Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 527

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | i

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam 2019


Islam Patriotisme &
Kemerdekaan Malaysia
ii | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Prosiding ini adalah hasil daripada penyelidikan yang ditaja oleh


Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Skim Geran Penyelidikan
Fundamental FRGS/1/2016/SS106/UKM/02/1.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | iii

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam 2019


Islam Patriotisme &
Kemerdekaan Malaysia

disunting oleh
Farid Mat Zain
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad
Noorsafuan Che Noh

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI • 2019
http://www.ukm.my/fpi
iv | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Cetakan Pertama / First Printing, 2019


Hak cipta / Copyright Fakulti Pengajian Islam UKM, 2019

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar, serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

All right reserved. No part of this publication may be produced


or transmitted in any form or by means, electronic or mechanical,
including photocopy, recording, or any in any information storage and
retrieval system, without prior permission in writing from the Publisher.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by


Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Diatur huruf di Malaysia oleh / Typeset in Malaysia by


NOORSAFUAN BIN CHE NOH
safone2448@gmail.com

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by


S&T PHOTOCOPY CENTER
Batu 18 ½, Jalan Reko, Sungai Tangkas,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | v

Kandungan

Kandungan ... v

Masyarakat Malaysia Sebelum Merdeka: Menjejaki Memori Sejarah Pembentukan


Masyarakat Majmuk
Abdullah Zakaria Ghazali...1

Persatuan Ulama’ Kedah, Amal Ma’aruf Nahil Mungkar: Menelusuri Kegiatan Membela
Tanah Air dan Agama, 1946 – 1957
Abdul Manaf Saad, Abdullah Zakaria Ghazali & Zulkanain Abdul Rahman...16

Isu Politik dan Kemerdekaan Sebelum Perang Dunia Ke-II dalam Majalah Pengasuh
1918- 1937
Abdullah Zaidi Hassan...61

Elemen Perpaduan Antara Agama dalam Kursus Perbandingan Agama


di FKI UniSZA
Aman Daima Md. Zain & Mohd Hasrul Shuhari...91

Pengkajian Terhadap Kitab Pati Rahsia yang Didakwa Disusun oleh Nik Mahmud
bin Haji Nik Ismail (Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja) Kelantan Darul Naim
Amini Amir Abdullah...106

Ulama dan Perjuangan Kemerdekaan di Pahang


Amnah Saayah Ismail, Burhanuddin Jalal, Wan Kamal Mujani
Nur Surayya Mohd Saudi & Farid Mat Zain...1347

Perjuangan Ulama dalam Memartabatkan


Islam dan Tanah Melayu
Berhanundin Abdullah...146

Dinamika Angkatan Tentera Malaysia Penerus Kemerdekaan dan Keselamatan Negara


Burhanuddin Jalal, Safar Yaakob, Amnah Saayah Ismail
& Sayuti Ab Ghani...159

Peranan Pemimpin Politik dalam Memperkasakan Ketamadunan


Masyarakat Malaysia
Fadzli Adam & Siti Khatijah Yasin...170

Islam dalam Perjuangan Patriotisme Wanita Melayu: Analisis Perjuangan Hal Ehwal
Wanita Islam ABIM (Helwa ABIM) dari Tahun 1971-1991
Raja Nurul Balqis Raja Md Arif, Hasliza Mohamad Ali
& Faridah Mohd Tap...181
vi | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Sorotan Kesusasteraan Peranan Ulama dalam Kemerdekaan Malaysia


Farid Mat Zain, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad
Noorsafuan Che Noh & Mohd Fazmie Deraman...202

Campur Tangan British Serta Sumbangan Ulama dalam Perjuangan


Kemerdekaan di Johor
Hanif Md Lateh @ Junid...222

Peranan Burhanuddin al-Helmi dalam Perjuangan Kemerdekaan


Farid Mat Zin & Muhammad Iqbal Haq Ibrahim...244

Parti Politik dalam Perjuangan Kemerdekaan: Peranan Parti Islam Semalaysia (PAS)
dalam Membela Kepentingan Islam dan Demokrasi
Mohd Izani Mohd Zain...261

Profilisasi Tok Ku Tuan Besar Sebagai Sheikh al-Ulama Negeri Terengganu


M.Hafiy A.Malek, Najihah Abd.Wahid, Zurita Yusoff,
Anas Mohd Yunus & Fadzli Adam...274

Peranan Ulama dalam Perjuangan Menentang Penjajah:


Pengalaman Badiuzzaman Sa’id al-Nursi
Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad...282

al-Wasatiyyah Perspektif al-Ghazali dalam Akidah dan Kepentingannya


kepada Perpaduan Negara
Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhari...311

Konsep al-Takfir Perspektif Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dan Kaitannya


dengan Perpaduan Negara
Mohd Hafiz Nordin, Mohd Hasrul Shuhari
& Engku Ahmad Zaki Engku Alwi...322

Kefahaman Terhadap al-Asma’ al-Husna dan Kaitannya dengan Ciri al-Amanah


dalam Kepimpinan Negara
Mohd Hasrul Shuhari...333

Tun Mustapha dan Peranannya Terhadap Penetapan Islam Sebagai Agama


Rasmi Negeri Sabah
Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin & Ibnor Azli Ibrahim...353

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah: Peranan dalam Patriotisme


dan Kemerdekaan Negeri Sarawak
Ninie Amira Drahim, Farid Mat Zain & Suhaila Zailani @ Ahmad...362

Sorotan Kesusasteraan Novel bertemakan Merdeka, Nasionalisme


dan PatriotismeSebelum Merdeka
Noorsafuan Che Noh, Azmul Fahimi Kamaruzaman
& Roziah Sidek @ Mat Sidek...382
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | vii

Ulama dan Perjuangan Kemerdekaan di Sarawak 1850-1960:


Lakaran Fakta, Lingkaran Fatwa
Nordi Achie...392

Burhanuddin al-Helmi: Perjuangan dalam Politik dan Agama Menjelang


Kemerdekaan Negara
Siti Noridayu Abd. Nasir...400

Sumbangan Ustaz Abu Bakar al-Baqir dalam Gerakan Kemerdekaan Malaysia


Nurul Husni Abdullah, Farid Mat Zain, Napisah Karimah Ismail
& Ezad Azraai Jamsari...412

Peranan Politik dan Institusi Pemerintah dalam Membasmi


Gerakan Ekstremis di Malaysia
Fadzli Adam, Siti Rokiah Ab Rahman & Fakhratu Naimah Muhad...439

Fiqh Aghlabiyyat, Gagasan dan Kepentingannya di Malaysia:


Satu Tinjauan Awal
Wan Mohd Yusof Wan Chik, Mohd Sufian Moktar,
Mohamad Zaidin Mohamad, Ahmad Faizol Ismail,
Abdul Wahid Salleh, Ahmad Amirul Zulkifli,
Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin...445

Syeikh Abdul Malik bin Abdullah dan Sumbangannya dalam Penulisan


Karya Fikah di Semenanjung Tanah Melayu
Zurita Mohd Yusoff, Abdul Karim Ali, Hasanulddin Mohd, M.Hafiy A.Malek,
Najihah Abd Wahid & Jamalluddin Hashim...467

Pengaruh Timur Tengah Terhadap Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu


Abu Hanifah Haris...481

Peranan Ulama dalam Perjuangan Kemerdekaan Malaysia: Satu Perspektif Awal


Farid Mat Zain...506
viii | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | ix

Prakata

Syukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan rahmat dan kurniaNya
dapat kami siapkan prosiding ini. Dalam ruang dan waktu yang terbatas kami
berjaya mengumpulkan sebanyak tiga puluh makalah dalam pelbagai tajuk
berkaitan tema yang diangkat pada seminar kali ini. Semintar Kebangsaan
Tamadun dan Warisan Islam atau TAWIS 2019 mengetengahkan tema yang agak
khusus iaitu berkaitan dengan peranan ulama dalam perjuangan kemerdekaan
tanahair. Tema ini dipilih kerana meraikan sebuah penyelidikan yang dilakukan
oleh sekumpulan penyelidik Pusat Rantau Timur Tengah dan Nusantara, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Seminar Kebangsaan
Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2019 dianjurkan bersama antara Pusat
Rantau Timur Tengah dan Nusantara (PUTERA), Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Fakulti
Pengajian Kontemporari Islam FKI, Universiti Sultan Zainal Abidin. Justeru
pada kesempatan ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
sudi menganjur seminar ini secara bersama.
Tema diangkat iaitu Islam, patriotisme dan kemerdekaan Malaysia
dirasakan penting memandangkan isu ini sering sahaja timbul dalam masyarakat
khususnya menjelang hari kemerdekaan. Kebelakangan ini berbangkit isu
keharmonian kaum yang semakin kurang semangat patriotisme terhadap negara
semakin pudar. Suatu perkara penting yang mungkin kurang mendapat perhatian
masyarakat ialah di mana kedudukan dan peranan ulama atau agamawan dalam
perjuangan kemerdekaan. Diharap seminar ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak
Dalam kesempatan ini kami mengucapkan terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dalam
menjayakan seminar ini, khususnya kepada pengucap utama, para panel diskusi
dan pemakalah dan tidak ketinggalan kepada penaja kewangan. Tidak
ketinggalan kepada semua urusetia yang terlibat secara langsung dalam
menjayakan seminar ini. Wassalam

Sidang Penyunting
x | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 1

Masyarakat Malaysia Sebelum Merdeka:


Menjejaki Memori Sejarah Pembentukan
Masyarakat Majmuk
ABDULLAH ZAKARIA GHAZALI

ABSTRAK

Masyarakat Malaysia hari ini dirujuk sebagai masyarakat majmuk; terdiri


daripada Melayu (Perlembagaan Persekutuan, 2019:287), anak Negeri
(Perlembagaan Persekutuan, 2019:271, Fasal 153), Orang Asli
(Perlembagaan Persekutuan, 2019:286); “Kaum Lain” (Perlembagaan
Persekutuan, 2019:269, Fasal 152 (1)(b)) - Cina, India, dan lain-lain.
Kewujudan masyarakat ini melalui kitaran sejarah yang panjang. Sesuai
dengan panggilan Semenanjung Melayu, Semenanjung Tanah Melayu,
Negeri Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu, penduduk asal adalah
Melayu. Selain itu di Persekutuan Tanah Melayu terdapat penduduk yang
dikenali sebagai Orang Asli. Sementara itu Borneo atau dikenali juga
sebagai Kalimantan, menjurus kepada Sarawak dan Borneo Utara (kini
dikenali sebagai Sabah) penduduk asalnya anak negeri. Kitaran sejarah
mewujudkan kaum lain, yang berasal dari China dan India berhijrah, dan
kemudiannya menetap di Malaysia. Tidak dinafikan terdapat golongan
rumpun Melayu berasal dari jiran Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak
dan Sabah bergerak dari negeri asal mereka, dan akhirnya menetap di
Malaysia. Kumpulan ini berbeza dengan Cina dan India yang datang dari
China dan India; mereka datang dari negeri atau pulau yang terangkum
sebagai Semenanjung dan Kepulauan Melayu. Dengan itu kertas ini
membincangkan, menghuraikan dan menjelaskan kewujudan masyarakat
Malaysia sebelum 1957. Sekali gus sekurang-kurangnya dapat
mencerahkan permasalahan berkaitannya, khususnya komposisi dan
penempatan masyarakat Malaysia hari ini.

Kata kunci: Masyarakat Malaysia, Proses dan Pembentukan


2 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

PENGENALAN

Masyarakat Malaysia hari ini, terdiri daripada Melayu, Orang Asli, Anak
Negeri dan berbagai kaum adalah proses dan pembentukan zaman silam.
Sesuai dengan nama dan panggilan Semenanjung Melayu, Semenanjung
Tanah Melayu, Negeri Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu tanah ini
adalah tanah Melayu. Begitu juga penduduk asal Sarawak dan Sabah,
dirujuk sebagai anak negeri jelas mencerminkan Sarawak dan Sabah
adalah negeri mereka. Permasalahannya, kini selain Melayu, Orang Asli
dan Anak Negeri masyarakat Malaysia terdiri daripada etnik Cina, India
dan lain-lain. Malaysia Mereka pula adalah warganegara Malaysia dan
terikat kepada Perlembagaan Persekutuan. Sudah pasti kewujudan
masyarakat tersebut mempunyai sejarahnya. Misalnya bagaimana Cina
dari Negara China; India dari Negara India; dan berbagai etnik Rumpun
Melayu dari Indonesia berada dan menjadi warganegara Malaysia?
Dengan itu, dalam usaha menjelaskan dan menghuraikan persoalan ini,
tidak kaedah, kecuali melalui disiplin sejarah. Kembali ke zaman silam,
mengumpul segala pengalaman sejarah berkaitan dengannya. Segala
kolektif memori sejarah tersebut; setelah disaring, kemudiannya dianalisis
bagi menjelaskan keberadaan masyakat Malaysia sebelum merdeka, 1957;
dan sekali gus dapat juga menjelaskan keberadaan masyarakat Malaysia
hari ini. Pada masa lampau, sebelum pengasasan kerajaan Melaka 1262,
sudah wujud konteks Semenanjung Melayu dengan dunia Arab, benua
India dan China, serta dengan Kepulauan Melayu. Kegiatan dan
perkembangan perdagangan, serta bahan yang diperlukan ada di sini,
ramai pedagang datang dan berniaga di Semenanjung Tanah Melayu.
Dalam pada itu terdapat antara yang berkunjung di Semenanjung Tanah
Melayu, Sarawak dan Sabah ini daripada golongan agama. Oleh kerana
penguasa di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah tidak
mengamalkan dasar pintu tertutup, memudahkan pengunjung datang
berniaga, atau menyebarkan agama mereka. Kesan dari ini bertapak agama
Hindu, Buddha dan Islam. Sementara itu dalam kalangan penduduk
tertentu terus mengamalkan kepercayaan yang diwarisi nenek moyang
mereka. Walaupun sudah wujud penempatan awal, misalnya orang India
di Kedah; Cina di Hulu Kelantan, dan Arab di Kedah dan Hulu
Terengganu. Mereka adalah pendatang sama ada dari India, China atau
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 3

Semenanjung Arab. Sangat berbeza dengan berbagai etnik Rumpun


Melayu mereka adalah daripada lingkungan budaya dan pengaruh sama.
Pada peringkat awal, sebelum kedatangan dan penyebaran agama Islam,
penduduk tempatan, Melayu; menganut agama Hindu atau Buddha atau
kekal dengan animisme. Bentuk masyarakat sedemikian rupa berlanjutan,
sehingga Seri Paduka Maharaja Derbar Raja memeluk agama, memakai
gelaran Sultan Muzaffar pada 1136;1 dan sekali gus Islam sebagai agama
negeri Kedah dan jajahan takluknya. Begitu juga perubahan besar berlaku
dalam masyarakat Malaysia apabila Raja Melaka, Raja Kechil Besar,
memeluk agama Islam memakai gelaran Sultan Muhammad Shah.2 Seperti
mana Kedah, mulai Sultan Muhammad Shah agama Islam sebagai agama
kerajaan Melaka.

MEMORI KOLEKTIF SEJARAH MASYARAKAT


MALAYSIA SEBELUM MERDEKA

Kewujudan masyarakat hari ini melalui proses sejarah yang panjang.


Sesuai dengan nama negeri sebagai Semenanjung Melayu, Semenanjung
Tanah Melayu, Negeri Melayu, dan Persekutuan Tanah Melayu, bumi
tersebut adalah tanah Melayu. Pada 16 September 1963, lahir pula
Persekutuan Malaysia, iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan
Sabah. Sekali gus masyarakat Malaysia terdiri daripada Melayu, orang asli,
anak negeri, kaum Cina dan India; dan lain-lain.
Sementara penduduk tanah Melayu, Sarawak dan Sabah mengharungi
kehidupan harian mereka, kekayaan dan kesuburan bumi menyebabkan
datang Cina dari China; India dari India; dan berbagai etnik Melayu dari
Kepulauan Melayu di Malaysia. Kedatangan penduduk baru ini berniaga
atau berhijrah mencari tempat baru untuk kehidupan. Kemudian ada
antaranya mengambil keputusan menetap di tempat baru. Dalam pada itu
tidak kurang juga yang berulang-alik ke tempat asal mereka.
Ketika keagungan kerajaan Melaka sebagai pusat perdagangan, dan
kuasa kelautan berbagai bangsa dari barat dan timur, serta berbagai etnik
Melayu dari Kepulauan Melayu datang berniaga di Melaka. Pada satu
ketika, di samping bahasa Melayu sebagai lingua franca, terdapat 84
dialek di pelabuhan Melaka. Dalam pada itu terdapat pandangan tentang
kehebatan pelabuhan Melaka itu. Barang siapa menguasai pelabuhan
4 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Melaka, mereka juga menguasai Venice.3 Kebebasan pedagang datang dan


berniaga di Melaka kerana kerajaan Melaka tidak menjalankan dasar pintu
tertutup. Melaka muncul sebagai bandar pelabuhan kosmopolitan.
Masyarakat di bandar Melaka pelbagai, antaranya Melayu, Jawa, Bugis,
Minangkabau, Cina, India dan Arab. Keturunan Mani Puridam yang
berasal dari India berkahwin dengan Sultan Muhammad. Seorang putera
baginda, hasil perkahwinan tersebut melahirkan Raja Kasim. Raja Kasim,
kemudiannya menduduki takhta kerajaan Melayu, menggantikan Sultan
Ibrahim (Sultan Abu Shahid), bergelar Sultan Muzaffar Shah. Keturunan
baginda memerintah kerajaan Melaka hingga Sultan Mahmud mangkat di
Kampar, bergelar Marhum Kampar pada 1528.
Ketika keagungan kerajaan Melaka sebagai pusat perdagangan
berbagai bangsa. Pelabuhan Melaka muncul sebagai emperium
perdagangan antarabangsa di antara laut India dengan laut China;
mengawal dan mengurus laluan laut melalui Selat Melaka kawasan
pengeluaran dan pengagihan rempah dari pantai Semenanjung Melayu ke
Jawa, kepulauan Banda dan Maluku. Seterusnya sebagai pangkalan
jaringan hubungan perdagangan Muslim merentasi kawasan Asia
Tenggara yang menghubungkan laluan dagang Gujerat, Calicut, China dan
Ryukyu.4
Inilah kehebatan pelabuhan Melaka. Penguasanya pula beragama
Islam. Selain itu mengawal dan mengurus laluan dagang, terutamanya
muslim masuk-keluar Selat Melaka. Kedudukan dan peranan Melaka ini
tidak disenangi Raja Portugal. Faktor ini antara terpenting usaha Portugis
untuk memusnahkan laluan dagang yang dikuasai muslim, dan menguasai
kota pelabuhan yang ditadbir pemerintah beragama Islam. Angkatan
Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque menyerang dan
menakluki Melaka pada 1511. Penguasaan Portugis ini berakhir 150 tahun
kemudian berakhir apabila angkatan Belanda yang dibantu angkatan Johor,
pimpinan Paduka Raja Laksamana Tun Abdul Jamil mengalahkan
Portugis, dan menduduki Melaka pada 1641. Walaupun Portugis tidak lagi
berkuasa di Melaka, tetapi sekumpulan Portugis tinggal di Melaka, dan
kekal hingga hari ini. Dalam banyak hal masyarakat Portugis ini masih
mengamal budaya dan warisan mereka.
Sementara Belanda bertapak di Melaka, kerajaan Johor, penerusan
kesultanan Melaka berkembang maju, dan meneruskan peranan serta
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 5

sumbangan kesultanan Melaka sebelum ini. Pada abad ke-18 ini datang
pula kuasa barat baru, British. Pada 1786, Kompeni Hindia Timur Inggeris
menduduki Pulau Pinang. Seterusnya berkuat kuasa perjanjian Mei 1791,
di antara Kompeni dengan Kedah, Sultan Abdullah Kedah membenarkan
Kompeni menduduki Pulau Pinang, dengan bayaran 6,000 ringgit
Sepanyol setahun kepada Kedah. 5 Kemudiannya Sultan Dhiauddin
Mukarram Shah, pengganti Sultan Abdullah bersetuju pula menyerahkan
Seberang Perai kepada Kompeni, dan Kompeni bersedia membayar
10,000 ringgit Sepanyol kepada Kedah.6
Pulau Pinang diletakkan bawah pentadbiran Bengal di India sehingga
1805. Kemudiannya pada 1805, Pulau Pinang menjadi Presidensi Keempat
India sehingga 1826.7
Setelah menduduki Pulau Pinang, Kompeni melalui Sir Stamford
Raffles berjaya mengikat perjanjian dengan Sultan Husin Muhammad
Shah dan Temenggung Abdul Rahman Johor pada 1819 bertapak di
Singapura. Lima tahun kemudian, pada 1824, kerajaan British mengikat
pula perjanjian dengan Belanda di London. Antara syarat penting berkait
negeri Melayu, Belanda menyerahkan Melaka kepada British. Sebagai
gentian, British pula menyerahkan Bengkulen kepada Belanda. Berikutnya
pada 1825, British menduduki Belanda. Kini tiga buah negeri Melayu,
Pulau Pinang, Singapura dan Melaka diduduki British. Ketiga-tiga negeri
ini mengalami perubahan penting dalam sejarah Melayu, pada 1826
kerajaan British menggabungkan ke dalam satu pentadbiran dikenali
sebagai Negeri Selat. Identiti sebagai negeri Melayu dihilangkan British,
dan dikenali dalam sejarah sebagai Negeri Selat. Apa yang lebih penting
daripada penyatuan tersebut, ketiga-tiga negeri Melayu ini dijadikan
Jajahan Mahkota. Pusat pentadbiran bermula di Pulau Pinang,
kemudiannya dipindahkan ke Singapura pada 1832. Berikutnya Pulau
Pinang dan Melaka merosot berbanding Singapura. 8 Perkembangan
seterusnya, perbincangan berlarutan sejak 1857, tentang pentadbiran
Negeri Selat dari India selama 10 tahun. Akhirnya keputusan dicapai
Negeri Selat pentadbiran dipindahkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di
London pada 1867.
Satu perkara penting yang perlu dinyatakan kesan pembentukan
Negeri Selat ini pola masyarakat berubah, Melayu dan Orang Asli yang
menduduki ketiga-tiga negeri ini tidak lagi rakyat negeri Melayu, tetapi
6 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

rakyat British. Dengan lain perkataan penduduk di Pulau Pinang,


Singapura dan Melaka mulai 1826 adalah rakyat British.
Negeri Selat berkembang sebagai pusat perdagangan. Orang Eropah
dan Cina datang mendirikan agensi perniagaan. Dalam pada itu ramai ahli
perniagaan terlibat di negeri Melayu. Ramai tauke Cina membekalkan
modal atau terlibat dalam perlombongan bijih timah di Selangor, Negeri
Sembilan dan Perak. Perkembangan perlombongan bijih timah ini
memerlukan tenaga buruh. Permintaan bijih timah dunia menyebabkan
orang Cina dari negara China berhijrah ke negeri Melayu, seperti Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan. Penghijrahan ini dikelolakan orang tengah
atau ada juga datang sendiri. Walau apa pun bentuk penghijrahan tersebut
Cina datang ke negeri Melayu mencari wang untuk dihantar atau dibawa
balik ke negeri asal mereka. Orang Cina menjadi buruh lombong,
antaranya di Larut, Kinta Perak; Ampang dan Lukut di Selangor; dan
Sungai Ujong, Negeri Sembilan.
Orang Cina sebagai buruh lombong yang diusahakan Menteri Larut,
Ngah Ibrahim; Raja Abdullah di Ampang, Kuala Lumpur; Raja Busu dan
Raja Jumaat di Lukut; serta Abdullah Tunggal, Dato’ Syahbandar di
Kepayang, Sungai Ujong. Kegiatan perlombongan, dan kebanjiran orang
Cina sebagai buruh berterusan ketika British campur tangan dalam negeri
Melayu: Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang pada abad ke-19.
Sementara itu dalam usaha mendapatkan bijih timah, kerajaan British
terlibat dalam kegiatan penghijrahan orang Cina ke negeri Melayu.
Kehadiran buruh Cina ini mengubah pola dan komposisi masyarakat
negeri Melayu. Di samping Melayu dan Orang Asli, kini terdapat kaum
baru, Cina membuat penempatan di negeri Melayu. Majoriti Cina tinggal
sebagai buruh di kawasan perlombongan. Dalam pada itu terdapat jumlah
kecil Cina tinggal di pekan sebagai pedagang dan pekedai.
Begitu juga di Sarawak dan Sabah. Pentadbiran Brooke di Sarawak
mulai 1841, juga memerlukan buruh Cina untuk mendapatkan emas dan
antimoni di Bau dan sekitarnya. Kumpulan Cina pertama datang
melombong di Bau, keturunan Hakka. Pada mula berjumlah 200;
kemudiannya bertambah 600 pada 1848, dan meningkat ke 3,000 pada
1850. 9 Namun begitu kegiatan perlombongan dalam kalangan Cina
merosot setelah kegiatan perlombongan diambil alih dan dimonopoli oleh
Kompeni Borneo. 10 Pelombong Hakka tertekan dengan situasi ini, tidak
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 7

mampu menandingi modal dan teknologi Kompeni Borneo menukar


pekerjaan mengusahakan tanaman lada hitam.11
Dalam pada itu Cina juga terlibat dalam perusahaan sago di Sibu.
Sementara itu pada 1878, Raja Sarawak kedua, Charles Brooke
melaksanakan polisi memperuntukkan tanah ke Cina untuk mengusahakan
pertanian lada hitam. Pada 1907, Sarawak mengeluarkan 5,000 tan lada
setahun. 12 Apabila getah menjadi utama di Sarawak, orang Cina juga
menguasai tanaman ini. 13 Kemudiannya apabila permintaan terhadap
gambir bertambah, orang Cina menanam gambir pula.14 Selain kawasan
pertanian, Cina di Sarawak juga tinggal di Bandar, seperti Kuching dan
Sibu.15
Orang Cina datang ke Sabah, antaranya digalakkan oleh Kompeni
Borneo Utara dan Syarikat Tembakau. Mereka dibawa ke Sabah melalui
Pulau Pinang atau Singapura. Ramai datang pada 1880-an dan bekerja di
kebun lada.16 Dalam pada itu tidak kurang juga ramai Cina tertumpu di
Bandar, seperti Kota Kinabalu, Kudat, Tawau dan Sandakan. 17 Selain
sebagai buruh ladang, orang Cina sebagai pekedai dan peniaga.18
Kehadiran orang Cina di Sarawak dan Sabah, seperti juga di Semenanjung
Tanah Melayu menukar komposisi masyarakat tempatan, wujudnya kaum
Cina dalam masyarakat anak negeri Sarawak dan Sabah. Ciri ini
berlanjutan ketika pemerintahan Brooke di Sarawak dan Kompeni di
Sabah, hingga pendudukan tentera Jepun, dan Sarawak dan Sabah
dijadikan Jajahan Mahkota pada 1946. Malah pola dan penempatan ini
berlanjutan hingga hari ini.
Jika ramai Cina sebagai pekerja lada hitam dan gambir di Sarawak
pada abad ke-19, perkara yang sama berlaku di Johor. Cina memasuki
Johor mengusahakan lada hitam dan gambir sejak 1840 melalui Sistem
Kangchu. Kangchu bermakna “Tuan Sungai”. Mereka mendapat
kebenaran daripada Temenggung Johor melalui surat yang dikenali
sebagai surat sungai. Kangchu memonopoli perniagaan babi, menjual arak,
menguruskan rumah judi, pajak gadai, dan mendapati komisen daripada
hasil import beras dan eksport lada hitam serta gambir. Permintaan tinggi
terhadap lada hitam dan gambir melonjak kemasukan buruh Cina ke Johor,
bekerja di ladang lada hitam dan gambir. Buruh Cina ini membina
kediaman berhampiran sungai. Dengan itu perkampungan mereka dikenali
sebagai Kangkar (atau kaki/tebing sungai).19
8 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Pada 1858, terdapat kira-kira 500 Cina berkerja di ladang lada hitam
dan gambir di sepanjang Sungai Danga dan Tebrau. Jumlah buruh Cina
meningkat hebat di Johor ke angka 15,000 pada 1860-an. 20 Seterusnya
jumlah buruh Cina di Johor meningkat lagi ke 210, 000 pada 1894.21
Permintaan lada hitam dan gambir merosot pada awal abad ke-20,
membawa sama kemerosotan pengeluaran lada hitam dan gambir. Jika
keluaran gambir berjumlah 626,000 pikul pada 1896, tetapi jumlahnya
merosot ke angka 220,000 pikul pada 1910. Begitu juga lada hitam,
eksportnya merosot, berjumlah 128,000 pikul pada 1896, berbanding
155,167 pikul pada 1890. Keluaran lada hitam terus merosot ke angka
70,000 pikul pada 1910. 22 Kemerosotan lada hitam dan gambir ini
menyebabkan buruh Cina berpindah ke tanaman baru, getah. Seterusnya
Sistem Kangchu dimansuhkan pada 1917. 23 Walaupun Sistem Kangchu
dimansuhkan, ini tidak mengubah keberadaan Cina di Johor; mereka
berpindah ke tanaman baru, sebagai buruh di ladang getah.
Perkembangan bijih timah di tanah Melayu, khususnya di Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan kedatangan buruh Cina.
Mereka kebanyakannya datang melalui pelabuhan Singapura dan Pulau
Pinang. Pada 1881, jumlah Cina mendarat di Singapura 48,000; Pulau
Pinang pula, 42,000. Pada 1893, 145,000 orang Cina tiba di Singapura,
dan 68,000 tiba di Pulau Pinang. Dengan lain perkataan 213,000 orang
Cina tiba di pelabuhan Singapura dan Pulau Pinang pada 1893. Data juga
menunjukkan 169,000 orang Cina tiba di pelabuhan Singapura dan Pulau
Pinang pada 1899. Daripada jumlah ini, 118,000 tiba di pelabuhan
Singapura dan 51,000 tiba di pelabuhan Pulau Pinang.24 Buruh Cina ini
tertumpu di kawasan perlombongan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang. Pada 1901, terdapat 149,000 orang di Cina di Perak; 109,000
di Selangor; 33,000 di Negeri Sembilan dan 9,000 di Pahang. Orang Cina
di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka (Negeri Selat) berjumlah 282, 000
pada 1901.25 Kedatangan orang Cina ini terbahagi dua: datang sendiri dan
ditanggung perbelanjaan. Mereka yang datang sendiri bebas mencari
majikan setelah tiba di pelabuhan, samada Singapura atau Pulau Pinang.
Mereka yang datang diuruskan ejen tidak bebas memilih majikan; akan
menunggu di pelabuhan hingga diterima majikan.26
Kehadiran Cina ini mengubah komposisi dan pola penempatan
penduduk negeri Melayu. Muncul penempatan baru di kawasan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 9

perlombongan, dan penghuninya orang Cina. Juga hadir kaum baru,


masyarakat Cina. Misalnya di Perak, orang Cina menjalankan kegiatan
perlombongan bijih timah sebagai buruh di Kinta dan Larut. Kegiatan
perlombongan ini melonjakkan hasil bijih timah di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang); misalnya dari
34,000 pikul setahun pada 1921 ke angka 67,000 pikul setahun pada
1929. 27 Pada 1938, taburan orang Cina: 420,822 berbanding 319,155
Melayu di Perak; 314,927 berbanding Melayu di Selangor; 117,983
berbanding 100,983 Melayu di Negeri Sembilan; dan 921,701 berbanding
Melayu di Pahang. Komposisi Cina melebihi Melayu ini menimbulkan
perbincangan dalam Durbar 1939 pada Sabtu 25 November di Istana Sri
Menanti, Negeri Sembilan yang dibangkitkan oleh Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman.28
Seterusnya, menjelang abad ke-20 berlaku perkembangan baru dalam
ekonomi Malaysia. Getah yang mula diperkenalkan oleh H.N. Ridley pada
1880-an menjadi tanaman penting Semenanjung Tanah Melayu.29 Seperti
juga dalam bidang perlombongan, ladang getah memerlukan tenaga buruh.
Dengan itu untuk mengatasi masalah ini, buruh India dibawa masuk.
Walaupun begitu ada juga dalam kalangan orang India datang sendiri ke
Semenanjung Tanah Melayu.
Majoriti orang India (buruh Tamil) tinggal di ladang getah milik
Eropah. Selain buruh India ini diasingkan daripada Melayu dan Cina;
mereka juga ditempatkan di estet mengikut tempat asal dan bahasa.
Mengikut banci 1957, penduduk India di Persekutuan Tanah Melayu
(termasuk orang Pakistan dan Ceylon/Sri Lanka) berjumlah 786,000. 30
Kedatangan orang India di tanah Melayu melalui dua kaedah; kontrak dan
sistem kangani. Kaedah kontrak rasa dikendalikan oleh syarikat swasta di
India, samada Madras atau Nagapatnam. Kaedah ini tidak menarik minat
orang India datang bekerja di negeri Melayu. Walaupun begitu berlanjutan
hingga 1910. Kemudian sistem bebas diperkenalkan; buruh diuruskan
pengawas yang dikenali sebagai kangani. Kebiasaannya, kangani
mendapatkan bekalan tenaga buruh dari kampungnya, dan mempunyai
hubungan persaudaraan. Kaedah ini menjadi popular dan disukai orang
India. Ramai dalam kalangan orang India datang menyumbangkan tenaga
sebagai buruh di estet getah. Kemudiannya berlaku perkembangan baru di
negeri Melayu, dan memberi kebaikan kepada buruh India ini. Pada 1907,
10 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

dengan kerjasama pentadbiran British negeri Melayu dengan estet getah,


ditubuhkan tabung yang dikenali sebagai Tabung Imigrasi India. Antara
lain tabung ini membantu orang India di negeri Melayu.31
Pada abad ke-20, pola masyarakat di Semenanjung Tanah Melayu
jelas: Melayu tinggal di kampung, Cina di kawasan lombong, dan India di
estet. Penempatan berasingan ini menghalang jalinan hubungan. Masing-
masing mengamalkan cara hidup masing-masing. Dalam perhubungan
mereka menggunakan bahasa ibunda. Mengamalkan agama masing-
masing. Begitu juga dalam kalangan Cina dan India, mereka membina
sekolah menggunakan bahasa penghantar sendiri. Guru dan buku yang
digunakan di sekolah dibawa dari negara masing-masing. Suasana inilah
yang mempengaruhi pembentukan masyarakat Malaysia sehingga
merdeka.
Sementara itu dalam usaha melancarkan perniagaan bijih timah
pelbagai kemudahan diadakan di kawasan perlombongan. Pembinaan jalan
kereta api dan jalan raya menghubungi kawasan perlombongan dengan
pelabuhan. Pejabat pos, telegraf dan telefon dibina bagi memudahkan
urusniaga dan pentadbiran. Misalnya pada 1900, sepanjang 236 batu jalan
kereta api dan 1,333 batu jalan untuk dilalui kereta lembu dibina di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu bagi kemudahan, antaranya membawa
hasil bijih timah ke pelabuhan. Daripada jumlah batu kereta api itu: 114 di
Perak; 97 di Selangor; 25 di Negeri Sembilan. Manakala jalan untuk
laluan kereta lembu pula, 586 batu di Perak; 408 di Selangor: 249 di
Negeri Sembilan. 32 Dalam pada itu, selain sekolah dan hospital dibina
untuk menampung keperluan kanak-kanak. Segala kemudahan di kawasan
perlombongan ini menggalakkan pertumbuhan pecan dan Bandar. Perkara
penting berlaku kesan kemudahan yang sengaja dibuat untuk kepentingan
ekonomi British, kawasan perlombongan berubah wajah, bertukar menjadi
Bandar. Muncul Bandar Taiping di Larut; Ipoh di lembah Kinta; Kuala
Lumpur, di pertemuan Sungai Gombak dan Klang; dan Seremban di
Sungai Ujong. Oleh kerana bandar yang wujud berasal daripada kawasan
perlombongan, majoriti komposisi penduduknya adalah kaum Cina.
Dengan lain perkataan mereka yang majoriti mendapat kemudahan kesan
ekonomi penjajah adalah kaum Cina.
Masyarakat Malaysia sebelum merdeka, sebagaimana dinyatakan
sebelum ini terdiri daripada Melayu, Orang Asli, Anak Negeri, kaum Cina
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 11

dan India, dan lain-lain. Sebelum Persekutuan Tanah Melayu pada 1948,
masyarakat Malaysia terdiri daripada Rakyat Raja Melayu, Rakyat British
dan Penduduk tanpa Negara. Penduduk Negeri Selat adalah Rakyat British;
Melayu adalah Rakyat Raja Melayu; mereka yang tinggal di negeri
Melayu penduduk tanpa negeri. Mereka adalah Rakyat asal negara mereka.
Negeri Melayu yang diperintah oleh Sembilan Raja Melayu, Melayu
adalah Rakyat Raja. Tentang takrif Rakyat Raja Melayu dijelaskan oleh
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman dalam
Durbar 1937 yang berlangsung di Istana Mahkota, Klang, Selangor pada
hari Isnin 1 November. Dalam sidang ini baginda menjelaskan Rakyat
Raja Melayu adalah seperti berikut: (i) Melayu yang tinggal di Negara (ii)
Mereka yang lahir di Negara, keluarga mereka berasal dari Jawa,
Sumatera, Kepulauan Melayu, dan boleh bercakap Melayu serta beragama
Islam (iii)Isteri seperti mana keterangan di atas (iv) Sakai dalam Negara.
Sultan Selangor dan Pahang bersetuju dengan takrif yang dikemukakan
oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Namun begitu Sultan
Selangor menegaskan Rakyat Raja Melayu beragama Islam sahaja.33
Masyarakat Malaysia yang terbentuk sejak awal dan selepas
penglibatan British dalam pentadbiran negeri Melayu berterusan sehingga
Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dalam proses
menuju kemerdekaan masyarakat Malaysia mengalami zaman pendudukan
Jepun, jajahan British, persekutuan dan merdeka.
Ketika pendudukan Jepun masyarakat Malaysia adalah sama seperti
sebelumnya. Hanya kaum Cina mendapat layanan tidak baik daripada
pentadbiran tentera Jepun. Layanan pentadbiran tentera Jepun ini berbeza
terhadap Melayu, Orang Asli dan Anak Negeri. Kemudiannya Malaysia
mengalami perubahan besar selepas tentera Jepun menyerah kalah, dan
menyerahkan Malaysia kepada tentera British. Negeri Melayu sebagai
Kesatuan Malaya (Malayan Union), Sarawak dan Sabah dijadikan Jajahan
Mahkota. Dari segi masyarakat Malaysia, komposisi dan penempatan
tidak banyak berubah.
Kesatuan Malaya dilaksanakan kerajaan baginda raja (kerajaan
British) setelah mendapat persetujuan masing-masing Sembilan Raja
Melayu menurunkan tandatangan dan cap pada perjanjian dengan wakil
kerajaan British, Sir Harold MacMichael pada 1945. Dalam perjanjian
tersebut Raja Melayu berjanji “…Yang Maha Mulia Baginda King tetap-
12 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

lah akan beroleh sa-penoh-penoh kuasa mengadakan undang-undang


dalam negeri…”34 Walaupun Kesatuan Malaya ditentang oleh Pertubuhan
Melayu; akhirnya membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu=PEKEMBAR atau United Malay National Organisation=UMNO),
tetapi kerajaan Kesatuan Malaya merangkumi sembilan negeri di bawah
Raja Melayu dan tiga negeri dikenali sebagai Negeri Selat sebelum ini
diisytiharkan pada 1946, dan seorang Gabenor dilantik. Kerajaan ini
berlanjutan hingga Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1948.
Dalam pada itu Sarawak dan Sabah diisytiharkan sebagai jajahan mahkota,
dan berlanjutan hingga mencapai kemerdekaan melalui pembentukan
Persekutuan Malaysia pada 1963.35
Satu penting perlu dinyatakan di sini sejak 1946 hingga 1963,
masyarakat Sarawak dan Sabah adalah rakyat tanah jajahan British.
Berbeza dengan masyarakat Persekutuan Tanah Melayu, mereka adalah
warganegara Persekutuan, khususnya bagi mereka yang memenuhi syarat
kerakyatan yang terkandung di dalam Perjanjian 1948. Dengan itu 1948
adalah penting dalam sejarah Malaysia, khususnya mengenai masyarakat
Malaysia. Pada tahun ini, 21 Januari 1948, masing-masing Raja Melayu
menurunkan tandatangan dan cap pada Perjanjian Persekutuan yang
ditandatangani oleh Sir Gerard Edward Gent, wakil kerajaan baginda raja.
Masing-masing Raja Melayu, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri
Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan bersama-sama
membentuk Persekutuan, Federation of Malaya dan dalam Bahasa Melayu
Persekutuan Tanah Melayu. 36 Juga tarikh sama, 21 Januari 1948, Raja
Melayu dan Sir Gerard Edward Gent bagi pihak baginda raja menurunkan
tandatangan bersetuju membentuk Persekutuan.
Perjanjian 1948 menyatakan dengan jelas mereka yang layak sebagai
warganegara persekutuan. Dengan ini, mulai 1948 masyarakat Malaysia,
khususnya Persekutuan Tanah terdiri daripada warganegara dan bukan
warganegara. Peruntukan Perjanjian Persekutuan 1948, memperuntukkan
dua kaedah sebagai warganegara. Pertama kaedah undang-undang dan
kedua melalui permohonan. Untuk menjadi warganegara persekutuan
melalui kedua-dua kaedah ini disebut dengan jelas dalam Bahagian XII,
fasal 124 dan fasal 125.37
Masyarakat Malaysia menjelang kemerdekaan adalah penerusan
masyarakat pelbagai kaum yang wujud zaman penjajahan British, yang
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 13

juga dirujuk sebagai masyarakat majmuk. Di sinilah menunjukkan tentang


bagaimana memori kolektif sejarah silam setelah diolah akan dapat
menjelaskan, khususnya dalam perbincangan tentangan masyarakat
Malaysia sebelum merdeka.

KESIMPULAN

Masyarakat Malaysia sebelum merdeka adalah jelas satu perancangan rapi


penjajah British. Dengan alasan Melayu tidak mahu meninggalkan
kampung halaman bekerja di lombong dan estet, orang Cina dibawa dari
China dan orang India dari India dibawa ke Malaysia. Pola masyarakat
Malaysia menjelang kemerdekaan tersebut mencorak dan mewarnai
masyarakat Malaysia hari ini. Oleh itu masing-masing warganegara
Malaysia jangan meminggir sejarah silam, terutamanya yang menjelaskan
kewujudan masyarakat Malaysia hari ini.

NOTA HUJUNG
1
Muhammad Hassan bin To’ Kerani Mohd. Arshad, Al-Tarikh Salasilah Negeri
Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968, hlm. 26;27.
2
A. Samad Ahmad (penyelenggara), Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, hlm. 72-73. W.G. Shellabear (ed.),
Sejarah Melayu or The Malay Annals, Singapore: The Malaya Publishing House
Ltd., 1950, hlm. 61-63. Mengenai Islam dan Sultan Muhammad, boleh juga rujuk
Abu Hanifah Haris, “Sultan Muhammad Syah 1283-1339”, Abdullah Zakaria
Ghazali, Abdul Rahman Haji Ismail, Zulkanain Abdul Rahman (editor), Melaka:
Kesultanan Melayu Melaka 1262-1528 Penelitian Semula, Melaka: Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), 2018, hlm. 73-74.
3
Muhammad Yusoff Hashim, The Malay Sultanate of Malacca, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 211;212.
4
Luis Filipe Barreto, Ploughing the Sea: The Portugues and Asia c. 1480-c. 1630,
Lisboa: Comissao Nacional para as Comemoracoes dos Descobrimentos
Portugueses, 2000, hlm. 34.
5
R. Bonney, Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence, second
impression, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1974, hlm. 100.
6
Ibid., hlm. 106.
7
L.A. Mills, British Malaya1824-67, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1966,
hlm. 26.
8
Ibid., hlm. 27.
9
Daniel Chew, Chinese Pioneers on the Sarawak Frontier 1841-1941, Singapore:
Oxford University Press, 1990, hlm. 23.
10
Ibid., hlm. 43.
14 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

11
Ibid., hlm. 47.
12
Ju K’ang, T’ien, The Chinese of Sarawak: A Study of Social Structure, Kuching:
Research Centre Committee SUPP Headquarters, 1997, hlm. 9.
13
Daniel Chew, Chinese Pioneers on the Sarawak Frontier 1841-1941, hlm. 152-156.
14
Ibid., hlm. 46.
15
Margaret Clarke Roff, The Politics of Belonging Political Change in Sabah and
Sarawak, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1974, hlm. 31.
16
Lee Yong Leng, Sabah Satu Kajian Geografi Petempatan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 74.
17
Margaret Clarke Roff, The Politics of Belonging Political Change in Sabah and
Sarawak, hlm. 25.
18
Lee Yong Leng, Sabah Satu Kajian Geografi Petempatan, hlm. 74.
19
Carl A. Trocki, Prince of Pirate: The Temenggongs and the Development of
Johor and Singapore, 1784-1885, Singapore: Singapore University Press, 1979,
hlm. 123-131. Ahmad Fawzi Basri, Johor 1855-1917: Pentadbiran dan
Perkembangannya, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1988, hlm. 50-
51.

20
Abdullah Zakaria Ghazali, “Perlaksanaan Peraturan dan Undang-Undang Dalam
Kerajaan Johor”, Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah Hamdani, Salleh
Daud, Warisan Persuratan JOHOR II: Perundangan dan Ketatanegaraan Melayu,
Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor, 1999, hlm. 233.
21
Rahmah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Satu Analisis
Sosiologi Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 157.
22
Caroline Wong May Leng, Sistem Kangcu di Johor 1844-1917, Kuala Lumpur:
Persatuan Muzium Malaysia, 1992, hlm. 61; 63.
23
Abdullah Zakaria Ghazali, “Perlaksanaan Peraturan dan Undang-Undang Dalam
Kerajaan Johor”, hlm. 237.
24
Yip Yat Hoong, The Development of the Tin Mining Industry of Malaya, Kuala
Lumpur: University of Malaya Press, 1969, hlm. 68.
25
Ibid., hlm. 69.
26
Ibid., hlm. 70.
27
Ibid., hlm. 161.
28
FO 141/16629, Federated Malay States. Proceedingsof Durbar held at Astana Sri
Menanti on Saturday 25th November 1939, hlm. 7.
29
K.G. Tregonning, A History of Modern Malaya, Singapore: Eastern Universities
Press Ltd., 1964, hlm. 195.
30
Ravindra K. Jain, South Indians on Plantation Frontier in Malaya, Kuala Lumpur:
University of Malaya Press, 1957, hlm. xv; xvi.
31
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, edisi Bahasa
Melayu, Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd., 1983, hlm. 208.
32
Yip Yat Hoong, The Development of the Tin Mining Industry of Malaya, hlm. 115.
33
FCO 141/16629, Federated Malay States Proceeding of Durbar held at Astana
Mahkota Klang on Monday 1st November 1937, at 10.30 a.m., hlm. 31. Abdullah
Zakaria Ghazali, “Raja dan Durbar, 1897-1939: Sumbangan Raja Melayu Terhadap
Agama, Tanah Air dan Melayu”, Malaysia dari segi Sejarah, Jurnal Persatuan
Sejarah Malaysia, Bil. 45-2017, hlm. 31. Abdullah Zakaria bin Ghazali, “Yang di-
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 15

Pertuan Besar Tuanku Abdul Rahman dan Durbar, 1935-1939: Raja Melayu
Berpandangan Jauh”, Purba, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, Bilangan 37-
2018, hlm. 188.
34
DO 118/297, Malay States Agreement of 1945.
35
Tentang Kesatuan Malaya dan Jajahan Mahkota British, boleh rujuk Abdullah
Zakaria Ghazali, “Malayan Union dan Jajahan Mahkita 1946: Menjejaki Tindak
Balas Melayu di Malaysia 70 Tahun Dahulu”, Malaysia dari segi Sejarah, Jurnal
Persatuan Sejarah Malaysia, Bil. 44-2016, hlm. 1-49.
36
Misalnya perjanjian dengan Perak dirujuk sebagai Perak Agreement 1948. Begitu
juga negeri negeri Melayu lain. Sebagai contoh: DO 118/298, The Perak Agreement
1948.
37
Sila rujuk The Federation of Malaya Agreement, 1948. DO 118/298, The
Federation of Malaya Agreement, 1948.
16 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Persatuan Ulama’ Kedah, Amal Ma’aruf Nahil


Mungkar: Menelusuri Kegiatan Membela
Tanah Air dan Agama, 1946-1957
ABDUL MANAF SAAD, ABDULLAH ZAKARIA GHAZALI
& ZULKANAIN ABDUL RAHMAN

ABSTRAK

Negeri Kedah Darul Aman sebuah negeri tertua di Semenanjung Tanah


Melayu adalah negeri yang terawal menganuti dan mengamal agama Islam.
Tanahnya yang subur menjadikan Kedah sebagai negeri jelapang padi.
Sehubungan itu bayaran zakat padi daripada para petani menjadi faktor
utama menyumbang kepada pertumbuhan institusi agama, seperti masjid,
madrasah dan pondok. Pegangan dan penghayatan agama ini melahirkan
ramai tokoh agama sebagai imam, guru agama dan al-Quran, mudir
pondok dan madrasah dalam negeri Kedah. Mereka menubuhkan sebuah
Persatuan Ulama’ Kedah (PUK) dengan cogan perjuangan “Amal Ma’aruf
Nahil Mungkar”. Mereka berjuang membela tanah air dan agama serta
bergerak seiringan dengan perjuangan kemerdekaan. Dengan itu kertas
kerja ini akan menelusuri kegiatan pemimpin dan Persatuan Ulama’
Kedah (PUK) yang mencorak dan mewarnai negeri Kedah Darul Aman
dari tahun 1946 hingga 1957. Juga menghuraikan hubungan dan kerjasama
Persatuan Ulama’ Kedah (PUK) dengan organisasi lain yang bergerak di
negeri Kedah dalam bidang politik, pendidikan, keagamaan dan sosial
sejak penubuhannya 1946 sehingga Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 1957.

Kata kunci: Persatuan Ulama’ Kedah, Pembela Tanah Air dan Agama,
Politik, Kemerdekaan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 17

LATAR BELAKANG

Negeri Kedah Darul Aman merupakan negeri tertua di Semenanjung


Tanah Melayu dan negeri yang terawal (531H=1136M) menerima dan
mengamalkan agama Islam berbanding negeri-negeri lain seperti Melaka,
Kelantan, Terengganu, Pahang atau Johor. Sultan al-Muzaffar Shah I
(531-575H=1136-1179M) yang memerintah negeri Kedah, berpusat di
Kota Bukit Meriam, telah meletak asas yang kukuh apabila baginda
menganuti agama Islam yang didakwah oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh
Ahmad bin Sheikh Jaafar alQaumiri dari negeri Yaman dan menjadikan
pendakwah tersebut sebagai guru dan penasihat hal ehwal agama Islam
kepada baginda.1.
Penyebaran dan pertumbuhan serta perkembangan agama Islam
membawa kepada pembinaan masjid, madrasah dan pondok. Selari dengan
itu bilangan Agamawan juga berkembang pesat hingga menghasilkan
Ulama’ yang mendapat didikan sama ada dalam negeri Kedah sendiri dan
juga di luar negeri Semenanjung Tanah Melayu seperti di Kelantan,
Mekah, Madinah, Mesir serta Patani. Kumpulan Ulama’ dan Agamawan
tersebut memberi kepimpinan di kampung-kampung dalam negeri Kedah
sebagai imam, guru agama dan alQuran, mudir-mudir pondok dan
madrasah.

TAPAK SEMAIAN ULAMA’ DAN AGAMAWAN

Negeri Kedah amat bertuah kerana tanahnya subur serta sesuai untuk
tanaman padi yang menjadi makanan ruji dan juga tanaman getah yang
merancakkan kegiatan ekonomi selepas Perang Dunia Kedua. Jajahan-
jajahan yang luas dengan tanaman padi merupakan tapak semaian untuk
pondok dan madrasah mendidik Agamawan yang mempunyai potensi
menjadi Ulama’.
Sebelum tahun 1900M negeri Kedah hanya mempunyai empat buah
jajahan di luar pusat pemerintahan di Alor Setar, iaitu Langkawi, Kuala
Muda, Kulim dan Changlon (Kubang Pasu). Selepas tahun 1900 dan
sebelum Perang Dunia Kedua bilangannya bertambah lima buah jajahan
lagu menjadi sembilan buah. Jajajah baru ini terdiri daripada Padang
18 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Terap, Yen, Bandar Bharu, jajahan Sik disatukan dengan jajahan Baling.
Jajahan Changlon dinamakan jajahan Kubang Pasu.
Dalam tahun 1949 negeri Kedah yang seluas 3,629.7 batu persegi itu
dibahagikan menjadi 10 buah jajahan (districts) apabila jajahan kecil Sik2
dipisahkan daripada jajahan Baling. Dalam keseluruhan 10 districts itu
terdapat 1,756 buah kampung.
Setiap jajahan (district) ditadbir oleh seorang seorang District Officer
yang bertanggungjawab melaporkan hal keamanan dan kesejahteraan
jajahan kepada Secretary of State di Alor Setar. Pada peringkat mukim
pula terdapat Penghulu dan Panglima untuk menyokong District Officer
dalam hal pentadbiran negeri. Ketua-ketua kampung merupakan hieraki
terbawah menyokong Penghulu dan Panglima serta District Officer.
Dalam setiap jajahan hal urusan keagamaannya diletak di bawah
pentadiran seorang Kathi yang melapor secara terus kepada Chief Kathi di
Alor Star dan secara tidak langsung kepada District Officer di peringkat
jajahan. Setiap imam dan pegawai serta jawatan kuasa masjid dalam setiap
kariah membantu Kathi jajahan dan Chief Kathi mentabir hal agama Islam
mewakili Sultan pada peringkat negeri Kedah.
Sebagai pegawai kerajaan para penghulu, panglima, imam, khatib,
bilal, guru agama sekolah kerajaan; adalah layak dipertimbangkan cuti
menunaikan fardhu haji setelah berkhidmat untuk satu tempoh atau
apabila mencapai masa pesaraan. Mengerja haji merupakan suatu hieraki
yang dihormati dan dinanti-nanti oleh mereka.
Taburan penduduk, pemilikan tanah bendang, bilangan masjid dan
pondok dalam setiap jajahan adalah faktor yang mempengaruhi
kemunculan dan perkembangan serta kemajuan para Ulama’ dan
Agamawan dalam negeri Kedah ditunjukkan di dalam jadual berikut :
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 19

Taburan Jajahan, Mukim, Penduduk Melayu, Bendang, Masjid,


Pondok Dan Sekolah Bahasa Ibunda Dalam Negeri Kedah

Bil. Sekolah Mel. 10; Mel. 33; Mel. 12; Mel.7 Mel.12 Mel. 18 Mel. 7
Melayu Cina Tamil Cina 9; Ing. 3 Cina 2; Cina 1 Cina 1 Cina 1
Inggeris 1359-1376 Tamil 3 Tamil 1 Ing. 1 Tamil 2
Ing.*5 Ing. 3
Bil. Pondok 31 + 8 95+40=1 00+01 = 3 + 1 = 28+14=4 10+4=14 02+01=0
Daftar4 1350-1360 =39 35 01 04 2 3
Dan
1360-1376
Bil. Masjid3 65 135 19 26 27 47 18
Bil. Penduduk 61,504/ 133,234/ 12,050/ 14,800/ 33,318/ 94,791/ 11,709/
Melayu / Semua 73,505 182,500 13,958 17,000 45,000 107,966 13,937
Keluasan Bendang 88,106 185,820 9,130 12,642 48,870 24,180 1500
(Relong) 155,972 Sawah
Gt 1085
1940-1957.

Huma
Bil. Mukim 21 42 06 11 05 16 04
Keluasan Jajahan 370 558 203 521 60 347.8 636
(Batu2)
Jadual 1

Padang
L’kawi
Nama Jajahan

Kuban

Kuala
Muda
Terap
Kota
Pasu

Yen
Star

Sik
g
20 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Baling

586

08

73,085Gt
24,455

48,843
32,727/

40

9
05+04=0
Ing. 1
Tamil 1
Cina 2
Mel. 14
Kulim
245

15

Gt
152,348
6188

57,609
25,310/

22

5
03+02=0

Ing. 3
Mel. 14
Bandar Mel. 9
103

07

Gt
59,490
10,000

26,388
14,199/

15

4
01+03=0
Bharu

Jumlah Mel. 136


3,629.7

135

440,895 Gt
1085 Huma
410891

586,7066
433,642/

414

178+78=256
Semua Cina 16
Tamil 7
Ing. 11

Penjelasan: Ringkasan Mel. = Melayu; ringkasan Ing. = Inggeris; huma =


padi bukit. Angka merah Gt = keluasan tanaman getah.

KEPAYAHAN DAN KESUSAHAN HIDUP

Selepas Perang Dunia Kedua timbul pula kegiatan merompak dan


menyamun oleh perompak seperti geng ‘Embi’ di Kota Star; geng Siam di
Kubang Pasu dan Sik serta Leman di Padang Terap. Rakyat menjadi resah
dan takut akan hilang harta benda yang tinggal sedikit. Harga barang
keperluan meningkat secara mendadak berbanding harga sebelum perang
sebagai contoh7:

Barang Keperluan Harga Sblm PD2 Harga 1946


Kenaikan
a. Garam secupak/kati 3 duit (sen) 60 -70 kupang (sen)
200%
b. Gula putih sekati 8 duit (sen) $5 -$6
750%
c. Kain pelikat sehelai $ 1.50 tidak cukup bekalan/
pakai guni
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 21

Berbanding harga jualan padi hasil petani

Padi sekuncha (480Kg = 800 kati) $ 18.00 $21.60


1.2%

Harga padi yang murah menyulitkan kehidupan pesawah padi.


Mereka tertindas. Akibatnya para petani padi sawah dari sekitar Alor Star
telah mengumpul tanda tangan. Petani mukim Mergong, di bawah
pimpinan Haji Ibrahim bin Hamzah dengan 56 tandatangan dan senarai
kedua dipimpin oleh Muhammad Rejab bin Haji Idris dengan 17
tandatangn menjadi 73 orang. Petani Titi Gajah dapat mengumpul 61
tanda tangan. Pesawah dari mukim Kubang Rotan dipimpin oleh Haji
Ismail bin Haji Nasarudin bersama 84 tandatangan. Pesawah dari Padang
Lalang pula telah mendapat 47 tanda tangan mengarahkan Surat Teriak
Harga Padi kepada Tuan Under Secretary Kerajaan Negeri Kedah / Tuan
Penjaga Rakyat2, agar “beri padan dengan harga barang-barang pada masa
ini ... tiada timbang beri berpatutan harga padi dengan harga barang-
barang yang lain nescaya rosaklah kehidupan dan pekerjaan anak
bendang”8.
Pada 16-01-1946 Senior Civil Affairs Officer Kedah, E.V.G. Day Col.
telah menjawab surat Teriak Harga Padi yang dirikim oleh Haji Ismail bin
Haji Nasarudin yang mewakili para petani mukim Kubang Rotan
menyatakan pihak BMA:

“tiada buleh di-pernaik kan kerana yaitu harga yang sahabis rendah sakali; dan juga tiada
buleh di-beri kebenaran menjual beras.
2. Di-dalam masa lima enam minggu lagi di-harap akan sampai kain baju dan lain2
dengan harga tahun 1941 dan akan di-beri peluang2 kepada peladang2 membeli kain2 itu
terlebih dahulu daripada lain2 orang. Uleh yang demikian, saya beri nasihat ini pada
tuan2 – jualkan padi tuan2 kepada mana2 wakilan Kerajaan yang berlicence atau kepada
kilang beras Kerajaan dan dapatkan receipt-nya, Kemudian buleh dapat di-beli kain2 dan
se-bagai-nya manakala di-tunjok receipt itu, ada-nya. TAMMAT”9

Dengan adanya keresahan harga padi yang murah sedangkan harga


barang keperluan pesawah padi mendadak naik dan kekurangan bekalan
kain baju untuk menutup aurat pihak Ulama’ dan Agamawan telah
mengambil inisiatif untuk menjadikannya suatu alasan untuk orang Islam
22 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

berhimpun membantah gagasan Malayan Union yang dipaksa oleh British


ke atas Sultan mereka yang akhirnya akan melemahkan agama Islam.
Kesatuan Melayu Kedah, dipimpin oleh seorang Ulama’, Haji
Hussain bin Haji Che Dol, telah pun bergerak cergas dalam hal-hal politik
diberi tugas untuk menyerahkan surat teriak Harga Padi kepada pentadbir
BMA.

Abdul Manaf Saad

Foto 1: Surat Teriak Harga Padi daripada petani mukim Mergong


Sumber: No. 2 dlm Fail BMA 93/46 – 12-01-1946

Satu perhimpunan menuntut kenaikan harga padi telah diputuskan


akan diadakan pada hari Sabtu 19-01-1946 di Padang Court. Pada pagi
tersebut penaja tunjuk perasaan, beserta dengan para petani menyerah
surat teriak mewakili rakyat jelata seluruh negeri Kedah kepada Senior
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 23

Civil Affairs Officer dalam satu perhimpunan di Padang Court berhadapan


Balai Besar.
Perhimpunan pada pagi tersebut juga turut disertai oleh pegawai-
pegawai rendah Jabatan Kerajaan dan 87 orang pekerja PWD bergaji hari.
Ini membuat E.V.G. Day, Col., Senior Civil Affairs Officer melahirkan
kebingungannya10 “It seems strange that the PWD coolies should press for
an increase in the price of padi which would instantly entail an increase in
the price of rice...”

Abdul Manaf Saad

Foto 2: Surat Teriak Harga Padi 19-1-1946 Rujuk No.9 dlm fail
BMA.93/46
24 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Abdul Manaf Saad

Foto.3: Terjemahan Surat Teriak Harga Padi Mempamerkan Tanda


Tangan Penyerahnya
Sumber: No 9 dalam Fail BMA 93/46.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 25

Surat teriak itu ditanda tangan bagi pihak “orang2 Melayu Kedah”
oleh tiga orang pemimpin Kesatuan Melayu Kedah iaitu: Haji Haji
Hussain bin Haji Che Dol, President; Ismail bin Haji Md. Said, Vice
President dan Muhamed Khair Sgara bin Abdullah, Setia Usaha
Kehormatnya.
Pengumpulan tanda tangan Surat Teriak Kenaikan Harga Padi dan
kehadiran para petani untuk berpiket di Padang Court di hadapan Balai
Besar Alor Star itu telah diusahakan oleh mudir-mudir pondok dan imam-
imam masjid melalui penyampaian khutbah dan hebahan mulut. Salah
seorang daripada mereka adalah Tuan Guru Haji Abdullah Abbas
Nasution, 11 mudir Mahad Ehya al-Ulum ad-Diniah, Tanjung Pauh, Jitra
(didaftar pada 19-10-1363H = 07-10-2487 Siam sebagai pondok ke 185
mengikut Enakmen 99 -Registrar of Mohammadan Schools). Beliau telah
meminta bantuan 20 orang muridnya, setiap seorang menulis 100 keping
surat jemputan di atas kepingan-kepingan kertas kecil, oleh kerana
kesukaran mendapat kertas kajang pada masa itu.Murid-murid itu pula
terpaksa menulis tangan kerana tidak terdapat penggunaan mesin taip
secara meluas lagi pada masa tersebut.
Bagi menyampaikan jemputan tersebut kepada Ulama’, imam-imam,
cerdik pandai Melayu di seluruh negeri Kedah, Tuan Guru Haji Abdullah
Abbas Nasution memberi cuti kepada murid-muridnya dan mengarahkan
mereka balik ke kampung masing-masing menyampaikan surat jemputan
kepada para imam dan penghulu. Murid-muridnya juga disuruh
menerangkan secara lissan kepadan ibu-bapa dan sanak saudara mereka
dan diminta mereka menghebah kepada para petani akan tujuan hendak
diadakan perarakan pada hari Sabtu 15-02-1365 = 19-01-1946 untuk
menuntut kenaikan harga padi yang tidak setimpal dengan kenaikan harga
barang keperluan para pesawah padi.
Tuntutan kenaikan harga padi tentu sekali menarik minat orang
Melayu terutama golongan pesawah dari seluruh pelusuk negeri datang ke
Alor Star walaupun mereka terpaksa berjalan kaki atau sebaik-baiknya
berbasikal. Demonstrasi di Padang Court Alor Star pada hari Sabtu 15-02-
1365 = 19-01-1945 itu juga turut disertai12 oleh pegawai-pegawai rendah
kerajaan yang bertugas dalam pejabat berdekatan.
Menurut Tuan Guru Haji Abdul Rahman (Merbuk) bin Abdullah,
mudir Saadatul ad-Darrain, Batu Hampar, Merbuk (didaftar pada 13-06-
26 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

1350 sebagai pondok ke-10 di bawah Enakmen 99: Registration oleh


Mohammadan Schools):

“terlalu ramai orang yang hadir dan menyertai perarakan di Alor Star dan orang Melayu
yang berbaris di sepanjang jalan raya utama dari Titi Bumbung Lima, Tikam Batu
(sempadan dengan Sebrang Prai) hingga ke Alor Star sejauh 46 batu. Mereka berkumpul
dan berbaris di di kampung-kampung dan pekan-pekan yang terletak sepanjang jalan raya
tersebut dengan makanan percuma “nasi kawah” disediakan pada hari itu.
Dato’ Onn Jaafar telah membuat satu kenyataan bahawa tunjuk peraaan di Kedah
menjadi tulang belakang kepada tuntutan orang Melayu menghapuskan Malayan
Union”.13

MESYUARAT PENAJAAN PERSATUAN ULAMA’ KEDAH

Dengan kebanjiran petani dan agamawan berkumpul di Padang Court pada


sebelah pagi Sabtu 15-02-1365H = 19-01-1946M pihak penggerak telah
meminta yang hadir berkumpul di Maktab Mahmud di Jalan Simpang
Kuala pada petangnya. Suasana pagi itu telah menimbulkan suatu
kesedaran dalam kalangan Ulama’ dan Agamawan Kedah bahawa bahaya
akan menimpa rakyat Melayu jika mereka sebagai pejuang barisan depan
tidak mengambil berat untuk menubuhkan sebuah persatuan yang kuat dan
berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk menentang segala tindak
tanduk politik British itu yang berle,but dengan puak komunis.
Para Ulama’ merasai perlu bagi mereka mempunyai sebuah
pertubuhan yang dapat mewakili mereka ataupun suatu badan yang
mereka dapat memberi pimpinan untuk menyampaikan dakwah “Al-Amru
bil-Maaruf wal-Nahyu Ainil Mungkar” 14 . Dengan jalan demikian pihak
Ulama’ percaya mereka dapat berseru menyatukan orang Melayu secara
dituntut oleh agama Islam mengikut ajaran Al-Quran. Juga dengan
penubuhan sebuah persatuan yang menyeru kepada “Jalan Allah”, pihak
Ulama’ percaya perpecahan dalam kalangan mereka sendiri antara yang
‘established’ dengan yang ’progressive’ dapat dielakkan.
Mesyuarat penajaan Persatuan Ulama’ pada sebelah petangnya
memilih dua orang penasihat iaitu Pengerusi penaja Sheikh Abdul Halim
Othman, mudir Maktab Mahmud (milik Kerajaan negeri Kedah) dan
Ismail bin Haji Md. Saaid (mudir Ehya Ulum, Anak Bukit daftar Pondok
No.124 pada 12-4-1353). Haji Hussain Che Dol, mudir Madrasah al-
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 27

Akhlak ai-Islamiah, Guar Chempedak (terdaftar Pondok Bil 175 pada 30-
05-1358), sebagai Yang DiPertua. Harus diambil ingatan bahawa Haji
Hussain bin Haji Che Dol dan Ismail bin Haji Md. Saaid adalah dua orang
pemimpin tertinggi di dalam Kesatuan Melayu Kedah yang menanda
tangan dan menyerah surat Teriak Harga Padi kepada Senior Civil Affairs
Officer ketika perhimpunan di sebelah paginya. Mereka dipilih untuk
memimpin Persatuan Ulama’ Kedah (PUK) pula.
Haji Abdul Rahman (Merbuk) Abdullah, mudir As-Saadatul ad-
Darain, Batu Hampar, Merbuk (terdaftar Pondok Bil.10 pada 13-06-1350)
dipilih sebagai Naib Yang DiPertua. Haji Abdullah Abbas Nasution,
mudir Mahad Ehya al-Ulum ad-Diniah, Tanjung Pauh, Jitra (terdaftar
Pondok Bil.185 pada 19-10-1365) dipilih sebagai Setia Usaha. Haji
Yahaya Junid, mudir At-Taufikiah Al-Khairiat, Batu 16 Padang Lumat
(terdaftar Pondok Bil. 22-07-1361) dipilih sebagai Penolong Setia Usaha.
Haji Abdullah, mudir Sekolah Arab Tambak Bunga, sebagai Bendahari
dan 13 orang jawatankuasa serta dua orang Pemeriksa Kira-kira. Tiga
orang daripada Ahli Jawatankuasa dipilih untuk mengetuai Hal Pelajaran,
Hal Ugama dan Hal Penerangan. Kesluruhan pimpinan Persatuan Ulama’
Kedah terdiri daripada 20 orang Ulama’.
Mesyuarat untuk menetap dan mengesahkan pemimpin Persatuan
Ulama” Kedah diadakan pada 15-02-1946 di Sekolah Arab Tambak
Bunga, Jalan Kuala Kedah. Selama lima tahun Persatuan Ulama’ Kedah
bergerak cergas dan tidak terdaftar sehingga pada 9-01-1951 kerana pada
masa itu di negeri Kedah:

“... the position of Societies in Kedah. They spring up like mushrooms everywhere in
Kedah.
b. Religious societies were registered by the Rigestrar of Societies in the past.
3. Will O.C.C.A write to the Chinese Selfhelp Society or Chamber of Commerce and the
Communist Party to let us have a full list of Societies and addresses and a set of rules of
each Society.
s.d. Asst. Officer I/C Detectives. Kedah”15
28 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Abdul Manaf Saad

Foto 4: Sijil Pendaftaran Persatuan Ulama’ Kedah 09-01-1951


Sumber: Persatuan Ulama’ Kedah

Persatuan Ulama’ Kedah telah didaftarkan di bawah Rule 3, The


Societies Ordinance, 1949 oleh Assistant Registrar of Societies Penang
789, sebagai sebuah persatuan dengan diberi rujukan No. 5 dalam Fail
Registrar of Societies 1308/50.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 29

Abdul Manaf Saad

Foto.5: Borang Permohonan Menjadi Ahli Persatuan Ulama’ Kedah.


Sumber: Persatuan Ulama’ Kedah
30 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Di atas borang permohonan menjadi ahli dinyatakan persatuan ini


dipimpin oleh Ulama’ dan ahli-nya terbuka kepada sekalian peringkat
bangsa Melayu. Tujuannya juga dinyatakan:

Meninggikan darjat agama Islam dan pemeluknya terutama bangsa kita Melayu pada
pihak agama dan iktisad dan bekerjasama dengan Kerajaan pada mengadakan sekolah-
sekolah rakyat (Melayu Arab Inggeris) pada tempat-tempat dan kampong-kampong yang
layak dan menggalakkan sekolah-sekolah perniagaan dan perusahaan dan memimpin
anak-anak bangsa Melayu ke jalan kemajuan masyarakat dan menyatukan semangat
bersatu hati pada serba serbinya untuk mengadukan nasib bangsa Melayu pada masa yang
akan datang.

Mengikut rekod, Persatuan Ulama’ Kedah dapat mengumpul


kekuatan ahli seramai 1177 orang antara tahun 1365/1946 hingga
1372/1953 yang terdiri daripada 1125 lelaki dan 52 perempuan dari semua
jajahan kecuali jajahan Padang Terap, Sik dan Bandar Bharu tidak
menyumbang sebarang ahli pun memandangkan ketiga-tiga jajahan
tersebut ketandusan pondok dan terletak dalam kawasan jauh dari Alor
Star pusat pemerintahan negeri Kedah.
Jajahan Kota Star mempunyai ahli seramai 511 orang yang terdiri
daripada 479 lelaki dan 32 orang perempuan. Ini diikuti oleh jajahan
Kubang Pasu dengan 237 orang yang terdiri daripada 223 lelaki dan 14
perempuan. Jajahan Yen mempunyai seramai 208 orang ahli yang terdiri
daripada 206 lelaki dan 2 perempuan dan jajahan Kuala Muda pula
menyumbang 122 orang ahli yang terdiri daripada 119 lelaki dan 3 orang
perempuan. Keempat-empat jajahan ini mempunyai kawasan sawah padi
yang luas dan bilangan masjid serta pondok / madrasah yang banyak
berbanding dengan jajahan Baling menyumbang 69 orang ahli lelaki
sahaja, Kulim dan Langkawi menyumbang seorang ahli lelaki bagi setiap
jajahannya. Baling adalah jajahan yang mempunyai estet getah dan hasil
hutan (kayu, rotan dan bulu) manakala Kulim juga mempunyai estet getah
dan kegiatan lombong.
Gelombang pertambahan ahli Persatuan Ulama’ Kedah dapat dilihat
dalam tahun 1946-1948 yang dapat mengumpul 795 orang termasuk 48
orang ahli perempuan. Kelembapan berlaku dalam tahun 1949 dan 1950.
Kemudian meningkat balik dalam tahun 1951. Fenomena ini dapat
dijelaskan dengan peristiwa penting berlaku dalam waktu-waktu tersebut.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 31

Sebelum penubuhan Persatuan Ulama’ dalam tahun 1946 negeri


Kedah diserang oleh tentera Nippon. Kemudian pentadbiran Jepun
memindahkan kuasa kepada pihak Tentera Siam menjadi Syburi, Apabila
Jepun kalah Bintang Tiga dan AJA Ex-Service Comrade Association telah
melakukan keganasan hingga menimbulkan ketegangan hubungan ras
Melayu- China yang menyebabkan pertumpahan darah di Bukit Selambau,
Bukit Junun, Teroi dan Jitra. Sekembalinya pihak BMA mereka
memperkenalkan gagasan Malayan Union.
Oleh itu tidak hairanlah sambutan agamawan dan orang ramai
terhadap Persatuan Ulama’ Kedah juga turut berubah mengikut keperluan
masa. Dalam masa kegentingan hidup manusia memerlukan perlindungan.
Mereka mula mencari perlindungan. Menurut persepsi dan kepercayaan
mereka cara untuk mendapat perlindungan ialah mendampingi Ulama’ dan
agamawan, yang kerana amalan keagamaan mereka lebih dekat kepada
Allah. Harus diambil ingatan bahawa dalam masa penubuhannya atau
pada bila-bila masapun Persatuan Ulama’ Kedah atau pemimpin-
pemimpinnya tidak pernah menjanjikan perlindungan sedemikian kepada
orang Melayu dalam menghadapi ancaman dari Bintang Tiga dan AJA Ex-
Comrade Service Association.
Sungguhpun tiada perjanjian perlindungan oleh Persatuan Ulama’
dengan orang awam, mereka terus mengharapkan perlindungan dari Allah
dengan terus mendampingi Ulama’. Dalam waktu-waktu gentinglah
manusia lebih tekun mengerjakan suruhan agama agar terus mendapat
perlindungan dari Allah. Masjid dan surau penuh dibanjiri manusia yang
diburu perasaan takut dan tidak selamat, yang mengharapkan perlindungan
Allah. Segala doa dan ilmu yang dipercayai dapat mempertahan diri diajar
dan dipelajari. Namun setelah keadaan negeri kembali aman semua yang
timbul secara mendadak telah hilang bersama-sama perasaan takut apabila
undang-undang dipulihkan seperti sedia kala, manusia kembali lupa diri.
Terdapat juga sambutan yang sejuk dan tidak menetap terhadap
Persatuan Ulama’ Kedah kerana golongan massa mengamal sikap “tunggu
dan lihat”. Suatu yang jelas ialah kemasukan masyarakat Aceh di jajahan
Yen ke dalam Persatuan Ulama’ tidak berlaku sehingga pemimpin mereka
yang terkemuka Haji Nyak Gam16 bin Nyak Abdullah masuk menjadi ahli.
Di samping itu terdapat jajahan-jajahan Padang Terap dan Bandar
Bharu yang tidak memberi sambutan kepada Persatuan akibat dari
32 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

ketandusan bilangan pondok lantas tidak dapat mengemukakan pemimpin


yang boleh membimbing orang ramai mendampingi Persatuan Ulama’
Kedah.
Namun dari satu aspek lain pengaruh Persatuan Ulama’ Kedah
tersebar meluas ke negeri-negeri lain di luar Kedah. Terdapat 23 orang
ahlinya dari negeri Perlis, Sebrang Prai, Perak dan Negeri Sembilan. Ahli-
ahli dari luar negeri juga diberi peluang menjadi pemimpin. Sebagai
contoh Haji Ahmad bin Tuan Hussain (Kedah) mudir pondok Pokok Sena
yang menetap di Sebrang Prai dipilih menjadi Penasihat Persatuan
sepanjang masa ia cergas dari tahun 1946 – 1953.
Persatuan Ulama’ Kedah mengadakan kerjasama timbal balik dengan
pertubuhan-pertubuhan lain seperti Kesatuan Melayu Kedah, Saberkas,
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar = UMNO).
Pemimpin-pemimpin saling terlibat dalam pertubuhan tersebut sehingga
tahun 1952 sebelum perpecahan di dalam UMNO. Contoh keterlibatan
pemimpinya seperti : Haji Abdul Rahman Merbuk serentak menganggotai
dan memimpin UMNO. Begitu dengan Haji Hussain Haji Che Dol
menjadi Presiden Kesatuan Melayu Kedah turut menganggotai dan
memimpin UMNO. Haji Abdul Abbas Nasution Setia Usahanya turut
dipilih sebagai Setia Usaha Kesatuan Melayu Kubang Pasu 17 pada 18-02-
1946 seminggu selepas tertubuhannya Pesatuan Ulama’ Kedah. Haji Omar
bin Salleh (mudir An-Nadhah, Langgar), Ketua Biro Agama pertubuhan
SABERKAS juga menjadi ahli Persatuan Ulama’ Kedah.

FAKTOR DAN RENTETAN PERSITIWA PENGGERAK

Selain daripada faktor taburan yang ditunjuk dalam Jadual 1, terdapat


beberapa faktor dan rentetan peristiwa sebelum dan selepas Perang Dunia
Kedua yang telah mempengaruhi penyatuan Ulama’ dan Agamawan
negeri Kedah dalam sebuah persatuan, antaranya:

1. Kesebatian orang Melayu menganuti dan mengamal agama Islam


sehingga menjadi sinonim Melayu itu Islam. Seorang anak Melayu
yang baru lahir itu dilahir, membesar dan menjadi dewasa dengan
mewarisi Islam daripada ibu bapanya. Orang Melayu bangga
dipanggil orang Islam walaupun amalan dan penghayatan Islamnya
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 33

boleh dipersoalkan. Namun orang Melayu sanggup mati untuk


mempertahan agama Islam.
2. Di negeri Kedah ada di antara Agamawan tahun-tahun 1930an sudah
dipengaruhi oleh islah atau reformis Kaum Muda. Mereka membaca
majalah18 dan bahan penerbitan karya Kaum Muda dan mempelajari19
Bahasa Inggeris yang dianggap oleh Kaum Tua sebagai bahasa kafir.
Pengaruh Kaum Muda amat ditakuti dan digeruni oleh elit
pentabdiran dan Kaum Tua seperti tertera dalam ulasan catatan pada
kulit fail berkaitan “Syarat kelayakan orang yang boleh didaftar
sebagai guru di bawah Enakmen 9920” sebagai respons kepada syarat-
syarat yang ditetapkan oleh Majma’ Sheikh’ul-Islam pada 3-10-1357
= 26-11-1938 seperti berikut:

“U.S. Sekarang ini telah dipertetapkan angkat Yang teramat Mulia Tunku Ahmad
Taj’ul-Din21 jadi Acting Registrar Sekolah2 Agama Islam ganti Chief Kathi saya
suka dapat nasihat Mujma’a Sheikul-Islam supaya jadi mudah bagi Yang Teramat
Mulia Tunku Ahmad Taju’l-Din orang yang berilmu sa-macham mana yang patut
boleh di-register menjadi guru dan yang sa-macham mana yang patut di-tolakkan.”
t.t S.G. 7/X/57

Jawapan Under Secretary kepada Secretary to Government (S.G)


itu dikepilkan bersama dengan surat daripada Majma’ Sheikh’ul-
Islam berkaitan syarat-syarat mendaftar seseorang yang patut menjadi
guru. Secretary to Government pula menyembahkan perkara itu
kepada Duli Yang Maha Mulia seperti berikut:

1. “Duli Yang Maha Mulia, Di-persembahkan. Yang patek sangat bimbang itu
barang kali ter-register orang seperti tersebut pada akhir surat (2) menjadi
guru di Kedah. Patik ada tahu dua, tiga orang yang ada berilmu tetapi telah
termasok dalam kaum muda.
2. Patek tampak yang terlebih afdzal-nya ia-itu di-beri hukom ka-pada Registrar
Sekolah Agama jangan di-register mana2 orang menjadi guru di-bawah
Undang2 No.99 (Register Sekolah Agama Islam) melainkan terlebih dahulu
di-periksa akan dia dan di-luluskan oleh Mujma’a Sheikh’ul-Islam.
3. Maka yang demikian ini boleh meringankan tanggongan Registrar itu dan di-
harap mudah-mudahan terpelihara kanak2 dan orang2 di-dalam negeri ini
daripada tergelincir pada mazhab kaum muda dan sa-bagainya.” t.t. S.G
15/X/57
34 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Ternyata sekali komunikasi rasmi elit pentadbiran negeri Kedah


dengan Sultan bertujuan menghalang pengaruh Kaum Muda dan
ajaran-ajaran sesat22 seperti Taslim, Bungkus dan Suloh.
Dalam menegaskan konflik “Perintah Sumpah 1948” , syarat
pendaftaran guru pondok mengikut Enakmen 99 diperketatkan oleh
Chief Kathi selaku Chairman Majma’ Sheikhul-Islam untuk
menyusahkan Agamawan atau Ulama’ yang tidak sealiran dengan elit
pentadbiran.
3. Selanjutnya Ulama’ dan Agamawan memiliki pengalaman yang
menimbulkan kesedaran untuk mempertahan tanah air daripada
penjajahan Siam, Jepun dan Inggeris. Sebagai contoh Perjanjian
Anglo Thai 1909 menyebabkan Siam memindah kuasa kepada British
tanpa perbincangan dan persetujuan Sultan serrta rakyat negeri Kedah.
Kemudian dalam tahun 1943 Jepun pula memindah kuasa kepada
Siam atas alasan membalas budi memberi laluan mudah kepada Jepun,
menyerang Tanah Melayu melalui negeri Kedah dan Kelantan,
semasa bermulanya Perang Dunia Kedua.
4. Seteru (Musuh) Islam adalah komunis. Bagi orang Islam Allah itu
Maha Esa dan Maha Berkuasa sedangkan komunis tidak
mempercayai kewujudan Allah yang Maha Esa. Ini terbukti daripada
tindakan Anarki Bintang Tiga selepas Jepun menyerah kalah dalam
Perang Dunia Kedua dan sebelum kembalinya kuasa British ke Tanah
Melayu. Kemudian itu diikuti dengan pihak komunis mengangkat
senjata melawan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1948-1960 dan
menentang Kerajaan Malaysia 1968 -1988.
5. Semasa pentadbiran tentera Jepun 1941-1943 Shamuin dirombak,
duhulunya di bawah pentadbiran Pejabat Sultan kemudian diletak di
bawah Superintendant of Schools sahaja. Ini merendahkan martabat
agama Islam dari urusan Sultan kepada urusan Registrar of
Mohammadan Schools sahaja.

“Di dalam masa Jepun juga disuroh tukarkan pegawai2 office Ugama Islam supaya
Ugama Islam buleh jadi lemah – maka hal ini pun Orang besar2 member2 Consul
tidak ambil tahu juga lalu mereka tukarkan Tunku Ahmad Tajuddin daripada
jawatan Ketua Ugama kepada jawatan ketua P.W.D dan daripada sini ditukar pula
kepada jawatan Harbour Master di harbour Office – pada hal Tunku ini telah
dihantar pergi ke Egipt “Mesir” oleh Kerajaan Kedah ... untuk ia belajar “study”
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 35

pelajaran Ugama Islam manakala ia telah pass “lulus” Kerajaan Kedah beri jawatan
kapadanya menjadi Ketua Ugama... iaitu mengikut maksud Ayah nya Regent
Tunku Mahmood.”23
Bukan setakat itu sahaja mengikut rekod sebuah masjid, di Bukit
Pinang berhampiran padang kapal terbang Kepala Batas, diroboh oleh
tentera Nippon dalam usaha mereka meluaskan kawasan tersebut.
Selanjutnya seorang askar Nippon bertindak biadab memandikan
anjing dalam kolah takungan air untuk wuduk di masjid yang sama.24
6. Tindakan-tindakan melampau kumpulan Bintang Tiga (anggota
komunis) dan The Anti Japanese Army Ex-Service Comrade
Association tanpa mengikut lunas undang-undang negeri dan
kemanusiaan telah menimbulkan suasana anarki dalam tempoh
lompang kuasa, sebaik sahaja Jepun menyerah kalah pada 15-08-1945
berlanjutan hingga 28-09-1945 pihak British belum sempat balik
memerintah Kedah dan Malaya.
Antara tindakan-tindakan Bintang Tiga dan AJA Ex-Service
Comrade Association adalah:

a. Pada 22-2-2487 tiga orang kampung, pencari rotan dan hasil


hutan, telah diserang oleh ahli bintang tiga pada lokasi sekitar
empat batu dari Baling yang menyebabkan dua orang daripada
mereka mati katak.25
b. Pada 25-08-1945 pihak Bintang Tiga telah bermaharajalela di
Ladang Percubaan Lembu Kerajaan di Jalan Jeniang, Gurun,
Kedah.
“The Government Cattle Experimental Farm at Gurun started in the year
1938 is unique in being the first of its kind in Malaya. Due to the outbreak of
hostilities in Malaya active work had to be suspended under war time
condition. There are at present 13 buffaloes, 19 oxen and one goat with a
labour force of seven coolies”26
c. Pada 27-08-1945 27 sekumpulan ahli Bintang Tiga masuk
menduduki bangunan Sekolah Melayu Gajah Mati selama enam
hari sehingga 01-09-1945. Perkara tersebut dilapor oleh
Superintendent of Education kepada Under Secretary to
Government, Syburi di Alor Star bahawa segerombolan komunis
keturunan China telah menduduki Sekolah Melayu Gajah Mati.
Laporan itu dipanjangkan kepada Thai Military High
36 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Commissioner Syburi yang mengarah siasatan dijalankan untuk


mengenali siapakah ketua kumpulan tersebut dan jika terdapat
bukti dibawa ke muka pengadilan.28
d. Pada 28-08-1945 bersamaan 21hb Ramadhan 1364, seorang
District Officer, Tuan Syed Abu Bakar “was kidnapped by the
alledged party of Chinese (communists). Ah Teik a Chinese
interpreter was also taken together with him but was released on
the following morning” 29 Beliau dianggap “Anti-British” dan
alasan District Officer Baling itu diculik adalah:

“On one occasion one of the representatives of the said party went to see
Tuan Syed Abu Bakar and asked for permission to have the party in uniform
march through Baling town (in uniform) towards Kuala Ketil. Tuan Syed
Ibrahim consulted the Nippon Garrison at Baling and the Commander refused
to allow these Chinese in uniform to appear in Baling. Then Tuan Syed Abu
Bakar instead of replying in any manner kept the matter until the very day and
time when was kidnapped.”

Selepas dibebas oleh pihak Bintang Tiga, Tuan Syed Abu


Bakar memohon dan dibenarkan bercuti mulai 01-10-1945 oleh
pihak Kerajaan untuk pergi menunaikan fardhu haji di Mekah,30.
e. Seterusnya pada 29-08-1945 (bersamaan 21hb Ramadhan 1364
dan 30hb Singhaakom 2488) seorang kerani pasar Sungai Petani
diculik oleh sekumpulan ahli Bintang Tiga. Beliau tidak kembali
ke pangkuan keluarganya dan dipercayai mati diseksa oleh ahli
Bintang Tiga. Kehilangan beliau telah diakui oleh Chairman of
Sanitary Board, Kuala Muda 31 kepada Under Secretary untuk
urusan mendaftar kekosongan penyandang jawatan bagi melantik
seorang pegawai baru menggantinya.
f. Sekitar 30-08-1945 pihak Bintang Tiga telah masuk menduduki
rumah Tunku Habsah binti Sultan Abdul Hamid, No 8A,
Kampong Perak Alor Star selepas dikosong oleh tentera Jepun
yang kalah 32 . Tunku Habsah seorang puteri Almarhom Sultan
Kedah pun tidak dihormati oleh Bintang Tiga. Dalam surat
rayuannya kepada Col.E.V. G Day Senior Civil Affairs Officer
BMA Kedah, Tunku Habsah menyatakan:
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 37

“My house at No: 8 A Kampong Perak Alor Star was forcibly occupied by the
Japanese up to the time of their surrender and since then it has been taken
over by the communists, also against my wish. I could not do anything to stop
them as they were more or less in power prior to the British reoccupation of
Malaya.”33

g. Seorang Penghulu mukim Tawar, jajahan Baling Kedah telah


hilang dan tidak dapat dikesan ke mana perginya. Pegawai
Jajahan Baling telah melapor kehilangannya kepada Under
Secretary to Government pada 10-10-1945. Dari risikan dibuat
terdapat maklumat bahawa beliau diculik oleh ahli Parti
Komunis dan dipercayai mati dibunuh. Ikrar kehilangan beliau
dibuat di hadapan Majistret Baling bahawa Mohamed Rejab,
Penghulu Mukim Tawar telah mati pada 31-08-1945 (bersamaan
23hb Ramadhan 1364 dan 01 hb Kanyaayon 2488) “disebabkan
perbuatan komunis di Baling” 34 semasa Jepun menyerah diri
seperti di dalam Surat Ikrar bertarikh 25-05-1947 (bersamaan
4hb Rejab 1366).
h. Seorang isteri, Udoh binti Ahmad, tinggal di Batu 24 Sungai Yen
Kechik telah kehilangan suami yang diculik menyatakan dalam
surat teriaknya:

“pada masa mola2 Jepun serah balik Malaya ini di tangan B.M.A akan China2
Communist (Bintang Tiga) ada ambil Mat Zait b Said suami patik itu sampai
sekarang patik tiada dengar khabar apa2 kemana2 di-bawak pergi patik tiada
ketahuwi. Akan China yang pergi ambil itu sebanyak 17 orang dan China itu
pun sekarang ada lagi satengah2 sahaja yang lagi itu telah pindah dan patik
kenal belaka dan China2 itu dudok di padang Batu 24…”.

Dalam kertas minit laporan bertarikh 01-07-1947 yang dibuat


oleh Commissioner of Police menyebut:

“it appears that Mat Zait bin Said, husband of the petitioner, was a ‘Ketua
Jikeidan’ during the Japanese time, after the surrender he was arrested by ‘3
Stars’ Chinese. On the morning of 5th September 1945, he was taken off along
the Jeniang Road under escort, it is believed he was taken to Bigia Tea Estate.
He was not seen since, it seems reasonable to address he is no longer
alive.”35
38 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

i. Seorang lagi pegawai Kerajaan Ahmad bin Salleh, warder penjara di


Alor Star tempat anasir komumis “ditutup” oleh MP Jepun, telah
diculik oleh sekumpulan orang China yang disyaki ahli Bintang Tiga
di pekan Bedong pada hari Jumaat 07-09-1945 (bersamaan 29hb
Ramadhan 1364 dan 07hb Kanyaayon) semasa beliau hendak pulang
ke Alor Star selepas menziarah ibunya di Semeling pada hari Khamis
sebelumnya. Mengikut surat isterinya bertarikh 12-01-1946, Endut
binti L. Bakar, yang dikirim kepada Senior Civil Affairs Officer di
Alor Star “seorang China yang tidak dikenali menghampiri dan
bertanya sama ada dia seorang warder penjara. Setelah beliau
mengakuinya si China itu meminta beliau pergi ke Balai Polis
Bedong. Oleh kerana lurus dan tidak mensyaki sesuatu yang buruk
beliau mengikut China tersebut ke balai polis. Sampai di balai beliau
dikurung di dalam lokap buat berapa lama sehingga datang sebuah
lori penuh dengan orang China lain membawanya menghala ke
Gurun.” 36 Adalah dipercayai warder Ahmad bin Salleh dibawa ke
pusat Atrocities komunis di Ladang Teh Bigia untuk ditamatkan
riwayat hidupnya di sana.
j. Pada 25-09-1945 (bersamaan 19hb Syawal 1364 dan 26hb
Kanyaayon 2488) dua orang pemimpin China (Bintang Tiga), dari
Kampung Gelong Ayer, Gunong dan dari Pekan Gunong telah
menghalang 37 Penghulu dan seorang broker Melayu daripada
memindah padi kepunyaan Daimaru dari Padang Hang ke stor
Kerajaan di Alor Star. Tambahan pula kerja pemindahan padi itu
memerlukan beberapa buah bot yang dimilik oleh orang China yang
enggan memindahkannya, menyulitkan lagi kerja pemindahan padi
tersebut. Juak-juak China itu mensyaratkan sebelum kerja
pemindahan padi dibuat mestilah terlebih dahulu mendapat surat
kebenaran daripada Jawatankuasa mereka. Ini menunjukkan mereka
tidak menghormati Penghulu yang berkuasa melalui lantikan pihak
Kerajaan Negeri Kedah.
k. Pada 27-09-1945 satu kes berlaku di selatan negeri Kedah telah
dilapor oleh Abu Bakar bin Idris seorang Panglima Mukim Sungai
Kechik Ilir, Bandar Bharu:
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 39

“bahawa pada lebih kurang jam dua petang Panglima Bakar telah didatangi enam
orang China memberitahu Panglima bakar bahawa ketua mereka meminta dirinya
dibawa menemui ketua itu di Sungai Bakap, Seberang Perai. Ketika itu beliau
berada di sebuah kedai kopi di kampungnya Sungai Kechil Ilir yang menjadi
sempadan antara Negeri Kedah dengan Seberang Perai. Daripada enam orang itu
Panglima Bakar mengenali empat orang. Panglima Bakar dibawa di atas pelantar
basikal ke Lima Kongsi di Bukit Degong. Walau bagaimanapun Panglima Bakar
dapat melepaskan diri setelah dua hari diseksa. Beliau selamat sampai balik ke
rumahnya setelah tiga hari meredah hutan dan belukar. 38

l. Pada 3-1-1946 pihak Chairman Anti-Japanese Army, Ex-Service


Comrade Association, Kedah yang berpusat di Alor Star telah
mengirim surat kepada The British Military Administration, Kedah
menuntut pertemuan untuk merunding dua perkara yang belum
dibereskan kepada pertubuhan Ex- service Comrade Association.39
Pertama:

“to ensure the security of the individuals. Five of our comrades have been arrested
in Kedah. With the exception of Comrade “Ah Mok” the other four are sent by us to
undertake some works. Persons, who were shot, were tried by HQ before they were
shot, then orders were given by HQ. If these four comrades are guilty then the HQ
is guilty also. Please refer to Major Arrun for further explanation of this matter. We
asked for your justice.”

Persoalannya What justice yang hendak ditegak dan


dipertimbangkan apabila Bintang Tiga dan AJA Ex-Service Comrade
Association sendiri melakukan anarki?
Kedua:

“Special privilege for works.80% of our comrades are jobless and half of the
comrades taking their meals at the Ass(ociation) are jobless also. Only 20% of the
get rice from the government through the Ration Card and these comrades are
living in towns. Under such circumstances how can we continue on? We hoped that
you will introduce works to our comrades and distribute rice to them. We also hope
that you will give us some business to do….”

Perbuatan-perbuatan Anarki yang dilakukan atau ditimbulkan oleh


kumpulan Bintang Tiga ini boleh diklasifikasi dalam empat cara.
Pertama: Mereka menduduki dan menguasai bangunan-bangunan
kerajaan seperti kuarters di Ladang Percubaan Lembu Kerajaan
40 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Gurun, bangunan Sekolah Melayu di Gajah Mati, bangunan Balai


Polis di Bedong, Alor Janggus, Pendang, Tanah Merah, Guar
Chempedak dan Bukit Junun. Sebuah rumah kepunyaan kerabat raja,
rumah Tunku Habsah juga dikuasai dan diduduki oleh mereka.
Kedua: Mereka membunuh mangsa-mangsa culikan yang terdiri
daripada Pegawai-pegawai Kerajaan seperti Abdul Hamid bin Said,
seorang kerani pasar di Sungai Petani; Mohamed Rejab, Penghulu
Mukim Tawar, Baling; Ahmad bin Salleh, seorang warder penjara
Alor Star. Hanya dua orang Pegawai Kerajaan iaitu Tuan Syed Abu
Bakar, D.O Baling dan Bakar Idris, Panglima Sungai Kechik Ilir yang
terselamat nyawa mereka selepas diculik oleh Bintang Tiga.
Ketiga: Mereka menangkap dan membunuh orang awam seperti
Mat Zait bin Said, Batu 24 Sungai Yan Kechil. Kes Mat Zait bin Said
ini merupakan satu-satunya rekod orang awam mati setelah diculik.
Sebenarnya lebih dari seorang awam yang dibunuh hingga timbul
konflik ras yang teruk berlaku di Teroi dan Guar Chempedak, Yan;
Bukit Jenun dan Bukit Selambau di Kedah Tengah; Alor Janggus,
Gunong dan Langgar di Kota Star; dan Jitra di Kubang Pasu apabila
orang Melayu yang dipimpin oleh Agamawan yang memiliki ilmu
pertahan diri dan kekebalan, ilmu bertindak balas ke atas tindakan
anarki Bintang Tiga tersebut.
Keempat: Selepas 01-09-1945 ahli-ahli Bintang Tiga berpindah
dari Government Experimental Cattle Farm, Gurun ke Bigia Tea
Estate, Gurun dan menjadikannya markas (HQ) mereka. Begia Tea
Estate ini terkenal sebagai pusat Atrocities Bintang Tiga ke atas
magsa-mangsa mereka. Orang Melayu sama ada pegawai Kerajaan
atau awam yang diculik dibawa ke sana menghadapi maut secara
kejam.

AMAL MAARUF NAHIL MUNGKAR

Persatuan Ulama’ Kedah yang berjuang atas jalan “An-Amru bil-Maaruf


wal-Nahyu Ain-Nil Mungkar segera menyusun tindakan mewujudkan
keyakinan ahlinya dan orang Islam di Kedah akibat daripada konflik
hubungan Melayu- China seperti tindakan-tindakan anarki, penipuan jual
beli padi dan tanah oleh orang China semasa Perang Dunia Kedua.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 41

Golongan Ulama’ telah menyeru masyarakat Islam mengutamakan


urusan jual beli padi dan beras kepada orang Islam sendiri. Apabila senjata
ekonomi digunakan untuk melawan Bintang Tiga dan AJA Ex-Comrade
Service Association kesannya parah dan segera dapat dilihat. Mereka amat
takut apabila orang Melayu bertindak atas kegiatan perniagaan atau
ekonomi mereka lalu tiga orang China Alor Janggus melapor insiden
tersebut kepada President, The Kedah Chinese Chamber of Commerce,
Alor Star seperti berikut:

“In view of our lives and properties are being endangered by the Anti-Chinese Movement
in Langgar Area, which is getting more intensive recently we are compelled to sent you
this joint letter in the hope that you will request the Government to take proper measures
to avoid any blood-shed tragedy. The following is a report on what have happen most
recently.

(1) On 23rd February there was a Chinese offering to purchase rice from a Malay at
market but it was disrupted by five Malays who pointed out that it was an intention
to lift up the price in order to vie with the Malays in purchase of white rice and said
that in future Chinese who wanted to buy rice must wait till the Malays have bought
first otherwise force will be applied.
(2) On the following day (24th, Feb.) while a Chinese from outstation was bargaining
price with a Malay who agreed later to sell at 75 cts. per gantang, several other
Malays appeared and forced the Chinese to buy over all the rice amounting to over
100 gantangs.
(3) A meeting for anti-Chinese and anti-British was held on the 28th Feb. at the
Penghulu’s house. There were more than 200 attending the meeting including the
Penghulu and leading Malays.
(4) The leaders of Muslim openly threaten their compatriots not to buy any goods from
Chinese Shops. Those who disobeyed the warning will not be allowed to be buried
on the Islamic Cemetery after their death.
(5) If any Malays are found out to be buying goods from Chinese shops by the so
Called “Youth Party of Malay” (Kesatuan Pemuda Melayu?) warning must be
given at once and goods have to be returned back when purchased.
(6) After the returning of the British to Malaya hundreds of Indonesian posed as Piece-
goods & drugs vendors spreading anti-Chinese and anti-British propaganda
wherever they travelled. Their slogans are ‘Malaya for Malays’ ‘Chines and British
must be expelled from Malaya’.

Those mentioned above are the more important ones.


42 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

It is conceived that we Chinese have been living peacefully with the Malays in this
country for a number of decades and this state of affairs was only brought into existence
after the invasion of Malaya by the Jap.
We fervently hope that you will submit our petition to Government and request the
Government to take practical measures to prevent the situation from widespread.

s.d. Lee Giap Hian


Lee Jin Huat
Lee Heong Toh
Dated 28-02-1946”40

Dalam perenggan kedua terakhir surat tersebut (di atas) mereka


menyalahkan orang Jepun sebagai pencetus hubungan buruk itu. Apakah
itu benar? Sebenarnya orang China menumpahkan sepenuh taat setia
kepada negeri China bukan kepada negeri Kedah. Jepun berperang dengan
China itu menjadi kemarahan mereka. Mereka sengaja melupakan
tindakan anarki mereka di negeri Kedah. Tindakan anarki itulah menjadi
penyebab utama yang membawa kepada hubungan yang genting antara
orang Melayu dengan China.
Seterusnya President The Kedah Chinese Chamber of Commerce
memanjangan surat tersebut kepada Senior Civil Affairs Officer, BMA
Region No.1 Kedah / Perlis. dengan menyalahkan “the Malays of above
mentioned places, having neglected the fact that racial prejudice is a
disgrace to human beings”. Apakah penipuan, penculikan, penyeksaan
dan pembunuhan ke atas orang Islam oleh Bintang Tiga tidak menjadi “a
disgrace to human beings”?
Surat itu dibalas oleh Lt. Col. G.V. Somerville menyatakan terima
kasih atas maklumat berkenaan untuk BMA membuat penyiasatan dan
mengambil tindakan. Somerville juga memgingatkan The Kedah Chinese
of Commerce bahawa “the Chinese offering to purchase rice from a
Malay at black market may quite easily not be authorised by one or more
of the licensed mills. If he were buying on the black market it is entirely
his own lookout.”41
Kehidupan rakyat negeri Kedah bertambah rumit dan tidak tenteram
dengan kegiatan penyamun-penyamun berkumpulan dan komunis seperti
yang berlaku di jajahan – jajahan Kubang Pasu, Kota Star dan Sik, seperti
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 43

dilaporkan oleh Civil Affairs Police, Kedah kepada Senior Civil Affair
Officer Region No 1 dan kepada I.O 74 Independent Infantry Brigade:

“... ... ...


2. On 15th January, 1946 a Malay and a Chinese quarrelled about a small debt
incurred by the latter during the Japanese occupation. The Malay demanded repayment
and the Chinese wanted to repay the sum in Japanese currency. They came to blows and
were separated by Malays and Chinese who were on the scene.
3. The result was that the Malays started preaching that whatever money they had
borrowed from the Chinese during the Japanese occupation should be repaid in Japanese
currency.
4. On 22nd January 1946 the District Officer, Sik , called a meeting of 14 leading
businessmen and inquired if they had any complaints to make. ... ... ... (one named
Chinese businessman -rubber dealer) complained that some Malays who had mortgaged
some rubber holdings to him during the occupation had requested him to accept
repayment in Japanese currency and to stop tapping the rubber. ... ... ... on the orders of
certain Malays.
5. ... ... ... The Malay owners wanted to get back the land and are prepared to
repay the amount due in British currency, but I understand that the deal cannot be put
through owing to the moratorium.
The validity of the mortgage cannot be decided on owing to non existence of civil court at
present. Meanwhile the Malays do not see why (the Chinese businesman) should reap the
profits of the estates while the matter remain unsettled. ... ... ... The dispute is more of
private nature, with a flavour of inter-racial animosity.
6. ... ... ...
7. The District Officer reports the area East of the Muda River as far North as
Nami and Ulu Sok is dominated by the influence of the bandit DIN AN. He has following
of about 10 associates all armed, with several hundred more under his orders. Most of
the population are afraid of him. Reports have also been received of other Chinese bandit
camps East of Sik (in Siam?) and South-East.
8. In view of the large size of the area, the scope of the Police is too
limited. ... ... ... ... ... When the Baluch Regiment unit goes on patrol they are usually
accompanied by Police.
9. These patrols have little object in view and do not get to the root of the trouble
in the area, which can only be done by removal of DIN AN and his associates and the
locating of any other bandit camps.
... ... ...
12. Conclusion. I recommend ... ... ... the Baluch Regiment unit should remain in
that area.42 ...

Pegawai jajahan Baling 43 juga melaporkan bahawa pada malam


Jumaat 17-2-1946 orang Melayu telah mendapat maklumat sekumpulan
44 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

orang China, dipercayai geng Bintang Tiga telah berkumpul di suatu


tempat Dalam Wang. Orang Melayu telah melapor perkara tersebut
kepada pihak berkuasa militeri iaitu B Coy , 14 Regimen Baluch yang
ditempatkan di jajahan Baling. Regimen Baluch mara ke tempat orang
China berhimpun di Dalam Wang. Setiba mereka di Dalam Wang suatu
tembak menembak berlaku antara orang China dengan Regimen Baluch.
Selepas kejadian tersebut orang China menuduh orang Melayu
membakar rumah dan membunuh teman-teman mereka. Orang China telah
melaporan perkara tersebut kepada Polis. Mereka menjalankan siasatan,
tetapi mereka tidak mendapat bukti yang kuat. Orang China pula tidak
dapat memberi bukti yang mencukupi untuk menguatkan tuduhan mereka
terhadap orang Melayu.
Akibat kegagalan mereka, orang China mula berpindah keluar
meninggalkan Baling. Perpindahan mereka itu terus belaku tanpa dapat
dihalang oleh sesiapa pun. Pujukan oleh Pegawai Jajahan dan Polis tidak
diendah oleh mereka. Kenderaan pengangkutan dari luar Baling
disediakan secara percuma setiap hari untuk memindahkan orang China
keluar dari jajahan Baling.
Siasatan Polis mendapati enam atau tujuh buah rumah atap
kepunyaan orang China penanam sayur terbakar di Dalam Wang tempat
insiden tembak menembak berlaku. Namun tiada bukti ditemui untuk
menyokong dakwaan orang China bahawa rumah-rumah tersebut dibakar
oleh orang Melayu. Selain daripada itu ditemui satu mayat lelaki China.
Laporan bedah siasat mayat oleh pihak pegawai Kesihatan mengesahkan
mangsa menghidapi bengkak ‘spleen’ mungkin menemui ajalnya apabila
terjatuh semasa tembak menembak berlaku. Tidak terkesan sebarang unsur
penganiayaan.
Orang China yang pindah keluar itu memberi alasan meraka takut
kepada orang Melayu. Namun Pegawai Jajahan berpendapat bahawa
perpindahan itu dirancang oleh seseorang yang mahukan orang China
pindah keluar meninggalkan Baling semata-mata untuk memburukan
pihak berkuasa dan orang Melayu setempat. Orang China itu dihasut untuk
berpindah. Kebanyakan orang China yang berpindah itu bukanlah
penduduk asal Baling tetapi orang luar.
Lantaran keresahan dan ketegangan di Baling, pada 10-3-1946 Haji
Mahmood, Kathi Besar merangkap Pengerusi Majma’ Sheikhul Islam 44
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 45

telah ditugas mententeramkan penduduk Melayu. Beliau sempat pergi ke


Kupang dan Kampong Setul untuk memberi syarahan selama 45 minit di
setiap tempat.kepada sekitar 250 orang penduduk setempat.
Pada 11-03-1946 Haji Mahmood, Kathi Besar merangkap Pengerusi
Majma’ Sheikhul Islam ditugaskan pula ke jajahan Yen. Beliau bersyarah
selama sejam di Masjid Yen di hadapan 1000 orang Melayu yang
berhimpun di situ. Selepas itu beliau bersama Wan Ibrahim dan Tunku
Abdullah ADO Yen bertolak ke Singkir. Pada sebelah petangnya beliau
memberi syarahan selama satu jam kepada 600 orang lelaki dan
perempuan yang berkumpul di Masjid.
Pada 12-3-1946 Haji Mahmood meneruskan tugasnya di pekan
Langgar di hadapan 500 orang berkumpul. Beliau bersyarah selama 45
minit. Seterusnya balik ke pejabat di Alor. Pada petang beliau sepatutnya
pergi ke Kuala Kedah. Oleh kerana salah komunikasi rancangan ke Kuala
Kedah tidak dapat disempurnakan.
Adalah enam pokok (isi) syarahan yang dibuat oleh Haji Mahmood
seperti berikut45:

1. Agama Islam suka kepada kedamaian dan bercampur gaul dengan


baik secara berkawan rakan dengan bangsa.
2. Agama Islam menegah daripada membuat punca pergaduhan di
antara satu dengan lain.
3. Agama Islam menegah daripa memutuskan apa-apa hukuman dan
menjalankan dia dengan sendiri, bahkan wajib diserahkan perkara-
perkara itu kepada mahkamah keadilan dan pejabat keamanan
4. Kerajaan negeri ini pada masa sekarang ini bekerja dengan
bersungguh-sungguh hati serta cukup sempurna alat perkakas dan
pegawai-pegawainya ahli-ahli Police dan ahli tentera British kerana
hendak menjga sekelian rakyat negeri ini supaya dapat dudok dalam
aman. ... ... ...
5. Agama Islam melarang keras daripada membuat fitnah dan huru-hara
seperti mana yang dipesan tinggal Nabi Mohamed SAW bahawa huru
hara itu diumpamakan seperti suatu perkara yang dudok tidur lenyap
maka barang siapa pergi gerak akan dia bagi bangkit daripada
tidurnya itu nescaya orang itu dilaknatkan oleh Allah Ta’ala,
46 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

6. Bahawa orang Melayu di sebelah sini telah mashhor kata tiada pernah
mahu bergaduh dengan bangsa-bangsa lain bahkan muafakat dudok
dengan baik berkawan rakan sama ada di pekan ataupun di kampong
yang lazimnya orang bangsa lain itu hanya ada tiga empat orang
sahaja di situ tetapi tiada pernah jadi pergadohan apa-apa. ... ... ... .”

MESYUARAT MATA

Haji Hussain bin Haji Che Dol memohon kebenaran daripada Pemangku
Registrar Sekolah Agama untuk mengadakan suatu Majlis Mesyuarat
Agama Islam Tertinggi SeMalaya (MATA) di madrasahnya di Guar
Chempedak pada 22 dan 23-08-1366 bersamaan 12 dan 13-7-1947. Beliau
diberi kebenaran oleh Under Secretary dengan syarat “ tidak dibahas apa-
apa perkara mereka fikir bersangkut dengan politik”46.
Haji Abdul Rahman bin Haji Mahmud, wakil kerajaan, melaporkan
bahawa seorang Ustadz Yunus mengemukakan lima cadangan berikut:

1. MATA menyokong perlembagaan Malaya yang diperstujui oleh


PUTERA dan C.J.A
2. MATA memberi amaran kepada Sultan-sultan seluruh Malaya supaya
menyerahkan kuasa agama kepadanya.
3. MATA memberi Amaran kepada pihak pemerintah supaya jangan
sekali-kali mengganggui segala yang berhubung dengan agama.
4. MATA menuntut kuasa melantik suatu badan jawatan kuasa
memungut dan mengumpul zakat fitrah guna meninggikan agama.
5. MATA mengambil tindakan menyiasat apa-apa yang sebenarnya
berlaku kepada umat Islam yang duduk di dalam perintah Siam.”

Satu cadangan tambahan dibuat oleh seorang Ustadz Kassim

“MATA memohon kepada Duli-duli Yang Maha Mulia supaya memandang kepada
MATA sebagai suatu pertubuhan agama yang didirikan oleh rakyat jelata.” Menyedari
syarat kelulusan tidak boleh mebahas hal politik Haji Hussian Che Dol berkata “
sekarang tiada payah hendak sebutkan apa-apa lagi di atas perkara politik kerana kita
tiada payah lagi akan politik itu akan nanti berikut di belakang.”
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 47

Perkara lain yang turut dibincang adalah hal-hal sekolah Melayu,


sekolah Quran dan sekolah Arab juga masalah sosial. Kebetulan kita
sekarang ada 1000 orang yang menjadi sundal, siapakah yang ambil
hirau.”47

PERLANTIKAN AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI

Pada 21-3-1367H = 1-2-1948M Sultan Kedah telah mengangkat Haji


Hussain bin Haji Che Dol (Guar Chempedak), Haji Abdul Rahman
(Merbuk) bin Haji Abdullah, Haji Ahmad bin Haji Abdullah (Kupang),
Haji Othman bin Haji Endut (Teluk Kechai), Haji Ahmad bin Haji Abdul
Rahman (Kampong Pisang Baling) dan beberapa orang lain menjadi Ahli
Majlis Mesyuarat Negeri sebagai ahli Bukan Pegawai Kerajaan untuk
selama tiga tahun bagi tempoh 1948-1951.48

Konflik dan Kontrovasi Sumpah Laknat

Cabaran pertama untuk ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah dalam


kalangan ahli Persatuan Ulama Kedah ialah apabila Kerajaan
mensyaratkan pegawai-pegawai Melayu mengangkat Sumpah (Baiah)
Laknat menyatakan kesetiaan kepada Sultan.
48 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Abdul Manaf Saad

Foto 6: Borang Perintah Sumpah49 Taat Setia Pegawai Melayu Terhadap


Sultan.

Akbar Warta Negara keluaran 4-2-1948 telah memuat pendapat Alim


Ulama’ di seluruh Kedah mengatakan sumpahan yang diperintah oleh Duli
Yang Maha Mulia Sultan ke atas pegawai2 Islam negeri Kedah itu bida’ah
dholalah. “Sumpah itu adalah suatu pekerjaan yang tidak diperbuat oleh
Rasulullah dan Khalifah ArRashidin dan bukan daripada undang2 syariat
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 49

Islam. Dengan kerana itu Alim Ulama’negeri Kedah berpendapat itu suatu
perkara yang diada2kan di dalam agama Islam. Maa barang yang sudah
tentu tiap2 perkara yang diada2kan di dalam agama itu pekerjaan bida’ah
dholalah (sesat) seperti mana sabda Rasulallah (SAW) menurut hadith
hassan sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud atTarmidzi.
Haji Ismail bin Saaid selaku Penasihat Persatuan Ulama’ dan Haji
Hussain bin Haji Salleh selaku Naib Yang DiPertua Persatuan Ulama’
Kedah telah mengirim penjelasan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan
Kedah pada 23-2-1948 berbunyi:

“Mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman,

Patek2 Alim Ulama’ negeri Kedah merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia
adalah bersama2 ini patek2 persembahkan sekeping keputusan berkenaan dengan
rundingan di sumpahan bagi pegawai2 Islam yang telah patek2 tatapkan di dalam surat
khabar Warta Negara Tahun4 Bilangan 36 bertarikh 13-2-1948 bersamaan 3-4-1367.
Patek2 Alim Ulama’ negeri Kedah dengan sepenuh2 keyakinan bahawa Duli Yang
Maha Mulia sangat2 ambil berat di atas perkara2 agama Islam yang maha suci dan patek2
sekelian sedia menjunjung ta’at setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia dengan memberi
segala bantuan di atas apa2 perkara yang tiada berchanggah dengan agama Islam untuk
meninggikan mutu agama Islam dan menyampaikan chita2 pemeluknya2.
Sekianlah patek2 merafak sembah ma’alom moga2 dengan berkat Duli Yang Maha
Mulia mengambil berat di atas perkara agama itu dapatlah patek2 dan rakyat jelata negeri
Kedah ini menumpang bernaung di bawah panji2 keadilan dan keamanan selamalamanya
adanya.
Bagi pihak Alim Ulama’ Kedah

tt Ismail Haji Saaid


Anak Bukit Alor Star Kedah”50

Pihak Jawatan Kuasa Persatuan Ulama’ Kedah telah mengadakan


sutu mesyuarat berkaitan hal tersebut pada 1-3-1948=20-4-1367 di Batu
16, Padang Lumat. Perkara sumpahan itu dibahas dengan panjang lebar
dan keputusan berikut diambil:

“mengikut cara yang diketahui adalah pegawai2 Islam erajaan Kedah telah diperintah
suruh bersumpah mengaku ikhlas kesucian dirinya terhadap Duli Yang Maha Mulia
Sultan Badlishah dan juga terhadap pekerjaanya dan digunakan pada yang demikian itu
dengan perkataan sumpah has di dalam agama Islam.
50 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Oleh itu maka Persatuan Ulama’ Kedah berpendapat adalah perbuatan ini telah
diletak pada bukan tempatnya dan digunakan perara agama Islam yang maha suchi ini
pada melariskan maksud untuk menyampaikan chita2 khas. Maka yang demikian itu
mencharek kehormatan agama Islam yang dipandang tinggi yang semestinya kehormatan
agama Islam itu tertanggong berat wajib di atas tiap2 orang mu’min memeliharakan dia.
Sesungguhnya dengan alasan yang tersebut di atas ini Persatuan Ulama’ Kedah
membangkang perbuatan itu dengan sekuat2nya dan berharap tidak jadi lagi di masa
kehadapan kelak seumpama ini di alam Islam.
Inilah kewajipan Persatuan Ulama’ Kedah di atas pendirian dasarnya yang sebenar
membela hak2 agama dengan keyakinan yang penuh bertanggong jawab dunia dan
akhirat.

Naib Yang DiPertua Persatuan Ulama’ Kedah Alor Star Kedah


c.o. Guru Agama Langgar.”51

Pada 3-3-1948=22-4-1367 pihak Majma’ Sheikhul Islam memberi


pendapat dan pandangan kepada Pejabat Sultan berkaitan mengangkat
sumpah mengguna nama Allah mengikut berbagai mazhab dalam Ahli
Sunnah wal Jamaah .
Pihak Kerajaan dan Istana yang tidak berpuas hati mengirim surat
pada 13-3-1948=3-5-1367 kepada kedua-dua pengirim di atas meminta
mereka memberi butiran maklumat penubuhan, tujuan dan bilangan ahli
Perstuan Ulama sekiranya mereka hendak Sultan pertimbangkan teguran
mereka.
Pada 22-4-1367, Haji Hussain bin Haji Salleh mengutus surat
jawapan Persatuan:

“Ampun Tuanku,

Persatuan Ulama’ Kedah merafa’kan sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia adalah
persatuan ini telah dapat ketahuwi bahawa Kerajaan Kedah menggunakan sumpah khas
di dalam agama Islam bagi pegawai2 Islam Kerajaan Kedah. Maka persatuan ini dengan
keyakinan bertanggong jawab dunia dan akhirat telah mengambil langkahan merunding
di atas perkara sumpahan yang tersebut itu pada 20-4-67 bersamaan 1-3-48 di Batu 16
Padang Lumat maka bersama2 dengan ini patek bagi pihak Persatuan Ulama Kedah
persembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia keputusan mesyuarat itu.

Sekianlah patek ma’alom sembah, adanya.

Alor Star
Naib Yang DiPertua Persatuan Ulama’ Kedah 22-4-67
(Haji Hussain bin Haji Salleh)’’52
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 51

Pada 29-4-67, Haji Umar 53 bin Haji Salleh menulis surat kepada
Chairman, Majma’ Sheikul Islam negeri Kedah menerangkan beliau telah
menulis satu rencana menjawab pendapat Ulama’ yang dipaparkan di
dalam akhbar Warta Negara pada 13-2-48. Rencana yang menyanggah
pendapat alim Ulama’ itu dikirimkan kepada Ketua Pengarang sejak 1-3-
48 tapi sampai tarikh ini pun belum tersiar. Beliau menyatakan sumpah itu
tidak sesat dan boleh dilaksanakan. Pihak Majma’ Sheikul Islam telah
mendapat sokongan seorang ulama. Surat itu dipanjangkan kepada
Menteri Besar dengan anjuran untuk menerima kurnia dan mengadap
Sultan untuk menerima pujian daripada mulut Sultan sendiri.54
Pihak Menteri Besar pada 28-5-1367=7-4-1948 melalui memo55 sulit
telah mengarahkan:

“two persons have written to criticise H.H. the Sultan on the question of the Oath of
Allegiance which Malay Officers of the State have been asked to take. Their criticisms
are full of nonsense. They either do not understand the religious laws or are out to annoy
H.H.
The Private Secretary was instructed to send a letter to each of them asking for
certain information to enable H.H and his religious Advisers to assess the value of these
criticism. A copy of the letter is attached, marked A.
It appears that they are not too anxious to reveal who they are and the Persatuan
Ulama Kedah has sent, instead, a frivolous Quiry B.
Could you obtain for me the information asked for in A in respect of the two
Kesatuans and say whether or not they have any connnection with Gunong
Semanggol?”56

Dua orang pemimpin kanan Persatuan Ulama’ Kedah, Haji Hussain


bin Haji Che Dol dan Haji Abdul Rahman (Merbuk) bin Haji Abdullah
baru sahaja pada 27 Januari 1948 bersamaan 18 Rabiulawwal 1367
dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Dalam mesyuarat pertama
Majlis Mesyuarat Negeri pada 1 Febuari 1948 ahli-ahli barunya diminta
mengangkat sumpah yang sama. Haji Hussain bin Haji Che Dol beserta
ahli UMNO tidak hadir dalam majlis itu. Haji Abdul Rahman Merbuk
hadir tapi enggan mengangkat sumpah tersebut. Beliau telah dihalau
keluar dari upacara tersebut dan diperintah keluar dari negeri Kedah.
Beliau kemudian meletak jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah.
Sebelum sempat beliau meninggalkan negeri Kedah hubungan ras Melayu
China menjadi semakin runcing setelah darurat diisytiharkan pada bulan
52 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Jun 1948. Nasib Haji Abdul Rahman Merbuk amat beruntung kerana
sebagai seorang Ulama’ dengan izin Allah beliau mempunyai Pengaruh
yang besar dan diminta oleh kerajaan untuk mententeramkan orang
Melayu (Islam).
Haji Hussain bin Haji Che Dol tidak hadir Majlis Mesyuarat Negeri
untuk mengelak paksaan bersumpah. Beliau terus tidak hadir Mesyuarat-
mesyuarat kedua pada 11 April 1948 bersamaan 2 Jamadilakhir 1367 dan
ketiga pada 11 April 1948 bersamaan 2 Jamadilakhir 1367. Beliau telah
dilapor sebagai “hilang”. Sebenarnya beliau pergi ke Gunung Semanggol
atas urusan MATA dan LEPIR. Pertama kali beliau hadir Mesyuat Majlis
Negeri pada 18-8-1948=1-10-1367 sempat turut membangkit hal
kebajikan para peladang (petani sawah). Mesyuarat kedua yang beliau
sempat hadir ialah pada 31-10-1948=28-12-1948. Selepas itu beliau
mohon kepada Sultan untuk berhenti daripada menjadi Ahli Majlis
Mesyuarat Negeri Kedah dan dibenarkan,
Kontrovesi dan konflik tersebut menyebabkan keresahan dalam
kalangan rakyat negeri Kedah. Atas pandangan pejabat Perhubungan
Awam Negeri Kedah, Kerajaan bersetuju menghebahkan pendapat
Majma’ Sheikhul Islam kepada awam melalui segala District Officer dan
penghulu-penghulu bagi menjelaskan “mengambil sumpah itu semata2
kerana hendak memelihara mereka itu daripada tersimpang pada jalan
yang salah dan kerana hendak memelihara ra’ayat2 daripada terkena
aniaya atau dzalim. Maka pegawai2 yang disuruh bersumpah itu hanya (I)
pegawai2 Melayu dalam civil service (II) Qadhi2 (III) penghulu2 jumlah
semuanya 182 orang. Maka kesemua telah bersumpah hanya tiga orang
pegawai civil service sahaja yang enggan adanya”.57
Tiga orang pegawai civil service yang tidak mengangkat sumpah
laknat itu ialah i. Syed Omar Shahbudin, Pegawai Kewangan Negeri. ii.
Haji Zakaria bin Haji Daud, Pegawai Pejabat Tanah dan iii. Tengku
Faridudin Haji, seorang pegawai rendah (junior officer). Tengku Faridudin
Haji yang mempunyai pertalian keluarga dengan Sultan diperintah
mengadap di istana untuk mengangkat sumpahnya. Syed Omar Shahbudin
dan Haji Zakaria tidak dibuang kerja tetapi dilucutkan tanggong jawab
sahaja. Mereka diperintah duduk di meja yang disediakan di hadapan bilik
tandas Sultan dalam bangunan Pejabat Kerajaan. Mereka mesti duduk di
situ sepanjang ‘waktu pejabat’. Syed Omar Shahbudin yang tidak sanggup
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 53

diperhina sedemikian telah meletak jawatan. Manakala Haji Zakaria


mengguna masa tersebut untuk menghafal surah Yaasiin.
Apabila tercetus darurat Haji Abdul Rahman Merbuk diberi
kebebasan dan pas bergerak ke mana-mana sahaja dalam negeri Kedah
pada malam hari di waktu darurat untuk memberi penerangan agama dan
dakyah melawan komunis. Sungguhpun 99% orang yang menjadi komunis
itu terdiri daripada orang China; tetapi masih terdapat orang Melayu dalam
jajahan Padang Terap dan Kubang Pasu yang menyokong komunis. Beliau
ditugaskan menangkap seorang penjahat Melayu bernama Leman yang
bermaharaja lela di mukim Tualak, Kuala Nerang tetapi tidak diberi apa-
apa senjata. Tentu rumit hendak melaksanakannya. Dengan izin Allah
Leman ditembak mati oleh seorang SC (Special Constabulary). Selepas
kematian Leman dilapor ke Alor Star; Sultan, Menteri Besar dan Penasihat
British (B.A) bersama Haji Abdul Rahman pergi ke mukim Tualak
menyeru orang-orang Melayu akan tanggung jawab mereka sebagai orang
Islam mestilah taat dan patuh kepada Sultan yang memerintah. Kejayaan
ini menyebabkan Sultan mempercayai taat setia Haji Abdul Rahman
sebagai Yang DiPertua Persatuan Ulama’ yng boleh dipercayai dan
diharapkan. Persatuan Ulama’ Kedah sememangnya terkenal sebagai
sebuah pertubuhan orang Melayu yang menentang komunis. Haji Abdul
Rahman sendiri dilantik menjadi ahli Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Negeri Kedah58.
Suatu rusuhan berkaitan anutan agama Islam telah tercetus di
Singapura pada 12-12-1950 yang dikenali sebagai Rusuhan Maria Hertogh
(Natrah/Nadrah). Orang Islam amat marah kepada pihak British yang tidak
memahami perasaan dan sentimen orang Melayu yang tidak membenarkan
sesiapapun menghina agama Islam. Bahangnya sampai ke Kedah. Sekali
lagi Sultan memerintah Menteri Besar mencari Haji Abdul Rahman
Merbuk dan memberi tugas baru kepadanya menasihat ketua-ketua
pemuda dan orang Melayu supaya jangan menimbulkan apa-apa
pergaduhan berkaitan dengan rusuhan yang berlaku di pulau Singapura itu.
Haji Abdul Rahman mengambil peluang menjelaskan sebab mengapa
beliau tidak mengangkat sumpah laknat tempoh. Menteri Besar berpuas
hati. Beliau di beri wang sebanyak sembilan ringgit ($9). Apakah wang itu
diberi sebagai perbelanjaan beliau menjelajah seluruh Kedah untuk
mententeramkan orang Melayu supaya tidak mencetus huru-hara.
54 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Sekali lagi Haji Abdul Rahman Merbuk berjaya menyelesai tugasnya.


Tiada huru-hara yang berlaku di negeri Kedah lantaran Rusuhan Natrah itu.
Atas kejayaan itu Sultan Kedah memberi keampunan kepada beliau.
Dalam tahun 1951 pihak Kerajaan Negeri membatalkan sumpah laknat
tersebut. Pegawai-pegawai yang engkar diberi semula jawatan dan
tunggakan gaji mereka.

PERPECAHAN ULAMA KEDAH

Maltamat penubuhan Persatuan Ulama’ Kedah adalah untuk menyatukan;


yang berbeza antara Ulama’ tradisional dengan ulama’ baru; antara kaum
tua dengan kaum muda (lebih kepada yang statik dengan yang progresif),
perbezaan tempat belajar dari, Mesir, Mekah, Madinah, Patani, Kelantan
dan tempatan (Kedah); dalam satu pertubuhan agar dapat membawa
kejayaan dalam bidang agama, politik, pelajaran dan sosial.
Pada awal penubuhan UMNO keseluruhan Ulama’ bersatu hati
menyokong satu-satunya parti politik Melayu yang mepertahankan agama
Islam dan tanah air pada masa itu. Searus dengan aliran masa UMNO
mula dianggotai oleh ahli yang tidak sehaluan dengan Ulama’ lagi. Ada
elit yang berpendidikan barat mebawa ke jalan moden dan ada kumpulan
Ulama’ yang mahu menjaga kesucian Islam. Persoalan menjalankan loteri
kebajikan masyarakat (Social Welfare Lottery)59 dibenarkan oleh kerajaan
yang dipimpin oleh UMNO. “Judi ekor” serta judi-judi lain 60 yang
dimodali oleh tauke China membawa kesengsaraan kepada keluarga
miskin gagal dibenteras; sedang kedua-dua jenis loteri itu bertentangan
dengan ajaran agama Islam. Tulisan jawi yang amat bermakna kepada
golongan agama hendak dipupuskan pengajarannya dari sekolah Melayu.
Sekolah rendah agama kerajaan dipendam ke dalam sekolah Melayu.
Peruntukan sekolah Inggeris dan Melayu jauh lebih baik daripada
peruntukan sekolah agama rakyat yang dibiar mencari dana sendiri. Zakat
yang menjadi sumber dana sekolah agama rakyat dikawal bayaran kepada
kerajaan dan tidak lagi bebas dibayar kepada guru-guru agama Akhirnya
dalam tahun 1951 Ulama’ dalam UMNO berpecah dua. Satu kumpulan
terus menyokong UMNO dan satu kumpulan lain keluar menyertai
PMIP/PAS. Perpecahan ini memusnahkan matlamat penyatuan Ulama’
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 55

yang dicitakan untuk melahirkan pemimpin yang berintegriti memerintah


negeri dan negara.

BENTENG PERTAHANAN NEGARA

Mesyuarat Jawatan Kuasa pada 2-8-1956 = 25-12-1375 memutuskan agar


Persatuan Ulama’ Kedah mengirim satu memorandum kepada
Suruhanjaya bebas Perlembagaan Tanah Melayu dengan menegaskan
tiga61 perkara penting bagi menentukan kekuatan politik orang Melayu: i.
Agama Islam hendaklah dijadikan dasar Agama Negara; ii. Yang
DiPertuan Agung mestilah salah seorang dipilih daripa Raja-raja Melayu
dan iii.Menteri Besar bagi setiap negeri itu terdiri daripada bangsa Melayu
dan beragama Islam.

KEKUATAN ULAMA’

Tidak dapat dinafikan Persatuan Ulama’ Kedah telah merobah sistem


belajar pondok kepada sistem madrasah yang dilakukan oleh kumpulan
pemimpin yang progresif (yang dilabelkan sebagai Kaum Muda) dapat
mengubah cara belajar hafalan di pondok-pondok kepada cara belajar
dalam bangunan yang lebih selesa mengikut jadual waktu dan mengguna
kitab (buku teks) yang seragam. Keupayaan dan skil pengajaran guru juga
dipertingkatkan melalui latehan hujung minggu.
Dalam masa anarki dan darurat para Ulama’ berjaya memberi
keyakinan perlindungan keselamatan kepada rakyat kampong (luar bandar)
yang yakin dengan ilmu agama dan ilmu pertahanan diri yang diamal dan
diajar.
Dalam bidang keagamaan Persatuan Ulama’ Kedah mengambil
tindakan berikut untuk memelihara dan menjadi kesucian agama Islam:

a. Memimpin orang Melayu menganut agama Islam yang tulin. Ajaran-


ajaran sesat seperti Taslim, Bungkus dan Suluh di jajahan Kubang
Pasu serta Matahari di jajahan Kuala Muda dijelaskan melalui
Jawatanuasa Penerangan. Lebih-lebih lagi fahaman komunis yang
tidak percaya kepada Allah juga disebarkan.
56 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

b. Mengeluarkan fatwa-fatwa secara benar tanpa rasa takut atau


mengampu seperti fatwa berkaitan sumpah laknat pegawai Melayu.
c. Dalam tahun 1950 mendesak kerajaan mengharamkan hidangan
minuman keras dalam jamuan-jamuan kerajaan.
d. Dalam tahun yang sama juga membantah Penyata Barnes yang cuba
melenyapkan unsur-unsur Islam dalam pelajaran orang Melayu
apabila tidak membenarkan pengajaran tulisan jawi di sekolah-
sekolah Melayu. Tulisan jawi menjadi asas pelajaran agama Islam
dan bahasa Arab. Ini menghalang perkembangan sekolah agama.
e. Dalan tahun 1952 Persatuan Ulama’ Kedah membantah 62 tayangan
sebuah filem di Singapura yang mengesahkan kehidupan Nabi Daud.
Filem tersebut merendah-rendahkan ajaran Islam. Tiga pucuk surat
bantahan dikirim kepada:

i. Sultan Kedah
ii. Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kedah
dan
ii. Setia Usaha Majlis Raja-raja Melayu di Kuala Lumpur.

Filem tersebut diharamkan tayangannya di Tanah Melayu.


f. Walaupun kegiatan Persatuan Ulama’ Kedah mula lemah dan longlai
selepas perpecahan parti UMNO dan PMIP; tetapi sebagai sebuah
pertubuhan yang cintakan tanah air Persatuan Ulama’ Kedah masih
mahu turut menyambut perayaan Hari Kemerdekan Tanah Melayu
pada 31-8-1957. Persatuan Ulama’ mengambil bahagian dalam
Perarakan Kereta Berhias di Alor Star apabila mengirim dua buah lori
dan tiga buah motokar berhias bersama dengan 100 orang ahli-
ahlinya.

RUJUKAN

British Military Administration (BMA) 1945 – 1946;


Office of State Council (OSC) 2602-2603Jepun;
R.C.K 1947;
Rekod Rasmi Setia Usaha Kerajaan Negeri Kedah 1358 – 1376 / 1940 -
1957 di bawah klasifikasi
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 57

Secretariat (Kedah) GB / PSU 1948 – 1957.


Secretariat (SEC) 2486 – 2488 Siam / Syburi,
State Council (S.C) Pra 1360H;

Nota: Kebanyakan dokumen tersebut adalah dalam tulisan jawi


berstruktur Inggeris dengan loghat Bahasa Melayu Kedah..
1
Abdul Halim Taib, Tokoh-tokoh Ulama Kedah, Cekal Berjuang bersama Umara,
Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri KedahK & AHT Minda Karya,
2017, hlm.36.
2
Annual Report of the District Office of Sik for year 1949 Fail SUK 1473 – 1369.
3
Abdul Manaf bin Saad, Perjuangan Persatuan Ulamak Kedah 1365-1376 = 1946-
1957, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 1974/75,
hlm. 28
4
Enakmen 99: Registration of Mohammadan Schools mensyaratkan semua pondok,
madrasah, rumah tempat mengajar membaca alQuran dan Agama Islam serta guru-
guru didaftar untuk mengelak pengajaran sesat yang bertentangan anutan Ahli
Sunnah wal-Jamaah dan dipengaruhi fahaman Kaum Muda berkembang semasa itu.
5
Annual Report of District Office Kubang Pasu for 1952, Fail Secretariat (Kedah)
1556-1372 – Education”Some six buses daily take children from this District to
Alor Star to attend English Schools.”
6
Jumlah semua penduduk negeri Kedah mengikut Banci 1947 ialah 544,441.
Terdapat perbezaan sebanyak 42,265 orang mengikut laporan Annual Report of
District Offices
7
Fail BMA 93-46 bertarikh 10-02-1365 = 14-01-1946.
8
Surat Teriak Petani Mukim Mergong dalam Fail BMA 93-1946
9
Memorandum S.C.A.O., Kedah kepada Haji Ismail bin Haji Nasarudin No. 4 dlm
Fail BMA 93-1946
10
Lihat memo S.C.A.O kepada Secretary of Governmment pada 2-2-1946 dalam Fail
BMA 128-46
11
Abdul Manaf Saad, Perjuangan Peratuan Ulama’ Kedah 1365-1376 = 1946-1957,
Kajian Ilmiah 1974/75, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera, Universiti Malaya, hlm 20 -
22.
12
Under Secretary, Fail BMA 128/46 – List of Govt. Servants who were absent from
office to take part in the demonstration put up by the Malays at the Padang Court,
Alor Star on 19-01-1946 = 15-02-1365
13
Abdul Manaf Saad, Perjuangan Persatuan Ulama’Kedah 1365-1376 = 1946-1957,
Kajian Ilmiah 1974/75, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera, Universiti Malaya, hlm. 21
14
Al-Quran Surah 3 (Al Imran): Ayat 114
15
Dlm Fail BMA 77/45.
16
Haji Nyak Gam bin Nyak Abdullah adalah seorang pemimpin masyarakat Aceh
yang ramai mendiami jajahan Yen. Beliau menjadi wakil rakyat untuk dua penggal
58 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

1955 dan 1959 bagi DUN Yan-Merbok. Beliau menyertai Persatuan Ulama’ Kedah
sebagai ahli ke 481 didaftar pada 18-05-1366 = 10-04-1947. Masyarakat Aceh mula
menyertai Persatuan Ulama’ Kedah dalam tahun 1368 = 1949.
17
Penubuhan Persatuan Melayu Kubang Pasu pada 18-02-1946 Fail BMA 494/46.
18
Fisol Haji Hussain, Haji Hussain Che Dol [1904 – 1967] Sebagai Tokoh Ugama
dan Politik Melayu Kedah. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur 1978/79 hlm. 25-42.
19
Wan Sulaiman Wan Sidik belajar bahasa Inggeris dari Dr. Gomez (Bukan Islam)
seorang Pengamal Perubatan di Pekan Melayu Alor Star. Begitu juga Hj. Hussain
Che Dol juga belajar bahasa Inggeris daipada Mr. Maidin seorang guru dari Perak
yang berkelulusan Junior Cambridge.
20
Secretary to Government – Qualifications acceptable for registration as teachers
under the Enactment No. 99 (Registration of Mohammadan Schools) 7-10-1357 =
30-11-1938 Fail S.C. 3176 – 1357
21
Nota - Tunku Ahmad Taj’ul-Din adalah putera Tunku Mahmud (Regent) yang
dikirim belajar di Agama di Mesir dalam masa pengaruh Reformis Islam rancak
berlaku di sana.
22
Annual Report of District Office Kubang Pasu for 1952 Fail Secretariat (Kedah)
1556 – 1372 – melaporkan kegiatan ajaran sesat dapat dibendung dengan counter-
propaganda daripada Sheikh Ahmad Othman Keplu (salah seorang ahli jawatan
kuasa Persatuan Ulama Kedah sejak ditubuhkan pada 19-01-1946); Lebai Yahaya,
Kathi Jajahan dan District Officer sendiri seperti berikut: (a). Taslim: terselam
ta’timbul, sebab sesat mati terlemas. (b) Bungkus: bungkus serban, bungkus koran
(alQuran), bawa bungkus kayu api habuan nuraka. (c). Suloh: suloh dapor, suloh
ayam, suloh anak bini orang.
23
Fail P.S.U (Kedah) 132-1945 – Surat bertarikh 4-10-1945 yang mewakili orang-
orang Islam dlm.
24
Ketuha Penghulu Kota Star, Fail SUK 141 – 2602 Report fasal seorang daripada
askar Nippon beri mandi anjing di dalam kolah masjid Bukit Pinang, Kota Star dan
Fail R.C.K. 719 -1947: District Office Kota Star, Application from Penghulu of
Bukit Pinang for grant of a house left at Kepala Batas Aerodrome for purpose of
replacing a mosque demolished by Japanese.
25
State Council of Syburi Fail SEC 246/87
26
Ibid
27
Lihat Fail SEC 647/2488
28
Lihat Memo (2) dlm SEC 647/88 bertarikh 05-09-2488
29
Lihat (1) dlm SEC 637/88 bertarikh 3.9.2488
30
Lihat Fail SUK/NK BMA 67/45
31
Lihat Bil (1) dan (2) dlm SUK/NK BMA 355/45 bertarikh 24-11-1945 dan 03-03-
1946
32
Lihat Bil (2) dlm R.C.K 36-1946 bertarikh 09-04-1946
33
Lihat Bil (1) dlm R.C.K 36-1946 bertarikh 04-04-1946
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 59

34
Lihat Bil (10A) dlm SUK/NK BMA 125/45 bertarikh 25-05-1947
35
Lihat catatan minit bertarikh 01-07-1947 dalam kolum 1 dan 2 kulit dalam fail
R.C.K 793/47.
36
Lihat surat bertarikh 12-01-1946 di dalam Fail SUK/NK/BMA 6/45
37
Lihat surat Bil (1) dlm SUK/NK BMA 73/46 bertarikh 29-09-1945 daripada
Jabatan Pertanian kepada Pegawai Penjaga Bekalan Padi di Alor Star.
38
Lihat Abdul Manaf Saad dan Dr. Zulkanain Abdul Rahman, “Kegiatan Komunis
Zaman Pendudukan Jepun di Kedah 1941 -1945” dalam Purba Jilid 18 Tahun 2018
, Kuala Lumpur; Persatuan Muzium. Editor Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdullah
Zakaria Ghazali.
39
R.C.K 101 -1946 Chairman M.P.A.J.A Ex-Service Comrade Association, Alor Star
regarding Request that certain facilities be afforded to the members of the Malayan
People Anti Japanese Army.
Surat bertarikh 3-1-1946 ini membongkar persetujuan sulit di antara puak komunis
dengan pegawai BMA yang merugi dan mengancam orang Melayu di Kedah.
Mereka berjuang menentang Jepun kerana “the Japs are savages. The Japs are
enemies of China”. Perjuangan mereka bukan untuk mempertahankan rakyat negeri
Kedah. Apakah HQ itu merujuk kepada pusat atrocities di Bigia Tea Estate, Gurun
di mana orang Melayu yang menjadi mangsa Anarki Komunis dikorbankan?
40
Transliterasi surat asal dari tulisan China dalam File BMA 405/46.
41
Lampiran No. 2 dlm Fail BMA 405/46, bertarikh 9-3-1946
42
Civil Affairs Police, Kedah Bil. 1 dlm Fail BMA 223/46 – Situation at Sik 3rd
February 1946
43
District Officer Baling, Bil. 5 dlm Fail BMA 408/1946
44
Chief Kathi and Chairman Majma’a Sheikhul Islam, No.11 dlm Fail BMA 408/46,
20-3-1946
45
Haji Mahmood, Chief Kadzi dan Chairman Majma’a Sheikhul Islam, No.6/6/46
dlm Fail BMA 408/46.
46
No. 2 dlm Fail R.C.K. 1715/47
47
Butir-butir ucapan yang didengar oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Mahmud,
Kerani Besar, Mahkamah Syariah Alor Star dalam majlis mesyuarat MATA yang
diadakan di Madrasah Guar Chempedak pada hari Sabtu dan Ahad 22dan 23
haribulan Syaaban 1366. Tersimpan di dalam Fail R.C.K 1715/47.
48
No. 8 dlm Fail R.C.K 27-1367.
49
No. 150 dlm Fail Secretariat (Kedah) 324-1367
50
Surat Ismail Haji Saaid dlm Fail Secretariat (Kedah) 324-1367 bertarikh 23-2- 1948
= 13-4-1367.
51
Catatan minit mesyuarat JK Persatuan Ulama’ Kedah dalam Fail Secrtariat (Kedah)
324-1367.
52
Surat Haji Hussain bin Haji Salleh, Naib Yang DiPertua Perstuan Ulama’ Kedah
No. 3 dlm Fail Secretariat (Kedah) 324-1367.
60 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

53
Surat Haji Omar bin Haji Salleh, No. 3 dlm Fail Secretariat (Kedah) 324-1367.
Beliau adalah adik kepada Haji Hussain bin Haji Salleh; beliau adalah Ketua
Agama SABERKAS dan menjadi mudir di An-Nadhah, Kubang Jambu, Jitra.
Beliau juga adalah ahli Persatuan Ulama Kedah.
54
Nota (3) pada kulit dalam fail yang sama. 324-1367
55
Nota (9) dlm Fail Secretariat (Kedah) 324-1367 bertarih 28-5-1367=7-4-1948.
56
No. (9) dlm Sec 324/67.
57
Surat State Secretary Bil. (12) dlm Fail Secretariat (Kedah) 324-1367
58
State Secretary, Kedah – Appointment of Gentlemen to constitute the Council of
Religion and Malay Custom. PSU (Kedah) 847 -1368. Lantikan untuk 3 tahun
berkuatkuas 24-3-1949=25-5-1368.
59
Secretary Social Welfare Services Lottery Board K. Lumpur – Appointment of
agents for sale of welfare tickets to the Public. Sec (Kedah) 730 – 1371.
60
Asst. Registrar Co-Op Societies, Kedah – Gambling in Kampongs. Fail Scretariat
(Kedah) 2406 - 1372
61
Minit mesyuarat Jawatan Kuasa Persatuan Ulama’ Kedah pada 2-8-1956 =25-12-
1375.
62
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Ulama’ Kedah pada 31-1-1952.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 61

Isu Politik dan Kemerdekaan Sebelum Perang


Dunia Ke-II dalam Majalah Pengasuh
1918-1937
ABDULLAH ZAIDI HASSAN

PENGENALAN

Majalah Pengasuh bermula sebagai surat khabar di Semenanjung. Ianya


merupakan siaran rampaian, yakni mengandungi perbincangan dan
laporan yang meliputi pelbagai isu: dari berita semasa sehingga kepada
wacana sesuatu aliran kefahaman, begitu pun terasnya adalah penerangan
dan perbincangan ajaran agama serta perjuangan bangsa Melayu - sesuai
dengan peranannya sebagai warta bagi Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan.
Pengarang pertama Pengasuh, Tok Kenali menyebut tentang inspirasi
kepada lahirnya surat khabar Pengasuh:

Tatkala saya ketahui bahawa sanya tiada ada orang yang boleh jadi utusan yang usaha
pada menghimpunkan antara anak-anak Melayu kita ini, maka citalah saya dengan
harapan diadakan pada tiap-tiap buah negeri di dalam Semenanjung Tanah Melayu kita
ini sekurang-kurang satu surat khabar yang dipunyai oleh anak-anak negeri sendiri
supaya menempati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada
tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan maslahah kepada watan, bangsa dan agama
(Pengasuh 1918, 6:2).

Seorang pembaca Pengasuh telah mengambarkan peranan Pengasuh


pada tanggapannya (Pengasuh 1934, 457:6)

Pengasuh mengikut pemerhatian dan pandangan kami adalah haluannya tegak menuju
ke lautan keagamaan dengan tidak mengendah dan peduli akan segala pukulan ribut
taufan yang dahsyat-dahsyat itu yang ia masih melayarkan dirinya terus jua kerana
membawa kaum-kaumnya menyeberangi lautan hendak mendapati dataran
sejahtera. Allah! Allah! - selamatkan pelayarannya. Lagi bolehlah kita berkata Pengasuh
ini sebagai Penganjur agama yang memegang akan ayat (‫ولتكن منكم أمة يدعون الى الخير‬
‫ )ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر‬Juga Pengasuh ini bolehlah lagi kita gelarkan pula surat
khabar ulama.
62 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Di atas pertimbangan inspirasi semurni itulah surat Khabar Pengasuh


diterbitkan pada asalnya. Dalam catitan yang terbatas ini, beberapa tulisan
di dalam tulisan Pengasuh dari tahun 1918 sehingga tahun 1937 yang
berkaitan dengan tajuk akan disentuh. Perjalanan Pengasuh di period ini
telah diringkaskan oleh Abu Auni al-Kelantan dalam Pengasuh (1934,
442:2).

Pengasuh itu nama bagi surat khabar yang pertama sekali dizahirkan ke alam Kelantan
oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Dan ianya akhbar tertua
sekali di Semenanjung ini. Permulaan zahirnya dikeluarkan pada tiap-tiap lima belas hari
sekali iaitu pada awal dan pertengahan bulan ‘Arabi dengan mengandungi lapan muka
sahaja dan pengarangnya yang tertua sekali ialah Almarhum al-Maghfirulahu Tok Kenali.
Selang tak berapa lama dikemudikan oleh Yang Berhormat Datuk Laksamana, sehingga
apakala pengkeluaran Pengasuh kepada mingguan baharulah diadakan seorang
penolongnya yang khas, iaitu Encik Abdul Qadir Adabi, kemudian ditolongi pula oleh
Encik Hassan Fikri. Manakala segala jawatan Pengasuh itu telah dilucutkan oleh Yang
Berhormat Datuk Laksamana pada awal Disember 1933-bagaimana pembaca-pembaca
telah ketahui- mengikut berita di dalam Pengasuh Baharu ini dilantik al-Fadil Tuan Haji
Ahmad Maher Ketua Pelajaran Ugama menjadi pengarangnya. Al-Mukarram Encik
Muhammad Adnan guru sekolah Inggeris dan al-Mukarram Haji Wan Mahmud guru
Madrasah Muhammadiyyah menjadi penolongnya. Dari semenjak itulah Pengasuh
bertambah luas langkahannya bagi mekhidmatkan kaum bangsanya baik laki-laki atau
perempuan, hingga daripada dua belas muka menjadi enam belas muka atau yang harus
akan ditambah menjadi dua puluh muka. Dan diadakan suatu ruangan yang tertentu bagi
kanak-kanak laki-laki dan perempuan iaitu “Medan Kanak-kanak”…

Pengasuh di peringkat awal terbitnya telah digerakkan dengan


kerjasama di antara Tok Kenali, Datuk Laksamana dan Datuk Perdana
Menteri serta beberapa kenamaan lainnya, sumbangan penulis dari dalam
Kelantan dan luarnya. Di muatkan dengan tulisan asal dan hasil tulisan
terjemahan semada dari sumber Arab mahupun sumber Inggeris. Bersikap
terbuka tetapi teguh berpegang kepada nilai-nilai yang diperjuangkan,
berperanan sebagai pengasuh kepada masyarakatnya - demi untuk
menyedarkan bangsa yang ketinggalan, memperkukuhkan agama di dalam
masyarakat, menyuburkan percambahan ilmu dan kepandaian dan
memperkasakan institusi kemasyarakatan dan pemerintahan.
Seakan kita dapat mengesan pengaruh Shaikh Ahmad bin Muhammad
Zain al-Fatani begitu ketara dalam usaha mengadakan ‘Surat Khabar
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 63

Pengasuh’ ini. Seakan murid-muridnya berusaha untuk merealisasikan


cita-cita mahaguru mereka.

Dan adalah tercita-cita di dalam hati hamba ini bahawasa Allah Taala lagi akan
memperdengarkan hamba dan memperlihatkan hamba di dalam masa hidup hamba ini
bahawa adalah segala raja-raja di dalam Tanah Melayu yang mulia menaruh mereka itu
akan cemburu pada segala hati mereka itu dan membesarkan hemmah mereka itu dan
menghadapkan amat-amati mereka itu dan menyungguh-nyungguhkan usaha mereka itu
pada bahawa dijadikan segala negeri mereka itu bendaharaan ilmu dan perladungan
kepandaian dan membuka segala mata anak jenis mereka itu kepada memandang
cemerlang kebijakan dan handalan supaya adalah kelihatan megah bangsa Melayu antara
segala alam. Dan terkebilangan nama mereka itu antara segala Bani Adam. Dan
bertambah-tambah kelebihan ulama mereka itu atas segala ulama. Dan bertambah nyata
agama mereka itu atas segala agama. Serta dapat pula bagi segala hadrat raja-raja itu
jikalau diperbuatkan demikian itu keredaan daripada Allah Taala dan Rasul-Nya yang
mulia dan jadilah mereka tauladan dan ikutan bagi segala mereka yang kemudian
daripada mereka itu maka masuk mereka itu di dalam mereka yang diimtinan Allah Taala
dengan mereka itu pada firman-Nya ( )‫وجعلناهم ائمة يهدون امرنا‬ertinya “dan Kami jadikan
mereka itu segala yang menunjuk mereka itu dengan pekerjaan Kami”. Dan dapat pula
bagi mereka itu pahala yang amat besar ganda berganda kerana pahala tiap-tiap mereka
yang dapat manfaat dengan segala perbuatan itu dan pahala tiap-tiap mereka yang
mempunyai kekuasaan yang menirukan perbuatan itu terbahagi ia dengan mereka itu
selamanya kerana sabda Rasulullah SAW ( ‫من سن فى االسالم سنة حسنة فله احرها واجر من عمل بها‬
‫ )بعده من غير ان ينقص من اجورهم شىء‬ertinya “barang siapa mereka-reka ia pada agama Islam
akan suatu rekaan yang elok maka baginya pahalanya dan pahala mereka yang
mengerjakan dengan dia kemudian daripadanya daripada ketiadaan kurang daripada
segala pahala mereka itu sesuatu” rawahu Muslim. Dan dapat pula bagi mereka itu
sebutan yang baik dan kepujian yang elok atas lidah segala makhluk (Pengasuh 1934,
442:21).
Dan adalah pada hati hamba risau dan benci dengan sebab ihmal dan mensia-siakan
bangsa kita ahli Tanah Melayu dan ahli segala tanah yang di bawah angin dan segala
raja-raja mereka itu yang muslimin yang dahulu-dahulu dan yang sekarang ini dan segala
mereka yang kaya-kaya dan kemudahan daripada mereka itu tiada memperduli mereka
itu akan umpama segala perkara yang tersebut itu hingga jadi kemudian daripada
kemuliaan kita sekurang-kurang bangsa dengan dinisbahkan kepada segala bangsa yang
lain pada segala ehwal kehidupan dan hilang segala tempat kediaman kita dan kemegahan
kita maka sekalian itu dengan sebab taqsir kita pada umpama perkara itu dan sangka kita
bahawa sekalian itu bukan daripada pekerjaan yang bergantung dengan agama kita maka
sebab itulah kita biarkan dia pada hal jikalau kita tilik halus-halus nescaya adalah
berbimbang dengan demikian itulah dapat kuat atas segala seteru dan kekerasan yang
dengan dialah hasil pelihara akan kemegahan agama kita dan yang menjadikan elok pada
segala mata mereka itu dan termasyhur segala pendengaran mereka itu dan hebat pada
segala hati mereka itu dan betapa tiada demikian itu setengah daripada barang yang
64 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

bergantung dengan agama dan pada hal tiada sempurna ia melainkan demikian itu dan
betapa pula masuk demikian itu di bawah kekuatan yang disuruh Allah Taala
mensediakan ia dan bersiapkan dengan ia pada firman-Nya Taala ( ‫واعدوالهم مااستطعتم من قوة‬
‫)ومن ربط الخيل ترهبون به عدو هللا وعدوكم‬ertinya “dan bersiap oleh kamu bagi mereka itu akan
barang kuasa kamu daripada kekuatan dan daripada mengawali beberapa kuda pada
negeri dan tepi-tepinya hal keadaan menakut kamu dengan dia akan seteru Allah dan
seteru kamu” (Pengasuh 1934, 442:20).

Shaikh Ahmad selain daripada mengajar subjek agama, beliau juga


telah menanamkan kesedaran kepada pelajar-pelajarnya tentang
kepentingan cintakan agama, bangsa, bahasa dan tanahair. Shaikh Ahmad
menyebut tentang keistimewaan orang Melayu:

Dan bahasa mereka(Melayu) adalah bahasa yang paling ringan di kalangan penduduk
rantau itu. Maka kerana inilah ianya telah diguna-pakai kebanyakan ahli Hejaz di dalam
muamalat dengan golongan-golongan yang tersebut itu(walaupun mereka) mempunyai
bahasa- bahasa yang berbeza. Mereka adalah qaum yang bersifat ikhlas, lemah-lembut,
lunak, berperibadi baik. Maka setengah daripada keistimewaan mereka sesungguhnya
tiada terlihat di negeri mereka dan di negeri lainnya seorangpun daripada mereka menjadi
pengemis walaupun mereka bersangatan faqir.Bagi mereka ketertiban di dalam
urusan,kehalusan di dalam pertukangan, menerima pembaharuan di dalam perusahaan,
menerima pelbagai maklumat dan ilmu berserta dengan terserlah faham mereka di
dalamnya. Dan adalah bagi mereka dulunya kerajaan-kerajaan yang besar kemudian
dijajah padanya tangan-tangan kerajaan-kerajaan kuffar. Semoga Allah memelihara
negeri-negeri muslimin daripada mereka(kuffar itu) (Nayl al-Amani m/s2 Sebuah teks
pengajian nahu Arab yang dihasilkan oleh Syaikh Ahmad, masih digunakan sebagai teks
di pengajian pondok).

Bahkan ketika membincangkan tentang akhlaq yang baik dalam


bahagian tasauf dalam kitabnya ‘Unwanu al-Falah, Shaikh Ahmad
menyebut tentang kasih sayang kepada anak bangsa dan anak negeri:

Dan berlemah-lembut dengan mereka itu (muslimin) dan memperdamaikan segala yang
berseteru dan tolong-menolong atas kebajikan dan menyuruh dengan maaruf dan
menegahkan daripada mungkar dan menyempurnakan segala amanah lagi memuliakan
yang sekampong dengan dia dan mendirikan dengan segala ‘iyalnya dan amat berbuat
kebajikan bagi ibu-bapa lagi menghubungkan rahim segala kerabat dan bersungguh pada
muafakat dan sangat kasih sayang kepada sekalian yang tersebut dan segala muslimin
istimewa bagi anak jenisnya dan anak negerinya (‘Unwan al-Falah t.th.:84).
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 65

Shaikh melihat jalan keluar daripada permasalahan yang besar bagi


bangsanya dalam menghadapi cabaran zaman termasuk dijajah oleh kuasa-
kuasa asing ialah melalui pemahaman agama, penyuburan ilmu yang
pelbagai dan penyebaran kepandaian (skill) yang meliputi, kerjasama
sesama kita - sehingga terbina kekuatan kita ummah Islam berbangsa
Melayu.
Shaikh menyebut tentang kekuatan yang ada pada kuasa-kuasa besar
dunia yang menjadi kuasa penjajah, kekuatan yang ada pada mereka itu
sepatutnya perlu diusahakan oleh kita, punca bagi segala kekuatan itu
adalah penguasaan ilmu dan kepandaian, kesungguhan dan tumpuan
kepentingan kerjasama sesama kita, fokus kepada tujuan, bertindak
dengan berstrategi dan berpandangan jauh. Kesemua itu hasil daripada
penguasaan banyak ilmu dan pemilikan kepandaian. Persiapan ini
menatijahkan kebebasan tanahair dari penjajahan kuasa-kuasa luar:

Maka demikianlah amat-amati ahli negeri orang dengan syaan ilmu pada negeri mereka
itu hingga masyhur bangsa mereka itu antara sekalian bangsa dengan kepandaian dan
bijaksana dan kepetahan dan banyak ilmu maka dengan demikian itulah dapat mereka itu
mereka-reka memperbuatkan beberapa alat yang manfaat pada segala manusia yang
boleh musafir dengan dia kepada sejauh-jauh negeri dalam masa yang singkat dan datang
kepada mereka itu sekalian khabar-khabar daripada sejauh-jauh jajahan dalam beberapa
lahzah dan mengindah-indah mereka itu akan sekalian pekerjaan serta dengan lekas dan
banyak dan bertambah-tambah demikian itu dengan berpanjangan masa dan dengan
sebab baik perbicaraan dan muafakat antara mereka itu serta besar hemmah dan halus
tipu dan jauh helah dan tajam tilik mereka itu yang jadi sekaliannya itu daripada banyak
pelajaran mereka itu maka dapatlah mereka itu memelihara akan segala negeri dan
jajahan mereka itu hingga tiada tamak padanya oleh segala seteru dan jadi mudah bagi
mereka itu mengambil negeri orang dan meliputi mereka itu dengan ehwal dunia laut dan
darat” (Hadiqat al-Azhar t.th.: 20).

