Hubungan Antara Personaliti Dan Faktor P

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 50

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM


PENDIDIKAN

LAPORAN CADANGAN KAJIAN (BAB 1-


3)
TAJUK:
HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN
FAKTOR PERSEKITARAN KELUARGA
TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR

OLEH: NURUL AAINAA BT ABDUL


RASHID
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
BAB 1: PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 4
1.1 Latar Belakang Kajian 5
1.2 Pernyataan Masalah 8
1.3 Objektif Kajian 8
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Hipotesis Kajian 9
1.6 Rasional Kajian 9
1.7 Signifikan Kajian 10
1.7.1 Pelajar 10
1.7.2 Ibu Bapa 10
1.7.3 Kaunselor Sekolah 11
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Personaliti 11
1.8.1.1 Ekstrovert 12
1.8.1.2 Introvert 12
1.8.1.3 Neurotik (Ketidak stabilan Emosi) 12
1.8.1.4 Kestabilan Emosi 12
1.8.2 Keluarga 13
1.8.3 Pelajar 13
1.8.4 Persekitaran Keluarga 13
1.8.4.1 Penglibatan Ibu Bapa 13
1.8.4.2 Peranan Ibu Bapa 13
1.8.4.3 Status Sosio ekonomi Ibu bapa 14
1.8.5 Pencapaian Akademik 15
1.9 Penutup 15

BAB 2: SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 16
2.1 Personaliti 16
2.1.1 Teori Personaliti Sigmund Freud 17
2.1.2 Teori Trait Personaliti Gordon Allport 18
2.1.3 Teori Personaliti Hans J. Eysenck 18
2.1.4 Teori Personaliti Hans J. Eysenck sebagai Model Kajian 20
2.2 Persekitaran Keluarga 21
2.2.1 Teori Ekologi Brenfenner 21
2.2.1.1 Mikrosistem 21
2.2.1.2 Mesosistem 22
2.2.1.3 Ekosistem 22
2.2.1.4 Makrosistem 23
2.2.1.5 Kronosistem 23
2.2.2 Model Gaya Keibubapaan Baumrind 24
2
2.2.2.1 Gaya Autoritatif 24
2.2.2.2. Gaya Autoritarian 24
2.2.2.3 Gaya Permisif 24
2.3 Pencapaian Akademik 24
2.3.1 Teori berkaitan Pencapaian Akademik 24
2.3.1.1 Teori Keperluan kepada Pencapaian (Mc Clelland) 25
2.4 Kerangka Konsep 26
2.5 Kerangka Teori 27
2.6 Kajian-kajian Lepas 29
2.6.1 Kajian Personaliti 29
2.6.1.1 Kajian Hubungan Personaliti dengan Pencapaian 29
Akademik
2.6.1.1.1 Kajian Hubungan Personaliti Dimensi 29
Neurotisme dengan Pencapaian Akademik
2.6.1.1.2 Kajian Hubungan Personaliti Dimensi 30
Ekstroversi dengan Pencapaian Akademik
2.6.1.2 Kajian Personaliti dengan Persekitaran Keluarga 30
2.6.2 Kajian Persekitaran Keluarga 31
2.6.2.1 Kajian Hubungan Penglibatan Ibu bapa dengan 31
Pencapaian Akademik
2.6.2.2 Kajian Hubungan Peranan Keibubapaan dengan 33
Pencapaian Akademik
2.6.2.3 Kajian Hubungan Status Sosioekonomi Ibu bapa 33
dengan Pencapaian Akademik
2.7 Kesimpulan 34

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 35
3.1 Rekabentuk Kajian 35
3.2 Persampelan Kajian 36
3.2.1 Tempat Kajian 36
3.2.2 Subjek Kajian 36
3.2.2.1 Populasi Kajian 36
3.2.2.2 Sampel Kajian 36
3.3 Instrumen Kajian 37
3.3.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang Responden dan 38
Keluarga
3.3.2 Bahagian A: Soal Selidik Inventori Personaliti berdasarkan 38
Hans J. Eysenck
3.3.3 Bahagian A: Soal Selidik Persekitaran Keluarga 39
3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan 40
3.4.1 Kesahan Instrumen 40
3.4.2 Kebolehpercayaan Instrumen 40
3.5 Kajian Rintis 40
3.6 Prosedur Kajian 41
3.7 Analisis Kajian 42
3.8 Kesimpulan 43

BIBLIOGRAFI

3
BORANG SOAL SELIDIK

HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN FAKTOR


PERSEKITARAN KELUARGA TERHADAP PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR

BAB 1

PENGENALAN
1.0 Pengenalan

Malaysia telah melangkah ke alaf baru dengan harapan dunia Sains dan Teknologi
akan membawa lebih keselesaan dan kesenangan kepada rakyat. Selaras dengan hakikat ini,
Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk memanusiakan manusia haruslah diberi
keutamaan dalam hal ini. Falsafah Pendidikan Negara juga bertanggungjawab melahirkan
warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik dan seimbang, berketrampilan, berakhlak
mulia serta patuh pada Tuhan.

Peranan golongan pelajar tidak dinafikan kerana mereka merupakan pewaris yang
akan menentukan hala tuju masa depan negara. Pelajar mempunyai pengaruh besar terhadap
keadaan sosial, politik dan ekonomi negara yang akan memegang tampuk pentadbiran,
penggerak ekonomi dan pembangun generasi. Memandangkan hal yang demikian,
pembinaan generasi muda haruslah difokuskan kepada membentuk mereka menjadi manusia
yang berkualiti dengan memiliki personaliti yang berjaya dan didedahkan kepada
persekitaran yang baik terutamanya oleh keluarga.

Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu itu


dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain
(Mahmood Nazar, 2001). Satu definisi awal tentang personaliti telah diberikan oleh Ortony,
Norman & Revelle (2005) yang menyatakan personaliti ialah apa sebenarnya yang
menghuraikan tentang seseorang. Oleh sebab itu, perbezaan dalam kalangan individu
mewujudkan personaliti yang berbeza.

Personaliti pelajar sering dikaitkan dengan hasil pencapaian. Melalui konteks


penyelidikan ini, personaliti yang bakal dibincangkan ialah personaliti ekstroversi dan
personaliti neurotisme. Kebolehan dan kecerdasan kognitif dalam kalangan pelajar sering
dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat,
mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka (Che Mah & Mariani, 2001). Bagi
personaliti neurotisme pula, kajian daripada Boocock (1972) mengatakan bahawa pelajar-

4
pelajar yang mempunyai sifat yang teratur adalah mereka yang berpencapaian akademik
yang tinggi dan sifat ini biasanya terdapat pada individu yang berpesonaliti neurotisme.

Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang


terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka . Ibu bapa yang lebih peka
dengan pembelajaran anaknya di sekolah berjaya melahirkan murid yang seimbang dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Morris, 2001) . Melalui kajian ini, faktor
persekitaran keluarga yang akan dibincangkan merangkumi aspek peranan ibu bapa, status
sosio ekonomi dan penglibatan ibu bapa.

Menurut Berns (2004), ibu bapa berperanan sebagai kumpulan rujukan pertaman
tentang nilai, norma dan gaya hidup yang dirujuk oleh anak-anak. Dari aspek status
sosioekonomi pula, taraf pendidikan ibu bapa sama ada dari berpencapaian rendah mahupun
tinggi dapat memberi impak terhadap pencapaian akademik anak-anak. Melalui
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak juga membantu dalam memberikan satu
galakan terhadap motivasi kendiri terhadap pencapaian anak mereka. Oleh itu, pendidikan
yang utuh dan baik yang diberikan dalam sesebuah institusi keluarga memainkan peranan
penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang terutamanya
akademik.

Ibnu Muqaffa seperti mana dibincangkan oleh Black (2009) pula menyatakan
pendidikan adalah suatu proses yang diperlukan oleh seseorang individu bagi meningkatkan
kemampuan pancaindera mereka untuk mencapai peradaban yang tinggi berpunca daripada
peningkatan akal dan rohani. Seperti yang kita ketahui, kecemerlangan akademik pula
merupakan matlamat utama kebanyakan pelajar di sekolah menengah. Ia merupakan alat
pengukur yang menentukan tahap kejayaan seseorang pelajar di dalam bidang akademik di
sekolah. Namun begitu, untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, bukanlah
satu perkara yang mudah. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan
akademik seseorang pelajar. Kecemerlangan akademik juga perlu seiring dengan aspek-
aspek yang lain seperti kemahiran berkomunikasi, pengurusan diri, akhlak dan personaliti.

1.1 Latar Belakang Kajian

Banyak gejala yang merisaukan mengenai personaliti diri sebahagian remaja kini.
Remaja pada masa lalu menghubungkan diri dengan isu-isu perjuangan ke arah membangun
negara, cenderung mengukuhkan imej keagamaan sebagai landasan membangunkan sistem
dan masyarakat. Akibat kemajuan yang dicapai dan cabaran globalisasi yang menghimpit,
5
kecenderungan sebahagian remaja terjebak dalam zon selesa mengheret mereka ke arah
kerosakan diri, terjebak dengan kemelut sosial yang merisaukan dan terpengaruh dengan
pemikiran hedonistik serta alpa kepada tanggungjawab menuntut ilmu. Lebih ekstrem lagi
apabila remaja terjebak dengan kegiatan yang menyesatkan, ketagihan dadah, rokok, arak
serta kegiatan jenayah yang membimbangkan.

Lalu, adakah imej yang sedang melanda remaja kini berakibat daripada
ketidakmampuan kita mengurus kemajuan dan pembangunan hingga menyebabkan remaja
menjadi mangsanya? Adakah ia akibat dari kealpaan masyarakat terhadap peranan
mendidik, memberikan pendorong betapa pentingnya imej diri, bangsa, umat dan negara
diterjemahkan secara bijaksana dan strategik kepada mereka?

Kumpulan pelajar ini seolah-olah hilang pertimbangan diri dan kewarasan fikiran.
Mereka bertindak sesuka hati dan nyata perbuatan mereka terkeluar dari norma - norma
masyarakat tanpa mampu memikirkan kesan- kesan di sebalik perbuatan mereka. Sekolah
adalah tempat untuk menimba ilmu, tetapi bagaimanakah kesannya nanti jika pelajar -
pelajar yang dihasilkan merupakan individu- individu yang runtuh akhlaknya. Kadar
jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya di kalangan remaja dan
pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa, tetapi ia turut memberi impak
terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam
pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda (Azizi, et al., 2005).

Pencapaian akademik yang cemerlang merupakan idaman setiap insan yang bergelar
remaja. Pencapaian akademik yang cemerlang dapat mempengaruhi masa depan pelajar
kerana dengan keputusan yang cemerlanglah, mereka mampu mencari pekerjaan yang baik,
pendapatan yang terjamin dan kedudukan sosial yang lebih baik. Pencapaian akademik
yang tinggi bagi seseorang pelajar adalah menjadi kebanggaan dan harapan sekolah, ibu
bapa dan pelajar itu sendiri.

Menurut statistik pencapaian PMR pada tahun 2009 terutamanya di Pulau Pinang,
seramai 1976 daripada 22 172 pelajar yang menduduki peperiksaan PMR di negeri berikut
lulus dengan cemerlang apabila memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran yang
diambil (Utusan, 25 Disember 2009). Manakala sebanyak 2 268 daripada 23 164 calon
PMR berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan pada tahun 2013 (Berita Bernama). Ini
menunjukkan bahawa 8.9 % peratus kecemerlangan PMR bagi semua subjek A pada tahun
2009 manakala 9.8% peratus kecemerlangan PMR bagi semua subjek A pada tahun 2013 .

6
Peningkatan hanyalah 0.9 % dalam jangka masa empat tahun. Senario ini mengambarkan
keadaan yang sukar bagi peningkatan peratus lulus melebihi 1% pada tahun berikutnya .

Masalah sosial dan jenayah juga semakin meningkat dan membimbangkan kerana
sekolah yang merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya dengan
masyarakat setempat (Abd Rahim, 2000 dalam Siti Zahirah, 2008). Menurut beliau juga,
dalam banyak hal, masyarakat setempat tidak diajak bekerjasama dengan pihak sekolah
bagi membanteras sebarang bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku samada di dalam
sekolah mahupun di luar sekolah. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi gejala sosial
di kalangan pelajar sekolah. Antara faktor tersebut adalah faktor diri pelajar, faktor
keluarga, faktor persekitaran, faktor persekolahan dan faktor rakan sebaya.

