Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

NAMA : KAMAROSSHALINA BT NOH

KUMPULAN : KPLI KH JAN 2009

NO. MATRIK: 200901056

IC NO. : 810603-03-5136

REFLEKSI KEM BINA INSAN GURU

Kem Bina Insan Guru telah dilaksanakan dengan jayanya selama 4 hari 3 malam di
Kem Alapong, Lundu bermula 21 hingga 25 Mei 2009. Siri ke-6 ini telah melibatkan 70
orang peserta dari KPLI – KH, PKMP, BC 1 dan SN. Kami telah dibahagikan kepada 6
kumpulan kecil yang diberi nama C.E.R.G.A.S. Setiap kumpulan terdiri daripada 11 atau 12
orang peserta. Tujuan pembentukan kumpulan dilakukan adalah untuk melancarkan
perjalanan program di samping memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

Saya merasakan kem BIG ini banyak memberi pengalaman dan pendedahan baru
kepada diri saya dari segi kemantapan mental dan fizikal. Pada hari pertama, kumpulan
Efektif telah bersama-sama memasang khemah, membina gajet, memasang rakit dan melalui
“water confident”. Semasa proses pemasangan khemah dan gajet ini,kerjasama serta
sumbangan idea dan keringat daripada ahli kumpulan diperlukan untuk menyiapkannya
mengikut masa yang ditetapkan. Bagi aktiviti pemasangan rakit pula, kami bergabung tenaga
dengan semua kumpulan untuk membina 18 rakit. Semangat em sepasukan dapat dilihat
semasa proses mengeluarkan batang paip PVC daripada stor yang mana ia dilakukan secara
berantaian dan seterusnya membina rakit. Walaupun kerja mengikat rakit ini memerlukan
kekuatan tenaga dan mempunyai kesukaran untuk mengikat, ianya tidak memudaratkan
semagat y untuk malaksanakan sampai siap. Aktiviti “water confident” pula telah memberi
peluang kepada saya untuk berjinak-jinak dengan air dan membina keyakinan untuk berakit.
Pada mulanya saya berasa tidak yakin untuk mengapungkan diri, tetapi bersandarkan jaket
keselamatan, ia menguatkan semangat dan keyakinan saya untuk mengapungkan diri.
Pengalaman ini begitu bermakna buat diri saya. Dalam aktiviti ini, saya mendapat
pengentahuan baru tentang teknik mengapungkan diri dan berenang. Secara tidak lansung,
aktiviti ini telah memberi peluang kepada kami berkenalan dan merapatkan silaturahim antara
ahli.

Keesokannya, kami bersama-sama mememulakan aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu


berakit. Saya bersama-sama pasangan bekerjasama dan bersungguh-sungguh mendayung
menuju ke destinasi. Semasa pasangan saya berdiri untuk “rafting” , rakit menjadi tidak
seimbang dan hati saya mula risau takut terjatuh kedalam air. Tapi, berbekalkan semangat
dan kekuatan fizikal, saya dapat mengawal perasaan. Kemudian, kami beramai-ramai terjun
ke dalam laut dan berenang-renang untuk memantapkan daya fizikal. Aktiviti ini memerlukan
saya mengaplikasikan teknik mengapung diri yang dipelajari. Seterusnya kami bersama –
sama mendayung ke tempat “absailing”. Pada mulanya perasaan takut dan cemas
menyelubungi diri saya, akhirnya ia bertukar dengan keseronokkan apabila saya berjaya
melakukannya. Semangat dan jati diri yang tinggi diperlukan untuk melaksanakan aktiviti ini.

Balik daripada berakit, aktiviti memasak di tepi laut pula dilaksanakan. Dalam situasi
sebegini, pelbagai kreativiti digunakan untuk memasak menggunakan kayu api dan makan di
dalam daun. Secara tidak langsung, aktiviti ini memberi pengajararan kepada kita supaya
beriktiar untuk meneruskan hidup dalam apa jua keadaan.

Bagi aktiviti tongkat amanah pula, sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menjaga
amanah begitu penting. Selain itu, akitiviti sebegini juga dapat membina kepercayaan sesama
ahli dan jati tinggi yang tinggi untuk menghadapi halangan.

Pada hari ketiga pula, kami melaksanakan aktiviti kembara, pertandingan masakan
dan aktiviti kemuncak iaitu malam perdana. Dalam aktiviti kembara, kami bersama-sama
berusaha mencari arah meredah semak samun dan jurang untuk menuju ke destinasi mengikut
petunjuk yang diberi. Dalam perjalanan tersebut, saya dapat menikmati keindahan semulajadi
dengan flora dan fauna yang hidup didalam hutan tersebut.

Dalam pertandingan masakan pula, ia dapat menjana idea kreatif para peserta dalam
menghasilkan masakan berasakan bekalan basah yang dibekalkan. Kreativiti peserta juga
dapat dilihat melalui hiasan yang cipta untuk menambahkan seri pada masakan. Saya begitu
terharu dan gembira apabila kumpulan kami mendapat tempat yang ketiga.

Di sebelah malam pula, malam perdana diadakan dengan aktivit persembahan


mengikut kumpulan, karoke individu dan berduet. Acara sebegini dapat mencungkil bakat-
bakat terpendam para peserta di samping membina keyakinan diri.

Kesimpulannya, BIG adalah kursus yang menyeronokkan dan dapat membina jati diri
sebagai persediaan awal bagi menghadapi cabaran dalam profession perguruan.

You might also like