Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 49

STAG 1033

BAHAN BUMI

BATUAN SEDIMEN

MOHD
SHAFEEA
LEMAN
PENGENALAN
DEFINISI
Batuan yang terhasil akibat proses pengenapan
terhadap bahan sedimen di suatu lembangan
pengenapan di permukaan bumi.
FAKTA UMUM
 75% permukaan Bumi hari ini dilitupi batuan sedimen, e.g..
Grand Canyon, Arizona
 banyak peristiwa sejarah perkembangan Bumi dipelajari
daripada pengetahuan tentang proses pembentukan batuan
sedimen dan proses yang telah mengubah sifat asal batuan
sedimen.
 Sejarah perkembangan dan
perubahan hidupan pula
dipelajari daripada fossil
dalam batuan sedimen
[perubahan fauna dan flora;
asas pembinaan Skala
Masa Geologi]
• selalunya wujud dalam bentuk lapisan atau strata yang
jelas
• kebanyakan batuan punca dan reservoir cecair
petroleum, gas asli dan air bawah tanah, termasuk juga
uranium, emas dan pelbagai mineral logam.
PROSES
PEMBENTUKAN
BATUAN SEDIMEN
BAHAN SEDIMEN
Bahan sedimen atau enapan berupa:
 butiran pelbagai saiz dan pelbagai komposisi.
 diangkut daripada batuan punca.
 ampaian daripada air keruh (butiran sangat halus)
SEDIMEN KLASTIK
 bahan kimia dalam larutan
 presipitasi terus.
 tinggalan proses sejatan.
SEDIMEN KIMIA
 rangka organisma (butiran/fosil).
 bahan organik (terserap dalam sedimen lain).
SEDIMEN BIOKLASTIK dan BIOKIMIA
 bahan piroklas (butiran).
SEDIMEN LAIN
Pasir

Lumpur

Kelikir

cengkerang
PEMBENTUKAN BAHAN SEDIMEN
Sebelum berlakunya pengenapan, bahan sedimen
dihasil melalui pelbagai cara:
I. LULUHAWA DAN HAKISAN
Luluhawa adalah proses permukaan yang bertindak
melemahkan batuan keras bagi menghasilkan bahan
sedimen klastik yang mudah dihakis, diangkut dan
dienapkan.
Berlaku secara tindakbalas kimia (luluhawa kimia)
atau proses fizikal/biologi (luluhawa fizikal).
Antara hasil utama hasil luluhawa kimia adalah
butiran kuarza dan mineral lempung (clay) yang
menjadi komponen utama batuan sedimen klastik.
PEMBENTUKAN BAHAN SEDIMEN
(sambungan)

II. PENEPUAN SEBATIAN KIMIA DALAM AIR


 kepekatan Ca(CO3)2 atau SiO2 bertambah dalam
air akibat perubahan pada sekitaran (suhu, pH dsb).
 kepekatan garam dalam air bertambah akibat
penyejatan (evaporation) berterusan dalam
sesebuah lembangan

III. PENGHASILAN RANGKA DAN BAHAN ORGANIK


 proses ini dilakukan secara tabii oleh haiwan dan
tumbuhan
HAKISAN DAN PENGANGKUTAN
 HAKISAN berlaku oleh tindakan agen proses
permukaan (air, udara, glasier), mencabut bahan
sedimen klastik daripada permukaan bumi.
 Dengan bantuan tenaga hidraulik, arus angin dan
graviti bahan sedimen longgar ini diangkut bersama
pergerakan media (air, angin, glasier) dan proses ini
dipanggil PENGANGKUTAN.
 Setelah tenaga berkurangan bahan sedimen ini
dilonggokkan di suatu kawasan lain dan proses ini
dipanggi PENGENAPAN.
LEMBANGAN PENGENAPAN
Terdapat beberapa kawasan khusus di permukaan
bumi yang sering menjadi sinki bahan sedimen.
Kawasan ini dikenali sebagai SEKITARAN atau
LEMBANGAN PENGENAPAN.
DIAGENESIS
I. Di dalam lembangan pengenapan bahan sedimen
dienapkan secara berlapis-lapis sama ada tebal atau pun
nipis bergantung kepada:
 kekuatan media pengangkut
 saiz dan jisim bahan yang diangkut
 jumlah bahan sedimen
SEDIMEN KLASTIK
 perubahan pada sekitaran
SEDIMEN KIMIA/BIOKIMIA
Batuan sedimen berlapis nipis
Lapisan nipis dan lapisan masif
Lapisan nipis dan lapisan tebal
DIAGENESIS (sambungan)
 Setelah satu lapisan terbentuk, lapisan ini ditindih pula
oleh lapisan-lapisan lebih muda, menyebabkan ia tertindih
jauh ke dalam perut bumi,
 Lapisan ini mengalami perubahan dalaman akibat
pemadatan dan pertambahan suhu,
 akibatnya lapisan sedimen akan kehilangan liang dan
lembapan (air),
 berlaku pemadatan dan penyimenan hingga lapisan
sedimen akan jadi padat seperti batu

Keseluruhan proses ini dinamakan


proses pembatuan atau DIAGENESIS
pengenapan

pemadatan klasta

penyimenan simen

Ringkasan proses diagenesis


PENGELASAN
BATUAN
SEDIMEN
PENGELASAN BATUAN SEDIMEN
Akibat kepelbagaian bahan sumber sedimen dan
kerencaman proses yang dilalui, terhasil pelbagai
jenis batuan sedimen.