Melalui permasalahan ini, pengkaji lebih menfokuskan isu remaja terhadap pengaruh
persekitaran keluarga. Isu pengaruh keluarga ini turut disokong melalui kajian (L.G.Simons
& Conger, 2007) yang menyatakan bahawa sesuatu aspek tingkah laku keluarga berkait rapat
dengan permasalahan remaja kini. Selain itu, kajian melalui Soenens et. al, (2006) juga
bersetuju bahawa perhubungan antara tingkah laku keluarga dengan anaknya akan menjadi
lebih kompleks sekiranya kualiti perhubungan yang positif wujud serta kesefahaman yang
kukuh antara kedua- duanya. Kajian ini mempunyai implikasi penting kepada peranan
ibubapa dalam meningkatkan pencapaian akademik anak - anak.

Oleh itu, cara bagaimana ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk dan
mendidik remaja bergantung pada tangan mereka sendiri. Hubungan dan ikatan mesra antara
ibu bapa dan anak - anak remaja penting dalam pembentukan sahsiah, moral dan tingkah
laku remaja. Selain itu, aspek asuhan dan didikan disiplin turut perlu diberikan penekanan
yang sewajarnya dalam pengsosialisasian anak- anak dalam membentuk individu berfikiran
positif.

1.2 Pernyataan Masalah

Kemelut masalah remaja kini semakin menjadi - jadi walaupun pelbagai langkah telah
dan sedang diambil untuk membanteras kegiatan tidak sihat di kalangan remaja. Kerosakan
akhlak dan kejadian salah laku di kalangan remaja di negara kita semakin meruncing dan
meningkat setiap tahun (Maizatul Akmam, 2007). Oleh itu, mereka haruslah mempunyai
peribadi atau personaliti yang boleh dikagumi dalam memajukan negara. Golongan remaja
seperti pelajar adalah golongan yang sering mengalami cabaran dan dugaan. Mereka belum
stabil dan masih terumbang - ambing dalam mencari identiti diri. Dalam proses ini, unsur-
7
unsur positif dan negatif senang diserap untuk membentuk sahsiah dan personaliti remaja
apabila dewasa.

Keluarga merupakan satu institusi sosial yang penting dalam


masyarakat di mana
keluarga yang sejahtera akan menyumbang kepada kesejahteraan
masyarakat secara keseluruhannya. Namun demikian, dengan kepesatan
arus globalisasi, cabaran terhadap keluarga semakin kritikal dan
menuntut ibu bapa memainkan peranan yang paling efektif khususnya
dalam hubungan dengan anak - anak agar kesejahteraan keluarga dapat
dikekalkan seiring dengan perkembangan tersebut. Fenomena sosial yang
berlaku hari ini menunjukkan bahawa masalah yang berlaku di kalangan
remaja khususnya, berpunca daripada kegagalan institusi keluarga yang
berfungsi dengan baik. Masalah ini amat membimbangkan kerana ia
sudah pasti mendatangkan kesan negatif ke atas pertumbuhan
psikologikal, fizikal, ekonomi dan pembangunan seseorang individu,
keluarga, masyarakat dan negara.

Pelajar dari keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-
duanya mengalami kehilangan tempat bergantung dan tempat mencurahkan kasih sayang
untuk dijadikan bekal kehidupan di hari dewasa. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan
perkembangan pelajar - pelajar terutama dalam pencapaian akademik serta proses
pembentukan personaliti. Kenyataan ini disokong oleh Maslow (1954, dalam Abdullah Sani
Yahya, 2005) yang menyatakan bahawa kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi
punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial.

Kajian ini cuba memfokuskan kepada sejauh manakah elemen - elemen dalam institusi
kekeluargaan mempengaruhi pencapaian akademik khususnya pelajar. Selain itu, kajian ini
juga akan meninjau sejauh manakah personaliti individu dalam mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar.

1.3 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan antara pengaruh persekitaran
keluarga dan aspek personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar di beberapa buah
sekolah menengah di daerah Georgetown, Pulau Pinang. Secara khususnya, objektif kajian
adalah untuk:

1.3.1 mengenal pasti personaliti dominan yang dimiliki di kalangan pelajar


8
1.3.2 mengenal pasti faktor pengaruh persekitaran keluarga yang dominan di kalangan
pelajar
1.3.3 mengenal pasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar
1.3.4 menentukan perhubungan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga dengan
pencapaian akademik di kalangan pelajar
1.3.5 menentukan perhubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik di
kalangan pelajar

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan di bawah:

1.4.1 Apakah personaliti dominan yang dimiliki di kalangan pelajar?


1.4.2 Apakah faktor pengaruh persekitaran keluarga yang dominan di kalangan
pelajar?
1.4.3 Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar?
1.4.4 Adakah terdapat hubungan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga dengan
pencapaian akademik di kalangan pelajar?
1.4.5 Apakah terdapat hubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik di
kalangan pelajar?

1.5 Hipotesis Kajian

1.5.1 Tiada hubungan yang signifikan antara personaliti ekstroversi dengan


pencapaian akademik pelajar
1.5.2 Tiada hubungan yang signifikan antara personaliti neurotisme dengan
pencapaian akademik pelajar
1.5.3 Tiada hubungan yang signifikan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga
dari aspek peranan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar
1.5.4 Tiada hubungan yang signifikan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga
dari aspek status sosioekonomi ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar
1.5.5 Tiada hubungan yang signifikan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga
dari aspek penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar

1.6 Rasional Kajian

Institusi keluarga merupakan satu unit sosial yang memberi kesan ke atas
perkembangan personaliti individu. Oleh kerana kepelbagaian keluarga dari segi struktur
dan komposisi, maka pengaruh keluarga ke atas perkembangan personaliti remaja juga
berbeza. Kecelaruan personaliti remaja seperti ketidakstabilan emosi, murung, dan lain –
lain amat mempengaruhi pencapaian akademik seseorang terutamanya pelajar. Oleh itu,
penyelidik merasakan bahawa penting baginya untuk mengetahui pengaruh persekitaran
keluarga bagi setiap pelajar yang dikaji. Kajian ini juga bertujuan menyedarkan ibu bapa
betapa pentingnya peranan persekitaran keluarga dalam pencapaian akademik serta

9
penekanan kepada aspek kekeluargaan yang berkesan dan mengetahui personaliti pelajar
yang berbeza latar belakang.

1.7 Signifikan Kajian

Kajian ini adalah penting dalam memberi panduan kepada pelajar, ibu bapa dan
kaunselor – kaunselor sekolah.

1.7.1 Pelajar

Kajian ini diharap dapat membantu dan memberi kesedaran kepada pelajar -
pelajar sendiri tentang perkara yang boleh meyebabkan mereka lemah dalam
akademik dan seterusnya membantu mereka mengatasi kelemahan tersebut.

1.7.2 Ibu Bapa

Hasil kajian ini boleh membantu ibu bapa untuk mengenal pasti personaliti anak
- anak dan memastikan mereka mengambil berat hal - hal yang berkaitan dengan
akademik anak - anak. Hal ini secara tidak langsung akan mengubah sikap ibu
bapa untuk mendidik anak - anak mereka agar lebih mementingkan pelajaran.

1.7.3 Kaunselor Sekolah

Hasil kajian ini amat berguna untuk dijadikan panduan oleh kaunselor -
kaunselor di sekolah - sekolah dalam mengenal pasti dimensi personaliti pelajar
yang tidak stabil serta membantu melaksanakan program dalam meningkatkan
prestasi akademik pelajar.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Personaliti

Personaliti berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘persona’ yang bererti


topeng muka yang digunakan oleh manusia bagi menyembunyikan perkara buruk
dan mengemukakan serta menonjolkan perkara yang baik berkaitannya. Perkataan
Melayu yang sama dengan personaliti ialah keperibadian dan sahsiah. Namun, dalam
kajian saintifik, personaliti diertikan sebagai perbezaan individu dalam pemikiran,
perasaan dan tingkah laku yang menyebabkannya respon dalam satu cara melalui
situasi yang pelbagai (Richard M. Ryckman, 1982).

Eysenk (1947) mendefinisikan personaliti sebagai satu organisasi yang agak


stabil dan berkekalan ciri - ciri emosi, fizikal, intelek seseorang individu yang
menentukan penyesuaiannya yang unik kepada persekitaran. Definisi ini
menitikberatkan trait iaitu ciri - ciri yang stabil dan berkekalan dan bila trait ini

10
dikumpulkan ia akan menjadi ‘type’ dalam erti kata lain, koleksi trait personaliti
selalunya wujud bersama dan menyumbang kepada ‘type’ personaliti. Personaliti
bermula dan berkembang melalui interaksi trait ini dimana tingkah laku akan
terbentuk.

Eysenck telah mengutarakan tiga jenis personaliti iaitu Ektroversi (E),


Neurotisme (N) dan Psikotisme (P) (dalam Potkay &Allen, 1986). Ekstroversi
adalah profail personaliti yang bersifat bipolar. Dua dimensi didapati dalam skala
Ekstroversi. Individu dengan skor tinggi dalam skala Ekstroversi adalah individu
Ekstrovert (Eks) dan individu dengan skor rendah adalah individu Introvert (Int).

Neurotisme juga adalah profail yang bersifat bipolar. Dua dimensi didapati
dalam skala Neurotisme. Individu dengan skor tinggi pada skala Neurotisme adalah
mempunyai dimensi Neurotik atau Tidak Stabil (TS). Sementara individu dengan
skor rendah mempunyai personaliti Stabil (S) (Feist, 1985).

1.8.1.1 Ekstrovert

Ekstrovert adalah individu yang suka bersosial, aktif, mudah bergaul,


berjenaka dan cepat mesra. Ekstrovert juga tidak suka perkara akademik dan
selalunya tidak mengambil berat tentang tugas yang ditanggungjawabkan.
Individu ini adalah optimistik dan kadang kala agresif serta mempunyai emosi
yang sangat berubah - ubah.

1.8.1.2 Introvert

Introvert adalah seorang pendiam yang sentiasa meneliti diri sendiri, suka
menjauhkan diri dan berhati - hati dalam kelompok besar. Individu introvert
selalu memikirkan masa depan mereka tetapi bersifat pesimistik. Mereka juga
mementingkan prinsip, etika serta harga diri.

1.8.1.3 Neurotik (Ketidak stabilan Emosi)

Individu yang terlalu mengikut perasaan, rasa malu, mudah rasa cemas,
bimbang dan kadang kala mengalami histeria. Individu jenis ini juga sering
dikaitkan dengan penjenayahan.

1.8.1.4 Kestabilan Emosi

Individu ini adalah stabil dan normal, tidak mudah merasa bimbang dan
tidak mudah rasa cemas. Individu jenis ini dapat mengawal emosi apabila
berdepan dengan situasi mendadak.

11
1.8.2 Keluarga

Keluarga menurut taktif antropologi adalah satu unit (kumpulan) yang terdiri
daripada ahli - ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Freud (1953), pula
merujuk keluarga sebagai kombinasi ibu dan bapa yang tinggal serumah atau pun
lebih anak (Fontona,1981). Menurut Gpeda (1988), keluarga adalah satu unit sosial
yang terdiri daripada ibu bapa dan anak. Muhd. Mansor (1998) menyatakan bahawa
ibu bapa merupakan samaada ibu bapa biologi atau ibu bapa sosial seperti ibu bapa
angkat atau penjaga kepada remaja terbabit. Menurut Kamaliah (2001) dalam
kajiannya menyatakan bahawa ibu bapa juga merupakan pengaruh utama dalam
pemilihan kerjaya anak - anak mereka.

1.8.3 Pelajar

Menurut kamus Dewan (2003), pelajar didefinisikan orang yang belajar atau
menuntut. Pelajar juga dikategorikan sebagai remaja di mana dalam perspektif
undang - undang umur remaja adalah antara 10 hingga 18 tahun serta belum pernah
berkahwin (Hairunnaja Najmuddin, 2003). Dalam kajian ini, pelajar-pelajar yang
dimaksudkan ialah pelajar - pelajar tingkatan 4 dari beberapa buah sekolah
menengah yang akan dikaji pada tahun 2015.

1.8.4 Persekitaran Keluarga

Keluarga ialah institusi di mana seseorang individu itu mendapat pendidikan


yang terawal (Hairunnaja Najmudin, 2003). Proses didikan atau proses sosialisasi
yang diterima oleh pelajar sejak kecil dalam keluarga memberi pengaruh kepada
tingkah laku mereka. Melalui kajian persekitaran keluarga ini, pengkaji akan
menyelidik dengan lebih mendalam berkaitan aspek sikap ibu bapa, peranan ibu
bapa dan status sosio ekonomi keluarga.

