Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA

(COLGIS)

PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN

GMGF 1013
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM
KUMPULAN B

MIKROEKONOMI DALAM SEKTOR MINYAK KELAPA SAWIT

NAMA : NOR AQILAH BINTI ABDUL HAMID


NO. MATRIK : 267931
NAMA PENSYARAH : DR NORANIDA BINTI MUKTHSIM
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ..................................................................................................................... 3


2.0 PENGELUARAN ................................................................................................................... 4
3.0 HARGA ................................................................................................................................ 6
4.0 IMPORT .............................................................................................................................. 8
5.0 EKSPORT ........................................................................................................................... 10
6.0 PENGGUNAAN TEMPATAN .............................................................................................. 12
7.0 KESIMPULAN .................................................................................................................... 13
8.0 RUJUKAN .......................................................................................................................... 14
9.0 LAMPIRAN ........................................................................................................................ 15

2
1.0 PENGENALAN

Perbincangan yang terangkum dalam tugasan ini memberi tumpuan khususnya


kepada bidang mikroekonomi. Mikroekonomi didefinisikan sebagai ekonomi yang
menumpukan kajian terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh unit-unit kecil
di dalam ekonomi. Kajian mikroekonomi dibuat terhadap aktiviti ekonomi yang
dilakukan oleh individu, firma, dan kerajaan, misalnya kajian mengenai kesan kenaikan
pendapatan individu terhadap permintaan individu dan kenaikan harga barang terhadap
penawaran firma. Dalam konteks ini, tumpuan adalah untuk menganalisis pengeluaran,
import, eksport dan harga bagi sektor kelapa sawit di Malaysia.

Menurut Anim Hosnan (2014), buah kelapa sawit (Ealeis guineesis) dihasilkan
oleh pokok kelapa sawit yang matang merupakan hasil yang boleh dijadikan pelbagai
produk setelah diproses di kilang. Terdapat tiga bahan atau produk asas utama yang
dihasilkan daripada buah kelapa sawit iaitu isirung kelapa sawit (Palm Kernal), minyak
isirung kelapa sawit (Oil palm kernel), dan minyak sawit mentah (crude Palm oil).
Malaysia antara beberapa negara didunia yang mempelopori pengeluaran produk
berasaskan kelapa sawit dengan nilai eksport. Tanaman ini merupakan tanaman paling
popular di Malaysia sebagai tulang belakang daripada sumbangan sektor pertanian dalam
KDNK.

3
2.0 PENGELUARAN

Tanaman kelapa sawit merupakan komoditi pertanian yang amat penting bagi
negara kita ianya juga merupakan penyumbang terbesar dalam menjana ekonomi
Malaysia. Malaysia merupakan negara pengeksport minyak kelapa sawit kedua di dunia
selepas Indonesia. Oleh itu, pada tanggal 1 Mei 2000 kerajaan telah menubuhkan
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di bawah Akta Parlimen (Akta 582) yang
berperanan untuk mengalakkan dan membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan
negara bagi kesejahteraan industri kelapa sawit Malaysia.

PENGELUARAN TAHUNAN MINYAK KELAPA SAWIT


20,500,000
19,961,581 19,919,311
20,000,000 19,667,016
19,516,141
19,500,000
19,000,000
18,500,000
JUMLAH

18,000,000
17,500,000 17,319,177

17,000,000
16,500,000
16,000,000
15,500,000
2014 2015 2016 2017 2018
TAHUN

Rajah 1: Jumlah pengeluaran tahunan minyak kelapa sawit bagi tahun 2014 – 2018
(Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia)

4
Graf di atas menunjukkan jumlah pengeluaran tahunan minyak kelapa sawit pada
tahun 2014 hingga 2018. Data ini diperoleh daripada Lembaga Minyak sawit Malaysia.

Pada tahun 2014, pengeluaran tahunan minyak kelapa sawit adalah sebanyak
19,667,016 tan, manakala pada tahun 2015 pengeluaran minyak kelapa sawit meningkat
sebanyak 1.5% jika dibandingkan dengan pengeluaran minyak kelapa sawit pada tahun
2014.

Seterusnya, Jumlah pengeluaran minyak kelapa sawit menunjukkan penurunan


yang drastik pada tahun 2016 iaitu hanya 17,319,177 tan yang di hasilkan. Penurunan
terjadi sebanyak 13.2% jika dibanding dengan pengeluaran minyak kelapa sawit pada
tahun 2015 yang terjejas disebabkan oleh fenomena El Nino.

