Perdana Menteri Malaysia Pertama

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Perdana Menteri Malaysia Pertama

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj "Bapa Kemerdekaan" 1957–1970.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 -
6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri
pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963
merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Beliau dikenali sebagai "Tunku", beliau
juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan
Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya
persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO
dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri
Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun
1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan
Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu
bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk
menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-
perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang
kemerdekaan Malaysia yang biasa.

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke
kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.

Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei
dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada
16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang pertama.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-
perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei
di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis
terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat,
mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.

Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau
terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai
Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri
daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian
masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Perdana Menteri Malaysia Kedua

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein "Bapa Pembangunan" 1970–1976

Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana
Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam
pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971)(NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan
ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Disebabkan
keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
UMNO. Dua tahun kemudian, Abdul Razak berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan
kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur
hanya 33 tahun.

Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak dilantik
sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British.

Selepas pilihan raya umum 1959, Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping
memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian
Pertahanan Menteri Pertahanan. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar
pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta
mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22
September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
kedua.

Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEP) pada tahun 1971. Beliau dan
"generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketaksamaan
ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEP menetapkan dua sasaran
yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya: menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan
pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.

Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan.
Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional"
melalui kestabilan politik.

Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukemia, Abdul Razak meninggal pada tahun 1976 sewaktu
mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan
Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa
Pembangunan.
Perdana Menteri Ketiga

Tun Hussein bin Dato' Onn "Bapa Perpaduan" 1976–1981

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri
Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang
yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk
bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.
Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn
telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai semangat nasionalisme dan akar
politik yang mendalam, kemudian meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk menyertai politik. Pada
tahun 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang
pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung.

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri
Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di bawah pentadbiran
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau
menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi
UMNO pada 8 Ogos 1973 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden
UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap Menteri
Perdagangan dan Perindustrian.

Kepulangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah
mengejutkan seluruh negara. Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17
Januari Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada
hari Khamis, 15 Januari 1976, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mengangkat sumpah sebagai
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978 Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.

Sumbangan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan
yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyatakan
hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari
kepimpinan negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir bin
Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti
Tabung Mata dan ISIS.
Perdana Menteri Malaysia Keempat Dan Ketujuh

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16hb Julai 1981,
menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu
22 tahun. Beliau dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari
sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden. Tun meletak jawatan sebagai Perdana
Menteri pada 31 Oktober 2003. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016, Tun Dr Mahathir muncul kembali
di alam politik apabila beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menandingi Barisan
Nasional. Pada tahun 2018, dalam satu kejutan politik, PPBM dan parti-parti bersekutunya, memenangi
Pilihan Raya Umum Ke-14. Pada usia 93, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-7
Malaysia.

Pada tahun 1976, Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dua tahun kemudian,
beliau mengambil alih jawatan Menteri Perdagangan dan Industri di mana beliau memimpin beberapa
misi mempromosi pelaburan. Pada tahun 1981, setelah Tun Hussein Onn meletak jawatan sebagai
Perdana Menteri ketiga atas sebab kesihatan, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO dan
Perdana Menteri keempat Malaysia.

Di bawah kepimpinannya, Malaysia berubah dari sebuah negara pertanian ke negara perindustrian
moden. Tun melancarkan kempen Bersih, Cekap & Amanah (Bersih, Cekap & Dipercayai) untuk
mengurangkan rasuah, meningkatkan kecekapan, dan memupuk kepercayaan dalam perkhidmatan
awam. Beliau juga memperkenalkan sistem “punch card” untuk kakitangan kerajaan, dan mengarahkan
penjawat awam menggunakan lencana nama (name tag).

Dalam usaha memajukan Malaysia, Tun menubuhkan sebuah syarikat kereta kebangsaan, PROTON, dan
pada tahun 1982, syarikat itu mengeluarkan kereta buatan Malaysia yang pertama, iaitu Proton Saga.
Beliau juga memperkenalkan konsep “Malaysia Incorporated” iaitu perkongsian rapat antara kerajaan dan
sektor swasta. Tun juga menyatakan hasrat beliau untuk Malaysia melalui Wawasan 2020, iaitu visi negara
untuk mencapai status ekonomi maju (developed nation) pada tahun 2020, bukan hanya dari segi
pertumbuhan ekonomi tetapi juga dari segi pendidikan, kematangan masyarakat, dan tadbir urus.