1.8.4.1 Penglibatan Ibu Bapa

Menurut Morrison (1978), pengertian penglibatan ibu bapa yang


komprehensif adalah suatu proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk
membantu ibu bapa mencari kekuatan dan bakatnya serta menggunakannya bagi
diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa seperti perbincangan,
penjagaan dan komunikasi akan menentukan pencapaian kanak-kanak dalam
matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (Houtenville dan Conway,
2008). Penglibatan ibu bapa penting kerana ia dapat memberi kesan yang
mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik anak - anak.
12
1.8.4.2 Peranan Ibu Bapa

Peranan ibu bapa bukan hanya menghantar anak - anak ke sekolah tetapi
mereka harus peka kepada perkara - perkara yang boleh meningkatkan pembelajaran
anak mereka. Misalnya menyediakan anak - anak dengan kelengkapan seperti buku
-buku, membayar yuran dan sebagainya.

1.8.4.3 Status Sosioekonomi Ibu bapa

Latar belakang status sosioekonomi (SSE) ibu bapa merangkumi aspek


bilangan isi keluarga, pendapatan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan aspirasi
sesebuah keluarga, yang lazimnya dikaitkan dengan komponen teras sosial dan
ekonomi. Ahli - ahli sosiologi berpendapat bahawa terdapat lima kelas sosial di
dalam masyarakat iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, kelas pertengahan
bawah, kelas pekerja dan golongan bawahan.

Ketinggian SSE sering dikaitkan dengan berinisiatif tinggi, bermotivasi, dan


penyerlahan pelbagai kejayaan. Manakala, status SSE rendah pula dikelompokkan
dalam kepapaan, kemiskinan, pengasingan daripada arus perdana kemajuan,
kegetiran kehidupan dan pelbagai musibah kegagalan kehidupan.

Status sosioekonomi juga merujuk kepada kedudukan sosial ibu bapa


mengikut hierarki yang ditentukan oleh penilaian masyarakat (Smith, 1986).
Status sosioekonomi juga dapat dilihat daripada tahap pendidikan, pekerjaan dan
jumlah pendapatan ibu bapa. Pendidikan, pekerjaan dan jumlah pendapatan sangat
berkait dengan kemampuan keluarga dalam membiayai keperluan dan
perbelanjaan keluarga.

Ibu bapa yang kurang berpelajaran lebih menumpukan kerja untuk


menampung perbelanjaan keluarga berbanding pendidikan anak - anak.
Kebanyakan ibu bapa ini tidak dapat memberikan didikan yang dapat membantu
anak - anak mereka belajar di luar waktu sekolah. Bagi ibu bapa yang mempunyai
pencapaian pelajaran yang tinggi, pencapaian pendidikan anaknya juga tinggi. Ibu
bapa ini menghendaki anak mereka mencapai kemajuan dalam pelajaran. Situasi
ini akan menjadi penggerak kepada anak - anak mereka untuk berjaya dalam
akademik.

1.8.5 Pencapaian Akademik

Carter V. Good (1973) mentakrifkan bahawa pencapaian adalah sebagai


penyelesaian atau kecekapan pencapaian yang diperolehi dalam sesuatu kemahiran
13
yang diberi atau pengetahuan di sekolah secara teori. Azman (1994) menyatakan
bahawa pencapaian akademik merupakan apa yang dihasilkan atau diperolehi oleh
seseorang dalam sesuatu pelajaran. Dalam kajian ini, pencapaian akademik yang
dimaksudkan ialah keputusan PT3 pelajar dalam subjek Matematik tahun 2014.

1.9 Penutup

Kajian mengenai persekitaran keluarga dan personaliti terhadap pencapaian


akademik pelajar ini diharap akan dapat memberikan gambaran yang tepat untuk menilai
samaada persekitaran keluarga dan faktor personaliti memberikan kesan terhadap
pencapaian pelajar. Keluarga merupakan asas dan model utama dalam pembentukan
personaliti sesorang remaja. Oleh itu adalah penting bagi sesebuah keluarga membina
satu sistem yang positif dalam mendidik dan mengasuh anak - anak agar berupaya
membentuk personaliti yang positif di kalangan mereka. Dengan personaliti positif yang
ada pada pelajar, secara tidak langsung mampu mempengaruhi pencapaian akademik
mereka.

BAB 2

SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan salah satu sistem sosial yang utama dalam menentukan
perkembangan serta kemajuan rakyat dan Negara. Kestabilan sosial dan kemurnian akhlak
rakyatnya sering dikaitkan dengan sistem pendidikan yang sempurna. Bagi merealisasikan
impian tersebut, setiap pencapaian akademik pelajar kini menjadi pemangkin dalam
mewujudkan masyarakat yang maju serta bergantung pada keadaan persekitaran dan
personalitinya.

Bab ini akan menyorot penulisan dan juga kajian lepas berkaitan dengan pencapaian
akademik dan pendekatan teori - teori yang bersesuaian bagi membantu penyelidik dalam
mengkaji perhubungan antara personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian
akademik pelajar.

14
2.1 Personaliti

Terdapat pelbagai teori personaliti (Sigmund Freud, 1940; Hans J.Eysenck, 1967; Gordon
Allport,1961). Sigmund Freud (1940) mendefinisikan bahawa struktur personaliti boleh
dilihat dari dua sudut topografi dan struktural. Menurut Eysenck (1967), beliau
mendefinisikan personaliti sebagai organisasi watak, perangai, intelek dan fizikal seseorang
yang agak stabil dan mempunyai daya ketahanan yang menentukan keunikan penyesuaian
dengan persekitaran. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan
oleh Fleeson (2007). Menurutnya, personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu
yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya
kepada persekitarannya.

Selain definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi lain tentang
personaliti misalnya Feist (1985), telah mengumpulkan lebih kurang 50 definisi yang
berlainan yang menggambarkan beberapa perkara. Pertama ialah kaedah yang digunakan
oleh ahli psikologi berlainan antara satu sama lain dalam mengkaji personaliti. Kedua, setiap
satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul. Kajian tentang personaliti boleh
merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang mempengaruhi tingkah laku. Beberapa
definisi personaliti boleh merangkumi daripada proses dalaman seseorang terhadap tingkah
laku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu. Setiap satu definisi
tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan dan penggunaan kaedah
penyelidikan yang berlainan. Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang apa - apa
yang berlaku dalam diri individu atau bagaimana individu berinteraksi sesama mereka.

Terdapat pelbagai teori personaliti seperti yang dijelaskan pada bahagian yang
seterusnya. Kajian ini menggunakan Teori Personaliti Hans J.Eysenck untuk mengukur
pencapaian akademik responden kajian.

2.1.1 Teori Personaliti Sigmund Freud

Menurut teori ini, naluri yang mempunyai sumber, matlamat dan objek merupakan kuasa
penggerak bagi personaliti. Freud (1940) telah menamakan naluri hidup sebagai eros dan
tenaga yang dihubungkan dengan naluri tersebut sebagai tenaga libido. Tenaga mati pula
dinamakan thanatos yang bertanggungjawab terhadap sikap agresif dan cenderung kepada
destruktif diri. Beliau berpendapat bahawa sifat dan tingkah laku manusia didorong oleh satu
tenaga yang datang dari dalam diri.

15
Berdasarkan kajian Freud (1940) lagi, struktur personaliti boleh dilihat dari dua sudut
topografi dan struktural. Aspek topografi merujuk lapisan luaran sistem dan merangkumi
tidak sedar, pra - sedar dan sedar. Terdapat tiga komponen personaliti iaitu id, ego dan
superego di bawah sudut struktural. Ketiga - tiga komponen personaliti ini sering
mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal perlakuan manusia.

Menurut Shahabuddin et al. (2003), id ialah segala bentuk dorongan dan tenaga yang
diarah kepada matlamat memperoleh keseronokan dan kenikmatan. Keseronokan ini
diperolehi tanpa rintangan yang akan dihadapinya. Namun, bagi mencapai keseronokan, id
terpaksa berhadapan dengan ego dan superego yang mempunyai prinsip yang berbeza
daripada id.

Ego adalah aspek sahsiah yang cuba memuaskan keperluan - keperluan id. Ia bertindak
mengikut realiti iaitu mengikut cara yang diterima, logik dan selamat serta berorientasikan
masalah. Ego menggunakan ingatan, pemikiran, persepsi dan bertindak pada peringkat sedar
atau separuh sedar. Pada peringkat ini, biasannya kanak - kanak sudah dapat menilai tingkah
laku diri sendiri apabila pemikiran semakin matang.
Superego adalah hati nurani atau deria untuk menentukan betul atau salah. Ia merupakan
aspek moral atau etika yang tinggi yang dipelajari daripada budaya. Ia berfungsi untuk
menyekat segala kemahuan id yang tidak berlandaskan kepada nilai moral dan etika sosial
yang diterima masyarakat.

2.1.2 Teori Trait Personaliti Gordon Allport

Allport (1961) menekankan bahawa personaliti adalah dinamik, tersusun dan unik. Beliau
juga menyatakan bahawa personaliti adalah tingkah laku yang terpandu. Menurut teori ini
lagi, trait menyediakan struktur, keunikan dan motivasi yang menjadi ciri kepada personaliti
seseorang. Trait yang wujud dalam urat saraf manusia adalah unsur yang diwarisi dan
menyebabkan tingkah laku. Oleh itu, ia dilihat sebagai struktur dalam personaliti dan juga
desakan kepada tingkah laku.

Allport (1961) juga membezakan trait kepada tiga iaitu trait kardinal, trait pusat dan trait
sekunder. Trait kardinal adalah satu disposisi yang mempengaruhi keseluruhan perilaku dan
perbuatan seseorang. Trait pusat adalah sifat kejujuran, kebimbangan dan ketegasan. Trait
sekunder pula adalah sifat yang mengawal perilaku seseorang secara spesifik. Menurut
Allport (1961, dalam Habibah dan Noran, 1997), menyatakan berkenaan kepentingan faktor
situasi bagi menerangkan sesuatu tingkah laku. Contohnya, seseorang yang agresif boleh
dijangka menukar tingkah lakunya sekiranya keadaan memerlukan tingkah laku yang bukan
agresif dan orang yang introvert pula boleh menjadi ekstrovert dalam keadaan tertentu.

16
Walaupun Allport percaya bahawa kebanyakan trait adalah diwarisi tetapi beliau tidak
membuat kajian untuk membuktikan teorinya. Beliau berpendapat bahawa seseorang yang
tidak sihat merupakan individu yang terganggu perkembangan positifnya disebabkan oleh
rasa kurang selamat di zaman kanak - kanaknya. Untuk mengatasinya, ia perlu merasa
disayangi dan diperlukan.

2.1.3 Teori Personaliti Hans J. Eysenck

Menurut Eysenck (1967, dalam Sasikala, 2003) personaliti bermaksud organisasi watak,
perangai, intelek dan fizikal seseorang yang agak stabil dan mempunyai daya ketahanan yang
menentukan keunikan pemyesuaian terhadap persekitaran. Watak menandakan seseorang
yang agak stabil dan daya ketahanan sistem tingkah laku kognitif (will). Perangai pula
menunjukkan seseorang yang agak stabil dan ketahanan sistem tingkah laku afektif (emotion).
Intelek pula menandakan seseorang yang agak stabil dan ketahanan sistem tingkah laku
kognitif (intelligence) manakala fizikal pula menandakan seseorang yang agak stabil dari segi
ketahanan keseluruhan sistem badan dan pembawaan (neuroendocrine).

Pada tahun 1947, Eysenck mengutarakan dua dimensi personaliti iaitu ekstoversi dan
neurotisme. Kemudian, pada tahun 1952, beliau telah menambah dimensi ketiga iaitu
psikotisme. Menurutnya, ketiga - tiga dimensi personaliti ini adalah sesuai untuk mewakili
personaliti manusia (Ryckman, 1997). Menurutnya lagi, dimensi ektroversi adalah bipolar
iaitu dibahagikan kepada dua jenis dimensi iaitu ekstrovert dan introvert. Dimensi neurotisme
juga adalah bipolar dan dibahagikan kepada dimensi neurotik dan kestabilan.

Ekstovert adalah seseorang yang suka bersosial, mempunyai ramai kawan, tidak mahu
belajar seorangan, aktif, mempunyai suara kuat dan lain - lain lagi. Kenyataan ini disokong
oleh Laney (2001) melalui kajiannya bahawa individu bersifat ekstrovert ini boleh berfikir
sambil bercakap pada masa yang sama serta menyuarakan pendapat mereka dengan bercakap
secara kuat kepada khalayak ramai. Individu ekstovert juga suka kepada keseronokkan, suka
mengambil kesempatan, suka menarik perhatian, peka kepada persekitaran dan optimistik.

Introvert adalah seorang yang pendiam, sentiasa menilai diri, suka menjauhkan diri,
berhati - hati, tidak suka keseronokkan serta dapat mengawal perasaan dan cemas. Selain itu,
individu bersifat introvert lebih mementingkan diri seperti suka membuat kerja secara
bersendirian. Ini terbukti melalui kajian yang diutarakan oleh Cain (2012), yang menyatakan
bahawa individu bersifat ini cenderung mengasingkan diri serta tidak berkongsi idea semasa
perbincangan kumpulan dalam kelas kerana memerlukan masa untuk berjauhan dari
kumpulan dan berinteraksi.

