Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL

JALAN 3/155A, BUKIT JALIL GOLF RESORT,


57000 Kuala Lumpur.

“AL-QURAN NADI TRANSFORMASI UMMAH”

KELOLAAN:
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM BANGSAR

TARIKH: 11 MAC 2017


TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL
1.0 PENDAHULUAN
Seiring dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 yang menekankan 5 aspirasi murid iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika
kerohanian dan identiti nasional.
Selain itu, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong turut
menekankan kepentingan pembangunan sumber manusia bagi
meningkatkan kualiti hidup dan menyelesaikan krisis yang sedang
dihadapi.
Pada tanggal 23 September 2003, Tun Abdullah Bin Ahmad
Badawi yang ketika itu merupakan perdana menteri Malaysia yang ke
4 juga turut menekankan pentingnya pembangunan modal insan yang
berteraskan kepada prinsip-prinsip Islam Hadhari. MTQSS KPM
merupakan aktiviti dakwah tahunan yang wajib dilaksanakan oleh
setiap negeri. Pada tahun ini 2017 Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil
telah dipilih menjadi tuan rumah majlis MTQSS KPM Zon Bangsar.

2.0 LATAR BELAKANG


Penghayatan terhadap al-Quran sebagai kitab suci umat Islam adalah
penting untuk diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dan amalan. Majlis
Tadarus al-Quran (MTQ) merupakan aktiviti tahunan melibatkan
pertandingan tilawah, hafazan, syarahan dan bercerita yang dianjurkan
oleh Unit Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pertandingan ini melibatkan kesemua sekolah di zon bangsar iaitu 35
buah sekolah rendah. Ini dibuat dalam usaha mencapai matlamat
membentuk dan melahirkan insan mukmin di dalam diri pelajar Islam
yang mampu menghayati al-Quran serta mengaplikasinya dalam
pelbagai aspek termasuk akidah, ibadah, akhlak, keilmuan, dan
kepimpinan.
2.1 Tarikh Pelaksanaan
Tarikh : 11 Mac 2017
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil

2.2 Jawatankuasa Pelaksana


Rujuk kertas kerja MTQSS Zon Bangsar.

2.3 Objektif
i. Mencungkil dan mengembangkan potensi serta bakat murid
dalam bidang tilawah, hafazan dan bercerita.
ii. Memilih peserta terbaik untuk menyertai pertandingan
peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii. Melahirkan generasi Al-Quran yang membaca, menghafaz,
mendalami dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan
mereka.
iv. Meningkatkan kesedaran kepada murid supaya tidak
mengabaikan tanggungjawab diri sebagai hamba Allah
SWT.Membimbing para murid
v. supaya dapat menjalani kehidupan dengan berakhlak mulia
yang berlandaskan syari’at Islam.

2.4 Kaedah Pelaksanaan


Pelaksanaan dijalankan mengikut kaedah pertandingan yang di
bilik- bilik khas dan dikelola oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan
Bukit Jalil.
3.0 HURAIAN PERJALANAN MAJLIS
Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Bangsar pada
tahun 2017 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Tema
yang digunakan pada tahun ini adalah “Alquran Nadi Transformasi
Ummah”. Seramai 232 orang peserta telah menyertai majlis tadarus
ini yang dipertandingkan mengikut tiga kategori iaitu hafazan, tilawah
dan bercerita. Pertandingan dijalankan serentak pada pukul 8:00 pagi
sehingga 11:30 pagi mengikut kategori di bilik-bilik khas yang telah
disediakan.

Seterusnya, majlis perasmian bermula pada pukul 12:00


tengahari dan disempurnakan oleh pembukaan ini telah
disempurnakan oleh Tn. Haji Ismail Bin Musa (Timbalan Pengarah
Pendidikan PPWBP) dan turut dihadiri oleh guru besar yang berada di
sekitar sekolah kebangsaan zon bangsar. Majlis dimulakan setelah
keberangkatan tiba tetamu-tetamu VIP dan diteruskan dengan bacaan
doa oleh ustaz Syed Abdul Hadi Bin Said Mohamad. Aturcara
diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa
Induk MTQS , Encik Mohd Nazri Bin Ruwiyah.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian


penutup oleh Tn. Hj Ismail Bin Musa. Persembahan Nasyid oleh
kumpulan nasyid Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil dengan
mempersembahkan dua buah lagu iaitu Panggilan Jihad dan Al-
Quran. Selesai persembahan Nasyid, maka bermulalah acara
kemuncak iaitu penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang
pertandingan MTQSS. Majlis bersurai tepat jam 12:30 tengah hari.
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

