Huraian Berkaitan Tamadun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tamadun menjadi sorotan dan fokus perbincangan yang istimewa sejak

akhir-akhir ini. Ia berkenaan tamadun dan ketamadunan, sama ada muslim atau
bukan muslim, mereka telah lama membahaskan berdasarkan kepada pendekatan
dan persepektif sendiri. Tamadun secara umumnya merujuk kepada suatu
masyarakat atau negara yang mencapai pemikiran tinggi dan halus serta berbudaya
sopan. Kesemua ini merangkumi aspek rohani dan jasmani yang dapat memberi
sumbangan dalam peradaban masyarakat serta manusia sejagat. Tamadun islam
juga berpaksi kepada dua sumber. Pertama ialah apa yang disebut dalam sumber
naqli. Ia adalah sumber ambilan daripada al-Quran dan sunnah. Kedua ialah sumber
aqli yang berdasarkan pengalaman dan pemikiran yang tidak bercanggah dengan
prinsip islam.

Zaman dahulu mereka menggunakan sistem barter untuk melakukan


pertukaran barang kerana sistem ini dikatakan menjadi satu bentuk perniagaan
yang paling awal wujud di dunia. Menurut Othman Yong (1993), sistem kewangan
islam pada awalnya dibentuk dengan beransur- ansur semenjak zaman Rasulullah
s.a.w. Sistem kewangan pada ketika itu tertumpu kepada sektor awam sahaja dan
berpusatkan perbendaharaan negara dan baitulmal. Pada zaman Saiyidina Umar al-
Khattab r.a, sistem kewangan Islam terbentuk dengan agak jelas dan ia
diperkembang dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Ayat yang paling asas
berkenaan kewangan adalah firman Allah s.w.t di dalam al-Quran, surah al-Baqarah
, ayat 275:

‫ؤاحل هللا البيع ؤحرم الربؤا‬

“ Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba…..”

Namun sistem barter mempunyai kelemahannya sendiri. Ini kerana sistem


barter memerlukan dua orang untuk mempunyai kehendak yang serentak dan
sama. Oleh hal yang demikian, suatu sistem baru telah diperkenalkan iaitu sistem
duit dan matawang. Orang Arab Mekah dan Madinah telah mengamalkan
penggunaan mata wang dinar iaitu emas dan juga dirham iaitu perak. Dinar dan
dirham merupakan sejenis syiling yang digunakan bagi memudahkan urusan jual
beli. Penggunaan syiling memberi banyak kemudahan kepada umat ketika itu.
Mereka tidak lagi mempunyai masalah untuk menyimpan matawang.

Maka bermula dari zaman itulah sistem matawang ditambah baik seiring
dengan pertukaran waktu dan zaman sehingga wujudnya penggunaan matawang
kertas seperti yang digunakan sehingga kini . Manusia mengamalkan penggunaan
wang kertas yang jauh lebih mudah diuruskan dan ringan yang mana ia boleh
dibawa ke mana-mana sahaja. Wang kertas dipelbagaikan dari segi nilainya namun
masih mengekalkan mata wang syiling.

You might also like