Professional Documents
Culture Documents
Sss
Sss
Sss
halus dan dari segi kategori gred yang rendah. - Batu ini terb entuk pada suhu antara
200C hingga 400C. - Batu loh terhasil daripada metamorfosis batu lumpur (mud stone),
syal atau batu kelodak (siltstone). - Batu ini mempunyai ira yang tersusun selari dengan
paksi rataan. b) Amfibolit - Amfibolit berbijian sederhana kasar dan kaya dengan batu
hornblend dan batu plagio. - Batu ini dihasilkan oleh metamorfisme batuan igneus yang
bergred sederhana tinggi.
23. Gneisi Batu Marmar Kaurzit Batu Lumpur Batu Hornblend Batu Plagio
24. PROSES PEMBENTUKAN BATUAN 1. BATUAN IGNEUS 2. BATUAN
MENDAK/ENAPAN 3. BATUAN METAMORFIK
25. BATUAN IGNEUS } Batuan igneus berasal daripada penyejukan dan pembekuan
magma. } Suhu magma yang tinggi ( 700 ºC – 1 200 ºC ) dalam kerak bumi
menyebabkan batuan sentiasa dalam tekanan yang tinggi. } Batuan igneus rejahan
terbentuk apabila magma yang keluar dari perut bumi membeku di dalam lapisan kerak
bumi sebelum sampai ke permukaan bumi. } Batuan igneus terobosan terbentuk apabila
magma mengalir keluar ke permukaan bumi sebagai lava dan membeku di permukaan
bumi.
26. BATUAN MENDAK / ENAPAN 1. Batuan mendak terbentuk daripada proses
simentasi dan mampatan bahan-bahan mendapan ( sedimen) serta fosil. 2. Batuan
mendak merupakan batuan yang terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh
air mengalir, ais dan angin. 3. Bahan-bahan enapan terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil,
kulit-kulit kerang dan fosil. 4. Terdapat proses-proses penting dalam pembentukan batuan
enapan: a) proses pemadatan - berlaku apabila bahan enapan terkumpul secara lapisan,
selapis demi selapis. - lapisan bawah akan mengalami tekanan daripada lapisan atas
apabila bahan enapan menjadi semakin tebal. - lama-kelamaan bahan enapan seperti
kelodak, lempung dan pasir menjadi mampat dan melekat antara satu sama lain
membentuk batuan.
27. b) Proses penyimenan - proses perlekatan antara mineral-mineral disebabkan wujud
bahan perikat. - bahan enapan yang kasar tidak melekat antara satu sama lain berbanding
dengan bahan enapan yang halus. - bahan enapan yang kasar seperti pasir hanya boleh
terlekat antara satu sama lain apabila terdapat bahan-bahan perikat atau bahan
penyimenan. - bahan perikat seperti lempung, kalsit, silika yang memasuki ruang- ruang
yang wujud antara mineral-mineral yang kasar tadi. - tekanan dari lapisan atas
menyebabkan air akan keluar, meninggalkan bahan-bahan perikat yang akan terhablur
dan bertindak mengikat mineral-mineral kasar, tersimen bersama-samanya sebagai
batuan enapan.