Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN


SEMESTER I SESI 2019-2020
EPPD1033 PRINSIP PERAKAUNAN

Tutorial Perakaunan untuk Pembarangan

SOALAN O:

a. Jelaskan bagaimanakah sistem inventori berterusan berbeza dengan sistem inventori


berkala.
b. Jelaskan kesan daripada FOB titik destinasi ke atas penentuan nilai inventori.
c. Sekiranya syarikat menggunakan sistem inventori berterusan, bincangkan samada
syarikat masih perlu melakukan pengiraan inventori secara fizikal dihujung tempoh
perakaunan.

SOALAN 1

Berikut merupakan urusniaga yang telah dilibatkan oleh Perniagaan Jae Mon di sepanjang
bulan September 2019:

Tarikh Urusniaga
Sept. 1 Membeli sejumlah RM2,000 barangniaga secara kredit daripada Syarikat
Dolmat dengan syarat kredit 2/10, n/30. Kos untuk membawa barangan
tersebut dari stor syarikat pengangkutan adalah sebanyak RM100. Syarat
angkutan adalah FOB Titik Perkapalan.
Sept. 2 Memulangkan bekalan yang rosak kepada Syarikat Dolmat bernilai RM150
bagi belian pada 1 September.
Sept. 5 Menjual barangan runcit kepada pelanggan secara tunai bernilai RM800. Kos
barang yang dijual adalah RM420.
Sept. 6 Memberikan sejumlah RM70 elaun kepada pelanggan kerana berlaku
kerosakan kecil terhadap barangan yang telah dijual pada 5 September.
Barangan tersebut tidak perlu dipulangkan oleh pelanggan. Kos barang yang
rosak ini adalah RM20.
Sept. 10 Menjelaskan baki terhutang kepada Syarikat Dolmat untuk urusniaga pada
1 September.
Sept. 21 Menjual barangan runcit bernilai RM1,500 secara kredit kepada En. Budiman,
dengan syarat kredit, 1/10, n/30. Kos barangan yang dijual ini adalah RM700.
Sept. 30 Menerima baki terhutang daripada En. Budiman bagi jualan pada 21
September.
Arahan:

Jurnalkan urusniaga-urusniaga di atas dengan andaian perniagaan menggunakan:


a) sistem inventori berterusan.
b) sistem inventori berkala.

SOALAN 2

Pada 1 April 2019, Perniagaan Kundur Berlabuh menunjukkan baki akaun Tunai, Inventori
dagangan dan Modal – Kundur masing-masing adalah RM25,000, RM35,000 dan RM60,000.
Urusniaga berikut berlaku sepanjang bulan April 2019.

Tarikh Urusniaga
April 5 Membeli produk golf daripada Syarikat Jae Mon RM17,000 secara kredit,
dengan terma 2/10, n/60, FOB titik perkapalan.
7 Membayar kos angkutan bagi belian barangan daripada Syarikat Jae Mon,
RM800.
9 Menerima memo kredit daripada Syarikat Jae Mon bagi produk golf yang
dipulangkan berjumlah RM2,000.
10 Menjual produk golf kepada pelanggan dengan harga RM9,500, terma kredit
n/30.
12 Membeli produk golf secara kredit daripada Tukimon Enterprise, RM6,600
dengan terma 1/10, n/30.
14 Membayar Syarikat Jae Mon bagi keseluruhan baki terhutang.
17 Menerima nota kredit RM600 daripada Tukimon Enterprise bagi produk golf
yang dipulangkan.
20 Menjual produk golf kepada pelanggan RM7,000, terma kredit n/30.
21 Membayar semua hutang kepada Tukimon Enterprise.
27 Memulangkan kredit RM750 kepada pelanggan bagi produk gof yang
dipulangkan.
30 Menerima bayaran daripada pelanggan RM11,000.

Dikehendaki:

a. Sediakan catatan jurnal bagi urusniaga sepanjang bulan April 2019 dengan
menggunakan sistem perakaunan berkala.
b. Sediakan imbangan duga, Perniagaan Kundur Berlabuh pada 3o April 2019
c. Sediakan penyata pendapatan bagi bulan berakhir 30 April 2019 dengan andaian baki
inventori dagangan di tangan adalah RM45,240.
SOALAN 3:

Berikut adalah maklumat baki akaun sebelum dan selepas pelarasan bagi Perusahaan
Mendungya Berarak pada 31 November 2019.

