Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tuan Presiden,

Seperti yang pihak Tuan Presiden sedia maklum, Amerika Syarikat (AS) menerusi perjanjian
Compact of Free Association (COFA) telah memperuntukkan kemerdekaan kepada Republik
Kepulauan Marshall (RMI) dengan pemberian kuasa dalam urusan pentadbiran dan menentukan
urusan berkaitan hal-ehwal luar negeri, dengan memberikan pengecualian terhadap beberapa
perkara di dalam COFA, iaitu memberi hak dan kebenaran kepada AS akan tanggungjawab
secara berterusan terhadap soal keselamatan dan pertahanan RMI.

Berhubung dengan perkara ini juga, AS mengakui telah melaksanakan sebanyak 67 kali ujian
nuklear di RMI antara tahun 1946 sehingga 1958, justeru kami mengambil tanggungjawab
terhadap akibat yang perlu ditanggung oleh lebih daripada 253 orang mangsa kerana pihak AS
memandang serius berkaitan isu kesihatan dan kesejahteraan rakyat RMI. Atas sebab itu,
pelbagai program pemantauan dilakukan bermula tahun 1950 bagi menguruskan berkaitan hal ini
dan ianya diteruskan dengan program-program tambahan pada tahun 1960 sehingga ke hari ini.
Seperti yang termaktub dalam Seksyen 177 COFA, pihak kami juga telah memperuntukkan
jutaan dolar bagi pembiayaan kesihatan dan isu-isu persekitaran yang masih lagi berkuatkuasa
sehingga ke hari ini. AS juga telah memberikan kelonggaran kemasukan kepada warga RMI ke
AS bagi tujuan kesihatan, peluang pendidikan dan juga pekerjaan.

Dalam pada itu, pihak AS mengambil maklum peruntukan pada Artikel 9 COFA yang
membenarkan kerajaan RMI untuk memohon pampasan tambahan sekiranya terdapat
pembuktian baharu. Namun, pihak AS berpandangan bahawa tanggungjawab dan fokus terhadap
kebajikan dan kesihatan rakyat adalah tanggungjawab yang harus dipikul oleh AS dan
pentadbiran Tuan Presiden secara bersama. Oleh yang demikian, satu dana telah diwujudkan di
bawah pindaan COFA bertujuan untuk memastikan sumber kewangan kepada RMI selepas
kesatuan ini tamat. Pihak AS turut melihat proses semakan semula COFA pada Disember 2003
tersebut sebagai satu bentuk pendekatan strategik baharu dalam hubungan AS dan RMI menerusi
konsep Compact Trust Fund (CTF), yakni sebagai langkah atau usaha untuk meningkatkan
akauntabiliti kewangan dan ke arah pembangunan ekonomi yang bersifat lebih berdikari (self
reliance). Perkara ini seperti mana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak iaitu pihak
AS akan menyalurkan peruntukan berjumlah $1.2 bilion untuk tempoh 20 tahun akan datang dan
tumpuan diberi kepada 6 aspek iaitu pendidikan, kesihatan, persekitaran, sektor awam,
pembangunan keupayaan, pembangunan infrastruktur dan sektor swasta dengan pemberian
keutamaan terhadap aspek kesihatan dan pendidikan.

Pada November 2008, pihak United States Agency for International Development (USAID)
mengambil alih peranan daripada pihak Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA)
dalam mengendalikan respon berkaitan bencana dan pemulihan sebagai menghormati RMI
sebagai sebuah negara yang merdeka. Oleh itu, kerjasama USAID dengan pihak International
Organization for Migration (IOM) telah dibentuk bagi memastikan penyediaan bantuan dan
sokongan secara operasi untuk tujuan Disaster Mitigation Relief and Reconstruction Program.
Langkah ini juga adalah sebagai persediaan dalam memastikan koordinasi apabila berlaku
bencana alam di rantau pasifik khususnya melibatkan Kepulauan Marshall.

Sekian, terima kasih

DR. CLYDE BISHOP

DUTA AS KE REPUBLIK KEPULAUAN MARSHALL

You might also like