Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

<KOD KURSUS>

SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (PENGURUSAN ISLAM)


DENGAN KEPUJIAN (BIS)

JANUARI 2019

OUMH1103

KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA DI MALAYSIA

NO. MATRIKULASI : 941111125389001


NO. KAD PENGNEALAN : 941111125389
NO. TELEFON : +601131698449
E-MEL : myhafizforever@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SABAH

0
<KOD KURSUS>

1
KANDUNGAN

M/S
1.0 PENDAHULUAN 2
1.1 TUJUAN DAN SKOP PENULISAN

2.0 PENYEBAB DAN PENYELESAIAN KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA 2

2.1 PENYEBAB KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA 2


2.1.1 FAKTOR KEMANUSIAAN
2.1.2 FAKTOR PERSEKITARAN
2.1.3 FAKTOR KENDERAAN

2.2 PENYELESAIAN KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA 3


2.2.1 PENYELESAIAN PERTAMA
2.2.2 PENYELESAIAN KEDUA
2.2.3 PENYELESAIAN KETIGA

3.0 KESIMPULAN 4

APENDIKS 6

2
1.0 PENDAHULUAN
Pengangkutan jalan raya merupakan suatu keperluan yang banyak memberikan faedah
kepada sesebuah negara dalam meningkatkan akses pelbagai sektor. Disebalik
kepentingan ini, ianya juga mempunyai kesan negatif iaitu kemalangan jalan raya yang
boleh membawa maut. Mengikut laporan Jabatan Siasatan Dan Penguatkasaan Trafik,
Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman bahawa jumlah kematian akibat kemalangan jalan
raya bagi tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2008 sehingga tahun 2017 adalah sebanyak
68,125 orang di seluruh Malaysia (JKJR, 2018). Daripada keseluruhan jumlah itu,
didapati purata kematian akibat kemalangan jalan raya bagi setiap hari adalah seramai 19
orang. Berdasarkan laporan ini, jelaslah betapa seriusnya kadar kemalangan jalan raya
yang berlaku di Malaysia hari ini.

1.1 TUJUAN DAN SKOP PENULISAN


Tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan diantara faktor-faktor yang
menyebabkan kemalangan maut jalan raya khususnya di Malaysia dari perspektif yang
menyeluruh dan cadangan pencegahan bagi tujuan penyelesaian kepada punca
kemalangan tersebut.

2.0 PENYEBAB DAN PENYELESAIAN KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA

2.1 PENYEBAB KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA

2.1.1 FAKTOR KEMANUSIAAN


Memandu kenderaan di jalan raya merupakan suatu perkara yang boleh menyebabkan
tekanan kepada pemandu apabila berhadapan dengan pelbagai situasi walaupun kecil.
Keadaan emosi yang sukar dikawal boleh mencetuskan perasaan marah lalu memberi
kemudaratan kepada orang lain bahkan yang paling utama ialah boleh mengakibatkan
risiko kemalangan (Rozmi Ismail & Noraqilah Zaini, 2010). Mengikut laporan kajian

3
pihak MIROS menggunakan data kemalangan pada tahun 2011, faktor utama yang
menyumbang kepada kemalangan jalan raya di Malaysia dengan kadar peratusan setinggi
80.6 peratus adalah disebabkan sikap manusia, yang menjadi punca-punca utamanya
adalah memandu secara berbahaya, memandu dengan laju dan memandu dalam keadaan
kepenatan.

2.1.2 FAKTOR PERSEKITARAN JALAN RAYA


Persekitaran jalan raya adalah merujuk kepada keadaan cuaca dan pencahayaan,
keadaan lalu lintas, objek-objek berdekatan jalan raya dan rekabentuk geometri jalan raya
(Wari, 2011). Menurut kajian yang dilakukan oleh Wan Muhammad Taufik Wan Hussin
(2015) bahawa adanya penumpuan insiden kemalangan maut di beberapa jalan raya
utama yang tertentu dan keadaan ini kebiasaanya amat dipengaruhi oleh faktor
persekitaran. Malahan, pihak berkuasa Malaysia telah mengenalpasti beberapa lokasi
yang seringkali berlakunya kemalangan (blackspot) iaitu sebanyak 193 kawasan di
seluruh negara (Mstar, 2012).

2.1.3 FAKTOR KENDERAAN


Kenderaan berfungsi sebagai alat pengangkutan melalui media jalan raya. Kenderaan
yang kurang sempurna sifatnya akan menyebabkan pemandu berpotensi ditimpa
kecelakaan. Faktor kenderaan yang seringkali menjadi penyebab kemalangan adalah
seperti tayar yang pecah atau meletup semasa pemanduan dan sistem brek yang tidak
berfungsi. (Talib Ria Jaafar et al., 2003)

2.2 PENYELESAIAN KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA

2.2.1 PENYELESAIAN FAKTOR PERTAMA


Mengikut kajian yang dijalankan oleh Rozmi Ismail dan Noraqilah Zaini (2017),
terdapat soalan yang diajukan kepada responden mereka iaitu ”apakah tindakan yang
patut dilakukan terhadap pemandu yang memandu secara berbahaya ?’ maka didapati
90.2% responden menyatakan supaya penguatkuasaan undang-undang lebih diperketat

4
pihak berwajib. Manakala menurut Nor Alya Atifah (2017), aspek penghayatan agama
akan membantu pemandu untuk mempraktikkan nilai-nilai murni semasa memandu dan
suatu yang amat penting adalah saling bertolak ansur di antara satu sama lain.