Isyarat dari Shaikh supaya negeri-negeri Melayu akan terselamat dari


dijajah sangat lah jelas, umpama yang diungkapkan oleh Shaikh dalam
doanya kepada Sultan Mansur sempena pertabalan baginda:

Bahawa Engkau (ya Allah) lanjutkan umur Hadrat as-Sultan Mansur Sultan Kelantan di
dalam mengerjakan taat dan ibadat bagi Engkau dan segala pekerjaan yang Engkau
redakan dia dan bahawa Engkau sentuasakan dia dan ‘iyalnya dan ahli mamlakahnya dan
negerinya daripada segala bahaya dan bala dunia dan akhirat. Dan kami pohonkan Dikau
pula hormat segala yang tersebut itu bahawa Engkau sentuasakan dia dan negerinya dan
66 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

rakyatnya dan segala negeri Melayu dan raja-rajanya daripada segala kejahatan segala
kuffar dan tipu-daya mereka itu dan kalahkan hai Tuhanku daripada masuk mereka itu
kuffar ke negeri Kelantan dan segala negeri Melayu dengan merentah padanya barang
perentah ada ia.Bahkan tegahkan daripada masuk mereka kepadanya sama sekali dan
peliharakan hai Tuhanku akan dia daripada segala kejahatan dan tipu daya dan dengki
dan khianat segala mereka itu yang taghin daripada segala kuffar dan muslimin daripada
ahli negeri dan lainnnya dengan barang mana jalan yang hendak memperbuat mereka itu
atas dirinya dan ahli mamlakahnya dan negerinya dan segala negeri muslimin dan
palingkan tiap-tiap hati yang tiada kasih kepadnya jadi kasih kepadanya dan lembutkan
baginya akan segala hati yang keras dan anugerahakan dia akan ketinggian dan
kemuliaan dan kekayaan yang sempurna serta kemurahan dan angkatkan oleh Mu
daripadanya akan segala penyakit di dalam badannya dan kurniakan dia akan sihat dan
‘afiat padanya dan tunaikan baginya segala kehendaknya daripada pekerjaan dunia dan
akhirat dan kekalkan kerajaan dengan perentahan yang ‘adil.Hai Tuhanku, Ya Qahar,Ya
Jabbar, Ya ‘Aziz, Ya Ghalib kami pohonkan bahawa Engkau binasakan tiap-tiap kafir
yang cita-cita dan ‘azam dengan menyakiti akan dia dahulu daripada sampai kejahatan
kepadanya dan kepada negerinya dan anugerahakan dia ziarah Rumah Engkau yang
mulia dan ziarah Nabi Engkau yang bahagia dengan semurah-murah kelakuan dan
sudahikan dia kemudian daripada umur yang panjang dengan husnu al-khatim (Al-
‘Alamah Syaikh Ahmad al-Fathani- Ahli Fikir Islam & Dunia Melayu m/s 111. Wan
Muhammad Shaghir. Khazanah Fathaniyyah.1992).

Begitu juga dalam surat Shaikh bertarikh 13 Muharam 1323H kepada


Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu:

Serta dilanjutkan zaman Duli Tuanku serta zuriat Tuanku di dalam hening kerajaan yang
tiada mencampuri akan dia kadr dan menyakiti oleh ajanib. Dan dilimpahi dengan nikmat
dan rahmat dan kekayaan yang ada padanya berkat yang memberi manafaat bagi agama
Islam dan terangkat dengan dia oleh sebutan jenis Melayu (Wawasan Pemikiran Islam
Ulama Nusantara. Jil.2: m/s49. Wan Muhammad Shaghir. Khazanah Fathaniyyah.2002).

Di dalam surat yang lain kepada baginda, syaikh menyebut:

Khususan minta lanjutkan umur Tuanku dan ‘iyal Tuanku yang maha mulia di dalam
berkekalan keredaan Allah dan syafa kerajaan serta bertambah-tambah ketinggian dan
luas daerah at-tamaddun bagi ummah Melayuwiyyah dengan hemmah dan tuah Duli
Tuanku yang ‘alaihi yang mendapat kuat yang disuruh oleh dia di dalam al-Quraniyyah
maka dengan demikian itu as-sa’datu al-abadiyyah (Al-‘Alamah Syaikh Ahmad al-
Fathani- Ahli Fikir Islam & Dunia Melayu m/s 49. Wan Muhammad Shaghir. Khazanah
Fathaniyyah.1992)
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 67

Syaikh menyatakan harapannya agar akan ada usaha untuk


memanafaatkan tumbuhan ubatan yang ada di tanahair kita, ketika dia
menyusun kitab perubatan ini:

Dan telah kami harap bahawa membuka Allah akan hati seorang yang mempunyai
hemmah yang tinggi bagi bersungguh-sungguh ia mencubakan beberapa pohon kayu dan
tumbuh-tumbuhan dan lainnya daripada barang yang ada pada bumi Melayu dan
memeriksakan pada demikian itu maka disuratkan beberapa faedahnya serta khasiatnya
dan pangkat segala tabiatnya (seakan-akan yin yang di dalam perubatan cina) dan kaifiyat
istimal (penggunaan)nya seperti barang yang memperbuatkan demikian itu oleh hukama
Yunani yang dahulu dengan beribu-ribu tahun (al-‘Alamah Syaikh Ahmad al-Fathani-
Ahli Fikir Islam & Dunia Melayu t.th. 4; Wan Muhammad Shaghir. Khazanah
Fathaniyyah.1992).

Syaikh kemudiannya menyentuh tentang kepentingan anak bangsa


kita berada di depan dalam penyelidikan tentang bahan ubatan, bahkan
diselitnya secara berseni yang kita lebih berhak untuk memegang
pemerintahan tanahair kita:

Mengambil daripada mereka (tabib Yunani) itu oleh hukama Arab dengan hemmah
setengah daripada raja-raja anak Harun ar-Rashid maka berkekalan mentaklif
(mengarang) mereka itu beberapa banyak karangan, maka tercawang (berkembang)
daripada demikian itu hingga sekarang ini tib segala tabib Farsi dan Hindi. Kemudian
beratas-atas (melebihi) pada demikian itu tabib Afranji (Eropah) maka menambah dan
meringkah (mencipta) mereka itu beberapa banyak ringkahan yang ajib padahal kita jenis
Melayu aula(lebih sepatutnya) dengan demikian itu dikerana banyak ubat-ubat itu pada
bumi kita hingga adalah kebanyakan ubat-ubat mereka itu diambil daripada bumi kita dan
kita lebih aula pada perentahkan diri kita (sebagai negeri yang merdeka) daripada jenis
yang lain daripada kita.
Maka bersangatanlah sayugia bagi raja-raja Melayu bahawa memalingkan hemmah
mereka itu kepada mendapatkan barang yang tersebut dengan menyungguh-nyungguh
menyuruh dan mengemarkan manusia pada demikian itu dengan memudahkan jalan bagi
yang demikian itu dan berdiri (memperuntukkan) dengan belanja bagi demikian itu, maka
dapat baginya pahala yang jazil (al-‘Alamah Syaikh Ahmad al-Fathani- Ahli Fikir Islam
& Dunia Melayu t.th. 4; Wan Muhammad Shaghir. Khazanah Fathaniyyah.1992)

Syaikh Ahmad juga telah mengemukakan istilah ‘tamaddun yang


muafakat dengan syara’ sebagai wawasan yang perlu dibina oleh bangsa
kita, supaya digeruni oleh kuasa-kuasa asing. Di dalam suratnya kepada
muridnya Nik Mahmud Bin Haji Ismail (kemudiannya Datuk Perdana
Menteri Kelantan), beliau menyebut:
68 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Dan mudah-mudahan anakanda meninggikan hemmah pada mendapatkan barang yang


sayuginya mendapatkan dia bagi seumpama diri anakanda di dalam ini masa supaya
terangkat dengan demikian itu oleh nama jenis Melayu berat dan terhebat dengan dia oleh
kerajaannya pada segala hati ajanib. Dan tertamaddun dengan dia oleh siyasah mereka itu
sebagai tamaddun yang muafakat dengan syara’ (Wawasan Pemikir Islam Nusantara
(t.th. 2:50), Syaikh ketika memberi contoh format surat kiriman dalam bahasa Melayu,
telah menyebut “berbuat surat kirim-kiriman dan fan[seni] yang sangatnya berhajat oleh
ahli tamaddun”. (Hadiqatu al-Azhar t.th.: 58)

Dengan latar kefahaman yang sedemikian, Shaikh telah menyebut


tentang siyasah:

Pada bicara ilmu siyasah iaitu ilmu membaikkan rakyat dengan menunjukkan kepada
jalan yang melepaskan mereka itu daripada tiap-tiap kekeruhan pada dunia dan pada
akhirat. Dan iaitu daripada anbiya atas khawas dan awam pada zahir dan batin mereka itu
dan daripada segala raja-raja dan salatin atas mereka itu pada zahir mereka itu jua. Dan
daripada ulama atas khawas mereka itu pada batin mereka itu. Maka hanyalah ilmu ini
wujub kifayah dan ghayahnya menceraikan segala perbantahan atas jalan sebenar dan
merentahkan mereka itu atas jalan adil dan menghelakan mereka itu kepada segala yang
manafaatkan mereka itu pada dunia mereka itu dan akhirat mereka itu dan memelihara
kerajaan daripada segala barang yang menjatuhkan dia ke dalam kecederaan (Hadiqatu
al-Azhar t.th.: 229).

Shaikh tidak melambakkan siyasah dalam satu longgokan, malah


membahagi kepada tiga kategori:

a. Siyasah anbiya - ke atas golongan khawas dan awam dalam urusan


zahir dan batin mereka.
b. Siyasah penguasa (raja dan salatin) - dalam urusan zahir mereka
sahaja ( perlaksanaan keadilan dan penguatan-kuasaan undang-
undang)
c. Siyasah ulama- ke atas golongan khawas dalam urusan batin mereka.

Masing-masing mempunyai peranan yang perlu dilaksanakan dengan


tujuan yang dikongsi iaitu menawarkan penyelesaian yang sebenar kepada
permasalahan yang diperselisihkan dalam masyarakat, mentadbir urusan
mereka secara adil, mendorong mereka kepada kemanafaatan mereka di
dunia dan di akhirat dan menjaga kesejahteraan pihak berwenang daripada
kekurangan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 69

Bahkan Pengasuh sendiripun tidak menyempitkan pengertian siyasah


kepada ‘politics’ semata-mata, diluaskan skopnya yang lebih umum:

Bahawa ilmu siyasah itu terbahagi kepada beberapa banyak macamnya dan meliputi
beberapa cawangan pengetahuan manusia seperti menjalankan pemerintahan negeri dan
mendatangkan kekayaan kepada bangsa, dan lainnya. Maka oleh kerana belum lagi ada
akhbar kita Melayu bercakap dalam hal ini, inilah kita mengambil peluang untuk
menzahirkan ‘siyasah kekayaan’ supaya ada di dalam pengetahuan pembaca-pembaca
kita 9Pengasuh 1919, 26:20.

Pelajarnya di Makkah, sebahagian mereka itu telah kembali ke


tanahair berperanan dalam kapasiti masing-masing mengikut misi dan visi
yang telah diterapkan oleh Shaikh. Pelajar-pelajarnya dari Kelantan- ada
sebahagiannya telah membuka pondok-pondok pengajian, ada yang
berdakwah ke Kemboja, ada yang mencebur diri dalam pentadbiran-
kemuncaknya Datuk Nik Mahmud, Datuk Perdana Menteri Kelantan.
Mereka jugalah di antara perancang penubuhan Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Kelantan, yang kemudiannya menubuhkan Sekolah
Majlis-Madrasah Muhammadiyyah (yang mempunyai tiga aliran, Melayu.
Arab dan Inggeris) dan memulakan Matba’ah Majlis bagi menerbit dan
mencetak buku-buku agama, buku-buku yang dikira bermanfaat semada
diterjemahkan atau disadur daripada tulisan Arab dan Inggeris. Sehingga
diwujudkan Jabatan Menterjemah pada tahun 1916, diketuai oleh Tuan
Guru Hj Umar Sungai Keladi, kemudiannya disertai oleh Shaikh
Muhammad Daud al-Fatani al-Makki (keduanya murid Shaikh Ahmad),
Penyata Majlis Agama pada tahun 1917 menyebut tentang gaji 40 Ringgit
sebulan bagi Tuan Guru Hj Umar sebagai ketua jawatan: Maka inilah
sebesar-besar gaji yang dikeluarkan oleh Majlis hingga sekarang di antara
orang-orang bekerja di dalam jabatan Majlis (Sedikit Mengenai Pejabat
Menterjemah Kitab. Pengasuh Julai-Ogos 1991, Abdul Razak Mahmud).
Secara keseluruhannya kita akan dapati terdapat suatu ‘trend’ yang
menonjol di kalangan murid-murid Syaikh Ahmad di Kelantan ini iaitu
kegigihan mereka memartabatkan Islam secara realistik berdasarkan
masyarakat mereka ketika itu, kecintaan mereka yang mendalam terhadap
bangsa Melayu dan bercita-cita untuk melihat bangsa mereka berpegang
teguh kepada agama dan maju di dalam politik dan ekonomi. Mereka
mengambil sikap ‘mempengaruhi’ bukan ‘memaksa’, ‘memujuk’ bukan
70 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

‘mencerca’. Mereka sedia menerima perbezaan secara ilmiah, tetapi tidak


suka kepada konflik yang melewati batas-batas keilmuan, sedang mereka
teguh dengan pegangan dan amalan yang mereka yakini. Semangat yang
mengerakkan dinamisme adalah dorongan kasih, yang telah diungkap
secara berpuisi:

Kasihkan watan setengah iman * Kasihkan kaum membenarkan persaudaraan


Kasihkan agama teguh kepercayaan * Taatkan Allah menunaikan firman

ISU-ISU POLITIK YANG DIBINCANGKAN

Peranan Pemimpin

Pengasuh memetik perkataan Bismark tentang peranan ahli politik:

“Bukan dinamakan ahli siyasah itu orang yang menjadi segala perkara, bahkan ahli
siyasah itu ialah seumpama stesyen master, dia tiada berdiri di hadapan keretapi kerana
hendak memalingkan perjalanannya kepada jalan yang ia sukai, jika ia buat begitu
terdedahlah dirinya bagi kebinasaan dengan tiada mendapat suatu faedah, hanya ia
mengambil pertolongan pada memalingkan keretapi itu dengan mengisar suatu jarum
yang kecil sahaja.” (Pengasuh, 1931, Bil.320:5).

Selain kebijaksanaan dalam mengatur strategi dan tindakan, pemimpin


perlulah bersikap ikhlas demi menentukan keberhasilan cita-cita:

“Tiadalah maju dan bahagia oleh sesuatu ummah yang lemah melainkan
kerana ketua-ketua mereka itu ikhlas bekerja bagi maslahah mereka itu
dan kemulian watan, (umpama) tiadalah suatu ‘ailah (keluarga)aman dan
sentosa dalam pergaulan melainkan kerana ikhlas daripada pihak bapa, ibu,
suami, isteri, anak, menantu dan lain-lain, begitulah tiap-tiap cawangan
dan tanggungan dikehendaki ikhlas adanya.” (Pengasuh, 1936, Bil.543:1).
Sebaliknya pemimpin yang membuat keputusan dan tindakan berdasarkan
kepentingan diri adalah punca kebinasaan:

Adapun orang yang berusaha dan berfikir kerana semata-mata kebajikan dirinya itulah
yang terlebih jahat dan bisa daripada ular berang, istimewa pula jika duduk ia di dalam
jamaah yang mentadbirkan pekerjaan negeri atau menjadi ketua di atas kaumnya. Maka
orang yang demikian itu tidak ia menilik kepada apa-apa melainkan sentiasa mencita-cita
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 71

kekayaan dan kemulian bagi dirinya walaupun membawa kebinasaan kepada kaumnya.
(Pengasuh 1918, .8:1)

Asas-asas Kekuatan Bangsa

Usaha untuk memupuk nilai-nilai yang baik dalam masyarakat adalah


suatu keperluan untuk memartabatkan sesuatu bangsa dan tanahair:

Apakah sebab telah hilang kebesaran mereka itu dan kenamaan mereka itu? Dan apakah
sebab telah jatuh kerajaan mereka itu daripada ketinggian kepada kerendahan? Dan
daripada keadaan yang sebenar ada kepada keadaan nama sahaja. Daripada keadaan yang
masyhur kepada keadaan yang tiada masyhur. Dan daripada keadaan memerentah kepada
keadaan kena perentah?. Maka jawabnya ialah dengan sebab bertukar kebaikan mereka
itu kepada kejahatan, dan keadilan mereka itu kepada kezaliman, dan lagu perangai
mereka itu yang betul dan digemar kepada lagu perangai yang keji dan dibenci. Dan
sekalian ini telah jadi kerana mereka tiada mengikut suara agama (Patriot.Pengasuh 1919.
Bil19:5)

Pengasuh memberi penekanan kepada persoalan ilmu dan akhlaq sebagai


asas kemajuan dan kehebatan sesuatu bangsa:

Ayuhai kaum kami, ingat baik-baik bahawa sanya tiada dapat kita maju melainkan
dengan pengetahuan dan tiada tinggi nama bangsa kita melainkan tinggi perangai kita,
jika tidak dengan kedua-duanya maka jadilah kita di dalam keadaan kehinaan. Tentulah
kita menjadi kuli pada hal bangsa asing menjadi saudagar, kita menjadi penuris getah
pada hal mereka itu yang menjadi tuan kebun, kita menjadi kerani pada hal mereka itu
menjadi ketuan, dan kita menjadi hamba pada hal mereka itu menjadi tuan. Hubaya-
hubaya (Pengasuh 1919, .37:3)

Ilmu agama sebagai tiang seri bagi masyarakat, dan ilmu-ilmu serta
kepandaian lain berperanan sebagai tiang serandang. Untuk memajukan
ilmu-Pengasuh telah beberapa kali membincang tentang keperluan
membuka sekolah-sekolah, sekolah tinggi dan universiti (Dato Laksamana
pernah mengesyorkan universiti untuk dipanggil Taman Pengetahuan),
terutama pula terdapat kebimbangan bangsa kita ketinggalan berbanding
dengan bangsa-bangsa lain:

Orang-orang dari luar telah datang menunggangi dan meramaikan tepi-tepi lautan dan
Bandar-bandar perniagaan! Maka di tengah-tengah negeri yang jauh dari suara loceng
inilah kamu akan berjumpa dengan kebanyakan Melayu. Dan tempat-tempat itulah
72 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

sebenar-benarnya negeri Melayu. Adapun yang lain daripada itu kamu akan dapati- sama
ada pada zahirnya atau pada hakikatnya- negeri ini ialah negeri orang daripada luar- pada
pekerjaannya, pada perusahaannya, pada perniagaannya dan pada pemerintahannya.
Ya! Patut benar adanya di Tanah Melayu ini satu jamiah, tempat tumpuan segala
jenis pelajaran bagi anak-anak negerinya dan anak-anak negeri yang di sekelilingnya.
Akan tetapi siapakah daripada anak-anak negeri itu yang kelak beruntung jika adapun
yang demikian itu? Adalah tasawwur pada akal yang universiti itu (ataupun sekolah-
sekolah tinggi yang hendak diadakan supaya memimpin kepadanya itu) kelak dikhaskan
bagi anak-anak Melayu sahaja? Dan disebab itu kelak diadakan padanya satu cawangan
yang khas bagi jenis-jenis ilmu agama Islam? Atau adakah diharapkan kelak hasil yang
bilangan Melayu yang akan beroleh faedah daripadanya itu kelak melebihi atau sekurang-
kurangnya menyamai bilangan orang-orang daripada luar yang bukan Islam? Inilah
soalan yang mengalirkan air mata dan menghancur-leburkan jantung limpa kerana jawab-
jawab baginya itu boleh didapati dengan menoleh kepada sekolah-sekolah Inggeris yang
ada sekarang dan mengamat-amati akan bahagian ummat Melayu daripada perolehan
keuntungan yang telah di dapati daripada sekolah-sekolah itu selama ini. (Pengasuh,
Patriot, 1919, 18:2)

Terdapat tulisan Universiti: Pengetahuan Tinggi dan Pendeta Islam


yang menjelaskan bahawa ummah Islam di Sepanyol, di Seville,
Barcelona dan Qartubah telah memiliki tradisi pengajian secara universiti
disiarkan dalam Pengasuh,1937, .607:11.

Selain pendidikan secukupnya, persoalan akhlak dipertimbangkan, ianya lebih utama


daripada kecerdikan dalam membina bangsa yang berjaya:
Adapun sebab yang kita melebihkan perangai di atas cerdik itu ditilik kepada
pergantungan manusia setengah dengan setengahnya, maka manusia itu hanya dibezakan
dia daripada sekalian binatang dengan sebab berkumpul, bersekutu, berjinak-jinak dan
bertolong-tolongan di antara satu dengan lain. Maka tentang berkumpul itu setengah
daripada sebesar-besar syarat kemanusiaan. Dan berkumpul itulah diterhenti ia di atas
perangai terlebih banyak daripada terhenti di atas cerdik
Maka kita kehendaki dengan perangai itu ialah benar, amanah, kasihan belas, luas
dada dan sebagainya daripada segala sifat kelebihan. Dan bohong, dengki, tipu,
mengacum, mengumpat, marah dan sebagainya daripada sifat kekejian. Maka sifat-sifat
kelebihan itu apabila berhimpunlah di atas seseorang walaupun ia kurang cerdik maka
bahawa sanya membangun ia dengan ia dan memimpin tangannya kepada kemuliaan.
Dan pada pihak yang lain pula sifat-sifat kelebihan itulah suatu jalan yang mengikatkan
seseorang dengan segala sahabat handainya dan dengan sekalian anak watannya.
Adapun segala sifat kekejian itu apabila mengerasilah ia di atas seseorang walaupun
ia seorang cerdik atau berpengetahuan akan tetapi jarang-jarang sangat pengetahuan itu
memberi faedah kepada dirinya sendiri atau memberi faedah kepada orang lain, bahkan
pengetahuan dan kecerdikan itulah digunakan keduanya menjadi alat yang tajam di
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 73

tangannya pada menyakiti orang lain. Maka pada tentang ini sekiranya ia seorang yang
jahil atau yang bodoh nescaya jadilah ia sebaik-baik manusia kerana terkurang
menyakitinya daripada orang yang berpengetahuan dan yang cerdik dengan tiada
berperangai itu (Pengasuh 1921, 74:4).

Di antara tujuan lahirnya Pengasuh serta menjadi tema hampir pada


setiap pengeluarannya pada zaman ini ialah memupukan kesatuan dan
kerjasama di antara anak bangsa Melayu sebagai prasyarat kejayaan
bangsa kita:

Bahawa tiada tercapai ummat barat (eropah) itu kepada perkara-perkara yang mereka
telah ada sekarang daripada ‘umran dan tamaddun melainkan dengan tolong-menolong
dan bantu-membantu tiap-tiap seorang daripada mereka itu.
Maka kita ummat timur yang terdiri di atas sepotong bumi yang dinamakan
Semenanjung Tanah Melayu istimewa pula kita sekalian Melayu keturunan daripada
puak-puak yang mulia !.Tidakkah kita mesti ingat hari kemulian datuk nenek kita yang
telah lalu ?.Tidakkkah kita telah mewarisi daripada pusaka-pusaka mereka itu ?.Pada hal
jika ingat kita akan hari datuk nenek kita yang telah menghunuskan hujung keris lembing
dan menyerahkan nyawanya dihujung segala senjata-senjata seterunya (Ahmad Ismail,
Pengasuh 1921, 78:1).

Selain daripada usaha untuk memupuk kesatuan dan kerjasama


sesama anak bangsa Melayu, orang Melayu hendaklah menyuburkan sifat-
sifat baik yang sedia ada pada mereka. Adalah lebih mudah untuk
menyuburkan benih-benih yang sedia ada daripada memaksa terbitnya
sesuatu yang asing nisbah kepada sesuatu bangsa itu. Adalah lebih
berkesan mengajak anak bangsa untuk mencontohi kebaikan dan kejayaan
datuk nenek mereka daripada mencela cerca mereka di atas kekurangan
dan kelemahan mereka semasa. Usaha untuk memperlengkapkan bangsa
dengan sifat-sifat yang berdaya maju yang sedia ada dan yang belum
dimiliki serta menanggalkan sifat-sifat kekurangan dilihat suatu usaha
yang berpanjangan dan berterusan, serta menanamkan sikap forward
loooking:

Usaha untuk memperlengkapkan bangsa dengan sifat-sifat yang berdaya maju semada
dari yang sedia ada atau yang belum dimiliki, serta menanggalkan sifat-sifat kekurangan
merupakan suatu usaha yang berpanjangan dan berterusan, di samping menanamkan
sikap forward loooking:
Maka hai sekalian saudaraku yang berusul-asal dengan hemmah yang tinggi dan
nafsu yang besar, yang tiada suka akan kehinaan, dan tiada menanggung sabar di atas
74 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

kepicikan, berusahalah kamu mengeluarkan perbendaharaan yang tersembunyi di dalam


bumi tanah air kamu daripada segala leburan dan kehidupan, dan bertolong-tolong
dengan ikhlas dan rajin di atas mendirikan cita-cita dan angan-anagn kita, tiadakah
meseramkah kamu peninggalan Melayu yang purbakala yang tiada lekat contohnya lagi
di tangan anak buah kamu, beramallah kamu, Tuhan akan melihat segala amalan kamu
(Muhammad Daud.Pengasuh 1918. bil.1:5)

Pendirian yang sama diulang lagi dalam Pengasuh:

Mustahil atas orang yang hendak menarik mutu bangsanya itu dengan tidak
memperdulikan sifat kepujian dan ketinggian tetapi jika hendak menghilangkan sifat
yang kotor cemar yang telah lalu itu bersangatanlah mudah apabila dibersihkan pada
sekarang dan akan datang hilang ia. Sayugianya bagi tiap-tiap yang berakal wajiblah ia
beramal bagi faedah yang dimaksudkan masa yang akan datang, jika sekiranya mati
terlebih dahulu daripada mendapatkan ia sekalipun, adalah juga kebajikan pada anak
negerinya yang kemudian daripadanya. Dan lagi bila-bila kamu lihat akan masa yang
kelam hendaklah kamu bilangkan masa akan datang itu sebaik-baik dan seterang-terang
hari hari pengenalan. Apabila kamu beramal dan bersekutu nescaya mengetahuilah kamu
akan faedah bangsa yang berhimpun dan bertamaddun. Maka iftirasy lah duduk sahaya
dengan mengisyaratkan doa ke hadrat Tuhan. diharapkan kanak-kanak kita sekalian isi
Tanah Melayu daripada benih Islam pada masa ini bersungguh-sungguh berusaha
mencari pelajaran dan pengetahuan yang tinggi-tinggi daripada pelbagai jenis ilmu yang
beroleh dengan dia memimpinkan bangsa kita kepada jalan kemajuan dan kesempurnaan
dunia dan akhirat kerana bangsa kita benih Islam ini mudah menerima pelajaran dan tiri
meniru dan sederhana tingkah-lakunya. Tetapi tiadalah memadai mencita-citakan sesuatu
dengan doa, hendaklah doa serta usaha dan hemmah yang tinggi, rajin (Abdullah Yunus
Pengasuh 1919, 14:2).

Pengasuh juga membawa seruan kesepakatan (synergy) dari


seawalnya, Tok Kenali mengatakan manusia dijadikan lemah, tiada boleh
ia membuat segala pekerjaan itu (secara sempurna) dengan sendirinya,
maka berhajat setengah akan setengahnya, sama ada dalam pekerjaan
ibadat atau pekerjaan adat (hatta ulama):

Sungguhnya puaslah kita daripada mendengar cela bangsa-bangsa asing yang masuk di
dalam negeri kita, yang setengah daripada mereka itu menurunkan hujan kecelaan di atas
ulama-ulama, pada halnya bagaimanalah orang-orang alim hendak memperbuat, apabila
orang yang mendengar tiada mengamat-amati akan nasihat dan ajarannya. Adapun orang
Islam ini, seperti sabda Nabi kita Sollallahu alaihi wassallam (yang) ertinya: orang yang
mukmin (yang beriman) bagi yang seumpamanya itu, seperti binaan yang susunkan dia
menguatlah oleh setengahnya akan setengah” (Pengasuh 1918, 3)
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 75

Tok Kenali menyatakan perjuangan kebangsaan China mempunyai


pemimpin seumpama Dr. Sun Yet Sin - seorang yang berilmu dan
hartawan, sedangkan bangsa kita yang tidak mempunyai tokoh seumpama
itu, maka kita memerlukan kerjasama saling lengkap melengkapi,
begitupun kerjasama itu sukar diadakan kerana penyakit merasai kelebihan
masing-masing (Pengasuh 1918, 5:3)

Ayuhai ahli Semenanjung Tanah Melayu, marilah kita muafakat menjadi satu kalimah,
supaya mudah kita buat kerja tolong-menolong, dan tiada berhajat kita kepada seumpama
Dr. Sun Yet Sin Melayu yang menyerukan kita kepada ittifaq dan berjinak-jinak kerana
saya lihat tiada yang boleh jadi seperti Dr. Sun Yet Sin di dalam Tanah Melayu kita ini,
nampaknya pada fikir saya orang yang hendak jadi seperi Doktor itu berhajat kepada
ilmu dan harta. Maka dua sifat ini hendak berhimpun pada satu orang pada masa kita ini
sangatlah payahnya, setengah ada ilmu tiada harta, dan setengah ada harta tiada ilmu.
Dan di antara ahli harta dan ahli ilmu itu bersangatlah berkhilaf tujuannya. Ahli harta
siang dan malam memikirkan apa jalan yang boleh jadi hartanya bertambah. Dan ahli
ilmu siang malam siang malam mencari jalan kebaikan dunia dan akhirat. Jika ahli ilmu
bersuara kepada ahli harta, katanya “ini hendak menipu, nanti-nanti ia hendak membuka
sendiri tiada terbuka”. Tetapi jalan bersatu itu pada fikir saya tertutup kerana ada pada
bangsa Melayu kita ini satu penyakit yang lemah doktor-doktor Eropah berubat akan dia,
iaitu i’tiqad setengahnya terlebih utama daripada setengah, serta kita tiada nampak sebab
yang boleh kita sekalian menuju kepadanya (kerjasama), supaya kita hilang akan dia
(penyakit) Puaslah saya menanti dari berdiri hingga duduk dan dari duduk hingga tidur
orang-orang yang pandai buat kerja, ada juga yang pandai buat kerja tetapi sebab gopoh
mereka itu jadilah pekerjaan mereka itu tergalang sebelum sampai kepada maksud yang
ditujunya. Maka sekarang saya harap daripada mereka yang boleh buat kerja itu berhalus-
halus dan pelahan-lahan pada menarikkan yang liar kepada jinak, jangan penat sahaja
maksudnya tiada hasil.

Ahmad Ismail Asasi (Ahmad Ismail Asasi, kemudiannya Datuk,


adalah seorang penulis yang prolific, banyak menterjemahkan cerita-cerita
yang bertemakan keruntuhan kerajaan Uthmaniyyah di Turki. Pengarang
majalah al-Hikmah dan tuan punya Matba’ah al-Asasiyyah. Za’aba telah
mencatit tentang latar belakang beliau. Walaupun beliau tidak mengikuti
pengajian secara formal, tetapi beliau didedahkan kepada alam penulisan
oleh antara lain ialah Tok Kenali sendiri. Tok Kenali kerap ke rumah ayah
beliau untuk bersembang-sembang selepas turun daripada Masjid al-
Muhammadi) mengeluh tentang salah-faham sebahagian daripada anak
bangsa kita yang telah meninggalkan bidang perniagaan kerana
disangkanya ianya tidak Islami:
76 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Hairan sebesar-besar hairan kami bila teringat kami di atas setengah-setengah perasaan
anak-anak bangsa kami hendak mencabutkan diri mereka itu yang sedang menghisap–
hisap jerijit-jerijit perniagaan yang lemak-manis itu dan menghundurkan mereka itu
daripada melangkahkan kaki perusahaan dan persungguhan ke dalam medan saujana
kehidupan kekayaan dunia yang hijau dengan segala tumbuh-tumbuhan kebajikan itu.
Betapa demikian ? Kerana telah memakai mereka dengan pakaian i’tiqad yang dunia ini
bangkai dan penuntut-penuntutnya itu anjing bagaimana hadith (Pengasuh 1921, 76:1).

Ahmad Ismail mengingat golongan yang terpedaya ini dengan


katanya:

Inilah yang menyebabkan tanah air kampung halaman kita dirampas oleh bangsa asing
yang datang menduduki tanah air kita yang dikasihi. Hubaya-hubaya. Pada hal jika celik
mereka itu akan sebagai celik yang sebenar dan memerhatikan naik-turun bangsa-bangsa
di buana(dunia) ini, tak dapat tiada sedar mereka itu dariapada selak kelalaian dirinya
yang kurang pada serba-serbi yang boleh menunaikan kefarduan pada hari dunia dan
akhirat kelak. Sebenarnya yang dunia ini fana(binasa) tetapi dengan dialah yang
membawakan kepada akhirat bagaimana sabda Nabiyyuna wa Saiyidina al Mustafa SAW
yang maha hakim ( ) ertinya ‘bermula dunia itulah tempat tanaman bagi akhirat’ dan
sabdanya lagi ( ) ertinya ‘tiada sempurna agama melainkan dengan dunia’. Ayuhai nafsu
yang bercitakan tamaddun.
Bersingsinglah tuan tangan baju perusahaan pada suatu masa pada mencapaikan
ketinggian kelakian tuan, berlarilah tuan pada melantaskan lata perlumbaan kekayaan
dunia sekarang (Pengasuh 1921, 76:1-2)
Alangkah eluknya jikalau dikeluarkan pula ‘warta pertukangan’ di dalam Pengasuh
ini supaya terbaca oleh pembaca-pembaca kita yang bangsa Melayu, kelak sedarlah ia
akan kebodohannya di atas hal itu, kerana kebanyakan pemborong-pemborong
(contractor) bangsa kita Melayu yang telekup mendapat kerugian yang besar apabila
menangkap kontrak bangsa (kuli line) sekalipun, apatah lagi pekerjaan yang besar-besar
seperti membuat building (rumah batu) dan jambatan pula (Hitam Jauhar Abdul Hamid,
Pengasuh 1922, 109:5)

Pengarang Pengasuh, yang menggunakan nama P.P, telah


menterjemahkan suatu artikel daripada akhbar The New York, dan diberi
tajuk Tauladan Bagi Orang-orang Yang Hendak Berniaga: Bagaimana ia
Bangat Maju dalam Pengasuh 1922, .99:1-2 Artikel ini menceritakan
pengalaman kisah kejayaan seorang ahli perniagaan muda Amerika yang
bernama Franklin Simon (Pengasuh 25 Jun 1922).
Artikel ini kemudiannya disusuli dengan suatu tulisan yang bersiri
oleh Hitam Johar bin Haji Abdul Hamid dari Kelang dengan tajuk Suara
Perniagaan. Siri yang menarik dengan huraian yang terperinci ini di mulai
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 77

di dalam Pengasuh 1922, .102:1-3 Ia mulai dengan memperkenalkan


bentuk-bentuk syarikat yang boleh didaftarkan, keperluan-keperluan
menjalankan syarikat, sehingga dibincangkan dalam Pengasuh,1923,
115.:1 keperluan mewujudkan Malay Chamber Of Commerce (Pengasuh
1923, 16 Feb), dan mengesyurkan agar bank untuk orang Islam
diwujudkan, sekiranya bank yang sedia ada itu berurusan secara ribawi
yang bertentangan dengan syara:

Difahamkan perkataan saya menyuruh berijtihad itu begini, jikalau diadakan bank orang-
orang Islam dengan tiada mengambil bunga, ditukarkan mengambil upah bagi
menyimpankan wang orang-orang Islam kerana keselamatan merbahaya daripada
disimpan di rumah sendiri, dan tolong menolong memajukan perniagaan orang-orang
Islam dengan syarat mengadaikan harta bagi meminjam wang itu dengan berjualan taqlid
diperbuatan peraturannya bagaimana yang patut, apa kata (tuan) bukankah eluk?.
Jikalau sekiranya muafakatlah orang besar-besar (berpangkat) dengan orang kaya-
kaya (saudagar) di Semenanjung Tanah Melayu ini mengadakan bank yang semacam itu,
alangkah eluknya supaya bolehlah ia menyimpankan wangnya ke dalam bank itu supaya
terlepaslah ia daripada menyimpankan wangnya ke dalam bank bangsa asing yang
dikatakan haram itu. Dan bolehlah ia (bank itu) tolong menolong meminjamkan wang
bagi memajukan perniagaan orang Islam daripada mengadaikan hartanya meminjam
wang kepada ceti iaitu pacat dan lintah yang menghisapkan darah manusia (Hitam Jauhar
bin Haji Abdul Hamid.Pengasuh 1923, .117:4)

Penanaman padi dan pertanian selainnya dilihat bukan sahaja sebagai


aktiviti untuk menjana pendapat anak bangsa, bahkan ianya dilihat sebagai
usaha melestarikan ‘food bank’ yang dapat menjamin kestabilan tanahair
sekira dunia kucar-kacir sekalipun. Oleh itu dalam keghairahan
mendorong anak bangsa untuk menceburi bidang perusahaan, nampaknya
Pengasuh memberi ruangan yang banyak untuk menggalakkan anak
bangsa mempertahan dan mengembangkan pertanian khususnya tanaman
padi, seperti yang terdapat dalam keluaran Syaban, Rajab dan Ramadan
1348 (Pengasuh 1930, .283-288:5-8.)

Sehingga dikatakan melemahkan usaha menanamkan padi sebenarnya usaha untuk


melemah segala-segala yang lain nisbah orang-orang kita. Istimewa pula sekiranya
keadaan dunia huru-hara dan padi luar tidak dapat dimasukkan ke dalam negeri. Lalu
disyorkan supaya dipelbagai jenis tanaman padi dari tugalan, cedungan, humaan dan
lainnya. Dan dicadangkan supaya dibuat empang yang boleh didatangkan daripada air-air
sungai dan tali-tali air kepada suatu tempat perhimpunan dan dibukakan dia kepada
padang-padang padi yang jauh. Dan untuk kawasan bendang yang terlalu jauh diadakan
78 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

bomba yang dibuat daripada besi (pam untuk menyedut air bawah tanah) boleh
dihunjangkan sejauh-jauhnya ke dalam bumi bagi menarik air yang dipinta (dikehendaki)
itu ke atas seperti pam atau bomba yang dibuat oleh orang-orang Jepun yang selalu
digunakan di tempat-tempat pekerjaan atau rumah-rumah jadi ganti telaga. Bomba seperti
ini pandai dibuat oleh Haji Wan Musa Pasir Puteh masyhur dengan hasil tangannya yang
kuat dan kukuh.

Kepentingan diadakan sistem tali air untuk tanaman padi


dibincangkan lagi pada keluaran 1 Jamadi al-Awal 1349 (Seorang
Peladang Kelantan. Pengasuh 1930, 303:5). Terdapat juga ulasan tentang
saranan Raja Chulan Perak untuk meluaskan kawasan tanaman padi pada
keluaran 1 &15 Safar 1349 (Abu Mansur, Pengasuh 297-298:12-13).
Terdapat tulisan terjemahan tentang cara rawatan Serangan Ulat di batang
padi pada keluaran 15 Rabi al-Awwal 1349 yang disalin dari Warta
Perusahaan Tanah (Pengasuh 1930, :300:1-4). Kegunaan hasil sampingan
padi, seperti beras hancur, dedak, sekam buah, dan batang padi yang
disabit, dan dibincangkan ancaman dan penyakit padi. (Pengasuh 1925,
168:3-9). Artikel tentang penghasilan padi ini disambung lagi dalam
keluaran Pengasuh 1925, 169: 4-7. Begitu juga galakan menanam sayur,
yang juga menyentuh kepentingan sayur sebagai pemakanan yang sihat.
Semangat cintakan bangsa dan tanahair ini yang kuat ini, berserta
harapan yang tinggi dan perjuangan yang belum berkesudahan ini
diungkapkan oleh penulis Journalist Melayu dalam artikelnya Secara dan
Bagaimanakah Jalan Mencapai Hak-Hak Kebangsaan yang disiarkan
dalam Pengasuh 1936, 543:3-6:

Bahawa laki-laki yang tiada berperasaan hendak memajukan bangsa dan kaumnya itu,
sekalipun ia itu seorang hartawan dan pembesar maka tiadalah dinamakan hidupnya itu
hidup yang mulia dan berjasa…
Sanya ketahuilah wahai kaumku Melayu, bahawa segala hak kebangsaan kita itu
tidak akan tercapai oleh kita melainkan dengan terlebih dahulu kita mesti mengerti
pekerjaan memelihara dan mengutamakan hak kebangsaan itulah kewajipan kita dan
kewajipan daripada laki-laki daripada bangsa yang menjadi penduduk dunia ini dan
tiadalah suatu bangsa pun yang akan dipandang mulia oleh kaum bangsa lain melainkan
kaum itu bangsa yang bersungguh-sungguh memecahkan otak dan fikiran mereka itu
pada menyelamatkan hak-hak bangsanya…..
Dan pergantungan anak negeri yang masih muda lela dan bakal kaum yang akan
mengerti secara kefarduan kaum dan negerinya bahkan tahu hak-hak kebangsaan dan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 79

cinta pada kaum, tanah air dan bahasa dan agamanya, yang akan tidak merasa dan
menanggung tarikan dan kesengsaraan pada masa kehidupan ini kelak. Mudah-mudahan!
Siapakah yang akan mempertahankan negeri kalau tidak kaum anak negeri sendiri?
Perhatikanlah! Demikian harapan kita penuh kepada perubahan dan keselamatan
kaum, tanah air, bahasa dan agama.

Kita akan dapati terdapat isyarat dalam tulisan-tulisan pengarang


Pengasuh yang mementingkan strategi masa panjang, bukan semata-mata
bergantung kepada kekuatan semasa yang ada, umpama yang diungkap
oleh Shaikh Ahmad (Di antara tulisan semasa yang membincang faktor-
faktor kecil yang telah menyumbang kepada perubahan-perubahan yang
besar adalah buku The Tipping Point: How The Little Things Can Make A
Big Difference oleh Malcolm Gladwell):

Kata setengah ulama bermula kepala buda (kebodohan) itu hiddah yakni bersangatan
berani* dan diam daripada perkataan orang yang buda itu jawabnya * bermula helah
(strategi) itu terlebih bersangatan daripada kuat* dan orang yang ‘aqil itu mereka yang
beramal dengan barang yang ia ketahui dan bertanya ia daripada barang yang ia jahil*
dan bermula berlambatan pada amal itu meghilangkan luang (peluang) (Hadiqat al-Azhar
t.th.: 196).
Maka beberapa banyak daripada yang hina yang kecil, jadi ia dengan eluk tadbir
besar dan kuat (Hadiqat al-Azhar t.th.: 231).
Dan pekerjaan kecil (boleh) jadi besar. Adakah engkau tiada ketahui bahawasa
bunga api yang amat halus itu apabila merecik ia kepada sesuatu dan tiada padam ia
nescaya melarat jadi terbakar rumah dengan sebabnya (Kepelbagaian Pemikiran Syaikh
Dan Perjuangan Syaikh Ahmad t.th.: 29-30).

Asas-asas bagi kekuatan bangsa yang sentiasa diulang-ulangi dalam


Pengasuh adalah:

a. Kekuatan beragama berdasarkan faham yang benar dan penghayatan


yang ikhlas.
b. Kekuatan akhlak zahir dan batin di peringkat diri, keluarga dan
masyarakat.
c. Kekuatan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk
membangunkan ummah dan tanah air. Hingga disyorkan diwujudkan
universiti untuk mengajar ilmu di peringkat tinggi.
d. Kekuatan kesepakatan dalam menjunjung suruhan agama dan
mendaulat negeri, memartabatkan bahasa dan membangun bangsa.
80 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

e. Kekuatan ekonomi melalui penglibatan dalam perniagaan,


perusahaan, pertanian. Termasuk mengesyorkan penubuhan bank
tanpa riba, Malay Chamber of Commerce.
f. Kekuatan budaya melalui menyuburkan budaya ilmu,
memperkukuhkan usaha-usaha tradisional yang baik, mengasihi dan
menyanjung tinggi warisan bangsa.
g. Kekuatan perancangan secara berstrategi -melihat ke depan,
memanfaatkan warisan, membawa waqi’ semasa- bukan untuk
bertembung kuat, bersemangat melawan semata-mata,

Sekiranya ketujuh kekuatan dapat dicapai, bangsa kita memang akan


muncul sebagai bangsa dan tanahair yang merdekadan berdaulat. Seakan
pokok kayu yang ditanam dari baka yang baik, dibajai, disirami, dibuang
rumpai yang tiada faedahnya serta dijaga daripada serangan musuh dan
penyakit - tentunya akan berbuah apabila sampai umur berbuahnya dan
apabila tiba musimnya. Tanpa perlu memaksa-maksa pokok itu untuk
berbuah dengan cara yang tidak ‘natural’.
Seakan mengingatkan isyarat yang ada di dalam al-Quran, di
sebahagian akhir ayat terakhir Surah al-Fath:

‫كزرع أخرج شطئه فئازره فاستغلظ فاستوى على سوقه يعجب الزراع ليغيظ بهم الكفار وعد هللا الذين ءامنوا وعملوا‬
‫الصالحات منهم مغفرة وأجرا عظيما‬

Seumpama tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu membesar kukuh, dan
bertambah besar, dan merimbun di atas batangnya, tanaman itu menyenangkan hati
penanamnya, dengannya Allah menyakitkan hati orang-orang kafir.

PERBINCANGAN ALIRAN POLITIK DALAM PENGASUH

Pengasuh agak mendahului zamannya dalam mendedahkan perbincangan


politik secara ilmiyyah dan secara objektif, ianya membincangkan aliran-
aliran politik, perkembangan politik semasa dalam negeri dan
antarabangsa, serta saranan-saranan politik.
Pengasuh merakamkan realiti dunia Islam di masa itu. Dalam
Pengasuh bilangan 147 terdapat kenyataan dari Sekretari Perhimpunan
Khilafah di Penang bertajuk Khilafah dan Khalifah:
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 81

“Sanya mendirikan khilafah itu satu perkara yang tak boleh tidak daripadanya pada syara’,
kerana terhenti kepadanya peredaran persatuan (kesatuan ummah tergantung) orang-
orang Islam yang bertaburan di muka bumi ini, dan bukanlah yang demikian kerana ia
semata-mata kepala orang Islam, tetapi kerana ia jalan yang boleh dapat bererti-ertian
(sepakat) sekalian orang Islam yang tak boleh dijalankan melainkan daripada telah
didirikan khilafah itu, memadailah bagi menerangkan yang demikian memalingkan
sedikit pandangan kepada atarikh Islam.”( Pengasuh,1924, .147;2)

Dalam Pengasuh keluaran 17 Jun 1924 ada dinyatakan (P.P,


Pengasuh 1924, 148:10):

“Maka kerajaan Republik Turki itu ialah kerajaan dibangunkan di asas tapak kemahuan
“masa”, iaitu bahasa Arabnya “Jumhuriyyah Asriyyah”, maka hendaklah pembaca-
pembaca kita mengerti tentang perkataan “Asriyyah”, ini ertinya kerajaan yang
menjalankan pemerintahan mengikut kemahuan masa, dan Mustafa Kamal itu pada
pendapatan kita ialah seorang yang tidak benar dan Ismat Pasha, taulannya, Menteri
Turki sekarang ini seorang mustakbirin.”
“Maka percayalah kita bahawa nama “Kamal” pada tentang ini akan di sebut di
dalam dunia Islam bersamaan atau bertimbang dengan nama “Lenin” kepala Bolshevik
Russsia yang termaklum itu dan kelak dimasukkan namanya oleh tarikh Islam ke dalam
senarai nama-nama pembengis yang termasyhur dalam tawarikh Genghiz Khan,
Timurlane, Halagu dan sebagainya.”
Amboi!! sayangnya kita akan cepat sekali gerhana nama Mustafa Kamal yang
purnama dan yang akan disebutkan di dalam dunia Islam dengan gelaran “Pahlawan
Islam” yang terutama jikalau tidak dengan sebab perbuatan yang akhir ni pada tentang
memasukhkan jawatan khalifah itu!! Dan sayangnya betapakah segera hilang kehormatan
dirinya pada pemandangan muslimin yang berakal sebagaimana lekas kehilangan hormat
agama Islam pada pemandangan Kamal serta puak-puaknya di dalam Anggora itu.

Terdapat perbincangan aliran-aliran fahaman politik yang agak


kedepan dalam majalah Pengasuh, umpamanya dibincangkan tentang
faham dan amalan secularism. Antaranya tulisan Pengasuh 1937, .592:12:

Kerana munasabah pada fikiran dan boleh dikatakan inilah masanya yang kaum kita di
Semenanjung ini telah ada mempunyai ilmu dan (faham) siyasah-siyasah untuk mengatur
dan memperhiaskan tanah airnya dalam serba-serbinya, begitulah jua layaklah kiranya
kaum kita di Semenanjung ini mengasuh diri dengan perasaan tinggi (keyakinan diri)
kerana seorang pendita Amerika telah berkata: “kita hidup di dalam dunia ini mestilah
mahu mempunyai perasaan tinggi supaya boleh kita membuat sebarang-barang apa-apa
pekerjaan”.
82 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Perbincangan tentang pemerintahan secular oleh Kamal Atartuk telah


disebut dalam tulisan Pengarang Pengasuh 1924, .148:10:

Adapun pemandangan dan pendapatan kita pada pekerjaan Turki sekarang ini dan pada
tentang perbuatan siyasah ahli-ahlinya itu ialah siyasah dan perbuatan tiada menghormati
agama Islam maka tidaklah kita berkata dengan ibarat “al-la diniyyah” (ketiadaan agama)
bagaimana yang disifatkan oleh kebanyakan surat-surat khabar dan lainnya di Mesir,
Beirut dan lain-lainnya itu, kerana kita bimbang pula takut-takut Captain Hashim dan
orang sefikiran dengan dia, mengatakan kita mengkafirkan Mustafa Kamal serta saudara-
saudaranya.

Sekularisme mulai menular ke tengah ummah ini dengan menyerang


‘jantung ummah’ ini sendiri, iaitu tanah khalifah itu sendiri. Disebut antara
punca sekularisme bercambah ialah penindasan pihak agama dan pihak
berkuasa:

Sanya telah bertelingkahan fikiran ahli siyasah barat dari semenjak beberapa kurun
dahulu bahawa siyasah istibdad ini diperanakkannya oleh istibdad agama, hanyalah
sedikit daripada mereka mengatakan jikalau tidak daripada situ asalnya, tentulah sebaya
atau setaraf darjah kekuatan keduanya pada menundukkan manusia dan diperhina-
hinakan dia. Maka perbanding-bandingan ini ialah mereka itu berpegang atas semangat
siyasah istibdad yang sememang tanggungannya menakluki dan memerentahkan segala
tubuh dan anggotanya yang zahir. Adapun istibdad agama itu ialah menakluki segala hati
dan lembaga rohani manusia. Ya! Kedua-dua pihak pada sekali gus itu benar pada fikiran
dan pendapatan yang terpesung atas cerita-cerita dan bahagian tarikh yang ditambahkan
dalam Taurah dan Injil kerana dipercayai sangat bahawasanya yang demikian daripada
pelajaran dan kehendak Tuhan. (Pengasuh 1935, .501:2)

Pengamatan oleh penulis ini agak kedepan bagi zamannya,


sememangnya penindasan atas nama pihak berwenang agama yang
dikuatkan lagi dengan menggunakan saluran kuasa bekerajaan telah
menimbulkan kebencian dan penolakan kepada wacana-wacana agama
dalam urusan berpolitik dan bernegara, sehingga timbul gerakan yang
mahu memisahkan pusat kuasa politik dan pusat agama. Atau dalam kata
lain penekanan yang melampau oleh pihak yang menggunakan agama
sebagai alasan untuk berkuasa dan mengungkung pemikiran dan
perjalanan rakyat, serta mempunyai kepentingan diri walaupun
tersembunyi- telah menyebabkan rakyat bangun menolak pimpinan agama
dalam hidup bermasyarakat dan bernegara.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 83

Pengasuh1930, .297-298:12 juga menyentuh tentang fahaman politik


kominisme dalam makalah Kaum Merah (Bolshevik):

Mazhab Syuyu’ie (Bolshevik) atau Soviet itu ialah hama-hama yang sangat deras
berjangkit dan biak serta subur di bumi atau di dlam otak bangsa-bangsa yang
kejahilan dan tiap-tiap bangsa dunia yang mempunyai pengetahuan dan
kemajuan sangat-sangat takut akan jangkitan itu kepada kaum-kaumnya

Kecenderungan penulis-penulis Pengasuh kepada faham dan amalan


demokrasi agak kuat, banyak tulisan-tulisan yag menyentuh tentang isu
ini, bahkan seakan dituntut kebebasan akhbar di atas dasar semangat
demokrasi:

Berkata Daniel Webster seorang wartawan Amerika yang masyhur demikian bunyinya:
“Bahawa adalah kebebasan yang diberi kepada sesebuah surat khabar atau majalah
itu dihitungkan dia daripada bayang-bayangan demokrasi, dan pemimpin-
pemimpin akhbar itu di dalam suatu ummah sebagai pemandu mereka itu,
wartawan-wartawanlah wakil, guru dan mereka itu yang tidak resmi (Pengasuh
1937, .604:4)

Demokrasi dikupas dari sudut pengisian secara berkesan oleh surat


khabar, umpama Pengasuh:

Dan lagi dikehendaki dengan demokrasi itu ialah kerajaan yang berasas kepada sepatah
kata iaitu “barang yang mengenai ramai (suara majoriti)” sebagai yang
dibahaskan oleh ramai dan bahawa sanya iradah ummah itu mengatasi kehendak
kerajaan. (Pengasuh 1937, .605:3)

Keunggulan kanun syariat terutama dalam bab jenayah dipertahankan


oleh penyumbang-penyumbang Pengasuh daripada kritikan.

Maka pada fikiran kita tiada sayugia bagi pelunas-pelunas (pengamal) undang-undang
adat (civil law) berkeras hati dan berdegil mengata-ngata kepada undang-undang Islam
dalam hal ini atau lainnya, kerana pegangan mengutamakan rahmat rahim
(perikemanusiaan) di atas (mengatasi) keadilan dalam perkara-perkara jenayah itu, telah
diaku merosakkan perhimpunan perkawalan hidup umum penduduk dunia ini. Hairanlah
sungguh kita di atas tuduhan dan tempelakan setengah daripada pendita-pendita barat
keadaan undang-undang Islam yang mengharuskan membuat (hukuman bunuh),
memotong telinga, mencabutkan gigi (hukum qisas) dan lain-lain sebagaimana perbuatan
dan kecederaan yang sipenjayah lakukan itu zalim dan keras, iaitu menyalahi
kemanusiaan, Walhal mereka itu (orang-orang barat) itu lupa bahawa membunuh orang
84 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

yang suci (menuntut haknya (termasuk untuk merdeka)), dipenjara ahli siyasah bertahun-
tahun lamanya dengan merasai azab, penjara hingga mati itu - tidakkah daripada
kelakuan kehaiwanan yang tidak diterima oleh kemanusian (Pengasuh 1937, .609:2-3)

Dalam keterbatasan yang ada pada anggota masyarakat di waktu itu,


timbul kesedaran yang ethics (akhlaq dan kerohanian) itu lebih berkesan
daripada peraturan, dan saranan ini bertambah relevant terutama tanah air
di bawah pengaruh kuasa asing. Antara idea berat yang pernah
dibincangkan dalam Pengasuh ialah pertimbangan di antara keberkesanan
undang-undang (legal system) berbanding dengan perangai (ethics) di
dalam makalah “Ummah dan Keelukan Perangai” pada Pengasuh 1933,
.717-418:13:

Jika ditilik pada diri undang atau peraturan tentulah tidak ia ada berharga sedikitpun,
maka tidaklah undang-undang itu boleh dikatakan molek atau jahat dengan nisbah kepada
dirinya sendiri kerana berapa banyak undang-undang yang sangat tidak patut dengan
sesuatu ummah apabila dijalankan kepada ummah yang lain didapati secukup-cukup
munasabah. Tenguklah, tidakkah sebesar-besar ummah yang berkeadaan democracy di
atas muka bumi ini ialah ummah inggeris padahal kehidupannya di bawah naungan
kerajaan yang berpakai raja dan sebesar-besar ummah yang telah diliputi oleh belbagai-
bagai kezaliman dan bermacam-macam bencana ialah Jamhuriyyah Sepanyol yang di
bawah naungan America meskipun hukumannya jumhuriyyah. Pendeknya pemimpin
yang sebenar dan penganjur yang sejati ialah tabiat dan perangainya.

Yang demikian itu amatlah patut diberati dan diusahakan dengan seberapa daya dan
upaya pada memakaikan pada tiap-tiap afrad ummah dengan pakaian kebersihan perangai
dan keelukan tingkah laku iaitu dengan diasuh dan dididik dengan didikan yang
sempurna yang beralaskan ilmu pengetahuan yang sebenar dan pengertian yang baik.
Apabila sudah tiap-tiap afrad mengerti kewajibannya di dalam pergaulan hidup dan
huquq perikatan antara satu sama lain, seperti fahamlah ia akan tuntutan kehormatan
senanglah sahaja bahtera kebahagian ummah belayar ke pantai kesejahteraan dan
kesenangan hidupnya di dunia dan akhirat yang mana sangat-sangat dicintai dan
dirindukan oleh yang berakal bersih serta berfikiran tenang. Maka fardu-lah atas laki-laki
ummah yang memegang teraju kenderaannya bersungguh-sungguh mengadakan
persediaan bagi menabur benih-benih pengetahuan yang sempurna yang boleh
menjilahkan hati tiap-tiap seseorang daripada ‘itiqad dan khayal yang karut-karut.

Pertimbangan kepada pendekatan secara wasatiyyah: tidak berani


melulu dan tidak pula takut hampas, tidaklah bijak menipu dan tidaklah
bodoh sehingga terpedaya, tidak terlalu deras sehingga tidak dapat
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 85

dijadikan imam, tidak terlalu bentat sehingga ketinggalan tiga rukun.


Terdapat tulisan tentang sikap ini dalam Pengasuh 1933, 417-418: 15:

Kerap juga penulis dapat menyaksikan perubahan perangai seseorang dari ikhlas beredar
menjadi khianat, daripada murah kepada bakhil, daripada penakut kepada berani dan
sebaliknya ialah kerana menyalahi batasan tengah atau berdiri di tengah-tengah betul,
maka atas timbangan ini penulis dapati sabda Nabi (Sollallahu alaihi wassallam) dengan
ulama akhlak sangat berbetulan yang mana makna hadith itu demikian, “sebaik-baik
perkara (yang dinisbahkan kepada pekerjaan dan kelakuan manusia) ialah
pertengahannya” bolehlah penulis faham daripada sabda Nabi (sollallahu alaihi
wassalam) bahawa sifat yang baik dan dituntuti oleh agama Islam itu ialah adalah ia di
antara dua sifat yang jahat. Maka sifat kelebihan telah maklum kehasilannya dari
kekuatan akal yang mengalahkan nafsu. Yang demikian telah ditetapkan oleh ulama
perangai bahawanya sifat-sifat kelebihan memanglah suatu tabiat seolah-olahnya neraca
di dacing-dacing yang menyamaikan antara dua daun dan bolehlah penulis mithalkan:
sifat “murah” jahat iaitu penakut dan perengus…..
Ya! Memanglah kelakuan dan perbuatan seseorang apabila teranjak sedikit daripada
sempadan tengah yang tertentu dan lazim baginya itu kepada mana-mana salah satu
daripada dua pihak, niscaya tertanamlah dengan nama yang keluar daripada batasan dan
kandungan makna hakikat manusia, sifat-sifat yang demikian sangatlah berjauhan
daripada kehendak kedatangan agama kita yang bersih itu. Oleh itu sayugia kita habiskan
tenaga kita dengan wasatiyyah aqal dan ilmu supaya tercapai kita tuntutan yang ada di
dalamnya.

Terlebih awal sedikit adalah tulisan Ibn al-Alif tentang wasatiyyah


dalam Pengasuh 1933, 401:2-3 bertajuk “Tidakkah Sederhanalah Yang
Terlebih Baik Daripada Yang Lain?”

Sukacitalah kami ulangi berkata pula: tidakkah sederhanalah yang terlebih baik daripada
yang lain bagi kita mengambil buah panduan dan menjadikan pedoman yang
membawakan kita kepada tiap-tiap pekerjaan dan gerak-geri langkahan kita supaya tidak
termasuklah kita di dalam bilangan mereka yang gaduh dan jakdus? Dan ialah yang patut
kita hafaz di dalam hatinya pada tiap-tiap masa dan waktu. Cubalah kita tengok
mereka yang berpedoman dengan sederhana itu tiada membuat ia akan sesuatu pekerjaan
melainkan apa yang berpedanan dan berpatutan dengan taraf diri dan masanya, maka
dapatlah ia memunggut akan buah-buahan kehasilan nya yang cukup masak dan
sempurna pada hal orang yang menyegerakan atau melekaskan sesuatu pekerjaan itu
tiada dapat memetik buahan faedahnya melainkan kurang masak dan lebu, begitulah
juga orang yang betap atau lambat pada serba serbi itu tiada memunggut ia akan buah-
buahan natijah pekerjaannya melainkan terkemudian dan terakhir sekali daripada yang
lain….
86 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

SERUAN MERDEKA

Adakah sebenarnya tanahair kita dijajah? Pengasuh telah membincangkan


perkara ini berdasarkan buku “The Legal Status Of The Malay States”.
Buku ini telah ditulis oleh Roland Bradl, diterbitkan pada tahun 1931.
Ianya merupakan respons ilmiah penulisnya kepada ucapan High
Commisioner Cecil Clementi (1930-1934) di Istana Sri Menanti yang
menyebut rancangan untuk mengasingkan pentadbiran negeri-negeri
Melayu kepada 4 pentadbiran yang berbeza. Buku ini telah diterjemahkan
oleh En. Muhammad Zain Haji Ayub. Pengasuh telah menyiarkan
pendahuluan penterjemah - yang menyifatkan supaya dibaca dan diketahui
oleh sekalian ummah Melayu yang tidak mengetahui Inggeris, kerana isi
kitab ini tersangat penting sekira-kira wajib diketahui oleh sekalian
ummah kita yang mempunyai perasaan kasih akan tanah airnya:

Maka di dalam kitab ini dapatlah diketahui bagaimana asalnya yang kerajaan Inggeris
telah dapat memegang teraju kerajaan negeri-negeri Melayu ini hingga nampak sekarang
seolah-olah negeri-negeri ini dipunyai oleh kerajaan Inggeris sendiri, padahal bukan ada
sesuatu surat kuasa atau surat kenyataan yang disain oleh Raja-raja Melayu menyerahkan
negeri-negeri Melayu ini ke tangan kerajaan Inggeris. Bahkan tidak ada sebesar tapak
tangan pun tanah Negeri Melayu ini dihadiahkan kepada kerajaan Inggeris selain
daripada jajahan-jajahan yang telah memang termasuk di dlam lingkungan Ngeri-negeri
Selat.

Pengarang kitab ini, Tuan Roland Bradl ialah seorang lawyer di


Singapura yang termasyhur di seluruh Semenanjung ini. Keterangan ini
ialah seolah-olah ikhtiar hendak menuntut balik hak-hal raja Melayu yang
hilag itu dan membela bagi pihak orang-orang Melayu.
Pengarang Pengasuh setelah membaca terjemahan buku tersebut telah
menulis:

Setelah kita menatap kandungan kitab itu maka terasa kita wajib raja-raja Melayu, orang-
orang besar, ketua-ketua ummah Melayu, pengarang-pengarang suarat khabar dan semua
anak-anak Melayu yang kasihkan bangsa dan tanah airnya menyimpan kitab itu supaya
ketahui sehingga mana sukatan hak-hak Kerajaan-kerajaan Melayu mengikut kuasa
perjanjian-perjanjian di antara kerajaan -kerajaan Melayu dan kerajaan British, istimewa
lagi perjanjian sebuah negeri Melayu di Semenanjung ini berlainan daripada perjanjian
sebuah negeri Melayu yang lainnya dengan kerajaan British. Bahawa sanya perbezaan-
perbezaan itu wajiblah orang-orang Melayu ketahui dengan betulnya supaya jangan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 87

terkhilaf- difikirkan sama sekata sahaja semuanya sebelum mereka itu menuntut sesuatu
hak kerana setengahnya menuntut hak yang bukan haknya pada hal yang hak
ditinggalkan, atau hak sekalipun - sperti mencekah durian tidak di pangsanya kerana
kejahilan yang menyebabkan kelemahan beransur-ansur juga dan sudah terhantuk baru
terngadah. Jikalau tahu kerbau itu akan kuasa tanduknya tak dapat di cucuk hidungnya.
(Pengasuh 1936, .544:10-11)

Membaca realiti yang berlaku dengan keinsafan, memahami ruang


peluang dan batasan yang mampu dimanafaatkan, Pengasuh menyiarkan
artikel yang agak kritikal terhadap usaha-usaha tuntutan kemerdekaan di
Indonesia dengan tajuk “ Kemerdekaan” di dalam Pengasuh 1937, 596:
9-10);

Kita sedia akan menumpang suka sama jika kaum kita Melayu dan sebuah negeri Melayu
semada yang di Semenanjung ini atau lainnya di mana-mana pun selagi negeri itu dan
ummatnya Melayu mendapat kemerdekaan, akan tetapi kemerdekaan itu mahal dan sukar
diperolih. Tidak boleh sesuatu yang keras itu ditelan sahaja sebelum dimamah, dan
memamah itu pun hendaklah bergigi pula kerana bahawa sanyanya tiada bergigi
itu ialah menyakiti gusi sahaja.
Jika kita berfikiran dengan aqal yang tenang dan yang sejahtera tak dapat tiada
ketahuilah kita mereka yang berkuasa pada memberi kemerdekaan itu kepada kita,
berfikir terlebih dahulu, adakah kemerdekaan itu boleh berfaedah memberi lebih
kesenangan am kepada kita dan khas kepada mereka itu juga, atau sebaliknya?. Tidaklah
mereka itu menyerahkan kemerdekaan kepada orang-orang yang belum dipercayai
kepada mereka itu dan tidak pula mereka itu hendak memperbuat demikian seperti
membiarkan kanak-kanak bermain dengan api.

Dibimbangi sekiranya Indonesia dapat merdeka tanpa persiapan yang


mencukupi - mungkin akan tercetus perselisihan dan huru-hara sesama
sendiri, memandangkan Indonesia adalah gabungan pulau-pulau yang
banyak dan mempunyai kaum dengan budaya adat resam yang tersendiri.
Dikatakan yang kerajaan Hollanda di Indonesia telah mewujudkan dua
sistem kehakiman, bahkan dua sistem penjara - yang disifatkan suatu
tindakan yang tidak adil, sedangkan dikatakan sistem kehakiman British di
tanah air kita adalah lebih adil, lalu ditimbulkan persoalan:

Maka bagi menghapusi ini kezaliman, terwajib laki-laki anak bumi Indonesia bersuara
beramai-ramai menuntut hak dan keadilan, maka tuntutan-tuntutan mereka itu banyaklah
yang sudah diqabulkan oleh kerajaan am Indonesia. Syabas anak-anak Indonesia!
88 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Bagi pihak kita di Semenanjung ini semada orang-orang ramai atau pengarang-
pengarang surat khabar - adakah wajib mengikut tauladan anak-anak Indonesia itu?.
Tidak sekali-kali kerana kerajaan British sangat menimbang rasa dan memakai satu
sahaja neraca keadilannya, dan jika ada sesuatu keberatan di atas kita, dapat kita
memohon timbangan dan maksud kita itu dipandang dengan muka yang manis dan
disempurnakan jika patut. Maka oleh yang demikian syukurlah kita kepada Allah!
(Pengasuh 1937, 596:9-10)

Pada Pengasuh (1936, 583:1-2), terdapat soalan dalam ruangan


Bahagian Fatwa Syar’iyyah:

Soal no.5: Negeri-negeri Kerajaan Selat yang ada di Tanah Melayu ini- adakah hukum
pada syara’ negeri Islam atau negeri kafir?

Jawab: Negeri-negeri Selat dan semua negeri di dalam Tanah melayu ini dihukumkan
negeri Islam kerana asalnya diperintah oleh orang Islam (muslimin) iaitu dahulu daripada
dita’aluk dan diperentah oleh kafir bagaimana nas-nya di dalam Bughyah dan lainnya

Tok Kenali dengan lengguk bahasanya mengatakan yang anak


bangsanya itu sendiri perlu berubah, begitupun dari zaman di bawah
penguasaan Siam sehingga ke zamannya di bawah British, perubahan
sikap yang dikehendaki belum kelihatan, dalam Pengasuh 1918, 4:3

Pada fikir sahaya yang bodoh - jauh sekali ataupun payah hendak kita melihat anak
bangsa Melayu ia bertujai-tujai atas kuda kepandaian di medan ketinggian yang sudah
dapat latnya (lazatnya?) kepada bangsa yang sudah berbuat mereka itu pada mencapaikan
dia. Dalil yang menunjukkan atas yang demikian itu bahawa sahaya lihat anak-anak
putrabumi sahaya ini tiada sangat berbeza antara masa mereka itu bernaung di bawah
telinga gajah dengan masa mereka itu berteduh di bawah dagu singa, hanya mereka itu
mendiamkan diri seolah-olahnya mereka itu sudah memacak paku sekeru di cakerawala
tiada boleh bergerak-gerak lagi. Dan tiada boleh berubah hal dunia ini daripada
kelakuannya yang sudah maklum, (walaupun) pada halnya kita lihat dunia ini berubah-
ubah tiada tetap - hingga boleh kita tulis di dalam buku-buku.

BEBERAPA PENGAMATAN PENCATIT

a. Pengasuh tidak menyempitkan pengertian Siyasah kepada politik


kuasa semata-mata, bahkan Pengasuh membicarakan siyasah dalam
makna yang lebih luas dan merangkumi.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 89

b. Sudah terdapat perbincangan menyentuh aliran-aliran faham politik


semasa dalam makalah-makalah Pengasuh di zaman itu.
c. Pengasuh juga memantau dan melaporkan perkembangan politik di
peringkat antarabangsa. Baik dan buruknya -untuk diteladani dan
dijauhi.
d. Pengasuh berusaha untuk menyubur dan memperkukuhkan nilai-nilai
positif dari ajaran Islam dan amalan serta warisan masyarakat
setempat secara praktikal.
e. Pengasuh mengambil jalan yang lebih selamat - tanpa menggunakan
istilah dan karangan yang akan dianggap mengancam pihak berkuasa
- baik raja-raja mahupun pihak British.
f. Pengasuh tidak pula menyembunyikan sokongan ummah kepada
pemerintahan Uthmaniyyah dan kewajipan mendirikan khilafah bagi
ummah sejagat. Serta mengeritik usaha Mustafa Kamal. Pengasuh
sememangnya mengambil sikap kritikal terhadap nilai-nilai barat.
Walaupun perbincangan tentang keruntuhan Uthmaniyyah serta
pimpinan Mustafa Kamel dibincangkan begitu kerap dan agak
terperinci, tiada pula laporan yang pihak British yang mencurigai
Pengasuh Begitu juga dalam isu hangat zaman itu iaitu kejatuhan
Sharif di Makkah dan kemenangan Malik Abdul Aziz as-Saud.
g. Pengasuh tidak mencadangkan tuntutan kemerdekaan daripada
British, menimbangkan mungkinnya sebelum ada persiapan yang
munasabah pada pihak orang Melayu, terdapat kebimbangan
kefasadan yang lebih teruk mungkin berlaku (Kebimbangan ini
sememang patut dan wajar. Contohnya Timur Leste, Sudan Selatan
yang mencapai kemerdekaan - tetapi ketidakan pastian termasuk
berbunuhan sesama sendiri dan kemelaratan berlarut. Atau negara-
negara arab yang terlepas dari cengkeman diktaktor - menjadi negara
tanpa peraturan, sebelumnya musuh politik yang dibunuh, selepasnya
rakyat biasa menjadi korban).
h. Pengasuh mendepankan pendekatan berhikmah dan secara
wasatiyyah dalam mengislahkan masyarakat dan memajukan
tanahair. Bersikap accomadative kepada pelbagai aliran faham, tetapi
menzahirkan pendiriannya yang jelas secara tegas. Seakan
membayangkan kata Maulana Jamaluddin ar Rumi “ bukan ribut yang
90 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

berdentum bunyinya itu yang menyejukkan bumi atau menumbuhkan


tumbuhan, tetapi ianya hujan yang turun lebat dengan lembutnya”.
i. Usaha pengislahan masyarakat secara berterusan dalam pelbagai
medan dan media, keperluan kepada kenderaan (vehicle) yang dapat
menampung dan berkongsi idea untuk membangunkan ummah dan
mengukuhkan agama adalah pra-syarat untuk sesuatu bangsa itu
untuk bangkit membina maruah dan kehormatan kebangsaan.
j. Apabila prasyarat dipenuhi - iaitu mendakwahkan iman yang penuh
yaqin bahawa kejayaan itu dengan menghayati agama serta
menjayakan amal soleh dalam sepenuh makna serta mencakupi
aktiviti hidup seluruhnya - Allah akan menganugerahi kita dengan
kejayaan, sebagaimana Janji Allah pada ayat 55 surah an-Nur:

‫وعد هللا الذين ءامنوا منكم وعملوا الصالحات ليستخلفنهم فى األرض كما استخلف الذين من‬
‫قبلهم وليمكنن لهم دينهم الذى ارتضى لهم وليبدلنهم من بعد خوفهم أمنا يعبدوننى ال يشركون‬
‫بى شيئا ومن كفر بعد ذالك فأولئك هم الفاسقون‬

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan
kamu (ummah Saiyyidina Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka
sebagai penguasa-penguasa (khalifah) di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan
orang yang sebelum mereka sebagai khalifah-khalifah yang berkuasa, Dia akan
memantapkan bagi mereka kedudukan agama mereka yang mana ianya agama
yang Dia telah reda bagi mereka, dan Dia akan menggantikan bagi mereka selepas
ketakutan mereka dengan keamanan, mereka akan beribadat kepada-Ku dan mereka
tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatupun, dan sesiapa yang kufur selepas itu,
maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Semoga hikmah peninggalan Shaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-


Fatani, semoga maksud Pengasuh dizahirkan akan terus memandu kita
dalam membangun ummah dan watan di zaman negara kita yang sudah
merdeka ini.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 91

Elemen Perpaduan antara Agama dalam


Kursus Perbandingan Agama
di FKI UniSZA
AMAN DAIMA MD. ZAIN & MOHD HASRUL SHUHARI

ABSTRAK

Elemen perpaduan antara agama merupakan perkara penting untuk


memupuk keharmonian, toleransi dan saling menghormati antara satu
sama lain. Ia perlu dipupuk dan dididik dalam kalangan masyarakat
terutamanya di peringkat universiti. Ini kerana, mereka ini yang akan
mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan. Kertas kerja ini
bertujuan untuk mengkaji elemen perpaduan yang diberi penekanan dalam
kursus perbandingan agama yang ditawarkan di Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Kajian ini menggunakan metode analisis dokumen terhadap pro forma
kursus perbandingan agama yang ditawarkan di FKI. Kertas kerja ini
mendapati bahawa elemen perpaduan antara agama diberi penekanan dari
aspek teori dan praktikal namun memerlukan beberapa penambahbaikan.

Kata Kunci: Perpaduan Agama, Kursus Perbandingan Agama, FKI,


UniSZA

PENGENALAN

Manusia amat memerlukan kepada interaksi dengan alam sekelilingnya


lantaran ia adalah suatu fitrah yang telah ditanamkan dalam diri mereka.
Interaksi ini boleh berlaku sama ada menerusi perbualan, perkongsian idea
mahu pun pemberian bantuan. Kewujudan pelbagai aspek seperti geografi,
politik, kaum dan agama dalam kehidupan manusia telah mendorong
kepada kepelbagaian interaksi sesama mereka. Kepelbagaian interaksi ini
dapat mewujudkan perpaduan antara seluruh warga masyarakat yang
menjadi tonggak kepada keberhasilan dan keharmonian sesuatu negara
(Rusimah et al. 2004; Khairul Azhar et al. 2018; Aman et al., 2018).
92 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Maka, jika kepelbagaian itu dapat diterima dengan baik, maka perpaduan
tetap boleh tercapai.
Agama adalah pegangan dan kepercayaan manusia terhadap konsep
ketuhanan. Hanya Islam sahaja agama yang diterima dan dijamin di sisi
Allah s.w.t. Wujudnya persaingan dan perlakuan saling menyanggah
antara satu sama lain. Kepelbagaian dan persaingan ini perlu diurus
dengan baik untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain. Dalam masyarakat majmuk,
kepelbagaian perlu dihormati kerana ia dapat membentuk sikap bertolak
ansur dalam masyarakat. Perbezaan ini juga tidak seharusnya ditafsirkan
secara negatif dan menjadikannya sebagai alasan untuk terus berselisih di
antara satu sama lain. Perbezaan ini sepatutnya menjadikan masyarakat
tersebut bertambah mantap ikatan antara mereka (Jaffary 2001; Shamsul
Amri 2012; Wan Suhaimi & Mohd Fauzi 2007). Kepelbagaian dan
perbezaan bukanlah penghalang kepada perpaduan sebaliknya ia perlu
dianggap keunikan dan keistimewaan dalam sesebuah negara untuk saling
melengkapi dalam membina perpaduan sesama agama.
Islam sebagai sebuah agama yang syumul yang menggalakkan
perpaduan dalam kepelbagaian agama dan bangsa. Perkara ini dijelaskan
oleh Allah s.w.t dalam Surah al-Hujurat (49: 13) (Aman et al., 2018):

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki
dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-
suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling di mulia antara kamu di sisi
Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Teliti”.

Ayat ini secara jelas menunjukkan bahawa kemajmukan manusia ini


sebagai asas kepada interaksi dan kerjasama antara agama dan kaum.
Islam juga menolak elemen-elemen pengasingan yang boleh membawa
kepada konflik sesama manusia (Muhammad Nazmi & Jaffary, 2016). Ini
menunjukkan bahawa kepelbagaian itu sepatutnya mendekatkan sesama
manusia itu umpama magnet yang berbeza kutub utara dan selatan mampu
merapatkan sesama sendiri. Di sebalik perbezaan yang wujud dalam setiap
agama, terdapat banyak persamaan yang dapat dikongsi bersama oleh
semua anggota masyarakat terutamanya dalam persoalan yang berkaitan
dengan moral dan etika seperti berintegriti, menepati masa, beramanah,
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 93

persaudaraan sejagat dan sebagainya (Shamsul Amri 2012; Aman et al.,


2018). Justeru, tidak semestinya dalam masyarakat itu akan sentiasa
berbeza, kerana mereka boleh bersepakat dalam perkara lain yang ada
padanya titik sepunya.

PERPADUAN ANTARA AGAMA DI MALAYSIA

Dalam konteks Malaysia, keharmonian kepelbagaian agama dan bangsa


yang terjalin dalam masyarakat majmuk sering diuji dengan isu-isu agama
dan kaum. Islam sentiasa menjadi sasaran dan sering dipersalahkan dalam
isu-isu yang melibatkan agama-agama. Namun, Islam sebagai sebuah
agama rahmah telah memperkenalkan pelbagai peraturan dan nilai sejagat
untuk menjamin keharmonian ini terus berkekalan. Islam meraikan nilai-
nilai seperti kemerdekaan, kasih sayang, toleransi dan persaudaraan yang
merupakan fitrah kemanusiaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada
setiap makhluk-Nya. Dengan nilai-nilai sejagat ini, manusia membina
hubungan sesama mereka walaupun berbeza agama, fahaman, bahasa,
sosial, budaya dan etnik (Khadijah & Mohd Herzali 2008).
Banyak isu agama yang berlaku yang telah menguji tahap kesabaran
dan toleransi dalam kalangan penganut-penganut agama. Di samping
keagamaan, ia juga melibatkan isu perkauman lantaran ia tidak dapat lari
daripada dikaitkan dengan kaum-kaum tertentu. Keadaan ini menjadi lebih
ketara lagi terutamanya apabila timbulnya isu murtad dalam kalangan
orang Islam. Terdapat pihak-pihak tertentu yang berani mempertikaikan
Perlembagaan Persekutuan khususnya membabitkan isu hak asasi dan
kebebasan beragama (Khadijah, Mohd Herzali 2008). Walaupun
Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Artikel 11 sebagai asas
untuk kebebasan beragama, namun pelbagai masih terdapat isu yang
timbul. Islam dituduh menghalang hak asasi manusia untuk bebas memilih
agama dan anutan yang mereka sukai.
Banyak isu agama yang berlaku yang menguji tahap perpaduan dalam
kalangan penganut-penganut pelbagai agama. Antaranya ialah peristiwa
Natrah pada tahun 1950 (Fatini, 2010), isu penggunaan kalimah Allah
pada 31 Disember 2007 (Mohd Aizam, 2008) dan sebagainya yang
memerlukan kepada satu usaha yang berterusan untuk memastikan
pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu dapat
94 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

diwujudkan dalam masyarakat. Usaha ini wajar dilaksanakan dengan


proaktif dengan kerjasama antara semua pihak yang berkuasa dan
masyarakat pelbagai bangsa bagi mengekalkan dan mengukuhkan lagi
perpaduan bangsa Malaysia (Khadijah & Mohd Herzali, 2008). Dalam hal
ini, setiap anggota masyarakat harus menjaga sensitiviti agama-agama lain
kerana sebarang percakapan atau tindakan yang dilihat menghina agama
lain boleh menimbulkan perasaan tidak senang dalam masyarakat (Aman
et al., 2018).
Selain itu, ketidakfahaman masyarakat mengenai kedudukan dan
kehendak antara Melayu dan bukan Melayu, pemikiran yang bersikap syak
dan prejudis serta kejahilan mengenai agama dan budaya lain juga boleh
membawa kepada suasana yang tidak harmoni dalam negara. Oleh kerana
itu, menurut Muhammad Nazmi & Jaffary (2016), pembinaan sebuah
negara bangsa yang bertoleransi serta bersatu padu bukanlah suatu perkara
yang mudah untuk dicapai kerana terdapat halangan dan cabaran yang
perlu dilalui terlebih dahulu (Aman et al., 2018). Namun, ia bukanlah
penghalang kepada aspek perpaduan yang ingin dicapai atau dikekalkan.
Untuk itu, salah satu usaha murni yang perlu diambil perhatian ialah
berkaitan sistem pendidikan negara. Ia memainkan peranan yang penting
untuk memperkukuh perpaduan pelbagai etnik dan agama dalam kalangan
pelajar di universiti. Suasana institusi pendidikan seperti sekolah dan
universiti menjadi medan terbaik untuk mereka menyesuaikan diri dengan
pelajar daripada pelbagai etnik dan agama. (Suresh Kumar, 2017). Justeru,
aspek pendidikan khususnya di universiti-universiti awam (UA) harus
dititikberatkan dengan menawarkan kursus-kursus yang mampu menarik
minat para pelajar untuk berinteraksi sesama mereka meskipun berbeza
agama dan budaya. Antara kursus yang dilihat dapat melaksanakan agenda
ini ialah menerusi penglibatan seseorang individu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ilmu perbandingan agama (Wan Mohd Fazrul Azdi et
al. 2015; Aman et al., 2018). Justeru, sesebuah masyarakat majmuk amat
memerlukan kepada silibus pendidikan seperti kursus perbandingan agama
agar mampu menangani isu-isu perpaduan antara agama dan kaum.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 95

KURSUS PERBANDINGAN AGAMA DI FKI UniSZA

Pada tahun 1980, Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Y.A.B.


Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad selaku Menteri
Besar Terengganu ketika itu telah menubuhkan Kolej Ugama Sultan
Zainal Abidin (KUSZA) di Gong Badak, Kuala Terengganu.
Penubuhannya telah memartabatkan pendidikan berorientasikan Islam di
Terengganu khususnya dan Malaysia amnya. KUSZA telah melahirkan
ramai ilmuan yang telah memberi sumbangan besar kepada negara
terutamanya dalam pembangunan modal insan. Pada tahun 2006, KUSZA
telah digantikan dengan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) sebelum
ditukar kepada Universiti Sultan Zainal Abidin pada 13 Mei 2010 melalui
Perintah Universiti Darul Iman Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010.
Dengan pewartaan ini, sekali lagi mengabadikan nama Sultan Zainal
Abidin yang alim, berperibadi mulia serta berjiwa rakyat pada sebuah
Universiti Awam. (Panduan Prasiswazah, 2016).
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal
Abidin telah diperakukan penubuhannya oleh Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) mulai Julai 2006 dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pendidikan Tinggi Bil. 9/2006 pada 19 Disember 2006. FKI merupakan
kesinambungan dari gabungan tiga buah Sekolah Pengajian era KUSZA
iaitu Sekolah Pengajian Islam (SPI), Sekolah Pengajian Umum (SPU) dan
Sekolah Pengajian Pendidikan (SPP) yang digabungkan dalam satu fakulti.
Kombinasi tiga bidang ini iaitu dalam bidang Pengajian Islam, Sains
Sosial dan Pendidikan diharap dapat mewujudkan alternatif untuk
menyelesaikan isu-isu semasa yang bersifat kontemporari, kritis dan
kreatif (Panduan Prasiswazah, 2016).
FKI diketuai oleh seorang Dekan dengan dibantu oleh tiga orang
Timbalan Dekan dan empat orang Ketua Pusat Pengajian. Pusat-Pusat
Pengajian di FKI yang telah diluluskan oleh Senat Universiti ialah Pusat
Pengajian Syariah, Pusat Pengajian Usuluddin,Pusat Pengajian al-Quran
dan al-Sunnah dan Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah dan Peradaban
Islam. Terdapat tiga orang penyelaras yang dilantik untuk membantu
Pengurusan Fakulti iaitu Penyelaras Data dan Jaringan Industri,
Penyelaras Jaminan Kualiti dan e-Pembelajarandan Penyelaras Program
Pensiswazahan Guru (PPG). Fungsi teras FKI adalah berkaitan dengan
96 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perundingan serta khidmat


masyarakat. Bagi merancakkan lagi pembangunan modal insan kepada
seluruh warganya, FKI amat komited untuk terus berusaha membuat
perancangan strategik bagi merekayasakan dan mempertingkatkan budaya
kerja berprestasi tinggi, kreatif dan inovatif dalam aktiviti-aktiviti terasnya
(Panduan Prasiswazah, 2016).
Secara umumnya, kursus Perbandingan Agama ditawarkan oleh dua
fakulti di UniSZA iaitu Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan
(PUPL) dan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI). Di PUPL,
kursus ini ditawarkan kepada para pelajar yang bukan Islam sebagai
kursus wajib universitidi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
(MPU33402), manakala FKI pula menawarkannya kepada pelajar
Muslimdi lima program iaituIjazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan
Kepujian (USI 31303), Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan
Kaunseling Dengan Kepujian (USI 31303), Diploma Pengajian Islam
(Usuluddin) (USD 21303),Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah)
(DWI 31503) dan Diploma Pengajian Islam (Dakwah) (DWD 20603)
(Aman et al., 2018). Artikel ini hanya memfokuskan kepada peranan FKI
UniSZA dalam aspek pendidikan menerusi penawaran kursus.

Ringkasan proforma kursus tersebut adalah seperti berikut (Aman et al.,


2018):

PROGRA TAKSONOM
CLO PENILAIAN %
M FKI I BLOOM
1. Membincangkan
konsep agama
Diploma samawi dan
(USD21303 wadh’i dan Kuiz 4
C2
)& kepentingannya 0
(DWI20603 dari aspek ilmu
) perbandingan
agama.
2. Membandingkan Peperiksaan 4
A3
aspek-aspek Akhir 0
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 97

utama dalam
agama-agama
dunia dengan
agama Islam.
3. Menghuraikan
pandangan
Islam terhadap
Tugasan &
penyelewengan 2
C4 Pembentanga
dan kebatilan 0
n
agama-agama
selain agama
Islam.
1. Membincangkan
konsep agama
samawi dan
wadh’i dan 2
C3 Ujian
kepentingannya 0
dari aspek ilmu
perbandingan
agama.
2. Membandingka
ISM n aspek-aspek
(USI31303) utama dalam Peperiksaan 5
C5
& agama-agama Akhir 0
(DWI31503 dunia dengan
) agama Islam.
3. Menghuraikan
pandangan
Islam terhadap
Tugasan &
penyelewengan 3
C6 Pembentanga
dan kebatilan 0
n
agama-agama
selain agama
Islam.

Rajah 1: Proforma Kursus Perbandingan Agama FKI


98 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Senarai rujukan bagi pengajian peringkat diploma dan ijazah bagi


kursus ini menekankan pendedahan ilmu berkenaan konsep kepelbagaian
agama seperti berikut:

a. Al-Imam Muhammad Abu Zuhrah (t.t), al-Diyanat al-Qadimah, Dar


al-Fikr al-’Arabi.
b. Hamam Hasyim al-Alusi (2001), al-Sikh Fi al-Hind, al-Qahirah : Dar
al-Dauliyyah Li al-Istimarat al-Thaqafiyyah.
c. Dr. Al-Syafi’ al-Mahi Ahmad (2001), Zaradast wa al-Zaradastiyyah,
Kuwait : Majlis al-Nasr al-Ilmi.
d. Dr. Sa’ud bin Abd al-Aziz al-Khalf (1997), Dirasat fi al-Adyan al-
Yahudiyyah wa al-Nasraniyyah, Riyadh : Maktabah Adwa’ al-Salaf.

Pada aspek hasil pembelajaran, merujuk kepada Standard Program


Pengajian Islam (2014), ia adalah kompetensi yang dicapai pelajar dan
boleh diukur sebagai hasil aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran
adalah termasuk sesuatu pelajaran, kursus atau program pengajian secara
keseluruhan. Apabila pelajar melengkapkan aktiviti pembelajaran seperti
kursus, mereka biasanya akan memperoleh sesuatu yang sebelumnya tidak
ada pada seperti pengetahuan, kesedaran, kefahaman, kemahiran dan
kecekapan baru. Dengan menentukan hasil pembelajaran daripada awal
lagi, pelajar akan mendapat gambaran yang jelas tentang standard yang
sepatutnya dicapai apabila selesai aktiviti pembelajaran. Justeru, hasil
pembelajaran yang dirangka untuk kursus Perbandingan Agama yang
ditawarkan oleh UniSZA juga seharusnya mencapai target yang
diharapkan. Untuk mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki, ia
bergantung kepada penilaian yang diaplikasikan dalam pembelajaran
kursus tersebut. Melihat kepada hasil pembelajaran yang pertama (CLO1)
dalam pro forma FKI, perkara yang diberi penekanan adalah lebih kepada
memperkenalkan asas-asas dalam kepelbagaian agama yang merangkumi
konsep agama samawi dan wad’i serta kepercayaan-kepercayaan lain
seperti adat, mistik, tahyul dan khurafat. Penekanan ini dapat dilihat
dalam kedua-dua peringkat diploma dan ijazah sarjana muda (Aman et al.,
2018).
Dalam CLO2 pula, hasil pembelajaran kursus ini menekankan aspek
perbandingan. Di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda, elemen-
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 99

elemen perbandingan yang difokuskan adalah aspek-aspek kepercayaan,


pengasas, kitab suci, perayaan dan ibadat dalam agama-agama dunia
seperti Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Taoisme, Konfusius dan
Zarathustra. Dalam hasil pembelajaran ketiga (CLO3) pula, ia
menekankan untuk melahirkan pelajar yang dapat menghuraikan
pandangan Islam terhadap agama-agama lain. Hasil pembelajaran yang
ingin dicapai ialah wujudnya interaksi dan nilai-nilai beragama dalam
kalangan para pelajar berbilang bangsa dan agama (Aman et al., 2018).
Berdasarkan ketiga-tiga hasil pembelajaran tersebut, jelas
menunjukkan bahawa fakulti ini lebih kepada domain kognitif dan afektif
mengenai asas-asas semua agama yang diajar. Manakala hasil
pembelajaran dalam CLO3 pula memerlukan pelajar untuk berinteraksi
dengan pelajar lain yang berlainan agama. Walaupun begitu, tercapainya
domain ini bergantung kepada bentuk penilaian yang diguna pakai dalam
pembelajaran tersebut. Justeru, pemilihan aspek penilaian perlu diberi
perhatian untuk memastikan hasil pembelajaran yang diharapkan itu
tercapai (Aman et al., 2018).
Pada aspek penilaian kursus, menurut Kerangka Kelayakan Malaysia
(2013), ia adalah satu proses mencari bukti bahawa pelajar yang berjaya
menamatkan sesuatu kursus atau bergraduat dari sesuatu program yang
ditawarkan oleh Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) telah mencapai tahap
prestasi atau kecekapan yang ditetapkan dalam LO. Dalam Standard
Program Pengajian Islam (2014), penilaian pelajar merupakan satu aspek
yang cukup penting dalam jaminan kualiti disebabkan ia mampu
mendorong pembelajaran. Ia merupakan salah satu langkah yang amat
berguna untuk menunjukkan pencapaian hasil pembelajaran. Hasil
penilaian ini juga merupakan asas penganugerahan kelayakan. Justeru,
kaedah penilaian pelajar perlulah jelas, konsisten, berkesan, dipercayai
serta selari dengan amalan-amalan terkini dan mesti secara jelas
membantu pencapaian hasil pembelajaran (Aman et al., 2018).
Dalam konteks penilaian terhadap kursus perbandingan agama yang
diamalkan di FKI, secara umumnya terbahagi kepada tiga bentuk penilaian
iaitu kuiz (ujian), peperiksaan akhir dan projek (tugasan dan
pembentangan). Untuk CLO yang taksonomi bloomnya adalah kognitif
dan afektif, bentuk penilaian yang digunakan ialah kuiz (ujian) dan
peperiksaan akhir. Bentuk penilaian ini dapat dilihat dalam CLO1 dan
100 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

CLO2yang mewakili 70% hingga 80% markah. Manakala 20% hingga


30% lagi dinilai dalam CLO3 melalui projek yang merangkumi tugasan
dan pembentangan. Ini menunjukkan bahawa peratusan yang tinggi bagi
penilaian yang berbentuk ujian dan peperiksaan akan mendorong pelajar
mengulang semula maklumat atau meluahkan fakta. Ini akan
menyebabkan pelajar akan hanya belajar untuk menghasilkan semula
maklumat, berbanding mengaplikasikan nilai-nilai perpaduan beragama
dalam kehidupan mereka. Oleh kerana itu, peratusan yang rendah (20%-
30%) dalam penilaian yang berbentuk projek, tugasan atau pembentangan
berbaloi sekiranya ia berjaya melaksanakan hasil pembelajaran yang
terdapat dalam CLO3 tersebut (Aman et al., 2018).

ELEMEN PERPADUAN ANTARA AGAMA DALAM KURSUS

Elemen perpaduan antara agama telah diberi penekanan dalam kursus ini.
Di antara ketiga-tiga CLO yang terdapat dalam kursus ini, CLO3 yang
berjumlah 20% hingga 30% dari keseluruhan penilaian kursus boleh
dianggap sebagai CLO yang mengandungi elemen perpaduan agama yang
ingin dicapai oleh para pelajar. Ini kerana melalui hasil pembelajaran yang
ketiga (CLO3) ini, para pelajar diharapkan dapat mengaplikasikan nilai-
nilai beragama, hormat-menghormati dalam masyarakat majmuk di
Malaysia serta dapat menghuraikan pandangan Islam terhadap agama-
agama lain (Aman et al., 2018). Walau bagaimanapun, untuk
mengaplikasikan nilai-nilai perpaduan beragama dan memberikan
pandangan terhadap agama lain sukar untuk dilaksanakan kecuali melalui
proses interaksi pelbagai penganut agama yang berbeza.
Bilik kuliah bukanlah satu-satunya faktor yang membantu pelajar
bukan Muslim untuk berinteraksi dengan pelajar Muslim. Ini kerana FKI
menawarkan kursus ini kepada pelajar Muslim sahaja. Dengan itu, tidak
berlakunya percampuran antara pelajar bukan Muslim dan Muslim dalam
kursus ini yang memungkinkan berlakunya interaksi antara mereka.
Penilaian terhadap CLO3 dalam bentuk tugasan dan pembentangan tidak
memberi ruang untuk pelajar Muslim untuk berinteraksi dengan pelajar
bukan Muslim. Walaupun begitu, kelompangan elemen interaksi dalam
kursus perbandingan agama di FKI dapat ditampung dengan dua aktiviti
lain. Pertama ialah aktiviti lawatan pelajar ke rumah ibadat agama-agama
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 101

selain Islam yang terdapat di Malaysia. Program ini dilaksanakan pada


setiap semester yang ditawarkan kursus ini dan ia tercatat dalam proforma
kursus sebagai salah satu silibus bagi kursus tersebut. Para pelajar diberi
peluang untuk berinteraksi dengan wakil-wakil agama lain mengenai
agama-agama yang dipelajari dalam bilik kuliah. Program ini boleh
dianggap sebagai aktiviti ‘turun padang’ untuk mendapat maklumat secara
terus dari penganut agama-agama lain (Aman et al., 2018). Dengan cara
ini, nilai-nilai perpaduan akan mudah terlaksana dalam kalangan mereka.
Aktiviti kedua ialah aktiviti yang berasingan dari kursus asal namun
ia saling membantu untuk memperkasakan kajian tentang kepelbagaian
agama yang mempunyai nilai perpaduan. Penulisan latihan ilmiah yang
memberi peluang kepada para pelajar untuk memilih tajuk-tajuk berkaitan
dengan perbandingan agama. Dengan memilih tajuk dalam bidang ini,
para pelajar dapat mendapatkan data melalui metode temu bual dan
mengedarkan soal selidik kepada pelajar bukan Muslim untuk mengetahui
pandangan dan kefahaman mereka terhadap satu-satu isu agama (Aman et
al., 2018). Ia dapat membentuk nilai perpaduan menerusi interaksi antara
pelajar Muslim dan bukan Muslim mengenai isu-isu agama. Antara contoh
latihan ilmiah (IRF 4043) yang telah selesai ditulis di peringkat Ijazah
Sarjana Muda ialah semester 2, 2016/2017:

a. Interaksi Sosial Antara Masyarakat Islam Dan Buddha Di Kelantan.


b. Konsep Syurga Dan Neraka Menurut Islam Dan Hindu.
c. The Concept Of Prophetodd In Islam And Judaism : A Comparative
Study.
d. Kebebasan Beragama: Kajian Perbandingan Di Antara Islam Dengan
Kristian.
e. Kefahaman Terhadap Konsep Manusia Pertama: Kajian
Perbandingan Antara Pelajar Islam Dan Non Muslim Di UniSZA.
f. Persepsi Orang Bukan Islam Terhadap Solat Dalam Islam : Kajian
Terhadap Pelajar Bukan Islam UniSZA.
g. Persepsi Pelajar Bukan Islam Di UniSZA Terhadap Kitab Suci Al-
Quran.
h. Persepsi Konsep Kenabian Rasulullah S.A.W Dalam Kalangan Non
Muslim Di UniSZA.
102 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

i. Konsep Malaikat Dan Angel : Satu Kajian Perbandingan Menurut


Agama Islam Dan Kristian.
j. Konsep Dosa Warisan Dalam Agama Kristian Dari Perspektif Agama
Islam.
k. Metodologi Mujadalah Dengan Golongan Bukan Islam Menurut Dr
Zakir Naik.
l. Hak Asasi Manusia: Kajian Perbandingan Menurut Islam Dan
Perspektif Barat.
m. Unsur-Unsur Ketuhanan Di Dalam Filem God Of Egypt : Kajian
Menurut Pandangan Islam.

Manakala, antara contoh latihan ilmiah (IRF 4043) yang telah


selesai ditulis di peringkat Ijazah Sarjana Muda ialah semester 2,
2017/2018:

a. Perbandingan Konsep Ketuhanan Menurut Islam Dan Zoroaster.


b. Ketuhanan Antara Islam Dan Kristian Menurut Sheikh Ahmad
Deedat.
c. Konsep Ketuhanan Menurut Ahli Falsafah Islam Dan Barat.
d. Hak Asasi Manusia Menurut Perspektif Agama Islam Dan Buddha.
e. Isu Dan Kefahaman Dalam Kalangan Pelajar UniSZA Bukan Islam
Terhadap Kalimah Allah Dalam Bible.
f. Konsep Jihad Dalam Islam Dan Perang Salib Dalam Kristian.
g. Konsep Uluhiyyat: Suatu Kajian Perbandingan Antara Islam Dan
Yahudi.
h. Nabi Isa As: Perbezaan Kalimatullah Dalam Islam Dan Teologi
Kristian.
i. The Concept Of Divinity In Christianity And Hinduism : A
Comparative Study.

KESIMPULAN

Kursus perbandingan agama di UniSZA telah menekankan elemen


perpaduan seperti interaksi, dialog, perkongsian nilai sepunya dan saling
mengenali sesama agama. Ia ditekankan dalam silibus pengajian kursus
menerusi pengajaran berkitab, tugasan dan penilaian ujian pelajar.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 103

Program lawatan ke rumah ibadah agama lain dan tugasan latihan ilmiah
dapat mengukuhkan kefahaman tentang kepelbagaian agama yang
kemudiannya agama mendorong kepada perpaduan antara agama
menerusi nilai toleransi dan seumpamanya. Di samping itu, ia perlu
kepada penambahbaikan khususnya dari aspek penilaian kursus bagi
melahirkan elemen interaksi agama antara pelajar bukan Muslim dan
Muslim terutamanya dalam bidang perbandingan agama. Selain itu, pro
forma kursus juga memerlukan kepada pemurnian dan semakan semula
agar taksonomi bloom yang dipilih mewakili CLO-CLO yang dirangka
dan ia dapat dinilai dengan penilaian yang sesuai. Memandangkan kursus
ini merupakan satu wadah untuk membentuk perpaduan beragama dalam
kalangan masyarakat Muslim dan bukan Muslim terutamanya para pelajar,
maka seharusnya dianggap sebagai fardu kifayah yang mana ia akan
sentiasa dititikberatkan lantaran jika tiada wakil mempelajarinya, ia
menyebabkan elemen dosa pada pandangan Islam. Justeru, ia perlu
sentiasa diberi perhatian untuk dinilai dari masa ke masa.

PENGHARGAAN

Makalah ini berkaitan dengan projek Skim Geran Penyelidikan


Fundamental (FRGS) iaitu FRGS/1/2018/SSI03/UNISZA/02/3, kod
projek RR269 di bawah tajuk Pembinaan Model Toleransi Beragama
Berasaskan Teori al-Shahrastani dalam Kitab al-Milal wa al-Nihal.
Penghargaan khusus kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menaja dan menyokong
kajian ini.

RUJUKAN

Aman Daima Md. Zain et al. 2018. "Kursus Perbandingan Agama Dan
Interaksi Antara Agama Di Unisza: Satu Tinjauan Awal". Dalam
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti
Awam 2018, Penyunting: Rahimah Embong et al. h. 937-944.
Fatini Yaacob. 2010. Natrah (1937-2009), Cinta, Rusuhan, Airmata,
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
104 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Jaffary Awang. 2001. "Perpaduan dan Komposisi Masyarakat dari


Perspektif Ibn Khaldun". Jurnal Usuluddin 14: 23-32.
Kerangka Kelayakan Malaysia, http://www2.mqa.gov.my/QAD/bm/type
s5.cfm, diakses pada 19 Januari 2019.
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali & Mohd Herzali Mohd Haled. 2008.
"Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan Kepada
Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia". Jurnal Usuluddin
27: 81-92.
Khairul Azhar Meerangani, et al. 2018. "Prinsip Asas Interaksi Inter-
agama di Malaysia Menurut Perspektif Islam". Prosiding Kolokium
Penyelidikan Kebangsaan 2018, Kolej Universiti Islam Melaka, h.
872 -885.
Mohd Aizam bin Mas’od. 2008. "Hujah Menolak Penggunaan Kalimah
‘Allah’ oleh Kristian", Jurnal Penyelidikan Islam, Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia, Bil. 21, Kuala Lumpur : Percetakan Nasional
Malaysia Berhad.
Muhammad Nazmi Abd Halim & Jaffary Awang. 2016. "Tahap Persepsi
Muslim Dan Non-Muslim Mengenai Hubungan Interaksi Antara
Agama: Kajian Tinjauan Di Negeri Kedah Dan Selangor". Journal of
Social Sciences and Humanities.e-Bangi 11 (2) : 104-124.
Panduan Prasiswazah, Sesi Akademik 2016/2017, Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam.
Sayuti, Rusimah et al. 2004. "Kajian Hubungan Kaum di Kalangan Pelajar
Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia". In:
Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme
(SIVIC 2004), September 2004, Hotel City Bayview Langkawi, h. 4-6.
Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Skudai: Penerbit UTM Press.
Standard Program Pengajian Islam. 2014. Petaling Jaya: Agensi
Kelayakan Malaysia.
Suresh Kumar, N. V. 2017. "Implikasi Budaya dan Agama ke atas
Interaksi Antara Etnik dalam Kalangan Murid Sekolah di Malaysia".
Journal of Social Sciences and Humanities.e-Bangi 12( 2): 272-286.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 105

Wan Mohd. Fazrul Azdi, et al. 2015. "Kepentingan Ilmu Perbandingan


Agama dalam Modul Pengurusan Mualaf di Negeri Sembilan:
Analisis Perspektif Da'i dan Mad'u". USIM: Jurnal Pengurusan dan
Penyelidikan Fatwa. 6: 65-85.
Wan Suhaimi Wan Abdullah & Mohd Fauzi Hamat. 2007. Konsep Asas
Islam dan Hubungan Antara Agama. Jabatan Akidah dan Pemikiran
Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
106 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Pengkajian Terhadap Kitab Pati Rahsia yang


Didakwa Disusun oleh Nik Mahmud
bin Haji Nik Ismail (Dato’ Perdana
Menteri Paduka Raja) Kelantan
Darul Naim
AMINI AMIR ABDULLAH

ABSTRAK

Kertas ini membincangkan mengenai Kitab Pati Rahsia yang didakwa disusun
oleh al-Fadhil Ustaz Datuk Paduka Haji Nik Mahmud bin Ismail, Dato’ Perdana
Menteri Paduka Raja, orang yang paling berpengaruh di Kelantan suatu masa
dahulu. Kitab Pati Rahsia dikenali juga di kalangan orang awam dan pengamal
perubatan tradisional dan sebagai Kitab Peti Rahsia. Kitab yang berada pada
tangan pengkaji telah mengalami pengubahsuaian. Kitab ini diperolehi daripada
Madrasah al-Quran Tok Kadok, Batu 5, Kampong Bandar, 16600 Pulai
Chondong, Kelantan. Naskah buku ini tidak dinyatakan penerbitnya, tetapi
dinyatakan tahun penerbitannya iaitu 2002. Dikatakan bahawa penulisan kitab
Pati Rahsia disempurnakan pada 1hb Rejab 1363 Hijriyyah. Terdapat beberapa
versi kitab ini. Dipercayai ia pada asalnya dicetak di Kelantan dalam bentuk
tulisan Jawi. Penerbit asalnya tidak diketahui. Metodologi penyelidikan yang
digunakan oleh pengkaji dalam mengkaji buku ini ialah analisis kandungan. Pada
asasnya buku ini merupakan sebuah kitab Mujarobat yang mencampur-adukkan
di antara amalan-amalan yang boleh diterima dalam Islam dengan amalan yang
bertentangan dengan Islam seperti pembacaan ayat al-Quran, awrad, isim, wirid,
doa, zikir, wafak dan seumpamanya.

Kata kunci: Kitab Pati Rahsia, Analisis kandungan, kitab Mujarobat Melayu,
tamadun Melayu, Nik Mahmud bin Ismail.

PENGENALAN

Alhamdulillah, berkat kepesatan teknologi maklumat dan internet di era


globalisasi ini, semua maklumat berada di hujung jari. Namun demikian,
pengkaji juga telah ke Perpustakaan Awam Negeri Kelantan, Kota Bahru,
Kelantan untuk mencari maklumat berkaitan dengan penyelidikan ini.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 107

Sikap berhati-hati dalam menyemak dan meneliti kitab ini diambil kerana
menghormati ulama besar seperti al-Fadhil Ustaz Datuk Paduka Haji Nik
Mahmud bin Ismail, Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja, orang yang paling
berpengaruh di Kelantan suatu masa dahulu.
Di samping pengkajian dan komentar, penghargaan harus diberikan kepada
Ustaz Nik Mahmud kerana kebolehannya menguasai bahasa Arab dan
menterjemah karya-karya Arab ke dalam bahasa Melayu. Kata beliau:
“Sungguhpun kitab ini diterjemahkan daripada kitab-kitab yang terbilang dan
yang panjang syarahnya tetapi tidaklah diterjemah sampai menghabisi syarahan
syarahan yang ada di dalam kandungan (sic) ibunya yang asal itu kerana takut
jatuh kitab ini ke dalam tangan as-sufaha’. Hanya disebut sekadar yang boleh
jadi perubahan hati dan punca peringatan jiwa” (hal. 181). Kitab-kitab yang
beliau terjemahkan itu memang benar keterbilangannya, tetapi bukan kerana
kandungan ilmiahnya bahkan kerana kesesatan dan keterpesongannya.

LATAR BELAKANG PENYUSUN KITAB PATI RAHSIA

Nama sebenarnya ialah Nik Mahmud bin Haji Nik Ismail. Ayahnya bernama Haji
Nik Ismail bin Haji Mahmud. Datuknya bernama Cik Seman. Ibunya bernama
Wan Aisyah binti Wan Osman. Beliau mempunyai lebih daripada seorang isteri.
Nik Mahmud mempunyai 3 orang anak bersama dengan isterinya yang bernama
Wan Aisyah binti Muhammad Said. Anak-anak tersebut ialah Nik Ahmad Kamil,
Nik Mustapha Fadzil dan Nik Zainab. Selain itu, Nik Mahmud juga mempunyai
anak-anak yang lain bersama isteri-isterinya yang lain. Wan Aisyah membawa
Nik Mahmud dan tiga orang anaknya yang lain ke Mekah pada tahun 1898M
iaitu setelah Nik Mahmud meninggal dunia pada tahun tersebut. Syeikh Ahmad
al-Fatani pula menerima Nik Mahmud untuk dipelihara. Dengan erti kata lain,
Nik Mahmud telah dibela oleh Syeikh Ahmad al-Fatani setelah ayahnya
meninggal dunia pada 1898M (1315H).
Nik Mahmud telah dilantik sebagai Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja
Kelantan mulai 29 April 1921. Datuk Nik Mahmud meninggalkan jawatannya
pada 27 Disember 1945, Beliau diganti oleh anaknya Nik Ahmad Kamil hingga
tahun 1953. Beliau menjadi Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja selama 23 tahun.
Ayahnya merupakan guru utamanya dalam pengajian Islam di Kelantan.
Ayahnya, Haji Nik Wan Ismail adalah sahabat Syeikh Ahmad al-Fatani. Kedua-
duanya adalah ulama yang terkenal. Dikatakan juga bahawa Wan Ahmad bin
Wan Muhammad Zin Mustafa al-Fatani adalah gurunya. Syeikh Ahmad al-Fatani
pula mendidik Nik Mahmud dalam bidang seni kebatinan dan seni
mempertahankan diri. Dipercayai beliau juga diajarkan ilmu perubatan
108 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

tradisional. Syeikh Ahmad al-Fatani juga bertanggungjawab menghantar Nik


Mahmud ke Mesir untuk belajar ilmu agama.
Beliau juga adalah penggiat dalam Majlis Agama Islam Kelantan iaitu
majlis agama yang pertama di Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1915
(Nashimah Ahmad, 2007: 103). Beliau juga turut menyumbang kepada
penubuhan majlis itu (Sa’ad Shukri et. al, 1971: 121).
Beliau pernah dilantik sebagai anggota sidang pengarang majalah Pengasuh
pada tahun 1918. Tok Kenali, sahabat baiknya adalah Ketua Pengarang pada
ketika itu (Alias Mohamed, 1984: 28).
Tokoh lain yang menjadi sahabat beliau ialah Tuan Guru Haji Abdullah
Tahir Bunut Payung (1897-1961). Sebelum Tuan Guru ini membuka pondok di
Bunut Payung, beliau pernah diajak oleh Dato’ Paduka Nik Mahmud untuk
pulang dari Makkah dan mengajar di Masjid Muhammadi bersama Tok Kenali
(Abdul Razak Mahmud, 2005: 148). Beliau juga adalah rakan kepada Dato’
Laksamana Hj. Mohamed bin Khatib Hj. Mohamed Said (1889-1939) (Ibid: 189).
Tuan Guru Haji Yusof Kenali Kelantan.
Karangan-karangannya yang lain ialah seperti Kitab Perbendaharaan
Mustika (1946), Cetera Kelantan (yang kontroversial), Cahaya Purnama (1918)
dan Tajuk Kemuliaan (1931) dan didakwa beliau adalah penulis Kitab Pati
Rahsia (1946). Beliau meninggal dunia pada 1384H bersamaan 1964M.

LATAR BELAKANG PERSEKITARAN ZAMAN

Pada abad ke 19, di Semenanjung Tanah Melayu sudah kedapatan tetapi tidak
meluas ilmu-ilmu tradisional Melayu, ilmu kebatinan dan ilmu perubatan
tradisional seperti Kitab Tibb (yang berbagai versi), petua dan azimat, Kitab
Adab, ta’bir mimpi, petua, azimat, ramalan, mantera, isim, firasat dan lain-lain
lagi.
Malahan pada ketika itu, sudah wujud juga kitab ramalan tentang:

i. Nahas segala bulan


ii. Ramalan bintang tujuh
iii. Ghalib dan Maghlub
iv. Rijal al-Ghaib; dan
v. Bintang celaka.

Buktinya terdapat satu koleksi manuskrip di Perpustakaan Negara Malaysia


bertarikh 1 Disember 1894M (2 Jamadil Thani 1312H, hari Jumaat) yang disalin
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 109

oleh Zainul Abidin bin Tuan Haji Raja Kecik bin al-Marhum Raja Senik bin al-
Marhum Raja Halim Abdul Latif.
Menurut Winstedt (1953) seorang sarjana yang banyak mengkaji mengenai
budaya dan perbomohan Melayu, beliau menyatakan bahawa flotsam dan jetsam
dari kitab Thalmud, karya-karya Gnostic, ilmu astrologi tamadun India dan
amalan-amalan ahli sihir India mempengaruhi amalan perbomohan Melayu. Ia
datang ke dunia Melayu melalui pihak ketiga dan bukan daripada sumber primer.
Pernyataan ini mungkin benar kerana dalam kitab Mujarobat Melayu
mengandungi berbagai amalan, rajah, nombor, angka, huruf yang dipercayai
berasal dari tamadun India. Namun demikian, pengkaji tidak menolak
kemungkinan yang lebih sahih bahawa ia berasal dari tamadun Hebrew atau
tamadun Greek. Pengkaji juga hampir pasti bahawa amalan menggunakan
nombor, angka, rajah dan huruf adalah pendekatan Pythagoras atau pengikutnya
yang hidup dalam tamadun Greek. Pythagoras atau pengikutnya yang hidup
dalam tamadun Greek kemungkinan mengambil daripada kitab-kitab Yahudi
dalam tamadun Hebrew. Lagipun menurut Burge (2003), ahli-ahli sihir daripada
bangsa Yahudi sering menggunakan rajah empat segi yang mengandungi angka-
angka tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu.

LATAR BELAKANG KITAB PATI RAHSIA

Kulit hadapan buku tertulis nama kitab iaitu (Kitab Pati Rahsia) dan di bawahnya
tertulis perkataan “Disusun oleh Haji Nik Mahmud bin Ismail (Dato’ Perdana
Menteri Paduka Raja)”. Ini jelas menunjukkan kitab ini bukannya dikarang oleh
Haji Nik Mahmud sebaliknya beliau hanya menyusun dan menterjemahkannya
sahaja. Kata Nik Mahmud: “Sungguhpun kitab ini diterjemahkan daripada kitab-
kitab yang terbilang dan yang panjang syarahnya tetapi tiadalah diterjemah
sampai menghabisi syarahan-syarahan yang ada di dalam kandungan ibunya
yang asal itu… Dengan limpah kurnia Tuhan Yang Maha Kuasa sempurnalah
terjemahan kitab ini pada 1 haribulan Rejab tahun 1363H” (hal. 181). Tahun
kitab ini diterbitkan ialah pada tahun 1946 ketika selepas tertewasnya Jepun
dalam Perang Dunia Kedua dan kembalinya British menguasai Tanah Melayu.
Kitab Pati Rahsia dikenali juga di kalangan orang awam dan pengamal
perubatan tradisional dan sebagai Kitab Peti Rahsia. Kitab yang berada pada
tangan pengkaji telah mengalami pengubahsuaian. Kitab Pati Rahsia edisi asal
terdapat dalam internet. Ia telah dicetak dalam bentuk edisi asal tanpa sebarang
syarah. Ia boleh dimuat turun daripada alamat: http://www.ziddu.com/down
load/18723684/PatiRahsiaEdisiAsal.pdf.html.
110 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Buku yang diserahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ini diterima
daripada Madrasah al-Quraan Tok Kadok, Batu 5, Kampong Bandar, 16600 Pulai
Chondong, Kelantan. Naskah buku ini tidak dinyatakan penerbitnya, tetapi
dinyatakan tahun penerbitannya iaitu 2002.Dikatakan bahawa penulisan kitab
Pati Rahsia disempurnakan pada pada 1hb Rejab 1363 Hijriyyah.
Terdapat beberapa versi kitab ini. Dipercayai ia pada asalnya dicetak di
Kelantan dalam bentuk tulisan Jawi. Penerbit asalnya tidak diketahui. Haji Daud
bin Haji Abu Bakar al-Ahmadi telah mencetak percetakannya yang ketiga
beralamat 3296-B, Jalan Tengku Petra Semerak, Kota Bharu, Kelantan, 1389
Hijrah/1969 Masihi manakala Nik Ahmad Kamil (Datuk Seri Setia Raja) bin Nik
Mahmud, telah membiayai percetakan ini ketika itu.
Pada asasnya buku ini merupakan sebuah kitab Mujarobat yang
mencampuradukkan di antara amalan-amalan yang boleh diterima dalam Islam
dengan amalan yang bertentangan dengan Islam seperti pembacaan ayat al-
Quran, awrad, isim, wirid, doa, zikir dan seumpamanya.
Buku ini didakwa telah diberikan kata pengantar oleh Muhammad Nur bin
Ibrahim pada 14 Jamadil Akhir 1320H bersamaan 15 Mei 1946M (Rabu)
(halaman vii). Beliau didakwa telah berkata: “Apakala telah dikurnia oleh Tuhan
Yang Maha Mulia menatapkan kitab yang bernama “Pati Rahsia”, saya dapati
apa yang saya faham daripada kandungannya, sangat bersetuju dan bersebetulan
dengan namanya dan kitab inilah – setahu saya – julung karangan yang baru
ditimbulkan ke alam Melayu dari lautan ilmu rahsia yang disimpan oleh Tuhan
pada kejadian-Nya…”.
Penterjemah buku ini juga iaitu Nik Mahmud Ismail telah mendakwa
bahawa ia telah memohon pengesahan dan kebenaran penerbitan Kitab Pati
Rahsia daripada Dato’ Lela Jasa, Setiausaha Majlis Agama Islam Kelantan dalam
surat yang bertarikh 28 Mei 1946 (halaman viii). Namun demikian, surat ini tidak
mempunyai sebarang tanda tangan. Antara lain beliau telah menyatakan:
“…harapkan Majlis tolong sahkan kitab ini supaya boleh cap bagi pergunaan
anak-anak negeri ini dan lain-lainnya. Saya harap boleh dapat kebenaran ini tidak
lewat 10 hari daripada tarikh ini dengan mendahului saya berbanyak- banyak
terima kasih adanya..”. Di sini telah timbul keraguan di mana hampir mustahil
pihak majlis memperaku dan mengesahkan buku ini dalam tempoh 10 hari
kerana isi kandungannya yang kompleks dan daripada sumber yang meragukan.
Pada halaman x, telah dicatatkan juga kata pengantar tanpa tanda tangan
daripada Haji Muhammad Ali Sollehuddin (didakwa sebagai murid tua al-
Marhum Tok Kenali). Surat ini bertarikh 10 Sya’ban 1365H (Selasa) dan tidak
bertanda tangan juga. Antara lain, beliau telah didakwa menegaskan: “…telah
saya tatap akan kitab “Pati Rahsia” karangan bagi Yang Amat Berhormat (Dato’
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 111

Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) daripada awalnya hingga akhirnya –


maka saya dapati apa-apa kandungan yang saya faham itu sangatlah bersetuju
dan berkenan. Dan saya percaya ini kitab akan digunakan oleh yang ramai –
betapa tidak? Kerana isinya sangat wangi dan rasanya sangat manis”.
Dalam satu surat balasan yang didakwa dihantar oleh Indra Petra, Yang
Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (Bilangan (3) dlm. m.a. 136/146
bertarikh 15 Jun 1946) dan didakwa ditandatangani oleh Raja Muda Kelantan,
antara lain didakwa dinyatakan: “Maka saya dengan sukacitanya memaklumkan
bahawa kitab yang tersebut itu sudahlah disahkan oleh Majlis Agama dan
diampuni oleh Duli Yang Maha Mulia al-Sultan pada 12 haribulan Jun 1946 serta
diluluskan Dato’ mengecapnya (sic) bagaimana maksud Dato’ itu dan bersama-
sama ini saya kembarkan balik naskah kitab yang termaklum itu diharapkan
Dato’ terima dengan selamatnya” (Halaman ix).
Buku ini sebenarnya bukan sebuah karya asli, tetapi merupakan terjemahan
dan dinaqal daripada beberapa kitab Arab iaitu:

i. Shams al-Ma‘arif
ii. Khazinat al-Asrar
iii. Mujarrabat al-Dayrabi
iv. al-Fuyudat al-Ilahiyyah; dan
v. al-Sirr al-Rabbani (hal. 1).

Setakat yang diketahui, kebanyakan kitab-kitab ini telah diharamkan di


Arab Saudi dan beberapa negara Timur Tengah yang lain. Sebagai contoh,
terdapat fatwa mengenai Kitab Shams al-Ma‘arif yang dikarang oleh Ahmad bin
Ali al- Buni. Syeikh Abdullah al-Jibrin menganggap kitab ini sebagai kitab
khurafat, kitab ajaran sihir dan perdukunan dan menjerumuskan orang ke dalam
perangkap kekufuran dan kesesatan.
Kaedah menggunakan rajah dan nombor begitu banyak digunakan oleh al-
Buni dalam kitabnya Shams al-Ma‘arif. Bahkan kitab-kitab Mujarobat di
Malaysia dan Indonesia seperti Tajul Muluk (Syeikh Abbas Acheh, 1266H)
Majmu Mujarobat Lengkap Asli Kesembuhan (Abdul Gani Asykur t.th.),
Terjemahan Mujarobat Lengkap (karya Abdul Ghoni Asykur Thohir t.th.),
memang banyak menggunakan rajah dan nombor. Dengan erti kata lain, kitab-
kitab di Malaysia dan Indonesia banyak yang terpengaruh dengan kitab Shams
al-Ma‘arif karya al-Buni. Kitab- kitab yang lain ialah seperti Siraj al-Zalam.
Begitu juga tafsiran mengenai empat elemen utama alam seperti air, api,
udara dan bumi adalah merupakan manifestasi daripada falsafah dan tamadun
Greek yang dipelopori oleh Empedocles (495-435 BCE –Sebelum Era Kristian).
112 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Orang- orang dalam tamadun Barat, Yahudi, India dan Cina sangat terpengaruh
dengan empat elemen ini (Lihat Lampiran 1). Menurut Clark (1953: 76-77)
Empedocles juga memberikan penjelasan mengenai pembentukan sistem solar,
asal usul kehidupan di planet ini, biologi dan proses-prosesnya.al-Buni juga
dikatakan pernah merujuk kepada karya-karya Plato, Aristotle, ahli sihir
Chaldean dan Hermes.
Banyak kandungan Kitab Pati Rahsia menyamai maklumat dalam kitab
Tajul Muluk. Kitab ini hanya wujud dalam tulisan Jawi versi klasik. Ia juga boleh
dimuat turun dalam http://www.tajulmuluk.com.my dan http://www.free webs.
com/atrakana1/kamarrasia.htm.
Kitab-kitab Mujarobat pada asalnya ditulis dan dicetak dalam tulisan Jawi.
Dipercayai kesemuanya merujuk kepada sebahagian besar kitab berbahasa Arab;
Shams al-Ma‘arif karya al-Buni dan al-Rahmah fi al-Tibb wa al-Hikmah yang
tidak diketahui pengarangnya. Para penerbit, pencetak, penjual dan oportunis
yang tidak bertanggungjawab telah mencetak rompak dan menjual dengan harga
yang murah kitab-kitab Mujarobat ini menyebabkan ianya menjadi popular dan
laris. Apatah lagi ramai belia dan dewasa bangsa kita yang berminat dengan ilmu
mistik, menyebabkan ianya menjadi semakin laku ibarat pisang goreng panas.
Apa yang lebih parah, ramai yang mengamalkannya tanpa sebarang guru dan
tunjuk ajar. Sementelahan pula, kitab-kitab ini sudah dikenali kesesatannya.
Pengkaji dengar ramai yang menjadi gila isim dan berpenyakit rohani kerana
mengamalkan ajaran songsang dalam kitab Mujarobat ini. Sesuai dengan
perkembangan zaman dan modenisasi, buku-buku Majarobat Melayu mengalami
transformasi daripada cetakan Jawi kepada cetakan Rumi. Teks-teks Jawi telah
dirumikan dan lebih serius teks-teks al-Quran juga telah dirumikan pada
beberapa tempat.
Sungguhpun kitab al-Rahmah fi al-Tibb wa al-Hikmah dinisbahkan kepada
Imam al-Suyuti, ia sebenarnya menggembar-gemburkan semata-mata dan tiada
sebarang bukti mengenainya. Bahkan, terdapat juga penulis kitab mujarabat yang
merujuk kepada karya berbahasa Urdu bertajuk Mujarrabat-i-Dirbi (Mujarabat
karya al-Dayrabi atau dalam bahasa Inggeris prescriptions) yang juga memetik
buku Shams al-Ma‘arif karya al-Buni. Kitab ini adalah terjemahan daripada
Kitab Mujarrabat al-Dayrabi yang diterjemahkan ke dalam bahasa Urdu. Amini
dan Alzasya (2011: 38) telah menjelaskan: “Semasa rejim pemerintahan
Dharmavama (991-1007 AD) di Pulau Jawa, dikatakan pendeta-pendeta Jawa
telah membawa pulang buku-buku rujukan Sanskrit kuno termasuk kitab
Mahabrata dari India. Tidak mustahil mereka juga turut membawa balik buku-
buku sihir dan ilmu kebatinan yang menjadi dominan dalam masyarakat India itu
ke Nusantara”.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 113

Para pengkaji dari UNISZA telah mengkaji sumber-sumber penghujahan


Kitab Pati Rahsia dan artikel penyelidikan mereka telah diterbitkan dalam Jurnal
Islam dan Masyarakat Kontemporari, Jilid 1, UNISZA, (Julai 2008: pp. 71 – 82).
Norhafizah Mat Yusoff, Hasanuldin Mohd dan Abdul Manam Mohamad (2008)
mendapati bahawa ada sumber-sumber dalam Kitab Pati Rahsia yang boleh
diterima dan ada yang tidak boleh diterima. Namun demikian, dalam abstrak
artikel tersebut mereka menyatakan bahawa ia ditulis oleh Nik Mahmud
sedangkan sebenarnya Nik Mahmud hanyalah penyusun Kitab Pati Rahsia. Kitab
Pati Rahsia telah terjual sama ada dalam bentuk e-book secara dalam talian
mahupun dalam bentuk buku di antara harga RM50 hingga RM120.

KANDUNGAN KITAB PATI RAHSIA

Isi kandungan Kitab Pati Rahsia ialah seperti berikut:

- Prakata
- Nama Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Tinggi
- Fadilat Fatihah
- Fadilat "Qul huallahhu ahad"
- Kelebihan Surah al-Ikhlas dan An-Nas
- Fadilat Ayat al-Kursi
- Ketika Yang Mustajab Berdoa
- Syarat-Syarat Dan Adab Berdoa
- "Ayat Lima"
- Kaifiat Bagi Mendapat Mimpi
- Hizbul Bahr
- Fadilat Dua Ayat Surah Baraah
- Fadilat Selawat
- Fadilat Surah "Inna Anzalna"
- Jalan Ilmu Nafas
- Ayat Tujuh
- Fadilat Surah "Inna A`taina Kalkausar"
- Fadilat Surah Wadhuha
- Fadilat Surah Alam Nashrah
- Fadilat Kalimah At-Tauhid
- Fadilat Yaasin
- Fadilat Surah al-Waqiah
- Fadilat Surah al-Mulk
- Hizbun Nasr atau Hizbul Qahr
114 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

- Nama-Nama Allah: al-Mungni, Ar-Razzaq, al-Fattah


- Kerana Orang-Orang Zalim
- al-Haq
- al-Latif
- Mahabbah "Bagi Mendatangkan Orang Yang Dikehendaki"
- Doa Nabi Isa Menghidupkan Orang Yang Mati
- Riadah Ayat al-Kursi
- Bersahabat Dengan Jin Mukmin
- Riadah Surah al-Jin
- Doa Membukakan Hati Seseorang Supaya Kasih Kepada Kita
- Riadah "Qul Huallah Hu Ahad"
- Riadah Ya Kariim Ya Rahim
- Khalwat Amalan Huruf Jim
- Kelebihan Doa Burhatiah
- Peringatan Mengamalkannya
- Ayat Lima Belas
- Hizbul Birri
- Hizbun Nawawi
- Kaifiat Memberi Salam Kepada Qutbul Aqtab
- Kaifiat Memberi Salam Kepada Rijalul Ghaib
- Pihak Ada Padanya Rijalul Ghaib (Masa Peredaran Mereka Dari Satu Pihak
Yang Lain)
- Faedah
- Faedah Yang Amat Mustajab
- al-Malikul Quddus
- Syabshah Abu Riyah
- Hari Ahad
- Hari Isnin
- Hari Selasa
- Hari Rabu
- Hari Khamis
- Hari Jumaat
- Hari Sabtu
- Hitungan Mengetahui Tabiat Seseorang Dengan Jalan Buruj Dan Bintang-
Bintang
- Bilangan Huruf-Huruf Alif, Ta Hingga Akhir
- Pasal Mengetahui Rahsia-Rahsia Segala Huruf, Khadam-Khadam Dan
Khalwatnya.
- Rahsia Huruf Alif
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 115

- Rahsia Huruf Ba
- Rahsia Huruf Jim
- Rahsia Huruf Dal
- Rahsia Huruf Ha
- Rahsia Huruf Wau
- Rahsia Huruf Zai
- Rahsia Huruf Kho
- Rahsia Huruf Tho
- Rahsia Huruf Ya
- Rahsia Huruf Kaf
- Rahsia Huruf Lam
- Rahsia Huruf Mim
- Rahsia Huruf Nun
- Rahsia Huruf Sin
- Rahsia Huruf `Ain
- Rahsia Huruf Fa
- Rahsia Huruf Sad
- Rahsia Huruf Qaf
- Rahsia Huruf Ra'
- Rahsia Huruf Syin
- Rahsia Huruf Ta
- Rahsia Huruf Tha
- Rahsia Huruf Kha
- Rahsia Huruf Zal
- Rahsia Huruf Dad
- Rahsia Huruf Dza
- Rahsia Huruf Ghain
- Pengenalan Khadam Hari-Hari Yang Tujuh
- Kaifiat Berjumpa Dengan Jin-Jin Dan Mendengar Suara Mereka Itu.
- Pada Mengetahui Huruf-Huruf Ramal Tetapi Tidak Dinyatakan Garisan-
Garisan Rajahnya
- Faedah Yang Amat Besar Bagi Menyenangkan Hati
- Kaifiat Doa Zalzalah
- Faedah Bagi Memajukan Berjual Beli Dan Meluaskan Rezeki.
- Peraturan Mendapatkan Khadam-Khadam
- Bagi Menghapuskan Cinta Berahi Kepada Siapa-Siapa Pun.
- Khasiat Burung Belatuk Cerang
- Penyudahan
116 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

PERKARA-PERKARA YANG MERAGUKAN


DALAM KITAB PATI RAHSIA

Nik Mahmud menyatakan: “Puji-pujian bagi Allah Tuhan yang menyusunkan


perkataan daripada kalimah dan huruf yang mengandungi bermacam-macam
rahsia dan menghinggakan tiap-tiap sesuatu itu kepada zat-Nya yang Maha
Suci… “(hal. Xi) Ini adalah inti pati kepada fahaman orang yang berpegang
kepada kalimah dan huruf yang kononnya mengandungi berbagai rahsia dan
disandarkan kepada zat Allah SWT. sedangkan sebenarnya tiada sesuatu pun
yang boleh dinisbahkan kepada zat Allah SWT. Sesungguhnya menisbahkan
sesuatu dengan zat Allah atau menyandarkan sesuatu kepada hakikat Allah
sedangkan ianya bukan hakikat Allah adalah dosa besar mensyirikkan Allah
SWT. Firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 2-3 yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad)
dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah
dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. Ingatlah! (hak
yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang
suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang- orang musyrik yang mengambil
selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami
tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan
kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan
menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik)
tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak
memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan
yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
Allah mempunyai 3,000 nama (halaman1). Ini adalah tidak benar sama
sekali mengikut pendapat jumhur ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah.
Tanpa sebarang syak dan waham, hampir sebahagian besar daripada Kitab
Pati Rahsia ini diambil daripada Kitab Shams al-Ma‘arif yang dikarang oleh
Ahmad bin Ali al-Buni. Kitab al-Buni pula banyak mengetengahkan pengaruh
Yahudisme seperti ilmu rajah dan wafak, Kabbalah, ramalan-ramalan (divination)
dan elemen-elemen magis (sama ada dalam bentuk kiub, segi tiga, segi enam,
quadrangle, tetragons, rectangle dan segi empat atau segi enam dan
seumpamanya). Sebenarnya ilmu rajah dan wafak berasal daripada tradisi Yahudi
dan dinamakan sebagai Kabbalah (kabbala) yang ditampilkan dalam bentuk
rajah, huruf dan angka. Setiap rajah, angka dan huruf dikatakan mempunyai
manfaat dan maksud tertentu. Ia mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan
sistem kepercayaan dan amalan orang-orang Yahudi serta Zionisme.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 117

Nik Mahmud didakwa telah mencatatkan: “Sabda Rasulullah SAW. ertinya,


“Siapa-siapa membaca Fatihah nescaya mendapat pahala baginya seumpama
pahala orang yang membaca tujuh kali al-Tawrat, al-Injil, al-Zabur, al-Quran dan
Suhuf Idris dan Ibrahim”. Dan tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurnia
kepadanya satu darjah di dalam syurga yang luasnya seumpama perantaraan
bumi dengan langit” (hal. 5). Ulasan: Hadis seperti tidak pernah diketahui.
Za’faran diterjemahkan sebagai kunyit (halaman 8). Ini tidak tepat dalam
konteks bahasa Arab kerana za’faran adalah sejenis rempah ratus yang digunakan
dalam perubatan, masakan dan perubatan. Di Eropah, ia digunakan dalam
konteks penenang jiwa.
Ilmu huruf dan wafak memang banyak kedapatan dalam kitab ini (hal. 124-
161, 163, 165-169 dan 173). Seperti yang telah ditegaskan, kesemuanya
merupakan pengaruh agama Yahudi. Dalam konteks amalan sihir dan astrologi
dalam tamadun Greek, Yahudi dan Barat, terdapat banyak aspek yang berkait
rapat dengan esoteric of letters (ilmu huruf dan wafak) yang dijadikan tangkal,
azimat dan amalan. Asal usul amalan ilmu huruf dan wafak terdapat dalam
amalan orang Yahudi dan berasal-usul daripada sumber Yahudi. Semua amalan
ilmu huruf dan wafak dalam apa jua bentuknya dalam kitab Pati Rahsia
bertentangan dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAKIM. JAKIM
(2008: 21) antara lain telah menegaskan: “Bomoh tidak boleh menggunakan
tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak
difahami dan bercampur aduk dengan ayat-ayat suci al-Quran dan tidak
menganggap bahawa tangkal mempunyai kuasa”. Bukan sahaja bomoh, sesiapa
sahaja di kalangan orang Islam adalah dilarang menggunakan tangkal dan azimat
untuk apa jua tujuan dan kepentingan.
Selain dari itu, kitab Pati Rahsia pada sesetengah halamannya mengandungi
amalan-amalan yang meragukan dan boleh menjadi ilmu teluh, ilmu tangkal,
ilmu azimat, ilmu rajah, ilmu mistik, ilmu hitam, ilmu sihir atau ilmu puja-
memuja. Apatah lagi jika ia disandarkan kepada izin dan zat Allah SWT. Firman
Allah SWT. dalam Surah Hud ayat 17-18 yang bermaksud: “Dan tidak ada yang
lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta
terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa menghadap
Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-
malaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): “Inilah orang-
orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka”. Ketahuilah
(Sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang- orang yang zalim! Orang-
orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan ugama Allah dan
berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula
ingkarkan hari akhirat;”
118 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Antaranya ialah bab “Mahabbah (kasih sayang) bagi mendatangkan orang


yang dikehendaki” (hal. 83-85). Wahana yang digunakan untuk mendapatkan
kasih sayang ini ada yang berkaitan dengan tangkal dan azimat. Ulasan:
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Aug 1996 telah membincangkan khurafat dan
azimat menurut perspektif Islam. Antara lain telah diputuskan bahawa “Amalan
penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu
pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang
dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam”.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/khurafat-dan-azimat- me
nurut-perspektif-islam. Maka, bab ini bertentangan dengan ajaran Islam kerana
mempunyai kaitan dengan sihir dan ilmu pengasih yang meragukan.
Doa Nabi Isa menghidupkan orang yang mati (hal. 86-92). Bab ini amatlah
pelik kerana dua sebab. Pertama, terdapat amalan yang boleh menghidupkan
orang yang telah mati kononnya ia adalah amalan Nabi Isa a.s. Kedua, doa
tersebut dan penjelasannya hanyalah dua perenggan dan pengisian lain
menjelaskan mengenai kelebihan mengamalkan surah-surah tertentu dalam al-
Quran. Kematian adalah satu kemestian mengikut takdir Ilahi. Mengenai takdir
kematian, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan Allah menciptakan kamu
dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian ia menjadikan kamu
berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang
perempuan, (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak
yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak
diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek
umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang
demikian itu mudah sahaja kepada Allah.”(Surah Fatir: ayat 11). Dengan izin
Allah s.w.t., Malaikat Maut akan mencabut nyawa manusia bergantung sejauh
mana amalan manusia. Sekiranya amalannya baik, mudahlah pengambilan nyawa
itu, begitulah juga sebaliknya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “(Katakanlah
wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang
ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” (Surah As-Sajdah:
ayat 11).
Bab “Bersahabat dengan Jin yang mukmin” (hal. 95-97) Ulasan: Semestinya
seseorang mempunyai tujuan tertentu untuk bersahabat dengan jin. Sudahkah
manusia habis bersahabat sesama manusia sebelum bersahabat dengan jin? Ini
perkara yang paling asas dan soalan yang perlu dijawab terlebih dahulu. Apakah
tujuan bersahabat dengan jin walaupun jin itu mukmin? Dalam e-fatwa terbitan
JAKIM (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/bersahabat-dengan-jin)
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 119

dinyatakan bahawa “Bersahabat dengan jin untuk tujuan mendapatkan


pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram. Meminta
pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik
adalah haram. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan
adalah haram. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir dan
nujum adalah haram”. Pada dasarnya manusia tidak boleh melihat jin, jadi
bagaimana manusia boleh bersahabat sesuatu yang tidak boleh diperiksa, dilihat
dan dikenali walaupun jin boleh melihat manusia? Allah menjelaskan dalam
surah al-A’raf ayat 27 yang bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Janganlah
kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu
bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka
berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu
tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan
yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan
syaitan- syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” Ayat ini
menjelaskan bahawa sesungguhnya syaitan dan pengikut-pengikutnya melihat
manusia dari satu tempat (alam) yang manusia tidak berupaya melihat mereka.
Namun demikian, Allah telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-
pemimpin bagi orang yang tidak beriman. Oleh yang demikian, manusia mesti
menjadi amat berhati-hati. Manusia boleh melihat jin melalui ilmu sihir atau
memuja jin atau mendalami ilmu berkomunikasi dengan jin.
Begitu juga dalam bab “Pada mengetahuikan rahsia-rahsia segala huruf,
khadam-khadam dan khalwatnya” (hal. 127-161) penuh dengan perkara tahyul
dan khurafat mengenai kepercayaan kepada huruf dan setiap huruf mempunyai
khadam dan tempatnya. Memohon pertolongan kepada khadam dan yang sejenis
dengannya adalah haram. Begitu juga hukumnya harap terhadap kekuasaan
sesuatu huruf. Dalam hampir setiap buku surah Yasin dan tahlil serta doa dalam
negara kita terdapat doa surah Yasin. Dalam doa surah Yasin ini terdapat sedikit
doa mengambil manfaat daripada huruf “kaf” dan “nun”. Ini juga adalah
sebahagian daripada kepercayaan kepada rahsia-rahsia huruf.
Dalam bab “Hitungan mengetahui tabiat seseorang dengan jalan buruj dan
bintang-bintang” (hal. 125) dan “Pada mengetahui rahsia-rahsia segala huruf,
khadam-khadam dan khalwatnya” (hal. 127-159) juga mempunyai perkara yang
bertentangan dengan ajaran Islam. Ulasan: Bab ini mempunyai banyak keraguan.
Antaranya dinyatakan bahawa “Jika ditulis huruf ini bilangannya 111…di batu
serta bacaannya, diletak di tempat harta benda dan engkau berkata: “Ayuhai
khadam huruf ini, pelihara olehmu akan harta ini, nescaya terpeliharalah”. Ini
adalah kepercayaan karut marut yang boleh memundurkan orang Melayu dan
menghina intelektual dan minda. Jelas daripada pernyataan ini bahawa setiap
120 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

huruf itu dikatakan mempunyai khadam yang boleh membantu dan memelihara
manusia sedangkan hanya Allah sahaja yang boleh menolong dan membantu
manusia. Kepercayaan kepada huruf dan khadamnya juga boleh membawa syirik
kepada Allah sebab diyakini ada makhluk lain yang memelihara manusia atau
membantu manusia. Bab ini juga mempunyai ilmu pengasih dan penunduk
dengan menggunakan wafak dan khadam. Kata Nik Mahmud: “…tulis wafaknya
pada ketika dan burujnya diperasap dengan kemenyan pada waktu menulis, maka
orang yang dikehendak itu tidak tertahan daripada menyerahkan dirinya kepada
engkau” (hal: 129). Ini adalah ajaran sesat berkaitan dengan ilmu pengasih.
Amalan lain yang dikatakan sebagai ilmu pengasih ialah seperti pernyataan
berikut: “Jika ditulis huruf ini (waw) dengan nama Allah yang permulaannya
huruf wau dan baca bacaannya, nescaya jadi pengasih”. Bab ini juga mempunyai
ajaran dan kaedah menyeru khadam, iaitu pada pernyataan “Bagi mendatangkan
khadamnya hendaklah baca doa dan bacaannya (akan datang) tiap-tiap lepas
sembahyang fardu seratus kali…” (hal. 129). Hampir semua isi kandungan dalam
bab ini menggunakan pendekatan menyeru khadam. Hal berkaitan Ilmu seru juga
terdapat dalam bab seterusnya (lihat halaman 164-165).
Terdapat juga aspek ketidaktentuan dalam amalan Kitab Pati Rahsia.
Sebagai contoh: “Jika ditulis di secopeng kain dua penuh enam kali dengan
firman Tuhan…dan nama khadam serta bacaannya, nescaya dapat melihat rahsia
kebesaran Allah Taala yang tidak terhingga (hal. 134). Apa pula nama khadam
dan rahsia kebesaran Allah tidak pula dinyatakan.
Penyusun kitab Pati Rahsia juga berpandangan bahawa khadam boleh
menunaikan hajat manusia dan ini adalah perkara karut-marut dan bertentangan
dengan akidah Islam. Ini terdapat dalam pernyataan berikut: “…Apabila
sempurna bilangan bacaan itu, datanglah pada permulaannya rupa seekor kucing
yang beransur-ansur jadi cahaya umpama bulan purnama jadi rupa malaikat
(khadam) yang menunaikan hajat engkau. Inilah doanya…” (hal. 161).
Dalam konteks kehebatan khadam juga, penyusun kitab Pati Rahsia (Nik
Mahmud) menyatakan bahawa terdapat khadam bagi setiap hari (hal. 162). Ini
adalah bersumberkan daripada Kitab al-Sirr al-Rabbani. Fakta ini juga adalah
kepercayaan karut dan khurafat. Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau
khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan
atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga
merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.
Begitu juga pada bab “Peraturan mendapatkan khadam-khadam” (hal. 172-
177). Terjemah Nik Mahmud: “Jika engkau hendak mengamalkan isim-isim ini
kerana hendak mendapatkan khadam-khadam engkau pada mana-mana pekerjaan
pun, hendaklah puasa tujuh hari dan membaca doanya (akan datang) tujuh kali
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 121

tiap- tiap lepas sembahyang fardu selama tujuh hari” (hal. 172). Ini juga
menggunakan wafak dan rajah yang dilarang dalam Islam. Begitu juga dalam
konteks mendapatkan perkhidmatan khadam batiniah.
Dalam bab “Peraturan bagi membukakan hati seseorang mudah-mudahan ia
akan kasihan belas kepada kita” juga mempunyai kepercayaan kepada rajah dan
azimat. Ini bertentangan dengan ajaran Islam dan membawa perkara syirik.
Kaifiat memberi salam kepada Qutbul Aqtab (hal. 115) Setahu pengkaji,
yang digelar Qutbul Aqtab ialah Ibn ‘Arabi. Kenapa pula perlu ada salam yang
khusus kepada Qutbul Aqtab yang telah meninggal dunia? Bukankah Rasulullah
saw. mengajarkan kita memberi salam kepada yang hidup dan ketika menziarahi
kubur sahaja?
Kaifiat memberi salam kepada Rijalul Ghaib (hal. 115). Salam ini juga
meragukan kerana tidak diketahui siapa itu Rijalul Ghaib. Di samping itu, dalam
kaedah salam ini terdapat juga salam kepada al-Arwah al-Muqaddasah (ruh-ruh
yang suci). Kenapa pula perlu ada salam yang khusus kepada Rijalul Ghaib dan
al-Arwah al-Muqaddasah?
Kaifiat berjumpa dengan jin-jin dan mendengar suara mereka itu (hal. 164).
Kata Nik Mahmud (2002): “Jika engkau hendak melihat dan bercakap-cakap
dengan mereka, hendaklah engkau tulis nama-nama (akan datang) di belulang
kambing jantan, kemudian bakar jadikan abu, buat bercelak dengannya mudah-
mudahan Nampak dengan pandangan mata engkau jin-jin itu”. Katanya lagi:
“Setelah itu mudah-mudahan bolehlah engkau berkata-kata dengan mereka”.
Ulasan: Islam melarang melakukan sesuatu amalan atau perbuatan seperti
memuja jin kerana ia boleh menjurus kepada menyekutukan Allah. Lagipun,
apakah tujuan melihat, bertemu dan bercakap-cakap dengan jin? Ini adalah
perbuatan-perbuatan berunsur tahayul, khurafat dan pemujaan. Perbuatan
berhubung atau berkomunikasi dengan makhluk halus seperti jin adalah
bertentangan dengan akidah Islam kerana ia adalah perbuatan yang sia-sia dan
mendorong kepada kebergantungan kepada kuasa lain selain daripada Allah
SWT. Sesungguhnya keimanan tidak boleh dicampuradukkan dengan kesyirikan.
Firman Allah SWT. dalam Surah al-An’am ayat 82 yang bermaksud: Orang-
orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan
kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan
merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Bab mengetahui huruf-huruf ramal tetapi tidak dinyatakan garisan-garisan
rajahnya (hal. 165). Bab ini juga mempunyai kepercayaan kepada sistem huruf
dan nombor yang dikatakan menunjukkan sesuatu kebaikan atau keburukan. Ini
juga bertentangan dengan ajaran Islam. JAKIM (2008) antara lain menjelaskan:
“Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber- sumber
122 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

yang asal seperti al-Quran, hadith, ijmak dan qiyas adalah ditolak oleh Islam.
Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu
dilakukan oleh setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan orang-
orang yang bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan tukang tenung
adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalimi diri
sendiri”. Firman Allah SWT. dalam Surah Ibrahim ayat 42 yang bermaksud: Dan
janganlah engkau (Wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang
dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya ia hanya melambatkan
balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan
mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
Bab “Kaifiat Doa Zalzalah: Bagi Kebaikan dan Keburukan” (hal. 168-169).
Bab ini mengandungi unsur menzalimi orang lain yang bertentangan dengan
Islam. Sebagai contoh pada pernyataan “Jika hendak membinasakan siapa-siapa
yang dikehendak campurlah huruf namanya dengan huruf-huruf ini …. serta tulis
wafaknya dan baca doanya dua puluh satu kali kemudian bakar yang ditulis itu,
nescaya binasalah ia”. Islam tidak pernah mengajarkan menzalimi orang lain.
Pada bab “Menghapuskan cinta berahi kepada sesiapapun” (hal. 177-178)
juga menggunakan wafak dan azimat. JAKIM (2008) telah mendefinisikan
azimat sebagai satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau
bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudaratkan orang lain dengan
menggunakan objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai
kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi
atau dipuja.” Maka jelas, kaedah ini (menggunakan wafak dan azimat) adalah
meragukan.
Dalam Bab Fadilat Yaasin (halaman 61), tercatat banyak Hadis yang
menerangkan mengenai fadilatnya, antaranya didakwa sebagai sabda Nabi
Muhammad s.a.w.: “Tiap-tiap suatu itu ada mempunyai hati, begitu juga Quran
iaitu hatinya Surah Yaasin. Maka siapa-siapa membacanya, nescaya ditulis akan
pahalanya sebanyak sepuluh kali baca Quran”. Ulasan: Ibn Abi Hatim, al-Zahabi
dan al-Albani menyatakan bahawa hadis ini adalah hadis palsu (maudu’)
(Muhammad ‘Amru, 1980). Maka ia tidak boleh digunakan sebagai hujah, dalil
atau diambil manfaat. Begitu juga hadis-hadis lain berkaitan kelebihan surah
tertentu dalam kitab ini. Makhlad bin Abdul Wahid telah dikenal pasti sebagai
salah seorang periwayat hadis palsu yang gemar mereka-reka hadis berkaitan
dengan fadilat sesuatu surah dan termasuklah hadis ini.
Pada bab “Nama-nama Allah: al-Mughni, Ar-Razzaq, al-Fattah” (halaman
69), dinyatakan perkara berikut: “Dan siapa-siapa membuat wafak ruang empat
(sic) sebagaimana di bawah ini, akan bilangan nama Allah SWT. yang tersebut
pada kain sutera kuning, kemudian masukkannya ke dalam peti atau ke dalam
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 123

kekandi wang, nescaya harta benda yang di dalamnya jadi subur dan bertambah-
tambah dengan izin Allah Taala. Inilah wafaknya hendaklah dibuat pada ketika
Shams al-Ma‘arif”. Ini juga jelas termasuk ke dalam perkara khurafat yang boleh
memundurkan umat Islam, menyebabkan tidak berusaha dan tidak berikhtiar
untuk mencari rezeki dan nafkah hidup dengan cara yang halal.
Pada bab “Keterangan Kepada Mengetahuikan Pihak-pihak Yang Ada
Padanya Rijalul Ghaib (Dan Segala Masa Peredaran Mereka Dari Satu Ke Satu
Pihak Yang Lain) (halaman 116) dinyatakan bahawa “Ketahuilah olehmu
bahawa rijalul ghaib atau al-arwahul muqaddasah pada hari yang ketujuh dan
yang keempat belas….Maka ayuhai saudaraku! Setelah engkau ketahui pihak-
pihak peredaran mereka, hendaklah berserah diri kepada Allah dan bersandar
kepada mereka itu….Dan sebutlah apa-apa hajat engkau yang dikehendaki
kemudian daripada berkata ‘maqsudi’ itu, mudah-mudahan dengan berkata rijalul
ghaib, dapatlah segala cita-cita dan kehendak-kehendak engkau insya-Allah
Taala.” Pada dasarnya bab ini berkaitan ilmu seru dan tahdir al-arwah
(memanggil dan menyeru roh untuk meminta pertolongan). Ulasan: Amalan
seperti ini banyak terdapat dalam aliran tarekat dan perubatan tradisional di Alam
Melayu. Ini bertentangan dengan Islam. Ilmu mengenai roh tidak diketahui oleh
manusia kecuali sedikit sahaja dan Rijal al-Ghaib atau al-Arwah al-Muqaddasah
tidak boleh menolong manusia atau menunaikan hajat manusia. Manusia
sepatutnya memohon pertolongan Allah SWT, meminta hajat dan bersandar serta
mengharapkan hanya Allah SWT. Oleh yang demikian insan tidak perlu
mengharapkan kepada roh atau selain daripada Allah SWT. Firman Allah SWT.
dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud: Allah tidak memberati
seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan
yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah
engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan
Kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa
yang kami tidak terdaya memikulnya, dan maafkanlah kesalahan kami, serta
ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong
kami; Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-
kaum yang kafir".
Dalam Islam, menyeru atau memanggil roh atau memohon pertolongannya
termasuk dalam perkara mensyirikkan Allah SWT. Pada hakikatnya, jika
seseorang mendakwa boleh memanggil Rijal al-Ghaib atau Arwah al-
Muqaddasah, ia adalah pembohongan semata-mata. Begitu juga jika seseorang
124 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

mendakwa bahawa roh orang mati hadir atau ia dapat menundukkan roh untuk
membantunya, ia juga adalah kesesatan yang nyata. Jika ia berlaku juga, ia
adalah jin dan syaitan. Rasulullah saw. pernah menghadapi peristiwa di mana
orang-orang Musyrikin meminta agar Rasulullah saw. membacakan al-Quran
kepada kaum keluarga mereka yang telah mati supaya dengan pendekatan itu
dapatlah mereka bercakap-cakap dengan si mati dan si mati akan memberitahu
mereka tentang benarnya risalah Rasulullah saw. Tuntutan orang-orang kafir
Musyrikin ini sebenarnya bukan berniat ikhlas kerana inginkan kebenaran,
sebaliknya kerana ingin menyusahkan baginda dengan permintaan yang agak
mustahil dan keterlaluan. Firman Allah SWT. dalam surah al-Ra’d ayat 31 yang
bermaksud: Dan kalaulah ada mana-mana kitab suci yang dengan sebabnya
gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi
dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-
orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadaNya,
maka al-Quran ialah Kitab suci yang mengandungi mukjizat (tetapi lahirnya
sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan
tertentu bagi Allah. maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui
bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah ia memberi petunjuk kepada umat
manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). dan orang-
orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala
bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun
menimpa tempat- tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu
menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari
kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Dalam kes tertentu, amalan memanggil roh juga melibatkan kaedah
menurun iaitu orang yang reda dirinya diresapi oleh makhluk-makhluk halus atau
kadang- kadang jin dan syaitan. Amalan memanggil roh ini matlamat akhirnya
adalah untuk memohon perlindungan kepada roh (hakikatnya adalah jin atau
syaitan) Allah berfirman dalam surah al-Nisa’ ayat 38 yang bermaksud: Dan juga
orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada
manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga
beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) syaitan itu menjadi
kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan. Ayat ini menjelaskan
bahawa syaitan itulah sebenarnya qarin yang dalam tarekat dan ilmu kebatinan
dijadikan sebagai teman manusia. Ayat ini juga menjelaskan bahawa barang
siapa menjadikan syaitan itu sebagai temannya dengan sebarang kaedah, maka
syaitan itu adalah seburuk-buruk teman.
Khasiat Burung Belatuk Cerang atau Burung Belatuk Kampung (hal. 179-
180). Apa yang dinyatakan dalam bahagian ini bertentangan dengan sains dan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 125

kajian- kajian empirikal dan tidak boleh dijelaskan secara rasional dan logik. Ia
juga tidak mempunyai nas-nas naqli dan aqli. Jika ia sekadar petua tidak ada
sebarang masalah. Di sini terletak kepentingan epistemologi dan aksiologi Islam.
Bab Ilmu Nafas (halaman 41-54). Bab ini ternyata mempunyai beberapa
bahagian amalan yang tidak menepati ajaran Islam. Contohnya diberi nama jenis-
jenis nafas mengikut nama nabi dan para Khulafa’ al-Rashidin. Begitu juga
terdapat kaedah untuk mengetahui perkara-perkara yang besar yang akan berlaku
sedangkan Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku. Kata
penyusun Kitab Pati Rahsia: “Apabila hendak mengetahui sesuatu perkara
pekerjaan yang besar seperti hendak mengetahui hal ehwal diri sendiri atau orang
lain atau apa-apa pekerjaan hendaklah takbir Allahu Akbar tujuh kali pada
mulanya masuk zuhur, tiap-tiap kali takbir hendaklah berniat di dalam takbir itu
apa-apa hajat lepas itu rasalah nafas di aman duduknya sama ada di sebelah
kanan ataupun di sebelah kiri hendaklah ingat. Dan apabila duduknya matahari,
hendaklah takbir pula tujuh kali dan berniat sebagaimana yang sudah berniat
pada waktu zuhur tadi itu juga setelah itu rasa pula nafas di mana duduknya dan
waktu hendak rebah tidur yang biasa hendaklah takbir pula tujuh kali dan berniat
seperti dahulu juga. Maka rebahlah tidur jangan mengiring ke kiri atau ke kanan
dan bila tetap belakang di tempat tidur, hendaklah rasa nafas, di mana duduknya.
Misalan, dapati nafas waktu zuhur di sebelah kanan, dan ketika maghrib di
sebelah kanan dan ketika rebah tidur di sebelah kanan dan ketika jaga dan
bangun pada pagi besok pun ada di sebelah kanan juga, inilah alamat akan dapat
apa-apa hajat. Berkehendakkan demikian itu berturut-turut tiga hari tiga malam,
Insya Allah Taala sempurnalah segala cita-cita dengan tiada sedikit pun
kesusahan dan jika ketika zuhur di kanan, dan ketika maghrib di kiri dan ketika
tidur di kiri juga dan ketika bangun tidur di kanan, itu alamat dapat juga, tetapi
pada pertengahan terkena kepayahan yang amat sangat. Pendeknya pada pagi-
pagi hari ketika jaga dan bangun ada nafas di sebelah kanan, menunjuklah hasil
apa-apa maksud, dan jika jaga pagi bangun daripada tidur nafas di sebelah kiri
menunjuklah tiada sampai apa-apa maksud dan setengah pendeta berkata itulah
jalan yang baik (dapat apa-apa dengan lemah lembut). Jika sekiranya tiada masa
bagi kita menimbang sampai tiga hari tiga malam berturut-turut boleh juga di
pakai dua malam atau satu malam sahaja, tetapi tiadalah berapa sah sama ada
sampai hajat dengan sempurna atau tiada (hal. 45-46). Ilmu nafas terlalu banyak
di dunia terutamanya di India dan China. Dalam yoga juga amat menitikberatkan
kawalan pernafasan dan begitu dalam Taichi dan seni mempertahankan diri
Shaolin.
126 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

PERKARA-PERKARA LAIN

Ahmad ibn Ali ibn Yusuf al-Buni (meninggal 1225) adalah ahli sufi yang tinggal
di Mesir dan banyak belajar daripada guru-guru tasauf. Dua karya beliau yang
terkenal kesesatannya ialah Shams al-Ma‘arif dan Manba’ Usul al-Hikmah.
Ajaran beliau juga dikatakan mempengaruhi gerakan Syiah kelompok Babisme
yang banyak menggunakan tangkal dan wafak.
Kitab Pati Rahsia juga berpengaruh di kalangan para pengamal ilmu
kebatinan dan seni mempertahankan diri Melayu seperti Pertubuhan Seni Silat
Abjad atau Abjad Malaysia.
Buku ini juga telah begitu tersebar dan berpengaruh dalam blog dan internet
serta dijual secara berleluasa. Ada juga yang menyalinnya semula. Ada juga
penulis blog yang menyebarkan perkara tahyul dan khurafat mengenainya. Kata
seorang penulis blog: “Pengalaman ana taip buku ini, susah nak jelaskan tetapi
ana nampak cahaya berkerlip sekitar PC ini (Seolah Bintang Warna Biru, Purple,
Hijau), dan secara ajaibnya, ana tidak tidur selama seminggu, tetapi tidak
mengantuk. Ana taip dari lepas isyak hingga subuh dan bekerja biasa hari
esoknya. Ini mungkin kerana sambil taip tulisan jawi, sambil membaca doa
dalam ayat itu. Mungkin berlaku peristiwa jin datang menemani ana sepanjang
ana taip buku ini tanpa ana sedari Wallahu A‘lam. Buku ini tersiap seminggu
sahaja iaitu ajaibnya pada 1 Rejab 1432. Jika dilihat tulisan Nik Mahmud,
nescaya akan terlihat tarikh yang sama iaitu 1 Rejab 1363 iaitu 69 tahun selepas
penerbitannya. Wallahu alam.”

