatkan rusuhan kaum kerana
tekanan yang dialami. Selain itu, oleh kerana penduduk kampung Medan diduduki
oleh majoriti orang Melayu, parti-parti politik juga dipenuhi oleh kaum Melayu sahaja.
Mereka menjalankan dasar bercorak perkauman untuk mendapatkan sokongan
daripada rakyat ramai berdasarkan kaum majoriti. Pada masa yang sama, faktor yang
boleh menyebabkan berlakunya peristiwa rusuhan kaum ini adalah kerana
pemerintahan yang tidak menghormati demokrasi. Pemimpin terdiri daripada orang
yang menguasai pihak berkuasa seperti polis, media, dan mahkamah, maka pemimpin
tersebut boleh menjalankan pemerintahan atas dasar kehendak hatinya tanpa
5
menghiraukan suara rakyat. Faktor-faktor ini yang menyebabkan berlakunya
peristiwa Kampung Medan 2001. Antara pengajaran yang boleh diambil adalah kita
sepatutnya mengambil kisah tentang semua rakyat dan bukan hanya ambil perhatian
kaum majoriti. Kita haruslah bersikap toleransi antara satu sama lain untuk
mengekalkan keamanan penduduk. Kita juga haruslah menjauhi amalan-amalam
negatif terutama apabila menjadi seorang pemerintah yang mengetuai semua suara.

Kesimpulannya, banyak iktibar yang boleh diambil dalam peristiwa Kampung


Medan 2001 untuk mengelakkan berlakunya lagi rusuhan antara kaum. Sebagai
penduduk kawasan, kita haruslah bersikap toleransi, prihatin, dan baik hati terhadap
jiran tetangga.. Sebagai pemerintah, kita wajib menjauhi sikap-sikap yang negatif
seperti rasuah, tamak, pentingkan diri sendiri, berat sebelah dan menyalahgunakan
kuasa, dan terapkan nilai-nilai positif seperti bertanggungjawab, mesra rakyat, adil,
prihatin, jujur, ikhlas dan amanah dari aspek sosial, ekonomi, politik, untuk
mengekalkan keamanan dan keharmonian rakyat jelata. Sebagai rakyat Malaysia, kita
perlulah menerapkan rukun-rukun negara dalam diri kita, menyayangi, melindungi,
dan menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, dan agama.

5 http://www.malaysiakini.com/opinions/47989

You might also like