Pada tahun 2017, sebanyak 19,919,311 tan minyak kelapa sawit di hasilkan,
peningkatan tersebut adalah sebanyak 15% apabila dibandingkan dengan jumlah
pengeluaran tahunan minyak kelapa sawit pada tahun 2016. Pada tahun 2018 pula,
pengeluaran dicatat sebanyak 19,516,141 tan dalam tempoh Januari hingga Disember.
Penurunan berlaku sebanyak 2% jika dibandingkan dengan pengeluaran minyak kelapa
sawit pada tahun 2017.

Kesimpulannya, pada tahun 2015 minyak kelapa sawit menunjukkan bilangan


pengeluaran yang tertinggi sepanjang tahun 2014 hingga 2018. Manakala pada tahun
2016, pengeluaran dicatatkan pada nilai yang terendah disebabkan oleh fenomena El
Nino.

5
3.0 HARGA

Harga sesuatu barangan lazimnya ditentukan oleh hukum pemintaan serta hukum
penawaran, begitu juga dengan harga kelapa sawit. Menurut hukum permintaan yang
ditentukan oleh pengguna, apabila harga meningkat, pengguna akan mengurangkan
pemintaan pada barang tersebut begitu juga sebaliknya. Hukum penawaran pula
ditentukan oleh pengeluar. Apabila harga meningkat, pengeluar akan menambahkan
barangan yang dikeluarkan. Harga pasaran akan diperolehi apabila kuantiti penawaran
dan kuantiti permintaan di tingkat yang sama. Secara konklusinya, apabila permintaan
tinggi dari penawaran, maka harga akan naik dan apabila penawaran lebih besar dari
permintaan, maka harga akan turun.

HARGA KELAPA SAWIT MENTAH


2700
2486.5 2488
2500 2426.5 2418 2396
HARGA PER TAN (RM)

2324
2300 2215 2183.5 2177.5
2082
2100
1830.5 1794.5
1900

1700

1500
JAN FEB MAC APR MEI JUN JULAI OGOS SEPT OCT NOV DIS
BULAN

Rajah 2: Harga kelapa sawit mentah pada tahun 2018


(Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia)

6
Graf diatas menunjukkan harga kelapa sawit mentah pada tahun 2018 dari bulan
Januari hingga Disember. Harga kelapa sawit mentah dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Pada bulan januari, harga kelapa sawit mentah mencatatkan harga tertinggi
sepanjang tahun 2018 iaitu sebanyak RM 2486.50 Per Tan. Manakala, pada bulan februari
berlaku kenaikan sebanyak 0.06% jika dibandingkan dengan bulan Januari. Peningkatan
ini berlaku disebabkan oleh pemintaan yang semakin bertambah dari negara India.

Pada bulan Mei, harga kelapa sawit mentah adalah RM 2396 Per Tan. Manakala
pada bulan Jun harga mengalami penurunan sebanyak 3% jika dibandingkan dengan
harga kelapa sawit mentah pada bulan Jun.

Pada bulan Mac hingga disember, harga kelapa sawit mentah terus mengalami
penurunan yang disebabkan oleh permintaan menurun dari negara-negara luar. Selain itu,
perang pedagangan antara China dan Amerika Syarikat merupakan punca berlakunya
penurunan harga yang mendadak (Konsep Penawaran). Ini kerana, negara China
merupakan negara pengimport terbesar terhadap minyak kelapa sawit.

Pada bulan Disember, harga kelapa sawit mentah berada pada tahap terendah iaitu
sebanyak RM 1794.50 Per Tan. Manakala, harga tertinggi kelapa sawit mentah adalah
pada bulan Febuari. Penurunan yang berlaku adalah sebanyak 27.8% sepanjang tahun
2018. Kesimpulannya, harga kelapa sawit mentah ditentukan oleh hukum permintaan
serta hukum penawaran.

7
4.0 IMPORT

Import ditakrifkan sebagai membeli barangan atau perkhidmatan dari negara lain.
Suatu import adalah merupakan apa-apa barangan (contohnya satu komoditi) atau
perkhidmatan yag dibawa ke dalam sebuah negara dari negara lain di dalam satu kaedah
yang disahkan oleh undang-undang, biasanya bagi kegunaan di dalam perdagangan.
Import barangan atau perkhidmatan diberikan kepada pelanggan tempatan oleh penghasil.
Satu import di dalam negara penerima adalah satu eksport kepada negara penghantar.
Meskipun, Malaysia merupakan pengeluar minyak kelapa sawit tetapi Malaysia tetap
mengimport kelapa sawit bagi mengatasi masalah penawaran domestik yang kian
meningkat. Selain itu, pengimportan minyak sawit juga adalah antara strategi memastikan
negara mempunyai pengganti sekiranya berlaku penurunan dalam jumlah bekalan minyak
sawit di negara ini (Man Kee Lam et al., 2009)

JUMLAH IMPORT MINYAK KELAPA SAWIT (TAN)


1,200,000
1,028,158
1,000,000
841,452
800,000
JUMLAH (TAN)