KESIMPULAN

Tidak ada sebarang syak dan waham bahawa Kitab Pati Rahsia mengandungi
amalan-amalan yang boleh membawa kepada kekufuran dan kesyirikan. Kitab
yang dinilai ini merupakan terjemahan daripada kitab Mujarobat berbahasa Arab
dan dialihbahasakan ke dalam bahasa Melayu oleh Nik Mahmud dan ia bukannya
karya aslinya. Dalam Kitab Pati Rahsia yang merupakan integrasi beberapa kitab
Mujarobat dan diterjemahkan oleh Nik Mahmud, ternyata mengandungi banyak
perkara yang tahayul, khurafat, azimat, rajah, huruf, elemen memohon
pertolongan jin serta khadam, maka ia perlu dijauhi. Sihir itu haram dipelajari
dan Nabi Muhammad SAW. mengkategorikannya dalam tujuh perkara yang
membinasakan. Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: “Jauhilah kamu
daripada tujuh perkara yang membinasakan. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah!
Apa yang dimaksudkan tujuh perkara itu? Sabda baginda bermaksud: Syirik
kepada Allah, sihir, membunuh nyawa manusia yang diharamkan membunuhnya,
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 127

memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari peperangan dan
menuduh zina terhadap wanita yang sebenarnya suci.” (Hadis riwayat al-
Bukhari).
Penulis sendiri mengaku bahawa Kitab Pati Rahsia adalah merupakan
himpunan terjemahan daripada beberapa kitab Mujarobat Arab. Kebanyakan
Kitab ini telah diharamkan di Arab Saudi iaitu Khazinat al-Asrar, Syams al-
Ma’arif, Mujarrabat al- Dairabi, al-Fuyudat al-Ilahiyyah dan al-Sirr al-Rabbani.
Akidah Islamiyyah ialah ikatan atau simpulan kepercayaan yang terikat kuat
di dalam jiwa yang tidak mungkin terurai yang berdasarkan kepada ajaran Allah
s.w.t. seperti yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Akidah akan
menjadi lemah dengan mengamalkan ajaran-ajaran yang diragui dan ajaran yang
mendekatkan diri kepada jin dan syaitan. Begitu juga amalan memohon
pertolongan kepada selain daripada Allah.
Di abad ke 20 ini perbincangan mengenai pembatalan iman dan pembatalan
dua kalimah syahadah menjadi sangat-sangat penting sesuai dengan kelahiran
semangat untuk memahami Islam dan karekteristik Islam seterusnya menguatkan
pegangan dan keimanan yang sedia ada, sikap berhati-hati dengan akidah
Islamiah agar tidak tergelincir, semangat mendalami ilmu batin, sufi dan
kebatinan, wujudnya persekitaran yang semakin kompleks, dominasi dunia Barat
ke atas dunia Islam dengan gerakan pembaratan; misionari penjajahan fizikal dan
mental; kelahiran aliran pemikiran, isme- isme, ideologi-ideologi yang
berasaskan akal, tabii, material dan dunia semata-mata; pemisahan dunia dengan
akhirat; pemisahan urusan politik dan pemerintahan dengan agama; munculnya
sistem-sistem ekonomi yang bercanggah dengan Islam seperti sosialis Marxis,
kapitalis, komunis dan lain-lain lagi.
Fenomena sindrom pembatalan iman sudah tidak asing lagi di zaman
sekarang di dunia Islam di kalangan orang-orang Islam bahkan semakin parah.
Said Hawa (1979: 97) pernah berkata: “Kita mohon kepada Allah agar
diselamatkan iman kita kerana telah menjadi perkara biasa dilema kekufuran di
zaman kita sehingga anda jarang-jarang lagi mendapati di kalangan kita manusia-
manusia Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah dengan tidak terbatal”.
Apabila iman terbatal, maka Islam juga terbatal begitu juga dengan Shahadatain.
Tulisan kontemporari menunjukkan pembatalan itu merujuk kepada berbagai
perspektif. Said Hawa di dalam magnum opusnya, “al-Islam” mengemukakan
satu bab dengan tajuk Nawaqid al-Shahadatain (Perkara-perkara yang
Membatalkan Dua Kalimah Shahadah). Tetapi beliau tidak membezakan antara
pembatalan iman, Islam dan juga dua kalimah syahadah kerana beliau memberi
maksud pembatalan itu merangkumi ketiga-tiga istilah ini Kadang-kadang beliau
menggunakan iman terbatal, ataupun terkeluar daripada Islam, murtad, jatuh
128 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

kufur ataupun terbatal Islam. Tetapi beliau lebih kerap menggunakan frasa
“batalnya pengakuan dua kalimah shahadah”. Muhammad Na’im Yasin (1980)
dengan bukunya bertajuk al-Iman, Arkanuhu, Haqiqatuhu wa Nawaqiduhu (Iman,
Rukun-rukunnya, Hakikatnya dan Pembatalannya) mengkhususkan lebih kurang
sepertiga bukunya membincangkan perkara-perkara yang membatalkan iman.
Persoalan dasar yang dibincangkan ialah bilakah seorang kafir menjadi mukmin
dan bilakah seorang mukmin itu menjadi kafir. Beliau lebih banyak menjuruskan
perbincangannya kepada perkara- perkara yang membatalkan iman yang
diklasifikasikan kepada empat. Beliau juga menyentuh mengenai persoalan kufur,
sebab-sebab murtad dan terkeluar daripada Islam. Maka, semua perkara yang
boleh merosakkan iman kita perlulah dibanteras dengan segera kerana ia tidak
selari dengan ajaran dan akidah Islam. Kajian ini mengesyorkan supaya
diharamkan buku ini dan penerbitannya termasuk dalam internet. Selain itu,
mestilah diharamkan juga semua buku Mujarobat dan yang berkaitan dengannya
kerana ia boleh membawa kepada perkara mensyirikkan Allah SWT. Perlunya
kajian yang lebih mendalam mengenai kitab-kitab perubatan dan kitab Mujarobat
untuk mengelakkan generasi yang akan datang daripada tergelincir akidah. Kita
berada pada zaman orang tercari-cari kekuatan kerohanian (spiritual strength).
Ramai belia kita yang amat berminat dengan seni mempertahankan diri, ilmu
perbomohan dan ilmu kebatinan yang cepat membuahkan hasil. Mereka akan
mencari jalan pintas untuk menjadi perkasa dan pandai ilmu batin. Pihak JAKIM
dicadangkan menyalurkan sedikit peruntukan untuk tujuan murni ini. Diadakan
kajian pengaruh Yahudi dalam Kitab Shams al-Ma‘arif karya al-Buni. Didapati
penemuan baru bahawa banyak elemen dalam karya al-Buni disalin dalam kitab
Mujarobat Melayu dan sebenarnya semuanya adalah pengaruh Yahudi dan tidak
diketahui bagaimana ia tersebar.

RUJUKAN

Abdul Razak Mahmud (2005), Ikhtisar Sejarah Kelantan, Kota Bahru: Pustaka
Aman Press.
Alias Mohamed (1984), Gerakan Sosial dan Politik Kelantan, Kuala Lumpur:
Insular Publishing House Sdn. Bhd.
Amini Amir Abdullah dan Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam (2011), Ancaman
Sihir dan Kejahatan Syaitan, Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd.
Budge, E. A. Wallis (2003), Amulets and Talismans, London: Kessinger
Publishing.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 129

Clark, Gordon H. (1953), “The Beginnings of Greek Philosophy” dalam


Vergilius Ferm (ed.), A History of Philosophical Systems, New York: Rider
and Company, 70-81.
Hawa, Said (1979), al-Islam, Cetakan Ketiga, Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-
’Ilmiyyah.
http://www.dar-alifta.org/default.aspx?LangID=5&Home=1
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/bersahabat-dengan-jin
JAKIM (2002), Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur
Islam, Cetakan Kedua, Putrajaya: JAKIM.
JAKIM (2008), Garis Panduan Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual
Berhubung Dengan Unsur-unsur Yang Bercanggah Dengan Akidah dan
Amalan Ahli SUnnah Wal Jamaah, Cetakan Kedua, Putrajaya: JAKIM.
Muhammad Amru bin Abdul Latif (1980), Hadith Qalb al-Quran Yasin fi al-
Mizan wa Jumlah Mimma Ruwiya fi Fadliha, Kaherah: Maktabah al-
Tarbiah al-Islamiyyah.
Nashimah Ahmad (2007), “Asal Usul Nik dan Perubahan Keluarga Ini” dalam
Khoo Kay Kim dan Hanapi Dollah, Warisan Kelantan XVIII, Kota Bahru:
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 101-114.
Norhafizah Mat Yusoff, Hasanuldin Mohd dan Abdul Manam Mohamad (2008),
“Kitab Pati Rahsia Susunan Haji Nik Mahmud bin Ismail: Satu Penelitian
Terhadap Sumber- sumber Penghujahannya”, Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari, Jilid 1, Julai, pp. 71 – 82.
Perpustakaan Negara Malaysia (2003), Katalog Pameran Persuratan Melayu:
Warisan Intelektual Silam Sempena Sambutan Bulan Bahasa dan Sastera
2003, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Saad Shukri Haji Muda, Abdullah al-Qari Haji Salleh, Abdul Rahman al-Ahmadi
(1971), Detik-detik Sejarah Kelantan, Kota Bahru: Pustaka Aman Press.
Winstedt, Richard (1953), The Malay Magician, Singapore: Oxford University
Press.
Yasin, Muhammad Na’im (1980), al-Iman, Arkanuhu, Haqiqatuhu, Nawaqiduhu,
Kaherah: Maktabah al-Babi al-Halabi.
130 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

LAMPIRAN

Kepercayaan Orang Barat dalam Konteks Nombor 4 dan 4 Elemen Asas


iaitu Air, Udara, Tanah dan Api Serta Astrologi
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 131

Asal-Usul Ilmu Huruf Dan Ilmu Wafak (Ilmu Pastinya Berlaku Sesuatu) Ahmad
al-Buni

Abu Abdillah Shams al-Din al-Asfahâni (Guru Utama)

Jalal al-Din Abdullah al-Bistami

Shaykh al-Sarajani

Qasim al-Sarajani

Abdullah al-Babani

Asîl al-Din al-Shirazi

Abu al-Najîb al-Sahruwardi

Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali al-Tusi (bahagian ini amat diragui)

Ahmad al-Aswad

Hamad al-Dînuri

al-Junayd al-Baghdadi

Sari al-Din al-Saqati

Ma’ruf al-Karkhi

Dawûd al-Jili

Habîb al-A’jami
132 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Pandangan Sisi Manuskrip Kitab Shams al-Ma‘arif al-Kubra Karya al-Buni.


Simpanan Orientalis

Halaman Pertama Manuskrip Kitab Shams al-Ma‘arif al-Kubra Karya al-Buni.


Simpanan Orientalis
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 133

Halaman Kedua dan Ketiga Manuskrip Kitab Shams al-Ma‘arif al-Kubra Karya
al-Buni. Simpanan Orientalis

.
134 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Ulama dan Perjuangan Kemerdekaan


di Pahang
AMNAH SAAYAH ISMAIL, BURHANUDDIN JALAL, WAN KAMAL MUJANI
NUR SURAYYA MOHD SAUDI & FARID MAT ZAIN

PENGENALAN

Pahang merupakan salah sebuah negeri yang turut menerima kemasukan


British pada tahun 1888. Rakyat Pahang sejak awal menampilkan
semangat perjuangan yang tinggi bagi mengusir penjajah British dari
negeri mereka. Kemasukan British beserta pengenalan sistem-sistem
baharu membuatkan kehidupan tradisi mereka terganggu. Penjajahan ini
tidak diterima oleh keseluruhan rakyat Pahang yang akhirnya berjaya
menzahirkan ketidakpuasan hati mereka menerusi peristiwa
Pemberontakan Pahang. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1891 sehingga
1895. Peristiwa ini menampilkan penglibatan ulama dari dalam dan luar
Pahang yang turut sama berperanan mengukuhkan semangat juang para
pejuang dan rakyat Pahang bagi memastikan British segera keluar dari
negeri Pahang. Meskipun peristiwa pemberontakan Pahang gagal
menyekat kemaraan penjajah British namun ‘signal’ yang diberikan oleh
mereka menerusi peristiwa utama itu jelas bahawa mereka tidak mahu dan
tidak suka sebarang campur tangan pihak luar ke atas kedaulatan negeri
mereka. Para ulama terus berperanan menyemai dan menyampaikan ilmu
agama dan menjadi suri tauladan ke atas seluruh rakyat Pahang.

METODOLOGI PENULISAN

Kajian ini menampilkan kaedah kualitatif dengan memberi penekanan


kepada analisis kandungan dan kajian kepustakaan. Pemilihan kaedah ini
berikutan kerana kajian ini tidak melibatkan pengukuran atau teknik
statistik dan penemuan yang dihasilkan juga tidak melalui prosedur
statistik atau cara kaedah kuantiti yang lain. Bagi menganalisis ulama dan
perjuangan kemerdekaan di Pahang, kajian ini memilih analisis kandungan
sebagai reka bentuk kajian. Ia berdasarkan kepada keperluan kajian untuk
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 135

mendapatkan data dan maklumat berkaitan melalui bahan-bahan yang


terdapat di perpustakaan. Pengkajian cara ini menuntut pengkaji mencari
bahan-bahan rujukan di perpustakaan bagi mengumpul data dengan
bantuan buku-buku, majalah, jurnal, artikel, naskhah, catatan, dokumen,
kertas kerja dan bahan-bahan bertulis yang lain. Segala maklumat yang
diperoleh digunakan terutamanya untuk menyokong, menambah dan
memperdalam pengetahuan pengkaji supaya kefahaman terhadap tajuk
kajian dapat dikuasai.

NEGERI PAHANG DI AMBANG PENJAJAHAN

Negeri Pahang merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan
terbesar di Semenanjung Tanah Melayu yang diintai rapi oleh penjajah
British. Situasi politik, ekonomi dan sosial semasa negeri Pahang yang
sedikit bercelaru khususnya selepas perang saudara pada pertengahan abad
ke-19 Masihi merancakkan perencanaan pihak British untuk memasuki
Pahang. British dengan segala kekuatan dan tipu helah akhirnya berjaya
meletakkan residennya yang pertama; J. P Rodger di negeri Pahang pada
1888. Ia membawa satu dimensi baru bukan sahaja dalam sistem
pentadbiran negeri malah juga kehidupan harian rakyat keseluruhannya.
Pengenalan sistem dan undang-undang baru mengundang sebuah mala
petaka yang tidak dijangka sama sekali oleh pihak British. Kebangkitan
rakyat yang berpadu tenaga menentang kemasukan penjajah ini telah
menyebabkan kecelaruan dan keadaan tidak tenteram berlaku antara tahun
1891 sehingga tahun 1895. Bahaman dan pasukannya dilabel sebagai
pengganas dan pemberontak yang dimomokkan bangkit menentang kerana
tidak mempunyai hak untuk mengutip cukai di dalam negeri. Namun pada
pandangan Bahaman dan pengikutnya tindakan mereka adalah sebagai
satu tanda protes terang-terangan ke atas penjajah British yang dilihat
sengaja ingin mencampuri urusan kehidupan harian mereka (Linehan,
1936).
Manakala Sultan Ahmad pula diberi tekanan yang dahsyat untuk
menyatakan sokongan kepada pihak British dan meletakkan baginda
dalam keadaan dilema dan berbelah bahagi. Dilema antara pihak British
yang akan menyingkirkan kedudukan baginda dan kasih sayang baginda
terhadap pembesar negeri dan rakyat negeri Pahang. Sultan Ahmad
136 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

merupakan individu yang menjadi tumpuan banyak pihak apabila kemelut


pemberontakan di Pahang berlaku akibat kemasukan kuasa penjajah
British pada penghujung abad ke-19 Masihi. Malah setiap tingkah laku
baginda sentiasa diperhatikan terutama oleh pihak Inggeris kalau-kalau
baginda mempunyai hubungan di sebalik peristiwa genting yang berlaku
di Pahang tersebut. Rakyat yang sentiasa menyanjung baginda juga turut
sama berada dalam keadaan keliru bagi mendapatkan kepastian di pihak
mana sultan Ahmad berpihak. Baginda merupakan seorang pemerintah
yang bijak dan teliti ketika berhadapan dengan suasana genting ketika itu.
Meskipun ada rakyat yang kecewa apabila kelihatan sultan menunjukkan
sokongan ke atas pihak British menerusi serangan dan tawaran ganjaran
yang diberikan untuk menangkap pemberontak, namun akhirnya mereka
fahami bahawa ia adalah sekadar untuk menutup mata pihak British selain
sebagai strategi untuk menghalau penjajah tersebut keluar dari negeri
Pahang (Mujani, W. K, 2014).
Jentera pentadbiran British memulakan tugas mereka tanpa
menghirau reaksi sinis yang diberikan oleh pembesar-pembesar tradisi
bermula pertengahan 1889. Collector dan majistret diberikan tugas untuk
memungut cukai hasil daripada rakyat tempatan yang menjadi hak Orang-
orang Besar tradisi sebelum itu ditambah lagi dengan pemberian elaun
sara hidup yang sedikit berbanding pendapatan sedia ada mereka sebelum
itu pula semakin menyemarakkan kemarahan mereka kepada British (Jang
Aisjah 1972). Keadaan tersebut menyebabkan para pembesar tradisi dan
rakyat mula mendesak Dato’ Bahaman untuk bertindak melakukan
sesuatu. Dato’ Bahaman juga tidak terlepas dengan mengalami masalah
yang sama seperti mereka. Maka untuk kepentingan diri dan rakan
seperjuangannya, Dato’ Bahaman terpaksa pergi berunding lebih dekat
dengan pegawai-pegawai British khasnya dengan gabenor. Dato’
Bahaman bersama keraninya Hasan telah berperahu mengikut Tasik Bera
ke Johor di mana perundingan akan berlangsung.
Kerajaan British mengusulkan elaun sara hidup Dato’ Bahaman
daripada $72 sebulan dinaikkan kepada $500 sebulan namun Dato’
Bahaman tetap menolaknya kerana tuntutan untuk pembesar yang lain
masih belum diendahkan oleh pihak British. Walaupun perundingan ini
gagal namun Dato’ Bahaman meminta pembesar-pembesar lain supaya
bersabar demi menjaga kepentingan dan keselamatan rakyat. Disebabkan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 137

British masih belum menyelesaikan tuntutan Dato’ Bahaman dan


pembesar Pahang yang lain, Bahaman tetap meneruskan aktiviti mengutip
cukai dan membenarkan panglima-panglimanya berbuat begitu untuk
membiayai pekerjaan dan tanggung jawab mereka. Pihak British berkali-
kali melarang Dato’ Bahaman mengutip cukai tersebut. Bahaman
berpendirian teguh dan sangat berharap tanah airnya tidak boleh
dipermainkan oleh orang asing. J. P Rodger sedar keadaan ini dan
meminta Tengku Mahmud melucutkan jawatan Dato’ Bahaman setelah
gagal dipertimbangkan oleh Sultan Ahmad kerana kasihnya sultan
terhadap beliau (Linehan 1936). Pelbagai isu dan sentimen berlaku
sehingga berjaya mencetuskan dua siri pemberontakan Pahang yang
berlaku pada 1891 sehinga 1895.

PERISTIWA PEMBERONTAKAN PAHANG


PADA ABAD KE-19 MASIHI

Pemberontakan Pahang merupakan manifestasi perjuangan seluruh rakyat


Pahang. Nilai perjuangan dan semangat patriotisme yang tinggi
melambangkan kekuatan dan kesungguhan rakyat Pahang bagi mengusir
penjajah British dari bumi Pahang. Peristiwa Pemberontakan Pahang
cukup sinonim dengan nama beberapa pembesar Pahang seperti Dato’
Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Pemberontakan digunakan barat bagi
menjelaskan bahawa para pembesar tersebut tidak bersetuju apabila hak
untuk memungut cukai yang ada pada mereka selama ini telah ditarik
balik oleh pihak Sultan Ahmad yang berpusat di Pekan. Namun di sebelah
pihak para pejuang Pahang banyak isu-isu berbangkit yang menimbulkan
ketidakpuasan hati mereka. Justeru sebagai tindak balas kepada keadaan
tersebut telah berlaku dua pemberontakan yang diketuai oleh Dato’
Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di kawasan hulu negeri Pahang pada
tahun 1891 dan 1895.
Jang Aisjah (1972) telah menulis berkenaan isu pemberontakan
Pahang dengan mengatakan bahawa bukan hanya isu ekonomi yang
menjadi punca utama pemberontakan tercetus, tetapi ia lebih kepada
tindak balas masyarakat tempatan terhadap tindakan penjajah British yang
mencampuri adat dan tradisi orang Pahang ketika itu. Di samping itu,
pengenalan sistem-sistem baharu oleh pihak British yang menyebabkan
138 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

sistem tradisi sedia ada ditinggalkan juga antara faktor utama kepada
penentangan ini.
Selain itu, terdapat faktor luaran yang turut sama menyumbang ke
arah merealisasikan pemberontakan yang realitinya berlaku pada tahun
1891 sehingga 1895. Namun begitu faktor-faktor ini lebih jelas kelihatan
pada siri kedua pemberontakan Pahang ini. Hubungan dan bantuan dari
negeri-negeri jiran khususnya Kelantan dan Terengganu yang
menghulurkan bantuan berbentuk perlindungan sangat membantu
kumpulan penentang Pahang. Di samping itu peranan ulama tempatan
yang tersohor iaitu Tok Ku Paloh dan juga kesan gagasan Pan Islamisme
yang diusahakan oleh Sultan Abdul Hamid II dan Jamal al-Din al-Afghani
turut sama menyumbang merealisasikan penentangan kepada penjajah
British di Pahang.
Peristiwa pembunuhan Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan
Daud atau lebih dikenali sebagai Orang Kaya Haji pada tahun 1889 yang
merupakan orang kanan Sultan Ahmad ketika perang saudara Pahang telah
membuka mata Sultan Ahmad dan para pembesar. Mereka semakin jelas
bahawa kematian Orang Kaya Haji adalah contoh kepada perjuangan yang
tidak berdaya terhadap tuntutan baru hasil kedatangan pihak British di
Pahang. Peristiwa ini kemudiannya menjadi titik permulaan dan inspirasi
kepada siri pemberontakan yang berlaku selepas itu.
Perlantikan J. P Rodger pada tahun 1888 menandakan bermulanya
campur tangan ke atas British ke atas seluruh pentadbiran Pahang. Ia juga
sekali gus mengetepikan pentadbiran berbentuk tradisional yang wujud di
Pahang selama ini. Sultan Ahmad yang pada awalnya terpaksa
menjalinkan hubungan dengan pihak British bagi mengukuhkan
kedudukannya kembali merasa menyesal dan sedih apabila satu persatu
haknya digugurkan dan terus hilang. Bukan sahaja baginda malah
pembesar dan rakyat jelata juga merasa tempias kehadiran penjajah di
Pahang ini. Pengenalan sistem baru seperti Majlis Negeri, pasukan polis,
mahkamah tinggi dan pengenalan undang-undang baru sungguh menjerat
semua pihak yang sudah terbiasa dengan keistimewaan yang dimiliki
setiap seorang khususnya pembesar dan sultan. Malah yang lebih
membangkitkan rasa marah mereka apabila mereka mula hilang kuasa,
tanah dan pemberian elaun yang sangat sedikit berbanding pendapatan
tinggi yang didapati mereka selama ini. Faktor-faktor dalaman ini
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 139

akhirnya mengheret mereka untuk meluahkan rasa anti penjajah mereka


melalui sebuah pemberontakan.
Pemberontakan pertama berlaku pada 17 Disember 1891 yang mula
tercetus di Semantan oleh Dato’ Bahaman. Ia menyaksikan
pemberontakan secara terang-terangan sebagai satu tindakan protes
kepada kedatangan pihak British di Pahang. J. P Rodger ketika itu masih
berpendapat bahawa pemberontakan yang berlaku adalah sekadar cetusan
emosi Dato’ Bahaman dan pengikutnya yang seramai 200 orang sahaja.
Sedangkan semua pihak terutama di hulu Pahang telah bersiap sedia untuk
membantu Dato’ Bahaman menjayakan pemberontakan tersebut. J. P
Rodger yang agak lewat mengesan isu ini juga dilihat gagal mengesahkan
bahawa terdapatnya kerjasama pihak Sultan Ahmad yang berkampung di
Pulau Tawar ketika itu (Thio 1957). Meskipun kemudiannya J. P Rodger
berpendapat menggunakan kuasa sultan adalah tindakan terbaiknya bagi
mengekang kemaraan kuasa Dato’ Bahaman, namun beliau terpaksa
memenuhi permintaan sultan untuk menghentikan semua aktiviti hingga
berakhirnya bulan Ramadan. Pertempuran hebat berlaku di Ulu Pahang
antara kedua belah pihak dan berakhir dengan pengunduran pasukan Dato’
Bahaman ke Kelantan dan kemudiannya ke Terengganu.
Manakala pemberontakan kedua berlaku pada 1895 setelah berlaku
waktu tenang pada September 1892 hingga Jun 1894. Pemberontakan
tersebut dikatakan mempunyai pengaruh agama Islam dengan adanya misi
jihad yang ditiup oleh Said Ungku Paloh (Tok Ku Paloh) di Terengganu.
Ia turut disokong oleh Hugh Clifford (1961) yang terlibat sama dalam
ekspedisi mencari para pejuang Pahang di Kelantan dan Terengganu.
Pengaruh Said Ungku Paloh berjaya menarik kira-kira 200 orang yang
bersedia menggabungkan diri dalam siri pemberontakan tersebut.
Keterangan ini berjaya membuktikan bahawa wujudnya peranan ulama
dalam misi perjuangan ini. Pemberontakan yang berlaku sememangnya
mendapat perhatian serius oleh pihak British selain menelan perbelanjaan
yang sangat besar ketika itu. Pihak British kelihatan amat bersungguh-
sungguh untuk mengekang kemaraan kuasa Dato’ Bahaman dan para
pengikutnya.
Siri kedua penentangan memperlihatkan faktor agama dan jihad
dijadikan faktor utama untuk menentang penjajah. Di sini semangat
keagamaan menjadi penguat dan pengikat antara satu sama lain dalam
140 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

pasukan penjajah. Meskipun mereka akhirnya kalah dan terpaksa


melarikan diri ke dalam hutan, ke Kelantan dan Terengganu serta
kemudiannya dikatakan mati di Siam namun penentangan mereka berjaya
menzahirkan rasa tidak senang dan antipenjajah mereka terhadap penjajah
British. Keadaan tersebut sangat menakutkan pihak British sehingga
terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menjayakan misi
memerangi pasukan Dato’ Bahaman.

ULAMA DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN DI PAHANG

Penjajahan British dan peristiwa pemberontakan Pahang merupakan dua


perkara besar yang berlaku di Pahang pada penghujung abad ke-19
Masihi. Dua situasi tersebut memperlihatkan semangat juang rakyat
Pahang berjuang menyingkirkan penjajah dari negeri mereka. Ini
bermakna sejak 1888 dengan perlantikan J. P Rodger sebagai residen
pertama British di Pahang, rakyat Pahang sudah menjelaskan isi hati dan
kesinisan mereka terhadap pihak British. Dato’ Bahaman hanya sebagai
ketua yang memimpin rasa ketidakpuasan hati tersebut. Namun
sebenarnya di belakang beliau terdapat seluruh rakyat Pahang yang
menyokong segala tindak balas yang diberikan beliau.
Siri kedua pemberontakan Pahang menampilkan susuk tubuh
penglibatan seorang ulama terkenal di Semenanjung Tanah Melayu.
Beliau yang dimaksudkan ialah Tok Ku Paloh. Namun sebenarnya
penglibatan ulama terutama dalam perjuangan menyingkirkan penjajah
British tidak terhad kepada Tok Ku Paloh sahaja kerana terdapat ramai
lagi ulama yang terlibat sama dalam memastikan peristiwa pemberontakan
Pahang tersebut sama ada mereka berada di luar Tanah Melayu seperti
Tanah Haram Makkah atau dalam tanah air sendiri ulama-ulama ini turut
menyumbangkan pelbagai peranan sebagai tanda kasih dan cinta kepada
tanah tumpah darah mereka sendiri. Penulisan ini berpendapat bahawa,
peranan para ulama dalam perjuangan kemerdekaan atau penyingkiran
penjajah British di Pahang terbahagi kepada tiga cara iaitu sama ada
dengan cara pengajaran, penulisan mahupun terlibat secara langsung
dalam medan peperangan. Peranan mereka adalah sangat penting dan
diperlukan oleh seluruh rakyat Pahang.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 141

Peristiwa pemberontakan Pahang tersebut menampilkan senarai nama


para ulama yang turut terlibat dan menjadi faktor pemangkin kebangkitan
para pejuang Pahang. Menerusi penglibatan mereka dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran, penulisan dan secara langsung dalam medan
perang, kita boleh simpulkan bahawa untuk membentuk jati diri dan
semangat kental para pejuang khususnya dalam peristiwa pemberontakan
tersebut ia memerlukan orientasi keagamaan dan komitmen masa yang
panjang. Tempoh masa setahun antara siri pertama dan kedua
pemberontakan adalah amat singkat jika dinilai pada pandangan pengkaji.
Justeru proses keilmuan sejak zaman berzaman ini membolehkan jihad
sabil itu terlaksana dengan mudah apabila ia diseru dan disokong oleh Tok
Ku Paloh sebagai seorang ulama terkemuka ketika itu. Pernyataan ini
bersesuaian dengan pendapat pendapat Shafie (1991) dan Wan Shaghir
(2011). Justeru jika pemberontakan Pahang yang dilontarkan mempunyai
aspirasi jihad ia sebenarnya tidak terjadi dalam masa yang singkat. Jihad
yang sebenarnya tidak terhad kepada peperangan sahaja. Dengan kata lain,
jihad sabil seperti yang berlaku dalam siri kedua peristiwa pemberontakan
Pahang itu memerlukan usaha bersepadu dengan bentuk-bentuk jihad yang
lain sebelum ia benar-benar terlaksana di medan perang. Memahami juga
bentuk jihad yang penting iaitu mengajar dan belajar, pengkaji bersetuju
bahawa bidang pengajaran dan penulisan yang diterajui oleh ulama-ulama
tertentu pada waktu tersebut memberi makna yang signifikan dalam
merangka kejayaan para pejuang Pahang dalam peristiwa pemberontakan
Pahang (Ismail, 2011).
Antara ulama yang terlibat dalam pembentukan jiwa dan semangat
juang yang tinggi dalam diri para pejuang Pahang adalah seperti Tuan Haji
Utsman bin Senik, Kadi Haji Hurairah dan lain-lain lagi (Ismail, 2014).
Catatan Linehan dalam kata lain turut sama menemukan pengkaji dengan
beberapa nama ulama seperti Tuan Haji Abdul Shukor yang merupakan
mufti dan ketua kadhi iaitu Tuan Sanggang selain ramai guru-guru agama
dalam pelbagai bidang ilmu (Linehan, 1936). Senarai nama-nama ini tidak
termasuk nama-nama ulama yang terdapat dalam Syair Ghafilah. Syair ini
mengandungi nama ramai ulama yang terdapat di daerah Temerloh.
Kesemua mereka terlibat dalam bidang pengajaran yang berperanan
menyampaikan ilmu-ilmu agama. Antara mereka seperti Maulana Sopi,
Tuan Guru Haji Mohammad Arif, Tuan Guru Encik Siwok, Tuan Guru
142 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Haji Ishak, Tuan Guru Khatib Junid, Nakhoda Abdullah di Sungai Mak
Dulang Pekan dan terdapat seorang ulama wanita yang ditulis sebagai
Mentua dan isteri Haji Ishak.
Manakala bidang penulisan adalah menerusi karangan-karangan
ulama tersohor seperti karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Sheikh
Abdul Samad al-Falimbani dan Tok Ku Paloh sendiri. Justeru bagaimana
ilmu-ilmu ulama tersohor tersebut sampai kepada masyarakat khususnya
pejuang Pahang dilihat pengkaji adalah menerusi hasil penulisan mereka.
Penulisan yang mengandungi ilmu dan ijtihad mereka tentang jihad itu
pula disampaikan melalui medan keilmuan di seluruh tempat pengajian.
Proses pengkaderan ulama juga dilihat pengkaji sebagai satu wadah ilmu
dan ijtihad ulama-ulama tersohor ini sampai meluas ke seluruh pelusok
tanah air khususnya negeri Pahang. Sebagai contoh, pengkaji
berpandangan Tuan Haji Utsman bin Senik merupakan salah seorang
kader para ulama tersohor tersebut. Dipercayai bahawa Tuan Haji Utsman
belajar secara langsung dengan Sheikh Haji Wan Mustafa al-Fathani;
pengasas pondok Bendang Daya yang turut merupakan seorang
hulubalang Patani yang sangat handal. Syeikh Haji Wan Mustafa al-
Fathani adalah sahabat Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Kedua-
duanya bersama Syeikh Abdul Samad al-Falimbani ikut dalam satu
peperangan besar ketika Kedah dan Patani melawan Siam. Tuan Haji
Utsman bin Senik telah mengambil kesempatan untuk mendalami ilmu
dengan ulama yang hebat khususnya yang turut sama terlibat dalam
peperangan sebenar. Ia membentuk sebuah jaringan dan hubungan yang
bersepadu antara para ulama ini.
Di samping itu, ulama yang terlibat secara langsung dalam
pemberontakan ialah Tuan Haji Utsman bin Senik. Tiada catatan rasmi
dibuat yang menyatakan bahawa Tuan Haji Uthman bin Senik menjadi
tulang belakang dan kekuatan kepada para pejuang Pahang. Namun,
hubungan secara langsung beliau dengan Mat Kilau dan dikatakan
menjadi ayah angkat kepada pejuang tersebut lebih menjelaskan wujudnya
hubungan rapat antara beliau dengan para pejuang. Mat Kilau diajar ilmu
persilatan oleh Tuan Haji Utsman bin Senik beserta doa dan wirid. Wirid
itu pula diambil daripada Sheikh Abdul Samad al-Falimbani menerusi
guru Tuan Haji Utsman bin Senik. Wirid itu juga dilihat mempunyai
persamaan dengan wirid yang terkandung dalam empat buah karangan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 143

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani (Wan Shagir 2011). Di sini proses
pengkaderan ulama cukup bermakna dalam memangkin kelangsungan
ilmu para ulama tersohor tersebut.
Seterusnya, peristiwa pemberontakan Pahang yang berakhir dengan
pengunduran diri para pejuang Pahang ke Kelantan, Terengganu dan Siam
terus menyaksikan penguasaan dan penjajahan British ke Pahang yang
tidak terhenti. British terus berkuasa sehingga kemasukan Jepun di Tanah
Melayu dan pengundurannya pada 1945. Kekalahan Jepun membolehkan
British menguasai semula Pahang sehinggalah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan sepenuhnya pada tahun 1958. Peranan ulama tidak terhenti
di situ. Ulama terus berperanan menyampaikan ilmu tanda berbelah bahagi
bagi memastikan kefahaman agama terus sampai ke seluruh jiwa rakyat
Pahang. Antara ulama-ulama yang meneruskan legasi pengajaran dan
penyampaian ilmu ialah Tuan Haji Man Lubuk Kawah, Tuan Guru Haji
Ismail Mat Akil Kampung Berhala Kuala Lipis, Tuan Guru Haji
Hasanuddin Mohammad, Tuan Haji Mokhtar Temerloh, Tuan Haji
Othman Kadi daerah Temerloh dan Tuan Haji Zakaria Haji Ibrahim serta
ramai lagi (Anuar Puteh, 2005). Peranan mereka tidak terhad kepada
penyampaian ilmu sahaja tetapi mereka turut sama menyemarakkan
pengajian agama Islam dengan pembukaan pondok-pondok yang
kemudiannya dinaiktaraf menjadi sekolah menengah agama negeri
Pahang. Terdapat ramai ulama lagi yang tidak dapat disenaraikan lagi di
dalam penulisan kali ini namun penulisan ini menegaskan bahawa
meskipun British tidak dapat diusir dari Pahang menerusi peristiwa
pemberontakan Pahang, para ulama terus menjalankan amanah untuk
menyampaikan ilmu kepada seluruh rakyat Pahang. Semua ini berupaya
membentuk keperibadian dan kekuatan jiwa seluruh rakyat Pahang
sehingga bumi Pahang bebas dari penjajah secara rasminya bersama-sama
kemerdekaan Tanah Melayu pada 1958.

KESIMPULAN

Justeru sebagai kesimpulannya sememangnya terdapat peranan ulama


dalam menggerakkan perjuangan kemerdekaan di negeri Pahang.
Peristiwa pemberontakan Pahang merupakan sebuah manifestasi bahawa
rakyat Pahang sejak awal tidak mahu sebarang bentuk penjajahan ke atas
144 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

negeri Pahang. Peranan menerusi bidang pengajaran, penulisan dan secara


langsung di medan perang menampilkan ramai nama-nama ulama di
dalamnya. Ia merupakan sebuah usaha bersepadu yang dimainkan oleh
semua ulama pada waktu tersebut. Para ulama bersatu menggalas wadah
ilmu dan tanggung jawab untuk membangkitkan semangat patriotisme
dalam kalangan pejuang dan rakyat Pahang. Semuanya bertujuan untuk
meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap penjajahan Barat.
Meskipun peristiwa pemberontakan Pahang telah berakhir dan British
kekal di Pahang namun para ulama terus berperanan dalam bidang
pengajaran bagi memastikan rakyat terus boleh belajar dan mendalami
ilmu serta agama Islam dapat tersebar seluruh negeri.

PENGHARGAAN

Penulisan kertas kerja ini sebagai melengkapkan keperluan kajian bagi


Geran FRGS/1/2016/SSI06/UKM/02/1

RUJUKAN

Anuar Puteh, Sazliza Mat Isa, Muhammad Anizu Mat Nor. 2005. Peranan
Tuan Guru Haji Hasanuddin bin Mohammad dalam Kegiatan Dakwah
di Pahang. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III.
Clifford, H. 1961. Report on the expedition recently led into Kelantan and
Terengganu on the East Coast of the Malay Peninsula. JMBRAS
34(1): 13-89.
Clifford, H.1929. Bushwacking and Other Asiatic Tales and Memories.
London.
Ismail, A.S. 2011. Persepsi kalimah jihad menurut pandangan ulama
Nusantara. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama
Pemacu Transormasi Negara, Disunting. (Pnyt.) Azmul Fahimi
Kamaruzaman, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti
Pengajian Islam, UKM: Bangi, h, 86-90.
Ismail, A.S., Shah, N.Z., Mujani, W.K., & MdRessad, I.S. 2014. Scholars’
Jihad Ta’limi in pahang during the 19th Century. Middle-East
Journal of Scientific Research 20(12): 2142-2146.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 145

Jang Asjah Muttalib. 1972. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kelantan:


Penerbit Aman Press.
Mujani, W.K., Ismail, A.S., Arsyad, I.S., & Shah, N.Z. 2014. Sultan
Ahmad: The Dilemma between the Local Rebels and British
Colonialists in Pahang at the End of the 19th Century. Asian Social
Science 10(3): 205-213.
Noriah Sulung. 1996. Dato’ Bahaman: Orang Kaya Setia Perkasa
Pahlawan Semantan. (Pnyt. Norazit Selat). Dlm Pahang Dahulu dan
Sekarang.hlm: 34-56. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
Thio, Eunice. 1957. The Extension of British Control to Pahang. Journal
Malayan Branch of The Royal Asiatic Society. 30(1): 46-74.
Wan Mohd Shagir Abdullah. 2009. http://ulama-nusantara.blogspot.com/
2009/06/peranan-ulama-dalam-silat.html[16 Oktober 2009]..
146 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Perjuangan Ulama dalam Memartabatkan


Islam dan Tanah Melayu
BERHANUNDIN ABDULLAH

PENGENALAN

Zaman penjajahan Tanah Melayu bermula semenjak kedatangan Portugis


dan pendudukan mereka pada tahun 1511 Masihi ke atas Melaka.
Berurutan dari tahun 1511 inilah Tanah Melayu terus dijajah dari satu
negeri kepada satu negeri dan dari tahun ke tahun serta bertukar tangan
dari satu kuasa kepada satu kuasa kuffar yang anti Islam. Masyarakat
Melayu ketika itu banyak bergantung kepada kuasa Sultan dan semangat
perjuangan yang terajui oleh ulama. Bahkan ulama merupakan sumber
rujukan untuk segala urusan terutama dalam membuat keputusan. Keadaan
ini berlanjutan sehinggalah ke abad ke 19 dan 20 yang telah menampilkan
ramai tokoh ulama terkemuka memperjuangkan kemerdekaan.
Sumbangan para ulama dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah
Melayu tidak dapat dinilai kerana semangat perjuangan mereka sampai
sanggup bergadai nyawa, darah membasahi bumi, keluarga dianiaya dan
saudara mara ditinggalkan. Pengorbanan mereka mungkin tidak dapat
dilihat dan dihitung dengan pandangan mata kasar manusia tetapi suara
halus roh mereka sentiasa bergema menyahut panggilan Ilahi demi
memperjuangkan Islam, masyarakat dan negara.

KEDUDUKAN ULAMA DALAM INSTITUSI PEMERINTAHAN

Pada zaman kerajaan Melayu tradisional sebelum tahun 1949, Sultan


amat rapat dengan ulama bagi mendapatkan nasihat. Terdapat gelaran khas
yang diberikan kepada ulama iaitu “Guru Sultan” di mana mereka ini
menjadi penasihat kepada sultan dan imam di masjid sultan di samping
menjalankan upacara-upacara yang berkaitan agama Islam (Esmail 1980:
118). Ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah (1611-1627) Baginda
telah melantik seorang Raja Bugis bernama Daeng Sulaili bagi mentadbir
hal ehwal agama. Daeng Sulaili pernah menuntut di Mekah dan menetap
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 147

di Perak. Sewaktu zaman Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770),


Baginda telah melantik seorang ulama dari Aceh yang bernama Fakir
Yusuf untuk mengelolakan hal ehwal agama di Sungai Kinta. Bahkan
dipercayai semasa pemerintahan inilah “Undang-Undang 99” disusun oleh
seorang keturunan Aceh yang bernama Sayid Abu Bakar (Esmail 1980:
119).
Terdapat pula satu jawatan khas yang diberikan kepada ulama yang
dikenali sebagai “Sheikhul Islam”. Ulama yang mula-mula memegang
jawatan Sheikhul Islam ini adalah seorang ulama dari Kelantan yang
bernama Haji Wan Muhammad. Jawatan Sheikhul Islam ini tidak lagi
terisi pada tahun 1935 kerana jawatan baru diwujudkan iaitu Mufti.
Ulama sebagai penasihat Sultan telah diperakui dalam sejarah Tanah
Melayu yang menggambarkan segala urusan pentadbiran, pemerintahan
dan keagamaan akan dirujuk kepada ulama untuk mendapat pandangan
dan nasihat. Sebagai contoh yang jelas, pada tahun 1911 sewaktu zaman
pemerintahan Sultan Idris, Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin telah mendapat
keyakinan dari Baginda dan telah diundang bagi menyertai rombongan
Baginda ke England. Beliau dilantik sebagai penasihat membantu
perbicaraan di Mahkamah majistret Kuala Kangsar dan Taiping (Esmail
1980: 119).
Jasa Ulama ketika mereka menjadi penasihat Sultan amatlah besar
kerana hasil bimbingan dan panduan mereka, telah berjaya mengubah
sesebuah bentuk pemerintahan dan seseorang Sultan menjadi taat dan setia
kepada Allah serta adil terhadap rakyat. Zaman kegemilangan negeri
Terengganu umpamanya sewaktu Tokku Paloh menjadi penasihat Sultan.
Beliau adalah seorang ulama yang sentiasa menyampaikan pendidikan
Islam kepada Baginda Sultan dan telah dilantikan sebagai Sheikhul Islam
pada zaman Sultan Zainal Abidin III. Beliau bertugas sebagai tempat
rujukan bagi ulama-ulama dan ketua negara untuk dirujuk dalam hal-hal
berkaitan agama dan pemerintahan. Sumbangan beliau telah melahirkan
ramai ulama dan menjadikan Sultan Zainal Abidin III sebagai sultan yang
warak dan berpegang kuat kepada ajaran Islam (Muhammad Abu Bakar
1980:50).
Tuan Syeikh Haji Abdul Halim juga merupakan penasihat kepada
Sultan Muhammad I (1088-1837). Jasa beliau menasihati Baginda sultan
telah menjadikan baginda sentiasa membuat kebajikan kepada rakyat
148 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

dengan mendirikan madrasah, surau dan wakaf sebagai tempat ibadat dan
tempat persinggahan. Di atas nasihat beliau juga Sultan telah mengarahkan
mendirikan sebuah rumah wakaf di Mekah, Jeddah dan Madinah atas
biayaannya (Abdul Halim 1985:40).

Peranan Sebagai Guru Agama Sultan

Para ulama di Tanah Melayu telah mendapat kepercayaan daripada sultan-


sultan untuk mengajar mereka. Sultan di Tanah Melayu telah menggap
ulama sebagai orang yang amat mulia dalam masyarakat. Ulama telah
diberi kedudukan yang tinggi dalam urusan hal ehwal kemasyarakatan dan
keagamaan. Sultan akan patuh dengan segala nasihat serta teguran ulama
dan melaksanakan mengikut kesesuaian dengan kehendak rakyat berserta
keadilan pemerintahan.
Sultan Zainal Abidin III telah berguru dengan Tokku Paloh dan
baginda sering berulang alik dari istana ke rumah Tokku Paloh.
Ketinggian ilmu Tokku Paloh telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh ulama
dan pejuang Islam seperti Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut @ Haji
Mat Hassan dan beberapa orang lagi (Muhammad b. Abu Bakar 1980:49).
Qadi Yusuf di Melaka pula sering dikunjungi oleh Sultan Mahmud Shah
untuk mengaji dengannya. Baginda sanggup berjalan kaki dan
membahasakan diri baginda sebagai fakir.
Pada kurun ke 19 di Terengganu, Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayan
telah menjadi guru kepada Baginda Omar (1839-1876)Baginda datang
berguru dengan Syeikh Abdul Kadir dan berminat untuk memajukan
orang Islam di dalam negeri serta mengetahui perkembangan Islam di luar
negeri. Selain daripada itu ulama asing turut diberi tempat dan kemudahan
untuk menjalani hidup di Terengganu (Muhammad 1991: 16).
Ini menggambarkan bahawa hubungan antara institusi ulama dengan
pemerintahan dan istana telah mendapat sanjungan di kalangan
masyarakat. Institusi ulama amat dihormati dan disegani oleh masyarakat
dan pemerintah. Masyarakat sanggup mempertahankan apa saja demi
membela kebenaran dan maruah ulama yang setia dengan ajaran Islam.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 149

Meninggikan Syiar Islam

Ulama telah menanamkan semangat cintakan Islam kepada rakyat yang


beragama Islam. Semangat kesedaran ini telah menimbulkan perasaan
tidak puas hati terhadap penjajah. Mereka telah menentang usaha-usaha
yang bakal menodai umat Islam yang dijalankan oleh penjajah secara
terang-terangan.
Ulama pula dengan berani tampil ke hadapan melaksanakan tuntutan
ajaran Islam dengan sempurna seperti yang termaktub di dalam al-Quran.
Sebagai contoh, Haji Yaakob iaitu anak kepada Syeikh Halim telah
menggunakan kuasa yang diberikan oleh Sultan kepadanya untuk
menjatuhkan hukuman kepada penjenayah di Kelantan. Hukuman rejam
pernah dilakukan oleh beliau terhadap mereka yang berzina. Ini
merupakan bukti bahawa Kelantan pernah mempraktikkan hukuman Islam
berlandaskan kepada syarak (Abdul Halim Ahmad 1985:43). Haji Wan
Sulaiman Wan Sidiq yang telah dilantik oleh Sultan sebagai Qadi di
Kedah telah bertindak mengambil inisiatif membanteras kepercayaan
karut seperti mempercayai keramat, membayar niat di kubur dan lain-lain,
yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di waktu itu.
Tindakan ulama di Tanah Melayu adalah tegas tanpa gentar dan
bimbang untuk bangun melaksanakan kebenaran Islam meskipun
mendapat ancaman dari berbagai pihak terutama pihak penjajah. Ulama
berpegang kepada prinsip mereka untuk mendaulatkan Islam dan meraih
keredaan dari Allah.

Pendidikan Menerusi Sekolah Pondok

Pendidikan agama pada peringkat awal dijalankan di rumah-rumah ulama


atau guru agama, surau, balaisah dan masjid. Setelah kedatangan penjajah
yang mementingkan pendidikan sekular sehingga pendidikan Islam
disisihkan menyebabkan ulama telah mendirikan sekolah sistem pengajian
pondok. Sekolah pondok ini telah menjadi satu sistem persekolahan tinggi
yang mana setelah pelajar menamatkan pelajaran, mereka akan
menyambung pelajaran ke Timur Tengah.
Ulama menyedari bahawa pendidikan agama adalah faktor terpenting
yang dapat menyatukan bangsa Melayu. Mereka telah mengambil inisiatif
150 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

membina lebih banyak sekolah pondok dan menjemput ulama lepasan dari
Timur Tengah untuk menjadi guru agama dan tenaga pengajar. Pembinaan
sekolah pondok ini bertujuan juga untuk menyaingi sistem persekolahan
sekular yang ditaja oleh penjajah.
Pondok pertama di Kelantan dipercayai dibina pada tahun 1820 oleh
Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah di Pulau Chondong. Beliau
merupakan pelopor di dalam memperkenalkan sistem pendidikan agama
bercorak pondok di Kelantan. Beliau juga sanggup mewakafkan tanahnya
untuk dijadikan tempat bagi murid-murid mendirikan pondok (Abdul
Halim Ahmad 1985:45).
Haji Abdul Samad bin Mohamad Salleh al-Kelantani telah
memperluaskan pendidikan Islam tradisional di Kelantan dengan
membuka dan mengembangkan ajaran tasawuf di Kelantan. Sistem
pendidikan pondok telah mencapai kegemilangan pada abad ke 20 kerana
jasa-jasa ulama terdahulu yang telah berjaya melahirkan murid-murid
yang berkebolehan dan menanam semangat cintakan agama.
Perkembangan ini lebih menonjol apabila ulama dan guru-guru agama
telah menulis buku-buku dan menterjemahkan kitab-kitab karangan
ulama-ulama terdahulu (Abdul Halim Ahmad 1985:49). Perkembangan
sekolah pondok semakin rancak di Kelantan setelah kembalinya Haji
Mohd Yusuf bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Tok Kenali pada
tahun 1908. Jasa beliau sangat besar sehingga tertubuhnya Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Apabila ulama menyedari betapa pentingnya umat Islam dikejutkan
dari permainan penjajah, maka institusi pondok telah mula dijadikan
tempat untuk mereka menarik pengaruh dan menanamkan kekuatan
memperjuangkan kebenaran. Menurut Muhammad Abu Bakar (1985:319-
322) bahawa penglibatan institusi pondok dalam pilihanraya di Kelantan
bermula apabila institusi tersebut dilihat bertindak secara pasif dengan
para guru yang tidak peka dengan politik. Ia didatangi oleh para politikus
dan digerakkan serta dijalankan aktiviti politik yang memerlukan
sokongan masyarakat untuk parti sehinggalah ia menjadi semakin rancak
menjelangnya pilihanraya. Sebagai contohnya Tuan Haji Wan Musa
seorang ulama yang dikatakan banyak menerima ajaran Tariqat al-
Shaziliyah mempunyai pemikiran reformis dan radikal serta beliau juga
tidak ketinggalan untuk cenderung ke arah politik.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 151

Meskipun sistem pendidikan pondok telah beroperasi dengan giatnya,


para ulama tetap berpendirian menjalankan aktiviti pengajaran di masjid-
masjid, surau-surau, balaisah dan rumah sendiri kerana ini merupakan
pendidikan tidak formal yang diamalkan secara berterusan. Keadaan ini
dapat dibuktikan dengan pertambahan bilangan surau-surau dan balaisah
yang berdekatan dengan rumah-rumah guru agama yang menampakkan
kegigihan mereka menjalankan aktiviti dakwah. Manakala sambutan
daripada rakyat menunjukkan bahawa mereka dahagakan ilmu
pengetahuan daripada ulama. Kawasan-kawasan tempat ulama
menjalankan pengajaran dan pendidikan telah bertukar menjadi daerah-
daerah yang berbudayakan Islam, berpaksikan masjid sebagai pusat
perhimpunan, peribadatan, pentadbiran kemasyarakatan dan
seumpamanya. Kawasan pondok pula bertukar menjadi perkampungan
Islam atau perkampungan pondok.

Bergiat Aktif dalam Penulisan

Penulisan adalah salah satu wasilah dakwah yang boleh kekal lama dan
dapat dirujuk sampai bila-bila masa selagi ia tidak dihapuskan.
Kesempatan ini telah diambil oleh ulama sebagai salah satu usaha
menyemaikan ajaran Islam, mendidik, menyedar dan memahamkan rakyat
kehendak ajaran Islam dan tuntutan yang sebenar.
Keunggulan ulama tempatan dalam menyebarkan ajaran Islam dapat
dilihat daripada hasil penulisan kitab-kitab agama sama ada terjemahan
hasil tulisan ulama silam atau menulis sendiri kitab-kitab mengikut
keperluan dan keadaan masyarakat sekitar. Antara contoh kitab-kitab yang
dihasilkan ialah Kanz al-Ula, Jawhar al-Saniyyah, Sullam al-Tawfiq, al-
Durr al- Fakhirah iaitu hasil tulisan Tokku Tuan Besar (Khairudin Haji
Muhammad 1992:64), Ta‘lim al-Muta‘allim bi al-Jani oleh Haji Ahmad
bin Hj. Mohd Kasim, Ahkam al-Shariyyah dan Anwar al-Quran al-
Mahiyah li Zulumat Mutanabbi’ Fadiyan oleh Tuan Guru Dato’ Sayyid
Alwi al-Haddad dan lain-lain lagi.
Selain melibatkan diri dalam penulisan kitab, ulama juga terlibat aktif
dalam penulisan akhbar. Akhbar yang paling popular dalam sejarah tanah
air dalam Al-Imam. Akhbar ini dipelopori oleh empat orang ulama
terkemuka iaitu Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin al-Azhari, Sayid Syeikh
152 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

bin Ahmad al-Hadi, Haji Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd Salim
al-Kalali. Mereka mengambil inisiatif menerbitkan majalah Al-Imam ini
bertujuan memberi bimbingan dan petunjuk kepada masyarakat Melayu,
menyedarkan dan mencegah kemungkaran dan sebagainya (Abdullah bin
Haji Jaafar 1985:85). Akhbar ini tidak menumpukan sepenuhnya kepada
perkara fardu ain semata-mata dan kemasyarakatan tetapi mencakupi
bidang Islam yang syumul termasuk aspek politik, ekonomi, sosial dan
pelajaran. Al-Imam merupakan akhbar yang memberi nafas baru dalam
pemikiran masyarakat Melayu (Dusuki Haji Ahmad 1980:542).
Di dalam majalah al-Imam memuatkan perbincangan mengenai
politik sebagai satu topik yang hangat diperkatakan. Majalah ini
melahirkan kefahaman mengenai politik Islam kepada masyarakat Melayu
dengan membuat beberapa pendedahan mengikut kehendak syariat Islam.
Politik Islam yang diperkatakan ialah keyakinan terhadap Allah dan Nabi
Muhammad sebagai pesuruh Allah yang menjalankan tugas kepada
makhluk untuk menuju kebenaran. Apabila keyakinan ini dipegang maka
wujudlah politik Islam. Politik Islam menurut al-Imam haruslah
mempunyai (Abu Bakar Hamzah 1991:82):

a. Umat atau warganegara


b. Negara yang mendasarkan undang-undangnya kepada undang-undang
Allah
c. Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang layak sebagai pemimpin.

Majalah al-Imam telah membawa satu pendekatan yang bercorak


pensejarahan dalam penulisan politik Islam. Ia memberikan contoh-contoh
bagaimana negara Islam mengalami kemunduran dan perpecahan akibat
kelalaian mereka terhadap Islam. Majalah ini mendapat tentangan hebat
terutama penjajah sehinggalah ia dihentikan penerbitannya.
Tok Kenali juga bergiat aktif dalam penulisan menerusi majalah
Pengasuh dan al-Hidayah. Daripada karya-karya tersebut juga didapati
pemikirannya menjurus kepada aspek sejarah, kemasyarakatan, ekonomi
dan politik (Abdul Rahman al-Ahmadi 1983: 95). Pemikiran Tok Kenali
mendapat sambutan hangat. Kritikan beliau terhadap keadaan masyarakat
yang hanya terikut-ikut dengan penjajah sama ada Siam atau British serta
beliau mempertikaikan Melayu itu sendiri yang bersikap sedemikian rupa.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 153

Ini memainkan peranan penting untuk membentuk pemikiran masyarakat


Islam.
Di Kota Bharu sahaja dalam tempoh sekitar tahun 1918 hingga 1941,
terdapat dua belas buah majalah dan surat khabar telah diterbitkan. Antara
penerbitan yang mampu mengisi buah fikiran yang dinamis dan kadang-
kadang revolusioner ialah Pengasuh dan al-Hikmah (Alias Muhammad
1977:46). Selain daripada itu terdapat juga akhbar-akhbar dan majalah
yang mempunyai asas dan tujuan yang sama seperti Seruan Azhar, Pilihan
Timur, Semangat Islam, Al-Ikhwan, al-Manar dan Saudara.
Karya-karya ulama memuatkan pelbagai pengajaran dan ilmu agama
di samping meniupkan sentimen anti penjajah dan perjuangan ke arah
kemerdekaan yang berteraskan keislaman. Mereka juga merangsang ke
arah pembinaan negara dan mengkritik apa-apa gejala dan peristiwa yang
bertentangan dengan keadilan dan anti pembangunan dan juga bercanggah
dengan tatasusila Melayu dan menyimpang dari roh Islam (Abdullah Alwi
Haji Hassan 1999:6).

Penentangan Terhadap Penjajah

Sejarah telah memperlihatkan permainan penjajah yang begitu rancak


untuk menghapuskan Islam dan masyarakatnya di bumi Tanah Melayu
dan dalam masa yang sama mengembangkan fahaman Kristian dan
ideologi sekular. Penjajah telah banyak memperlakukan kezaliman dan
perhambaan terhadap umat Islam sepanjang penjajahan mereka termasuk
tindakan dan usaha menghapuskan ulama Islam yang memperjuangkan
kebenaran Islam, tanah air, masyarakat dan bangsa. Bahkan terdapat
ulama yang tidak mempersetujui tindakan penjajah yang mahu merampas
hak rakyat telah ditangkap dan dibunuh.
Langkah yang diambil oleh penjajah ini tidak sedikit pun berjaya
menakutkan semangat perjuangan ulama dan murid-murid yang setia
dengan ajaran Islam. Para ulama bersedia melawan kemungkaran dan
kezaliman para penjajah. Meskipun pemerintahan Islam telah berpindah
kepada penjajah tetapi kuasa barat tidak mudah untuk menerapkan
peraturan dan undang-undang ciptaan manusia tanpa terlebih dahulu
mendapatkan persetujuan daripada ulama besar yang berkuasa
mengeluarkan fatwa dan kebenaran sultan. Ulama Islam tetap di atas dasar
154 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

perjuangan mereka yang berprinsipkan hukum Islam dalam setiap


pembaharuan dan pembangunan (Abdul Aziz Ismail 1996: 41).
Salah satu perjuangan yang berteraskan jihad dilancarkan di Pahang
setelah perjuangan Melayu menentang British mendapat kekalahan dan
bersembunyi di Kelantan dan Terengganu. Peranan agama yang
ditanamkan oleh ulama menerusi semangat jihad telah menyerang Jeram
Ampai, Pahang dan mendapat kemenangan. Kesedaran ini datangnya dari
inspirasi Sayid Abdul Rahman al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tokku
Paloh di Terengganu (Abdullah Zakaria bin Ghazali 1985:7).
Semangat ini juga dapat dilihat di Terengganu apabila penasihat
British telah dilantik pada tahun 1919, banyak peraturan baru yang
melibatkan cukai tanah dan hasil tanah diwujudkan. Peraturan-peraturan
tersebut amat membebankan penduduk tempatan. Dalam keadaan tersebut
muncul pemimpin-pemimpin tempatan seperti Haji Zakaria atau Haji Kia
di Telemong, Mat Zin bin Mat Min, Tok Janggut atau Lebai Deraman.
Kesemua ini adalah di bawah arahan serta bimbingan Haji Abdul Rahman
Limbong yang merupakan ulama yang bekerja keras menentang penjajah.
Haji Abdul Rahman Limbong akhirnya telah berjaya ditangkap oleh pihak
British dan dibuang negeri ke Mekah.
Unsur-unsur agama yang dimainkan oleh pejuang tanah air sebagai
gerakan anti British amat ketara sekali. Ajaran-ajaran yang disebarkan
menegaskan bahawa sesiapa yang mematuhi peraturan baru (yang dibawa
oleh penjajah) adalah bererti menyebelahi orang kafir laknatullah. Ini
dikaitkan lagi dengan penegasan bahawa segala peraturan baru yang
disampaikan oleh British adalah undang-undang kafir. Ajaran ini
disampaikan oleh Haji Musa bin Abdul Ghani ketika beliau mengajar ilmu
agama, memungut zakat harta dan fitrah di kawasan Kuala Berang. Haji
Musa selalu menggunakan ayat al-Quran dan Hadith ketika
menyampaikan hujahnya. Selain daripada beliau, Haji Abdul Rahman
Limbong turut menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan pihak
pentadbiran tidak boleh mengambil cukai ke atas tanah yang mereka
usahakan. Kata-kata Haji Abdul Rahman Limbong ini sudah pasti
mendapat perhatian dan didengari oleh orang-orang kampung, tambahan
pula beliau adalah seorang ulama yang disanjung dan dihormati.
Di sini menampakkan bahawa usaha ulama ke arah menuntut
kemerdekaan sedang berjalan. Mereka berjuang untuk membebaskan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 155

bangsa dan tanah air daripada penjajah dengan semangat kental


perjuangan berasaskan Islam. Mereka menggunakan segala peluang yang
ada untuk membentuk umat Islam yang berani mempertahankan
kebenaran Islam. Ada juga di kalangan ulama menggunakan gelanggang
seni persilatan untuk menarik para belia menyertai perjuangan mereka
(Muhammad Mohd Taib 1997:4) di samping menyemai akhlak yang
murni dan ilmu Islam dalam diri anak-anak muda.

Menuntut Kemerdekaan

Setiap orang anak bangsa Melayu tidak boleh menafikan penglibatan


ulama di dalam mencetuskan dan menggerakkan semangat menuntut
kemerdekaan daripada penjajah. Bahkan mereka sanggup meskipun
berlaku pertumpahan darah dalam membela kebenaran Islam dan tanah air.
Pelbagai langkah dan cara yang telah dilakukan sama ada dari segi politik
ataupun menyedarkan masyarakat tentang erti kemerdekaan.
Haji Abdullah Abbas Nasution telah mengambil idea untuk
menubuhkan Persatuan Ulama Kedah. Beliau sendiri telah berkata (Abdul
Manaf bin Saad 1980:149): “Lebih baik kita tubuhkan Persatuan Ulama.
Kita akan tubuhkannya pada hari perarakan menentang Malayan Union
yang akan berlangsung 4 atau 5 hari sahaja lagi”
Persatuan Ulama Kedah ditubuhkan bagi menentang Malayan Union
dan Gerakan Bintang Tiga atas kesedaran bahawa untuk (Abdul Manaf bin
Saad 1980:152):

a. Mengembangkan ajaran Islam sesuai dengan amar maaruf nahi


mungkar.
b. Menyatukan ulama di Kedah dan Tanah Melayu amnya bagi
membina dan memajukan pergaulan umat Islam.
c. Bekerjasama dengan kerajaan bagi mengadakan sekolah-sekolah
rakyat dan menggalakkan sekolah-sekolah perniagaan dan perusahaan.

Setelah itu mereka mengambil keputusan untuk berdemonstrasi di


Bandar Kedah. Hasilnya Dato’ Onn sendiri membuat kenyataan bahawa
tunjuk perasaan di Kedah itu adalah tulang belakang dan faktor kejayaan
kepada tuntutan orang Melayu untuk menghapuskan Malayan Union.
156 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Satu pertubuhan telah diasaskan oleh ulama terkenal iaitu Ustaz Abu
Bakar al-Baqir yang diberi nama sebagai Hizbul Muslimin (Pertubuhan
Kaum Muslimin) atau ringkasannya HAMIM. Dasar HAMIM adalah bagi
mendapatkan kemerdekaan bangsa Melayu di samping mencipta
masyarakat yang berasaskan Islam dan mewujudkan Darul Islam (Ku
Halim Ku Yahya 1985: 142). Perjuangan ulama kemudiannya amat besar
dalam usaha menuntut kemerdekaan. Mereka telah berjaya menyedarkan
bangsa Melayu di samping meniupkan semangat jihad bagi menentang
penjajah dan memelihara agama Islam. Institusi masjid, surau dan institusi
keluarga dijadikan medan untuk menyampaikan mesej Islam dan roh
perjuangan.

KESIMPULAN

Masyarakat Islam dari kalangan Melayu pada suatu ketika dahulu pernah
mengecapi nikmat keadilan, ketenteraman dan kebahagiaan hidup
meskipun terpaksa menghadapi karenah adat yang perlu diubah. Keadaan
ini lahir dari hasil usaha para ulama yang memimpin masyarakat dan
naungan hukum Islam yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat.
Pengamalan hukum Islam tidak dapat dipisahkan daripada tanggungjawab
ulama dan penguasa yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Tetapi
setelah kedatangan penjajah, masyarakat Islam Tanah Melayu mula
tertekan dengan pelbagai ancaman dan halangan yang datang dari pihak
penjajah. Halangan dan ancaman ini dihadapi dengan tabah di bawah
naungan ulama yang silih berganti menyedar dan membimbing ke arah
kemerdekaan dan kebebasan dari penjajah.
Tanggungjawab yang dipikul di bahu ulama amat berat untuk
menyatukan umat Islam dan menasihati pemimpin atau pemerintah agar
sentiasa bertindak mengikut lunas-lunas Islam. Seseorang ulama besar
dalam satu-satu masa menggunakan sepenuhnya buah fikiran dan
perhatian untuk kepentingan Islam, saling nasihat menasihati, ingat
mengingati, saling memberi dan menerima. Sinar iman berkilau memancar
di dalam hati mereka. Selain daripada mengatur perjalanan ibadat dan
pembinaan akhlak, mereka juga mampu mengatur dan menyusun rencana,
makalah dan penulisan yang berkaitan isu atau permasalahan semasa
masyarakat. Di dalam masyarakat mereka menjadi pemimpin mulia lagi
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 157

dihormati, di masjid pula mereka bertindak sebagai imam dan guru, di


medan perjuangan mereka bertindak sebagai panglima perjuangan, di
dalam politik pula mereka merupakan politikus yang disegani dan
disanjung dan di dalam pemerintahan mereka dijadikan sumber rujukan
dan penasihat dalam membuat sebarang keputusan.

RUJUKAN

Abdullah Alwi Hassan. 1999. Sumbangan Para Ilmuan Muslim dalam


Pembinaan Negara di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Abdul Aziz Ismail. 1996. Suka Duka Kepimpinan Ulama dan Penguasa
Mendaulatkan Hukum-hukum Allah dan Menangani Permasalahan
Ummah. Johor Baharu: Perniagaan Jahabersa.
Abdullah Jaafar. 1985. “al-Imam”. Editor Khoo Kay Kim. Dalam Sejarah
Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan,
Universiti Malaya.
Abdullah Zakaria Ghazali. 1985. “Kebangkitan Anti British di
Semenanjung Tanah Melayu”. Editor Khoo Kay Kim. Dalam Sejarah
Masyarakat melayu Moden. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan,
Universiti Malaya.
Abdul Halim Ahmad. 1985. “Pendidikan Islam di Kelantan”. Editor Khoo
Kay Kim. Dalam Sejarah Masyarakat melayu Moden. Kuala Lumpur:
Jabatan Penerbitan, Universiti Malaya.
Abdul Manaf Saad. 1980. “Persatuan Ulama Kedah 1365-1376H (1946-
1957)”. Penyunting Jazamuddin Baharuddin. dalam Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Abdul Rahman al-Ahmadi. 1983. Tokoh dan Pokok Pemikiran Tok Kenali.
Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia.
Abu Bakar Hamzah. 1991. al-Imam Its Role in Malay Society 1906-1908.
Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Dusuki Ahmad. 1980. Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Esmail Mohd Salleh. 1980. “Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam di
Negeri Perak Sebelum dan Selepas 1949”. Penyunting Jazamuddin
Baharuddin. dalam Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan
Sejarah Malaysia.
158 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Khairudin Muhammad. 1992. “Sayid Muhammad Zayn al-Abidin 1789-


1878 (Tokku Tuan Besar)”. Penyunting Ismail Mat. Dalam Ulama
Silam Dalam Kenangan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Abu Bakar. 1980. “Sayid Abdul Rahman bin Muhammad al-
Idrus (Tokku Paloh)”. Penyunting Jazamuddin Baharuddin. dalam
Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Muhammad Abu Bakar. 1985. “Pondok, Pilihanraya dan Pemerintahan di
Kelantan”. Penyunting Nik Safiah Karim dan Wan Abdul Kadir Wan
Yusuf. dalam Kelantan Dalam Perspektif Sosio-Budaya. Kuala
Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya..
Muhammad Abu Bakar. 1991. Ulama Terengganu Suatu Sorotan. Kuala
Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Muhammad Mohd Taib. 1997. “Ulama Sebagai Teras Pembangunan”.
Penyelaras Aidit Haji Ghazali dan Dzulfawati Haji Hassan. Dalam
Peranan Ulama Dalam Pembangunan Menjelang Abad ke-21. Kuala
Lumpur: Institut Perkembangan Minda (INMIND).
Ku Halim Ku Yahya. 1985. “Peranan Ulama ke Arah Pembentukan
Ummah (Tinjauan Khusus di Malaysia Sebelum Merdeka)”. Latihan
Ilmiah. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 159

Dinamika Angkatan Tentera Malaysia Penerus


Kemerdekaan dan Keselamatan Negara
BURHANUDDIN JALAL, SAFAR YAAKOB, AMNAH SAAYAH ISMAIL
& SAYUTI AB GHANI

ABSTRAK

Angkatan Tentera Malaysia berperanan mempertahankan kedaulatan


Malaysia sekaligus sebagai salah satu agensi penerus kemerdekaan dan
keselamatan negara. Kajian ini ingin melihat komitmen organisasi
Angkatan Tentera Malaysia khususnya usaha-usaha yang berterusan untuk
meningkatkan kualiti manusia yang dipengaruhi oleh karakter individu,
keperibadian, sikap, proses pembelajaran, persepsi serta motivasi. Faktor
tersebut menyumbang kepada kekuatan organisasi. Kajian perpustakaan,
pemerhatian serta soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Hasil
kajian memperlihatkan bahawa nilai keperibadian anggota secara langsung
telah memberikan impak positif kepada komitmen terhadap organisasi
Angkatan Tentera Malaysia diyakini sebagai penerus kemerdekaan dan
keselamatan negara.

PENGENALAN

Sejarah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula dengan pengambilan


25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar
Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu
batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar
Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember
1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.
Kedua-dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam
peperangan menentang tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Selepas
perang, negara telah dilanda ancaman komunis dan perintah darurat telah
diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran
angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu
telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman darurat juga, Tentera
160 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Darat Malaya (pada ketika itu) telah berkembang dengan penubuhan


pasukan yang terdiri berbilang kaum iaitu Rejimen Persekutuan dan
Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952 (Abdul Samad Idris
1983), Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera
Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk melawan insurgensi.
Pada masa kini kesemua ketiga-tiga perkhidmatan dalam Angkatan
Tentera Malaysia iaitu Angkatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara
Diraja Malaysia dan Tentera Laut di raja Malaysia sedang dalam proses
pemodenan sebagai satu pasukan tentera berwibawa yang mampu
menghadapi cabaran masa depan.
Pada umumnya kerajaan Malaysia mempunyai kesungguhan dalam
meningkatkan kekuatan pertahanan negara dari tahun ke tahun, namun
demikian pembangunan dan pemodenan ATM pada hakikatnya adalah
tertakluk kepada kemampuan kewangan dan perkembangan kestabilan
serantau. Sekiranya kita membuat perbandingan dengan negara jiran
Singapura, seperti di Jadual 1 menunjukkan perbelanjaan negara jiran
lebih satu kali ganda berbanding dengan perbelanjaan Malaysia dalam
aspek perbelanjaan pertahanan. Di sini menunjukkan Malaysia tidak
memperuntukkan perbelanjaan pertahanan yang besar dan bersifat luar
biasa. Pembangunan dan pemodenan ketenteraan Malaysia lebih dilihat
sebagai proses normal dan keperluan kepada sesebuah negara dalam
memenuhi keperluan keselamatan khususnya bagi menjamin keselamatan
dan kedaulatan negara.

Jadual 1 Perbandingan perbelanjaan pertahanan antara Malaysia dan


Singapura

Negara/Tahun 2004 2005 2006


Malaysia AS$2.25 Bilion AS$2.47 Bilion AS$3.08 Bilion
Singapura AS$5.10 Bilion AS$5.57 Bilion AS$6.16 Bilion

Sumber: Majalah Visi IKIM Ogos 2008.

Namun demikian, perlu juga dijelaskan bahawa pemodenan Angkatan


Tentera Malaysia sedang dijana ke arah pembangunan dimensi keempat
iaitu dimensi elektro magnetik yang memerlukan penguasaan sepenuhnya
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 161

elemen-elemen peperangan iaitu di bawah dan di permukaan bumi, ruang


udara dan siber. Proses pengukuhan pertahanan dan keselamatan negara
sememangnya telah bermula sejak tahun 1957 lagi sama ada dari aspek
pembangunan fizikal atau bukan fizikal. Secara umumnya menjelang
dekad 1990-an, ia telah menjadi titik tolak kepada Malaysia untuk
memesatkan dan memperkukuhkan kekuatan sistem pertahan dan negara
dengan prinsip ‘Pertahanan ke hadapan” atau ‘forward defence’. Ia juga
telah merintis penumpuan kerajaan terhadap peningkatan kekuatan dan
pemodenan angkatan pertahanan dan sistem keselamatan negara.
Usaha kerajaan ini dapat dilihat bermula pada tahun 1992 apabila
Malaysia mula memperkukuhkan dan memperkemaskan sistem
pertahanan laut melalui penyediaan dua buah kapal perang termoden di
Asia Tenggara pada waktu itu iaitu Kapal Diraja (KD) Jebat dan KD
Kasturi yang dilengkapi dengan teknologi tinggi. Perolehan persenjataan
bersifat pertahanan terbuka atau dipanggil sebagai defence offensive juga
menjadi matlamat, apabila TLDM kini memiliki 120 buah kapal perang
iaitu empat buah kapal dalam kelas frigate dan enam buah kapal dalam
kelas korvet di samping 17 buah kapal peronda yang dilengkapi dengan
kelengkapan peluru berpandu seperti Sea Wolf, Aspide, Exocet dan
Otomat. Sistem cegah rintang Malaysia juga makin kukuh apabila
Malaysia memiliki dua buah kapal selam sejak 2012. Dalam aspek
pertahanan darat, Tentera Darat turut bergerak seiring dengan kemajuan
teknologi dan perubahan dimensi ancaman keselamatan semasa. Tentera
Darat Malaysia (TDM) kini telah dilengkapi dengan pelbagai persenjataan
moden seperti kereta kebal tempur jenis PT-91M, kereta kebal ringan jenis
Scorpion dan juga kereta perisai jenis Adnan, Stormer, Panhard dan
Commando. Selain itu, kor artileri telah dilengkapi dengan meriam laras
105mm dan juga laras 155mm sebanyak 414 buah serta diperkukuh
dengan pembelian sistem roket berganda jenis ASTROS II dan turut
dilengkapi dengan peluru berpandu. Proses ini telah meningkatkan
keupayaan TDM bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan Malaysia
dipertahankan (Majalah Tempur Bil 12 Januari 2009).
Selain itu, pertahanan angkatan udara Malaysia juga turut diberi
perhatian oleh kerajaan yang mana ia telah memberikan penekanan
terhadap pemilikan pesawat-pesawat yang berteknologi tinggi seperti
pesawat MIG 29, F/A-18 Hornet dan terbaru kerajaan Malaysia telah
162 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

membeli 18 unit pesawat pejuang pelbagai guna Rusia-Sukhoi SU-


30MKM berharga kira-kira AS$900 juta (RM 3.4 Bilion). Pembelian
pesawat tempur berteknologi tinggi ini juga adalah bagi memperkukuhkan
kekuatan pertahanan udara yang telah sedia ada seperti pesawat Hawk dan
pesawat pejuang F5E. Pesawat-pesawat tempur ini turut dilengkapi
dengan sistem pengkomputeran dan peluru berpandu seperti mana di
negara-negara Barat. Bagi memastikan angkatan udara dapat bergerak
seiring dengan kemajuan semasa teknologi pertahan udara dunia, kerajaan
Malaysia telah mengaplikasikan sistem pertahanan udara negara dengan
pemilikan pesawat UAV jenis Eagle 150. Dalam masa yang sama, ATM
tidak ketinggalan dalam perubahan teknologi pertahanan semasa dunia,
kerajaan telah mula memberi tumpuan dalam pembangunan dan
pemodenan ATM yang menerapkan pengaplikasian peperangan elektronik
atau electronic warfare. Sistem elektronik dan pengkomputeran mula
diterapkan ke dalam ketiga-tiga perkhidmatan ATM seiring dengan
pemodenan angkatan tentera negara-negara jiran dan Barat (Laporan
Tahunan 2010 Kementerian Pertahanan Malaysia). Faktor kemanusiaan
yang menjadi tulang belakang kepada sistem pertahanan negara semakin
dipertingkatkan setiap tahun. Ia bukan sahaja hanya memastikan
peningkatan dari segi kuantiti yang kini telah memiliki lebih daripada
100,000 tentera tetap, 51,600 simpanan dan 244,700 separa tentera tetapi
juga peningkatan dari segi pendidikan, moral, patriotisme dan yang paling
penting adalah penghayatan dari aspek agama iaitu penghayatan Islam.
Kertas ini akan menjelaskan tentang kajian yang telah dijalankan
untuk bagi mendapatkan pandangan rakyat terhadap Angkatan tentera
Malaysia dan keselamatan negara, berdasarkan tiga objektif berikut:

a. Mengukur tahap penerimaan dan puas hati rakyat sebagai pemegang


taruh terhadap perkara-perkara seperti yang terkandung dalam piagam
pelanggan ATM.
b. Meneliti pandangan rakyat terhadap ATM di dalam memenuhi
matlamat arah seperti mana yang terkandung di dalam piagam
pelanggan dan objektif ATM.
c. Meneliti pandangan rakyat terhadap ancaman kepada negara serta
kemampuan ATM untuk mengatasinya
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 163

SOROTAN LITERATUR

Hubungan tentera-masyarakat telah berlaku sejak wujudnya konsep


bernegara yang mana negara dan rakyat mendapat perlindungan
keselamatan dari tentera. Sejarah hubungan ini boleh ditemui di dalam
catatan oleh Sun Tzu dan Clausewitz. Kedua-dua pemikir ini berpendapat
organisasi tentera adalah ‘servants of the state’. Organisasi tentera di lihat
sebagai satu kemestian bagi menjamin keselamatan rakyat, kedaulatan
negara dan ‘survival of the states’. Oleh itu organisasi tentera dilengkapi
dengan peralatan perang yang secukupnya dan anggota-anggotanya di
latih untuk berperang. Negara yang kuat ialah negara yang mempunyai
pasukan atau angkatan tentera yang besar yang terdiri dari angkatan darat,
laut dan udara (Huntington 1981).
Hujah Huntington (1981) ada kebenaran dan ketepatannya di
sesetengah negara. Hubungan tentera dan masyarakat dilihat bukan sahaja
dalam konteks ‘servants of the state’ tetapi boleh juga akan menentang
kerajaan yang sedia ada. Perhubungan negatif ini boleh berlaku kerana
beberapa faktor. Antaranya pembangunan organisasi ketenteraan tidak
selari dengan pembangunan kerajaan yang mentadbirkan negara. Dalam
kes-kes tertentu, kerajaan memerintah di lihat tidak mampu memerintah
negara dan mengurus keperluan rakyat dengan baik. Dalam masa yang
sama, kerajaan juga di lihat tidak mentadbirkan organisasi tentera dengan
baik. Sebaliknya, dari perspektif rakyat, organisasi tentera di lihat mampu
mentadbirkan negara. Ketidakseimbangan ini telah menyebabkan
berlakunya rampasan kuasa. Tentera yang memiliki kuasa atas senjata
yang dimiliki (cohesive power) dan anggota yang terlatih bertindak
menggulingkan kerajaan sedia ada. Oleh yang demikian, Huntington
berhujah tentang perlunya pihak kerajaan atau pemerintah mengawal
kuasa tentera secara profesionalisme.
Teras utama kepada idea hubungan tentera dan masyarakat ialah
‘tahap profesional’ organisasi ketenteraan dan awam. Kedua-dua
organisasi memiliki kepakaran, tanggungjawab dan budaya masing-
masing atau tersendiri. Dalam masa yang sama pihak awam atau kerajaan
inginkan pihak tentera hanya fokus kepada tanggung jawab mereka sahaja.
Huntington (1957) mengaitkan sikap profesional dengan istilah ‘kawalan
awam yang berpusat’. Huntington menggariskan empat elemen
164 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

profesional tentera iaitu, “A high level of military professionalism and


recognition by military officers of the limits of their professional
competence; The effective subordination of the military to the civilian
political leaders who make the basic decisions on foreign and military
policy; The recognition and acceptance by that leadership of an area of
professional competence and autonomy for the military; and As a result,
the minimization of military intervention in politics and of political
intervention in the military”.
Seperti yang telah nyatakan sebelum ini, kerajaan Malaysia memberi
peruntukan kewangan terhadap angkatan tentera tidak terlalu besar tetapi
memadai. Proses pemodenan dan pengecilan tentera Malaysia bukanlah
disebabkan oleh dasar baru tetapi disebabkan oleh penukaran spektrum
ancaman dari bentuk tradisional kepada bentuk baru. Tetapi proses
pengecilan digantikan dengan peralatan yang lebih moden. Dalam
Rancangan Malaysia ke-8, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 13%
bagi sektor keselamatan di mana 10.2% (17 Bilion) untuk pertahanan dan
2.8% (4.7 Bilion) untuk Kementerian Dalam Negeri. Jumlah peruntukan
ini menurun dalam Rancangan Malaysia ke-9 di mana kerajaan
memperuntukkan hanyalah 10.6% dari 200 bilion iaitu terdiri daripada
7.6% (15 Bilion) untuk pertahanan dan 3% (6 Bilion) untuk Kementerian
Dalam Negeri (Zakaria Hj Ahmad dan Harold 1985).
Dalam konteks negara kita Malaysia, Institusi Angkatan Tentera
Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1933 dan kini telah menjangkau
usia 85 tahun. Angkatan tentera Malaysia adalah sebahagian dari
organisasi perkhidmatan awam di Malaysia yang berperanan sebagai
benteng pertahanan negara. Misi utama ATM ialah untuk mewujud dan
merealisasikan angkatan tentera yang sentiasa siaga untuk melindungi
kedaulatan dan integriti negara. Ini dapat dicapai melalui teras seperti
berikut:

a. Aspek Kesiagaan.
b. Keupayaan Berperang.
c. Anggota Tentera Berkualiti.
d. Piagam Pelanggan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 165

KAEDAH KAJIAN

Perlaksanaan kajian dilakukan dengan kutipan data kuantitatif dalam


kalangan warganegara Malaysia dewasa berumur 21 tahun ke atas di
seluruh Semenanjung Malaysia dan seramai 1,010 orang responden telah
dipilih secara kaedah pensampelan random berdasarkan taburan lokasi,
jantina, kaum dan kumpulan umur. Selain dari itu temu bual juga dibuat
bagi mendapatkan maklumat tambahan. Kajian telah dilakukan dalam
tempoh setahun iaitu 28 Jun 2010 hingga 26 Julai 2011. Kajian dibiayai
sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan objektif utama kajian ialah untuk mengukur tahap


penerimaan dan puas hati rakyat sebagai pemegang taruh terhadap
perkara-perkara yang terkandung dalam piagam pelanggan. Sehubungan
dengan itu dalam aspek terdapat tiga perkara yang dapat dilihat dari
pandangan responden bagi memenuhi objektif tersebut iaitu dari aspek
tahap pengetahuan tentang peranan ATM, Penilaian terhadap piagam
pelanggan dan pandangan responden mengenai ancaman terhadap
keselamatan negara.

a. Tahap pengetahuan mengenai peranan ATM

Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir keseluruhan rakyat Malaysia


mengetahui tentang Angkatan Tentera Malaysia secara umum tetapi
kurang daripada separuh mempunyai pengetahuan asas tentang institusi
keselamatan ulung negara ini. Kajian mendapati jumlah responden yang
mengenali Angkatan Tentera Malaysia mencakupi hampir keseluruhan
iaitu 96%. Sementara jumlah yang mengetahui tentang Tentera Darat,
Tentera Laut dan Tentera Udara mencapai 96%.
Selain itu kajian menunjukkan kadar kepekaan masyarakat terhadap
peranan dan fungsi ATM adalah tinggi di tahap 87.3%. kadar ini adalah
lebih tinggi berbanding institusi di bawah ATM seperti Tentera Darat
Malaysia (86.7%), Tentera Laut Diraja Malaysia (86.9%), dan Tentera
Udara Diraja Malaysia (85.9%). Kepekaan terhadap peranan dan fungsi
166 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

ATM ini adalah lebih rendah berbanding institusi awam yang lain seperti
Polis Diraja Malaysia (95.6%) dan Jabatan Imigresen Malaysia (94.5%).
Kajian juga mendapat maklumat dari responden mengenai kekerapan
mengikuti perkembangan berkenaan ATM. Jumlah yang tidak pernah
mengikuti perkembangan ATM mencapai 22.7%. Dalam kalangan
responden yang mengikuti perkembangan ATM tidak kerap ialah seramai
50.1%, agak kerap 19.4% dan hanya 5.7% secara kerap. Maklumat
berkenaan ATM diterima masyarakat masih lagi melalui saluran utama
media cetak dan televisyen.

Jadual 2 Sumber dan capaian Maklumat

Sumber Maklumat Jumlah %


Akhbar dan majalah 71.3
Televisyen 68.5
Kenalan 5.1
Radio 14.3
Program ATM 16.7
Lain-lain 2.6
Tidak Tahu 1.0
Tiada Respon 14.7

b. Penilaian terhadap piagam Pelanggan serta Pencapaian objektif ATM

Sejajar dengan tahap puas hati yang tinggi, tahap keyakinan responden
kepada ATM dalam menjayakan piagam pelanggannya amat tinggi. Tahap
keyakinan terhadap lima perkara yang termaktub dalam piagam pelanggan
mempunyai keyakinan purata 70.5%. Tahap keyakinan keseluruhan
Piagam Pelanggan ATM seperti di Jadual 3.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 167

Jadual 3 Keyakinan Piagam Pelanggan

Perkara Peratus
Melindungi kedaulatan negara 72.6
Melindungi kesejahteraan rakyat 74.3
Menjaga keamanan rantau 74.6
Menyumbang kepada pembangunan 63.2
Peranan dalam keamanan dunia 67.8

Selain itu rakyat menunjukkan keyakinan memuaskan terhadap


kemampuan ATM dalam pencapaian objektif ATM, namun responden
memahami batasan dari segi kelengkapan dan teknologi yang dimiliki oleh
ARTM memandangkan Malaysia masih sebuah negara membangun dan
ATM dalam proses pemodenan. Jadual 4 menunjukkan pandangan
responden terhadap pencapaian objektif ATM

Jadual 4 Pandangan responden terhadap pencapaian objektif ATM

Perkara Peratus
Mempunyai kelengkapan perang yang mencukupi 48
Mengguna pakai teknologi yang terkini 50.4
Mempunyai anggota yang terlatih dan bersedia 67.7
Rapat dan saling bekerjasama dengan masyarakat 61.3
Mampu memenuhi segala keperluan keselamatan 71.9
negara
Berkhidmat pada tahap integriti yang tinggi 59.9
Bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain 68
Mengukuhkan kerjasama dengan negara serantau 73.7
Penyertaan misi PBB untuk keamanan dunia 77.1
Misi kemanusiaan antarabangsa (Aceh, Pakistan) 72.9

c. Ancaman terhadap keselamatan negara

Kajian mendapati masyarakat merasa lebih terancam terhadap masalah


yang sedia wujud iaitu yang berkaitan dengan penyeludupan dadah dan
juga pencerobohan pendatang asing. Ancaman intensiti redah dilihat lebih
168 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

serius berbanding dengan ancaman serangan dari negara lain, namun agak
ramai dalam kalangan responden yang berpendapat bahawa ancaman dari
negara kuasa besar dan negara jiran tetap ada. Jadual berikut menjelaskan
tentang pandangan responden terhadap ancaman terhadap keselamatan
negara.

Jadual 5 Pandangan Responden Terhadap Ancaman Terhadap


Keselamatan Negara

Ancaman Peratus
Penyeludupan dadah 92.3
Pendatang asing/penceroboh 90.5
Keganasan/terrorism 84.9
Penyeludupan manusia 83.4
Lanun 77.2
Pencerobohan perairan oleh nelayan asing 72.8
Serangan dari negara kuasa besar 67.9
Serangan dari negara jiran 66.1
Perebutan sumber asli 64.3
Tuntutan bertindih kawasan/sempadan 61.9

KESIMPULAN

Secara umumnya dalam peranan Angkatan Tentera Malaysia sebagai


organisasi utama atau sebagai ‘tempat bersandar’ untuk terus memastikan
kemerdekaan dan keselamatan perlu berusaha keras agar nilai dan
keperluan mereka jelas kelihatan. Usaha-usaha ini mestilah di lihat oleh
masyarakat atau sesuatu yang berkait dengan keperluan masyarakat
ataupun menyelesaikan sesuatu yang dilihat tidak mampu diselesaikan
oleh kerajaan. Maka itu, organisasi tentera akan menjadi relevan dan
secara tidak langsung akan memurnikan hubungan tentera dan rakyat
seluruhnya.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 169

RUJUKAN

Abdul Samad Idris. 1983. 50 Tahun Askar Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Melayu Publication.
Collins, J.J. 2009. Fifty Years of Civil-Military Relations. Alexandria:
Baker Book Publisher.
Danopoulos, C. 1985. From balkonies to tanks: Post-Junta civil-military
relations in Greece”, Journal of Political and Military Sociology 13:
23-36.
Finer, S.E. & Stanley, J. 2002. The Man on Horseback: The Role of The
Military in Politics: London: Pall Mall.
Huntington, S. 1957. The Soldier and The State: The Theory and Politics
Of Civil-Military Relations. New York: Belknap Press.
Huntington, S. 1981. The Soldier and The State: The Theory and Politics
of Civil-Military Relations. London: Belknap Press.
Institut Kefahaman Islam Malaysia. 2008. Majalah Visi. Bil 8. Ogos.
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Kementerian Pertahanan Malaysia. 2011. Laporan Tahunan 2010
Kementerian Pertahanan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian
Pertahanan Malaysia.
Laman Web Kementerian Pertahanan Malaysia. 2017. www.mod.gov.my
[8 Mac].
Majalah Tempur. 2009. Bil. 12, Januari.
Nielsen, S.C., & Snider, D.M. 2009. American Civil-Military Relations:
The Soldier and the State in a New Era. Baltimore: John Hopkins
University Press.
Nordin Mohd Yusuf. 1994. The Malaysian Armed Forces Honour &
Sacrifice. Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia.
Owens, M.T. 2011. US Civil-Military Relations After 9/11: Renegotiating
The Civil-Military Bargain. New York: Continuum Publisher.
Sun, Tzu. 2009. Art of War. London: Belknap Press.
Zakaria Ahmad & Harold, C. 1985. Military-Civilian Relation in SEA.
New York: Oxford University Press.
170 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Peranan Pemimpin Politik dalam


Memperkasakan Ketamadunan
Masyarakat Malaysia
FADZLI ADAM & SITI KHATIJAH YASIN

PENGENALAN

Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, Malaysia kini telah mengorak


langkah menceburi pelbagai sektor selaras dengan kemunculan revolusi
industri 4.0 yang sudah menyerap masuk dalam kehidupan masyarakat
pada masa ini. Namun, kejayaan mahupun kegagalan sesebuah negara
membangun yang direncana adalah bergantung kepada pemimpin dan
kepimpinan dalam sesebuah organisasi yang dibawa. Pemimpin yang
berjaya menggerak pembangunan negara serta meningkatkan
ketamadunan masyarakat konvensional perlu dinilai berdasarkan pelbagai
aspek termasuklah kemampuan memandu mereka bagi menghadapi
pelbagai cabaran dan isu-isu yang mendatang (Rahmani & Ratnawati
2014). Jelas dilihat bagaimana di era Malaysia baharu ini akan membawa
revolusi dalam pelbagai aspek demi sebuah negara yang mendokong
berdaulat rakyat. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
pelantikan kepimpinan secara sah adalah melalui sistem demokrasi yang
telah dilaksanakan pasca penjajahan lagi. Sistem demokrasi ini
membolehkan rakyat untuk terlibat secara langsung dalam pemilihan
tampuk pemerintahan melalui kaedah pilihan raya sebagaimana yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pengundi akan membuat
penilaian melalui pengekalan mahupun pertukaran tampuk kepimpinan
kerajaan secara demokrasi melalui pilihan raya dan jelas terbukti sikap
keberanian pengundi dalam membawa perubahan dengan meleburkan
penguasaan 60 tahun UMNO di persada pemerintahan negara yang
berakhirnya selepas PRU14.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 171

PERANAN PEMIMPIN MENGUBAH KETAMADUNAN


MASYARAKAT

Ibn Manzur (1997) dalam Lisan al-Arab menggunakan istilah madiniah,


tamadun dan hadarah bagi menggambarkan erti tamadun. Ibn Khaldun
(1990) dalam kitabnya Muqaddimah Ibn Khaldun telah mengemukakan
istilah umran dan hadarah bagi memberi definisi tamadun sebagai
beberapa keadaan dan peristiwa biasa yang melebihi dari patut, terbit dari
peristiwa-peristiwa pembangunan. Tamadun mungkin bertambah dengan
bertambahnya kemajuan. Tetapi, ia masih perlu berteraskan kemanusiaan.
Syed Naquib al-Attas (1977) dalam bukunya Islam Fahaman Agama dan
Asas Akhlak mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan
yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf tatasusila dan kebudayaan
yang luhur bagi seluruh masyarakat. Arnold Toynbee (1972) dalam
bukunya A Study of History mendefinisikan tamadun sebagai sejenis
kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Beliau menambah, tamadun
juga ialah satu kumpulan pemikiran dari pelbagai manifestasi, orientasi
yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab
membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. Manakala
bagi Darcy Riberio dalam bukunya The Civilised Society mendefinisikan
tamadun adalah puncak pencapaian sesuatu masyarakat dalam proses
kemajuan (Muhamad Iqbal Abideen 2006).
Ketamadunan Islam pernah berada di puncak kegemilangan dengan
kombinasi kecemerlangan yang dicapai di Timur dan Barat. Di sebalik
Timur, kemajuan yang dicapai di Kufah, Baghdad dan Damsyik menjadi
titik tolak ke arah melonjakkan tamadun Islam. Manakala di sebelah Barat,
kejayaan menguasai Sicily telah membuka mata dunia. Manakala kejayaan
yang dicapai di Andalusia tidak dapat ditandingi pada waktu tersebut oleh
kuasa-kuasa Eropah yang lain. Penguasaan Islam ke atas blok timur dan
barat itu seakan menunjukkan kekuatan dan menjelmakan keizzahan umat
Islam lampau sehingga mereka dijadikan contoh dalam pembinaan
tamadun barat (Roslan 2010). Sesebuah ketamadunan akan runtuh jika
masyarakat tidak bersatu walaupun berlainan bangsa dan agama.
Penyatuan dan sikap toleransi perlu dipupuk dalam masyarakat agar
pembangunan sesebuah tamadun akan terhindar dari segala konflik dan
pergaduhan yang mencacatkan kegemilangan sesebuah tamadun. Hal
172 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

sedemian menunjukkan bahawa peranan pemimpin sangat besar dalam


menyatukan masyarakat bagi memastikan kehidupan masyarakat pelbagai
kaum terus utuh dan bertoleransi antara mereka.
Kepemimpinan adalah aset terpenting negara kerana ideologi dan
gagasan yang dibawa mampu mempengaruhi jiwa dan minda masyarakat
dalam merealisasikan matlamat dan dasar yang digariskan oleh kerajaan.
Pemimpin berperanan untuk melancarkan produktiviti, nilai moral,
respons yang bersemangat, komitmen yang jelas dan tegas serta sangat
efisien dalam membuat tindakan (Manat Solihat 2015). Kepemimpinan
Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia sudah banyak evolusi
yang dilaksanakan oleh beliau dari satu tahap pemikiran kebaratan kepada
pemikiran keislaman hasil anjakan paradigma masyarakat itu sendiri. Tun
Mahathir pernah melaksanakan dasar penerapan nilai Islam dan pernah
mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam (Noor Husna &
Mohd Syakir 2016). Jelas menunjukkan bahawa peranan pemimpin sangat
penting dalam membawa negara ke arah yang lebih produktif dan
berevolusi sejajar dengan negara membangun yang lain.
Dasar luar negara semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir
diperlihatkan bagaimana orientasi yang pro-Islam di mana hubungan dan
polisi luar negara lebih terarah kepada hubungan dengan negara-negara
Islam atau dunia Islam. Kekuatan yang dipersembahkan lebih progresif
berbanding pemimpin-pemimpin terdahulu iaitu pada zaman pemerintahan
Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Sejarah telah membuktikan
bagaimana kerajaan dalam deklarasi pada tahun 1983 iaitu hubungan
dengan negara-negara Pakatan Tidak Bersekutu (NAM) dan negara-negara
ASEAN. Malaysia juga telah membuktikan peranan dan identitinya
bersama Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of Islamic
Countries atau OIC), (Mashitah Sulaiman 2013). Sehubungan dengan itu,
kajian ini melihat pelbagai usaha yang cuba diketengahkan oleh pemimpin
negara bagi membuktikan kebolehan negara Malaysia juga setanding
dengan negara Islam yang lain sekali gus menunjukkan kegemilangan
Islam diiktiraf dalam negara walaupun mempunyai pelbagai agama dan
bangsa.
Namun begitu, konflik antara agama sentiasa berlaku dan hal ini
terbukti melalui sejarah sebagai contoh, pada sekitar tahun 1095, Perang
Salib yang pertama telah dimulakan oleh Gereja Roman Katolik untuk
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 173

menawan semula tanah suci di sekitar Baitulmaqdis (Jerusalam) daripada


tawanan Islam. Di Malaysia sendiri terdapat beberapa kes yang mencabar
perpaduan masyarakat berbilang agama antaranya adalah serangan ke atas
gereja Katolik di Lembah Klang Taiping dan Seremban serta Gurdwara
Sikh di Sentul pada awal 2010 kerana isu kalimah Allah yang sehingga
kini masih diperdebatkan. Masyarakat Malaysia terus hidup dalam
keharmonian yang disaluti hipokrasi dengan prasangka dan stereotaip
tertentu terhadap penganut agama yang lain. Antara contoh di atas jelas
menunjukkan perana pemimpin sangat penting dalam mengawal dan
meraatukan semua kaum agar persengketaan yang membabitkan agama
terutamanya tidak wajar untuk berlaku kerana perkara sedemikian boleh
mencacatkan keharmonian kaum dalam negara.

KREDIBILITI PEMIMPIN MERUPAKAN ELEMEN


PENTING DALAM KEPIMPINAN

Konsep kepimpinan dalam Islam bersifat holistik bertunjangkan keadilan


yang tidak terbatas tentang soal pemerintahan, kehakiman dan hukum-
hukum semata-mata, tetapi Islam mencakupi keseluruhan aspek kehidupan
manusia tanpa pengecualian (Muhd Norizam et.al 2017). Pemimpin diberi
kedudukan yang istimewa kerana dianggap sebagai khalifah yang
dimulakan oleh Nabi Muhammad SAW. Keadilan merupakan teras utama
bagi seseorang yang melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah atau
pemimpin. Pada zaman khilafiah Islamiah, pendekatan peradaban Islam
memberi inspirasi kepada semua untuk membangunkan sistem
kepimpinan dan politik yang ada pada masa kini (Mohd Yusof 2017).
Seorang pemimpin mahupun khalifah yang bukan sahaja
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah, namun berlaku
adil dalam segenap aspek mesti diutamakan dalam menyelesaikan segala
permasalahan dan menjatuhkan hukuman. Pemimpin atau khalifah yang
dilantik untuk memberi kemakmuran pada seluruh alam adalah harus
meletakkan diri sebagai hamba yang patuh dengan perintah Allah, Nor
Asma & Muhd Norizam (2016). Kemuliaan dan penghormatan seorang
pemimpin bukan hanya dipandang dalam konteks ketinggian ilmu semata-
mata, namun kemurnian akhlak yang baik menjadi pilihan bagi sesebuah
negara yang makmur. Sistem politik dan kepimpinan merupakan cabaran
174 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

utama dalam merealisasikan pembangunan negara dari perspektif


peradaban Islam.
Kepimpinan merupakan kebolehan mempengaruhi pengikut dan
melibatkan penggunaan kuasa oleh pemimpin serta tahap penerimaan
pengikut. Kebolehan mempengaruhi pengikut berhubung kait dengan
memenuhi keinginan kepuasan pengikut (Daft 2004). Pada masa kini
pemimpin tidak boleh lagi dilabelkan sebagai seorang pemimpin yang
baik atau tidak baik, tetapi kita hanya boleh mengatakan bahawa
seseorang pemimpin itu berkesan atau tidak dalam satu situasi yang
tertentu, tetapi tidak berkesan dalam situasi yang lain. Keberkesanan
dalam kepimpinan juga dicadangkan boleh dipertingkatkan dengan cara
sama ada dengan memodifikasikan faktor situasi supaya menjadi lebih
selesa atau mengubah gaya kepimpinan pemimpin (Norazizah Che Mat
2018). Hal yang sedemikian menunjukkan bahawa kredibiliti seorang
pemimpin memain peranan besar dalam mempengaruhi masyarakat di
sekelilingnya.
Kajian ini juga melihat, tanggungjawab dan amanah merupakan sifat
yang perlu diterapkan dalam diri seorang pemimpin terutama pemimpin
politik dan elemen ini sebagai kredibiliti yang perlu ada dalam mereka.
Menurut Jeniri Amir (2010), pemimpin harus bersikap bertanggungjawab
dalam menjalankan amanah yang terletak di bahu mereka. masyarakat
Melayu akan terus terpinggir jika pemimpin hanya mementingkan diri
sendiri. Berdasarkan pendapat yang dikemukakan ini jelas menunjukkan
bahawa sikap mementingkan diri yang ditunjukkan oleh pemimpin akan
menyebabkan masyarakat yang dipimpinnya tidak akan maju dalam
meletakkan negara di puncak kegemilangan dengan keamanan yang
dipegang.
Namun, pemimpin politik perlu mempunyai tanggungjawab dalam
menjalankan tugas mentadbir negara. Tanggungjawab yang dimaksudkan
ialah akidah (agama), tanggungjawab bimbingan, tanggungjawab
persefahaman, tanggungjawab keterampilan dan tanggungjawab
pengurusan (Hailan 2017). Apa yang dikatakan tanggungjawab akidah
ialah taat kepada perintah Allah SWT. Mentaati perintah Allah SWT
adalah tanggungjawab akidah yang perlu dilaksanakan oleh manusia di
dunia ini. Hal ini kerana akidah Islam ialah akidah berdasarkan kepada
tauhid dengan mengesakan Allah SWT sebagai pencipta alam ini.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 175

Mentauhidkan Allah SWT juga merupakan asas yang utama dalam akidah
(Siti Sa’adiah Shafik & Nor Suhaily Abu Bakar 2009).
Kajian ini juga melihat etika merupakan keperluan dan kredibiliti
yang amat penting untuk semua aspek dalam aktiviti seharian manusia
(Muhammad Faizal et.al 2015) dan elemen ini adalah gambaran kepada
sahsiah dan akhlak yang baik bagi seseorang individu. Dalam meniti arus
kemodenan ini, ramai pemimpin menjadi role model kepada masyarakat
akan tetapi tingkah laku yang dipamerkan kurang baik. Menurut Nair
(2004), kebanyakan pemimpin politik dan perniagaan kurang bertingkah
laku dan berfikiran baik. Bagi Gaudiani (2010) melihat pada masa ini,
masyarakat kurang memiliki pemimpin yang bermoral tinggi tetapi
mereka popular di arus media massa.
Namun demikian, harapan masyarakat untuk melestarikan
pembangunan negara sangat memerlukan kepada kepimpinan bermoral,
namun sikap pemimpin terus berusaha ke arah yang lebih holistik
walaupun cara yang kurang beretika (King 2011). Bagi beliau, bagaimana
masyarakat dapat melihat pemimpin sesebuah perniagaan gemar mencari
keuntungan melalui jalan pintas serta kurang mendampingi masyarakat.
Dalam pada itu, bagi pandangan Bennis (2014) menjelaskan bahawa
pemimpin yang memiliki moral dan etika yang tinggi sering berhadapan
dengan risiko, pemimpin yang paling dihormati dan dibunuh seperti FDR,
Churchill, Eisenhower, Schweitzer, Einstein, Gandhi, Kennedys dan
Martin Luther Kin. Keadaan ini sememangnya memberi justifikasi yang
negatif kepada kehidupan masyarakat, namun di Malaysia masih tidak
berlaku walaupun kedudukan negara yang memiliki kaum yang multi-
etnik. Kajian ini melihat, keadaan sedemikian amat membimbangkan jika
menular ke dalam negara yang kini masih mengekalkan keharmonian dan
keamanan sesama bangsa.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT BERTERASKAN


PEMBANGUNAN INSAN

Dalam realiti masa kini, antara isu utama dalam konteks pembangunan
masyarakat adalah isu yang berkaitan dengan persoalan membangun
masyarakat yang harmoni, sejahtera dan berjaya. Namun kajian ini melihat,
teras utama ke arah melahirkan masyarakat yang diidamkan itu adalah
176 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

melalui penjanaan masyarakat berasaskan pemantapan nilai-nilai murni


secara kolektif. Jika manusia berpaksinya nilai-nilai murni, ianya akan
melahirkan sebuah masyarakat yang aman bahagia, keamanan yang
berpanjangan dan kesejahteraan yang berkekalan. Faktor ini semestinya
lahir dalam konteks merangkumi kesejahteraan individu, keluarga bahkan
dalam konteks bernegara.
Namun begitu, bagi menuju ke arah tersebut, pembangunan
masyarakat dengan berpaksikan elemen pembangunan insan adalah jalan
yang mesti dilalui dan ianya perlu diaplikasikan dan diperkukuhkan ke
dalam seluruh anggota masyarakat. Dalam kajian ini, pembangunan insan
yang dimaksudkan adalah pencernaan akhlak dan moral yang menyeluruh
berasaskan ajaran Islam seperti semangat bekerjasama, nasihat menasihati,
beramanah dan bertanggungjawab dalam semua keadaan (Roslan & Siti
Aishah 2010).
Modal insan merujuk kepada harta yang ada pada diri manusia iaitu
akal budinya dan dengannya manusia dapat mencapai sesuatu yang lain.
Akal merujuk kepada fikiran atau kebolehan manusia untuk berfikir dan
mencapai ilmu, manakala budi pula merujuk kepada keupayaan manusia
untuk diri dan menuju ke arah matlamat modal insan yang lebih baik
(Ahmad Mohd Said & Khalidah Salekan 2007). Dalam konteks perspektif
Islam, bagaimana potensi insan seperti akal, hati dan jasmani dijadikan
sumber kekuatan mengurus diri dan mengurus sistem. Intisari menerusi al-
Quran juga jelas mengambil contoh binaan peribadi Rasulullah SWT
sebagai modal insan yang terbaik kerana merangkumi sifat baik, jujur,
amanah, ikhas, adil dan saksama dalam menjadikan elemen ini sebagai
neraca pengurusan.
Selain itu, menurut pandangan Fadzli Ahmad, Ashraf & Ruzaini
(2006) berkenaan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat masa
kini dalam mencapai membangunkan modal insan antaranya adalah
amalan rasuah yang diamalkan, jenayah berat semakin meluas (membunuh,
merompak, merogol), hubungan kekeluargaan yang kian renggang,
golongan yang mementingkan diri sendiri dan kadar pengangguran
semakin meningkat. Bagi penyelidik, kesemua cabaran yang digariskan ini
adalah sebab dan punca runtuhnya sesebuah ketamadunan serta penyebab
yang melambatkan pembangunan dalam sesebuah masyarakat.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 177

Menurut Najib Razak (2010) & Mohd Shafie Afdal (2013), pemimpin
perlu memastikan supaya modal insan yang lahir mempunyai keperibadian
yang tinggi dan mampu berdaya saing diperingkat global. Sememangnya
Moral dan keperibadian pemimpin merupakan aspek utama yang memberi
kesan kepada kredibiliti kepimpinan parti (Mohammad Nor & Shawal
2008). Ayor (1999) telah melakukan kajian bagi menguji kepentingan
karektor kebolehpercayaan, kompeten dan berkebajikan kepimpinan calon
presiden pada tahun 1996. Aylor (1999) menyatakan bahawa etika dan
moral Presiden Demokratik, Bill Clinton tidak begitu penting pada
pengundi yang terus memilih beliau berbanding calon parti Republik,
Robert Dole.
Namun begitu, dalam konteks Islam amat menekankan soal moral
bagi seorang pemimpin dalam masyarakat. Seperti yang telah diketahui
umum, agama memainkan peranan penting terhadap manusia sebagai
petunjuk di dalam kehidupan kita. Bagaimana kita melihat setiap bangsa
di dunia mempunyai anutan agama masing-masing dan bagi Mohd
Nakhaie (1998) menjelaskan terdapat pelbagai agama dalam masyarakat
manusia di sepanjang zaman. Sejarah sendiri mencatatkan bagaimana
bermulanya manusia di zaman primitif sehinggalah masyarakat termoden
di dunia hingga ke hari ini sama ada agama dari langit atau agama yang
dicipta sendiri oleh manusia yang ternyata setiap agama menyeru
penganutnya untuk membuat kebaikan agar mendatangkan signifikan
kepada semua. Oleh itu, Islam agama yang membentuk penganutnya
untuk menjadi insan yang mulia di dunia dan akhirat sebagaimana
dinyatakan oleh pengkaji Faizal Othman (1991) iaitu Islam merupakan
satu-satunya agama yang memandang manusia dan alam semesta dengan
pandangan positif dan affirmatif. Jelasnya lagi, Shamsul Amri Baharuddin
(2008) mengatakan satu aspek penting yang menjadi penanda jati diri
masyarakat ialah agama.

KESIMPULAN

Kegemilangan sesebuah tamadun akan lahir jika masyarakatnya


mengamalkan toleransi dan kerjasama dalam segala bentuk kehidupan.
Bagi mengekalkan keharmonian dalam sesebuah negara, masyarakat perlu
dibentuk satu komuniti yang saling berhubungan di antara satu sama lain
178 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

tidak mengetepikan mana-mana bangsa dan agama yang wujud dalam


komuniti supaya membentuk semangat perpaduan antara mereka dan
sekaligus menghindarkan akan timbulnya konflik perpaduan kaum dalam
komuniti sesebuah masyarakat itu. Setiap penganut agama pasti akan
mempertahankan kesucian dan keharmonian agama masing-masing
daripada ditindas dan dipermaikan oleh penganut agama lain. Dengan
kewujudan kepelbagaian agama sudah pasti tidak dapat tidak akan berlaku
konflik antara agama. Peranan pemimpin sangat besar bagi memastikan
masyarakat perlu memupuk sikap hormat-menghormati, toleransi,
kerjasama antara agama supaya masing-masing akan menikmati
kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat.

RUJUKAN

Ahmad Mohd Said & Khalidah Salekan. 2007. Pembangunan Insan


Aspirasi dan Realiti. Kuala Lumpur, Blue-T Communication Sdn.
Bhd.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1977. Islam: Faham Agama Dan
Asas Akhlak. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Aylor, B. 1999. Source Credibility and Presidential Candidates in 1996:
The Changing Nature of Character and Empathy Evaluationas.
Communication Research Reports, 3(16): 296 304.
Bennis, W.G. 2014. Contemporary issues in leadership. Boulder, CO:
West View Press.
Fadzli Ahmad, Ashraf & Ruzaini. 2006.Modal Insan dan Pembangunan
Masa Kini, Siri Fakus Minda 3, Cet. Pertama, h. 12.
Faisal Othman. 1991. Islam dan pembangunan masyarakat Malaysia. Dlm.
Islam: Cabaran dan Isu Semasa, disunting oleh Ismail Abdul
Rahman & Mohd Nasir Omar 118-38. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Gaudiani, C.L. 2010. Catalyzing community: The college as a model of
civil society. Educational Record, 78 (3-4), 81-86.
Hailan Salamun, Hamdan Aziz, Fadzli Adam, Mustakimah Husein, Nik
Anis Suhailah & Rofishah Rashid. (2017). Kepemimpinan Politik
Melayu Membangunkan Masyarakat Bertamadun. Proceeding on
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 179

International Conference of Empowering Islamic Civilization: 372-


381
Ibn Khaldun, Abu Zayd ‘Abd al-Rahman Bin Muhammad bin Khaldun
(732808H). 1990. Muqaddimah. Beirut: Dar Ihya al-Turath.
Ibn Manzur, Jamaluddin Muhamad Bin Mukkaram (627-710H).1997.
Lisan al-Arab. Beirut: Dar Ihya al-Turath.
Jeneri Amir. 2005. Politik dalam Novel. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
King, P.M. 2011. Character and civic education: What does it take?
Educational Record 78 (3-4), 87-93.
Manat Solihat. 2015. Kepemimpinan dan Gaya Komunikasi. JIPSI: Jurnal
IImiah Iimu Politik dan Komunikasi 4(1) 1-9.
Mashitah Sulaiman. 2013. Islam dan Transformasi Sosial Masyarakat
Melayu Malaysia: Suatu Kajian Eksploratori. Proceeding of the
International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013,
778-800.
Mohd Nakhaie Ahmad. 1998. Dibawah Naungan Islam. Kuala Lumpur:
Institut Muamalat Islam Malaysia.
Mohd Shafie Apdal. 2013. Perutusan Sambutan Hari Pendidik 2013.
Majlis Amanah Rakyat MARA, Kuala Lumpur.
Muhamad Iqbal Abideen. 2006. Islam Hadhari: Relavan Sepanjang
Zaman. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar.
Najib Abdul Razak. (2010). Ucapan Bajet Tahun 2011. Dicapai daripada
http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/u11.pdf.
Noor Husna Mohd Shafie & Mohd Syakir Mohd Rosdi. 2016. The
Implications of Tun Dr. Mahathir Mohamad’s Leadership on Islamic
Economic Development in Malaysia. Jurnal Sains Humanika 8: 81-
86
Norazizah Che Mat. (2018). Reka Bentuk Model Kepimpinan Berkesan
Institusi Pendidikan Tinggi Majlis Amanah Rakyat. Tesis PhD. UM
Rahmani Timorita Yulianti & Ratnawati Yuni Suryandari. (2014). Suatu
Ulasan Kritis tentang Peranan Kepimpinan dalam Membangun
Profesionalisme Institusi Zakat. Geografia Malaysian Journal of
Society and Space 10 (2): 144-153.
Roslan Mohamed & Siti Aishah. 2010. Pembangunan Masyarakat ke arah
kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Universiti Malaya.
180 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam:


Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Tekbologi Mara.
Siti Sa’adiah Shafik & Nor Suhaily Abu Bakar. 2009. Tauhid Membina
Keutuhan Akidah Islam Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari
2: 81-99.
Toynbee A.J. 1972. A Study of History. New York: Weathervanee Books..
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 181

Islam dalam Perjuangan Patriotisme Wanita


Melayu: Analisis Perjuangan Hal Ehwal
Wanita Islam ABIM (Helwa ABIM)
dari Tahun 1971-1991
RAJA NURUL BALQIS RAJA MD ARIF, HASLIZA MOHAMAD ALI
& FARIDAH MOHD TAP

ABSTRAK

Kebangkitan semangat patriotisme menjadi nadi perjuangan individu


mahupun sesebuah masyarakat untuk mempertahankan tanah air daripada
penjajahan. Suntikan nilai keagamaan menjadikan patriotisme sebahagian
daripada jihad individu untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara
daripada kerakusan kuasa kolonial. Menurut Prof Emeritus Dr Hisham
Sharabi, dalam Islam, patriotisme dikenali sebagai wataniyah yang
diamalkan dalam sempadan sesebuah negara yang tidak akan sesekali
membelakangi prinsip agama. Fiqh Muwatonah (Fiqh Kenegaraan)
menjadi tunjang kepada kebangkitan semangat patriotisme yang asalnya
terukir kukuh dalam Piagam Madinah. Pengisahan sejarah perjuangan
Tanah Melayu tidak banyak mengangkat partisipasi wanita Melayu dalam
mengisi makna kemerdekaan pasca penjajahan sama ada secara individu
atau perkumpulan. Kajian ini ingin menganalisis bagaimana pemikiran
Islam dalam semangat patriotisme mempengaruhi wanita Melayu untuk
turut sama berjuang mempertahankan kedaulatan negara dan mengisi
makna kemerdekaan negara pasca penjajahan. Selain itu, kajian turut
mengupas bagaimana wanita secara individu atau kelompok berjaya
menjadi agen perubahan negara berdaulat dengan menganalisis komitmen
bahagian Hal Ehwal Wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia (HELWA
ABIM) dalam gerakan dakwah yang dijalankan sepanjang tahun 1971-
1991. Kajian ini menggunakan metode kualitatif iaitu pengumpulan data
melalui kajian kepustakaan dan analisis secara induktif. Akhirnya,
penulisan kertas kerja ini berharap dapat menyuntik aspirasi dan inspirasi
kepada wanita untuk terus berdaya saing mempertahankan kedaulatan
182 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

negara mendepani cabaran-cabaran masa kini selain memperkaya literasi


sejarah negara khususnya dalam skop gerakan Islam di Malaysia.

Kata kunci: Islam dan patriotisme, Fiqh Kenegaraan, perjuangan wanita,


HELWA ABIM.

PENGENALAN

Semangat patriotisme berkait rapat dengan semangat kenegaraan,


semangat cinta dan sayang akan negara. Konsep kenegaraan dalam Islam
tidak ditentukan corak dan formatnya, tetapi hanya berdasarkan prinsip
teras yang mendirikan sesebuah negara itu menjadi elemen kekal. Hal ini
kerana jika ditentukan corak dan formatnya, maka institusi kenegaraan
menjadi beku dan menjadi semakin sukar kerana hakikatnya dunia
berubah-ubah dari semasa ke semasa. Tentu sekali perubahan yang
berlaku tidak hanya perubahan corak pemikiran semata-mata, bahkan ia
juga merangkumi kerangka sesebuah negara itu beroperasi. Kaedah fiqh
menetapkan bahawa hukum (ketetapan syarak) sesuatu itu berubah
mengikut perubahan tempat dan zaman terpakai dalam konsep kenegaraan
yang diletakkan di dalam disiplin siyasah syar’iyyah. Disiplin Siyasah
Syar’iyyah ini sangat luas dan semangatnya mahu membuat perubahan
semasa juga sangat pantas. Siyasah Syar’iyyah atau disiplin politik bukan
sahaja perlu ditentukan syarak tetapi mestilah tidak bertentangan dengan
ketentuan syarak.
Ironinya, disiplin Siyasah Syar’iyyah ini telah beku berabad-abad
lamanya. Kebekuan Siyasah Syar’iyyah, mengakibatkan kebekuan Fiqh
Muwatonah (Fiqh Kenegaraan) kerana ia saling mempengaruhi antara satu
sama lain. Disiplin Siyasah Syar’iyyah ini memang tidak disatukan dalam
satu tema khusus. Ia dibicarakan merentasi disiplin Ilmu, misalnya dalam
Hadith, Feqah dan Kalam. Dalam sejarah pemikiran Islam, para sahabat
lebih banyak membuat keputusan atau tindakan politik tetapi tidak
diterjemah melalui tulisan. Justeru bilamana mufassirin, muhaddithin
berbicara tentang Imamah, Ulul Amri dan ketaatan pada Ulul Amri, ia
mengupas daripada pelbagai disiplin Ilmu. Oleh kerana itu, Abdul Wahab
Khallaf menyusun semula kitab dan membuat sistem dari disiplin Siyasah
Syar’iyyah. Beliau menyatakan bahawa Siyasah Syar`iyyah ialah ilmu
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 183

yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam


yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang berasaskan kepada
asas-asas Islam atau mentadbir urusan umum dawlah Islamiah dengan
cara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan mereka
daripada kemudaratan, tanpa melanggar sempadan syarak dan asas-asas
kulliyyah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama
mujtahidin (Abdul Wahab Khallaf 1982).
Sehinggalah kedatangan zaman penulisan, maka lahirlah penulisan
yang dikarang oleh al-Mawardi melalui kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah.
Secara kesimpulan awal, Fiqh Siyasi adalah agak terbatas berbanding fiqh
lainnya seperti fiqh munakahat, ibadat dan lainnya. Mengapa? Kerana
bidang siyasah inilah yang paling dinamik. Perubahan yang berlaku begitu
pesat dan cepat, tetapi penulisan tentang hal yang dinamik itu sangat
perlahan. Ada sahaja peristiwa yang mendahului tetapi fiqh siyasah ini
terus membeku dan statik. Menyoroti sebab kebekuan ini terjadi, maka al-
Qaradawi menyifatkannya sebagai kejatuhan kejumudan para fuqaha,
terhentinya ijtihad fiqh siyasah bermula pada abad ke-18H dan tidak pada
abad sebelumnya. Implikasinya kepada kehidupan politik umat memang
buruk. Ibn Qayyim menyatakan kebekuan dan kebergantungan kepada
ulama silam semata-mata mengakibatkan kegagalan Fiqh Siyasi menjawab
perkembangan baru dalam pemerintahan negara. Bilamana Fiqh Siyasi
Islam tidak menjawab persoalan semasa maka mereka mencari jawapan di
luar kerangka fiqh Islam. Kebuntuan inilah yang mendorong para umara’
membuat dasar dan aturan sendiri yang tidak syari’e.
Ibn Qayyim juga sebagai ulama yang menyaksikan era kebekuan
meletakkan beban tanggungjawab di bahu para fuqaha’ atas segala
penyimpangan penguasa dan kepincangan yang berlaku. Ibn Qayyim
menyalahkan ulama kerana tidak melayani bidang siyasah syariyyah ini
sebagaimana semestinya. Antara sebab lain yang menyumbang kepada
kebekuan itu berlaku turut dinukilkan oleh ‘Abd al-Hamid al-Mutawalli.
Beliau merupakan antara tokoh yang banyak menekuni perundangan Islam
mengatakan kebekuan siyasah syar’iyyah adalah kerana dominasi budaya
jumud dan taklid yang berlaku dalam kalangan ilmuwan yang bermula pad
abad ke-4H. Pada masa itu, berlaku kelompangan vakum dalam pemikiran
Islam lalu mendorong mereka untuk mengambil perundangan asing dan
menyempitkan aplikasi hukum syariat.
184 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Fiqh yang dihasilkan pada zaman empayar Islam tidak lagi relevan
dengan zaman negara nasional moden. Realitinya, empayar Islam dan
negara nasional moden tidak sama dan kerana itu kita memerlukan Fiqh
Siyasi baharu. Realiti negara moden dan negara Islam tidak sama.
Demikian itu, menjawab persoalan negara moden dengan fiqh zaman
empayar Islam adalah tidak tepat. Dinamika Siyasah Syar’iyyah harus
dipulihkan bagi memungkinkannya berperanan semula daripada
diranapkan sang penguasa. Semestinya ia perlu diselarikan dengan prinsip
dan nilai politik Islam. Justeru itu, usaha penyegaran fiqh waqi’ (realiti
zaman dan tempatan) sangat diperlukan dalam konteks Malaysia,
termasuklah dalam komposisi penduduk dengan merujuk realiti perubahan
zaman dan tempatan. Fiqh Muwatonah (Fiqh Kewarganegaraan) yang
merupakan cabang dari Fiqh Siyasi sangat bertepatan dalam membentuk
fiqh berorientasi Kemalaysiaan dengan mengambil kira sistem politik,
budaya, sejarah serta ciri-ciri khas yang ada di Malaysia.
Malaysia ialah sebuah negara demokratik, di mana rakyat mempunyai
posisi yang ‘central’. Politik Islam boleh menerima demokrasi yang
memihak kepada hak rakyat dalam menentukan sistem pemerintahan
selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Rakyat bebas
menentukan sistem pemerintahan yang mereka inginkan. Dalam kaca mata
agama Islam, umat adalah tonggak kenegaraan. al- Raisuniy berkata al-
Ummah Hiya al-Asl (kuasa rakyat perlu lebih besar dari dawlah). Kerajaan
hanyalah jentera pelaksana kemahuan rakyat. Demokrasi harus
menjunjung tinggi kedaulatan rakyat. Konsep dalam Fiqh Muwatonah
berorientasi kemalaysiaan haruslah mengangkat daulat rakyat. Demokrasi
hanya mendatangkan makna jika rakyat sedar kedaulatan dirinya. Daulat
dalam erti adalah siyadah (implikasi bahawa rakyat adalah sumber
kekuasaan negara). ‘Abd al-Rahman al-Kawakibi menyatakan harus
dikembalikan kesedaran kedaulatan rakyat ini sehingga mereka dapat
merasakan kesakitan saat ditindas.
Umat Islam selamanya perlu sedar tentang kedaulatan itu tatkala
dijelaskan maksud 110 surah al- ‘Imran:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang
ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli
Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman
dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 185

Ayat ini menempatkan ummat di puncak keunggulan di mana rakyat


sebagai khayra ummah yang bersyarat. al-Raysuni berkata ini merupakan
kelayakan umat terunggul dalam konteks siyadah (kedaulatan). Tidak
layak umat digelar khayra ummah jika mereka tidak mempunyai siyadah
(kedaulatan).
Terdapat lima asas penting yang digariskan di dalam Fiqh
Kenegaraan iaitu; (i) Kedudukan negara dalam Islam, (ii) Kriteria negara
yang dibina oleh Islam, (iii) Sifat negara Islam, (iv) Menuju ke arah fiqh
politik yang berwibawa dan, (v) sikap negara Islam terhadap demokrasi,
kemajmukan parti, kedudukan wanita dan golongan bukan Islam. Pada
bahagian kelima (v), disebutkan bahawa isu pencalonan kaum wanita
untuk menganggotai majlis perwakilan sebagai dasar hukum secara am
yang menetapkan bahawa kaum wanita dibebani tugas dan tanggungjawab
yang serupa dengan kaum lelaki kecuali pada keadaan dan kondisi tertentu.
Maka, tanggungjawab memimpin adalah sama antara lelaki dan
perempuan dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Terjemahan
surah Ali Imran, ayat 195:

Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman:


Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara
kalian, baik laki-laki ataupun perempuan, (kerana) sebahagian kalian adalah turunan dari
sebahagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung
halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah
akan Kuhapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke
dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai tanda pahala di sisi
Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.”

Jika kita menyelusuri sejarah Rasulullah S.A.W, kaum wanita


telahpun menunjukkan peranan mereka. Malah orang pertama yang
menyatakan keimanannya kepada nabi dan bertekad untuk menyokong
perjuangannya ialah seorang wanita bernama Khadijah R.A dan orang
yang pertama mati syahid dalam sejarah perjuangan Islam ialah seorang
wanita bernama Sumayyah Ummu Ammar.
Dalam konteks Malaysia, pemikiran dan asas yang sama dalam garis
panduan Fiqh Muwatonah (Fiqh Kenegaraan) ini sebenarnya sudah pun
tercerna lama dalam pemikiran tokoh dan cendekiawan di Malaysia.
Namun, ia tidak diterjemahkan dalam bentuk penulisan secara serius. Fiqh
186 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Muwatonah (Fiqh Kenegaraan) ini juga menjadi tunjang kepada


kebangkitan semangat patriotisme dalam kalangan wanita Melayu
terutama dalam memperjuangkan kemerdekaan. Atas kesedaran ingin
mengembalikan kedaulatan rakyat, mereka berpartisipasi dan berperan
serta dalam membangun watan (bangsa) ke arah yang lebih baik. Antara
tokoh wanita Malaysia era awal yang berjasa besar dalam memahami
konsep Fiqh Kenegaraan yang tuntas mengembalikan kedaulatan bangsa
ialah Ibu Zain atau nama penuhnya Zainun Munshi Sulaiman dan Tan Sri
Aishah Ghani.
Kedua-duanya merupakan contoh citra wanita Melayu era awal yang
memiliki semangat patriotisme yang tinggi selari dengan tuntutan syarak
dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin yang mendaulatkan hak
rakyat di Malaysia. Kefahaman yang tuntas tentang menjaga kedaulatan
diri, bangsa dan negara dalam kalangan wanita menjadikan mereka agen
perubahan masyarakat yang tidak boleh dikesampingkan. Sedikit sebanyak
kedua tokoh besar tersebut telah menjadi aspirasi dan inspirasi kepada
ramai golongan wanita secara perseorangan atau secara pertubuhan wanita
yang wujud pasca Merdeka. Seterusnya, makalah ini akan menelusuri
bagaimana wanita berperanan sebagai agen perubahan secara individu atau
berkelompok dengan menganalisa komitmen Hal Ehwal Wanita Islam,
Angkatan Belia Islam Malaysia (HELWA ABIM) dalam gerakan dakwah
mengangkat kedaulatan umat sepanjang tahun 1971 sehingga 1991.

WANITA SEBAGAI AGEN PERUBAHAN UMAT

Pepatah Melayu ada mengatakan “tangan yang mengayunkan buaian bisa


menggoncangkan dunia” seringkali dikaitkan dengan impak dan peranan
yang disumbangkan oleh golongan wanita di dalam urusan kekeluargaan,
kemasyarakatan dan kenegaraan. Secara fitrahnya wanita merupakan
makhluk ciptaan Allah SWT yang memiliki sifat kelembutan, kemesraan
dan keibuan (Siti Nur Husna Abd Rahman 2017). Wanita diibaratkan
sebagai seorang pejuang syafaqah (kasih sayang) dan pendidik nilai dan
karakter yang utama bagi anak-anak di rumah (Nursi 2014).
Sebelum kedatangan Islam, martabat dan maruah wanita sering
diinjak, diperlekeh dan dinodai oleh golongan lelaki secara sewenang-
wenangnya hingga timbullah istilah ketidaksamaan gender seperti
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 187

diskriminasi, emansipasi dan patriaki ke atas golongan wanita. Amat sukar


bagi wanita mendapatkan hak di tengah-tengah masyarakat jahiliah di kala
itu. Namun selepas kedatangan Islam persepsi jahiliah ini dihapuskan dan
wanita mendapat kedudukan dan peranan yang sesuai dengan fizikal dan
kekuatan mereka (Asyraf 2010).
Wanita mempunyai peranan penting dalam mencorak masa depan
negara. Tanpa kehadiran wanita, negara akan pincang seperti mana pesan
bijaksana: “wanita adalah tiang negara, jika baik wanita maka baiklah
negara jika rosak wanita maka rosaklah negara.” Siti Zalikhah membahas
masyarakat perlu memberikan peluang dan peranan kepada wanita agar
mereka dapat berperanan secara proaktif dan efektif di tengah-tengah
masyarakat (Shamsuddin 1993).
Agama Islam sangat menitik-beratkan keperluan wanita dengan
memperuntukkan satu surah khusus di dalam al-Qur’an yang
membicarakan wanita iaitu Surah al-Nisa’. Surah yang mengandungi 176
ayat ini tergolong dalam kategori Surah Madaniyyah mengupas isu-isu
berkaitan iman, ayat-ayat muhkamat seperti faraid (pewarisan harta pusaka)
dan munakahat (perkahwinan), adab pergaulan suami isteri serta urus-
tadbir negara (Hamka 2009). Selain itu terdapat juga bingkisan isu-isu
wanita disebutkan di dalam Surah al-Talaq, Surah Maryam, Surah Tahrim,
Surah al-Nur, Surah al-Qasas, Surah al-Mujadalah dan Surah al-
Mumtahanah.
Terdapat nama-nama wanita yang disebut secara khusus di dalam al-
Qur’an (Mu'thi 2015) di atas segala kebaikan dan jasa mereka dalam
merubah arus dalam masa yang sama mencipta tamadun gilang-gemilang
dan sejahtera di zaman mereka seperti:

a. Maryam al-Batul, ibu Nabi Isa a.s. (Surah Ali Imran: 42)
b. Ibu dan saudara perempuan, Nabi Musa a.s. (Surah al-Qasas: 7,10,12)
c. Safura, isteri Nabi Musa a.s. (Surah al-Qasas: 26-27)
d. Asiah, isteri Fir’aun a.s. (Surah al-Qasas: 9; Surah At-Tahrim:11)
e. Ratu Balqis, pemerintah kerajaan Saba isteri Nabi Sulaiman a.s.
(Surah al-Naml: 22-44)
f. Hannah, isteri Imran (Surah Ali Imran: 33-34)
g. Hawa, isteri Nabi Adam a.s. (Surah Taha: 117)
188 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

h. Anak-anak perempuan Nabi Luth a.s. (Surah al-Hijr :71; Surah


Hud:79)
i. Sarah, isteri Nabi Ibrahim a.s. (Surah Hud:72)
j. Ummahatul Mukminin, isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. (Surah al-
Ahzab :6)
k. Anak-anak perempuan Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam sejarah kehidupan manusia peranan yang dimainkan oleh


wanita sebagai agen perubahan umat dilihat kepada dua cara iaitu bergerak
secara individu (fardiyah) menjadi pelopor kepada arus perubahan dan
bergerak secara kolektif (jama’ah) (Shamsuddin 1993). Wanita yang
bergerak secara individu ini secara umumnya ialah seorang wanita yang
bijaksana dan menguasai pelbagai disiplin ilmu kerana dia tahu bagaimana
untuk menyumbang kepada masyarakatnya. Antara tokoh-tokoh wanita
tersebut seperti Saidatina Aisyah r.a., perawi hadith wanita yang masyhur,
Nusaybah binti Ka’ab, Ummu Aiman srikandi yang tangkas di medan
perang (Shamsuddin: 1993) serta Nafisah binti Amir al-Mukminin al-
Hasan ibn Zayd, perawi hadith yang sangat dihormati oleh Imam Syafie
(Nadwi 2007).
Wanita secara kolektif merubah sejarah boleh dilihat dari dua aspek
iaitu mengatur dan mengisi keperluan untuk merubah sejarah sebagai
contoh menegakkan sesuatu ideologi seperti yang berlaku di dalam zaman
Lenin menegakkan ideologi komunis atau menjadi pendukung Revolusi
Iran di zaman Ayatollah Khomeini. Dalam konteks Malaysia pula
golongan wanita meniupkan semangat juang mempertahankan tanah air
melalui medium majalah dan akhbar sebagai usaha meningkatkan
emansipasi wanita selepas perang. Tambahan pula, wanita Melayu berjaya
menggerakkan perhimpunan memboikot penubuhan Malayan Union
secara besar-besaran pada tahun 1946 (Musa 2010).
Tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut tidak bercanggah
dengan ajaran Islam kerana Islam secara terang-terangan membangkitkan
semangat patriotisme dengan meyakinkan penganutnya bahawa kecintaan
terhadap tanah air juga termasuk di dalam sendi agama. Setiap umat Islam
wajib mempertahankan tanah air daripada cengkaman penguasa yang
zalim, membersihkan negara daripada segala bentuk ketidakadilan,
ketirisan, kemungkaran dan kepincangan dalam urus tadbir negara. Tugas
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 189

menjaga negara ini perlu digalas oleh semua pihak baik golongan lelaki
mahupun wanita tanpa kompromi namun pendekatan yang diambil
perlulah selaras dengan norma kehidupan setempat (waqi’iyah).
Wanita yang berkecimpung dalam arena sosial, ekonomi, politik dan
dakwah perlulah mematuhi adab-adab muamalat yang digariskan oleh
agama untuk mengelakkan diri daripada akhlak yang keji. Setiap wanita
Islam hendaklah mengelakkan bersendirian dengan lelaki yang bukan
mahram atau segala percampuran yang boleh mendatangkan fitnah
(ikhtilat). Sekiranya urusan tersebut perlu dalam keadaan bercampur-gaul
wanita Islam hendaklah bijak menjaga adab sopan. Wanita Islam
dinasihatkan agar memakai pakaian yang bersesuaian dengan imej Islam
termasuk tidak memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh badan
begitu juga dari sudut pergerakan kaki tidak menghentakkan kaki,
memakai perhiasan yang berbunyi di tangan dan di kaki serta tidak
melenggok-lenggokkan suara untuk tujuan menggoda atau menarik
perhatian lelaki yang bukan mahram.
Selain itu, wanita Islam juga perlulah melengkapkan diri dengan
segala ilmu yang berkaitan dengan urusan pentadbiran agama dan hal-
ehwal duniawi (siyasah syar’iyyah) fokus untuk menegak keadilan dan
menentang kebatilan. Tanggungjawab mempertahankan tanah air ini
menjadi mudah dengan adanya wanita yang berupaya menjiwai agama
Islam dengan sepenuh hati, dipraktikkan dalam kehidupan seharian,
memiliki akhlaqul karimah (jujur, sabar, warak, khusyuk, jihad,
menguasai nafsu, sentiasa mengingati Allah, sentiasa beribadah), berilmu,
bijaksana, berani menanggung risiko, tahan menempuh ujian, melibatkan
diri dalam harakah, amal jama’iy dalam organisasi, taat setia dengan
pimpinan dan bersedia untuk turun padang di medan jihad sebagai
pembantu di barisan belakang .

ANALISA PERJUANGAN HELWA ABIM SEBAGAI AGEN


PERUBAHAN MASYARAKAT DARI TAHUN
1971 HINGGA 1991

Nama gerakan dakwah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tidak


asing lagi pada pendengaran rakyat Malaysia khususnya yang mengikuti
sejarah dakwah atau menerima kesan dakwahnya di Malaysia. ABIM
190 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

merupakan peneraju organisasi dakwah yang berperanan sebagai


pergerakan belia yang lahir ketika permulaan kesedaran keagamaan dalam
kalangan rakyat Malaysia pada tahun 1971 di Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Secara tepat, ABIM telah didaftarkan
secara rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 17 Ogos 1972.
Manakala pada tahun 2009, setelah pihak kerajaan membuat semakan
terhadap Dasar Belia Negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya di
bawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007. ABIM telah
melangsungkan Persidangan Agung Tahunan atau Muktamar yang
pertama pada tahun 1972.
Menyedari kepentingan keterlibatan kaum wanita dalam gerakan
dakwah, jawatan Setiausaha Wanita diwujudkan pada tahun 1971. Jawatan
tersebut merupakan nama bagi jawatankuasa yang berperanan dalam gerak
kerja wanita dalam usaha dakwah di Malaysia. Keterlibatan ini didorong
juga oleh pengisahan dalam sejarah kebangkitan dan kegemilangan Islam
yang tidak meminggirkan sama sekali peranan kaum wanita dalam kerja-
kerja dakwah mengangkat kalimah tauhid dan penyebaran ilmu ke serata
alam. Hal Ehwal Wanita (HELWA) kemudian digunakan secara rasmi
dalam ABIM dan berperanan mengatur aktiviti kewanitaan, kekeluargaan,
kebajikan dan menjana penyertaan aktif ahli-ahli wanita dalam program
ABIM termasuklah memperjuangkan isu-isu kewanitaan yang
memerlukan pembelaan di pelbagai peringkat. HELWA ABIM pusat
dibantu oleh HELWA ABIM di peringkat negeri dan daerah untuk
melaksanakan peranan tersebut.
Terdapat beberapa impak perjuangan patriotisme HELWA ABIM
mengangkat daulat wanita Melayu Islam, bangsa dan negara yang tertulis
dalam lipatan sejarah negara sehingga kini:

a. Mengembalikan amalan bertudung dalam kalangan wanita Melayu


Islam.

Kesan penjajahan yang panjang menjadikan amalan bertudung dalam


kalangan wanita Melayu Islam menjadi pandangan yang aneh. Tahun-
tahun menjelang kemerdekaan negara segelintir sahaja yang memakai
tudung, kerana rata- rata khususnya di kota-kota wanita Melayu memakai
skirt pendek, baju tanpa lengan dan kebaya yang telah diketatkan dan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 191

terbuka luas menampakkan sebahagian dada. “ Selain bencana politik,


ekonomi dan sosial, penjajahan juga adalah malapetaka keagamaan dan
kebudayaan. Penjajahan telah meninggalkan legasi sekularisme, gaya
hidup dan nilai-nilai kebudayaan Barat. Sebahagian rakyat peribumi
Melayu benar-benar telah menjadi Anglophile, pengagum dan pengamal
gaya hidup dan kebudayaan Inggeris. Di kalangan kaum terpelajarnya pula
ramai yang bermentaliti ‘the captive mind’. Bagaimanapun strategi
pembaratan tidak sepenuhnya berjaya. Pembaratan dan sekularisasi lebih
banyak tertumpu di kota-kota, sedang majoriti besar rakyat di luar kota
rata-rata masih tetap bertahan berkubukan institusi keagamaan pimpinan
ulama, pemimpin-pendidik dan penyelamat jati diri umat.” (Siddiq Fadzil
2012)
Realitinya pada tahun 1970-an menyaksikan Islam sebagai suatu cara
hidup tidak meluas di bandar-bandar. Amalan memakai tudung dalam
kalangan mahasiswa perempuan di universiti hampir tiada. Hal ini pernah
diucapkan oleh Presiden ABIM ke- 5 sebagaimana berikut:

Amalan bertudung ini telah digerakkan oleh sekumpulan pelajar yang bukan berlatar
belakangkan bidang agama, tetapi mempunyai satu wawasan untuk menjadikan Islam
sebagai ‘ad- din’- semangat untuk menjadikan Islam sebagai suatu cara hidup. Akhirnya,
pakai tudung ini menjadi suatu realiti. Cuba kita buka arkib, pelajar-pelajar universiti
tidak ada yang pakai tudung. Kita perjuangkan hidup sebagai insan muslimah, yang
solehah kena pakai tudung dalam pengertian menutup aurat. Itu agenda kita!
Alhamdulillah, dalam masa 10 tahun lebih, wawasan Islam telah menjadi suatu realiti,
maka Islam dahulu yang dianggap sebagai agama orang kampung, kembali menjadi arus
perdana dalam negara kita. Akhirnya, negara menerima Islam sebagai satu dasar.”
(Ahmad Azam 2017)

ABIM terus konsisten untuk memperjuangkan cita-cita murni


kemanusiaan, di samping menghidupkan ketinggian serta ketelusan adab,
dan akal budi dalam masyarakat melalui pelbagai program dan kempen
yang dijalankan. Ia telah menjadi paksi awal perjuangan dalam jilid awal
kebangkitan Islam di Malaysia pada era 1970- an hingga 1990- an.
HELWA ABIM tidak terkecuali mengangkat cita-cita tersebut lalu
menjadi keutamaan perjuangan HELWA ABIM era kebangkitan Islam
dalam negara untuk mengembalikan jati diri sebagai muslimah dengan
busana menepati syariat agama.
192 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

HELWA ABIM bersama-sama pertubuhan-pertubuhan Islam sedia


ada seperti golongan Tabligh dan al-Arqam memainkan peranan penting
dalam meneruskan pemakaian tudung sempurna pada awal kebangkitan
Islam di Malaysia pada awal 1970-an hingga kini. Presiden pertama
ABIM, Prof. Dr. Razali Nawawi pernah menyatakan keyakinannya
tentang pemakaian telekung mini ini dipelopori oleh HELWA ABIM.
Malah, dalam sejarah ABIM, Ustazah Habibah Abdullah iaitu Ketua
Helwa ABIM sulung merupakan wanita ABIM pertama yang mengenakan
mini telekung ketika menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Perjuangan HELWA ABIM dalam mengembalikan tudung sebagai
lambang keislaman wanita Melayu ternyata suatu usaha jihad yang besar
walaupun ketika itu ahli-ahli HELWA ABIM terdiri daripada golongan
berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan profesional yang terdedah
kepada nilai kebebasan bawaan Barat. ABIM menganjurkan agar wanita
Islam kembali kepada pakaian separuh purdah atau hijab yang
dikehendaki Islam. Bagaimanapun, pakaian Islam yang dimaksudkan itu
tidaklah semestinya pakaian Arab, tetapi cukup dengan pakaian yang
longgar dan telekung mini. Justeru, ABIM sangat khuatir apabila majikan-
majikan enggan mengambil wanita-wanita berpakaian dakwah ini untuk
bekerja kerana peranan wanita adalah tidak wajar diperkecilkan hanya
untuk urusan rumah tangga semata-mata. Walaupun begitu, masyarakat
masih sukar untuk menerima pakaian-pakaian dakwah yang ditonjolkan
wanita ABIM kerana dianggap kolot dan mundur (Amriah Buang, 1987: 2;
Amriah Buang merupakan Exco Penyelidikan Majlis Hal Ehwal Wanita
ABIM bagi sesi 1982/ 1983). Hari ini, wanita Islam Malaysia bebas
mengamalkan busana menepati syariat tanpa ada halangan seperti wanita
sebelumnya pada awal era 1970-an walaupun menjawat jawatan
profesional.

b. Mengangkat keilmuan dan peranan wanita Islam

Pimpinan HELWA ABIM pusat bertegas bahawa wanita perlu berilmu


untuk menangani permasalahan umat. Sepanjang tahun kajian bermula
1970 hingga 1980-an, masyarakat Malaysia masih lagi terbelakang dalam
mendedahkan kepentingan pendidikan kepada kaum wanita yang masih
dibelenggu pandangan tradisional patriarki iaitu hidup mereka adalah di
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 193

ceruk dapur dan berbakti kepada keluarga semata-mata. Maka, pimpinan


HELWA ABIM secara peribadi dan berkelompok menggerakkan
program- program bersifat keilmuan seperti wacana ilmu dan seminar
mengangkat peranan wanita yang lebih besar.
Semasa Prof. Khalijah Salleh (Almarhumah) bersama ABIM sebagai
Ketua HELWA kedua pada sesi 1973/ 1974 dan sesi 1985/1987, beliau
banyak memperjuangkan isu-isu wanita dan sains dalam pendidikan pra-
sekolah. Reputasi beliau sangat tersohor sehingga kerap diundang ke luar
negara termasuklah Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Amerika
Syarikat, England, Hawaii, Hong Kong, Laos, Pakistan, Australia dan Fiji
untuk memberikan ceramah. Beliau kerap kali juga memberikan ceramah
kepada orang bukan Islam yang ingin mengkaji Islam dan bertukar-tukar
pandangan seperti pengkaji orientalis terkenal John. L Esposito (juga
penasihat agama Rumah Putih ketika itu) yang begitu berminat mengkaji
Islam dengan lebih mendalam. Beliau sangat berjasa mengangkat sains
tauhidik dan merupakan wanita Melayu pertama yang menerajui bidang
fizik di Malaysia. Sumbangan intelektual terhadap perkembangan Islam,
sains dan pembangunan negara menjadikan beliau digelar srikandi Melayu
dan salah seorang tokoh pemikir tersohor negara hingga hari ini.
Manakala, menurut Prof. Madya Dr. Siti Zalikhah, walaupun
pertubuhan wanita telah ada ketika itu pada tahun 1970-an, namun
pertubuhan-pertubuhan wanita yang ada tidak menekankan aspek ilmu
tentang Islam. Maka, beliau disifatkan mendahului zaman apabila
membuat penterjemahan karya Dr. Hasan Turabi mengenai ‘Kebangkitan
Wanita Islam’ dan menulis buku pertama beliau berjudul ‘Kedudukan
Wanita dalam Islam’ di Malaysia.
Melalui Seminar Muslimah Teladan Siri Dua pula, Prof Madya Dr.
Siti Zalikhah Mohd Nor menyatakan bahawa setiap wanita mempunyai
empat tanggungjawab yang mesti ditunaikan iaitu tanggungjawab terhadap
Allah S.W.T, dirinya sendiri, keluarganya dan juga masyarakat.
Sehubungan besarnya tanggungjawab ini, maka para wanita digesa untuk
melengkapkan diri dengan ilmu supaya dapat menjalankan tanggungjawab
tersebut dengan sempurna. Beliau turut menyatakan di dalam kertas kerja
yang dibentangkan dalam seminar itu, bahawa pendidikan perempuan
yang tidak teratur, dasar akhlak Islamiyyah yang tidak dilaksanakan
194 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

sepenuhnya menjadi punca kepada kegagalan wanita dalam meneruskan


budaya Islam di masa akan datang.

c. Kependidikan Bersepadu

Perlembagaan ABIM menyatakan tujuan penubuhan ABIM iaitu menegak,


mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiyyah, sesuai dengan
ajaran asasi al-Qur’an al-Karim dan al-Sunnah Rasulullah S.A.W bagi
menggembleng tenaga belia Islam seluruhnya ke arah meningkat taraf
kehidupan di dalam semua lapangan sosial, ekonomi, pelajaran,
kebudayaan, falsafah dan teknologi. Justeru, pelbagai kegiatan disediakan
dalam semua aspek selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran asasi al-
Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah S.A.W. (Perlembagaan ABIM, Pindaan
1988).
Selaras dengan tujuan penubuhan ABIM sebagai badan dakwah dan
tarbiyyah menjadikan pendidikan sebagai keutamaan dalam
memperjuangkan cita-cita Islamiyyah untuk mencapai visi ABIM iaitu
‘membina dan memimpin tamadun khayra ummah’. Istilah dakwah dan
tarbiyyah sering kali digunakan untuk membincangkan konsep pendidikan
Islam. Konsep tersebut sangat penting dalam risalah nubuwwah iaitu
dalam proses merubah masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik
dunia dan akhiratnya.
Selepas Merdeka pada tahun 1957, sistem pendidikan negara pada
awal kemerdekaan masih lagi dipengaruhi oleh sistem pendidikan penjajah
yang mengamalkan dikotomi ilmu dan tiada kesepaduan antara ilmu dunia
dan ilmu akhirat. Ketika era kebangkitan Islam pada tahun 1970-an, telah
ada kesedaran Islamiyyah di kalangan masyarakat Melayu Islam
khususnya yang bimbang akan pendidikan anak-anak bangsa mereka.
Pada tahun 1974, ABIM telah mendraf memorandum lengkap tentang
pendidikan bersepadu kepada YB Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Dr.
Mahathir Mohamad (Tun) setelah diadakan pertemuan antara AJK ABIM
Pusat dengan YB Dr. Mahathir Mohamad pada 22 Oktober tahun itu. Pada
tahun yang sama, Kerajaan telah membentuk sebuah Jawatankuasa
Kabinet untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan bertujuan memperbaiki
perlaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan sebuah masyarakat
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 195

yang bersatu-padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat


yang terlatih bagi pembangunan negara tercapai.
Sehubungan dengan itu, saranan ABIM dalam menentukan hala tuju
dan matlamat pendidikan negara yang dimuatkan dalam memorandum
tersebut telah menggariskan dua asas yang perlu diberi perhatian:

Pertama ialah untuk menanam dan memupuk kesedaran dan keinsafan jiwa generasi
muda terhadap nilai-nilai keagamaan, kebudayaan dan idealisme-idealisme yang menjadi
pegangan dan asas pendirian negara, supaya agama dan kebudayaan terus terpelihara
sebagai sumber kepercayaan dan panduan untuk manusia mengatur perjalanan hidup
yang sempurna, dan supaya para belia berbakti kepada nilai-nilai yang telah mendidiknya.
Matlamat kedua ialah menyediakan latihan-latihan amali untuk generasi muda mendapati
kepandaian dan kemahiran dalam lapangan hidup yang diminati mereka, di samping
latihan moral untuk memastikan seseorang manusia itu akan memperolehi nafkah
hidupnya secara jujur dan adil (Memorandum Pendidikan ABIM).

Keperluan pendidikan bersepadu dengan nilai-nilai kerohanian


(agama) yang digerakkan oleh ABIM telah menimbulkan kesan positif
yang menggalakkan di kalangan masyarakat dan telah menyebabkan
berlakunya Reformasi Pendidikan Negara yang bertunjangkan sistem nilai.
Sistem pendidikan Islam ini diterima kerana pemikiran masyarakat mula
berubah dan menjadi Dasar Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan
Negara telah digubal dengan mengambil kira saranan pendidikan yang
dikemukakan oleh ABIM. Falsafah Pendidikan Negara tersebut
menyatakan:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Memorandum pendidikan bersepadu ABIM yang diserahkan pada


tahun 1974 kemudiannya telah diserapkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan tersebut pada tahun 1996. ABIM menyokong penggubalan
Falsafah Pendidikan tersebut kerana selari dengan syor pendidikan
bersepadu ABIM. Ini juga antara kesan positif proses dakwah dan
196 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

tarbiyyah ABIM dalam mengharmonikan sistem pendidikan negara


supaya selaras dengan kebangkitan Islam di Malaysia melalui pegawai-
pegawai kerajaan yang mendukung fikrah ABIM. Sejak itu, pendidikan
negara menggabungkan aspek keislaman/moral dan akademik. Selain itu,
ABIM juga menyatakan kesungguhan dengan membangunkan model
pendidikan Islami yang bersepadu di peringkat Taski, rendah, menengah
dan tinggi.
HELWA ABIM pusat tidak ketinggalan dalam perjuangan pendidikan
Islam ini melalui pendidikan tidak formal dan formal. Dalam laporan
HELWA ABIM pusat (1972-1991) menyatakan:

Penghayatan Islam dalam kehidupan memerlukan kesedaran dan ilmu Islam.


Memandangkan keperluan ini sangat mendesak di kalangan masyarakat umat Islam
terutama wanita yang mempunyai tanggungjawab besar mendidik bagi mewujudkan
masyarakat sihat, HELWA ABIM di peringkat negeri, daerah dan unit telah
menganjurkan program yang mendukung misi ABIM.

Program pendidikan yang direncanakan oleh HELWA ABIM pusat


adalah bersifat umum dan khas. Antara program pendidikan yang bersifat
umum adalah seperti ceramah, kelas fardu ‘ain, khemah ibadah, kursus
kesedaran Islam dan seminar wanita Islam telah dianjurkan di peringkat
negeri dan daerah untuk memberi kefahaman Islam kepada masyarakat.
Manakala, program pendidikan khas pula adalah untuk ahli HELWA
ABIM bagi meningkatkan lagi kefahaman, keimanan dan komitmen
mereka dalam gerakan dakwah ini seperti usrah dan tamrin naqibat.
Pada Disember 1979, HELWA ABIM pusat telah menganjurkan
Seminar Wanita Islam Pendidikan Pra-Sekolah. Seminar itu telah
mendapat sokongan yang menggalakkan dari cawangan HELWA di
peringkat negeri, daerah dan masyarakat awam. Lanjutan daripada seminar
itu, HELWA ABIM pusat melalui Biro Pendidikannya dengan kerjasama
HELWA ABIM negeri dan daerah telah menyediakan kurikulum
pendidikan pra-sekolah.
Di Malaysia pendidikan pra-sekolah telah diperkenalkan oleh
pertubuhan-pertubuhan missionary Kristian dan mendapat sambutan
dalam kalangan anak-anak berbangsa Cina dan India tetapi tidak oleh
kanak-kanak Melayu. Ketika ini pendidikan pra sekolah tidak disediakan
oleh pihak kerajaan di sekolah kebangsaan lalu pihak swasta dan badan-
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 197

badan bukan kerajaan telah menggerakkan inisiatif untuk menubuhkan pra


sekolah mengikut sistem yang diperkenalkan oleh pihak Barat.
Kesan kebangkitan Islam pada era 1970-an telah memberi kesedaran
Islamiyyah terutama kepada ibu bapa yang bekerja di bandar-bandar.
ABIM Kedah telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Taman
Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) yang diperkenalkan di beberapa
kawasan di Kedah pada tahun 1975 berasaskan falsafah pendidikan Islam
ABIM. Idea penubuhan taski ini telah dipelopori oleh Ustaz Niamat
Yusoff (Allayarham) selaku Yang Dipertua ABIM Kedah (1972-1977 dan
1979-1982). ABIM Kedah juga telah menganjurkan Kursus Perguruan
Taski Pertama pada tahun 1979 di Sekolah Makarimul Akhlak, Langgar
dihadiri oleh seramai 24 orang guru selama lapan bulan tempoh pengajian.
Pada tahun 1981, Jawatankuasa Tetap Kurikulum Taman Asuhan
Kanak-kanak Islam ditubuhkan oleh Biro Pendidikan ABIM Pusat yang
diketuai oleh Dr. Mohd Nur Manuty (1981-1983) untuk menggubal dan
menyediakan kurikulum TASKI. Ia merupakan lanjutan inisiatif HELWA
ABIM pusat dalam penggubalan kurikulum tersebut yang kemudian
digerakkan sepenuhnya di bawah jawatankuasa tersebut.
Peranan HELWA ABIM pusat dalam pendidikan kanak-kanak yang
bersepadu ini amatlah penting kerana golongan wanita bergelar ibu atau
pendidik sangat dekat dengan kanak-kanak. HELWA ABIM percaya
proses pendidikan seseorang insan yang dikatakan sebagai ‘manusia
adalah sebaik-baik ciptaan’ dalam Surah al-Tin: ayat 4, dalam proses
pembinaan generasi khayra ummah bermula sejak masih kanak-kanak.
Biro Pendidikan HELWA ABIM pusat komited dalam membantu ABIM
pusat merangka, menyusun dan menterjemah Falsafah Pendidikan Islam
yang dirangkumkan dalam draf kurikulum Taski ABIM.
Draf pertama Kurikulum Taski telah dilancarkan sempena Muktamar
Sanawi ABIM Pusat pada tahun 1982 di Kolej Islam Kelang, Selangor.
Kurikulum itu mengandungi tujuan dan objektif pendidikan Taski, sukatan
pelajaran, kaedah perlaksanaan, penilaian dan pengukuran dan lain-lain.
Selain terlibat sama dalam reformasi pendidikan negara, HELWA
ABIM pusat juga terlibat memberikan pendidikan dalam ruang lingkup
kewanitaan dan kekeluargaan. Antaranya ialah pendidikan tentang
kepentingan penyusuan susu ibu, kesedaran tentang hak-hak wanita,
kesedaran tentang peranan bapa dalam sesebuah institusi keluarga dan
198 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

latihan kepimpinan dengan mendedahkan HELWA ABIM pusat kepada


masyarakat sebagai tenaga penceramah di pejabat-pejabat kerajaan,
kilang-kilang, universiti-universiti, pusat-pusat pengajian tinggi, maktab-
maktab perguruan dan juga sekolah-sekolah sepanjang tahun 1971
sehingga 1991.

KESIMPULAN

Sebagai pengakhiran perbincangan, dapatlah dirumuskan bahawa Fiqh


Muwatanah (Fiqh Kenegaraan) ini menjadi tunjang kepada kebangkitan
semangat patriotisme dalam kalangan wanita Melayu Islam terutama
dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dan diri daripada belenggu
penjajahan. Atas kesedaran ingin mengembalikan kedaulatan diri dan
rakyat, mereka berpartisipasi dan berperan serta dalam membangun watan
(bangsa) ke arah yang lebih baik. Kesan penjajahan hampir lima abad
sedikit-sebanyak menjadikan wanita ketinggalan serba-serbi sedangkan
peranannya terhadap masyarakat sangat besar jika segala potensi dirinya
dibangunkan. Wanita Melayu Islam dilemahkan walaupun dalam agama
Islam mereka telah dimuliakan. Demikian itu, wanita- wanita Melayu
yang sedar kedaulatan jati dirinya bangkit atas nama patriotisme membela
golongan wanita dan mengembalikan semula kedaulatan wanita Melayu
khususnya pergerakan HELWA ABIM dalam mengembalikan semula
amalan bertudung yang menjadi syiar dan identiti Melayu muslimah,
mengangkat keilmuan dan peranan wanita dalam pelbagai bidang yang
kritikal serta pendidikan yang bersepadu dan sama rata untuk anak- anak
perempuan dan anak lelaki yang akhirnya menyumbang kepada fasa
perubahan umat yang boleh dibanggakan melalui kebangkitan Islam era
1970-an sehingga 1990-an.