17
Neurotisme juga menunjukkan dua ciri individu yang stabil emosinya dan yang tidak
stabil emosinya. Individu yang tidak stabil emosinya atau neurotik suka mengikut
perasaannya, terlalu sensitif dan mudah ghairah. Jenis kedua adalah mereka yang stabil
dimana mereka dapat mengawal perasaan dan boleh dipercayai. Secara kesimpulannya,
individu neurotisme adalah mereka yang sering bimbang atau cemas dan mudah rasa
tertekan.
Tidak Stabil

Muram Sensitif
Risau Resah
Rigid Agresif
Tenang Cepat Riang
Pesimis Impulsif
Introvert Pendiam Optimis Ekstrovert
Tidak Sosial Aktif
Pasif Suka Bersosial
Berhati-hati Suka Bergaul
Aman Suka Berbual
Mengawal Responsif
Tingkah laku Senang Mesra
Boleh Dipercayai Periang
Rajah 2.1 Empat
Tenang Kategori Individu
Stabil Berasaskan
Tidak Perisau Dua Dimensi

2.1.4 Teori Personaliti Hans J. Eysenck sebagai Model Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik memilih teori Personaliti Eysenck yang dikemukakan oleh
Hans J. Eysenck (1947) sebagai model kajian kerana teori ini dapat menentukan jenis
mengikut trait tertentu serta menentukan sama ada seseorang individu itu mempunyai
personaliti bersifat ekstrovert atau introvert, neurotisme atau kestabilan emosi. Teori ini juga
menyatakan bahawa seseorang yang ekstrovert merupakan seorang yang kuat bercakap, suka
berdampingan dengan orang lain dan senang bergaul. Ciri - ciri ini amat bertentangan
dengan seorang yang introvert dimana ia lebih cenderung untuk bersendirian dan pemalu.

Menurut Rohaty (1992, dalam Narinder, 2002) ada yang berpendapat bahawa seseorang
yang introvert lebih mudah menelaah serta mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik
di peringkat sekolah rendah berbanding individu yang ekstrovert. Dalam kajian berasingan
pula, ada yang berpendapat seseorang yang ekstrovert mempunyai pencapaian yang lebih
baik berbanding seseorang yang introvert. Kenyataan ini juga mendapat reaksi yang berbeza
melalui Laney (2001) yang menyatakan;

“ Ia adalah penting untuk mengingatkan bahawa sesetengah individu berkebolehan menjadi


ekstrovert atau introvert yang ekstrem, dan kadang-kala introvert berkelakuan seperti ekstrovert
atau sebaliknya”(muka surat 131)

18
Melalui pernyataan tersebut, mustahil jika dikatakan bahawa individu introvert juga
mungkin berpencapaian lebih baik daripada individu ekstrovert. Oleh yang demikian,
melalui kajian ini pengkaji akan mengungkap sifat - sifat individu ekstrovert dan introvert
yang sebenar dengan menggunakan teori ini sebagai model kajian dan hubungannya dengan
pencapaian akademik pelajar.

2.2 Persekitaran keluarga

2.2.1 Teori Ekologi Bronfenbrenner

Teori ekologi yang diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1979,1989 dalam


Che Nidzam Che Ahmad, 2013) ini menekankan pengaruh persekitaran ke atas
perkembangan individu. Urie Bronfenbrenner menjelaskan bahawa perkembangan kanak-
kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.
Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran itu dipercayai boleh
mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Merujuk kepada konsep teori ini, kanak- kanak adalah individu yang berada di ruang
lingkup mikro (berpusat di tengah) yang boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem,
iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.

2.2.1.1 Mikrosistem

Mikrosistem merujuk kepada persekitaran yang terdekat dengan dunia kanak-


kanak tersebut. Ia adalah lapisan dalam yang pertama dan mewakili hubungan serta
interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa. Ia merupakan persekitaran yang terdekat di
mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung yang menghabiskan paling
banyak masa. Dalam masa yang sama, tingkah laku atau respon kanak-kanak juga
akan mempengaruhi sikap ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak tersebut.
Misalnya, kanak - kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh orang dewasa
yang berada disekitarnya dan mereka berkemungkinan akan memberi respon positif
terhadap kanak-kanak ini dan sebaliknya. Di samping itu, hubungan antara ibu bapa
juga memberi kesan kepada pengalaman kanak-kanak. Ibu bapa yang sentiasa
memberi sokongan sesama sendiri adalah lebih berkesan dalam hal asuhan dan
penjagaan kanak-kanak.

2.2.1.2 Mesosistem

Mesosistem merupakan lapisan kedua dalam teori sistem ekologi. Ia


melibatkan interaksi antara ibu bapa dengan pengasuh, ibu bapa dengan jiran, ibu bapa

19
dengan sekolah serta sekolah dengan jiran dan bagaimana ia mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Contohnya, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti kanak-
kanak di sekolah boleh memberi sokongan dalam membantu kemajuan akademik
kanak-kanak. Selain itu, keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku kanak-
kanak di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa
masalah tersebut ke sekolah. Contohnya, jika terdapat seorang kanak-kanak yang
bersikap murung ketika berada di rumah, maka tidak mustahil kanak-kanak tersebut
akan berkeadaan sedemikian di sekolah. Oleh itu, penglibatan orang sekeliling perlu
menunjukkan interaksi yang positif agar dapat memberi kesan kepada perkembangan
kanak-kanak.

2.2.1.3 Ekosistem

Ekosistem merupakan lapisan ketiga. Lapisan ini mewakili organisasi yang


tidak melibatkan kanak – kanak tetapi mempunyai pengaruh secara langsung ke atas
kanak-kanak tersebut. Contohnya, peraturan- peraturan di tempat kerja ibu bapa seperti
cuti atau waktu bekerja. Misalnya, ibu bapa membuat keputusan untuk berpindah
rumah tanpa meminta persetujuan daripada kanak-kanak. Apabila hal ini berlaku,
maka persekitaran kanak-kanak akan berubah apabila perpindahan berlaku. Hal ini
terjadi kerana kanak-kanak tidak dapat membiasakan diri di tempat baru pada
peringkat awal. Hal ini menunjukkan kanak-kanak tidak terlibat dalam keputusan ibu
bapa, tetapi keputusan tersebut turut memberi kesan ke atas kanak-kanak tersebut.
Ekosistem juga merangkumi saudara - mara dan rakan ibu bapa yang dapat membantu
keluarga. Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan murid secara langsung.

2.2.1.4 Makrosistem

Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu masa. Misalnya, kanak-
kanak hari ini lebih fokus kepada permainan-permainan komputer jika dibandingkan
dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di
persekitaran rumah. Makrosistem juga merupakan perkembangan individu yang
dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Sebagai contoh, di
sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih besar dimana mereka diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Di negara-negara barat, kaum
wanita mempunyai peluang dan hak yang sama. Ini memberi kesan ke atas perkembangan
sosial dan emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam masyarakat.

2.2.1.5 Kronosistem

20
Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai
contoh, kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga membawa perubahan dan memberi
kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Contohnya, apabila ibu melahirkan anak baru
dalam keluarga, maka kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu bapa
mereka tidak menyayanginya kerana memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada ahli
baru dalam keluarga tersebut.

Rajah 2.2: Interaksi elemen-elemen dalam lima sistem ekologikal berasaskan Teori Ekologi
Bronfenbrenner

Kronosistem

Mikrosistem
Ekosistem
Kumpulan agama  Jiran
sekolah  Sahabat
Individu Org  Keluarga
keluarga (kanak-kanak) dewasa  Massa media
Jantina, Umur, Rakan  Perkhidmatan sosial dan
Sosioekonomi kebajikan
persekitaran sebaya
, kesihatan,
Perkhidmatan kemudahan
dsb
komuniti

Kronosistem

2.2.2 Model Gaya Keibubapaan Baumrind

Gaya keibubapaan menurut Baumrind (1971) terbahagi kepada tiga jenis, iaitu gaya
autoritatif, gaya autoritarian dan gaya permisif. Ketiga-tiga gaya ini perlu diketahui oleh ibu
bapa agar mereka dapat memilih jenis gaya keibubapaan yang sesuai diaplikasikan ketika
berinteraksi dengan anak-anak.

2.2.2.1 Gaya Autoritatif

21
Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak -
anak mereka. Gaya asuhan mereka yang bersifat rasional dan demokratik dapat
membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggungjawab,
mempunyai kompeten daripada aspek kognitif. Menurut Baumrind (1989), kanak-
kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik cenderung menjadi lebih
bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, berdedikasi,
dapat mengawal diri, puas hati dengan diri dan bersikap positif terhadap rakan sebaya.

2.2.2.2 Gaya Autoritarian

Ibu bapa yang mengamalkan gaya autoritarian pula mempunyai sifat kawalan
yang tinggi, tetapi kurang dalam tanggungjawab. Anak-anak yang dibentuk akan
mempunyai ciri-ciri seperti berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam,
bimbang, cemas, khuatir, pendiam, pemalu, konsep kendiri rendah dan kurang
bermotivasi untuk berdikari. Mereka akan bertindak bermusuhan sekiranya
dikecewakan.

2.2.2.3 Gaya Permisif

Gaya permisif pula merujuk kepada ibu bapa yang mesra, bertanggungjawab
tetapi lemah dalam kawalan dan mengakibatkan anak-anak terlalu bergantung serta
impulsif. Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang permisif cenderung
bersifat tidak dapat mengawal diri, kurang berdikari dan kurang menjelajah. Anak-
anak mereka sentiasa tidak berminat dalam segala aktiviti, bertingkah laku menolak
dan selalu merasa kekurangan dari semua aspek kefungsian psikologi. Walau
bagaimanapun, mereka lebih gembira dan cepat sembuh daripada sesuatu tekanan atau
pun krisis berbanding kanak-kanak yang dibesarkan secara autorikratik (Baumrind,
1989).

2.3 Pencapaian Akademik

2.3.1 Teori berkaitan Pencapaian Akademik

2.3.1.1 Teori Keperluan Kepada Pencapaian (McClelland)

Teori ini diketengahkan oleh McClelland (1978, dalam Baharom


Mohamad, Iliyas Hashim, 2009). di mana beliau memberi tumpuan kepada
keperluan iaitu keperluan untuk pencapaian. Mengikut John B.Miner, teori
ini pada asalnya diasaskan kepada perhubungan di antara kelaparan dengan
bayangan makanan yang mempengaruhi proses pemikiran. Adalah didapati
22
lebih lama subjek yang dikaji tidak memperoleh makanan, lebih banyak
perkataan-perkataan yang berkaitan dengan makanan yang ditulis dalam
maklum balas-maklum balas mereka. Begitu juga jika seseorang itu
diminta untuk menceritakan tentang potensi pencapaian dalam satu gambar,
motivasi pencapaian mereka dapat ditimbulkan.

McClelland menggariskan beberapa ciri keadaan utama yang


diutamakan dan boleh mendorong individu yang mempunyai tahap
keperluan pencapaian yang tinggi. Pertama, ialah keadaan yang
memungkinkan individu mengambil tanggungjawab secara peribadi dan
mendapat kredit peribadi bagi penghasilannya. Keduanya, ialah keadaan
yang bercirikan tahap kesusahan dan risiko yang sederhana. Selain
daripada itu, perlu wujud maklumbalas yang jelas dan nyata tentang
kejayaan daripada usaha seseorang.

Beliau membezakan di antara high achievers dengan low achievers yang


mana pada kebiasaannya high achievers menetapkan matlamat tidak mudah
dan terlalu susah untuk dicapai. Dalam teori ini McClelland
membahagikan empat keperluan penting yang berkaitan dengan perlakuan
dalam organisasi dan pembangunan ekonomi iaitu keperluan untuk
pencapaian, affliation, autonomi dan kuasa. Di samping itu ianya dapat
dirumuskan bahawa keperluan kepada pencapaian dalam teori McClelland
dapat dipertingkatkan melalui latihan atau pendedahan kepada pengalaman
baru.

2.4 Kerangka Konsep

Kerangka kajian dalam Rajah 2.4 dibawah menggunakan dua pembolehubah iaitu
personaliti dan persekitaran keluarga yang dihubungkan dengan pencapaian akademik
pelajar. Persekitaran keluarga dan personaliti dikategorikan sebagai pembolehubah tidak
bersandar kerana kedua- dua pemboleh tersebut dijangka akan mempengaruhi pemboleh
ubah lain (pemboleh ubah bersandar) dan menjadi penyebab sesuatu kajian. Pencapaian
akademik pelajar dikategorikan sebagai pembolehubah bersandar kerana ianya merupakan
pembolehubah yang menerima kesan daripada pembolehubah tidak bersandar.