AKTIVITI ULASAN
Bercerita Pertandingan bercerita telah diadakan mengikut
dua kategori iaitu perempuan dan lelaki.
Seramai 26 orang peserta lelaki dan 24 orang
peserta perempuan mewakili 35 buah sekolah
yang berada di sekitar zon Bangsar. Bagi
kategori lelaki pertandingan ini dijalankan di
kelas 6 Dedikasi manakala kategori perempuan
pertandingan di jalankan di kelas Bahasa Cina .
Tiga orang peserta terbaik telah dipilih
berdasarkan markah tertinggi yang dinilai oleh
hakim. Bagi ketgori lelaki johan telah dimenangi
peserta dari SK Jalan Hang Tuah 2 manakal
perempuan peserta dari SK Taman Tun Dr.
Ismail 1. Hakim pertandingan bercerita adalah
guru-guru yang dilantik khas.
Tilawah Pertandingan tilawah telah diadakan mengikut
dua kategori iaitu perempuan dan lelaki.
Seramai 26 orang peserta lelaki dan 20 orang
peserta perempuan mewakili 35 buah sekolah
yang berada di sekitar zon Bangsar. Bagi
kategori lelaki pertandingan ini dijalankan di
kelas surau manakala kategori perempuan
pertandingan di jalankan di kelas Pendidikan
Seni. Tiga orang peserta terbaik telah dipilih
berdasarkan markah tertinggi yang dinilai oleh
hakim. Johan tilawah alquran bagi kedua-dua
kategori telah dimenangi peserta dari SK Bukit
Jalil. Hakim pertandingan bercerita adalah guru-
guru yang dilantik khas.
Hafazan Pertandingan hafazan telah diadakan mengikut
dua kategori iaitu perempuan dan lelaki.
Seramai 30 orang peserta lelaki dan 28 orang
peserta perempuan mewakili 35 buah sekolah
yang berada di sekitar zon Bangsar. Bagi
kategori lelaki pertandingan ini dijalankan di
Pusat Sumber manakala kategori perempuan
pertandingan di jalankan di kelas Pendidikan
Moral . Tiga orang peserta terbaik telah dipilih
berdasarkan markah tertinggi yang dinilai oleh
hakim. Johan hafazan alquran bagi kedua-dua
kategori telah dimenangi peserta dari Desa
Petaling. Hakim pertandingan bercerita adalah
guru-guru yang dilantik khas..

6.0 PENUTUP
Penghayatan terhadap al-Quran sebagai kitab suci umat Islam adalah
penting untuk diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dan amalan. Majlis
Tadarus al-Quran (MTQ) merupakan aktiviti tahunan melibatkan
pertandingan tilawah, hafazan, syarahan dan bercerita yang dianjurkan
oleh Unit Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pertandingan ini melibatkan kesemua sekolah di zon bangsar iaitu 35
buah sekolah rendah. Ini dibuat dalam usaha mencapai matlamat
membentuk dan melahirkan insan mukmin di dalam diri pelajar Islam
yang mampu menghayati al-Quran serta mengaplikasinya dalam pelbagai
aspek termasuk akidah, ibadah, akhlak, keilmuan, dan kepimpinan.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

(Pn. Norsuhani Binti Shahrudin) (Encik Nazri Bin Ruwiyah)


Guru Akademik Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil Sekolah Kebangsaan Bukit Jalill
DOKUMENTASI BERGAMBAR

Gambar 1: Ucapan perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan oleh guru Besar


SK Bukit Jalil
Gambar 2: Persembahan Nasyid daripada muri-murid Sekolah Bukit Jalil
Gambar 3: Penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang berlangsung.
Gambar 4: Sesi Penyampaian Hadiah Bagi Peserta Yang Berjaya Semasa
Majlis Penutup.
Gambar 5: Peserta yang berjaya ke Peringkat Kebangsaan

You might also like