Syarahan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana

serta rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara-
cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian,

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup


kita. Kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih
serta mengelakkan daripada terkena penyakit kulit dan berbau.
Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.

Selain itu, kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga


kali sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk mengelakkan
daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih berkeyakinan
semasa bergaul dengan orang ramai.

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya,kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang


panjang boleh menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat pada
kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh tersebar ke
dalam badan kita semasa kita makan.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada


manusia. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat tentang
kebersihan diri untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup kita.

Sekian, terima kasih.


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif dan
rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ”Faedah
Bersukan”.
Hadirin yang dikasihi,
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan
peluh daripada tubuh badan kita. Salah satu daripada faedahnya
ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita bersukan seperti
berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan
mengeluarkan peluh. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas.

Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa


lapang secara bermanfaat. Sesi latihan permainan atau beriadah
biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai
sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada
terjebak dalam gejala sosial.

Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan


nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita
akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun
negara. Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan
sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif


bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan
untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan
cergas.

Sekian, terima kasih.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif dan
rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “membaca
amalan mulia."
Hadirin yang dihormati,

Membaca adalah satu amalan yang amat penting dalam


kehidupan kita. Melalui pembacaan surat khabar, kita dapat
mengetahui isu-isu yang berlaku di dalam negara dan di luar negara.

Selain mendapatkan maklumat, membaca juga boleh mengisi


masa lapang kita daripada kita melakukan perkara yang tidak
berfaedah. Kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara
yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau-rayau di
kedai-kedai dan sebagainya.

Hadirin yang dikasihi,

Di samping itu, membaca boleh membaiki penguasaan bahasa


kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata. Hal ini
dapat membantu pelajar berjaya di dalam peperiksaan.

Sesungguhnya banyak kebaikan yang dapat diperoleh dengan


membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian.

Sekian terima kasih.

You might also like