Batuan sedimen boleh dikelaskan kepada beberapa


jenis berasaskan:

 Genetik
berasaskan asal kejadiannya

 Komposisi
berasaskan kandungan mineralnya
PENGELASAN MENGIKUT GENETIK
Pengelasan yang dibuat berdasarkan proses
pembentukan batuan sedimen tanpa mengira
komposisinya. Batuan sedimen boleh dikelas kepada:
 BATUAN SEDIMEN KLASTIK – terbentuk melalui
proses pengangkutan, hakisan dan luluhawa
 BATUAN SEDIMEN BIOKIMIA – terbentuk melalui
pengenapan komponen biologi ke dalam sedimen
atau oleh organisme pembina kerangka terumbu.
 BATUAN SEDIMEN KIMIA – terbentuk akibat
presipitasi daripada larutan tepu mineral.
 BATUAN SEDIMEN LAIN – berkaitan peristiwa khusus,
letusan volkano dsb.
BATUAN SEDIMEN KLASTIK
BAHAN. Butiran terdiri daripada:
 mineral kuarza
 mineral feldspar
 serpihan batuan
 mineral lempung
 mineral muscovit
 mineral asing spt hematit, kasiterit dsb
SAIZ. Butiran bersaiz:
 pebel [>2mm diameter]
 pasir [1/16 -2mm diameter]
 lodak [1/256-1/16mm diameter]
 lumpur [<1/256mm diameter]
PENGELASAN BATUAN SEDIMEN KLASTIK
I. Konglomerat dan Breksia
saiz pebel [>2mm diameter]
pebel bulat -> konglomerat
pebel bersudut -> breksia

II. Batu Pasir dan greiwak


saiz pasir [1/16-2mm diameter]
tanpa matriks -> b/pasir kuarza
banyak matriks -> greiwak
Kaya feldsfar -> arkos

III. Batu lumpur dan syal


Saiz lumpur [<1/256 mm diameter]
tanpa struktur -> batu lumpur
fisil -> syal
III?. Batu Lodak
saiz lodak [1/256-1/16mm diameter]

Diamiktit – batu lumpur berpebel

Arkos – batu pasir kaya feldspar


BATUAN SEDIMEN KIMIA dan BIOKIMIA
Dikelas mengikut bahan mineral:

Batu Kapur (hablur) Batu Gipsum


mineral kalsit Rijang (chert) mineral gipsum
mineral kuarza

Batu Hablur (rock crystal) Batu Arang Bitumen


mineral halit Karbon terubah
Variasi batu kapur

Batu kapur
berfosil
alokim - fosil

Batu kapur
oolit
alokim - oolit

Batu lumpur
kapur (chalk)
Profil laut terbuka yang menunjukkan perkaitan di antara
sumber sedimen klastik dengan taburan pelbagai jenis
batuan klastik dan batuan sedimen kimia/biokimia.
BATUAN SEDIMEN LAIN
Batuan piroklas pelbagai saiz
yang dihambur oleh volkano
dan dienap berlapis-lapis
oleh agen pengenapan sama
seperti pembentukan batuan
sedimen.
PENGELASAN MENGIKUT KOMPOSISI
Batuan sedimen boleh dikelaskan kepada:
Batuan Sedimen Silisiklastik (ch konglomerat, b/pasir, syal)
Batuan Sedimen Karbonat (ch b/kapur, b/dolo)
Batuan Sedimen Evaporit (ch gipsum, anhidrit, halit, silvit)
Batuan Sedimen kaya-organik (ch bitumen, b/arang)
Batuan Sedimen Bersilika (ch rijang, radiolarit)
Batuan Sedimen kaya-besi (ch hematit, limonit)
Batuan Sedimen Berfosfat (ch fosforit, apatit)