RUJUKAN

‘Abd al-Wahhab Khallaf (1984). al-Siyasah al-Shar`iyyah. Beirut:


Mu’assasat al- Risalah
Ab Halim El-Muhammady, Sistem Pendidikan ABIM: Satu Pengenalan
dimuat turun pada 14 Jun 2016 di http://www.mindamadani.my/isu-
semasa/item/161-sistem-tarbiyyah-abim-satu-pengenalan.html
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 199

Abd. Ghani Shamsuddin (1993). Tokoh-tokoh Wanita Mithaliyah Ke Arah


Melahirkan Wanita Perubah Sejarah . Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn.
Bhd.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1971-1996. Perkembangan
Amalan Bertudung Di Malaysia: Memoir Allahyarham Prof Dr
Khalijah Salleh dimuat turun pada 16 Jun 2016 di
http://www.abim.org.my/berita-program/abim-pusat/
Asyraf Hj Ab Rahman, Wan Ibrahim Wan Ahmad & Zainab Ismail (2010).
Peranan Wanita dalam Pembangunan Keluarga dari Perspektif Fi
Zilal al-Qur'an. Journal of Governance and Developments, 6 14-21.
Auni Haji Abdullah (2015). Pemikiran Politik Islam dalam Sejarah
Persuratan Alam Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Badiuzzamn Said Nursi (2014). Pedoman Para Wanita. Bandar Baru
Bangi: Pemikiran Nur.
Badlihisham Mohd Noor (2008). Ketokohan dan Pemikiran Dakwah Dato’
Dr. Siddiq Fadzil. Jurnal Usuluddin 27, 61-80.
Falsafah Pendidikan Negara dimuat turun pada 14 Jun di
http://www.moe.gov.my/my/falsafah-pendidikan-kebangsaan
Faridah Mohd Tap (2016). HELWA ABIM Pusat: Peranan dan
Sumbangan dalam Gerakan Dakwah Wanita Islam di Malaysia
Sekitar Tahun 1977 Hingga 1985. Pemenang Saguhati bagi Peraduan
Esei Sejarah Tahun 2016, Persatuan Sejarah Malaysia.
Fathi Fawzi Abdullah Mu'thi (2015). Perempuan-Perempuan al-Qur'an.
Jakarta: Penerbit Zaman.
Fatini Ya’cob. Lawatan HELWA ke Bangkok dan Yala: Batas Sempadan
Bukan Penghalang Perjuangan dalam Majalah Risalah Bil.1/ 84,
Angkatan Belia Islam Malaysia.
Hamka (2009). Kedudukan Wanita Dalam Islam. Shah Alam: Pustaka
Dini.
Jayaudin (1984). Gesaan HELWA ABIM: Kembali Kepada Penyusuan
Ibu dalam Risalah Bil. 4/84, Angkatan Belia Islam Malaysia.
Laporan- laporan Penyata Tahunan HELWA ABIM dari tahun 1972- 1991.
Laporan Seminar Muslimah Teladan II. Lengkapkan diri dengan ilmu
untuk menangani masalah umat yang disiarkan dalam Majalah
Risalah bil 2/82, hlm. 7
200 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Lily Azian Abdullah (1988). Tan Sri Hajah Zainun bt Sulaiman (Ibu Zain);
Perjuangan Ibu Zain. Penang: Universiti Sains Malaysia.
Mahani Musa (2010). Wanita Melayu, Kesedaran Pendidikan dan
Pembentukan Masyarakat Malaysia Moden. Malaysia dari Segi
Sejarah (Malaysia in History), 38 1-24.
Mahyuddin Ashaari. Sejarah Pendidikan ABIM dalam Jurnal Pendidikan
Islam. Dimuat turun pada 14 Jun 2016 di i-epistemology.net/.../1134_
Maisarah Pauzi (2018). Ustazah Zaman Dulu-Dulu. Selangor: Jejak
Tarbiyyah Publication
Memorandum Pendidikan 25 Tahun ABIM, hlm. 27.
Memorandum Pendidikan 25 Tahun ABIM. Angkatan Belia Islam
Malaysia.
Mohammad Akram Nadwi (2007). al-Muhaddithat : The Women Scholars
in Islam . London: Interface Publications .
Muhammad Razak Idris (2013). Apabila Siti Nurhaliza Bertudung
Sempurna disiarkan di https://razak.wordpress.com/2013/02/26/
Osman Bakar (2006). The Qur’an on Interfaith and Inter-Civilizational
Dialogue. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought,
Malaysia (IIITM).
Petikan ucapan perasmian penutup Latihan Tata Jamaah Seri / Semi Abim
Sungai Ramal oleh Tuan Haji Ahmad Azam Ab. Rahman di Unisel
pada 27 Ogos 2017. Boleh juga tonton ‘sejarah memakai tudung yang
ramai tidak tahu’ di
https://www.youtube.com/watch?v=oLbpOO1TG-E terbitan Media
SERI/SEMI ABIM Sg. Ramal.
Raines C. Jaines (2003). Sejarah Perjuangan ABIM dalam Siri Monograf
Dakwah: Model Dakwah ABIM.Biro Dakwah dan Tarbiyyah ABIM,
Gombak, Selangor.
Ramlah Adam (1998). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Sejarah ABIM, dimuat turun pada 7 Mei 2018 di
http://www.abim.org.my/profil/sejarah-abim.html
Siddiq Fadzil (2017). Fiqh al- Waqi’: Teks dan Konteks dalam pembinaan
Fiqh Malaysia. Kuala Lumpur: Parti Amanah Negara.
Siddiq Fadzil (2018). Hijrah ke Malaysia Baharu: Mencari Makna di Balik
Kata. Selangor: Institut Darul Ehsan (IDE).
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 201

Siti Nur Husna Abd Rahman, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim &
Muhammad Adnan Pitchan (2017). Peranan Wanita dalam Institusi
Kekeluargaan : Perbincangan dari Perspektif Islam . Journal of Social
Science and Humanities 12(3) 1-16.
Siti Zalikhah Mohd Nor (1983). Muslimah Sebagai Pengubah Sejarah
Ummah. Kertas kerja ini dibentang bersempena Seminar Muslimah
Teladan Siri 3 pada 6 Mac 1983.
Siti Zalikhah Mohd Nor (2005). Memperkasa aqal budi wanita Islam: ke
arah tamadun bangsa yang gemilang. Kertas kerja ini telah
dibentangkan di Konvensyen Wanita Islam anjuran ABIM pada 28
Julai 2005 di Dewan Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Temubual bersama Prof. Madya Dr. Siti Zalikhah Haji Md Nor pada 23
Julai 2016 di kediaman beliau, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Temubual bersama Puan Sri Fatini Yaacob, mantan Ketua Helwa ABIM
Keenam (1999 hingga 2001), pada 30 Ogos 2016.
Yusuf Al Qardawi (1999). Pedoman Bernegara dalam Perspektif Islam,
diterjemahkan dari al-Siyasah al-Syar`iyyah, penterjemah Kathur
Suhardi, Jakarta: Penerbit Al Kautsar.
Yusuf al-Qaradhawi (2017). Fiqh Muwatonah Negara dan
Kewarganegaraan, diterjemahkan dari al-Watan al-Muwatonah,
penterjemah Muhammad Hashim Alias, Selangor: Ahlamuna
Publication.
202 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Sorotan Kesusasteraan Peranan Ulama dalam


Kemerdekaan Malaysia
FARID MAT ZAIN, IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD
NOORSAFUAN CHE NOH & MOHD FAZMIE DERAMAN

ABSTRAK

Ulama memain peranan penting dalam sesebuah masyarakat termasuk


dalam masyarakat Melayu. Penulisan mengenai ulama Melayu masih
terhad. Kajian ini meneliti tentang peranan ulama Melayu dalam
perjuangan kemerdekaan menentang British. Ulama kelompok yang di
dianggap alim dalam ilmu agama, dipercayai turut berperanan dalam
perjuangan kemerdekaan. Objektif kajian ini ialah untuk meneliti peranan
ulama dalam perjuangan menentang British di Tanah Melayu di samping
menghuraikan bentuk penentangan yang dilakukan oleh golongan tersebut.
Seterusnya makalah ini akan menilai hasil perjuangan dan pencapaian
dalam perjuangan tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif
berteraskan kajian sejarah dan kajian analisis kandungan. Data bagi kajian
ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Kaedah ini dipilih untuk
membolehkan penulis menerangkan dan membuat interpretasi sendiri
terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang dirujuk. Analisis data
pula dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian
daripada tinjauan literatur mendapati kajian berkenaan dengan ulama
dalam menuntut kemerdekaan masih kurang diketengahkan oleh pengkaji
termasuk sarjana luar. Walaupun ada kajian yang menyentuh berkenaan
dengan peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan, namun ia hanyalah
dikhususkan kepada tempat-tempat tertentu dan tidak menyeluruh.

Kata Kunci: Ulama, Kemerdekaan Malaysia.

PENGENALAN

Peranan ulama sangat penting dalam memberi pendidikan agama kepada


masyarakat tempatan. Hal ini kerana ulama berkewajipan dalam mendidik
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 203

masyarakat supaya terdidik dengan pengetahuan agama dan pemikiran


Islam yang sebenar hingga dapat membentuk citra umat yang unggul,
beriman dan bertakwa. Kegigihan para ulama membina komuniti Muslim
yang akhirnya telah membentuk masyarakat yang berpengetahuan dalam
soal agama Islam (Abdul Halim 1982: 9).
Ulama di samping dianggap alim dalam ilmu agama, mereka juga
dipercayai oleh orang ramai sebagai manusia yang berkat. Untuk
mendapat restu dan keuntungan hidup di dunia dan di akhirat, orang ramai
mendekati dan berbakti kepada ulama-ulama tersebut (Asiah 2002: 7). Di
samping itu, perasaan nilai nasionalisme dalam kalangan ulama Tanah
Melayu sangat tinggi. Ini seterusnya dapat dibuktikan dengan usaha dan
tindakan ulama yang berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
daripada pengaruh kuasa asing.
Permasalahan kajian ini bertitik tolak daripada kenyataan beberapa
orang sarjana mengenai peranan ulama bagi menuntut kemerdekaan.
Antaranya: Rahmat Saripan (2003: 233) yang menyatakan “…bibit-bibit
perjuangan politik bercorak keagamaan seperti mana yang dililhamkan
oleh Haji Abdul Rahman Limbong yang merupakan kegiatan yang unik
kerana sudah ada bibit-bibit persoalan tentang ‘state’ bercorak Islam
dalam perjuangan menentukan kemerdekaan dari campur tangan asing.”
Nik Anuar Nik Mahmud (2003: 225) juga turut menyatakan: “...di
Kelantan, kerana semangat jihad, Haji Mat Hassan (Tok Janggut)
menubuhkan gerakan menentang penjajah British di negeri Kelantan
dengan menjadikan Pasir Puteh sebagai pangkalannya.”
Sementara, Timah Hamzah (1991) menyatakan Haji Abdul Rahman
Limbong adalah satu-satunya nama yang sering dihubungkaitkan dengan
kebangkitan 1921-1928 di Terengganu, di samping ketokohan beliau
sebagai ulama dalam penglibatan dalam menentang penjajah asing...”
Seterusnya, Ishak Saat (2011: 69) turut sama menyatakan:
“Perjuangan Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-
Baqir memainkan peranan penting dalam usaha menentang penjajah di
Tanah Melayu. Walaupun perjuangan mereka tidak dapat menghalau
keluar pihak penjajah secara keseluruhannya, namun sedikit sebanyak
berjaya meninggalkan impak dan kesedaran ke atas masyarakat Melayu.”
Keempat-empat kenyataan tersebut menunjukkan bahawa ulama
sememangnya berperanan penting dalam usaha menuntut kemerdekaan.
204 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Penglibatan para ulama ini sekali gus memberi perangsang serta harapan
mencapai kemerdekaan. Justeru dapat disimpulkan bahawa peranan ulama
sangat penting dan pencetus impian dan harapan mencapai kemerdekaan.
Kajian mengenai perkara pertama dilakukan dengan mengetengahkan
kajian-kajian berkenaan ulama dan kemerdekaan Malaysia supaya terbukti
wujudnya peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan Malaysia.
Persoalan yang timbul hasil daripada penyataan masalah yang dikenal
pasti ialah, Bagaimanakah ulama berjuang menuntut kemerdekaan?
Apakah bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama dalam menuntut
kemerdekaan? Apakah pencapaian yang diperolehi oleh ulama dalam
menuntut kemerdekaan?
Objektif kajian ini ialah Meneliti ulama yang berjuang menuntut
kemerdekaan. Menghurai bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama
dalam menuntut kemerdekaan. Menilai pencapaian yang diperolehi oleh
ulama dalam menuntut kemerdekaan.

ANALISIS TINJAUAN LITERATUR

Perbincangan tinjauan literatur yang berkaitan dengan peranan ulama


dalam menuntut kemerdekaan telah banyak dibincangkan dan dikupas
oleh beberapa pengkaji-pengkaji sebelum ini. Selayang pandang, ia
seolah-olah turut memaparkan pembabitan ulama, tetapi kebanyakan
kajian agak cenderung untuk mengaitkannya dengan pejuang Melayu yang
memang menjadi prioriti masyarakat dan paling mendapat tempat di hati
masyarakat pada masa itu. Berdasarkan persoalan yang dibangkitkan
dalam rasional kajian, adalah penting untuk penulis melaksanakan kajian
seperti ini yang dapat memberikan jawapan yang lebih membina penulisan
ilmiah yang telah dilakukan mengenai ulama dalam menuntut
kemerdekaan Malaysia.
Pencerakinan tinjauan literatur ini dipecahkan kepada tiga tema utama.
Pertama, mengenai ulama yang berjuang menuntut kemerdekaan. Kedua,
mengenai bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama menuntut
kemerdekaan. Ketiga, mengenai pencapaian ulama dalam menuntut
kemerdekaan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 205

ULAMA YANG BERJUANG MENUNTUT KEMERDEKAAN

Terdapat kajian lepas yang menyentuh mengenai ulama dalam perjuangan


menuntut kemerdekaan. Antaranya ialah:
Kajian Nor Asikin Harun (2008) melalui Disertasi Sarjana yang
bertajuk Peranan dan sumbangan ulama' di dalam perjuangan
kemerdekaan Malaysia: Satu kajian terhadap penglibatan ulama' di Perak
merupakan kajian yang memuatkan penglibatan ulama’ dan peranan yang
dimainkan oleh ulama’ di negeri Perak berjuang menuntut kemerdekaan
Malaysia. Selain itu juga, kajian beliau turut mengetengahkan sumbangan
ulama dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaysia, khususnya ulama-
ulama di negeri Perak pada ketika itu. Walaupun kajian ini lebih
menekankan berkaitan dengan peranan ulama’ dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan Malaysia, namun ia hanyalah berfokus kepada
ulama di negeri Perak sahaja dan tidak diketengahkan kajian berkaitan
dengan ulama-ulama lain di seluruh negeri semenanjung Malaysia, Sabah
dan Sarawak.
Ridhuan Mohamad Nor & Mohd Fadli Ghani (2007M) menerusi
buku yang berjudul Ulama’ dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan,
merupakan kajian berkenaan sejarah perjuangan para ulama yang memikul
tanggungjawab meninggikan agama Islam dalam menggalas perjuangan
menentang penjajah Barat. Dalam kajian ini juga turut mengetengahkan
beberapa orang ulama yang bangkit berjuang meniup api perjuangan
dalam menuntut kemerdekaan. Kajian ini juga antara lain turut memfokus
berkenaan peranan ulama di rantau Asia barat yang mendorong dan
mencetuskan semangat perjuangan menentang penjajah.
Shafie Abu Bakar (1991M) dalam artikel yang berjudul Peranan
ulama dan kesannya terhadap sikap anti-penjajahan dengan rujukan pada
pengajaran tasawwuf Sayid Abdul Rahman bin Muhammad (Tok Ku
Paloh) berasaskan karangannya Ma'arif alLahfan pula telah
membicarakan mengenai peranan ulama negeri Terengganu dalam
berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia. Kajian ini merupakan kajian
yang lebih menonjolkan penglibatan ulama Terengganu seperti Sayid
Abdul Rahman Muhammad atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Ku
Paloh melahirkan semangat anti-penjajahan oleh kuasa asing di negeri
Terengganu. Namun begitu, kajian ini lebih kepada kajian kitab Ma’arif
206 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

al-Lahfan yang juga merupakan kitab yang dikarang oleh ulama Tok Ku
Paloh dalam memberi sinar dan cahaya Tasawwuf. Timah Hamzah
(1991M) dalam bukunya Ulama dan kebangkitan anti-British: pembabitan
Haji Abdul Rahman Limbang pula membicarakan sejarah perjuangan
ulama Terengganu dalam menentang penjajahan British. Kajian ini lebih
berfokus kepada peranan dan pembabitan ulama Haji Abdul Rahman
Limbong berjuang menuntut kemerdekaan.
Kajian Abdullah Zakaria Ghazali (1985M) yang berjudul
Kebangkitan Anti-British di Semenanjung Tanah Melayu yang diterbitkan
dalam buku Sejarah Masyarakat Melayu Moden merupakan kajian yang
banyak mengisahkan berkaitan dengan sejarah perjuangan orang Melayu
menentang dan berjuang menuntut kemerdekaan. Pengkaji juga turut
mengetengahkan tindakan ulama serta rakyat yang bangkit menentang
penjajah British di semenanjung Malaysia. Kajian ini juga turut dilakukan
secara menyeluruh iaitu merangkumi negeri-negeri di semenanjung Tanah
Melayu, iaitu Perak, Naning, Kelantan, Pahang, dan Terengganu.
Sementara itu, pengkaji juga turut menjelaskan ulama yang terlibat dalam
perjuangan menentang penjajahan British, seperti Dato’ Bahaman, Tok
Janggut, Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok gajah dan
Penghulu Dol’ said.
Sementara itu, Abdullah Zakaria Ghazali (2000M) juga dalam kajian
beliau yang berjudul Kebangkitan Terengganu: Gerakan menentang
British 1922-1928 pula turut menghuraikan mengenai kebangkitan ulama
dan rakyat Terengganu untuk berjuang menuntut kemerdekaan. Kajian ini
bolehlah dianggap sebagai pelengkap kepada kajian sebelum ini kerana
beliau menghuraikan secara terperinci mengenai kebangkitan ulama
menentang penjajahan British di Terengganu, seperti ulama Haji Abdul
Rahman Limbong yang secara jelas bangkit menentang pemerintahan
penjajah British di negeri Terengganu pada masa tersebut. Selain itu juga,
kajian ini juga turut mengetengahkan penglibatan sultan dan pembesar
Terengganu bersama-sama ulama berganding bahu menentang penjajahan
British di negeri tersebut. Namun begitu kajian ini hanya memfokuskan
berkaitan dengan gerakan menentang penjajah British di negeri
Terengganu sahaja, tanpa melibatkan pembabitan ulama lain selain ulama
di negeri Terengganu. Manakala Nurulakmar Ibrahim (1995M) dalam
kajian disertasi sarjana beliau yang berjudul Perkembangan politik Islam
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 207

di Malaysia: tumpuan kepada pengaruh Abdul Rahman Limbong dalam


Pemberontakan Tani 1928. Beliau telah membicarakan secara khusus
berkaitan dengan pemberontakan Tani 1928 yang sebahagian besarnya
dipelopori oleh ulama serta pembesar Melayu Terengganu berjuang
menentang penjajahan British.
Kajian Izziah Suryani binti Mat Resad @ Arshad (2013M) dalam
Tesis Doktor Falsafah yang berjudul Reaksi Pemerintah dan penduduk
terhadap pentadbiran British di Terengganu, 1919-1928 pula
membincangkan mengenai reaksi pemerintah dan penduduk Terengganu
terhadap pentadbiran British. Kajian ini diulas secara mendalam berkaitan
dengan sejarah penjajahan British di Terengganu serta maklumat berkaitan
dengan peranan ulama dalam berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia
turut dikupas secara terperinci. Selain itu, kajian ini lebih memfokuskan
kepada reaksi pemerintah serta ulama yang pada masa itu, melihat kesan
buruk yang dibawa oleh penjajah British, terutamanya melibatkan soal
agama Islam dan adat istiadat Melayu Terengganu. Penerangan tentang
penentangan menentang penjajah British di Terengganu dikupas dengan
teliti sambil disertakan lampiran gambar yang menarik untuk diteliti.
Seterusnya Burhanuddin Abdullah (2009M) dalam Tesis Doktor
Falsafah beliau yang berjudul Pemerintah dan Ulama dalam Menghadapi
Ancaman Kuasa Asing di Terengganu: dari Tahun 1888 Hingga 1948 pula
membincangkan berkaitan peranan pemerintah dan ulama dalam
menghadapi ancaman kuasa asing di Terengganu. Ancaman ini sama ada
berbentuk politik, ekonomi dan juga pendidikan. Kajian Berhanuddin ini
juga merupakan salah satu kajian yang banyak menyentuh berkaitan
dengan ulama Terengganu dalam perjuangan menuntut kemerdekaan
Malaysia. Walaupun kajian ini hanya mengetengahkan peranan ulama
Terengganu dalam perjuangan kemerdekaan, namun ia juga turut
menyentuh berkait dengan usaha-usaha ulama dari negeri jiran yang
membantu menuntut kemerdekaan.
Kajian Nik Mohamed Nik Mohd Salleh (1986M) yang berjudul
Tentangan Orang-orang Melayu Kelantan Terhadap Malayan Union yang
diterbitkan dalam buku Warisan Kelantan V pula lebih tertumpu kepada
tentangan masyarakat Kelantan termasuklah ulama dan pembesar
Kelantan menentang rancangan British untuk mewujudkan Melayan
Union. Kajian ini juga turut mengetengahkan beberapa ulama seperti Tok
208 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Janggut yang secara terang menentang penjajahan British dan menuntut


kemerdekaan. Selain itu Zulkifli Mohd Noor (1998M) yang berjudul
Malayan Union dan Sikap Orang-orang Melayu, khasnya Orang-orang
Melayu Kelantan yang di terbitkan dalam buku Warisan Kelantan XVII
juga turut mengetengahkan berkaitan sikap orang-orang Melayu Kelantan
terhadap Malayan Union. Sementara itu, kajian ini juga turut sama dalam
memberi maklumat berkaitan dengan penentangan ulama Kelantan dalam
memperjuangkan kemerdekaan negara. Penentangan itu samada dalam
bentuk politik mahupun pendidikan.
Sementara Kajian Nik Anuar Nik Mahmud (2003M) yang berjudul
Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan Gema Jihad di Bumi Serambi
Mekah yang diterbitkan dalam Pejuang-pejuang Kemerdekaan pula
berkait dengan peranan ulama Kelantan dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan. Kajian ini lebih memfokuskan kepada usaha serta tindakan
ulama Tok janggut dalam berjuang menegakkan agama Islam di Kelantan
daripada penjajahan kuasa asing. Perjuangan tok janggut merupakan
adalah salah satu daripada tindak balas selepas pihak penjajah British
melaksanakan pelbagai pembaharuan yang sekali gus bertentangan dengan
agama Islam. Cheah Boon Kheng (2006M) dalam To’ Janggut: Legends,
Histories, and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan pula turut
membincangkan mengenai sejarah perjuangan menentang penjajahan
kuasa asing di negeri Kelantan.
Manakala, kajian Syed Muhammad Dawilah al-Edrus dan Nik
Haslinda Nik Hussin (2007M) yang berjudul Syeikh Abdullah Fahim:
tokoh intelek Melayu dan pejuang kemerdekaan adalah merupakan kajian
secara khusus berkaitan ulama Syeikh Abdullah Fahim dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan. Dalam kajian ini, antara lain pengkaji turut
menyatakan secara jelas berkaitan dengan gerakan serta usaha ulama
Pulau pinang ini bagi melahirkan semangat kebangsaan kepada rakyat
pulau pinang dan sekali gus melahirkan semangat perjuangan untuk
memerdekakan tanah air dari penjajahan kuasa asing.
Kajian Buyong Adil (1983M) yang berjudul Perjuangan Orang
Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19 pula merupakan kajian yang
menyeluruh yang membincangkan berkaitan dengan perjuangan orang-
orang Melayu menentang penjajahan kuasa asing. Kajian ini juga turut
membincangkan mengenai kisah orang Melayu menentang bangsa asing
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 209

yang cuba menjajah negeri-negeri Melayu iaitu Melaka, Johor, Naning,


Selangor, Kedah, Perak, Pahang dan Kelantan serta Terengganu. Selain itu
juga, kajian ini membincangkan penentangan bangsa Melayu terhadap
penjajahan asing di Tanah Melayu. pengkaji juga menjelaskan peranan
yang dimainkan oleh ulama dalam perjuangan menentang penjajah asing
seperti Tok Janggut di Kelantan.
Abdul Rahman Abdullah (1994M) dalam kajiannya yang berjudul
Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950: Pengaruh Agama dan
Tarikat. Kajian ini merupakan kajian yang memfokuskan berkaitan
dengan gerakan menentang penjajahan kuasa asing di Malaysia. Dalam
buku ini, Pengkaji membincangkan kisah-kisah sejarah perjuangan bangsa
dan penduduk tanah air dalam menentang penaklukan dan penjajahan
sejak tahun 1511 hingga 1950. Pengkaji juga turut menekankan faktor
agama sebagai pencetus semangat dan kesedaran rakyat untuk bangun
menentang penjajahan dengan semangat jihad. Keterlibatan ulama dalam
meneruskan perjuangan menentang penjajahan asing turut disentuh oleh
pengkaji. Justeru faktor agama di beri penekanan dalam penulisan kajian
ini oleh pengkaji sebagai pencetus semangat dan kesedaran dalam
menghadapi cabaran penjajahan dan sekali gus menuntut kemerdekaan
Malaysia.
Hasini Bakir (1992M) dalam kajiannya Peranan ulama dalam
konteks sejarah perkembangan agama Islam di Sarawak sebelum merdeka
kajian khusus di Kuching, pula merupakan antara kajian yang
membincangkan berkaitan dengan sejarah perkembangan Islam di
Serawak sebelum merdeka. Pengkaji menerangkan secara terperinci
berkaitan dengan sejarah perkembangan agama Islam di Serawak pada
masa tersebut. Kajian ini juga turut menonjolkan beberapa ulama dalam
menyebarkan serta berjuang memartabatkan agama Islam di negeri
Serawak. Selain itu, pengkaji juga turut membincangkan beberapa isu
yang menjadi pertikaian dalam perjuangan ulama menuntut kemerdekaan
Malaysia. Namun begitu, ia tidaklah dijelas secara terperinci berkaitan
dalam usaha ulama menuntut kemerdekaan Malaysia.
Kajian Bariyah Basirah & Ishak Saat (2015) yang berjudul Ulama &
Politik Kedah 1842-1960 pula merupakan kajian yang terbaru dalam
melibatkan perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia. Dalam kajian ini
pengkaji mengetengahkan peranan dan sumbangan mereka yang sama-
210 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

sama membantu pemerintah untuk mentadbir sebuah negara khususnya


kesultanan Melayu Kedah. Selain itu juga, pengkaji turut memaparkan
peranan ulama dalam masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan
dalam usaha membentuk masyarakat yang rabbani. Perjuangan ulama
dalam menentang penjajahan kuasa asing juga turut diketengahkan dalam
kajian ini, khususnya perjuangan ulama Kedah dalam menuntut
kemerdekaan.
Kesimpulannya, kajian berkaitan ulama dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan Malaysia lebih bersifat umum dan tidak dikhususkan kepada
keseluruhannya. Jika kajian itu turut menyentuh mengenai penentangan
ulama dalam perjuangan kuasa asing sekalipun, ia sama sekali tidak
memperincikan mengenai keseluruhannya kajian perjuangan ulama dalam
perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia.
Bentuk Penentangan yang Dilakukan oleh Ulama Berjuang Menuntut
Kemerdekaan Terdapat kajian lepas yang dirujuk oleh bagi yang
membincangkan mengenai bentuk penentangan yang dilakukan oleh
ulama yang berjuang menuntut Kemerdekaan Malaysia. Antaranya ialah:
Abdullah Zakaria Ghazali (2013M) yang berjudul Kebangkitan Tok
Janggut 1915 dan Notis memberitahu serta perawa-wa notis yang
diterbitkan dalam Warisan Kelantan XXXII memaparkan secara kronologi
berkaitan dengan penentangan ulama Kelantan dalam menentang
penjajahan asing di negeri Kelantan. Pengkaji juga turut membincangkan
usaha dan kaedah yang dilakukan oleh ulama Tok Janggut bagi
menyedarkan masyarakat Kelantan pada masa itu yang tidak berpuas hati
dengan tindakan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai British yang
menindas rakyat Kelantan. Kajian ini juga antara lain membincangkan
secara khususnya sejarah awal kebangkitan Tok Janggut dalam menuntut
kemerdekaan Malaysia. Selain itu Abdullah Zakaria Ghazali juga turut
membincangkan bentuk penentangan ulama Tok Janggut tersebut dalam
artikel beliau yang berjudul Kebangkitan Tok Janggut 1915 dan Naskhah
Sejarah peperangan Tok Janggut (1982M) yang diterbitkan dalam buku
Warisan Kelantan XXV. Kajian ini mendedahkan aspek politik, sosial,
ekonomi dan agama adalah faktor utama penentangan ulama Tok Janggut
menentang penjajahan asing di negeri Kelantan pada masa tersebut. Selain
itu, pengkaji juga turut menerangkan secara ringkas beberapa kaedah yang
diguna pakai oleh ulama Kelantan dalam menuntut kemerdekaan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 211

Kajian Alias Mohamed (1984M) yang berjudul Gerakan Sosial &


Politik Kelantan pula membicarakan mengenai sejarah ulama-ulama
Kelantan dalam menyebarkan agama Islam di Kelantan pada abad ke-19
dan ke-20M. Selain itu juga pengkaji juga turut membicarakan gerakan
sosial dan politik Melayu Kelantan yang sebahagian besarnya dipelopori
oleh ulama-ulama terkenal di negeri Kelantan, seperti Tok Kenali, Mufti
Kelantan Haji Ahmad Mahir yang menubuhkan majalah Pengasuh yang
berperanan besar dalam mengerakkan bidang dakwah melalui media
penulisan. Selain itu juga, pengkaji juga turut memfokuskan bidang
akademik yang dianggap paling penting dalam menyedarkan rakyat
Kelantan untuk sedar akan kepentingan pendidikan serta melahirkan
semangat perjuangan menentang penjajahan British sekali gus menuntut
kemerdekaan Malaysia. Melalui bidang akademik juga, pengkaji
mengetengahkan bidang politik seterusnya kegiatan kesusasteraan dan
kewartawanan yang berfungsi sebagai medium gerakan penentangan
menuntut kemerdekaan Malaysia.
Mohd Isa Othman (1999M) dalam karyanya Gerakan Protes Dalam
Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad ke-19 dan Awal Abad ke-20 turut
membicarakan mengenai bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang
Melayu yang menentang penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu. Dalam
kajian ini, pengkaji juga turut membincangkan bentuk penentangan
melalui protes yang dilakukan oleh sebahagian ulama di negeri Kelantan,
Naning, Perak, Pahang, Kedah, Terengganu, Sabah dan Serawak. Selain
itu juga dalam kajian ini, pengkaji turut mengetengahkan pertubuhan
politik yang bercorak agama dalam melaksanakan protes kepada tindakan
penjajah asing di Tanah Melayu, contoh protes bercorak agama yang
dibincangkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah gerakan Kaum Muda
(KMM). Abdul Rahman Ismail (2006M) melalui artikel beliau yang
berjudul Perjuangan Kemerdekaan dan Nasionalisme Melayu: Wacana
Persejarahan yang diterbitkan dalam Nasionalisme dan Revolusi di
Malaysia dan Indonesia membicarakan mengenai perjuangan
kemerdekaan dan nasionalisme orang Melayu menuntut kemerdekaan
Malaysia. Pengkaji menerangkan secara ringkas berkaitan dengan gerakan
dan bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama di Tanah Melayu bagi
menuntut kemerdekaan. Antara bentuk penentangan yang dibicarakan oleh
pengkaji ialah melalui penulisan karya yang menggerakkan semangat
212 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

perjuangan menentang penjajah asing di Tanah Melayu. Antara karya


yang dianggap memberi kesan kepada gerakan menuntut kemerdekaan
ialah novel perjuangan seperti Keris Melaka. Penulisan karya tersebut,
dilihat sebagai medium untuk mengerakkan semangat nasionalisme sekali
gus berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia.
Kajian Muhammad Abu Bakar (1991M) yang berjudul Ulama
Terengganu: Suatu Sorotan pula banyak membicarakan berkaitan sejarah
dan kebangkitan ulama di Terengganu. Dalam penulisan ini, pengkaji turut
mengetengah beberapa ulama Terengganu yang menjadi pelopor kepada
penentangan penjajahan kuasa asing, antara ulama yang terlibat sama
dalam kebangkitan anti-British yang dijelaskan oleh pengkaji ialah Haji
Abdul Rahman Limbong (1991: 190). Selain itu juga, pengkaji turut
memberi penjelasan tentang ulama pondok dalam politik kepartian dalam
menuntut kemerdekaan Malaysia. Pengkaji turut membicarakan mengenai
unsur keagamaan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia.
Sementara itu Timah Hamzah (1991M) juga turut membincangkan
gerakan penentangan yang dipelopori oleh ulama Terengganu dalam
artikel beliau yang berjudul Ulama dan kebangkitan anti-British:
pembabitan Haji Abdul Rahman Limbang, antara lain, pengkaji turut
mengetengahkan beberapa gerakan penentangan yang dipelopori oleh
ulama Haji Abdul Rahman Limbong dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan Malaysia.
Sementara Kajian Md. Salleh Md. Gaus (1984M) yang berjudul
Politik Melayu Pulau Pinang 1945-1957 pula ada membincangkan
berkaitan dengan gerakan politik Melayu di negeri Pulau pinang sebagai
salah satu daripada usaha menuntut kemerdekaan Malaysia. Pengkaji
dalam kajian ini ada menyatakan secara ringkas berkaitan dengan
penentangan orang Melayu terhadap kerajaan Malayan Union yang
dibincangkan dalam bab kedua dalam kajian ini. Sementara itu dalam
kajian ini juga, pengkaji turut sama mengetengahkan keterlibatan ulama
pulau pinang dalam berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia. Antara
lain ialah melalui suara politik serta bentuk penentangan memalui
penulisan karya mahupun akhbar-akhbar yang berfungsi sebagai medium
berkesan bagi melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat
sekali gus berjuang bersama-sama menentang penjajahan kuasa asing
seterusnya mencapai kemerdekaan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 213

Kajian Khong Kim Hoong (1984M) yang berjudul Merdeka: British


Rule and The Independence in Malaya, 1945-1957. Kajian ini merupakan
kajian berkenaan dengan peraturan penjajah British sebelum mencapai
kemerdekaan. Dalam kajian ini juga, pengkaji turut menyentuh berkaitan
dengan usaha dan tindakan yang dilakukan oleh para ilmuwan agamawan
untuk menyedarkan masyarakat Melayu supaya bangkit menentang
pencerobohan dan penindasan yang dilakukan oleh penjajah British.
Dalam membangkitkan semangat untuk memerdekakan tanah air, pengkaji
juga turut mengetengahkan ulama berperanan penting dalam mengerakkan
perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia melalui unsur agama Islam
iaitu berjihad menentang penjajah asing.
Karya Roff (1994M) yang berjudul The Origin of Malay Nationalism
merupakan kajian berkenaan semangat nasionalisme dalam kalangan
orang Melayu menuntut kemerdekaan. Dalam kajian ini, Roff juga
membicarakan gerakan yang dipelopori oleh golongan cendekiawan yang
bertindak sebagai pencetus kepada gerakan menentang penjajahan British
di Tanah Melayu melalui semangat kebangsaan. Antara lain juga, roff juga
turut mengetengahkan keterlibatan ulama dalam melahirkan semangat
nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu seterusnya berjuang
menuntut kemerdekaan Malaysia.
Kesimpulannya, elemen utama yang difokuskan ialah mengenai
bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama di Tanah Melayu
khususnya dalam melahirkan semangat kebangsaan dan sekali gus
menuntut kemerdekaan Malaysia.

PENCAPAIN ULAMA DALAM GERAKAN MENUNTUT


KEMERDEKAAN MALAYSIA

Terdapat kajian lepas yang dirujuk oleh penulis yang membincangkan


mengenai pencapaian ulama dalam gerakan menuntut kemerdekaan
Malaysia, antaranya ialah:
Shukri Ahmad (2011M) dalam karyanya Pengaruh Pemikiran Ulama
di Semenanjung Malaysia akhir abad ke-20, telah membincangkan
berkenaan dengan peranan ulama Semenanjung Malaysia pada abad ke-19
hingga abad ke-20. Sementara itu, Shukri juga turut menjelaskan
berkenaan implikasi peranan ulama Semenanjung Malaysia akhir abad ke-
214 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

20. Antara lain juga, kajian ini turut mengetengahkan keterlibatan ulama
dalam memberi pendidikan serta melahirkan semangat perjuangan dalam
kalangan rakyat untuk bangkit berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia.
Pertubuhan yang dipelopori ulama seperti Hizbul Muslimin dianggap
sebagai salah satu pertubuhan Islam bagi memberi satu sinar Islam dalam
menuntut kemerdekaan Tanahair. Sementara itu juga, dalam kajian ini,
pengkaji turut menjelaskan berkenaan situasi ulama pada ketika itu yang
mengalami perubahan pemikiran, iaitu muncul ulama tradisional dan
ulama reformis yang tercetus pada masa tersebut.
Kajian Timah Hamzah (1981M) dalam karyanya yang berjudul
Pemberontakan Tani 1998 di Trengganu: Satu Kajian Ketokohan dan
Kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong. Dalam kajian ini, pengkaji
bukan sahaja membincangkan berkenaan perjuangan rakyat Terengganu
menentang penjajahan Barat, tetapi juga turut menerangkan berkenaan
perjuangan tokoh ulama Melayu iaitu Haji Abdul Rahman Limbong dalam
perjuangan menentang penjajahan Barat. Sementara itu pengkaji juga turut
menerangkan secara terperinci peranan dan pengaruh Haji Abdul Rahman
Limbong dalam masyarakat Terengganu pada tahun 1920-an. Yang mena
memfokuskan kepada pemberontakan 1928 yang ditinjau dari aspek
agama. Selain itu juga, pengkaji turut membincangkan berkenaan faktor
yang mencetuskan kebangkitan perjuangan menentang penjajahan Barat
serta kesannya kepada masyarakat tani serta ulama Haji Abdul Rahman
Limbong dalam perjuangan beliau menuntut kemerdekaan Terengganu.
Abdullah Zakaria Ghazali (2007M) dalam artikelnya Sejarah
Malaysia: Sorotan Masa lalu, ikhtibar hari ini dan Akan Datang
menyatakan berkenaan sejarah perjuangan masyarakat Melayu berjuang
menentang penjajahan Barat. Antara lain, dalam artikel ini, pengkaji juga
turut mengetengahkan beberapa tokoh pejuang Melayu dan ulama yang
terlibat langsung dalam gerakan menuntut kemerdekaan. Penglibatan
ulama ini dapat dilihat pada beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah
Melayu seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan beberapa
negeri lagi di Semenanjung Tanah Melayu. Penglibatan ulama dalam
menyebarkan dakwah melalui media massa serta karya juga adalah
merupakan bentuk penentangan yang paling berkesan dalam melahirkan
semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat seterusnya melahirkan
perasaan untuk berjuang menuntut kemerdekaan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 215

Dalam satu kajian lain, Mohd. Samsudin (t.th) dalam artikelnya yang
bertajuk Perjuangan Tok Janggut: satu realiti kepada kebangkitan
nasionalisme, pula menyatakan mengenai sumbangan tokoh ulama
Kelantan iaitu Tok Kenali dalam membangkitkan semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat Kelantan untuk berjuang menuntut kemerdekaan.
Dalam artikel ini juga, pengkaji turut menyatakan beberapa sumbangan
yang lain yang dilahirkan oleh ulama Tok Janggut dalam usaha untuk
memberi kesedaran akan kepentingan berpegang teguh kepada ajaran
Islam dan kebergantungan kepada Maha Pencipta. Sementara itu, Abdul
Matin Abdul Rahim (1999M) dalam karya yang bertajuk Ustaz Abu Bakar
Al-Baqir dan sumbangannya dalam bidang pendidikan, politik dan sosio-
ekonomi pula membicarakan mengenai sumbangan ulama dalam menuntut
kemerdekaan melalui bidang pendidikan, politik dan sosio-ekonomi.
Dalam karya ini juga, pengkaji turut mengetengahkan sumbangan ulama
tersebut dalam meneruskan dakwah serta membangkitkan semangat
nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu untuk berjuang
menuntut kemerdekaan.
Jamdin Buyong (2000M) dalam artikelnya yang berjudul Perjuangan
Kemerdekaan di Sabah: Satu Kesinambungan Cetusan Kebangkitan Islam
yang diterbitkan dalam Kertas Kerja: Seminar Penghayatan &
Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia. Dalam kajian ini, Jamdin
menerangkan secara khusus berkaitan dengan perjuangan orang Melayu
Sabah dalam menuntut kemerdekaan, antara lain elemen ini adalah hasil
daripada kesinambungan cetusan kebangkitan Islam pada masa itu.
Kebangkitan Islam di sabah juga merupakan salah satu daripada usaha
para ulama dalam membangkitkan semangat perjuangan menuntu
kemerdekaan Malaysia. Manakala Abdullah Zakaria (2000M) menerusi
artikelnya yang bertajuk Darah, Keringat, dan airmata: menjejaki dan
menghayati perjuangan pribumi menentang penjajah. Dalam artikel ini
membincangkan berkaitan dengan semangat perjuangan oleh masyarakat
peribumi dalam menentang penjajahan kuasa asing. Sementara itu, artikel
ini juga turut membincangkan tentang usaha para ulama dalam
menyebarkan serta membangkitkan elemen Islam dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan Malaysia.
Berdasarkan kepada pengkajian-pengkajian lepas, penulis
berpendapat bahawa kajian tersebut masih tidak menjawab persoalan yang
216 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

telah ditimbulkan oleh penyelidik mengenai ulama dalam perjuangan


kemerdekaan Malaysia. Walaupun ada sebahagian kajian yang lepas
berkaitan dengan peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan, namun ia
hanyalah melibatkan sebuah negeri sahaja, dan sebahagian negeri yang
mana ia tidak menyeluruh. Oleh itu, kajian perlu melakukan untuk
mendapatkan gambaran yang jelas mengenai peranan ulama dalam
menuntut kemerdekaan Malaysia. Di antara sebab yang diambil kira ialah:

a. Kebanyakan penulisan yang membicarakan mengenai ulama dalam


menuntut kemerdekaan Malaysia dinyatakan secara umum. Hal ini
kelihatan lebih ketara ketika membicarakan mengenai peranan ulama
yang berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia.
b. Penulis ingin mengetahui apakah bentuk penentangan ulama dan
sumbangan ulama dalam menyumbang kepada kemerdekaan
Malaysia.
c. Masih terdapat kekurangan dari segi penulisan berkenaan dengan
peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan Malaysia yang ditulis
melalui kronologi sejarah, menyebabkan penulisan berkenaan ulama
dalam menuntut kemerdekaan kurang diketengahkan.

KESIMPULAN

Nasionalisme sebagai produk entiti politik negara-bangsa selalu dijadikan


ukuran kesetiaan seorang warganegara terhadap negara sekali gus
bangsanya. Umpama minyak yang menjadi bahan bakar kenderaan
bermotor, nasionalisme pun diyakini menjadi tulang belakang ideologi
negara-bangsa untuk menjamin kewujudannya. Penglibatan dan peranan
besar yang dimainkan oleh para ulama sangat penting dalam menuntut
kemerdekaan Malaysia. Ulama semenjak itu telah mendapat tempat dan
mempunyai taraf sosial yang istimewa Mereka ini bukan sahaja dipandang
tinggi oleh masyarakat malah turut sama dihormati oleh para pemerintah.
Penglibatan mereka dalam bidang pentadbiran membolehkan
perkembangan pendidikan Islam dilaksanakan dengan lebih lancar dan
tersusun. Rentetan dari kesedaran masyarakat, peranan para ulama dan
sokongan pemerintah, sebuah masyarakat yang mahukan Islam sebagai
landasan dan cara hidup dapat diwujudkan. Kelahiran ulama di tengah-
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 217

tengah masyarakat berjaya mengembangkan bidang keilmuan Islam


sepanjang abad ke-19 Masihi dan abad ke-20 Masihi. Sejajar dengan
kehendak Islam yang menginginkan umatnya mendalami dan
memperkembangkan apa jua bidang ilmu dan seterusnya menimbulkan
kesedaran untuk menentang penjajahan untuk mencapai kemerdekaan.

PENGIKTIRAFAN

Penulisan ini sebahagian daripada penyelidikan yang ditaja oleh


Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Skim Geran Penyelidikan
Fundamental FRGS/1/2016/SS106/UKM/02/1.

RUJUKAN

Abdullah Zakaria Ghazali. 2000. Darah, Keringat dan Airmata; Mengkaji


dan Menghayati Perjuangan Pribumi Menentang Penjajah. Dlm.
Kertas Kerja: Seminar Penghayatan & Pengukuhan Kemerdekaan
Malaysia. Hlm. 68-102. Kuala Lumpur: Arkib Negera Malaysia.
Abdullah zakaria Ghazali. 1984. Kebangkitan anti-british di semenanjung
Tanah Melayu. Dlm khoo kay kim (pnyt.). Sejarah Masyarakat
Melayu moden. Hlm. 1-12. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium
Malaysia
Abdullah Zakaria Ghazali. 2000. Kebangkitan Terengganu: Gerakan
menentang British 1922- 1928. Kuala Terengganu: Perbadanan
perpustakaan awam Terengganu
Abdullah Zakaria Ghazali. 2003. Agama, politik dan protes di Tanah
Melayu. Malaysia dari segi sejarah. Bil. 31, hlm: 127-143.
Abdullah Zakaria Ghazali. 2007. Islam dan Anti Penjajahan di Malaysia
Kurun ke-19. Dlm. Farid mat zain (pnyt.), Islam di Tanah Melayu
abad ke-19. Shah alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Abdul Aziz Mat Ton. 1984. Persekolahan Melayu 1945-1948: Satu
Manifestasi Semangat Perjuangan Melayu. Dlm. Khoo Kay Kim
(pnyt.). Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Hlm. 230-249. Kuala
Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
218 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Abdul Halim Ahmad. 1982. Pendidikan Islam di Kelantan. Dlm. Khoo


Kay Kim (pnyt.). Beberapa Aspek Warisan Kelantan, hlm. 1-27. Kota
Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Abdul Latif Abu Bakar. 1984. Akhbar, Desentralisasi dan Persatuan
Negeri Melayu. Dlm. Khoo Kay Kim (pnyt.). Sejarah Masyarakat
Melayu Moden. Hlm. 130-160. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium
Malaysia.
Abdul Latiff Abu Bakar. 2000. Peranan akhbar dan wartawan dalam
pejuangan dan pengisian kemerdekaan Malaysia. Dlm. Seminar
Penghayatan dan Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia: Vol.2 (19):
13
Abdul Rahman Abdullah. 1994. Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia
1511-1950: Pengaruh Agama dan Tarikat. Kuala Lumpur: Penerbitan
Kintan sdn. Bhd.
Alias Mohamed. 1984. Gerakan Sosial & Politik Kelantan. Kuala Lumpur:
Insular Publishing House Sdn. Bhd.
AlEdrus, Syed Muhammad Dawilah & Nik Haslinda Nik Hussin. 2007.
Syeikh Abdullah Fahim: Tokoh Intelek Melayu dan Pejuang
Kemerdekaan. Batu Pahat: Penerbit Universiti Tun Hussien Onn.
Amnah Saayah Ismail. 2005. Ulama dan Perkembangan Ilmu di Tanah
Melayu Pada Abad ke-19 Masihi. Disertasi Sarjana. Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asiah Ali. 2002. Peranan Ulama' Dalam Bidang Pendidikan Islam Di
Negeri Kelantan: Suatu Kajian Khusus Di Antara Tahun 1940 Hingga
1990. Jurnal Tasawwur Islam. Jil. 5(1), hlm. 1-10.
A. Samad Ismail. 2004. Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan
Darah Dalam Api. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Basiyah Basirah & Ishak Saat. 2015. Ulama & Politik Kedah 1842-1960.
Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Buyong Adil. 1983. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan
abad 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Burhanuddin Abdullah. 2009. Pemerintah dan Ulama dalam Menghadapi
Ancaman Kuasa Asing di Terengganu: Dari Tahun 1888 Hingga 1948.
Tesis Doktor Falsafah. Bangi: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 219

Cheah Boon Kheng. 2006. To’ Janggut: Legends, Histories, and


Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan. Singapore: Singapore
University Press.
Hasini Bakir. 1992. Peranan ulama dalam konteks sejarah perkembangan
agama Islam di Sarawak sebelum merdeka kajian khusus di
Kuching. Desertasi Sarjana. Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin,
Akademi Islam, Universiti Malaya.
Ishak Saat. 2011. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Ismail Yusoff. 1997. Politik dan Agama di Sabah. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. 2013. Reaksi Pemerintah Dan
Penduduk Terhadap Pentadbiran British Di Terengganu, 1919-1928.
Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti
Malaya.
Jamdin Buyong. 2000. Perjuangan Kemerdekaan di Sabah: Satu
Kesinambungan Cetusan Kebangkitan Islam. Dlm. Kertas Kerja:
Seminar Penghayatan & Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia. Hlm.
59-67. Kuala Lumpur: Arkib Negera Malaysia.
Khong Kim Hoong. 1984. Merdeka: British Rule and The Struggle for
Independence in Malaya, 1984-1957. Petaling Jaya: Institute for
Sosial Analysis (INSAN).
Md. Salleh Md. Gaus. 1984. Politik Melayu Pulau Pinang 1945-1957.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Muhammad Abu Bakar. 1991. Ulama Terengganu: suatu Sorotan. Kuala
Terengganu: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Samsudin (t.th). Perjuangan Tok Janggut: satu realiti kepada
kebangkitan nasionalisme. Kuala Lumpur: Arkib Negera Malaysia.
Mohd. Isa Othman. 1999. Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah
Malaysia pada Abad ke-19 dan Awal Abad ke-20. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2003. Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan
Gema Jihad di Bumi Serambi Mekah. Dlm. Ramlah Adam (pnyt.).
Pejuang-pejuang Kemerdekaan. Hlm. 221-230. Melaka: Institut
Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.
220 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Nik Mohamed Nik Mohd. Salleh. 1986. Tentangan Orang-orang Melayu


Kelantan Terhadap Malayan Union. Dlm. Nik Mohamed Nik Mohd.
Salleh (pnyt.). Warisan Kelantan V. Kota Bharu: Perbadanan Muzium
Negeri Kelantan.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2003. Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan
Gema Jihad di Bumi Serambi Mekah. Dlm. Ramlah Adam (pnyt.).
Pejuang-pejuang Kemerdekaan. Hlm. 221-230. Melaka: Institut
Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.
Nor Asikin Harun. 2008. Peranan dan Sumbangan Ulama’ di dalam
Perjuangan Kemerdekaan Malaysia: Satu Kajian Terhadap
Penglibatan Ulama’ di Perak. Desertasi Sarjana. Kuala Lumpur:
Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya.
Noor Salwani Hussin. 2000. Perkembangan politik Islam di Malaysia
sebelum kemerdekaan (1945-1957): tumpuan kepada kepada faktor-
faktor luar yang mempengaruhi perkembangan tersebut. Disertasi
Sarjana. Kuala Lumpur: Jabatan Siasah Syar'iyyah, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Nurulakmar Ibrahim. 2000. Perkembangan politik Islam di Malaysia:
tumpuan kepada pengaruh Abdul Rahman Limbong dalam
Pemberontakan Tani 1928. Desertasi Sarjana. Kuala Lumpur: Jabatan
Siasah Syar'iyyah, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya.
Rahmat Saripan. 2003. Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
1920-an: Perjuangan Menentang Penjajah British. Dlm. Ramlah
Adam (pnyt.). Pejuang-pejuang Kemerdekaan. Hlm. 233-244.
Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.
Riduan Mohamad Nor & Mohd Fadli Ghani. 2007. Ulama’ Dalam
Sorotan Perjuangan Kemerdekaan. Batu Caves: MHI Publication.
Roff, W.R. 1974. The Origin and Early Year of The Majlis Ugama. Dlm.
R. Roff, William. (pnyt.) Kelantan Religion, Society and Politics in a
Malay State. hlm. 101-152. London: Oxford University Press.
Roff, W. R. 1994. Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur : Oxford
University Press.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 221

Sabanu Endut. 1991. Sultan Zainal Abidin III: Perkembangan Islam dan
Kesan dalam Pemerintahan Baginda di Terengganu 1881-1918.
Latihan Ilmiah. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Shukri Ahmad. 2011. Pengaruh Pemikiran Ulama di Semenanjung
Malaysia Akhir Abad ke-20. Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.
Stockwell, A.J. 1979. British Policy and Malay Politics during the
Malayan Union experiment 1942-1948. Kuala Lumpur: Council of
the MBRAS.
Timah Hamzah. 1991. Ulama dan kebangkitan anti-British: pembabitan
Haji Abdul Rahman Limbong. Kuala Lumpur: Utusan Publications
dan Jawatankuasa Koleksi Terengganu.
Timah Hamzah. 1981. Pemberontakan tani 1928 di Trengganu satu kajian
ketokohan dan kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zulkifli Mohd Noor. 1998. Malayan Union dan Sikap Orang-orang
Melayu, khasnya orang-orang Melayu Kelantan. Dlm. Nik Mohamed
Nik Mohd. Salleh (pnyt.). Warisan Kelantan XVII. Hlm. 54-79. Kota
Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
222 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Campur Tangan British serta Sumbangan


Ulama dalam Perjuangan
Kemerdekaan di Johor
HANIF MD LATEH @ JUNID

ABSTRAK

Kajian ini menelusuri sejarah campur tangan di Johor secara umum


semenjak 1800 hingga 1957. Tujuannya adalah untuk melihat latar sejarah
Johor dan meneroka peranan golongan ulama. Penerokaan ini bertitik
tolak dari kajian terdahulu yang cuma memberi fokus pada peranan
golongan kesultanan, elit, ulama dalam pendidikan dan sebagainya.
Walaupun topik kajian terdahulu menyentuh tentang peranan ulama, akan
tetapi penerokaan khusus dalam aspek campur tangan dan kemerdekaan
tidak disebut secara khusus. Justeru, penerokaan umum yang ditonjolkan
menerusi kajian ini dapat menjadi pentas untuk membuat penelitian
dengan lebih mendalam tentang ulama dan kemerdekaan di Johor. Kajian
ini bersifat kualititatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Data
dikumpul menerusi dokumen sumber primer yang terdiri dari rekod arkib.
Kajian ini dilaporkan secara induktif dengan mengambil kira kronologi
peristiwa tersebut. Kajian mendapati ulama terlibat bersama kerajaan
Johor dalam memberi reaksi atas dasar perundangan. Seterusnya, dalam
sistem sosial masyarakat, aspek keagamaan menjadi faktor pemangkin
kewujudan kegiatan berpersatuan serta penentangan menerusi kekerasan
dalam mendepani cabaran campur tangan di Johor. Selanjutnya, ulama
mempunyai peranan tersendiri demi menjayakan sambutan kemerdekaan
dalam negeri Johor antara 30 Ogos hingga 12 September 1957.
Persembahan data ini menujukan keperluan kajian mendalam dibuat
terhadap ulama dan kemerdekaan di Johor berdasarkan sumber primer
serta mengelakkan kebergantungan pada sumber sekunder semata-mata.
Kebergantungan yang wajar dielakkan khusus untuk peristiwa berkait
dengan penentangan kekerasan yang melibatkan unsur persilatan dan
tasawwuf.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 223

PENGENALAN

“There are no people in the world more loyal than the Malays at the
present time” (Parlimen United Kingdom 1923, Hansard House of
Commons, Admiralty Office 19 July 1923) adalah transkrip ungkapan
yang dibuat ketika membicarakan tentang Melayu di Parlimen United
Kingdom. Kesetiaan dan ketaatan dalam konteks Kerajaan Johor perlu
dilihat dari perspektif berbeza berbanding kerajaan lain di Tanah Melayu.
Perspektif berbeza diperlukan kerana dua faktor iaitu British tidak
ditentang dalam bentuk peperangan di Johor, kedua hubungan baik antara
Johor dan British. Sejarah Tanah Melayu mencatatkan penentangan
terhadap British mula berlaku di Seberang Prai (Sultan Abdullah Kedah
1786) berikutan pendudukan British di Pulau Pinang. Seterusnya,
peperangan 1831 di Naning antara Penghulu Dol Said dan British. Selain
itu, penentangan lain yang kerap disemat dalam sejarah perjuangan
menentang British adalah Perak (1874), Sungai Ujong (1874), Klang
(1875), Sri Menanti (1875), Lubuk Terua (1894), Pasir Puteh (1915) dan
Terengganu (1922-1928). Tokoh-tokoh yang sering dikaitkan pula adalah
seperti Maharaja Lela, Pandak Indut, Dato’ Bandar Abdullah Tunggal,
Raja Mahdi, Tunku Antah, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Tok
Kenali dan Tokku Paloh (Anon 2007, Penjajahan British dan perjuangan
kemerdekaan. Berita Harian 15 Ogos: 5). Pertelingkahan di negeri Perak,
Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor akhirnya membawa pada
penubuhan Federated Malay States (Khoo, K.K 2016) yang dikuasai
British melalui residen sekali gus mengatasi kuasa pemerintah sedia ada
(Gillen, M. R. 1994: 5).
Sebaliknya, dalam konteks Johor tidak ada peperangan yang
dilancarkan bertujuan menentang British, walaupun Johor didekati
semenjak awal abad ke 19M. British yang membuka penempatan di
kepulauan Singapura pada 1819 telah mula mempunyai hubungan politik
dengan Johor. Sejarah juga menunjukkan ada campur tangan daripada
pihak British dalam konflik keluarga sultan-temenggung di Johor misalnya.
Bagaimanapun, tiada rekod yang menunjukkan Johor memberi reaksi
dalam bentuk peperangan.
224 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

JOHOR 1800-1957

Perbincangan hubungan Johor-British bermula selepas berlaku pecah


kuasa antara Tengku Hussain dan Tengku Abdul Rahman (Johor dan Riau
Lingga). Pengakhiran konflik pelantikan pengganti kesultanan
menyaksikan lantikan Sultan Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura
telah dibuat pada 6 Februari 1819. Lantikan ini dibuat di Singapura dan
disokong British (Shaharom Hussain 1995 : 55-61). Pemecahan kuasa
antara Sultan Hussain (Johor) dan adindanya Sultan Abdul Rahman (Riau-
Lingga) merupakan permulaan kepada kemasukan pengaruh British ke
atas Singapura dan Johor yang berada di bawah Sultan Hussain.
Permulaan pengaruh, penguasaan dan kemasukan British ke Singapura
boleh dibuktikan melalui perjanjian antara British dengan Sultan Hussain
dan Temenggung Abdul Rahman. Perjanjian pertama antara Johor (Sultan
Hussain dan Temenggung Abdul Rahman) dan British ditandatangan pada
6 Februari 1819 bersamaan 11 Rabi’ul Akhir 1834 (C.0 273/17). Sebelum
perjanjian ini, pihak British terlebih dahulu telah membuat perjanjian
persefahaman dengan Temenggung Abdul Rahman. Perjanjian
persefahaman antara British dengan Temenggung Abdul Rahman
dimeterai pada 30 Januari 1819 iaitu enam hari sebelum perjanjian 6
Februari 1819. Perjanjian 30 Januari 1819 antara British dengan
Temenggung Abdul Rahman yang disifatkan sebagai penguasa di
Singapura adalah bertujuan untuk membenarkan pembukaan kilang di
Singapura oleh pihak British (C.0 273/17).
Pembukaan penempatan di Singapura oleh British kemudiannya
dikukuhkan melalui perjanjian yang dibuat pada 2 Ogos 1824. Perjanjian 2
Ogos 1824 (C.0 273/17) adalah titik tolak pada pemisahan kuasa di
Singapura. Singapura sebelum ini boleh difahami sebagai tanah yang
ditadbir secara bersama oleh British dan Johor (Sultan Hussain dan
Temenggung Abdul Rahman). Bagaimanapun, selepas perjanjian 1824
melalui perkara ke-2 menetapkan:

Their Highness the Sultan Hussain Mahomed Shah and Datu Tumungong Abdul Rahman
Sri Maharaja hereby cede in full sovereignty and property to the Honorouble the English
East India Company, their heirs and successors for ever, the Island of Singapore situated
in the Straits of Malacca, together with the adjacent seas, straits and islets to the extent
of ten geographical miles, from the coast of the side main Island in Singapore.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 225

Perjanjian 2 Ogos 1824 turut menyenaraikan hal berikut:

a. Bayaran sebanyak Spanish Dollar $33,200 (satu kali) dan bayaran


bulanan sebanyak $1,300 bagi Sultan Hussain. Bagi Temenggung
Abdul Rahman sebanyak $26,800 dan bulanan $700. Bayaran
bulanan adalah seumur hidup.
b. Sultan dan Temenggung berhak untuk tinggal dan menjalankan
perdagangan.
c. Perjanjian setia tidak boleh dibuat dengan mana-mana kerajaan asing.

Jika dilihat pula pada kedudukan sultan dan temenggung selepas dari
bertapaknya British di Singapura, dapat diperhatikan bahawa temenggung
lebih mendapat tempat dan perhatian oleh pihak British. Hal ini dapat
dilihat melalui peristiwa kematian Sultan Hussain pada 5 September 1835,
takhta Kerajaan Johor jika menurut jurai keturunan sepatutnya diwarisi
Tengku Ali (Buyong Adil 1971: 210; Mardiana Nordin 2008: 38; Winstedt,
R.O. 1992: 101). Disebabkan umur Tengku Ali yang baru berusia 11 tahun,
pihak British bersikap endah tidak endah terhadap keluarga sultan tersebut.
Sedangkan Temenggung Daing Ibrahim yang menjadi pengganti selepas
kematian Temenggung Abdul Rahman pada 8 Disember 1825 diberi
perhatian dalam soal pentadbiran oleh pihak British. Salah satu faktor
British memberi perhatian terhadap keluarga temenggung adalah kerana
tradisi Melayu yang menganggap bahawa temenggung merupakan
pentadbir Johor dan Singapura seperti mana yang diamalkan dalam
Kerajaan Johor-Riau sebelum ini (Mardiana Nordin 2008: 72-75). Oleh itu,
keluarga sultan pada awal abad ke 19M di Johor bukan keutamaan yang
diberikan perhatian oleh pihak British. Tidak keterlaluan jika dianggap
sokongan British terhadap pelantikan Sultan Hussain sebagai sultan Johor
adalah simbol sebagai ketua kerajaan semata-mata. Dari kaca mata
masyarakat Johor dan British, temenggung adalah pentadbir kerajaan.
Hubungan Johor dengan British dalam era Temenggung Daing
Ibrahim boleh ditafsirkan sebagai hubungan yang positif. Keadaan ini
dapat dilihat menerusi kecenderungan British dalam memberikan
sokongan terhadap keluarga temenggung. Antara bentuk sokongan adalah
dalam konteks perhatian British yang diberikan terhadap temenggung
dalam soal pentadbiran. Contohnya, British menerima bantuan dan
226 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

mengiktiraf usaha Temenggung Daing Ibrahim dalam membantu


menghapuskan kegiatan lanun di perairan Johor dan Singapura.
Sebaliknya, keluarga sultan kurang mendapat perhatian oleh pihak British
berbanding temenggung. Tengku Ali, umpamanya pada tahun 1846 pernah
membuat bantahan terhadap British tentang penerimaan hasil cukai
Kerajaan Johor dan tuntutan supaya dilantik sebagai Sultan Johor.
Bagaimanapun bantahan dan tuntutan Tengku Ali kepada pihak British
tidak mendapat layanan sewajarnya (Buyong Adil 1980: 216-219).
Perbezaan layanan menunjukkan bahawa keluarga temenggung lebih
mendapat perhatian dan sekali gus mempunyai hubungan akrab dengan
pimpinan British.
Keadaan ini berterusan apabila British menyokong perjanjian antara
Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim pada Mac 1855. Isi utama perjanjian
ini adalah berkenaan penyerahan seluruh wilayah Johor kepada keluarga
Temenggung Ibrahim. Penyerahan ini bagaimanapun mengecualikan
wilayah Kesang (yang terletak antara Sungai Kesang dan Sungai Muar)
(C.O 273, Treaty of Friendship and Alliance Between His Highness Sultan
Ally Askander Shah bin Sultan Hussain Mahomed Shah and His Highness
Datu Tumungong Daing Ibrahim bin Abdul Ruhman Sri Maharajah).
Perjanjian ini berhasil melalui bantuan, sokongan dan desakan British.
Kejayaan perjanjian ini dimeterai menunjukkan British menyokong
Temenggung Ibrahim sehingga membolehkan perpindahan kekuasaan
pemerintahan Johor kepada Temenggung Ibrahim. Malah, pemindahan
yang berlaku bukan sahaja dari aspek kuasa politik tetapi turut
memindahkan hasil ekonomi Johor pada keluarga Temenggung Ibrahim.
Kematian Temenggung Daing Ibrahim telah mengangkat Temenggung
Abu Bakar sebagai pengganti pada tahun 1862.
Semasa era pemerintahan Abu Bakar, hubungan dengan British juga
bermula dalam keadaan yang positif. Antara contoh proses pembinaan
hubungan dengan British dalam era Sultan Abu Bakar boleh dilihat
melalui lawatan-lawatan Sultan Abu Bakar ke England. Hubungan baik
Sultan Abu Bakar diterjemahkan daripada kekerapan lawatan ke England.
Lawatan ke luar negara pada dasarnya bertujuan membina jaringan
diplomatik, mengambil iktibar pemerintahan, urusan rasmi kerajaan dan
sebagainya. Johor dalam bentuk lawatan ke luar negara telah mencatat
rekod kerana Abu Bakar adalah sultan pertama dari Tanah Melayu yang
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 227

membuat lawatan ke England pada tahun 1866. Rekod-rekod


keberangkatan lawatan Sultan Abu Bakar ke London bagi bertemu Raja
British iaitu Queen Victoria dan Putera Mahkota (Prince of Wales) pada
22 Mac 1866 hingga November 1866. Pada 1875, baginda berangkat ke
Calcutta menghadiri adat istiadat keberangkatan Prince of Wales,
sekaligus dianugerahkan bintang kebesaran. Seterusnya kali kedua ke
London pada 19 Jun 1878 (S.94, Surat Titah Perintah DYMM Mahajara
Johor 12 Jamdil Awwa; 1295(1878)), Sultan Abu Bakar turut
mengunjungi beberapa tempat di benua Eropah. Pada Mei 1885, Sultan
Abu Bakar diiringi Ungku Muhammad Khalid, Dato’ Seri Amar Diraja
Abdul Rahman bin Andak dan Dato’ Seri Setia Diraja Abdullah bin Tahir
telah tiba di London bagi tujuan perundingan. Dalam tahun 1890, Sultan
Abu Bakar sekali lagi berangkat ke England (J/MB 2, Buku Peringatan
Dato’ Menteri Johor 1888-1894, No 15; S.141, Surat DYMM Sultan Abu
Bakar kepada Engku Haji Mohammad 14 Ogos 1889), dan disusuli putera
baginda iaitu Tengku Ibrahim. Seterusnya pada 23 Februari 1893, Sultan
Abu Bakar berangkat ke Eropah. Perjalanan ini menyaksikan beliau telah
singgah di Switzerland, Jerman, Itali, Austria dan Turki (Salinan Surat
Dato’ Menteri, No 367 (No 1-439) 1886-1891, ANJ.). Keberangkatan
baginda ke Turki menyaksikan penganugerahan bintang kebesaran oleh
Sultan Abdul Hamid. Akhirnya pada 18 April 1895, sekali lagi Sultan Abu
Bakar berangkat ke Perancis, Paris dan London. Keberangkatan ini
merupakan perjalanan terakhir baginda Sultan Abu Bakar yang
kemudiannya mangkat di London pada 4 Jun 1895 (Mohd Said Sulaiman
1919).
Melalui kenyataan lawatan-lawatan yang dibuat oleh Sultan Abu
Bakar, dapat dilihat dalam tempoh 10 tahun terakhir sebelum penggubalan
UTKJ, Sultan Abu Bakar lebih kerap melawat ke luar negara terutamanya
Eropah. Lawatan tersebut majoritinya atas tujuan diplomatik, bertemu
pemerintah-pemerintah kerajaan lain. Secara khususnya, hubungan Johor
dan British dalam bentuk lawatan Sultan Abu Bakar ke England telah
menyebabkan Johor diiktiraf sebagai sebuah kerajaan berdaulat sekali gus
mengiktiraf kedudukan Abu Bakar sebagai Sultan Johor. Ini dibuktikan
melalui perjanjian 1885 (J/Raja 9, Surat Ungku Majid kepada Govenor
Weld 12 Disember 1885) yang mengangkat jalinan hubungan Johor dan
228 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

British sebagai hubungan persahabatan. Perjanjian ini terhasil melalui


lawatan Abu Bakar ke England pada Mei 1885.
Selain dari lawatan, bentuk hubungan lain adalah seperti kewujudan
pegawai berbangsa Inggeris dalam pentadbiran Johor. Antaranya adalah
James Meldrum (Johore Arsenal), Richard Boultbee (Ketua Jurutera),
William Napier (Penasihat Undang-undang) dan sebagainya. Begitu juga
dengan penubuhan Johore Advisory Board di London pada 1886.
Polisi Johor semasa awal pentadbiran Abu Bakar sehingga tahun
1880 adalah merujuk sepenuhnya terhadap British melalui wakilnya di
Tanah Melayu iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat. Abu Bakar membuat
rujukan pada pihak British kerana kedudukannya sebagai kuasa besar yang
mencengkam negeri Melayu. Kenyataan British mempunyai kuasa
cengkaman adalah kerana dalam era ini tiada sebuah kerajaan Melayu di
Tanah Melayu yang boleh menandingi kekuatan British. Kelemahan
kerajaan Melayu boleh dilihat melalui perjanjian India Timur Inggeris
Belanda pada 1824 yang mana memperlihatkan British dan Belanda
dengan sewenangnya telah mengasingkan kawasan antara Selat Melaka.
Kedudukan British sebagai kuasa besar telah menyebabkan Johor akur dan
memerlukan pengesahan dan keizinan British sebelum membuat tindakan.
Oleh itu, setiap keputusan utama kerajaan yang dibuat Kerajaan Johor
sebelum tahun 1800 akan mendapat kebenaran atau sekurang-kurangnya
sokongan British.
Antara contoh rujukan Johor terhadap British adalah mengenai
gelaran maharaja yang mula digunakan oleh Abu Bakar pada tahun 1868.
Penggunaan gelaran maharaja bermula dengan permintaan terhadap
Gabenor Negeri Selat. Gelaran ini secara rasmi hanya digunakan setelah
mendapat persetujuan gabenor iaitu Sir Harry Ord. Selain membuat
permintaan pada pihak British untuk menggunakan gelaran maharaja, Abu
Bakar turut mengirim satu ekspedisi ke Riau turut dibuat bagi
mendapatkan pandangan serta persetujuan menggunakan gelaran tersebut.
Proses penggunaan gelaran maharaja menunjukkan Abu Bakar tidak
meminta keizinan, sebaliknya baginda ingin digelar sebagai maharaja
secara rasmi dan sekali gus menguar-uarkan penggunaan gelaran tersebut.
Persoalannya, jika permintaan Abu Bakar untuk menggunakan gelaran
maharaja tidak diterima oleh pihak British dan Riau, adakah Abu Bakar
masih lagi akan menggunakannya?
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 229

Gelaran Maharaja mula digunakan Abu Bakar pada tahun 1868 iaitu
kira-kira enam tahun selepas menjadi penguasa di Johor. Bukankah proses
penggunaan gelaran maharaja oleh Abu Bakar menunjukkan beliau
memang telah berkeinginan untuk diiktiraf sebagai satu-satunya
pemerintah Johor. Selain daripada Johor, Pahang terlebih dahulu telah
mengisytiharkan keturunan keluarga Bendahara Tun Ali sebagai
pemerintah tunggal di Pahang pada 1853. Pada masa ini, Johor dalam
proses mengorak langkah untuk menjadi pemerintah tunggal di Johor.
Hasrat dan usaha mengepalai Johor telah dijelmakan melalui perjanjian
Johor 1855. Proses ini berterusan sehingga tahun 1868, apabila Abu Bakar
telah bersedia untuk menjadi pemerintah yang diakui memerintah Johor
seperti yang berlaku di Pahang.
Bagaimanapun, penggunaan gelaran maharaja untuk memenuhi hasrat
sebagai pemerintah tunggal di Johor tidak boleh berlaku tanpa persetujuan
daripada dua kerajaan utama iaitu British (J/Raja 9 Letter Book of H. H.
The Maharajah of Johore 1855-1868, Abu Bakar kepada Gavernor S.S, No
289- 30 Jun 1868, Approval to adopt the title of Maharajah of Johore,
ANJ) dan Riau-Lingga. Persetujuan daripada British dan Riau-Lingga
bukan sahaja penting bagi Abu Bakar untuk menjadi pemerintah tunggal,
akan tetapi dapat menjamin sokongan British dan Riau-Lingga terhadap
kepimpinan Johor di bawah maharaja. Sokongan daripada British dan
Riau-Lingga akan menidakkan keperluan meminta persetujuan daripada
kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Persetujuan ini tidak diperlukan kerana
pemerintahan kerajaan di Tanah Melayu diatasi oleh kuasa British atau
Riau Lingga. Begitu juga dengan hal-hal lain seperti konflik di Pahang
pada zaman Temenggung Ibrahim dan juga pergeseran Temenggung
Ibrahim-Abu Bakar dengan keturunan Sultan Hussain-Sultan Ali di Muar
dan Kesang. Kesemua kes ini menunjukkan bahawa Johor merujuk pada
British dalam hal ehwal dalaman dan luaran terutamanya bertujuan untuk
mendapat keizinan atau sokongan. Rujukan terhadap British adalah
disebabkan kuasa British yang dominan di Tanah Melayu.
Walaupun begitu, hubungan Johor dan British berlangsung baik tanpa
pergeseran yang ketara seperti berlaku di negeri Melayu Bersekutu yang
membawa kepada pengenalan sistem residen di negeri tersebut.
Pergeseran kecil Johor-British berlaku di sekitar isu sempadan (perairan),
penduduk berbangsa Cina, kewarganegaraan, pelaksanaan hukuman
230 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

terhadap warganegara Singapura, isu pusat pentadbiran Johor di Telok


Belanga dan sebagainya (Fawzi Basri & Hasrom Haron 1978: 45-48).
Tetapi, semuanya diselesaikan melalui perbincangan sama ada berpihak
kepada British atau Kerajaan Johor.
Oleh itu, bentuk hubungan Johor dengan British bermula sebagai
hubungan kerajaan kecil dengan kuasa besar (1824-1855), kemudian
diikuti dengan corak rujukan dan bantu membantu (1856-1880). Keadaan
ini wujud kerana tidak ada unsur untuk menjajah secara terang-terangan
yang dilakukan oleh pihak British selain daripada pembukaan penempatan
di Singapura pada 1819. Oleh itu, tiada juga penentangan di pihak Johor
terhadap British. Keadaan ini juga telah melahirkan hubungan dalam
rangka positif antara Johor dengan British.
Usaha campur tangan ke atas Johor secara rasmi dan menyeluruh
bermula dengan cadangan Gabenor Robinson pada 1879 untuk
memasukkan residen ke dalam pentadbiran Johor bagi tujuan membantu
kemajuan Johor. Cadangan kali kedua dibuat pada tahun 1884, apabila
Gabenor Weld telah menghantar laporan ke Pejabat Tanah Jajahan di
London dan mengesyorkan supaya Johor diletakkan di bawah pengawasan
British secara formal. Cadangan ini dibuat kerana dalam laporan tersebut
menunjukkan bahawa Johor mengalami kepincangan pentadbiran di
bawah Abu Bakar (Rahimah Abdul Aziz 2000: 50-51).
Proses campur tangan ke atas kerajaan Johor berterusan selepas
kemangkatan Sultan Abu Bakar. British mula berusaha untuk mencari
alasan sewajarnya bagi memasuki Johor secara sah sebagaimana berlaku
kepada negeri-negeri Melayu. Kerajaan British dalam tahun 1903 telah
meminta laporan tentang pentadbiran Johor, bagaimanapun laporan
tersebut tidak menunjukkan lompang untuk mencampuri pentadbiran
Johor secara rasmi (Rahimah Abdul Aziz 2000: 50-51). Fawzi Basri pula
semasa memetik tulisan Thio dan Sinclair telah memperincikan proses
Inggeris bertapak dalam kerajaan melalui tiga cara iaitu menyekat Johor
menerima nasihat dari Johore Advisory Board, landasan keretapi dan
penyingkiran Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dari jawatan
kerajaan (Fawzi Basri & Hasrom Haron 1978: 61).
Johore Advisory Board yang berpangkalan di London ditubuhkan
pada tahun 1886 semasa era pemerintahan Sultan Abu Bakar. Pihak
British pada dasarnya tidak begitu bersetuju dengan kewujudan badan ini
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 231

kerana ahlinya terdiri dari bekas pegawai Inggeris yang berpengalaman


dalam pentadbiran di Tanah Melayu. Walaupun begitu, Rahimah dalam
kajian beliau berpandangan Johore Advisory Board dalam masa yang
sama turut digunakan oleh Pejabat Tanah Jajahan untuk mengawasi gerak
geri Sultan Ibrahim (Rahimah Abdul Aziz 2000: 81). Badan ini
bagaimanapun telah dimansuhkan pada tahun 1907 kerana dua faktor.
Pertama, perletakan jawatan lima orang ahlinya pada tahun 1905 berikutan
dengan teguran dan pemotongan bajet badan tersebut oleh kerajaan Johor
melalui Dato’ Seri Amar Diraja (C.O 273/313, Abdul Rahman to C.C
Smith 10 Okt 1905). Kedua, Pejabat Tanah Jajahan di London tidak
mengiktiraf ahli-ahli baru yang ingin dilantik pada tahun 1907.
Seterusnya, proses penaklukan British diteruskan dengan
penyingkiran Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak.
Penyingkiran ini dibuat melalui desakan John Anderson (Gabenor Negeri
Selat) dalam bulan Januari 1907. Proses ini akhirnya diperakui sultan dan
Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman dipersarakan melalui titah baginda
pada 10 September 1907 (Rahimah Abdul Aziz 2000: 81; Fawzi Basri &
Hasrom Haron 1978: 67-68). Kemudiannya, Dato’ Abdul Rahman
berpindah ke England bersama isteri beliau. Rentetan peristiwa ini,
seorang pegawai British dilantik bagi menggantikan Abdul Rahman
Andak iaitu Douglas G. Campbell (A. Rahman Tang Abdullah 2014: 169-
170).
Kemasukan Douglas G. Campbell selaku Penasihat Am pada awalnya
mempunyai sekatan tertentu bagi membatasi kuasa British. Langkah-
langkah adalah seperti meletakkan kedudukan di bawah Menteri Besar,
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, nasihat tidak
semestinya diterima dan sebagainya. Campbell dianggap sebagai pinjaman
untuk berkhidmat dengan kerajaan, hal ini boleh dilihat melalui rekod M.
Said “General Advisor dengan makna orang pinjaman kepada kerajaan
Johor ialah gaji dan belanjanya dibayar oleh Johor serta diberi rumah
tempat kediaman”. Bagaimanapun, pada 12 Mei 1914, ‘General Advisor’
telah berubah kedudukannya menjadi “seorang pegawai khas kepada
Kerajaan Inggeris diletakkan bekerja di Johor, nasihatnya hendaklah
dipinta dan diikut terkecuali dalam hal adat Melayu dan agama” (A.
Rahman Tang Abdullah 2014: 285). Selepas tarikh 12 Mei 1914, secara
rasminya British telah campur tangan secara formal di Johor.
232 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Pelantikan Penasihat Am di Johor seperti mana sistem residen dalam


negeri Melayu bersekutu telah menjadikan Johor dijajah hampir
sepenuhnya. Penjajahan berlaku dalam banyak perkara termasuk
pentadbiran dan kewangan. Bahkan, di peringkat jajahan dan daerah turut
mengetepikan pegawai Melayu sedia ada dari sudut kuasa. Pada tahun
1916, dilaporkan seramai 26 orang pegawai British berkhidmat dalam
perkhidmatan awam di Johor (Rahimah Abdul Aziz 2000: 84). Sebagai
contoh, dalam bidang kuasa pentadbiran, kuasa Penasihat Am telah
mengatasi kuasa setiausaha kerajaan Johor pada masa tersebut.
Kedudukan Johor di bawah tadbiran dan cengkaman pegawai British
berterusan sehinggalah tahun 1941 iaitu tarikh kemasukan Jepun “Nippon”
ke Tanah Melayu. Pada tarikh 31 Januari 1942, kesemua pegawai British
telah berundur ke Singapura dan meletupkan Tambak Johor (A. Rahman
Tang Abdullah 2014: 359). Pada 15 Februari 1942, berkuburnya
pertahanan British di Singapura merupakan titik permulaan campur tangan
berbentuk kolektif di Tanah Melayu oleh Jepun. Selepas Jepun berundur,
pihak Bintang Tiga pula merencana proses untuk menduduki Tanah
Melayu. Selanjutnya berlaku penentangan di serata Tanah Melayu
termasuk Johor. Keadaan Tanah Melayu diteruskan dengan usaha
penubuhan Malayan Union oleh pihak British. Tentangan yang dibuat
menerusi UMNO khususnya, membawa pada Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948. Selanjutnya, rundingan demi rundingan yang melibat
banyak pihak termasuk idea pilihanraya, National Convention, Kongres
Melayu dan rundingan London membawa pada kemerdekaan. Ulasan
selepas era Jepun pada pandangan penulis ada bersifat nasional dan tidak
membawa gerakan kenegerian. Walaupun begitu, penubuhan UMNO,
gerakan berpersatuan di Johor dan Sultan Ibrahim sebagai ketua tidak
rasmi Raja-raja Melayu yang berkait secara langsung dengan Johor perlu
diberi perhatian khusus sekiranya membincangkan tentang kemerdekaan
dari sumber Johor.
Sebagai kesimpulan, Johor merupakan adalah kerajaan yang
berkompromi dan tidak melakukan penentangan langsung menerusi
senjata terhadap campur tangan British. Hal berkaitan cubaan campur
tangan dihadapi menerusi rundingan dan bukan kekerasan. Rundingan
demi rundingan yang dilakukan semenjak 1800 menunjukkan proses
tersebut berjalan di samping pengawalan lebih awal menerusi penggubalan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 233

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895. Justeru,


perbincangan lanjutan mengenai kemerdekaan di Johor akan dilihat dari
perspektif berbeza berbanding kerajaan lain di Tanah Melayu.

ULAMA DAN KEMERDEKAAN DALAM PERSPEKTIF JOHOR

Seperti mana yang disebutkan sebelum ini, keadaan di Johor tidak seperti
mana sebahagian kerajaan lain di Tanah Melayu. Keadaan yang
dimaksudkan ini adalah bentuk respons yang diberikan terhadap siri
campur tangan di dalam Kerajaan Johor. Bentuk respons yang diberikan
oleh Kerajaan Johor boleh dibahagikan:

a. Perundangan
b. Persatuan
c. Penentangan

a. Perundangan

Usaha campur tangan British ke Johor boleh dilihat jelas menerusi usaha
Robinson dan Weld pada tahun 1879 serta 1884. Kedua-dua usaha ini
dibendung melalui penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
1312 (1895). Melalui pengamatan sejarah di Johor, usaha Weld dan
kejadian di negeri-negeri Melayu menyebabkan UTKJ memperuntukkan:
Raja itu tiada sekali-kali boleh menyerahkan atau berbuat sebarang
perjanjian atau ikhtiar hendak menyerahkan akan negeri atau sesuatu
bahagian daripada negeri dan Kerajaan Johor itu kepada sebarang kerajaan
atau kuasa bangsa Eropah atau sebarang lain kerajaan atau bangsa sama
ada oleh kerana pada fikirannya susah atau keberatan padanya menjadi
raja atau oleh kerana tiada suka dia memerintah atau oleh kerana hendak
mendapat mengambil dan menerima sebarang bayaran atau pencen
daripada bangsa atau kerajaan lain dan demikian juga ada larangan dan
tegahan ini terletak dan terhukum di atas segala dan tiap-tiap seorang
daripada waris dan kerabat raja.
Maka jikalau dilalui atau dicuba lalui larangan dan tegahan ini jika
raja sendiri disifatkanlah dia berdosa memecahkan amanah yang
diletakkan Tuhan atasnya dan demikian tiada diwajibkan rakyat negeri
234 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

melanjutkan setia lagi padanya dan jika kerabat raja derhaka ia kepada raja
dan kerajaan dan demikian bolehlah dihukumkan dengan sebarang
hukuman yang ditimbangkan patut.
Menteri-menteri dan jemaah pengakuan kerajaan tiada juga boleh
sekali-kali berikhtiar atau berbuat sebarang perjanjian dengan sebarang
kuasa atau kerajaan Eropah atau lainnya dengan maksud hendak
menyerahkan negeri dan Kerajaan Johor. Maka jikalau dilanggar atau
dicubanya hendak melanggar akan larangan dan tegahan ini terjatuhlah ia
pada hukuman orang yang derhaka kepada raja dan kerajaan dan bolehlah
dihukumkan sekalian yang berdosa itu dengan hukuman yang berpadan
dengan dosanya (Fasal 15-16, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
1312 (1895) berserta tambahan 1914, hlm. 8-9.).
Kedua-dua peruntukan ini dengan jelas merupakan sekatan terhadap
raja atau menteri untuk membuat perjanjian menyerahkan Johor. Pihak
ketiga yang disebutkan dengan jelas dalam peruntukan tersebut adalah
kerajaan Eropah. Kerajaan Eropah yang giat melakukan penjajahan di
Tanah Melayu melalui cara memeterai perjanjian tidak lain tidak bukan
adalah British. Secara tersirat, fokus utama peruntukan ini adalah bagi
menghalang British melakukan penjajahan ke atas Johor. Kedua-dua fasal
ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menghalang usaha
penjajahan yang giat berlaku di Tanah Melayu oleh British (Hanif Md
Lateh @ Junid et al. 2014: 62.). 19 tahun selepas penggubalan UTKJ,
secara rasmi penasihat British mengambil tempat dalam Kerajaan Johor.
Johor adalah antara negeri Melayu terakhir bertahan daripada menerima
penasihat British, sedangkan pada tahun 1914 hampir keseluruhan Tanah
Melayu telah dikuasai pihak British atau Siam melainkan Terengganu
(Fawzi Basri & Hasrom Haron 1978: 208; Abdullah Zakaria Ghazali 2009:
297). Turnbull, C.M turut menyatakan:

Abu Bakar bequeathed a new type of state, with defined territorial frontiers, a written
constitution, and a bureaucracy modernised to a degree on western lines, but both he in
his successor aimed to keep the British Agent for which the 1885 treaty made provision
(Turnbull, C.M. 2009: 242).

Fasal-fasal yang terlibat dalam UTKJ bukannya usaha Sultan Abu


Bakar berseorangan. Tetapi, usaha tersebut dibuat secara bersama badan
pentadbir kerajaan di Johor. Antaranya adalah menerusi penglibatan Mufti
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 235

Kerajaan Johor sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Johor. Selaras dengan


bidang kuasa Ahli Mesyuarat Kerajaan untuk membincangkan dan
menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Justeru, dari sudut
menghalang campur tangan berlaku di Johor, secara tidak langsung ulama
diberi tempat dan ruang membuat sumbangan dari aspek perundangan.
Berikut merupakan antara ulama atau agamawan yang memegang jawatan
pentadbiran dan dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan:

a. Dato’ Syed Salim bin Ahmad al-Attas (Mufti Kerajaan Johor 1895-
1899) (UTKJ 1895; Fail Tokoh Johor, ANJ)
b. Dato’ Haji Abdul Rahman (Dato’ dan Kadi) (UTKJ 1895)
c. Dato’ Haji Abdullah bin Musa (1899-1907) (Fail Tokoh Johor, ANJ)
d. Dato’ Syed Abdul Kadir bin Muhsin al-Attas (1907-1933) Dilantik
menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan pada 1909 (Fail Tokoh Johor, ANJ)

Penglibatan Mufti Kerajaan dan Kadi sebagai Ahli Mesyuarat


Kerajaan menunjukkan peranan dalam proses penggubalan dan
penambahan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. UTKJ pada
awalnya merupakan antara penghalang untuk meneruskan usaha campur
tangan British semenjak 1884. Walaupun campur tangan rasmi bermula
pada 1914, usaha menghalang campur tangan tersebut menerusi UTKJ
terus berlaku. Contohnya dalam tambahan UTKJ tahun 1908, ahli
mesyuarat kerajaan yang bukan rakyat Johor boleh dimasukkan sebagai
‘ahli tambahan’ (UTKJ, Tamabahan 1908 22 April). Keputusan ini
merujuk pada usaha penasihat British yang dipinjamkan dan dibiayai oleh
Kerajaan Johor. Tambahan UTKJ ini menunjukkan usaha berterusan ke
arah menghadkan kuasa untuk campur tangan tersebut. Hal ini dapat
dibuktikan menerusi satu klausa yang membolehkan ahli dilantik menerusi
perkenan Sultan Johor (UTKJ, Tambahan 1912 17 September).

b. Persatuan

Johor dalam rakaman rekod arkib menunjukkan tidak kurang dari seratus
buah persatuan berdaftar selepas era Bintang Tiga dan Malayan Union
(Daftar Pertubuhan 1949, ANJ). Kesedaran ini menurut pandangan Mohd
Akbal Abdullah (2003) tercetus atas faktor perkembangan sosial, ekonomi
236 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

dan kebangkitan politik Melayu. Antara faktor yang lebih khusus adalah
berkait dengan dasar dekolonialisasi British, semangat kenegaraan Jepun,
penguasaan Bintang Tiga dan komunis serta masalah sosial masyarakat
Melayu. Rekod 1949 yang dijadualkan dalam kajian Mohd Akbal (2003)
menunjukkan sejumlah 197 pertubuhan didaftarkan. Melalui keseluruhan
yang didaftarkan, terdapatkan sebahagiannya memberi intipati pada
perjuangan kemerdekaan atau pendidikan yang berasaskan agama Islam
serta ditadbir oleh golongan agamawan. Antaranya adalah Kesatuan
Melayu Johor, Lembaga Kesatuan Melayu dan Parti Nasionalis Melayu.
Kesemua persatuan ini mempunyai orientasi dalam bidang politik atau
pendidikan agama. Justeru, penubuhan persatuan yang mempunyai
orientasi sebegini tidak dapat dinafikan dengan penglibatan golongan
agama.

c. Penentangan

Sejarah Johor dalam respons terhadap usaha campur tangan British


sebagaimana dijelaskan terdahulu menunjukkan penentangan bersenjata
tidak dilakukan. Bagaimanapun, penentangan yang berlaku dalam bentuk
bersenjata turut berlaku di Johor semasa dan selepas era pendudukan
Jepun. Antaranya penentangan yang dipelopori gerakan berkait dengan
tasawuf atau persilatan Melayu. Gerakan ini dipelopori oleh golongan
agamawan yang berada di Johor. Antaranya adalah Kiai Haji Ahmad Shah
yang merupakan Kadi di Mersing. Selepas karier beliau sebagai kadi,
kegiatan mengajar ilmu persilatan ketika negara di ambang kemerdekaan.
Cogan kata ilmu persilatan yang diajarkan beliau adalah Silat-Satu kali
tumbuk mati (Siti Maimon Md Sirat et al 2018). Walaupun belum
menemukan sebarang rekod penentangan langsung dengan pihak luar,
tetapi usaha ini adalah antara langkah yang dilakukan ke arah
kemerdekaan dan menunjukkan berlakunya persiapan dalam kalangan
penduduk Melayu pada masa tersebut menerusi bimbingan agamawan atau
ulama.
Selain Kiai Haji Ahmad, gerakan penentangan Bintang Tiga yang
berlaku di Batu Pahat sangat masyhur dalam sejarah tempatan khususnya
di Johor. Penentangan yang dipelopori oleh Kiai Haji Salleh Abdul Karim.
Penentangan ini memberi kesan besar buat Bintang Tiga di samping
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 237

memberikan kesan terhadap masyarakat di Batu Pahat. Selain dari timbul


semangat mempertahankan agama Islam, dampak terhadap kesepaduan
sosial antara kaum di Malaysia turut diberi perhatian. Gerakan Kiai Haji
Salleh yang disebut sebagai Panglima Salleh Selempang Merah dalam
novel Zaharah (1991) berpusat di Batu Pahat. Ketika itu, Pegawai Daerah
Batu Pahat adalah Dato’ Onn bin Jaafar yang bergerak ke arah
pembangunan Melayu menerusi UMNO. Antara sentimen yang
menimbulkan penentangan terhadap Bintang Tiga di Batu Pahat adalah
kerana larangan terhadap orang Melayu untuk berkumpul di masjid
walaupun untuk beribadah (Mohamed Ali & Mohammad Redzuan 2017).
Gerakan ini antaranya mengakibatkan kematian sejumlah ahli Bintang
Tiga. Gerakan ini selanjutnya berhenti membuat serangan ke atas Bintang
Tiga atas permintaan Dato’ Onn di samping British telah kembali ke
Tanah Melayu (Sharifah Najihah 1989).
Secara umum, British tidak ditentang secara langsung oleh orang
Melayu atau penduduk Tanah Melayu di Johor menerusi cara kekerasan.
Bagaimanapun, usaha penaklukan oleh pihak Jepun dan seterusnya
Bintang Tiga menyuntik semangat nasionalisme dalam kalangan orang
Melayu. Suntikan ini ditambah dengan tekad memelihara kesucian agama
sebagai matlamat utama di samping mengelakkan kolonialisasi langsung
dari pihak kedua. Kedudukan ini menyebabkan berlakunya penentangan
secara langsung dan digerakkan agamawan di dalam Johor. Oleh itu, kes-
kes penentangan secara kekerasan turut berlaku dalam Johor walaupun
secara selektif.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN PENGLIBATAN


AGAMAWAN

Sambutan kemerdekaan di Johor pada tahun 1957 boleh diakses secara


lengkap menerusi minit mesyuarat berkaitan. Minit mesyuarat tersebut
merangkumi peringkat daerah dan juga negeri. Laporan akhir sambutan
tersebut dikemukakan pada 28 Mac 1958. Laporan ini menunjukkan acara
sambutan dijalankan di semua daerah dalam negeri Johor. Upacara
pengisytiharan kemerdekaan terlebih dahulu dijalankan di Supreme Court
Padang. Slot pengisytiharan kemerdekaan turut di isi bacaan doa oleh
Timbalan Mufti iaitu Tuan Haji Abdul Jalil Hassan (Tan Sri Dr.).
238 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Bagaimanapun, pada sambutan 7 hingga 9 September, tiada upacara


khusus berkaitan keagamaan yang dijalankan. Antaranya seperti tarian
tradisional Melayu, wayang Cina, persembahan India, teater, bunga api,
sukan dan sebagainya. Upacara yang hampir sama dijalankan di lapan
daerah melalui tarikh yang ditetapkan:

1. Johore Bahru 7 September 1957


2. Muar 10 September 1957
3. Segamat 11 September 1957
4. Kota Tinggi 10 September 1957
5. Kluang 11 September 1957
6. Mersing 12 September 1957
7. Pontian 12 September 1957
8. Batu Pahat 12 September 1957

Upacara yang berkait dengan peranan agamawan selain dari bacaan


doa di Supreme Court Padang adalah upacara keagamaan yang perlu
dijalankan daripada 31 Ogos sehingga 3 4 September 1957.
Bagaimanapun, upacara ini tidak dinyatakan secara khusus. Selanjutnya,
semua masjid dikirimkan doa yang dicetak dan diminta untuk
membacanya selepas solat Jumaat pada 30 Ogos 1957. Masjid daerah
diminta dibacakan oleh Tuan Kadi Daerah dan bagi masjid Jamek yang
lain akan dibacakan oleh Imam Masjid tersebut. Sementara bagi surat pula,
diminta membaca antara 30 Ogos hingga 1 September 1957 usai solat
waktu (S.S.J 81/57 Part 1-20).
Acara sambutan kemerdekaan diadakan dalam negeri Johor besar-
besaran. Walaupun kebanyakan acaranya tidak melibatkan peranan
agamawan, akan tetapi telah ditetapkan doa khusus di samping waktunya
sebagai satu arahan ke seluruh kerajaan negeri. Hal ini menjadi sandaran
bahawa agamawan berperanan untuk menjayakan sambutan kemerdekaan
di negeri Johor dalam tahun 1957.

KESIMPULAN

Sejarah penentangan di Johor jika hanya difokuskan dalam bentuk


peperangan dan kekerasan tidak akan berjaya digarap dengan baik.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 239

Keadaan ini berpunca dari strategi dan reaksi di Johor yang berbeza
dengan keadaan yang dilakukan oleh pembesar dan ulama dari kerajaan
Melayu lain. Reaksi yang berbeza tidak menjadikan kayu ukur pada
kurangnya usaha campur tangan dalam pentadbiran Johor yang bermula
lebih awal berbanding sesetengah kerajaan Melayu lain. Rantaian umum
menunjukkan bahawa ulama semenjak Johor Riau seperti Raja Ali Haji,
seterusnya pentadbir dan pendidik agama Islam sentiasa berusaha ke arah
menangkis cubaan campur tangan. Terdapat tiga aspek yang disebut dalam
kajian ini iaitu perundangan, persatuan dan penentangan. Ketiga-tiga ini
hanyalah sebagai rintis dalam meneroka penglibatan golongan ulama.
Sebaliknya, masih terdapat aspek lain yang belum disentuh dan berkait
dengan ulama dan kemerdekaan. Oleh itu, peranan ulama dalam rekasi ke
atas campur tangan dan sekaligus kemerdekaan sememangnya berlaku dan
memerlukan penekanan serta kajian lanjutan yang lebih mendalam untuk
menjelaskannya.

RUJUKAN

A. Rahman Tang Abdullah. 2007. Interpreting Abu Bakar, The Ruler of


Johor (1862-1895): The Reconstruction of Selected Issues. Tesis
Ph.D, School of African and Oriental Studies, University of London.
A. Rahman Tang Abdullah. 2014. Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum
Ibrahim Sultan Johor: Pensejarahan dan Transliterasi. Johor Bahru:
Yayasan Warisan Johor.
Abdullah Zakaria Ghazali. 2009. Politik Melayu sebelum dan selepas
penjajahan British. Dlm. Kaseh Abu Bakar, Ermy Azziaty Rozali,
Ezad Azraai Jamsari, Hakim Zainal, Izziah Suryani Arshad @ Mat
Resad, Maheram Ahmad, Md. Nor Abdullah, Salmah Ahmad, Zamri
Arifin & Zulkarnain Mohamed (pnyt.), Peradaban Arab-Islam dan
Masyarakat Melayu, hlm. 297-330. Bangi: Jabatan Pengajian Arab
dan Tamadun Islam, UKM.
Anon 2007, Penjajahan British dan perjuangan kemerdekaan. Berita
Harian 15 Ogos: 5.
Buyong Adil. 1971. Sejarah Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
C.0 273/17 Correct Copies of Our Treaties With Johore.
240 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

C.0 273/17, A Treaty of Friendship and Alliance between the Honourable


The English East India Company and Their Highnesses The Sultan
and Tumonggong of Johore.
C.O 273, Treaty of Friendship and Alliance Between His Highness Sultan
Ally Askander Shah bin Sultan Hussain Mahomed Shah and His
Highness Datu Tumungong Daing Ibrahim bin Abdul Ruhman Sri
Maharajah.
C.O 273/313, Abdul Rahman to C.C Smith 10 Okt 1905.
Daftar Pertubuhan 1949, Arkib Negara Johor.
Gillen, M. R. 1994. The Malay rulers’ lost of immunity. Occasional Paper,
Faculty of Law, University of Victoria, Canada.
Goverment Gazette, Government of Johore. 1 Februari 1949, Arkib
Negara Malaysia Cawangan Johor.
Hanif Md Lateh, Izziah Suryani Arshad @ Mat Resad & Ahmad Saiful
Abdul Manaf 2014. Peranan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
1312 (1895) terhadap sosio-politik kerajaan Johor. Jurnal al-Sirat,
Jun(14): 60-67.
J/MB 2, Buku Peringatan Dato’ Menteri Johor 1888-1894, No 15.
J/Raja 9 Letter Book of H. H. The Maharajah of Johore 1855-1868,
Ibrahim kepada Gabenor S.S, No 21- 7 Oktober 1856, No 33- 15
Disember 1856.
J/Raja 9, Letter Book of H. H. The Maharajah of Johore 1855-1868, Abu
Bakar kepada Governor S.S, No 289- 30 Jun 1868, Approval to adopt
the title of Maharajah of Johore, ANJ.
J/Raja 9, Surat Ungku Majid kepada Govenor Weld 12 Disember 1885.
Lihat juga Ungku Majid kepada Govenor Weld, 8 Februari 1886.
M. Said Sulaiman. 1925. Treaties and Agreements Affecting the State and
Territory of Johore. Johore: The Government Printing Office Johore.
Mardiana Nordin. 2008. Politik Kerajaan Johor 1718-1862. Johor Bahru:
Yayasan Warisan Johor.
Mohamed Ali Haniffa & Mohammad Redzuan Othman. 2017. Pergaduhan
kaum di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun hingga darurat
diisytiharkan. Sejarah: Journal of The Department of History 20(20):
97-123.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 241

Mohd Akbal Abdullah. 2003. Kelab-kelab Melayu di Johor: Amalan dan


kecenderungan masyarakat Melayu pra-merdeka berpersatuan. Kertas
Kerja Seminar Za’ba Mengenai Alam Melayu (Nilai-nilai Peradaban
Islam) 12-14 Ogos.
Mohd Said Sulaiman. 1919. Hikayat Johor dan al-Marhum Sultan Abu
Bakar. Singapura: Sidang Methodist.
Muhammad Said. 1941. Buku Teriti Johor dengan Pertambahannya.
Johor Bahru: Lembaga Malaya Press.
Parlimen United Kingdom. 1923. Hansard House of Commons, Admiralty
Office 19 July 1923.
S.141, Surat DYMM Sultan Abu Bakar kepada Engku Haji Mohammad
14 Ogos 1889.
S.94, Surat Titah Perintah DYMM Maharaja Johor 12 Jamadil Awwal
1295(1878).
Salinan Surat Dato’ Menteri, No 367 (No 1-439) 1886-1891, ANJ.
Siti Maimon Md Sirat, Farahwahida Mohd Yusof, Kassim Thukiman &
Saleha Sacckani. 2018. Kiai Haji Ahmad Shah: Peranannya dalam
memantapkan perkembangan Islam di Johor. Sains Humanika 10(1):
11-15.
Shaharom Hussain. 1995. Sejarah Johor Kaitannya dengan Negeri
Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sharifah Najihah Sayed Alwi. 1989. Sejarah Pontian (1835-1957). Tesis
Sarjana. Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
S.S.J 81/57 Part 1-20, Arkib Negara Johor.
Turnbull, C.M. 2009, British colonialism and the making of the modern
Johor monarchy, Indonesia and The Malay World 37(109): 242.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor berserta tambahan sehingga 1914,
Arkib Negara Malaysia.
Winstedt, R.O. 1992. A History Of Johore (1365-1895). Ulang Cetak.
Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society.
Zaharah Nawawi. 1991. Panglima Salleh Selempang Merah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
242 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

LAMPIRAN

A: Doa Edaran ke Seluruh Masjid dan Surau di Johor


Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 243

B: Doa Merdeka

Sumber: Fail S.S.J 81/57 Part 12.


.
244 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Faktor Peranan Burhanuddin al-Helmi dalam


Perjuangan Kemerdekaan
FARID MAT ZIN & MUHAMMAD IQBAL HAQ IBRAHIM

PENGENALAN

Sesungguhnya, nikmat kemerdekaan yang dikecapi masyarakat glokal kini


merupakan hasil daripada perit jerih generasi tedahulu. Hal ini demikian
kerana pandangan mereka yang berjuang ketika itu adalah demi
kelangsungan hidup generasi berikutnya. Para pejuang ketika itu
berpandangan jauh supaya generasi mereka akan datang dapat merasai
nikmat keamanan daripada segala ancaman akibat daripada penjarahan
dan penjajahan yang telah generasi mereka lalui ketika itu. Lantran itu,
perjuangan para generasi terdahulu mestilah generasi kini mensyukuri dan
menghargai apa-apa yang telah generasi terdahulu lakukan dalam usaha
memerdekakan tanah air daripada terus dicengkam dengan penjajahan.
Penjajahan merupakan frasa terbitan daripada perkataan ‘jajah’.
Menurut Kamus Dewan (2005), jajah membawa erti takluk dan perintah.
Dalam konotasi ini, dapatlah diperjelaskan secara tuntas bahawasanya
penjajahan ini membawa makna kepada penaklukan yang dilakukan suatu
organisasi yang kuat ke sesebuah kawasan serta memerintah kawasan
tersebut demi sesebuah kepentingan yang diidami.
Demikian juga dengan perkataan penjarahan yang membawa ertinya
tersendiri. Jika diamati perkataan penjarahan ini merupakan kata terbitan
daripada perkataan jarah. Oleh hal yang demikian, menurut Kamus Dewan
(2005), perkataan jarah boleh didefinisikan sebagai merebut dan
merampas. Dalam konteks perbincangan tuntas ini, perkataan penjarahan
ini boleh diberikan makna sebagai suatu tindakan merebut dan merampas
hak milik orang lain demi kepentingan yang diingini. Kefahaman
msyarakat awam berkaitan penjarahan ini, kebiasaanya berlaku semasa
peperangan berlaku. Oleh itu, secara holistiknya, perkataan penjajahan dan
penjarahan ini merujuk kepada kekuasaan, cengkaman oleh sesebuah
organisasi yang kuat terhadap sesebuah kawasan serta masyarakat di
kawasan tersebut demi sesebuah kepentingan yang boleh dimanafaatkan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 245

dan dimonopolikan terhadap kawasan yang telah menjadi bawah naungan


mereka tersebut. Lantaran itu, kedua-dua perkataan ini membawa erti yang
serta memberikan suatu tanggapan sama ada positif mahupun negatif.
Penjajahan dan penjarahan ini sebenarnya boleh dilihat dari pelbagai
sudut dan aspek. Antara dimensi yang boleh dilihat serta difahami
masyarakat glokal dan glonal menerusi konotasi dua perkataan ini ialah
berdasarkan penjajahan dan penjarahan secara hakiki dan maknawi.
Misalan yang boleh diberikan kepada kedua-dua perkataan ini ialah
kepada kenegaraan, kebangsaan, keagamaan, pemikiran dan
keintelektualan serta lain-lainnya lagi.
Seterusnya, dalam perbincangan tuntas berkaitan dengan
kemerdekaan ini, suatu perkara mustahak yang perlu dilihat secara teliti
adalah dengan memahami perkataan ‘merdeka’ itu sendiri. Oleh itu,
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), merdeka membawa erti
bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan sebagainya. Adapun
juga, makna merdeka ini adalah idak bergantung kepada yang lain, berdiri
sendiri seperti mana Malaysia jinni negara yang ‘merdeka’ dan berdaulat.
Lantaran daripada itu, perkataan merdeka membawa kepada kata terbitan
‘kemerdekaan’. Kemerdekaan merujuk kepada keadaan merdeka atau
bebas, atau kata lainnnya ialah kebebasan. Sebagai contohnya,
Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan sekitar 31 Ogos
1957. Oleh yang demikian, setelah memahami beberapa epistemologi
perkataan yang berkaitan dengan perbincangan tuntas pada kali ini,
barulah perbincangan tuntas berkaitan Dr Burhanuddin al-Helmi ini
menjadi lebih komprehensif.
Gerakan dan usaha ke arah kemerdekaan dalam kalangan orang
Melayu turut dikenali juga sebagai gerakan nasionalisme Melayu. Oleh
yang demikian, gerakan nasionalisme Melayu dalam bentuknya yang
moden muncul sekitar 1930-an dan mencapai klimaksnya selepas Perang
Dunia Kedua. Pada dasarnya, gerakan sebegini pada asasnya adalah
sebahagian daripada kebangkitan antikolonial Asia, iaitu gerakan demi
membebaskan diri daripada cengkaman penjajah dan seterusnya untuk
mewujudkan sebuah negara yang merdeka dan membangun (Mohamed
Salleh Lamry: 2009).
Menurut Mohamed Salleh (2009), di Malaysia (Malaya ketika itu),
Parti Komunis Malaya (PKM) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
246 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

merupakan dua organisasi politik yang terawal muncul. Pada dasarnya,


PKM yang penubuhannya dipengaruhi oleh perkembangan politik di
China iaitu berkiblatkan ideologi Marxis-Leninis, manakala KMM pula
dilihat penubuhan organisasi ini banyak dipengaruhi oleh perkembangan
politik di sebelah rumpun Melayu lain, Indonesia, berlandaskan fahaman
nasionalisme Melayu yang lebih luas.
Selanjutnya, PKM terus wujud setelah Perang Dunia Kedua, tetapi
KMM pula hanya wujud sehingga zaman Jepun. Kemudian, usai Perang
Dunia Kedua, muncullah pula sebuah organisasi politik Melayu yang baru
demi meneruskan perjuangan KMM, iaitu Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) (Mohamed Salleh: 2009). Setelah munculnya PKMM
ini, diikuti pula penubuhan beberapa buah organisasi ang bersekutu atau
bergabung dengannya, persis Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan
Wanita Sedar (AWAS) dan Baarisan Tani Malaya (BATAS). Tidak lama
kemudian, API diharamkan sekitar 1974, muncul pula organisasi pemuda
yang baharu, iaitu Pembela Tanah Air Malaya (PETA). Dalam satu
peringkat, organisasi-organisasi Melayu berjuang bermaudukkan
menentang gagasan Malayan Union (MU), sekitar tahun 1947.
Selanjutnya, wujud pula sebilangan organisasi yang mana telah bergabung
dan mewujudkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). Dalam perjuangan
tersebut, PUTERA telah bekerjasama dengan gabungan organisasi bukan
Melayu yang dikenali sebagai All Malaya Council of Joint Action
(AMCJA).
Rentetan daripada itu, gerakan kemerdekaan Tanah Melayu
sebenarnya boleh dikaji dan difahami menerusi beberapa orang tokoh
yang penting. Kepentingan mereka ini bukan sahaja oleh kerana mereka
ini memimpin parti politik yang tertentu dan terkenal, tetapi juga kerana
mereka mempunyai ideologi yang sangat berbeza antara satu sama lain.
Pendekatan yang bervariasi kepada satu ideologi yang sama juga kadang-
kadang membezakan mereka (Ramah Adam: 2003). Kehadiran tokoh-
tokoh seperti ini kadangkala mempengaruhi corak dan arah perjalanan
politik negara dan bagsa ketika itu. keupayaan, kejayaan dan kegagalan
mereka menjadi rencah dan asam garam gelombang gerakan politik negara
dan masyarakat ketika itu.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 247

BIOGRAFI IKHTISAR DR BURHANUDDIN AL-HELMI

Salah seorang individu penting dalam lipatan sejarah di Malaysia, turut


hebat dalam usaha memperperjuangkan kemerdekaan adalah Dr
Burhanuddin al-Helmi. Nama sebenar Dr Buhanuddin al-Helmi ialah
Burhanuddin bin Haji Mohamad Noor. Kelahiran Dr Burhanuddin adalah
hasil daripada perkongsian hidup antara Haji Mohd Noor dan
pasangannya, merupakan isteri serta bidadari dunianya iaitu Sharifah
Zahrah binti Habib Osman. Dr Burhanuddin al-Helmi dilahirkan pada
petang hari sekitar tanggal 29 November 1911 (Ramlah Adam: 2003).
Menurut Suzy Aziziyana dan Khairulnizam (2013), Dr Burhanuddin al-
Helmi telah pulang menemui penciptanya sekitar tanggal 25 Oktober
1969. Beliau dilahirkan di sebuah kawasan luar bandar iaitu, Kampung
Cangkat Tualang, yang terletak dalam mukim Kota Bharu, daerah Taiping,
Perak. Beliau dilahirkan dengan sempurna dan sihat oleh bondanya tanpa
komplikasi yang negatif.
Ayahanda Dr Burhanuddin al-Helmi bernama Haji Mohamad Noor.
Haji Mohd Noor ini merupakan perantau dari Batu Sangkar, daerah Tanah
Datar, Minangkabau, Sumatera. Beliau bermigrasi ke Tanah Melayu
sekitar tahun 1908, dalam perjalanan pulang dari Mekah, Arab Saudi
(Ramlah Adam: 2003). Beliau telah menetap di Mekah beberapa tahun
demi mempelajari al-Quran serta menekuni hokum-hukum Islam serta
menunaikan haji. Tambahan pula, beliau ke Mekah kerana ingi
mengelakkan diri daripada tekanan penjajahan Belanda yang mengenakan
cukai kepala dan buruh paksa kepada pemuda-pemuda glokal ketika itu.
Kedatangan beliau ke Perak juga adalah untuk mengelakkan tekanan
politik Belanda terhadap dirinya. Dikatakan ketika beliau tiba di Kampung
Cangkat Tualang, usia beliau sekitar 18 tahun. Beliau juga merupakan
seorang alim dan juga ahli tasawuf (Kamarudin: 1979).
Seterusnya, bonda kesayangan Dr Burhanuddin al-Helmi pula
bernama Sharifah Zahrah binti Habib Osman. Beliau ini dinyatakan
mempunyai darah berketurunan Arab yang berhijrah ke Perak dari Melaka
(Ramlah Adam: 2003). Migrasinya beliau ke Perak ini adalah semata-mata
ingin mencari rezeki serta tempat tinggal yang lebih tenteram. Pernikahan
beliau bersama dengan Haji Mohamad Noor diuruskan oeleh keluarga,
sebagaimana kebiasaan anak-anak muda masyarakat Melayu ketika itu.
248 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Dengan mempunyai darah campuan ini telah menjadikan Dr Burhanuddin


sangat istimewa kerana dalam diri beliau tercantum daripada dua bangsa
yang menghasilkan seorang insan yang segak, berwibawa dan tajam
kognitifnya. Dinyatakan bahawasanya beliau ini berketurunan
Minangkabau-Arab. Beliau merupakan generasi pertama daripada
ayahandanya dan generasi kedua daripada kedua bondanya yang lahir di
Semenanjung Tanah Melayu ketika itu. Beliau juga merupakan daripada
keluarga ternama di kampung tersebut.
Dr Buranuddin al-Helmi menerima pendidikan awal di Sekolah
Melayu di Behrang Ulu, kemudiannya di Bakap sehingga Darjah Tiga.
Kemudian, beliau melanjutkan perekolahan beliau di Kota Bahru (Perak)
(Kamarudin: 1979). Selepas itu, sekitar tahun 1924, setelah tamat Sekolah
Melayu, beliau dihantar pula ke Padang Panjang, Sumatera dalam
mendalami pendidikan agama Islam. Dikatakan bahawasanya beliau
belajar di institusi tersebut selama dua tahun. Di institusi, beliau dididik
dan dipengaruhi oleh guru-guru dan ajaran-ajaran gerakan Kaum Muda.
Setelah cukup tempoh dua tahun berkelana, beliau pulang ke pangkuan
keluarga kemudian ayahanda beliau menghantar beliau pula ke sekolah
pondok di Pulau Pisang, Jtra, namun, tidak lama kerana didapati di
institusi tersebut kaedah pengajaran, tenaga pengajar dan sukatan
pelajaran institusi tersebut sama ada terlalu rendah atau tidak sesuai
dengan beliau. Oleh yang demikian, ayahanda beliau telah memasukkan
beliau ke Madrasah al-Mashor al-Islamiah di Kepala Batas, Pulau Pinang
sekitar tahun 1927. Di institusi ini, beliau berjaya menguasai bahasa Arab
dalam masa yang singkat.
Selepas itu, Dr Burhanuddin al-Helmi mengembara ke India sekitar
tahun 1928 demi melanjutkan pelajaran. Menurut Kamarudin (1979), di
India, beliau memperoleh pengalaman yang berharga dengan mengikuti
pergerakan Mahatma Ghandi dan sempat berkenalan dengan Mohd Ali
Jinnah, Pandit Nehru serta pemimpin-pemimpin kemedekaan India yang
lain. Di samping itu juga, beliau sempat melawat Palestin dan
berkesempatan menyertai gerakan Arab serta menentang Deklarasi
Balfour oleh British. Dengan tindakan tersebut, beliau telah ditahan oleh
pihak British beberapa bulan.
Kemudian, dalam bidang keilmuan pula, Dr Burhanuddin al-Helmi
telah berjaya dan dikenali sebagai pakar dalam bidang yang diminati
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 249

beliau iaitu homeopati. Beliau menerima segulung ijazah dalam bidang


perubatan homeopati tersebut daripada Ismaeliah medical Colege, New
Delhi. Beliau juga dikatakan pernah menjadi penuntut di Aligarh Muslim
University (Abdullah Hussain: 1969). Setelah itu, sekitar tahun 1935, Dr
Burhanuddin al-Helmi telah pulang semula ke tanah air dan kemdiannya
telah ke Singapura. Di Singapura ini beliau telah bekerja sebagai guru
bahasa Arab di Sekolah al-Junaid. Ketika itu juga, beliau aktif dalam
pergerakan Islam dan hasilnya sekitar tahun 1937 belia telah berjaya
menerbitkan sebuah majalah bernama ‘Taman Bahagia’. Dikatakan
majalah ini sebagai ancaman kepada British yang mana kemudiannya
beliau diberkas selepas edisi pertama majalah tersebut teredar. Tidak lama
kemudian, beliau dibebaskan lalumembuka klinik homeopati di Singapura
serta Johor Bahru dengan bantuan seorang doktor berbangsa India, Dr
Rajah.
Selepas itu, sekitar tahun 1945, Dr Burhanuddin al-Helmi dan
Ibrahim Yaakob menjadi antara pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung (KRIS). Oganisasi ini tertubuh dengan mendapat sokongan
dari pemerintah Jepun di Tanah Melayu untuk mengambil alih
pemerintahan Tanah Melayu selepas pihak Jepun menarik diri
(Kamarudin: 1979). Para pemimpin KRIS dan pemimpin Indonesia telah
bertemu dengan pemerintah Jepun di Markas Asia Tenggara di Sargon,
kemudiannya bersetuju pada hari itu bahawasanya tanah Melayu akan
bersama-sama Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos
945. Namun, pada tahun 14 Ogos 1945, pihak Jepun telah menyerah kalah
kepada kuasa Berikat. Walaupun begitu, Sukarno tetap meneruskan
rancangan asal dengan mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17
Ogos 1945, namun, Dr Burhanuddin al-Helmi tidak dapat berbuat
demikian untuk Tanah Melayu oleh kerana kumpulan-kumpulan yang
menentang Jepun telah mengusai keadaan.
Walau bagaimanapun tidaklah mustahil untuk diramalkan
bahawasanya seandainya Dr Burhanuddin al-Helmi dan KRIS telah
berjaya menguasai keadaan di Tanah Melayu seperti mana Sukarno di
Indonesia, seiktar bulan Ogos 1945 itu, maka sudah tentu kedudukan Dr
Burahanuddin al-Helmi dalam politik di Tanah Melayu seterusnya akan
menjadi amat tinggi dan mustahak sekali (Kamarudin: 1979). Sekiranya
perkara ini benar-benar berlaku, maka Dr Burhanuddin al-Helmi akan
250 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

menjadi tajuk penyelidikan ilmiah dan penulisan akademik yang penting


sekurang-kurangnya dalam usaha memahami genre atau pola politik
Tanah Melayu dan Malaysia. Sungguhpun beliau tidak berjaya
sepenuhnya dalam kancah politik, namun, minat akademik terhadap tokoh
ini tidak seharusnya berkurangan. Hal ini kerana perkara ini amat
pentingoleh beberapa faktor.
Faktor pertama yang menguatkan akan hal ini adalah kerana
penglibatan Dr. Burhanuddin di dalam pergerakan-pergerakan politik di
negara ini. Satu kajian riwayat hidup tokoh ini dengan menumpukan
kepada keadaan-keadaan dan sebab-sebab beliau menganggotai KMM
(Kesatuan Melayu Muda), menjadi pemimpin KRIS, dilantik Yang di
Pertua PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), menggalas Pengerusi
PUTERA- AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat- All-Malaya Council for Joint
Action), menjadi penganjur Parti Rakyat dan menjadi Yang di Pertua PAS,
adalah satu usaha akademik yang penting (Kamarudin: 1979). Faktor
seterusnya pula satu kajian tentang aktiviti-aktiviti politik Dr.
Burhanuddin ini mungkin akan menambah kepada idea-idea yang ada
sekarang tentang pergerakan nasionalisme Melayu. Pro£. Roff, misalnya,
menumpukan kepada tiga golongan elit Melayu yang cuba menggerakkan
semangat nasionalisme Melayu pada abad tersebut.
Menurut Zabidin Haji Ismail (2015), Dr Burhanuddin al- Helmi
adalah seorang tokoh Melayu yang berkecimpung dalam arena siasah
negara ini selama lebih kurang tiga puluh tahun (1930-1960). Dalam
jangkamasa yang agak panjang tersebut, beliau telah menganggotai KMM
(Kesatuan Melayu Muda), memimpin KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung), PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan Pusat
Tenaga Rakyat – All Malaya Council for Joint Action (PUTERA-
AMCJA), menganjurkan penubuhan Parti Rakyat Malaya (PRM) dan
akhirnya memimpin Parti Islam Se Malaysia (PAS). Di samping bergerak
aktif dalam arus perdana kebangkitan semangat kebangsaan, beliau turut
mengemukakan pemikiran politik bertemakan Falsafah Kebangsaan
Melayu (FKM) dengan bermatlamatkan Melayu Raya iaitu menubuhkan
sebuah negara Melayu yang besar.
Rentetan daripada itu, dinyatakan dalam penukilan Mohamad
Muzammil (2010), ada menyatakan bahawasanya setelah kekalahan
Jepun, KRIS kemudiannya dibubarkan. Ibrahim Hj Yaakob membawa
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 251

haluan beliau dan keluarga ke Jawa demi keselamatan beliau dan seisi
keluarga beliausupaya tidak menerima sebarang tekanan atau hukuman
daripada pihak British setelah datang semula ke Tanah Melayu. Beliau lari
ke sana dengan bantuan pihak Jepun pada 19 Ogos 1945 tanpa membawa
Dr Burhanuddinal-Helmi. Dengan itu, dapat dikatakan bahawasanya
Ibrahim Yaakob telah meninggalkan sisa-sisa perjuangan beliau kepada Dr
Burhanuddin al-Helmi dan pejuang kemerdekaan lain tanpa meinggalkan
sebarang arahan dan amanat perjuangan parti dan KRIS, pada hal dasar
KRIS dibuat oleh Ibrahim Yaakob tetapi yang menjalankan tugas tersebut
adalah Dr Burhanuddinal-Helmi sendiri.
Dengan kegagalan tersebut, sudah semestinya mengecewakan Dr.
Burhanuddin apabila matlamat untuk memerdekakan tanah air beliau tidak
sampai ke penghujung. Sebagai seorang pejuang kemerdekaan, perjuangan
beliau tidak pernah putus. Setiap kali tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan
politik Dr. Burhanuddin al-Helmi, beliau tidak menunjukkan nada-nada
kekesalan kerana bagi beliau perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu
mesti diteruskan. Selepas pendudukan Jepun dan pihak British kembali ke
Tanah Melayu dan tanah air mencapai kemerdekaan, penglibatan Dr.
Burhanuddin dalam arena politik dan perjuangan nasionalisme beliau tidak
berhenti begitu sahaja (Muzammil: 2010). Beliau terus aktif dalam
PKMM, Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan menjadi ahli parlimen
setelah memenangi kerusi tersebut di Besut, Terengganu dalam
pilihanraya umum pada tahun 1959. Oleh hal yang demikian,, dapat
dikatakan selepas tahun 1945, penglibatan dan perjuangan Dr.
Burhannudin al-Helmi semakin menonjol dan tidak pernah kenal erti penat
lelah serta kalah dalam medan politik. Suara-suara beliau nyaring
didengari dalam dewan persidangan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
dan isu-isu yang diperdebatkan sering mendapat perhatian ahli-ahli dewan
sehinggalah beliau ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA). Walaupun begitu, penjara tidak menakutkan beliau untuk terus
berjuang. Walaupun kemerdekaan telah dicapai pada tahun 1957, beliau
tetap gigih menegakkan idea Melayu Raya yang didokong beliau elama
ini, sehinggalah penjara menjemput beliau sekali lagi sekitar tahun 1964.
Semangat beliau sesungguhnya tetap kuat. Penjara telah memamah usia
dan kesihatan beliau, sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun
1969.
252 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

PERANAN DR BURHANUDDIN AL-HELMI DALAM


PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Setelah melihat daripada perbincangan berkaitan biografi Dr Burhanuddin


al-Helmi secara ikhtisar, perbincangan tuntas beralih kepada peranan Dr
Burhanuddin al-Helmi dalam perjuangan kemerdekaan.
Dr Burhanuddin al-Helmi pulang ke tanah tumpah darah beliau
sekitar tahun 1935 (Zabidin: 2015). Oleh hal yang demikian, jika
ditelusuri akan hal ini, boleh dinyatakan bahawasanya zaman perjuangan
Dr Burhanuddin al-Helmi berkembang. Seitar tahun 1935 ini beliau terus
menjadi guru bahasa Arab setelah pulang ke tanah air di Singapura iaitu di
Sekolah Arab al-Juned. Di pulau inilah dikataka beliau aktif dalam
pergerakan Islam. Beliau telah menyertai Jama’atul Islamiah. Tidak lama
kemudian, sekitar tahun 1937, beliau telah menerbitkan sebuah majalah
bernama Taman Bahagia yang mana intipati penulisan tersebut secara
terang-terangan menunjukkan anti-British. Perkara ini diperkuat dengan
penukilan daripada Saliha (1974) yang menyatakan apabila beliau (Dr
Burhanuddin al-Helmi) datang ke Singapura, beliau telah menukilkan
penulisan makalah yang berbaur anti-British yang dinamakan dengan
‘Taman Bahagia’. Perkara ini sempat dirakamkan seperti berikut:

When he come back to Singapore in 1938, he edited an anti-British newspaper called


‘Taman Bahagia’. This effort was shortlived since he was arrested by British authority
within one and half hours of its publication (Rashidah: 1969).

Namun begitu, jangka hayat majalah ini tidaklah begitu panjang. Hal
ini demikian kerana majalah ini hanya sempat beredar untuk keluaran edisi
pertama. Majalah ini dianggap berbahaya oleh pihak British dan
kemudiannya Dr Burhanuddin al-Helmi ditahan oleh pihak polis
cawangan khas Singapura. Tidak lama selepas ditahan, Dr Burhanuddin
al-Helmi dibebaskan. Seterusnya beliau membuka klinik homeotrapi di
Singapura dan di Johor Bahru dengan dibantu seorang doktor berbangsa
India, iaitu Dr Rajah (Rashidah: 1969).
Selanjutnya, peranan Dr Burhanuddin al-Helmi boleh dilihat daripada
kegiatan beliau dalam KMM, KRIS, PKMM, PUTERA-AMCJA dan PAS
di samping peranan aktif beliau menganjurkan penubuhan PRM. Hasil
daripada variasi pengalaman tersebut, terdapat beberapa perkara boleh
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 253

disimpulkan berlandaskan beberapa perkara (Saliha: 1997). Faktor yang


dibawakan Saliha juga pernah diungkapkan oleh Kamarudin (1979),
dengan melihat beberapa karakteristik itu terdapat perlambangan serta
diterjemahkan dalam penulisan. Setelah diteliti, aspek Islam merupakan
unsur yang kuat dalam menunjangi pemikiran gerakan politik dan
perjuangan Dr Burhanuddin al-Helmi walaupun rata-rata penukil lain
menyatakan beliau ini terlibat dan terkait dalam gerakan kiri yang
lazimnya dikaitkan dengan sosialisme terutamanya ketika memimpin
PKMM dan pembabitan dalam penubuan PRM. Dalam lipatan sejarah
menyatakan kedua-kedua gerakan ini dianggap sebagai gerakan kiri.
Walaupun begitu, konsep yang dikatakan sebagai gerakan kiri yang
diperjuangkan oleh Dr Burhanuddin al-Helmi bukanlah sesuatu tindakan
radikal yang menggunakan revolusi untuk memperoleh kemerdekaan,
tetapi bersikap tegas, tidak mahu bersekongkol dengan penjajah mahupun
penjarah British. Perkara ini boleh jelas menerusi penulisan berikut:

“Bolehkah satu -satunya bangsa seperti bangsa Melayu tidak mahu berjuang dan
berkorban membela bangsa mereka sendiri? Ingin mengharapkan pula bangsa lain seperti
bangsa Inggeris pula berkorban untuk membela bangsa Melayu.” (Burhanuddin: 1954).

Oleh hal demikian, dalam membincangkan memperjuangkan


kemerdekaan tanah air, Dr Burhanuddin al-Helmi tidak terpengaruh
dengan isme yang berkontradaksi dengan syariat, sebaliknya beliau cuba
menerapkan pemikiran siasah yang selari dengan tuntutan Islam. Menerusi
ucapan, penulisan dan penglibatan beliau dalam politik, jelas
menggambarkan bahawasanya pemikiran atau falsafah perjuangan yang
beliau bawa (Zabidin: 2015). Dr Burhanuddin al-Helmi menegaska
nasionalisme Melayu atau bersinonim dengan kebangsaan Melayu yang
diperjuangkan bukanlah asabiyyah jahiliyyah yang jumud sebagaimana
yang terdapat dalam penukilan sirah. Pentaan asabiyyah jahiliyyah ini
membawa erti dengan fahaman kebangsaan yang taksub atau ekstrim
terhadap kaum atau derah yang pernah berlaku pada bangsa Arab suatu
ketika dahulu. Lantaran itu, Dr Burhanuddin al-Helmi menegaskan
bahawasanya seruan yang dibawa Rasulullah saw itu adalah daripada satu
bangsa kepada kepelbagaian bangsa atau daripada suatu nation kepada
kepelbagaian nation dan akhirnya membawa ke peringkat global. Jelas
beliau seperti mana berikut:
254 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

“Pada masa dahulu seluruh dunia tidak mempunyai politik seperti mana hari ini. Oleh itu,
erti kebangsaan yang digagaskan ketika it adalah berlawan dengan makna politik pada
hari ini” (Burhanuddin: 1946).

Seterusnya, Dr Burhanuddin al-Helmi turut membawa makna


nasionalisme Melayu berbeza dengan pengertian asabiyyah jahiliyyah
yang sempit, fanatic, membuta tuli, ‘membabi buta’ dan degil terhadap
bangsa sendiri tetapi perkara ini adalah fahaman kebangsaan yang sama
ertinya dengan asabiyyah, yakni membawa makna mencakupi yang cukup
luas serta global berdasarkan tanah air dan watan itu sendiri. Idea beliau
ini dapat dilihat dengan tegasnya berdasarkan petikan berikut:
“Dalam kita memperjuangkan kemerdekaan bangsa kita, Kebangsaan Melayu sekarang,
pedoman kita al-Quran, jalan kita Sirat al-Mustaqim. Hendaknya tiap-tiap diri yang
beriman itu, hendaklah menjadi angkatan pelopor kebangsaan hari ini, kebangsaan untuk
kemerdekaan, kemanusiaan dan kesejahteraan abadi” (Burhanuddin: 1954)

Oleh kerana dengan jelasnya kesejahteraan merupakan dasar dan asas


Islam dan permusuhan teramat ditentang dalam agama Islam yang
melarang umatnya berbuat demikian seperti bergaduh dan bermusuhan
dengan insan lain. Dalam konteks ini, perjuangan yang digagaskan oleh Dr
Burhanuddin al-Helmi tidaklah menampakkan memilih jalan revolusi
dalam menuntut kemerdekaan seperti yang dinyatakan berikut:

“…mempertahankan hak dan keadilan Melayu, memepertahankan kehormatan dan rasa


jiwa kebebasan dan kemerdekaan bangsa dan nusa, tak mahu dan tak redha diperkosa dan
diperhamba” (Burhanuddin: 1946)

Kemudiannya diiperkuatkan lagi dengan kenyataan yang berikut:

“Dalam perjuangan kita bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus
memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan
bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci” (Burhanuddin: 1946)

Oleh hal yang demikian, bagi Dr Buranuddin al-Helmi, nasionalisme


Melayu tidak boleh disamakan dengan asabiyyahjahiliyyah kerana perkara
ini berteraskan dasar jiwa yang luas, bukan sekali-kali faham dengan
fahaman kebangsaan yang sempit, degil, atau bersifat cahauvinism dan
isolation (Zabidin: 2015) tetapi sebaliknya suatu perjuangan untuk
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 255

memlihara dan menghidupkan hak kebangsaan Melayu di tanah asalnya


yang sama sekali bukan berbaur perkauman.
Oleh itu, konsep nasionalisme Melayu yang digagaskan oleh Dr
Burhanuddin al-Helmi tidak bertentangan denganIslam kerana
pengisiannya tidak sesempit atau sejumud asabiyyah jahiliyyah tetapi
perkara ini bertujuan untuk membangunkan negara bangsa, nusa dan
agama sejajar dengan pendapat Ibn Khaldun, yang mana harus hukumnya
selagi mana perkara ini tidak bertentangan dengan al-Quran, as-Sunnah
dan Sunnatullah tetapi perkara ini membawa kepada tujuan kebaikan
masyarakat glokal mahupun global tanpa menggadaikan prinsip Islam.
Malahan nasionalisme Melayu seperti ini jelas bersumberkan al-Quran dan
hadis sebagai pedoman dan panduan dalam proses kehidupan sebagai ilmu
dan pengalaman.

SUMBANGAN DR BURHANUDDIN AL-HELMI

Setelah perbincangan tuntas berdasarkan peranan yang dimainkan oleh Dr


Burhanuddin al-Helmi dalam perjuangan kemerdekaan, perbincangan
keinteletektualan berkisarkan pula sumbangan Dr Burhanuddin al-Helmi
dalam hayat beliau.
Untuk menelusuri sumbangan Dr Burhanuddin al-Helmi yang boleh
dilihat adalah menrusi karya beliau iaitu ‘Perjuangan Kita’ (Burhanuddin:
1946). Setelah meneliti beberapa perkara dalam karya ini, ada banyak
perkara yang disentuh oleh beliau. Antara yang boleh dibawakan dalam
perbincanagn ini, dalam pendahuluan selepas daripada kata penerbit,
menjelaskan berkaitan dengan PKMM. Dalam karya tersebut, kerap kali
beliau menyentuh dan menitik beratkan berkaitan dengan hak dan keadilan
Melayu. Kemudiannya barulah menyentuh berkaitan, persaudaraan,
bangsa, nusa, ibu pertiwi di Tanah Melayu. Pada perenggan seterusnya,
beliau menegaskan gambaran perjuangan untuk menambah dan
memperkukuh keyakinan menempuh perjuangan tahun demi tahun.
Seterusnya, dalam karya ‘Perjuangan Kita’ ini juga turut terdapat
bahagian yang diberikan mauduk ‘Usul Kebangsaan Melayu’. Dalam
bahagian ini, penjelasan dan penerangan secara tuntas dari sekecil-kecil
perkara yakni akar umbi, dasar-dasar dipersembahkan serta dicerahkan
dengan sebaik mungkin melalui nuklan tersebut. Menurut Burhanuddin
256 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

(1946), sesuatu yang jelas dari akar umbi dan dasar akan melahirkan
keyakinan dan kepercayaan yang tinggi lantas menghilangkan ragu-ragu,
maka itulah asas dan dasar yang pertama dan utama dalam jiwa dan
semangat yang menerbitan hidup begerak, bertenaga dan berjuang hingga
tercapai hak keadilan bangsa yang suci dan murni. Sekiranya dilihat dari
sudut pandangan yang lain, penulisan ini penuh dengan falsafah dan
seolah-olah ayat beliau cukup mendalam dan tinggi untuk difahami serta
dihayati.
Selain itu, sumbangan Dr Burhannuddin al-Helmi yang boleh dilihat
menerusi karya beliau yang terang-terangan menjuruskan falsafah
kebangsaan. Karya tersebut merujuk kepada ‘Falsafah Kebangsaan
Melayu’. Dalam karya ini, penukilan penuh dengan gaya bahasa yang
menitik beratkan semnagat berjuang dan keadilan juga. Dalam penulisan
banyak memberi erti serta menyentuh kepentingan kepada bangsa Melayu
terhadap jati diri Melayu yang sebenar-benarnya ditekan yakni membawa
kepada kesedaran dan bangkitlah daripada penindasan yang telah dilalui
sekian lamanya. Dalam penukilan karya tersebut, menyentuh atas
kepentingan sedar dari pelbagai aspek supaya bangsa Melayu dan agama
Islam tidak sewenang-wenangnya dijarah, dijajah, dimonopoli dan
direnyuk. Lantaran itu, karya Burhanudddin (1954) yang menyentuh
berkaitan falsafah ini sebenarnya memberikan suatu impak yang besar
kepada masyarakat serta menggegarkan serta menyedarkan sebahagian
masyarakat yang khususnya Melayu daripada lena untuk bangkit dalam
perjuangan terutamanya dalam membawa erti kemerdekaan yang sebenar.
Selanjutnya, dalam penulisan Burhanuddin (1954), ‘Falsafah
Kebangsaan Melayu’, turut memberikan implikasi yang besar serta
mempunyai kesignifikanannya tersendiri terutamnayan pada masyarakat
ketika itu. jika ditelsuri sebaik mungkin, nilai keintelektualan turut
diperjuangkan sebenarnya supaya masyarakat harus bangkit dan sedar
dalam karya tersebut. Masyarakat digesa supaya melakukan nilai kepada
diri serta bermuhasabah demi penambahbaikan dalam mengharungi
cabaran kehidupan duniawi yang kian mencabar norma kemasyarakatan
ketika itu. Jika diselidiki, kemungkinan makna yang ingin disampaikan
supaya bangsa Melayu ini mempunyai arah tu yang jelas.
Kemudian, sumbangan Dr Burhanuddin al-Helmi boleh dilihat
menerusi saat penubuhan PAS sekitar tahun 1951. Menurut Faiz Mukmin
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 257

dan et al (2017), ketika PAS ditubuhkan pada tanggal 23 Ogos 1951 di


Kuala Lumpur, Dr Burhanuddin al-Helmi bukanlah dari kalangan
pimpinan mahupun ahli di dalam PAS. Beliau pada ketika itu sama ada
berada dalam tahanan di Singapura atau pun telah bebas kemudiannya
bergiat dalam bidang homeopati. Penubuhan PAS pada awalnya antara
lain bertujuan menuntut kemerdekaan tanah air. PAS yang menjadikan
Islam sebagai teras perjuangan muncul pada era prakemerdekaan. 24
November 1951 di Pulau Pinang, PAS ditubuhkan dari tangan para ulama
(Mujahid Yusuf Rawa: 2010). Rentetan peristiwa yang mencetuskan
penubuhan PAS sebenarnya telah bermula lebih awal daripada itu iaitu
sejak bermulanya gerakan reformasi Islam di Tanah Melayu. Dalam
lipatan sejarah mencatatkan gerakan politik dan dakwah secara
berorganisasi di Tanah Melayu telah wujud pada zaman penjajahan lagi.
Kesedaran politik Islam ini telah ada seawal penubuhan Ma’had al-Ihya’
al-Sharif, Gunung Semanggul pada 15 April 1934 oleh Abu Bakar al-
Baqir (Kamaruddin Salleh: 2010). Kewujudan PAS jika diteliti adalah
sebagai mengimbangi perjuangan United Malay National Organization
(UMNO) yang menjadi wadah utama perjuangan orang Melayu dan umat
Islam di negara ini. UMNO adalah parti yang berlandaskan semangat
kebangsaan Melayu dan pragmatism, justeru perkara ini, kadang-kala
bertentangan dengan prinsip dan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam (Faiz
Mukmin dan et al: 2017).
Tambahan pula, pada Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke-5, sekitar
tahun 1956, dalam mesyuarat telah memutuskan bahawasanya
kemerdekaan penuh bagi Semenanjung Tanah Melayu dalam tempoh tidak
melebihi dari tahun 1959. Oleh itu dengan jelas sekali PAS
memperjuangkan kemerdekaan negara (Faiz Mukmin dan et al: 2017).
Lantaran itu, dengan berdasarkan pernyataan tersebut, sama sekali
menolak sangkaan yang kononya PAS tidak memperjuangkan
kemerdekaan negara dan PAS harus memilih sama ada berimejkan
muslim-nasionalis. Cogan kata yang digunakan PAS adalah ‘merdeka’.
Dalam ketika itu juga, penumpuan terhadap kesatuan orang Melayu turut
dititik beratkan. Kepimpinan era ini juga dilihat bijak memilih wacana
yang harus dipilih PAS agar tidak ketinggalan dalam arus politik semasa
pada ketika itu. Penubuhan PAS juga antara lain boleh dinilai sebagai
pembawa pemikiran politik Islam yang mana pada awalnya mereka
258 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

bersama UMNO tetapi keluar bagi memprotes tindakan pragmatisme


UMNO dalam politik. Antara sebab terbesar kelompok ulama
meninggalkan UMNO pada masa itu adalah kerana isu loteri dan judi.
Kewujudan PAS ketika itu selain menuntut kemerdekaan, organisasi ini
juga adalah satu alternatif kepada kaum Melayu pada masa itu bagi
memilih platform politik yang lebih mengutamakan Islam. Nilai dan
semangat yang ditonjolkan PAS pada masa itu menjadi antara sebab Dr
Burhanuddin al-Helmi menerima pelawaan bagi menerajui PAS.
Kepimpinan pada era pra-kemerdekaan khususnya ketika pimpinan
Dr Burhanuddin al-Helmi dan Zulkifli Ahmad menampakkan satu
kejelasan arah tuju PAS ketika itu, iaitu menuntut kemerdekaan. Natijah
daripada kepimpinan Dr Burhanuddin al-Helmi yang mana beliau sendiri
akui sebagai seorang nasionalis yang menentang penjajah dan mahukan
kemerdekaan sejati dan menganggap PAS membawa cita-cita ini bersama
(Mujahid Yusuf Rawa: 2010) telah berjaya menonjolkan wacana dan imej
nasionalis muslim. Berdasarkan rekod Mesyuarat Agung Tahunan PAS
yang pertama sehingga yang ke-13, matlamat penubuhan PAS tidak lain
hanyalah ingin memenuhi tuntutan kemerdekaan dan mengisi perjuangan
PAS dengan apa-apa yang menjadi keyakinan dan pandangan hidupnya
sebagai umat Islam (Faiz Mukmin dan et al: 2017).

KESIMPULAN

Sesungguhnya kehidupannya penuh dengan liku-liku. Badai gelombang


serta ribut taufan kerap melanda perjalanan Dr Burhanuddin al-Helmi.
Penjara sentiasa menanti kedatangan beliau. Gerak geri dan gerakan beliau
acap kali diintip British dan pati pemerintah. Namun, hidup tetap
diteruskan tanpa mengubah tempo dan nadanya. Dengan itu, penglibatan
beliau dalam nasinalisme, kemerdekaan dan politik Semenanjung Tanah
Melayu dan Malaysia adalah suatu kesungguhan yang tidak boleh
dinafikan sama sekali.
Dr Burhanuddin al-Helmi adalah seorang pejuang yang bergerak
secara perlembagaan, yakni beliau bergerak dan bergiat dengan cara
mematuhi undang-undang negara. Sesungguhnya beliau tidaklah memilih
jalan kekerasan atau ketenteraan untuk menyatakan buah fikiran beliau
dan mempengaruji orang ramai. Sebagai seorang yang berlatar
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 259

belakangkan pendidikan Islam, dan seorang yang terdidik dengan


kebudayaan Melayu, beliau, walaupun kadang kala dianggap sebagai
pembangkang oleh parti Perikatan ketika itu, tetap menghormati institusi
parlimen negara. Walaupun ditduh cuba menubuhkan kerajaan buangan,
hal ini tidak menjadikan beliau sebagai penderhaka kepada negaranya.
Bagi diri beliau, tindakan itu ialah untuk mencapai cita-cita beliau dalam
memperjuangkan hak dan keadilan yang sebenarnya, yang boleh
menaikkan martabat bangsa atau rumpun Melayu di dunia ini.
Oleh itu, Dr Burhanuddin al-Helmi telah menyumbangkan segalanya
terutamanya fikiran dan keringat untuk bangsa beliau yang tercinta.
Namun, agak malangnya, bahwasanya bangsa beliau sendiri tidak
mengiktiraf beliau sebagai seorang yang berketerampilan baik sebagai
pejuang kemerdekaan, tokoh politik, kedoktoran, pengarang, pemidato,
malah selaku pemikir demi pembaharuan minda Melayu. Sesungguhnya,
bangsa yang berjiwa besar sahajalah yang sanggup ‘membesarkan’
pahlawannya.

RUJUKAN

Abdullah Hussain. 1969. Burhanuddin al-Helmy, Pelupor Semangat


Kebangsaan Melayu dalam Dewan Masyarakat. Nov. 1969.
Ahmad Mansur Suryanegara. 2009. Api Sejarah. Bandung: Salamadani
Pustaka Semesta.
Burhanuddin Al Helmi. 1946. Perjuangan Kita. Singapura: Parti
Kebangsaan Melayu Malaya.
Burhanuddin Al Helmi. 1954. Falsafah Kebangsaan Melayu. Bukit
Mertajam: Pustaka Semenanjung.
Burhanuddin Al Helmi. 1954. Ugama dan Politik. Singapura: Buana
Ishak Saat. 2012. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Pulau Pinang:
Penerbitan USM.
Ismail Said. 2008. Parti Islam Sa-Malaysia: Kepimpinan dan Peruangan
dari Tahun 1951-1970. Penang: USM.
Kamaruddin Salleh. 2010. Modenisme Dalam Politik Islam: Sifat,
Perkembangan dan Impaknya Di Malaysia. Bangi: Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan.
260 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Kamarudin Jaffar. 1979. Perjuangan dan Pemikiran Politik Dr


Burhanuddin Al Helmy. Akademika 15: 29-46.
Kamus Dewan. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bhasa dan
Pustaka.
Mohamad Muzammil bin Mohamad Noor. 2010. Dr Burhanuddin al-
Helmi: Kegiatan Nasionalisme dan Politik di Zaman Pendudukan
Jepun, 1940-1945. Jurnal Sejarah 18: 111-122.
Mohamed Salleh Lamry. 2009. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan
Kemerdekaan. Bangi: Penerbi Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib, Diyakulrahman Mat Saad &
Khairul Munzir Ibrahim. 2017. Buranuddin al-Helmy dan
Pemikirannya di dalam PAS. Persidangan Antarabangsa Pengajian
Islamiyyat Kali Ke-3 (IRSYAD2017): 312-316.
Mujahid Yusuf Rawa. 2010. Menuju Pas Baru. Kuala Lumpur: The
Malaysian Insider..
Ramlah Adam. 2003. Burhanuddin al-Helmy: Suatu Kemelut Politik.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramlah Adam. 2004. Gerakan Radkalisme di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rashidah Ismail. 1969. Dr Burhanuddin Al Helmi Anak Melayu pertama
mempelajari Homeopathy. Dewan Masyarakat. Disember. (7).
Saliha Hassan. 1997. Dr Burhanuddin Al Helmi (1911-1969). Dlm.
Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Hj. Nawang (pnyt.). Biografi
tokoh pilihan Malaysia: 19-49. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Saliha Hassan. 1974. Dr Burhanuddin al Helmi the ideals of a Malay
Nationalist. Malaysian in History 17(1): 1.
Suzy Aziziyana Saili & Khairulnizam Mat Karim. 2013. Revisiting the
Life and Thought of Dr Burhanuddin al-Helmy. International Jornal
of Islamic Thought 3: 92-99.
Zabidin Ismail. 2015. Pemikiran dan perjuangan politik: Dr Burhanuddin
al-Helmi. Jurnal Peradaban Melayu 10: 53-75..
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 261

Parti Politik dalam Perjuangan Kemerdekaan:


Peranan Parti Islam Semalaysia (PAS)
dalam Membela Kepentingan
Islam dan Demokrasi
MOHD IZANI MOHD ZAIN

PENGENALAN

Perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah banyak dijayakan oleh


beberapa aktor, antaranya parti politik. Selain Perikatan yang ditunjangi
oleh UMNO dan MCA, PAS memainkan peranan yang signifikan dan
tersendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Meskipun
peranan PAS agak terbatas berbanding UMNO, parti itu telah
memanfaatkan ruang yang ada untuk memperjuangkan kemerdekaan.
Peranan PAS ini didorong oleh pendirian dan prinsipnya terhadap
kepentingan kemerdekaan sebagai satu perintah agama. Selain itu,
tuntutan terhadap kemerdekaan dan pilihan raya serta penyertaan dalam
proses demokrasi melalui pilihan raya dalam Pilihan Raya 1955 dan 1959.
Reaksi dan kritikan tegas PAS terhadap Laporan Suruhanjaya Reid jelas
membuktikan bahawa perjuangan kemerdekaan yang dibawa oleh PAS
bukan sekadar kemerdekaan politik, tetapi kemerdekaan tulen yang
menterjemahkan aspirasi dan pembelaan Islam dan demokrasi di Tanah
Melayu.

SEPINTAS LALU PENUBUHAN PARTI ISLAM


SE-MALAYSIA (PAS)

PAS wujud hasil lanjutan daripada Perjumpaan Ulama SeMalaya Pertama


anjuran UMNO di Bandar Maharani, Muar, Johor pada 21 dan 22 Februari
1950 telah menghasilkan beberapa ketetapan penting, iaitu antaranya ialah
untuk menyelaraskan perjalanan hal-ehwal agama Islam di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu (Ahmad Fawzi 1991). Perkembangan itu
seterusnya membawa kepada Perjumpaan Ulama SeMalaya Kali Kedua
262 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada


23 Ogos 1951 bagi membahaskan usul yang dibawa oleh Pengerusi
Jawatankuasa Biro Agama UMNO, Haji Ahmad Fuad bin Hassan. Ia juga
bertujuan menyelaraskan perjalanan hal-ehwal agama Islam di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu, seterusnya menubuhkan Persatuan Ulama
SeMalaya.
Bagi mencapai maksud di atas, dua buah jawatankuasa kecil
ditubuhkan untuk dibentangkan di Perjumpaan Ulama SeMalaya yang
diadakan di Pejabat UMNO, Bagan Tuan Kecil yang sekarang ini dikenali
sebagai Butterworth, Pulau Pinang pada 24 November 1951. Dalam
Perjumpaan tersebut para perwakilan telah bersetuju menubuhkan
Persatuan Islam SeMalaya (PAS) atau Pan-Malayan Islamic Party (PIMP)
dengan tujuannya utamanya untuk “mewujudkan satu perikatan
persaudaraan Islam untuk membentuk suatu tenaga bersama bagi
menyelenggarakan segala tuntutan-tuntutan agama Islam dan siasah yang
berdasarkan demokrasi”. Di samping itu penubuhan PAS juga dilihat
sebagai pertubuhan yang mengumpulkan semua ulama dalam pertubuhan
untuk menjadi barisan yang kukuh untuk menentang kemungkaran yang
dilakukan oleh UMNO seperti menganjurkan loteri dan mengadakan
pertunjukan funfair yang dianggap ulama mencemarkan kesucian agama
Islam (Shafie Ibrahim. 1981). Cawangan PAS yang pertama ditubuhkan di
Pulau Pinang oleh Ibrahim Aqibi pada 9 Mac 1952 (Utusan Melayu 10
Mac 1952). Seterusnya parti itu menubuhkan cawangan-cawangan di
Kuala Kangsar, Selangor, Perlis dan Kuala Lumpur antara 28 April 1952
hingga 13 Julai 1952.

PENDIRIAN PAS TERHADAP KEPENTINGAN KEMERDEKAAN

PAS menyedari akan kepentingan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Bagi


parti politik itu, perjuangan membebaskan Tanah Melayu daripada
cengkaman penjajahan bukan hanya satu kewajipan politik semata-mata,
tetapi satu perintah agama yang mesti dilaksanakan. Timbalan Yang
DiPertua PAS, Profesor Dr. Zulkifli Muhammad pernah menegaskan
bahawa umat Islam wajib memperjuangkan kemerdekaan (Suara Islam 15
Mei 1957). Beliau menegaskan seperti berikut:
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 263

Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajahan asing oleh orang
yang tidak seagama dengannya. Sebab itu, ummat Islam adalah diwajibkan oleh Tuhan-
Nya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajahan oleh
orang-orang yang tidak seyakinan dengannya. Jadi, nyatalah bahawa memperjuangkan
kemerdekaan itu bagi ummat Islam, dan bagi PAS sebagai parti politik Islam bukan saja
merupakan kewajipan politik semata-mata tetapi lebih dari itu merupakan perintah agama,
perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan.

Penjelasan itu juga menafikan segala tuduhan yang pernah


dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak berniat baik terhadap PAS
bahawa parti itu adalah sebuah parti yang menghalang kemerdekaan,
sebuah parti yang tidak ingin kepada kemerdekaan, dan sebagainya. PAS
secara tegas menyatakan, “Jika parti lain sekali mahu merdeka, kita
sebagai parti Islam sepuluh kali lagi mahu merdeka, kerana begitulah
kehendak yang diperintah oleh agama pada kita sebagai Muslimin.”
PAS juga menyifatkan kemerdekaan sebagai satu alat atau jambatan
yang boleh membawanya kepada pelaksanaan cita-cita parti.
Kemerdekaan bagi PAS bukan sekadar kemerdekaan politik yang
menyaksikan peralihan kuasa daripada Inggeris kepada Tanah
Melayu, ”tetapi kemerdekaan yang mengandungi nilai yang lebih besar
dan lebih tinggi. Nilai yang lebih besar dan lebih tinggi ini bermaksud
perjuangan menegakkan ideologi dan cita-cita parti melalui kemerdekaan.
Dukungan PAS terhadap perjuangan kemerdekaan juga termaktub secara
jelas dalam Perlembagaan parti. Fasal Lima (2) menyebut, tujuan
penubuhan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam serta
kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Selain itu, perjuangan kemerdekaan juga adalah manifestasi kepada
cinta kepada watan yang dituntut dalam agama. Dalam buku Perjuangan
Kita, Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjelaskan bagaimana mengasihi
watan adalah sebahagian daripada iman. Tidak dinafikan, ketika awal
penubuhan PAS, parti itu menyerap fahaman nasionalisme yang
bermatlamat membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman
penjajahan. Dr. Burhanuddin menolak semangat nasionalisme sebagai
asabiyyah kerana Islam menurut beliau, tidak melarang umat-Nya
mencintai bangsa dan tanah air mereka. Pendirian PAS terhadap
perjuangan kemerdekaan ini jelas membuktikan parti itu menyokong
perjuangan bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.
264 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

LANGKAH PAS KE ARAH KEMERDEKAAN


TANAH MELAYU

PAS sangat komited memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.


Langkah PAS dalam konteks perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu
boleh dilihat dalam beberapa aspek. Pertama; desakan parti itu agar British
memberikan hak memerintah sendiri dan kemerdekaan, kedua; tuntutan
parti itu agar British mempercepatkan pilihan raya di Tanah Melayu dan
ketiga; penyertaan parti itu dalam proses demokrasi melalui pilihan raya.
Apa yang menarik, dua langkah pertama ini dilakukan melalui kerjasama
politik antara PAS dengan parti politik lain, khususnya Perikatan, iaitu
UMNO dan MCA. Ini bermakna, kerjasama politik PAS telah lama wujud
sebelum kemerdekaan lagi dalam bentuk kerjasama yang longgar.
PAS bersama-sama Perikatan ketika itu mendesak British agar
memberikan hak pemerintahan sendiri dan merdeka. Desakan ini selari
dengan dasar perjuangan PAS untuk membebaskan Tanah Melayu
daripada cengkaman penjajahan sekaligus menegakkan sebuah
pemerintahan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadith. Untuk
mendapatkan kemerdekaan, satu pilihan raya perlu diadakan sebagai
persiapan mewujudkan kerajaan sendiri. Justeru, PAS telah menyertai
Persidangan Kebangsaan yang ditaja oleh Perikatan bagi memperdebat
cadangan untuk mendesak British melaksanakan pilihan raya pada 1954.
Dalam usaha ini, PAS telah menghantar tiga orang wakil, iaitu Mohd Asri
Muda, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein dan Ustaz Othman Abdullah
(Panel Pengkaji sejarah 1999).
Pada September 1953, PAS telah memberi sokongan padu terhadap
rombongan Yang Dipertua UMNO, Tuanku Abdul Rahman ke London
bagi menyerahkan memorandum yang disediakan oleh Jawatankuasa
Persidangan Kebangsaan kepada British agar diadakan pilihan raya
secepat mungkin. Hasil desakan tersebut, British telah bersetuju untuk
mula melaksanakan pilihan raya di Tanah Melayu pada 1955 (Ramlah
Adam 1992). Apabila pilihan raya hendak dilaksanakan di Tanah Melayu,
PAS telah membuat persiapan sewajarnya dengan mendaftar sebagai
sebuah parti politik yang sah pada 31 Mei 1955. Pendaftaran ini telah
melayakkan PAS bertanding dalam pilihan raya dan bersaing secara
demokratik dengan parti politik lain (Mohd Izani 2005). Penyertaan PAS
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 265

dalam pilihan raya tidak boleh dilihat semata-mata berdasarkan tuntutan


demokrasi tetapi menyumbang kepada proses ke arah pembentukan
kerajaan sendiri sekaligus kemerdekaan. Justeru, tulisan ini akan
menghuraikan secara ringkas penyertaan PAS dalam Pilihan Raya Umum
1955 dan 1959.

