Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGENALAN

Sebagai sebuah Negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum, Malaysia terkenal dengan
keunikannya yang tersendiri. Keunikkan ini dapat diperlihat dari segi perbezaan seni budaya dan kesan
tinggalan sejarah yang terdapat di setiap pelusuk tanah air. Seni tarian dan alat muzik saling berkait
rapat antara satu sama lain. Senia tarian dan alat muzik ini menentukkan wujudkan sesebuah etnik
serta budaya yang diwarisi oleh generasi sekarang daripada tinggalan nenek moyang. Manakala,
bangunan bersejarah atau tempat-temat yang bersejarah di Malaysia ini menunjukkan sejarah yang
telah berlaku di Negara kita dapat masa lampau. Kesan tinggalan sejarah ini menjadi bukti kukuh
bahawa Negara kita pernah dijajah oleh penjajah pada masa lampau. Oleh yang demikian, satu projek
kerja khusus berbentuk buku skrap telah diberikan kepada murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan 1
Gombak bagi merungkai tentang warisan yang ditinggalkan oleh generasi dahulu kepada generasi
sekarang.

Objektif kajian

Kajian ini berkisarkan kepada beberapa objektif iaitu :

1. Mengenal pasti tempat bersejarah yang terdapat di Malaysia.


2. Menambahkan pengetahuan tentang jenis tarian yang terdapat di Malaysia.
3. Mengetahui tentang keunikkan jenis alat muzik yang diwarisi daripada nenek moyang
terdahulu.

Kaedah Pencarian Maklumat

Saya telah menggunakan kaedah tulisan untuk menjalankan kajian ini. Antaranya kaedah tulisan yang
saya gunakan adalah seperti pencarian melalui teknologi maklumat dan komunikasi, banyak maklumat
yang saya perolehi melalui kaedah tersebut. Salah satu laman web yang saya layari adalah Wikipedia.
Wikipedia ialah ensikplodeia dia dalam internet. Saya boleh mendapat banyak maklumat dan fakta –
fakta tentang warisan sejarah yang terdapat di Negara kita.

Selain itu, saya juga merujuk kepada buku teks sejarah tahun empat. Di dalamnya ada
mempunyai sedikit sebanyak tentang warisan yang terdapat di negara kita. Saya juga mendapatkan
maklumat tentang sejarah warisan kita di dalam beberapa buah buku di perpustakaan sekolah.

Sumber maklumat

Kajian ini berdasarkan kepada sumber maklumat kedua. Kajian ini berkisarkan kepada rujukan
terhadap beberapa buah buku serta majalah hasil penulisan para sejarawan.
Penutup

Sesungguhnya kajian ini memberikan banyak kesan positif kepada diri saya untuk terus mencintai
Negara sendiri. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui tentang tempat-tempat yang bersejarah
yang terdapat di Negara kita. Saya juga telah mengetahui tentang sejarah yang telah berlaku di
sesuatu tempat. Kesimpulannya, kita sebagai warganegara Malaysia yang sayang akan tanah air
haruslah menjaga sebaik mungkin warisan yang telah ditinggalkan ini. Sejarah yang tinggal ini
menunjukkan hasil titik peluh nenek moyang kita untuk mencapai kemerdekaan Negara. Menjadi
tanggunjawab kita untuk mempelajari serta menggunakan warisan yang ditinggalkan ini supaya ia
tidak lapuk ditelan zaman. Sebagai langkah penjagaan , warisan ini haruslah dimuziumkan serta
dipertonton kepada generasi akan kerana ia amat bermakna. Warisan ini amar sukar untuk
dipraktikkan sekirannya generasi pada masa ini mengambil sikap acuh tak acuh akan tinggalan
bersejarah ini.

You might also like