Personaliti seseorang pelajar dikaji melalui skala ekstroversi iaitu ekstrovert dan
introvert dan skala neurotisme iaitu neurotik dan kestabilan emosi.
mempengaruhi
23
Penglibatan
Ibu Bapa Ekstroversi

Peranan ibu  Ekstrovert


bapa Persekitaran
Personaliti  Introvert
Status Keluarga
sosioekonomi Neurotisme
 Pendidikan
 Pendapatan  Neurotik
 Pekerjaan  Kestabilan emosi
Pencapaian Akademik
Rajah 2.4: Kerangka
Pelajar Konsep

2.5 Kerangka Teori

Kerangka teori kajian yang digunakan untuk kajian ini bertujuan untuk menentukan
perkaitan antara personaliti, persekitaran keluarga dengan pencapaian akademik. Dari aspek
personaliti, penyelidik menerangkan domain-domain yang terkandung di dalam trait
personaliti Teori Jenis Trait Eysenck digunakan sebagai salah satu model kajian bagi
personaliti. Teori ini juga digunakan bagi menerangkan aspek personaliti. Menerusi kajian
ini, penyelidik meletakkan personaliti sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik. Penyelidik juga ingin melihat domain-domain yang signifikan dalam
personaliti dengan pencapaian akademik pelajar.

Dari aspek persekitaran keluarga, penyelidik menggunakan teori Ekologi


Brofrenbrenner. Teori ekologi ini menerangkan bahawa konteks sosial kanak-kanak
membesar dan individu yang mempengaruhi kehidupan kanak-kanak tersebut. Teori ini juga
menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah hasil interaksi antara persekitaran
dengan kanak-kanak tersebut.

Menurut model keibubapaan Baumrind, terdapat tiga jenis gaya asuhan keluarga iaitu
autoritatif, autoritarian dan permisif. Ketiga-tiga gaya ini perlu diketahui oleh ibu bapa agar
mereka dapat memilih jenis asuhan yang sesuai diaplikasikan ketika berinteraksi dengan
anak-anak.

Bagi aspek pencapaian akademik, penyelidik menggunakan Teori Keperluan Pencapaian


oleh McClelland di mana beliau memberi tumpuan kepada keperluan iaitu keperluan untuk
pencapaian kepada pelajar high achievers dan low achievers. Ketiga-tiga teori ini akan
mempengaruhi antara satu sama lain terhadap pencapaian akademik.

Teori Ekologi Brofrenbrenner 24

(persekitaran mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak)
Teori Jenis Trait Eysenck (1947)

Model Keibubapaan Baumrind


ekstroversi neurotisme
Gaya Autoritatif
Gaya Autoritarian Rajah 2.5: Kerangka Teori
Gaya Permisif

Teori Keperluan Pencapaian


(McClelland)
high achievers
low achievers

Pencapaian Akademik

Rajah 2.5: Kerangka Teori

2.6 Kajian - Kajian Lepas

2.6.1 Kajian Personaliti

Adler (1970, dalam Farminah, 1999), berpendapat bahawa personaliti ialah cara
kehidupan seseorang individu atau cara ia bertindak balas terhadap persekitaran dan
matlamat hidupnya. Selain itu, menurut Maddi (1980, dalam Marsita, 2002), menyatakan
bahawa personaliti merupakan satu set kecenderungan yang stabil yang menentukan
kesamaan dan perbezaan tingkah laku psikologi seseorang. Menurut Allport (1961),
personaliti adalah suatu sistem psiko fizikal yang dinamik dimana ia memberi garis
panduan kepada seseorang bagi menentukan ciri - ciri tingkah laku yang bersesuaian
dengan persekitaran kemanusiaan dan fizikal (Shahabuddin et al., 2003).

Moy (2001) menyatakan bahawa personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi
dan perasaan dengan perlakuan manusia. Dalam kajian Yusof dan Mariani (2000) pula
mengatakan bahawa personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak,
keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.

2.6.1.1 Kajian Hubungan Personaliti dengan Pencapaian Akademik

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan wujudnya hubungan antara


personaliti dengan pencapaian akademik. Dalam kajian yang dijalankan oleh Wesley
(1994), beliau mendapati bahawa pelajar yang mempunyai sikap melewat - lewatkan
penyiapan tugasan lebih cenderung untuk memperolehi pencapaian akademik yang

25
rendah. Begitu juga dengan pelajar yang meletakkan matlamat yang tidak realistik
sebagai objektif dalam mencapai kejayaan. Sebagai kesannya, pelajar tersebut akan
mengalami underachievement yang merujuk kepada ketidakupayaan seseorang
untuk mencapai ke paras pencapaian yang sepatutnya.

2.6.1.1.1 Kajian Hubungan Personaliti Dimensi Neurotisme dengan


Pencapaian Akademik

Selain itu, Boocock (1972) menyatakan bahawa pelajar - pelajar


yang mempunyai sifat yang teratur adalah mereka yang berpencapaian
akademik yang tinggi dan sifat ini biasanya terdapat pada individu yang
berpersonaliti neurotisme. Menurut Lynn dan Cordon (1983, dalam
Sharma & Radha, 1985) telah mendapati bahawa terdapat hubungkait
antara neurotisme dengan kejayaan akademik. Manakala Eysenck (1957)
pula berpendapat bahawa pelajar yang baik sepatutnya memperoleh skor
yang tinggi pada neurotisme dan rendah pada ekstroversi berdasarkan
instrument EPQ (Eysenk Personality Questionnaire).

2.6.1.1.2 Kajian Hubungan Personaliti Dimensi Ekstroversi dengan


Pencapaian Akademik

Callard dan Goodfellow (1962, dalam Sharma & Radha, 1985) telah
mendapati bahawa tidak terdapat korelasi yang signifikan di antara
ekstroversi dengan pencapaian akademik. Semua penyelidikan kecuali
Rushton (1966, dalam Sharma & Radha, 1985) telah mendapati bahawa
introversi mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian
akademik. Kebanyakan kajian yang lepas membuktikan bahawa terdapat
hubungan antara ciri personaliti seseorang dengan pencapaian akademik.

Menurut kajian berasingan oleh Murugiah (1996), pelajar yang


bersikap ekstrovert mempunyai ciri - ciri seperti dapat menyesuaikan diri
dengan mudah, suka bersosial dan suka bekerjasama dengan orang lain.
Individu berpesonaliti ini suka belajar secara berkumpulan, berbincang
serta sentiasa bertukar pendapat dengan orang lain. Oleh itu, pelajar yang
mempunyai sikap bekerjasama dengan orang lain memperoleh pelbagai
kebaikan secara akdemik. Kenyataan ini juga disokong oleh Sabri (2003)
dimana beliau berpendapat bahawa sikap bekerjasama membolehkan
seseorang pelajar belajar secara berkumpulan dengan orang lain.

2.6.1.2 Kajian Personaliti dengan Persekitaran Keluarga

26
Menurut Hurlock (1974), hubungan antara individu dengan ahli keluarganya
adalah yang paling mempengaruhi pembentukkan personaliti. Pengaruh keluarga ke
atas personaliti adalah besar memandangkan kebanyakan masa dihabiskan di
rumah. Masa yang dihabiskan oleh sesorang menentukan betapa signifikannya
individu itu dan bagaimana dia mempengaruhi sikap, nilai dan tingkah lakunya.
Personaliti seorang anak juga dipengaruhi cara penjagaan anak oleh ibu bapa
mereka. Anak dengan dimensi personaliti ekstrovert adalah lebih dipengaruhi oleh
sikap sosial dari introvert. Kanak-kanak dengan dimensi personaliti ekstrovert juga
lebih senang mengikut arahan. Melalui ciri ini, maka seseorang itu lebih senang
membentuk dimensi personalitinya tersendiri (Eyscenck, 1960, dalam Hurlock,
1974).

2.6.2 Kajian Persekitaran Keluarga

Persekitaran keluarga adalah memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan


keperibadian pelajar. Menurut kajian Zakaria (1996), faktor keluarga terbahagi kepada dua
iaitu faktor latar belakang ibu bapa dan faktor komitmen ibu bapa . Faktor latar belakang
dikategorikan dengan taraf pendidikan ibu bapa dan jumlah pendapatan keluarga manakala
faktor komitmen ibu bapa dikategorikan kepada sokongan fizikal dan sokongan moral.
Hasil daripada kajian ini terdapat lima belas pembolehubah yang mempunyai hubungan
yang signifkan pada aras keertian 0.05. Tiga daripadanya mewakili faktor latar belakang
ibu bapa dan dua belas selebihnya mewakili komitmen ibu bapa. Ibu bapa juga disarankan
supaya mengamalkan perkara yang mempunyai hubungan positif dengan pencapaian
akademik untuk mempertingkatkan mutu pendidikan dan pencapaian mata pelajaran
tersebut.

Menurut pendapat berasingan, sejak dari lahir sehingga ke peringkat autonomi diri
yang semakin kompleks, cara didikan dalam persekitaran keluarga telah memberi kesan
langsung dan berkekalan ke atas fungsi sosial dan moral kanak - kanak (Gadeyne,
Ghesquiere & Onghena, 2004).

2.6.2.1 Kajian Hubungan Penglibatan Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik

Kajian oleh Arnold et al. (2008 dlm Zulkifli, Jamilah, Aminah, Ismi, 2011)
mendapati hubungan antara ibu bapa dan pelajar adalah elemen utama dalam
kemajuan pelajar. Menurut kajian oleh Zulkifli, Jamilah, Aminah dan Ismi (2011),
mereka mendapati bahawa keterlibatan ibu bapa memang mempengaruhi
pencapaian pelajar miskin. Kajian tersebut dilakukan ke atas 34,787 orang pelajar
miskin yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (LKS) (LKS, 2010). Dapatan

27
ini juga selari dengan dapatan kajian Azizi Hj. Yahya & Nalini A/P Madavan
(2006) yang mendapati hubungan yang signifikan antara faktor hubungan
kekeluargaan yang baik akan memberikan kesan pencapaian akademik yang
semakin baik.

Dalam kajian berlainan, kebanyakan teori mencadangkan bahawa


penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak - anak dapat meningkatkan
pencapaian akademik mereka, serta merupakan satu galakan dalam memberi
motivasi kendiri terhadap pencapaian anak mereka (Eccles, 2007; Hoover
Dempsey, Ice, Whiteker, 2009). Sebagai contoh, perhubungan negatif dalam
campur tangan ibu bapa terhadap kerja rumah dan akademik anak - anak akan
memberikan kesan negatif terhadap tingkah laku mahupun emosi anak - anak yang
tidak berpencapaian cemerlang dalam akademik.

Bagi pendapat Knollman, et al., (2007) beliau mengatakan bahawa para


ibu bapa boleh membantu mempertingkatkan keupayaan anak - anak dalam
menyelesaikan tugasan di rumah dengan mengutamakan tugasan anak,
menunjukkan minat terhadap tugasan anak, mengetahui tentang kehendak tugasan
anak, mengatur masa dan tempat belajar anak dan menyelesaikan tugasan,
mengawasi tugasan harian anak serta menyemak tugasan yang telah diselesaikan
oleh anak.

Sementara Houtenville, et al. (2008) yang mengkaji penglibatan ibu bapa


dalam mengawasi anak-anak. Dapatan kajian mendapati bahawa anak - anak
remaja mereka yang menyiapkan kerja rumah yang diberi mengikut jadual
memperoleh perubahan peningkatan dalam pencapaian mata pelajaran tertentu.
Selain itu, lebih ramai para ibu bapa mengetahui apa yang anak- anak remaja
mereka belajar dalam kelas.

Menurut Fan & Chen (2001); Hill & Chao (2009); dan Seginer (2006) yang
menyatakan bahawa dalam meningkatkan pencapaian pelajar, kajian mendapati
tanggungjawab keluarga, hubungan antara ibu bapa dan sekolah dan hubungan
kekeluargaan memainkan peranan penting. Dalam pada itu, hubungan ibu bapa
dengan sekolah serta campur tangan ibu bapa terhadap pendidikan anak - anak
telah dikenalpasti sebagai satu cara merapatkan jurang demografik dalam
pencapaian dan memaksimakan kebolehan pelajar (Dearing, Kreider, Simpkins,
Weiss, 2006).

2.6.2.2 Kajian Hubungan Peranan Keibubapaan dengan Pencapaian Akademik

28
Tanggungjawab mendidik anak adalah bermula sejak didalam kandungan.
Ini berterusan dari saat bayi dilahirkan, ke peringkat kanak - kanak, peringkat
remaja hinggalah ke peringkat dewasa. Keluargalah yang memainkan peranan
penting dalam mendidik dan menyediakan anak untuk ke sekolah. Ibu bapalah
yang menjadi pengaruh yang besar terhadap pencapaian anak mereka (Mok dan
Lee, 1988 dalam Nurul Ezzati, 2008).