Bijih besi berlapis fosforit


KARAKTER
BATUAN
SEDIMEN
KARAKTER
Oleh kerana batuan sedimen dibentuk oleh
pelbagai proses di permukaan bumi ia akan
memiliki karakter (property) dalaman dan
luaran yang menjelaskan fenomena yang wujud
sebelum, semasa dan selepas peristiwa
pengenapan, termasuk sifat bahan sedimen,
proses dan tindakbalas yang berlaku, variasi
tenaga arus serta aktiviti organisma dalam
sekitaran pengenapannya.
Antara karakter penting bagi batuan sedimen
adalah WARNA, TEKSTUR, dan STRUKTUR.
WARNA
Warna batuan banyak dipengaruhi oleh kehadhiran unsur
tertentu dalam sekitaran pengenapan. Contohnya:
 Warna merah menunjukkan kehadiran Fe3+ dalam
sekitaran pengoksidaan (Fe2O3) di daratan.
 Warna hitam menunjukkan
 sekitaran reduksi berkaitan kewujudan H2S, dan
 kelimpahan bahan organik.
TEKSTUR
Tekstur sesuatu batuan sedimen itu ditentukan oleh SAIZ,
BENTUK dan ISIHAN (SORTING) terhadap butiran atau klasta.
 SAIZ merujuk kepada diameter butiran [daripada saiz lumpur,
lodak, pasir, pebel, kobel dan bungkah] yang menunjukkan
kekuatan tenaga yang mengangkut butiran tersebut.
 ISIHAN merujuk kepada penyusunan antara butiran yang
amat bergantung kepada kesamaan saiz butiran. Batuan yang
mempunyai darjah kesamaan saiz butiran dikatakan mempunyai
isihan yang baik, lazimnya menunjukkan konsistensi kekuatan
arus yang mengenapkan bahan sedimen.
TEKSTUR (sambungan)
 BENTUK merujuk kepada darjah kesferaan dan kebulatan
klasta yang mencerminkan kadar perlanggaran/abrasi
antara butiran sepanjang proses pengangkutan.

 FABRIK pula merujuk kepada pengaturan/orientasi


butiran.
TEKSTUR (sambungan)
POROSITI dan KETELAPAN
Batuan sedimen, khususnya batu pasir yang mempunyai
isihan yang baik tidak memberikan ruang yang mencukupi
untuk butiran lebih halus mengisi ruang antara butiran.
Dengan darjah kesferaan dan kebulatan yang tinggi akan
menambah porositi dan ketelapan (porosity and
permeability) dalam batuan begini.
Ini adalah ciri batu pasir yang baik untuk dijadikan sebuah
reservoir petroleum, gas asli, mahupun air bawah tanah.
STRUKTUR PRIMER
Batuan sedimen dikaitkan dengan kehadiran satah-satah
yang memisahkan antara dua unit lapisan berbeza
dikenali sebagai Satah Lapisan.

Ada satah lapisan yang planar


dan ada yang bergelombang.
Struktur sedimen lain
terbentuk sama ada di
dalam atau dipermukaan
lapisan.

Ada lapisan yang tergred –


akibat pengenapan arus
keruh yang mengandungi
butiran pelbagai saiz.

Ada lapisan yang tercangga


– akibat lapisan separa keras
menggelongsor menuruni
cerun.
Ada lapisan silang – set sedimen memanjat atau
menuruni cerun permatang pasir atau mega-riak.

Ada lapisan terpotong - dipotong oleh alur sungai


atau alur bawah laut.
Ada permukaan
bergelombang –
kesan riak arus
dasar yang
perlahan.

Ada permukaan terukir –


akibat surihan pergerakan
haiwan (fosil surih)
Ada bahagian lapisan
lumpur ternaik dan
pasir terturun – akibat
pembebanan ke atas
lapisan lumpur yang
belum terkonsolidasi
(load cast dan flame
structure)
KEGUNAAN STRUKTUR SEDIMEN
Pelbagai jenis struktur sedimen ini boleh
memberikan pelbagai maklumat berkenaan:
 keadaan permukaan sebelum sedimen
dienapkan
 keadaan arus yang menghakis dasar
 keadaan arus yang membawa bahan sedimen
 keadaan sekitaran dan aktiviti biota
 canggaan sedimen yang berlaku selepas
pengenapan
Penting dalam menentukan kedudukan atas –
bawah sesuatu lapisan.
FOSIL DALAM BATUAN SEDIMEN
Organisma yang hidup dalam lembangan
pengenapan (atau yang terangkut bersama
bahan sedimen) mempunyai peluang terbaik
untuk terawet bersama bahan sedimen sebagai
fosil rangka hidupan, acuan atau fosil surih.
Bahagian lembut (organik) organisma akan
mereput bersama sebahagian sedimen dalam
sekitaran yang sama. Pada keadaan suhu dan
tekanan tertentu akan reputan ini akan
terkumpul sebagai longgokan hidrokarbon.
Cengkerang terawet dengan baik dalam batu lodak kelabu
Jejak haiwan terawet baik di permukaan batu lumpur
Fosil tulang ikan terawet sempurna di permukaan batu lumpur
Fosil yang terawet dalam batuan sedimen akan
menjelaskan lebih banyak perkara penting tentang
sekitaran, termasuk usia dan evolusi fauna dan
flora serta evolusi paleosekitaran, paleoiklim dan
paleobiogeografi fauna dan flora penting.
KEGUNAAN BATUAN SEDIMEN
Pelbagai jenis struktur sedimen ini boleh
memberikan pelbagai maklumat berkenaan:
 keadaan permukaan sebelum sedimen
dienapkan
 keadaan arus yang menghakis dasar
 keadaan arus yang membawa bahan sedimen
 keadaan sekitaran dan aktiviti biota
 canggaan sedimen yang berlaku selepas
pengenapan
Penting dalam menentukan kedudukan atas –
bawah sesuatu lapisan.
selamat maju jaya

You might also like