PENYERTAAN PAS DALAM PROSES DEMOKRASI


MELALUI PILIHAN RAYA

Dalam pilihan raya 1955, PAS meletakkan calon di sebelas kawasan


daripada 52 kawasan yang dipertandingkan. PAS merupakan parti politik
ketiga terbesar mengemukakan pencalonan selepas Perikatan (52 calon)
dan Parti Negara (30 calon). Kesemua calon PAS terdiri daripada
berketurunan Melayu dan beragama Islam. PAS meletakkan calon mereka
di negeri Perak (tiga kerusi), Penang (satu kerusi), Selangor (dua kerusi),
Pahang (satu kerusi), Kedah (satu kerusi), dan Kelantan (tiga kerusi). Parti
itu tidak menurunkan calon di negeri-negeri seperti Melaka, Johor,
Terengganu, Kuala Lumpur, Perlis, dan Negeri Sembilan.
PAS hanya menang satu kerusi di Krian, Perak melalui calonnya, Haji
Ahmad Haji Hussain yang menewaskan calon Perikatan, Haji Sulaiman
Haji Ahmad dengan majoriti 450 undi (Senarai calon-calon PAS dan
prestasinya boleh dilihat dalam Jadual 3.1). PAS hanya memperoleh undi
popular sebanyak 3.7 peratus berbanding Perikatan 79.6 peratus.
Kekalahan PAS dalam pilihan raya kali ini memang dijangkakan. Parti itu
mengakui bahawa harapan untuk mencapai kemenangan adalah tipis
kerana PAS baru bertapak di Kelantan, Terengganu, dan Perak.
Penyertaannya dalam pilihan raya lebih dilihat sebagai medan ujian untuk
memperkenalkan parti itu kepada masyarakat.
Salah seorang pemimpin PAS, Mohd Asri turut mengakui bahawa
penyertaan PAS dalam pilihan raya masa itu lebih merupakan latihan
semata-mata dan sangat wajar untuk memperkenalkan PAS kepada rakyat
secara terbuka (Mohd Asri 1993:50). Tanpa pilihan raya, kewibawaan
PAS tidak akan teruji dan umat Islam mudah dikuasai oleh musuh-
musuhnya (Ibnu Hasyim 1993:21). Ramlah pula menyifatkan kekalahan
PAS tidak menghairankan kerana PAS baru sahaja mendaftarkan diri
sebagai parti politik, pada tahun 1955, iaitu sebulan sebelum pilihan raya
266 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

berlangsung (Ramlah Adam 1998:273). Kebanyakan yang menjadi calon


PAS tidak mempunyai jaringan parti yang kuat dan jelas, tetapi lebih
kepada usaha individu. Kesemua calon yang bertanding terpaksa
melakukan kerja-kerja pilihan raya bersendirian tanpa mengharapkan
bantuan luar. Malahan, hampir semua pimpinan utama parti menjadi calon
pilihan raya (Mohd Asri 1993:80).
Kekalahan PAS dalam pilihan raya 1955 juga disebabkan
ketidakupayaan parti itu menembusi kubu kuat UMNO yang sudah begitu
jitu, lebih-lebih lagi rakyat pada ketika itu sedang mabuk dengan angin
kemerdekaan yang secara kebetulan, bersesuaian dengan isu yang
diperjuangkan oleh UMNO. Walaupun begitu, ini tidak bermakna PAS
kurang berminat untuk memperjuangkan kemerdekaan sepertimana yang
diusahakan oleh UMNO. Memang diakui, PAS mempunyai pendekatan
yang berbeza untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu ketika itu,
tetapi ini tidak bermakna PAS cuba mengkhianati atau menghalang usaha-
usaha UMNO dan Perikatan ke arah itu.
Sarjana politik Barat, Clive S. Kessler pula berpandangan kekalahan
PAS berpunca kekurangan organisasi pembangunan yang sampai ke
kawasan pedalaman di mana kebanyakan pengundi tinggal. Tambahan
pula, sebagai sebuah parti politik yang baru muncul, PAS belum lagi
berkemampuan meluas dan belum berkebolehan untuk merancang
organisasi secara teratur (Von Vorys 1975:65). Walaupun begitu,
kemenangan tunggal PAS di Krian sedikit sebanyak mendorong PAS
untuk berusaha lebih gigih. Menurut Timbalan Yang Dipertua Agong PAS,
Tuan Haji Ahmad Awang, kemenangan tersebut “membuka mata dunia
kepada kemajuan dan keyakinan PAS bergerak untuk kemajuan.”
Kesimpulannya, penyertaan PAS dalam pilihan raya 1955 lebih
sebagai langkah percubaan parti itu untuk memperkenalkan
kemunculannya kepada masyarakat. Sebagai sebuah parti baharu yang
hanya bergantung kepada pengundi Melayu/Islam, kemenangan adalah
sukar apatah lagi menentang Perikatan yang menggabungkan tiga parti
berasaskan kaum, iaitu UMNO, MCA, dan MIC. Agenda Islam
sepertimana yang terkandung dalam manifestonya untuk menubuhkan
sebuah negara Islam di Tanah Melayu belum boleh diterima oleh majoriti
rakyat.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 267

Pilihan raya 1959 pula jelas membuktikan peningkatan pengaruh PAS


dalam arena politik tanah air. Daripada kemenangan tunggal di Krian
dalam pilihan raya 1955, PAS mengorak langkah mencipta kemenangan
berganda apabila berjaya menang 13 kerusi Parlimen daripada 58 kerusi
yang ditandingi. PAS menang sembilan kerusi di Kelantan dan empat di
Terengganu.20 Kemenangan tersebut patut diberikan perhatian
(noteworthy) jika dibandingkan dengan pencapaian PAS dalam pilihan
raya sebelum ini. Lebih menggalakkan, parti itu menang besar dalam
perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan dan
Terengganu. PAS menang 28 kerusi di Kelantan (Kessler 1978:120) dan
13 kerusi di Terengganu. Malah, PAS mencipta sejarah apabila muncul
sebagai parti politik pertama selain Perikatan yang berjaya menubuhkan
kerajaan negeri di Terengganu dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Kemenangan PAS di Terengganu khususnya, memberikan kesan yang
mendalam kepada kelangsungan UMNO.
Yang Dipertua UMNO ketika itu, Tunku Abdul Rahman menyifatkan
kekalahan parti itu disebabkan kelemahan diri sendiri. Antara alasan
Tunku ialah UMNO tidak turun ke kampung-kampung untuk
menerangkan perjuangan parti sepertimana yang dilakukan oleh parti-parti
lain. Ini kerana di kawasan kampunglah, terdapatnya golongan pengundi
akar umbi atau grassroot yang cukup penting. Tambah Tunku, kerja-kerja
penerangan lebih banyak bergantung kepada orang luar sama ada yang
terdiri daripada pemimpin parti dan pemidato yang dijemput khas.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemenangan besar PAS di
Terengganu mengejutkan rakyat ketika itu. Akhbar The Straits Times 22
Jun 1959, menurunkan beberapa faktor yang dikenal pasti mengakibatkan
fenomena ini berlaku. Pertama; wujudnya kefanatikan beragama di
kalangan pengundi, terutama yang berada di kawasan pedalaman seperti di
Dungun, Ulu Terengganu dan Besut. Ia dikatakan memberikan kelebihan
kepada PAS yang didakwa memperjuangkan isu agama dalam siri kempen
mereka. Kedua; kelemahan jentera pilihan raya Perikatan dan kegagalan
mereka dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi di Terengganu.
Ketiga; kejayaan PAS menggunakan kepakaran tokoh-tokoh agama untuk
meraih undi. Keempat; strategi dan taktik PAS yang menjalankan kempen
dari rumah ke rumah dalam tempoh masa tujuh bulan sebelum pilihan raya
diadakan amat efektif.
268 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

PAS mempunyai kekuatan dan ketinggian pengaruh terutama di


kawasan luar bandar seperti di Pasir Mas yang mempunyai enam kawasan
pengundian, iaitu Tok Uban, Tendong, Rantau Panjang, Meranti, Lemal,
dan Bandar Pasir Mas. Walaupun begitu, tidak dinafikan PAS turut
memiliki kekuatan di kawasan-kawasan bandar. Misalnya dalam kawasan
parlimen di Kelantan, PAS di Kota Bharu Hulu apabila calon PAS, Haji
Hussein Rahimi menewaskan calon Perikatan, Che Ismail Ibrahim dengan
majoriti besar 11,026 undi. Tokoh PAS, Zulkiflee Muhammad turut
menang besar di Bachok setelah mengalahkan calon Perikatan dengan
majoriti 10119 undi (Kessler 1978:118).
Dalam pilihan raya kali ini, isu agama mendapat tempat dan isu
tersebut dimanipulasikan sebaik mungkin oleh PAS untuk berhadapan
dengan Perikatan. Ternyata, sentimen keagamaan ini berjaya
mengurangkan pengaruh Perikatan, terutama di Terengganu dan Kelantan.
Menurut Yusop Khan Loth Khan (2000), “Keputusan pilihan raya pertama
negara merdeka telah mengecewakan Parti Perikatan pimpinan Tunku
Abdul Rahman. Negara yang baru mencapai kemerdekaan menghadapi
tentangan hebat dari Parti PAS yang menggunakan isu agama sebagai
senjata mereka. Kelantan dan Terengganu dapat dikuasai oleh PAS.”
PAS mahu agama Islam didaulatkan. Untuk itu, parti itu
mencadangkan supaya diharamkan sebarang budaya Barat termasuk tari-
menari dan pertunjukan pentas. PAS berjuang untuk menjadikan Islam
sebagai sistem kehidupan (the way of life), tetapi pada masa yang sama, ia
tidak menghalang orang bukan Islam untuk mengerjakan ibadat mereka.
Selain memperjuangkan kesucian agama Islam, PAS mempunyai sentimen
kemelayuan yang tinggi. Buktinya, parti itu berjanji untuk menghapuskan
sebarang perjanjian atau persetiaan yang melibatkan orang asing. PAS
mahu menjadikan Tanah Melayu ketika itu sebagai tanah milik mutlak
orang Melayu. Dr. Burhanuddin Al-Helmi misalnya, menuntut supaya
semua jawatan Menteri Besar, Pembantu Menteri, Gabenor, dan Ketua
Tentera hanya disandang oleh orang Melayu sahaja. Lima tuntutan PAS
yang melibatkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu dikatakan
berjaya. Pertama; menerima prinsip-prinsip Islam. Kedua; mengembalikan
kedaulatan orang-orang Melayu. Ketiga; meningkatkan taraf kehidupan
rakyat. Keempat; mengamalkan demokrasi yang sebenar. Kelima;
memperjuangkan keadilan sosial.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 269

REAKSI DAN KRITIKAN PAS TERHADAP LAPORAN


SURUHANJAYA REID

Selain tuntutan, desakan kemerdekaan dan penyertaan dalam pilihan raya,


reaksi parti itu terhadap Laporan Suruhanjaya Reid juga sangat signifikan
dianalisis bagi menonjolkan peranan PAS dalam perjuangan kemerdekaan.
PAS menyifatkan laporan suruhanjaya itu sebagai pengkhianatan kepada
orang Melayu sebagai penduduk asal dan tuan rumah kepada Tanah
Melayu selain mengkritik keahlian Suruhanjaya Reid yang mengutamakan
pihak asing. Dalam hal ini, Laporan Suruhanjaya Reid telah
mencadangkan untuk mengkaji semula kedudukan istimewa orang Melayu
selepas 15 tahun merdeka, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan rasmi tunggal hanya selepas 10 tahun merdeka,
penggunaan prinsip jus soli dalam memberikan kerakyatan kepada kaum
bukan Melayu, penolakan terhadap kebangsaan Melayu dan terjemahan
yang sempit terhadap Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Abdul
Halim 2012).
PAS sentiasa memperjuangkan kemerdekaan tulen yang bukan sahaja
dapat membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajahan, tetapi
menentukan kemerdekaan itu benar-benar mengangkat aspirasi dan hak
orang Melayu/Islam ke arah pembentukan negara bangsa yang adil dan
berwibawa. Justeru, PAS bertegas Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu mestilah meletakkan asas yang betul. Bagi PAS, perlembagaan
mesti menzahirkan susunan hidup dan hakikat hidup bahawa orang
Melayu adalah tulang belakang kepada Tanah Melayu. Lima reaksi PAS
terhadap Laporan Suruhanjaya Reid, iaitu pertama; perakuan bahawa
Bangsa Melayu sebagai tuan negeri (Tanah Melayu), kedua; hak
keistimewaan orang Melayu sebagai bumiputera, ketiga; syarat kerakyatan
yang lebih ketat, keempat; kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi
dan kelima; Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Berdasarkan reaksi PAS ini, sangat jelas parti itu menitik beratkan
soal rupa bangsa Tanah Melayu apabila mencapai kemerdekaan. PAS
tidak mahu kemerdekaan yang diperolehi akan membawa kepada satu
bentuk penjajahan lain. Justeru, sejak dari awal lagi, PAS telah
menetapkan matlamat kemerdekaan, iaitu sebuah negara yang merdeka
dan bercorak Islam. Dalam persidangan PAS di Kepala Batas pada 4
270 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Januari 1953, parti itu telah menetapkan salah satu matlamat


perjuangannya untuk “Berusaha dengan muat untuk memperkenalkan
kepada rakyat jelata akan kemerdekaan yang tulen serta menanamkan ke
dalam jiwa mereka semangat kemerdekaan sambil menunjukkan cara-cara
mencapainya (Qalam, Januari 1953).”
Dalam konteks mewujudkan Kebudayaan Melayu dan hak
keistimewaan orang Melayu misalnya, PAS menyedari bahawa orang
Melayu menjadi mangsa diskriminasi dan dasar pilih kasih penjajah. Hal
ini boleh lihat dalam aspek pendidikan, kerana pendidikan untuk orang
Melayu hanyalah bertujuan menggelakkan mereka menjadi buta huruf,
bukan untuk menaikkan taraf kehidupan (Ibrahim 1986). Dari segi sejarah,
pendidikan dianggap sebagai ‘beban orang kulit putih’ untuk membawa
tamadun dan kemajuan kepada orang bukan kulit putih. Mereka percaya
orang bukan kulit putih masih jauh ketinggalan dan mesti dibantu, dan
salah satu caranya ialah melalui pendidikan. Meskipun pendidikan
dianggap beban utama penjajah di wilayah yang dijajah, pendidikan tidak
dianggap sebagai suatu keutamaan di Tanah Melayu, jika dilihat daripada
peruntukan kos yang disediakan (Mohd Izani 2019).
Perbelanjaan bagi persekolahan di Negeri-negeri Melayu bersekutu
pada 1914 ialah $443.209, iaitu 4.8 peratus daripada jumlah keseluruhan
perbelanjaan (Ibrahim 1986). Walau bagaimanapun, pendidikan yang pada
asalnya diperjuangkan oleh penjajah untuk memajukan masyarakat
tempatan (Tanah Melayu) hanyalah sekadar retorik semata-mata. Hal ini
kerana, dasar pendidikan terutamanya sewaktu pentadbiran Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ialah bagi menguatkan kedudukan pihak penjajah di
Tanah Melayu pada ketika itu. Dalam kata lain, pendidikan digunakan
sebagai alat untuk mengawal bumiputera khususnya agar tidak menentang
kuasa penjajah.
Dalam hal ini, Inggeris hanya mementingkan pendidikan peringkat
rendah sahaja kepada orang-orang Melayu. Langkah ini bertujuan
memastikan orang-orang Melayu tidak menjadi golongan terpelajar sekali
gus menjadi penentang penjajah. Meskipun Inggeris memang berminat
untuk memberi pendidikan kepada orang-orang Melayu bagi menonjolkan
peranan mereka di Tanah Melayu, tetapi mereka melakukannya dengan
berhati-hati supaya tidak berlaku situasi senjata makan tuan. Hal ini
kerana Inggeris percaya pendidikan yang tinggi hanya akan menyuntik
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 271

kesedaran politik di kalangan orang Melayu dan akhirnya akan menentang


mereka semula.
Oleh sebab itu, pendidikan yang diberi kepada orang Melayu sekadar
bertujuan menggelakkan mereka menjadi buta huruf. Pendidikan rendah
yang diberi kepada orang Melayu tidak melayakkan mereka memegang
jawatan besar seperti pegawai tinggi kerajaan. Pendek kata, pendidikan
yang diberi kepada orang-orang Melayu tidak bertujuan mengubah nasib
kehidupan mereka, sebaliknya mengekalkan keadaan sosioekonomi
mereka yang sedia ada, iaitu sebagai kaum petani, peladang dan nelayan.
Inggeris percaya, jika anak-anak orang Melayu mendapat pendidikan yang
baik, mereka akan meninggalkan kampung halaman dan mencari
pekerjaan di bandar-bandar. Maka, tiada siapa lagi yang akan menanam
padi dan bercucuk tanam.
Berdasarkan perkembangan ini, tuntutan PAS memperjuangkan
wujudnya Kebangsaan Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu
adalah relevan dan berpaksikan kepada konsep keadilan sosial yang tidak
boleh dipertikaikan. PAS percaya kemerdekaan Tanah Melayu sama sekali
tidak boleh mengenepikan hak dan kedudukan orang Melayu yang sekian
lama dinafikan dalam tempoh penjajahan. Walau bagaimanapun,
perjuangan ini tidak menafikan hak apatah lagi menzalimi kumpulan
bukan Melayu di negara.

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan dalam tulisan ini, peranan PAS sangat jelas


dalam memperjuangkan kemerdekaan, khususnya melibatkan kepentingan
Islam dan demokrasi di Tanah Melayu. Sebagai sebuah parti
pembangkang dan tidak terikat dengan tuntutan kerjasama politik seperti
UMNO dalam Perikatan, PAS bebas untuk mengutarakan tuntutan dalam
perjuangan kemerdekaan khususnya membela kepentingan agama Islam
dan nasib orang Melayu. Ini bermakna, PAS telah sedaya upaya berusaha
mengisi lompang yang ditinggalkan oleh UMNO dalam perjuangan
kemerdekaan. Pada masa yang sama, penyertaan PAS dalam proses
demokrasi melalui pilihan raya juga sangat penting dalam mendukung
proses ke arah pembentukan kerajaan sendiri. Secara tuntasnya, peranan
PAS sebagai parti politik dalam perjuangan kemerdekaan tidak boleh
272 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

dinafikan sama sekali, khususnya melibatkan kepentingan Islam dan


demokrasi di Tanah Melayu.

RUJUKAN

Abdul Halim Ramli. Mohammad Radzuan Othman. Ahmad Kamal Ariffin


Mohd Rus. “Reaksi PAS Terhadap Laporan Suruhanjaya Reid dan
Islam Sebagai Agama Persekutuan dalam Pembentukan
Perlembagaan Merdeka”. Jurnal Sejarah. No. 20 2012. Jabatan
Sejarah. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya. Hlm.
167-194.
Ahmad Fawzi Basri (Pynt). 1991. Bumi dipijak Milik Orang. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibnu Hasyim. 1993. PAS Kuasai Malaysia 1950-2000: Sejarah
Kebangkitan dan Masa Depan. Kuala Lumpur: G.G. Edar.
Ibrahim Saad. 1986. Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kessler, Clive S. 1978. Islam and Politics in a Malay State: Kelantan
1838-1969. London: Cornell University Press.
Mohd Asri Muda. 1993. Memoir Politik Asri: Meniti Arus. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mohd Izani Mohd Zain. 2005. Islam dan Demokrasi: Cabaran Politik
Muslim Kontemporari di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Mohd Izani Mohd Zain. 2019. Wawasan Baharu Pendidikan Negara.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 8-15.
Panel Pengkaji Sejarah. 1999. PAS Dalam Arus Perjuangan Kemerdekaan:
Esei dan Dokumen. Shah Alam: Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd.
Qalam, Januari 1953.
Ramlah Adam 1992. Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Shafie Ibrahim. 1981. The Islamic Party of Malaysia: Its formative Stages
and Ideology. Pasir Putih: Nuawi Ismail, hlm. 18-19.
Suara Islam 15 Mei 1957
The Straits Times 22 Jun 1959
Utusan Melayu. 10 Mac 1952.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 273

Vorys, Karl Von. 1975. Democracy Without Concensus: Communalisme


and Political Stability in Malaysia. Kuala Lumpur: Princeton.
Yusop Khan Loth Khan. 2000. Nostalgia Pilihan Raya 1955-1999:
Perjalanan Menuju Abad 21..
274 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Profilisasi Tok Ku Tuan Besar Sebagai Sheikh


al-Ulama Negeri Terengganu
M.HAFIY A.MALEK, NAJIHAH ABD.WAHID, ZURITA YUSOFF,
ANAS MOHD YUNUS & FADZLI ADAM

PENGENALAN

Tok Ku Tuan Besar (1209 H/12 Februari 1795 M-21 Januari 1878 M)
adalah nama agung dalam lipatan sejarah Terengganu. Tokoh ini ini
mempunyai jasa yang sangat besar dalam bidang keilmuan Islam di
Terengganu. Dalam zaman Kesultanan Terengganu, TKTB mempunyai
hubungan yang sangat baik dengan istana Terengganu dan mempunyai
pengaruh yang sangat besar dalam mencorakkan kefahaman Islam dalam
masyarakat Terengganu pada ketika itu. Justeru itu, adalah penting bagi
generasi pada hari ini untuk mengenali beliau sebagai tokoh agung untuk
meneladani keperibadian dan keilmuan beliau bagi memimpin umat Islam
pada masa akan datang.

SALSILAH KETURUNAN TOK KU TUAN BESAR

Para pengkaji kontemporari khususnya mereka yang berkecimpung dalam


bidang manuskrip. Banyak menulis tentang salasilah keturunan beliau
yang mulia. Berdasarkan penyataan Syed Hadzrulatfi (2015) dan Engku
Ibrahim (2016) ada mentakan bahawa salsilah keturunan Tok Ku Tuan
Besar seperti berikut. Beliau adalah Sayyid Muhammad bin Zayn al
Abidin (m. 1208/1209 H) bin Husayn (m. 1200 H) bin Muhammad
Mustafa (m. 1164 H) bin Syakh ( m. 1157 H( bin Mustafa (m. 1101 H)
Bin Ali Zayn al – Abidin(m.1041 H) bin Allah al-Awsat (m. 1019 H) bin
Syakh (m. 990 H) bi Abd Allah (m. 944 H) bin Syakh al-Akbar (m. 919 H)
Bin Abd Allah al-Aydrarus (m. 865 H) bin Abi Bakr al-Sakran (m. 821 H)
BIN Abd al-Rahman al-Saqqaf (m. 819 H) Bin Muhammad Mawla al-
Dawilah (m. 765 H) bin Ali Mawla al-Dark (m.709 H) bin Alawi al-
Ghayur (m. 619 H) bin al-Faqih Muqaddam Muhammad (m. 709 H) bin
Alawi al-Ghayur (m. 619 H) bi al-Faqih Muqaddam Muhammad (m. 654
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 275

H) bin Ali (m. 595 H) bin Muhammad Sahib al-Mirbat (m. 556 H) bin Ali
Khala Qasam (m. 529 H) bin Alawi (m. 512 H) bin Muhammad (m. 446 H)
bin Alawi al-Mubtakir (m.400 H) bin Abd Allah (m. 383 H) bin al-
Muhajir Ila Allah Ahmad (m. 345 H) Bin Isa al-Rumi (m.270 H) Bin
Muhammad al-Naqib (m.230 H) Bin Ali Uraydi (m.210 H) bin Jafar al -
Sadiq (m. 149 H) BIN Muhammad al-Baqir (m. 114 H) bin Ali Zayn al
Abidin (m. 95 H) bin Husayn (m.61 H) bin Fatimah al-Zahra (m.11 H)
binti Muhammad Rasul Allah saw (Sayyid Mohd Fadhil t.th: ;al-Saqqaf
1964: 14).
Salsilah keturunan di atas telah disahkan oleh Syed Fadhil (2018).
Syed Fadhil adalah seorang guru berketurunan sayyid yang banyak
mengumpulkan data-data salasilah keturunan ulama silam Terengganu.
Catatan yang dipegang oleh beliau secara turun temurun diguna pakai
dalam memperihalkan salasilah keturunan ulama-ulama besar Terengganu.
Selain daripada itu, Engku Ibrahm (2016) menyatakan bahawa
salasilah ini merupakan sebuah salasilah lengkap berdasarkan laporan
buku -buku nasab Bani Alawi yang muktabar seperti Mashra al-Rawi
karangan Muhamad bin Abi Bakr al-Shili, Shams al Zahirah karangan
Abd al-Rahman al-Mashhur, Khidmah al-Ashirah karangan Ahmad Abd
Allah Al-Saqqaf dan sebagainya. Beliau juga ada menyatakan bahawa ia
telah disahkan oleh pusat-pusat pengumpulan nasab Bani Alawi seperti
Maktab Daimi dan Naqabatul Asyraf yang berpusat di Jakarta Indonesia
dan Persatuan Kebajikan Asyraf Malaysia cawangan Terengganu. Ia juga
menepati salasilah nasab al-Aydrus yang seia didimpan oleh sebilangan
zuriat beliau di Terengganu. Menurut penelitian pengkaji, salasilah Al-
Aydarus ini berada dalam generasi ke–34 selepas Rasulullah saw. Menurut
penganalisis biografi, Ismail Abdul Halim dan Wan Husin Wan Embong
bersama beberapa pengkaji lain mendapati bahawa generasi yang lebih
singkat jika dibandingkan dengan salasilah di atas. Menerusi Ismail Abdul
Halim (1981 : 3), keturunan al-Aydarus berada dalam generasi yang ke-31
selepas rasulullah saw. Manakala Wan Husin bin Wan Embong (1983 : 3)
ada mengetengahkan salasilah al-Aydarus bahawa kedudukannya lebih
singkat dan beliau mendapati berada dalam generasi yang ke-29.
Perbezaan ini mendapati ada beberapa perbezaan dan kekeliruan dalam
bilangan kedudukan sebenar keturunan al-Aydarus tetapi sekalipun tidak
ada pengkaji yang meragui pertalian nya dengan Rasulullah menerusi jurai
276 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

keturunan cucunda baginda Sayyidina Husayn r.a. Saiyid Muhammad al-


'Aidrus telah dilahirkan di sebuah perkampungan melayu Terengganu
dalam mukin cabang tiga, Kuala Terengganu (Khairuddin, 1992).
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa kampung ini telah dibuka
oleh Sayyid Muhammad Bin Ahmad al-Aydarus iaitu datuk al-Aydarus
dari sebelah ibunya. Beliau telah berpindah ke Cabang Bersama
keluarganya (Aqila Mamat, 2010). Menurut sumber Wan Husin Wan
Embun (1982), beliau menyatakan melalui catatatn Sayyid Muhammad
Kamil Bin Engku Bijaya Sura, al-Aydarus di lahirkan pada malam datuk
sebelah ibunya iaitu Sayyid Muhammad Bin Ahmad meninggal dunia.
Tarikh meninggal Sayyid Muhammd Bin Ahmad dapat dipastikan dari
catatan tarikh kewatan pada nisan makamnya yang terletak di perkuburan
makam lama cabang tiga, Kuala Terengganu.Justeru itu, setakat ini
didapati keseluruhan pengkaji meletakkan tarikh kelahiran al-Aydarus
pada malam khamis pada 21 Rejab 1209 H/12 Februari 1795 M (Engku
Ibrahim, 2016; Ambak Bin Ismail, 1987 ; Wan Husin Wan Embong, 1981 ;
Khairuddin Hj Muhammad, 1992).

KEKELUARGAAN SAYYID MUHAMMAD BIN ZAYN AL


ABIDIN (TOK KU TUAN BESAR)

Dalam kajian Wan Mohd Shaghir (2006) menyebut bahawa catatan


pertama yang dibuat oleh Kadi Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-
Fathani mengatakan bahawa ayah Saiyid Zainal 'Abidin al-'Aidrus
bernama Saiyid Husein bin Saiyid Mustafa al-'Aidrus. Maklumat pertama
ini bertepatan dengan salsilah yang beliau perolehi daripada Saiyid 'Abdur
Rahman di Kuala Terengganu di mana beliau sendiri telah melakukan sesi
temu bual pada hari Sabtu 12 Jamadilakhir 1411H/29 Disember 1990).
Perbezaan yang wujud hanya pada nama Saiyid Syeikh dengan nama
Saiyid Husein sahaja. Setakat kajian yang telah dibuat oleh Engku Ibrahim
(2016) menyatakan bahawa sejarah kehidupan bapa kepada Tok Ku Tuan
Besar masih lagi belum ditemui walhal disebabkan kemugkinan beliau
bukanlah tokoh besar di kalangan bani Alawi yang datang daripada
Hadramaut dan telah meninggal pada usia yang muda tetapi digambarkan
seorang individu yang sangat berpegang teguh dengan agama dan sangat
menitikberatkan tentang sesuatu ilmu pengetahuan. Perkara ini dapat
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 277

dibuktikan bahawa bapa mertua kepada al-Aydarus telah memberikan


pendidikan agama yang cukup kepada bakal menantunya dengan
menghantarnya belajar ke Mekah apabila sudah berkemampuan sebelum
bapa mertuanya berangkat dan belayar ke Semarang Indonesia dan telah
meninggal dunia di sana (Wan Husin Wan Embong: 1983). Keseluruahn
zuriat Zayn al Abidin adalah menerusi anak tunggal beliau iaitu Tok Ku
Tuan Besar.
Menurut sumber keluarga al-Aydarus Terengganu dan Hadramaut ada
menyatakan bahawa Husayn bin Mustafa mempunyai empat orang anak
iaitu Shaykh , Ahmad (Ghanim bin Muhammad Ghanim, Muhammad dan
Zayn al-Abidin (Ghanim bin Muhammad Ghanim, 1351 ; Syed Muhd
Fadhil). Zayn al-Abidin dan Muhammad yang telah berhijrah ke
Terengganu dan telah mengembangkan zuriatnya. Shaykh pula telah
menetap di Yaman tetapi dua orang anaknya iaitu Umar dan Abd Allah.
Adapun zuriat Umar telah berkembang di Melaka manakala Umar tidak
meninggalkan zuriat lantaran telah meninggal dunia di Indonesia. Ahmad
pula telah menetap di Yaman manakala zuriatnya iaitu Zayn al-Abidin
telah berkembang di Pulau Pinang. Selain perkembangan zuriat Zayn al-
Abidin di Pulau Pinang, zuriat Zayn al-Abidin bin Ahmad juga telah
berkembang di Perak, Surabaya dan Jakarta. Sekaligus memberi maksud
bahawa perkembangan zuriat Husayn bin Mustafa al-Aydarus telah
memberi gambaran bahawa keturunan dan kekeluargaan beliau di Alam
Melayu tidak asing lagi sehingga kini zuriat Husayn di sekitar Malaysia
dan Indonesia telah berkembang luas dan sebahagian besar juga masih ada
dan menetap di Tarim Hadramaut (Sayyid Mohd Fadhil, 2010).
Wan Husin bin Wan Embong (1983) dalam kajiannya turut
menyelaraskan dan menerima dua pandangan mengenai penghijrahan
Sayyid Zayn al-Abidin dating ke bumi Terengganu. Menurut pandangan
menyatakan bahawa Sayyid Zayn al-Abidin dating ke Terengganu
disebabkan ingin mencari bapa sepupunya Sayyid Muhammad bin Ahmad
yang telah berhijrah dari Tarim, Hadramaut. Pandangan kedua juga ada
menyatakan bahawa tujuan Sayyid Zayn al-Abidin ke Terengganu adalah
bertujuan untuk perniagaan beras. Beliau sering berulang -alik dari Pulau
Jawa ke bumi Terengganu dengan menaiki perahu layar. Pandangan ini
diperkuatkan dan diterima lantaran kebanyakan bani Alawi di Nusantara
278 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

adalah pedagang yang menjalankan aktiviti perdagangan di serata


Nusantara.
Perkara ini juga dapat mengetengahkan bahawa Sayyid Zayn al-
Abidin berhjrah ke Terengganu hanya semata-mata untuk berniaga beras
tanpa melakukan dakwah adalah tidak selari dengan tujuan utama Bani
Alawi berhjrah ke Alam Melayu. Hal ini dapat dirungkaikan bahawa
antara sebab utama mereka berhijrah ke Alam Melayu di sebabkan ingin
memperluaskan dan memperkembangkan agama Islam dan perniagaan
yang mereka lakukan adalah sebagai perantara sampingan dalam mereka
melakukan dakwah ( Muhammad Hassan al-Aydarus, 1996). Perkara ini
juga diperkuatkan lagi dengan bahawa penghijrahan mereka bukanlah
ingin mengaut keuntungan material semata-mata. Hal ini dapat dipastikan
bahawa mereka terus menetap dan beranak pinak di sini dan hasil
keuntungan yang mereka perolehi tidak dikembalikan ke tempat asal
mereka
Dalam kajian Engku Ibrahim (2016), beliau juga menyatakan bahawa
ibu kepada al-Aydarus merupakan seorang wanita tempatan yang telah
lama menetap di Terengganu. Beliau adalah Syarifah Aisyah binti Sayyid
Muhammad al-Aydarus dengan gelaran Tuan Hitam oleh masyarakat
tempatan ketika itu. Bapanya iaitu Sayyid Muhammad al-Aydarus dikenali
sebagai Tok Ku Makam Lama dan ibunya merupakan seorang wanita yang
berketurunan seorang anak pembesar Terengganu yang bernama Wan
Selamah anak kepada Dato Bukit Dato (Akila Mamat: 2010).
Dalam hal ini, Engku Ibrahim (2016) juga ada menyatakan bahawa
berdasarkan laporan lisan dan catatan bertulis daripada zuriat al-Aydarus
di Terengganu ada menyatakan al-Aydarus telah menikahi empat orang
wanita tempatan sempanjang hayat hidupnya. Isteri-isteri beliau ialah
Hajjah Aminah, Che Esah atau Che Chik Pulau Rusa, Che Safiah Pulau
Ketam dan Tuan Mandak binti Sayyid Aydarus al-Aydarus (Wan Husin
Wan Embong, 1983). Engku Ibrahim (2016) turut menyatakan
menyatakan bahawa susunan isteri-isteri al Aydarus belum dapat diketahui
keyakinanya kerana berdasarkan kronologi masa selain daripada isteri
pertama al-Aydarus iaitu yang bernama Hajjah Aminah.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 279

KEWAFATAN SAYYID MUHAMMAD BIN ZAYN AL ABIDIN


(TOK KU TUAN BESAR)

Menurut sumber-sumber catatatan lama juga ada melaporkan bahawa


tarikh kewafatan al-Aydarus pada tahun 1295 H semasa pemerintahan
Sultan Ahmad II (1875-1881). Mengenai tarikh kewafatan al-Aydarus
mempunya perbezaan pendapat antaranya menurut Hj. Muhammad bin
Abd Malik pada bahgian tepi kitab Sabil al-Muhtadin miliknya telah
diketengahkan oleh Shafie Ab Bakar (1989) mencatatkan bahawa tahun
kewafatan al-Aydarus pada tahun 1294.

SUMBANGAN SAYYID MUHAMMAD BIN ZAYN AL ABIDIN


(TOK KU TUAN BESAR)

Tok Ku Tuan Besar adalah seorang individu yang sangat terkenal dan
masyur dikalangan masyrakat di negeri Terengganu. Sumbangan dan jasa
beliau dalam menyebarkan agama islam dan pentadbiran di negeri
Terengganu telah menjadikan negeri Terengganu berpegang kuat dengan
syariat islam. Engku Ibrahim (2016) ada menyatakan bahawa selepas al-
Aydarus selesai menamatkan pengajian ilmu di Timur Tengah, beliau
mula turun kepada masyarakat dengan membuka kelas pengajian agama di
sebuah surau di kampung tempat beliau dilahirkan iaitu di Cabang Tiga,
Kuala Terengganu. Pengajian beliau di kampung Cabang Tiga telah
mendapat tarikan oleh masyarakat umum dan menjadi masyur di negeri
Terengganu. Wan Husin (1991) turut menyatakan bahawa pengajian al-
Aydarus telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari luar negeri seperti Pahang
dan Kelantan. Sejarah telah merakamkan bahawa lebih kurang seribu
orang pelajar tempatan dan luar negeri telah hadir ke dalam pengajiannya
(Ghanim t, th).
Selain itu juga, al-Aydarus telah mengetuai dewan ulama negeri
Terengganu. Menurut Engku Ibrahim (2016) mengatakan bahawa dewan
ulama ini adalah merupakan sebuah institusi yang sangat penting di dalam
Negeri Terengganu. Ia telah dianggotai oleh ulama-ulama tempatan dan
dketuai oleh ketua ulama yang digelar shaykh al-ulama. Tujuan
penubuhannya adalah bertujuan untuk memastikan pentadbiran negeri
berjalan dengan baik dengan mengikut undang-undang yang berasaskan
280 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

agama selain bertindak sebagai penasihat sultan dan urusan keagamaan


dan pentadbiran (Wan Husin Wan Embong , 1983). Dalam bidang
kewibawaan agama dan Syariah negeri, status shaykh al-ulama adalah
lebih tinggi daripada mufti dan shaykh al-Islam (Engku Ibrahim, 2016;
Muhammad Yusof Hashim, 1991)
Al-Aydarus merupakan seorang tokoh ulama Terengganu yang
pertama yang telah dilantik memegang jawatan sebagai ketua ulama
negeri dan digelarkan Shaykh Al-Ulama Tuan Besar Paduka Indera.
Selepas kewafatan al-Aydarus ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal
Abidin III (1881-1918), jawatan Shaykh al-ulama telah diberikan kepada
anak kedua beliau iaitu Sayyid Abd al-Rahman atau dikenali sebagai Tok
Ku Paloh. Selepas kewafatan Tok Ku Paloh, jawatan tersebut telah
diserahkan kepada anaknya yang bernama Sayyid Abu Bakar bin Sayyid
Abd al-Rahman ( Mohamad Yusof Hasyim, 1991).
Peranan dewan ulama pada ketika itu telah membawa kepada
kedudukan perlembagaan negeri Terengganu ketika itu sangat tinggi. Di
bawah kepimpinan al-Aydarus ini telah menjdikan pentadbiran negeri
berjalan selari dengan ajaran islam dan undang-undang jenayah Islam
seperti hudud, qisas dan takzir telah dilakukan secara menyeluruh di
negeri Terengganu. Dengan pemerintahan mengikut syariat islam telah
menjadikan negeri Terengganu sebuah negeri yang sangat maju dan aman
pada ketika itu (Yusof Embong, 1992).
Al-Aydarus juga telah menjadi penguasa tempatan kepada baginda
sultan. Al-Aydarus telah diberikan kuasa untuk mentadbir mukim Cabang
Tiga dan Kawasan sekitarnya. Golongan ulama telah dibuktikan bahawa
tugas mereka bukan hanya sahaja berdakwah tetapi mereka sangat
memainkan peranan dalam aspek pentadbiran, penggubalan dasar dan
ekonomi dalam negeri Terengganu ini. Selain itu juga, mereka juga
berperanan dalam menjadi ahli dalam Jemaah Mesyuarat dan pangkun
negeri dalam merangka serta melaksanakan undang-undang dalam negeri
(Rahmat Saripah, 1991).

KESIMPULAN

Dapat dirumuskan bahawa TKTB adalah seorang ulama besar yang


mempunyai jalur keturunan nasab Rasulullah SAW dan beliau mempunyai
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 281

pengaruh yang cukup kuat di kalangan masyarakat Terengganu satu ketika


dahulu. Ketokohan dan keunggulan beliau wajar dijadikan model dan
idola bagi masyarakat Islam hari ini untuk mendalami pelbagai ilmu
agama bagi memimpin masyarakat Islam khususnya Terengganu agar
kembali pada ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

PERAKUAN

Kertas kerja ini adalah hasil daripada pembiayaan dana penyelidikan di


bawah kod UniSZA/2017/SRGS/20.

RUJUKAN

Muhammad Salleh Awang, Terengganu dari Bentuk Sejarah, hlm. 188.


Shafie Abu Bakar. Sheikh Abdul Malek bin Abdullah dan Karangan-
karangannya: 71.
Engku Ibrahim. 2016. Sayyid Muhammad Bin Zayn Al-Abidin Al-
Aydarus dan Pemikiran Ketuhanan Dalam Jawahir Al-Saniyyah,
Universiti Sultan Zainal Abidin.
Wan Husin Wan Embong. 1983. Satu Analisa Pemikiran dan Peranan
Sayyid Muhammad bin Zayn al-Abidin al-Aydarus (Tok Ku Tuan
Besar Terengganu) Dalam Perkembangan Islam di Terengganu.
Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syed Omar Syed Ahmad, 2010. Biodata Tok Ku Tuan Besar , Kampung
Cabang Tiga Kuala Terengganu. Temubual, 15 ogos.
Syed Mohd Fadil Syed Omar. 2010. Biodata Tok Ku Tuan Besar,
Kampung Cabang Tiga Kuala Terengganu. Temubual, 15 November.
Syed Hadzrullatfi Syed Omar. 2018. Temubual di Blok Khalid, Universiti
Sultan Zainal Abidin pada 1 September 2018 jam 11 pagi..
282 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Faktor Peranan Ulama dalam Perjuangan


Menentang Penjajah: Pengalaman
Badiuzzaman Sa’id al-Nursi
MOHAMAD ZAIDIN MAT @ MOHAMAD

PENGENALAN

Kehidupan al-Nursi selama 83 tahun (1877-1960) memaparkan sebuah


kehidupan yang panjang serta sarat dengan pengalaman, perjuangan dan
pengorbanan bagi mempertahankan kesucian akidah Islam. Ini
memandangkan tempoh tersebut adalah zaman yang begitu tragis dalam
lipatan sejarah dunia Islam dan dalam sejarah Turki secara khususnya.
Dalam jangka waktu selama hayat al-Nursi iaitu kira-kira 83 tahun, beliau
telah melalui lima bentuk pemerintahan yang setiap satunya mempunyai
ciri-ciri dan kelainannya yang tersendiri. Bermula dengan Pra-
Kolonialisme, iaitu era kelemahan Daulah Uthmaniyyah dan keterlibatan
Daulah Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I; Kolonialisme, iaitu era yang
ditandai dengan dan pendudukan Inggeris di Istanbul dan yang terakhir
Pasca-Kolonialisme dengan terasasnya Republik Turki menggantikan
Daulah Uthmaniyyah dan pelaksanaan dasar sekular dalam kehidupan
masyarakat.

ZAMAN PRA-KOLONIALISME

Era ini bermula dari tahun kelahiran, iaitu 1877 sehingga ke tahun 1918.
Empat variasi perjuangan al-Nursi dalam era ini dilihat sebagai
keprihatinan dan kesungguhan beliau dalam menanggapi kemelut
masyarakat dan perubahan pentadbiran ketika itu. 1 Secara ringkasnya,
perjuangan al-Nursi ketika itu difokuskan kepada pemerkasaan sistem
pendidikan, keterlibatan politik dan perjuangan dalam Perang Dunia I.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 283

Pendidikan

Memahami kepentingan ilmu dan kelemahan sistem pendidikan yang


dipraktikkan ketika itu, mendorong al-Nursi mengetengahkan idea
penubuhan Madarasat al-Zahra’. Al-Nursi, berdasarkan pengalaman
sebagai murid dan guru, melihat betapa perlunya perubahan dalam
pendidikan negara, khususnya corak pendidikan agama (medresse) di
Timur Turki. Antara perkara teras yang dikritik beliau ialah pengasingan
ilmu agama dan subjek-subjek sains moden. Dalam sistem pendidikan
agama, subjek-subjek sains moden tidak diajar dan sebaliknya subjek-
subjek agama dianggap kolot oleh sekolah-sekolah beraliran moden
(mekteb). 2 Al-Nursi juga mengkritik sistem tarekat yang tidak bersifat
waqi’i dan kemasyarakatan. Kritikan seperti ini sebenarnya adalah satu
fenomena biasa yang berlaku di akhir pemerintahan kerajaan Uthmani
apabila kerajaan dilihat gagal untuk menyaingi kemajuan dan kekuatan
Barat.3
Pengasingan ini telah menyempitkan konsep ibadat dalam Islam
sehingga melemahkan aspek-aspek politik, sosial dan akhlak.4 Masyarakat
Islam ketika itu, dari sudut pengamalan agama mereka jauh menyimpang
dari generasi-generasi awal Uthmani yang berjaya mengangkat keagungan
dan kegemilangan kerajaan Uthmani. Keadaan ini diburukkan lagi dengan
penyelewengan dan kesilapan yang berlaku dalam pengamalan sebahagian
tarekat, khususnya yang melibatkan persoalan takdir. Natijahnya,
berlakulah secara berleluasa sifat tawakul (berserah tanpa berusaha) dan
malas dalam masyarakat. Keadaan ini juga membuka ruang yang cukup
selesa kepada kuasa asing untuk menjajah pemikiran dan dunia Islam
ketika itu. Sebagai contoh, setelah menawan Mesir, Napoleon telah
‘mengingatkan’ masyarakat Islam bahawa penjajahan dan penaklukan
yang berlaku ke atas mereka adalah kerana takdir Allah. Maka sesiapa
yang menentang keadaan ini seolah-olah menentang takdir Allah. 5 Ini
menggambarkan tahap pemikiran umat Islam yang begitu terpesong dari
ajaran Islam yang sebenar.
Ini menjelaskan pengasingan antara ilmu agama dan sains moden
tidak akan membantu pembangunan negara, bahkan, hanya membawa
kepada perbalahan dan perpecahan antara golongan agama dan golongan
berpendidikan moden. Situasi negatif seperti ini perlu dihapuskan kerana
284 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

negara ketika itu, begitu memerlukan perpaduan, kesatuan warganegara


dan kemunculan golongan yang menguasai kedua-dua bidang ilmu untuk
membangunkan negara dan menyaingi kekuatan kuasa-kuasa asing.6 Al-
Nursi begitu optimis dengan pengintegrasian antara sekolah agama,
tarekat dan sekolah moden, matlamat yang disasarkan akan dapat dicapai.
Beliau pernah menegaskan, “ilmu agama adalah sinaran bagi hati dan ilmu
sains adalah cahaya akal”.7
Sebagai jalan keluar, al-Nursi telah membawa idea Madrasat al-
Zahra’. Antara cadangan beliau bagi tujuan pembaikan dan pemurnian
sistem pendidikan negara ialah guru-guru yang ditugaskan mengajar
perlulah disaring dan dipilih. Mereka yang benar-benar berkelayakan akan
diterima. Guru-guru ini juga hendaklah memiliki kemahiran
berkomunikasi dalam bahasa atau dialek masyarakat tempatan kerana
antara kegagalan pendidikan ketika itu ialah masalah komunikasi antara
guru dan murid. Di samping itu, gaya pengajaran perlu disesuaikan dengan
keadaan semasa dengan mendedahkan pelajar kepada pembelajaran yang
bersifat interaksi dua hala. Untuk itu, al-Nursi menyarankan bentuk-
bentuk pengajaran yang boleh menajamkan fikiran, membuka minda dan
lebih terbuka menerima teguran dan kritikan seperti dialog dan debat perlu
diberi perhatian dan keutamaan.8
Gagasan idea ini bukan hanya retorik dan idealistik semata-mata. Al-
Nursi sendiri mempraktikkan sistem ini di sekolahnya, Madrasah Khur
Khur.9 Atas kejayaan dan natijah yang positif di sekolah tersebut, beliau
ingin membawa idea Madrasat al-Zahra’ ke arah pelaksanaannya di
seluruh kerajaan Uthmani, khususnya di Timur Turki. Niat yang ikhlas
serta keazaman yang tinggi untuk melihat lahirnya generasi berilmu,
memberikan semangat kepada al-Nursi untuk menghadapi pelbagai
kesulitan dan rintangan ketika menyampaikan idea tersebut. Setelah
berjaya menjelaskan idea di Timur Turki, beliau seterusnya mengambil
keputusan untuk membawa idea tersebut ke Istanbul yang ketika itu adalah
pusat pentadbiran negara.
Berdasarkan beberapa sumber, al-Nursi ke Istanbul sebanyak dua kali,
iaitu dalam tahun 1896 10 dan 1907. Walau bagaimanapun, pemergian
beliau yang kedua dilihat lebih berjaya. Ketika menginap di Shikerji Khan,
al-Nursi mengambil kesempatan menerangkan idea pembaharuan
pendidikannya kepada golongan awam dan intelek, di samping menjawab
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 285

soalan-soalan dalam pelbagai bidang ilmu yang diajukan padanya. Selepas


berpuas hati dengan dialog terbuka ini, al-Nursi berpeluang pula
menghadap Sultan ‘Abd al-Hamid II. Peluang ini digunakan untuk
menjelaskan idea pendidikan beliau, memohon bantuan kerajaan dalam
aspek pelaksanaannya serta membuat teguran dalam beberapa aspek yang
berkaitan dengan polisi pentadbiran 11 . Walaupun cadangan al-Nursi
mendapat perhatian Sultan, keadaan kegawatan ekonomi khususnya
perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan akibat peperangan,
menyebabkan tuntutan itu terpaksa dipinggirkan dahulu.
Ketika mengiringi Sultan Muhammad Rashad ke Rumeili pada tahun
1911, al-Nursi sekali lagi mengutarakan idea pendidikan beliau kepada
Sultan dan beberapa orang pimpinan negara yang lain. Akhirnya,
cadangan tersebut dipersetujui. Malahan peruntukan pembinaan sebuah
universiti di Kosovo yang terpaksa dihentikan selepas kota tersebut jatuh
ke tangan Rusia dalam Perang Balkan Pertama, 12 diarahkan untuk
digunakan bagi pembinaan sebuah universiti seperti yang dicadangkan al-
Nursi. Walaupun batu asas telah diletakkan di Edremit,13 projek ini sekali
lagi gagal dalam pelaksanaannya disebabkan meletusnya Perang Dunia
Pertama (PDI).14
Pada tahun 1922, setelah Perang Kemerdekaan Turki, Inggeris
berjaya dihalau keluar dari Istanbul, al-Nursi ketika itu membangkitkan
sekali lagi idea Madrasah al-Zahra’ di parlimen. Kepentingan idea tersebut
adalah untuk mengisi kemerdekaan dan pembangunan kerajaan Uthmani
serta sebagai penghargaan di atas ketokohan dan sumbangan besar al-
Nursi terhadap kebangkitan perjuangan rakyat menentang Inggeris. Oleh
itu, cadangan yang dikemukakan beliau mendapat sokongan padu ahli
perwakilan. Peruntukan sebanyak 150 ribu lira juga telah diluluskan ke
arah menjayakan idea Madrasat al-Zahra’. 15 Namun begitu, polisi
pentadbiran negara yang menekankan dasar sekular telah membantutkan
usaha perlaksanaan Madrasat al-Zahra’.16

Pentadbiran

Perlembagaan negara yang lebih dikenali sebagai Mashrutiyyah dalam


sejarah kerajaan Uthmani merujuk kepada pentadbiran Sultan ‘Abd al-
Hamid II. Pada 31 Disember 1876, buat pertama kalinya baginda
286 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

mengisytiharkan perlembagaan negara atas tekanan politik dalaman yang


dimainkan oleh golongan cUthmani Muda (Young Ottoman) di bawah
pimpinan Midhat Basha. Di samping itu, kuasa-kuasa asing juga membuat
desakan untuk campurtangan atas alasan untuk menjaga kepentingan
golongan minoriti Kristian. 17 Penentangan terhadap kuasa asing dengan
menggunakan kekuatan ketenteraan adalah agak mustahil dan Sultan
terpaksa menggunakan helah diplomasi bagi mengelakkan pergolakan dan
kekacauan. 18 Pengisytiharan ini membawa kepada pelaksanaan majlis
persidangan perwakilan parlimen. Sistem perlembagaan ini, meskipun
mirip kepada undang-undang Eropah, namun ia direka dan dibentuk oleh
Sultan. Ringkasnya, sistem parlimen ini dilaksanakan di bawah perkenan
baginda sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah Sultan mempunyai kuasa untuk
membubarkan parlimen, melantik menteri, mengadakan pilihanraya,
mengisytiharkan darurat, perang dan sebagainya.19
Kelemahan pentadbiran serta kecurigaan terhadap beberapa anggota
kabinet, khususnya Midhat Basha20 sebagai Sadr al-Aczam21 yang dilihat
mempunyai hubungan dengan konspirasi yang didalangi oleh negara-
negara asing mendorong Sultan menggantungkan parlimen negara setelah
dua tahun dilaksanakan.22 Oleh itu, Sultan kembali berkuasa sepenuhnya.
Setelah mentadbir kerajaan selama hampir 33 tahun dengan pelbagai
cabaran dan tekanan, akhirnya Sultan sekali lagi terpaksa mengisytiharkan
perlembagaan pada 23 Julai 1908.23
Secara umumnya, pengisytiharan Perlembagaan ketika itu membawa
kepada beberapa pindaaan terhadap Perlembagaan 1876 bagi tujuan
membataskan kuasa Sultan sehingga Sultan boleh dikatakan “reigned but
no longer ruled”.24 Pada masa yang sama, ia menyebabkan munculnya
beberapa parti politik yang memperjuangkan ideologi masing-masing.
Antara parti yang terbesar ialah Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi (Party of
Union and Progress) 25 dan Parti Liberal (Party of Ottoman Liberals).
Menurut Feroz Ahmad, kedua-dua parti ini berasal daripada Gerakan
Turki Muda (Young Turk Movement) yang berjuang untuk menjatuhkan
kuasa Sultan. Parti Liberal dikuasai oleh golongan elit yang melihat kuasa
pentadbiran perlu diserahkan kepada golongan elit negara seperti yang
berlaku di era Tanzimat. Manakala Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi melihat
akan perlunya limitasi kuasa daripada Sultan dan golongan elit. Parti ini
dilihat mewakili masyarakat awam khususnya kelas pertengahan rendah
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 287

yang banyak terkesan dengan kelembapan ekonomi negara ketika itu. Parti
Liberal yang dipimpin oleh Putera Sabah al-Din26 pula memperjuangkan
konsep desentralisasi pentadbiran yang melihat akan perlunya kuasa
autonomi diberikan kepada wilayah-wilayah. Dengan sokongan majoriti,
Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi telah memenangi pilihan raya umum
pertama pada November-Disember 1908.27
Ketika ini, al-Nursi aktif dalam politik. Beliau berpendapat reformasi
perlu dilakukan bukan sahaja dalam bidang pendidikan, bahkan juga
dalam pentadbiran negara. Kecenderungan idea politik beliau pada masa
ini dipengaruhi oleh perkembangan politik semasa dunia Islam dan
saranan-saranan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh pembaharuan Islam
seperti al-Afghani28 dan Muhammad cAbduh.29
Sebelum perlembagaan diisytiharkan, al-Nursi adalah antara mereka
yang memperjuangkan kebebasan negara melalui pengisytiharan
perlembagaan. Pandangan beliau ini mempunyai persamaan secara
dasarnya dengan apa yang pernah diperjuangkan oleh Namik Kemal. 30
Perlembagaan dan demokrasi adalah manifestasi ayat-ayat al-Qur’an yang
menyeru kepada shura. 31 Beliau melihat pengisytiharan tersebut adalah
satu anugerah yang besar dan semestinya diisi dengan pelaksanaan syariat
Islam. Dengan kata lain, perlembagaan yang berteraskan syariat dan
bukannya berpaksikan kepada undang-undang Barat. Beliau seringkali
mengingatkan akan pentingnya syariat ke arah pembinaan negara yang
kuat. Pengabaian terhadap syariat menurut beliau, pastinya akan
mengundang kezaliman dan kekerasan dan akhirnya kebebasan yang
diperolehi akan musnah dan menjadi sia-sia. Syariat sememangnya
bersifat dinamis dan mampu berkembang selari dengan tuntuan dan
peredaran zaman.32 Syariat juga mampu memacu kemajuan bangsa dengan
lebih cepat.33
Pada peringkat awal pengisytiharan, al-Nursi dilihat mempunyai
hubungan yang agak rapat dengan pimpinan Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi
kerana prinsip perjuangan beliau yang menekankan ‘syura, persaudaraan
dan keadilan’ adalah selari dengan slogan Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi
iaitu ‘kebebasan, persamaan dan persaudaraan’. Sungguhpun demikian,
setelah menyedari matlamat sebenar Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi, al-
Nursi mengambil keputusan memisahkan diri dari parti itu. Beliau selepas
itu dilihat banyak melakukan kritikan terhadap pentadbiran Parti al-Ittihad
288 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

wa al-Taraqqi. Diakui aspek-aspek seperti pendidikan dan ekonomi yang


dibangunkan oleh Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi perlu diberi penghargaan.
Kerajaan ketika itu sememangnya meletakkan bidang pendidikan sebagai
teras reformasi, mengatasi pentadbiran dan ketenteraan.34 Namun begitu,
dukungan kerajaan terhadap fahaman sekularisme yang memisahkan
pemerintahan dan agama ditentang secara lantang oleh al-Nursi. Beliau
menggunakan pelbagai saluran untuk memperjuangkan Perlembagaan
Islam dan membuat teguran kepada pemerintah. Dialog dengan pimpinan
kerajaan, pidato kepada masyarakat awam serta tulisan di dalam pelbagai
akhbar dan majalah seperti Tanin, Ikdam, Volkan, Mizan, Misbah dan
Serbesti menjadi platform beliau ketika itu.35
Menurut Shaw, bukan al-Nursi dan Tullab al-Nur (pengikut al-Nursi)
sahaja yang menentang pemerintahan al-Ittihad wa al-Taraqqi, bahkan
penentangan tersebut juga melibatkan beberapa kumpulan dan tokoh Islam
yang lain seperti Pertubuhan Pendidikan Islam yang dipimpin oleh
Mustafa Sabri 36 dan sebuah kumpulan yang terdiri daripada golongan
intelektual Islam yang diketuai oleh Muhammad cAkif.37 Di samping itu,
sebuah kumpulan konservatif Islam yang menjadikan akhbar bulanan
mereka, Sirat al-Mustaqim (kemudiannya ditukarkan kepada Sabil al-
Rashad) juga menunjukkan bangkangan terhadap pentadbiran al-Ittihad
wa al-Taraqqi.38 Kesannya, media cetak seperti akhbar, buku dan majalah
yang menjadi medium kritikan dan bantahan terhadap kerajaan,
berkembang dengan pesat. Di samping itu, demonstrasi dan perhimpunan
bersifat politik menjadi fenomena biasa di bandar-bandar besar.39
Al-Nursi kemudiannya menyokong Parti al-Ittihad al-Muhammadi40
dalam usaha memberi penerangan akan kepentingan syariat Islam,
memantau dan memastikan agar parti yang menggunakan nama Rasulullah
s.a.w. ini sentiasa berada di landasan yang betul. Sekiranya tidak, ia akan
menjadi bahan fitnah dan boleh menghina kesucian Rasulullah s.a.w.
Sokongan beliau kepada parti ini yang dipimpin oleh Darwish Wihdati41
tidak membataskan beliau dari membuat teguran kepada semua pihak,
termasuklah Darwish Wihdati sendiri yang agak keras tulisannya. 42 Ini
boleh menimbulkan kekacauan dalam masyarakat. Bagi al-Nursi, syariat
Islam perlu diperjuangkan dan fahaman sekular dan atheis perlu ditentang.
Namun begitu, perjuangan dan penentangan perlulah dalam lingkungan
adab-adab Islami dan jauh dari kekerasan dan rusuhan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 289

Perlu dinyatakan di sini, ketegasan al-Nursi dalam memperjuangkan


perlembagaan berteraskan syariat dan penentangan beliau terhadap
fahaman sekular yang menjajari pemikiran masyarakat dan pimpinan
negara ketika itu, bukanlah bermakna beliau menolak Barat secara total.
Beliau melihat dunia Islam begitu memerlukan kemajuan material dalam
mengisi kebebasan dan membina peradaban. Namun begitu, kemajuan
material yang dibawa oleh Barat perlu disaring oleh syariat supaya ia
benar-benar memberi manfaat kepada ummah. Dalam aspek ini, al-Nursi
melihat negara Jepun sebagai contoh kerana masih mengekalkan budaya
asal ketika mencedok kemajuan Barat. 43 Pemerhatian al-Nursi ini
membuktikan pemikiran beliau yang kritikal dan pemerhatian mendalam
terhadap hubungan diplomatik yang sedang terjalin antara kerajaan
Uthmani dan negara Jepun ketika itu.44
Pelbagai faktor yang saling berkaitan dan kemarahan masyarakat
Islam terhadap pentadbiran Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi yang telah
memuncak, akhirnya meletuslah satu tragedi yang dikenali sebagai
Tragedi 13 April 1909. Hubungan al-Nursi dengan Parti al-Ittihad al-
Muhammadi dan kritikan-kritikan tajam beliau terhadap parti pemerintah
dijadikan asas penahanan dan pembabitan beliau dalam peristiwa
tersebut. 45 Sungguhpun demikian, ketika perbicaraan, al-Nursi
mempertahankan dirinya dan menafikan keterlibatan beliau dalam rusuhan
13 April 1909. Beliau menegaskan bahawa rusuhan bukanlah caranya
untuk memperjuangkan syariat dan beliau juga membuktikan dirinya telah
beberapa kali bertindak sebagai pendamai dan berjaya menggagalkan
pergaduhan dan rusuhan dari tercetus antara penyokong beberapa
kumpulan politik.46 Dengan hujah al-Nursi yang mantap serta kegagalan
pihak pendakwa dalam pembuktian membawa kepada pembebasan beliau.

Komander Pasukan Topi Bulu

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama (PDI), al-Nursi dilantik


menganggotai Tashkilat Makhsusah47. Beliau ditugaskan menyampaikan
fatwa jihad kerajaan Uthmani kepada mujahidin-mujahidin Islam di Libya
yang dipimpin oleh Shaykh al-Sanusi. 48 Dalam PDI, kawasan Caucasus
menjadi medan pertempuran yang sengit antara tentera kerajaan Uthmani
dan tentera Rusia-Armenia. Al-Nursi mendapat penghormatan kerajaan
290 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

dengan tugasan sebagai panglima pasukan sukarelawan dari Timur.


Pasukan pimpinan al-Nursi yang jumlahnya melebihi 5000 orang lebih
dikenali sebagai The Felt Hats. Pasukan ini amat digeruni oleh pihak
musuh kerana semangat jihad yang tinggi, kemahiran menembak dan
menunggang kuda.49 Pasukan ini seringkali menggempur kekuatan musuh
secara perang gerila. Walaupun bilangan tentera musuh dan kelengkapan
persenjataan mereka jauh lebih baik berbanding The Felt Hats, pasukan ini
telah menghadapi tentera Rusia-Armenia dengan berani dan berjaya
melambatkan kemaraan mereka.
Keistimewaan The Felt Hats membuktikan kejayaan kepimpinan al-
Nursi. Antara pendekatan utama yang dilaksanakan al-Nursi dalam
melahirkan pejuang-pejuang yang kental atau apa yang dinamakan sebagai
rahbanun bi al-layl wa fursanun bi al-nahar (rahib di waktu malam dan
prajurit di waktu siang) ialah dengan menerapkan disiplin yang tinggi
kepada pasukannya. Madrasah Khur Khur dijadikan seperti kem latihan
tentera yang dipenuhi dengan alat persenjataan seperti senapang mauser,
pedang dan belati. Kitab-kitab juga dilihat memenuhi sama ruangan
madrasah tersebut. Biarpun berada di kancah peperangan dan nyawa
terdedah kepada ancaman, beliau tetap memberikan kuliah-kuliah agama,
khususnya tafsir al-Qur’an. 50 Ini terbukti dengan terhasilnya dalam
tempoh tersebut sebuah karya berbahasa Arab yang berjudul Isharat al-
Icjaz.51
Al-Nursi juga amat menekankan aplikasi adab-adab peperangan
dalam Islam. Sebagai contohnya, al-Nursi tidak membenarkan tawanan
yang terdiri dari kaum wanita dan kanak-kanak Armenia52 diperlakukan
sewenang-wenangnya. Tawanan ini akhirnya dibebaskan oleh al-Nursi.
Menurut beliau, golongan tersebut tidak boleh dipertanggungjawabkan di
atas tindakan kejam tentera-tentera Armenia yang telah membelot dengan
membantu tentera Rusia 53 serta membunuh kanak-kanak Islam. Adab
Islami ini cukup memberi kesan kepada tentera Armenia sehingga mereka
juga tidak mencederakan masyarakat awam Islam yang tidak berdosa.54
Setelah bersungguh-sungguh mempertahankan kawasan Timur dari
serangan musuh, namun akhirnya kemaraan musuh tidak lagi mampu
disekat dan akhirnya Gewash, kubu terakhir umat Islam di kawasan timur
berada di bawah tentera Rusia-Armenia. Kekalahan ini disebabkan tentera
asas dan bantuan yang tidak mencukupi, sistem komunikasi yang buruk
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 291

dan cuaca yang terlalu sejuk. 55 Al-Nursi sendiri telah ditangkap dan
dibawa ke Kosturma di Siberia. 56 Pengurungan beliau di dalam kem
tahanan selama hampir tiga tahun tidak sekali-kali menjadikan beliau
seorang yang murung dan berputus asa. Sebaliknya, aktiviti dakwah
diteruskan dengan memberikan kuliah-kuliah agama kepada tahanan-
tahanan yang lain. Bahkan, kesan dari usaha al-Nursi itu telah mendapat
reaksi positif pegawai penjara dan mereka akhirnya telah diberikan satu
bilik yang khusus untuk solat dan aktiviti pengajian.57
Revolusi Komunis58 yang melanda Rusia pada bulan Oktober 1917
telah mencetuskan kekacauan di beberapa wilayah Rusia, termasuklah di
Kosturma. al-Nursi mengambil kesempatan ini dengan memboloskan diri
dari kurungan pada tahun 1918. Pada Jun tahun yang sama, beliau
akhirnya berjaya pulang ke Istanbul. Kepulangan beliau mendapat liputan
media secara meluas.59
Pada 13 Ogos 1918, al-Nursi dilantik menganggotai Dar al-Hikmah
al-Islamiyyah 60 dengan peranan utamanya menyampaikan kebenaran
Islam dan menjawab persoalan dan keraguan yang ditimbulkan oleh Barat
secara khususnya. Beliau ketika ini banyak menghasilkan artikel dan
menerbitkan beberapa buah tulisan seperti Nuqtah min Macrifatillah Jalla
Jalaluh, Sanuhat dan Tulucat. Di samping itu, beliau juga aktif melibatkan
diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Kecemerlangan dan sumbangan besar
beliau kepada negara membawa kepada pengurniaan pingat kebesaran,
iaitu Makhraj.61

ZAMAN PENJAJAHAN

Kekalahan Kerajaan Uthmani dan pakatannya Jerman (The Central


Powers) dalam PDI membuka ruang yang cukup luas kepada musuh-
musuh politiknya untuk melaksanakan agenda sulit mereka. Beberapa
perjanjian yang digubal oleh Kuasa Berikat (The Tripple Entente) seperti
Perjanjian Mudros 62 dan Sevres 63 , jelas bertujuan untuk menghapuskan
kerajaan Uthmani. Apa yang berlaku ini membenarkan ramalan
sebahagian besar anggota kabinet kerajaan yang tidak bersetuju dengan
penglibatan kerajaan Uthmani dalam PDI. Namun begitu, akibat tekanan
dari Jerman, di samping pandangan beberapa orang pimpinan tertinggi
negara bahawa Jerman adalah negara Eropah paling kuat ketika itu dan
292 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

negara tersebut adalah satu-satunya kuasa yang dilihat dapat


mempertahankan kerajaan Uthmani daripada serangan Rusia khususnya di
Timur Anatolia. 64 Situasi kekalahan ini lebih mudah difahami dengan
gambaran yang dibawakan oleh Justin McCarthy, seorang profesor
Sejarah Timur Tengah bahawa kerugian yang ditanggung oleh kerajaan
Uthmani akibat kekalahan mereka tidak pernah dialami oleh mana-mana
bangsa yang lain.65

A-Khutuwwat al-Sitt

Perjanjian ini juga telah membawa kepada pendudukan Kuasa Berikat


yang diketuai Inggeris di Istanbul. Situasi yang dihadapi oleh kerajaan
Uthmani ketika itu, menurut al-Nursi adalah satu penghinaan kepada
agama dan negara. Ia juga menjelaskan pengkhianatan minoriti non
Muslim yang selama ini mengecapi kemakmuran di bawah naungan
kerajaan Uthmani. Orang Armenia, Yahudi dan Greek telah menyambut
kedatangan penjajah ke bumi Istanbul dengan deringan loceng gereja,
ciuman serta sujud di hadapan tentera penjajah.66 Masyarakat Islam begitu
sedih bercampur marah melihat kejadian ini. al-Nursi menghadapi
keadaan ini dengan menggunakan kekuatan pidato, ketajaman pena serta
pengaruhnya yang besar dalam membangkitkan kesedaran rakyat untuk
mempertahankan agama dan tanahair serta menyemarakkan api
penentangan terhadap Inggeris. Kemerdekaan negara bagi al-Nursi adalah
anugerah yang tidak ternilai dan perlu dipertahankan dengan segala
kekuatan yang ada.67
Setelah Inggeris menduduki Istanbul, campurtangan mereka dalam
hal pentadbiran semakin jelas dan menjadikan pimpinan negara sebagai
boneka mereka. Mereka juga memberikan sokongan kepada minoriti
Kristian untuk menguasai pentadbiran negara. 68 Di samping itu, dengan
dukungan institusi agama Kristian, usaha-usaha untuk melemahkan
pegangan agama dan meruntuhkan moral masyarakat Islam dilakukan
dengan merangsangkan pergaulan bebas, pengambilan minuman
beralkohol dan berjudi.69 Dengan perkembangan ini, al-Nursi memahami
pihak musuh akan menggunakan apa saja cara bagi melemahkan
masyarakat Islam. Pegangan agama yang longgar akan menjadikan
masyarakat Islam sebagai mangsa yang mudah untuk dimanipulasi dan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 293

menjauhkan mereka dari bersatu padu atas nama agama. Ringkasnya,


pegangan agama yang kuat akan menjadi ancaman kepada pihak penjajah
dan boleh menggagalkan segala perancangan jahat mereka.
Dalam menyemarakkan api perjuangan ini, al-Nursi telah
menghasilkan makalah yang berjudul al-Khutuwwat al-Sitt. Makalah yang
menerangkan agenda dan muslihat Inggeris dalam mewujudkan
persengketaan dikalangan tokoh agama dan pimpinan negara 70 serta
bertujuan mengendurkan semangat perjuangan rakyat, telah diterbit dan
diedarkan secara rahsia. Kritikan keras juga ditujukan kepada golongan
yang berpendirian dengan mematuhi dan memberi kerjasama sepenuhnya
kepada Inggeris akan menyelamatkan negara seperti yang dilakukan oleh
Sultan Wahid al-Din, Sadr al-Aczam Tawfiq Basha dan pimpinan Parti
Kesatuan Liberal (Liberal Union Party) yang dipimpin oleh Damat Farit
Basha. 71 Bagi al-Nursi, umat Islam perlu bersatu untuk menghadapi
musuh, sedangkan perselisihan antara mereka dan ketidakmampuan untuk
memahami strategi Inggeris akan memudahkan lagi Inggeris menjayakan
rancangan jahat mereka. Oleh itu, al-Nursi mengingatkan agar menjauhi
persaingan dan perebutan untuk mendapatkan kemasyhuran, kuasa dan
habuan keduniaan.72
Walaupun Dar al-Hikmah al-Islamiyyah berada di bawah kendalian
Shaykh al-Islam 73 , al-Nursi yang merupakan salah seorang anggota
jabatan tersebut tetap bangkit menyokong fatwa bantahan terhadap fatwa
kerajaan yang ditandatangani oleh Shaykh al-Islam. Fatwa ini telah
melabelkan pejuang-pejuang kemerdekaan sebagai pemberontak yang
sewajibnya dikenakan hukuman bunuh.74 Menurut al-Nursi, perjuangan itu
adalah satu kewajipan dan pewartaan fatwa tersebut adalah tidak sah dan
hanya dibuat atas tekanan Inggeris.75 Bantahan ini telah menguatkan lagi
gerakan kemerdekaan yang berpusat di Ankara dan berjaya menggagalkan
perancangan Inggeris untuk menimbulkan keretakan dan persengketaan
dalam kalangan pendukung gerakan kemerdekaan.
Perjuangan al-Nursi untuk mengembalikan kekuatan kerajaan
Uthmani dilihat amat konsisten dan secara jelas memperlihatkan
kejernihan sikap dan pendirian beliau yang tidak bercampur-baur antara
kepentingan Islam dan kepentingan bangsa (nasionalisme Kurdi). Ini
terbukti apabila beliau dengan tegas menolak untuk menyertai perjuangan
kemerdekaan bangsa Kurdi. Beliau melihat kekuatan Uthmani dan Kurdi
294 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

akan terjadi dengan penyatuan antara kedua-duanya. Antara ucapannya


yang masyhur ialah “Orang Turki adalah akal bagi kita dan kita orang
Kurdi pula adalah kekuatan mereka”. Ini mengisyaratkan betapa perlunya
pertautan antara kekuatan minda dan kekuatan fizikal dan betapa perlunya
pengukuhan antara bangsa Turki dan Kurdi. Apatah lagi, perjuangan
menuntut kemerdekaan dan kuasa autonomi daripada kerajaan Uthmani
bagi al-Nursi hanyalah mainan kotor yang didalangi oleh kuasa-kuasa
asing untuk meruntuhkan kerajaan Uthmani dan melemahkan umat
Islam.76
Inggeris dilihat menjadi dalang kepada pemberontakan ini. Matlamat
sebenarnya ialah untuk membantu bangsa Armenia di Timur Turki,
mendapatkan kekuasaan. Disebabkan mereka hanyalah golongan minoriti
dan dengan ini amat sukar untuk memberikan tekanan kepada kerajaan
untuk memperkenankan tuntutan mereka. Bagi menjayakan rancangan
jahat ini, bangsa Kurdi (golongan majoriti) dijadikan umpan. 77 Aspek
pendidikan dilihat instrumen terpenting dalam memelihara kesatuan
bangsa Kurdi dan sokongan mereka terhadap kerajaan Uthmani. Pada
masa yang sama dengan memiliki pengetahuan yang mencukupi akan
memelihara diri mereka dari dipergunakan sewenang-wenangnya. Atas
maksud itu, al-Nursi dan beberapa tokoh yang lain telah mengasaskan
Persatuan Meningkatkan Pendidikan Bangsa Kurdi dalam tahun 1919.78

Komiteci

Tindakan Inggeris ke atas kerajaan Uthmani dalam pelbagai bentuk dan


muslihat telah mengundang gelombang kebangkitan rakyat yang lebih
besar. Gudang-gudang persenjataan Inggeris di Istanbul disabotaj. Senjata-
senjata yang tersimpan di situ ada yang dirosakkan dan sebahagiannya lagi
dicuri dan dihantar ke kubu-kubu gerakan pembebasan. Besar
kemungkinan al-Nursi juga terlibat dengan gerakan-gerakan ini. Menurut
Edip,79 al-Nursi pernah memberikan komiteci, iaitu seperti latihan perang
untuk menghadapi musuh. Latihan sekali dalam seminggu ini dilihat
melibatkan tugas-tugas rahsia dan berbahaya seperti pengumpulan
perisikan dan perancangan sabotaj dibuat di sebuah rumah di Zeirek dalam
daerah Fatih, iaitu sebuah daerah terpenting di Istanbul.80
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 295

Hal ini dikuatkan lagi dengan usaha tekad Inggeris untuk membunuh al-
Nursi. Begitu juga dengan undangan bertalu-talu dari Ankara seakan-akan
mengagumi peranan yang dimainkan oleh beliau di Istanbul. Bahkan al-
Nursi berkali-kali menolak undangan tersebut dengan alasan beliau lebih
suka berada di tempat yang lebih merbahaya, iaitu di Istanbul. 81 Ini
mengisyaratkan bahawa al-Nursi lebih suka memilih tugas-tugas yang
lebih mencabar seperti yang dinyatakan di atas kerana keadaan ini akan
lebih memberikan tekanan dan gangguan terhadap Inggeris.
Dengan dukungan para ulama dan perjuangan atas nama jihad,
kebangkitan dan keberanian rakyat Uthmani memuncak sehingga meletus
apa yang dinamakan sebagai The Turkish War of Independence (Perang
Kemerdekaan Turki) pada 22 Ogos 1922. Peperangan ini telah berjaya
membawa kemenangan besar kepada rakyat Uthmani dan membebaskan
Anatolia dari Inggeris. Kemenangan ini telah menaikkan nama Mustafa
Kamal Ataturk 82 sebagai seorang wira yang berjaya kekuatan rakyat
Uthmani dalam Society for the Defence of National Rights di Anatolia dan
Rumelia. 83 Kemenangan bersejarah ini terpaksa diperakui oleh Inggeris
pada 11 Oktober 1922. Pengiktirafan antarabangsa seterusnya diperolehi
dengan termeterainya Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1923.84
Pada 9 November 1922, al-Nursi akhirnya pergi Ankara. Pemergian
beliau ini membawa harapan yang besar untuk melihat pimpinan negara
mengisi kemenangan dengan menegakkan sebuah pemerintahan yang
berlandaskan al-Qur’an. 85 Setelah berada di sana, al-Nursi melihat telah
muncul bibit-bibit penyimpangan sebahagian pimpinan negara dari ajaran
Islam dengan menggagaskan ideologi sekular dan atheis. Keadaan ini
akhirnya membawa kepada perpecahan dalam kalangan pimpinan negara
di antara golongan yang menyokong Ataturk yang ketika itu adalah
Presiden dan golongan yang menentangnya. 86 Kemenangan ini telah
menyerlahkan wajah sebenar pengkhianat bangsa dan agama. Mereka
hanya menjadikan Islam sebagai alat untuk memperolehi sokongan rakyat.
Apabila tampuk kekuasaan dipegang, Islam pula diancam dan ditekan,
sedangkan Barat pula yang ditatang. Ini terbukti dengan pemansuhan
kuasa Sultan pada 1 November 1922 dan dua tahun selepas itu institusi
Khilafah pula dihapuskan.87
Kemurungan masyarakat Islam Uthmani dan pergolakan kejiwaan
yang melanda al-Nursi ketika itu mendorong al-Nursi untuk mencari
296 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

kebenaran dan ketenangan dalam kehidupan beliau. Akhirnya beliau tekad


meninggalkan Ankara dan pulang ke Van. Pemergian beliau ini merubah
kehidupan al-Nursi dari Sa’id Lama kepada Sa’id Baru. 88 Beliau mula
memahami bahawa keimanan yang rapuh menjadi punca kepada
malapetaka ini. Oleh itu, perjuangan menyelamatkan keimanan adalah
paling utama. Tanpa iman yang kental di jiwa, manusia tidak akan mampu
mengisi kehidupan mereka.

ZAMAN PASCA-KOLONIALISME

Era ini berlangsung ketika negara di bawah cengkaman pemerintahan Parti


Republikan Rakyat (1923-1950) atau lebih dikenali dengan Era
Kemalisme. 89 Dalam tempoh tersebut, al-Nursi menempuhi kehidupan
dalam penjara dan buangan di beberapa lokasi. Era ini menyaksikan
kelahiran dan perjuangan Rasa’il al-Nur yang terpaksa berhadapan dengan
polisi sekularisasi dan pembaratan kerajaan yang dipimpin oleh Ataturk.
Tiga aspek utama yang menjadi sasaran bagi menjayakan agenda
Kemalisme ialah;

a. mensekularkan pendidikan dan undang-undang dengan cara


menyerang institusi ulama (Mashikhah Islamiyyah).
b. menyerang simbol-simbol agama dan menggantikannya dengan
simbol peradaban Barat.
c. mensekularkan kehidupan sosial masyarakat.90

Secara ringkasnya, Kemalisme bergerak atas landasan membaratkan


Turki dengan tujuan membawa kemajuan dan kemodenan negara seperti
yang dinikmati oleh Eropah. Nilai-nilai agama didakwa hanya menjadi
penghalang kepada matlamat besar negara ketika itu. Justeru, nilai-nilai
agama perlu dibuang agar masyarakat Turki berjaya merubah identiti
sosial mereka menjadi seperti masyarakat Eropah secara total. Dasar
pembaratan ini sebagaimana yang disebutkan sering disebutkan
bermatlamat “to unite Turkey with Europe in reality and materially”.91
Namun begitu, apa yang jelas ialah dasar tersebut telah gagal membawa
kemajuan seperti yang diidamkan, sebaliknya menimbulkan penentangan
dan kemarahan masyarakat awam.92
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 297

Pemberontakan Shaykh Sa’id Bayram93

Van menjadi destinasi permulaan kepada kehidupan al-Nursi dalam era


Sa’id Baru. Masjid Nurshin dijadikan tempat penginapan dan pengajaran
kepada murid-murid beliau serta masyarakat setempat. Kunjungan-
kunjungan yang begitu kerap terhadap beliau sama ada dari orang
kebanyakan mahupun mereka yang berpengaruh mengganggu kehidupan
al-Nursi. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal di sebuah
kawasan pergunungan bersama dengan beberapa orang muridnya.
Penekanan al-Nursi terhadap persoalan keimanan kerana ia
merupakan tunggak kekuatan individu dan umat Islam. Dengan kekuatan
iman, bahaya-bahaya yang mendatangi akan dapat dihadapi dengan
sebaiknya. al-Nursi melihat kemurungan dan kegelapan yang
menyelubungi dunia Islam dalam pelbagai aspek kehidupan adalah
berpunca dari iman yang lemah.
Ketika melalui kehidupan yang penuh dengan ketenangan ini,
masyarakat Kurdi di Timur Turki termasuk di Van sedang digerakkan
untuk melakukan pemberontakan terhadap pemerintah. Tuntutan untuk
mendapat kuasa autonomi dilihat menjadi agenda utama pemberontakan
itu. Pemerintahan Ataturk dengan pelbagai tindakan beliau yang bersifat
anti-Islam menambahkan lagi kemarahan masyarakat Islam di Timur
Turki yang terkenal dengan pegangan agamanya. Namun begitu, seperti
sebelumnya al-Nursi masih berpegang dengan prinsipnya dan tidak
memberi sokongannya kepada gerakan tersebut. Beliau berpendapat
bahawa pedang (peperangan) tidak mungkin dihunuskan kepada sesama
Islam dan berkemungkinan kebangkitan ini adalah provokasi dari kuasa
asing.94
Nasihat-nasihat al-Nursi dilihat telah berjaya menghalang penglibatan
masyarakat dan pimpinan di Van dalam gerakan tersebut. Sungguhpun
begitu, pemberontakan Sa’id Bayram telah meletus pada 13 Februari 1925.
Pada 25 Mac 1925, al-Nursi ditangkap walaupun tidak terlibat dalam
tragedi itu. 95 Tragedi ini dijadikan alasan oleh pihak berkuasa untuk
menyekat pengaruh al-Nursi.
298 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Madrasah Yusufiyyah dan Madrasah Nuriyyah

Era pemerintahan Parti Republikan Rakyat di Turki, iaitu hampir dua


puluh lima tahun adalah satu period masa yang amat kritikal bagi
perjuangan al-Nursi. Ataturk dan pimpinan negara sudah mula
melaksanakan agenda pembaratan Turki dengan cara yang lebih agresif
dan zalim.96 Apa yang jelas, sekularisme yang diadaptasi dari Barat bukan
hanya memisahkan agama dari pemerintahan tetapi sampai ke tahap
membuang segala unsur yang ada kaitan dengan agama. Tidak hairanlah
dalam tempoh pemerintahan kerajaan ini, undang-undang dan peraturan
baru yang dikuatkuasakan lebih bermotifkan untuk mencabut jati diri
Islam dari jiwa rakyat Turki.97
Antara tindakan yang dilaksanakan kerajaan ialah menghapuskan
institusi Khilafah (1924), menutup sekolah agama (1924), mengharamkan
kegiatan tarekat (1925), melarang pemakaian tarbus dan purdah (1925),
melaksanakan undang-undang Eropah (1926), menggantikan huruf Arab
kepada huruf Latin (1928), menggugurkan Islam sebagai agama rasmi
negara (1928), menghapuskan undang-undang keluarga Islam (1934) dan
mengisytiharkan Ahad sebagai hari cuti am (1935). 98 Tindakan-tindakan
ini mengiyakan telahan al-Nursi ketika beliau berada di Istanbul atas
jemputan pimpinan di Ankara. Beliau mengamati perilaku Ataturk dan
meyakini sifat-sifat Dajjal sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa
hadith 99 dimiliki oleh Ataturk. Apa yang jelas sifat ke‘dajjalan’
sebagaimana yang ditafsirkan oleh al-Nursi ialah berkaitan pengamalan
Ataturk yang menyimpang dari ajaran Islam dan memaksa orang lain
untuk melakukan perkara yang sama. 100 Al-Nursi juga menganggap
tindakan jahat yang dikenakan ke atas Islam adalah bertujuan mengambil
hati kuasa-kuasa Barat. Keadaan ini juga adalah antara punca kepulangan
al-Nursi ke Van dan pengasingan beliau dari dunia politik dengan katanya,
“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan dan politik”.101
Agenda pembaratan ini secara berterusan mendapat kritikan dan
tentangan masyarakat Islam kerana agama Islam telah sebati dalam segala
kegiatan harian mereka semenjak lima abad yang lalu. 102 Tokoh-tokoh
agama adalah golongan yang dilihat menjadi tunggak penentangan rakyat
terhadap pemerintah. Justeru, ulama ini pula dianggap sebagai musuh
kerajaan yang perlu dipengaruhi sekiranya mampu dan sekiranya tidak,
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 299

kekuatan fizikal ataupun pengaruh golongan ini perlu dihapuskan. Maka


tidak hairanlah al-Nursi menjadi sasaran utama kezaliman pemerintah.
Kemasyhuran al-Nursi sememangnya sesuatu yang tidak perlu
dipertikaikan lagi ketika itu. Keintelektualan yang tinggi, kemahiran
berpidato yang seiring dengan keberanian yang luar biasa yang telahpun
terbukti semasa berkhidmat untuk kerajaan dalam PDI telah diketahui
umum. Tidak keterlaluan jika dikatakan nama beliau sudah tidak asing
lagi di Turki ketika itu. Keengganan al-Nursi untuk berkhidmat dalam
kerajaan di bawah Parti Republikan Rakyat dan penolakan beliau terhadap
pelbagai tawaran pihak kerajaan 103 menambahkan lagi prasangka dan
tohmahan jahat ke atas beliau. Oleh yang demikian, ‘anti kerajaan’ adalah
motif utama gangguan yang dikenakan terhadap al-Nursi ketika berada di
Van dan menjadi asas dakwaan keterlibatan beliau dalam Pemberontakan
Sa’id Bayram selepas itu.104
Secara yang tersurat, di sepanjang pentadbiran Parti Republikan
Rakyat, al-Nursi melalui perjalanan hidup yang cukup berliku dan
dipenuhi dengan gangguan serta tekanan. Hak-hak asasi beliau telah
dicabul dengan sewenang-wenangnya. Dalam tempoh itu juga beliau
dilayan bukan seperti seorang manusia yang mempunyai kehormatan dan
maruah diri. Apatah lagi dengan kedudukan beliau sebagai seorang ulama
yang telah berjasa besar kepada Islam dan kerajaan Uthmani. Beliau
dikenakan hukuman penjara serta tahanan dalam buangan di atas pelbagai
tuduhan yang tidak berasas sama sekali. Biarpun dalam setiap perbicaraan,
tuduhan-tuduhan tersebut berjaya dipatahkan oleh beliau dan meskipun
pihak pendakwaan gagal mensabitkan beliau dengan pelbagai tuduhan, al-
Nursi masih tetap dihukum.105
Namun begitu, al-Nursi menganggap kehidupan yang ditempuhinya
itu mengandungi hikmah yang besar. Beliau amat yakin bahawa semua itu
adalah perencanaan Allah untuk dirinya bagi mendukung perjuangan
Rasa’il al-Nur.106 Satu misi perjuangan suci untuk menyelamatkan akidah
ummah yang ketika itu sedang berhadapan dengan serangan fahaman
menolak keimanan dan keberagamaan yang didukungi oleh pihak
pemerintah. Pengurungan dan pengasingan yang dilalui al-Nursi dianggap
faktor utama yang memampukan beliau memberi fokus dan keutamaan
kepada penulisan Rasa’il al-Nur.107 Keadaan ini jelas dilihat dari gelaran
Madrasah Yusufiyyah dan Madrasah Nuriyyah yang beliau berikan kepada
300 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

tempat-tempat yang menjadi penjara dan tempat buangan beliau kerana


dari tempat inilah lahir dan tersebarnya Rasa’il al-Nur.

Perbicaraan dan Dakwaan

Dalam tempoh 1926-1949, al-Nursi hanya menghadapi perbicaraan


sebanyak tiga kali iaitu di Iskishihr (1935), Dinizli (1944) dan Amirdagh
(1949), sedangkan hukuman yang terpaksa dilalui oleh beliau adalah
sebanyak enam kali. Ini memperlihatkan akan wujudnya manipulasi
terhadap sistem keadilan negara dan juga ketidaktelusan pihak kerajaan
dalam mengadili kes al-Nursi. Beliau dilihat lebih banyak ditangkap dan
dihukum tanpa melalui proses perbicaraan yang adil. Tambahan pula,
dalam ketiga-tiga perbicaraan seperti yang dinyatakan, pihak pendakwaan
gagal mengemukakan bukti yang kuat untuk mengaitkan al-Nursi dengan
sebarang pertuduhan. Oleh itu, menurut al-Nursi pendakwaan yang
dihadapi adalah satu perancangan jahat pendukung-pendukung fahaman
sekular dan atheis. Matlamatnya adalah untuk memberi tekanan dan
menjatuhkan maruah al-Nursi serta menimbulkan ketakutan di kalangan
masyarakat umum sehingga mereka menjauhi al-Nursi atau Rasa’il al-
Nur.108
Secara ringkasnya, tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas al-
Nursi boleh disimpulkan kepada tiga tuduhan utama seperti yang
dinyatakan di bawah ini;

a. Menjadikan agama sebagai alat untuk kepentingan politik dengan


tujuan menimbulkan ketegangan dan kekacauan dalam negara.
b. Menubuhkan gerakan sufi dengan maksud ingin menentang dasar dan
menggulingkan kerajaan.
c. Menggelarkan Ataturk sebagai Dajjal.109

Perbicaraan dan hukuman yang panjang ini telah berakhir apabila


kerajaan Turki jatuh ke tangan Parti Demokratik Turki. Kerajaan yang
baru ini telah mengisytiharkan pengampunan menyeluruh kepada rakyat
Turki pada 14 Julai 1950. Dengan pengisytiharan ini, al-Nursi dan Rasa’il
al-Nur telah dibebaskan.110
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 301

KEMATIAN

Pada 23 Mac 1960, hari Rabu bersamaan 24 Ramadhan 1379H, sekitar


jam 3 pagi, al-Nursi telah meninggal dunia di Hotel Ipek Palase, Urfah
(Urfa) setelah mengalami demam panas. Beliau hanya meninggalkan
seutas jam tangan, sehelai jubah, sehelai serban dan wang sebanyak dua
puluh lira. Kesemua barang peninggalan ini diserahkan kepada adik al-
Nursi, ‘Abd al-Majid. Jenazah beliau ini kemudiannya disemadikan pada
keesokan harinya selepas solat Asar di Perkuburan Ulu Jamic. Namun
yang menyedihkan, pada 12 Julai 1960, jenazah beliau telah digali dan
dibawa oleh pihak tentera ke sebuah tempat rahsia di Isbartah (Isparta) dan
dikebumikan di sana. Dipercayai tindakan ini diambil berasaskan
kebimbangan kerajaan bahawa makam ini akan menjadi pusat pertemuan
dan aktiviti pengikut-pengikut al-Nursi.

KESIMPULAN

Berdasarkan kehidupan al-Nursi yang panjang dan dipenuhi dengan


pelbagai dugaan dan tribulasi sama ada bersifat dalaman mahupun luaran,
dapatlah dirumuskan bahawa peranan ulama dalam memartabatkan
kesucian Islam dan memperkukuhkan jati diri ummah amatlah besar.
Peranan yang dimainkan perlulah bersifat holistik yang mencakupi segala
aspek kehidupan kerana Islam itu sendiri bersifat syumul. Peranan serta
perjuangan hanya akan membekas dalam kehidupan dan pemikiran
masyarakat apabila ulama mempunyai kefahaman yang mantap terhadap
fiqh al-waqi’ serta kebijaksaaan dan keberanian dalam
mengimplementasikan idea mahupun usaha ke arah matlamat yang dicita-
citakan.

NOTA HUJUNG.

1
Mohamad Zaidin et al, 2009c, hlm. 428.
2
Vahide, hlm. 122.
3
Meir Hatina, 2007, Where East meets West: Sufism, cultural rapprochement, and
politics, International Journal Middle East Studies, 39: 389–409, hlm. 389.
4
al-Sallabi, cAli Muhammad, al-Dawlah al-cUthmaniyyah cAwamil al-Nuhud wa
Asbab al-Suqut, Dar al-Tawzic wa al-Nashr al-Islamiyyah, Misr, 2001, hlm. 505.
5
al-Sallabi, 2001, hlm. 515.
302 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

6
Fulya, hlm. 113.
7
al-Nursi, 1998b, hlm. 67.
8
Untuk perbincangan terperinci, sila lihat Vahide, hlm. 41-47.
9
Vahide, 1999, hlm. 213; Zeyneb Salim, On Estrangement and Human Impotence:
Paul Tillich and Said Nursi in Conversation, Disertasi Sarjana, Hartford Seminary,
2008, hlm. 11; Rajab, Samir Muhammad, al-Fikr al-Adabi cind al-Daciyah al-
Islami Badic al-Zaman Sacid al-Nursi, Sharikat Suzlar li al-Nashr, al-Qahirah, 1955,
hlm. 39.
10
Urkhan, hlm. 27.
11
Urkhan, hlm. 31.
12
Perang Balkan Pertama adalah satu peperangan yang berlangsung dari bulan
Oktober 1912 sehingga Mei 1913, yang menyaksikan Liga Balkan (Serbia, Greece,
Montenegro dan Bulgaria) menentang Empayar Uthmani. Tentera gabungan dari
negara-negara Balkan berjaya mengalahkan tentera Uthmani. Akibatnya, hampir
kesemua wilayah taklukan Uthmani di Eropah ditawan dan dibahagikan di antara
negara gabungan Balkan. Kejadian ini juga menyebabkan penubuhan negara
merdeka Albania. Lihat Edward J. Erickson, Defeat in Detail, The Ottoman Army in
the Balkans, 1912–1913, Praeger, Westport, 2003, hlm. 323.
13
Edremit adalah kawasan yang terletak berdekatan dengan Tasik Van. Lihat Vahide,
Şükran, Biografi Intelektual Bediuzzaman Said Nursi, terj. Sugeng Haryanto,
Sukono, Anatolia, Jakarta, 2007b, hlm. 120.
14
Urkhan, hlm. 52.
15
Sarwat, hlm. 29.
16
Mohamad Zaidin, hlm. 47.
17
Taqqush, Muhammad Suhayl, Tarikh al-cUthmaniyyin min Qiyam al-Dawlah ila al-
Inqilab cala al-Khilafah, Dar al-Nafa’is, Bayrut, 2008, hlm. 500; Ernest, Turkiya al-
Fatah wa Thawrah 1908, terj. Salih Ahmad al-cAli, Maktabat al-Hayah, Bayrut,
1960, hlm. 43.
18
Kinross, Lord, The Ottoman Centuries The Rise and Fall of the Turkish Empire.
William Morrow & Company, New York, 1977, hlm. 580.
19
al-Sallabi, hlm. 403; The Encylopedia of Islam, jil. 1, hlm.13-14.
20
Midhat Basha (1822-1884) dilahirkan di Istanbul. Beliau pernah dilantik sebagai
Sadr al-Aczam sebanyak dua kali dan dianggap tokoh yang berperanan dalam
pengisytiharan Perlembagaan pada tahun 1876. Beliau meninggal dunia pada 8 Mei
1884. Lihat First Encyclopaedia of Islam, jil. 5, E.J. Brills, Leiden, 1987, hlm. 481.
21
Sadr al-Aczam (Grand Vezier) adalah gelaran tertinggi di kalangan pembesar
Uthmani semenjak zaman Sulayman al-Qanuni. Pada tahun 1908, Sadr al-Aczam
bertanggungjawab terhadap perjalanan sistem parlimen. Lihat Akmal al-Din Ihsan
Ughli, al-Dawlah al-cUthmaniyyah Tarikh wa Hadarah, Markaz al-Abhath li al-
Tarikh wa al-Funun wa al-Thaqafah al-Islamiyyah, Istanbul, 1999, hlm. 177;
Ensiklopedia Sejarah Islam, UKM, Bangi, 1988, hlm. 1201.
22
al-Nursi, 1998b, hlm. 81.
23
Zürcher, Erik J., Turkey: A Modern History, I.B. Tauris & Co. Ltd, London, 1998,
hlm. 94; Niyazi Berkes, The Development of Secularism in Turkey, McGill
University Press, Montreal, 1964, hlm. 325; Justin McCarthy, The Ottoman Peoples
and the End of Empire, Oxford University Press, New York, 2001, hlm. 30.
24
Feroz Ahmad, Young Turks The Committee of Union and Progress in Turkish
Politics 1908-1914, Oxford University Press, London, 1969, hlm. 59.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 303

25
Parti ini ditubuhkan dalam tahun 1913 dari sebuah pertubuhan sosial iaitu
Committee of Union and Progress (CUP) yang telahpun wujud semenjak tahun
1889. Lihat Niyazi Berkes, 1964, hlm. 329.
26
Putera Sabah al-Din (1877-1948) ialah anak kepada Damad Mahmud Jalal al-Din
Basha dan anak saudara kepada Sultan `Abd al-Hamid II. Beliau adalah pengasas
Parti Liberal yang menyebarkan konsep desentralisasi pentadbiran melalui akhbar
Terakki (Progress). Beliau juga menekankan prinsip persamaan hak bagi semua
bangsa yang bernaung di bawah kerajaan Uthmani. Lihat Shaw, Stanford J., History
of the Ottoman Empire and Modern Turkey, jil. 2, Cambridge University Press,
London, 1977, hlm. 258.
27
Feroz Ahmad, The Making of Modern Turkey, Routledge, London, 2003, hlm. 33-
34.
28
Kurzman, Charles (pnyt.), Modernist Islam 1840-1940, Oxford University Press,
New York, 2002, hlm. 103.
29
Kurzman, 2002, hlm. 50.
30
Namik Kemal (1840-1888) adalah seorang penyair dan pendokong gerakan ke arah
perlembagaan. Beliau menerima sedikit pendidikan formal dan mempelajari Sufism
di Anatolia Timur dan bahasa Arab dan Parsi di Sofia, Bulgaria (ketika itu di bawah
kekuasaan kerajaan Uthmani). Beliau menyertai Gerakan Uthmani Muda (Young
Ottoman Society) pada tahun 1865 yang kemudiannya telah diharamkan. Setelah itu
beliau lari ke Eropah dan menerbitkan Majalah Hurriyet (Liberty) bagi
menerangkan konsep perlembagaan menurut perspektif Islam, di samping cuba
menyesuaikan syariat Islam dengan teori perundangan Barat. Lihat Serif Mardin,
The Genensis of Young Ottoman Though, Princeton University Press, New Jersey,
1962, hlm. 284; M.E. Yapp, The Making of the Modern Near East 1792-1923,
Longman, New York, 1996, hlm. 115-116; Kurzman, hlm. 144.
31
Bilici, Mucahit, Said Nursi's Moral Philosophy, Islam and Christian-Muslim
Relations, 2008, 19(1): 89-98, hlm. 3.
32
Vahide, hlm. 59.
33
Vahide, hlm. 56.
34
Hasan Kayali, Arabs and Young Turks, University of California Press, London,
1997, hlm. 76.
35
Vahide, hlm. 78.
36
Mustafa Sabri (1869-1954) menjadi Shaykh al-Islam antara 1919-1920. Beliau
adalah seorang ulama ternama yang telah mengarang dua belas buku dalam bahasa
Turki dan Arab. Beliau menentang keras usaha-usaha pembaharuan Ataturk.
Akhirnya beliau berpindah ke Mesir. Lihat Sarwat, hlm. 23.
37
Muhammad cAkif (1873-1936) adalah seorang penyajak Islam Turki yang terkenal.
Beliau sezaman dengan Muhammad Iqbal, penyajak Islam Pakistan. Beliau juga
adalah penggubah Istiqlal Marshi, lagu kebangsaan Turki. Lihat Sarwat, hlm. 23.
38
Shaw, 1977, hlm. 304.
39
Szyliowicz, Joseph S., 1966, Political Participation and Modernization in Turkey,
The Western Political Quaterly, 19(2): 266-284, hlm. 270.
40
Parti al-Ittihad al-Muhammadi pula adalah sebuah parti yang muncul terkemudian
berbanding Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi dan Parti Liberal. Parti ini muncul sebagai
parti pembangkang terhadap parti pemerintah Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi sebagai
reaksi ketidakpuasan rakyat khususnya masyarakat Islam terhadap pentadbiran
304 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

negara. Parti ini ditubuhkan pada 3 April 1909 oleh Darwish Wihdati. Lihat
Zurcher, 1998, hlm. 100.
41
Beliau mula menerbitkan akhbar Volkan pada 10 November 1908 sebagai wadah
kritikan terhadap dasar kerajaan dan pengaruh golongan minoriti serta perwakilan
asing yang semakin besar. Beliau dilihat berperanan dalam Revolusi April 1908 dan
setelah revolusi itu berjaya dipatahkan beliau telah ditangkap dan dijatuhkan
hukuman mati. Lihat Shaw, hlm. 280.
42
Urkhan, hlm. 44.
43
al-Nursi, 1998b, hlm. 86.
44
Anon, Turki dan Jepun, al-Imam,1906, Julai: 30-31, hlm. 30.
45
Fulya, hlm. 114.
46
al-Nursi, 1998b, hlm. 109.
47
Tashkilat Makhsusah ialah satu pertubuhan politik dan ketenteraan secara rahsia di
bawah arahan Sultan Muhammad Rashad sebelum meletusnya Perang Tripoli.
Pertubuhan ini bertujuan menjamin keutuhan dan perpaduan kerajaan Uthmani.
Lihat Sarwat, hlm. 17-18.
48
Beliau ialah sepupu kepada Sayyid Ahmad al-Sharif al-Sanusi, salah seorang ulama
dalam al- Tashkilat Makhsusah. Pusat gerakannya di Jaghbub, di tengah-tengah
Gurun Sahara. Beliau dan cUmar al-Mukhtar dianggap dua pemimpin utama
gerakan al-Sanusi yang menentang Itali di Libya. Lihat Sarwat, hlm. 17-18.
49
Vahide, hlm. 121 & 128.
50
Vahide, hlm. 121, 122 & 124.
51
Kitab ini merupakan tafsir kepada surah al-Fatihah dan al-Baqarah yang
diterangkan dengan ibarat yang ringkas berkenaan i’jaz susunan (icjaz nuzumi) bagi
setiap perkataan dan ayat menepati kaedah Balaghah dan asas Ilmu Bahasa Arab.
Lihat al-Salihi, 1999, hlm. 270.
52
al-Nursi, 1998b, hlm. 127.
53
Vahide, hlm. 128.
54
Menurut Vahide, catatan terhadap kejadian ini boleh ditemui dalam sumber rujukan
berbahasa Perancis, Documents sur les atrocites armenorusses.Lihat Vahide, hlm.
127.
55
Vahide, hlm. 123.
56
Kosturma adalah sebuah bandar di timur laut Moscow yang terletak di tebing
Sungai Fulgha (Volga). Di sinilah letaknya khemah tawanan perang yang paling
besar. Lihat Mohamad Zaidin, 2003, hlm. 21.
57
Vahide, hlm.133.
58
Ia juga dikenali sebagai Bolshevik Revolution yang asalnya ialah nama sebuah
kumpulan yang menjadi Parti Komunis di Rusia. Kumpulan ini dipimpin oleh Lenin
dengan tujuan untuk menjatuhkan sistem beraja di Rusia. Lihat Collier’s
Encyclopedia, jil. 4, Macmillan Educational Company, New York, hlm. 345;
Ensiklopedia Dunia, jil. 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2005, hlm.
165.
59
Vahide, hlm.141.
60
Dar al-Hikmah al-Islamiyyah ialah sebuah Badan Akademik yang diletakkan di
bawah al-Mashikhah al-Islamiyyah (Jabatan Agama) pimpinan Shaykh al-Islam. Ia
telah dirasmikan pada 2 Ogos 1918 di Istanbul. Antara tujuan utama penubuhannya
ialah untuk menyebarkan ajaran Islam, menjawab dan menolak segala kecaman dan
keraguan yang ditimbulkan terhadap Islam. Lihat Urkhan, 80; Sarwat, hlm. 22-23.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 305

61
Mohamad Zaidin, 2003, hlm. 44.
62
Perjanjian Mudros ditandatangani pada 30 Oktober 1918 di Mudros, Greek yang
menyerahkan kawalan ke atas Selat Dardanelles dan Bosporus kepada Kuasa
Berikat. Kuasa Berikat mempunyai hak memenduduki mana-mana wilayah/jajahan
kerajaan Uthmani sekiranya berlaku gangguan (case of disorder) terhadap
keselamatan. Di samping itu, tentera Uthmani juga dibubarkan dan semua
pelabuhan, landasan keretapi serta segala kemudahan strategik kerajaan Uthmani
boleh digunakan oleh Kuasa Berikat. Lihat Karsh, Efraim, Empires of the Sand:
The Struggle for Mastery in the Middle East, Harvard University Press, 2001, hlm.
327.
63
Perjanjian Sèvres ialah perjanjian damai setelah PDI antara kerajaan Uthmani
dengan Kuasa Berikat pada Ogos 1920. Perjanjian ini ditandatangani di Sèvres,
Perancis. Antara isi perjanjian tersebut ialah Kuasa Berikat menguruskan kewangan
dan ketenteraan kerajaan Uthmani, Dodecanese dan sebahagian besar Anatolia
Selatan dan barat/tengah, begitu juga dengan bandar pelabuhan Antalya dan bekas
ibu kota Seljuk, Konya diserahkan kepada Itali. Lihat Feroz Ahmad, 2003, hlm. 8.
64
Ulrich Trumpener, 1962, Turkey’s entry into world war I: an assessment of
responsibilities, The Journal of Modern History, 34 (4) : 369-380, hlm. 370;
Mustafa Aksakal, The Ottoman Road to War in 1914, Cambridge University Press,
Cambridge, 2008, hlm. 93.
65
Justin McCarthy, 1997, hlm. 375.
66
Shaw, hlm. 329, 342.
67
al-Nursi, Sayqal al-Islam, terj. Ihsan Qasim al-Salihi. Sharikat al-Nasl li al-Tibacah,
Istanbul, 1995b, hlm. 462.
68
Ini adalah antara syarat perjanjian Sevres yang menetapkan agar tentera Uthmani
menyerah dan memberikan kerjasama kepada minoriti Kristian. Lihat Allen, Henry
Elisha, The Turkish Transformation: A Study in Social and Religion Development.
Greenwood Press, New York, 1968, hlm. 41.
69
Vahide, hlm. 144-145.
70
Vahide, hlm. 173.
71
Parti ini mengambil alih tempat Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi setelah pimpinan
mereka melarikan diri akibat kekalahan kerajaan Uthmani dalam PDI. Lihat Shaw,
hlm. 332; Yapp, 1996, hlm. 308.
72
al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid, al-Lamcat. terj. Ihsan Qasim al-Salihi, Matbacat
Suzlar, Istanbul, 1999b, hlm. 227.
73
Shaykh al-Islam ialah ketua ulama yang bertugas mengeluarkan fatwa secara
bertulis dan mengetuai Jabatan Mufti Kerajaan. Sesetengah sarjana Barat
menyamakan Shaykh al-Islam dengan Pope berdasarkan kedudukan dan pengaruh
yang besar dalam pentadbiran negara. Pada kurun ke 16, peranan Shaykh al-Islam
semakin kuat dan dilihat bebas dari pengaruh politik. Lihat Inalcik, Halil, The
Ottoman Empire The Classical Age 1300-1600, terj. Norman Itzkowitz dan Colin
Imber, Praeger Publisher, New York, 1973, hlm. 171-172.
74
Vahide, hlm. 143.
75
Vahide, hlm. 150.
76
Vahide, hlm. 170.
77
Vahide, hlm. 171.
78
Vahide, hlm. 172.
306 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

79
Esref Edip merupakan seorang tokoh sasterawan dan kenalan rapat Nursi. Beliau
memainkan peranan penting dalam perjuangan Perlembagaan (Constitutional
Movement) melalui artikel dan Majalah Sirat-i Mustakim, yang kemudiannya
dikenali sebagai Sebilurresad. Lihat Vahide, hlm. 51.
80
Vahide, 2007b, hlm. 174; Shukran Wahidah, Badic al-Zaman Sacid al-Nursi: al-
Islam fi al-Turkiya al-Hadithah, terj. Muhammad Fadil, Sharikat al-Nasl li al-
Tibacah, Istanbul, 2007a, hlm. 238.
81
al-Salihi, 1999, hlm. 54.
82
Mustafa Kamal Ataturk (1881-1938) adalah pengasas dan presiden pertama
Republik Turki. Beliau dilahirkan di Salonica. Ketika PDI, beliau pernah dilantik
menjadi komander. Apabila Inggeris menduduki Istanbul, beliau mengetuai Perang
Kemerdekaan Turki pada 1922. Beliau kemudiannya dipilih sebagai Presiden
Republik Turki (1923-1938). Gelaran Ataturk atau Father of the Turks sebagai
penghargaan terhadap reputasi beliau dalam Perang Kemerdekaan. Lihat Atillasoy,
Y., Mustafa Kemal Ataturk First President and Founder of the Turkish Republic,
Woodside House, USA, 2002, hlm. 1-4; Shaw, 1977, hlm. 373; The Encyclopedia
of Islam, jil. 1, hlm. 445.
83
Sebagai contoh kelicikan beliau dalam diplomasi, boleh dirujuk tulisan bertajuk
“Winning without Fighting”. Lihat Mango, Andrew, Ataturk, John Murray,
London, 1999, hlm. 348-360.
84
Morgenthau, Henry, Ambassador Morgenthau's Story, Wayne State University,
Detroit, 2003, 303.
85
Vahide, hlm. 178.
86
Vahide, hlm. 178.
87
al-Nursi, 1998b, hlm. 213.
88
Mohamad Zaidin, 2009c, hlm.
89
Prinsip Kemalisme adalah kesan daripada revolusi Turki, yang bermula dengan
Perang Kemerdekaan Turki sehingga terbentuknya negara sekular Turki. Lihat
Enver Ziya Karal, The Principle of Kemalism, dlm. Ali Kazancigil & Ergun
Ozbudun (pnyt.), Ataturk Founder of a Modern State, C. Hurst & Company,
London, 1981, hlm. 11.
90
Zürcher, hlm. 194.
91
Feroz Ahmad, 2003, hlm. 82.
92
Fahri Zaki, New social classes and movement in the context of politico-economic
development in contemporary Turkey, disertasi Dr. Fal, Temple University,
Amerika, 2001, hlm. 89.
93
Beliau berasal dari puak Zaza dan merupakan seorang Shaykh Tarekat
Naqshabandiyyah yang berpengaruh ketika itu. Antara sebab utama penentangan
kumpulan ini ialah pemansuhan sistem Khilafah, tekanan terhadap puak Kurdi serta
permintaan untuk mendapatkan kuasa autonomi yang tidak dilayan. Pemberontakan
ini meletus pada Mei 1925, tetapi gagal. Beliau telah ditangkap pada 27 April 1925
dan akhirnya pada 29 Jun 1925, beliau bersama-sama dengan 47 orang yang lain
telah dijatuhkan hukuman mati. Dengan kegagalan penentangan ini, sedikit demi
sedikit perjuangan puak Kurdi menjadi lemah dan tidak berkesan. Lihat Zürcher,
hlm. 177-179; al-Nursi, 1998b, hlm. 214.
94
Vahide, hlm. 192.
95
al-Nursi, 1998b, hlm. 208.
96
Allen, 1968, hlm. 48.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 307

97
Mohamad Zaidin et al, 2009c, hlm. 436.
98
Anwar Alam, 2009, Islam and post-modernism: locating the rise of Islamism in
Turkey, Journal of Islamic Studies, 20(3): 352–375, hlm. 357; Feroz Ahmad, 1993,
hlm. 72.
99
Antaranya hadis;
‫ كاتب وغير‬،‫وإن الدجال ممسوح العين اليس رى عليها ظفرة غليظة مكتوب بين عينيه كافر يقرؤه كل مؤمن‬.."
"‫كاتب‬
Lihat Ibn Hajar al-cAsqalani, Fath al-Bari bi sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr,
Beirut, 1993, jil. 14, hlm. 601, no. hadith 7131.
100
Walaupun tafsiran tentang Dajjal dilakukan oleh al-Nursi sekitar tahun 1911, tetapi
tafsiran tersebut terus menjadi sandaran musuh-musuh al-Nursi bagi menyeret
beliau ke muka pengadilan sehinggalah ke tahun 1944. Lihat Mohamad Zaidin,
2003, hlm. 83.
101
Untuk melihat pandangan al-Nursi terhadap Ataturk secara terperinci, sila rujuk al-
Nursi, 1998b, hlm. 186-193.
102
Lewis, Bernard, 1951, Recent Developments in Turkey, International Affairs,
27(3): 322-331, hlm. 329.
103
al-Nursi, 1998b, hlm. 187.
104
Mohamad Zaidin et al, 2009c, hlm. 52.
105
Mohamad Zaidin et al, 2009c, hlm. 56.
106
al-Nursi, hlm. 222.
107
al-Nursi, hlm. 222-223.
108
Mohamad Zaidin, 2003, hlm. 57.
109
Vahide, 1992, hlm. 249, 295; Mohamad Zaidin Mat, Kejatuhan Khilafah
Islamiyyah dan Respons Badiuzzaman Said Nursi, dlm. Farid Mat Zain, Daulah
Uthmaniyah dan Alam Melayu, Karisma Publications, Shah Alam, 2009b, hlm. 130.
110
al-Nursi, 1998b, hlm. 38.

RUJUKAN

Aksakal, Mustafa. 2008. The Ottoman Road to War in 1914. Cambridge:


Cambridge University Press.
Allen, Henry Elisha. 1968. The Turkish Transformation: A Study in Social
and Religion Development. New York: Greenwood Press.
Anon. 1906. Turki dan Jepun. Al-Imam Julai: 30-31.
Anwar Alam. 2009. Islam and post-modernism: locating the rise of
Islamism in Turkey. Journal of Islamic Studies. 20(3): 352–375.
Atillasoy, Y. 2002. Mustafa Kemal Ataturk First President and Founder
of the Turkish Republic. USA: Woodside House.
Berkes, Niyazi. 1964. The Development of Secularism in Turkey.
Montreal: McGill University Press.
Berkes, Niyazi. 1964. The Development of Secularism in Turkey.
Montreal: McGill University Press.
308 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Bilici, Mucahit. 2008. Said Nursi's Moral Philosophy. Islam and


Christian-Muslim Relations. 19(1): 89-98.
Collier’s Encyclopedia. 2005. New York: Macmillan Educational
Company.
Edward J. Erickson. 2003. Defeat in Detail, The Ottoman Army in the
Balkans, 1912–1913. Westport: Praeger.
Ensiklopedia Dunia. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ensiklopedia Sejarah Islam. 1988. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Enver Ziya Karal. 1981. The principle of Kemalism. Dlm. Ali Kazancigil
& Ergun Ozbudun (pnyt.). Ataturk Founder of a Modern State, hlm.
4-17. London: C. Hurst & Company.
Ernest. 1908. Turkiya al-Fatah wa Thawrah. Terj. Salih Ahmad al-cAli.
Bayrut: Maktabat al-Hayah.
Fahri Zaki. 2001. New social classes and movement in the context of
politico-economic development in contemporary Turkey. Disertasi Dr.
Fal, Temple University, Amerika.
Feroz Ahmad. 1993. The Making of Modern Turkey. London: Routledge.
Feroz Ahmad.1969. Young Turks The Committee of Union and Progress
in Turkish Politics 1908-1914. London: Oxford University Press.
First Encyclopaedia of Islam.1987. Leiden: E.J. Brills.
Fulya Atacan. 2001. A Kurdish Islamist Group in ModernTurkey: Shifting
Identities. Middle Eastern Studies. 37(3): 111-144.
Ibn Hajar, Ahmad b. ‘Ali al-’Asqalani. 1379H. Fath al-Bari Sharh Sahih
al-Bukhari. Bayrut: Dar al-Macrifah.
Inalcik, Halil. 1973. The Ottoman Empire The Classical Age 1300-1600.
Terj. Norman Itzkowitz & Colin Imber. New York: Praeger
Publisher.
Kamus Dewan. 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karsh, Efraim. 2001. Empires of the Sand: The Struggle for Mastery in the
Middle East. Harvard University Press.
Kayali, Hasan. 1997. Arabs and Young Turks. London: University of
California Press.
Kinross, Lord. 1977. The Ottoman Centuries The Rise and Fall of the
Turkish Empire. New York: William Morrow & Company.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 309

Kurzman, Charles (pnyt.). 2002. Modernist Islam 1840-1940. New York:


Oxford University Press.
Lewis, Bernard. 1951. Recent Developments in Turkey. International
Affairs. 27(3): 322-331.
Mango, Andrew. 1999. Ataturk. London: John Murray.
Mardin, Serif. 1962. The Genensis of Young Ottoman Though. New
Jersey: Princeton University Press.
McCarthy, Justin. 2001. The Ottoman Peoples and the End of Empire.
New York: Oxford University Press.
Meir Hatina. 2007. Where East meets West: Sufism, cultural
rapprochement, and politics. International Journal Middle East
Studies. 39: 389–409.
Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Wan Kamal Mujani & Ermy Azziaty
Rozali. 2009c. Al-Nursi: Tokoh Islam di era transformasi Uthmani-
Turki. Proceedings of the Malaysia Conference on Arabic Studies
and Islamic Civilization (MACASIC), hlm. 425-451.
Mohamad Zaidin Mat. 2003. Bediuzzaman Said Nursi: Sejarah
Perjuangan dan Pemikiran. Bangi: UKM.
Mohamad Zaidin Mat. 2009b. Kejatuhan khilafah islamiyyah dan respons
Badiuzzaman Said Nursi. Dlm. Farid Mat Zain (pnyt.). Daulah
Uthmaniyah dan Alam Melayu, hlm. 121-138. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Morgenthau, Henry. 2003. Ambassador Morgenthau's Story. Detroit:
Wayne State University.
Nursi al-, Badi’ al-Zaman Sa’id. 1995b. Sayqal al-Islam. Terj. Ihsan
Qasim al-Salihi. Istanbul: Sharikat al-Nasl li al-Tibacah.
Nursi al-, Badi’ al-Zaman Sa’id. 1998b. Sirah Dhatiyyah. Terj. Ihsan
Qasim al-Salihi. Istanbul: Matba’at Suzlar.
Nursi al-, Badi’ al-Zaman Sa’id. 1999b. al-Lam’at. Terj. Ihsan Qasim al-
Salihi. Istanbul: Matba’at Suzlar.
Rajab, Samir Muhammad. 1995. al-Fikr al-Adabi cind al-Daciyah al-
Islami Badic al-Zaman Sacid al-Nursi. al-Qahirah: Sharikat Suzlar li
al-Nashr.
310 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Sallabi al-, ‘Ali Muhammad. 2001. al-Dawlah al-‘Uthmaniyyah ‘Awamil


al-Nuhud wa Asbab al-Suqut. Mesir: Dar al-Tawzic wa al-Nashr al-
Islamiyyah.
Sarwat Saulat. 1980. Said Nursi. Pakistan: International Islamic
Publishers.
Shaw, Stanford J., 1977. History of the Ottoman Empire and Modern
Turkey. New York: Cambridge University Press.
Shukran Wahidah. 2007a. Badic al-Zaman Sacid al-Nursi: al-Islam fi al-
Turkiya al-Hadithah. Terj. Muhammad Fadil. Istanbul: Sharikat al-
Nasl li al-Tibacah.
Szyliowicz, Joseph S. 1966. Political Participation and Modernization in
Turkey. The Western Political Quaterly. 19(2): 266-284.
Taqqush, Muhammad Suhayl. 2008. Tarikh al-cUthmaniyyin min Qiyam
al-Dawlah ila al-Inqilab cala al-Khilafah. Bayrut: Dar al-Nafa’is.
Ughli, Akmal al-Din Ihsan. 1999. al-Dawlah al-’Uthmaniyyah Tarikh wa
Hadarah. Istanbul: Markaz al-Abhath li al-Tarikh wa al-Funun wa al-
Thaqafah al-Islamiyyah.
Ulrich Trumpener, 1962, Turkey’s entry into world war I: an assessment
of responsibilities, The Journal of Modern History, 34 (4) : 369-380,
hlm. 370;
Urkhan Muhammad ‘Ali. 1995. Sa’id al-Nursi Rajul al-Qadr fi Hayat
Ummah. Istanbul: Sharikat al-Nasl li al-Tibacah.
Vahide, Sukran, Biografi Intelektual Bediuzzaman Said Nursi, terj. Sugeng
Haryanto, Sukono, Anatolia, Jakarta, 2007b, hlm. 120.
Yapp, M.E. 1996. The Making of the Modern Near East 1792-1923. New
York: Longman.
Zeyneb Salim. 2008. On estrangement and human impotence: Paul Tillich
and Said Nursi in conversation. Disertasi Sarjana, Hartford Seminary,
Amerika.
Zürcher, Erik J. 1998. Turkey: A Modern History. London: I.B. Tauris &
Co. Ltd.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 311

al-Wasatiyyah Perspektif al-Ghazali dalam


Akidah dan Kepentingannya kepada
Perpaduan Negara
MOHD FAUZI HAMAT & MOHD HASRUL SHUHARI

ABSTRAK

al-Wasatiyyah (kesederhanaan) dalam akidah adalah penting kerana ia


juga mampu mempengaruhi perpaduan sesebuah negara. Ini kerana, ia
berdasarkan kepada kerangka pemikiran yang sederhana dan dipercayai
terpelihara dari sikap ekstremis yang mampu merosakkan keharmonian
dalam masyarakat. Oleh itu, kajian ini memberi fokus kepada huraian al-
wasatiyyah menurut al-Ghazali dalam akidah dan bagaimana
hubungannya dengan perpaduan negara. Dengan menggunakan
metodologi kajian keperpustakaan, kajian kualitatif ini Merumuskan
bahawa kesederhanaan berakidah antaranya seimbang antara penggunaan
nas dan akal dalam memahami topik akidah memperlihatkan perbezaan
dengan golongan menyeleweng yang mampu menggugat keharmonian
dalam masyarakat Islam. Ini memberi faedah kepada perpaduan negara
kerana kesederhanaan tersebut tidak ekstrem sebagaimana golongan
Muktazilah dan al-Hashawiyyah.

Kata kunci: al-Wasatiyyah, Akidah, al-Ghazali, Perpaduan Negara

PENGENALAN

al-Ghazali merujuk kepada Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn


Muhammad ibn Ahmad al-Tusi al-Shafi’i dilahirkan pada tanggal 450H di
Tus. al-Ghazali yang merupakan anak didikan Imam al-Haramayn al-
Juwayni (478H) menguasai ilmu dalam pelbagai bidang sehingga digelar
sebagai tokoh penghujah Islam (hujjat al-Islam). Beliau menulis karya
ilmiah dalam pelbagai bidang keilmuan dan majlis-majlis pengajiannya
dihadiri oleh para ulama yang terkenal. Tokoh ulama terkenal ini
bermazhab al-Shafi’i dan berpegang kepada mazhab akidah al-Asha’irah.
Menurut Yusuf al-Qaradawi, penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu
dan penghormatan yang diberikan kepadanya dengan gelaran hujjah al-
Islam mendorong para sejarawan (muarrikhin) dan ulama hadis
(muhaddithin) bersepakat tanpa khilaf bahawa beliau merupakan mujaddid
312 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

abad ke-5 Hijrah. al-Ghazali meninggal dunia ketika berumur 55 tahun


pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir 505H dan dikebumikan di Tus (Ibn
Kathir 1998; Ibn al-’Imad 1989; ‘Abd al-Hamid al-Madkur 2009; al-
Qaradawi 1994).
al-Ghazali telah menjelaskan aspek kesederhanaan dalam memahami
akidah. Kesederhanaan ini jika dilihat hubungannya dengan perpaduan
dalam kalangan umat Islam maka ia dapat mempengaruhi perpaduan
kepada aspek kenegaraan. Melihat dimensi agama dalam konteks konflik
perpaduan kaum amat sensitiviti dan meruncing dalam kehidupan
masyarakat kini, agama dilihat sebagai alat berlakunya sesuatu konflik
dengan timbulnya isu-isu yang menyentuh kesucian agama terutama
agama Islam yang menjadi agama rasmi negara sehingga membawa
perbalahan antara kaum khususnya di dunia dan di Malaysia amnya (Siti
Khatijah dan Fadzli 2015). Artikel ini memfokuskan kepada aspek
keagamaan yang mana tata cara dalam berakidah yang benar amat dalam
kalangan masyarakat khususnya umat Islam dan memupuk perpaduan.
Perpaduan dalam kalangan umat Islam akan memberi pengaruh positif
kepada perpaduan negara, apatah lagi jika umat Islam adalah majoriti
dalam sesebuah negara.

AL-WASATIYYAH DALAM MANHAJ AKIDAH

Manhaj akidah merupakan kaedah atau metodologi yang digunapakai oleh


al-Ghazali dalam memahami dan membahaskan ilmu akidah. Dalam
karya-karya al-Ghazali, beliau menggunakan istilah manhaj al-wasat, al-
awsat, al-mutawassit, al-’adl, al-i’tidal, al-qasd dan al-iqtisad ketika
menjelaskan manhaj kesederhanaan atau lebih tepat, keseimbangan dalam
akidah dan akhlak. Berhubung dengan manhaj kesederhanaan dalam
akidah, beliau menjelaskan bahawa kaedah yang sepatutnya digunakan
dalam perbahasan akidah ialah sentiasa melazimi kesederhanaan dan
bergantung atau berpandukan jalan yang lurus (al-wajib al-mahtum fi
qawa’id al-i’tiqad mulazamah al-iqtisad wa al-i’timad ‘ala al-sirat al-
mustaqim). (al-Ghazali 2008; al-Ghazali 2008; al-Ghazali 1999),
Pendekatan al-Ghazali dalam hal ini boleh dijelaskan bahawa beliau
mengambil kira kedua-dua dalil akal dan wahyu secara seimbang dalam
mengisbatkan prinsip-prinsip akidah, khususnya akidah ketuhanan. Ini
disifatkan sebagai pendekatan wasatiyyah. Ini adalah manhaj yang
digunakan oleh para ulama ahl al-sunnah wa al-jama’ah yang berbeza
dengan manhaj yang digunakan oleh golongan al-Hashawiyyah dan
Muktazilah . Untuk lebih memahami manhaj al-Ghazali ini, subtopik
berikutnya akan menghuraikan penggunaan manhaj naqli dan aqli secara
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 313

harmoni dalam membahaskan akidah ketuhanan dengan pengutamaan


dalil naqli sebagai sumber utama, manakala manhaj aqli adalah pengukuh
bagi manhaj naqli.

PENGGUNAAN SUMBER NAQLI


DAN AQLI SECARA HARMONI

Dalam membincang ilmu akidah contohnya tentang ketuhanan, al-Ghazali


menghuraikan prinsip-prinsip akidah ketuhanan menerusi beberapa
subtopik seperti al-Tanzih, al-Hayah, al-Qudrah, al-’Ilm, al-Iradah, al-
Sam’, al-Basar, al-Kalam dan al-Af’al dalam kitabnya seperti Mukhtasar
Ihya’ ‘Ulum al-Din. Topik-topik di atas menyentuh perbahasan tentang zat
Allah S.W.T yang terkandung dalam subtopik al-Tanzih, perbahasan sifat
terkandung dalam subtopik al-Hayah, al-Qudrah, al-’Ilm, al-Iradah, al-
Sam’, al-Basar dan al-Kalam, manakala perbahasan tentang perbuatan
Allah terkandung dalam subtopik al-Af’al. Di dalam kitab al-Arba’in fi
Usul al-Din, ia dibahaskan pada bahagian pertama, bermula Asas Pertama
sehingga Asas Kelapan. Manakala perbahasan tentang al-Asma’ al-Husna
boleh didapati dalam kitab al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-
Husna. Dalam wacana akidah ketuhanan, biasanya ia melibatkan
perbincangan tentang tajuk-tajuk tersebut, al-Ghazali banyak
menggunakan sumber al-Quran dan hadis dalam membahaskan semua
topik tersebut yang diperkukuhkan dengan pendalilan akliah.
Dalam Iljam al-’Awam ‘an ‘Ilm al-Kalam, al-Ghazali menjelaskan
bahawa perbicaraan ayat-ayat mutashabihat dengan orang awam adalah
dilarang sama sekali. Namun, jika perbicaraan itu dilakukan bersama
dengan orang yang memiliki kemampuan untuk memahaminya, maka
terdapat dua kemungkinan. Kemungkinan pertama, ia dibenarkan asalkan
ia berkata ‘azunnu kadha’ yakni aku menduga sifat Allah S.W.T adalah
begini dan begini secara tidak pasti. Kemungkinan kedua adalah, ia
dilarang membicarakannya meskipun dengan golongan yang ada
kemampuan memahaminya. Ini kerana, ia perkara yang bahaya lantaran
bimbang berlakunya kesilapan dalam menjelaskan makna sifat-sifat Allah
S.W.T dalam ayat-ayat mutashabihat tersebut. Keharusan mengenali sifat-
sifat Allah S.W.T tersebut hanya jika ia bersandarkan nas-nas al-Quran
dan hadis atau ijmak atau kias yang dibuat bersandarkan nas (ibahatuhu
ta’rifu bi nass aw ijma’ aw qiyas ‘ala mansus) (al-Ghazali 1990; al-
Ghazali 2008). Kemudian al-Ghazali membawa dalil berikut yang
terjemahannya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya. Surah al-Isra’ 17: 36
314 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

al-Ghazali menggunakan metode yang sama yang digunakan oleh al-


Ash’ari setelah beliau belajar tentang penggunaan metode tersebut dengan
gurunya al-Juwayni. Beliau menggunakan nas dan akal dalam
menghuraikan akidah kerana nas dan akal yang sihat tidak akan
bertembung antara satu sama lain. Kombinasi nas dan akal akan
memantapkan lagi huraiannya tentang akidah. Akal hanyalah untuk
mengukuhkan lagi huraian akidah yang berdasarkan nas al-Quran dan
hadis. Penggunaan akal melalui takwilan terhadap ayat-ayat mutashabihat
sebagai contoh merupakan salah satu aplikasi penggunaan kaedah tersebut
menurut ahl al-sunnah wa al-jama’ah selain daripada penggunaan dalil-
dalil naql sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini (Mohd Fuad bin
Mokhtar 2006; al-Qaradawi 1994; Zarruq 2007).
Menurut Salih Ahmad al-Shami, al-Ghazali menggesa umat Islam
agar berpegang kepada sumber yang asal, suci dan tidak diselubungi
kekeruhan syubhat-syubhat. Sumber tersebut ialah wahyu. Seruannya agar
seseorang muslim berpegang kepada sumber tersebut merupakan perkara
lazim yang dilakukannya dalam penulisan ilmiah sama ada kitab-kitab
yang kecil mahupun besar. al-Ghazali juga menghalang seseorang Muslim
daripada sikap gemar bertaklid sebaliknya beliau menyeru mereka agar
berpegang kepada kedua-dua sumber tersebut iaitu al-Quran dan al-
Sunnah. Beliau menegaskan perkara ini dalam risalahnya yang terkenal
iaitu Ayyuha al-Walad dan Mizan al-’Amal. Dalam kitab Mizan al-’Amal,
al-Ghazali menyatakan bahawa seseorang Muslim wajib memastikan
perbuatannya yang berbentuk pilihan adalah diukur menerusi timbangan
syarak dan terhenti (sama ada ia boleh dilakukan atau tidak) hanya
berdasarkan penetapan syarak (an takuna jami’u af’alihi al-ikhtiyariyyah
mawzunah bi mizan al-shara’ wa mawqufah ‘ala hadd tawqifatihi) (Salih
Ahmad al-Shami 1993). Syarak yang dimaksudkan oleh al-Ghazali sudah
tentu merujuk kepada sumber yang berkaitan dengan al-Quran dan hadis.
Manakala dalam risalah Ayyuha al-Walad, al-Ghazali menyatakan
bahawa ketaatan dan ibadah adalah berdasarkan arahan dan larangan
syarak di mana setiap perkara yang diucapkan dan dilakukan atau
ditinggalkan perlu didasarkan kepada syarak. Dalam kitab yang sama, al-
Ghazali juga menyatakan bahawa wajib seseorang itu memastikan segala
pertuturan dan tingkah lakunya selari dengan syarak. al-Ghazali
menjelaskan lagi bahawa ilmu dan amalan yang tidak selari dengan syarak
adalah satu kesesatan (Salih Ahmad al-Shami 1993). Dr ‘Abd al-Ghani
‘Abud ketika mensyarahkan risalah Ayyuha al-Walad, menyatakan
bahawa, al-Quran telah menggariskan perintah dan larangan Allah S.W.T
dan Allah S.W.T juga telah mengutuskan Rasulullah S.A.W untuk
diteladani. Ketaatan dan ibadah sentiasa berkaitan dengan perintah dan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 315

larangan-Nya dan bimbingan Rasulullah S.A.W. Beliau membawakan


firman Allah S.W.T yang bermaksud (‘Abd al-Ghani ‘Abud 2003):
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu, maka terimalah
serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah
larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat
azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya) Surah al-Hashr 59: 7

Menurut Hasan al-Fatih, al-Ghazali telah menggariskan asas-asas


pemikiran ilmu kalamnya. Menurutnya, di samping gesaan agar bebas
daripada taklid (al-taharrur min al-taqlid), antara asas aliran madrasah al-
Ghazali (al-madrasah al-ghazaliyyah) dalam ilmu kalam ialah neraca
yang digunakan untuk menilai sesuatu adalah neraca akal dan naql di
mana akal disandarkan kepada naql sehingga pandangan yang dilontarkan
dalam sesuatu perkara dapat segera diterima. Naql adalah asas manakala
akal akan menuruti dan menemaninya dan berpandukan kepadanya (Hasan
al-Fatih QaribuLlah 1978). Ini menunjukkan bahawa manhaj yang
dipraktikkan oleh al-Ghazali dalam memahami akidah atau ilmu kalam
khususnya yang berkait dengan akidah ketuhanan adalah berasaskan
manhaj wasatiyyah, pertengahan atau seimbang. Pendekatan wasatiyyah
yang menjadi manhaj konsisten al-Ghazali ini tidak digunakan oleh
golongan al-Hashawiyyah dan Muktazilah yang mana mereka ada kaedah
mereka tersendiri dalam berinteraksi dengan dalil-dalil naqli dan akal.
al-Hashawiyyah lebih cenderung ke arah penggunaan metode al-tafrit,
iaitu terlalu mengabaikan akal dalam membahaskan isu-isu akidah
ketuhanan. Sebagai contoh, mereka berpandangan bahawa Allah S.W.T
boleh dilihat dalam keadaan Allah S.W.T bertempat dan berjisim. Ini
kerana, kewujudan sesuatu itu tidak difahami melainkan sesuatu itu
bertempat dan berjisim. Sebaliknya, Muktazilah pula bersikap sebaliknya
apabila mengambil pendekatan al-ifrat dalam penggunaan dalil-dalil akal,
misalnya mereka berpandangan bahawa Allah S.W.T tidak boleh dilihat
(ru’yah) sama ada di dunia atau akhirat kerana Allah S.W.T tidak
bertempat. Ini kerana, sesuatu yang tidak bertempat itu sudah pasti tidak
dapat dilihat oleh manusia. Menurut Muktazilah sebagaimana yang
dijelaskan oleh al-Buti, ru’yah melibatkan proses tergambarnya pada anak
mata seseorang itu sesuatu yang dilihat dengan syarat sesuatu yang dilihat
itu berada pada arah tempat tertentu yang membolehkan anak mata
melihatnya. Dimaklumi secara yakin bahawa Allah S.W.T bukan jisim dan
tidak dibatasi dengan batasan tertentu. Justeru, Muktazilah berpendirian
bahawa akal tidak mengharuskan seseorang itu melihat Tuhannya.
Muktazilah juga menggunakan dalil naqli dengan tafsiran mereka yang
316 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

tersendiri iaitu firman Allah S.W.T yang bermaksud (al-Ghazali 2008; al-
Ghazali 1999; al-Buti 2008).
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya
berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku!
Perlihatkanlah kepadaku (Zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu. Allah
berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke
gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat
melihat-Ku, Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu,
(maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh
pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah ia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku),
aku bertaubat kepada-Mu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
Surah al-A’raf 7: 143

Muktazilah berhujah bahawa dalil di atas menunjukkan mustahil


seseorang itu melihat Allah S.W.T. Ayat di atas menyatakan secara jelas
iaitu ‘Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu’. Ayat tersebut
juga berkaitan dengan ayat yang lain iaitu ‘kalau dia tetap berada di
tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu’, maka terbukti bahawa
gunung tersebut tidak mampu bertahan sehingga menjadi hancur. Justeru,
begitu juga dengan manusia bahawa mereka mustahil berupaya melihat
Allah S.W.T. al-Buti menjawab bahawa gunung tersebut hancur adalah
perkara mumkin yakni ia boleh hancur atau tidak hancur. Justeru, hujah
Muktazilah salah jika menggunakan hujah kemustahilan seseorang itu
melihat Allah S.W.T atas dalil gunung tersebut itu hancur. Sebaliknya,
hancur atau tidak hancur adalah perkara mumkin, maka status seseorang
itu dapat melihat Allah S.W.T atau tidak juga termasuk dalam perkara
mumkin bukan perkara mustahil. Jadi, seseorang itu boleh melihat Allah
S.W.T (al-Buti 2008).
Menurut al-Ghazali, berdasarkan pendekatan wasatiyyah dalam
membahaskan isu akidah, meskipun Allah S.W.T Maha Suci dari segala
bentuk, ukuran, arah dan tempat, Allah S.W.T masih dapat dilihat di
akhirat kelak. Berdasarkan dalil akal, ru’yah adalah termasuk daripada
jenis pendedahan (kashf) dan pengetahuan (‘ilm), bahkan ru’yah adalah
lebih sempurna dan jelas (atammu wa awdahu) berbanding ‘ilm. Jika
manusia sudah boleh mengenali (‘ilm) Allah S.W.T tanpa arah, maka
mereka juga boleh melihat (ru’yah) Allah S.W.T dalam keadaan tanpa
arah. Begitu juga, jika Allah S.W.T boleh dikenali (‘ilm), tanpa
kebagaimanaan (kayfiyyah) dan gambaran (surah), begitu jugalah Allah
S.W.T dapat dilihat tanpa kayfiyyah dan surah. Penghujahan akal tersebut
dikemukakan setelah al-Ghazali membawa dalil yang menjadi asas
sandaran kebolehlihatan Allah S.W.T di akhirat. Firman Allah S.W.T yang
bermaksud (al-Ghazali 2008; al-Ghazali 1999): Pada Hari Akhirat itu,
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 317

muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri. Melihat kepada Tuhannya


(Surah al-Qiyamah 75: 22-23).
Menurut al-Buti, orang kafir di akhirat kelak tidak dapat melihat
Allah S.W.T sebagai hukuman bagi mereka. Ayat ini juga menunjukkan
bahawa orang soleh boleh melihat Allah S.W.T sebagai pemuliaan bagi
mereka (al-Buti 2008). al-Mawardi (t.t.) menukilkan pandangan Abu Bakr
al-Siddiq, Huzayfah ibn al-Yaman dan Abu Musa al-Ash’ari, bahawa
kalimah al-husna dalam ayat berikutnya adalah merujuk kepada syurga,
manakala kalimah ziyadah merujuk kepada melihat wajah Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan
serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi
oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di
dalamnya selama-lamanya (Surah Yunus 10: 26).

Kedua-dua golongan ini merupakan contoh utama yang mewakili


golongan yang keliru dengan tafsiran akidah terutamanya berkaitan sifat-
sifat Allah S.W.T. Kesilapan al-Hashawiyyah ialah apabila mereka
memisahkan akal daripada syarak, manakala kesalahan Muktazilah ialah
mereka mendahulukan akal berbanding syarak. Justeru, al-Hashawiyyah
lebih cenderung kepada tafrit (kejumudan berfikir) manakala Muktazilah
pula cenderung kepada ifrat (keterlampauan berfikir). Kaedah wasatiyyah
al-Ghazali adalah meraikan al-’aql dan al-naql kerana kedua-duanya
saling memerlukan antara satu sama lain. Ini kerana, al-naql adalah asas
agama Islam manakala al-’aql berfungsi meneliti dan memahami al-naql
bagi mencapai kebenaran. al-’Aql juga berfungsi untuk mengetahui
kebenaran al-naql tersebut selagi mana ia tidak bercanggah dengannya. al-
Ghazali menjelaskan bahawa akal umpama penglihatan seseorang yang
terpelihara dari penyakit, manakala al-Quran umpama matahari yang
cahayanya menerangi alam. Akal dan syarak kedua-duanya adalah cahaya
yang menerangi cahaya yang lain (nur ‘ala nur). Sesiapa yang
menyatakan bahawa seseorang cukup sekadar mengambil salah satu
daripada kedua-duanya, contohnya cukup sekadar bersumberkan al-Quran
tanpa akal, maka dia diumpamakan seperti seseorang yang melihat cahaya
matahari dengan mata yang tertutup. Jika demikian, tiada beza di antara
orang yang dapat melihat dan orang yang buta yakni tiada beza di antara
orang yang berakal dan orang yang tidak berakal (al-Ghazali 2008; al-
Ghazali 2001).
Penggunaan sumber naqli dan aqli secara harmoni telah dijadikan
sandaran oleh al-Ghazali untuk menjelaskan akidah Islam. Ia telah
menjadi satu tradisi manhaj ilmiah yang telah diwarisi oleh para ulama
318 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

sejak zaman salaf al-salih sehingga ke zaman al-Ghazali yang mewakili


ulama khalaf yang ulung. Manhaj yang dipraktikkan oleh al-Ghazali
dalam memahami akidah atau ilmu kalam khususnya yang berkait dengan
akidah ketuhanan adalah berasaskan manhaj wasatiyyah, pertengahan atau
seimbang. Pendekatan wasatiyyah yang menjadi manhaj konsisten al-
Ghazali ini tidak digunakan oleh golongan al-Hashawiyyah dan
Muktazilah yang mana mereka ada kaedah mereka tersendiri dalam
berinteraksi dengan dalil-dalil naqli dan akal. Penggunaan dalil naqli dan
aqli secara harmoni ini adalah perlu agar seseorang itu tidak terjebak
kepada tafsiran akidah yang menyeleweng berdasarkan pengalaman
sejarah lampau.

KESEDERHANAAN DALAM AKIDAH DAN HUBUNGANNYA


DENGAN PERPADUAN NEGARA

Kesederhanaan dalam akidah dapat mendorong umat Islam menuju kepada


perpaduan dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, Malaysia yang
merupakan majoriti penduduk negara dapat mempengaruhi keutuhan
negara tersebut. Jika kesilapan ini berlaku maka akan berlaku sebaliknya.
Menurut Faizuri dan Faisal (2014), Islam merupakan agama yang
mementingkan perpaduan dan kesepakatan ummah. Justeru, perbalahan
dan perpecahan adalah suatu yang amat dibenci oleh Islam. Namun
realitinya perkara tersebut tetap berlaku hingga ke hari ini. Telah muncul
beberapa puak yang bersikap ekstrem terhadap aliran pemikiran dan
mazhab yang dipegang. Kemudian, muncul Abu Hasan al-Ash’ari dan
Abu Mansur al-Maturidi yang berusaha mengharmonikan beberapa
pemikiran yang menyimpang seperti aliran Mu’tazilah. Begitu juga aliran
Khawarij yang sangat ekstrem, kerana berpegang dengan nas secara zahir.
Faham Khawarij yang sempit akal dan terlalu fanatik menjadikan mereka
mudah melakukan al-takfir kepada pihak yang tidak sehaluan dengan
pemikiran mereka. Aliran-aliran yang menyeleweng ini mampu
menggugat keutuhan perpaduan sesebuah negara.
Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau
tutur kata bersifat ekstrem tidak boleh diterima kerana boleh membawa
kepada masalah ketidakstabilan sosial. Kesederhanaan yang dituntut
adalah sesuatu yang dilakukan atau difikirkan tidak membawa kepada
kerosakan, menimbulkan fitnah, kemusnahan, kesakitan, ancaman,
pergolakan dan sebagainya kepada diri, pihak lain mahupun negara
(Hamidi et al. 2016). Antara ekstrem yang dimaksudkan adalah dalam
aspek pemikiran dan kepercayaan. Justeru, kaedah yang sederhana dalam
pemikiran dan kepercayaan adalah sangat penting untuk perpaduan negara.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 319

Melihat kesederhanaan dalam konteks Malaysia, sejarah dan proses


kedatangan Islam ke Nusantara amnya dan Tanah Melayu khususnya
bermula dengan pendekatan bersifat kesederhanaan (Hamidi et al. 2016).
Ini selari dengan pandangan Faizuri dan Faisal (2014), aliran pemikiran
Asha’irah yang bercirikan kesederhanaan dan pertengahan dalam
penggunaan dalil naqli dan ‘aqli ini telah sampai ke Nusantara. Kehadiran
fahaman ini diterima dengan baik oleh para ulama Melayu yang
menjadikannya sebagai isi kandungan dalam karya-karya mereka.
Menurut ulama Melayu, kefahaman akidah yang diterapkan oleh ulama
Asha’irah lebih sesuai dan menepati naluri masyarakat Melayu berbanding
fahaman lain yang agak ekstrim dan terkeluar daripada kehendak Islam
sebenar yang menekankan konsep wasatiyyah. Penerimaan ini
menunjukkan keistimewaan aspek kesederhanaan yang wujud pada
huraian akidah tersebut. Ia dapat memberi faedah kepada aspek perpaduan
umat Islam dan negara.
Faizuri dan Faisal (2014) menjelaskan bahawa wasatiyyah dalam
akidah merupakan salah satu manhaj penting yang menjadi pegangan
ulama Melayu. Ia dapat mendidik masyarakat Islam di Nusantara agar
tidak bermusuhan sesama sendiri. Tokoh-tokoh ulama terdahulu telah
banyak berjasa dalam membina tamadun ummah dan ia perlu terus
dicontohi oleh masyarakat hari ini dan akan datang. Ini penting bagi
mengekalkan keamanan tanpa sebarang pertelingkahan yang merugikan
ummah dan sekaligus membuka ruang kepada musuh-musuh Islam
meruntuhkan benteng perpaduan umat Islam. Hamidi et al., (2016)
menjelaskan menyimpulkan bahawa perpaduan kaum boleh diatasi dengan
mengamalkan nilai kesederhanaan secara syumul. Menurutnya, dasar-
dasar tentang perpaduan nasional seperti dalam konteks sukan, pendidikan,
kebudayaan dan sebagainya tidak akan berjaya menjadikan rakyat
Malaysia bersatu padu. Ini kerana, nilai kesederhanaan perlu diletakkan di
hadapan berbanding kegiatan ekstrimisme atau melampaui batas
kemanusiaan mahupun keagamaan. Justeru, akidah wasatiyyah perlu
diperkasakan pada aspek pendedahan kepada masyarakat menerusi
pendidikan silibus di peringkat pendidikan rendah hingga pendidikan
tinggi.

KESIMPULAN

Umat Islam sejak sebelum merdeka sangat bijak kerana memilih kaedah
dalam memahami akidah secara sederhana yakni dengan berpegang
kepada aliran muktabar ahli al-sunnah wa al-jama’ah iaitu al-Asha’irah
atau al-Maturidiyyah. Kesederhanaan itu diteruskan lagi dengan
320 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

pendedahan dan perkongsian berkenaan konsep tersebut berdasarkan


pemikiran al-Ghazali yang juga merupakan tokoh ulama wasatiyyah dalam
berakidah aliran al-Asha’irah. Penggunaan sumber naqli dan aqli secara
harmoni antaranya telah dijadikan sandaran oleh al-Ghazali untuk
menjelaskan akidah Islam secara sederhana. Ia telah menjadi satu tradisi
manhaj ilmiah yang telah diwarisi oleh para ulama sejak zaman salaf al-
salih sehingga ke zaman al-Ghazali yang mewakili ulama khalaf yang
ulung, pembaharu abad yang kelima yang disepakati para ulama dunia.
Kesederhanaan ini mampu untuk mendorong kepada perpaduan sesebuah
negara. Jika tiada pemikiran menyeleweng dalam sesebuah masyarakat,
maka ia mudah wujudnya keharmonian, ukhwah dan perpaduan negara.
Justeru, akidah wasatiyyah ini perlu diperkasakan pada aspek pendedahan
kepada masyarakat menerusi pendidikan silibus di peringkat pendidikan
rendah hingga pendidikan tinggi agar tiada tempat lagi kepada pemikiran
yang ekstrimis.

RUJUKAN

‘Abd al-Hamid al-Madkur. 2009. “Ittijahat al-Muslimin Nahwa al-


Tasawwuf”, fi Ishraf Mahmud Hamdi Zaqzuq, Mawsu’ah al-
Tasawwuf al-Islami. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah.
‘Abud, ‘Abd al-Ghani. 2003. Wahai Ananda Wasiat al-Ghazali Atas
Pengaduan Seorang Muridnya, terj. Gazi Saloom. Jakarta: Penerbit
Iiman.
al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadan. 2008. Kubra al-Yaqiniyyat al-
Kawniyyah Wujud al-Khaliq wa Wazifah al-Makhluq. Dimashq: Dar
al-Fikr.
Faizuri Abd. Latif dan Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid. 2014.
“Pemikiran Kesederhanaan Dalam Isu-Isu Akidah Menurut Sheikh
Zainal Abidin al-Fatani”. Jurnal Afkar 15 (2014): 45-68.
al-Ghazali, Abu Hamid. 1999. Ihya’ ‘Ulum al-Din. Kaherah: Dar al-Fajr li
al-Turath.
al-Ghazali, Abu Hamid. 2001. al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah
al-Husna, ed. Muhammad ‘Uthman al-Khasht. Kaherah: Maktabah
al-Qur’an.
al-Ghazali, Abu Hamid. 2008. “Iljam al-’Awam ‘an ‘Ilm al-Kalam”,
dalam Majmu’ah al-Rasa’il al-Imam al-Ghazali, ed. Maktab al-
Buhuth wa al-Dirasat. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Ghazali, Abu Hamid. 2008. “Kimiya’ al-Sa’adah”, dalam Majmu’ah al-
Rasa’il al-Imam al-Ghazali, ed. Maktab al-Buhuth wa al-Dirasat.
Beirut: Dar al-Fikr.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 321

al-Ghazali, Abu Hamid. 2008. al-Iqtisad fi al-I’tiqad. Beirut: Dar al-


Minhaj.
Hamidi. 2016. “Kesederhanaan Ke Arah Perpaduan Kaum Di Malaysia”.
Journal Of Techno Social, vol. 8, no. 2, h. 70-84.
Ibn al-’Imad, Shihab al-Din Abu al-Falaj ‘Abd al-Hayy ibn Ahmad. 1989.
Shadharat al-Dhahab fi Akhbar Man Dhahab, tahqiq Mahmud al-
Arna’ut, juz. 5. Beirut: Dar Ibn Kathir.
Ibn Kathir, Abu al-Fida’ Isma’il. 1998. al-Bidayah wa al-Nihayah,
ed. ’Abd Allah ibn ‘Abd al-Muhsin al-Turki, juz. 16. Giza: Markaz
al-Buhuth wa al-Dirasat al-’Arabiyyah al-Islamiyyah.
al-Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali ibn Muhammad. t.t. al-Nukt wa al-‘Uyun.
Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Mohd Fuad bin Mokhtar. 2006. “Metodologi Perbahasan Akidah Menurut
al-Ghazali: Kajian Terhadap Kitab al-Iqtisad Fi al-I’tiqad”. Disertasi,
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universti Malaya.
al-Qaradawi, Yusuf. 1994. al-Imam al-Ghazali bayn Madihi wa Naqidihi,
c. 4. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Qarib Allah, Hasan al-Fatih. 1978. Dawr al-Ghazali fi al-Fikr. Mesir:
Matba’ah al-Amanah.
al-Shami, Salih Ahmad. 1993. al-Imam al-Ghazali Hujjah al-Islam wa
Mujaddid al-Mi’ah al-Khamisah. Beirut: Dar al-Qalam.
Siti Khatijah Yasin & Fadzli Adam. 2015. “Konflik Perpaduan Kaum
Dalam Ketamadunan Masyarakat Melayu Malaysia”, dalam
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering
Islamic Civilization in the 21st Century, 6-7 September 2015 –
Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia, h. 718-723.
Zarruq, Abu al-‘Abbas Ahmad. 2007. Sharh ‘Aqidah al-Imam al-Ghazali,
ed. Muhammad ‘Abd al-Qadir Nassar. Kaherah: Dar al-Karz..
322 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Konsep al-Takfir Perspektif Ahl al-Sunnah


wa al-Jama’ah dan Kaitannya
dengan Perpaduan Negara
MOHD HAFIZ NORDIN, MOHD HASRUL SHUHARI
& ENGKU AHMAD ZAKI ENGKU ALWI

ABSTRAK

Kecelaruan dalam memahami konsep al-takfir dalam agama adalah di


antara punca perpecahan masyarakat pada hari ini sehingga memberi
kesan kepada perpaduan negara. Perpaduan sesebuah negara bergantung
kepada perpaduan dalam kalangan masyarakat. Gejala al-takfir tanpa hak
dan dalil adalah menyalahi konsep al-wasatiyyah dan melanggar prinsip
al-tabayyun. Justeru, seseorang dikategorikan sebagai ekstremis apabila
bertindak melulu dalam menghukum kufur terhadap seseorang tanpa usul
periksa. Oleh sebab itu, peranan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah untuk
berada di antara dua pegangan ini sangat penting ditonjolkan agar konsep
kesederhanaan yang sebenar dapat dilihat di samping berselari dengan
tuntutan syara’. Dengan menggunakan metodologi kajian keperpustakaan,
kajian kualitatif ini menjelaskan bagaimana konsep al-takfir dan
bagaimana hubungannya dengan perpaduan negara. Hasil kajian
mendapati bahawa konsep al-takfir Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah adalah
sangat berhati-hati dan tidak mudah menghukumkan al-takfir kepada
mana-mana khilafiyyah dalam masyarakat. Ia salah satu aspek untuk
mengekalkan perpaduan masyarakat dan juga negara.

Kata kunci: al-Takfir, Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, Perpaduan Negara

PENGENALAN

Golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah merupakan golongan yang paling


selamat yang disebut oleh Rasulullah dalam beberapa riwayat hadith
Baginda. Mereka adalah umat Muhammad yang mempunyai ciri-ciri
sebagai ummatan wasata iaitu umat yang terbaik kerana sikap pertengahan
yang dipraktikkan sebagai prinsip kehidupan. Mereka menganjurkan
kedamaian dan menjauhi sikap ekstremisme dan melampau seperti
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 323

golongan yang sesat dan begitu mudah mengkafirkan umat Islam tanpa
hak.
Golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah memiliki jumlah yang
banyak dari sudut pengikutnya. al-Zabidi (t.t: 5) secara ringkas menyebut
perihal ahl al-sunnah wa al-jama’ah di dalam karyanya: “jika diitlaqkan
(disebut siapakah) ahl al-sunnah wa al-jama’ah, maka yang dikehendaki
daripadanya adalah al-asha’irah dan al-maturidiyyah.” Rasulullah
menyifatkan golongan ahl al-sunnah wa al-jama’ah sebagai golongan
majoriti umat manusia yang mustahil ke atas mereka berkumpul untuk
tujuan kesesatan. al-Tabarani (t.t.: 273) di dalam kitabnya meriwayatkan
bahawa Rasulullah bersabda: “dan umat ini telah berpecah kepada tujuh
puluh tiga golongan, tujuh puluh dua daripadanya masuk ke dalam neraka,
dan satu golongan masuk ke dalam syurga. Kemudian kami berkata
kepada baginda: ceritakanlah kepada kami ciri-ciri mereka, lalu baginda
menjawab: golongan majoriti (al-sawad al-a’zam).
Oleh itu, pengkaji meneliti bahawa penisbahan frasa Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah terhadap kumpulan al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah
menepati teks hadith rasulullah. Hal ini kerana jika ditelusuri peredaran
zaman, sejarah manyaksikan bahawa golongan al-Asha’irah dan al-
Maturidiyyah yang melopori majoriti umat sejak zaman baginda sehingga
kini. Pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah aliran al-Asha’irah dan al-
Maturidiyyah bukan sahaja dilihat pada bangsa Arab, bahkan juga bangsa-
bangsa lain termasuklah masyarakat Islam di Malaysia. Dua gelaran ini
sering kali menjadi sebutan di kalangan manusia di seluruh dunia.

KONSEP AL-TAKFIR

Penggunaan istilah al-takfir adalah diambil daripada perkataan bahasa


arab iaitu ka-fa-ra. Perkataan ka-fa-ra bermaksud bertentangan dengan
iman (naqidu al-iman) (Ibn Manzur, 1968: 144). Kafirun iaitu orang kafir
adalah mereka yang menolak, menentang, mendustakan, mengingkari dan
bahkan antikebenaran (Ensiklopedia, 2004: 344). Orang yang tidak
beriman kepada Allah dan Rasul juga dikenali sebagai kafir. Perkataan
takfir pula adalah kata terbitan yang terbit daripada perkataan akar
tersebut. Takfir merujuk kepada perbuatan mengkafirkan orang lain atau
324 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

mengatakan kafir kepada orang lain yang mungkin tidak sependapat


dengannya atau dengan kumpulannya (Muhadir, 2015: 70).
Ahl Sunnah wa al-Jama’ah tidak mudah mengkafirkan para sahabat
sama ada Muhajirin dan Ansar, ahl al-badr, bai’at al-ridwan, ahl al-bayt
atau khulafa’ al-rasyidin serta mengharamkan mencela mereka atau
sebahagian daripada mereka dan tidak mengkafirkan para tabi’iin dan
generasi selepas mereka. Mereka tidak mengkafirkan sesiapa melainkan
ada sebab yang membolehkan berbuat demikian (Muhadir, 2015: 70-71).
Justeru dalam memahami sebab-sebab seseorang itu disabitkan dengan
kekufuran, maka para ulama mutakallimin telah meletakkan pembahagian
kufur kepada tiga dimensi berlainan, iaitu kufr al-i’tiqadiy, kufr al-fi’liy
dan kufr al-qawliy.
Pembahagian kufur ini juga telah disebut oleh keempat-empat
mazhab Ahl Sunnah wa al-Jama’ah seperti yang dinyatakan oleh al-
Nawawi dalam kitabnya Rawdah al-Talibin (1985: 283), Ibn ‘Abidin
dalam Hasyiah Radd al-Muhtar (2000: 283), al-Buhuti dalam kitabnya
Syarh Muntaha al-Iradat dan Muhammad ‘Illaysy al-Maliki dalam
kitabnya Manh al-Jalil Syarh al-Mukhtasar al-Jalil (1990: 461-462).
Pembahagian tersebut adalah berdalilkan kepada tiga potong ayat al-Quran
yang masing-masing mewakili salah satu daripada tiga pembahagian
tersebut, iaitu firman Allah SWT:

ِ ‫اَّللِ َما قَالُوا َولَقَدْ قَالُوا َك ِل َمةَ ْال ُك ْف ِر َو َكفَ ُروا بَ ْعدَ إِس‬
‫ْالم ِه ْم‬ ‫يَحْ ِلفُونَ بِ ه‬

Terjemahan: “Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan
(sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan
perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam…” Surah al-
Tawbah (09): 74

‫سو ِل ِهۦ ث ُ هم لَ ْم يَ ْرتَابُوا‬ ‫إِنه َما ْٱل ُمؤْ ِمنُونَ ٱلهذِينَ َءا َمنُوا بِ ه‬
ُ ‫ٱَّللِ َو َر‬

Terjemahan: “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah


orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasulNya, kemudian mereka (terus percaya
dengan) tidak ragu-ragu lagi….” Surah al-Hujurat (49): 15

َ‫ش ْم ِس َوال ِل ْلقَ َم ِر َوا ْس ُجد ُوا ِ هَّللِ الهذِي َخلَقَ ُه هن إِ ْن ُك ْنت ُ ْم إِيهاهُ تَ ْعبُدُون‬
‫ال ت َ ْس ُجد ُوا ِلل ه‬
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 325

Terjemahan: “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula kamu sujud
kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya,
kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah” Surah al-Fussilat (41): 37

Ketiga-tiga ayat di atas jelas menunjukkan bahawa pembahagian


kufur kepada tiga bahagian merupakan suatu fakta yang mempunyai dalil
yang kemas dengan nas yang pertama menunjuk kepada kufr al-qawliy,
dan nas kedua menunjuk kepada kufr al-i’tiqadiy dan nas ketiga menunjuk
kepada kufr al-fi’liy. al-Harariy (2011: 78) menyebutkan bahawa
keislaman dan keimanan perlu dipelihara setiap waktu kerana itu
merupakan kawajipan bagi setiap mukallaf. Menurut al-Harariy (2011: 83-
84), terzahir banyak perkataan yang kufur daripada manusia di zaman
mutakhir ini tanpa mereka sedari perbuatan tersebut dilarang sama sekali
dalam agama. Namun begitu, kejahilan bukanlah suatu keuzuran yang
boleh menyelamatkan penutur kalimah tersebut daripada kekufuran yang
dilakukan olehnya.
Jenayah kufur ataupun riddah ditegah berkali-kali di dalam al-Quran
serta diancam pelakunya dengan hukuman. Bagi pesalah laku murtad,
Islam telah menetapkan hukum bunuh terhadap si pelaku setelah proses
istitabah dijalankan. Hukuman ini berdasarkan nas yang sabit daripada
hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawasanya Rasulullah
memerintahkan agar dibunuh bagi orang yang menukar agama mereka
(daripada Islam kepada selainnya) dan tidak bertaubat selepas disuruh
bertaubat (Siti Zaleha, 2016: 207). Jenayah kufur ini boleh juga berlaku
apabila seseorang menafikan kewajipan yang diketahui secara umum,
menghalalkan perkara yang haram yang diketahui secara umum,
mengungkap penghinaan terhadap Islam, berazam untuk keluar daripada
Islam dan lain-lain (Siti Zaleha, 2016: 206).
Justeru, hukuman bunuh tersebut merupakan satu petanda bahawa
Allah tidak akan menerima agama selain daripada Islam. Ketiga-tiga jenis
kufur ini, setiap satunya membawa implikasi kufur kepada si pelakunya
tanpa perlu berhimpun dalam diri seseorang pada sesuatu masa
sebagaimana yang telah disepakati oleh para ulama al-Asya‘irah dan para
a’immah al-madhahib yang empat. Dalam hal ini, al-Subki (t.t.: 91) telah
menaskan:
326 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

“Tiada khilaf di sisi al-Asy‘ari dan pendokongnya (ashabih) bahkan umat Islam
sekaliannya, bahawa sesiapa yang melafazkan kalam kufur atau melakukan perbuatan-
perbuatan kufur maka, sesungguhnya orang tersebut telah kufur terhadap Allah dan dia
kekal di dalam api neraka”.