600,000 556,095
485,567
415,414
400,000

200,000

0
2014 2015 2016 2017 2018
TAHUN

Rajah 3: Jumlah import minyak kelapa sawit


(Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia)

8
Graf di atas menunjukkan jumlah import minyak kelapa sawit di Malaysia. Data
ini diperolehi daripada laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Pada tahun 2014, Malaysia telah mengimport minyak kelapa sawit sebanyak
485,567 tan, manakala pada tahun 2015, jumlah import Malaysia terhadap minyak kelapa
sawit meningkat 111.7% jika dibandingkan dengan jumlah import pada tahun 2014. Ini
terjadi kerana, jumlah eksport minyak kelapa sawit bertambah, Oleh itu, Malaysia
terpaksa menambah jumlah import bagi menampung jumlah permintaan

Seterusnya, Jumlah import Malaysia terhadap minyak kelapa sawit pada tahun 2016
adalah 415,414 tan. Ianya menunjukkan penurunan terhadap jumlah import disebabkan
kurangnya permintaan eksport ke negara luar.

Pada tahun 2017, sebanyak 556,095 tan minyak kelapa sawit di import, ianya
menghasilkan peningkatan sebanyak 33.87% apabila dibandingkan dengan jumlah
minyak kelapa sawit yang di import pada tahun 2016. Pada tahun 2018 pula, jumlah
minyak kelapa sawit di import adalah 841,452 tan dalam tempoh Januari hingga
Disember. Peningkatan berlaku sebanyak 51% jika dibandingkan dengan jumlah import
minyak kelapa sawit pada tahun 2017.

Kesimpulannya, pada tahun 2015 minyak kelapa sawit menunjukkan jumlah import
yang tertinggi sepanjang tahun 2014 hingga 2018. Manakala pada tahun 2016, jumlah
import dicatatkan pada nilai yang terendah.

9
5.0 EKSPORT

Eksport didefinasikan sebagai proses menjual barang atau perkhidmatan kepada


negara lain. Eksport adalah suatu kegiatan pemindahan barang dari tempat asal ke tempat
lain. Proses eksport melibatkan institusi kerajaan dan juga institusi swasta. Malaysia
merupakan negara yang mengeksport minyak kelapa sawit terbesar sejak tahun 2005.
Sejak tahun 2009 pula, Indonesia telah berjaya mengatasi Malaysia dalam pasaran eksport
minyak kelapa sawit hingga kehari ini.

JUMLAH EKSPORT MINYAK KELAPA SAWIT (TAN)


17,454,213
17,500,000
17,306,247

17,000,000
JUMLAH (TAN)

16,559,057
16,487,556
16,500,000

16,045,957
16,000,000

15,500,000
2014 2015 2016 2017 2018
TAHUN

Rajah 4: Jumlah Export minyak kelapa sawit


(Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia)

Graf diatas menunjukkan jumlah export minyak kelapa sawit. Negara India
muncul di tempat teratas sebagai pembeli utama minyak kelapa sawit negara sebanyak
1.229 juta tan pada sepanjang bulan Januari 2018 – Mei 2018. Ini diikuti oleh China (710
ribu tan), Pakistan (529 ribu tan), Belanda (407 ribu tan) dan Turki (308 ribu tan).

10
Pada tahun 2014, Malaysia telah mengeksport minyak kelapa sawit sebanyak
17,306,247 tan, manakala pada tahun 2015, jumlah eksport Malaysia terhadap minyak
kelapa sawit meningkat sebanyak 0.85% jika dibandingkan dengan jumlah eksport pada
tahun 2014.

Seterusnya, Jumlah eksport Malaysia terhadap minyak kelapa sawit menunjukkan


penurunan yang drastik pada tahun 2016 iaitu hanya 16,045,957 tan yang di eksport Ini
bermakna, penurunan berlaku sebanyak 8.07% jika dibandingkan dengan jumlah eksport
minyak kelapa sawit pada tahun 2015 yang terjejas disebabkan kurangnya pengeluaran
minyak kelapa sawit disebabkan oleh fenomena El Nino.

Pada tahun 2017, sebanyak 16,559,057 tan minyak kelapa sawit di eksport, ianya
menghasilkan peningkatan sebanyak 3.2% apabila dibandingkan dengan jumlah minyak
kelapa sawit yang dieksport pada tahun 2016. Pada tahun 2018 pula, jumlah minyak
kelapa sawit dieksport adalah 16,487,556 tan dalam tempoh Januari hingga Disember.
Penurunan berlaku sebanyak 0.43% jika dibandingkan dengan pengeluaran minyak
kelapa sawit pada tahun 2017.