Menurut kajian lepas oleh Haessly (2001) dan Alper, et al. (1994)
menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam memberi didikan kepada
anak - anak. Ibu bapa dikatakan sebagai kumpulan rujukan pertama tentang nilai,
norma dan gaya hidup yang dirujuk oleh anak - anak (Berns, 2004). Faktor ini
menunjukkan bahawa ibu bapa merupakan penyumbang utama terhadap kejayaan
atau kegagalan anak- anak.

Ibu bapa juga berperanan penting dalam membentuk dan menentukan hala
tuju pendidikan anak - anak. Sekirannya ibu bapa gagal dalam membuat
perancangan yang betul sudah tentulah anak - anak menjadi mangsa kepada
kealpaan mereka dan mengakibatkan mereka akan tercicir dalam pelajaran.

2.6.2.3 Kajian Hubungan Status Sosioekonomi Ibu bapa dengan Pencapaian


Akademik

Tajudin (1999), mendapati ibu bapa yang mempunyai bilangan ahli keluarga
yang ramai serta mempunyai pendapatan yang rendah menjadi punca pelajar
gagal di dalam pelajaran. Sikap dan tanggungjawab ibu bapa terhadap pelajaran
anak - anak mereka akan terabai disebabkan mereka tidak dapat memenuhi
kelengkapan yang seharusnya disediakan di dalam proses pembelajaran anak-
anak.

Menurut Morrow dan Wilson (1961 dalam Siti, 2000) telah membuat kajian
terhadap perhubungan pelajar pencapaian tinggi dengan pelajar yang pencapaian
rendah di 48 buah sekolah tinggi lelaki. Hasil kajian mereka menunjukkan
bahawa ibu bapa pelajar yang berpencapaian tinggi sering melakukan aktiviti
bersama, berkongsi idea, beri keyakinan dan curah kasih sayang. Ibu bapa mereka
saling memberi sokongan dan kepercayaan, memberi galakan, kurang
mengongkong dan sering dapat memenangi hati anak mereka.

Menurut Morrow dan Wilson (1961, dalam Siti, 2000) juga, mereka
mendapati bahawa ibu bapa pelajar yang berpencapaian rendah adalah terlalu
melindungi anak mereka, terlalu memberikan tekanan terhadap pencapaian,

29
suasana keluarga yang kurang harmoni, pelaksanaan rutin rumah yang tidak tetap,
matlamat yang berbeza terhadap anak-anak dan beberapa faktor sosiologi yang
lain.

2.7 Kesimpulan

Berdasarkan kepada kajian - kajian lepas yang dijalankan, kebanyakannya menunjukkan


bahawa persekitaran keluarga adalah elemen penting dalam memupuk personaliti seseorang
individu. Menurut Habibah Elias (2002), keluarga boleh memberi kesan ke atas
perkembangan personaliti seseorang. Ibu bapa hendaklah menunjukkan bahawa mereka
mengambil berat dan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka.
Sebagai contoh, ibu bapa dapat meluangkan masa untuk bersama dengan anak - anak dalam
aktiviti harian mereka. Kualiti masa yang diluangkan besama anak - anak merupakan aspek
penting yang boleh mendorong seseorang individu membentuk personaliti yang positif dan
seterusnya memberi pengaruh positif terhadap pencapaian akademik mereka.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan

Metodologi kajian yang digunakan adalah merujuk kepada bagaimana cara yang paling
berkesan bagi mendapat maklumat yang berguna dengan penggunaan kos yang minima untuk
mencapai matlamat penyelidikan. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang
digunakan untuk memastikan kajian yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang
betul. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian
dapat dicapai berdasarkan data yang sah dan dipercayai (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999).
Menurut Mohd.Majid (1990) pula, kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang
berkesan akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh menyebabkan beban
maklumat.
30
Bab ini akan menerangkan bagaimana kajian ini dijalankan. Ia merangkumi rekabentuk
kajian, prosedur kajian, sampel kajian, instrumentasi, kaedah pengumpulan data dan kaedah
penganalisisan data.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah teknik dan kaedah untuk mendapat maklumat yang diperlukan
bagi menyelesaikan masalah (Azizi, 2002). Rekabentuk kajian adalah sebagai keseluruhan
rangka kerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian tinjauan (survey)
berbentuk deskriptif ini dilaksanakan untuk mengkaji hubungan personaliti dan persekitaran
keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar bagi matapelajaran Matematik PT3 2014 di
beberapa buah sekolah menengah di daerah Georgetown, Pulau Pinang.

Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk


menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 1994). Kajian ini
menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat dan data. Data kajian ini diperolehi
dengan menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu latar belakang
responden, personaliti dan persekitaran keluarga. Personaliti pelajar kajian ini menggunakan
inventori personaliti Junior Eysenck (JEPI) manakala item soal selidik persekitaran keluarga
diperoleh melalui rujukan daripada Nurul Ezzati (2008).

3.2 Persampelan Kajian

3.2.1 Tempat Kajian

Jadual 3.1 di bawah menunjukkan taburan sampel bagi setiap sekolah bagi yang dikaji.
Kajian dilakukan di 6 buah sekolah menengah terpilih di Daerah Timur Laut, Georgetown, Pulau
Pinang. Sekolah - sekolah ini terdiri daripada latar belakang yang berbeza-beza.

Jadual 3.1 :Taburan Sampel Bagi Setiap Sekolah

Bil Sekolah Sampel Kajian


Lelaki Perempuan Jumlah
1 SMK St. Xavier 60 - 60
2 SMK Hutchings 60 - 60
3 SMK Convent Lebuh Light - 60 60
4 SMK Convent Greenlane - 60 60
5 SMK Abdullah Munshi 30 30 60
6 SMK Jelutong 30 30 60
Jumlah 180 180 360
31
3.2.2 Subjek Kajian

3.2.2.1 Populasi Kajian

Populasi kajian ini tertumpu kepada pelajar - pelajar dari 18 buah sekolah di
daerah Timur Laut, Georgetown , Pulau Pinang.Populasi di daerah Timur Laut ini dipilih
kerana ia merupakan kawasan bandar yang terdiri daripada manusia yang mempunyai
pelbagai latar belakang sosial. Dengan kepelbagaian status sosioekonomi keluarga inilah
yang membantu pengkaji dalam memantapkan lagi data kajian. Berdasarkan populasi
daripada 18 buah sekolah, jumlah pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran
Matematik telah dikenalpasti seramai 3478 orang.

3.2.2.2 Sampel Kajian

Berdasarkan jadual penentuan sampel yang dicadangkan oleh Kriejcie dan Morgan
(1970), didapati saiz sampel yang diperlukan bagi populasi tesebut ialah 346 orang.
Sampel kajian terdiri daripada enam buah sekolah yang dipilih berdasarkan persampelan
secara rawak. Kaedah persampelan ini dipilih bertujuan agar populasi mendapat peluang
yang sama untuk terpilih. Sampel terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan daripada
pelbagai bangsa dan kumpulan pencapaian akademik.

Penentuan saiz sampel dalam kajian ini adalah berasaskan kaedah yang digunakan oleh
Krejcie dan Morgan (1970). Jadual 3.2 dibawah menunjukkan Jadual Penentuan Saiz Sampel
yang telah ditetapkan oleh Krejcie dan Morgan (1970).

Jadual 3.2 : Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970)

N S N S N S
10 10 220 140 1200 291
15 14 230 144 1300 297
20 19 240 148 1400 320
80 66 420 201 3500 346
100 80 500 217 6000 360
150 108 750 254 15000 375
200 132 1000 278 75000 382
Petunjuk: N= Bil. Populasi , S= Bil. Sampel

Berdasarkan kepada jadual tersebut, Krejcie dan Morgan (1970) telah menentukan bahawa
jika bilangan populasinya ialah 3500 orang, maka jumlah saiz sampelnya adalah 346. Sampel ini
dipilih dari kalangan 360 pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan aras pencapaian yang
32
berbeza. Oleh itu, sebanyak 380 soal selidik akan diedarkan bagi memastikan bahawa jumlah
yang dikehendaki dalam kajian ini dipenuhi dan memastikan hanya responden yang menjawab
dengan lengkap sahaja dijadikan sampel.

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Menurut Azizi et
al. (2007), perwujudan dan pengaturan daripada borang soal selidik adalah cara yang berkesan
dan berjaya. Soal selidik yang dilakukan dengan betul dan berhati-hati meningkatkan jumlah
maklum balas, memudahkan kesimpulan dan analisis data terkumpul. Soal selidik juga sesuai
digunakan kerana soal selidik menjamin kerahsiaan dan menimbulkan respons yang lebih jujur
disamping memerlukan kos yang rendah mendapatkan dalam mendapatkan maklum balas yang
besar.

Instrumen yang digunakan mengandungi soalan tentang demografi responden, JEPI serta
berkenaan pengaruh persekitaran keluarga. Soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
bahagian A, bahagian B, dan C. Bahagian A mengandungi soalan tentang latar belakang pelajar.
Bahagian B pula berkenaan Inventori Personaliti Eysenck Juinor manakala bahagian C berkaitan
dengan pengaruh persekitaran keluarga.

3.3.1 Bahagian A: Soal selidik Latar Belakang Responden dan Keluarga

Bahagian A mengandungi item - item yang berkaitan dengan faktor demografi


responden. Maklumat pertama yang diperlukan ialah maklumat diri iaitu jantina, keputusan
peperiksaan PT3 dan bilangan adik - beradik. Maklumat kedua yang diperlukan ialah latar
belakang keluarga iaitu taraf pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan
keluarga. Responden perlu mengisi ruang maklumat yang diperlukan dan juga menandakan
( √ ) pada ruangan yang disediakan mengikut kesesuaian maklumat yang ada. Bagi
maklumat pencapaian akademik, responden perlu mengisi pencapaian mereka pada ruang
yang disediakan. Jadual 3.3 dibawah merupakan pembahagian markat bagi pencapaian
akademik.

Jadual 3.3 : Pembahagian Markat Mengikut Gred Bagi Pencapaian Akademik

Gred Markah
1 A 80 – 100
2 B 65 - 79
33
3 C 50 - 64
4 D 40 - 49
5 E 0 - 39

3.3.2 Bahagian B: Soal Selidik Inventori Pensonaliti berdasarkan Hans J. Eysenck

Bahagian B pula adalah soal selidik berkaitan personaliti seseorang pelajar. Soal
selidik ini dibina berdasarkan kepada Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI) yang
telah diubah suai oleh Sidek Mohd Noah. Soal selidik ini menggunakan dua pilihan
jawapan iaitu Ya atau Tidak. Menurut Habibah dan Noran (2002), penggunaan istilah
ekstrovet - introvert menjadi popular sejak Jung memperkenalkan konsep ini. Kemudian,
Eysenck telah membentuk soal selidik untuk mengukur personaliti pada dimensi introvert
- ekstrovert yang dikenali sebagai Inventori Personaliti Eysenck Junior. Menurut Azizi et
al. (2002), Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI) ini dicipta oleh H.J. Eysenck pada
tahun 1965. Soal selidik ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke
atas.

Menurut Azizi et al. (2002) lagi, kebolehpercayaan instrumen ujian JEPI adalah
tinggi. Eysenck (1965) telah menggunakan kaedah bahagi dua ‘split half’ dan uji ulang
uji ‘test-retest’ untuk mengukur kebolehpercayaan JEPI. Oleh itu, penyelidik
menggunakan item- item JEPI yang telah diubah suai untuk menentukan personaliti
pelajar. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu ekstroversi dan neurotisme.
Pembahagian item adalah seperti Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Pembahagian Item Berdasarkan Dimensi Personaliti

Skala No. Item Positif No. Item Negatif Jumlah


(Jawapan Ya) (Jawapan Tidak)
Ekstroversi 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 19, 20, 21, 22, 23 23
13, 14, 15, 16, 17, 18

Neurotisme 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 17
33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40

Jumlah Item 40

Bahagian ini mengandungi item-item yang menggunakan pernyataan positif dan


negatif. Permarkahannya pula berdasarkan jawapan responden samaada Ya atau Tidak
seperti Jadual 3.4 dibawah.

34
Jadual 3.5: Pemarkahan Item Bahagian B

Item Positif Negatif


Ya 1 0
Tidak 0 1

3.3.3 Bahagian C: Soal Selidik Faktor Persekitaran Keluarga

Bahagian C soal selidik mempunyai item-item untuk melihat faktor persekitaran


keluarga (sikap ibu bapa dan penglibatan ibu bapa). Item - item yang digunakan adalah
sebahagian dari soal selidik persekitaran keluarga dan sikap ahli keluarga antara satu sama
lain.