Ringkasnya, berdasarkan konsep al-takfir menurut Ahl al-Sunnah wa


al-Jama’ah, Islam tidak mudah mengkufurkan seseorang dan juga tidak
memandang ringan kepada perlakuan yang jelas boleh membawa kepada
kekufuran. Contohnya, perkara seperti membenarkan fahaman atheis dan
amalan gay dan lesbian, anggapan seseorang pemimpin itu kafir,
pengamalan perkara khilafiyyah seperti bertawassul dan seumpamanya
perlu dicermati secara berhati-hati. Ini kerana, jika dibiarkan perkara jelas
yang membawa kekufuran atau mudahnya menghukumkan sesuatu
perkara khilafiyyah itu sebagai kekufuran, ia bole menyebabkan runtuhnya
perpaduan sesebuah negara. Subtopik berikutnya akan dijelaskan beberapa
contoh sahaja yakni difokuskan kepada gejala al-takfir terhadap beberapa
amalan khilafiyyah dalam masyarakat.

GEJALA AL-TAKFIR DAN HUBUNGANNYA


DENGAN PERPADUAN NEGARA

Perkataan bid’ah seringkali menjadi sebutan oleh golongan al-


Wahhabiyyah ataupun dikenali juga sebagai Pseudo-Salafi. Kalimah
tersebut ditohmahkan kepada penerus amalan-amalan tradisi dalam
kalangan masyarakat khususnya masyarakat Melayu yang kerap
mengadakan majlis-majlis tahlil dan zikir, sambutan mawlid al-rasul,
bacaan qunut di dalam solat subuh dan lain-lain. Tuduhan bid’ah antara
aspek pertama yang mendorong kepada gejala al-takfir. Menurut al-
Ghumari (2005: 5), sebahagian manusia menyangka bahawa sesuatu
perkara adalah bid’ah bahkan sehingga tersilap mengkategorikannya
termasuk dalam perkara akidah. Ini merupakan perkara yang tiada asasnya
dan ia menjauhi kebenaran.
Konsep bid’ah yang tidak difahami mengikut acuan Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah adalah faktor terjadinya sikap ekstrem tersebut. Kumpulan
ini dilihat mengumumkan semua amalan yang tidak pernah dilakukan oleh
Baginda sebagai bid’ah yang sesat berdasarkan hadith Rasulullah yang
bersifat umum yang diriwayatkan oleh Abu Dawud. Hadith tersebut
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 327

seperti mana diriwayatkan mafhumnya, kata Baginda: “Dan setiap perkara


yang baharu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah kesesatan”
Berikutan hadith tersebut, al-Ghumari (2005: 15) memetik pandangan
al-Nawawi bahawa hadith tersebut adalah hadith yang lafaznya bersifat
umum dan dikhususkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh
Muslim yang membawa makna bid’ah yang dikategorikan sesat adalah
bid’ah yang menyalahi syara’ (al-Harari, 2013: 533). Muslim
meriwayatkan:

‫ص ِم ْن‬َ ُ‫ ِم ْن َغي ِْر أَ ْن َي ْنق‬،ُ‫ َوأَجْ ُر َم ْن َع ِم َل ِب َها َب ْعدَه‬،‫ فَلَهُ أَجْ ُرهَا‬،ً‫سنَة‬ َ ‫سنهةً َح‬ ُ ‫ْالم‬
ِ ‫اْلس‬ ِ ْ ‫س هن فِي‬ َ ‫َم ْن‬
‫ ِم ْن‬،ِ‫ َكانَ َعلَ ْي ِه ِو ْز ُرهَا َو ِو ْز ُر َم ْن َع ِم َل ِب َها ِم ْن َب ْع ِده‬،ً‫س ِيئَة‬
َ ً‫سنهة‬
ُ ‫ْالم‬
ِ ‫اْلس‬ ِ ْ ‫س هن فِي‬ َ ‫ َو َم ْن‬،‫ش ْي ٌء‬َ ‫ور ِه ْم‬ ِ ‫أ ُ ُج‬
‫ش ْي ٌء‬ َ ‫ص ِم ْن أَ ْوزَ ِار ِه ْم‬ َ ُ‫َغي ِْر أ َ ْن يَ ْنق‬

Terjemahan: “Sesiapa yang memulakan di dalam Islam satu sunnah hasanah (bid’ah baik)
maka baginya pahala dan pahala orang yang mengikuti selepasnya tanpa dikurangkan
sesuatupun (sedikitpun) daripada pahalanya. Dan barangsiapa yang memulakan di dalam
Islam satu sunnah sayyiah (bid’ah buruk) maka ke atasnya dosa dan dosa orang-orang
yang mengikuti selepasnya tanpa dikurangkan sesuatupun (sedikitpun) daripada
dosanya.”

al-Baihaqi meriwayatkan kata-kata al-Syafi’i menerusi kitab beliau


Manaqib al-Syafi’i di dalam kitabnya menyebutkan bahawa: (al-Ghumari,
2005: 12; al-Harari, 2013: 540)

“Berkata al-Imam al-Syafi’i -semoga Allah meredhai beliau-: perkara-perkara baharu


terbahagi kepada dua; salah satu daripada keduanya adalah perkara yang menyalahi kitab
atau sunnah atau ijma’ atau athar maka inilah bid’ah yang sesat, dan yang kedua adalah
perkara baharu yang dibuat daripada perkara yang baik dan tidak menyalahi kitab atau
sunnah atau ijma’ dan inilah perkara baharu yang tidak dicela.”

Berdasarkan kenyataan al-Imam al-Syafi’e dan hadith yang


diriwayatkan oleh Muslim, pengkaji melihat bahawa ternyata jelas di
dalam Islam wujud konsep bid’ah yang baik dan bid’ah yang buruk.
Justeru, perintis bagi bid’ah yang baik mendapat manfaat menerusi amalan
yang dilakukannya manakala bid’ah yang buruk pula dicela dan mendapat
dosa. Oleh itu, tindakan mengkafirkan amalan bid’ah yang baik adalah
menyalahi nas hadith Baginda dan teks ulama. Ia bahkan tidak menepati
konteks dan dianggap sebagai tindakan yang ekstrem.
328 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Menurut Ahmad Shidqi, konsep bid’ah yang dijadikan sebagai retorik


dalam setiap dakwah al-Wahhabiyyah merupakan konsep yang dihasilkan
oleh pemikiran Muhammad bin Abdul Wahab. Dalam kitabnya yang
berjudul Fadlul Islam, Muhammad bin Abdul Wahab menulis sebuah sub
bab dengan judul “Ma ja’a anna al-bid’atu asyaddu min al-kabair” (apa
saja yang termasuk dalam bid’ah itu adalah dosa besar). Oleh itu, orang
yang melakukan tahlil, merayakan maulid, ziarah kubur, serta bertawassul
pada para wali itu telah dianggap telah melakukan dosa besar (2013: 115).
Perbezaaan pandangan tentang isu-isu furu’ tidak wajar dinilai sebagai
ekstremisme agama kerana ikhtilaf adalah suatu yang diiktiraf dalam
hukum syarak. Walaubagaimanapun, sikap jumud dan tidak dapat
menerima pendapat sehingga mengkafirkan manusia sebenarnya dikira
sebagai ekstremisme (Muhd Imran, 2016: 59).
Selain itu, tawassul juga menjadi isu dan punca perpecahan dalam
masyarakat Islam. Terdapat golongan yang mengaitkan sesuatu amalan
khilafiyyah dengan kekufuran. Muhammad Alwi al-Maliki (t.t: 61)
menjelaskan bahawa terdapat salah faham dalam dakwaan sesetengah
pihak yang menyamakan tawassul dengan penyembahan berhala. Menurut
Muhammad Zaki Ibrahim (2004: 6), tawassul adalah disyariatkan tanpa
khilaf sama sekali. Ia bukan perkara wajib dilaksanakan sebaliknya ia
terserah kepada sesiapa untuk melaksanakan atau meninggalkannya.
Cuma, dalam kalangan ulama hanya terdapat perbezaan pada kaedahnya.
Tawassul adalah memohon untuk mendapatkan manfaat atau
mempertahankan diri daripada kemudaratan dengan menyebut nama Nabi
atau wali sebagai memuliakan orang yang mereka bertawassul dengannya
(al-Harari, 2013: 543). Menurut Muhammad Zaki Ibrahim (2004: 9), tiada
khilaf asalnya tentang keharusan bertawassul dengan orang soleh yang
sudah meninggal dunia sehinggalah kurun ke 7 Hijrah menerusi ijtihad
pengharamannya oleh Ibn Taimiyyah dan diikuti oleh golongan
Wahhabiyyah. Ini bercanggah dengan pandangan jumhur orang Islam
tentang keharusannya.
Dakwaan pengamal tawassul sebagai syirik adalah takfiran terhadap
pelaku tersebut. Syirik menurut Eksiklopedia Islam (2004: 16) bermaksud
menyekutukan Allah dan merupakan dosa besar yang tidak diampuni oleh
Allah. Natijahnya adalah terbatal iman dan terputusnya Islam bagi pelaku
syirik. Menurut Syeikh Ahmad Zaini Dahlan (1978: 4), Muhammad bin
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 329

Abdul Wahab yang merupakan tokoh gerakan al-Wahhabiyyah seluruh


dunia telah mengkafirkan manusia yang telah menziarahi makam para
Nabi, wali-wali Allah, orang-orang soleh dengan mendakwa mereka
melakukan perbuatan syirik. Tambahan lagi, seruan nama para Nabi dan
amalan bertawassul dengan Nabi-nabi dan al-Salihin juga suatu perkara
yang syirik. Muhammad bin Abdul Wahab juga menyangka apa yang
dibawa olehnya itu adalah suatu agama yang suci mentauhidkan Allah dan
berlepas diri daripada kesyirikan serta menganggap bahawa umat manusia
telahpun hidup dalam kesyirikan semenjak 600 tahun yang lampau lalu
kedatangannya adalah memperbaharui agama bagi mereka ( Ahmad Zaini
Dahlan, 1978: 5). Tuduhan terhadap umat Islam secara menyeluruh
sebegini adalah tuduhan yang melampau yang mengeluarkan sejumlah
besar umat Muhammad daripada kebenaran kepada kesesatan.
Antara dalil keharusan bertawassul dengan Nabi sama ada pada
keadaan ketiadaan Nabi atau kehadiran Nabi. Diriwayatkan dalam sebuah
hadith sahih bahawa Baginda mengajarkan seorang buta untuk bertawassul
dengannya dan membaca doa yang diajarkan oleh baginda. Lelaki tersebut
beredar daripada pertemuannya dengan Baginda lalu mendatangi tempat
berwuduk dan beliau tunaikan solat dan berdoa. Tidak lama setelah itu,
lelaki yang sebelumnya itu buta dikembalikan penglihatannya oelh Allah
dan dia telah mampu melihat seolah-olah tidak pernah mengalami buta
langsung. Justeru, ia merupakan dalil yang kuat bagi menolak
pengharaman bertawassul dengan Nabi sekalipun dalam keadaan
ketiadaan Nabi. Doa tersebut dengan lafaz tawassul berikut (Muhammad
Zaki Ibrahim 2004: 6 dan 12):

‫اللهم إني أسئلك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلي ربي في حاجتي‬
. ‫لثقضى لي‬

Terjemahan: Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu dan bertawajjuh


kepadaMu dengan Nabi Muhammd s.a.w nabi pembawa rahmat wahai Muhammad
sesungguhnya aku bertawajjuh kepadamu kepada tuhanku pada hajatku untuk ditunaikan.

Ini antara contoh amalan atau pegangan yang sering dihukumkan


sebagai kufur oleh sebahagian golongan sehingga menyebabkan kepada
perpecahan dalam kalangan masyarakat. Perpaduan sesebuah negara
adalah bergantung kepada perpaduan masyarakat. Jika sesuatu amalan
330 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

khilafiyyah dianggap kufur secara mudah, maka ia akan mendorong


kepada perpecahan masyarakat sekaligus membawa kepada perpaduan
negara yang lemah. Ini membuka peluang kepada mana-mana pihak yang
ingin menjatuhkan sesebuah negara.

KESIMPULAN

Kajian ini merumuskan bahawa al-takfir yang berlaku dalam kalangan


masyarakat adalah disebabkan kejahilan yang berlaku terhadap prinsip dan
usul akidah. Mereka tidak memahami takrifannya yang sebenar menurut
Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Perkara khilafiyyah begitu mudah
dihukumkan kufur dan syirik sehingga memberi kesan kepada ukhwah
umat Islam dan perpaduan negara. Justeru, pendekatan dan kaedah yang
digariskan menunjukkan metode yang berselari dengan kehendak dan
prinsip Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah perlu disebarluaskan menerusi
seminar, wacana dan media massa. Sewajarnya manusia bersikap al-
wasatiyyah dan tidak bersegera dalam menghukumkan kufur terhadap
umat Islam selagi mana batasan syara’ dijaga dan tidak dijangkau. Di
samping tidak mudah memandang ringan terhadap gejala yang jelas
kekufurannya. Ini penting untuk menjaga perpaduan dalam kalangan ahli
masyarakat secara harmoni agar tidak memberi kesan kepada perpaduan
negara.

PENGHARGAAN

Makalah ini berkaitan dengan projek Special Research Grant Scheme


(SRGS) iaitu UniSZA/SRGS-FKI/2018/06, kod projek R0043-R0006 di
bawah tajuk Pembinaan Kerangka Manhaj Ahli Sunnah Wa al-Jamaah
dalam Menangani Ancaman Ekstremisme dan Penyelewengan Akidah.
Penghargaan khusus kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
yang menaja dan menyokong kajian ini.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 331

RUJUKAN

Ahmad Shidqi. 2013. “Respon Nahdatul Ulama (NU) Terhadap


Wahabisme dan Implikasinya Bagi Deradikalisasi Pendidikan Islam”.
Dalam Jurnal Pendidikan Islam: Vol.2. No.1. Jun 2013: 109-130.
Yogyakarta: STAI Sunan Pandanaran.
Ahmad Zaini Dahlan. 1978. Fitnah al-Wahhabiyyah. Istanbul:
Darussefaka.
al-Buhuti, Mansur b. Yunus b. Idris. 1996. Syarh Muntaha al-Iradat.
Beirut: ‘Alam al-Kutub.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004. Ensiklopedia Islam. DBP: Kuala
Lumpur.
al-Ghumari, ‘Abd Allah ibn al-Sidddiq. 2005. Itqan al-Sun’ah fi Tahqiq
Ma’na al-Bid’ah. Kaherah: Maktabah al-Qahirah.
al-Harari, Abdullah bin Muhammad. 2011. ‘Umdat al-Gharib fi
Mukhtasar Bughyatu al-Talib. Beirut: Dar al-Masyari’
al-Harari, Abdullah bin Muhammad. 2013. al-Syarh al-Qawim fi Hal al-
alfaz al-Sirat al-Mustaqim. Beirut: Dar al-Masyari’.
Ibn ‘Abidin, Muhammad Amin b. ‘Umar. 2000. Hasyiah Radd al-Muhtar
‘ala al-Durr al-Mukhtar. Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn Manzur, Abi al-Fadl Jamaluddin Mohammad Ibn Makram. (1968).
Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar al-Kutub.
al-Maliki, Muhammad ‘Illaysy. 1990. Manh al-Jalil Syarh Mukhtasar
Khalil. Beirut: Dar Sadir.
Muhadir Joll. 2015. “Wasatiyyah Dalam Kerangka Ahli Sunnah wal
Jamaah”. Kertas kerja yang disampaikan dalam Seminar Pemurnian
Akidah. Kuala Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Muhammad Alwi al-Maliki. T.t. Huwa Allah. T.tp: T.p.
Muhammad Zaki Ibrahim. 2004. al-Ifham wa al-Ifham aw Qadaya al-
Wasilah wa al-Qubur fi Daw’i Samahah al-Islam. Kaherah:
Muassasah Ihya’ al-Turath al-Sufi.
Muhd Imran Abd Razak et al. 2016. “Aplikasi Maqasid al-Shari’ah Dalam
Menilai Fiqh Jihad Aliran Ekstremisme Agama”. Dalam Maqasid al-
Shari’ah : Aplikasi Dalam Aspek Sosial & Perundangan. Kuala
Lumpur: Jabatan Fiqh dan Usul APIUM. H. 57-80.
332 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

al-Nawawi, Yahya b. Syaraf. 1985. Rawdah al-Talibin. Beirut: Dar ‘Alam


al-Kutub.
Siti Zaleha Ibrahim et al. (2016). “Pertukaran Agama dan Kesannya
Terhadap Komuniti: Satu Sorotan Terhadap Kes-kes Murtad dan
Masuk Islam di Malaysia”. Dalam Journal of Social Sciences dan
Humanities. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Special Issues
3: 204-213..
al-Subki, Abu Nasr ‘Abd al-Wahhab b. ‘Ali. t.t, Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-
Kubra, j. 01, Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, h. 91.
al-Tabarani, Sulaiman bin Ahmad. t.t,. Mu’jam al-Awsat. No.Hadis:5415,
Kaherah, Dar al-Haramain.
al-Zabidiy, Muhammad Murtadha. t.t.. Ithaf al-Saadati al-Muttaqin bi
Sharhi Ihya’ Ulum al-Din. T.p: t.tp.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 333

Kefahaman Terhadap al-Asma’ al-Husna dan


Kaitannya dengan Ciri al-Amanah dalam
Kepimpinan Negara
MOHD HASRUL SHUHARI

ABSTRAK

Kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna antara perkara penting dalam


akidah Islam kerana ia telah diperintahkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w di
dalam hadisnya. Umat Islam diperintahkan agar beriktikad dan
menterjemahkan nilai yang terkandung padanya dalam kehidupan seharian.
Antara keistimewaan bagi sesiapa yang melakukannya ialah dorongan
menyemai ciri al-amanah dalam diri seseorang individu Muslim
terutamanya dalam kalangan kepimpinan negara. Kertas kerja ini
bertujuan untuk menjelaskan kaedah memahami al-Asma’ al-Husna
menurut al-Ghazali (m. 505). Hubung kait di antara kefahaman terhadap
al-Asma’ al-Husna dan ciri al-amanah dalam diri seseorang pemimpin
Muslim juga diperjelaskan. Kertas kerja ini menggunakan metodologi
analisis kandungan (content analysis) yang difokuskan kepada kitab
tulisan al-Ghazali iaitu al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-Husna.
Kertas kerja ini merumuskan bahawa kaedah kefahaman terhadap al-
Asma’ al-Husna yang betul boleh mendorong seseorang pemimpin
Muslim sesebuah negara itu memiliki ciri al-amanah dalam kepimpinan
negara. Amanah yang dikaitkan ialah pada aspek bertanggungjawab
terhadap ilmu dan nikmat-nikmat kurniaan Allah S.W.T yang
diamanahkan kepadanya dengan cara memudahkan urusan agama dan
dunia orang lain menuju ke jalan kebenaran.

Kata kunci: al-Asma’ al-Husna, al-Amanah, Kepimpinan, Negara.

PENGENALAN

Pemimpin berperanan melaksanakan pelbagai fungsi kepimpinan yang


boleh membawa kepada kecemerlangan, keberkesanan dan kecekapan
334 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

organisasi. Peranan pemimpin dan pengurus perlulah dibezakan yang


mana pengurus adalah pegawai yang melaksanakan fungsi pengurusan dan
pentadbiran organisasi berasaskan prosedur dan garis panduan yang
ditetapkan. Manakala pemimpin adalah seorang yang mengemudi hala
tuju dan strategi organisasi dengan melaksanakan peranan yang lebih
daripada pengurusan dan pentadbiran semata-mata (Mohtar Abas, 2005).
Dalam misi melahirkan sebuah masyarakat yang bermoral, kepimpinan
yang dipraktikkan perlu didasarkan kepada prinsip yang dinyatakan dalam
Islam. Pemimpin mempunyai kedudukan yang tinggi dan berpengaruh.
Mereka memilik kekuatan dan prasarana yang berupaya menyebabkan
rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada pemimpin. Malah dengan
kelebihan ini, pemimpin mampu mencorak pemikiran rakyat (Muniroh
dan Ahmad, 2016). Justeru, oleh kerana rakyat atau pengikut biasanya
akan cenderung mencontohi atau terpengaruh dengan sikap seseorang
pemimpin, maka para pemimpin mestilah wujud pada diri perlakuan
mereka suatu kemuliaan akhlak dan adab sebagai seorang pemimpin.
Isu kepimpinan merupakan perkara penting bagi mana-mana sektor
swasta dan sektor awam sama ada di negara maju atau negara
membangun. Perkara ini kian mencabar lantaran perubahan drastik
persekitaran secara berterusan yang perlu dihadapi dan ditangani oleh
pemimpin-pemimpin tersebut. Kelihatannya kebelakangan ini,
kecenderungan untuk mewujudkan kepimpinan beretika dalam organisasi
semakin meningkat. Ini senario yang baik ekoran jika sebaliknya berlaku,
keruntuhan etika di peringkat pengurusan boleh menyebabkan organisasi
atau negara menanggung kerugian kos yang besar. Misalnya, isu
penangkapan beberapa orang pegawai kanan di Jabatan Imigresen atas
faktor salah guna kuasa, boleh memberi kesan yang negatif terhadap
negara. Risikonya, beberapa kerajaan asing barangkali mengenakan polisi
baru terhadap pemegang pasport antarabangsa rakyat Malaysia yang akan
mengunjungi negara-negara tersebut (Zaharah et al., 2009). Permasalahan
ini begitu menggusarkan lantaran kini dunia kian terbuka, yang mana
segala info mudah dicapai dan terdedah dengan mudah sama ada ia
perkara baik mahupun sebaliknya.
Tang dan Badrul (2015) menyatakan bahawa kepemimpinan
pendidikan sering dikaitkan dengan proses pembangunan modal insan
yang berkualiti. Pandangan ini juga boleh dikaitkan dengan kepimpinan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 335

kenegaraan. Modal insan yang berkualiti bermaksud individu tersebut


perlu berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran, inovatif, intelektual,
berbudaya progresif dengan nilai etika dan moral yang tinggi.
Kepemimpinan yang berkesan wujud hasil daripada perilaku pemimpin
dalam amalan proses mempengaruhi pekerja bawahannya secara etika dan
nilai-nilai moral dengan konsisten. Dalam hal ini, para pemimpin akan
menjadi contoh ikutan orang bawahannya. Selari dengan ini, Asma dan
Norizam (2016) menjelaskan bahawa, pemimpin yang beradab mesti
meletakkan diri sebagai hamba yang patuh kepada perintah-Nya dan
sebagai khalifah yang dilantik untuk memberi kemakmuran kepada
seluruh alam. Kemuliaan seorang pemimpin bergantung kepada ilmu yang
tinggi dan keluhuran akhlak yang dimilikinya. Ini kerana, akhlak ataupun
budi pekerti miliki peranan yang sangat penting dalam kehidupan
manusia.
Manusia termasuk seseorang yang menerajui kepimpinan negara
memiliki kecenderungan akhlak yang baik dan buruk. Akhlak yang baik
berperanan untuk mengangkat kedudukan insan ke darjat lebih mulia.
Sebaliknya, akhlak yang buruk akan membinasakan seseorang insan
bahkan turut juga membinasakan umat manusia. Adab mempunyai
perkaitan yang amat erat dengan ilmu (‘ilm), kebijaksanaan (hikmah),
keadilan (‘adl) dan kebenaran (haqq). Maka, pemimpin yang beradab
seharusnya memiliki ilmu dan mengakui hak dan kedudukan itu dengan
perbuatan (‘amal). Justeru, pemimpin yang beradab harus berfungsi untuk
memberikan hak dan kedudukan kepada mereka yang benar-benar berhak
(Asma dan Norizam, 2016). Justeru, Kepentingan akhlak, adab, etika atau
seumpamanya dalam kalangan para pemimpin sewajarnya diambil cakna
dengan molek. Salah satu pendekatan untuk mendorong seseorang itu
memiliki adab, akhlak, etika atau seumpamanya dalam kepimpinan
kenegaraan, ialah diberi penjelasan berkenaan kaedah tauhidik berasaskan
al-Asma’ al-Husna agar berupaya mendorong mereka menjadi insan
beradab khususnya ciri beramanah sebagai seorang pemimpin negara.
Antara tokoh yang boleh diambil manfaat ialah al-Ghazali menerusi
kitabnya yang berjudul al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-Husna.
336 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

KEFAHAMAN AL-ASMA’ AL-HUSNA


PERSPEKTIF AL-GHAZALI

Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-
Tusi al-Shafi‘i dilahirkan pada tahun 450H di Tus. Beliau pernah belajar
dengan Imam al-Haramayn (m. 478H) dan merupakan seorang yang
sangat pintar dalam pelbagai bidang. Beliau memiliki kitab-kitab yang
ditulis dalam pelbagai bidang keilmuan di mana sehingga kini kitab-
kitabnya sangat mempengaruhi para pembaca. Majlis-majlis pengajiannya
dihadiri oleh para ulama yang terkenal. Beliau digelar hujjat al-Islam
(penghujah Islam) dan pemikirannya sangat mempengaruhi khazanah
intelektual Islam dalam bidang seperti falsafah, tasawuf, teologi dan
akhlak. Beliau merupakan salah seorang ulama besar dalam mazhab al-
Shafi‘i dalam bidang fiqah dan merupakan ulama besar al-Asha‘irah
dalam bidang akidah. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 14 Jamadi
al-Akhir 505H dan dikebumikan di Tus ketika umurnya lima puluh lima
tahun (Ibn Kathir, 1998; Ibn al-‘Imad, 1989; al-Madkur, 2009; Mohd
Fakhrudin, 2005 dan Mehmet Vural, 2010; Mohd Hasrul & Mohd Fauzi,
2017).
Berhubung dengan kitab al-Maqsad al-Asna, perkataan al-Maqsad
berasal daripada perkataan qasada yang bermaksud menuju kepadanya,
memaksudkannya dan menginginkannya. Manakala al-Asna berasal
daripada perkataan sana yang bermaksud menerangi dan tinggi. Perkataan
al-asna merupakan ism al-tafdil (kata nama yang merujuk kepada sifat
yang bersangatan) yang memberi erti sangat terang atau sangat tinggi.
Jadi, gabungan dua perkataan al-Maqsad al-Asna, bermaksud “maksud
yang tertinggi atau maksud yang sangat jelas dan terang”. Berkenaan
perkataan Asma’ Allah al-Husna, perkataan asma’ merupakan perkataan
jama’ kepada ism yang berasal daripada perkataan sama yang bermaksud
tinggi. Perkataan ism bermaksud sesuatu yang dikenali dengan sesuatu
yang lain atau menggunakan dalil tertentu bagi menunjukkan kepadanya
(al-Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi, t.t.; al-Mu‘jam al-Wasit, 2005 dan al-
Munjid, 1988; Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, 2017).
Dalam bahasa Melayu, ism merujuk kepada “nama” yakni bermaksud
panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat, pertubuhan dan lain-
lain. Ia juga merujuk kepada gelaran, sebutan, kehormatan, kebaikan,
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 337

kemasyhuran, maruah dan pujian. Perkataan al-Husna yang merupakan


perkataan mu’annath bagi perkataan al-ahsan bermaksud sangat
baik.Maka, Asma’ Allah al-Husna bermaksud nama-nama Allah S.W.T
yang sangat baik (Kamus Dewan, 2007; al-Mu‘jam al-Wasit, 2005 dan M.
Quraish Shihab, 2005). al-Asma’ al-Husna berjumlah sangat banyak,
namun al-Asma’ al-Husna yang dimaksudkan di sini ialah al-Asma’ al-
Husna yang berjumlah sembilan puluh sembilan nama seperti yang
disenaraikan oleh al-Ghazali di dalam kitab tersebut. Setelah memahami
maksud perkataan seperti di atas, maka diterjemahkan nama kitab tersebut
seperti berikut, “Maksud Tertinggi dalam Mensyarahkan Nama-nama
Allah S.W.T yang Sangat Baik” (Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, 2017).
Berkenaan dengan kepentingan kefahaman terhadap al-Asma’ al-
Husna, di dalam suatu hadis, dinyatakan bahawa nama-nama Allah S.W.T
yang elok itu berjumlah sembilan puluh sembilan, sesiapa yang
menghitungnya (ahsaha) maka dia akan masuk syurga. Sabda Nabi S.A.W
yang bermaksud:

Daripada Abu Hurayrah daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya bagi Allah
ada sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Sesiapa yang menghitungnya,
nescaya akan memasuki syurga. (Muslim, 2010)

Jumlah al-Asma’ al-Husna adalah banyak yang hanya diketahui oleh


Allah S.W.T. Berhubung dengan maksud ‘menghitungnya (ahsaha)’ yang
mana ganjarannya adalah syurga, ulama telah berbeza pendapat
mengenainya. Menurut al-Bukhari, ia merujuk kepada orang yang
menghafal nama-nama Allah S.W.T. Pendapat ini disokong dengan
riwayat lain yang mempunyai matan ‘man hafizaha’ yang bermaksud
‘sesiapa yang menghafalnya’. Menurut pendapat lain, maksud orang yang
menghitung nama-nama Allah S.W.T ialah orang yang memahami nama-
nama Allah S.W.T sebaik-baiknya, menjaga segala tuntutan nama-nama
Allah S.W.T dan membenarkan makna-maknanya. Selain itu, ada juga
ulama lain yang menjelaskan bahawa ia merujuk kepada orang yang
beramal dengan nama-nama Allah S.W.T, taat kepada nama-nama Allah
S.W.Tdan beriman dengan nama-nama Allah S.W.T tersebut. Disunatkan
bagi hamba untuk menterjemahkan makna nama-nama Allah S.W.T di
dalam kehidupan agar amalan yang dilakukan itu merupakan amalan yang
338 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

terbaik sebagai manifestasi peniruan akhlak Allah S.W.T yang unggul.


Pada peringkat ini, mereka sudah mencapai tahap al-ihsa’ al-‘amali iaitu
beramal dengan nama-nama Allah S.W.T. Berhubung dengan al-ihsa’ al-
‘amali, ia akan dapat dicapai jika manusia dapat mengumpul, menghafal
dan berdoa kepada Allah S.W.T dengan nama-nama Allah S.W.T tersebut
sehinggalah mereka diberi ganjaran istimewa oleh Allah S.W.T (al-
Jawwad, t.t.; Muhammad, 2000; al-Nawawi, 1930 dan al-‘Asqalani, 2001;
Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, 2017).
Menurut al-Ghazali, terdapat tiga peringkat kefahaman al-Asma’ al-
Husna. Peringkat pertama, mencapai al-ma‘rifah tentang makna nama-
nama Allah S.W.T yang indah itu dalam bentuk mukashafah (terbuka tabir
penutup) dan mushahadah (penyaksian mata hati) sehingga seseorang
benar-benar jelas memahami hakikatnya dengan jelas dan penuh
keyakinan berdasarkan dalil-dalil yang tidak mungkin terkandung di
dalamnya kesilapan. Peringkat kedua, merasai keagungan (al-isti‘zam)
dari apa yang mampu dicapai makrifah tentangnya pada peringkat pertama
sehingga memberi dorongan dan keinginan yang kuat untuk seseorang
berbudi pekerti (al-ittisaf) sekadar yang termampu dengan sifat-sifat
tersebut. Mereka akan menghampiri sifat-sifat Allah S.W.T sebagaimana
kedudukan para malaikat yang hampir di sisi Allah S.W.T. Jiwa seseorang
yang memahami keagungan dan kemuliaan sifat-sifat Allah S.W.T (al-
isti‘zam wa istishraf) akan merindui (shawq) sifat-sifat-Nya, mencintai
(‘ishq) kebesaran dan keindahan-Nya dan bergegas menghiasai diri (al-
tahalli) dengan sifat-sifat Allah S.W.T dengan sempurna sekadar
termampu. Jika ia tidak mampu melakukannya dengan sempurna,
kerinduannya (shawq) akan mendorongnya menghiasi diri sekadar mampu
dengan sifat-sifat Allah S.W.T. Seseorang mungkin tidak merasai
kerinduan tersebut disebabkan dua perkara (al-Ghazali, 2008; Mohd Fauzi
Hamat dan Mohd Hasrul Shuhari, 2011 dan al-Ghazali, t.t.; Mohd Hasrul
& Mohd Fauzi, 2017):

a. Mereka lemah untuk mencapai makrifah tentang sifat-sifat tersebut


atau kurang meyakini salah satu sifat kebesaran dan kesempurnaan
yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Ini sepatutnya sudah selesai pada
peringkat pertama tadi yakni mencapai al-ma‘rifah tentang makna
nama-nama Allah S.W.T yang indah itu dalam bentuk mukashafah
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 339

(terbuka tabir penutup) dan mushahadah (penyaksian mata hati)


sehingga seseorang benar-benar jelas memahami hakikatnya.
b. Hati mereka mungkin lebih merindui (shawq) perkara lain.
Contohnya, ketika seseorang murid mendapati gurunya memiliki
kesempurnaan ilmu, maka sebenarnya terdorong untuk menyerupai
dan mengikuti (al-tashabbuh wa al-iqtida’) sifat kesempurnaan yang
dimiliki oleh gurunya tersebut. Namun, hasrat tersebut akan terhalang
kalau dia berada dalam keadaan yang amat lapar kerana kelaparan
tersebut boleh menghalangnya daripada terus berkeinginan untuk
mencapai sifat kesempurnaan yang dimiliki oleh gurunya itu. Maka,
wajib bagi seseorang yang meneliti secara serius sifat-sifat Allah
S.W.T bagi maksud untuk mencontohinya memiliki hati yang bersih
dari berkeinginan untuk mendapat sesuatu matlamat selain daripada
Allah S.W.T. Peringkat ini juga dapat disebut pembersihan dan
penyucian hati(tasfiyyat al-qalb wa tazkiyyatuh).

Peringkat ketiga, berusaha sekadar termampu untuk mencapai sifat-


sifat Allah S.W.T dengan cara berakhlak dengannya (al-takhalluq) dan
menghiasi diri mereka dengan nilai kebaikan yang terkandung dalam sifat-
sifat tersebut (al-tahalli). Dengan cara ini, mereka akan menjadi seorang
rabbani, iaitu memperolehi kedudukan yang dekat dengan Allah S.W.T.
Dengannya juga mereka akan menjadi teman rapat (rafiq) para malaikat
yang berada di kedudukan yang amat dekat dengan Allah S.W.T. Sesiapa
yang berjaya memastikan terzahirnya sifat-sifat Allah S.W.T pada dirinya
maka tercapailah apa yang dinamakan sebagai al-tajalli (penjelmaan sifat
Allah S.W.T dalam dirinya). al-Ghazali tidak menggunakan kalimah al-
tajalli dalam al-Maqsad al-Asna, tetapi istilah ini disebut dalam kitab
Ihya’ ‘Ulum al-Din. Menurutnya, keluasan kerajaan seseorang di dalam
syurga bergantung kepada keluasan makrifahnya dan sekadar mana al-
tajalli sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan Allah S.W.T dapat
diusahakannya (al-Ghazali, 2008; Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Hasrul
Shuhari, 2011 dan al-Ghazali, t.t.; Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, 2017).
Ringkasnya, kaedah kefahaman tersebut boleh difahami berdasarkan
tiga peringkat, di mana peringkat pertama, seseorang memberi fokus
kepada usaha untuk mencapai al-ma‘rifah tentang sifat-sifat Allah S.W.T
dengan keyakinan yang teguh dan hati yang telah dibersihkan daripada
340 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

keinginan untuk mencapai matlamat sesuatu yang selain daripada Allah


S.W.T. Kemudian, peringkat kedua menekankan pengagungan (al-
isti‘zam) dan pemuliaan (al-istishraf) terhadap Allah S.W.T yang
mendorong seseorang bersifat (al-ittisaf) dengan sifat-sifat Allah S.W.T.
Dorongan itu melibatkan rindu (shawq) dan cinta (‘ishq) terhadap sifat-
sifat-Nya dan sangat menitikberatkan penghiasan diri (al-tahalli) dengan
sifat-sifat Allah S.W.T dengan sempurna. Jika tidak mampu, maka ia
melakukannya berdasarkan kadar kemampuannya yang ada. Pada
peringkat terakhir, ia berusaha bersungguh-sungguh (iktisab) untuk
berakhlak (al-takhalluq) dan menghiaskan diri (al-tahalli) dengan sifat-
sifat tersebut. Ini melayakkan mereka mencapai kedudukan insan rabbani
di sisi Allah S.W.T dan menjadi rakan rapat (rafiq) kepada para malaikat
yang berada di kedudukan tertinggi. Peringkat ini juga dikenali sebagai
penjelmaan nilai-nilai mulia dalam perilaku diri (al-tajalli) (Mohd Hasrul
& Mohd Fauzi, 2017).

CIRI AL-AMANAH DALAM KEPIMPINAN NEGARA

al-Amanah dan juga al-mas’uliyyah saling berkaitan kerana sesuatu


amanah yang diberikan akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Jika seseorang itu gagal melaksanakan amanahnya maka ia akan
dipertanggungjawabkan dengan diberi balasan yang setimpal. Dari sudut
bahasa, amanah yang mana lawannya adalah khiyanah bermaksud
ketenangan hati. Menurut al-Ghazali, perkataan amanah diambil dari kata
al-amn kerana merujuk kepada seseorang yang merasa aman dari
perlakuan pelanggaran orang lain terhadap hak-haknya. Manakala
khiyanah yang diambil dari kata al-khawn (kekurangan), merujuk kepada
seseorang yang mengkhianati orang lain, di mana ia telah mengurangkan
hak-hak orang tersebut (Su‘ad al-Hakim, 1981 dan al-Ghazali, 1990;
Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, 2017). Apabila dikaitkan definisi dengan
mana-mana individu yang menerajui kepimpinan negara, ia perlu
memimpin dengan penuh tanggungjawab. Ia bakal diberi balasan azab
yang setimpal jika bersikap sebaliknya. Ini kerana, ia telah berlaku khianat
dengan mengurangkan hak-hak pihak yang lain.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 341

Firman Allah S.W.T berkenaan amanah yang pernah diberikan


kepada langit dan bumi tetapi mereka tidak dapat memikulnya sebaliknya
ia dipikul oleh manusia dalam surah al-Ahzab 33: 72 yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kepada langit dan bumi
serta gunung-ganang [untuk memikulnya], maka mereka enggan memikulnya dan
bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan
untuk memikulnya), dan [pada ketika itu] manusia [dengan persediaan yang ada padanya]
sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan
kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Ayat ini menjelaskan tentang penolakan langit, bumi dan gunung-


ganang terhadap al-amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T. Mereka
bimbang dengan ketidakupayaan mereka untuk memikul al-amanah
tersebut atau kebimbangan berlaku khianat sehingga menyebabkan mereka
mendapat seksa kelak. al-Amanah dalam ayat ini merujuk kepada ketaatan
dan kefarduan yang perlu dilaksanakan di mana ia turut memberi implikasi
pahala dan dosa. al-Ghazali memetik pandangan al-Qurtubi yang
merupakan pandangan jumhur ulama iaitu al-amanah merangkumi semua
wazaif al-din (kewajipan keagamaan). Maka, ia merangkumi kepimpinan
sesebuah negara. al-Ghazali juga mengaitkan al-amanah dengan keimanan
yakni tidak sempurna iman bagi sesiapa yang tiada al-amanah. Ini kerana,
al-amanah juga diambil dari kata al-iman maka sesiapa yang menjaga
amanah Allah S.W.T maka Allah S.W.T akan menjaga keimanannya. Ia
boleh dikaitkan secara langsung dengan ketauhidan. Perbezaan di antara
manusia, langit, bumi dan gunung-ganang ialah sanggup memikul al-
amanah iaitu al-ma‘rifah dan al-tawhid (al-Ghazali, 1990; Su‘ad al-
Hakim, 1981 dan al-Ghazali, t.t.; Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, 2017).
Amanah adalah sesuatu yang sangat berat ditanggung oleh semua makhluk
Allah S.W.T. Namun, manusia kelihatannya mampu menyahut cabaran ini
dengan syarat mereka perlu mengambil kira dosa dan pahala, termasuk
wazaif al-din dan berkaitan dengan kesempurnaan iman.
Mas’uliyyah merujuk kepada kebertanggungjawaban, manakala
dalam Bahasa Inggeris, ialah accoutability. Dalam aspek akhlak,
seseorang akan dipertanggungjawabkan bagi setiap perkataan dan
perbuatannya. Manakala dalam aspek perundangan, tanggungjawab yang
digalas ialah memperbaiki kesalahan orang lain berdasarkan perundangan
342 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

yang telah ditetapkan (al-Mawrid, 1991; Kamus Inggeris Melayu Dewan,


2002, al-Mu‘jam al-Wasit, t.t.; Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, 2017).
Seeorang pemimpin akan dipertanggungjawabkan segala perbuatan,
pertuturan dan tugasannya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Nahl 16:
93 yang bermaksud:

Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu
dalam agama Allah yang satu), tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya
[menurut undang-undang-Nya] dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-
Nya [menurut undang-undang-Nya], dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang
apa yang kamu telah kerjakan.

Manusia akan ditanya tentang keseluruhan amalan yang telah mereka


lakukan. Menurut al-Tabari, setiap apa yang Allah S.W.T tetapkan
perintah dan larangan-Nya ke atas manusia, akan ditanya sama ada mereka
melakukannya atau sebaliknya. Mereka akan diberi ganjaran berdasarkan
ketaatan dan kemaksiatan yang telah mereka lakukan. (Ibn Kathir, 2000
dan al-Tabari, 2001) Bahkan pada Hari Kiamat kelak, anggota badan
mereka akan menjawab sendiri segala pertanyaan Allah S.W.T (Mohd
Hasrul & Mohd Fauzi, 2017). Seseorang pemimpin perlu mematuhi segala
perintah Allah S.W.T dan segala anggota badan mereka akan
dipertanggungjawabkan terutamanya berkaitan aspek peranan kepimpinan
yang digalas. Firman Allah S.W.T dalam surah Yasin 36: 65 yang
bermaksud:

Pada waktu itu Kami tutup mulut mereka dan [memberi peluang kepada] tangan-tangan
mereka memberitahu Kami [tentang kesalahan masing-masing], dan kaki mereka pula
menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

Menurut Fakhr al-Din al-Razi, ketika di dunia orang kafir telah


ditutup hati mereka sedangkan mulut mereka berbicara, sedangkan ketika
di akhirat pula, giliran mulut mereka ditutup, maka yang berbicara
mewakili mereka ialah anggota-anggota badan mereka yang lain. Manusia
memiliki hati, lidah dan anggota badan, maka jika hati dan lidah tidak lagi
boleh berbicara, maka anggota badan yang akan mengambil alih peranan
tersebut untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan Allah S.W.T. al-Ghazali
menghuraikan dalam kitab Bidayat al-Hidayah cara-cara meninggalkan
maksiat zahir dan batin. Menurutnya, maksiat zahir merujuk kepada
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 343

maksiat yang dilakukan oleh tujuh anggota badan iaitu mata, telinga,
lidah, perut, kemaluan, kedua-dua tangan dan kaki. Anggota badan
merupakan nikmat dan amanah yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T
kepada manusia. Jika ia digunakan oleh manusia untuk melakukan maksiat
maka mereka telah mengkhianati amanah yang telah diberikan (al-Razi,
1981 dan al-Ghazali, 2008; al-Ghazali, 1990; Mohd Hasrul & Mohd
Fauzi, 2017). Justeru, seseorang pemimpin itu perlu mengambil perhatian
terhadap semua anggota zahirnya lantaran semua anggota tersebut yang
akan memberi laporan tentang apa yang akan dilakukan. al-Ghazali
mengaitkan amanah anggota badan ini dengan hadis Rasulullah S.A.W
yang bermaksud:

Daripada ‘Abd Allah ibn ‘Umar r.ahuma, bahawasanya dia telah mendengar Rasulullah
S.A.W bersabda: Setiap dari kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang orang yang
dipimpinnya. Maka imam adalah pemimpin dan dia akan ditanya tentang rakyatnya. Dan
lelaki (suami) di dalam keluarga adalah pemimpin dan akan ditanya tentang orang yang
berada di bawah pimpinannya. Dan wanita (isteri) di rumah suaminya adalah pemimpin
dan akan ditanya tentang apa yang dijaganya. Dan hamba yang menjaga harta tuannya
adalah pemimpin dan dia akan ditanya tentang apa yang dijaganya. (al-Bukhari, 2000)

al-Amanah yang dijaga dan dipelihara dengan baik merupakan sifat


bagi para malaikat, para nabi dan rasul a.s serta orang yang bertakwa. al-
Amanah bagi pemimpin ialah melaksanakan dakwah agar dapat
menginsafkan golongan yang zalim dan menjaga hak-hak orang Islam dan
anak-anak yatim. Seseorang ulama memikul al-amanah dengan mengajar
agama kepada masyarakat. Ibu bapa dipertanggungjawabkan menjaga al-
amanah mereka dengan memberi didikan kepada anak-anak mereka.
Bahkan, al-amanah bagi seorang imam yang mengetuai solat jemaah
adalah seseorang yang suci batinnya daripada kefasikan, dosa besar dan
tidak berkekalan dosa kecil. Ini kerana, imam tersebut bagaikan utusan
yang membantu orang lain, maka sudah pasti ia perlu menjadi seseorang
yang terbaik dalam kalangan masyarakat (al-Ghazali, 1990; Mohd Hasrul
& Mohd Fauzi, 2017). Seseorang pemimpin negara perlu
bertanggungjawab untuk memperkasakan gerakan dan aktiviti dakwah
dalam negara yang dipimpinnya. Ia juga perlu memikirkan bagaimana
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni keluarganya dan jemaah
solat terjaga kesucian batinnya.
344 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Seseorang yang memberi al-amanah kepada orang yang tidak berhak


juga akan dipertanggungjawabkan, di mana al-Ghazali membawa kisah
seorang lelaki badawi yang menegur seorang sultan. Ia memaklumkan
kepada sultan tersebut bahawa terdapat sebilangan orang yang berada di
sekeliling sultan tersebut yang bersifat lebih mementingkan dunia. Jadi, ia
menasihati sultan tersebut agar berhati-hati memberi al-amanah kepada
mereka untuk melakukan sesuatu kerana sultan akan bertanggungjawab
kerana bermudah-mudah dalam memberi al-amanah tersebut (al-Ghazali,
1990; Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, 2017). Seseorang pemimpin itu jelas
tidak boleh sewenang-wenangnya melantik mana-mana individu yang
mewakili kerajaannya yang memiliki sikap lebih mementingkan
kemewahan dunia. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Nisa’ 4: 58 yang
bermaksud:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, [Allah menyuruh] kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
[suruhan-Nya] itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Rumusannya ialah al-amanah dan juga al-mas’uliyyah melibatkan


implikasi dosa dan pahala yang mana ia merujuk kepada sesuatu yang
diberi kepada seseorang pemimpin untuk dilaksanakan atau dijaga dengan
baik dan ia akan dipertanggungjawabkan jika terdapat kesalahan atau
khianat. Jika berlaku sedemikian, maka seseorang yang diberi al-amanah
tersebut akan dipertanggungjawabkan dan akan berhadapan dengan
hukuman setimpal dengan kesalahannya tersebut. Antara al-amanah yang
dimaksudkan adalah semua kewajipan yang diberikan oleh Allah S.W.T
kepada manusia dan mereka akan diseksa jika gagal melaksanakannya.
Sesiapa yang berjaya, maka Allah S.W.T akan memberi ganjaran pahala
apatah lagi al-amanah sangat berkaitan dengan al-iman di mana jika
manusia menjaganya maka al-iman mereka akan dijaga. Antara ciri-ciri
yang bertentangan dengan ciri al-amanah dan juga al-mas’uliyyah bagi
seseorang pemimpin ialah rasuah, khianat, mungkir janji, penyelewengan,
salah guna kuasa dan seumpamanya (Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, 2017).
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 345

FAHAM AL-ASMA’ AL-HUSNA DAN AL-AMANAH


DALAM KEPIMPINAN NEGARA

Terdapat banyak al-Asma’ al-Husna pilihan yang boleh dikaitkan dengan


ciri al-amanah dalam kepimpinan sesebuah negara namun hanya akan
diberi fokus kepada beberapa al-Asma’ al-Husna. al-Asma’ al-Husna yang
dipilih adalah berkaitan dengan ciri al-amanah pada aspek
bertanggungjawab terhadap ilmu dan nikmat-nikmat yang diamanahkan
oleh Allah S.W.T kepadanya dengan cara memudahkan urusan agama dan
dunia orang lain menuju jalan kebenaran (al-Ghazali, 2008; Mohd Hasrul
& Mohd Fauzi, 2017). Huraiannya seperti berikut:

a. al-Rahman, al-Rahim, al-Wadud dan al-Ra’uf: Seseorang pemimpin


yang memahami al-Rahman akan sentiasa mengasihi orang yang lalai
dengan menasihatinya agar mengingati Allah S.W.T. Manakala
pemimpin yang memahami al-Rahim akan sentiasa berusaha
memenuhi keperluan rakyatnya yang amat memerlukan sekadar
kemampuan yang ada padanya. Manakala, al-Wadud yang
maksudnya hampir dengan al-Rahim di mana seseorang pemimpin
yang memahaminya akan inginkan hamba-hamba Allah S.W.T yang
lain mencapai kebaikan sebagaimana yang ia inginkan untuk dirinya.
Bahkan dia lebih mementingkan rakyatnya berbanding dirinya sendiri.
Meskipun dia dianiayai, dia tetap tidak membatalkan hasratnya untuk
berbakti kepada si penganiaya tersebut. Begitu juga al-Ra’uf yang
mana kesan kefahaman terhadap nama al-Ra’uf adalah sama dengan
nama al-Rahim. Ini kerana, al-Ghazali menjelaskan bahawa
maknanya adalah dhu al-ra’fah yakni mempunyai kesantunan di
mana kesantunan itu bermaksud shiddat al-rahmah (kasih sayang
yang kuat) atau bermaksud al-rahim ma‘a al-mubalaghah (pengasih
yang bersangatan). Ini menunjukkan sikap tanggungjawab yang dapat
ditonjolkan oleh seseorang pemimpin itu antaranya ialah ia berusaha
menasihati dan membantu rakyatnya sedaya upayanya dengan penuh
kasih sayang. Ilmu dan apa-apa nikmat yang dimilikinya merupakan
amanah yang akan dikongsikan dengan rakyatnya.
b. al-Malik, al-‘Aziz, al-Ghaniyy dan al-Mughniyy: Persamaan pada
kesan dari kefahaman keempat-empat nama ini ialah seseorang
346 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

pemimpin yang memahaminya akan mendorong rakyatnya menaruh


kepercayaan kepadanya untuk membantu urusan mereka. Pemimpin
yang memahami al-Malik akan diperlukan oleh masyarakat untuk
membimbing mereka sekadar kemampuannya agar mereka mendapat
hidayah dari Allah S.W.T. Begitu juga al-‘Aziz, di mana seseorang
pemimpin yang memahaminya akan diperlukan oleh makhluk-
makhluk yang lain untuk kepentingan urusan mereka iaitu berkaitan
dengan kehidupan akhirat dan kebahagiaan abadi. Kefahaman
terhadap al-Ghaniyy dan al-Mughniyy mempengaruhi seseorang
pemimpin itu menjadi orang yang diperlukan oleh orang lain untuk
manfaat mereka. Apabila seseorang itu dianggap penting dan
diperlukan oleh masyarakat, ini menunjukkan ia memiliki sesuatu
yang turut diingini oleh mereka. Jika sesuatu yang diperlukan oleh
masyarakat tersebut ialah ilmu, maka ilmu tersebut akan digunakan
untuk membimbing dan membantu masyarakat dalam sesuatu urusan
sekali gus melayakkannya bergelar pemimpin yang beramanah.
c. al-Mu’min, al-Hakam, al-Fattah, al-Samad dan al-Rashid: Seseorang
pemimpin yang memahami al-Mu’min akan membuatkan orang lain
berasa aman dan mereka akan memohon bantuan darinya untuk
menghilangkan kerosakan dalam urusan dunia dan agama mereka.
Pemimpin itu juga membantu orang lain agar jauh dari azab Allah
S.W.T dan membimbing mereka kepada hidayah-Nya. Apabila al-
Hakam difahami dengan baik, seseorang pemimpin itu akan
mentadbir dirinya dengan berlatih secara bersungguh-sungguh
mengurus urusan dunia seperti politik untuk kemaslahatan agama dan
dunia dalam kalangan masyarakat. Ini kerana, Allah S.W.T melantik
manusia sebagai khalifah di bumi untuk melihat bagaimana mereka
memakmurkannya. Seseorang yang memahami al-Fattah, ia akan
memberi sumbangan kepada masyarakat dengan menjelaskan kepada
mereka tentang Allah S.W.T. Ia juga menggunakan segala ilmunya
untuk membantu manusia untuk memudahkan urusan keagamaan dan
keduniaan mereka. Manakala, seseorang pemimpin yang mencapai
nilai yang terkandung dalam al-Samad akan menjadi tumpuan orang
ramai untuk diambil manfaat pada agama dan urusan dunia mereka.
Ia juga membiasakan lidah dan tangannya untuk memenuhi segala
keperluan rakyatnya. Berhubung dengan al-Rashid, al-Ghazali
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 347

menjelaskan bahawa Allah S.W.T adalah Tuhan yang membimbing


setiap hamba dengan hidayah yang dianugerahkan-Nya agar menepati
kebenaran yang diingini-Nya dalam agama dan dunia mereka. Dapat
difahami dari makna al-Rashid ialah, seseorang pemimpin yang
memahaminya akan terdorong untuk membimbing orang lain untuk
manfaat agama dan dunia mereka. Jadi, persamaan pada nama-nama
ini ialah kesannya dapat mendorong seseorang pemimpin itu
bertanggungjawab untuk membantu dan membimbing rakyatnya
dalam urusan agama dan dunia mereka.
d. al-Jabbar, al-Latif dan al-Kabir: Persamaan pada ketiga-tiga nama ini
ialah kesannya dapat mendorong seseorang pemimpin itu dicontohi
akhlaknya. Seseorang pemimpin yang memahami al-Jabbar akan
mencapai kedudukan yang menarik perhatian ramai untuk menuruti
jejak langkahnya. Akhlaknya telah mempengaruhi orang ramai untuk
mencontohinya. Seseorang pemimpin yang memahami al-Latif akan
mendekati rakyat dengan baik dan sopan untuk menyeru mereka ke
arah mentaati Allah S.W.T dan membimbing mereka agar mencapai
kebahagiaan di akhirat. Antara cara yang baik untuk membimbing
mereka adalah pemimpin itu sendiri mengamalkan kehidupan yang
diredai Allah S.W.T yang dipenuhi dengan amalan kebaikan. Cara ini
akan menarik hati rakyatnya untuk mencontohi sifat-sifatnya dan ini
lebih berkesan berbanding ia menggunakan kata-kata nasihat.
Manakala, seseorang pemimpin yang memahami al-Kabir ialah
pemimpin yang al-kamil (sempurna) yang tiada kekurangan pada
sifat-sifatnya bahkan turut mempengaruhi orang lain apabila mereka
bergaul dengannya. Kesempurnaan seseorang pemimpin ialah pada
akal, warak dan ilmunya. Ia merupakan orang yang berilmu, bertakwa,
pembimbing orang lain dan soleh yang menjadi contoh ikutan kepada
orang lain. Kelebihan yang dimiliki ini perlu digunakan untuk
menerapkan ciri di dalam diri setiap individu Muslim di dalam
masyarakat pimpinannya.
e. al-Razzaq dan al-Muqit: Seseorang pemimpin yang memahami al-
Razzaq akan memahami bahawa Allah S.W.T menganugerahkan
kepadanya ilmu untuk ia membimbing, lidah untuk ia mengajar dan
tangan untuk ia bersedekah kepada orang lain. Pemimpin tersebut
berjaya memiliki sifat ini apabila ia menjadi perantara di antara Allah
348 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

S.W.T dan rakyatnya dengan menyampaikan rezeki Allah S.W.T


kepada mereka. Seseorang pemimpin yang menjaga amanah akan
menggunakan ilmu, lidah dan tangannya untuk membimbing,
mengajar dan bersedekah kepada orang lain. Ilmu dan anggota badan
merupakan amanah dari Allah S.W.T kepada manusia. Begitu juga
kesan kefahaman terhadap al-Muqit dapat mendorong kepada kesan
yang sama. Ini kerana, ia juga bermakna al-Razzaq tetapi ia lebih
khusus daripadanya kerana al-Razzaq meliputi makanan dan bukan
makanan sedangkan al-Muqit berkaitan makanan yang boleh beri
manfaat secara khusus kepada manusia sama ada makanan untuk
tubuh badan atau makanan untuk hati. Ia juga bermakna menguasai
sesuatu di mana ia merujuk kepada Allah S.W.T berkuasa ke atasnya.
Seseorang pemimpin yang memahami al-Asma’ al-Husna ini akan
menggunakan segala nikmat yang diberikannya dengan beramanah
dan menggunakannya untuk membantu masyarakat pimpinannya.
f. al-‘Adl: Seseorang yang memahami nama ini akan mendorong
seseorang pemimpin dan ketua keluarga itu bertindak adil dengan
melakukan peranannya dengan sebaik mungkin ke atas orang
bawahan dan jagaannya. Pemimpin masyarakat dan ketua keluarga
yang amanah dan bertanggungjawab akan berkhidmat dengan
sebaiknya kepada masyarakat dan ahli keluarganya. Seseorang
pemimpin yang ingin menerapkan ciri-ciri di dalam dirinya, ia boleh
melakukannya dengan memahami nama ini.

Rumusannya, seseorang pemimpin yang ingin menerapkan ciri al-


amanah dalam dirinya, ia boleh memahami beberapa nama-nama Allah
S.W.T seperti yang dinyatakan. Dengan ini, selain ia akan mendorongnya
untuk menghindarkan dirinya dari ciri-ciri seperti rasuah, khianat, mungkir
janji, penyelewengan, salah guna kuasa dan seumpamanya, ia juga
memberi kesan kepada pembentukan ciri al-amanah pada aspek
bertanggungjawab terhadap ilmu dan nikmat-nikmat yang diamanahkan
oleh Allah S.W.T kepadanya dengan cara memudahkan urusan agama dan
dunia rakyat pimpinannya menuju jalan kebenaran secara adil.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 349

KESIMPULAN

Kaedah untuk seseorang pemimpin itu memahami al-Asma’ al-Husna


adalah berdasarkan tiga peringkat, yang mana peringkat pertama,
pemimpin tersebut perlu memberi fokus kepada usaha untuk mencapai al-
ma‘rifah tentang sifat-sifat Allah S.W.T dengan keyakinan yang teguh dan
hati yang telah dibersihkan daripada keinginan untuk mencapai matlamat
sesuatu yang selain daripada Allah S.W.T. Kemudian, peringkat kedua
menekankan pengagungan dan pemuliaan terhadap Allah S.W.T yang
mendorong pemimpin tersebut bersifat dengan sifat-sifat Allah S.W.T.
Dorongan itu melibatkan rindu dan cinta terhadap sifat-sifat-Nya dan
sangat menitikberatkan penghiasan diri dengan sifat-sifat Allah S.W.T
dengan sempurna. Jika tidak mampu, maka ia melakukannya berdasarkan
kadar kemampuannya yang ada. Pada peringkat terakhir, pemimpin itu
berusaha bersungguh-sungguh untuk berakhlak dan menghiaskan diri
dengan sifat-sifat tersebut. Ini melayakkan mereka mencapai kedudukan
insan rabbani di sisi Allah S.W.T dan menjadi rakan rapat kepada para
malaikat yang berada di kedudukan tertinggi. Peringkat ini juga dikenali
sebagai penjelmaan nilai-nilai mulia dalam perilaku diri. Seseorang
pemimpin negara yang ingin menerapkan ciri al-amanah, ia boleh
memahami beberapa nama-nama Allah S.W.T terpilih tersebut. Dengan
ini, di samping ia akan mendorongnya untuk menghindarkan dirinya dari
ciri-ciri seperti rasuah, khianat, mungkir janji, penyelewengan, salah guna
kuasa dan seumpamanya, ia juga mendorong pemimpin itu
bertanggungjawab terhadap ilmu dan nikmat-nikmat yang diamanahkan
oleh Allah S.W.T kepadanya dengan cara memudahkan urusan agama dan
dunia rakyatnya menuju jalan kebenaran secara adil.

PENGHARGAAN

Makalah ini berkaitan dengan projek Skim Geran Penyelidikan


Fundamental iaitu FRGS/1/2017/SSI03/UNISZA/03/1 (RR233) di bawah
tajuk Rekabentuk Model Pembinaan Karakter ‘Ibad al-Rahman
Berdasarkan Pengalaman Pendidikan al-Ghazali, al-Shafie, Ibn Sina dan
Muhammad al-Fatih. Penghargaan khusus kepada Kementerian
350 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Pendidikan Tinggi Malaysia (MOHE) dan Universiti Sultan Zainal Abidin


(UniSZA) untuk menaja dan menyokong kajian ini.

RUJUKAN

‘Abd al-Hamid al-Madkur. 2009. “Ittijahat al-Muslimin Nahwa al-


Tasawwuf”, dalam Mawsu‘at al-Tasawwuf al-Islami, ed. Mahmud
Hamdi Zaqzuq. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah.
‘Abd al-Hamid al-Madkur (Profesor, Jabatan Falsafah Islam, Kuliyyah
Dar al-‘Ulum, Universiti Kaherah), dalam temu bual dengan penulis,
2 dan 7 Julai 2010.
Abu Ja‘far Muhammad ibn Jarir al-Tabari. 2001. Tafsir al-Tabari
Jami‘ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Qur’an. Tahqiq ‘Abd Allah ibn
‘Abd al-Muhsin al-Turki. Kaherah: Markaz al-Buhuth wa al-Dirasat
al-‘Arabiyyah wa al-Islamiyyah.
Ahmad ibn ‘Ali ibn Hajar al-‘Asqalani. 2001. Fath al-Bari bi Sharh Sahih
al-Imam Abi ‘Abd Allah Muhammad ibn Isma‘il al-Bukhari. Tahqiq
‘Abd al-Qadir Shaybah al-Hamd. Riyadh: Maktabat al-Malik Fahd al-
Wataniyyah.
Fakhr al-Din al-Razi. 1981. Tafsir al-Fakhr al-Razi al-Mushtahir bi al-
Tafsir al-Kabir wa Mafatih al-Ghayb. Beirut: Dar al-Fikr li al-
Tiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘.
al-Ghazali, Abu Hamid. 2008. “Bidayat al-Hidayah”, dalam Majmu‘at al-
Rasa’il al-Imam al-Ghazali. Ed. Maktab al-Buhuth wa al-Dirasat.
Beirut: Dar al-Fikr.
al-Ghazali, Abu Hamid. t.th. al-Arba‘in fi Usul al-Din. Beirut: Dar al-
Ma‘rifah.
al-Ghazali, Abu Hamid. t.th. al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-
Husna. Tahqiq Abu Sahl dan Najah ‘Iwad Siyam. Kaherah: Dar al-
Muqtim.
al-Ghazali, Abu Hamid. t.th. Ihya’ ‘Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.
al-Ghazali, Abu Hamid. t.th. Mukashafat al-Qulub. al-Haram: Matba‘at al-
Irshad.
Ibn Kathir, ‘Imad al-Din Abu al-Fida’ Isma‘il. 2000. Tafsir al-Qur’an al-
‘Azim. Tahqiq Mustafa al-Sayyid Muhammad et al. Kaherah: al-Faruq
al-Hadithiyyah li al-Tiba‘ah wa al-Nashr.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 351

Ibn Kathir, ‘Imad al-Din Abu al-Fida’ Isma‘il.. 1998. al-Bidayah wa al-
Nihayah. Tahqiq ‘Abd Allah ibn ‘Abd al-Muhsin al-Turki. Giza:
Markaz al-Buhuth wa al-Dirasat al-‘Arabiyyat al-Islamiyyah.
Kamus Dewan. 2007. Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Inggeris Melayu Dewan. 2002. Cet. ke-3. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
M. Quraish Shihab. 2005. Menyingkap Tabir Ilahi Asma Al Husna Dalam
Perspektif al-Qur’an. Jakarta: Penerbit Lentera Hati.
al-Mawrid Qamus Inklizi-‘Arabi. 1991. Ed. Munir al-Ba‘albaki. Beirut:
Dar al-‘Ilm li al-Malayin.
Mehmet Vural. 2010. “Classic Logic of al-Ghazali Methodology”, Journal
of Islamic Research, volume. 3, no: 2.
Mohd Abduh bin Abu Samah@Hashim. 2006. “Pemikiran Akidah al-
Imam al-Ghazzali Dalam Kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din: Analisis
Terhadap Kitab Qawa‘id al-‘Aqa’id”. Disertasi sarjana, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya.
Mohd Fakhrudin Abdul Mukti. 2005. “al-Ghazzali and His Refutation of
Philosophy”, Jurnal Usuluddin, bil. 21.
Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Hasrul Shuhari. 2011. al-Asma’ al-Husna.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Hasrul Shuhari dan Mohd Fauzi Hamat. 2017. “Kefahaman
Terhadap al-Asma’ al-Husna dan Kaitannya dengan Ciri al-Amanah
Menurut al-Ghazali dalam Kitab al-Maqsad al-Asna”, Malaysian
Journal For Islamic Studies, Vol 1, No 2 , 26-42.
Mohtar Abas. 2005. “Pembangunan Kepimpinan Dalam Organisasi”.
Jurnal Pengurusan Awam, Jilid 4, Bilangan 1, Julai 2005, h. 1-10.
al-Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi. t.t. t.tp.: al-Munzamat al-‘Arabiyyah li al-
Tarbiyyah wa al-Thaqafah wa al-‘Ulum.
al-Mu‘jam al-Wasit. 2005. Ed. Mujamma‘ al-Lughat al-‘Arabiyyah.
Mesir: Maktabat al-Shuruq al-Dawliyyah.
al-Mu‘jam al-Wasit. t.th. Ed. Majma‘ al-Lughat al-‘Arabiyyah, cet. ke-3
(t.tp.: Majma‘ al-Lughat al-‘Arabiyyah.
Muhammad ibn Isma‘il al-Bukhari. 2000. “Sahih al-Bukhari” dalam
Mawsu‘at al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih ibn ‘Abd
al-‘Aziz Al Shaykh (Riyadh: Dar al-Salam, (Kitab fi al-Istiqrad wa
352 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Ada’ al-Duyun wa al-Hajr wa al-Taflis, Bab al-‘Abd Ra‘ fi Mal


Sayyidih wa la Ya‘mal illa Biidhnih, no. hadis 2409).
Muniroh Abdul Rohman dan Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. 2016.
“Sistem Kad Perakam Waktu (KPW) Era Kepimpinan Tun Dr
Mahathir Mohamad Di Malaysia”, al-Hikmah 8 (2) 2016: 166-183.
al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam. 1988. cet. ke-30. Beirut: Dar al-
Mashriq.
Mustafa Abu-Sway. 1996. al-Ghazzaliyy: A Study In Islamic
Epistemology. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).
al-Nawawi, Abu Zakariya Yahya. 1930. Sahih Muslim bi Sharh al-
Nawawi. Kaherah: al-Matba‘at al-Misriyyah bi al-Azhar.
Nor Asma Ab Aziz dan Muhd Norizam Jamian. 2016. “Akhlak Pemimpin
Dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain: Satu Analisis Pendekatan
Adab”. Jurnal Melayu, Bil. 15 (1) 2016, h. 50-66.
Shihab al-Din Abu al-Falaj ‘Abd al-Hayy ibn Ahmad ibn al-‘Imad. 1989.
Shadharat al-Dhahab fi Akhbar Man Dhahab. Tahqiq Mahmud al-
Arna’ut. Beirut: Dar Ibn Kathir.
Su‘ad al-Hakim. 1981. al-Mu‘jam al-Sufi. Beirut: Dandarah li al-Tiba‘ah
wa al-Nashr.
Tang Keow Ngang dan Tengku Ahmad Badrul Raja Hussin. 2015.
“Hubungan Kepemimpinan Etika, Komitmen Afektif, Penglibatan
Kerja Dan Sokongan Organisasi”. Kajian Malaysia 33(1): 93-119.
Zaharah Hassan et al. 2009. “Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan
Organisasi dalam Perkhidmatan Awam”. MALIM: Jurnal Pengajian
Umum Asia Tenggara, Bil. 10 (2009), h. 39-52.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 353

Tun Mustapha dan Peranannya Terhadap


Penetapan Islam Sebagai Agama
Rasmi Negeri Sabah
MOHD NUR HIDAYAT HASBOLLAH HAJIMIN & IBNOR AZLI IBRAHIM

ABSTRAK

Pada awal kemerdekaan Sabah tahun 1963, pindaan terhadap


Perlembagaan Negeri Sabah agar Islam dijadikan sebagai agama rasmi
negeri merupakan satu keperluan bagi orang Islam. Dengan pindaan
tersebut, akan dapat menjaga kepentingan dan maslahah orang Islam yang
merupakan kumpulan minoriti pada ketika itu. Bagi mencapai matlamat
tersebut, usaha ini telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Islam Sabah
seperti Tun Mustapha. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis peranan
Tun Mustapha terhadap pindaan perlembagaan negeri agar Islam dijadikan
sebagai agama rasmi negeri Sabah. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan
menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data dan maklumat yang
diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajian
mendapati gerakan dakwah Tun Mustapha yang telah meningkatkan
komposisi orang Islam kepada majoriti, menjadi faktor kepada pindaan
Perlembagaan Negeri Sabah Perkara 5(A) bagi menjadikan Islam sebagai
agama rasmi negeri Sabah pada 23 September 1973. Dengan pindaan
tersebut, maslahah dan kepentingan orang Islam dalam segenap aspek
sama ada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya dapat dijaga seperti yang
ada pada masa kini.

Kata kunci: peranan, Tun Mustapha, Islam, agama rasmi negeri, Sabah.

PENGENALAN

Penentuan agama rasmi negeri memainkan peranan yang penting dalam


menjaga maslahah dan kepentingan penganut sesebuah agama. Dalam
konteks negeri Sabah, semasa di awal kemerdekaan tahun 1960-an,
penetapan Islam sebagai agama rasmi negeri menjadi harapan yang amat
354 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

besar kepada masyarakat Islam. Hal ini kerana, dengan penetapan tersebut
dapat menjaga kepentingan dan hal ehwal masyarakat Islam dalam
segenap aspek berikutan kedudukan mereka dalam komposisi minoriti dan
tidak terbela. Bagi mencapai matlamat tersebut, usaha ini telah dilakukan
oleh pemimpin-pemimpin Islam Sabah antaranya Tun Mustapha. Oleh itu,
kajian ini akan menganalisis peranan-peranan yang dilakukan oleh Tun
Mustapha dalam meminda perlembagaan negeri agar Islam dijadikan
sebagai agama rasmi negeri Sabah. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan
menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data dan maklumat yang
diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajian
mendapati antara peranan yang dilakukan oleh Tun Mustapha adalah
menjalankan usaha dakwah besar-besaran di seluruh Sabah termasuk
kawasan pedalaman bagi meningkatkan komposisi orang Islam. Usaha
Tun Mustapha bukan sahaja telah meningkatkan jumlah orang Islam dari
kalangan rakyat kebanyakan, malah telah menarik ahli-ahli politik bukan
Islam untuk menerima Islam. Dengan peningkatan tersebut, ia telah
membuka jalan kepada pindaan Perlembagaan Negeri Sabah Perkara 5(A)
bagi menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah pada 23
September 1973. Dengan pindaan tersebut, maslahah dan kepentingan
orang Islam dalam segenap aspek sama ada politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya dapat dijaga seperti yang ada pada masa kini.

LATAR BELAKANG TUN MUSTAPHA

Nama sebenar Tun Mustapha adalah Datu Mustapha Datu Harun. Beliau
merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama dari tahun 1963
sehingga 1965 dan Ketua Menteri Sabah ke-3 dari tahun 1967 sehingga
1976 (Sabihah et al 2006: 1). Beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1918 di Kg.
Limau-Limauan, Kudat dan berketurunan Suluk. Beliau telah meninggal
dunia pada 2 Januari 1995 ketika berusia 77 tahun di Pusat Perubatan
Sabah Likas, Kota Kinabalu kerana menghidap penyakit jantung. Beliau
telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putatan bersebelahan
pusara isterinya Toh Puan Rahmah Zulkarnain seperti mana yang
diwasiatkannya (Abdul Hadi et al 2003: 9; Mohd Azrone 2008: 7).
Sungguhpun beliau telah kembali ke rahmatullah, namun jasa dan
sumbangannya terhadap perkembangaan Islam di Sabah adalah sangat
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 355

besar. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Sabah,


malah merupakan tokoh penting yang telah berjaya mengangkat dan
mengukuhkan kedudukan syiar Islam di Sabah. Beliau merupakan
pengasas dan Yang di-Pertua bagi pertubuhan Islam Bukan kerajaan iaitu
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan antara pengasas pertubuhan
Islam bukan kerajaan antarabangsa iaitu Rabitah Alam al-Islami atau
dikenali sebagai Muslim World League yang berpusat di Arab Saudi.
Antara jasa beliau dalam perkembangan Islam di Sabah adalah beliau
berjaya meminda Perlembagaan Negeri Sabah dengan menetapkan Islam
sebagai agama rasmi negeri Sabah. Dengan pindaan tersebut, ia bukan
sahaja dapat menjaga kepentingan hal ehwal Islam malah dapat terus
berkembang seperti mana yang ada pada masa kini.

PERKEMBANGAN ISLAM SEBELUM ISLAM MENJADI AGAMA


RASMI NEGERI SABAH

Sebelum kemasukan pengaruh agama, masyarakat Sabah tidak menganuti


sebarang agama (paganisme) sebaliknya mengamalkan kepercayaan
animisme. Sabah mulai dikesan menerima pengaruh agama Islam pada
tahun 1300-an dan Kristian pada tahun 1800-an (Mat Zin 2003: 27 &
Regina 2008: 113). Sungguhpun pengaruh Islam datang lebih awal, namun
perkembangan agama Kristian adalah lebih pesat. Hal ini berikutan fasa-
fasa penjajahan yang berlaku ke atas Sabah telah dilakukan oleh penjajah
bukan Islam yang mana bukan sahaja mengembangkan pengaruh politik,
menguasai ekonomi, malah menyebarkan agama.
Sabah mulai dijajah pada tahun 1880 sehingga 1942 oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara Bristish (SBBUB). Seterusnya ketika Perang
Dunia ke-2, Sabah telah dijajah oleh Jepun pada tahun 1942 sehingga
1946. Selepas Perang Dunia ke-2 berakhir dan Jepun menyerah kalah,
Sabah telah diletakkan di bawah pentadbiran British yang dikenali sebagai
Tanah Jajahan Mahkota British bermula pada tahun 1946 sehingga tahun
1963. Seperti mana penjajahan Barat di negara-negara lain, penjajahan
British ke atas Sabah juga adalah bermotifkan kepada 3G iaitu God
(Tuhan), Gold (Emas) dan Glory (Kegemilangan) (Ismail 2004: 83).
Selaku pemerintah, dengan mudah mereka dapat menjalankan
gerakan missionari ke seluruh Sabah dengan bantuan gereja-gereja
356 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

antarabangsa yang menyumbangkan pelbagai kemudahan seperti khidmat


paderi dan mubaligh, kewangan dan kapal terbang. Gerakan missionari
yang sistematik disamping memiliki pelbagai kemudahan ini telah
membantu Kristian disebarkan di seluruh Sabah termasuklah kawasan-
kawasan pedalaman. Setiap tempat yang telah dimasuki akan dijadikan
sebagai pusat perkembangan Kristian. Dakwah Kristian disebarkan dengan
pelbagai medium sama ada dari sudut pendidikan, pertanian, perniagaan,
perkhidmatan kesihatan dan lain-lain lagi. Malah institusi-institusi Kristian
turut dibina seperti gereja dan sekolah. Dalam tempoh kira-kira 40 tahun,
perkembangan agama Kristian adalah lebih pesat berbanding Islam (Ismail
2004: 1994).
Apabila melihat kepada perkembangan Islam pada zaman penjajahan,
jelas Islam ketinggalan jauh berbanding perkembangan Kristian.
Sedangkan Kristian semakin berkembang, Islam pula terasing daripada
perkembangan seperti yang dicapai oleh Kristian sama ada dakwah,
pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. Pada periode ini proses dakwah
Islam masih berjalan bagaimanapun agak terhad kerana dijalankan melalui
individu dan berkumpulan secara sukarela. Tidak terdapat sebuah badan
dan organisasi khusus yang bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti
dakwah. Selain itu, faktor kewangan dan kemudahan pengangkutan juga
menjadi faktor Islam sukar untuk dijalankan ke seluruh Sabah. Malah
tidak dinafikan juga terdapat halangan daripada pihak penjajah sendiri
terhadap perkembangan Islam. Ini dapat dilihat apabila terdapat
pendakwah Islam iaitu Imam Suhaili Haji Yaakub yang dihalau keluar
daripada Sabah kerana menganggap ia sebagai saingan dan ancaman
kepada perkembangan Kristian. Selain itu, terdapat juga undang-undang
yang melarang migrasi orang Islam ke Kawasan-kawasan bukan Islam
(Moktar 1988: 26).
Keadaan ini juga tidak berbeza ketika Jepun menjajah Sabah. Dalam
tempoh pemerintahan yang singkat iaitu dari tahun 1942 sehingga 1946,
Jepun telah melaksanakan dasar penjepunan dalam segenap aspek sama
ada politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Kebanyakan kemudahan
yang dibina dan disediakan oleh pihak SBBUB sebelum ini seperti sekolah
telah ditutup kerana sikap anti Jepun terhadap Barat dan Cina. Penduduk
tempatan dikerah untuk mengadaptasi segenap perkara berkaitan Jepun
sama ada bahasa, tulisan, budaya dan sebagainya (Dayu 2013: 109-110).
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 357

Secara langsung, penjajahan Jepun telah menjadikan perkembangan


Kristian dan Islam terbantut.

PERANAN TUN MUSTAPHA TERHADAP PINDAAN ISLAM


SEBAGAI AGAMA RASMI NEGERI SABAH

Selepas mencapai kemerdekaan tahun 1963, walaupun Sabah telah


mempunyai pentadbiran sendiri, namun perkembangan Islam masih tidak
mempunyai perubahan. Hal ini kerana, tampuk politik majoritinya
disandang oleh orang bukan Islam. Sungguhpun ketika itu Tun Mustapha
merupakan Ketua Negeri yang dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri,
namun beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan perjalanan
politik yang boleh menjaga kepentingan orang Islam. Ini menyebabkan
perkembangan Islam kekal ketinggalan sama ada dari sudut politik,
ekonomi, sosial, pendidikan, perundangan, pembinaan masjid dan surau,
dan sebagainya.
Senario yang sedang berlaku menyebabkan orang Islam perlu mencari
solusi agar dapat menjaga kepentingan Islam seluruhnya. Bagi tujuan
tersebut, usaha-usaha telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Islam
terutamanya oleh Tun Mustapha. Usaha beliau dilihat bermula apabila
beliau melepaskan jawatannya sebagai Yang di-Pertua bagi bertanding
dalam pilihanraya dan berjaya menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri
Sabah ke-3 pada tahun 1967.
Tun Mustapha sedar bahawa untuk memastikan kepentingan Islam
dapat terus dipelihara perlu kepada pindaan perlembagaan negeri
menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri. Bagaimanapun, oleh
kerana Islam tidak membentuk kumpulan majoriti di Sabah, maka perlu
satu usaha untuk mengubah komposisi tersebut. Sebagai langkah pertama,
beliau telah menubuhkan badan dakwah Islam bukan Kerajaan iaitu
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada tahun 1969. Pertubuhan ini
ditubuhkan bukan sahaja bagi menjaga hal ehwal Islam seperti pendidikan,
zakat, haji, pembinaan masjid dan surau, malah sebagai badan utama yang
menjalankan misi dakwah bagi meningkatkan jumlah komposisi orang
Islam di Sabah. Bagi usaha ini, beliau telah membawa masuk para
pendakwah dan guru agama seperti Filipina, Arab Saudi, Indonesia,
Semenanjung Malaysia dan lain-lain lagi (Awang Sahari 1994). Gerakan
358 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

dakwah telah dilakukan hampir ke seluruh Sabah termasuk di kawasan-


kawasan pedalaman seperti Ranau, Keningau, Tenom, Nabawan dan
sebagainya.
Pada tahun 1971, walaupun Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) turut
telah ditubuhkan, bagaimanapun ia jelas masih tidak boleh memberikan
jaminan kepada memelihara kepentingan hal ehwal orang Islam bagi
jangka masa panjang. Oleh itu, usaha dakwah mempertingkatkan
komposisi Islam masih perlu dilakukan sebagai salah satu usaha
menyumbang kepada pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi negeri.
Gerakan dakwah pada zaman Tun Mustapha telah diiktiraf sebagai
perkembangan dakwah yang paling gemilang. Pada tahun 1969 sehingga
1976 dianggarkan seramai 50,000 orang telah menganut Islam. Sekiranya
dicampur dengan anak-anak mereka dianggarkan mencapai 100,000 orang
telah menganut Islam (Abdullah 1976: 168). Usaha dakwah yang
dijalankan oleh Tun Mustapha bersama USIA, bukan sahaja telah
meningkatkan jumlah saudara baru dari kalangan rakyat kebanyakan,
malah telah menyebabkan ahli-ahli politik bukan Islam turut sama
menganut Islam seperti Tun Fuad Donald Stephen iaitu mantan Ketua
Menteri Sabah pertama. Secara tidak langsung, pengaruh yang ada pada
Tun Fuad turur menarik pengikutnya untuk menganut Islam (Robert 1976:
495).
Selepas 10 tahun merdeka, pada 23 September 1973 telah menjadi
detik bersejarah dalam perkembangan Islam di Sabah apabila Islam telah
diiktiraf sebagai agama rasmi negeri. Kejayaan ini merupakan rentetan
daripada usaha dakwah Tun Mustapha bagi meningkatkan komposisi
orang Islam daripada kumpulan minoriti kepada majoriti. Begitu juga
komposisi Ahli Dewan Undangan Negeri Muslim yang telah mencapai 2/3
telah memberikan peluang untuk meminda Perlembagaan Negeri Sabah
Perkara 5(A) yang menyatakan: “Islam adalah agama negeri, tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni di mana-
mana tempat dalam negeri”
Dengan pindaan tersebut, ia telah memberikan impak yang besar
dalam menjaga kepentingan dan mengembangkan hal-ehwal Islam
pelbagai aspek yang sebelum ini tidak terbela (Emin 2009: 93). Institusi-
institusi Islam utama seperti Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), Jabatan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 359

Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Mahkamah Syariah dan lain-lain
yang ditubuhkan, secara langsung dapat bergerak dengan lebih lancar.
Antara perkara yang boleh dilihat adalah seperti pelaksanaan
Perundangan Syariah merupakan antara kesan yang ketara selepas pindaan
Islam sebagai agama rasmi negeri. Ini kerana ketika perundingan
penyertaan Sabah dalam pembentukan Malaysia, kepimpinan Sabah
terutamanya bukan Islam telah membentuk Perjanjian 20 Perkara yang
perlu dijamin sebelum bersetuju membentuk Malaysia. Perkara 1 yang
menyentuh berkenaan agama rasmi dan perundangan Islam menyatakan:
“Walaupun tiada bantahan terhadap Islam menjadi agama rasmi Malaysia,
agama rasmi tidak ada di Borneo Utara (Sabah) dan peruntukan berhubung
dengan Islam mengikut perlembagaan Malaya hendaklah tidak
merangkumi Borneo Utara (Sabah)”
Perkara di atas telah memberikan implikasi yang besar yang mana
bukan sahaja Islam tidak menjadi agama rasmi, malah tidak ada satu
institusi perundangan Islam yang khusus dalam membicarakan berkenaan
hal ehwal orang Islam. Bagaimanapun setelah pindaan dibuat, pada 1
Februari 1978, secara rasminya Mahkamah Syariah mulai beroperasi di
Sabah (Ahadin 2012).
Selain itu institusi masjid dan surau antara yang entiti yang jelas
berkembang selepas pindaan agama rasmi negeri dilaksanakan. Ketiadaan
organisasi khusus sebelum itu menjadi kekangan dalam membina dan
membaik pulih institusi masjid dan surau. Bagaimanapun usaha ini dapat
dilihat dilakukan oleh pihak USIA. Sehingga tahun 1970, USIA telah
membaik pulih 40 buah masjid dan 48 buah surau di seluruh Sabah.
Bagaimanapun, selepas tampuk politik disandang oleh kepimpinan Islam
dan Islam menjadi agama rasmi negeri, pembinaan masjid dan surau
menjadi lebih rancak. Masjid Negeri Sabah yang telah siap dibina pada
tahun 1975 merupakan satu simbolik dan kemenangan moral bahawa
Islam telah mempunyai tapak yang kukuh di Sabah. Pada tahun 1978
sehingga 1979 sebanyak 201 buah masjid dan 171 buah surau telah dibina
di seluruh Sabah (Anon 1981: 32).
Berdasarkan kepada perbahasan di atas, jelas menunjukkan pindaan
Islam sebagai agama rasmi negeri telah memberikan kesan yang besar
kepada perkembangan Islam di Sabah. Tun Mustapha merupakan tokoh
terpenting yang telah mengangkat Islam pada kedudukan yang tertinggi.
360 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Komitmen dan usaha beliau yang berikan terhadap Islam, telah


meninggalkan satu legasi yang dapat dinikmati oleh masyarakat Islam
Sabah seperti mana yang ada pada masa kini.

KESIMPULAN

Pindaan Perlembagaan Negeri Sabah yang menetapkan Islam sebagai


agama rasmi negeri telah memberikan impak yang besar terhadap hal
ehwal Islam di Sabah. Dengan pindaan tersebut, secara langsung telah
memberikan kedudukan yang istimewa kepada Islam di Sabah dalam
pelbagai aspek sama ada dari sudut pendidikan, dakwah, institusi masjid
dan surau, dan sebagainya. Apa yang dimiliki dan dinikmati oleh
masyarakat Islam di Sabah kini adalah hasil daripada pindaan tersebut.
Tun Mustapha merupakan tokoh yang telah berjasa kepada
perkembangan Islam di Sabah. Atas peranan dan sumbangan beliau,
beliau turut dinobatkan sebagai salah seorang daripada tokoh Islam Sabah.

RUJUKAN

Abdul Hadi Harman Shah, Junaenah Sulehan, Mohamed Yusoff Ismail,


Nor Azizan Idris & Zahra Yacob. 2003. Tun Mustapha dan
pembangunan Sabah. Kota Kinabalu: Yayasan Sabah.
Abdullah Hussain. 1976. Tun Datu Mustapha: bapa kemerdekaan Sabah.
Kuala Lumpur: M.F.I.
Ahadin Arinen. 2012. Perundangan Islam di Sabah: sejarah Mahkamah
Syariah dan bidang kuasa. Kertas Kerja Seminar Perundangan Islam
di Sabah. Anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
(JHEAINS), Majlis Professor Negara & Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Sabah). Kota Kinabalu, Sabah, 4 Disember.
Anon. 1981. Buku Sumbangan Bagi Pameran Hasil Sumbangan Islam
Hingga Abad ke 15 Hijrah pada 21 November hingga 5 Disember
1981 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu. Anjuran Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS),
Jabatan Pelajaran, Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Pertubuhan
Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Muzium Negeri Sabah.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 361

Anon. t.th. Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun.


http://www.arkib.gov.my/web/guest/tun-datu-haji-mustapha-bin-datu-
harun [12 Disember 2018]
Awang Sahari Abdul Latif. 1994. Peranan USIA dalam membina
kepentingan agama Islam di Sabah. 25 Disember. Dewan Datuk
Salleh Sulung Papar. Fail Keratan Artikel Muzium Tamadun Islam
Sabah/F23/Jild.
Emin Madi. 2009. Sinar perjuangan USIA. Kota Kinabalu: Pertubuhan
Islam Seluruh Sabah.
Ismail Yusoff. 2004. Politik dan agama di Sabah. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mat Zin Mat Kib. 2003. Kristian di Sabah 1881- 1994. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd Azrone Sarabatin. 2008. Datu Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah.
Berita Harian, 8 Jun.
Regina Lim. 2008. Federal state relations in Sabah, Malaysia: the
BERJAYA administration, 1976-85. Singapore: Institute of Southest
Asian Studies.
Robert O. Tilman. 1976. Mustapha’s Sabah, 1968-1976: the Tun steps
down. Asian Survey 16(6): 495-509.
Sabihah Osman, Ismail Ali & Baszley Bee B. Basrah Bee. 2006. Tun Datu
Hj. Mustapha Bin Datu Harun: jasabaktinya dalam pembangunan
sosial di Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
362 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah: Peranan


dalam Patriotisme dan Kemerdekaan
Negeri Sarawak
NINIE AMIRA DRAHIM, FARID MAT ZAIN & SUHAILA ZAILANI @ AHMAD

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan membincangkan tentang peranan Datu Patinggi


Abang Haji Abdillah dalam patriotisme dan kemerdekaan di negeri
Sarawak. Kemunculan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah dalam urusan
pentadbiran jelas menunjukkan rasa tanggungjawab beliau dalam
mempertahankan tanah air. Walaupun pada awal pemerintahan Brooke
jelas menunjukkan beliau cuba menyekat kesedaran rakyat terhadap
kepentingan pembangunan politik dan pendidikan. Namun apabila
pembangunan dalam pendidikan mula mendapat perhatian ramai, bibit-
bibit nasionalisme itu mula muncul dalam diri masyarakat Melayu.

PENGENALAN

Makalah ini akan mengupas mengenai usaha-usaha yang dilakukan oleh


Datu Patinggi dalam mempertahankan tanah air. Datu Patinggi sendiri
telah menjadi penaung kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
(PKMS). Seterusnya, tindakan Datu Patinggi dengan menyatakan dirinya
akan berpihak kepada Jepun semasa pendudukan Jepun dalam usaha
menyelamatkan bangsanya daripada terus ditindas dengan kejam akan
turut dirungkaikan. Bahkan pelbagai usaha yang telah beliau lakukan
untuk menggagalkan penyerahan Sarawak kepada pihak British selepas
pendudukan Jepun. Apabila negeri Sarawak diisytiharkan sebagai tanah
jajahan British, Datu Patinggi bertindak menentang ketika persidangan.
Namun penentangannya tidak diendahkan menyebabkan beliau sendiri
mengetuai gerakan anti-penyerahan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 363

PERCUBAAN DATU PATINGGI DALAM MENGGAGALKAN


PENGUBAHAN SISTEM PENGGANTIAN BERAJA

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah seorang ketua masyarakat Melayu


Sarawak yang berpengaruh dan disegani bukan sahaja di kalangan anak
buahnya sendiri serta masyarakat bumiputera yang lain, bahkan di
kalangan masyarakat ekspatriat. Malahan beliau digeruni oleh pihak
tertentu daripada kalangan pemerintah dan kerajaan serta keluarga Raja
sendiri. Hal ini jelas daripada sejarah Sarawak pada zaman pemerintahan
Raja Vyner Brooke apabila Datu Patinggi itu berjaya menggagalkan
percubaan untuk mengubah sistem penggantian Raja (Salam Ahmad 1995:
19).
Amalan penggantian Raja yang telah ditinggalkan oleh Raja James
Brooke dan Charles Brooke cukup jelas bahawa pengganti Raja yang
berhak ialah anak lelaki Raja yang sedang memerintah. Sekiranya Raja
tidak mempunyai anak lelaki, maka anak lelaki daripada saudara lelaki
yang berhak untuk menggantikan Raja. Namun, sekiranya saudara
lelakinya tidak mempunyai anak yang layak, barulah Sarawak itu
diserahkan kepada Raja England. Berdasrkan kehendak wasiat itu, jelas
sekali tidak ada peluang langsung bagi keturunan Raja Vyner Brooke dan
Ranee Sylvia untuk terus memerintah negeri Sarawak (Salam 1995: 21).
Vyner Brooke mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Leonara,
Valrie daan Elizabeth. Namun begitu, belia tidak memiliki seorang pun
anak lelaki. Sekiranya menurut syarat hak ketuanan yang telah
diwasiatkan, jelas sama sekali bahawa adik lelakinya, Betram Brooke,
Tuan Muda itulah waris penggantinya. Bahkan, Betram mempunyai
seorang anak lelaki, Anthony Brooke (Raja Muda) yang turut mempunyai
seorang anak lelaki (Hasbie 1989: 53). Namun begitu, Ranee Sylvia
menginginkan keturunannya sendiri terus memerintah negeri Sarawak.
Oleh sebab itu, Ranee telah merencanakan percubaan untuk mendapatkan
Leonara dilantik menjadi bakal pengganti bapanya.
Bagi menjayakan rencananya, Ranee Sylvia telah mendapatkan
bantuan G.T.M MacBryan yang sedang berkhidmat sebagai penyunting
‘Sarawak Gazette’ dan the Sarawak Government Gazette’. Kemudian
telah dilantik sebagai pemangku Penolong Setiausaha Kerajaan dan
seterusnya sebagai Setiausaha Peribadi (sulit) kepada Raja dan Setiausaha
364 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Hal Ehwal Rakyat Tempatan. MacBryan ini berusaha membantu Ranee


Sylvia dengan pelbagai cara dan tipu helah. Pada tahun 1927, MacBryan
berjaya memujuk beberapa orang Datu supaya bersetuju menerima
seorang pemerintah (Raja) perempuan. Namun begitu, percubaan pertama
Ranee dan MacBryan itu mendapat tentangan hebat daripada Datu
Patinggi dan akhirnya gagal (Salam 1995: 21).
Pada tahun berikutnya, 28 September 1928, semasa ulang tahun Raja
Vyner Brooke, MacBryan mencuba sekali lagi untuk menjayakan rencana
Ranee Sylvia. MacBryan berjaya memujuk Raja Vyner Brooke agar
melantik beberapa orang Datu baru dan meningkatkan gelaran Abang Haji
Abdillah ketika itu yang masih bergelar Datu Bandar kepada Datu Shah
Bandar. Tujuan sebenar di sebalik muslihat MacBrayan ini adalah untuk
menambah bilangan anggota dalam Majlis Tertinggi bagi menumpaskan
pengaruh Abang Haji Abdillah.
Setelah gagal dalam percubaan pertama dalm tahun 1927, MacBryan
yakin bahawa satu-satunya cara untuk menjayakan rencana Ranee Sylvia
adalah dengan membawa gagasan penggantian baru itu ke Majlis
Tertinggi. MacBryan menganggap anggota tambah daripada kalangan
datu-datu yang baru dilantik akan berasa terhutang budi atas perlantikan
masing-masing dan bersedia menyokong gagasan tersebut. Sebelum
persidangan Majlis Tertinggi, seperti sebelumnya, MacBryan berjaya
memujuk Datu-Datu untuk menyokong rancangan Ranee. Namun,
muslihat MacBryan sekali lagi diketahui Abang Haji Abdillah. Beliau
menenteng hebat segala rancangan MacBrayan yang akhirnya
menyebabkan usul berkenaan yang dijangka akan dibentangkan ketika
persidangan terpaksa digugurkan. Percubaan MacBryan dan Ranee Sylvia
gagal buat kali kedua (Salam 1995: 22).
Selepas kegagalan kedua itu, tiada lagi percubaaan diusahakan
sehinggalah tiga belas tahun kemudian. Pada tahun 1941, Ranee Sylvia
merancang pula untuk mendapatkan cucunya Simon Brooke Mackay, anak
lelaki Leonara yang berumur sembilan tahun untuk dijadikan pengganti
Raja. Percubaan kali ini dikaitakan dengan keinginan Raja Vyner Brooke
sendiri. Khabar angin mengenai keinginan Raja itu merebak di Kuching.
Datu Patinggi sedar rancaangan tersebut bertentangan dengan wasiat
politik berkaitan penggantian Raja dan beliau sedar juga bahawa calon
yang layak mengikut kehendak wasiat masih ada. Lantaran itu, beliau
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 365

berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan kehendak wasiat yang


sangat jelas itu. Maka, percubaan untuk mengubah sistem penggantian
Raja buat kali ketiga ini juga akhirnya gagal (Salam 1995: 23).
Dengan itu, jelas sama sekali betapa kuatnya pengaruh Datu Patinggi
Abang Haji Abdillah dalam pentadbiran Sarawak. Kesungguhannya cukup
mengagumkan meskipun beliau hanyalah seorang ketua masyarakat
Melayu Sarawak pada ketika itu. Raja Vyner Brooke sendiri yang
merupakan kuasa tertinggi dalam negeri, tidak menggunakan kuasanya
untuk merealisasikan hasrat isterinya, Ranee Sylvia (Salam 1995: 23).

PERSATUAN KEBANGSAAN MELAYU SARAWAK (PKMS)


NAUNGAN DATU PATINGGI

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) berasal daripada


Persatuan Melayu Sarawak (PMS). PMS ini lahir dari tajaan anak
peribumi yang terdiri daripada rakyat jelata yang jelas menunjukkan usaha
oleh rakyat untuk rakyat pada hakikatnya. Menurut Salam Ahmad (1995:
23), PMS adalah sebuah badan Melayu yang ditubuhkan dalam tahun
1937 dan berpejabat di Kuching. Pengasas-pengasas utamanya terdiri
daripada sebilangan anak Melayu yang terpelajar tetapi bukan golongan
perabangan.
Faktor keturunan itulah yang didakwa telah menyebabkan kewujudan
persatuan ini tidak mendapat sokongan golongan pembesar Melayu
termasuk Datu Patinggi Abang Haji Abdillah dan pihak pemerintah. Oleh
itu, dari tahun 1937-1939, persatuan ini wujud sebagai sebuah persatuan
yang tidak berdaftar. Kerajaan Brooke pada ketika itu enggan meluluskan
pendaftarannya kerana telah mengetahui pembentukannya tidak mendapat
sokongan Datu Patinggi sebagai ketua masyarakat Melayu.
Keengganan Datu Patinggi terhadap penubuhan persatuan ini
disebabkan beliau tersinggung oleh kritikan terhadapnya yang dimuatkan
dalam akhbar Fajar Sarawak. Pihak pendaftar persatuan pula berkeras
tidak akan memberi kelulusan sebelum Datu Patinggi tidak memberi
kelulusan. Disebabkan ingin PMS ini menjadi sebuah persatuan yang sah
di sisi undang-undang negeri, para pengasas akur kepada syarat yang
dikenakan. Datu patinggi akhirnya bersetuju menjadi penaung persatuan
(Salam 1995: 73).
366 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

PMS ditubuhkan secara rasmi pada 10 Oktober 1939 dan mesyuarat


pertamanya diadakan di Darul Kurnia Kuching pada 13 Januari 1940.
Suasana di Darul Kurnia pada ketika itu penuh sesah dibanjiri oleh rakyat
jelata. Para pemimpin hadir dengan semangat berkobar-kobar menyeru
orang Melayu agar bersatu teguh dalam persatuan yang ditubuh itu.
Pemimpin PMS yang pertama ialah Y.B Datuk Amar Abang Sulaiman
sebagai Presiden pertama dan Tuan Haji Abdul Rahman sebagai
timbalannya (Hui Ling 2000: 72).
Setiap penubuhan sesuatu persatuan itu semestinya ada tujuan dan
matlamatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan Persatuan Melayu
Sarawak pada ketika itu. Tujuan persatuan ini telah diterangkan ketika
mesyuarat agong yang pertama diadakan. Antara initipati perjuangan
tersebut ialah;

a. untuk menyatupadukan orang Melayu dan bekerja untuk kemajuan


mereka,
b. untuk menggalakkan dan meningkatkan perniagaan (ekonomi),
pendidikan, kebudayaan dan Bahasa Melayu,
c. memelihara dan menjaga serta meluaskan Syiar Agama Islam,
d. dan bertindak untuk mewakili orang Melayu dengan kerajaan.

Inilah bukti yang ketara sekali timbulnya satu kesedaran untuk


mencari jalan keluar dengan mewujudkan perwakilan terus menerusi
sebuah persatuan bagi mendapatkan perhatian daripada pihak kerajaan
(Hasbie 1989: 31).
Persatuan Melayu Sarawak (PMS) sejak mesyuarat agungnya yang
pertama itu telah mengorak langkah dengan begitu aktif. Kegiatan
menyatupadukan orang Melayu dan mengadakan kempen untuk
menambahkan ahli-ahli baru giat dijalankan. Persatuan ini turut
mengadakan hubungan dengan kelab-kelab sosial di Sibu, Miri dan
beberapa bahagian Sarawak. Anggota tertingginya telah berusaha
memungut yuran dan derma-derma hingga dapat membeli sebuah rumah
kedai dengan harga $6,500.00 di No.26, Rock Road (sekarang Jalan Tun
Abang Haji Openg Kuching) dijadikan sebagai Ibu Pejabat PMS hingga
hari ini. Pada mulanya, wang untuk membeli rumah itu diperolehi
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 367

daripada wang yuran dan pinjaman dariKwong Lee Bank. Dalam masa
tiga bulan sahaja pinjaman itu selesai dijelaskan (Hasbie 1989: 33).
Menurut Hasbie (1989), PMS telah berjaya mengumpul $5,000.00
untuk menubuhkan Syarikat kerjasama. Ahli Jawatankuasa Tertinggi telah
berusaha untuk membeli sebuah lagi rumah kedai di India Street. Segala
perundingan untuk pembelian juga telah selesai, tetapi kemasukan Jepun
dan juga dituruti oleh masalah penyerahan maka rancangan itu terpaksa
dibatalkan.
Dalam rancangan meningkatkan lagi ekonomi, PMS telah menghantar
perwakilan untuk mengambil bahagian dalam persidangan Persatuan
Melayu Semalaya yang berlangsung di Singapura pada 24 dan 25
Disember 1940. Perwakilan Persatuan Melayu Sarawak itu terdiri dari
Abang Haji Zaini , Encik Johari Anang, Tuan Haji Mohd. Ma’moon Bin
Nor dan Tuan haji Bolhassan Daud. Perwakilan dari Sarawak ini berminat
untuk mengadakan perhubungan perniagaan dengan orang Melayu di
Malaya (Semenanjung) dan Singapura. Wakil PMS mengesyorkan supaya
ditubuhkan syarikat perniagaan dengan modal permulaan $100,00.00 dan
menjalankan perdagangan import dan eksport antara negeri-negeri Tanah
Melayu dan Singapura. Namun cadangan itu tidak mendapat perhatian
sewajarnya oleh wakil-wakil dalam persidangan tersebut (Hasbie 1989:
33).
Kegiatan PMS telah diharamkan semasa pendudukan Jepun kerana
dipercayai akan menggugat pengaruh dan kuasa pentadbiran Jepun di
Sarawak. Selepas Perang Dunia Kedua, PMS muncul semula dengan
menukar namanya kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
(PKMS) dan mengubah perjuangan daripada pertubuhan kebajikan kepada
pertubuhan bercorak politik. Kemunculan semula selepas pendudukan
Jepun merupakan suatu perkembangan yang penting kerana PKMS yang
memimpin gerakan anti-penyerahan Sarawak pada tahun 1946 sebahagian
besar daripada kumpulan ini inginkan Sarawak menjadi negeri merdeka di
bawah pemerintahan Raja Brooke kerana penyerahan menandakan
penghapusan keungguan politik orang Melayu di bawah pentadbiran
Brooke (Hui Ling 2000: 73).
368 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

KETERLIBATAN DATU PATINGGI KETIKA PEMERINTAHAN


JEPUN DI NEGERI SARAWAK (1941-1945)

Pendudukan Jepun di Negeri Sarawak bermula pada januari 1942 dan


berakhir pada Ogos 1945. Dalam tempoh empat tahun tersebut, amatlah
mencabar bagi penduduk Sarawak kerana penuh dengan penderitaan dan
kesukaran. Rakyat sentiasa hidup dalam ketakutan kerana sifat kasar dan
ganas dari rejim Jepun. Bahkan, tali barut Jepun berkeliaran dan mereka
akan melaporkan sesiapa sahaja yang disyaki tidak menyokong
pemerintahan. Ketika itu, memiliki wang yang banyak seolah-olah tidak
bernilai kerana barangan di pasaran amatlah terhad (Cooper 1968: 113,
Hasbie 1989: 37)).
Ketika pendudukan Jepun ini, Datu Patinggi telah dituduh oleh
beberapa orang sebagai seorang penyokong kuat rejim Jepun. Antara yang
menuduh sedemikian adalah J.B Archer, seorang penasihat awam kepada
pentadbir tentera selepas penyerahan Jepun. Tuduhan Archer terkandung
di dalam suratnya kepada C.F.C Macaskie, pada masa itu Pemerintah Unit
Hal Ehwal Awam British Borneo. Dalam surat tersebut Archer telah
memberitahu Macaskie bahawa Datu Patinggi telah mengutus surat
kepada G.O.C Jepun menyatakan kesediaaannya untuk membantu rejim
tersebut. Datu Patinggi turut dikatakan akan memberi kepercayaan dan
berjanji taat setia kepada rejim Jepun serta menyampaikan ucapan untuk
kejayaan Jepun (Salam 1995: 27).
Namun hakikatnya, Datu Patinggi turut merasa cemas terhadap
penaklukan negeri oleh tentera Jepun. Sebagai seorang yang setia kepada
pemerintahan Brooke, beliau menerima pemerintahan Jepun dengan amat
hati-hati. Layanan yang ditunjukkan oleh pihak Jepun terhadap kaum Cina
dan orang Eropah jelas menerbitkan rasa gerun dalam diri beliau. Beliau
jelas terkenal sebagai seorang ketua masyarakat Melayu yang amat
menyayangi anak buahnya dan enggan mereka dilayan sedemikian rupa.
Datu Patinggi boleh membuat pilihan untuk memusuhi pihak Jepun,
namun sebagai seorang pemimpin yang matang dan berpengalaman,
beliau tidak bertindak melulu. Demi menjaga keselamatan diri, keluarga
dan seluruh bangsanya, beliau mengambil langkah yang lebih arif dengan
berpihak kepada Jepun. Maka, jika benar mengenai tuduhan yang
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 369

dikatakan oleh Archer bahawa beliau telah mengutus surat kepada Jepun,
matlamatnya adalah berlandaskan pertimbangan tersebut (Salam 1995: 28).
Sebenarnya dalam sejarah negara, terdapat seorang tokoh lain yang
pernah mengambil keputusan serta tindakan yang serupa dengan Datu
Patinggi iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Hal ini boleh diimbas
semula ketika pihak Jepun menduduki Kedah pada Disember 1941 dimana
Tunku secara sukarela telah menawarkan khidmatnya untuk merayu
kepada rakyat melalui radio Pulau Pinang supaya mereka membantu pihak
Jepun. Tindakannya itu jelas berasaskan ketajaman pemikiran politik dan
patriotisme kepada bangsa sendiri (Akashi 1969: 87).
Tindakan kedua-dua tokoh yang terkenal ini jelas disebabkan tiada
jalan keluar lain yang boleh diambil pada ketika itu kecuali dengan
bekerjasama dengan pihak Jepun sekadar untuk menyelamatkan diri dan
bangsa daripada terus dikasari oleh pihak Jepun. Tindakan mereka ini
adalah bukti kepintaran dan kebijaksanaan serta patriotisme yang tinggi
dalam diri mereka. Tindakan untuk menyokong Jepun ini tidaklah
bermaksud mereka sudi menjadi ‘alat’ yang rela bagi pemerintah Jepun.
Hal ini jelas sekali apabila Datu Patinggi tidak pernah melibatkan diri
secara langsung dengan pemerintah Jepun.
Pada tahun 1943, pemerintah Jepun telah membentuk Majlis
Penasihat Wilayah yang dipanggil sebagai Ken Sanjikai. Tujuannya
adalah untuk menasihati pihak pentadbir dalam perkara politik dan sosial
serta membabitkan rakyat tempatan dalam jentera pentadbiran. Wakil
daripada pelbagai etnik telah dipilih untuk menganggotai Majlis (Reece
1993: 76). Datu patinggi yang berumur 81 tahun pada ketika itu turut
dipilih. Namun beliau menolak dengan menyatakan usianya yang sudah
lanjut (Hasbie 1989: 39). Alasannya cukup munasabah dan diterima oleh
pihak Jepun. Pada hakikatnya, Datu Patinggi ingin mengelakkan diri
daripada bekerjasama dan bersubahat dengan pemerintah Jepun yang
dianggapnya kejam. Bahkan beliau telah membawa keluarganya berpindah
dan tinggal di kampung Meranik untuk menjauhkan diri daripada
pemerintahan Jepun. Beliau hanya kembali ke Kuching setelah
pendudukan jepun berakhir pada 1945 (Salam 1995: 29-30)
Keadaan ini jelas bahawa tidaklah mejadi kesalahan untuk
menyatakan bahawa pemikiran dan pertimbangan politik yang bijak telah
menyelamatkan Datu patinggi daripada terjerat oleh muslihat politik rejim
370 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Jepun lantas menangkis dakwaan mengenai dirinya bersubahat dengan


Jepun sebagaimana dakwaan Archer. Bukti kukuh penolakan Datu
Patinggi bukan kerana faktor umur adalah apabila beliau membuat
keputusan untuk memimpin Gerakan Anti-penyerahan pada tahun 1946
ketika berusia 83 tahun.

USAHA DATU PATINGGI DALAM MENGAGALKAN


PENYERAHAN SARAWAK KEPADA PIHAK BRITISH

Ketika Sarawak jatuh ke tangan Jepun, iaitu selepas sambutan seratus


tahun pemerintahan Raja Brooke, Rajah Vyner Brooke, Raja Brooke
ketiga telah berada di Brisbane, Australia bersama setiausaha sulitnya,
Gerald MacBryan. Beliau telah menubuhkan kerajaan sementara disana
kemudian menyerahkan tanggungjawabnya untuk mentadbir simpanan
wang negeri kepada sebuah Jemaah Perwakilan di England yang diketuai
adiknya Betram Brooke (Hasbie 1989: 49, Pat Foh 1999: 37).
Pendudukan Jepun berakhir di Sarawak apabila Mejar Jeneral H.
Yamamura dari Pasukan Utara Borneo menyerah kepada Bregedier T.C
Eastick, Komander Pasukan Kucing pada 11 September 1945, di atas
kapal HMS Kapunda di Kuala Sungai Tebas. Kemudiannya tentera
Australia menderat di Kuching pada 11 September 1945 dan membentuk
kerajaan bagi pihak British dikenali sebagai British Borneo Civil Affairs
Unit (BBCAU) di bangunan Pejabat Pos (Hasbie: 1989).
Kehadiran tentera Australia yang mentadbir Sarawak ini menjadi
faktor pendesak kepada pihak British untuk menjalankan rancangan
meletakkan Sarawak di bawah jajahannya. Disebabkan penduduk Sarawak
telah menderita kekurangan makanan selama beberapa tahun, kehadiran
tentera BBCAU telah mententeramkan keadaan. Maka ramai penduduk
berpendapat BBCAU adalah terbaik. Tambahan pula, pihak Australia juga
berazam untuk menguasai pentadbiran tentera di Sarawak dengan
sepenuhnya walaupun tugas asal mereka adalah membebaskan Borneo
daripada penaklukan Jepun. Dengan itu, timbullah rasa curiga pihak
British mengenai tujuan sebenar tentera Australia di Sarawak. Memerhati
perkembangan ini, pihak British mengambil keputusan untuk mengambil
alih pentadbiran Sarawak daripada BBCAU dengan alasan Sarawak
memerlukan bimbingan untuk memulihkan keadaan selepas perang.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 371

Dengan itu, keadaan ekonomi adalah alasan terbaik untuk Britain


menjalankan muslihat di Sarawak (Hu Ling 2000: 47, Runciman
1960:263).
Bahkan, selepas pemerintahan Jepun ini, Rajah Brooke ketiga tidak
berminat lagi untuk meneruskan dinastinya. Beliau merasakan bahawa
Sarawak tidak mempunyai cukup hasil untuk memperbaiki kedudukan
ekonominya yang binasa kesan daripada perang dunia kedua (Reece 1993:
17). Satu jalan keluar yang difikirkan sesuai untuk mentadbir Sarawak
adalah dengan menyerahkannya kepada kerajaan kolonial Inggeris yang
kebetulan juga masih menguasai Tanah Melayu (Cooper 1968: 107,
Nidzam 2006: 172).
Penyerahan pihak Jepun dan pengambil alihan negeri Sarawak oleh
pentadbiran Ketenteraaan Australia dan kemudian oleh Pentadbiran
British telah menaikkan semula harapan baru dalam diri Datu Patinggi
Abang Haji Abdillah. Setelah menerima jemputan supaya kembali semula
ke Kuching, beliau dan seisi keluarganya meninggalkan Kampung
Meranik dan berpindah semula ke Darul Kurnia. Beliau yakin bahawa
negeri Sarawak akan dipulangkan semula kepada Raja Vyner Brooke.
Namun beliau tidak menyedari bahawa Raaja Vyner Brooke sendiri telah
mempunyai rancangan untuk menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan
British.
Satu dokumen sementara mengenai penyerahan telah ditandatangani
pada 24 oktober 1945 antara Raja Vyner Brooke dan George Hall,
setiausaha bagi Tanah Jajahan British. Namun ianya tidak pernah
didedahkan dan hanya dibangkitkan semula apabila Raja Vyner Brooke
bersetuju menyerahkan Sarawak kepada kerajaan british paada tahun 1946
(Hui Ling 2000: 48, Reece 1993: 90, Porrit 1997: 2). Antara isi
kandungannnya ialah mengkehendaki Raja Vyner Brooke menghantar
Gerrard MacBryan sebagai wakil khasnya ke Sarawak bagi mendapatkan
kelulusan anggota-anggota yang tertentu Majlis Tertinggi sebelum usul
muktamad dikemukakan kepada Kerajaan British. Walaupun pihak
Pejabat Jajahan sendiri tidak menyukai penglibatan MacBryan dalam
urusan penyerahan, namun disebabkan Raja Vyner menegaskan bahawa
hanya MacBryan yang akan mendapatkan persetujuan para pemimpin
negeri, maka mereka terpaksa mengalah.
372 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Pada 6 Februari 1946, setiausaha Jajahan Takluk telah berucap dalam


Dewan Mesyuarat Orang ramai bahawa Raja Brooke akan menghantar
MacBryan ke Sarawak Bagi berunding dengan Ketua-ketua wakil Rakyat.
MacBryan telah disertai oleh seorang Pegawai Tinggi dari Pejabat Jajahan
Takluk sebagai pemerhati. Tanpa berlengah, MacBryan menemui anggota-
anggota Majlis Tertinggi yang juga merupakan pemimpin dan ketua
masyarakat secara berasingan. Dia menemui Ong Tiang Swee, ketua
masyarakat Hokiiean dan semua Datu melainkan Datu Patinggi. Semua
Datu yang lain menandatangani surat yang dibawa bersama MacBryan.
Namun Datu Patinggi enggan menandatangani surat tersebut kerana
mendapati kandungannya kurang jelas. Permintaan MacBryan supaya
dirahsiakan perbincangan mereka daripada pegawai-pegawai dagang
menimbulkan was-was dalam diri Datu patinggi (Runciman 1960: 260).
Pendirian Datu Patinggi ini tidak disenangi oleh MacBryan. Dia
menyedari bahawa persetujuan dan tandatangan Datu Patinggi sebagai
ketua dan Datu terkanan masyarakat adalah kunci penerusan usaha
menyerahkan negeri Sarawak kepada kerajaan British. Kejayaan Datu
Patinggi menggagalkan upaya hendak mengubah sistem penggantian Raja
sebelum ini masih merisaukannya. Namun MacBrayan tidak berputus asa.
Dia telah mengutus Datu Amar, Datu Menteri dan Abang Mohamad Daim
berjumpa Datu terkanan itu. Mereka memujuk supaya Datu Patinggi
menurunkan tandatangan di atas surat yang dikemukakan MacBryan.
Mereka juga menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan Datu
Patinggi sekiranya beliau terus berdegil (Salam 1995:35)
Namun begitu, Datu Patinggi tidak segera tunduk kepada rayuan
utusan MacBryan tersebut. Sebaliknya, beliau telah mengutus sepucuk
surat pada 4 Januari 1946 kepada Bendahari Unit Hal Ehwal Awam
British Borneo Lt.-Col Gasciogne. Surat tersebut adalah bertujuan untuk
memohon dibuat siasatan terhadap muslihat MacBryan bertandang ke
rumahnya pada 1 Januari diikuti tiga orang utusannya pada 2 Januari 1946.
Datu Patinggi turut menyatakan kekhuatiran beliau sekiranya perkara
tersebut mendatangkan bahaya kepada dirinya dan berharap diberi nasihat
untuk tindakan yang sewajarnya perlu diambil (Hasbie 1989: 59).
Gasciogne tidak mengambil sebarang tindakan terhadap permintaan
Datu Patinggi. Menurut Salam Ahmad (1995: 34) ada kemungkinan dia
telah menerima arahan daripada Macaskie (Ketua Hakim Mahkamah
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 373

Tinggi Borneo Utara) supaya tidak berbuat apa-apa yang dapat


menghalang misi MacBryan. Sekiranya benar berlaku sedemikian,
bukanlah perkara yang menghairankan kerana Pejabat Tanah Jajahan
adalah salah satu daripada pihak yang turut mengusahakan urusan
penyerahan Sarawak.
Strategi MacBryan menemui Datu-datu dan pemimpin masyarakat
yang lain adalah satu-satunya muslihat untuk mendapatkan penyerahan
Sarawak. MacBryan merasakan itu adalah kaedah yang paling mudah
untuk dia mempengaruhi mereka selain menggunakan supaya bersetuju
menandatangani surat yang dibawanya. Raja Vyner Brooke mengetahui
kepintaran MacBryan dalam melakukan tipu muslihat, maka
mempergunakannya untuk memenuhi hasratnya sendiri.
MacBryan turut menjanjikan bayaran atau pampasan wang tunai yang
lumayan kepada Datu Patinggi sebanyak $12000 dan Datu Menteri, Datu
Hakim serta Datu Pahlawan masing-masing sebanyak $1000 manakala
mufti yang menjadi saksi penandatangan mendapat $2000. Datu Pahlawan
dan Ong Tiang Swee pula masing-masing bersetuju menerima $4500
untuk diagihkan kepada orang Melayu dan Cina yang melarat akibat
peperangan (Hasbie 1989: 60, Sanib 1985: 44).
Kegagalan mendapatkan persetujuan tandatangan Datu Patinggi amat
menggusarkan MacBryan kerana persetujuan beliau amat penting. Maka
MacBryan terpaksa menggunakan alternatif lain iaitu memanfaatkan
Majlis Tertinggi. Pada 5 Januari 1946, mesyuarat Majlis Tertinggi
diadakan dan hanya lima orang anggota hadir iaitu Datu Patinggi, Datu
Pahlawan, Datu Menteri, Datu Amar dan Ong Tiang Swee. Di bawah
perlembagaan 1941, kuorum itu sudah memadai untuk membolehkan
Majlis bersidang (Council Negri 1967: 16). Pada permulaan Mesyuarat,
MacBryan telah mengemukakan surat kuasa daripada Raja Vyner Brooke
yang mengarahkan supaya Datu Patinggi menerimanya sebagai wakil Raja
dan seterusnya melaksanakan perintah seolah-olah perintah yang
berkenaan datangnya daripada Raja sendiri.
Setelah itu, MacBryan dan Datu Patinggi dikatakan telah
meninggalkan dewan mesyuarat dan beredar ke sebuah bilik lain. Apabila
kembali semula ke dalam dewan mesyuarat, MacBryan telah
mengumumkan bahawa Datu Patinggi enggan menandatangani dokumen
yang dibawanya kecuali permintaan beliau dipenuhi iaitu selain wang
374 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

pampasan yang dijanjikan. Menurut salinan surat yang didakwa diajukan


oleh Datu Patinggi, permintaan tersebut adalah seperti berikut;

a. Hamba pohonkan taraf nama diri hamba dan keturunan hamba lebih-
lebih lagi diutamakan daripada lain-lain Datu selamanya;
b. Hamba pohonkan keturunan hamba tidak terputus menjawat
pekerjaan mengganti hamba dengan pangkat termaklum serta
mendapat pemakaman yang cukup;
c. Hamba pohonkan iaitu cucu hamba, Abang Ibrahim dijadikan Datu
Bandar pada masa ini;
d. Hamba minta hasil negeri 100 tahun yang lalu dan yang akan datang
sampai bila-bila;
e. Hamba pinta hasil telur penyu di Talang-talang Besar, Talang-talang
Kecil dan P. Satang itu jadi hak hamba dan waris-waris hamba
selamanya.

Menurut Salam Ahmad (1995:36) catatan di akhir surat tersebut


menyatakan bahawa surat tersebut ditulis di Darul Kurnia pada 4 Januari
1946 dan diperaku oleh MacBrayan. Catatan di kaki surat juga
menyatakan jaminan MacBryan untuk mengemukakan surat itu kepada
Raja Vyner Brooke untuk pertimbangannya. Surat ditandatangan balas
pada 5 Januari 1946 oleh MacBryan sebagai ‘Personal Representive of
H.H. Rajah’.
Akhirnya Datu Patinggi telah menandatangani dua Orders-in Council
yang dibawa oleh MacBryan. Pampasan yang diberikan telah membuat
mereka dikecam sebagai menjual negeri Sarawak kepada Inggeris (Sanib
1985: 44). Datu Patinggi telah memberi satu huraian yang diutuskan
kepada Presiden Persatuan Melayu Sarawak pada 10 Februari 1946.
Beliau menyatakan bahawa sebab beliau menurunkan tandatangan adalah
kerana beliau mendapati perjanjian yang ditandatanganinya mengandungi
satu permohonan bahawa Raja hendaklah kembali ke Sarawak
sebagaimana. Maka beliau menganggap sekiranya beliau tidak
menandatanganinya tentu Raja tidak akan kembali ke Sarawak. Namun
beliau tidak menyangka apabila membaca perutusan Raja pada 8 Februari
yang bertarikh 6 Februari 1946 soal penyerahan Sarawak (Salam 1995: 38,
Hasbie 1989: 59, Hui Ling 2000: 49, Sabihah 1990: 150)
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 375

Manakala mengenai pampasan wang yang telah diberi, beliau telah


menyerahkan kembali wang tersebut apabila merasa tertipu dengan
sogokan tersebut. Wang yang diterimanya itu telah diserahkan kepada J.B
Archer, Penasihat Awam kepada pentadbiran Ketenteraan British (BMA)
waktu itu. Pemulangan wang dibuat beserta sepucuk surat yang
menyatakan beliau menerima wang tersebut dalam keadaan syak
wasangka kerana tiada bukti yang kukuh menyatakan wang itu daripada
Raja. Beliau turut meminta Archer mengambil tindakan yang sesuai
mengenai perkara tersebut (Nidzam 2006: 174, Sanib 1985: 57, Salam
1995: 38, Sabihah 1990:149)
Ternyata jelas pelbagai muslihat yang digunakan oleh MacBryan
tidak mengubah pendirian Datu Patinggi. Bermula daripada keengganan
beliau untuk menandatangani, seterusnya dijanjikan pampasan wang dan
penuntutan beliau ke atas kepulauan Melayu. Melalui tuntutan itulah
MacBryan cuba memanfaatkan kehendak Datu Patinggi walaupun sedar
peluang bagi hak tersebut diperolehi amatlah tipis. Bahkan terbukti ia
sekadar muslihat MacBryan apabila kandungan laporan yang dihantar
kepada Raja tidak menyentuh sama sekali mengenai permohonan Datu
Patinggi. Oleh itu, tidak terdapat sebarang bukti adanya tindakan yang
diambil oleh Raja dan Pejabat Tanah Jajahan terhadap permohonan
tersebut (Salam 1995: 39).

PENENTANGAN DATU PATINGGI DALAM PERSIDANGAN

Pengumuman Raja Charles Vyner Brooke yang bersifat melodramatik


tentang penyerahan Sarawak sebagai tanah jajahan British kepada
penduduk Sarawak buat pertama kalinya telah disiarkan di London dan
Kuching pada 6 Februari 1946. Pengisytiharan ini telah diterbitkan dalam
The Sarawak Tribune Pada 8 Fabruari 1946. Raja mendedahkan bahawa
kerajaan British telah bersetuju dengan cadangan bahawa negeri Sarawak
harus diserahkan kepada pihaknya. Beliau yakin bahawa kerajaan British
dapat membawa kebaikan dan pembangunan kepada Sarawak (Hui Ling
2000: 49, Hasbie 1989: 57, Porrit 1997: 3)
Apabila mendapat makluman akan kandungan perutusan itu, Datu
Patinggi Abang Haji Abdillah menyuarakan rasa terkejut. Pada 12 March
1946, beliau telah menerima sepucuk surat yang ditandatatangani oleh
376 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

presiden PKMS dan empat orang Naib Presidennya serta empat orang
ketua kampung dari Kuching. Mereka memohon supaya beliau
menghantar utusan kepada Raja Vyner Brooke untuk memberitahu
mengenai kehendak penduduk Bumiputra Sarawak supaya beliau
menyelamatkan negeri Sarawak daripada penyerahan kepada British
(Salam 1995: 41, Sabihah 1990: 150).
Perutusan yang dikirimkan oleh Datu Patinggi seolah-olah diterima
oleh raja Vyner apabila Raja membuat keputusan untuk kembali ke
Sarawak, tetapi MacBryan tidak bersamanya. Setibanya Raja di Singapura
pada 13 April 1946, beliau telah membuat perundingan terakhir dengan
Lord Mountbatten untuk mengembalikan Kerajaan Awam. Raja juga telah
membuat kenyataan rasmi dalam persidangan ahkbar untuk menafikan
salah faham mengenai tujuannya menyerahkan Sarawak terutamanya
apabila beliau dituduh menjual Sarawak dengan harga £1,000 000 00.
Ketibaan rombongan Raja di Kuching adalah satu detik yang bersejarah.
Disepanjang tebing Sungai Sarawak beribu orang berbaris dengan bendera
dan dihadapan istana telah bersedia satu barisan kehormatan terdiri
daripada tentera Punjabi dan tentera laut British (Runciman 1960: 261,
Hasbie 1989: 71).
Pada hari berikutnya, proklamasi pemulihan pemerintah awam telah
diadakan. Majlis diadakan di Dewan Majlis Tertinggi. Raja telah
mengisytiharkan perjanjiannya dengan Lord Mountbatten yang dibaca
oleh Komander Briged ke-32. Raja kemudiannya telah membaca
pengisytiharannya sendiri berkenaan kembalinya Kerajaan Awam. Selepas
itu, Datu Patinggi telah menyerahkan pedang Kerajaan Negeri
melambangkan kembalinya Pemerintahan Brooke. Namun pada
hakikatnya, kepulangan Raja Vyner adalah untuk menyempurnakan
urusan penyerahan (Runciman 1960: 248, Salam 1995:43, Pat Foh 1999:
39).
Dalam tempoh yang singkat Raja Vyner berada di Sarawak, beliau
berkesempatan melawat beberapa buah Bandar utama termasuk Sibu dan
Simanggang (Sri Aman) dan mengadakan majlis berjumpa dengan rakyat
untuk menyatakan kebaikan penyerahan. Dua orang wakil ahli parlimen
Bitish turut dihantar ke beberapa bahagian Sarawak untuk mendengar
pandangan pemimpin masyarakaty rakyat mengenai penyerahan. Di akhir
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 377

misi, laporan perwakilan itu menunjukkan majoriti penduduk Sarawak


menerima penyerahan Sarawak (Sabihah 1990: 148, Hui Ling 2000: 52).
Dengan keputusan itu, surat penentangan daripada Datu patinggi dan
PKMS serta rayuan daripada pihak lain tidak memberi kesan dalam soal
penyerahan. Persidangan Majlis Negeri dirasmikan pembukaannya oleh
Raja Vyner Brooke pada 14 Mei 1946. Raja Vyner Brooke sendiri tidak
melibatkan diri sevara aktif dalam persidangan. Selepas membuat ucapan
ringkas pada 15 Mei, beliau meninggalkan Dewan buat kali terakhir.
Apabila usul mengenai penyerahan dibawa untuk dibahaskan dan
seterusnya diundi, Datu Patinggi merupakan salah seorang daripada tiga
orang pembangkang utama daripada kalangan pemimpin tempatan. Dua
orang yang lain ialah Philip Jitam dan Abang Mustapha. Bahkan di dalam
ucapan Datu Patinggi jelas tidak menyokong dan enggan menerima
penyerahan negeri Sarawak kepada kerajaan Mahkota British. Dia juga
menyedari hanya di persidangan Majlis Negeri itu sahaja lagi peluang
untuknya menghalang penyerahan (Salam 1995: 48)
Draf undang-undang penyerahan Sarawak telah diluluskan setelah
bacaan ketiga dibuat pada 17 mei 1946 dengan majoriti kecil iaitu 19
mengundi menyokong dan 16 menentang. Dokumen penyerahan Sarawak
telah ditandatangani pada 21 Mei 1946 dan berkuatkuasa mulai 1 Julai
1946. British memerintah Sarawak secara langsung dan menamakan tanah
jajahan ini sebagai Crown Colony (Council Negri 1967: 19, Cooper 1968:
114, Sabihah 1990: 148, Hui ling 2000: 54, Nidzam 2006: 173). Faktor
kepentingan ekonomi menjadi dorongan utama pihak British bertindak
mengambil Sarawak daripada Rajah Brooke. Selepas perang, British
menghadapi masalah kewangan yang besar. Ia mempunyai tanah jajahan
luas yang perlu diuruskan dan diperbaiki kesan kemusnahan perang.
Sarawak didapati memiliki pelbagai sumber asli khususnya minyak dan
dengan memiliki Sarawak itu adalah amat menguntungkan (Porrit 1997: 2)
Salam Ahmad (1995) menyatakan dalam penulisannya bahawa
penerimaan penyerahan itu dalam suasana yang suram. Tiada seorang pun
perwakilan daripada kaum Iban. Datu Patinggi pula bukan sekadar tidak
menghadirkan diri dari majlis tersebut, bahkan enggan menerima Malcolm
MacDonald, Pesuruhjaya Khas yang mewakili Raja dan Kerajaan British
untuk mengunjunginya di Daruk Kurnia. Beliau Juga tidak menghadiri
jemuan di Astana pada malam selepas pengisytiharan sempena upacara
378 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

tersebut. Walaupun menerima surat ugutan akan dilucutkan


keanggotaanya dalam Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi daripada C.W
Dawson, Ketua Setiausaha beberapa hari selepas majlis pengisytiharan,
pendirian dan keputusan Datu patinggi tidak berganjak sama sekali.

DATU PATINGGI MENGETUAI GERAKAN


ANTI-PENYERAHAN

Isu penyerahan Sarawak tidaklah berakhir begitu sahaja dan tidak


menghalang tindakan penduduk Sarawak untuk terus berjuang terhadap
kolonisme Barat. Sebenarnya pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh
Datu Patinggi Abang Haji Abdillah untuk menggagalkan penyerahan
negeri Sarawak kepada Kerajaan British (Hui Ling 2000: 48). Pada 7 Jun
1946, beliau bersama Presiden PKMS dan Presiden Persatuan Dayak
Sarawak menghantar Kawat bersama kepada Raja Muda (Brooke 1947:
86). Seterusnya satu lagi kawat telah dihantar kepada Raja Muda pada 19
Jun 1946 (Brooke 1947: 89-90). Kedua-dua isi kandungan kawat ini jelas
menyatakan bahawa masyarakat menentang sekiranya Sarawak diserahkan
kepada British.
Pada hari pengisytiharan rasmi penyerahan negeri Sarawak kepada
British, Datu Patinggi dan Presiden PKMS telah mengutuskan pula
sepucuk telegram kepada Perdana Menteri Great Britain waktu itu,
Clement Atlee. Namun begitu, tiada rekod menunjukkan bahawa telegram
itu menerima perhatian apatah lagi dibalas. Oleh sebab itu, Datu Patinggi
telah mengirim sepucuk telegram lain kepada Raja Muda pada 26 Julai
1946 memohon agar ditelegramkan keputusan bantahan mereka menerusi
telegram kepada Clement Atlee itu. Sekiranya bantahan gagal, beliau
meminta Rajah Muda menghantar bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-
Bangsa atau kerajaan Amerika Syarikat yang sebelumnya pernah
mengiktiraf kemerdekaan negeri Sarawak.
Namun semua usaha yang dilakukan tidak berjaya menggagalkan
gagasan penyerahan yang diusahakan oleh raja Vyner Brooke. Gerakan
antipenyerahan yang sudah bermula sebelum tarikh pengisytiharan rasmi
itu lagi telah pun memuncak. Datu Patinggi merupakan salah seorang
penentang yang lantang dan berterus terang. Namun kerana usianya yang
sudah lanjut ketika itu iaitu 84 tahun tidak berupaya lagi untuk melibatkan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 379

diri secara aktif dalam berkempen. Maka peranan itu telah diambil alih
serta dilaksanakan oleh para pemimpin serta ahli PKMS dan Persatuan
Dayak Sarawak (PDS). Namun, Datu Patinggi tetap dianggap sebagai
pemimpin gerakan itu.
Datu Patinggi terus memainkan peranan mengikut kemampuan beliau.
Antaranya beliau telah mengusahakan pemboikotan yang melibatkan
orang Melayu bersempena pertabalan Gabenor pertama dalam Oktober
1946. Beliau telah memanggil ketua-ketua kampung yang digaji oleh
Kerajaan ke rumahnya. Datu Patinggi bersama-sama Abang Zaini selaku
Presiden PKMS menandatangani sepucuk surat membantah penyerahan
dan diserahkan kepada Gabenor tersebut. Namun seperti surat-surat
bantahan sebelumnya, surat mereka tidak mendatangkan apa-apa kesan
(Porrit 1997: 52).
Selepas Datu patinggi meninggal dunia pada 21 November 1946,
perbezaan pendapat timbul antara ahli-ahli PKMS yang muda dan
terpelajar dengan pemimpin-pemimpin mereka yang lebih konservatif.
Keadaan ini membawa kepada pembentukan dua pertubuhan penting yang
terbuka kepada pemuda-pemuda Melayu di Sarawak iaitu Barisan Pemuda
Sarawak (BPS) dan Pergerakan Pemuda Melayu (PPM). Namun demikian,
PKMS masih mengekalkan pengaruh yang paling penting di kalingan
masyarakat Melayu dan dalam gerakan antipenyerahan di Sarawak (Hui
Ling 2000: 74).

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, walaupun usaha Brooke semasa pemerintahannya


cuba untuk menyekat pembangunan rakyat terutamanya semangat
nasionalisme, namun sudah jelas setiap individu itu sudah pasti akan terus
cuba mempertahankan hak apabila mula ditindas. Dalam sesebuah
masyarakat sudah pasti akan ada seorang individu yang bangkit untuk
mengetuai masyarakat. Hal ini jelas dapat kita lihat apabila datu Patinggi
Abang Haji Abdillah berkeras untuk mempertahankan sistem penggantian
Beraja yang telah ditinggalkan oleh Raja yang memerintah sebelum ini.
Walaupun beliau sekadar ketua masyarakat Melayu, namun
kewibawaannya jelas terpampang apabila rancangan demi rancangan
380 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

berjaya digagalkan supaya wasiat politik yang diberi tidak dipandang


enteng.
Selain itu, jelas juga bahawa sesuatu gerakan atau persatuan itu
sangat penting bagi memudahkan lagi penyatuan di antara masyarakat itu
sendiri. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Datu Patinggi Abang haji
Abdillah, beliau menjadi penaung kepada sebuah persatuan Melayu iaitu
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Perjuangan demi perjuangan
terus dilakukan melalui persatuan ini. Segala usaha dan ikhtiar melalui
pelbagai saluran telah dilakukan demi tanah air daripada jatuh ke tangan
kerajaan yang tidak berhak sama sekali. Seharusnya sikap patriotisme
Datu Patinggi ini dijadikan contoh oleh semua individu.

RUJUKAN

Akashi, Yoji. 1969. Japanese Military Administtration In Malaya-Its


Formation And Evolution in Reference To Sultans, The Islamic
Religion, And The Moslem- Malays, 1941-1945. Asian Studies
7(1). 81-110
Amarjit Kaur. 1995. The Babbling Brookes: Economic Change in
Sarawak 1841-1941. Modern Asian Studies 29(1): 65-109.
Amarjit Kaur. 1998. A History of Forestry in Sarawak. Modern Asian
Studies 32(1): 117-147
Brooke, Anthony. 1947. Perihal Sarawak yang Sebenar. Kuala Lumpur:
Nanyang Press.
Cooper A.M. 1968. Sarawak. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Hasbie Sulaiman. 1989. Perjuangan Anti-Cession Sarawak: Peranan
Utama Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Persatuan
Kebangsaan Melayu Sarawak. Kuching
Ho Ah Chon. t.t. Sarawak Historical events 1946-1960. Kuching: Pustaka
Negeri Sarawak
Hui Ling. 2000. Pertubuhan-pertubuhan sosiopolitil di Sarawak, Tahun
1946-1963. Jurnal Malaysia Dari Segi Sejarah. Bil 28. hlm. 72-112
Max Seitelman. 1948. The Cession of Sarawak. Far Eastern Survey 17(3):
35-37
Nidzam Sulaiman. 2006. Pakatan dalam Politik Sarawak. Penerbit UKM.
Bangi
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 381

Pat Foh Chang. 1999. Legends & history of Sarawak. Kuching.


Pollard, Elizabeth. 1997. Kuching 1839-1970. Zainal Abidin. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Porrit V.L. 1997. British Colonial Rule in Sarawak, 1946-1963. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.
Reece. 1993. Datu Bandar Abang Hj. Mustapha of Sarawak: some
reflections of his life and times. Kuala Lumpur: Persatuan
Kesusasteraan Sarawak.
Roff M.C. 1974. The Politics of belonging: Political change in sabah and
Sarawak. New York: Oxford University Press
Runciman Steven. 1960. The White Rajahs: A History of Sarawak from
1841 to 1946. Cambridge: Cambridge University Press.
Sabihah Othman. 1990. The Malay-Muslim Response to Cession of
Sarawak to the British Crown 1946-51. Jebat: Malaysian Journal of
History, Politics and Strategic Studies 18(6): 145-176.
Salam Ahmad. 1995. Datu Patinggi Abang Haji Abdillah: Ketua Dan
Pemimpin Masyarakat Melayu Sarawak Pramerdeka. Vicskill Sdn.
Bhd. Sibu, Sarawak.
Sanib Said. 1985. Malay politics in Sarawak, 1946-1966 : the search for
unity and political ascendancy. Singapore ; New York : Oxford
University Press
Sarawak, Council Negri. 1967. Centenary 1867-1967: Sarawak, Malaysia.
Kuching: Government Printing Office.
Zainal Kling. 1979. James Brooke dan Sarawak Pertembungan
Kebudayaan Timur dan Barat dlm Malaysia, Sejarah dan Proses
Pembangunan. Kuala Lumpur; Persatuan Sejarah Malaysia.
382 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Sorotan Kesusasteraan Novel bertemakan


Merdeka, Nasionalisme dan Patriotisme
Sebelum Merdeka
NOORSAFUAN CHE NOH, AZMUL FAHIMI KAMARUZAMAN
& ROZIAH SIDEK @ MAT SIDEK

PENGENALAN

Sumbangan karya kesusasteraan seperti novel tidak terhenti dengan


laungan kemerdekaan oleh Tungku Abdul Rahman al-Haj, bahkan
penulisan novel kemerdekaan atau yang berunsur patriotisme berterusan
dalam mengisi makna kemerdekaan dan memberi peringatan kepada
generasi akan datang tentang peri pentingnya kemerdekaan dan
mempertahankannya. Di sebalik gelombang globalisasi, pemikiran
pascamodenisme dan ledakan teknologi maklumat, novel yang membawa
tema, latar belakang kemerdekaan tidak pernah sunyi dalam dunia
kesusasteraan tanah air. Saban tahun, novel kemerdekaan atau patriotisme
terus menghias dunia kesusasteraan ini.
Novel yang berunsur dan bertemakan kemerdekaan atau patriotisme
ini buka satu benda yang baru muncul di persada dunia kesusasteraan
tanah air, bahkan novel jenis ini telah lama ada dan menabur bakti
berfungsi sebagai peniup semangat membebaskan diri daripada penjajahan
atau campur tangan negara asing. Novel terawal berkenaan merdeka dan
patriotisme yang dapat dikesan diterbitkan pada tahun 1940-an lagi.
Penulisan ini akan menyenaraikan novel yang diterbitkan di Malaysia
yang mengandungi tema merdeka, patriotisme dan nasionalisme.
Pemilihan novel yang bertemakan sedemikian dibuat dengan mengambil
kira pandangan dan sarana sasterawan, pengkaji, pengarang dan penyair
tanah air. Manakala penyenaraian novel daripada novelis pula dibuat
daripada yang sudah bergelar mapan hingga kepada penulis generasi muda
serta baharu. Usaha untuk meletakkan novel yang dicadangkan oleh
khalayak sastera sebagai wajah patriotisme yang mendefinisikan makna
kemerdekaan dan kebebasan tidak.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 383

NOVEL BERTEMAKAN MERDEKA, NASIONALISME


DAN PATRIOTISME

Penulisan ini menyenaraikan novel yang bertemakan Merdeka,


Nasionalisme dan Patriotisme yang telah diterbitkan di Malaysia sama ada
di Malaysia Barat atau Timur. Bagaimanapun ini tidak bermakna hanya
novel yang disenaraikan ini saja yang memenuhi kriteria novel yang
merakam dan mengungkapkan kemerdekaan, nasionalisme dan
patriotisme serta pengisiannya, sebaliknya khazanah kesusasteraan tanah
air masih banyak menyimpan karya berbobot.
Menurut pengkaji sastera tanah air, Dr Mohd Hanafi Ibrahim (Nazmi
2017), sebahagiannya tersembunyi kerana dianggap novel pinggiran dan
novel 'besar' apabila sekadar judulnya disebut dalam sejarah tanpa
perbincangan lanjut tetapi kritikannya berani. Demikian juga dengan nasib
pengarang Siti Mariam Nordin yang muncul lebih awal daripada Salmi
Manja dengan tiga novel dalam fasa 1950-an selepas merdeka tetapi tidak
dibincangkan oleh sasterawan dan ahli sejarah, kecuali disorot oleh
pengkaji seperti Dr Rosnah Baharuddin. Novel Barisan Zubaidah dan
Ustazah pula muncul pada dekad 1940-an yang menyentuh isu fasis Jepun
dan zaman darurat Bintang Tiga. Kedua-dua novel ini merakam sukarnya
kehidupan sosio-ekonomi orang Melayu selepas Perang Dunia Ke-2 dan
bagaimana mereka mula merancang kehidupan ekonomi lebih baik,"
katanya yang juga Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP). Justeru, institusi dan penerbit khususnya yang
berkaitan dengan kerajaan serta swasta wajar menggali semula khazanah
penting itu dan bukan saja menerbitkannya kembali, bahkan
menghidupkannya dalam bentuk terjemahan serta adaptasi.

Novel Sebelum Merdeka

1. Putera Gunung Tahan karya Pak Sako (1937)

Novel Putera Gunung Tahan diterbitkan pada tahun 1937. Pada dekad
1940-an itu, Tanah Melayu atau Malaya berada di bawah cengkaman
penjajahan atau bahasa lunaknya campur tangan British. Keadaan ini
membawa erti novel Putera Gunung Tahan ditulis dan diterbitkan dalam
384 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

tempoh Tanah Melayu atau Malaya kemuncak dengan petaka penjajahan


atau kolonialisme.
Menurut, Ungku Maimunah dalam jurnalnya, Ishak Haji
Muhammad pernah diwawancarai dalam rancangan “Komentar,” TV
Malaysia pada 27 Jun 1973. Rancangan ini disiarkan 36 tahun selepas
penghasilan novel tersebut. Ishak Haji Muhammad atau nama penanya
Pak Sako menegaskan dalam wawancara tersebut, beliau menulis novel
tersebut semata-mata “khusus sebagai alat perjuangan menuntut
kemerdekaan, keadilan dan menghalau penjajah” (Pak Sako Putera
Gunung Tahan, 1973). Kenyataan Pak Sako di atas selari dengan apa yang
beliau pernah tulis di Temerloh pada 14 Februari 1937, dan tulisan ini
dilampirkan bersama novel tersebut, membenarkan dakwaan beliau di
rancangan “Komentar” itu. Novel Putera Gunung Tahan telah berfungsi
sebagai alat perjuangan menuntut kemerdekaan, keadilan dan menghalau
penjajah, seperti yang dimeterai oleh Ishak dalam lampiran novelnya pada
1937, dan kenyataannya itu diulang semula 36 tahun kemudiannya tanpa
berganjak.

2. Anak Mat Lela Gila karya Pak Sako (1941)

Kelahiran novel berorientasikan atau berunsurkan politik kemerdekaan


bertujuan membuka mata pembaca untuk menanggapi dan memikirkan
persoalan politik dan cita-cita merdeka yang mencengkam masyarakat
pada ketika itu. Namun penggunaan dan kerelevenan novel patriotisme ini
dapat menyubur dan menyemai rasa cintakan negara yang merdeka dan
bebas daripada sebarang pengaruh atau penjajahan. Walaupun sesetengah
persoalan politik yang diangkat dalam sesebuah novel bersifat semasa
namun kerelevanannya wajar difikirkan untuk tujuan masa akan datang
selain untuk mengimbas kembali situasi politik yang pernah berlaku
sebelum itu (Nazmi 2017).
Novel Anak Mat Lela (seterusnya AMLG) dihasilkan oleh Ishak Haji
Muhammad pada tahun 1941. Terbitan Asal novel ini dalam tulisan Jawi,
kemudian dirumikan oleh Daud Hamzah dan diterbitkan pada tahun 1960.
Dalam permulaan ayat atau iklan di depan novel ini ditulis dan dibeli oleh
penerbit dengan harga $250 ringgit dan dijual dengan harga $1.00. Ayat
pertama dalam AMLG : “Bulat – apa yang ganjil pada bulat?” (Ishak Haji
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 385

Muhammad, 1960: 1) dan diikuti oleh beberapa halaman perbincangan


berunsur falsafah tentang peri penting konsep dan realiti perkataan ‘bulat’.
Pengarang menyarankan bahawa ‘bulat’ suatu sifat yang bukan luar biasa,
tetapi harus menunjukkan keadaan yang lengkap dan sempurna. Bab atau
bahagian kedua dimulakan dengan cara yang sama dengan
membincangkan makna gila dan persamaannya yang berkaitan dengan
pandir dan sasau. Pengarang menerangkan perbezaan antara makna gila
penyakit otak dengan tingkah laku yang ganjil. Demikian dihuraikan
watak Mat Lela, seorang lelaki yang ganjil perawakannya (rambutnya
sepanjang rambut perempuan) dan tingkah lakunya (seperti bercakap
seorang diri dan bersendirian berjam-jam di dalam hutan) menyebabkan
orang kampungnya menganggapnya gila dan memanggilnya Mat LelaGila.
Menurut Hooker (2000:163), AMLG yang diterbitkan selepas beberapa
tahun Putera Gunung Tahan mempunyai struktur naratif yang menyamai
hikayat Melayu yang tradisional. Pengarang mencampuradukkan unsur
keajaiban dan kekaguman dengan realiti dan keadaan kontemporari dalam
kedua-dua naratif itu. Tujuannya adalah untuk menimbulkan unsur-unsur
fantasi dan menonjolkan jarak antara ‘cereka’ dengan ‘fakta’ yang
menunjukkan adanya unsur paradoks dan ilusi yang dibayangkan oleh
pengarang kepada pembacanya sebagai satuciri dalam karyanya.Novel ini
membawa persoalan perjuangan menentang materialis memelalui sikap
beberapa orang wataknya. Sikap Mat Lela terhadap wang kertas, sebagai
simbol campur tangan Inggeris dalam kehidupan orang Melayu dan
pencetus perbalahan mendorongnya untuk mengeluarkan mata wangnya
sendiri. Dalam novel ini, watak Bulat bertanya, mengapa orang Melayu
dan orang Sakai hidup merana dan miskin? Alang menjawab sebabnya
ialah mereka berpecah-belah, tidak semuafakat, tidak bersatuhati untuk
kebaikan bersama, tetapi lebih memilih menjadi pengusaha secara kecil-
kecilan.
Novel ini kemudiannya diangkat oleh berita harian pada tahun 2017
sebagai novel merdeka yang wajib dibaca. Manakala bagi mengiktiraf Pak
Sako, utusan pula mewujudkan Anugerah Hadiah Pak Sako untuk
melambangkan sumbangan. Tindakan utusan itu dipuji dan dinyatakan
oleh Norotah (2006):
386 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

The Hadiah Sako II is a prestigious national prize named after Ishak Haji Muhammad,
better known by his pen name Pak Sako, the author of the novels Putera Gunung Tahan
(1937) and Anak Mat Lela Gila (1941), and awarded by Utusan Publications and
Distributions to Malay writers. The Malay works selected for this award are mainly
satires. The importance of satire as a genre to Pak Sako is in its “many valuable moral
lessons,” and [that it] intended to provide its readers with “a greater awareness of [one’s]
various obligations towards [one’s] nation and its people” (Aveling 1993)

3. Melati Kota Bharu karya Abdul Kadir Adabi (1941)

Novel Melati Kota Bharu (seterusnya MKB) adalah novel sebelum


merdeka yang dihasil dan diterbitkan pada tahun 1941, dan ditulis Abdul
kadir Adabi. Walaupun tajuk novel adalah berkaitan nama bunga, namun
tema novel ini jauh tersasar daripada tajuk novel. Tema novel ini ialah
nasionalisme dan politik yang turut menyelitkan percintaan, iaitu kisah
percintaan Tengku Maimunah gadis bangsawan dengan Abdul Rahman
orang kebanyakan. Watak Abdul Rahman dikatakan pemuda biasa tetapi
mempunyai pemikiran dan pendidikan yang terpuji. Kedua-dua watak
iaitu Abdul Rahman dan Tengku Maimunah digambarkan watak yang
berpendidikan tinggi dan celik politik.
Bukan itu sahaja, Tengku Maimunah dan Hadinah turut muncul
dengan citra wanita moden. Kedua-dua gadis ini berpendidikan dan
mampu mengemukakan fikiran yang bernas serta berpengetahuan luas
tentang sosio budaya, politik dan ekonomi negara masing-masing.
Novel ini membawa idea protes novelis terhadap sistem feudal yang
dipegang oleh masyarakat Melayu. Melalui watak Tengku Maimunah
pengarang melahirkan protes terhadap golongan istana yang terlalu
mengagung-agungkan gelaran dan status tetapi bukan nilai keilmuan yang
dipandang, walaupun pemimpin yang lahir tidak mempunyai pengetahuan
tinggi untuk memimpin bangsanya. Antara contoh protes yang dibawa
adalah plot perkahwinan antara Tengku Maimunah dengan Abdul Rahman
dan mengetepikan tunangnya Tengku Omar merupakan protes pengarang
terhadap amalan golongan bangsawan ini. Contoh lain yang dibawa
melalui plot ialah perkahwinan ini turut melambangkan protes novelis
terhadap sikap golongan bangsawan yang memandang rendah kepada
golongan bawahan (rakyat biasa).
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 387

Berkenaan aspek kemerdekaan pula, Novel MKB juga sarat dengan


persoalan politik. Plot telah digarap oleh novelis dengan membawa watak
pegawai British menjadi pentadbir di negeri-negeri Tanah Melayu. Melati
Kota Bharu memaparkan nasionalisme secara lebih berterus-terang.
Semangat nasionalisme ini dilahirkan melalui perbualan antara Tengku
Maimunah dan Abdul Rahman dalam setiap pertemuan mereka. Misalnya,
novel ini secara terus-terang membincangkan bahayanya kedatangan
orang Cina ke Kelantan. Sikap malas orang Melayu menyebabkan orang
Cina merebut peluang pekerjaan. Selain itu, pengarang turut mengkritik
sikap para pemimpin yang membiarkan situasi ini berlaku. Hal ini
ditegaskan melalui watak Tengku Maimunah:

Tentulah maju dan besar keuntungan kompeni ini. Sayangnya kilang ini dipunyai oleh
orang-orang Cina, mereka itulah sahaja yang membolot-bolotkan feadahnya yang amat
besar itu... apakah sebabnya negeri Kelantan yang berkerajaan Melayu, beraja dan
bermenteri-menteri Melayu ini tidak mensyaratkan tiap-tiap kilang dan kompeni yang
hendak dibangunkan di dalam negeri ini oleh bangsa-bangsa lain itu termesti ada
didalamnya syer-syer orang Melayu bersama-sama,dan pekerja-pekerjanya sekurang-
kurang mengandungi sesetengah orang-orang Melayu pada tiap-tiap cawangan
pekerjaannya baharu boleh diluluskan dirinya. (Melati Kota Bharu 1988: 29)

Abdul Kadir turut membicarakan tentang Duff Company di Kelantan


dan tentang kealpaan orang Melayu terhadap orang asing. Selain itu
dibawakan juga persoalan masalah Cina Peranakan yang bersatu dengan
Cina asli menindas orang Melayu. Demikian juga tentang ura-ura orang
Cina hendak memanggil orang bijak di negara China datang ke Tanah
Melayu sebagai utusan negara China dan tentang surat Sultan Husein
menyerahkan Singapura kepada British dan penyesalan sultan atas
perbuatannya itu; dan tentang perbezaan sistem penjajahan Belanda di
indonesia dengan penjajahan British di Tanah Melayu.

4. Nyawa di Hujung Pedang karya Ahmad Murad Nasaruddin (1946)

Nyawa Di Hujung Pedang (seterusnya NDHP) begitulah namanya sebuah


novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia yang Kedua. Novel
dihasilkan dan diterbitkan oleh novelis Haji Ahmad Murad bin Nasaruddin.
Novel NDHP ini telah diterbitkan pada tarikh 1 Jun 1954. Menurut
sinopsis novel ini adalah adaptasi dari kisah sebenar yang kemudiannya
didedikasikan novelis kepada Allahyarham En Yazid bin Ahmad yang
388 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

menjadi korban kekejaman tentera Jepun semasa mempertahankan tanah


airnya semasa MPAJ bermaharajalela. Novel sejarah ini menceritakan
secara terperinci dan panjang lebar berkenaan kekejaman seorang polis
tentera (military police) Jepun di Bandar Ipoh semasa Peperangan Dunia
Kedua dahulu. Novel ini juga menceritakan tentang nasib malang seorang
pemuda Melayu bernama Yazid, menantu Pak Deris, yang telah
difitnahkan oleh sahabatnya sendiri yang menjadi barua kepada polis
tentera Jepun tersebut. Yazid telah didera dengan pelbagai cara deraan
yang penuh dengan azab dan sengsara selama ditahan oleh polis tentera
Jepun tersebut.
Pembacaan novel ini membangkitkan semangat patriotisme di
kalangan pembaca. Selain itu pembaca turut diajak oleh novelis supaya
membenci kekejaman sesama makhluk dan bangkit melawan sehingga
tertegaknya keadilan untuk semua.

5. Pahlawan Rimba Malaya karya Keris Mas (1946)

Karya seperti novel dihasilkan dengan menyelitkan unsur-unsur


pengajaran yang baik sama ada secara tersurat ataupun tersirat. Mesej dan
pengajaran yang dibawakan oleh novelis wujud untuk di tafsir oleh setiap
pembaca yang memberi penilaiannya sama ada mesej itu berguna ataupun
sebaliknya. Tahap tanggapan masyarakat akan membantu mengangkat
atau menemukan mesej yang dibawakan oleh seseorang pengarang. Dunia
sastera tempatan tidak asing lagi dengan nama Keris Mas atau Kamaludin
Muhammad. Keris Mas seorang Sasterawan Negara, dan telah
dianugerahkan anugerah Sasterawan Negara pertama pada tahun 1981.
Keris Mas dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong,
Pahang. Keris Mas sepanjang penglibatannya dalam dunia kesusasteraan
telah menghasilkan tiga buah novel terawal iaitu Pahlawan Rimba Malaya
pada tahun 1946 (yang akan dihuraikan sinopsinya), Korban Kesuciannya
pada tahun 1949 dan novel Anak Titiwangsa pada tahun 1949. Ketiga-tiga
novel ini dihasilkan sebelum merdeka (Mohd Daud & Rohaidah 2015).
Pahlawan Rimba Malaya diterbitkan lebih pendek daripada
manuskrip asalnya iaitu 60 halaman. Oleh sebab pihak penerbit
mengalami kekurangan kertas pada waktu itu, maka isi novel tersebut
telah disingkatkan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 389

Pahlawan Rimba Malaya menceritakan tentang pendudukan Jepun di


Tanah Melayu. Pendudukan ini menyemarakkan kebangkitan dan
kesedaran dalam kalangan penduduk Tanah Melayu, Contoh penentangan
ini adalah seperti Petikan di Bawah:

Puas, sesungguhnya ia merasa puas telah dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal ke
atas salah seorang dari bangsa yang terkutuk itu, dapat melepaskan dendam sakit hatinya
yang telah lama dipendamkannya (Pahlawan Rimba Malaya 1946: 27).
....Nona Tan Ah Lan hilang, seorang penjaga di rumah ketua M.P tempat nona itu
dikurung kedapatan mati terbunuh dalam sebuah belukar getah tidak jauh di darat rumah
itu ini adalah peristiwa yang dahsyat telah menggemparkan mereka (Pahlawan Rimba
Malaya 1946: 29)

6. Barisan Zubaidah karya Hamdam (1949)

Novel Barisan Zubaidah ini dihasilkan oleh Hamdam. Nama lain bagi
novel ini adalah Gerila Wanita. Novel ini mengisahkan perjuangan Wanita
dalam melawan penjajah secara serangan gerila. Antara sarjana yang
mengkaji novel ini adalah Mohd. Hanafi Ibrahim dalam makalahnya
“Peranan Gender dalam Barisan Zubaidah @ Gerila Wanita Karya
Hamdam dan Minah Joget Moden Karya Harun Aminurrashid” .
Walaupun kajian novel ini tidak bersifat patriotisme atau perjuangan
kemerdekaan, namun kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk pengkajian
novel Barisan Zubaidah seterusnya. Kajian Mohd Hanafi berhasrat untuk
mengkaji peranan gender dalam novel yang dikaji, berdasarkan aspek
ruang domestik dan ruang publik, pembahagian peranan produksi dan
reproduksi serta mobiliti sosial dalam kerangka Melayu-Islam. Pengkaji
kemudiannya berpendapat bahawa Barisan Zubaidah yang dihasilkan pada
tahun 1948 ialah antara novel feminisme Melayu yang terawal. Maksud
feminis tidak sama dengan konsep feminis Barat, sebaliknya lebih
merujuk kepada ‘kesetaraan’ Makalah ini menegaskan bahawa, watak
wanita dalam novel yang dikaji telah beranjak daripada domain domestik
kepada domain awam, namun pada masa yang sama wanita digambarkan
tetap memelihara tatasusila dan ketertiban wanita Melayu-Islam. kajian
turut menegaskan bahawa, novel yang dikaji memperlihatkan transformasi
peranan wanita dalam ruang lingkup sosial, sekali gus merumuskan
390 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

dapatan kajian yang dikemukakan ini menampilkan suatu pandangan baru


dalam horizon kajian gender dalam sastera tanah air.

7. Ustazah karya Ahmad Lutfi (1950)

Novel Ustazah ini ditulis, dihasilkan dan diterbitkan pada tahun 1950. Novelis
yang mengarang novel ini adalah Ahmad Lutfi. Seorang sasterawan yang
disegani pada zamannya. Kajian berkenaan Novel Ustazah ini tidak banyak
dilakukan, hanya terdapat satu kajian berkenaan novel Ustazah iaitu Aisah Murad
(t.th), pandangan beliau terhadap novel ini seperti di bawah/:

Novel Ustazah (1950). Ustazah, as the main character in this novel, was depicted as one
who had religious knowledge, had risen to become a female leader of the society and had
put to right the ways of socializing which had been influenced by the West. Ustazah
Zainab championed the fate of women which had literally been lost in the Western-
influenced way of life, with their revealing clothes, their being carried away by parties
and their forgetting the teachings and demands of the religion. Though the writer did not
make her as successful as she had aspired to be in the earlier part of the story, but from
her character it was seen that she was determined and interested in advancing the people
of her race and womenfolk

KESIMPULAN

Secara keseluruhan tidak banyak novel dihasilkan sebelum merdeka


bertemakan Merdeka, Nasionalisme dan Patriotisme. Kajian ini hanya
membuka ruang kajian selanjutnya yang boelh dilakukan oleh pengkaji
atau sarjana lain pada masa akan datang. Sasterawan terdahulu banyak
menghasilkan karya yang ‘berisi’ dan memberi banyak pengajaran kepada
masyarakat sekeliling. Sehingga kini karya mereka masih dibaca dan
dibahaskan serta diwacanakan secara ilmiah. Bahkan beberapa kajian
peringkat sarjana dan doktor falsafah berjaya dihasilkan berdasarkan
kepada kajian karya-karya sasterawan Melayu terdahulu.