Setelah mengetuai Barisan Nasional untuk mencapai kejayaan di pilihanraya tahun 1982, 1986, 1990, 1995
dan 1999, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Pada tahun 2016, Tun Dr Mahathir keluar dari UMNO sebagai protes terhadap kepimpinan Perdana
Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau menubuhkan parti politik baru, Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM). Pada tahun 2017, pada usia 92 tahun, beliau kembali memasuki arena politik,
kali ini sebagai pemimpin barisan pembangkang, Pakatan Harapan.

Pada tahun 2018, dalam satu kejutan politik, gabungan politik beliau, Pakatan Harapan, memenangi
Pilihanraya Malaysia ke-14. Pada usia 93 tahun, beliau dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Perdana Menteri Kelima

Tun Abdullah Ahmad Badawi "Bapa Pembangunan Modal Insan" 2003–2009

Yang Amat Berhormat Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir pada 26 November 1939, juga dikenali
sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun
Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling
besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009,
beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia.
Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada
tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu
Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah
dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi
jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan
memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk
mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas
beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.

Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa
perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya
menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai
Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai
berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr
Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan
pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"),
kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama
panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut
masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu
untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah
telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009.
Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO
sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Perdana Menteri Keenam

Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak 2009–2017.

YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri
Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan,
Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul
Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain
itu, ia masih memiliki darah bangsawan Bugis.

Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak
Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen
Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen
termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom
dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi
Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika
berumur 29 tahun.

Selepas menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009, beliau telah melancarkan
kempen Satu Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan
warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang.Beliau memperkenalkan beberapa langkah drastik
tetapi populis iaitu dengan menghapuskan dasar (PPSMI) sebagai langkah mendengar keluhan rakyat
apabila dasar yang diamalkan sejak 2003 itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak, dan Biasiswa
Nasional di dalam memenuhi keperluan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua
kaum.

Pada PRU-14, Barisan Nasional telah kalah kepada Pakatan Harapan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir
menjadikan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri berakhir.
Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962) merupakan pengasas dan Presiden
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor
pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950
untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang
diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan
Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika
Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan
nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan
jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya
memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan
memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO
serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira
kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu".
Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila
persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.

Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti
tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti
itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu
dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian,
partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.
Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau
berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum
1959 dengan bantuan parti PAS.
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar. Beliau mendapat pendidikan awal
di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar. Kemudiannya beliau
melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan
Pengajian Melayu (1971).1

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya
Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh
beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Y.B. Tan Sri
Dato’ telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan,
Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd. Y.B. Tan Sri Dato’ kini
mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi. Sebelum itu
beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier
politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982).

Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato’ Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi
UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang
dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehinggalah ke hari ini. Y.B. Tan Sri Dato’
pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada
pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan
raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7
apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan
beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia. Y.B.
Tan Sri Dato’ juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri pada tahun 1981,
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan
Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995.

Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai
Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan. Selepas Pilihan Raya Umum
ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah
bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing. Oleh itu, beliau
bertekad untuk membalas kepercayaan Y.A.B. Perdana Menteri dengan meletakkan sektor pertanian di
tahap yang sepatutnya dengan menumpukan usaha menjadikannya satu sektor yang moden, dinamik,
dan mampu membawa perolehan yang besar kepada negara. Di samping itu, beliau terus memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Pagoh agar rakyat hidup selesa dan bebas dari kemiskinan
melalui program pembangunan pertanian yang dijalankan di situ.

Selepas Pilihan Raya ke-12, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Selain itu, Y.B. Tan Sri juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik menjadi
Yang DiPertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995) serta
Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik negeri Johor selama 10 tahun (1986-1996). Y.B. Tan Sri Dato’
Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama
Puan Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

You might also like