Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laporan tentang suasana fizikal bilik darjah di SK Medini

(Kumpulan Satu)
Pada 17 July 2018, Jabatan Bahasa telah menganjurkan program lawatan ke
SK Medini dari jam 8 pagi hingga 1 petang. Selepas mendengar taklimat daripada
guru besar SK Medini, para guru pelatih dibahagi kepada empat kumpulan dan
dipimpin oleh beberapa orang wakil pelajar daripada Student Voice Group (SVG)
untuk mengunjungi suasana fizikal bilik darjah di SK Medini.

Atas pimpinan wakil pelajar daripada SVG, kami mendapat peluang untuk
memerhati dan memahami suasana fizikal bilik darjah di SK Medini. Selepas
mengunjungi bilik darjah di SK Medini, kumpulan kami mendapati bahawa bilik darjah
darjah di SK Medini adalah berada dalam persekitaran pembelajaran yang kreatif dan
kondusif. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglihatan dari sudut bacaan yang
disediakan oleh guru di dalam bilik darjah. Antaranya termasuklah sudut numerasi dan
literasi. Sudut bacaan di dalam bilik darjah penuh dengan pelbagai jenis bacaan yang
membolehkan para pelajar menimba pengetahuan yang luas.

Gambar tersebut merupakan sudut bacaan bilik darjah SK Medini. Sudut bacaan
bilik darjah dihiasi dengan kondusif dan selesa.

Selain itu, papan kenyataan yang terdapat di dalam bilik darjah dipenuhi
dengan pelbagai maklumat dan projek pelajar dalam pelbagai jenis mata pelajaran.
Contohnya, guru Matematik telah menggunakan pemikiran dan idea yang kreatif
dengan menyuruh para pelajar mengira desimal melalui resit pembelian barangan ibu
bapa di pasar raya semasa mengajar topik desimal. Kerja pelajar tersebut
kemudiannya ditampal ke atas papan kenyataan dan disertakan dengan komen guru.
Dengan ini, dapatlah dilihat bahawa guru Matematik tersebut telah menerapkan ilmu
Matematik dengan mengaplikasikan bahan-bahan kehidupan seharian ke dalam
proses pengajaran dan pembelajaran selain daripada menggunakan buku teks
Matematik. Hasilnya, murid dapat menguasai topik tersebut dan berasa seronok
semasa mengira jumlah wang yang berada di atas resit mereka masing-masing.
Di samping itu, kami mendapati bahawa dinding bilik darjah ada menampalkan
notis tentang sistem ganjaran individu dan berkumpulan. Menurut guru besar SK
Medini, sistem ini dijalankan di setiap kelas untuk memupuk minat belajar di dalam
kalangan pelajar. Apabila mereka mencapai matlamat pembelajaran, maka mereka
akan diberi ganjaran. Dengan ini, suasana pembelajaran pelajar akan menjadi positif
di samping meningkatkan minat belajar mereka. Bukan sahaja itu, dinding bilik darjah
turut disertakan dengan “Classroom Rules” dan rutin kelas. Pelajar akan mematuhi
segala peraturan dan rutin yang ditetapkan oleh guru. Dengan ini, dapat dilihat
bahawa disiplin pelajar SK Medini dapat dikawal dengan baik dan seterusnya
melahirkan suasana fizikal bilik darjah yang selesa dan positif.

Gambar tersebut merupakan papan kenyataan bilik darjah SK Medini. Antaranya


termasuklah Sistem Ganjaran.

Justeru, kami turut mendapati bahawa susun atur bilik darjah SK Medini adalah
susun atur secara berempat yang bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21.
Susun atur secara berempat membolehkan pelajar melakukan perbincangan dengan
lebih efektif dan berkesan semasa menjalankan aktiviti berkumpulan. Tambahan pula,
kemudahan prasarana dan media pembelajaran yang terdapat di dalam bilik darjah
juga dapat membantu mempertingkatkan suasana fizikal bilik darjah SK Medini.
Antara media dan kemudahan yang digunakan termasuklah kipas, meja, kerusi, mini
whiteboard, kad “traffic light”, dan LCD. Contohnya, kad “traffic light” yang memainkan
peranan sebagai tahap kefahaman pelajar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Kad warna merah menggambarkan tidak faham; kad
warna kuning bermaksud separuh faham manakala kad warna hijau membawa
maksud pelajar tersebut telah memahami apa yang telah dipelajari. Seterusnya,
kemudahan teknologi seperti LCD turut dapat membantu pelajar meningkatkan
kemahiran teknologi seperti yang dinyatakan dalam pembelajaran abad ke-21.
Dengan ini, suasana fizikal bilik darjah yang mempunyai kelengkapan prasarana dan
kemudahan telah membantu pelajar SK Medini mewujudkan keselesaan pengajaran
dan pembelajaran di samping mengekalkan tumpuan dan minat belajar dalam bilik
darjah.
Gambar tersebut merupakan bilik darjah Tahun Satu SK Medini. Susun atur meja
kerusi bilik darjah adalah secara berempat.

Gambar tersebut menunjukkan kelengkapan prasarana dan teknologi dalam bilik


darjah SK Medini. Para pelajar dapat belajar dengan berkesan dan efektif.

Akhir kata, berdasarkan pemerhatian kumpulan kami, kami berpendapat


bahawa suasana fizikal bilik darjah di SK Medini adalah kreatif, kondusif dan selesa
dan dapat menarik minat dan perhatian pelajar untuk belajar.

Dilaporkan oleh
________________________
(Khaw Kai Xin dan Aw Jie Min)
Guru pelatih,
3 Pismp Bahasa Cina 2,
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.

You might also like