RUJUKAN

Arif Mohamad. Dimensi politik secara metafora Melayu dalam novel


Anak Mat Lela Gila. Jurnal Pengajian Melayu 28: 45-61.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 391

Ishak Muhammad. 1973. Putera Gunung Tahan. Petaling Jaya: Pustaka


Budaya Agency.
Mohamad Fakhrul Anuar Mohamed Ramli & Faisal @ Ahmad Faisal
Abdul Hamid. Haji Ishak Bin Haji Muhammad (Pak Sako): Pengasas
jatidiri dan integriti bangsa. Jurnal al-Muqaddimah 4(1): 77-96.
Mohd Daud Ibrahim & Rohaidah Kamruddin. 2015. Mesej Pengarang:
Satu Penelitian Terhadap Novel Anak Titiwangsa Karya Sasterawan
Negara Keris Mas. International Journal of the Malay World and
Civilisation 3(2): 17 - 25 17.
Mohd. Hanafi Ibrahim. 2013. “Peranan Gender dalam Barisan Zubaidah
@ Gerila Wanita Karya Hamdam dan Minah Joget Moden Karya
Harun Aminurrashid”. Gender dalam Sastera Melayu. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nazmi Yaakob. 2017. 60 Novel, 60 Tahun Merdeka. Berita Harian. 31
Ogos.
Noritah Omar. 2006. Colonialism and Malay Masculinity: Malay Satire as
Observed in the Novel Kawin-Kawin. Sari 24:107-120.
Ungku Maimunah Mohd. Tahir. 2011. Novel Putera Gunung Tahan oleh
Ishak Haji Muhammad sebagai wacana balikan pascakolonial.
Akademika 81(3) 2011: 65-74.
392 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Ulama dan Perjuangan Kemerdekaan di


Sarawak 1850-1960: Lakaran Fakta,
Lingkaran Fatwa
NORDI ACHIE

PENGENALAN

Siapakah ulama? Jika konsepsi tentang ulama difatwakan secara literal,


terkhas kepada individu yang merangkul ijazah dalam bidang pengajian
Islam, justeru insan seperti ini tidak pernah ada dalam lipatan sejarah
Sarawak pra-Malaysia; namun jika takrif ulama dipercair (atau diperluas)
mencakupi individu yang mempunyai pengetahuan asas Islam,
berkeperibadian Islam dan berjuang demi Islam atau menggunakan Islam
sebagai semboyan perjuangan menentang penjajah, malah insan
sedemikian dapat disorot dalam sejarah Sarawak. Takrif ini mengendong
benih dinamisme Islam, progresisme Islam dan intelektualisme Islam-
yakni, takrif ulama dalam konteks insan salihin dan ulil albab. Apakah
makna perjuangan kemerdekaan? Jika tapal batas perjuangan
kemerdekaan hanya dilakarkan untuk kegiatan politik semata-mata, justeru
lingkaran sejarah menjadi sempit. Ini bermakna serambi perjuangan
kemerdekaan harus mencakupi aspek ekonomi dan sosial secara syumul.
Menerusi sauh takrif inilah, penulis menyenggol jejak-jejak peranan dan
sumbangan ulama dalam perjuangan kemerdekaan Sarawak, sekitar 100
tahun (1850-1960).

TANDUS TIDAK PUPUS

Di mana ada Melayu, di situlah adanya Islam. Pada zaman kolonial


(Brooke dan British), bilangan umat Islam di Sarawak tidaklah sampai
20%, tetapi tampuk kepemimpinan di Sarawak tetap diterajui oleh
pembesar-pembesar Melayu. Kenapa? Orang Melayu mempunyai reputasi
kepemimpinan yang membumi ratusan tahun lamanya, sejak kemunculan
lima kerajaan Melayu awal di sana. Betapa pun demikian, bilangan ulama
di Bumi Kenyalang sangat terbatas, berbeza dengan situasi di Tanah
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 393

Melayu. Pada dasawarsa 1920-an, satu-satunya “syeikh” di Darul Hana


ialah Syeikh Othman Abdul Wahab. Beliau menuntut di Masjidil Haram
(Mekah) dan mengajar di sana sehingga akhir hayatnya, dan beliau
dipercayai berpandangan positif terhadap perjuangan ulama reformisme
Islam antarabangsa (Nordi Achie 2003). Bagi pembaca budiman yang
meminati sejarah Islam di Sarawak, ketokohan beliau tidaklah perlu
diperkenalkan lagi. Sungguhpun peranan dan sumbangan Syeikh Othman
tidak jelas dalam perjuangan kemerdekaan Sarawak, namun beliau telah
mewariskan anaknya iaitu Syarkawi, sebagai ulama patriot yang
menentang penjajah British pasca-Perang Dunia Kedua. Syarkawi dikenali
sebagai “ustaz”. Beliau merupakan aktivis pemuda dalam Persatuan
Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) dan pemimpin Barisan Pemuda
Sarawak (BPS). Kedua-dua pertubuhan ini memperjuangkan kemerdekaan
Sarawak. Syarkawi menggunakan hujah-hujah agama ketika bangkit
menentang penjajah British (Mohammad Hasbie Sulaiman 1989). Dalam
pada itu, segelintir ulama di Sarawak merupakan pegawai kolonial, dan
justeru kerana itu, mereka tidak terlibat dengan gerakan kemerdekaan
Sarawak, seperti Datu Hakim dan Mufti Sarawak. Mereka tidak layak
dinobatkan sebagai ulama patriot (atau ulama perjuangan).
Ketika itu, sebilangan tokoh “Haji” yang terkenal dalam perjuangan
kemerdekaan Sarawak layak dinobatkan sebagai ulama patriot, seperti
Haji Abdul Rahman Kassim, Naib Presiden, PKMS. Haji Abdul Rahman
merupakan peniaga Melayu yang terkenal di Kuching- menjual buku
agama, akhbar dan majalah dari Tanah Melayu serta Indonesia (Nordi
Achie 2003). Ketika bendera Union Jack dinaikkan di Bumi Kenyalang,
Haji Abdul Rahman dengan beraninya, dengan penuh bangga dan hormat,
menaikkan pula Bendera Kebangsaan Sarawak di Singapura- ibu pejabat
British di Asia Tenggara. Peristiwa ini merupakan suatu tamparan hebat
buat penjajah British kerana Bendera Kebangsaan Sarawak merupakan
sibghah kemerdekaan Sarawak dan gagasan antikolonialisme British.
Maknanya, ketika British menyerang ekor Borneo (Sarawak), ulama
perjuangan pula menyerang jantung penjajah (Singapura). Ini
memperlihatkan kebijaksanaan strategi politik ulama perjuangan dewasa
itu. Haji Abdul Rahman telah menghunuskan serangan psikologi politik
dan propaganda provokatif terhadap pemilik empayar jajahan yang
terbesar di dunia. Penjajah terpaku, terpatah siku.
394 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

TERKAMAN PENJAJAH

Bagaimanapun, perjuangan ulama di Sarawak bukanlah baru bermula


selepas Perang Dunia Kedua. Ini merupakan rentetan perjuangan yang
panjang pedih berliku. Dalam gerakan menentang panji kolonialisme
Brooke, darah dan nyawa menjadi pertaruhan demi mempertahankan
kemerdekaan Sarawak (J.H. Walker 1995). Datu Patinggi Haji Abdul
Ghaffur (DPHAG), dalam konteks zamannya (abad ke-19), layak diangkat
sebagai ulama patriot kerana sebagai Datu Patinggi, beliau merupakan
tempat rujukan tertinggi dalam urusan agama dan hal ehwal Islam di
Sarawak. Jika pun pandangan ini tidak dapat ditoleransi, masih ada ruang
untuk dipertimbangkan: (i)perjuangan DPHAG merupakan mata rantai
perjuangan ulama dalam kerangka konsepsi keulamaan yang holistik, atau
(ii)paling minimum sebagai simbol perjuangan ulama di Sarawak. Jika
seekor burung sahaja yang dibenarkan berkicau di dalam hutan, tentulah
hutan menjadi sunyi. Begitu juga dengan perjuangan hidup mati Syarif
Masahor (berketurunan Nabi Muhammad SAW), ketika beliau dan
DPHAG bangkit menentang regim Brooke. Jika pun Syarif Masahor
bukanlah ulama dari segi takrif konvensional, namun beliau tetaplah
ulama dari sudut darah dan perjuangan kenabian yang mengalir dalam urat
nadinya. Merekalah anak zaman yang mengarifi bahaya penjajahan
terhadap agama, bangsa dan nusa. Jika serban dan jubah dijadikan ukuran,
bahkan ijazah sebagai takaran, mereka bukanlah ulama; tetapi sebagai
mujahidin di Sungai Sarawak dan Sungai Rejang, merekalah ulama
perjuangan di Sarawak. Atas kesedaran inilah, DPHAG dan SM sanggup
berkorban nyawa dan harta benda, berperang bermati-matian di laut,
sungai dan darat ketika menentang regim Brooke. DPHAG dibuang ke
Betawi, SM dibuang ke Singapura (Abdullah Zakaria Ghazali 2000). Perlu
ditegaskan, menentang penjajahan bermakna menentang kezaliman
sesama manusia, dan ini merupakan sebahagian daripada amanah
perjuangan para nabi dan ulama di seluruh muka bumi ini.

TUJAHAN REFORMISME ISLAM

Sungguhpun tandus dengan ulama, namun gagasan dan perjuangan Islam


mengakar di Sarawak pada awal 1930-an. Ketika itu, muncul empat
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 395

sahabat seperjuangan yang menyulut gagasan dan perjuangan reformisme


Islam, dengan menerbitkan akhbar Fajar Sarawak. Lantaran itulah, empat
tokoh ini (Muhammad Rakawi Yusuf, Haji Abdul Rahman Kassim, Haji
Daud Abdul Ghani dan Johari Anang) dikenali sebagai sahabat fajar.
Empat sahabat ini melaungkan: fajar telah terbit, bangunlah wahai
bangsaku! Menerusi Fajar Sarawak, mereka memancarkan pemikiran dan
semangat antikolonialisme Barat, di samping menyemarakkan gagasan
Islam sebagai ad-din- Islam sebagai umbi kemajuan menyeluruhi kawah
kehidupan. Dalam kalangan empat sahabat Kaum Muda ini, Haji Daud
Abdul Ghani merupakan ulama kerana beliau mendapat pendidikan Islam
secara khas (catatan: Abdul Ghani mempunyai dua putera yang terkenal.
Pertama, Mortadza pernah menjadi Mufti Sarawak dan Sulaiman
merupakan mantan Menteri Pelajaran Malaysia). Sejak awal abad ke-20,
gagasan dan perjuangan ulama patriot dari Tanah Melayu (Indonesia dan
Mesir) telah meresap lantas menyayap ke Sarawak, menerusi pelbagai
akhbar dan majalah progresif, seperti Al-Imam, Saudara, Utusan Melayu,
Lembaga Malaya dan sebagainya (Nordi Achie 2003). Bagaimanapun,
perjuangan berdarah mempunyai sejarahnya tersendiri di Sarawak.

TIKAMAN MAUT

Nama Rosli Dhoby dan Rukun 13 tidaklah perlu diperkenalkan lagi (sudah
terang lagi bersuluh), namun penglibatan Bujang Suntong dalam Rukun 13
dan pakatan berempat sebenarnya mewakili perjuangan ulama kerana
Bujang Suntong merupakan penyelia Masjid Al-Qadim, Sibu. Masjid
merupakan simbol syiar Islam sekali gus wadah perjuangan ulama patriot.
Justeru, keterlibatan Bujang telah mengisi kelompongan ulama dalam
perjuangan berdarah di Sibu (Sarawak)- jihad dengan darah dan nyawa
demi menentang penjajah British. Pada awal 1960-an, kedengaran suara
untuk menubuhkan parti Islam di Sibu demi meraikan kepemimpinan
ulama, namun setelah menyedari bilangan umat Islam yang minoriti di
Darul Hana, idea ini akhirnya dikafankan di Sungai Rejang. Berbalik
kepada Bujang: susulan keterlibatannya dalam komplot pembunuhan
Duncan Stewart, Bujang telah digantung sampai mati pada 2 Mac 1950.
Jenazah Bujang (Rosli, Morshidi dan Awang Rambli) tidak dikembalikan
kepada waris, namun disemadikan di Penjara Kuching lebih daripada 40
396 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

tahun (1950-1994). Tindakan bacul kerajaan kolonial British ini telah


ditertawakan seluruh dunia kerana inilah satu-satunya empayar yang takut
dengan mayat dan kubur (Nordi Achie 2018).

TERJAHAN GAGASAN MALAYSIA

Semasa tercetusnya perjuangan menentang kolonialisme British di


Sarawak (1946-1950), Abang Mustapha dianggap sebagai pengkhianat
oleh patriot-patriot Sarawak. Oleh sebab pengaruh patriot Sarawak lebih
viral berbanding Abang Mustapha, momokan pengkhianat sukar
dibersihkan dalam riwayat politik beliau. Sebenarnya, Abang Mustapha
bukanlah menentang gagasan kemerdekaan, tetapi beliau berpendapat
masanya belum sampai (belum sesuai) untuk Sarawak dimerdekakan.
Dalam mandala pendidikan dan ekonomi, puterabumi Sarawak masih jauh
ketinggalan pada serba-serbinya (Nordi Achie 2001). Pada hemat beliau,
aspek ini perlulah diperbaiki terlebih dahulu sebelum Sarawak layak
dimerdekakan. Dari segi ini, pemikiran Abang Mustapha sama dengan
pemikiran Dato’ Onn Jaafar, tetapi mengapakah Dato’ Onn tidak diselar
sebagai pengkhianat Melayu? Malah, Abang Mustapha dan Dato’ Onn
menggunakan pendekatan politik yang sama iaitu bekerjasama dengan
British. Mengapa Abang Mustapha sahaja yang dicap sebagai pengkhianat?
Jawapannya jelas, Dato’ Onn dan UMNO dinaungi dengan restu Raja-raja
Melayu, tetapi Abang Mustapha terpaksa mendepani kritikan pedas dan
pahit daripada patriot Sarawak secara bersendirian. Beliau dan
keluarganya dipulaukan oleh patriot Sarawak lebih 15 tahun (Bob Reece
1996).
Masa berlalu, takdir beredar. Pada awal 1960-an, ketika gagasan
Malaysia dikumandangkan oleh Tunku Abdul Rahman- menggabungkan
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah- Abang
Mustapha telah merintis langkah geliga dalam menyahut gagasan
kemerdekaan Sarawak dengan menubuhkan Parti Negara Sarawak
(PANAS) sekali gus menyokong gagasan Malaysia. Dengan ini, Abang
Mustapha telah membuktikan beliau bukanlah pengkhianat. Denyutan
kemerdekaan Sarawak dalam dirinya, bernadi senada dengan hembusan
nafasnya. Dipercayai, beliau mendapat pendidikan Islam di peringkat
diploma dalam bidang syariah. Justeru, pada awal 1960-an, Abang
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 397

Mustapha telah tampil dengan terhormat sebagai mata rantai perjuangan


ulama patriot di Sarawak. Sekali air bah, sekali pantai berubah.
Perjuangan PANAS turut didukung oleh intelektual Melayu yang
tersohor di Sarawak iaitu Ikhwan Zaini. Ikhwan merupakan antara
protagonis patriot Sarawak dalam gerakan anti penyerahan (1946-1950).
Ketika itu, Abang Mustapha merupakan musuh ketat Ikhwan dan patriot
Sarawak. Sebagai reaksi terhadap PANAS, golongan anti penyerahan
mengasaskan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) sebagai platform
politik mereka (Sanib Said 2010). Betapa pun demikian, Ikhwan tetap
setia bersama PANAS, tanpa memusuhi BARJASA. Ikhwan, biarpun
bukan berpendidikan Islam, namun beliau berjiwa, berpemikiran dan
berkeperibadian Islam. Sebagai pengarang dan pemilik Utusan Sarawak-
akhbar Melayu perjuangan yang paling panjang sejarahnya di Sarawak-
Ikhwan telah menggemakan gagasan dan pemikiran Islam (secara terbuka,
lantang dan berani) mencakupi pelbagai isu dan persoalan Islam, politik,
ekonomi, pendidikan, budaya, wanita dan sebagainya. Sehinggalah
terbentuknya Persekutuan Malaysia, Ikhwan dan Abang Mustapha
berganding bahu memperjuangkan kemerdekaan Sarawak dengan
membatunisankan sejarah penjajahan British (tanpa menafikan sumbangan
parti-parti politik yang lain).
Perlu dinyatakan, peranan dan sumbangan Ikhwan dalam konteks
perjuangan Islam dan kemerdekaan Sarawak sebenarnya lebih menyerlah
berbanding tokoh-tokoh yang lain. Bintang politik Abang Mustapha
misalnya, kelihatan malap dalam tempoh 1946-1959 kerana pemikiran dan
pendekatan politiknya (bekerjasama dengan penjajah British) ditolak
secara tegas oleh patriot Sarawak (golongan anti penyerahan). Bintang
perjuangan Ikhwan pula terus bersinar sepanjang era penjajahan British di
Sarawak kerana kedudukan strategiknya sebagai pengarang Utusan
Sarawak. Menerusi akhbar inilah, Ikhwan dan rakan-rakan
seperjuangannya menentang dasar penjajahan British dengan
menyemarakkan semangat Islam antikolonialisme dan gagasan Islam
progresif (Nordi Achie 2003).
398 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

TITIPAN TINTA

Menyingkap perjuangan ulama dalam konteks sejarah kemerdekaan di


Sarawak memerlukan takrifan holistik tentang ulama, tanpa kita
menafikan kewibawaan takrifan konvensional. Jika pembaca budiman
bertegas mahukan takrifan konvensional digunakan, sebenarnya masih ada
secebis ruang untuk menempatkan kedudukan Islam (secara jujur) dalam
konteks perjuangan kemerdekaan Darul Hana. Pertama, menerima mereka
sebagai waris perjuangan ulama Sarawak. Kedua, menempatkan mereka
sebagai embirio ulama dalam sejarah kemerdekaan Sarawak. Merekalah
yang merintis taman merdeka, tempat ulama bertunas mekar pasca-
Malaysia. Jika kamu tidak dapat menjadi bintang kepada orang lain,
jadilah bintang kepada diri kamu sendiri.

RUJUKAN

Abdullah Zakaria Ghazali. 2000. Gerakan Awal Penentangan


Kolonialisme di Sarawak. Kertas Kerja Simposium Sejarah Sarawak
2000, 16-17 Ogos, Persatuan Sejarah Malaysia dan Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak, Kuching.
Mohammad Hasbie Sulaiman. 1989. Perjuangan Anti-Cession Sarawak:
Peranan Utama Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Kuching:
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak,.
Nordi Achie.2001. Kemunduran ekonomi Bumiputera Sarawak di bawah
pemerintahan Kolonial British 1946-1950: Satu tinjauan khusus
berdasarkan Utusan Sarawak 1949-1950. Purba Jurnal Persatuan
Muzium Malaysia 2.
Nordi Achie. 2001. Kemunduran pendidikan masyarakat Melayu di
Sarawak pada awal pemerintahan Kolonial British 1946-1950: Satu
tinjauan dari perspektif Utusan Sarawak 1949-1950. Malaysia dari
Segi Sejarah 29.
Nordi Achie. 2003. Pemikiran Ikhwan Zaini terhadap anarki politik
antarabangsa 1946-1950. Malaysia dari Segi Sejarah 31:.
Nordi Achie. 2000. Pemikiran pejuang anti penyerahan: Satu tinjauan
khusus terhadap Utusan Sarawak 1949-1950”. Sejarah Jurnal
Jabatan Sejarah Universiti Malaya 8:.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 399

Nordi Achie. 2003. Akhbar Melayu Perjuangan di Sarawak. Kuala


Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,.
Nordi Achie. 2018. Rosli Dhoby dan Rukun 13. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Reece, B. 1996. Datu Bandar Abang Haji Mustapha of Sarawak, Kuching:
Persatuan Kesusasteraan Sarawak.
Sanib Said. 2010. Malay Politics in Sarawak: The Search for Unity and
Political Ascendancy. Kota Samarahan: Penerbit Universiti Malaysia
Sarawak,.
Walker, J.H. 1995. Power and Conflict in Sarawak 1835-1868. Ph.D
Thesis, University of New South Wales, Australia.
400 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Burhanuddin al-Helmi: Perjuangan dalam


Politik dan Agama Menjelang
Kemerdekaan Negara
SITI NORIDAYU ABD. NASIR

ABSTRAK

Perjuangan politik sepanjang kemerdekaan Tanah Melayu nama Dr.


Burhanuddin al-Helmi sudah tidak asing lagi dalam arena politik negara.
Di mana beliau merupakan salah seorang peneraju dalam Kesatuan
Melayu Muda (KMM), Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS),
Parti Kebangsaan Melayu Malaysa (PKMM), Pusat Tenaga Rakyat- All
Malaya Council for Joint Action (PUTERA-AMCJA) dan Parti Islam
seTanah Melayu (PAS) menjelang garis kemerdekaan negara. Oleh yang
demikian, penyelidikan ini bertujuan membincangkan perjuangan politik
mengikut garis masa yang dilalui oleh Burhanuddin al-Helmi dengan
mengenal pasti parti politik pimpinan beliau. Kemudian, kajian ini
bertujuan menganalisis keberadaan dan peranan Burhanuddin al-Helmi
dalam perjuangan Islam dan Melayu dalam parti politik tersebut.
Seterusnya, kajian ini bertujuan mengupas kesannya terhadap pegangan
Parti Islam seTanah Melayu (PAS) kini. Malahan, kajian ini dapat
mengupas klimaks kehidupan perjuangan beliau. Selain itu, kajian ini juga
dapat menjelaskan tentang pemikiran Burhanuddin al-Helmi dalam
perjuangan beliau yang melibatkan Islam serta bangsa Melayu. Beliau
merupakan salah seorang tokoh dalam kemerdekaan negara yang penting
dalam aspek politik dan agama. Oleh itu, kajian tentang tokoh ini menjadi
landasan penting untuk memperlihatkan pegangan, peranan, pemikiran
dan sumbangan tokoh tersebut sepanjang melalui detik-detik mencapai
kemerdekaan negara. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat
membantu kajian akan datang berkaitan tokoh yang bernama Burhanuddin
al-Helmi.

Kata kunci: Burhanuddin al-Helmi, parti politik, perjuangan bangsa


Melayu, perjuangan agama, pemikiran tokoh
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 401

PENGENALAN

Tokoh merupakan seseorang manusia yang telah menyumbangkan bakti


dalam sesuatu bidang di dunia. Ketokohan seseorang diihat dari aspek
sumbangan dalam bidang yang diceburi, sikap yang baik serta bermanfaat
sepanjang menjalankan tugas juga bertujuan mengingati sumbangan tokoh
yang telah meninggal dunia. Bak kata pepatah “harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama” begitulah
indahnya peribahasa lama yang dikaitkan dengan perginya seseorang
tokoh kenegaraan.
Lazimnya, seseorang tokoh yang dikenali ramai serta bergiat aktif
dalam arena politik negara adlah tokoh sejarah yang penting dalam sesuatu
legasi kehidupan manusia. Oleh itu, penulisan kertas kerja ini bertujuan
mengkaji tentang salah seorang tokoh politik terkenal negara. Nama “Dr.
Burhanuddin al-Helmi sudah tidak asing lagi dalam politik negara
menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Malahan,
ketokohannya dalam parti-parti politik sebelum dan selepas kemerdekaan
negara telah memberikan kesan dalam sejarah politik negara.
Dr. Burhanuddin al-Helmi di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos
1911 dan telah meninggal dunia di Taiping, Perak pada 25 Oktober 1969
(Saliha Hj. Hassan 1997:20). Menurut (Saliha Hj. Hassan 1997:20) lagi,
panggilan mesra Dr. Burhanuddin al-Helmi adalah “Pak Doktor”. Hal ini
kerana, beliau merupakan seorang pengamal perubatan dan doktor dalam
bidang homopati pada ketika itu.
Kemudian, ibu Dr. Burhanuddin al-Helmi adalah Sharifah Zaharah
Binti Habib Othman yang berketurunan golongan atasan masyarakat
Melayu (Saliha Hj. Hassan 1997:20). Manakala, bapa beliau pula adalah
Haji Muhammad Nor yang merupakan golongan bangsawan “Melayu Jati”
yang pernah menjadi murid kepada beberapa golongan ulama terkenal
Makkah (Saliha Hj. Hassan 1997:20).
Nama al-Helmi diambil bersempena gelaran “al-Hulaimi” yang telah
dipopularkan menjadi al-Helmi (Saliha Hassan 1997:20). Rentetan itu, al-
Hulaimi adalah bermaksud orang yang tidak pemarah. Hal ini kerana,
sikap bapa Dr. Burhanuddin al- Helmi yang lebih bersifat sederhana dan
tidak mementingkan kebendaan serta duniawi (Saliha Hj. Hassan 1997:20).
402 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Seterusnya, kajian ini akan memfokuskan tentang kehidupan dalam


politik Dr. Burhanuddin al-Helmi sepanjang mencapai kemerdekaan di
Tanah Melayu. Aspek analisis kajian ini adalah bersandarkan parti politik
pimpinan beliau, iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM), Kesatuan Rakyat
Indonesia Semenanjung (KRIS), Parti Kebangsaan Melayu Malaysa
(PKMM), Pusat Tenaga Rakyat- All Malaya Council for Joint Action
(PUTERA-AMCJA) dan Parti Islam seTanah Melayu (PAS) menjelang
garis kemerdekaan negara. Terutamanya, perjuangan beliau dalam agama
Islam serta bangsa Melayu.

SOROTAN KAJIAN

Kajian lepas berkaitan Dr. Burhanuddin al-Helmi telah dijalankan oleh


penyelidik lepas dalam pelbagai aspek. Antaranya adalah dalam aspek
kajian pemikiran Dr. Burhanuddin al-Helmi dalam parti politik yang
diceburi beliau ketika masih aktif dalam arena politik negara. Malahan,
kajian lepas juga memfokuskan kepada kehidupan beliau dalam bentuk
biografi sebagai salah seorang tokoh kemerdekaan yang penting di
Malaysia.
Oleh yang demikian, Zabidin Haji Ismail (2015) telah menjalankan
kajian tentang pemikiran dan perjuangan politik Dr. Burhanuddin al-
Helmi. Kajian tersebut memfokuskan kepada pemikiran dan perjuangan
politik Dr. Burhanuddin al-Helmi di Malaysia dengan menggunakan
kerangkan idealisme. Antara idealisme tersebut adalah nasionalisme
Melayu, Hubb al-watan Min al-‘Iman dan konsep Melayu Raya yang
ditinjau secara ilmiah melalui kaedah kepustakaan. Hasil dapatan kajian
menumpukan kepada tindakan Dr. Burhanuddin al-Helmi memilih
gerakan politik berhaluan kiri. Hal ini kerana, organisasi atau parti politik
berhaluan kiri mempunyai sayap islam. Sehubungan itu, pemilihan sayap
parti berhaluan kiri kerana parti berhaluan kanan tidak mempunyai
semangat nasionalisme Melayu dan penglibatan beliau atas undangan
daripada parti berhaluan kiri untuk menjadikan beliau pemimpin parti.
Walau bagaimanapun, idealisme Dr. Burhanuddin al-Helmi tidak dapat
diterima di Tanah Melayu pada masa tersebut kerana tahap pemikiran
masyarakat daripada golongan marhaen yang tidak dapat menilai
pemikiran beliau serta golongan atasan nasionalis Melayu berhaluan kanan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 403

yang mempunyai pengaruh dalam politik mereka. Oleh yang demikian,


golongan elit daripada parti berhaluan kanan giat menyusun strategi untuk
menyekat kemaraan parti di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi.
Kemudian, Suzy Aziziyana Saili dan Khairulnizam Mat Karim (2013)
telah menjalankan kajian tentang kehidupan dan pemikiran Dr.
Burhanuddin al-Helmi. Kajian ini memfokuskan kepada peranan dan
pemikiran Dr. Burhanuddin al-Helmi yang dianggap tidak boleh
dilenyapkan walaupun mempunyai konstroversi kerana beliau dilabel
sebagai seorang pemimpin Melayu yang radikal. Namun begitu, ada
perkara yang perlu dikaji dalam kehidupan beliau yang melahirkan
pemikiran yang menentukan sifat beliau dalam kepimpinan politik. Hasil
dapatan kajian menunjukkan Dr. Burhanuddin al-Helmi mendapat
pengaruh daripada pengalaman peribadinya sepanjang berada di India dan
Palestin yang membuktikan Tanah Melayu perlu bebas daripada peraturan
British. Beliau merupakan seorang lelaki yang aktif dalam Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Islam seTanah Melayu
(PAS). Namun begitu, aspek yang penting adalah ideologi yang dibawa
oleh beliau dalam perjuangan politik. Hal ini kerana, Dr. Burhanuddin al-
Helmi mementingkan nasionalisme Melayu yang bersifat kebangsaan
untuk kemerdekaan, kemanusiaa dan kesejahteraan. Oleh itu, beliau
memperjuangkan idea Greater Malaya untuk menyatukan Indonesia
sebagai penyatuan politik untuk semua orang Melayu di alam Melayu
serta melibatkan pengaruh penguasaan Melayu. Malahan, ia melibatkan
skeptik atau keraguan terhadap kesultanan Melayu yang dianggap
membahayakan kepentingan rakyat.
Seterusnya, Ishak Saat (2010) menjalankan kajian tentang percaturan
politik pelbagai kaum sekitar tahun 1946 hingga 1957 di Tanah Melayu.
Kajian memfokuskan kepada sejarah awal pergerakan parti politik di
Tanah Melayu. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat parti
politik berhaluan kiri dan kanan semasa proses mencapai kemerdekaan
negara. Oleh itu, pergerakan seperti KRIS, PKMM, API, AWAS,
PUTERA, Hizbul Muslimin, PAS, dan PRM dilihat bekerjasama bagi
mencapai matlamat mereka. Malahan, kerjasama antara PUTERA-
AMCJA dan Socialist Front (SF) bertujuan menggabungkan bangsa
Melayu, Cina dan India. Walau bagaimanapun, caturan politik daripada
parti yang berhaluan kiri tidak dapat menarik minat British. Oleh yang
404 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

demikian, British lebih meyakini gabungan atau kerjasama daripada Parti


Perikatan (UMNO, MCA dan MIC). Rentetan itu, Parti Perikatan telah
memenangi Pilihan Raya pertama pada tahun 1955 dengan kemenangan
selesa atas kepercayaan suara majoriti. Sekali gus, telah meminggirkan
dan menafikan usaha parti berhaluan kiri yang turut sama berjuang
mempertahankan Tanah Melayu pada ketika itu.
Selain itu, kajian berkaitan juga dijalankan oleh Ahmat Adam (2001)
tentang Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di Tanah Melayu.
Kajian ini memfokuskan kepada gerakan politik berhaluan kiri yang
bertujuan membangkitkan ‘Kebangsaan Melayu’ dan ‘Nusa Melayu’ yang
diperkatakan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi. Malahan, kajian ini
bertujuan tentang gerakan kebangsaan yang disesuaikan dengan ideologi
komunis yang telah memberikan kebingungan pemerhati sejarah gerakan
berhaluan kiri pasca-45. Hasil dapatan kajian menunjukkan penubuhan
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bertujuan menyatukan
Melayu di bawah satu komponen Republik Indonesia Raya sebagai sebuah
keluarga. Kemudian, bertujuan mendapat hak berpidato, bergerak, berfikir
dan menuntut pendidikan. Selain itu, penubuhan PKMM juga untuk
membangkitkan kedudukan orang Melayu dalam perindustrian, pertanian
dan naik taraf kehidupan bangsa Melayu. Seterusnya, mendapat kebebasan
untuk bercucuk tanam dan mengelak daripada membayar sebarang cukai
serta menjual di pasar perniagaan. Malahan, kebebasan mendirikan
sekolah bagi mendapat pendidikan percuma kepada bangsa Melayu.
Antara aspek lain yang diperjuangkan adalah kepentingan mendapat
pelajaran. Namun begitu, penubuhan PKMM adalah didasari kemahuan
menuntut kemerdekaan seiring dengan Indonesia.
Kajian lepas tentang pemikiran Dr. Burhanuddin al-Helmi
memfokuskan kepada rentetan kehidupan beliau semasa menjadi tokoh
politik sepanjang mendapatkan kemerdekaan. Malahan, kajian lepas juga
memfokuskan kepada riwayat hidup yang mengutamakan penglibatan
sepanjang politik. Selain itu, kajian lepas tentang parti KMM (Kesatuan
Melayu Muda), memimpin KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung), PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan Pusat
Tenaga Rakyat–All Malaya Council for JointAction (PUTERA-AMCJA)
yang pernah dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi menumpukan
kepada perjalanan parti politik tersebut sepanjang mencapai kemerdekaan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 405

Oleh yang demikian, lompang kajian ini diisi dengan melihat perjuangan
Dr. Burhanuddin al-Helmi untuk bangsa Melayu dan Islam melalui
penglibatan politik beliau.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah penyelidikan bersifat kualitatif. Data


kajian diperolehi secara kepustakaan melalui bahan ilmiah, iaitu buku,
jurnal, artikel, majalah dan rencana berkaitan Dr. Burhanuddin al-Helmi.
Selain itu, penulisan ilmiah tentang Dr. Burhanuddin al-Helmi merupakan
kajian tentang kehidupan, penglibatan tokoh dalam politik dan sumbangan
dalam mencapai kemerdekaan negara. Oleh yang demikian, analisis kajian
ini mendasari konsep kajian tokoh yang dipelopori oleh Shahrin Harahap
dalam Metodologi Studi Tokoh (Pemikiran Islam).
Oleh itu, dalam pengenalan tokoh yang hendak diteliti terdapat
beberapa konsep yang perlu diketahui.
Pertama adalah latar belakang dalaman dan luaran tokoh yang sedang
diteliti pemikirannya yang dikenali dari sudut latar belakang dalaman,
yang mencakupi latar belakang kehidupan (masa kecil dan keluarga tokoh),
pendidikan, pengalaman yang membentuk pandangannya dan
perkembangan pemikirannya. Di samping itu, latar belakang dalaman
tokoh juga diperkenalkan dari sudut luaran, iaitu keadaan khusus zaman
yang dialaminya seorang tokoh. Hal ini penting untuk mengingati
seseorang tokoh pada zamannya melalui konteks kehidupannya. Maka
terdapat beberapa faktor yang perlu diterangkan adalah pemikiran itu
merupakan jawapan dan tentangan terhadap pemikiran orang lain serta
idea yang berkembang ketika itu yang menyebabkan gagasan itu muncul.
Perkara kedua adalah metodologi pemikiran dan perkembangan
pemikiran tokoh tersebut. Hal ini kerana, setiap pemikiran menggunakan
metodologi tertentu dalam pemikirannya. Selain itu, metodologi berfikir
tersebut lazimnya mempengaruhi seluruh pemikirannya. Maka,
pendekatan yang digunakan seorang tokoh pemikiran dapat dilihat
sekurang-kurangnya dalam tiga aspek.
406 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

a. Metodologi pemikiran dilihat dalam sudut pendekatan yang


digunakan tokoh tersebut, iaitu metodologi pemikiran tokoh.
Misalnya, rasional, sosiologis dan lain-lain lagi.
b. Kemudian, metodologi pemikiran tokoh dari aspek rasional akal
fikiran terhadap logik dan modenisasi seperti berfikir rasional.
c. Seterusnya, metodologi pemikiran tokoh dapat dilihat dari sisi
disiplin ilmu yang digunakan dalam menganalisis setiap masalah.
Dalam penglibatan kehidupan seseorang tokoh yang melibatkan
rasional dan modenisasi sesuatu perkara.

Akhir sekali adalah aspek ketiga, iaitu pengaruh dan keterpengaruhan


seseorang tokoh sepanjang kehidupan. Pengaruh dan keterpengaruhan
merupakan proses peradaban yang kompleks yang terjadi dalam berbagai
tahap, pertikaian, makna dan sesuatu.
(A’yun 2008:4-5).

DAPATAN KAJIAN

Hasil analisis kajian memfokuskan kepada parti politik yang pernah


disertai dan dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi sepanjang mencapai
kemerdekaan dan kehidupan beliau. Oleh itu, analisis kajian beliau ini
bersandarkan kepada kronologi perjalanan kegiatan politik sepanjang
mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Selain itu, pegangan perjuangan
Dr. Burhanuddin al-Helmi dalam agama Islam dan bangsa Melayu
dihuraikan melalui penglibatan dalam parti politik tersebut.
Sepanjang mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, kegiatan politik
bergerak aktif bagi mencapai kemerdekaan negara dengan cara dan tujuan
masing-masing. Oleh yang demikian, kegiatan politik semasa pendudukan
Jepun berlangsung antara tahun 1942 hingga 1945 di Semenanjung Tanah
Melayu (Ramlah Adam 1996: 20). Rentetan itu, Dr. Burhanuddin al-
Helmi merupakan salah seorang pejuang politik berhaluan kiri yang
muncul pada ketika itu. Pendudukan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu
pada tahun 1941, telah memberi warna yang lebih meriah kepada Dr.
Burhanuddin dalam kepimpinan politiknya kepada orang Melayu (Ramlah
Adam 1996: 20). Hal ini kerana, bangsa Melayu merupakan bangsa yang
juga mewakili mereka yang menganuti agama Islam di Semenanjung
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 407

Tanah Melayu. Malahan, beliau telah diiktiraf oleh Ibrahim Haji Yaacob,
pemimpin utama KMM sebagai pemimpin Melayu yang penting jika
dibandingkan dengan tokoh-tokoh lain seperti Ishak Haji Mohamad atau
Ahmad Boestamam (Ramlah Adam 1996: 20). Pemimpin atasan Kesatuan
Melayu Muda (KMM) telah ditahan oleh British di penjara Changi
(Singapura) tetapi Dr. Burhanuddin al-Helmi tidak ditahan bersama.
Walau bagaimanapun, pemimpin KMM telah dilepaskan pada zaman
penjajahan tentera Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini kerana,
KMM merupakan parti yang menyokong perjuangan Jepun untuk
melawan British.
Kemudian, Dr. Burhanuddin al-Helmi telah memimpin Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1946 (Ramlah Adam
1996: 31). Kepimpinan dalam parti politik Dr. Burhanuddin al-Helmi
semakin menonjol semasa menerajui Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) pada tahun 1946. Menurut (Ramlah Adam 1996: 31)
kepentingan politik Dr. Burhanuddin al-Helmi sebenarnya menonjol
dengan kepimpinannya dalam PKMM pada tahun 1946. Namun begitu,
pada masa tersebut anasir komunis telah mula meresap ke dalam Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ketika kepimpinan beliau. Menurut
(Ramlah Adam 1996: 31) antaranya ialah penyerapan masuk Parti
Komunis Malaya (PKM) dalam PKMM dan juga kerjasama PKMM
dengan gerakan politik membebaskan Indonesia oleh rakyatnya di
Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Kerjasama politik bertujuan
mempercepatkan dan memberi tekanan kepada pemerintahan British pada
ketika itu. Malahan, politik radikal berhaluan kiri ini bergabung untuk
menyampaikan anasir perjuangan bangsa Melayu di bawah satu rumpun
dalam mencapai kemerdekaan. Oleh yang demikian, gabungan bersama
Parti Komunis Malaya (PKM) dilihat bertujuan menguatkan gabungan
parti politik bagi melemahkan pemerintahan British di Semenanjung
Tanah Melayu. Sehubungan itu, pemimpin KMM yang membawa anasir
menentang pemerintahan British dikecam hebat dan pemimpin radikal
berhaluan kiri telah dipenjarakan kerana kebimbangan British terhadap
anasir yang dibawa KMM. Malahan, gerakan ini bolehlah dianggap satu
usaha Dr. Burhanuddin al-Helmi untuk menjadikan konsep Melayu Raya
atau Indonesia Raya sebagai satu ideologi politik PKMM (Ramlah Adam
1996: 31). Oleh yang demikian, prinsip yang dibawa secara jelas oleh Dr.
408 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Burhanuddin al-Helmi adalah membangunkan bangsa Melayu di


Semenanjung Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, kelemahan dalam
pendidikan, kewangan dan teknologi perang memberi kesan terhadap
perjuangan bangsa Melayu yang memerlukan sokongan daripada negara
lain. Hal ini telah membuka ruang kepada negara jiran Indonesia bagi
bergabung dengan Malaysia atas dasar “Melayu”, iaitu bangsa serumpun.
Seterusnya, Dr. Burhanuddin al-Helmi telah bekerjasama dengan
PUTERA-AMCJA pada tahun 1947 hingga 1948 (Ramlah Adam 1996:
71). Hal ini berlaku kerana Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
telah menemui kegagalan menentang British dan UMNO yang merupakan
parti bersayap kanan pada masa tersebut. Malahan, UMNO dilihat lebih
mendapat kepercayaan daripada British jika dibandingkan parti radikal
berhaluan kiri yang lain di Semenanjung Tanah Melayu. Menurut (Ramlah
Adam 1996: 71) kegagalan Dr. Burhanuddin al-Helmi menentang UMNO
dan British, telah menyebabkan beliau dan PKMM mencari strategi baru
untuk berpolitik. Oleh itu, dalam persidangan PKMM di dewan TPCA,
Kampung Baru, pada 18 Oktober 1946 , dasar “bekerjasama dengan
bangsa lain untuk mendapatkan keamanan” telah menjadi pendekatan
politiknya yang baru (Ramlah Adam 1996: 71). Gabungan dengan bangsa
lain dilihat sebagai salah satu usaha Dr. Burhanuddin al-Helmi setelah
gagal demi mempertahankan bangsa Melayu dan Islam yang diwarisi
sekian lama oleh penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Dengan
menggunakan dasar ini , Dr. Burhanuddin al-Helmi dan PKMM telah
bekerjasama dengan AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) untuk
menentrang UMNO, British dan Raja-Raja Melayu (Ramlah Adam 1996:
71). Selain itu, menurut (Ramlah Adam 1996: 71) lagi kerjasama ini
bermula pada tahun 1947, dengan penubuhan PUTERA (Pusat Tenaga
Rakyat). PUTERA telah ditubuhkan pada tahun 1947 di Ibu Pejabat
PKMM pada ketika itu yang bertujuan menjadi parti berhaluan kiri bagi
menentang kemaraan UMNO yang berpihak kepada British. Hakikatnya,
penubuhan PUTERA adalah kesinambungan daripada PKMM pada
dasarnya. Hal ini kerana, PUTERA bukanlah sesuatu yang luar biasa dari
segi sokongan dan pengaruhnya; PUTERA hanya satu nama baru bagi
golongan radikal Melayu, yang selama ini dikendalikan oleh PKMM
(Ramlah Adam 1996: 71). Oleh yang demikian, jelas sekali tujuan
penubuhan PKMM dan PUTERA yang adalah bagi kepentingan bangsa
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 409

Melayu tetapi atas dasat kelemahan maka kerjasama dengan bangsa lain
diperlukan untuk mengukuhkan kekuatan parti politik tersebut.
Selepas itu, Dr Burhanuddin al-Helmi telah memimpin Parti Islam
seTanah Melayu (PAS) pada tahun 1956 hingga 1959 (Ramlah Adam
1996: 138). Oleh yang demikian, penglibatan Dr. Burhanuddin al-Helmi
dalam Parti Islam seTanah Melayu (PAS) adalah parti politik ketiga yang
dianggotai oleh beliau. Keanggotaan Dr. Burhanuddin dalam PAS
merupakan satu tahap penglibatan politik beliau yang sangat penting
selepas PKMM (Ramlah Adam 1996: 138). Menurut (Ramlah Adam
1996: 138) lagi, melalui PAS, beliau telah dapat menonjolkan semula diri
dan dapat bergerak sebagai pemimpin yang berkesan. Hal ini disebabkan
kerana PAS telah menonjol seiring dengan kemerdekaan Tanah Melayu
pada masa tersebut dan terlibat dalam pilihanraya yang telah bertanding
bersama Parti Perikatan dalam sejarah kemerdekaan negara. PAS telah
memberi ruang politik yang cukup mantap dan sangat sesuai dengan latar
belakang dan cita rasanya sebagai pemimpin Melayu yang berteraskan
kebangsaan Melayu dan Islam (Ramlah Adam 1996: 138). Menurut
(Ramlah Adam 1996: 138) lagi, pada masa yang sama, PAS dapat menjadi
sebuah pertubuhan yang kuat dan berkesan dalam politik semenanjung
Tanah Melayu kerana kepimpinan dan ketokohan Dr. Burhanuddin al-
Helmi. Hal ini menunjukkan, haluan sebenar Dr. Burhanuddin al-Helmi
sebagai seorang pejuang bangsa Melayu dan Islam hanya dapat
ditonjolkan semasa kepimpinannya dalam PAS. Kemasukan dan
kepimpinan Dr. Burhanuddin dalam PAS menjadi begitu terkenal sebagai
penentang UMNO sehingga kini (Ramlah Adam 1996: 138). Maka, tradisi
dak kekuatan PAS pada dasarnya telah dimulakan oleh kepimpinan Dr.
Burhanuddin pada era 1956 hingga 1959.

KESIMPULAN

Kepimpinan dan ketokohan Dr. Burhanuddin al-Helmi wajar dikenang


sebagai seorang pejuang berhaluan kiri yang benar-benar membawa
bangsa Melayu dan Islam untuk bebas daripada cengkaman penjajahan
British. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh beliau sepanjang
penglibatannya dalam arena politik menjelang kemerdekaan Tanah
Melayu. Oleh itu, sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Yang
410 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Dipertua Agung PAS ketiga, Dr. Burhanuddin al-Helmi telah memimpin


PAS dengan cemerlang (Ismail Said 2008: 176).
Malahan, beliau telah menggabungkan karisma yang ada padanya
dalam memimpin PAS melalui ranjau politik negara dan politik dalaman
PAS sendiri (Ismail Said 2008: 176). Sumbangan beliau sebagai pemimpin
yang berkarisma dalam PAS memberikan impak dalam pegangan PAS
hingga ke hari ini yang lebih bersifat Melayu serta mementingkan agama
Islam dalam laluan politik PAS. Insiden-insiden yang melibatkan negara,
sering dikaitkan oleh kerajaan Perikatan dengan PAS (Ismail Said 2008:
176). Hal ini kerana, PAS mempunyai identiti yang begitu teguh di bawah
kepimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi dalam pegangan bangsa Melayu
serta Islam.
Impaknya dalam perjalanan perjuangan PAS terus berpaksikan
bangsa Melayu dan Islam hingga ke hari ini yang jelas apabila setiap kali
pilihan raya umum dijalankan di Malaysia. Oleh yang demikian, pengaruh
dalam kepimpinan PAS yang dimulakan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi
memberi kesan serta sumbangan yang besar kepada politik negara pada
masa kini. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh
Suruhanjaya Reid telah diterima oleh beliau dan PAS tetapi tidak
sepenuhnya kerana perlembagaan yang digunakan oleh Suruhanjaya Reid
dan rakan-rakannya itu dianggap merugikan orang Melayu dan agama
Islam (Ismail Said 2008: 176). Pegangan Dr. Burhanuddin al-Helmi pada
dasarnya begitu jelas untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan agama
Islam dengan pelbagai cara hingga PAS menjadi titik noktah dalam
perjuangan politik beliau di negara ini. Usaha dan jasa Dr. Burhanuddin
al-Helmi begitu besar kepada bangsa Melayu dan Islam dan wajar dihargai
sebagai seorang pejuang yang tidak pernah kenal erti jemu dalam
perjuangannya.

RUJUKAN

Ahmat Adam. 2001. Partai Kebangsaan Melayu Malaya: Sebuah Mimpi


Nusantara. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic
Studies 28: 63-74.
A’yun Nadhira. 2008. Metodologi Penelitian Studi Tokoh. www.
researchgate.net/publication.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 411

Ishak Saat. 2010. Caturan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu 1946-
1957. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic
Studies 37: 68-85.
Ismail Said. 2008. Dr. Burhanuddin al-Helmi Pejuang Melayu Sejati.
Shah Alam: Karisma Publications sdn. Bhd.
Ramlah Adam. 1996. Burhanuddin al-Helmy Suatu Kemelut Politik.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Salina Hassan. 1997. Dr. Burhanuddin al-Helmi 1911-1969 dlm. Biografi
Tokoh Pilihan Malaysia. Muka surat 19-50. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Syahrin Harahap. 2006. Metodologi Studi Tokoh Pemikiran Islam. Jakarta:
Istiqamah Mulya Press.
Suzy Aziziyana Saili & Khairulnizam Mat Karim. 2013. Revisiting the
Life and Thought of Dr. Burhanuddin al-Helmy. International
Journal of Islamic Thought. 3:.
Zabidin Ismail. 2015. Pemikiran dan perjuangan politik: Dr Burhanuddin
al-Helmi. Jurnal Peradaban Melayu 10: 53-75.
412 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Sumbangan Ustaz Abu Bakar al-Baqir dalam


Gerakan Kemerdekaan Malaysia
NURUL HUSNI ABDULLAH, FARID MAT ZAIN, NAPISAH KARIMAH ISMAIL
& EZAD AZRAAI JAMSARI

PENGENALAN

Ustaz Abu Bakar al-Baqir merupakan seorang tokoh ulama yang


memainkan peranan penting dalam kemerdekaan tanah air. Kajian ini
menganalisis sumbangan pemikiran politik Ustaz Abu Bakar al-Baqir
dalam gerakan kemerdekaan Malaysia. Kajian ini memfokus secara
langsung seorang tokoh ulama yang mempunyai kesedaran politik yang
tinggi. Beliau mengaplikasikan idea politik tersebut dalam institusi
pendidikan yang dihasilkan ke arah membebaskan negara daripada
penjajahan asing. Hasil kajian menunjukkan bahawa Ustaz Abu Bakar al-
Baqir adalah sebagai tokoh penting perjuangan negara. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif yang kaedah pengumpulan data
melalui wawancara dan pemerolehan bahan dokumen serta kaedah
penganalisisan data.

Kata kunci: Ulama, Politik Islam, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Maahad Ihya
Assyarif, Hizbul Muslimin, Gerakan Kemerdekaan.

PENGENALAN

Kedatangan imperialisme Barat pada abad ke-16 dan ke-17 sememangnya


telah membantutkan proses kemerdekaan di rantau Melayu. Namun abad-
abad ke-18 hingga abad ke-20 pula memperlihatkan penerusan proses
perkembangan yang terhenti sejenak kerana gangguan kedatangan
penjajah. Penegasan ini diajukan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas
dalam syarahan pengukuhan pelantikan jawatan profesor di Universiti
Kebangsaan Malaysia pada 24 Januari 1972, antara lain berbunyi:

“Kedatangan imperialisme dan kebudayaan Barat mulai dari abad ke 16 dan ke 17


memang telah melambatkan proses sejarah pengislaman. Namun begitu, jika kita tinjau
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 413

hanya pengaruh kebudayaannya sahaja tanpa menitik beratkan soal imperialisme,


pengaruh Barat itu khususnya pada abad ke 19 dan 20 dapat ditilik sebagai terusan dari
proses pengislaman, pengaruh Barat itu boleh dipertimbangkan sebagai meneruskan
tradisi semangat rasionalisme di Kepulauan Melayu-Indonesia, yang dasar–dasar
falsafahnya telahpun ditanam oleh Islam sebelumnya” (Syed Muhammad al-Naquib al-
Attas, 1990: 114).

Catatan sejarah turut membuktikan bahawa gerakan Islah itu bermula


di Negeri-negeri Selat, terdapat semacam suasana yang lebih bebas dan
terbuka kerana pihak British beranggapan bahawa gerakan ini tidak akan
mendatangkan sebarang masalah kepada mereka ketika itu (Syed
Muhammad al-Naquib al-Attas, 1990: 114). Lama kelamaan ia mulai
menampakkan kekuatan yang mampu mengganggu gugat dan mengancam
kedudukan penjajah British. Lantaran itulah, pada abad ke-19 dan ke-20
perkembangan sistem pendidikan pondok dan madrasah amat
menggalakkan serta dapat membantu perkembangan pemikiran Melayu
yang sekian lama terhenti sejenak kedatangan imperialisme Barat
sebagaimana yang ditegaskan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas tadi.
Kajian ini membincangkan pemikiran Ustaz Abu Bakar al-Baqir
dalam mengasaskan politik di Tanah Melayu melalui Hizbul Muslimin.
Pemikiran ustaz Abu Bakar al-Baqir bermula menerusi pembinaan
institusi pendidikan Islam dalam sebagai plat form utama menyedarkan
masyarakat Melayu daripada belenggu penjajah sehinggalah beliau
berjaya mengasaskan Hizbul Muslimin sebagai medan politik Islam
masyarakat Melayu.

KEDUDUKAN ULAMA DALAM GERAKAN ISLAH

Gerakan Islah bermula di Mesir dan dipelopori oleh Sayid Jamal al-Din al-
Afghaniy (1839-1897M) dan Muhamad Abduh (1849-1905M) (Wahibah
Twahir@Tahir, 1995:153). Pemikiran kedua-dua tokoh ini telah dapat
menanam dan meledakkan semangat gerakan Islah untuk menentang
penjajah Barat di bumi Mesir waktu itu (Fadhlullah Jamil,2007:55) .
Melalui pemikiran mereka ini telah mempengaruhi pelajar-pelajar yang
melanjutkan pelajaran di bumi Mesir terutamanya di Universiti Al-Azhar
termasuk pelajar daripada Tanah Melayu. Dalam masa yang sama ketika
itu seluruh dunia Islam sedang menerima nasib yang sama dengan Mesir
414 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

iaitu dijajah oleh kuasa Barat. Alam Melayu turut tidak terkecuali.
Lantaran itu mereka ini menjadi sumber inspirasi perjuangan Fi Sabilillah,
di dalam masyarakat Melayu Islam khususnya di Tanah Melayu yang
sedang dikuasai oleh imperialis British (Harun Din, 1985:327). Malah
semangat ini turut tersebar ke Tanah Melayu melalui penuntut-penuntut
Melayu yang pulang dari menimba ilmu di sana seperti Syeikh
Muhammad Tahir Jalaluddin (1896-1956), Syeikh Muhammad Salim al-
Kalali, Syed Syeikh Al-Hadi, Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas
Muhammad Taha (Abdul Rahman Abdullah1998:267). Kepulangan
mereka sebagai ulama dan intelektual Islam ke Tanah Melayu dengan
membawa pemikiran gerakan Islah dan telah merancakkan perkembangan
pemikiran Melayu dalam mengharungi arus kebangkitan Islam di Tanah
Melayu kemudiannya.
Gerakan Islah pula melakukan usaha penyebaran dakwah dan
kesedaran Islam melalui majalah dan akhbar. Mereka menyebarkan
risalah-risalah berkaitan dengan perjuangan Islam dan menuntut agar
masyarakat Melayu bangkit menentang penjajah. Malah, mereka turut
membongkar banyak bentuk kezaliman dan penindasan yang telah
dilakukan oleh penjajah British. Penerbitan majalah dan akhbar yang
membawa mesej perubahan bermula 1906 melalui melalui penerbitan al-
Imam amat penting dalam sejarah kemerdekaan Negara (Adibah Sulaiman
& Ezad Azraai Jamsari 2006:45). Tokoh utama yang muncul di sebalik al-
Imam ialah murid-murid Sheikh Ahmad al-Fathani seperti Sheikh Tahir
Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi dan Sheikh Abbas Taha. Tujuan utama
al-Imam ialah: “mengingatkan mana yang lalai dan menjaga mana yang
tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang
menyeru dengan kebajikan”. Akhbar ini mengajak umat Islam supaya
kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Dalam kerancakan membina
generasi baru yang begitu aktif menentang penjajah, para ulama tidak
meminggirkan usaha untuk merangsang minda generasi yang lebih dewasa
melalui akhbar-akhbar.
Masyarakat Melayu disokong oleh para penjajah beranggapan
bahawa golongan Islah seperti Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed
Sheikh Al Hadi, Haji Abbas Muhammad Taha, Abu Bakar al Baqir dan Dr.
Burhanuddin al Helmy merupakan suatu perjuangan yang lebih berbau
radikal dan ekstrims kerana membangkitkan kesedaran menentang
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 415

pemerintah. Justeru itu mereka digolongkan dalam golongan ulama Islah


dan umat Melayu rata-ratanya tidak dapat menerima konsep perjuangan
tersebut. Bagi mereka golongan ini harus ditolak dan konsep perjuangan
mereka itu akan memudaratkan umat Melayu Islam. Pandangan ini turut
disokong oleh golongan ulama tradisional.
Perjuangan golongan ulama Islah sedar dan memahami betapa
pentingnya amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul demi
memberikan kesedaran, menunjuk arah dan memimpin masyarakat
Melayu kembali ke landasan yang sebenar seperti yang dituntut oleh
ajaran Islam yang bersifat syumul. Malah mereka turut berjuang untuk
menghapuskan amalan-amalan khurafat yang berleluasa dalam masyarakat
Melayu pada waktu itu. Namun pada waktu itu terdapat pertentangan
dengan golongan ulama tradisi yang sedang mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat Melayu, yang sudah selesa dengan cara hidup yang
sedia ada.
Tiga sumbangan besar golongan ulama gerakan Islah ialah penubuhan
madrasah iaitu sistem pendidikan Islam yang tersusun menggantikan
pendidikan pondok, penerbitan majalah-majalah dan penubuhan kelab-
kelab Islam di seluruh tanah air. Bertolak daripada elemen inilah, maka
kesedaran umat Islam untuk merdeka mula bangkit secara menyeluruh dan
menjadi padu menjelang Perang Dunia Kedua. Golongan ulama ini telah
memimpin para pengikut dan pengaruhnya dalam gerakan Islah di Tanah
Melayu. Para ulama ini tidak hanya bergerak di dalam lingkaran
keagamaan sahaja malah turut melibatkan aspek politik.
Ulama dalam gerakan Islah sedar bahawa terdapat beberapa faktor
yang membantutkan pemikiran dan kemajuan bangsa Melayu. Antaranya:

a. Kurangnya pemahaman tentang ajaran Islam yang sebenar


sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan Hadis.
b. Peranan guru agama dan imam yang tidak menyampaikan ajaran dan
menunjukkan kepimpinan yang sewajarnya dalam masyarakat.
c. Gejala adat istiadat Melayu yang masih terikat dengan amalan-amalan
berunsur Hindu.
d. Peranan penjajah British dengan kerjasama kaum imigran yang
memeras sektor ekonomi negara.
416 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

e. Sikap bangsa Melayu yang berpuas hati dengan kehidupan


sekadarnya (Abdul Halim Nahkmud, 2003:58).

Faktor-faktor di atas telah membuat golongan ulama Islah bertindak secara


lebih agresif dalam melakukan perubahan untuk memberi kesedaran dan
pendidikan di kalangan masyarakat Melayu. Mendirikan madrasah-
madrasah moden bagi menggantikan institusi-institusi pondok mula
dilakukan oleh pendukung golongan ulama Islah. Ia bertujuan
mengsistematikkan proses pembelajaran di institusi-institusi agama yang
mendominasi sistem pendidikan masyarakat Melayu waktu itu. Ia juga
bertujuan agar bangsa Melayu sedar dan dapat melihat perubahan secara
tidak seimbang yang sedang melanda di Tanah Melayu ketika itu.
Lantaran itu golongan ulama Islah mula memberikan pandangan-
pandangan baru yang akhirnya mengundang kontradiksi antara mereka
dengan golongan ulama tradisi di Tanah Melayu.
Pandangan ulama gerakan Islah ini telah menimbulkan berbagai-
bagai reaksi yang buruk daripada kalangan rakyat yang terikut-ikut dengan
cara ulama tradisional sehingga mereka mengatakan bahawa ulama
gerakan Islah cuba memesongkan ajaran Islam yang sebenar.
Sebagaimana contoh pertembungan antara ulama gerakan Islah dengan
golongan ulama tradisi boleh dilihat dalam peristiwa percanggahan
pendapat isu teguran ketika khatib membaca khutbah (Ramlah Adam,
2000:12-13). Keberanian golongan ulama Islah menyanggah pendapat
golongan ulama tradisi dilihat sebagai kebangkitan golongan ulama tradisi
dalam masyarakat. Pihak penjajah dan konco-konconya termasuk
golongan elit Melayu tidak bersetuju dengan tindakan golongan ulama
Islah kerana mereka ini telah menyedarkan orang Melayu tentang betapa
bahayanya agama jika dipisahkan dengan kegiatan politik dan ekonomi.41
Pertembungan pemikiran dan pentafsiran amalan agama dalam masyarakat
Melayu, membuatkan terbentuknya suatu era kegawatan antara pemikiran
tradisi dan Islah. Keutuhan dan pertapakan kukuh pemikiran golongan
ulama tradisi di Tanah Melayu membuatkan golongan ulama Islah sukar
diterima umum. Sejarah ini menyebabkan perjalanan golongan ulama
Islah di Tanah Melayu terpaksa melalui laluan yang agak sukar.
Secara ringkasnya, bermula dengan semangat yang dipelopori oleh
golongan ulama Islah dan Kesatuan Melayu Muda sekitar tahun 1920 an
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 417

dan 1930 an, gerakan ini berjaya membangkitkan semangat menentang


penjajah British. Golongan ulama Islah yang rata-rata berpendidikan
Timur Tengah, pulang dengan berbekalkan semangat Islah bagi
menyambung perjuangan untuk menentang penjajah Barat. Usaha mereka
ini telah berjaya membangkitkan gerakan-gerakan Islam yang berbau
politik di Tanah Melayu khususnya di Perak, sebagai contohnya lahir
Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak. Pengasasnya, Ustaz Abu
Bakar al-Baqir seorang pendukung aliran golongan ulama Islah. Dalam
masa yang sama Maahad Ihya Assyarif, juga merupakan madrasah
golongan ulama Islah yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir,
telah berjaya melahirkan ramai tokoh politik radikal, antara mereka ialah
Tuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan, Ustaz Othman Hamzah dan juga
Ustaz Baharuddin Latif (Radziah Sulong 1987:33).
Peranan pendidik di madrasah tersebut diperkuatkuasakan oleh
kehadiran para pendidik yang datang dari tanah seberang khususnya
Sumatera (Nabir Abdullah 1976:74). Semasa British dan sekutu-sekutunya
menjajah alam Melayu para ulama memainkan peranan yang cukup besar
dalam kesedaran gerakan penentangan terhadap kuasa Barat. Institusi
pondok dan madrasah telah menjadi markas dan bilik gerakan untuk
merancang penentangan terhadap para imperialis Barat. Tindak balas
penjajah telah dilakukan demi untuk menyekat kebangkitan perjuangan
Islam. Mereka menindas, mengugut, mengancam dan menangkap para
pejuang Islam di alam Melayu. Melalui Akta Pertubuhan tahun 1920 dan
kemudiannya Akta Darurat 1948 kawal selia pertubuhan Islam dilakukan
dan kemudian mereka bertindak dengan lebih berani untuk menangkap
dan memenjarakan tokoh-tokoh pejuang Islam agar dapat membendung
kegiatan mereka. Pihak British bertindak lebih berani dengan
mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu melalui
peranan raja-raja untuk membendung kegiatan dakwah dan jihad para
ulama. Namun ugutan dan ancaman tidak pula mematikan semangat
perjuangan yang mereka miliki. Apabila membicarakan bangsa Melayu
maka ia tidak boleh lari dari memperkatakan tentang Islam kerana antara
Melayu dan Islam sudah menjadi sinonim iaitu dua perkara yang tidak
boleh dipisahkan.
Dalam tafsiran perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
menguatkan lagi hujah bahawa Melayu dan Islam merupakan suatu
418 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

kesatuan yang saling kuat menguat. Dakwaan ini turut disokong oleh
sarjana Hashim Musa dalam Simposium Kepimpinan Melayu tahun 1976
yang telah berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan
kenyataan bahawa:

“…Melayu dan Islam seolah-olah synonymous [sic], kerana dari sudut perlembagaan
orang Melayu adalah Islam. Dan apa yang paling ketara sekarang ini di kalangan orang
Melayu, ialah keinginan yang begitu gigih untuk kembali kepada Islam yang
sebenarnya…” (Hashim Musa 1977:3).

Lantaran itu, apabila pihak penjajah Barat cuba memisahkan antara


kehidupan duniawi dengan akhirat terutama dalam aspek politik dan
kepimpinan maka muncul golongan Melayu Islam yang menjadi sensitif
serta bangkit menentang. Mereka ini terlalu sensitif dan merasakan
bahawa para penjajah Barat atau dengan istilah golongan “kufur” ini mesti
ditentang kerana mereka datang ke Tanah Melayu dengan tujuan untuk
mengkristiankan orang Melayu. Sikap orang Melayu waktu itu apabila
memperkatakan sesuatu isu yang berkaitan dengan pegangan keagamaan
maka dengan mudah mereka merasa tersinggung dan bertindak
membelanya. Dari sudut Islam pula semestinya sifat membela kedudukan
Islam wajib dilakukan kerana ia merupakan suatu tuntutan agama. Justeru
itu apabila menyingkap sejarah perjuangan orang Melayu menentang
penjajah Barat maka banyaklah pemaparan peristiwa-peristiwa
penentangan dan perjuangan orang Melayu dalam membela agama,
bangsa dan negara yang terpaksa melalui jalan yang cukup sukar.

PEMIKIRAN USTAZ ABU BAKAR AL-BAQIR


DALAM PENDIDIKAN

Ustaz Abu Bakar al-Baqir seorang yang futuristik dalam pemikiran


pendidikan yang di gagaskan bagi visi membebaskan masyarakat daripada
belenggu penjajah. Latihan guru, kurikulum yang dibentuk pada ketika itu
telah menunjukkan pemikiran yang luar biasa mengatasi zaman bagi
persediaan untuk melatih kader-kader kepimpinan tanah air. Di antara
komitmen yang ditunjukkan oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir wajar
dicontohi di mana beliau telah merungkaikan erti pendidik yang sejati
iaitu:
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 419

a. Penghayatan terhadap peranan sebenar pendidik yang tidak hanya


mengajar tetapi membimbing dan mentadbir.
b. Tugas pendidik tidak terikat di sekolah sahaja sebaliknya di mana-
mana. Ilmu mesti disampaikan kepada masyarakat.
c. Pendidikan yang berkesan lahir dari pendidik yang bagus.
d. Bakal pendidik mesti dipersiapkan terlebih dahulu sebelum
dibenarkan mendidik kerana tanggungjawab yang cukup besar.
e. Bakal pendidik perlu didedahkan dengan pelbagai teknik mengajar
dan suasana pembelajaran agar dapat dimanfaatkan ketika
melaksanakan sistem pendidikan.

Kepuasan pendidik bukanlah pada gajinya tetapi kejayaan dalam


membentuk anak didik dan sistem pendidikannya yang selari dengan
tuntutan agama. Bagi memastikan nilai-nilai pendidikan di Maahad al-
Ihya sentiasa berada di tahap terbaik, Ustaz Abu Bakar al-Baqir turut
menghantar tenaga pengajarnya mengikuti kursus-kursus guru yang
dianjurkan oleh institusi luar seperti Kolej Islam Klang. Guru-guru yang
berkelayakan tinggi dari luar negara seperti dari Timur Tengah dan
Indonesia diambil bagi memperkayakan lagi tradisi atau budaya
penyebaran ilmu di Maahad al-Ihya di samping membantu meningkatkan
sistem pendidikan maahad yang sedia ada. Pada satu ketika Maahad al-
Ihya memiliki banyak tenaga pengajar yang berkelulusan tinggi dari
Makkah, Baghdad, Kaherah dan universiti-universiti terkemuka Indonesia
sehingga suasana pembelajaran di institusi tersebut tidak kelihatan seperti
sebuah sekolah sebaliknya mirip kepada suasana dan corak pengajian di
institusi tinggi (Arkib Negara Malaysia).

PEMBAHAGIAN ILMU MENURUT


USTAZ ABU BAKAR AL-BAQIR

Pengalaman beliau dalam bidang keilmuan selama berbelas tahun telah


dimanfaatkan sebaik mungkin untuk perkembangan ilmu di Maahad al-
Ihya. Pendedahan ilmu-ilmu agama semenjak dari kecil telah
mengukuhkan pemahaman dan penghayatan beliau tentang konsepsi atau
tasawwur Islam sebagai ad-Din. Apabila Islam dilihat sebagai ad-Din
maka seluruh aspek kehidupan manusia adalah bertunjangkan kepada
420 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

aqidah, tauhid, syariat dan nilai-nilai yang berasaskan Islam secara mutlak.
Pemahaman ini telah membantu memudahkan ustaz Abu Bakar al-Baqir
untuk mengklasifikasikan ilmu-ilmu yang disampaikan kepada anak-anak
didiknya di Maahad al-Ihya. Pengklasifikasikan ilmu juga membantu
anak-anak didik menghayati sesuatu ilmu yang disampaikan secara teratur
seterusnya membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu tersebut untuk
pembinaan kekuatan dalaman (rohaniah) dan luaran (jasmaniah) (Nabir
Abdullah t.th.).
Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah membahagikan ilmu seperti berikut
iaitu ilmu teras dan ilmu alat digolongkan dalam ilmu fardu ain manakala
ilmu pelengkap dan kemahiran digolongkan dalam ilmu fardu kifayah
(Khairul Nizam 2008:30). Ilmu teras adalah merujuk kepada ilmu yang
menjadi asas kepada pengajian Islam seperti ilmu tauhid, tasawwuf, fiqh,
tafsir dan hadis manakala ilmu alat pula ialah ilmu-ilmu yang mesti
dikuasai oleh anak-anak didik untuk memahami Islam dengan lebih
mendalam. Ilmu-ilmu ini adalah seperti ilmu nahu, Arab, sorof dan
balaghah. Kedua-dua ilmu ini wajib dipelajari oleh anak-anak didik kerana
ia menjadi dasar kepada pendidikan yang berasaskan Islam. Tambahan
pula, ilmu-ilmu tersebut bersifat fardu ain, oleh itu setiap individu Muslim
wajib mempelajari dan mengamalkannya. Ilmu pelengkap dan kemahiran
tergolong dalam ilmu fardu kifayah kerana ia bersifat kolektif di mana
anak didik boleh mendalami mana-mana bidang yang diminatinya setelah
mengikuti semua pembelajaran ilmu yang diminati untuk dikembangkan
menjadi kerjaya atau ikhtiar hidup. Itulah sebabnya ilmu ini jatuh dalam
kategori ilmu fardu kifayah kerana anak didik boleh memilih mana-mana
ilmu yang dirasakan sesuai dengan keperluan atau minatnya untuk
diamalkan. Ilmu pelengkap yang diajar ialah sejarah Islam, logik,
matematik, geografi, kesihatan, bahasa Inggeris, Sastera dan Ekonomi.
Ilmu kemahiran pula adalah seperti pertukangan, jahitan dan masakan.
Dengan menawarkan ilmu fardu ain dan kifayah kepada anak-anak didik
maka Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah menunaikan tanggungjawabnya
sebagai ulama merangkap pendidik dalam usaha menyampaikan ilmu yang
mengikut tatacara Islam (Arkib Negara Malaysia).
Pembahagian ilmu yang dilaksanakan oleh Ustaz Abu Bakar adalah
seperti berikut:
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 421

a. Ilmu yang menjadi asas kepada Pengajian Islam merupakan ilmu


yang tertinggi yang wajib disampaikan kepada anak didik.
b. Ilmu sampingan perlu didedahkan kepada anak didik untuk dijadikan
alternatif kerjaya atau ikhtiar hidup.

Kedua-dua jenis ilmu ini mesti disampaikan kepada anak didik bagi
membina peribadi rohani dan jasmani mereka. Pemikiran ustaz Abu Bakar
al-Baqir dalam dunia pendidikan dapat difahami menerusi bait kata-kata
beliau dalam Utusan Melayu, 7.9. 1947:2:

“…membina bangsa dengan pelajaran rohani dan jasmani, serta memajukan bangsa
melalui pembinaan sekolah tinggi…demi mengejar kehidupan dunia yang lebih sempurna
di samping bersiap untuk bekalan akhirat.”

GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU

Senario politik Melayu serta penglibatan ulama dalam politik negara telah
mencorakkan suasana politik yang lebih menarik untuk dibuat kajian
khususnya dekat 40-an dan 50-an. Suatu peristiwa penting dalam sejarah
perjuangan orang-orang Melayu ialah lahirnya perjuangan berbentuk
politik kepartian yang lebih agresif dan tersusun. Kemunculan Hizbul
Muslimin di Gunung Semanggol, Perak telah mengejutkan banyak pihak
kerana melaluinya perjuangan jihad Islam disemarakkan. Kepimpinan
Ustaz Abu Bakar al-Baqir dengan menubuhkan madrasah II Ihya Assyarif,
di Gunung Semanggol Perak dan kemudiannya memimpin parti Islam
yang pertama di Tanah Melayu telah berjaya menyedarkan orang Melayu
agar pentingnya bersatu dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya
(Ishak Saat & Mohd Azhar Bahari 2010: 37).
Sejarah politik tanah air pada dekad-dekad terakhir sebelum 1940.
Secara umumnya pengaruh pemikiran politik yang melibatkan orang-
orang Melayu, boleh dikategorikan sekurang-kurangnya kepada tiga
kumpulan aliran pemikiran. Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada
pemikiran pendidikan yang diterima seseorang iaitu pendidikan Islam,
pendidikan Melayu dan pendidikan Inggeris (Roff W.R., 1975: 305).
Golongan yang menerima pendidikan Islam ialah di kalangan mereka
yang menerima pendidikan dari Timur Tengah. Golongan ini dikatakan
terpengaruh dengan fahaman al-Syeikh Jamal ad-Din al-Afghani,
422 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Muhamamd Abduh dan Rashid Rida melalui hasil-hasil penulisan mereka.


Antara yang terawal ialah majalah al-Imam dan al-Ikhwan. Antara tokoh
yang menerima pendidikan ini ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Sayid Syeikh
al-Hadi, Haji Abbas dan Syeikh Muhammad Salim al-Kalali.
Golongan yang menerima pendidikan Melayu pula, ialah mereka
yang mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),
Tanjung Malim yang ditubuhkan pada tahun 1921. Antara tokoh yang
lahir daripada maktab ini ialah Ibrahim Yaacob, Hasan Manan, Isa Mohd
dan Karim Rashid. Manakala mereka yang menerima pendidikan Inggeris
pula ialah terdiri daripada golongan bangsawan dan kelas pertengahan
yang menerima pendidikan tinggi sekular. Mereka menerima latihan untuk
memegang jawatan dalam kerajaan dan terlibat dengan persatuan yang
bercorak kenegerian seperti Persatuan Melayu Singapura (1926).
Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Perak dan Persatuan
Melayu Negeri Sembilan. Memandangkan mereka yang terdiri daripada
golongan elit dan mendapat pendidikan Inggeris (Ishak Saat: 2011), tidak
hairanlah mengapa mereka terlalu patuh kepada kehendak raja-raja
Melayu dan Inggeris. Antara contoh yang dapat dilihat ialah ucapan
Tengku Ismail, Yang Di Pertua Persatuan Melayu Selangor pada 18hb.
September 1939. Antara lain beliau menyatakan:

Orang-orang Melayu Selangor berdiri di belakang Inggeris dalam apa keadaanpun. Orang
Melayu Selangor tetap dalam keazamannya dan tenang dalam fikirannya serta tidak
bergoncang oleh khabar-khabar angina atau rasa-rasa takut. Orang Melayu Selangor
memberikan sokongan penuh kepada persiapan-persiapan yang dibuat demi keselamatan
Malaya. Orang Melayu Selangor sentiasa berdoa supaya Great Britain dan sekutunya
segera mencapai kemenangan. Semua imam-imam di masjid-masjid Selangor hendaklah
diingatkan dengan meminta membacakan doa-doa ini.

Ucapan ini, telah mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin


sebagai menyatakan sokongan mereka kepada ucapan tersebut (Roff W.R.,
1975:305).

Golongan yang berpendidikan Melayu terutamanya kaum tani yang datang dari luar
bandar sebenarnya tidak menaruh kepercayaan langsung kepada kaum feudal kerana
kebanyakan di kalangan mereka adalah mementingkan diri. Kehilangan kepercayaan ini
semakin bertambah lagi apabila mereka berkesempatan mengikuti syarahan-syarahan dan
diberi pula pendedahan dengan buku-buku, majalah-majalah dari Indonesia yang
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 423

dilanggani oleh guru-guru mereka semasa mereka menuntut di MPSI. Selain itu juga
mereka mendapat maklumat yang jelas melalui surat-surat kiriman yang dihantar oleh
individu-individu yang mempunyai hubungan langsung dengan pelarian-pelarian politik
Indonesia seperti Djamaluddin Tamin, Nata Zainuddin, Burhan Djamin, Mohd Yunus,
Budiman (M.I.Sayuti), Tan Melaka, Muso, Alimin, Sutan Djenain dan lain-lain (Ibrahim
Yaakub 1951:58).

Individu yang menjadi penghubung antara mereka dengan pelarian-


pelarian politik Indonesia antara lain ialah Karim Aminul Rashid yang
mengutus surat kepada En. Mustafa yang berpeluang menghubungi
mereka. Meneliti kepada penjelasan di atas, dapatlah dinyatakan bahawa,
perjalanan politik di Tanah Melayu antara tahun-tahun 1906-1926 berada
dalam keadaan sehaluan antara gerakan tajdid Islami dengan gerakan
nasionalisme Melayu. Malah kadang-kadang kelihatan semangat
kebangsaan lebih menonjol daripada perjuangan Islam, Keadaan ini tidak
dapat dielakkan kerana orang-orang Melayu pada ketika itu, rata-ratanya
dipengaruhi oleh penjajah melalui sistem pendidikan yang diperkenalkan,
malah pada ketika itu semua orang Melayu dianggap Muslim. Dalam pada
itu pula kesedaran politik di kalangan orang-orang Melayu masih belum
terserlah. Menjelang tahun 1926, barulah kelihatan orang-orang Melayu
mulai sedar tentang kemunduran mereka dari sudut ekonomi dan sosial
berbanding dengan kaum-kaum lain. Ekoran daripada itu, permasalahan
ekonomi dan sosial, mula menjadi agenda perjuangan orang-orang
Melayu. Era ini dicetuskan oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan
kemudiannya disebut Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan
pada tahun 1937. Kesedaran ini adalah sebagai pembuka jalan kepada era
politik Melayu 1940-an.
Di sekitar tahun 1931, politik tanah air terbahagi kepada dua puak,
pertama, puak kanan yang terdiri di kalangan mereka yang berpelajaran
Inggeris dengan slogan Malaya untuk Malaya. Kedua, puak kiri yang
berjuang untuk kemerdekaan orang Melayu dengan konsep “Penyatuan
Melayu Raya” dipelopori oleh Ibrahim Yaakob, dibantu oleh Ishak Hj.
Mohammad. Merekalah yang menubuhkan Kesatuan Melayu Muda
(KMM) yang bermatlamatkan kemerdekaan Malaya dan Indonesia
daripada Inggeris. Pada zaamn Jepun, KMM bergerak bebas, tetapi awal
tahun 1943, diharamkan oleh Jepun kerana dianggap bahaya. Sebagai
ganti Jepun telah menubuhkan Pembebasan Tanah air, untuk kemerdekaan
424 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Tanah Melayu. Bagaimanapun ia gagal apabila Jepun menyerah kalah


kepada Inggeris dan berakhir dengan Indonesia sahaja yang menerima
kemerdekaan. Perjuangan ini kemudiannya diteruskan oleh Kesatuan
Rakyat Indonesia/Semenanjung (KRIS) dan Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) di mana kedua-duanya telah diharamkan oleh Inggeris
(Shahrom Husain, 1981: 3).
Period pertama untuk melihat kesan pengaruh al-Afghani,
Muhammad Abduh dan Rashid Rida yang meresapi Kesatuan Melayu
Muda (KMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),
sehingga lahirnya Hizbul Muslimin (1948) yang berjuang menuntut
kemerdekaan. Manakala period kedua, untuk menyaksikan hasil gabungan
pengaruh Tokoh Tiga Serangkai di atas dengan al-Syeikh Hasan al-Banna
(Ikhwan al-Muslimin) sehingga munculnya Persatuan Islam Se-Malaya
(1955) dan penglihatannya dengan politik tanah air secara terbuka, demi
membebaskannya dari segala unsur pemikiran penjajah yang menghantui
pemikiran masyarakat Melayu di Malaysia dengan berusaha
memperjuangkan cita-cita mendaulatkan syariat dari negara Islam (Mohd.
Sarim Mustajab, 1979).

PEMIKIRAN USTAZ ABU BAKAR AL-BAQIR


DALAM ASPEK EKONOMI

Ustaz Abu Bakar al-Baqir seorang yang berfikiran kehadapan, terutama


dalam melihat masalah umat Melayu yang serba kedaifan. Lantas, beliau
mempunyai ilham untuk menubuhkan Bank Peladang dan mengesyorkan
supaya mencari ladang serta mencari jalan untuk membantu Bank
Kebangsaan Melayu. Bank Peladang dicadangkan untuk membantu umat
Melayu menghapuskan keperitan soal bertani, terutamanya dalam masalah
pajak, hutang dan sewa padi. Sedangkan Bank Kebangsaan Melayu adalah
satu-satunya bank Melayu yang baru ditubuhkan dan sangat memerlukan
bantuan untuk terus hidup (Arkib Negara Malaysia).
Seperti LEPIR, PEPERMAS tidaklah dapat meneruskan usaha yang
menerbitkan apa-apa kesan mendalam serta berlanjutan, tetapi segala
usaha yang dipaparkan dapat menggambarkan betapa gigihnya perjuangan
mereka pada ketika itu. Bagi Allahyarham, kesungguhan berjuang ketika
itu membawa beliau selangkah lagi dalam arena perjuangan, iaitu ke
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 425

dalam pergolakan politik yang sedang hebat berlaku pada 1947 hingga
1948. Perjuangan UMNO dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
serta lain-lain pergerakan yang bersifat tidak perkauman dan pertubuhan
bangsa atau kaum bukan Melayu di waktu selepas perang, tetapi jarang-
jarang benar yang faham akan kebangkitan dan perjuangan golongan
utama terutamanya yang berkisar di al-Ihya, Gunung Semanggol.

PEMIKIRAN USTAZ ABU BAKAR AL-BAQIR


DALAM POLITIK

Gerakan pemikiran tajdid di Malaysia, lebih ekstreem bermula tahun 1940


hingga 1950, berikutan penglibatan para pendukung pemikiran tajdid
dalam bidang politik tanah air. Tokoh paling menonjol memainkan
peranan menyalurkan pemikiran tajdid di Tanah Melayu pada dekad ini
ialah, Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Beliau adalah pelopor kepada wujudnya
parti politik yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Perbezaan
dengan peringkat kedua dengan peringkat pertama dapat dilihat dari segi
penglibatan tokoh-tokoh tajdid dalam politik tanah air. Kalau sebelumnya,
permasalahan politik masih belum menjadi agenda perjuangan , masih
berada di bawah peringkat pemikiran, belum dijelmakan dalam bentuk
penghayatan, sebagaimana yang berlaku kepada al-Syeikh Muhammad bin
Abd al-Wahab, al-Afghani, Muhammad Abduh (ketika bersama al-
Afghani) dan Rashid Rida (selepas kematian Muhammad Abduh), tetapi
sebaik sahaja menjelang tahun-tahun 1950 an, nampaknya suasana itu
telah bertukar, di mana politik menjadi agenda utama perjuangan gerakan
Islah tanah air. Cita-cita dan hasrat murni al-Afghani ketika bersama
Muhammad Abduh, menerbitkan risalah al-Urwah al-Wuthqa, semasa di
Paris dulu, nampaknya baru tercetus di Tanah Melayu (Nik Mohd Rosdi
Nik Ahmad 2003:228).
426 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

PENGLIBATAN USTAZ ABU BAKAR AL-BAQIR


DALAM POLITIK TANAH AIR

Meneliti kepada sejarah perjuangan Ustaz Abu Bakar al-Baqir di atas,


dapatlah dicatatkan bahawa beliau seorang tokoh yang telah banyak
menempa kejayaan dalam usaha melatih kader-kader pelanjut
perjuangannya melalui persatuan-persatuan dan badan-badan kebajikan
sebelum al-Ihya’ benar-benar terlibat dalam politik lagi. Antaranya ialah
Persaudaraan Sahabat Pena, bermatlamat memajukan agama, bangsa dan
tanah air. Antara mereka yang aktif sebagai ketua cawangan badan ini di
al-Ihya’ ialah Ahmad Fuad, seorang pelajar kelas atas, yang kemudiannya
aktif dalam Majlis Agama Negeri Pulau Pinang dan mengetuai Persatuan
Islam Se-Malaya sewaktu penubuhannya.
Hasil daripada galakan dan bimbingan Ustaz Abu Bakar al-Baqir,
ramai penuntut al-Ihya’ berminat menceburkan diri dalam politik bagi
menentang penjajah Inggeris. Penglibatan para pelajar al-Ihya’ dalam
arena ini juga banyak didorong oleh semangat semangat perjuangan Islam
yang tinggi. Kenyataan ini amat membuktikan apabila terdapat sebilangan
pelajar yang jumlahnya tidak kurang dari dua puluh orang yang
melibatkan diri sebagai ahli Kelab Saadatul Islam, Kuala Kangsar.
Persatuan ini melibatkan ramai golongan terdiri dari kalangan ramai para
ulama, penghulu, haji, pelajar dan rakyat biasa (Ismail Sudin 1971: 49).
Semangat ini kemudiannya tersebar ke merata negeri-negeri di mana
pelajar berkenaan berasal. Walaupun terdapat Kesatuan Melayu Perak
yang terdiri dari golongan establishment seperti Sultan Raja Chulan dan
Raja Shariman yang kuat semangat Melayunya, tetapi disebabkan mereka
tidak anti penjajahan, menyebabkan minat pelajar-pelajar al-Ihya tidak
memihak kepada mereka (Nabir Abdullah 1976: 47-48).
Ustaz Abu Bakar al-Baqir sentiasa membakar semangat perjuangan
melalui kitab-kitab sirah al-Nabawiyyah. Berdasarkan kitab-kitab sirah ini,
beliau mengupas kepentingan jihad dalam Islam, bekerja secara
berorganisasi, kesanggupan untuk berkorban demi memaju dan
mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Di penghujung dekad
1930-an al-Ihya telah Berjaya membentuk pelajarnya bukan sahaja dalam
bidang pendidikan, tetapi juga dalam bidang perjuangan menentang
penjajahan. Kenyataan ini terbukti jelas apabila ramai pelajar al-Ihya turut
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 427

serta melibatkan diri dalam kegiatan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada
tahun 1937. Mereka bergerak bukan setakat sebagai ahli biasa, malah ada
juga dikalangan mereka yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa.
Antaranya ialah, Ustaz Osman Hamzah sebagai Naib Yang Dipertua,
Sabri bin Abdul Kadir sebagai Setiausaha, Ahmad Yusuf atau lebih
dikenali sebagai Ahmad Mahir, Yahya Nasir, Haji Abdullah, Abad Kaisar
dan Kassim Mohammad sebagai ahli jawatankuasa biasa (Nabir Abdullah
1976: 75-77).
Apa yang menarik di kalangan pemerhati politik bahawa penglibatan
pelajar-pelajar Ma’ahad Ihya’ As-syarif dengan dukungan Ustaz Abu
Bakar al-Baqir telah berjaya menjadi tonggak yang ampuh menumpahkan
Malayan Union yang cuba dibentuk oleh British sekembalinya mereka ke
Tanah Melayu pada 12hb September 1945 (Abdullah Ayub 1961: 26).
Ekoran daripada inilah telah mencetuskan semangat politik di kalangan
orang-orang Melayu sehingga menimbulkan beberapa peristiwa tunjuk
perasaan dan penggabungan badan-badan pergerakan yang bertujuan
untuk melumpuhkan Malayan Union itu.
Pada bulan Oktober 1945, Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) ditubuhkan. Parti ini diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso di
Ipoh. Kemudian di ambil alih oleh Dr. Burhanuddin al-Hilmi yang
sebelumnya bergerak di Singapura dengan komponen-komponen KMM,
PETA dan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). Satu lagi
kejayaan dan sumbangan besar Ustaz Abu Bakar al-Baqir ialah berjaya
mendekatkan Dr. Burhanuddin dengan beliau dan memberikan kerjasama
kepada beliau dalam usaha mendekatkan pertubuhan tersebut dengan al-
Ihya’ sehingga berjaya menjadikan al-Ihya’ sebagai markaz pergerakan
PKMM dan menjadi tuan rumah kepada persidangan Ekonomi peringkat
kebangsaan dan sekaligus berjaya menumbangkan Malayan Union yang
ingin ditegakkan oleh British itu (N.J. Funston 1973: 108).
Ekoran daripada itu juga beliau berjaya meletakkan garis pemisah
antara mereka yang berminat dengan perjuangan Islam dan mereka yang
berjuang atas dasar sekular seterusnya menghimpunkan mereka yang
berminat dengan Islam dalam pertubuhan Hizbul al-Muslimin. Walaupun
dalam masa enam bulan beroperasi, Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah
Berjaya meletakkan batu asas kepada pergerakan Islam secara berjemaah
428 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

dan bergerak melalui wadah politik. Kenyataan ini amat membuktikan


apabila lahirnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dua tahun kemudiannya.
Melihat kepada latar belakang pengajian dan perjuangannya juga, jelas
menunjukkan bahawa beliau memang salah seorang yang turut terlibat
dalam arena Islah dan tajdid di negara ini. Beliau bukan sahaja
berkecimpung dalam bidang pendidikan, tetapi juga terlibat dalam arena
politik tanah air dan berusaha mengislahkan bidang tersebut. Usaha ini
jelas ketara ketika beliau berjaya mencorakkan haluan perjuangan
Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Persatuan Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) bersama Dr. Burhanuddin al-Helmi ke arah
bermatlamatkan Islam. Kenyataan ini lebih ketara lagi apabila berjaya
menubuhkan Hizbul Muslimin.
Menyentuh tentang hubungannya dengan gerakan tajdid Timur
Tengah, tidak dapat dipastikan dengan jelas, kerana beliau sendiri tidak
pernah belajar di sana. Apa yang pasti beliau mempunyai hubungan yang
rapat dengan Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin (1869-1956). Dalam
pada itu juga kemungkinan beliau menerima pengaruh tersebut secara
tidak langsung melalui guru-gurunya dan lebih jelas melalui sahabat-
sahabat seperjuangannya di Maahad Ihya’ as-Syarif, memandangkan
ramai guru-guru yang mengajar di situ adalah terdiri di kalangan pelajar
lepasan dari Timur Tengah, terutama Mesir dan Hijaz.
Demikian antara tokoh-tokoh yang dianggap pelopor peringkat kedua
dan pelanjut risalah tajdid yang seterusnya. Pusaka peninggalan mereka
masih menjadi rujukan para ilmuan di Malaysia, bukan sahaja sekadar
untuk menceduk maklumat yang terdapat di dalamnya, tetapi lebih
daripada itu untuk melihat siapa sebenarnya yang mengorbankan semangat
dan membangkitkan perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan
negara atas nama Islam.

MISI PERJUANGAN USTAZ ABU BAKAR AL-BAQIR

Pemikiran dan falsafah Ustaz Abu Bakar al-Baqir dalam perjuangan dapat
difahami menerusi pesanan beliau yang dirakamkan dalam akhbar Melayu
pada era 90-an, iaitu:
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 429

“… selagi orang Melayu masih belum punya upaya menghimpunkan modal kebangsaan
selama itulah kita tetap berhamba kepada orang lain (asing).” Allahyarham. Utusan
Melayu, 17.3. 1948:1).
“…sekiranya tidak diikut ajaran Allah maka jadilah sebesar-besar musuh kepada Allah di
muka bumi ini.” Allahyarham, Majlis, 31.3.1947:2)

Menjelang 1940-an Islam telah menjadi motif dan dasar penting


kepada perjuangan politik di kalangan orang-orang Melayu yang anti
penjajahan, berikutan beberapa tokoh tajdid di Semenanjung Tanah
Melayu, yang sebelum ini bertungkus lumus dalam bidang pendidikan,
turut melibatkan diri dalam kancah politik tanah air. Tokoh utama dan
terawal yang dimaksudkan ialah, Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Beliau telah
berjaya mendidik dan menyedarkan pelajar-pelajar al-Ihya’ as-Syarif
kepada perjuangan anti penjajahan. Dr. Burhanuddin al-Helmi yang
menjadi presiden KMM pada ketika itu, semakin cenderung kepada Islam
dan turut mengambil Islam sebagai dasar perjuangannya setelah beliau
dikelilingi oleh beberapa individu di kalangan pelajar dari al-Ihya’ as-
Syarif, Gunung Semanggol, Perak. Masalah ekonomi dan pendidikan di
kalangan orang-orang Melayu yang semakin meruncing pada ketika itu,
telah menjadi alasan penting kepada al-Ihya’ dan KMM untuk
menyedarkan umat Melayu agar menjadikan Islam sebagai teras dalam
usaha menganalisis kembali perjalanan ekonomi ke arah yang lebih baik.
KMM merupakan pertubuhan nasional yang menjadi pelopor kepada
perjuangan menentang penjajahan Inggeris dengan dasar politik “Non Co-
Operation” di Malaya. Dasar politik yang diperkenalkan itu, menuntut
Malaya merdeka atas dasar kesedaran nasional yang luas di samping dapat
menyatukan Malaya kepada Indonesia Raya, sekaligus agar seluruh suku
bangsa Melayu menjadi bangsa yang besar di Asia Tenggara. Antara
perkara yang difikirkan oleh KMM hasil daripada dasar itu ialah
kedudukan raja-raja Melayu, hubungan rakyat dengan raja, polisi kerajaan
terhadap bangsa Melayu, polisi kerajaan terhadap orang-orang dagang di
Malaya, jalan memulihkan nasib bangsa Melayu, persediaan untuk
keselamatan bangsa di negeri Melayu dan akibat jika berbangkit
peperanagn di lautan teduh (Burhanuddin al-Helmi 1946: 23).
Bagi mencapai dan memenuhi hasrat di atas, dan juga hasrat untuk
mencapai kemerdekaan sepenuhnya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) ditubuhkan sebaik sahaja Perang Dunia ke-2 tamat. Ia
430 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

ditubuhkan pada 17hb Oktober 1945, di Ipoh, Perak, di bawah pimpinan


Mukhtarudin Luso, Burhanuddin al-Helmi dan Ishak Hj. Muhammad.
Pertubuhan ini adalah lanjutan daripada perjuangan Kesatuan Melayu
Muda (KMM). Ia adalah pertubuhan yang terbesar selepas Perang Dunia
Ke-2. Disertai oleh berbagai peringkat masyarakat bukan sahaja di
kalangan kaum belia lelaki tetapi juga wanita yang datang dari kalangan
kaum tani, buruh dan juga tentera. Kongres pertana diadakan pada 30 hb
November hingga 3hb Disember 1945, di Ipoh. Kongres ini telah
menetapkan beberapa dasar utama iaitu: pertama : Menuntut supaya
Malaya berkerajaan sendiri berdasarkan demokrasi, bahasa Melayu
hendaklah dijadikan bahasa rasmi dan mengadakan satu rupa bangsa
(kerakyatan yang tunggal) di Tanah Melayu. Kedua: Menuntut
kemerdekaan penuh yang berdasarkan demokrasi. Ketiga: Malaya pada
akhirnya hendaklah bergabung dengan Indonesia.
Sebagai titik tolak kepada perjuangan ini, PKMM telah membentuk
lima buah dasar utama sebagai asas perjuangan mereka. Dasar-dasar
tersebut ialah: Ketuhanan yang Maha Esa, kebangsaan, kedaulatan rakyat,
persaudaraan sejagat dan keadilan masyarakat. Melihat kepada asas-asas
yang dibentuk itu, aqidah Islamiyyah telah dijadikan sebagai dasar
perjuangan. Melalui asas yang teguh ini. Pelbagai strategi telah diatur bagi
mencapai hasrat yang dicita-citakan. Permasalahan ekonomi dan politik
menjadi focus utama. Antara tindakan yang telah dibuat ialah,
menubuhkan Majlis Agama Islam Tertinggi dan melancarkan Kongres
Ekonomi di Gunung Semanggol. Tindakan ini adalah merupakan usaha
awal yang dilakukan oleh PKMM untuk memperjuangkan Islam melalui
wadah politik dan ekonomi.
Hasilnya PKMM telah berjaya menarik minat ramai para ulama untuk
berjuang dalam politik dan menarik beberapa pertubuhan yang baru
muncul bergabung tenaga dengannya. Pertubuhan-pertubuhan tersebut
ialah Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
Kedua-dua badan ini (API dan AWAS) adalah gabungan PKMM. Selain
itu juga muncul barisatan Tani Se-Malaysia (BATAS). Penglibatan
pelbagai pertubuhan ke dalam PKMM telah menjadikan pertubuhan itu
semakin besar dan sekali gus menyebabkan penggabungan al-Ihya’ as-
Syarif dengan PKMM tidak sebagai mendominasi pergerakan. Dalam
pada itu pula, rombakan jawatankuasa telah berlaku membabitkan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 431

pertukaran presiden daripada Dr. Burhanuddin al-Helmi kepada Ishak Haji


Muhammad. Sementara Dr. Burhanuddin dilantik sebagai penasihat
Agung kepada PKMM.
Pertukaran ini telah menimbulkan sedikit sebanyak keraguan di pihak
Il-Ihya’. Mereka tidak yakin dengan kepimpinan baru PKMM boleh
memperjuangkan cita-cita mereka. Dalam pada itu pula, Dr. Burhanuddin
sendiri secara sedar atau tidak telah mengisyaratkan harapan akan lahir
satu bentuk parti yang berlandaskan Islam. Ekoran daripada itu, pada 14hb
Mac 1948, satu persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA)
telah diadakan. Agenda utama dalam persidangan ini ialah penubuhan
sebuah parti politik Islam. Setelah hadirin dibangkitkan oleh pidato-pidato
yang bersemangat dari beberapa orang tokoh seperti ustaz Abrab Tamimi,
Sayid Abu Bakar al-Attas, Dr. Burhanuddin dan Tengku Osman,
sedangkan kandungan ucapan mereka berkisar kepada kehendak
perjuangan Islam berpandukan kitab Allah dan Sunnah Rasulnya,
menyebabkan idea penubuhan Hizbul Muslimin mudah diterima oleh para
perwakilan yang hadir (Nabir Abdullah:1976: 156-158).
Sehubungan dengan itu, tertubuhlah Hizbul Muslimin dengan cogan
kata: “Islam boleh berperanan dan menjadi ejen perubah masyarakat”.
Maahad Il Ihya Assyarif, telah dipilih sebagai markaz pergerakan. Tujuan
asasi parti ini ialah berusaha mencapai kemerdekaan bangsa Melayu,
membentuk masyarakat berdasarkan kehendak syariat Islam, menjadikan
Tanah Melayu sebagai Dar al-Islam, mengawal golongan kiri Melayu
supaya tidak lari dari agama, bangsa dan tanah air, menginsafi umat Islam
Melayu dalam berpolitik dan mengikat orang-orang Islam dalam satu
wadah perjuangan.
Bagi menggerakkan pertubuhan ini, sebuah jawatankuasa telah
dibentuk, terdiri daripada Ustaz Abu Bakar al-Baqir sebagai Ketua Umum,
Haji Arifin bin Haji Alias sebagai Ketua Satu dan Daud Jamil sebagai
Ketua Dua. Bagaimanapun hayat Hizbul Muslimin tidak lama, apabila
Inggeris bertindak mengharamkan pertubuhan tersebut bersama dengan
pertubuhan-pertubuhan lain di seluruh Semenanjung (termasuk Singapura)
kecuali UMNO, berikutan tuduhan UMNO dan Inggeris bahawa, PKMM
diresapi oleh komunis. Badan-badan politik yang terlibat dengan
pengharaman tersebut ialah Hizbul Muslimin (HAMIM), PKMM,
Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Gerakan
432 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Pembela Tanah air (PETA), Barisan Tani Malaysia (BATAS) dan


Malayan Democratic Youth League.
Kegiatan Hizbul Muslimin mula terhenti apabila berlakunya
penangkapan ke atas tiga orang pemimpin utamanya, Ustaz Abu Bakar al-
Baqir, Ustaz Abrab Tamimi dan Abdul Rauf bin Nur. Ustaz Abu Bakar al-
Baqir menjawat sebagai Ketua Umum Hizbul Muslimin, Yang Dipertua
Persatuan al-Ihya’, Mudir al-Ihya’, Ketua Lembaga Pendidikan Rakyat
Malaya (LEPIR) dan juga guru al-Ihya’. Seterusnya, Ustaz Abrab Tamimi
pula menjawat jawatan sebagai Ketua Propaganda Hizbul Muslimin,
Setiausaha Jawatankuasa Perancang Universiti Rakyat dan Pelajaran,
Nazir sekolah-sekolah dalam Pusat Pentadbiran Sekolah-Sekolah Rakyat
Malaya dan juga sebagai guru al-Ihya’. Manakala Ustaz Abdul Rauf Nur
pula, seorang lulusan dari al-Ihya’ dan ditugaskan memegang jawatan
sebagai Ketua Propaganda Hizbul Muslimin, Bahagian Semanggol dan
Selinsing, merangkap khatib di masjid Gunung Semanggol dan guru Il
Ihya. Penangkapan ketiga-tiga tokoh ini, bererti berakhirlah kegiatan
Hizbul Muslimin.
Pengharaman ini ada hubungkaitnya dengan ucapan Dato’ Onn yang
melabelkan Hizbul Muslimin sebagai berdamping rapat dengan komunis.
Sikap Dato’ Onn ini telah digambarkan dalam ucapannya:

Saya tidak melarang tetapi saya tidak sudi membenarkan (orang UMNO ke sidang
Gunung Semanggol)…Bahaya dari gunung itu masih ada lagi dan ditambah pula satu
merbahaya lagi (Hizbul Muslimin) yang tumbuh dari tanah dan menjalar akarnya
(pergerakan Hizbul Muslimin) supaya orang-orang Melayu terhapus dan terjatuh kerana
sebenar-benarnya parti Islam itu merah.

Tuduhan pihak UMNO ini ada hubungannya dengan persidangan


bulan Mac di al-Ihya’ yang telah dihadiri oleh wakil Parti Komunis Tanah
Melayu dan Gerald de Cruz. Pada malam terakhir Kongres, Ishak Haji
Muhammad telah meminta supaya mengadakan satu perhimpunan terakhir
untuk menerangkan kedudukan perjuangan PKMM dan badan-badan lain
waktu itu. Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir itu
telah memberi laluan kepada Gerald de Cruz berucap tentang Council of
Joint Action dan Malayan Democratic Youth League. Bagaimanapun
pihak Hizb al-Muslimin berkali-kali menafikan tuduhan yang dicetuskan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 433

oleh UMNO itu, tetapi tidak mengurangkan prasangka buruk pihak


berkuasa terhadapnya.
Melihat kepada senario yang wujud pada ketika itu, penubuhan
Hizbul Muslimin, tidak ada kena mengena dengan pemikiran yang ingin
diperjuangkan oleh Komunis. Namun disebabkan masing-masing
mempunyai persamaan dari segi semangat anti penjajahan dan
memperjuangkan kemerdekaan negara, menyebabkan percampuran
pemikiran dalam PKMM termasuk Parti Komunis Malaya sudah menjadi
suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Oleh kerana anggota Hizbul
Muslimin juga berasal dari PKMM, menyebabkan ia dijadikan alasan oleh
UMNO dan Inggeris sebagai berkerjasama dengan pihak Komunis (Ishak
Saat, 2011).
Kerjasama yang wujud dalam PKMM adalah melibatkan bangsa
Melayu dan bukan Melayu. Semasa berjuang menentang Malayan Union
umpamanya, parti Malayan Democratic Union (MDU) ditubuhkan pada
tahun 1945, begitu juga dengan golongan moderat Cina, bergabung tenaga
dengan MDU dan menubuhkan sebuah lembaga gabungan politik yang
diberi nama, All Malayan Council Union of Joint Action (AMCJA) pada
bulan Disember 1946.
Setelah Malayan Union berjaya digagalkan, AMCJA bergabung
dengan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dikendali oleh orang-orang
Melayu dan menubuhkan Pan Malayan Nationalisme yang dapat
menyatukan semua ras di belakang satu matlamat anti penjajahan. Hasil
daripada itu telah memberi ruang yang luas kepada parti politik United
Malays National Organisation (UMNO) untuk memegang teraju
kepimpinan negara.
Berikutan tindakan Inggeris mengharamkan semua badan-badan dan
pertubuhan-pertubuhan politik yang ada di Semenanjung Tanah Melayu
(termasuk Singapura), telah mengakibatkan ramai masyarakat Melayu
termasuk di kalangan para ulama, berada dalam keadaan berselerak.
Keadaan ini telah mendorong UMNO mengambil inisiatif menubuhkan
sebuah badan kebajikan yang diberi nama Pertubuhan Ulama Malaysia.
Pertubuhan ini bernaung di bawah UMNO.
Para ulama yang sentiasa menaruh kebimbangan, turut terlibat dengan
badan yang ditubuhkan oleh UMNO itu. Namun mereka sentiasa
memerhati gerak-geri kepimpinan UMNO kerana bimbang akan lari dari
434 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

landasan syariat. Sekiranya terjadi demikian, mereka akan memisahkan


diri dari pertubuhan itu dan bergerak berlandaskan kepada perlembagaan
sendiri.
Setelah berada beberapa ketika bersama UMNO di bawah Biro
Agamanya, timbul perasaan curiga dan tidak puas hati di kalangan ulama,
kerana segala permasalahan yang berlaku dalam UMNO tidak dirujuk
kepada mereka untuk mendapatkan kepastian dari segi hukum- hakamnya.
Keadaan ini menyebabkan mereka tidak yakin bahawa UMNO boleh
memperjuangkan hasrat dan cita-cita mereka semasa menubuhkan Hizbul
Muslimin dulu. Sebagai contoh ialah mengenai Loteri Kebajikan
Masyarakat yang diperkenalkan oleh UMNO dalam rangka untuk
membantu meningkatkan ekonomi orang-orang Melayu. Para ulama
melihat perkara ini sebagai judi dan menghukumkan haram, tidak boleh
dilaksanakan dan tidak boleh melibatkan umat Islam. Fatwa ini tidak
mendapat perhatian di kalangan kepimpinan UMNO pada ketika itu.
Isu loteri ini, mula timbul apabila kesatuan Melayu Kedah
mencadangkan supaya Jabatan Agama dan UMNO melaksanakan suatu
system judi loteri bagi tujuan menambahkan sumber kewangan UMNO.
Cadangan ini telah disokong oleh Perikatan Melayu Perak, cawangan
Selama. Bagaimanapun, cadangan ini telah mendapat bantahan keras dari
kalangan tokoh-tokoh agama dan para ulama dengan hujah-hujah syar’i di
sekitar tahun 1940-an, namun sistem tersebut telah diterima pakai dan
berjalan seperti biasa.
Peristiwa ini telah menyebabkan para ulama membuat kesimpulan
bahawa pemikiran Islam dalam politik UMNO tidak begitu ketara.
Kewujudannya adalah hasil daripada desakan sebahagian kecil dari
kalangan anggota bawahan yang inginkan syariat Islam dikuatkuasakan.
Lantaran itu ia tidak terlaksana melainkan hanya dalam bentuk yang
terpisah dengan sistem-sistem kenegaraan yang lain. Kenyataan ini lebih
meyakinkan ulama apabila mereka menyaksikan struktur organisasi
UMNO itu sendiri.
Keadaan ini menyebabkan agama ditadbir secara berasingan dengan
sektor-sektor lain. Situasi begini dipandang oleh ulama sebagai
bercanggah dengan kehendak Islam yang meletakkan kuasa tertinggi ialah
agama. Seluruh sistem kenegaraan mestilah ditadbirkan secara bersepadu
oleh agama. Meneliti kepada tujuan dan matlamat penubuhan Hizbul
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 435

Muslimin pada tahun 1948 itu jelas menunjukkan ia di pengaruhi oleh


pemikiran tajdid Timur Tengah, melalui majalah al-‘Urwah al-Wuthqa
yang banyak menyentuh tentang isu-isu penjajahan. Hujah ini
diperkuatkan lagi dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa, ramai
guru-guru yang mengajar di Maahad Il-Ihya Assyarif adalah datangnya
dari Timur Tengah (Hijaz dan Mesir). Kebangkitan ulama 1940-an ini
jelas menyahut inspirasi majalah al-‘Urwah al-Wuthqa yang berusaha
menyedarkan masyarakat di seluruh Dunia Islam akan bahaya
kolonialisme. Kesedaran ini amat jelas diperlihatkan apabila mereka
bangkit menentang faham sekular yang wujud dalam pentadbiran UMNO
pada ketika itu.
Meneliti kepada perbincangan di atas, sudah cukup untuk diterima
bahawa Hizbul Muslimin adalah sebuah pertubuhan politik yang banyak
menerima pengaruh tajdid yang dipelopori oleh tokoh-tokoh tajdid dari
Timur Tengah (Mesir), iaitu al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid
Rida. Nampaknya pengaruh merekalah yang telah menyelinap masuk
mempengaruhi tokoh-tokoh politik yang terdapat dalam dua buah parti
politik tersebut, melalui individu-individu berkenaan, walaupun tidak
secara langsung dari tokoh-tokoh Timur Tengah di atas. Pada ketika ini
nampaknya pengaruh Muhammad bin Abd al-Wahhab masih belum
timbul, disebabkan pada masa ini masyarakat di Tanah Melayu masih lagi
menganggap Wahabi sebagai sesat. Bagaimanapun sedikit sebanyak
pengaruh beliau tetap mengalir secara yang tidak disedari, memandangkan
ramai juga para guru yang mengajar di Il-Ihya datangnya dari bumi Hijaz
atau pernah belajar di sana.

KESIMPULAN

Tekanan penjajahan Barat ke atas Tanah Melayu telah melahirkan


beberapa tokoh ulama untuk bangkit menentang penjajahan dan
menyedarkan masyarakat Melayu seperti yang dilakukan oleh Ustaz Abu
Bakar al-Baqir. Pemikiran Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang sangat berani
bertindak dalam mengasaskan parti politik di Tanah Melayu adalah satu
usaha yang mapam sehingga berjaya menarik penglibatan masyarakat
Melayu keseluruhannya dan mendapat kritikan daripada penjajah Barat.
Justeru itu, memperlihatkan bahawa peranan dan pemikiran Ustaz Abu
436 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Bakar al-Baqir dalam memastikan partisipasi agama dalam arus


permodenan untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada kelesuan
dan belenggu penjajah adalah usaha yang sangat luar biasa di kira dengan
kekangan dan ancaman pada ketika itu mampu dilalui oleh Ustaz Abu
Bakar al-Baqir. Penglibatan progresif Ustaz Abu Bakar al-Baqir dalam
alam politik melalui parti Hizbul Muslimin sehingga berjaya mengumpul
masyarakat daripada pelbagai pelusuk tempat dan berjaya menguggat
British. Usaha kemerdekaan ini bermula dengan permodenan pendidikan
yang dibawa dengan mengasaskan Maahad Il-Ihya Assyarif. Sebagaimana
contoh yang dipaparkan sebelum ini pembentukan kurikulum di Il-Ihya
salah satu usaha untuk melatih penglibatan pelajar ke arah kancah politik
bagi kesedaran kendiri dalam mempersiapkan anak muda membina
kemajuan diri, masyarakat dan negara.

RUJUKAN

Abdullah Ayub. 1961. Chara Pemerintahan Tanah Melayu. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Halim Nahkmud. 2003. ‘Orang Melayu Sebelum Merdeka: Satu
Tinjauan’. Dlm. Malaysia Dari Segi Sejarah. Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia.
Abdul Rahman Abdullah. 1998. Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah
dan Aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asri Muda. 1993. Memori Politik Asri, Meniti Arus. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Auni Abdullah. 1991. Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan
Alam Melayu. Kuala Lumpur: Nurin Enteprise.
Adibah Sulaiman & Ezad Azraai Jamsari. 2006. Falsafah Pemikiran Syed
Sheikh Ahmad Alhady: Akal dalam Intelektualisme dan Kemajuan
Melayu. dlm. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Burhanunddin al-Helmi. 1946. Oktober 1945 hingga 17 Oktober 1946
Perjuangan Kita: Memperingati Genap Setahun Terdiri Parti
Kebangsaan Parti Melayu Malaya/rencana. Singapura: Parti
Kebangsaan Melayu Malaya.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 437

Fadhlullah Jamil. 2007. Islam di Asia Barat Moden Penjajahan dan


Pergolakan. Shah Alam: KARISMA Publication Sdn. Bhd.
Harun Din. 1985. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Watan.
Ibrahim Yaakub. 1951. Sekitar Malaya Merdeka. Jakarta: Kesatuan
Malaya Mereka.
Ishak Saat. 2011. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Penerbit
Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.
Ishak Saat & Mohd Azhar Bahari. 2010. Madrasah Idrisiah Bukit
Chandan Melahirkan Tokoh Ulama dan Umara 1922-2000:
Sumbangan dan Kejayaan. Penerbit UTHM. Batu Pahat.
Ismail Sudin. 1971. Beberapa Aspek Sejarah Sosial Kuala Kangsar. Dlm.
Juranal Sejarah Universiti Malaya.jil.x. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Khairul Nizam. 2008. Ketokohan dan Pemikiran Abu Bakar al-Baqir.
KARISMA Publication Sdn. Bhd. Shah Alam.
Nabir Abdullah. 1976. Maahad Il Ihya Assyarif, Gunung Semanggol 1934-
1959. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan
Malaysia..
Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad. 2003. Gerakan Tajdid Timur Tengah (Mesir
dan Hijaz) Sejarah dan Pengaruhnya kepada Pemikiran Politik dan
Sosio-BudayaMasyarakat Melayu di Malaysia 1940-1990. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
N.J. Funston.1973. Malay Politic in Malaysia 1945-1969: a case study of
the United Malays National Organisation and Pan-Malayan Islamic
Party. Tesis M.A Fakulti Sastera. March: Universiti Monash.
Majlis, 31.3.1947.
Mahayuddin Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Mohd Sarim Mustajab. 1979. Sejarah Maahad Il Ihya. Gunung
Semanggol. Maahad Il Ihya Assyarif.
Ramlah Adam. 2000. Burhanuddin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Radziah Sulong. 1987. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan: Biografi Seorang
Tokoh Politik Islam. Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
438 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1990. Islam dalam Sejarah


Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya: ABIM.
Shahrom Husain.1985. Biografi Perjuangan Politik Dato’ Onn. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Utusan Melayu, 7.9. 1947.
Utusan Zaman, 25 hb Mac 1979.
Wahibah Twahir@Tahir. (1995). Ketokohan Wanita dalam Sejarah
Pendidikan Islam di Malaysia: Kajian Khusus di Negeri Kelantan.
Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Akademi Islam, Universiti Malaya.
William R. Roff. 1975. Nasionalisma Melayu. Penerbit Universiti Malaya.
Kuala Lumpur.
http://www.arkib.gov.my/ma-ahad-al-ehya-asshariff-gunung-
semanggol1?p_p_id=56_INSTANCE_H5gW&p_p_lifecycle=0&p_p
_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-
3&p_p_col_count=1&page=1 . dirujuk pada 10. Mei 2013, 7.00 pagi.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 439

Peranan Politik dan Institusi Pemerintah dalam


Membasmi Gerakan Ekstremis di Malaysia
FADZLI ADAM, SITI ROKIAH AB RAHMAN & FAKHRATU NAIMAH MUHAD

ABSTRAK

Gerakan Ekstremis Islam telah menimbulkan konflik dalam masyarakat


Islam samada menyokong atau menentang gerakan tersebut. Walaupun
negara Malaysia sudah mencapai kemerdekaan, namun masih terdapat
gerakan-gerakan pengganas, radikal dan ekstrem dalam negara Malaysia.
Gerakan-gerakan yang terdapat di Malaysia seperti Al-Maunah, Katibah
Nusantara, Jemaah Islamiyah, Kumpulan Militan Malaysia (KMM),
Islamic State (IS) dan lain-lain telah mengancam kestabilan dan
keselamatan negara. Situasi ini menimbulkan kebimbangan kepada
pimpinan negara yang merupakan tiang kepada kemakmuran negara.
Justeru, artikel ini mengupas peranan politik dan institusi pemerintah
dalam membasmi gerakan-gerakan radikal di Malaysia. Artikel ini
menggunakan kaedah kualitatif menggunakan pendekatan tinjauan
kepustakaan dan analisis dokumen. Dapatan kajian merumuskan bahawa
pengaruh politik memainkan peranan penting dalam kemunculan gerakan-
gerakan radikal di Malaysia. Justeru, artikel ini diharap membantu pihak
pemimpin dalam memahami ideologi gerakan ekstremis Islam seterusnya
menggubal mekanisme khusus sebagai langkah pro aktif dalam menangani
ancamannya yang semakin membimbangkan dewasa ini.

Kata Kunci: Gerakan ekstremis, Politik, Institusi Pemerintah, Malaysia

KEMUNCULAN GERAKAN EKSTREMIS


DAN RADIKAL DI MALAYSIA

Kemunculan ideologi ekstremis dan radikal Islam di Malaysia bukanlah


suatu fenomena baru. Sejarah negara membuktikkan bahawa pelbagai
kebangkitan rakyat muncul mengisi landskap politik dan keselamatan
sebelum dan selepas kemerdekaan Malaysia. Gerakan-gerakan radikal
440 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Islam muncul di Malaysia hasil daripada faktor dalaman dan pengaruh


gerakan Islam di negara luar negara yang mempunyai misi yang hampir
sama iaitu menegakkan syariat Islam dengan pendekatan jihad bagi
mendirikan sebuah negara Islam sebenar (Siti zubaidah & Azura, M.K.,
Kamaruzaman, 2017).
Menurut Polis Di Raja Malaysia (PDRM), 13 Kumpulan Ekstremis
Agama telah dikenalpasti di Malaysia sejak tahun 1960an. Ia meliputi
Tentera Sabilullah, Koperasi Angkatan Revolusi Islam Malaysia
(KARIM), Kumpulan Crypto, Kumpulan Mohd Nasir Ismail, Kumpulan
Revolusi Islam Ibrahim Libya, Kumpulan Jundullah (Tentera Allah),
Kumpulan Mujahiddin Kedah (KMK), Kumpulan Perjuangan Islam Perak
(KPIP), Pertubuhan Persaudaraan Ilmu Dalaman Al-Maunah, Kumpulan
Militan Malaysia (KMM), Kumpulan al-Arqam/Syarikat Rufaqa
Corporation (SRC)/Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Darul Islam (DI) dan
Jemaah Islamiah (JI) (Polis Di Raja Malaysia, 2016b).
Walaupun kesemua kumpulan ini telah diharamkan oleh Kerajaan dan
tindakan perundangan telah diambil terhadap ahli-ahlinya pada tahun 2001
dan 2002, namun dapatan terkini mengenai kebangkitan gerakan Islam
yang lebih kritikal mula dikenalpasti. Permulaan konflik di Syria pada
tahun 2011 telah menggamit penyertaan sebahagian kecil rakyat Malaysia
pada ketika itu untuk turut berjuang, dan ini menjadi titik tolak kembali
merancakkan gerakan radikal Islam ini.
Kumpulan Tanzim Al- Qaeda Malaysia dan kumpulan-kumpulan
militan yang pro kepada perjuangan Islamic State dikenalpasti
termasuklah antaranya kumpulan Revolusi Islam, Briged Khalid al Walid,
Daulah Islam Malizia dan Kumpulan Fisabillah (El-Muhammady, 2016).
Ancaman-ancaman ini dipercayai berkembang pesat berkesinambungan
dari ideologi perjuangan radikal yang wujud terdahulu khususnya Jemaah
Islamiyah dan KMM.

ISU GERAKAN EKSTREMIS DI MALAYSIA

Ekstremisme agama merupakan isu penting dalam menangani perpaduan


dan keselamatan sesebuah negara. Di negara Malaysia, faktor agama telah
digunakan oleh golongan ekstremis untuk mempengaruhi masyarakat
sejak tahun 1967 dengan kemunculan Tentera Sabilullah (El-
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 441

Muhammady, 2016). Berkonsepkan jihad, pengamal ekstremisme sentiasa


berusaha untuk mempengaruhi masyarakat terutamanya golongan belia
agar bersimpati dan terpengaruh dengan falsafah dan perjuangan
kumpulan radikal ini. Ekstremisme yang muncul akibat kepesatan
globalisasi merupakan gejala umum di dunia Islam, termasuk Malaysia.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah muncul seawal
bermulanya Dinasti Umayyah.
Namun, beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia sering kali
dikaitkan dengan Islam hasil peranan media Barat yang memanipulasikan
maklumat yang bertujuan untuk menjatuhkan Islam dan memalitkan Islam
sebagai agama terrorism. Pada hakikatnya, banyak gerakan daripada
penganut agama lain turut melakukan keganasan seperti Liberation Tigers
of Tamil Elam di Sri Lanka, gerakan Khalistani di India, Pemberontak
Ireland Utara, ‘Basque separatists’ di Sepanyol dan Zionis Israel.
Namun, kumpulan-kumpulan ini tidak pula dianggap sebagai
mewakili agama mereka dan tiada istilah Kristianofobia atau Hindufobia
atau Judaismofobia dikaitkan dengan gerakan tersebut. Ini membuktikan
bahawa fenomena Islamofobia yang berlaku di dunia ini bukanlah
disebabkan oleh jenayah keganasan umat Islam sahaja tetapi ianya juga
berkaitan dengan faktor- faktor lain yang perlu diberikan perhatian secara
serius oleh umat Islam (Zulkifli Hasan, 2013).
Pergolakan yang berlaku di negara Islam terutamanya kawasan Timur
Tengah telah menjadikan gerakan ekstremis seperti al-Qaeda, Hamas dan
Islamic State(IS) menjadi perhatian dunia. Pihak Barat memanipulasikan
situasi yang berlaku di kawasan Timur Tengah sebagai terrorism yang
dilakukan oleh Muslim. Mereka melabelkan golongan Muslim sebagai
pengganas dan pelampau agama serta menyatakan bahawa agama Islam
tidak seharusnya dianuti oleh masyarakat dunia.
Peranan yang dimainkan oleh saluran media Barat telah mengalihkan
perhatian masyarakat dunia dengan kekejaman yang dilakukan oleh
gerakan Islam untuk menimbulkan streotaip negatif terhadap ajaran Islam.
Rentetan daripada peristiwa itu, pihak Amerika Syarikat dengan rasminya
mengisytiharkan perang terhadap terorisme yang diperlakukan oleh
pejuang Islam.
Dalam konteks Malaysia, pengaruh ekstremis Islam IS mula dikesan
pada Februari 2013 menerusi tangkapan tiga orang pesalah ISIS oleh
442 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) (Polis Di Raja Malaysia, 2017).


Perkara ini terbukti apabila media tempatan melaporkan kes dua rakyat
Malaysia dipercayai meletupkan diri sendiri demi perjuangan bersama
pengganas ISIS atau Daesh (Malaysiandigest.com, 2016).
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Bekas Menteri Pertahanan
Malaysia, mengesahkan inidividu terbabit berasal daripada Terengganu
iaitu Mohd Amirul yang berumur 26 tahun yang meletupkan bom yang
ada padanya dalam sebuah kereta semasa pertempuran di kubu ISIS di
Syria pada 29 Disember 2015.
Manakala, Mohammad Syazwan berumur 31 tahun adalah seorang
daripada tujuh pengebom berani mati yang meletupkan diri di pusat
latihan polis Iraq di pengkalan tentera udara Speicher, Tikrit pada 3
Januari 2016.
Sebelum itu, pada 26 Mei 2014, Ahmad Tarmimi Maliki iaitu seorang
pekerja kilang yang berumur 26 tahun tekad memandu kenderaan utiliti
sukan (SUV) tentera jenis Hummers yang dilengkapi bahan letupan dan
merempuh ibu pejabat SWAT di daerah Al-Anbar Iraq dengan
mengakibatkan kematian 25 tentera Iraq dan insiden serangan di Homs,
Syria oleh Ahmad Affendi Manaff (27 tahun) (Farik Zolkepli, 2014).
Penglibatan masyarakat Malaysia telah di pandang serius oleh kerajaan
Malaysia untuk membendung gejala ini.

PERANAN POLITIK DAN INSTITUSI PEMERINTAH


TERHADAP GERAKAN EKSTREMIS

Dalam konteks ketamadunan dunia moden, fenomena ini telah wujud


akibat percaturan politik dan ekonomi global (Stern & Berger, 2015).
Antara faktor yang perlu diberi penekanan adalah faktor atau pengaruh
politik terhadap penyertaan masyarakat Malaysia dalam gerakan radikal
Islam. Faktor luaran seperti politik di negara Arab sangat mempengaruhi
penyertaan masyarakat Malaysia dalam gerakan ekstremis ini. Politik
berkait rapat dengan institusi pemerintah dan kerajaan. Pelbagai strategi
dan langkah yang di ambil oleh kerajaan untuk membasmi penyebaran
ideologi gerakan tersebut.
Pelaksanaan kaedah pencegahan sangat perlu ditambah baik kerana
perkembangan radikalisme dan ekstremisme di Malaysia telah memasuki
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 443

fasa yang lebih serius iaitu fasa perkaderan aktivis dan perancangan
strategik kumpulan-kumpulan radikal dan ekstremis. Mereka mempunyai
hubungan dengan sel-sel negara jiran seperti Indonesia dan Filipina yang
bersedia untuk membantu dari segi ketenteraan dan lain-lain. Lebih
membimbangkan, situasi Malaysia yang berubah kepada sasaran serangan
oleh pihak radikal akibat kelantangan Malaysia mengkritik gerakan IS
sebagai tidak Islamik.
Selain sasaran puak militan Islam, Malaysia turut mengundang
kemarahan puak anti Islam seperti Israel dan pelampau Zionis, kesan
daripada kecaman Perdana Menteri Malaysia berkaitan tindak tanduk
mereka ke atas negara-negara umat Islam. Hal ini meruncingkan lagi
kemelut yang telah sedia wujud iaitu konflik berterusan antara negara
umat Islam dan puak Barat. Justeru, kerajaan Malaysia telah menubuhkan
Rang Undang-undang Pencengahan Keganasan 2015 (POTA) bagi
menangani aktiviti militan di negara ini.
Perkara ini mempunyai objektif untuk mencegah perlakuan atau
sokongan bagi perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi
pengganas dari sesuatu negara asing serta bagi kawalan terhadap orang
yang terlibat dengan perbuatan tersebut. Selain itu, rang undang-undang
ini bertujuan memastikan tiada individu terlepas daripada sebarang
tindakan perundangan sekiranta mereka melibatkan diri dari kegiatan
keganasan. Seterusnya, akta ini bagi memastikan rakyat dan keamanan
negara tidak diganggu gugat oleh pihak yang terlibat dalam aktiviti militan.
Selain itu, kerajaan telah menjalankan usaha sama dengan negara Asia
Tenggara untuk membendung kegiatan dan penyebaran gerakan Islamik
Radikal dalam rantau ini termasuklah negara jiran seperti Indonesia,
Filifina, Vietnam dan Thailand. Akhir sekali, Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia telah menyekat data dan maklumat berkaitan
keganasan melalui media atas talian.

KESIMPULAN

Institusi pemerintah perlulah mengambil serius tentang penularan ideologi


gerakan ekstremis yang semakin menular terutamanya dalam medium atas
talian. Institusi pemerintah perlulah memperkasakan akta dan
menyediakan garis panduan yang lebih mantap supaya masyarakat
444 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Malaysia tidak terjebak dengan ideologi dan kegiatan yang dilakukan oleh
kumpulan ini. Pembangunan modal insan atau human capital secara
amnya digambarkan daripada hasil sesuatu yang melibatkan manusia dan
insan. Pembangunan modal insan ini perlu dilihat dari seluruh aspek
manusia meliputi jasmani dan rohani. Konsep ini merupakan agenda pihak
kerajaan dalam usaha meningkatkan dan memperkukuhkan jati diri rakyat
dalam segenap lapangan hidup manusia. Kesedaran masyarakat tentang
pentingnya pembangunan modal insan memberi implikasi yang besar
dalam usaha memperkukuhkan lagi ketamadunan masyarakat Islam di
Malaysia.

RUJUKAN

El-Muhammady, A. (2016). Countering the threats of daesh in Malaysia.


In B. Gorawantschy, R. Gunaratna, M. Sarmah, & P. Rueppel (Eds.),
Countering Daesh extremism: European and Asian responses (pp.
105-122). Singapore: Konrad Adenauer Stiftung.
Farik Zolkepli. 8 Disember 2014. Cops identify second Malaysian suicide
bomber killed in Syria. The Star Online. Diperolehi dari
http://www.thestar.com.my
Polis Di Raja Malaysia, PDRM. (2016b). Statistik tangkapan di bawah
Undang-Undang AKDN 1960 bagi kumpulan ekstremis agama yang
bertindak militan di Malaysia. Bukit Aman: Kuala Lumpur.
Polis Di Raja Malaysia, PDRM. (2017). Statistik terkini tangkapan
kumpulan IS di Malaysia. Kuala Lumpur: Bukit Aman
Siti zubaidah, A. B., & Azura, M.K., Kamaruzaman, Y. (2017). Studies
( JONUS ). Journal of Nusantara Studies, 2(2), 155–168.
Zulkifli Hasan. (2013). Memahami isu Islamofobia: antara persepsi dan
realiti.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 445

Fiqh Aghlabiyyat, Gagasan dan


Kepentingannya di Malaysia:
Satu Tinjauan Awal
WAN MOHD YUSOF WAN CHIK, MOHD SUFIAN MOKTAR,
MOHAMAD ZAIDIN MOHAMAD, AHMAD FAIZOL ISMAIL,
ABDUL WAHID SALLEH, AHMAD AMIRUL ZULKIFLI,
WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS WAN KHAIRULDIN

ABSTRAK

Fiqh Aqalliyat (minoriti) adalah salah satu pendekatan fiqh terkini yang
dikemukakan dalam menangani isu-isu minoriti Muslim. Ia merujuk
kepada keperluan realiti masyarakat minoriti Muslim untuk berinteraksi
dengan masyarakat majoriti Non Muslim di sesebuah negara secara
harmoni. Malangnya dalam beberapa keadaan pendekatan ini cuba
digeneralisasikan pelaksanaannya di negara bermajoriti Muslim. Hal ini
adalah tidak sesuai dengan perkiraan kesetempatan hukum dan perkiraan
aspek demografi dalam fiqh kenegaraan Islam. Justeru kertas ini cuba
membuat tinjauan awal terhadap gagasan Fiqh Aghlabiyyat dan
kepentingannya dalam konteks negara majmuk seperti di Malaysia. Kajian
berbentuk kualitatif ini akan melibatkan kajian perpustakaan sepenuhnya.
Fakta-fakta akan dianalisis secara kritis melalui kaedah induktif, deduktif,
dan historikal demi mencetuskan idea, konsep terasas dan kepentingan
Fiqh Aghlabiyyat. Kajian mendapati Fiqh Majoriti ini adalah satu bentuk
kerangka pemikiran fiqh yang perlu digagaskan dalam konteks negara
berpenduduk majoriti Muslim masa kini dalam menguruskan sesebuah
negara majmuk. Asasnya boleh dikesan dalam lipatan sirah nabawiyah,
perbahasan ilmu Usul Fiqh serta Fiqh Kenegaraan Islam. Implementasi
konsep Fiqh Aghlabiyyat ini, dilihat mampu memandu pihak kerajaan,
para pemimpin, badan fatwa dan pihak berkuasa agama di dalam usaha
mengekalkan serta mengukuhkan kestabilan, integrasi nasional dan
perpaduan kaum, keadilan dan risalah Islam sesebuah negara yang
penduduknya adalah majoriti Muslim.
446 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

PENGENALAN

Islam adalah risalah sejagat yang melangkaui dimensi tempat, masa


mahupun peradaban. Ia adalah shariah “ready made” yang menyediakan
pengikutnya berinteraksi dengan bukan penganutnya sama ada secara
individu mahupun bermasyarakat. Selaras dengan kesejagatan ia mampu
berada dalam kondisi lemah, setanding mahupun lebih kuat. Ini kerana
realiti kepelbagaian agama, bangsa dan peradaban ini sudah menjadi latar
belakang isi kandungan al-Quran sebagai panduan asas Syariat Samawi
terakhir. Justeru kemajoritian dan keminoritian bukanlah isu besar kepada
umat Islam selagi mana ia dilaksanakan berpandu kehendak Syarak
dengan sentuhan kebijaksanaan fiqh Islami yang tentunya tidak pernah
mengetepikan aspek lokaliti serta sosiobudaya.
Fiqh terbentuk dan sentiasa berkembang beriringan dengan pengaruh
tempat, masa dan peradaban. Ia meraikan aspek kemaslahatan hamba yang
dalam banyak situasi adalah dipengaruhi oleh dimensi masa, tempat,
keadaan dan tujuan1. Hal ini amat ditonjolkan oleh Rasulullah S.A.W bila
ditanya apakah amalan yang paling disukai Allah SWT. Baginda memberi
tiga jawapan iaitu sembahyang pada awal waktu, berbuat baik kepada ibu
bapa dan jihad fi sabilillah 2 . Ini juga dapat diteliti dalam kes hukum-
hukum rukhsah sebagai alternatif kepada hukum azimah seperti
menjadikan tayammum sebagai alternatif kepada wuduk untuk solat
kerana mengambil kira perbezaan keadaan. Justeru prinsip mengambil kira
realiti situasi, uruf atau sosio-budaya dalam memahami dan melaksanakan
kehendak syarak adalah suatu norma penting dalam fiqh Islam
sebagaimana yang cuba diketengahkan dalam perbahasan fiqh al-waqi’3,
fiqh al-nawazil4 dan sebagainya. Perbahasan ini berkembang lagi sehingga
timbul beberapa dimensi baru fiqh seperti fiqh al-dawlah, fiqh al-
muwazanat, fiqh al-aqalliyyat, fiqh al-thawrat, fiqh al-ta’ayush dan
sebagainya.
Fiqh Aqalliyat adalah salah satu dimensi fiqh yang lahir natijah dari
tuntutan realiti tempat dan peradaban. Pelbagai karya dan fatwa terhasil
demi memastikan minoriti muslim mampu hidup secara harmoni di negara
majoriti non muslim. Fatwa-fatwa ini punyai pendekatan yang sedikit
berbeza berbanding umat Islam yang tinggal di negara Islam5. Kesesuaian
fatwa ini tentulah mengambi kira aspek lokaliti dan layanan yang diterima
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 447

oleh umat Islam. Hal ini jika diteliti secara garis kasar mengambil
semangat perundangan Islam di peringkat Makkah dan Habshah.
Begitupun pendekatan Fiqh Aqalliyyat adalah dilihat janggal apabila
seringkali cuba digeneralisasikan fatwa dan pengamalannya serta
diterapkan ke dalam komuniti majoriti muslim6. Kedangkalan tasawwur
terhadap Syariat Islam ini kemudian diambil kesempatan oleh golongan
liberalisme untuk melonggarkan aspek perundangan Islam dan
meremehkan syiar Islam yang sudah sedia berasimilasi dalam komuniti
Muslim.
Isu ini mungkin timbul kerana tiadanya perbahasan khusus yang
fokus melihat realiti kehidupan ummah, terutama dalam keadaan mereka
adalah majoriti yang tidak mutlak dan tidak terjamin penguasaannya. Hal
ini memerlukan dibuat satu terokaan kepada konsep Fiqh al-Aghlabiyyat
secara lebih nyata dalam bentuk kajian dan penulisan.

KEMAJORITIAN DAN KEMINORITIAN DALAM SIRAH NABI

Asasnya, misi Islam adalah untuk membawa rahmat kesejahteraan dan


kedamaian ke seluruh alam. Begitupun secara alaminya setiap penempatan
mempunyai ciri-ciri sosio-budaya, politik dan ekonomi yang tersendiri.
Ciri-ciri yang khusus ini, ada yang dikekalkan, ada yang dihapuskan dan
ada yang disesuaikan agar selari dengan kehendak dan prinsip Syarak.
Dari awal lagi Islam dan penganutnya berinteraksi dengn fenomena
kemajmukan bangsa dan agama. Islam mula diturunkan dalam keadaan
penganutnya adalah minoriti yang menghadapi tekanan, kemudian ada
segolongan dari umat Islam yang berpindah dan menetap menjadi minoriti
yang diterima kewujudannya di Hasbsyah dan akhirnya Rasulullah S.A.W
sendiri memimpin masyarakat Yathrib menjadi sebuah negara bangsa
yang berdaulat.
Bermula di Makkah, misi utama Rasulullah SAW adalah
pembentukan individu dengan didikan iman yang menjadi asas
pembentukan masyarakat Islam 7 . Di samping itu dalam konteks
kemasyarakatan, usaha menghapuskan sentimen kepuakan kabilah dan
kekufuran penyembahan berhala8 turut digerakkan. Islam pada tahap ini,
belum berupaya untuk zahir dalam bentuk institusi kerana ia adalah
minoriti yang tidak diterima kewujudannya. Adakalanya hak beribadah,
448 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

berhimpun, bersuara, bergerak dan sebagainya dinafikan. Baginda


terpaksa mengadakan perhimpunan secara rahsia di rumah al-Arqam bagi
memotivasikan dan membentuk kekuatan muslim dalam lingkungan
mereka. Pelbagai bentuk ancaman dan tekanan terpaksa dihadapi oleh
kelompok minoriti ini. Rasulullah SAW melakukan hijrah pertama ke
Ta’if untuk meninjau ruang keamanan dari pihak luar walaupun daripada
non muslim. Namun usaha Rasulullah S.A.W tersebut gagal dan baginda
kembali ke Makkah9.
Selain itu, tekanan yang hebat dialami oleh minoriti Muslim di
Makkah menyebabkan adanya keperluan muslim untuk menggunakan
saluran diplomasi yang ada. Maka sekumpulan Muslim telah pergi
berjumpa dengan bapa saudara Nabi 10 , Abi Talib supaya menghentikan
seksaan atau membebaskan tawanan yangg terdiri daripada orang-orang
Islam 11 . Mereka juga berusaha mengintai peluang untuk mencari
persefahaman dari luar kota Makkah demi mengurangkan tekanan yang
ada. Ini dapat dilihat melalui perjanjian Aqabah pertama dan kedua antara
muslim Makkah dan muslim Yathrib.12 Pelantikan duta asing secara tidak
rasmi ditunjukkan dalam perjanjian Aqabah kedua apabila Nabi melantik
dua belas orang naqib iaitu sembilan orang Khazraj dan tiga orang Aus13.
Perkara-perkara ini merupakan strategi untuk meletakkan penganut Islam
dalam kondisi yang selamat dan jauh dari permusuhan.
Selama tiga belas tahun, Rasulullah S.A.W di kota Makkah tiada
keizinan diberikan untuk berperang berjihad walaupun kaum musyrikin
Makkah giat menekan dan menyeksa penganut Islam. Ini sesuai dengan
misi utama Islam adalah untuk membawa risalah tauhid dan kesejahteraan,
bukannya untuk menguasai dan mendominasi. Kuasa bukanlah matlamat
tetapi sekadar alat yang perlu dimanfaatkan secara berhemah. Peperangan
bukan keutamaan tetapi pengecualian. Penjelasan dan dakwah adalah asas
sebenar interaksi Islam dan alam sejagat. Islam diturunkan bukan untuk
menghancurkan manusia melainkan untuk menyelamatkan manusia.
Tekanan terhadap penganut Islam di Makkah menjadikan keadaan itu
tidak begitu sesuai dengan tabiat kesyumulan perundangan Islam.
Lain pula di Habshah, kedatangan minoriti Muslim diterima serta
dihormati oleh pemerintah Habshah, Raja Najashi. Dalam masa yang sama,
minoriti muslim amat menghormati pemerintah dan masyarakat Habshah.
Justeru tidak hairanlah cubaan berkali-kali utusan penduduk Makkah
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 449

untuk membawa mereka disambut hambar oleh Raja Najashi. Prinsip dan
sikap minoriti muslim nyata menarik hati Raja Najashi, sekaligus
merupakan satu bentuk dakwah Islam kepada orang Kristian di Habsyah14.
Ini dapat dikesan melalui dialog antara Ja’far bin Abi Talib dan raja
Najashi tentang Islam. Ja’far membaca beberapa ayat al-Qur’an sehingga
menyebabkan raja Najashi tertarik dengan ajaran Islam15.
Hijrah ke Madinah pula telah memberi dimensi baru kepada umat
Islam. Bermula dengan kondisi sebagai minoriti, kewibawaan Rasulullah
S.A.W dan risalah Islam telah menarik penduduk setempat untuk
menerima ‘world-view’ yang lebih holistik sama ada dalam isu ketuhanan
mahupun isu kehidupan. Islam berpeluang dizahirkan dalam satu sistem
sosial yang tersendiri untuk berinteraksi dengan realiti kemajmukan. Maka
lahirlah, pertama: institusi masjid (sebagai tempat solat, berhimpun,
mesyuarat tentang pentadbiran dan urusan masyarakat, tempat pengadilan
atau mahkamah, tempat pendidikan agama dan tempat persinggahan bagi
duta serta orang asing yang bermusafir). Kedua, persaudaraan antara kaum
Muhajirin dan Ansar. Selain orang Islam dipersaudarakan, mereka juga
ditetapkan peraturan muamalat dalam dan luar Madinah 16 . Ketiga,
penggubalan perlembagaan 17 . Keempat institusi pasar yang digerakkan
diatas konsep ekonomi sebenar yang berasakan produktiviti dan bukannya
ekonomi kewangan yang berasaskan angka-angka (ribawi). Sekaligus ia
membina kerangka muamalat yang lebih beretika dan berkeadilan. Kelima,
pensyariatan undang-undang jenayah sebagai mekanisme perlindungan
masyarakat serta keamanan dan kestabilan negara. Sebagai contoh tradisi
membalas dendam secara persendirian sehingga menyebabkan berlaku
peperangan antara individu dan kabilah-kabilah ditukar kepada sistem
hukuman qisas dan seksaan secara didikan18. Di samping itu kelima-lima
Maqasid Shariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta
dilindungi dengan undang-undang hudud, qisas dan ta’zir. Ini
menunjukkan undang-undang jenayah juga menjadi salah satu aspek
penting untuk mengekalkan keamanan sesebuah negara dari berlaku huru-
hara dengan tindakan masing-masing tanpa kawalan pemerintah.
Dalam masa yang sama majoriti muslim menjamin keadilan dan
hak-hak kaum atau agama lain sebagaimana termaktub dalam Sahifah
Madinah. Ia menyatukan warga Madinah tidak kira sama ada Muslim
mahupun Non-Muslim. Sistem kabilah, walaupun tidak dimasukkan ke
450 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

dalam Sahifah tetapi tetap diraikan dengan mengekalkan hubungan


kesetiaan kepada kabilah masing-masing walaupun seseorang itu terpisah
dengan kabilahnya yang bukan penduduk Madinah. Namun mereka tidak
lagi dibenarkan menjalinkan hubungan dengan kabilah Quraisy dan
sekutunya 19 . Ini adalah untuk menjaga membina kesatuan masyarakat
berdasarkan konsep negara bangsa yang universal. Sekaligus menjamin
kestabilan politik di Negara Madinah yang aman dan sejahtera.
Analisis terhadap pengaruh elemen kemajoritiam terhadap polisi am
hukum ini boleh dikuatkan lagi dengan beberapa pendekatan Nabi S.A.W
dalam menangani beberapa isu peperangan. Antaranya ketika mengetahui
bahawa tentera Quraish sudah bersedia untuk memerangi masyarakat
Islam pada perang Badar. Baginda tidak memadai hanya kesediaaan
pemuka kaum muhajirin semata-mata, bahkan baginda untuk mengetahui
kesediaan kaum Ansar dengan kata-katanya: Berikan pendapatmu wahai
sekalian penduduk. Ibn Ishaq memberikan sedikit pentafsiran terhadap
kata-kata ini sebagai: Kehendak Nabi dalam konteks ini adalah pendapat
kaum ansar kerana mereka adalah golongan yang paling ramai (majoriti)20.
Hal yang sama boleh dilihat dalam peperangan Uhud ketika nabi
mendengar bahawa Kaum Quraish sedang bersedia memerangi kaum
Muslimin di Madinah. Baginda telah berbincang dengan para sahabat.
Majoriti mereka setuju untuk memberi kejutan kepada kaum Musyrikin di
luar Kota Madinah sedangkan Nabi S.A.W sendiri cenderung untuk
bertahan di Madinah. Begitupun Nabi meraikan pendapat majoriti.
Mungkin ini antara maksud di sebalik sabda Nabi S.A.W : Tangan Allah
bersama jamaah 21 . Dalam kes yang disebut ini tentunya Nabi mampu
menggunakan pendapat peribadinya atau pendapat sebahagian sahabat,
tetapi nabi tidak berbuat demikian. Ia seolah suatu prinsip am dalam
pengurusan yang perlu difahami dan diteladani22. Dalam masa yang sama
perlu difahami bahawa elemen aghlabiyyat mempunyai hubungan secara
langsung dengan isu pendalilan dan kemaslahatan dari pelbagai dimensi.
Dalam perbahasan ilmu usul fiqh elemen kuantiti dalam memelihara
sumber Islam dapat dilihat dalam pendefinisian hadis mutawatir yang
melibatkan periwayatan oleh sejumlah besar perawi yang diyakini secara
tidak sengaja melakukan penipuan atau secara sengaja melakukan
konspirasi melakukan pemalsuan penipuan terhadap periwatan nas-nas
syarak. Dalam masa yang menurut al-Raysuni istilah “al-tarjih bi al-
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 451

kathrah” memang berlaku dalam tradisi keilmuan Islam sama ada dalam
ilmu hadith mahupun dalam ilmu fiqh. Ini bertepatan dengan hadith Nabi
yang bermaksud : “Hendaklah kami berpegang dengan pendapat golongan
teramai”23. Ibn al-Qayyim ada menyebut tentang bagaimana menimbang
pendapat antara pendapat empat khulafa’ al-rasyidin: jika keempat-empat
mereka berada pada suatu pihak, maka tidak syak lagi mereka adalah
benar, tetapi jika hanya majoriti berada pada sebelah pihak, kebenaran
lebih berkemungkinan bersama mereka24.
Begitu juga dalam memahami nas-nas syarak dari sudut dilalah. Para
mujtahid adalah disaran supaya berhukum kepada zann yang besar (zann
al-ghalib) kerana dalam isu-isu ijtihadiyyah ia tidak mampu diselesaikan
dengan kefahaman pada tahap yaqini ataupun qat’iy. Apatah lagi dalam
peringkat pelaksanaan sesuatu kehendak syarak, yang pada ghalibnya
berdasarkan sangkaan terkuat. Justeru adalah menjadi prinsip asas bahawa
ijtihad itu terbina di atas zann (yang terzahir atau terkuat). Jika zann al-
ghalib adalah menjadi antara prinsip dalam menimbang aspek dilalah dan
ijtihad tentulah ia tidak boleh dinafikan impaknya dalam konteks menafsir
dan melaksanakan kemaslahatan. Ini kerana zann yang kuat biasanya akan
memberikan nilai konsisten dan kestabilan dalam aspek pemerintahan dan
pengurusan yang amat terikat dengan aspek kemaslahatan sebagaimana
yang dibincangkan dalam kaedah fiqh “tasarruf al-imam ‘ala al-ra’iyyah
manut bi al-maslahah”25 dan kaedah “al-maslahah al-‘ammah muqaddam
‘ala al-maslahah al-khassah” 26 . Justeru elemen al-aghlab seharusnya
menjadi salah satu neraca utama dalam pengeluaran hukum dan
pertimbanngan pulangan kemaslahatan hukum mahupun polisi. Hal inilah
yang antara lain menjadi pertimbangan dalam membina gagasan fiqh al-
aghlabiyyat.

FIQH AGHLABIYYAT : DEFINISI DAN ASAS PERBAHASAN

Fiqh Aghlabiyyat terdiri dari dua komponen iaitu fiqh dan aghlabiyyat.
Fiqh dari sudut bahasa adalah pengetahuan tentang sesuatu dan faham27.
Manakala dari sudut istilahnya iaitu pengetahuan tentang hukum syarak
berhubung dengan perbuatan dan perkataan manusia yang diperoleh hasil
usaha daripada dalil-dalil secara terperinci 28 serta diistinbatkan melalui
ijtihad yang memerlukan analisa dan penelitian29.
452 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Pada asasnya, tambahan fiqh kepada aghlabiyyat ialah sandaran yang


bertujuan untuk membezakan mudaf (fiqh) dan takhsisnya (aghlabiyyat).
Sandaran ini termasuk dalam jenis idafah yang hampir kepada idafah
mahdah dan ma’nawiyyah yang menunjukkan takhsis 30 , bukan untuk
ta’yin 31 . Begitupun, perlu ditekankan bahawa penambahan fiqh kepada
aghlabiyyat tidak bermakna ia merupakan pembinaan fiqh di luar rangka
perundangan atau pensyariatan Islam serta sumber dalil-dalil
pensyariatannya. Namun ia adalah peruntukan tersendiri bagi menjelaskan
keadaan muslim seolah berada dalam tahap al-‘azimah dalam menunaikan
titah-perintah syarak yang melibatkan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah
mahupun yang berbentuk syiar. Manakala dalam konteks masyarakat
minoriti muslim secara am, tuntutan syarak dalam isu-isu melibatkan fardu
kifayah dan syiar seolah berkedudukan rukhsah.
Tulisan ini akan fokus terhadap kondisi yang mana muslim adalah
majoriti. Perbincangan diletakkan dalam kerangka fiqh siyasah yang
dinamakan sebagai fiqh aghlabiyyat adalah secara definisi awalnya ia
boleh dilihat sebagai suatu pendekatan fiqh yang menganalisis sejauh
mana polisi, hukum serta pendekatan yang digunapakai oleh golongan
majoriti muslim dalam sesebuah negara dalam mengukuhkan kestabilan
dan kesejahteraan negara melaksanakan keadilan kepada golongan
minoriti berpandukan prinsip-prinsip Kenegaraan Islam.
Dalam konteks perbahasan Fiqh al-Siyasah, terdapat beberapa tajuk
yang boleh dikaitkan secara langsung dengan isu Fiqh al-Aghlabiyyat,
antaranya:

a. Prinsip al-Imamah

Prinsip al-imamah yang menjadi asas penting kenegaraan Islam


memerlukan wujudnya pengaruh seorang pemimpin dalam melakukan
urus tadbir yang berkesan. Hal ini memerlukan suatu kewibawaan dan
pengaruh yang kuat dalam memastikan ketaatan rakyat dan jentera
pemerintahan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 453

b. Pensyariatan Keturunan Quraish bagi calon khalifah

Majoriti fuqaha mensyaratkan berketurunan Quraish berdasarkan ijmak


sahabat ketika hari perhimpunan Saqifah yang difahami dari sabda Nabi
SAW iaitu kepimpinan dari Quraish 32 . Al-Ka‘biy juga menyatakan
keturunan Quraish lebih diutamakan berbanding yang lain, tetapi harus
memberi bay‘ah kepada selain daripadanya jika bimbang akan berlaku
fitnah 33 . Menurut al-Taftazani, pensyaratan keturunan Quraish tidak
penting dalam urusan mendirikan kerajaan dan urusan agama. Malah
kepentingan yang perlu diutamakan adalah dari sudut keilmuan,
ketaqwaan, ketajaman pemikiran, pengalaman mentadbir, mempunyai
kekuatan dan sebagainya34. Dalam hal ini apa yang lebih dicerap adalah
elemen pengaruh dan kewibawaan yang ada pada bangsa Quraish 35
sewaktu itu secara rasionalnya dilihat kepada pensyaratan tersebut.
Sesetengah sarjana melihat bahawa elemen kewibawaan dan pengaruh
adalah paksi sebenar pensyariatan ini. Dalam konteks demokrasi hal ini
tentu amat bergantung isu kuantiti.

c. Kerajaan rampasan kuasa

Sebahagian fuqaha’ mengharuskan kerajaan rampasan kuasa sebagaimana


kerajaan yang dipilih melalui ahl hall wa al-‘aqd. Alasan diharuskan
kerajaan rampasan kuasa kerana bimbang mendatang kesan mudarat dan
fitnah. Ketaatan dan pengiktirafan kepada kerajaan rampasan kuasa juga
harus diberikan walaupun pemerintah tersebut tidak mencukupi syarat-
syarat pemimpin. Namun jika memecatnya tidak mendatangkan fitnah
ataupun kedudukannya akhaf al-dararayn, wajib pecatnya dan tidak
mentaatinya 36 . Ulamak bersepakat isu ini termasuk dalam hukum
dharurah dan kaedah fiqh al-dharurah tuqaddar bi qadariha dengan
memilih pemerintah yang paling banyak mencukupi syarat pemimpin 37 .
Ini menunjukkan secara realitinya, para sarjana Islam mengambilkira
aspek al-ghalabah dan al-satwah dalam isu kepimpinan demi memastikan
kestabilan negara. Dalam konteks demokrasi kuantiti dan jumlah tentulah
mempunyai impak yang lebih lagi kerana kerajaan akan ditentukan oleh
golongan majoriti. Jika yang memerintah adalah bukan majoriti,
kemungkinan kemaslahatan golongan majoriti ini terjejas.
454 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Sebagaimana dalam mana-mana isu pentadbiran, perkiraan yang


terpenting adalah akan merujuk kepada maslahah sama ada dalam bentuk
meraih kemaslahatan atau mencegah kemudaratan. Penggunaan terma
kemaslahatan sebenarnya tidaklah mutlak tetapi diikat dengan garis
panduan tertentu sebagaimana yang dibincangkan dalam masalih al-
mursalah, Siyasah Shar’iyyah dan Maqasid Shariah. Dalam konteks fiqh
aghlabiyyat tentu sekali ia selari dengan kehendak di sebalik perkataan
‘ammah yang merujuk kepada kemaslahatan majoriti masyarakat.

KEPENTINGAN FIQH AGHLABIYYAT DALAM MASYARAKAT

Kepentingan pendekatan fiqh aghlabiyyat dalam masyarakat digariskan


empat perkara iaitu kestabilan negara, integrasi nasional, keadilan
masyarakat, dan risalah Islam.

a. Kestabilan Negara

Kestabilan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah negara. Hal ini
dilihat negara Madinah sendiri jika mengabaikan perjanjian Sahifah
Madinah akan membawa kepada perpecahan. Dalam masa yang sama,
secara politik, ia menguatkan jaminan kestabilan kepimpinan Rasulullah
SAW dalam pemerintahan negara Madinah38.
Bagi negara ini pula, bangsa lain mengakui bahawa bangsa Melayu
berhak ke atas negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Negara39. Jika merujuk kepada Perlembagaan Negara terutama mengenai
Kedudukan Institusi Raja (Perkara 32), Agama Islam (Perkara 3), Bahasa
Malaysia (Perkara 152) dan Hak Istimewa Orang Melayu (Perkara 153),
maka difahami bahawa semuanya itu menandakan pengiktirafan bangsa
Melayu sebagai pribumi negara ini40.
Dalam sejarah Malaysia, nasionalisme Melayu mendahului
nasionalisme Malaysia41. Ketika laungan nasionalisme dibuat menentang
Malayan Union pada tahun 1946 lalu, seluruh masyarakat Melayu tanpa
mengira negeri atau puak dan kaum turut serta dalam perjuangan itu 42 .
Nilai nasionalisme bukan sahaja telah meningkatkan kesefahaman di
antara masyarakat Islam di negara ini tetapi juga telah melahirkan
kesetiaan rakyat bukan Islam kepada negara ini43. Oleh itu, nasionalisme
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 455

yang positif ini dapat melahirkan masyarakat yang stabil di mana


pembangunan berjalan dengan lancar dan kehidupan rakyat jelata menjadi
tenang dan bukan gelisah44.

b. Integrasi dan Perpaduan Nasional

Integrasi nasional boleh dianggap sebagai satu proses atau satu keadaan.
Sebagai satu proses, ia bererti pelbagai kelompok etnik menyesuaikan diri
antara satu dengan lain, bekerjasama dan bersatu padu sebagai satu
keseluruhan. Sebagai satu keadaan, ia menandakan perpaduan,
keharmonian dan ketiadaan prasangka dan diskriminasi. Keadaan sosial
yang dianggap sebagai berintegrasi ialah situasi di mana unsur ras atau
etnisiti tidak ada kesignifikannya dari segi politik ekonomi dan sosial45.
Konsep ‘nasional’ (kebangsaan) yang berasal dari konsep bangsa
berteraskan konsep Malaysia sebagai negara, bukan sebagai kaum atau
ras46.
Integrasi nasional hanya dapat dipupuk dan digalakkan dengan
menggunakan negara sebagai asas dan punca yang maha esa dan maha
muktamad ke arah pencapaian integrasi kaum47. Perkara ini dapat dilihat
bagaimana masyarakat Madinah merupakan satu ummah walaupun
berbeza budaya, akidah (terdiri daripada orang Islam, Yahudi dan
penyembah berhala) dan berbeza suku atau keturunan (terdiri daripada
kaum muhajirin dari Makkah yang berasal daripada kabilah ‘Adnaniyyah,
kaum Ansar daripada kabilah Qahtaniyyah, dan kaum Yahudi daripada
kabilah Samiyyah). Perpaduan dan integrasi yang ditunjukkan di Madinah
ini dicapai dengan dokumen perjanjian yang dikenali sebagai sahifah al-
Madinah48.
Sekurang-kurangnya terdapat tiga faktor penting sebagai pengikat
perpaduan negara iaitu agama, keturunan dan kebudayaan49. Hal ini sudah
sedia ada sebagaimana terdapat dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan
yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang
didasarkan tiga prinsip utama iaitu:
456 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

a. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berteraskan kebudayaan


rakyat asal rantau ini.
b. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.
c. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan itu50.

Hal ini menunjukkan sememangnya telah sedia wujud ciri-ciri umum


yang boleh melahirkan keseragaman dan membentuk kesatuan dalam
kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan suku 51 . Ciri umum
tersebut ialah melalui institusi kesultanan dan Seri Paduka Baginda Yang
diPertuan Agong, bahasa kebangsaan, prinsip-prinsip Rukunegara,
lambang-lambang negara seperti bendera, lagu Negaraku serta lain-lain52.

c. Keadilan Masyarakat

Menurut Sayyid Qutub, pengertian keadilan masyarakat dalam Islam tidak


akan dapat difahami secara tepat melainkan apabila memahami tasawur
Islam tentang ketuhanan, alam sejagat, kehidupan dan manusia. Ini
disebabkan keadilan masyarakat adalah satu cabang yang kecil daripada
empat komponen induk tersebut 53 . Menurut Plato, keadilan sosial ialah
memberikan setiap individu apa yang sepatutnya mengikut kemampuan
dan sumbangannya kepada masyarakat pula ialah prestasi kerjanya yang
jujur mengikut jenis dan taraf jawatan yang dipegangnya. 54 Menurut
Abdullah Muhammad Zin keadilan masyarakat didefinisikan sebagai
kerjasama untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu secara
organik, sehingga setiap anggota masyarakat mempunyai kesempatan dan
peluang yang sama untuk berkembang sesuai dengan kemampuan masing-
masing55.
Al-Mumtahanah ayat lapan menjelaskan Islam mewajibkan orang-
orang Islam mengawal dan memelihara ahli zimmah, iaitu mereka yang di
bawah naungan dan perlindungan serta menjadi jiran kepada kaum
muslimin. Kerana itu tidak ada seorang pun dari orang-orang Islam yang
boleh menceroboh atau melakukan perkara-perkara yang tidak baik
kepada mereka 56 . Oleh kerana itu, keadilan sosial sebagaimana anjuran
Islam adalah mencipta hubungan yang baik di antara semua anggota
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 457

masyarakat. Mereka bersedia untuk membantu sebelum diminta oleh yang


memerlukan atau bersedia berkorban untuk kepentingan orang ramai 57 .
Sebagaimana firman Allah SWT:

               

              

 

Maksudnya: “Dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman
sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada
pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang
Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih
daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat
berhajat. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya”.