Akaun Sebelum Pelarasan Selepas Pelarasan


(RM) (RM)
Akaun Belum Bayar 47,310 47,310
Akaun Belum Terima 11,770 11,770
Susutnilai Terkumpul – Kenderaan 15,680 18,816
Susutnilai Terkumpul – Peralatan 32,300 41,800
Tunai 8,000 8,000
Modal – Saimon 84,200 84,200
Kos barang dijual 633,220 633,220
Belanja penghantaran 8,200 8,200
Kenderaan 57,000 57,000
Belanja susutnilai kenderaan 3,136
Belanja susutnilai peralatan 9,500
Ambilan – Saimon 12,000 12,000
Belanja insuran 10,500
Belanja riba’ 8,000 8,000
Hasil riba’ 5,000 5,000
Inventori dagangan 36,200 36,200
Nota belum bayar 46,000 46,000
Insuran prabayar 13,500 3,000
Belanja cukai hartanah 3,500
Cukai hartanah belum bayar 3,500
Belanja sewa 19,000 19,000
Belanja gaji 120,000 120,000
Jualan 850,000 850,000
Belanja komisen jualan 8,000 10,500
Komisen jualan belum bayar 2,500
Pulangan jualan dan elaun 10,000 10,000
Peralatan 125,000 125,000
Belanja utiliti 10,600 10,600

Analisis yang dibuat mendapati perkara yang berikut:


1. Belanja gaji melibatkan 75% belanja jualan dan 25% belanja pentadbiran.
2. Belanja insuran juga melibatkan belanja jualan dan pentadbiran masing-masing 50%.
3. Belanja sewa, belanja utiliti, dan belanja cukai hartanah adalah belanja pentadbiran.
4. Nota belum bayar matang pada tahun 2022.
Dikehendaki:
1. Sediakan catatan jurnal pelarasan yang perlu dibuat.
2. Sediakan penyata pendapatan (mengikut fungsian), penyata perubahan ekuiti dan
penyata kedudukan kewangan, Perusahaan Mendugnya Berarak pada 31 November
2019.
3. Sediakan catatn jurnal penutup yang diperlukan.

SOALAN 4

Imbangan TerDuga Perniagaan Melati Carpets Wholesale pada 31 Disember 2019


ditunjukkan seperti yang berikut:
Perniagaa Melati Carpets Wholesale
Imbangan Terduga
31 Disember 2019
Nama Akaun Debit (RM) Kredit (RM)
Tunai 25,400
Akaun belum terima 37,600
Inventori dagangan 90,000
Tanah 92,000
Bangunan 197,000
Susutnilaiterkumpul – bangunan 54,000
Peralatan 83,500
Susutnilai terkumpul – peralatan 42,400
Nota Belum Bayar 50,000
Akaun Belum Bayar 39,000
Modal – Melati 267,800
Ambilan – Melati 10,000
Jualan 904,100
Diskaun Jualan 6,100
Kos barang dijual 709,900
Belanja Gaji 69,800
Belanja Utiliti 19,400
Belanja pembaikan 5,900
Belanja penghantara 7,200
Belanja insuran 3,500
1,357,300 1,357,300

Maklumat pelarasan:
1. Belanja susutnilai RM10,000 atas bangunan dan RM9,000 atas peralatan (kedua-
duanya adalah belanja pentadbiran).
2. Riba atas nota belum bayar pada 31 Disember belum lagi dibayar.
3. Pengiraan inventori menunjukkan bagi sebenar inventori di tangan adalam RM88,900.
Maklumat tambahan:
1. Belanja gaji terdiri daripada belanja jualan, 80% dan belanja pentadbiran 20%.
2. Semua belanja utiliti, belanja pembaikan, dan belanja insuran adalah belanja
pentadbiran.
3. Nota belum bayar RM10,000 akan dibayar pada tahun hadapan.
4. Belanja penghantaran adalah belanja jualan.

Dikehendaki:
a. Sediakan catatan jurnal pelarasan bagi urusniaga yang dinyatakan di atas.
b. Sediakan Imbangan Terduga terlaras (Tunjukkan pengiraan bagi akaun yang terlibat
dengan pelarasan)
c. Sediakan penyata pendapatan (mengikut fungsian) dan penyata perubahan ekuiti,
Perniagaan Melati Carpets Wholesale pada 31 Disember 2019.

“SELAMAT MENCUBA YER”

You might also like