Responden diberikan pilihan jawapan mengikut skala Likert iaitu menandakan


jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan skala dari satu ekstrim kepada
ekstrim yang lain seperti dibawah.

Jadual 3.6: Skala Pemarkatan Bahagian C

Peringkat Singkatan Markat Item Markat Item


Positif Negatif
Tidak Benar Sama Sekali TBSS 1 5
Tidak Benar TB 2 4
Tidak Pasti TP 3 3
Benar B 4 2
Sangat Benar SB 5 1

3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan

3.4.1 Kesahan Instrumen

Menurut Majid (1998), pengujian tahap kesahan adalah penting untuk


memastikan item yang dibuat adalah bersesuaian dengan responden yang hendak diuji.
Bagi menentukan kesahan instrumen kajian ini, penyelidik meminta bantuan daripada
pakar-pakar yang mempunyai pengalaman dalam bidang psikologi pendidikan bagi
menyemak semula instrumen serta memberikan komen kepada penambah baikan
terhadap instrumen.

3.4.2 Kebolehpercayaan Instrumen

35
Setelah kajian rintis kali pertama dan kedua dilakukan, penyelidik menilai skor
pelajar -pelajar bagi item-item dalam soal selidik tersebut. Skor-skor daripada kedua-
dua soal selidik ini akan dikolerasikan dengan menggunakan Korelasi Pearson untuk
mencari hubungan antara dua pembolehubah tersebut. Jika nilai korelasi yang
diperolehi mempunyai nilai korelasi 0.7 atau lebih, maka kolerasi ini menunjukkan
soal selidik mempunyai kesahan yang baik. Sekiranya kolerasi sederhana atau
rendah(kurang daripada nilai 0.7), item adalah tidak baik dan perlu dibaiki semula.
Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi melalui kajian rintis ini ialah 0.8401.

3.5 Kajian Rintis

Menurut Polit et al. (2001), kajian rintis adalah merujuk kepada versi kajian kecil atau
percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Ianya
juga membolehkan penyelidik mengenalpasti sebarang kekurangan dalam instrument kajian dan
seterusnya memperbaiki kelemahan tersebut.

Menurut Borg dan Gall (1983), kajian rintis ialah satu kajian yang dilaksanakan sebelum
set soal selidik diedarkan kepada responden sebenar. Tujuan utama kajian rintis dijalankan ialah
untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen tersebut.

Bagi kajian ini, seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 yang telah dipilih telah digunakan
untuk menguji sama ada mereka dapat memahami item-item yang digunakan dalam soal selidik.
Peringkat pertama kajian rintis telah dijalankan pada minggu pertama bulan Januari. Peringkat
kedua pula dijalankan pada minggu keempat bulan Januari. Kajian rintis ini telah dijalankan di
dalam bilik tertutup atau bilik-bilik khas yang disediakan oleh pihak sekolah bagi sekolah yang
terlibat dengan bantuan kaunselor sekolah. Kesemua pelajar tersebut tidak terlibat secara
langsung dalam kajian sebenar kelak.

3.6 Prosedur Kajian

Peringkat awal kajian, penyelidik berbincang dengan penyelia bagi memilih bidang dan
topik yang bersesuaian bagi kajian ini. Kajian melalui perpustakaan dimulakan dari awal untuk
mendapatkan maklumat tentang kajian - kajian lepas yang telah dijalankan tentang personaliti
dan persekitaran keluarga. Maklumat tentang kajian lepas berkisar tentang bidang yang dikaji
diperolehi melalui pembacaan bahan - bahan ilmiah seperti buku, jurnal dan artikel dari internet.

Sebelum memulakan kajian di sekolah-sekolah, penyelidik akan memohon kebenaran


daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
36
Dasar Pendidikan. Setelah kebenaran diperolehi, penyelidik akan mendapatkan kebenaran
daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri bagi menggunakan pelajar sekolah sebagai sampel
kajian.

Soal selidik akan diedarkan kepada enam buah sekolah kajian. Prosedur dalam menjalankan
soal - selidik ini ialah:

i. Memilih masa yang sesuai untuk berjumpa serta mengenal responden kajian

ii. Menerangkan kepada responden tujuan kajian dijalankan

iii. Menerangkan cara untuk menjawab soal-selidik kepada responden

iv. Responden diberi masa yang cukup untuk menjawab soal-selidik

v. Mengutip dan mengira soal-selidik yang dikembalikan oleh responden

3.7 Analisis Kajian

Bahagian A soal selidik mengumpul maklumat latar belakang responden. Analisis data
kemudiannya dibuat menggunakan skor min. Untuk mengukur tahap, respon dari responden
dikelaskan kepada tiga markat skor min dengan tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi
seperti dalam Jadual 3.7 dibawah.

Jadual 3.7: Pengkelasan Tahap Markat Skor Min

Markah Skor Penanda Tahap


1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana
3.01 – 4.00 Tinggi

Untuk Bahagian B soal selidik, subjek dengan skor 0 - 12 pada skala ekstroversi adalah
introvert, manakala skor 13 - 24 pada skala ekstroversi adalah ekstrovert. Subjek dengan skor 0 -
12 pada skala neurotisme adalah pada dimensi stabil, skor 13 – 24 pada skala neurotisme adalah
dimensi neurotik. Semua data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan program
‘Statistical Package for the Social Sciences’ (SPSS).

Untuk melihat hubungan antara pembolehubah dalam kajian ini, analisis korelasi
digunakan. Statistik inferensi yang digunakan adalah Kaedah Hasil Darab Momen Pearson
‘Pearson Product Moment Correlatation’. Analisis korelasi dibuat untuk melihat hubungan
antara personaliti, persekitaran keluarga dan menguji hipotesis yang telah dibentuk. Aras

37
signifikan yang digunakan adalah 0.05. Stasitik yang digunakan untuk menguji hipotesis adalah
seperti dalam jadual di bawah.

Bagi mengkaji faktor persekitaran keluarga (sikap ibu bapa, penglibatan ibu bapa, status
sosioekonomi ibu bapa) terhadap pencapaian akademik pelajar, kaedah analisis regresi berganda
kaedah stepwise digunakan. Kaedah ini diguna bertujuan untuk mengenalpasti perubahan tiga
faktor iaitu sikap ibu bapa, penglibatan ibu bapa dan status sosioekonomi ibu bapa yang
menyumbang kepada suatu pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian akademik.

Jadual 3.8: Ringkasan Pengujian Statistik Hipotesis Kajian

Bil Objektif Kajian Jenis Jenis Statistik


Instrumen
1 Mengenal pasti personaliti dominan yang dimiliki di Soal selidik Min
kalangan pelajar Kekerapan
Peratusan
2 Mengenal pasti faktor pengaruh persekitaran keluarga(sikap Soal selidik Regresi
ibu bapa, penglibatan ibu bapa, status sosio ekonomi ibu Berganda
bapa) di kalangan pelajar kaedah
stepwise
3 mengenal pasti tahap pencapaian akademik di kalangan Soal selidik Min
pelajar Kekerapan
Peratusan
4 menentukan perhubungan antara faktor pengaruh Soal selidik Korelasi
Pearson
persekitaran keluarga dengan pencapaian akademik di
kalangan pelajar

5 menentukan perhubungan antara personaliti dengan Soal Selidik Korelasi


Pearson
pencapaian akademik di kalangan pelajar

3. 8 Kesimpulan

Metodologi kajian yang digunakan dapat membantu menghasilkan kajian yang lebih
sempurna dan membuahkan dapatan yang lebih tepat. Ia merupakan satu bentuk panduan yang
dapat memberikan hala tuju ke arah proses kajian yang sistematik dan teratur.

38
Bibliografi
Abd. Rahim (2000, dalam Siti Zahirah 2008). Persepsi pelajar mengenai faktor - faktor
perlakuan buli di SMK Kulai Besar. Univeriti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda.

Abdullah Sani Yahya (2005). Mengurus displin pelajar. PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

Allport, G, W. (1971). Personality: A psychology interpretation. London: Redwood Press


Limited.

Amnon Lazer, Joseph Guttmann, & Liat Abas (2007). Parental authority in divorced
families. Journal of Divorce & Remarriage, Universiti of Haifa, Israel, 50(5).

Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff , G.L.(2008). Parent involvement in preschool:


Predictors and the relation involvement to prelitery development. School
Psychology Review, 37(1), 74 - 90.

Azizi Hj. Yahya, Yusof Boon, Shahrin Hashim (2008). Personaliti gaya hidup remaja.
Penerbit : UTM.

Azizi Hj. Yahaya dan Nalini A/P Madavan (2006). Faktor - faktor lepak dan hubungan
keibubapaan di kalangan pelajar di sekolah menengah di empat buah negeri
Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashimdan Yusof Boon, (2005). Psikologi
sosial: Alam remaja. Bentong, Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn.
Bhd.

Baharom Mohamad, Iliyas Hashim (2009). Bagaimana Memotivasi Pelajar. Penerbit:


PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Baumrind, D. (1971). Authoritarian vs Autoritative Parental Central Adolescence. New


Jersey: Prentice Hall Inc.

39
Baumrind, D. (1989). Rearing Competent Children. In Child Development Today and
Tomorrow, Damon, W.(Ed.) San Francisco: Jossey-Bass, pp. 349- 378

Bigner J, J. (2002). Parent - Children Relations: An Introduction to Parenting. 6th


edition. Upper Saddle River, New Jersey; Merrill Prentice Hall.

Black (2009). The history of Islamic political thought: From the Prophet to the Present.
NY: Routledge.

Boocock, S. S. (1972). An introduction to the sociology of learning. New York:


Houghton.

Borg, M.G.& Gall (1983). The Emotion Reaction of School Bullies and Their Victims.
Educational Psychology, 18, 433 – 444.

Cain, S. (2012). Quiet: The power of introverts in a world that can’t stop talking. New
York: Crown Publishing.

Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Nor. (2001). Personaliti pelajar pintar dan
hubungannya dengan pencapaian akademik.Prosiding konferensi kebangsaan
Kajian Pasca Siswazah (Greduc.), Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Che Nidzam Che Ahmad (2013). Pesekitaran Pembelajaran:Aspek Fizikal dan


Psikososial. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dearing E., Kreider, H., Simpkins, S, & Weiss, H.B. (2006). Family involvement in
school and low- income children’s literacy: Longitudinal association between
and within families. Journal of Educational Psychology, 98, 653 - 664.

Dzulkarnain Haji Abdul Rahman (2003). Pengaruh budaya ibu bapa, rakan sebaya,
masyarakat dan sekolah dalam pembentukan displin pelajar. Tesis Doktor
Falsafah, yang tidak diterbikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Eccles, J.S (2007). Families, schools, and development achievement related motivations
and engagement. In J.E. Grusec & P.D Hastings (Eds.). Handbook of
socialization: Theory and research (pp. 665 - 691). New York: Guilford.

Eysenck, H. J. (1947, 1965). Dimensions of personality. London : Routledge and Kegan


Paul.

Fan, X, & Chen, M. (2001). Parental involvement and students’ academic achievement:
A meta- analysis. Educational Psychology Review, 13(1), 1 - 22.

Feist, J. (1985). Theories of personality. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Fontana, A. (1981). Social problems. New York: Holt Rinehart Winston.

40
Freud, S.F. (1953). Circle of friends: The role of gender and network in delinquent group
dynamic. Paper Presented at Annual Meeting of The American Society of
Criminology, Chicago, IL.

Gadeyne, Ghesquiere & Onghena (2004). Longitudinal relations between parenting &
child adjustment in young children. Journal of Clinical Child & Adolescent
Psychology, 22, 347 - 358.

Gpeda, B.J. (1988). A general theory of crime. Stanford CA: Stanford University Press.

Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002). Psikologi personaliti. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashami Bohari, Ezaddin Mohamed, Osman Ali., & Sharif, M. A. (1994). Masalah
pembelajaran murid dari keluarga bercerai. Jurnal Pembangunan Sumber
Manusia, 74 - 79.

Hoffman, L, (1996). Progress and problem in the study of adolescence. Development


Psychology, 32, 777-780.

Hoover - Dempsey, K.V., Ice, C. L., & Whitaker, M. C. (2009). “We’re way past reading
together”: Why and how parental involvement in adolescence makes sense. In
N. E. Hill & R. K. (Eds.) Families, school and the adolescent: Connecting
research, policy, and practice (pp. 19 - 36). New York: Teachers College Press.

Houtenville, A, & Conway, K, (2008). Parental effort, school resources, and student
achievement. Journal of Human Resoucres, 43, 437- 453.

Hurlock, Elizabeth B. (1974). Personality development. New York: McGraw-Hill.