Keadilan sosial dalam Islam dilihat bagaimana perhatian Islam


terhadap manusia, di mana orang Zimmi yang ada perjanjian dengan orang
Islam diberi hak kemanusiaan, tidak berbeza sama ada mereka itu ahli
agama atau tidak 58 . Sebagai contoh, semasa pemerintahan Islam di
Andalusia (Sepanyol), khalifah Islam membenarkan orang Yahudi tinggal
berhampiran dengan pemerintah Islam. Tetapi apabila golongan Kristian
melanggar negara Islam, mereka telah melakukan kezaliman yang sangat
teruk kepada orang-orang Islam dan Yahudi. Sehingga hari ini terdapat
orang Yahudi yang tinggal di Morocco setelah melarikan diri dari orang
Kristian di Sepanyol.
Orang Kristian telah dua kali mengusir orang Islam dengan kejam
ketika menawan Baitul Maqdis ditawan oleh orang Islam, pertama kali
pada zaman Umar Ibn al-Khattab, dan kali kedua oleh Salahuddin al-
Ayyubi, penduduk yang menyerah kalah dibebaskan. Pada zaman
pemerintahan Islam, orang-orang Yahudi dan Kristian dibenarkan
mengamalkan agama mereka dengan penuh kebebasan. Tetapi sebaliknya,
perkara seperti ini tidak berlaku apabila negara tersebut diperintah oleh
golongan Kristian.
458 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Ini menunjukkan keadilan sosial dalam Islam menuntut supaya hak


masyarakat itu dipertahankan sedangakan hak individu terpelihara. Kedua,
tidak ada orang yang boleh dikecualikan daripada pengadilan, termasuk
para pemimpin sendiri. Bahkan para pemimpinlah yang menjadi contoh
teladan yang sebaiknya. Prinsip ini menunjukkan bahawa keadilan itu
harus diberikan kepada semua. Ketiga, keadilan sosial dalam Islam harus
selari dengan syarak59.
Keadilan sosial Islam juga dapat dilihat amalan perhambaan (raqabah)
yang menjadi fenomena umum pada masyarakat Arab sebelum Islam
sangat dibenci oleh Islam. Islam datang dengan misi pembebasan (faqqu
raqabah). Faqqu raqabah tidak hanya bererti menghapuskan perhambaan
tetapi juga mengandungi erti pembebasan manusia dari semua bentuk
ketidakadilan sosial seperti eksploitasi manusia atas manusia, diskriminasi
sosial termasuk diskriminasi antara lelaki dan perempuan, dan diskrepensi
sosial atau perbezaan baik dalam kehidupan sosial, ekonomi, pendidikan
dan lain-lain60.
Oleh itu, Islam tidak menafikan sama sekali akan perbezaan dan
kelainan, dan bahkan memberi ruang pula untuk manusia berlaku adil.
Umpamanya dalam konteks pembayaran dan penerimaan zakat di
kalangan orang yang lebih kaya dengan yang lebih miskin.

d. Risalah Islam

Risalah menurut bahasa Arab membawa erti perutusan dan misi 61


Manakala Risalah Islam ialah perutusan Tuhan sekalian alam 62 yang
menyeru insan dan menarik perasaan jiwa dan akalnya kepada akidah dan
ajaran-ajaran Islam serta mengalakkkan supaya beriman dan menganut
akidah, mengamalkan ajaran-ajarannya bagi mencapai kebahagiaan
hidupnya63.
Risalah Islam ini untuk membawa kesejahteraan tidak dihadkan oleh
dimensi masa, tempat dan kuasa. Begitupun ia lebih jelas dalam kondisi
Islam memerintah, bukan diperintah. Ini kerana mana-mana kerajaan
adalah mempunyai ideologi yang digunakan untuk menyatukan atau
sekurangnya mengurangkan perpecahan dalam usaha memastikan
kestabilan negara. Sebagai contoh, pembinaan masjid Quba’ damn masjid
Madinah merupakan asas penting dalam menggambarkan lambing dan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 459

syiar risalah Islam. Masjid bukan hanya menjadi tempat ibadat, malah
urusan-urusan pentadbiran, pendidikaan, perundangan dan sebagainya
dilaksanakan yang secara tersiratnya dapat mendekatkan atau sekurangnya
memahamkan masyarakat pelbagai agama dan bangsa kepada Islam. Ini
akan dikukuhkan lagi dengan juga bagi sesebuah negara dapat
memperkukuhkan penyebaran dakwah dengan pembinaan institusi-
institusi seperti zakat, wakaf, baitulmal, pasar dan sebagainya. Hal ini
secara tidak langsung menggambarkan hegemoni idelogi mahupun ajaran
agama yang dianuti oleh majoriti pendududuk sesebuah negara.
Dalama masa yang sama rahmat risalah Islam memberikan hak-hak
untuk mengamalkan agama, mengekalkan kebudayaan dan memelihati
jatidiri di kalangan non Muslim. Oleh kerana ia menjadi asas penting
dalam politik kenegaraan Islam, para ulamak Islam telah membahaskan
isu ini secara terperinci beradasarkan demografi dan pengalaman sosio
budaya mereka.

KESIMPULAN

Fiqh Aghlabiyyat (Majoriti) ini adalah satu lagi kerangka pemikiran fiqh
yang diperlukan oleh komuniti Muslim masa kini. Asasnya boleh dikesan
dalam sejarah Islam, prinsip Islam serta Fiqh Kenegaraan Islam.
Implementasi terhadap Fiqh ini, dilihat mampu memandu Kerajaan para
pemimpin, badan fatwa dan pihak berkuasa agama untuk terus
mengekalkan kestabilan, perpaduan dan keharmoniaan sesebuah negara
yang didiami oleh majoriti Muslim serta memastikan keadilan, rislah
Islam dan kebajikan dapat dinikmati oleh bukan Muslim.

PENGHARGAAN

Artikel ini merupakan sebahagian output kajian


FRGS/1/2015/5502/UNISZA/02/1. Terima kasih diucapkan kepada pihak
RMIC dan KPT.
460 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

NOTA HUJUNG
1
Ibn Qayyim al-Jawziy, I’lam al-Muqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin, Bayrut: Dar al-Kutub
al-‘Ilmiyyah, 1991, ed. 1, jil. 3, hlm. 12.
2
Al-Bukhari, Muhammad bin Isma’il, al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-
Mukhtasar,Bayrut: Dar Tawq al-Najah, 2001, ed. 1, jil. 1, Kitab Mawaqit al-Salah,
Bab Fadl al-Salah li Waqtiha, No. Hadith: 527, hlm. 112.
3
Sa’id Muhammad Bihi mendefinisikan fiqh al-waqi’ ialah pengetahuan tentang
gambaran sesuatu (dengan memahaminya), kaedah memanfaatkan pengetahuan
tersebut dan keadaan memanfaatkannya (untuk apa dan siapa). Lihat Sa’id
Muhammad Bihi, Ta’sil al-Shar’i li Mafhum Fiqh al-Waqi’, Tesis Doktor Falsafah,
Misr: al-Dar al-‘Alamiyyah li al-Nashr wa al-Tawzi’, t.th., hlm. 195.
4
Fiqh al-nawazil ialah pengetahuan tentang hukum-hakam syarak yang praktikal
bagi masalah-masalah baru. Lihat ‘Abd al-Majid Qasim, Fiqh al-Nawazil wa Fiqh
al-Waqi’- Muqarabah al-Dawabit wa al-Shurut, Mu’tamar al-Fatawa wa Istishraf
al-Mustaqbal: Buhuth ‘Ilmiyyah Muhakkamah, al-Su’udiyyah, Jami’ah al-Qasim,
2013, hlm. 457.
5
Tauseef Ahmad Parray, The Legal Methodology of Fiqh Aqalliyyat and its Critics –
An Analytical Study, Journal of Muslim Minority Affairs, 32, no. 1 (2012): 88-107.
6
Rasmih Shamsu, al-Fiqh al-Islamiy wa al-Iftira’ ‘alayh, Dimasq: Dar al-‘Asama‘,
2011, ed. 1, hlm. 186.
7
‘Abd al-Halim ‘Ali Ramadan, Asas Bina’ al-Mujtama’ al-Muslim fi Sadr al-Awwal,
Muqaddam ila Mu’tamar Makkah al-Mukarramah al-Thalith al-‘Ashir, Rabitah al-
‘Alam al-Islamiy, Makkah al-Mukarramah, 20-21 Oktober, 2012, hlm. 3.
8
Al-Siba’iy, Tarikh Makkah, al-Su’udiyyah: al-Amanah al-‘Ammah li al-Ihtifal,
1999, jil. 1, hlm. 67.
9
Al-Siba’iy, Tarikh Makkah, al-Su’udiyyah: al-Amanah al-‘Ammah li al-Ihtifal,
1999, jil. 1, hlm. 68.
10
‘Abd al-‘Aziz Salim, al-Tarikh al-Siyasi wa al-Hadari li al-Dawlah al-‘Arabiyyah,
al-Iskandariyyah: Mu’assasah Shabab al-Jami’ah, t.th., hlm. 26.
11
‘Abd al-‘Aziz Salim, al-Tarikh al-Siyasi wa al-Hada;;ri li al-Dawlah al-
‘Arabiyyah, al-Iskandariyyah: Mu’assasah Shabab al-Jami’ah, t.th., hlm. 26.
12
‘Abd al-‘Aziz Salim, al-Tarikh al-Siyasi wa al-Hadari li al-Dawlah al-‘Arabiyyah,
al-Iskandariyyah: Mu’assasah Shabab al-Jami’ah, t.th., hlm. 30.
13
‘Abd al-‘Aziz Salim, al-Tarikh al-Siyasi wa al-Hadari li al-Dawlah al-‘Arabiyyah,
al-Iskandariyyah: Mu’assasah Shabab al-Jami’ah, t.th., hlm. 31.
14
‘Abd al-‘Aziz Salim, al-Tarikh al-Siyasi wa al-Hadari li al-Dawlah al-‘Arabiyyah,
al-Iskandariyyah: Mu’assasah Shabab al-Jami’ah, t.th., hlm. 27.
15
Ibid., hlm. 28.
16
‘Abd al-Halim ‘Ali Ramadan, Asas Bina’ al-Mujtama’ al-Muslim fi Sadr al-Awwal,
Muqaddam ila Mu’tamar Makkah al-Mukarramah al-Thalith al-‘Ashir, Rabitah al-
‘Alam al-Islamiy, Makkah al-Mukarramah, 20-21 Oktober, 2012, hlm. 7.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 461

17
‘Abd al-Halim ‘Ali Ramadan, Asas Bina’ al-Mujtama’ al-Muslim fi Sadr al-Awwal,
Muqaddam ila Mu’tamar Makkah al-Mukarramah al-Thalith al-‘Ashir, Rabitah al-
‘Alam al-Islamiy, Makkah al-Mukarramah, 20-21 Oktober, 2012, hlm. 7.
18
‘Abd al-‘Aziz Salim, al-Tarikh al-Siyasi wa al-Hadari li al-Dawlah al-‘Arabiyyah,
al-Iskandariyyah: Mu’assasah Shabab al-Jami’ah, t.th., hlm. 36.
19
‘Abd al-‘Aziz Salim, al-Tarikh al-Siyasi wa al-Hadari li al-Dawlah al-‘Arabiyyah,
al-Iskandariyyah: Mu’assasah Shabab al-Jami’ah, t.th., hlm. 36.
20
Ibn Hisham, ‘Abd al-Malik, al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisham, Misr: Shirkah
Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1955, ed. 2, jil. 1, hlm. 615.
21
Al-Tirmidhi, Muhammad bin ‘Isa, Sunan al-Tirmidhi, Misr: Shirkah Maktabah wa
Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1975, ed. 2, jil. 4, no. hadith 2166, hlm. 466.
22
Al-Raysuni, Ahmad, al-Fikr al-Islamiy wa Qadaya al-Siyasiyyah al-Mu’asirah, al-
Qahirah: Dar al-Kalimah, 2009, hlm. 89.
23
Ahmad bin Muhammad, Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, t.tp.: Mu’assasah al-
Risalah, 2001, ed. 1, jil. 30, no. hadith 18450, hlm. 392.
24
Ibn Qayyim, Muhammad bin Abi Bakr, ‘I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin,
al-Mamlakah al-‘Arabiyyah al-Su’udiyyah: Dar Ibn Jawzi li al-Nashr wa al-Tawzi’,
2002, ed. 1, jil. 5, hlm. 547.
25
Al-Suyuti, ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr, al-Ashbah wa al-Naza’ir, t.tp.: Dar al-
Kutub al-‘Ilmiyyah, 1990, ed. 1, hlm. 121.
26
Al-‘Inzi, ‘Abd Allah bin Yusuf, Taysir ‘Ilm Usul al-Fiqh, Bayrut: Mu’assasah al-
Rayyan, 1997, ed. 1, hlm. 339.
27
Ibn Manzur, Muhammad bin Mukarram, Lisan al-‘Arab, Bayrut: Dar Sadir, 1993,
ed. 3, jil. 13, hlm. 522.
28
Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madhhab al-Imam al-Shafi’i,
Dimasq: Dar al-Qalam, 1992, ed. 4, jil. 1, hlm. 7.
29
Al-Jurjaniy, ‘Ali bin Muhammad, Kitab al-Ta’rifat, Bayrut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah, 1983, ed. 1, hlm. 168.
30
Al-‘Uthaymayn, Muhammad bin Salih, Sharh Alfiyah Ibn Malik, Nashirun:
Maktabah al-Rushd, 2013, ed. 1, jil. 3, hlm. 68.
31
‘Abbas Hasan, Nahw al-Wafi, t.tp.: Dar al-Ma’arif, t.th., jil. 3, hlm. 25.
32
Al-Khayyat, ‘Abd al-‘Aziz, al-Nizam al-Siyasiy fi al-’Islam, al-Qahirah: Dar al-
Salam, 2004, ed. 2, hlm. 162.
33
Al-Baghdadiy, ‘Abd al-Qahir bin Tahir, op. cit., hlm. 275.
34
Al-Taftazani, Mas‘ud bin ‘Umar, Sharh al-Maqasid, Bayrut: ‘Alam al-Kutub, 1998,
jil. 5, hlm. 245. Menurut al-Ashqar, pegawai yang dilantik bagi mengurus
pentadbiran negara seharusnya seorang yang qawiy al-amin. Qawiy adalah sifat
seseorang yang mempunyai kemampuan badan, amal dan berfikir. Al-amin pula
adalah usaha dengan cara paling terbaik secara bersungguh-sungguh dan tidak
khianat tanggungjawab yang diberikan. Lihat Al-Ashqar, ‘Umar Sulayman, Nahw
Thaqafah Islamiyyah Asilah, al-Urdun: Dar al-Nafais, 1999, ed. 7, hlm. 337.
Walaupun qawiy al-amin disebut sebagai sifat yang mesti ada pada seorang
462 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

pegawai dalam menguruskan pentadbiran negara, maka lebih-lebih lagi calon


seseorang pemimpin mesti lebih perlu mempunyai sifat sedemikian.
35
Ibn Khaldun, ‘Abd al-Rahman bin Muhammad, Muqaddimah Ibn Khaldun,
Dimashq: Dar Yu’rab, 2004, ed. 1, hlm. 370.
36
Abd al-Qadir al-‘Awdah, al-Islam wa Awda’ina al-Siyasah, Bayrut: Mua’assasah
al-Risalah, 1981, hlm. 169.
37
Rashid bin ‘Ali Rida, al-Khilafah, al-Qahirah: al-Zahra’ li al-‘A’lam al-‘Arabiy,
t.th., hlm. 43.
38
‘Abd al-‘Aziz Salim, al-Tarikh al-Siyasi wa al-Hadari li al-Dawlah al-‘Arabiyyah,
al-Iskandariyyah: Mu’assasah Shabab al-Jami’ah, t.th., hlm. 36.
39
Utusan Malaysia, Bangsa Melayu Tuan di Negara ini – Tunku, Khamis 6 November
1986, dalam buku Isu-Isu Perpaduan Nasional: Cabaran, Pencapaian dan Masa
Depan, Kedah: Sekolah Pengajian Asasi Universiti Utara Malaysia, 1987, ed. 1,
hlm. 316.
40
Ibid., 317
41
Khoo Kay Kim, Nasionalisme yang Positif Stabilkan Masyarakat, dalam buku Isu-
Isu Perpaduan Nasional: Cabaran, Pencapaian dan Masa Depan, Kedah: Sekolah
Pengajian Asasi Universiti Utara Malaysia, 1987, ed. 1, hlm. 116.
42
Utusan Malaysia, Nasionalisme Malaysia Melampaui Batas-batas Kaum,
31.8.1985, dalam buku Isu-Isu Perpaduan Nasional: Cabaran, Pencapaian dan Masa
Depan, Kedah: Sekolah Pengajian Asasi Universiti Utara Malaysia, 1987, ed. 1,
hlm. 125.
43
Ibid.
44
Ibid., hlm. 117.
45
Ting Chew Peh, Sains Sosial dan Integrasi Nasional, dalam buku Beberapa Asas
Integrasi Nasional Pro dan Kontranya, Kuala Lumpur: Penerbit Karya Kreatif,
1986, hlm. 34.
46
Cheu Hock Tong, Beberapa Asas Integrasi Nasional Pro dan Kontranya, Kuala
Lumpur: Penerbit Karya Kreatif, 1986, ed. 1, hlm. 3.
47
Cheu Hock Tong, Beberapa Asas Integrasi Nasional Pro dan Kontranya, Kuala
Lumpur: Penerbit Karya Kreatif, 1986, ed. 1, hlm. 3.
48
‘Abd al-Halim ‘Ali Ramadan, Asas Bina’ al-Mujtama’ al-Muslim fi Sadr al-Awwal,
Muqaddam ila Mu’tamar Makkah al-Mukarramah al-Thalith al-‘Ashir, Rabitah al-
‘Alam al-Islamiy, Makkah al-Mukarramah, 20-21 Oktober, 2012, hlm. 7.
49
Abdullah Nawi, Peranan Kebudayaan Kebangsaan dalam Integrasi Rakyat, dalam
buku Beberapa Asas Integrasi Nasional Pro dan Kontranya, Kuala Lumpur:
Penerbit Karya Kreatif, 1986, hlm. 96.
50
Abdullah Nawi, Peranan Kebudayaan Kebangsaan dalam Integrasi Rakyat, dalam
buku Beberapa Asas Integrasi Nasional Pro dan Kontranya, Kuala Lumpur:
Penerbit Karya Kreatif, 1986, hlm. 97.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 463

51
Abdullah Nawi, Peranan Kebudayaan Kebangsaan dalam Integrasi Rakyat, dalam
buku Beberapa Asas Integrasi Nasional Pro dan Kontranya, Kuala Lumpur:
Penerbit Karya Kreatif, 1986, hlm. 96.
52
Ibid., hlm. 97.
53
Sayyid Qutub, al-‘Adalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam, al-Qahirah: Dar al-Shuruq,
1993, ed. 13, hlm. 20.
54
Abdullah Muhammad Zin, Keadilan Sosial pada Zaman Rasulullah dan Khulafa’
al-Rasyidin, dalam buku Keadilan Sosial dari Perspektif Islam, Selangor: MPH
Group Publishing Sdn Bhd, 2007, hlm. 38.
55
Abdullah Muhammad Zin, Keadilan Sosial pada Zaman Rasulullah dan Khulafa’
al-Rasyidin, dalam buku Keadilan Sosial dari Perspektif Islam, Selangor: MPH
Group Publishing Sdn Bhd, 2007, hlm. 21.
56
Salahuddin Almunjid, Masyarakat Islam di bawah Naungan Keadilan, Kuala
Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, 1988, ed. 1, hlm. 23.
57
Abdullah Muhammad Zin, Keadilan Sosial pada Zaman Rasulullah dan Khulafa’
al-Rasyidin, dalam buku Keadilan Sosial dari Perspektif Islam, Selangor: MPH
Group Publishing Sdn Bhd, 2007, hlm. 23.
58
Razali Nawawi, Pendekatan Islam terhadap Keadilan Sosial, Kuala Lumpur:
Angkatan Belia Islam Malaysia, 1983, hlm. 162.
59
Syed Othman Alhabshi, Keadilan Sosial dalam Negara Islam Silam dan
Hubungannya dengan Malaysia Kini, dalam buku Keadilan Sosial dari Perspektif
Islam, Selangor: MPH Group Publishing Sdn Bhd, 2007, hlm. 42-43.
60
M. Din Syamsuddin, Keadilan Sosial di Indonesia, dalam buku Keadilan Sosial dari
Perspektif Islam, Selangor: MPH Group Publishing Sdn Bhd, 2007, hlm. 50-51.
61
Al-Razi, Muhammad bin Abi Bakr, Mukhtar al-Sihah, Bayrut: al-Maktabah al-
‘Asriyyah, 1999, ed. 5, hlm. 122.
62
Al-Zubaydi, Muhammad bin Muhammad, Taj al-‘Urus min Jawahir al-Qamus,
t.tp.: Dar al-Hidayah, t.th., jil. 29, hlm. 74.
63
Ismail Abdullah, Fungsi Dakwah dalam Perpaduan Nasional, dalam buku Isu-Isu
Perpaduan Nasional: Cabaran, Pencapaian dan Masa Depan, Kedah: Sekolah
Pengajian Asasi Universiti Utara Malaysia, 1987, ed. 1, hlm. 256.

RUJUKAN

‘Abbas Hasan, Nahw al-Wafi, t.tp.: Dar al-Ma’arif, t.th.


‘Abd al-‘Aziz Salim, al-Tarikh al-Siyasi wa al-Hadari li al-Dawlah al-
‘Arabiyyah, al-Iskandariyyah: Mu’assasah Shabab al-Jami’ah, t.th.
‘Abd al-Halim ‘Ali Ramadan, Asas Bina’ al-Mujtama’ al-Muslim fi Sadr
al-Awwal, Muqaddam ila Mu’tamar Makkah al-Mukarramah al-
464 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Thalith al-‘Ashir, Rabitah al-‘Alam al-Islamiy, Makkah al-


Mukarramah, 20-21 Oktober, 2012.
‘Abd al-Majid Qasim, Fiqh al-Nawazil wa Fiqh al-Waqi’- Muqarabah al-
Dawabit wa al-Shurut, Mu’tamar al-Fatawa wa Istishraf al-
Mustaqbal: Buhuth ‘Ilmiyyah Muhakkamah, al-Su’udiyyah, Jami’ah
al-Qasim, 2013.
Abd al-Qadir al-‘Awdah, al-Islam wa Awda’ina al-Siyasah, Bayrut:
Mua’assasah al-Risalah, 1981.
Abdullah Muhammad Zin, Keadilan Sosial pada Zaman Rasulullah dan
Khulafa’ al-Rasyidin, dalam buku Keadilan Sosial dari Perspektif
Islam, Selangor: MPH Group Publishing Sdn Bhd, 2007.
Abdullah Nawi, Peranan Kebudayaan Kebangsaan dalam Integrasi
Rakyat, dalam buku Beberapa Asas Integrasi Nasional Pro dan
Kontranya, Kuala Lumpur: Penerbit Karya Kreatif, 1986.
Ahmad bin Muhammad, Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, t.tp.:
Mu’assasah al-Risalah, ed. 1, jil. 30, 2001.
Al-Ashqar, ‘Umar Sulayman, Nahw Thaqafah Islamiyyah Asilah, al-
Urdun: Dar al-Nafais, ed. 7, 1999.
Al-Bukhari, Muhammad bin Isma’il, al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-
Mukhtasar, Bayrut: Dar Tawq al-Najah, ed. 1, jil. 1, 2001.
Cheu Hock Tong, Beberapa Asas Integrasi Nasional Pro dan Kontranya,
Kuala Lumpur: Penerbit Karya Kreatif, ed. 1, 1986.
Ibn Hisham, ‘Abd al-Malik, al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisham, Misr:
Shirkah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi, ed. 2, jil.
1, 1955.
Ibn Khaldun, ‘Abd al-Rahman bin Muhammad, Muqaddimah Ibn
Khaldun, Dimashq: Dar Yu’rab, ed. 1, 2004.
Ibn Manzur, Muhammad bin Mukarram, Lisan al-‘Arab, Bayrut: Dar
Sadir, ed. 3, jil. 13, 1993.
Ibn Qayyim al-Jawziy, I’lam al-Muqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin, Bayrut: Dar
al-Kutub al-‘Ilmiyyah, ed. 1, jil. 3, 1991.
Ibn Qayyim, Muhammad bin Abi Bakr, ‘I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb
al-‘Alamin, al-Mamlakah al-‘Arabiyyah al-Su’udiyyah: Dar Ibn Jawzi
li al-Nashr wa al-Tawzi’, ed. 1, jil. 5, 2002.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 465

Al-‘Inzi, ‘Abd Allah bin Yusuf, Taysir ‘Ilm Usul al-Fiqh, Bayrut:
Mu’assasah al-Rayyan, ed. 1, 1997.
Ismail Abdullah, Fungsi Dakwah dalam Perpaduan Nasional, dalam buku
Isu-Isu Perpaduan Nasional: Cabaran, Pencapaian dan Masa Depan,
Kedah: Sekolah Pengajian Asasi Universiti Utara Malaysia, ed. 1,
1987.
Al-Jurjaniy, ‘Ali bin Muhammad, Kitab al-Ta’rifat, Bayrut: Dar al-Kutub
al-‘Ilmiyyah, ed. 1, 1983.
Al-Khayyat, ‘Abd al-‘Aziz, al-Nizam al-Siyasiy fi al-’Islam, al-Qahirah:
Dar al-Salam, ed. 2, 2004.
Khoo Kay Kim, Nasionalisme yang Positif Stabilkan Masyarakat, dalam
buku Isu-Isu Perpaduan Nasional: Cabaran, Pencapaian dan Masa
Depan, Kedah: Sekolah Pengajian Asasi Universiti Utara Malaysia,
ed. 1, 1987.
M. Din Syamsuddin, Keadilan Sosial di Indonesia, dalam buku Keadilan
Sosial dari Perspektif Islam, Selangor: MPH Group Publishing Sdn
Bhd, 2007.
Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madhhab al-Imam al-
Shafi’i, Dimasq: Dar al-Qalam, ed. 4, jil. 1, 1992.
Rashid bin ‘Ali Rida, al-Khilafah, al-Qahirah: al-Zahra’ li al-‘A’lam al-
‘Arabiy, t.th.
Rasmih Shamsu, al-Fiqh al-Islamiy wa al-Iftira’ ‘alayh, Dimasq: Dar al-
‘Asama‘,ed. 1, 2011.
Al-Raysuni, Ahmad, al-Fikr al-Islamiy wa Qadaya al-Siyasiyyah al-
Mu’asirah, al-Qahirah: Dar al-Kalimah, 2009.
Razali Nawawi, Pendekatan Islam terhadap Keadilan Sosial, Kuala
Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia, 1983.
Al-Razi, Muhammad bin Abi Bakr, Mukhtar al-Sihah, Bayrut: al-
Maktabah al-‘Asriyyah, ed. 5, 1999.
Sa’id Muhammad Bihi, Ta’sil al-Shar’i li Mafhum Fiqh al-Waqi’, Tesis
Doktor Falsafah, Misr: al-Dar al-‘Alamiyyah li al-Nashr wa al-
Tawzi’, t.th.
Salahuddin Almunjid, Masyarakat Islam di bawah Naungan Keadilan,
Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, ed. 1, 1988.
466 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Sayyid Qutub, al-‘Adalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam, al-Qahirah: Dar al-


Shuruq, ed. 13, 1993.
Al-Siba’iy, Tarikh Makkah, al-Su’udiyyah: al-Amanah al-‘Ammah li al-
Ihtifal, jil. 1, 1999.
Al-Suyuti, ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr, al-Ashbah wa al-Naza’ir, t.tp.:
Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, ed. 1, 1990.
Syed Othman Alhabshi, Keadilan Sosial dalam Negara Islam Silam dan
Hubungannya dengan Malaysia Kini, dalam buku Keadilan Sosial
dari Perspektif Islam, Selangor: MPH Group Publishing Sdn Bhd,
2007.
Al-Taftazani, Mas‘ud bin ‘Umar, Sharh al-Maqasid, Bayrut: ‘Alam al-
Kutub, jil. 5, 1998.
Tauseef Ahmad Parray, The Legal Methodology of Fiqh Aqalliyyat and its
Critics – An Analytical Study, Journal of Muslim Minority Affairs,
32, no. 1 (2012): 88-107.
Ting Chew Peh, Sains Sosial dan Integrasi Nasional, dalam buku
Beberapa Asas Integrasi Nasional Pro dan Kontranya, Kuala Lumpur:
Penerbit Karya Kreatif, 1986.
Al-Tirmidhi, Muhammad bin ‘Isa, Sunan al-Tirmidhi, Misr: Shirkah
Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi, ed. 2, jil. 4, 1975.
Al-‘Uthaymayn, Muhammad bin Salih, Sharh Alfiyah Ibn Malik,
Nashirun: Maktabah al-Rushd, ed. 1, jil. 3, 2013.
Utusan Malaysia, Bangsa Melayu Tuan di Negara ini – Tunku, Khamis 6
November 1986, dalam buku Isu-Isu Perpaduan Nasional: Cabaran,
Pencapaian dan Masa Depan, Kedah: Sekolah Pengajian Asasi
Universiti Utara Malaysia, 1987, ed. 1, hlm. 316.
Utusan Malaysia, Nasionalisme Malaysia Melampaui Batas-batas Kaum,
31.8.1985, dalam buku Isu-Isu Perpaduan Nasional: Cabaran,
Pencapaian dan Masa Depan, Kedah: Sekolah Pengajian Asasi
Universiti Utara Malaysia, 1987, ed. 1, hlm. 125.
Al-Zubaydi, Muhammad bin Muhammad, Taj al-‘Urus min Jawahir al-
Qamus, t.tp.: Dar al-Hidayah, jil. 29, t.th..
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 467

Syeikh Abdul Malik bin Abdullah dan


Sumbangannya dalam Penulisan
Karya Fikah di Semenanjung
Tanah Melayu
ZURITA MOHD YUSOFF, ABDUL KARIM ALI, HASANULDDIN MOHD,
M.HAFIY A.MALEK, NAJIHAH ABD WAHID
& JAMALLUDDIN HASHIM

ABSTRAK

Kesungguhan para ulama silam dalam menyebarkan ilmu Islam menjadi


factor utama kepada perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu.
Salah seorang ulama silam yang giat menghasilkan kitab-kitab agama
ialah Syeikh Abdul Malik bin Abdullah, seorang ulama kelahiran negeri
Terengganu. Beliau turut dikenali sebagai Tok Pulau Manis. Walau
bagaimanapun, ramai dalam kalangan masyarakat hari ini yang tidak
mengenali tokoh ini apatah lagi sumbangan-sumbangan beliau dalam
perkembangan Islam di Semenanjung Melayu. Justeru, kertas kerja ini
bertujuan untuk mengkaji latar belakang atau riwayat hidup Tok Pulau
Manis dan mengetengahkan beliau sebagai seorang tokoh ulama silam
yang pertama menghasilkan karya-karya fikah di Semenanjung Melayu.
Bagi mendapatkan data-data berkenaan kajian ini, metode temubual dan
juga metode dokumentasi digunakan. Tok Pulau Manis merupakan
seorang ulama yang amat disegani oleh golongan atasan seperti pembesar-
pembesar malah mendapat kepercayaan yang tinggi daripada Sultan Zainal
Abidin I sendiri. Penglibatan beliau dalam menghasilkan kitab-kitab fikah
bertulisan Jawi pada abad ke-17 dan ke-18 telah meletakkan beliau
sebagai perintis kepada penulisan karya-karya fikah di Semenanjung
Tanah Melayu.

Kata kunci: Syeikh Abdul Malik bin Abdullah, Sumbangan, Karya Fikah,
Semenanjung Melayu
468 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

PENGENALAN

Agama Islam telah dikesan bertapak di Nusantara semenjak kurun ke-7


Masihi (M) lagi dengan kedatangan masyarakat Arab di Tanah Jawa. Di
Semenanjung Malaysia atau dulunya dikenali sebagai Semenanjung
Melayu, kedatangan Islam didapati bermula sebelum kurun ke-14M lagi.
Penemuan Batu Bersurat di Terengganu pada tahun 1303M telah
membuktikan hukum-hakam Islam telah diamalkan oleh pemerintah dan
rakyat Semenanjung Melayu ketika itu. Seterusnya, ajaran Islam menjadi
semakin berkembang di Nusantara dengan adanya usaha yang giat
dilakukan oleh para ulama dan pendakwah tempatan mahupun yang
datang dari negara-negara luar seperti Baghdad, Mesir, Yaman dan Arab
Saudi. Para ulama ini bukan sahaja menyebarkan Islam secara lisan, malah
turut menghasilkan karya-karya dalam pelbagai ilmu Islam seperti akidah,
fiqh, tafsir dan akhlak. Penghasilan karya-karya berunsur Islam di
Semenanjung Melayu telah sampai ke kemuncaknya pada abad ke-17
ekoran daripada perkembangan pesat kegiatan penyebaran Ilmu Islam di
Nusantara yang berpusat di Acheh yang lebih dikenali sebagai ‘Serambi
Mekah’ ketika itu (Mahayudin 2000).
Ilmu fekah merupakan salah satu cabang ilmu yang sangat penting
untuk difahami dan diamalkan oleh setiap muslim. Bermula dari awal
kedatangan Islam di Semenanjung Melayu sehingga abad ke-17, bilangan
kitab-kitab fiqh berbahasa Melayu sangat sedikit dan menyukarkan
masyarakat Islam ketika itu untuk mendapatkan bahan ilmiah agama
dalam bahasa mereka. Selain kuliah-kuliah agama yang disampaikan oleh
ulama ketika itu, masyarakat Islam juga memerlukan bahan bacaan atau
kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu untuk dijadikan rujukan. Dalam
berhadapan dengan isu kekurangan bahan rujukan agama dalam bahasa
Melayu, Tok Pulau Manis telah menghasilkan karya-karya agama dalam
bahasa Melayu, khususnya karya-karya yang membincangkan persoalan
ibadat seperti taharah, solat dan puasa.

KELAHIRAN DAN KEMATIAN TOK PULAU MANIS

Tok Pulau Manis merupakan seorang ulama kelahiran Negeri Terengganu


yang berketurunan pendakwah dari Baghdad. Menurut catatan kelahiran
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 469

dan kewafatan yang terdapat pada makam beliau di Kampung Pulau Manis,
Kuala Terenggganu, Tok Pulau Manis telah dilahirkan pada tahun
1089H/1678M dan meninggal pada tahun 1149H/1736M (Lawatan ke
Makam Tok Pulau Manis 15hb Januari 2011). Tarikh-tarikh yang tercatat
ini menunjukkan bahawa Tok Pulau Manis telah meninggal pada usia 58
tahun.
Namun, terdapat beberapa fakta yang menunjukkan Tok Pulau Manis
lahir lebih awal dari tarikh yang tercatat di atas. Dalam sebuah kitab
karangan beliau, terdapat catatan bahawa beliau pernah berguru dengan
seorang ulama Mekah yang terkenal iaitu Syeikh Ibrahim al-Kurani yang
hidup di antara tahun 1025H/1661M- 1101H/1690M. Sekiranya dikatakan
Tok Pulau Manis lahir pada tahun 1678M, maka umur beliau ketika
gurunya meninggal dunia baru sahaja 12 tahun (Shafie 1977). Pada
pandangan pengkaji, tidak munasabah pada usia semuda itu beliau telah
beberapa tahun menuntut ilmu di Mekah dan Acheh. Cerita-cerita yang
disampaikan secara lisan dari waris keturunan beliau dan beberapa fakta
lain yang dikemukakan oleh pengkaji sebelum ini juga menguatkan lagi
fakta bahawa Tok Pulau Manis lahir lebih awal dari tarikh yang tercatat di
makam beliau (Shafie 1977, Ibrahim: 15 Januari 2011 dan Mohd Saleh
1983).
Tarikh meninggal Tok Pulau Manis yang tercatat pada makam beliau
pula adalah munasabah dan tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak
iaitu pada tahun 1149H/1736M. Beliau meninggal ketika berusia kira-kira
86 tahun. Fakta ini bersesuaian dengan satu maklumat yang menyebut
bahawa peringkat akhir hayatnya beliau merupakan seorang yang lanjut
usianya (M.C. ff. Sheppard 1949:11). Cerita-cerita lisan dari keturunan
beliau juga menyebut bahawa Tok Pulau Manis meninggal ketika usianya
agak tua (Shafie 1984).

PENGAJIAN TOK PULAU MANIS

Pengajian Tok Pulau Manis boleh dikategorikan kepada dua peringkat


iaitu pengajian di Jawa dan Aceh, dan juga pengajian di Mekah dan
Madinah. Pengajian beliau di Jawa dan Acheh boleh disifatkan sebagai
pencarian ilmu agama di peringkat asas, manakala di Mekah dan Madinah,
beliau menuntut ilmu yang lebih tinggi peringkatnya. Guru pertama Tok
470 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Pulau Manis adalah bapanya sendiri iaitu Syeikh Abdullah bin Syeikh
Abdul Qahar. Sebelum berhijrah ke negeri-negeri lain, beliau juga
menuntut ilmu dengan ulama-ulama tempatan (Ibrahim 1999).
Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di Acheh yang
merupakan pusat ilmu di Nusantara dan menjadi tempat pengajian pertama
sebelum seseorang itu melanjutkan pelajaran di Mekah. Sesuai dengan
kemasyhuran dan kehebatan Acheh ketika itu, ia dikenali juga dengan
nama Serambi Mekah (Ibrahim 1999). Tok Pulau Manis dikenali sebagai
seorang murid yang hebat dan terkemuka kepada Syeikh Abdul Rauf
Singkel (Azyumardi Azra 1994). Bukti pengembaraan Tok Pulau Manis
ke Acheh ialah terdapat sebuah kitab yang disalin tangan oleh beliau
berjudul Tafsiran Baiḍawi dan dikarang dalam Bahasa Melayu oleh
Syeikh Abdul Rauf Singkel (Shafie 1989).
Syeikh Abdul Rauf Singkel merupakan murid kepada dua orang
ulama terkenal di Mekah iaitu Syeikh Ibrahim al-Kurani dan Syeikh
Ahmad al-Qusaisyi. Syeikh Abdul Rauf Singkel ketika itu merupakan
ulama istana yang alim dalam bidang hadis, fiqh, usuluddin, nahu, saraf,
tafsir, tasawuf dan juga pemimpin Tarekat Shatariyyah. Setelah Syeikh
Abdul Rauf Singkel mendapati muridnya yang bernama Abdul Malik bin
Abdullah menguasai ilmu hadis, tafsir, nahu, saraf, fiqh dan tasawuf,
beliau telah bersetuju untuk membaiahkannya dengan Tarekah
Shatariyyah (Shafie 1989).
Tok Pulau Manis telah berhijrah ke Mekah sekitar tahun 1680-an iaitu
ketika usianya dalam lingkungan 30-an. Sehingga kini, belum dapat
dipastikan siapakah penduduk Tanah Melayu yang pertama berhijrah
untuk menuntut ilmu di Mekah, tetapi kajian yang dilakukan oleh sarjana
lepas menunjukkan Tok Pulau Manis merupakan di antara penduduk
terawal Tanah Melayu yang menuntut di Mekah. Beliau akhirnya pulang
ke tanahair memberikan sumbangan yang amat signifikan sebagaimana
juga ulama-ulama lain seperti Muhammad Arsyad al-Banjari, Nawawi al-
Bantani dan Syeikh Daud al-Fatani (Mohammad Redzuan 1998).
Di antara ketiga-tiga bidang ilmu iaitu aqidah, tasawuf dan fiqh ini,
Tok Pulau Manis amat meminati pengajian ilmu tasawuf. Bidang
pengajian kedua yang diberi perhatian oleh Tok Pulau Manis ialah ilmu
fiqh. Guru utamanya ialah Syeikh Ibrahim al-Kurani. Berdasarkan kitab-
kitab karangannya, terdapat banyak kitab-kitab fiqh yang menjadi rujukan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 471

beliau seperti Daw al-Shama’ah karangan Syeikh Jalaluddin al-Suyuṭi,


Munyah Ahl al-Wara’ karangan Syeikh Ahmad al-Qusaishi, Minhaj al-
Ṭalibin karangan Imam Nawawi, Tatimmah oleh Ibn Matuli, al-Hawi oleh
al-Mawardi dan Nihayah oleh Imam al-Ramli (Shafie 1985).
Di dalam bidang Usuludin, Tok Pulau Manis telah memilih
pendekatan Imam al-Ash‘ari yang menjadi ikutan umum pengikut ahli al-
Sunnah wa al-Jamaah di dunia Islam. Pendekatan ini jugalah yang telah
diikuti oleh pemimpin-pemimpin Tarikat Shadhiliyyah seperti Abu al-
Hassan al-Shadhili dan Abu al-‘Abbas al-Mursi (Shafie 1989).
Berdasarkan kitab-kitab hasil karangan Tok Pulau Manis, beliau bukan
hanya menguasai tiga bidang ilmu yang diterangkan di atas, tetapi turut
mendalami ilmu-ilmu lain seperti tafsir, hadis, mustalah dan ilmu-ilmu
bantu seperti nahu, saraf, balaghah dan sirah nabawiyyah. Keluasan ilmu
pengetahuannya dalam pelbagai bidang telah melayakkannya menjadi
seorang ulama (Shafie 1985).
Dalam usia kira-kira 40 tahun, Tok Pulau Manis telah meninggalkan
Mekkah dan kembali ke kampung halamannya. Kepulangan beliau ke
tanahair dikaitkan dengan kesedihannya di atas kematian gurunya iaitu
Syeikh Ibrahim al-Kurani pada tahun 1101H/ 1690M. Ini kerana beliau
pulang ke tanahair selepas beberapa hari Syeikh Ibrahim al-Kurani
meninggal dunia.
Menurut Dato’ Haji Ambak, Tok Pulau Manis adalah seorang yang
faqih, sufi dan arif. Kehebatannya dapat dilihat dalam karangan beliau
berjudul Kitab Hikam yang bukan sekadar diterjemah, tetapi disusun dan
dihuraikan berdasarkan realiti semasa ketika itu (Dato’ Ambak bin Ismail
1 Februari 2011). Menurut Haji Ismail bin Embong, Tok Pulau Manis
adalah ulama yang mendahului zaman dan jasanya dikenang sehingga ke
hari ini (Ismail bin Embong 1 Februari 2011). Di dalam Seminar Maal
Hijrah yang berlangsung di Kuala Terengganu, satu resolusi telah
dikemukakan iaitu cadangan mengabadikan nama Tok Pulau Manis
sebagai nama yang bersejarah. Akhirnya, sebuah sekolah menengah
agama berasrama penuh telah diletakkan nama beliau dan kini sekolah
tersebut dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok
Pulau Manis.
472 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

KARYA-KARYA FIQH KARANGAN TOK PULAU MANIS

Tok Pulau Manis merupakan ulama tempatan yang terawal menulis karya-
karya fiqh di Semenanjung Melayu. Beliau bersungguh-sungguh
menghasilkan karya-karya fiqh kerana sehingga ke akhir abad ke-17 dan
awal abad ke-18, karangan-karangan agama dalam bahasa Melayu amat
sedikit dan terhad. Hasil karangan beliau telah menjadi rujukan penting
bagi penduduk Terengganu dan juga penduduk di luar Terengganu.
Terdapat tiga buah penulisan dalam bidang fiqh yang jelas dikarang
oleh Tok Pulau Manis iaitu Kitab al-Kifayah, Risalah al-Naql dan Risalah
Kayfiyah Niyyah. Tok Pulau Manis aktif di dalam bidang penulisan kitab
semenjak berada di Acheh. Tetapi kitab-kitab yang ditulis di Acheh lebih
berbentuk salinan semula dan terjemahan (Shafie 1984).

Kitab al-Kifayah

Kitab yang kedua terbesar hasil karangan Tok Pulau Manis ialah Kitab al-
Kifayah yang membicarakan tentang Usuluddin dan fiqh. Ia
membicarakan tentang persoalan-persoalan aqidah dan hukum-hukum fiqh
seperti taharah, solat, puasa, zakat, binatang yang halal dan haram
dimakan dan pengurusan jenazah (Syeikh Abdul Malik, t.t). Kitab ini
dikarang bertujuan untuk dijadikan bahan pengajaran oleh beliau untuk
masyarakat setempat. Namun, kitab ini tidak pernah dicetak dan sudah
tidak berjaya ditemui oleh pengkaji kecuali dua naskhah yang tersimpan di
Perpustakaan Negara Malaysia dan satu naskhah lagi di Muzium Kesenian
Islam Malaysia.
Perkataan “Kifayah” berasal dari kalimah Arab yang bermaksud
‘mencukupi’. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa perkataan Kifayah
bagi tajuk kitab ini membawa maksud ilmu-ilmu agama yang sangat
penting, mencukupi dan menjadi asas bagi seorang muslim. Ini bermaksud
Kitab al-Kifayah ialah kitab yang mengandungi perbahasan yang lengkap
tentang ilmu asas yang wajib diketahui oleh seorang muslim atau disebut
juga sebagai ilmu fardu ain.
Daripada penelitian terhadap ketiga-tiga naskhah Kitab al-Kifayah
yang ditemui oleh pengkaji, tiada satu pun naskhah yang menyatakan
tarikh asal Tok Pulau Manis mengarang Kitab al-Kifayah ini. Namun
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 473

menurut Ismail Che Daud (2012), Kitab al-Kifayah ini selesai ditulis pada
hari Khamis 25 Syawal 1138H bersamaan 27hb Jun 1726M.
Sebagai kitab fiqh tertua yang ditulis di Terengganu dan di antara
kitab fiqh tertua di Tanah Melayu selepas Kitab Ṣiraṭ al-Mustaqim (Zurita
2014), pengkaji berpendapat Kitab al-Kifayah ini dikarang dengan tujuan
untuk menyebarkan ilmu agama yang asas samada dari aspek tauhid dan
juga fiqh kepada masyarakat ketika itu. Memandangkan pengetahuan
agama Islam di kalangan masyarakat ketika itu sangat terbatas dan Tok
Pulau Manis merupakan salah seorang penduduk Tanah Melayu yang
terawal menuntut ilmu di Mekah (Mohammad Redzuan,1998), sudah
tentulah Kitab al-Kifayah ini menjadi perhatian rakyat Terengganu ketika
itu dan memainkan peranan besar di dalam menyebarkan ilmu agama
Islam.
Pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, kitab-kitab agama yang
ditulis di dalam bahasa Melayu khususnya yang membahaskan ilmu fiqh
juga amat terhad (Shafie 1985). Kitab fiqh yang ada pada zamannya
hanyalah kitab yang dikarang oleh ulama Acheh dan kitab yang dianggap
paling muktabar sehingga pertengahan abad ke-19 ialah kitab karangan
Syeikh Nur al-Din al-Raniri iatu Kitab Ṣiraṭ al-Mustaqim (1054H/1664M)
(Abdul Kadir 1996). Hasil daripada penelitian pengkaji, tidak terdapat
ulama lain di Terengganu mahupun di negeri-negeri lain yang
menghasilkan kitab fiqh ketika itu selain Tok Pulau Manis yang
mengarang Kitab al-Kifayah, Risalah al-Naql dan Risalah Kayfiyyah al-
Niyyah.
Kitab fiqh yang kedua penting di alam Melayu selepas Ṣiraṭ al-
Mustaqim ialah Kitab Mir’at al-Ṭullab li Maʻrifah al-Shariʻah al-Malik
al-Wahhab yang dikarang oleh Syeikh Abdul Ra’uf al-Fanṣuri
(1024H/1615M-1105H/1693M). Seterusnya, muncul pula Kitab Sabil al-
Muhtadin karangan Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari yang dihasilkan
pada tahun 1195H/1779M (Abdul Kadir 1996). Dalam tempoh di antara
kemunculan Kitab Mir’at al-Ṭullab li Maʻrifah al-Shariʻah al-Malik al-
Wahhab dan Kitab Sabil al-Muhtadin, lahirlah Kitab al-Kifayah.
Kelahiran kitab-kitab fiqh karangan Tok Pulau Manis dalam tempoh
tersebut dilihat bertujuan untuk mengisi kekurangan bahan-bahan rujukan
dalam bahasa Melayu khususnya dalam bidang fiqh untuk masyarakat
Melayu ketika itu.
474 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Selain itu, Kitab al-Kifayah ini juga dikarang sebagai teks asas atau
sebahagian daripada silibus bagi para pelajar yang mengikuti pengajian di
pondok yang diasaskan oleh Tok Pulau Manis sendiri. Hal ini telah
dinyatakan oleh Shafie Abu Bakar di dalam kajiannya: “Kitab ini dikarang
untuk kegunaan di dalam pengajaran di institusi pengajian yang diasaskan
oleh ulama tersebut (Tok Pulau Manis) dan panduan keagamaan
masyarakat setempat.” (Shafie 1985)
Kitab al-Kifayah merangkumi perbincangan dari aspek akidah dan
juga fiqh. Namun, perbahasan mengenai akidah hanya sebanyak 30%
daripada keseluruhan kandungan kitab, manakala 70% lagi merangkumi
perbahasan tentang fiqh. Bab-bab di dalam kitab ini boleh dibahagikan
kepada 12 bab atau juga dikenali sebagai kitab iaitu Kitab Rukun Iman,
Kitab Rukun Islam, Kitab Jenis-jenis Hukum Fiqh Ke atas Perbuatan
Manusia dan Perkara-perkara Yang Menyebabkan Menjadi Kafir, Kitab
Bersuci, Kitab al-Solat, Kitab Jenazah, Kitab Zakat, Kitab Puasa, Kitab
Korban, Kitab Akikah, Kitab Penyembelihan dan Kitab Makanan.
Daripada senarai tajuk-tajuk bab di atas, jelas didapati bahawa Tok
Pulau Manis memulakan perbahasannya dengan menekankan tentang
akidah seorang muslim terlebih dahulu. Beliau telah cuba menanamkan
akidah yang kukuh kepada masyarakat ketika itu dengan menghuraikan
persoalan mengucap dua kalimah syahadah serta perkara-perkara yang
boleh membatalkannya. Setelah selesai membincangkannya, barulah
pengarang memulakan perbahasan tentang ilmu fiqh yang didahului
dengan tajuk jenis-jenis hukum fiqh ke atas perbuatan manusia.
Kitab al-Kifayah ini sebenarnya telah dikarang dengan merujuk
kepada beberapa buah kitab yang muktabar dalam Mazhab Syafie. Kitab
rujukan utama ialah Kitab Tuhfat al-Muhtaj Bisyarh al-Minhaj yang
dikarang oleh Syeikh al-Islam Shihab al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad bin
Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Haytami, iaitu seorang faqih yang
berasal dari Mesir. Kitab Tuhfat ini telah dianggap sebagai karya agung
dalam bidang fiqh dan mendapat kedudukan yang tinggi di kalangan
ulama Shafi‘iyyah. Selain itu, Tok Pulau Manis juga merujuk kepada
Kitab Minhaj al-Ṭalibin Wa ʻUmdah al-Muftin yang dikarang oleh Muhyi
al-Din Abu Zakariyya Yahya bin Sharf bin Murri al-Hazami al-Shafi‘i
atau lebih dikenali sebagai Imam al-Nawawi.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 475

Seorang lagi ulama yang disebut oleh pengarang di dalam Kitab al-
Kifayah ini ialah Imam al-Ruyani. Berdasarkan penelitian pengkaji
terhadap kitab-kitab karangan Imam al-Ruyani, terdapat sebuah karya fiqh
yang besar dan meliputi pelbagai bab dalam bidang fiqh iaitu Bahr al-
Madhhab fi Furu’ Madhhab al-Imam al-Shafi‘i.
Selain daripada tiga buah kitab di atas, terdapat juga kitab-kitab lain
yang dirujuk oleh pengarang, namun tidak dicatat di dalam teks. Di antara
kitab yang didapati mempunyai fakta yang sama dengan sebahagian teks
al-Kifayah ialah Fath al-Wahhab Bi Syarh Manhaj al-Ṭullab karangan
Imam Abu Zakariyya al-Anṣari, Sharh al-Waraqat Li Imam al-Haramain
al-Juwaini oleh Imam Taj al-Din al-Farazi, Mughni al-Muhtaj Ila
Maʻrifah Maʻani Alfaẓ al-Minhaj oleh Imam Shams al-Din al-Khaṭib al-
Sharbini dan Al-Mustaṣfa Min ‘Ilm al-Uṣul oleh Imam al-Ghazali.

Risalah al-Naql

Al-Naql bermaksud kutipan atau salinan. Ini kerana kandungan risalah ini
merupakan salinan pengarang daripada beberapa buah kitab mengenai
pelbagai pendapat ulama tentang bilangan minimum Jemaah yang
diharuskan bagi solat Jumaat (Shafie 1985). Tujuan utama risalah ini
ditulis ialah bagi memberikan panduan tentang masalah bilangan Jemaah
yang tidak cukup 40 orang untuk dilaksanakan solat Jumaat terutamanya
di kawasan-kawasan yang terpencil dengan bilangan penduduk yang
sangat sedikit.
Di antara contoh fatwa yang dikemukakan oleh Tok Pulau Manis
dalam Risalah al-Naql ini ialah:

Maka qawl yang pertama itu sah sembahyang Jumaat dengan dua orang laki-laki, salah
seorang daripada keduanya itu imam dan seorang itu makmum, iaitu kata Nakhai dan
Hasan anak Salih dan Dawud. Dan qawl yang kedua itu sah sembahyang Jumaat dengan
tiga orang laki-laki, salah seorang daripada mereka itu imam dan dua orang itu makmum,
iaitu katakata Awzai dan Abu Thawriaitu mazhab Abu Yusuf.

Risalah al-Naql merupakan sebuah kitab yang hanya mengandungi 23


halaman. Terdapat juga sebuah naskhah yang hanya mempunyai 14
halaman. Ini kerana dalam naskhah yang mengandungi 23 halaman
terdapat beberapa pengulangan salinan dan terdapat juga komentar-
476 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

komentar tambahan yang mungkin dibuat oleh Tok Pulau Manis (Shafie
1984). Kitab ini dikarang oleh Tok Pulau Manis kira-kira selepas tiga
tahun beliau kembali ke tanahair dan banyak merujuk kepada kitab
karangan Syeikh Jalaluddn as-Suyuṭi (849-911/ 1445-1505) yang berjudul
Daw’u al-Samaah (Ibrahim 1999). Setiap pendapat yang dikemukakan
disertai dengan pendokong-pendokongnya sama ada dari kalangan imam-
imam mazhab empat atau dari kalangan fuqaha terawal yang terkenal. Ia
disertai dengan hujah qiyasi, riwayat sahabat nabi, dan juga hadis nabi.
Selain itu, dalam menghuraikan permasalahan bilangan Jemaah bagi solat
Jumaat, Tok Pulau Manis juga merujuk Kitab Munyatu Ahli al-Wara’
karangan Syeikh Ahmad al-Qushashi (meninggal 1661M). (Shafie 1985).

Risalah Kayfiyyah Niyyah

Sebagaimana Risalah al-Naql, karya fiqh ketiga karangan Tok Pulau


Manis ini juga berbentuk ringkas dan hanya membincangkan satu bab
sahaja. Karangan beliau ini dinamakan sebagai Risalah Kayfiyyah al-
Niyyah dan hanya mengandungi 17 halaman. Fokus perbincangannya ialah
tentang cara berniat ketika melakukan ibadat . Berdasarkan kepada
maklumat dari ‘Dutch Catalogue of Malay Manuscripts’ yang dikeluarkan
oleh Het Museum van het Bataviaasch Genootschapvan Kunst en
Wetenschappen in Batavia, Java,satu salinan naskhah Risalah Kayfiyyah
al-Niyyah ditemui pada pengakhiran naskhah Hikam Melayu. Penemuan
ini membuktikan bahawa risalah ini pernah dipelajari di luar daripada
Terengganu (Shafie 1984).
Tok Pulau Manis menulis Risalah Kayfiyyah Niyyah berdasarkan
karangan gurunya berjudul A’mal al-Fikri wa Rawiyyatu dan juga
karangan Syeikh Ahmad Ibn ‘Aṭa’illah berjudul Miftah al-‘Ula. Kitab
Miftah al-‘Ula pula disaring dari karangan al-Imam al-Ghazali berjudul
Ihya’ ‘Ulum al-Din. Risalah ini mengandungi perbincangan tentang niat
yang menjadi asas dalam setiap amal ibadat (Ismail 2012 & Shafie 1984).
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 477

KESINAMBUNGAN PENULISAN KARYA-KARYA FIQH OLEH


ULAMA SELEPAS KEMATIAN TOK PULAU MANIS

Selepas kematian Tok Pulau Manis pada tahun 1736 M, aktiviti penulisan
kitab-kitab fiqh di Semenanjung Melayu lebih berbentuk penyalinan
semula kitab-kitab yang ada. Sebagai contoh, Kitab al-Kifayah telah
disalin oleh Ali bin Qadhi Haji Muhammad Salih Fatani yang berasal dari
Patani tetapi berpindah ke Terengganu. Dalam sebuah naskhah Kitab al-
Kifayah, dicatatkan bahawa beliau telah selesai menyalin kitab ini pada
tahun 1282H/ M (Shafie 1977). Kegiatan menyalin semula Kitab al-
Kifayah ini juga dikesan telah berlaku lebih awal dari tarikh tersebut, iaitu
pada 2hb Safar 1180H (1766M). Namun, nama penyalinnya tidak
dicatatkan (Syeikh Abdul Malik, t.t.). Kegiatan penulisan karya-karya fiqh
di Semenanjung Melayu selepas kematian Tok Pulau Manis terus
dipelopori oleh ulama-ulama silam dari Terengganu. Pada tahun 1819M,
sebuah karya fiqh berjudul Risalah Fῑ Bayan Hukm al-Bay’ wa al-Riba
telah berjaya dihasilkan oleh Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit
Bayas. Beliau dilahirkan di Patani sekitar tahun 1790-an (Omar 1991)
tetapi menetap di Bukit Bayas, Kuala Terengganu hampir 32 tahun
(Hasanulddin 2014). Kitab Risalah Fῑ Bayan Hukm al-Bay’ wa al-Riba
adalah sebuah karya yang membincangkan persoalan fiqh muamalat iaitu
bab riba. Beliau tidak lagi mengarang kitab-kitab fiqh berkaitan ibadat
yang seolah-olah telah disempurnakan oleh Tok Pulau Manis. Seterusnya,
penulisan kitab-kitab fiqh di Semenanjung Melayu diteruskan lagi oleh
Sayyid Muhammad bin Zayn al-cAbidin atau dikenali sebagai Tokku Tuan
Besar (1795M-1878M). Menurut Abdul Razak (2012), Tokku Tuan Besar
telah berjaya menghasilkan dua buah karya fiqh iaitu Sullam al-Taufῑq dan
Tuhfat al-Wildan. Sullam al-Taufῑq merupakan sebuah risalah kecil yang
hanya mengandungi 6 halaman dan menerangkan persoalan muafiq dan
masbuq dalam solat berjemaah. Tuhfat al-Wildan pula dikarang dalam
bentuk puisi mengenai fiqh. Sebuah lagi kitab fiqh hasil karangan Tokku
Tuan Besar telah diperkenalkan oleh Wan Mohd Saghir bin Abdullah
(2000), iaitu Kitab al-Mukhtaṣar. Selain daripada aktiviti mengarang
kitab-kitab fiqh, aktiviti penyalinan kitab-kitab yang telah dikarang oleh
ulama-ulama di atas terus rancak dijalankan dalam kalangan penduduk
Semenanjung Melayu ketika itu. Sezaman dengan Tokku Tuan Besar,
478 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

lahir juga seorang ulama di Terengganu yang dikenali sebagai Tok Ku


Melaka. Beliau telah mengarang dua buah kitab fiqh iaitu Hidayah al-
ʿAwam fi Bayan Hukm Syarb al-Dukhan dan Targhib al-Rijal fi Kasb al-
Halal (Wan Mohd Saghir 2000)

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian ini menunjukkan Tok Pulau Manis merupakan


seorang ulama silam tempatan yang telah berjaya mengembangkan ilmu
Islam dalam kalangan masyarakat Terengganu khasnya dan masyarakat
Islam di semenanjung Tanah Melayu amnya. Sumbangan beliau dalam
menghasilkan karya-karya fiqh seperti Kitab al-Kifayah, Risalah al-Naql
dan Risalah Kayfiyyah al-Niyyah pula telah berjaya merungkaikan banyak
permasalahan hukum yang timbul dalam masyarakat Islam ketika itu.
Penghasilan karya-karya fiqh oleh beliau juga telah meletakkan beliau
sebagai perintis kepada kegiatan penulisan karya-karya fikah di
Semenanjung Melayu.

PENGHARGAAN

Kertas kerja ini adalah hasil daripada pembiayaan dana penyelidikan di ba


wah kod UniSZA/2017/DPU/30

RUJUKAN

Abdul Kadir Muhammad (1996), Sejarah Penulisan Hukum Islam di


Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, h.34.
Azyumardi Azra (1994), Jaringan Ulama Timur Tengah Dengan
Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII. Bandung: Penerbit
Mizan, h. 210.
Dato’ Ambak bin Ismail (AJK Majlis Fatwa Terengganu dan juga generasi
ke-8 keturunan Syaikh Abdul Malik bin Abdullah), dalam temubual
bersama penulis 1 Februari 2011.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 479

Hasanulddin Mohd (2014), Kitab Risalah Fῑ Bayan Hukm al-Bay’ wa al-


Riba Karangan Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Rahim Bukit Bayas:
Kajian Teks dan Maslahah (Tesis Doktor Falsafah Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Ibrahim Mohamad (2009), Manaqib Tok Pulau Manis Shaykh Abdul Malik
bin Syarif Abdullah. Terengganu: Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf,
h. 15.
Ismail bin Embong (Generasi ke-8 dari keturunan Syeikh Abdul Malik bin
Abdullah). Temubual pada 1 Februari 2011..
Ismail Che Daud (2012), Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1),
Kelantan: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Kitab al-Kifayah, IAMM 1998.1.179., Muzium Kesenian Islam Malaysia.
Kitab al-Kifayah, MS 517, Perpustakaan Negara Malaysia.
Kitab al-Kifayah, MSS 1897, Perpustakaan Negara Malaysia.
Mahayudin Hj Yahaya, Karya Klasik Melayu Islam (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka 2000).
Mohammad Redzuan Othman (1998), The Role of Makka-Educated
Malays In The Development of Early Islamic Scholarship And
Education In Malaya, Jornal of Islamic Studies, 9;2 , h. 146-157.
Mohd Saleh bin Awang (1983), “Perkembangan Penulisan dan Pengarang-
pengarang Terengganu sebelum Perang Dunia Kedua”, dalam Mohd
Salleh bin Awang & Mohd Yusoff bin Abdullah (ed.) PESAKA
(Monograf Lembaga Muzium Negeri Terengganu), Lembaga
Muzium Negeri Terengganu: Terengganu,h. 87.
Shafie Abu Bakar (1977), Institusi Shaykh Abdul Malik bin Abdullah: 1
Corak Pengajian Tradisi di Terengganu dan Kitab-kitab Padanya.
(Tesis Ijazah Sarjana Persuratan Universiti Kebangsaan Malaysia), h.
86.
Shafie Abu Bakar (1984), Shaykh Abdul Malik bin Abdullah dan
Karangan-karangannya dalam Mohd Salleh bin Awang & Mohd
Yusoff bin Abdullah (ed.), PESAKA II (Monograf Lembaga Muzium
Negeri Terengganu II). Lembaga Muzium Negeri Terengganu:
Terengganu, h. 71.
480 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Shafie Abu Bakar (1985), Risalah Naql Shaykh Abdul Malik bin Abdullah
Dengan Anotasi dalam Mohd Salleh bin Awang & Mohd Yusoff bin
Abdullah (ed.), PESAKA III (Monograf Lembaga Muzium Negeri
Terengganu), h. 5-6.
Shafie Abu Bakar (1989), “Sheikh Abdul Malik bin Abdullah (Tuk Pulau
Manis)” , WARISAN, (Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan
Terenggganu). Bil. 5, Terengganu: Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Terengganu, h. 14.
Sheppard, M.C. ff. (1949), A History of Terengganu. Vol XXII, Part III,
Jun, h. 11.
Tuan Guru Sheikh Tok Ku Ibrahim Mohamad, Mudir Pondok Pulau
Manis (Generasi ke-8 keturunan Shaykh Abd Al-Malik bin Abdullah),
Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu. Temubual pada 15
Januari 2011.
Zurita Mohd Yusoff (2014), Kitab al-Kifayah Karangan Syeikh Abdul
Malik bin Abdullah: Teks dan Analisis (Tesis Doktor Falsafah
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur)..
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 481

Pengaruh Timur Tengah Terhadap Perjuangan


Kemerdekaan Tanah Melayu
ABU HANIFAH HARIS

PENGENALAN

Umumnya, perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu sering dikaitkan


dengan sumbangan yang dimainkan oleh golongan nasionalis, khususnya
yang berpendidikan Inggeris atau Melayu iaitu lulusan sekolah Inggeris
atau sekolah Melayu. Perbahasan dalam kalangan sarjana dan sejarawan
sering memberi tumpuan kepada pejuang nasionalis yang berpendidikan
Inggeris dan Melayu sebagai tunjang utama yang menyumbang kepada
kemerdekaan Tanah Melayu. Akibatnya, perbahasan tentang peranan dan
sumbangan golongan agama dan ulama terhadap perjuangan kemerdekaan
seolah-olah seperti dilupakan dan kurang ditonjolkan. Hakikatnya,
golongan agama dan ulamalah yang mencetuskan kesedaran awal tentang
erti kebebasan dan keperluan kepada membebaskan diri daripada
cengkaman penjajah yang dipelopori oleh tokoh-tokoh islah di Tanah
Melayu seperti Sheikh Tahir Jalaluddin dan Sayyid Sheikh al-Hadi.
Daripada kesedaran inilah, timbul pemahaman yang mendalam kalangan
masyarakat bahawa mereka sedang dijajah dan keperluan kepada
perjuangan membebaskan tanah air daripada penjajah. Usaha lebih serius
untuk menggerakkan perjuangan kemerdekaan kemudiannya digerakkan
oleh tokoh dan pertubuhan politik yang lain sejak tahun 1930-an.
Apabila dikaitkan dengan golongan agama atau ulama, maka
hubungan antara golongan agama dan ulama dengan pengaruh Timur
Tengah tidak dapat dinafikan. Hal ini kerana orang Melayu mula
mengenali Makkah sebaik sahaja Islam berkembang di Tanah Melayu
sejak akhir abad ke-10 khususnya melalui ibadah haji yang perlu
dilakukan di Masjid al-Haram. Pada masa yang sama, orang Melayu yang
menunaikan haji di Makkah mula mengenali Makkah sebagai pusat
pengajian agama, sekali gus menyaksikan Makkah menjadi destinasi
utama kepada pelajar Melayu untuk melanjutkan pengajian dalam bidang
agama sebelum abad ke-20. Pelajar Melayu mula terdedah kepada
482 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

pembelajaran di Mesir khususnya Universiti al-Azhar sejak awal abad ke-


20, khususnya tahun 1920-an. Pengaruh Turki pula berkait rapat dengan
penghormatan orang Melayu terhadap Turki, khususnya kerajaan Turki
Uthmaniyah sebagai khalifah umat Islam sejak abad ke-16 lagi. Malahan
pendedahan kepada pengaruh Turki juga berlaku melalui pemergian
pelajar Melayu untuk menyambung pengajian di Makkah dan Kaherah,
sekali gus memperkenalkan mereka dengan kerajaan Turki Uthmaniyah
yang menguasai kedua-dua wilayah tersebut sejak abad ke-16 lagi.
Kertas kerja ini cuba membincangkan pengaruh Timur Tengah
terhadap perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu, khususnya pengaruh
Turki, Mesir dan Makkah. Bentuk pengaruh yang dikaji ialah pelbagai
bentuk pengaruh yang bersumber dari Timur Tengah iaitu Turki, Mesir
dan Makkah, termasuklah pengaruh berbentuk pemikiran politik, kerajaan
yang memerintah, perkembangan politik dan institusi pendidikan.
Perbincangan kertas kerja ini dimulakan dengan perbahasan mengenai
latar belakang perjuangan islah dalam masyarakat Melayu yang
merupakan pengaruh Timur Tengah yang terawal terhadap perjuangan
kemerdekaan tanah air. Perbahasan berikutnya memberi penekanan
kepada perbahasan mengenai pengaruh Turki terhadap perjuangan
kemerdekaan Tanah Melayu, diikuti dengan perbahasan mengenai
pengaruh Mesir terhadap perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.
Perbincangan kertas kerja ini diakhiri dengan perbahasan mengenai
pengaruh Makkah terhadap perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.

LATAR BELAKANG PERJUANGAN ISLAH DALAM


MASYARAKAT MELAYU

Dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu, perjuangan awal untuk


memecahkan belenggu pemikiran rakyat bahawa mereka sedang dijajah
dan keperluan kepada usaha membebaskan diri daripada penjajahan
digerakkan oleh golongan agama dan ulama. Fasa awal ini sering dilabel
sebagai fasa perjuangan islah. Dalam hal ini, tokoh-tokoh islah yang awal
di Tanah Melayu seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Sayyid Sheikh al-Hadi
dan Haji Abbas Mohd Taha yang merupakan pengarang majalah al-Imam
(1906-1908) telah memainkan peranan yang penting dan berkesan bagi
merealisasikan usaha tersebut. 1 Secara umumnya, majoriti tokoh islah
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 483

yang terlibat dalam perjuangan islah pernah mendapat pendidikan di


Timur Tengah khususnya Mesir, pernah menemui tokoh islah di sana, atau
terpengaruh dengan gerakan islah di sana. Merekalah sebenarnya yang
telah bersusah payah untuk memecahkan kepompong pemikiran
masyarakat Melayu yang seolah-olah ‘selesa’ dengan kedudukan mereka
ketika itu tanpa memikirkan nasib dan masa depan bangsa dan tanah air
yang sudah dijajah oleh Barat.2 Belenggu kemiskinan, ketiadaan peluang
pendidikan dan kekurangan ilmu pengetahuan menyaksikan ramai orang
Melayu tidak begitu bersungguh untuk bangkit daripada kegelapan dan
penjajahan, sertaberusaha untuk mengejar kemajuan sebagaimana yang
sering diungkapkan oleh pengarang al-Imam.
Secara umumnya, ramai orang Melayu ketika itu juga seolah-olah
masih ‘dibuai mimpi’ sehingga tidak sedar bahawa negara dan diri mereka
sebenarnya telah dijajah. Tambahan pula ketika itu, aspek akidah dan
kehidupan orang Melayu sudah dicelup dengan pelbagai unsur khurafat
dan bidaah sehingga ‘mengotorkan’ pakaian kehidupan orang Melayu.
Perkara inilah yang menjadi perjuangan utama tokoh islah iaitu bukan
sahaja untuk membetulkan aspek akidah dan syariat umat islam di Tanah
Melayu dengan kembali semula kepada ajaran Islam yang sebenar
berpandukan al-Quran dan hadis, tetapi juga menyedarkan orang Melayu
agar berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan diri, seterusnya
memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Ketika inilah, perjuangan islah
mula memainkan peranan penting bagi memberikan pemahaman awal
kepada orang Melayu tentang erti kebebasan dan kemajuan, sebelum
bergiat aktif dalam fasa seterusnya ke arah mencapai kemerdekaan tanah
air melalui pertubuhan atau parti politik.

PENGARUH TURKI TERHADAP PERJUANGAN


KEMERDEKAAN

Pengaruh Turki memainkan peranan penting terhadap perjuangan


menentang penjajahan British. Secara umumnya, Antara pengaruh Turki
yang memainkan peranan penting terhadap perjuangan kemerdekaan tanah
Melayu ialah gagasan Pan-Islamisme. Secara umumnya, Pan-Islamisme
merupakan istilah yang diperkenalkan oleh sarjana Barat yang merujuk
kepada gagasan berlandaskan agama dan politik yang muncul sejak tahun
484 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

1870-an yang diperkenalkan oleh Sultan Turki Uthmaniyah, Sultan Abdul


Hamid II. Istilah Pan-Islamisme juga menyamai istilah Ittihad-i Islam,
Ittihad-i-Din dan Uhuvvet-i Din yang digunakan oleh sarjana Islam bagi
menurujuk kepada gagasan yang sama. Gagasan itu dianggap sebagai
serampang dua mata berteraskan elemen agama dan politik yang
digerakkan oleh Sultan Abdul Hamid II. Dari segi agama, tujuan utama
gagasan ini ialah menyatukan semula umat Islam dari seluruh Dunia Islam
berdasarkan ajaran Islam yang sebenar iaitu berpandukan ajaran al-Quran
dan hadis. Dari segi politik, matlamat utama gagasan tersebut ialah bagi
mengembalikan semula kepercayaan umat Islam khususnya masyarakat
Arab terhadap kepimpinan kerajaan Turki Uthmaniyah yang semakin
merosot sejak akhir abad ke-17. Bagi mengukuhkan lagi perjuangan Pan-
Islamisme, baginda telah menjemput tokoh islah Mesir iaitu Jamal al-Din
al-Afghani untuk datang ke Istanbul, Turki bagi memantapkan penyebaran
gagasan tersebut.3 Pan-Islamisme juga merujuk kepada usaha pemimpin-
pemimpin Islam pada abad ke-19 untuk mempertahankan kekuatan umat
Islam melalui kesatuan di bawah sistem khalifah dan menentang
kekuasaan orang Kristian ke atas dunia Islam. Selain itu, Pan-Islamisme
juga bermaksud seruan agar kembali kepada nilai dan asas agama Islam
yang sebenar dan berkembang di dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah
semasa pemerintahan Sultan Abdülhamid II (1876-1909).4
Menurut sarjana Islam, Pan-Islamisme merupakan satu usaha
progresif umat Islam mencari wadah perpaduan bagi menghadapi
penembusan kuasa Barat yang semakin mengancam. Dengan penyatuan
yang berlaku di bawah panji-panji Pan-Islamisme, pendukungnya yakin
bahawa umat Islam akan dapat membina dinamisme ummah yang
membolehkan berlakunya perkembangan moral dan intelektual dalam
masyarakat. Mereka juga berpendapat bahawa kesedaran ini timbul secara
spontan daripada keyakinan umat Islam terhadap kesatuan agama sebagai
satu cara hidup yang merangkumi sistem politik dan sosial yang merentasi
semangat kebangsaan dan kumpulan bangsa. Kesedaran inilah yang telah
membawa kepada timbulnya keinsafan tentang ancaman semasa yang
sedang melanda. Bagi sarjana Islam juga, gambaran yang diberikan
bahawa gerakan Pan-Islamisme sebagai sebuah gerakan yang agresif
adalah suatu yang sengaja dicipta oleh Barat bertujuan untuk
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 485

menjustifikasikan campur tangan mereka ke atas wilayah-wilayah Islam


bagi menentang berlakunya kesedaran baru dalam kalangan umat Islam.5
Pan-Islamisme kemudian berkembang di Makkah dan Mesir yang
masih di bawah naungan kerajaan Turki Uthmaniyah sehingga Perang
Dunia Pertama. Bahkan British juga mengakui bahawa masyarakat
Melayu dan Timur Tengah mempunyai hubungan yang rapat dan dekat
dengan Timur Tengah, khususnya disebabkan kedua-dua mereka
berkongsi agama yang sama iaitu Islam. Bagi British, orang Melayu
melihat Makkah sebagai pusat kerohanian mereka, manakala Universiti al-
Azhar di Kaherah pula dianggap sebagai pusat pembelajaran umat Islam.
Kedua-dua tempat tersebut merupakan pusat gerakan utama Pan-
Islamisme kerana menyediakan tapak penyebaran, selain menyebarkan
propaganda Pan-Islamisme. 6 Walaupun ramai dalam kalangan lepasan
Timur Tengah masih berhubung dengan universiti mereka di Timur
Tengah, namun secara umumnya tiada bukti yang menunjukkan bahawa
mereka lebih cenderung untuk menyebarkan doktrin Pan-Islamisme yang
berasal dari Turki berbanding golongan nasionalis Melayu lain yang
mempunyai latar belakang agama. Hal yang sama juga dilaporkan berlaku
kepada jemaah haji Melayu yang baru pulang dari Makkah ke Tanah
Melayu.7 Hal ini menunjukkan bahawa tidak semua pelajar Melayu yang
belajar di Timur Tengah terpengaruh dengan doktrin Pan-Islamisme,
termauklah jemaah haji Melayu yang menunaikan haji di Makkah.
Sentimen Pan-Islamise dalam perjuangan menentang penjajah dapat
dilihat melalui perjuangan seorang ulama dari Terengganu iaitu Haji
Abdul Rahman Limbong. Nama asal beliau ialah Haji Abdul Rahman bin
Haji Abdul Hamid bin Abdul Kadir. Gelaran ‘Limbong’ diberikan kepada
beliau kerana beliau pernah mengajar di Kampung Limbong di Cukai,
Kemaman. Keluarganya berasal dari Patani di sebelah ayahnya, manakala
ibunya berasal sari Johor. Beliau pernah tinggal dan belajar di Makkah
sejak kecil bersama bapa saudaranya, Haji Tun Muhammad Zain.
Sekembalinya dari Makkah, beliau telah berguru dengan Tokku Paloh dan
menjadi salah seorang anak murid kesayangan gurunya.8 Beliau kemudian
mengajar di Surau Jonggok Tong, Beladau yang merupakan surau beliau
sendiri. Setelah kematian gurunya Tokku Paloh, beliau kemudian telah
menggantikan gurunya sebagai tenaga pengajar di surau Sayyid Saggaf.
486 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Haji Abdul Rahman Limbong memainkan peranan penting dalam


peristiwa Kebangkitan Terengganu sekitar tahun 1920-an. Kebangkitan
tersebut berpunca daripada tindakan British mewajibkan setiap ekar tanah
yang dibuka oleh rakyat perlu dikenakan cukai. Tindakan tersebut
dianggap sebagai satu penganiyaan kerana sebelum ini mereka bebas
membuka sebarang tanah tanpa perlu membuat sebarang bayaran.
Terdapat beberapa situasai yang membawa kepada berlakunya
Kebangkitan Terengganu antara tahun 1921 sehingga tahun 1928. Secara
umumnya, penduduk Terengganu tidak begitu memahami undang-undang
berkenaan tanah yang membezakan tanah milik individu dan tanah milik
kerajaan. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap
pegawai kerajaan yang gagal memberikan penerangan tentang tujuan
perlaksanaan undang-undang tersebut. Kerajaan Terengganu mula
membuat tuntutan hasil terhadap tanah milik individu pada bulan Mac
1928. Namun begitu, tuntutan tersebut tidak dihiraukan oleh penduduk
Ulu Berang. Hal ini kerana mereka mendakwa tanah tersebut bukannya
milik mereka, tetapi dimiliki oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Pada 7
April 1928, beberapa orang penduduk juga telah dipenjarakan di Kuala
Berang kerana menebang pokok tanpa kebenaran, selain didenda lima
ringgit seorang.9 Haji Abdul Rahman Limbong kemudian telah ditangkap
dan dibicarakan pada tahun 1928. Penduduk Kuala Berang yang disaman
oleh British dan dibicarakan di mahkamah juga turut meminta Haji Abdul
Rahman Limbong mewakili mereka di mahkamah. Laporan H.W.
Thomson terhadap peristiwa kebangkitan tersebut menjelaskan bahawa
beliau merupakan perancang kepada pemberontakan tersebut. Malah
Penasihat British di Terengganu ketika itu, J.L. Humphrey menganggap
pemberontakan tersebut sebagai penderhakaan.hakikatnya, beliau tidak
terlibat secara langsung dalam kebangkitan tersebut, tetapi lebih kepada
pemberi semangat kepada ketu-ketua yang memimpin kebangkitan
tersebut.10 Akibatnya, beliau telah dikenakan hukuman buang negeri dan
dibuang negeri ke Makkah dengan perbelanjaan ditanggung kerajaan
sepenuhnya. Pada tahun 1929, beliau pernah memohon kepada Sultan
Terengganu, Sultan Sulaiman (1920-1942) untuk kembali semula ke
Terengganu, namun ditolak. Beliau akhirnya meninggal dunia pada 29
Novomber 1929 di Makkah.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 487

Pengaruh Turki dalam Kebangkitan Terengganu pada tahun 1928


dapat dilihat melalui tindakan Haji Abdul Rahman Limbong yang
mengangkat bendera merah atau bendera Setanbul ketika berlakunya
kebangkitan tersebut. 11 Hal ini berkait rapat dengan sepucuk surat yang
ditulis oleh Haji Abdul Rahman Limbong yang menyatakan harapan agar
semua orang Islam dapat berkumpul di Kuala Berang pada 2 Zulhijjah
1346 Hijrah (1 Mei 1928) untuk mengibarkan bendera Setanbul sebagai
simbol penentangan. 12 Jika diteliti, tindakan tersebut seolah-olah
menggambarkan sokongan beliau terhadap sentimen Pan-Islamisme yang
digerakkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah, selain keinginan untuk
menubuhkan semula pemerintahan khalifah yang telah dihapuskan oleh
Turki Muda pada tahun 1924.
Pengaruh Turki dalam perjuangan menentang penjajahan British di
Tanah Melayu juga dapat dilihat melalui penghormatan terhadap Turki
serta permintaan golongan agama dan ulama agar negeri mereka dinaungi
oleh kerajaan Turki Uthnmiyah. Hal ini dapat dilihat melalui perjuangan
seorang ulama dari Patani iaitu Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain
al-Fatani (1856-1908) yang cuba meletakkan Kelantan di bawah naungan
kerajaan Turki Uthmaniyah. Beliau dilahirkan di Kg. Sena Janjar, Patani,
Selatan Thailand. Pada peringkat awal, beliau belajar dengan bapanya,
seorang guru pondok di Pondok Bendang Daya, sebelum menyambung
pengajian di Makkah. Pada tahun 1870-an, beliau sudah menjadi salah
seorang ulama Melayu yang terkenal di Masjid al-Haram. Beliau
kemudian menyambung pengajian di Universiti al-Azhar pada tahun 1875,
sekali gus menyebabkan beliau dianggap antara orang Melayu terawal
yang menyambung pengajian di sana. Pengalaman berada di Mesir
menyaksikan beliau bermungkinan besar sempat berguru dengan Jamal al-
Din al-Afghani. Antara anak murid beliau yang terkenal ialah Tuan Tabal
dan Tok Kenali. Sepanjang hayatnya, beliau telah menghasilkan lebih 160
tulisan.13 Beliau meninggal dunia pada tahun 1908 di Mina, Hejaz.
Sepanjang hayatnya, Sheikh Wan Ahmad al-Fatani menekankan
beberapa pemikiran politik khususnya sikap antipenjajah serta
menyanjungi kepimpinan orang Turki. Pada tahun 1884, beliau dilantik
sebagai Penyelia Maktabah al-Mir’iyyah al-Kainah oleh Sultan Turki
Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid II. Pada tahun 1885, beliau pernah
menghadiri Persidangan Ulama di Istanbul mewakil Sharif Makkah.
488 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Ketika itulah, beliau telah memperkenalkan kitab tulisan Muhammad


Arshad al-Banjari (1710-1812) bertajuk Sabil al-Muhtadin li al-Tafaqquh
fi Amr al-Din berkenaan fiqah mazhab Shafie kepada Sultan Abdul Hamid
II. 14 Hasilnya, baginda bersetuju untuk membiayai percetakan kitab
tersebut, sekali gus berjaya menaikkan kedudukan baginda sebagai
pelindung Islam dan umat Islam, selain menggambarkan keprihatinan
baginda terhadap masyarakat Melayu. Pada tahun 1886, beliau akhirnya
berjaya menyiapkan penulisan sebuah kitab berjudul Kitab Hadiqah al-
Azhar wa al-Rayyahin. Kitab ini agak istimewa kerana merupakan kitab
pertama dalam bahasa Melayu yang menceritakan tentang sejarah
pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyah. Kitab tersebut mempunyai dua
jilid. Jilid pertama berkenaan pengenalan kitab tersebut sehingga
perbincangan mengenai manaqib para wali Allah, manakala jilid kedua
berkenaan sejarah Sultan Turki bermula daripada pemerintahan pengasas
kesultanan tersebut iaitu Uthman sehingga Abdul Hamid II. 15 Kitab
tersebut diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 1889 oleh Maktabah
al-Miriyyah al-Kainah, Makkah sebelum diterbitkan semula oleh penerbit
yang sama pada tahun 1903.
Sheikh Wan Ahmad al-Fatani juga percaya hanya hanya kerajaan
Turki Uthmaniyah sahaja yang mempu membantu negeri-negeri Melayu
membebaskan diri daripada penjajahan. 16 Kajian Abdul Rahman al-
Ahmadi yang meneliti beberapa dokumen juga mendapati bahawa Sheikh
Wan Ahmad al-Fatani pernah pergi ke Istanbul sekitar tahun 1890-an bagi
menyatakan hasrat agar Kelantan yang ketika itu di bawah naungan Siam
agar dapat bernaung di bawah pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah.17
Lanjutan daripada usaha tersebut, dua delegasi kerajaan Turki Uthmaniyah
bakal berjumpa di Kota Bharu bagi merealisaikan hasrat tersebut. Delegasi
pertama akan melalui Singapura, manakala delegasi kedua akan melalui
Bangkok, Thailand. Namun begitu, tiada maklumat lanjut tentang
kesudahan usaha tersebut. Namun begitu, terdapat laporan kehadiran wakil
Turki, Shaykh Ali Amir Husayn ke Kota Bharu pada awal abad ke-20.
Kemungkinan besar kehadiran beliau adalah berkaitan dengan usaha
tersebut. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pasukan Keselamatan Sultan
Muhammad Ke-IV, selain diberikan sebidang tanah di Kota Bharu. Beliau
meninggal dunia pada 23 Mac 1939.18 Namun begitu, usaha memindahkan
Kelantan daripada naungan Siam kepada naungan kerajaan Turki
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 489

Uthmaniyah dianggap gagal selepas Sheikh Wan Ahmad al-Fatani


meninggal dunia pada tahun 1908. Hal ini kerana tahun berikutnya,
Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada tahun 1909, sekali gus
menyaksikan pentadbiran Kelantan diletakkan di bawah naungan Bitish.
Maka berakhirlah usaha meletakkan Kelantan di bawah naungan kerajaan
Turki Uthmaniyah kerana tiada ulama lain ketika itu yang berupaya untuk
meneruskan perjuangan tersebut.
Selain golongan agama dan ulama, pengaruh Turki juga dapat dilihat
dalam perjuangan golongan Sayyid yang berusaha untuk mendapatkan
sokongan pemimpin Melayu agar memohon pertolongan daripada
kerajaan Turki Uthmaniyah bagi menentang penjajahan British. Hal ini
dapat dilihat melalui Pemberontakan Pahang yang berlaku sekitar tahun
1890-an apabila terdapat laporan berkenaan penglibatan seorang Sayyid
keturunan Arab yang telah berusaha untuk mendapatkan perakuan
terhadap dokumen untuk memohon bantuan daripada Sultan Turki
Uthmaniyah bagi menentang penjajah British daripada pemimpin-
pmimpin Melayu. 19 Hal ini menggambarkan bahawa pengaruh Turki
terhadap perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu tidak hanya dimainkan
oleh golongan ulama, tetapi juga oleh golongan Sayyid yang mempunyai
hubungan yang agak rapat dengan kerajaan Turki Uthmaniyah di Istanbul,
selain perwakilan mereka di Alam Melayu.
Pnegaruh Turki juga dapat dilihat dari segi akhbar dan majalah yang
memaparkan berita mengenai penglibatan Turki dalam beberapa siri
peperangan di Afrika dan Eropah sebelum tercetusnya Perang Dunia
Pertama. Secara umumnya, British menjalankan hubungan diplomatik
dengan kerajaan Turki Uthmaniyah sebelum Perang Dunia Pertama (1914-
1918). Namun begitu, tindakan kerajaan Turki Uthmaniyah yang dikuasai
oleh Turki Muda di bawah pemerintahan “3 Pasha” iaitu Talaat Pasha,
Enver Pasha serta Djamal Pasha dan menyokong Jerman ketika Perang
Dunia Pertama menyaksikan British mengisytiharkan perang terhadap
Turki. Pada masa yang sama, British juga bimbang dengan kemungkinan
orang Melayu di Tanah Melayu akan menyokong perjuangan kerajaan
Turki Uthmaniyah yang memihak kepada Jerman, sekali gus bakal
membawa masalah kepada British. Sentimen ini berkait rapat dengan
kebimbangan orang Melayu yang begitu menghormati Sultan Turki
sebagai khalifah dan pemimpin umat Islam. Bagi mengawal sokongan
490 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

orang Melayu terhadap kerajaan Turki ketika Perang Dunia Pertama,


British bertindak mengarahkan semua raja-raja Melayu mengawal orang
Melayu agar terus menyokong pemerintahan British. Bagi memenuhi
tuntutan tersebut, British mengarahkan agar berita tentang Perang Dunia
Pertama dikawal agar hanya berita yang memihak kepada British sahaja
akan disiarkan kepada orang-orang Melayu dengan penguatkuasaan
enakmen penerbitan berita tentang perang yang diterbitkan dalam
Federated Malay States Government Gazette of 1914 pada 21 November
1914. Malah penghantaran telegram berkenaan berita-berita berkenaan
penglibatan Turki dalam Perang Dunia Pertama daripada Reuters kepada
akhbar-akhbar tempatan juga telah dihentikan, sekali gus menjejaskan
paparan berita berkenaan penglibatan Turki dalam beberapa siri
peperangan di Eropah yang banyak dipaparkan oleh akhbar Neracha,
Tunas Melayu dan Majalah al-Islam sebelum itu. Akibatnya, beberapa
akhbar seperti Neracha terpaksa memberhentikan penerbitannya setakat
bulan Jun 1915 akibat kekurangan pembaca. 20 Hal ini kerana tidak lagi
berminat untuk membeli majalah tersebut kerana tidak lagi memaprkan
berita berkenaan penglibatan Turki dalam beberapa siri peperangan di
Eropah. Walau bagaimanapun, kebimbangan British ternyata tidak berasas
kerana suasana di Tanah Melayu terus aman tanpa sebarang konflik atau
kebangkitan. Ternyata ketaatan orang Melayu terhadap rajanya jauh
melebihi penghormatan mereka terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah
sebagai khalifah umat Islam.

PENGARUH MESIR TERHADAP PERJUANGAN


KEMERDEKAAN

Pengaruh Mesir juga memainkan peranan penting terhadap perjuangan


bagi mencapai kemerdekaan. Antara pengaruh Mesir yang penting ialah
kewujudan pengaruh Mesir dalam penerbitan akhbar dan majalah Melayu,
Bahkan British juga giat memantau penerbitan akhbar dan majalah di
Tanah Melayu yang mempunyai pengaruh Mesir. Hal ini kerana ketika itu,
perkembangan kegiatan nasionalisme sedang berkembang pesat di Mesir
khususnya selepas Revolusi Mesir 1919. Kebimbangan tersebut dikaitkan
dengan kemungkinan penyebaran sentimen anti-British di Mesir yang
bakal merebak ke Tanah Melayu melalui akhbar dan majalah melayu yang
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 491

memaparkan berita yang dipetik daripada akhbar dan majalah dari Timur
Tengah. Antara akhbar Melayu yang cenderung menyiarkan berita
berkenaan perkembangan politik di Timur Tengah khususnya di Mesir
ialah Idaran Zaman. Pada tahun 1926, British pernah memantau
penerbitan Idaran Zaman kerana sering memetik rencana daripada akhbar
dan majalah bercorak kebangsaan di Mesir. 21 Kecenderungan akhbar
Saudara menyiarkan berita dan rencana berkaitan Timur Tengah
termasuklah dari Mesir turut mengundang perasaan curiga British. Tulisan
pengarang Saudara iaitu Sayyid Shaykh al-Hadi yang banyak berterus-
terang misalnya menyebabkan beliau pernah ditahan oleh pihak polis,
tetapi segala tuduhan tersebut dapat ditangkisnya. 22 Hal ini
menggambarkan bahawa pengaruh Mesir khususnya penulisan yang
mempunyai pengaruh mesir agak membimbangkan British
Pada masa yang sama, British turut memperkenalkan beberapa
peruntukan undang-undang khusus bagi mengawal penerbitan akhbar dan
majalah bercorak islah di Tanah Melayu. Seksyen 19B, Enakmen Undang-
Undang Islam 1904, Pindaan Enakmen 1925 misalnya memperuntukkan
bahawa sesiapa yang mencetak dan menerbitkan bahan bacaan berkaitan
Islam tanpa kelulusan bertulis daripada raja-raja Melayu boleh dikenakan
denda sebanyak $200 atau dihukum penjara. 23 Pada masa yang sama,
situasi tersebut diburukkan lagi dengan cubaan golongan pentadbir agama
di negeri-negeri Melayu untuk menghalang penyebaran akhbar dan
majalah bercorak islah. Akhbar Saudara dan majalah al-Hikmah misalnya
pernah dihalang daripada diedarkan di negeri Kelantan bagi mengelakkan
kemasukan idea dan fahaman islah yang banyak dipelopori oleh Kaum
Muda.24 Hal ini menunjukkan bahawa
Perasaan curiga British terhadap penerbitan akhbar dan majalah
bercorak islah tidak hanya terhad kepada penerbitan di Tanah Melayu, tetapi
juga terhadap majalah yang diterbitkan oleh pelajar Melayu di Timur Tengah,
termasuklah Mesir. Antara majalah terbitan pelajar Melayu di Mesir yang
pernah menimbulkan perasaan curiga British ialah majalah Seruan Azhar.25
Penerbitan majalah Seruan Azhar membimbangkan British khususnya dari
segi isi kandungannya yang banyak membincangkan pelbagai peristiwa
penting yang berlaku dalam dunia Islam. Selain itu, beberapa rencana yang
pernah disiarkan dalam majalah tersebut juga dilaporkan ada
membincangkan sejarah hidup dan perjuangan tokoh-tokoh terkenal dalam
492 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

kalangan umat Islam seperti Kemal Ataturk.26 Hal ini menunjukkan bahawa
British begitu curiga terhadap sebarang unsur luar yang bersumber dari
Timur Tengah, termasuklah penerbitan akhbar dan majalah.
British terus memantau kegiatan penerbitan majalah oleh pelajar
Melayu di Mesir selepas Perang Dunia Kedua. British dilihat begitu
berwaspada terhadap kegiatan pelajar Melayu di Kaherah, termasuklah
penerbitan majalah yang telah diusahakan oleh pelajar Melayu di Kaherah
kerana majalah merupakan salah satu saluran yang berkesan untuk
menyebarkan propaganda dan perjuangan mereka. Pada tahun 1955,
British melaporkan bahawa sebuah persatuan pelajar Melayu di Mesir
iaitu PMM didapati telah menerbitkan majalah rasminya berjudul Bebas
yang disyaki mempunyai pengaruh anti-British. 27 Hal ini menyebabkan
British terus memantau rapi perkembangan yang berlaku di Mesir dan
kegiatan pelajar Melayu di sana bagi mengelakkan api kebencian terhadap
British di Tanah Melayu dapat diredakan.
Selain itu, lepasan Mesir turut memainkan peranan penting dalam
perjuangan menentang penajajahan British, serta perjuangan mendapatkan
kemerdekaan tanah air. Antaranya ialah sumbangan Sheikh Junid Tola
yang berasal dari Tapanuli Selatan, Sumatera yang terlibat dalam
perjuangan kemerdekaan menjelang Perang Dunia Kedua. Nama asal
beliau ialah Simanonga, manakala nama ‘Junid’ diberikan gurunya,
Sheikh Abdul Wahab di Pondok Basilam, Sumatera sempena nama tokoh
sufi, Sheikh Junid al-Baghdadi. Beliau dilahirkan di Tarlola yang terletak
di Mukim Maga, Tapanuli Selatan, Sumatera, Indonesia. 28 Beliau juga
pernah menuntut ilmu di Kedah di beberapa buah pondok seperti Pondok
Sheikh Ibrahim Gajah Mati, dan Pondok Haji Che Dol, Guar Cempedak.
Beliau juga pernah belajar di Madrasah al-Masriyyah, Bukit Mertajam
dengan Haji Salleh Masri. Pada tahun 1922, beliau mengajar di Kampung
Lalang, Padang Rengas, Perak. Beliau kemudian berkahwin dengan
Sariyah binti Haji Said, seorang ulama tempatan sebelum dihantar oleh
ayah mertuanya untuk menyambung pengajian di Universiti al-Azhar,
Mesir pada tahun 1922. Ketika di mesir, beliau bukan sahaja menyertai
persatuan pelajar Melayu di Mesir iaitu al-Jamiyyah al-Talabiyyah al-
Azhariyah al-Jawah, tetapi juga turut terlibat dalam membantu Sheikh
Idris al-Marbawi, penulis Kamus al-Marbawi yang berasal dari Perak bagi
menyusun kamus tersebut pada tahun 1927. Beliau kemudian telah
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 493

menghasilkan sebuah kitab berkenaan wakaf berjudul Kitab Mengadakan


Wakaf. 29 Beliau kemudian pulang ke tanah air pada akhir tahun 1927,
sebelum dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Iskandar sebagai anggota
Majlis Ulama Negeri Perak. Beliau seterusnya mengajar di surau
berhampiran rumahnya, sebelum terlibat dalam penubuhan Madrasah
Yahyawiyah, Padang Rengas, Perak pada tahun 1931 yang dikhususkan
kepada pelajar lelaki sahaja. Beliau kemudian terlibat dalam penubuhan
Madrasah Diniah Puteri di Padang Rengas, iaitu sempena nama Madrasah
Diniah Padang Panjang, Sumatera. Pada tahun 1935, beliau juga terlibat
dalam penubuhan Madrasah Diniah Islamiyah yang kemudiannya menjadi
salah sebuah madrasah yang terkenal di Padang Rengas. Beliau meninggal
dunia pada tahun 1948 ketika berusi 62 tahun.
Sheikh Junid Tola juga terlibat dalam perjuangan bercorak politik. Pada
peringkat awal, perjuangan politik beliau lebih tertumpu kepada
perjuangan kemerdekaan Indonesia.30 Dari segi pemikiran politik, beliau
berpendapat bahawa menjadi kewajipan umat Islam bagi mewujudkan
Tanah Melayu yang merdeka, selain mendirikan ‘negara Islam’ di Tanah
Melayu. Madrasah Diniah Islamiyah yang dibuka dan ditadbir oleh Sheikh
Junid Tola misalnya pernah menjadi pusat pertemuan dan kegiatan
beberapa cawangan parti atau pertubuhan politik seperti Aangkatan
Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita
Sedar (AWAS) pimpinan anak perempuan beliau iaitu Sakinah selaku
Ketua AWAS Padang Rengas, dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM). Malah beliau turut melibatkan diri dalam satu demonstrasi
besar-besaran yang diadakan di Kuala Kangsar anjuran API dan AWAS.31
Ketika pengisytiharan Malayan Union pada tahun 1946, beliau sendiri
telah memimpin gerakan penentangan terhadap Malayan Union di Padang
Rengas. Pada masa yang sama, idea politiknya mempengaruhi pemikiran
ramai tokoh politik tanah air yang lain seperti Dr. Burhanudin al-Helmy,
Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Haji Ahmad Fuad Hassan,
Abu Bakar al-Baqir, dan Zulkifli Muhammad. Pada tahun 1947, beliau
terlibat dalam penubuhan Masjid Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak.
Beliau kemudian mencadangkan agar nama masjid tersebut ditukar kepada
kepada “Masjid Hurriyah” yang bermaksud ‘kemerdekaan’. Penukaran
nama masjid tersebut jelas menggambarkan suasana ketika itu yang
sedang hangat memperjuangkan kemerdekaan tanah air, sekali gus
494 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

mendorong beliau menukar nama masjid tersebut kepada nama yang


mempunyai unsur perjuangan serta mempunyai makna yang besar.
Pengaruh Mesir dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu juga
dapat dilihat melalui penglibatan pelajar Melayu di Mesir dalam
perjuangan mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1948, sebuah pertubuhan
politik iaitu Lembaga Pembela Malaya (LPM) telah ditubuhkan oleh
pelajar Tanah Melayu di Mesir. Penubuhan LPM adalah lanjutan daripada
mesyuarat agong yang telah dianjurkan oleh Jam’iyyah Shubban pada bulan
Januari 1948. Dalam mesyuarat tersebut, ahli persatuan tersebut sebulat
suara bersetuju untuk membentuk LPM. Zulkifli Muhammad yang baru
tiba di Mesir pula telah dilantik sebagai Presiden LPM. Dalam laporannya,
British menyatakan bahawa matlamat penubuhan persatuan tersebut ialah
bagi mengambil bahagian dalam politik, selain menganjurkan perjuangan
untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya bagi Tanah Melayu.
Mesyuarat agong pertama LPM diadakan pada pertengahan bulan Februari
1948 dan dipengerusikan oleh Zulkifli bin Muhammad.32 Resolusi utama
yang telah dicapai dalam mesyuarat agong tersebut ialah LPM bakal
bekerjasama dengan pertubuhan lain di Tanah Melayu yang mempunyai
dasar politik yang sama.
Pada bulan Mac 1948, British melaporkan bahawa LPM yang juga
dikenali sebagai League of Defenders of Malaya pernah berhubung
dengan beberapa pertubuhan belia di luar negara, namun belum mendapat
sebarang jawapan. LPM juga dilaporkan telah berhubung dengan parti-
parti politik di Mesir, malah dilaporkan cuba memulakan dan meneruskan
perhubungan dengan beberapa pertubuhan di Mesir, khususnya Ikhwan al-
Muslimin. Selain itu, terdapat bukti kukuh bahawa LPM telah
menjalankan kerjasama yang erat dengan beberapa pertubuhan Islam
seperti Ikhwan al-Muslimin, Parti Masyumi di Indonesia, dan Hizbul
Muslimin yang baru ditubuhkan di Tanah Melayu. 33 Penglibatan pelajar
Melayu yang aktif dalam aktiviti berbau politik menyebabkan satu laporan
berkenaan kegiatan pelajar Melayu di Timur Tengah termasuklah Mesir
telah dihantar kepada beberapa pegawai kanan British di Tanah Melayu
pada bulan Januari 1950. 34 Mereka terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan Tanah Melayu (PTM), Ketua Setiausaha PTM, Setiausaha
Pertahanan PTM, Pegawai Perhubungan Keselamatan PTM, dan
Cawangan Khas Singapura.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 495

British juga melaporkan bahawa LPM pernah menjalinkan hubungan


dengan Dr. Burhanuddin al-Helmy. Menurut British, perjuangan LPM
adalah bercorak nasionalis dan anti-British, namun tidak menyokong
perjuangan komunis. Meskipun Setiausaha LPM disyaki sebagai
penyokong Hizbul Muslimin, namun beliau tidak menyedari tentang
pengaruh komunis yang wujud dalam Hizbul Muslimin. LPM juga disyaki
telah terpengaruh dengan ajaran Islam dari Timur Tengah yang bersifat
“ortodoks”, selain terdedah kepada perjuangan Liga Arab. 35 British juga
berpendapat bahawa aktiviti pelajar Melayu yang baru pulang dari
Kaherah dan Timur Tengah perlu sentiasa dipantau.
Pengaruh Mesir terhadap perjuangan kemerdekaan tanah air juga
dapat dilihat dari segi penglibatan persatuan pelajar Melayu di Mesir
dalam kegiatan bercorak politik di Mesir. British misalnya giat memantau
kegiatan Persekutuan Melayu Mesir (PMM) yang ditubuhkan pada tahun
1955. 36 Bagi British, pelajar Melayu yang belajar di Mesir mempunyai
potensi dan kecenderungan untuk terpengaruh dengan perkembangan
politik yang berlaku di Mesir, sekali gus bakal memberi masalah kepada
British apabila mereka pulang ke tanah air nanti. Pada tahun 1956, PMM
dilaporkan mempunyai hubungan dengan salah seorang tokoh nasionalis
Melayu yang dilabel oleh British sebagai berhaluan kiri iaitu Dr.
Burhanuddin al-Helmy. Menurut laporan Polis Cawangan Khas, Dr.
Burhanuddin bukan sahaja cuba menjalinkan hubungan dengan Kaherah,
malah berpendapat bahawa orang Melayu, “should look to Egypt for
guidance and assistance”. 37 Dr. Burhanuddin juga dilaporkan telah
memberikan persetujuan untuk menyokong pelbagai aktiviti anjuran PMM.
Hubungan pelajar Melayu di Kaherah dengan tokoh kiri tersebut jelas
membimbangkan British kerana kemungkinan besar pelajar Melayu di
sana terpengaruh dengan perjuangan golongan kiri, sekali gus bakal
merancakkan lagi sentimen anti-British di Tanah Melayu.
Selepas Perang Dunia Kedua, pelajar Melayu yang baru pulang dari
Timur Tengah juga dilaporkan sering bergiat aktif dalam sesebuah parti
politik.38 Hal ini termasuklah pelajar Melayu yang belajar di Mesir kerana
Mesir mula menjadi pusat pengajian utama masyarakat Melayu untuk
menuntut ilmu agama selepas Perang Dunia Kedua. Pada masa yang sama,
situasi tersebut juga menunjukkan bahawa pengaruh Timur Tengah sangat
memberi kesan terhadap perkembangan politik di Tanah Melayu, bahkan
496 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

British sendiri mengakui bahawa majoriti lepasan institusi pendidikan di


Timur Tengah bakal melibatkan diri secara aktif dalam sebuah pertubuhan
atau parti politik apabila mereka pulang ke Tanah Melayu. Keadaan ini
jelas menggambarkan kepentingan pengaruh Timur Tengah dalam
menggerakkan perjuangan politik di Tanah Melayu, termasuklah
perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.

PENGARUH MAKKAH TERHADAP PERJUANGAN


KEMERDEKAAN

Pengaruh Makkah terhadap perjuangan kemerdekaan juga dapat dilihat


melalui penglibatan golongan agama dan ulama lepasan Makkah dalam
memimpin dan mengadakan penentangan terhadap British. Antara
golongan agama dan ulama lepasan Makkah yang terlibat secara langsung
dalam perjuangan menentang British pada awal abad ke-20 ialah Tokku
Paloh. Nama sebenar beliau ialah Sayyid Abdul Rahman bin Muhammad
al-Idrus (1817-1917). Beliau dilahirkan di Kampung Paloh, Terengganu,
dan merupakan anak kepada Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin al-
Idrus (1795-1879) atau Tokku Tuan Besar yang merupakan keturunan
Sayyid yang berasal dari Hadramawt, Yaman. Beliau pernah berguru
dengan Tok Syeikh Duyung sebelum menyambung pengajian di
Makkah.39 Ketinggian ilmu beliau menyebabkan Sultan Terengganu juga
kemudian memberi gelaran “Sheikh al-Ulama” kepada beliau. Antara anak
murid beliau yang terkenal ialah Haji Abdul Rahman Limbong, dan Haji
Abdul Rahman bin Abdul Hamid.
Sepanjang hayatnya, Tokku Paloh terlibat secara aktif dalam
perjuangan menentang British. Beliau juga terlibat dalam penggubalan
Undang-Undang Tubuh Terengganu 1911 yang juga dikenali sebagai
Perlembagaan Terengganu 1911.40 Undang-undang tersebut digubal khas
bagi mengawal British daripada menguasai Terengganu. Pada tahun 1913,
beliau terlibat secara tidak langsung dalam perjuangan anti-British di
Pahang apabil melindungi pahlawan Pahang seperti Dato’ Bahaman, Tok
Gajah, dan Mat Kilau yang melarikan diri daripada buruan pihak British
sejak tahun 1892 lagi untuk berlindung di Besut. Malah beliau juga
berjaya meniup semboyan ‘jihad’ kepada pahlawan Pahang bagi
meneruskan perjuangan bagi membebaskan Pahang daripada penjajahan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 497

British tatkala semangat perjuangan mereka semakin lemah.41 Beliau juga


dikatakan telah membekalkan sekitar 200 pahlawan dari Terengganu dan
Kelatan bagi membantu pahlawan Pahang menentang British. Hasilnya,
pahlawan Pahang berjaya menguasai kubu British di Jeram Ampai,
Pahang.42 Pada masa yang sama, beliau juga berjaya melaksanakan hukum
syariah di Paloh, Terengganu. Beliau turut terlibat dalam perjuangan anti-
British di Terengganu, khususnya selepas terdapat cubaan untuk
meletakkan seorang Penasihat British di Terengganu. Pemikiran politik
beliau dapat dilihat melalui sebuah kitab berjudul Ma’arij al-Lahfan yang
jelas berpegang kepada semangat antipenjajah, selain mencela golongan
munafik yang dianggap lebih bahaya berbanding orang kafir sendiri.
Selain itu, Sultan Terengganu juga mewakilkan Tokku Paloh bagi
berunding dengan British bagi menolak kemasukan penasihat British di
Terengganu. Ketika itulah, dikatakan berlaku beberapa karamah kepada
beliau dengan izin allah SWT. Antaranya ialah ketika rundingan pertama
telah dibuat di atas kapal British apabila kapal tersebut dikatakan telah
menjadi senget beberapa kali setelah Tokku Paloh menyengetkan
serbannya. Kejadian tersebut telah menakutkan wakil British yang
menganggapnya sebagai satu perbuatan sihir. Akibatnya, rundingan
seterusnya terpaksa dilakukan di rumah Tokku Paloh. Selain itu, angkatan
tentera British yang menyerang Terengganu juga berjaya dipatahkan oleh
Tokku Paloh setelah dikatakan terdapat ribuan pahlawan bersenjata yang
bersedia untuk menyerang kapal British yang dipimpin oleh beliau. Hal ini
menyaksikan tentera British terpaksa mengundurkan diri dan
menggagalkan usaha British untuk menguasai Terengganu. 43 Usaha
British untuk menguasai Terengganu hanya berhasil setelah kematian
beliau pada tahun 1917.
Ulama lepasan Makkah juga memainkan peranan penting dalam
perjuangan kemerdekaan, khususnya selepas Perang Dunia Kedua.
Antaranya ialah peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh Sheikh
Abdullah Fahim (1879-1961). Nama asal beliau ialah Abdullah bin Haji
Ibrahim. Beliau mendapat gelaran “Fahim” iaitu seorang yang faham dan
luas ilmu), selain turut digelar “Abdullah Pak Him”. Beliau dilahirkan di
Makkah, malah ayahnya iaitu Haji Ibrahim yang berasal dari Kedah
pernah mengajar di Masjid al-Haram. Antara guru beliau yang terkenal
ialah Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain Mustafa al-Fatani dan
498 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Minangkabawi. 44 Pada tahun 1916,


beliau pulang ke Tanah Melayu sebelum mengajar di Madrasah al-
Hamidiyah, Limbong Kapal, Alor Setar pada tahun 1918. Pada tahun 1927,
beliau telah mengasaskan Madrasah Dairah al-Maarif al-Wataniyah,
Kepala Batas. Ketika zaman kemuncak madrasah tersebut, terdapat sekitar
1,500 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tanah Melayu, selatan Thai dan
Indonesia. Pada tahun 1932, beliau dilantik sebagai mudir Madrasah
Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak sehingga tahun 1948. Ketika itu, antara
anak murid beliau yang terkenal ialah Abu Bakar al-Baqir.45 Pada tahun
1948, beliau bertindak meletak jawatan sebagai mudir sekolah tersebut
kerana beliau dikatakan telah dituduh oleh British telah berpakat dengan
golongan Kaum Muda untuk menentang British. Beliau kemudiannya
menerima tawaran sebagai Mufti Pulau Pinang (1948-1961). Beliau telah
meninggal dunia pada tahun 1961.
Dari segi perjuangan politik, Sheikh Abdullah Fahim terlibat secara
aktif dalam perjuangan UMNO sejak ditubuhkan pada tahun 1946 lagi.
Bahkan beliau merupakan ahli UMNO pertama bagi Cawangan Seberang
Perai. Bahkan rumah Sheikh Abdullah Fahim di Kepala Batas, Penang
juga dikenali sebagai “Rumah UMNO”. Pada masa yang sama, beliau juga
merupakan Anggota Jawatankuasa Agama, di bawah Jawatankuasa Kerja
Agung UMNO berama-sama dengan Abdul Jalil Hassan (Johor), Saleh
Othman (Perlis), dan Haji Ahmad Mahir (Kelantan). Bahkan anak beliau,
Haji Ahmad Badawi ketika itu juga merupakan Ketua Pemuda UMNO
Seberang Perai. Madrasah Dairah al-Maarif al-Wataniyah, Kepala Batas
yang diasaskan oleh beliau juga pernah mempunyai kaitan dengan
perjuangan politik tanah air. Pemilihan nama “Wataniyah” sebagai salah
satu nama madrasah yang bermaksud ‘tanah air’ dalam bahasa Melayu
juga menggambarkan ketinggian semangat patriotik beliau terhadap tanah
air, sehingga mendorong kepada pemilihan nama tersebut. Bahkan
madrasah tersebut juga pernah menjadi pusat penubuhan PAS apabila
Persidangan Ulama Se-Malaya diadakan di madrasah tersebut pada 29
Oktober 1951. Madrasah tersebut juga pernah menjadi pejabat sementara
PAS setelah Haji Ahmad Fuad Hassan meletakkan jawatan sebagai Yang
Dipertua PAS, sekali gus perlu berpindah daripada Madrasah al-
Masriyyah yang ditadbir oleh Haji Ahmad Fuad Hassan. 46 Beliau juga
pernah menasihati Pemuda UMNO pimpinan Sardon Jubir ketika itu agar
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 499

tidak menggunakan kekerasan bagi menentang British sekiranya British


enggan memberikan kemerdekaan. Bahkan beliau juga terlibat secara
langsung dalam penentuan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada 31
Ogos 1957 berdasarkan ilmu falak, selain pemilihan lambang kapal layar
sebagai lambang Parti perikatan berdasarkan ilmu falak.

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah bahawa Timur Tengah


mempunyai pengaruh yang agak menonjol terhadap perjuangan
kemerdekaan Tanah Melayu, sama ada pengaruh dari Makkah, Turki atau
Mesir yang berlaku secara langsung atau tidak langsung. Bentuk pengaruh
tersebut sama ada merujuk kepada institusi pendidikan dan lulusan
institusi pendidikan di Timur Tengah, selain merujuk kepada pemerintah
atau perkembangan politik tempatan yang berlaku di Timur Tengah.
Semua pengaruh ini sedikit sebanyak telah memacu dan merancakkan lagi
kesedaran politik dan perjuangan ke arah mencapai kemerdekaan.
Hakikatnya, kita tidak dapat dinafikan bahawa usaha untuk mencapai
kemerdekaan Tanah Melayu diusahakan dan digerakkan oleh orang
Melayu termasuklah golongan agama dan ulama. Tanpa pengaruh atau
sentimen dari luar, perjuangan ke arah kemerdekaan mampu digerakkan
oleh orang tempatan sendiri. Namun begitu, pengaruh luar khususnya dari
Timur Tengah juga tidak dapat disangkal. Bahkan pengaruh dari luar
sebenarnya banyak membuka jalan ke arah kesedaran tentang erti
kebebasan dan harga diri, seterusnya membawa kepada kesedaran
membebaskan diri daripada penjajahan dan mendapatkan kemerdekaan.
Jika pengaruh luar khususnya Timur Tengah tidak menyerang pemikiran
orang Melayu, kemungkinan kesedaran dan perjuangan kemerdekaan
mungkin bermula lebih lewat. Apa yang lebih penting, masyarakat perlu
menerima dan menghargai peranan dan sumbangan golongan agama dan
ulama dalam arus perjuangan kemerdekaan tanah air sebaris dengan
pihak-pihak lain. Hal ini kerana kejayaan sesebuah perjuangan
kemerdekaan tidak hanya melibatkan satu atau dua pihak sahaja tetapi
juga disumbangkan oleh pelbagai pihak yang saling bekerjasama,
termasuklah golongan agama dan ulama.
500 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa pengaruh Timur Tengah


yang agak menonjol terhadap perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu
ialah pengaruh Turki. Hal ini kerana pengaruh Turki berkait rapat dengan
kedudukan kerajaan Turki Uthmaniyah sebagai khalifah dan pelindung
umat Islam. Situasi tersebut menyebabkan terdapat beberapa pejuang
kemerdekaan khususnya golongan agama dan ulama sebelum Perang
Dunia Pertama yang cuba untuk meletakkan negeri masing-masing di
bawah naungan kerajaan Turki Uthmaniyah, meskipun kerajaan Turki
Uthmaniyah ketika itu memang tidak mampu berbuat apa-apa kerana
berada dalam keadaan yang sangat lemah dan sedang di ambang kejatuhan
akibat pergolakan dalaman dan luaran. Pada masa yang sama, terdapat
juga golongan agama dan ulama yang menggunakan sentimen
penghormatan terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah dan gagasan Pan-
Islamisme untuk menarik simpati atau sokongan orang Melayu agar
menyokong perjuangan mereka, sebagai sebagai pembakar semangat
kepada orang Melayu agar berjuang bersama-sama dengan beliau bagi
menentang penjajah British.
Selain itu, pengaruh Mesir turut menyemarakkan sentimen
antipenjajah dan perjuangan anti-British. Hal ini kerana Mesir merupakan
antara negara Timur Tengah terawal yang terlibat dalam perjuangan
menentang penjajah di Timur Tengah sejak akhir abad ke-19 lagi dan
mencapai kemuncak pada awal abad ke-20. Pada masa yang sama,
pengaruh Mesir terhadap perjuangan antipenjajah di Tanah Melayu juga
membimbangkan British kerana kedua-dua negara berkongsi penjajah
yang sama, iaitu British. Hal ini menyaksikan British mula mengawal
pengaruh Mesir yang wujud dalam artikel yang diterbitkan dalam akhbar
dan majalah Melayu, selain kegitan pelajar Melayu di Kaherah yang
bercorak politik. Pada masa yang sama, pengaruh Mesir juga dapat dilihat
dari segi ulama lepasan Mesir yang turut terlibat dalam perjuangan
mendapatkan kemerdekaan tanah air dengan cara bekerjsama dengan
golongan kiri yang berpegang kepada prinsip tidak mengadakan kerjasama
dengan British meskipun semua perjuangan kemerdekaan di Tanah
Melayu mempunyai matlamat akhir yang sama, iaitu bagi mencapai
kemerdekaan tanah air.
Pada masa yang sama, pengaruh Makkah terhadap perjuangan
kemerdekaan juga tidak dapat dinafikan. Meskipun tidak sekuat pengaruh
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 501

Turki dan Mesir, namun pengaruh Makkah tetap mempunyai tempat


dalam perjuangan kemerdekaan tanah air, khususnya ulama yang pernah
mendapat pendidikan di Makkah. Hal ini kerana pengalaman belajar dan
berguru dengan pelbagai ulama di Makkah, selain berpengalaman
mengajar di Masjid al-Haram sendiri sedikit sebanyak telah mencorakkan
pemikiran dan pemahaman golongan agama dan ulama tentang erti
kebebasan, kemerdekaan dan kewajipan menentang penjajah. Malah
pengalaman bergaul dengan pelbagai pelajar dan guru dari seluruh Dunia
Islam khususnya dari Timur Tengah ketika menuntut ilmu di Makkah juga
telah membuka minda dan pemikiran mereka tentang kepelbagaian bangsa
dan budaya di dunia, sekali gus memerlukan kepada kerjasama antara
semua pihak bagi memastikan perjuangan untuk membebaskan tanah air
daripada penjajahan dapat direalisasikan. Selain penglibatan lepasan
Makkah dalam perjuangan menentang penjajahan British secara langsung
melalui kebangkitan anti-British, terdapat juga ulama lepasan Makkah
yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan secara diplomasi tanpa
melibatkan pertumpahan darah, khususnya selepas Perang Dunia Kedua.
Mereka berjuang dengan cara memihak kepada golongan kanan yang
berpegang kepada prinsip bekerjasama dengan British bagi mendapatkan
kemerdekaan tanah air. Meskipun kedua-dua perjuangan menampakkan
pendekatan perjuangan yang berbeza, namun kedua-dua perjuangan jelas
mempunyai matlamat akhir yang sama, iaitu mendapatkan kemerdekaan
daripada British.

NOTA HUJUNG.

1
Keluaran pertama majalah al-Imam yang diterbitkan dalam tulisan jawi dan
menemui pembaca secara bulanan diterbitkan pada 27 Julai 1906. Keluaran terakhir
yang dapat dikesan ialah pada 23 Julai 1908. Pengurus al-Imam merupakan Shaykh
Mohd. Salim al-Kalali. Urusan percetakan al-Imam pula dikendalikan oleh Matbaah
Melayu Tanjung Pagar, Singapura (1906-1907) dan al-Imam Printing Co. Ltd.,
Singapura (1907-1908). Sirkulasi majalah ini pada peringkat awal penerbitannya
pernah mencecah 2,000 naskhah sebulan sebelum meningkat kepada 5,000 naskhah
sebulan. Wakil penjual al-Imam bukan sahaja terdapat di Tanah Melayu, bahkan
wujud di seluruh Alam Melayu seperti Palembang, Acheh, Bali, Ceribon, Jambi,
Sulawesi, Pulau Penyengat, selatan Siam, Jakarta, Tjiandur, Surabaya, Semarang,
Pontianak, Sambas dan Makassar. Lihat Abu Hanifah Haris, “Pengaruh Mesir
502 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

dalam Masyarakat Melayu, 1906-1970”, Tesis PhD., Jabatan Sejarah, Universiti


Malaya, 2013, hlm. 107-109.
2
Untuk keterangan lanjut tentang perkembangan perjuangan islah di Tanah Melayu
dan peranan al-Imam, antara kupasan dan perbahasan yang terbaik setakat ini ialah
tulisan Abdul Aziz Mat Ton, iaitu Bab 5 yang bertajuk ‘Pelancaran Islah dan al-
Imam’. Lihat Abdul Aziz Mat Ton, Politik al-Imam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2001, hlm. 134-179. Untuk maklumat lanjut tentang impak penerbitan
al-Imam ke atas kehidupan masyarakat Melayu, lihat Abdul Aziz Mat Ton,
Pengislahan Masyarakat Melayu: Perbincangan al-Imam (1906-1908), Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.
3
Azmi Özcan, Pan-Islamism: Indian Muslim, The Ottomans and Britain, Leiden:
Brill, 1997, hlm. 23-25.
4
Ermy Azziaty Rozali, “Pan-Islamisme dan Respons Masyarakat Melayu”, dalam
Farid Mat Zain (ed.), Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu: Detik Kejatuhan
Khilafah Islamiyah di Turki 1924 dan Reaksi Orang Melayu, Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd., 2009, hlm. 24.
5
Mohammad Redzuan Othman, Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan
Pengaruh Timur Tengah, Kuala Lumpur: Penerbit Univesiti Malaya, 2005, hlm.
86..
6
The Pan-Islamic Movement in Malaya, Influence of Middle East, No. 2, hlm. 1,
dalam CO 1035/20/ISD 63/01/Part A, Egyptian Influence in Colonies, 10 Mac
1955.
7
The Pan-Islamic Movement in Malaya, Religious Schools and Students, No. 47,
hlm. 8, dalam CO 1035/20/ISD 63/01/Part A, Egyptian Influence in Colonies, 10
March 1955.
8
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Tokoh Ulama Negeri Terengganu: Biografi,
Pemikiran dan Sumbangan, Kuala Terengganu, Majlis Agama Islam & Adat
Melayu Terengganu (MAIDAM), 2007, hlm. 57.
9
Abdullah Zakaria Ghazali, “Kekacauan dan Kebangkitan di Terengganu, 1921-
1928”, Disertasi M.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1976, hlm. 186.
10
Timah Hamzah, Pemberontakan Tani 1928: Satu Kajian Ketokohan & Kepimpinan
Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Lumpur: Dewan Bahasan dan Pustaka, 1981,
hlm. 81.
11
Riduan Mohd Nor & Mohd Fadli Ghani, Ulama dalam Sorotan Perjuangan
Kebangsaan, Batu Caves: MHI Publications, 2007, hlm. 108.
12
Ermy Azziaty Rozali, Turki Uthmaniyah: Pengaruh dan Persepsi dalam
Masyarakat Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016, hlm. 106.
13
Mohammad Redzuan Othman, “Masjid al-Haram dan Peranannya dalam
Perkembangan Awal Pendidikan dan Intelektualisme Masyarakat Melayu”, Jurnal
Usuluddin, Bil 13, 2001, hlm. 68-69.
14
Mohammad Redzuan Othman, "Pan-Islamic Appeal and Political Patronage: The
Malay Perspective and the Ottoman Response", Sejarah, No. 4, 1996, hlm. 99.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 503

15
Lihat Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Hadiqatul Azhar wa al-Riahin, Kuala
Lumpur: Khazanah Fataniyah, 1992, hlm. iv-v.
16
Wan Mohd. Shaghir Abdullah, “Syeikh Ahmad al-Fatani: Sultan, Politik, dan
Riau”, Dewan Budaya, September 1991, hlm. 53.
17
Abdul Rahman al-Ahmadi merujuk kepada dokumen yang disimpan oleh Haji Nik
Muhammad bin Haji Nik Muhammad Daud al-Fatani di Makkah. Lihat Abdul
Rahman al-Ahmadi, Abdul Kadir Adabi dan Asaad Shukri: Satu Perbandingan,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 2.
18
Mohammad Redzuan Othman, Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan
Pengaruh Timur Tengah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2005, hlm.
96.
19
A.C. Milner, “The Impact of Turkish Revolution on Malaya”, Archipel, Vol. 36,
1986, hlm. 119.
20
Mohammad Redzuan Othman, “The Ottoman's War with the Europeans (1912-
1914): A Paradigm Shift in the Development of Malay Political Thought”, Jebat,
No. 23, 1995, hlm. 93.
21
The Malayan Bulletin of Political Intelligence, No. 39, May 1926, dalam CO
273/534/17, Malayan Bulletin of Political Intelligence No. 39 (May 1926).
22
Siti Rodziyah Nyan, Akhbar Saudara: Pencetus Kesedaran Masyarakat Melayu,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009, hlm. 56.
23
William R. Roff, “Kaum Muda – Kaum Tua; Innovation and Reaction amongst the
Malays, 1900-1941”, dalam K.G. Tregonning (ed.), Papers on Malayan History,
Singapaore: Journal of South-East Asian History, 1962, hlm. 178-179.
24
Al-Ikhwan, Jil. 3, Bil. 7, 16 Mac 1929, hlm. 215.
25
Seruan Azhar yang merupakan lidah rasmi al-Jam’iyyah al-Khairiyyah. Majalah ini
dicetak dalam tulisan jawi, dan diterbitkan secara bulanan. Sepanjang hayatnya, Seruan
Azhar telah diterbitkan sebanyak 31 keluaran. Keluaran sulung Seruan Azhar telah
diterbitkan pada bulan Oktober 1925, manakala keluaran terakhir telah diterbitkan pada
bulan Mei 1928. Ketua pengarang Seruan Azhar yang pertama ialah Djanan Taib.
Lihat Abu Hanifah Haris & Mohammad Redzuan Othman, “Seruan Azhar (1925-
1928) dan Idea Perpaduan Serumpun Antara Penduduk Tanah Melayu dan Indonesia”,
dalam Mohammad Redzuan Othman et al. (ed.), Malaysia Indonesia: Romantika
Hubungan Bangsa Serumpun, Kuala Lumpur: Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya, 2012, hlm. 54-58.
26
The Malayan Bulletin of Political Intelligence, No. 34, December 1925, dalam CO
273/534/16, Malayan Bulletin of Political Intelligence No. 38 (Apr 1926).
27
Malay Activity in Egypt, November 1955, dalam CO 1035/21, Egyptian Influences
in the Colonies.
28
Lihat Abu Bakar Sidik, “Syeikh Junid Tola, Tokoh Ulama Indonesia – Malaysia”,
Qiblat, No. 75, 1405/1984, hlm. 9.
504 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

29
Kitab tersebut telah dicetak oleh Matbaah al-Marbawiyyah pada tahun 1930 yang
dimiliki oleh Sheikh idris al-Marbawi. Untuk keterangan lanjut, lihat Sheikh Junid
Tola, Kaifiyat Mengadakan Wakaf, Kaherah: Matbaah al-Marbawiyyah, 1930.
30
Pada tahun 1930-an, Sheikh Junid Tola sering pulang ke Tapanuli Selatan,
Sumatera bagi membantu perjuangan menentang Belanda di sana. Akibatnya,
beliau telah ditangkap oleh Belanda dan dibuang negeri ke Digul, Papua. Namun
begitu, beliau sempat melepaskan diri dan melarikan diri ke Tanah Melayu. Beliau
juga terlibat secara langsung dalam perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan
Indonesia pada 17 Ogos 1945. Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Badan
Pertahanan Sabiullah ketika pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Malah bendera
Indonesia iaitu Sang Saka Merah Putih juga dikibarkan di Padang Rengas, Perak.
Untuk keterangan lanjut tentang Sheikh Junid Tola, lihat Mohammad Redzuan
Othman, "Syeikh Junid Tola (1886-1948): Ulama Progresif Penggerak Kesedaran
Politik dan Kemajuan Sosial Masyarakat Melayu", dalam Farid Md. Zain, Jaffary
Awang & Rabitah Mohd. Ghazali (ed.), Prosiding Nadwah Ulama Nusantara.
Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu, Bangi: Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006, hlm. 427-442.
31
Wan Mohd. Shaghir Abdullah, “Syeikh Junid Thala Ulama Terkenal di Mandailing
dan Perak”, Utusan Malaysia, 4 September 2006.
32
Malayan Security Service Political Intelligence Journal, No. 5/1948, 15 March
1948, hlm. 138, dalam CO 537/3751, Malaya, Political Intelligence Journals.
33
Malayan Security Service Political Intelligence Journal, No. 6/1948, 31 March
1948, hlm. 180, dalam CO 537/3751, Malaya, Political Intelligence Journals.
34
Pan-Malayan Review of Political and Security Intelligence, No. 1/1950, Part I,
Political Intelligence Review, 25 January 1950, hlm. 2, dalam FO 371/84483/FZ
10111/2/G, Pan-Malayan Review No. 1/50 of 29.1.50 Prepared by S.L.O. Malaya
Together with the 2nd Review of Who’s Who Dated 1.12.49.
35
Pan-Malayan Review of Political and Security Intelligence, No. 2/1948, 1 October
1948, Part I, Political Intelligence Review, hlm. 9, dalam CO 537/3754, Pan-
Malayan Review of Political and Security Intelligence.
36
Untuk keterangan lanjut tentang sejarah penubuhan dan kegiatan PMM, lihat
Muhammad Hafiz Samsudin, “Peranan dan Sumbangan Persekutuan Melayu Mesir
(PMM), 1956-2000”, Disertasi M.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2016.
37
Top Secret Addendum to the Monthtly Intelligence Report for October 1956, hlm.
2, dalam Savingram, From High Commissioner for the Federation of Malaya, To
the Secretary of State for the Colonies, 8 November 1956, dalam CO 1030/245/E
1125, Federation of Malaya, Monthly Political Intelligence Reports.
38
Ibid.
39
Muhammad Abu Bakar, Ulama Terengganu: Suatu Sorotan, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1991, hlm. 80.
40
Berhanudin Abdullah, Ulama dalam Perjuangan Tanah Air, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2018, hlm. 103/
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 505

41
Jang Aishah Muttalib, Pemberontakan Pahang, 1891-1895, Kota Bharu: Pustaka
Aman Press Sdn. Bhd., 1972, hlm. 218-219.
42
Abdul Rahman Abdullah, Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia, 1511-1950:
Pengaruh Agama Islam dan Tarikat, Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd.,
1994, hlm. 205.
43
Wan Maizura Wan Mahmud, Pahlawan Kelantan, Terengganu dan Negeri
Sembilan, Petaling Jaya: Pustaka Cahaya Intelek, 2006, hlm. 39.
44
Antara anak Sheikh Abdullah Fahim yang terkenal ialah Haji Ahmad Badawi
(1907-1977). Salah seorang anak Haji Ahamd Bahawi merupakan mantan Perdana
Menteri Malaysia Ke-5 (2003-2008), iaitu Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
(1939-kini).
45
Abu Bakar al-Baqir yang kemudiannya mengasaskan Madrasah al-Ihya’ al-Sharif
serta menjadi markas penubuhan parti politik Islam yang pertama di Tanah Melayu,
iaitu Hizbul Muslimin pada tahun 1948. Lihat Abu Hanifah Haris, "Ulama dan
Perjuangan Politik: Peranan Masyumi Terhadap Penubuhan Hizbul Muslimin di
Tanah Melayu, 1947-1948", Jurnal Perspektif, Vol. 10, No. 3, 2018, hlm. 104.
46
Zulkiple Abd. Ghani et al., Syeikh Abdullah Fahim: Ulama Melayu Progresif,
Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM, 2006, hlm. 65.
506 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Peranan Ulama dalam Perjuangan


Kemerdekaan Malaysia:
Satu Perspektif Awal
FARID MAT ZAIN

PENGENALAN

Kertas ini membincangkan mengenai peranan dan perjuangan ulama


dalam kemerdekaan tanah Melayu. Isu utama yang di ketengahkan
mengenai keadaan dan kedudukan ulama sebelum merdeka, sikap,
perinsip dan bentuk perjuangan serta pencapaian yang diperolehi. Juga
pengaruh yang membentuk pemikiran dan semangat perjuangan
kemerdekaan sama ada pengaruh dalaman atau luaran. Persoalan tersebut
timbul berikutan pandangan beberapa pihak khususnya menjelang
sambutan kemerdekaan yang mempersoal bentuk perjuangan kemerdekaan
Malaysia yang dikatakan sebagai tidak gentlemen kerana berjuang di atas
kertas atau dengan pujuk rayu kepada British. Atau ada juga pendapat
mengaitkan dengan peranan yang dimain oleh ulama tidak kelihatan
berbanding peranan sebenar yang patut mereka mainkan. Di samping
akhir-kahir ini timbul pendapat tokoh-tokoh pejuang sebenar bukan seperti
yang disebut dalam sesetengah penulisan tetapi merupakan pihak lain.
Isu yang bermain dalam fikiran ketika membincankan penglibatan
ulama atau agamawan dalam kemerdekaan sering mempersoal apakah
gerakan mereka didorong oleh semnagat agama atau kehendak peribadi.
Sebagai contoh, ketika Tok Janggut mengangkat senjata menentang
pengaruh British di Kelantan ada yang kata tokoh tersebut sebgai
memperjuangkan hak peribadi. Begitu juga dalam kes Naning dan
sebagainya. Suatu perkara lagi perjuangan kemerdekaan dilakukan oleh
pejuang yang berpaksikan ideologi komunis, apakah golongan ini
merupakan perjuangan sebenar. Mereka dilabel sebagai komunis semata
untuk mengaburi mata rakyat atau untuk memberi alasan kepada pihak
pemerintah menangkap mereka.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 507

Negara sering sahaja dibangkitkan mengenai isu hilangnya semngat


cintakan tanah air dalam masyarakat hingga ada yang perbuatan khianat
kepada negara. Persoalan ini berkemungkinan dapat diatasi dengan semua
warga memhami sejarah pembentukan negara sama ada sebelum dan
seleas merdeka. Perbincangan dilakukan secara kronologi dengan
mengmabil kira peristiwa-peristiwa penting dalam proses mencapai
kemerdekaan.

Ulama Mempertahan Agama dan Menjaga Negara

Al-Qur’an menyatakan orang mukmin yang keluar berjihad adalah lebih


baik daripada orang mukmin yang duduk berdiam diri di rumah. Hadith
juga menyebut orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih
dicintai oleh Allah daripada mukmin yang daif atau lemah. Umum
mengakui bahawa ulama yang ada merupakan golongan pejuang agama
yang menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada
keburukan atau kemungkaran. Ulama dengan kelebihan ilmu yang ada
merupakan pewaris nabi dengan maksud segala apa yang dilakukan oleh
nabi perlu diteruskan oleh golongan ulama. Ini sesuai dengan ayat al-
Qur’an ulama merupakan pewaris nabi. Namun ulama juga merupakan
golongan yang ditakuti Allah. Lantaran kedudukan mereka sebagai
pewaris para nabi mereka bukan sahaja menyeru kepada perkara ibadat
semata-mata malah mereka juga mewarisi tugas menegakan Islam secara
keseluruhan termasuk soal politik dan pentadbiran negara serta
mempertahankan tanah air.
Pengajian yang lama diperoleh di Makkah dan Madina membuat
mereka merasa bertangjawab membawa ilmu yang diperoleh untuk sebar
kepada masyarakat apabila pulang ke tanah air. Mereka mengasas institusi
pendidikan berbentuk pondok dan masrasah dalam usaha mengembangkan
ilmu. Namun sebahagian mereka dilantik memegang jawatan dalam
pemeritahan selaku kadi dan mufti. Pada masa ini peranan ulama dalam
politik tanah air mula kelihatan. Semasa pengajian di Makkah dan
Madinah mereka terdedah dengan dengan beberapa peristiwa politik.
Pengalaman itulah diadaptasi dan disalurkan dalam persekitaran politik
yang baru dihadapi semasa berada di tanah air.
508 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Melaui sistem pengajian yang diasaskan lahir generasi ulama besar


dalam kalangan orang Melayu yang memain peranan dalam pelbagai
bidang ilmu. Sejarawan berpendapat akhir abad ke-19 dan awal abad ke-
20 lahir ramai ulama Melayu. Merka seperti Sheikh Daud al-Fatani,
Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, Tok Kenali, Tokku Paloh,
Tok Pulau Manis, sekadar menyebut nama sebahagian daripada mereka,
memain peranan penting dalam wilayah masing-maing dalam
mengembangan Islam. Sesungguhnya usaha yang penembangan ilmu
kepada masyarakat dilakukan itu merupakan jihad besar dalam Islam.
Ramai yang mengatakan ilmu pada peringkat awal menumpukan
kepada ajaran tasawuf tidak menumpukan kepada jihad atau strategi
peperangan. Atas alasan itu orang Melayu gagal dalam berhadapan dengan
kuasa penjajah. Pandangan tersebut perlu dilihat semula. Memang ajaran
utama ulama pada peringkat awal tumpuannya kepada ilmu tasawuf dan
tarekat tetapi tidak bermakna mereka mengabai aspek jihad. Malah ada
dalam kalangan ulama terlibat langsung dalam gerakan menentang
penjajah. Contoh paling jelas dalam hal ini boleh lihat kepada Sheikh
Daud al-Fatani, Sheikh Ahmad Muhammad Zain al-Fatani dan juga
Sheikh Abdul Samad al-Falembani. Sheikh al-Falembani makamnya di
Songkla kerana berperang melawan pemerintahan Siam di Kedah.
Graduan daripada al-Azhar Mesir kembali ke tanah air dalam keadaan
negara sedang di bawah penjajahan British. British memperkenal dasar
yang menyokong kehendak mereka sama ada dalam pentadbiran,
kewangan dan pendidikan. Sekolah British diasaskan di Singapuran dan
Pulau Pinang. Ramai Cina dan India masuk sekolah ini sedangkan orang
Melayu segelintir yang terdiri dari anak orang kenamaan dan bangsawan.
Justeru graduan dari al-Azhar termasuk Sayyid Sheikh al-Hadi dan Sheikh
Tahir Jalaluddin mengasaskan madrasah bagi untuk memberi pendidikan
yang sistematik di samping bersaing dengan pendidikan yang diasaskan
oleh pihak British. Justeru pada awal abad ke-20 muncul beberapa buah
madrasah seperti di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Di Bukit
Mertajam dibuka Madrasah Masriah sementara di Kota Bharu diasaskan
Jamek Merbau dan di Alor Setar dibina Madrasah Arabiah Limbung
Kapal.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 509

PERMULAAN KEBANGKITAN

SABERKAS ditubuhkan pada awal tahun 1944 oleh cerdik pandai Melayu
yang berpendidikan Arab, Melayu dan Inggeris bertujuan untuk menjaga
kepentingan orang Melayu dan tanah air. Pada peringkat awal
SABERKAS sebuah pertubuhan politik tempatan, bergerak atas nama
syarikat kerjasama sebagai satu helah untuk mengelakkan diketahui dan
diambil tindakan oleh pihak Jepun. SABERKAS bergerak atas tiga prinsip
iaitu sebagai sebuah syarikat kerjasama, sebagai badan kebajikan dan
sebagai parti politik. SABERKAS sedar yang sesuatu bangsa itu tidak
akan maju jika masyarakat mempunyai kadar buta huruf yang tinggi.
Menyedari hakikat inilah SABERKAS telah berusaha untuk membenteras
kadar buta huruf dalam kalangan masyarakat Melayu. Banyak sekolah
rakyat didirikan di kawasan pendalaman di samping kelas-kelas dewasa
dibuka di kawasan yang belum mempunyai sekolah. Di samping itu juga
SABERKAS telah menuntut kerajaan untuk tidak mengabaikan pelajaran
kepada kanak-kanak perempuan. SABERKAS berusaha membantu anak-
anak Melayu yang berada diluar negeri Kedah seperti wilayah Patani
untuk datang belajar di sekolah yang dibina. Atas usaha SABERKAS juga
ia telah berjaya menghantar Aisyah Ghani (Tan Sri) untuk melanjutkan
pengajian di Parang Panjang, Sumatera.
Sebagai sebuah pertubuhan yang bergerak atas perjuangan politik
Melayu SABERKAS dihormati oleh banyak pihak. Kejayaannya
menumpaskan keganasan bintang tiga telah menunjukkan bagaimana
SABERKAS berjaya menyelamatkan beribu-ribu nyawa orang Melayu
yang tidak berdosa daripada menjadi mangsa keganasan pihak komunis
tersebut.
Dalam usaha untuk membebaskan tanahair daripada cengkaman
penjajahan SABERKAS telah menubuhkan pergerakan SEDAR yang
bersifat ketenteraan. Pergerakan SEDAR inilah digunakan untuk
menolong gerakan pembebasan Patani di bawah pimpinan Haji Sulong
daripada dikuasai oleh pihak Siam. Usaha lain yang paling besar ialah
usahanya menentang rancangan Malayan Union secara besar-besaran.
Sebagai ahli yang bergabung dengan UMNO, SABERKAS bukan sebagai
ahli yang pasif sebaliknya banyak rancangan British telah ditentang habis
habisan oleh pihak SABERKAS seperti perlembagaan negeri Kedah dan
510 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Akibat daripada tindakan


tersebut tarikh perasmian persekutuan Tanah Melayu ditunda daripada 1
Januari 1948 kepada 1 Februari 1948 (Baharuddin 1987:22)
Menurut Haji Ismail pada 21 Julai 1945 sebuah pertubuhan politik
melayu yang ulung dikedah telah diluluskan daftarannya oleh pemerintah
jepun dan siam pertubuhan ini bernama syarikat berkerjasama am saiburi
atau SABERKAS. Penubuhannya telah ditaja oleh beberapa orang melayu
yang terdiri daripada ahmad nordin bin zain, Muhammad jamil,
Muhammad khir Johari, senu bin abdul Rahman dan wan din bin wan
hasyim. Disebutkan pertubuhan ini satu faktornya pertubuhan politik
melayu dikedah yang diasaskan atas kesedaran bertapa pentingnya orang
melayu bersatu bagi menentang penjajahan serta membela kedudukan
ekonomi yang mundur (Haji Ismail halaman 189)
Pada 5 September 1945, seluruh semenanjung Tanah Melayu berada
dibawah pentadbiran tentera British atau British Military Administration
(BMA). Pentadbiran ini telah dibahagikan kepada 2 daerah iaitu Tanah
Melayu dengan Pulau Pinang dan Singapura. Pada 11 Oktober 1945, Sir
Herold MacMichael tiba di Tanah Melayu untuk memujuk dan mendapat
persetujuan raja-raja Melayu untuk melaksanakan Malayan Union. Pada 1
April 1946, rancangan mewujudkan Malayan Union dicadangkan.
Berikutan itu orang Melayu yang sedar bencana yang akan menimpa
mereka akibat perlaksanaan Malayan Uunion telah bangkit menentan.
Pada 30 Mei 1946 suatu perhimpunan raksasa telah diadakan di Padang
court, Alor Setar dihadiri semua golongan bangsa Melayu lelaki dan
perempuan dari seluruh negeri telah mengambil bahagian. Disebutkan ini
merupakan satu peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah Tanah
Melayu. Sesungguhnya menjadi suatu tanda bahawa orang Melayu tidak
rela tanah air mereka dirampas. Pada 16, 17, 18 Safar bersamaan 10, 11,
12 Januari 1947 persidangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu (UMNO)
diadakan di balai besar, Alor Setar. (haji Ibrahim 2008:191)
Berdasarkan dari dasar perjuangan Kesatuan Melayu Kedah ini
dapatlah dikatakan bahawa inilah satu-satunya pertubuhan politik Melayu
Kedah yang pertama secara jelas melahirkan cita-cita politiknya. Tidak
lagi seperti sebelumnya di mana pertubuhan-pertubuhan politik yang
muncul menyembunyikan cita-cita politiknya di sebalik nama badan-
badan kebajikan. Syarikat Kerjasama (Seberkas) dan lain-lain lagi.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 511

Kegigihan pemimpin-pemimpinnya yang sanggup menghadapi sebarang


risiko daripada pemerintah Inggeris adalah sesuatu yang mengkagumkan.
Untuk pengetahuan pembaca semua, Kesatuan Melayu Kedah
pimpinan Tuan Haji Hussain Che’ Dol adalah merupakan asas penubuhan
UMNO di Kedah. Atas platform Kesatuan inilah ditubuhkan UMNO di
sini. Tindakan ini dilakukan adalah selaras dengan keputusan Kongres
Melayu Se Malaya yang memutuskan untuk menubuhkan sebuah
pertubuhan politik yang mewakili bangsa Melayu seluruhnya dari
berbagai-bagai pertubuhan yang berselerak di seluruh tanah air. Sebab itu
keahlian UMNO pada peringkat awal penubuhannya adalah dikira dari
keahlian pertubuhan-pertubuhan yang bergabung dengannya dan seperti di
Kedah keahlian UMNO dikira dari ahli-ahli Kesatuan Melayu Kedah.
Keadaan ini berkekalan dari tahun 1946 hingga tahun 1949 apabila
UMNO Pusat menjalankan rancangan “ Ahli Berdaftar Terus ”. Ahli
berdaftar terus yang yang dilancarkan pada pertengahan tahun 1948,
mengkehendaki supaya semua pertubuhan yang bergabung dengan
UMNO dimansuhkan dan serentak dengan itu ahli-ahli dari pertubuhan-
pertubuhan yang bergabung dikehendaki mendaftarkan semula keahlian
terus kepada UMNO Pusat. Dengan perkataan lain Kesatuan Melayu
Kedah telah terkubur pada tahun 1949 dan UMNO mengambil
tanggungjawab secara penuh dari Kesatuan Melayu Kedah sebagai
pertubuhan politik di Kedah.
Antara kejayaan-kejayaan perjuangan Kesatuan Melayu Kedah di
bawah pimpinan Tuan Haji Hussain Che’ Dol:

1. Mengendalikan rapat raksasa menentang rancangan Malayan Union


di Kedah pada 19 Februari 1946. Rapat raksasa ini dihadiri oleh lebih
dari 50,000 orang Melayu bertempat di Padang Court Alor Setar. Haji
Hussain Che’ Dol selaku Yang Di Pertua Kesatuan Melayu Kedah
yang juga merupakan pertubuhan politik yang mengendalikan rapat
raksasa itu semasa membaca surat bantahan Malayan Union telah
menegaskan:

“Bahawa (sic) Melayu Kedah tidak mahu menerima Kesatuan Malaya jika
maknanya hak-hak Melayu dipegang sama oleh bangsa dagang. Mereka itu
berkehendak satu Kesatuan Negeri-Negeri Melayu dibawah satu undang-undang
tubuh kerajaan yang dengannya orang-orang Melayu boleh menjadi lebih kuat dan
512 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

lebih terkemuka dan akan menjadi satu anggota yang berkelayakan di dalam
Commenwealth British.”

Perarakan menentang Malayan Union di Kedah yang dikendalikan


oleh Kesatuan Melayu Kedah ini pernah disifatkan oleh Dato’ Onn bin
Jaafar sebagai “tulang belakang umat-umat Melayu Semenanjung.”

2. Berikutnya satu lagi perarakan membangkang Malayan Union


anjuran Kesatuan Melayu Kedah telah diadakan. Bantahan kali ini
dibuat bersempena dengan lawatan General Hon Ketua Hal Ehwal
Civil Malaya yang dijangka sampai ke Kedah sehari sebelum
perarakan itu diadakan, tetapi atas beberapa sebab beliau telah tidak
datang pada hari itu. Walau bagaimanapun Tuan Kernal D.J. Day
telah datang sekali lagi menemui orang-orang Melayu seramai 5,000
orang yang sedang berkumpulan di Padang Court Alor Setar pada hari
itu. Haji Hussain Che’ Dol selaku Yang Di Pertua KMK telah turut
berucap:

“Dihadapan (sic) khalayak yang ramai di tengah panas yang terik perjumpaan ini
dimulakan dengan ucapan Tuan Haji Hussain Che’ Dol Yang Di Pertua Kesatuan
Melayu Kedah, seorang ahli pergerakan yang banyak jasa. Tuan ini telah menerang
dan menghuraikan maksud tujuan yang diadakan perjumpaan hari itu.”

3. Mengadakan perhimpunan yang ketiga orang-orang Melayu Kedah


untuk menentang Malayan Union pada 30 Mei 1946 di Balai Besar
Alor Setar. Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah untuk
memperlihatkan protes bangsa Melayu terhadap gagasan Malayan
Union sebagai sempena lawatan ahli parlimen British yang terdiri
daripada Kapten L.A. Gummans dan Leftenan Kernal Ross William
ke negeri Kedah. Perjumpaan kali ini dihadiri oleh lebih dari 10,000
orang umat-umat Melayu yang membanjiri Padang Court berhadapan
Balai Besar Alor Setar.
4. Kesatuan Melayu Kedah adalah merupakan pertubuhan politik yang
selalu dihubungi oleh pemerintah di antara tahun-tahun pertengahan
1940an hingga akhir 1940an. Keadaan ini dapat dilihat dari jemputan
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Tuan Haji
Mohd. Sharif ke majlis perjumpaan dengan Tuan Gummans yang
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 513

diadakan di Istana Anak Bukit bersempena dengan lawatannya ke


Kedah. Di samping itu Kesatuan Melayu Kedah juga telah
merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Duli Yang
Maha Mulia Sultan Kedah di atas tindakan berani baginda
memulaukan istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union pada 1
April 1946. Kesatuan Melayu Kedah melalui Yang Di Pertuanya,
Tuan Hussain Che’ Dol telah mengambil kesempatan mengadap
baginda selepas sembahyang Jumaat di Masjid Zahir Alor Setar.
Ucapan tersebut berbunyi:

“Patik sendiri (sic) dan hamba rakyat jelata Melayu Kedah telah mendapat ketahui
bahawasanya Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menolak akan jemputan Sir
Edward Gent masa di Kuala Lumpur baru-baru ini sebagai membangkang Gabenor
dan kedatangan Malayan Union itu. Hamba rakyat sangat-sangat puas hati bersetuju
Duli Yang Maha Mulia mengorbankan diri Yang Maha Mulia itu. Maka di atas
perbuatan Duli Yang Maha Mulia itu Rakyat sokong seratus peratus dan setia taat
dibelakang Tuanku mempertahankan negeri dan bangsa seberapa daya upaya.

5. Kesatuan Melayu Kedah turut menyertai Kongres Melayu Se Malaya


yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 diketuai
oleh Yang Di Pertuanya, Tuan Haji Hussain Che’ Dol. Kesatuan
Melayu Kedah melalui Yang Di Pertuanya telah menyatakan:

“… Kedatangannya (sic) ialah semata-mata hendak membawa perjanjian baru yang


diperbuat oleh Sir Harold Mac Micheal itu tidak sah. Tidak sah dan tidak diterima
oleh orang Melayu kerana kuasa telah diambil daripada raja dan menjadikan Negeri
ini milik British dengan tiada persetujuan umat Melayu seluruhnya. Kerajaan
Inggeris masyhur sebagai kerajaan demokrasi dan rakyat Melayu khasnya Kesatuan
Melayu Kedah, memandang perbuatan ini salah pada undang-undang demokrasi.
Tambahan pula diperbuat di dalam pentadbiran tentera, state council belum ada dan
umat Melayu masih dalam keadaan porak peranda dan lemah kerana tindasan Jepun
selama tiga tahun lapan bulan. Jalan yang betul bagi kerajaan British ialah
pulangkan kuasa dahulu kepada kita, kemudian baharulah dibawa rundingan atas
hal ini.”

Kesatuan Melayu Kedah turut membincangkan isu-isu penting di


dalam kongres ini bersama-sama 40-41 pertubuhan lain di seluruh Tanah
Melayu.
514 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

6. Kesatuan Melayu Kedah bersama dengan 29 buah pertubuhan-


pertubuhan yang lain di seluruh Tanah Melayu menurunkan
tandatangan di atas piagam UMNO untuk merasmikan penubuhannya
di Istana Besar Johor di dalam Kongres Melayu ketiga pada 11 dan 12
Mei 1946.
7. Kesatuan Melayu Kedah bersama-sama pertubuhan-pertubuhan lain
di Kedah pada akhir tahun 1947 hingga awal tahun 1948 telah
mengendalikan suatu usaha yang gigih bagi mengemukakan beberapa
cadangan dan panduan ke atas undang-undang tubuh negeri Kedah.
Masalah ini pernah disampaikan kepada pengetahuan Dato’ Onn
Jaafar atas sifatnya sebagai Yang Dipertua Agung UMNO. Beberapa
pucuk surat telah dikirimkan ke Pejabat Agung UMNO. Tetapi
berdasarkan dari surat pekelilingan Pejabat Agung UMNO
(UMNO/SG -33/47) telah mengecewakan harapan Kesatuan Melayu
Kedah.
8. Bersama-sama dengan Persatuan Ulamak Kedah membantah terhadap
peraturan sumpah yang dikenakan ke atas pegawai-pegawai Islam
Kedah seperti yang penulis bincangkan bila menyentuh Persatuan
Ulamak Kedah di awal tulisan ini.

Inilah beberapa kejayaan besar Kesatuan Melayu Kedah sepanjang


tahun 1046-1949 semasa di bawah pimpinan Tuan Haji Hussain Che’ Dol.
Di samping itu, Haji Hussain Che’ Dol juga aktif melibatkan dirinya
dengan kegiatan-kegiatan politik yang berlaku di Maahad Al-Ahya
Assyarif Gunong Semanggol di sekitar tahun 1947-1949. Beliau turut
memainkan peranan penting dalam penubuhan badan-badan seperti
PEPEMAS, MATA LEPIR, dan HIZBUL MUSLIMIN.
Satu sikap tegas telah ditunjukkan oleh Tuan Haji Hussain Che Dol
berhubung dengan penglibatannya dengan badan-badan ini. Beliau tidak
menghiraukan dengan arahan pucuk pimpinan UMNO yang mengarahkan
ahli-ahlinya jangan terlibat dengan kegiatan-kegiatan politik yang berpusat
di Ihya al-Sharif. Walaupun beliau pada masa ini menjadi ketua UMNO di
Kedah, tindakan seperti ini dilakukan mungkin kerana kegiatan politik di
sini adalah berteraskan kepada cita-cita Islam dan kebangsaan Melayu
yang menjadi cita-cita politik Kesatuan Melayu Kedah semasa pimpinan
beliau. Oleh kerana Dato’ Onn bin Jaafar merasakan kemunculan badan-
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 515

badan yang berpusat di Gunong Semanggol akan menggugat


“kewibawaan” UMNO dalam konteks mendapatkan sokongan orang-
orang Melayu, sebab itu beliau pernah menegaskan kepada ahli-ahli
UMNO khasnya bangsa Melayu amnya dengan apa yang diistilahkan
sebagai “Bahaya dari Gunung”. Kemunculan Haji Hussain Che’ Dol
dalam kegiatan politik yang berpusat di sini telah memberi peluang
kepadanya untuk berdampingan dengan pemimpin-pemimpin terkenal
tanah air seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak
Haji Mohammad, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan lain-lain.
Dalam Persidangan Ekonomi Se Malaya yang telah diadakan pada
hari Sabtu 22 Mac 1947 kira-kira 2,000 orang yang terdiri daripada alim
ulamak dan cerdik pandai dari seluruh Tanah Melayu telah hadir.
Persidangan yang telah melahirkan Pusat Perekonomian Melayu Se
Malaya atau PEPEMAS telah melantik Haji Hussain Che’ Dol sebagai
salah seorang wakil dari negeri Kedah bagi membantu jawatankuasa
agung mengendalikan badan ini. Tujuan utama penubuhan badan ini ialah
untuk membangunkan kemunduran ekonomi orang-orang Melayu dalam
segenap bidang di samping “… with the purpose of collecting capital from
Malays for establishing cooperative societies…..”

MENENTANG MALAYAN UNION

Pada oktober 1945 kerajaan british buat kali pertama mengumuman


pembentukan Malayana Union yang mengandungi Sembilan negeri
melayu di semenanjung Tanah Melayu bersama british setlemnat pinang
dan Melaka. Menggantikan prewar constitutional structure. Singapore
dikekal sbg crown colony. Polisi ini buat untuk centralise negeri-negeri
bawah pentadbiran rirtish secara langsung. Di bawah Malayan uniin
wargana disesamakan supaya tiada yang mengakui tanah air mereka.
Untuk ini perlembagaan akan diubah dengan membuat perjanjian antara
raja setia negeri (Khong 1984:108)
Semasa Malayan Union dikemukakan terdapat sebahagian bukan
tidak menyokong Malayan Union. Tetapi bila orang melayu tidak sokong
mereka fikir Malayan Union akan untung mereka. Maka ditubuh Majlis
Tindakan Bersama Seluruh Tanah Melayu (Pan Malayan Action of Joint
Action) kemudian nama dalam bahsa inggeris diubah kepada All Malayan
516 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019

Council of Joint Action (AMCJA) ditubuh pada 22 dis 1946 pengerusi


pertubuhan ini ialah Tan Chen Lock (Zainal Abidin: 287). Pada 30 mei
1946 orang ramai di negeri kedah keluar ke jalan raya, berkumpul di
pecan-pekan kecil serta di persimpangan jalan sepanjang jalan dari
sempadan Kedah ke Seberang Prai ke Alor Setar. Mereka akan menahan
Dato Onn utk menyampaikan ucapan di mana sahaja Dato Onn pergi
mereka akan memekik hidup Melayu dan hidup Dato Onn.
Ketika British menguasai semula Tanah Melayu golongan komunis
tidak puas hati. Mereka juga ingin mentadbir Tanah Melayu. Maka
terbentuk Parti Komunis Malaya. Satu kumpulan dikenali rejemen ke-10
terbentuk. Rejemen ke-10 adalah sayap komunis yang semua orang
Melayu. Disertai Rashid Maidin, Abdullah CD dan Syamsiah Fakeh.
Jawatankuasa perundingan telah membuat beberapa syor dalam
laporannya. Jawatankuasa kerja telah mengkaji syor2 ini dan telah
membuat beberapa pindaan kepada perlembagaan yang telah
dicadangkannya itu. Selepas beberapa pindaan, kerajaan British menerima
perlembagaan tersebut. Pada 21 Januari 1948 raja-raja melayu memberi
persetujuan mereka. Pada 1 Feb 1948 perlembagaan baru ini telah
dilaksanakan dan Malayan Union telah digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu (Zainal Abidin: 291).
Melihat orang melayu menentang Malayan Unoin dibubar dan dibuat
persekutuan Tanah Melayu. Dalam merangka PTM british hanya jemput
roling class, membelakangkan kumpulan lain. Hal ini menyebabkan
rancangan british membuat PTM menimbul reaksi pelbagai. Rundingan
dilakukan antara tunku abdul Rahman ketua menteri persekutuan tanah
Melayu, tan chen lock dan david marshalldengan chen peng dan rashid
maidin yang mewakili PKM. Rundingan diadakan pada akhir 1955, tetapi
rundingan gagal mendapat persetujuan. Masalah timbul PKM selepas
mereka meletak senjata.

KESIMPULAN

Jelas bahawa golongan ulama terlibat secara langsung dalam perjuangan


kemerdekaan. Daripada perjuangan berbentuk penulisan dan pengucapan
yang dicurahkan melalui institusi pendidikan yang diasaskan kepada
perjuangan fizikal.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2019 | 517

RUJUKAN

Auni Abdullah. Tradisi pemerintahan Islam & Kolonialisme dalam


Sejarah Alam Melayu. Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd.
Baharuddin Abd. Majid. 1987. Pergerakan dan Perjuangan SABERKAS
(1944-1956): Satu Penilaian. Dalam Kedah Dari Segi Sejarah. Jil 11,
1987.
Ismail Restu. Haji Abdul Rahman Merbok. 2007.
Ibrahim Ismail (Haji). 2008. Sejarah Kedah Sepintas Lalu. Sintok:
Penerbit UUM.
Khong Kim Hoong. Merdeka: British Rule and the Struggle for
Independence Malaya 1945-1957. Selangor:SIRD
Zainal Abidin Wahid et. Al. 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan.
Kuala Lumpur: DBP.

You might also like