2.2.2 PENYELESAIAN FAKTOR KEDUA


Kemalangan jalan raya boleh dikurangkan dengan pendekatan kaedah 3E
(Engineering, Education, dan Enforcement). Langkah yang yang boleh dilakukan bagi
pendekatan kejuruteraan jalan raya adalah dengan mengkaji semula reka bentuk
kejuruteraan jalan raya tersebut (Nordin Manan, 2010) kerana menurut Wari (2011),
kajian sedemikian adalah penting untuk memastikan hubungan diantara pengurusan lalu
lintas dan perancangan fizikal jalan raya agar reka bentuk jalan yang sesuai dan
dikenalpasti kelak akan digunakan sebagai asas bagi pembinaan jalan yang lebih baik,
cekap dan yang paling utama adalah dapat membantu mengurangkan jumlah kemalangan
jalan raya di masa hadapan.

2.2.3 PENYELESAIAN FAKTOR KETIGA


Reka bentuk kenderaan merupakan bidang kepakaran jurutera mekanik yang direka
bentuk untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna (Nordin Manan, 2010).
Walau bagaimanapun, untuk memastikan pergerakan berjentera dapat dilaksanakan
dengan selamat, selesa dan berkesan maka pemandu hendaklah mengambil tahu keadaan
kenderaan mereka. Sebelum memulakan pemanduan, seharusnya memeriksa kenderaan
mereka agar selamat dipandu. Selain itu, penyelenggaraan juga perlu dilakukan mengikut
piawaian dan jangka masa yang telah ditetapkan supaya kenderaan sentiasa berada dalam
keadaan baik untuk pemanduan.

3.0 KESIMPULAN
Kemalangan jalan raya kebiaasannya berlaku disebabkan oleh faktor manusia,
persekitaran dan kenderaan ataupun hasil gabungan diantara faktor-faktor tersebut.
Kaedah penyelesaian yang dicadangkan adalah seperti memperketatkan penguasaan

5
undang-undang oleh pihak berkuasa, menerapkan aspek penghayatan agama dalam
pemanduan, mengkaji semula aspek kejuruteraan jalan raya secara lebih terperinci dan
pemandu sendiri perlu peka pada jadual pemeriksaan keadaan kenderaan mereka.
Hakikatnya, pemandu itu berinteraksi dengan kenderaan manakala kenderaan pula
berinteraksi dengan jalan raya. Sememangnya ianya sentiasa berkait rapat diantara satu
sama lain. Maka, slogan ”Anda Mampu Mengubahnya” sememangnya tepat sebagai
peringatan yang berbentuk menyeluruh bagi setiap pengguna jalan raya. (750 patah
perkataan)

6
APENDIKS

RUJUKAN

Iwan Shu-Aswad Shuaib. (2012, Ogos 13). Ops Selamat: 193 kawasan hitam di seluruh

negara-JPJ. Mstar

Jabatan Keselamatan Jalan Raya. (2014). Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-
2020. Putrajaya, Malaysia: Pengarang.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya. (2018). Buku Statistik Keselamatan Jalan Raya.
Putrajaya. Malaysia: Pengarang.

Malaysia Institute of Road Safety Research. (2010). Annual Report MIROS 2010.
Selangor, Malaysia: Pengarang.

Nordin Manan. (2010). Kearah mengurangkan kemalangan maut di Jalan Scotland,


Pulau Pinang: Satu kajian persepsi pengguna jalan raya / Tesis ijazah sarjana sains.
(Tesis sarjana tidak diterbitkan). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Nor Alya Atifah M. Yunus & Rozmi Ismail. (2017). Penghayatan agama, sikap &
tingkahlaku agresif sewaktu memandu. E-Bangi: Journal of Social Sciences and
Humanities, Special Issue (12), 1-8. Dicapai dari Academic Search Complete Database

Radin Umar Radin Sohadi & Ahmad Rodzi Mahmud. (1993). Model diagnosis dan
rawatan kemalangan jalan raya di Malaysia, 1(1), 125-151. Dicapai dari
psasir.upm.edu.my/id/eprint/3082/

7
Rozmi Ismail & Noraqilah Zaini. (2017). ). Pemanduan berisiko dan agresif serta
penilaian terhadap bahaya dan kemalangan jalan raya. E-Bangi: Journal of Social
Sciences and Humanities, Special Issue (12), 1-10. Dicapai dari Academic Search
Complete Database

Talib Ria Jaafar, M. Faizar Mustafa, Sutiman Kemin & Ramlan Kasiran. (2003).
Kemalangan jalan raya: Analisis data membabitkan pengguna motosikal. Jurnal
Teknologi, 38. Dicapai dari
https://jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/view/488/475

Wan M. Taufiq Wan Hussin & Tamiji Masron. (2015). Analisis trend dan pola keruangan
kemalangan maut jalan raya di Malaysia: Kajian kes di daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Geografia Online Malaysian Journal of Society and Space, 11(13), 104-114. Dicapai dari
ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/19120/6126

Wari Kiew. (2011). Kemalangan jalan raya daripada perspektif perancangan fizikal
jalan. Kajian kes: Jalan persekutuan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang /
Tesis ijazah sarjana sains pengajian perancangan. (Tesis sarjana tidak diterbitkan).
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

You might also like