Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

CABARAN

Di dalam dunia perniagaan, untuk berjaya bukanlah sesuatu yang mudah tanpa perlu untuk

menempuh cabaran yang mendatang. Cabaran di dalam perniagaan agak mencabar kerana cabaran

yang mendatang berkemungkinan datang dalam pelbagai bentuk yang tidak akan kita sangka. Di

samping itu, untuk mengembangkan perniagaan pelbagai cabaran yang akan kita hadapi.

Berdasarkan temu bual yang telah kami lakukan ke atas usahawan yang menjalankan perniagaan

kasut secara online iaitu Barak Store, beliau telah melalui pelbagai cabaran dalam

mengembangkan perniagaan beliau ini. Cabaran yang telah beliau alami boleh dibahagikan di

dalam beberapa aspek seperti pelanggan, pasaran, penghantaran dan lain-lain lagi. Pertama sekali

cabaran yang paling besar adalah sewaktu mula-mula beliau ingat menjalankan perniagaan ini. Di

mana modal yang digunakkan tidak mendapat pulangan balik kerana pada masa tersebut, barangan

yang jual ada yang dapat dijual dan ada yang tidak. Di sebabkan hal ini, beliau terpaksa untuk

menambahkan duit beliau sendiri untuk menampung kerugian modal yang di alami. Contohnya,

semasa road tour diadakan, target keuntungan yang ingin beliau capai tidak tercapai dan

menyebabkan perkara ini tidak dapat menampung modal yang telah dikeluarkan dan disebabkan

hal ini, beliau terpaksa menampung kerugian tersebut sendiri.

Seterusnya adalah bagaimana cara untuk beliau menarik perhatian pelanggan dan menjadikan

kedai kasut online beliau lebih menyerlah daripada perniagaan kasut online perniaga lain. Zaman

teknologi dan pembangunan yang pesat ini, lebih ramai orang suka untuk membeli belah secara

atas talian dan disebabkan ini juga telah ramai orang lebih cenderung untuk melakukan perniagaan

atas talian. Selain itu telah banyak perniagaan atas talian untuk penjualan kasut telah wujud.

Seperti yang kita sedia maklum, adakalanya peruncitan online agak mahal, jadi apabila kita perlu

menetapkan dan menyerlahkan diri dan produk kita daripada perniaga lain adalah sangat penting
jika kita ingin memperolehi pelanggan. Perkara yang paling ketara yang kita ketahui adalah

sebelum pelanggan ingin membeli produk daripada perniagaan atas talian, jadi mereka perlu

mencari perniagaan atas talian kita terlebih dahulu. Disebabkan itu, cabaran yang terpaksa beliau

tempuhi adalah dalam menghasilkan kedai muka perniagaan atas talian beliau yang lebih menarik

dan hebat. Di mana apabila pelanggan mencari nama kedai beliau di atas talian, pelanggan suka

melihatnya. Hal ini adalah penting untuk menarik perhatian pelanggan. Dalam erti kata lain, beliau

perlu lebih memberi pandangan dalam untuk menyerlah berbanding perniaga lain dan untuk

mendapat potensi dalam menarik perhatian pelanggan.

Selain itu, beliau juga terpaksa melalui cabaran dalam bagaimana untuk menggunakkan sosial

media untuk menarik pelanggan ke peniagaan atas talian beliau dan bagaimana untuk

mengoptimumkan perniagaan atas talian beliau di dalam engine percarian supaya pelanggan

mudah untuk mengakses ke perniagaan atas talian beliau. Oleh hal demikian, penggunaan sosial

media adalah amat penting untuk bertahan dan lebih menyerlah di dalam perniagaan kasut di atas

talian ini. Manakala cabaran dari aspek pelanggan pula adalah untuk menghadapi sikap dan

perangai pelanggan yang bermacam-macam ragam. Kita sedia maklum bahawa tidak semua orang

mempunyai sikap dan perangai yang sama. Setiap daripada pelanggan mempunyai ragam mereka

yang tersendiri. Ada di antara mereka yang memahami, ada yang tidak dan paling tidak kurang

adalah ada di antara mereka yang bersifat kurang ajar. Sebagai contoh adalah sewaktu ingin

bertanya perkara berkenaan kasut tersebut. Di mana ada yang bertnaya secara kasar. Walau

bagaimana pun beliau terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang bermacam ragam ini kerana

pelanggan adalah keutamaan beliau.

Selanjutnya, terdapat juga cabaran dalam penghantaran kasut kepada pelanggan. Ada yang

tertangguh selama berminggu dan tidak di hantar kepada pelanggan. Perkara ini turut menjadi
cabaran kerana beliau terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang tidak sabar dan sering

bertanyakan bilakah penghantaran mereka akan sampai, walaupun sudah berulang kali di

terangkan bahawa urusan penghantaran ini berkemungkinan berpunca daripada agent

penghantaran yang tidak memproses barang tersebut. Dan ada sesetengah daripada pelanggan yang

menginginkan duit mereka dipulangkan kembali kerana kelewatan penghantaran ini. Cabaran lain

pula adalah dalam meraih kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan beliau dan barang yang

dijual oleh beliau. Hal ini kerana ada di antara peniaga di atas talian yang bukan sebenarnya

berniaga pun tetapi menjadi penipu online yang menipu ramai pelangan. Di sebabkan mereka

inilah, ramai pelanggan yang merasa agak sangsi dan tidak mempercayai peniaga atas talian. Ini

menjadi cabaran untuk beliau mendapatkan kepercayaan pelanggan dalam menyatakan beliau

seorang peniaga atas talian yang boleh dipercayai dan walaupun kasut yang dijual beliau adalah

gred AAA, kasut tersebut masih berkualiti dan berbaloi untuk dibeli.

Selain itu, beliau juga pernah ditipu oleh pekerja di bawah beliau. Di mana ada di antara pekerja

beliau yang telah mengambil duit perniagaan beliau secara rahsia atau erti kata lain mencuri duit

tersebut. Apabila perkara ini terjadi beliau juga terpaksa untuk menampung kerugian yang tidak

sepatutnya. Disebabkan hal ini beliau terpaksa mencari pekerja yang boleh dipercayai dan jujur

dan beliau sentiasa perlu berwaspada. Hal ini juga turut merupakan cabaran bagi beliau. Akhir

sekali adalah cabaran apabila pelanggan ingin menukar saiz kasut apabila barang yang dipesan

sudah sampai kepada pelanggan tersebut. Kita sedia maklum bahawa untuk perniagaan atas talian

yang melibatkan kasut, kita tidak boleh mencuba kasut tersebut, jadi kita hanya perlu melihat carta

saiz kasut yang diberikan dan mengagak saiz kasut kita. Apabila hal ini berlaku ada di antara

pelanggan yang tersalah saiz kasut mereka dan ingin menukar saiz kasut tersebut. Perkara ini agar

mencabar kerana beliau terpaksa melakukan penghantaran untuk kali kedua dan ini sedikit
sebanyak menganggu beliau dalam menguruskan penghantaran dan pesanan kasut dari pelanggan

yang lain. Selain itu, beliau juga menghadapi cabaran dalam memastikan perniagaan beliau

sentiasa konsisten dan maju. Untuk memastikan sebuah perniagaan sentiasa konsisten adalah

sangat mencabar kerana beliau perlu sentiasa memantau harga pasaran dan perkembangan

perniagaan beliau dari masa ke semasa agar sentiasa konsisten. Sepanjang menjalankan perniagaan

atas talian ini, perkara-perkara di atas merupakan cabaran yang telah beliau hadapi dalam

memajukan perniagaan kasut beliau.

You might also like