Hussein Mahmod (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaliah Bte Hj. Abdullah (2001). Pengarah faktor dorongan, hubungan & kerjaya
ibubapa dalam pemilihan kerjaya pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Teluk,
Batu Pahat, Johor. UTM, Skudai, Johor. Tesis: Sarjana Muda.

Kamus Dewan (2003). Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Knollman, M., & Wild, E, (2007). Quality of parental support and students emotions
during homework: Moderating effects of student “Motivational orientations”.
European Journal of Psychology of Education, 22, 63-76.

Laney, M, O, (2001). The introvert advantage: How to thrive in an extrovert world. New
York: Workman Publishing.

Lembaga Zakat Selangor. http://web.e-zakat.com.my/baru/sistem/berita2/baca, Dicapai


pada 22hb Januari 2010.

41
Mahmood Nazar Mohamed (2001). Pengantar psikologi satu pengenalan asas kepada
jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maizatul Akmam( 2007). Perkaitan antara hubungan keluarga, pengaruh rak rakan
sebaya dan kecerdasan emosi dengan tingkah laku delinkuen pelajar. Tesis Dr.
Azlina bt Mohd Kosnin, Jabatan Psikologi Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

Marjoribanks, K. (1994). Families, school and children s learning environments.


International Journal of Educational Research, 21, 439 - 555.

Maslow, A.H. (1954). Motivation and personality. New York: Harper and Raw
Publishers.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbit


Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Konting (1990, 1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nor Awang (2002). Aspek - aspek persekitaran rumahtangga yang


mempengaruhi pencapaian akademik pelajar setinggan di sekolah menengah
kebangsaan daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Morris (2001). The academic performance of Catholic school, school organisation,


14(1), 81- 90.

Morrison, G.S (2978). Parent involvement in the home, school and community. Ohio:
Charles E. Merrill Publishing Company.

Moy, R.G. (2001) Perkembangan pendidikan di Malaysia: Dalam Abdul Rahim M. Ali
(penyt.) ilmu pendidikan DPM : Pendidikan di Malaysia dan psikologi
pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Utusan Publicatians & Distributions Sdn.
Bhd.

Muhd Mansor Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1998). Psikologi remaja. Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Murugiah Velayutham (1996). Psikologi pendidikan 1; Psikologi perkembangan. Kuala


Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Narinder Kaur A/P Peara Singh (2002). Hubungan di antara dimensi personaliti. konsep
kendiri dengan pengaruh keluarga di tanah rancangan felda. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Nik Hairi Omar, Azmi Abdul Manaf & Ahmad Shazili Ayob (2012). Pengujian model
gaya keibubapaan Baumrind ke atas pencapaian akademik pelajar sekolah

42
menengah. Journal of Social Sciences & Humanities, Vol. 7, No. 1(105 - 120,
April 2012).

Nurul Ezzati (2008). Kajian tentang hubungan diantara dimensi personaliti, konsep
kendiri dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar
SPA/SPE/SPJ. Universiti Teknologi Malaya : Tesis Sarjana Muda.

Polit, D. F. Beck, C.T.& Hungler, B.P. (2001). Essentials of Nursing Research: Methods,
Appraised and Utilization. (5th .ed.) Philadelphia: Lippincott William& Walkins.

Potkay, Charles R. dan Allen, Bem P. (1986). Personality: Theory research and
applications. Califonia : Wadsworth Inc.

Robiah Sidin dan Zaiton Sidin (1987). Sosiologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Rohana Hj. Isa (2000). Hubungan antara peranan keibubapaan dengan pencapaian
akademik. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Sabri Ahmad (2003). Kemahiran belajar berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publication
and Distributors Sdn. Bhd.

Sasikala Madavan (2003). Corak asuhan keluarga dan hubungan dengan pembentukkan
personaliti remaja Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Sharifah Alawiyah Alsagoff (1989). Falsafah pendidikan: Edisi ke 3. Kuala Lumpur:


Hernemann Asia.

Simons, L.G, & Conger, R.D. (2007). Linking mother - father differences in parenting to
a typology of family parenting styles and adolescent outcomes. Journal of
Family Issues, 28, 212 - 241.

Siti Rahimah Hassan (2000). Pengaruh status sosioekonomi keluarga terhadap


pencapaian akademik pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Kubor
Besar , Kelantan : Satu tinjauan. Univeriti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda.

Smith, H, W. (1987). Introduction to social psychology. New Jersey: Prentice Hall Inc.

Soenens B., Vansteenkiste, M., Luyckx, K., & Gossens, L. (2006). Parenting and
adolescent problem behavior; An integrated model with adolescent self -
disclosure and perceived parental knowledge as intervening variables.
Development Psychology, 42, 305 - 318.

Yusof, C. M dan Mariani , M.D. Nor. (2000). Personaliti pelajar pintar cerdas dan
hubungan dengan pencapaian akademik . Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya.
43
Zarinah Arshat (2001). Kualiti persekitaran sosial keluarga dan pencapaian akademik
anak. Jurnal Pembangunan Sosial (Jun) 2, 161 - 184.

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SOAL SELIDIK

Hubungan antara Persekitaran Keluarga dan Personaliti dengan Pencapaian


Akademik

Pelajar - pelajar sekalian,

Soal selidik yang dikemukakan ini adalah bertujuan mendapatkan maklumat


tentang ‘Hubungan antara Persekitaran Keluarga dan Personaliti dengan Pencapaian
Akademik’. Diharapkan pelajar - pelajar dapat memberikan kerjasama dengan menjawab
semua soalan yang dikemukakan dengan jujur dan ikhlas agar kajian ini dapat dihasilkan
dengan sebaiknya. Sila baca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan-soalan
tersebut.

Semua maklumat yang diberikan adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk
tujuan kajian sahaja. Di atas kesudian pelajar- pelajar melibatkan diri dan memberikan
kerjasama dalam menjawab soal- selidik ini didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Selamat menjawab.

Soal selidik ini mengandungi 3 bahagian:

BAHAGIAN A : Latar belakang responden dan keluarga

BAHAGIAN B : Soal selidik personaliti pelajar

BAHAGIAN C : Soal selidik faktor persekitaran keluarga

44
BAHAGIAN A

ARAHAN : Sila tandakan (√ ) berkaitan maklumat anda pada ruangan yang


disediakan.

1. Jantina

Lelaki
Perempuan

2. Keputusan Peperiksaan PT3 (Nyatakan Gred Diperoleh)

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Geografi
Kemahiran Hidup
Pendidikan Islam
Lain-lain
(Nyatakan)
………………

3. Sekarang anda tinggal bersama

Ibu dan Bapa


Ibu sahaja
Bapa sahaja
Lain-lain (Nyatakan)
……………..

4. Bilangan adik- beradik (Nyatakan) ………….orang


Lelaki : ……….orang
Perempuan : ……….orang

5. Anda anak ke berapa? ……………..

45
6.
Penjaga(√)
Taraf Pendidikan Bapa(√) Ibu(√) (jika tinggal
Tertinggi dengan penjaga)
Ijazah
Diploma
STPM
SPM
SRP/LCE
Darjah 6/Sekolah rendah
Tidak bersekolah
Lain-lain (Nyatakan)
………………

7.

Penjaga(√)
Pekerjaaan Bapa(√) Ibu(√) (jika tinggal
dengan penjaga)
Kerajaan
Swasta
Kilang
Buruh
Kerja sendiri
Berniaga
Tidak bekerja
Lain-lain (Nyatakan)
………………

8. Pendapatan bapa/penjaga sebulan : RM ……………

Pendapatan ibu sebulan : RM ……………

Jumlah pendapatan : RM ……………

BAHAGIAN B

ARAHAN : Sila tandakan (√ ) pada YA atau TIDAK berkaitan maklumat anda


pada ruangan yang disediakan.

46
NO ITEM YA TIDAK
1 Anda suka kepada perkara - perkara yang memerlukan anda
bertindak dengan segera dan cepat.
2 Anda selalu merasa riang dan bahagia.
3 Anda seorang yang sangat aktif dan periang.
4 Anda selalu memberi gerakbalas yang cepat dan spontan
dalam setiap tindakan yang dilakukan .
5 Anda selalu membuat cerita-cerita lucu kepada rakan-rakan
anda.
6 Anda selesa apabila berada di khayalak ramai.
7 Anda selesa menerima dan melayan tetamu-tetamu yang
berkunjung ke rumah anda.
8 Anda selalu mengelakkan diri daripada bercakap dengan
seseorang melainkan jika ditegur terlebih dahulu.
9 Anda boleh menyesuaikan diri dan merasa selesa didalam
suatu majlis yang diadakan secara tiba-tiba.
10 Anda berasa gelisah apabila dikerumuni oleh orang ramai.
11 Anda lebih meminati cerita-cerita komedi dan hiburan
berbanding cerita-cerita sedih.
12 Anda suka dengan sesuatu yang baru walaupun ianya ganjil
dan mencabar.
13 Anda suka mencuba sesuatu kerja yang baru.
14 Anda suka menggunakan peluang yang ada untuk melakukan
sesuatu kerja.
15 Anda lebih cenderung melakukan aktiviti-aktiviti di luar
rumah.
16 Anda lebih berminat menyaksikan rancangan gusti dan lawak
jenaka berbanding rancangan yang mengandungi adegan sedih
dan sentimental.
17 Anda berasa selesa apabila bercakap di hadapan orang ramai.
18 Anda dianggap sebagai seorang yang periang serta mudah
untuk didampingi.
19 Anda lebih suka menyendiri daripada bersama dengan rakan-
rakan anda.
20 Anda lebih suka mendengar daripada bercakap.
21 Anda lebih gemar bercampur dengan rakan- rakan yang aktif
serta dinamik.
22 Anda sukar berkomunikasi dengan orang yang tidak pernah
anda temui.
23 Rakan-rakan anda merasa kesunyian tanpa kehadiran anda
bersama-sama mereka.
24 Anda mudah merasa tersangat dukacita tanpa sesuatu sebab
yang munasabah.
25 Anda mudah tersinggung apabila orang lain menegur kesilapan
anda.
26 Fikiran anda mudah terganggu.
27 Anda mudah menangis apabila diganggu oleh rakan-rakan
anda.

47
28 Anda sering merasakan anda tiada kawan.
29 Anda selalu merasa gelisah sehingga anda tidak selesa duduk.
30 Anda pernah merasakan bahawa hidup anda sudah tidak
berguna lagi.
31 Fikiran anda sering melayang ketika anda melakukan sesuatu
kerja.
32 Anda merasa tidak pasti melakukan sesuatu perkara yang anda
mesti lakukan.
33 Anda selalu bergantung kepada orang lain yang dianggap
penting dalam hidup anda.
34 Anda sering dihantui oleh perasaan bersalah.
35 Apabila anda melakukan sesuatu kesilapan, anda merasa tidak
berguna dan menganggapnya sebagai suatu kelemahan.
36 Anda sangat mementingkan kecantikan atau ketampanan diri
anda.
37 Fikiran anda sering berubah-ubah.
38 Anda mudah merasa cemas apabila berhadapan dengan suatu
situasi yang baru.
39 Anda mudah terganggu oleh situasi serta orang yang berada di
sekeliling anda.
40 Anda mudah panik apabila melakukan sesuatu kesilapan.

BAHAGIAN C

ARAHAN : Untuk setiap item di bawah, anda dikehendaki memilih dengan cara
menandakan (√) pada kolum yang berkenaan di mana:

Tidak Benar Tidak Benar Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju


Sama Sekali

48
1 2 3 4 5

No. Item Pilihan Jawapan


1 2 3 4 5
Bahagian A: Sikap Ibu Bapa
1. Ibu bapa saya saling membantu antara satu sama
lain.
2. Saya dan ibu bapa saya selalu menghabiskan
masa di rumah.
3. Persefahaman yang baik wujud dalam diri kedua
ibu bapa saya.
4. Kedua ibu bapa akan menasihati saya dalam
setiap perkara.
5. Saya dan ibu bapa sering melakukan aktiviti
riadah bersama-sama.
6. Saya dan ibu bapa sering melakukan kerja - kerja
di rumah bersama-sama.
Bahagian B: Penglibatan Ibu Bapa
1. Ibu bapa saya mengatur jadual pembelajaran saya
di rumah.
2. Ibu bapa saya memberi sokongan dalam
pembelajaran saya di rumah.
3. Ibu bapa sangat prihatin terhadap pencapaian
akademik saya.
4. Ibu bapa saya sentiasa melihat hasil kerja sekolah.
5. Kedua ibu bapa akan menghantar dan mengambil
saya dari sekolah.
6. Kemudahan pembelajaran di rumah ada
disediakan oleh kedua ibu bapa (cth: meja tulis,
alat tulis, buku rujukan, dsb)

49
50

You might also like