Kesimpulannya, pada tahun 2015 minyak kelapa sawit menunjukkan jumlah


eksport yang tertinggi sepanjang tahun 2014 hingga 2018. Manakala pada tahun 2016,
jumlah eksport dicatatkan pada nilai yang terendah disebabkan oleh fenomena El Nino.

11
6.0 PENGGUNAAN TEMPATAN

PENGGUNAAN TEMPATAN
4000
3476
3500 3236
2946 3000
3000
2587
2500
1000 MT

2000

1500

1000

500

0
2014 2015 2016 2017 2018
TAHUN

Rajah 5: Graf penggunaan tempatan bagi minyak kelapa sawit


Sumber: Index Mundi

Graf diatas menunjukkan graf penggunaan tempatan bagi minyak kelapa sawit
pada tahun 2014 hingga 2018. Sumber ini diperolehi daripada laman web Index Mundi.

Pada tahun 2014, jumlah pengunaan tempatan terhadap minyak kelapa sawit
adalah 2,946,000 tan. Pada tahun 2015, peningkatan berlaku sebanyak 1.83% jika
dibandingkan dengan penggunaan tempatan terhadap minyak kelapa sawit pada tahun
2014.

Seterusnya, penggunaan tempatan terhadap minyak kelapa sawit pada tahun 2016
adalah sebanyak 2,587,000 tan. Penurunan penggunaan tempatan berlaku sebanyak
13.8% jika dibandingkan dengan tahun 2015.

Pada tahun 2017, jumlah pengunaan tempatan terhadap minyak kelapa sawit
adalah 3,236,000 tan. Pada tahun 2018, peningkatan berlaku sebanyak 7.42% jika

12
dibandingkan dengan penggunaan tempatan terhadap minyak kelapa sawit pada tahun
2017.

Kesimpulannya, pada tahun 2018 minyak kelapa sawit menunjukkan jumlah


penggunaan tempatan yang tertinggi sepanjang tahun 2014 hingga 2018. Manakala pada
tahun 2016, jumlah penggunaan terhadap kelapa sawit dicatatkan pada nilai yang terendah

7.0 KESIMPULAN

Kelapa sawit (Elaeis guineensis) berasal dari Afrika Barat dan mula ditanam di
Malaysia pada tahun 1917an di Ladang Tennamaran, Kuala Selangor. Pada tahun 1960an,
kelapa sawit mula ditanam secara meluas sebagai langkah mempelbagaikan tanaman
komoditi negara. Sektor komoditi adalah merupakan tunjang kepada ekonomi negara
sejak awal kemerdekaan lagi. Meskipun negara kita telah menjadi negara perindustrian
dan kini, berusaha memajukan sektor perkhidmatan pula, sektor komoditi masih
merupakan komponen penting dalam struktur ekonomi negara. Sumbangan sektor
komoditi seperti minyak sawit kepada ekonomi negara adalah jelas. Komoditi
perladangan seperti kelapa sawit adalah berperanan penting sebagai salah satu
penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Ini adalah termasuk
sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), pendapatan eksport, guna
tenaga dan penghasilan teknologi.

13
8.0 RUJUKAN

Laman portal rasmi Lembaga Minyak sawit Malaysia. Dicapai pada 15 April 2019 dari
http://www.mpob.gov.my/

Index Mundi. Dicapai pada 15 April 2019 dari


https://www.indexmundi.com/agriculture/?country=my&commodity=palm-
oil&graph=domestic-consumption

Laman Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 15 April 2019 dari
https://www.dosm.gov.my/v1/

Izzah Shazwany Mohd Nasir, Noraida Abdul Rani, Er Ah Choy,2015. “Faktor Pemilihan
Minyak Sawit dalam kalangan pengguna: Kajian empirikal di Putrajaya, Malaysia.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://journalarticle.ukm.my/9152/1/6x.geografia-si-ogos15-izzah%26er1-edam2.pdf

Berita Harian (2018), Harga minyak sawit dijangka terus rendah, Dicapai pada 15 April
2019 dari
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/11/500414/harga-minyak-sawit-
dijangka-terus-rendah

Berita Harian (2018), harga sawit rendah, pengusaha lading dijangka rugi. Dicapai pada
15 April 2018 dari
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2018/12/510058/harga-sawit-rendah-
pengusaha-ladang-dijangka-rugi

FMT News (2018), Menteri : Lebihan bekalan punca harga minyak sawit jatuh. Dicapai
pada 15 April 2018 dari
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/06/menteri-lebihan-
bekalan-punca-harga-minyak-sawit-jatuh/

14
9.0 LAMPIRAN

Pengiraan harga buah tandan segar bagi semenanjung Malaysia

Prestasi Industri minyak kelapa sawit bagi bulan Marc

15
SUMMARY OF THE MALAYSIAN OIL PALM INDUSTRY 2018

16

You might also like