Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn. Hj Md Jais bin Samat, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
Mersing, diiringi oleh Yang Berusaha En. Puade bin Jamak, Guru Besar Sek. Keb Felda Tenggaroh 2, En.
Wan Nadzri bin Wan A. Rahman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing, barisan pegawai
pengiring Pejabat Pendidikan Daerah Mersing, serta barisan pentadbir sekolah.

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG


SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Yang Berbahagia, Tn. Hj Md Jais bin Samat, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing,
Yang Dihormati, En. Wan Nadzri bin Wan A. Rahman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing,
Yang Berusaha En. Puade bin Jamak, Guru Besar Sek. Keb Felda Tenggaroh 2,
barisan pegawai pengiring Pejabat Pendidikan Daerah Mersing,
barisan pentadbir Sek. Keb. Felda Tenggaroh 2,
guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat kita berkumpul pada hari yang
berbahagia ini bagi menyempurnakan PROGRAM BICARA KELESTARIAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH MERSING 2019.
Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing serta barisan pegawai
pengiring ke SK Felda Tenggaroh 2 pada pagi ini.
_______________________________________________________________

MENADAH TANGAN TANDA KERENDAHAN


LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al Fadhil Ustaz
Abd. Aziz bin Abd. Salim, untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
- BACAAN DOA –
________________________________________________________________
Amin amin ya rabbal aalamin… terima kasih diucapkan di atas bacaan doa itu tadi.

BUKAN KERIS TANPA ULUNYA


BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada En. Puade bin Jamak, Guru Besar Sek. Keb Felda
Tenggaroh 2. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
______________________________________________________________
Terima kasih diucapkan di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Tn. Hj Md Jais bin Samat,
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing, untuk memberi ucapan beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- UCAPAN TUAN PPD -


__________________________________________________________________
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj Md Jais bin Samat, Tuan
Pegawai Pendidikan Daerah Mersing di atas ucapan beliau sebentar tadi.
______________________________________________________________
Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan lagi dengan ACARA MENANAM POKOK HIASAN.

Maka dengan ini, dijemput Tn. Hj Md Jais bin Samat, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing, diiringi oleh
Yang Berusaha En. Puade bin Jamak, Guru Besar Sek. Keb Felda Tenggaroh 2, En. Wan Nadzri bin Wan
A. Rahman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing, barisan pegawai pengiring Pejabat Pendidikan
Daerah Mersing, serta barisan pentadbir sekolah untuk bergerak ke tapak penanaman pokok hiasan. Majlis
dengan ini mempersilakan.

- PENANAMAN POKOK HIASAN-


_______________________________________________________________
Hadirin yang dihormati sekalian
,
Dengan berakhirnya acara sebentar tadi maka selesai sudah PROGRAM BICARA KELESTARIAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MERSING 2019 pada hari ini.

Pihak sekolah berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kepadaYang Berbahagia, Tn. Hj Md Jais bin
Samat, Tuan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Mersing sebagai tanda kenang-kenangan.

Untuk itu, majlis menjemput, Yang Berusaha En. Puade bin Jamak, Guru Besar Sek. Keb Felda Tenggaroh
2 diiringi oleh En. Sidek bin Deraman, Guru Penolong Kanan 1, Sek. Keb, Felda Tenggaroh 2 untuk
menyampaikan cenderamata.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tn. Hj Md Jais bin Samat, Tuan Pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah Mersing, untuk menerima cenderamata tersebut.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hadirin sekalian yang telah
menjayakan program pada hari ini..

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar
bahasa, atau terguris rasa.

SESUNGGUHNYA, GITAR TIDAK AKAN BERSUARA TANPA JARI,


BULAN TAK AKAN PURNAMA TANPA MATAHARI.

Segala yang baik datang dari Allah SWT dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari kami insan
biasa. Sebelum mengundur diri, sambutlah salam manis untuk dan disudahi dengan lafaz suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.

Dijemput Yang Berusaha En. Puade bin Jamak, Guru Besar Sek. Keb Felda Tenggaroh 2 untuk mengiringi
Yang Berbahagia, Tn. Hj Md Jais bin Samat, Tuan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dan
pegawai-pegawai pengiring PPD Mersing untuk ke bilik jamuan.

You might also like