Professional Documents
Culture Documents
Pendidikan Kesusateraan
Pendidikan Kesusateraan
net/publication/242153781
Article
CITATIONS READS
0 6,580
7 authors, including:
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
All content following this page was uploaded by Zahari Ishak on 22 December 2013.
77
Masalah Pendidikan, 31(1)
antara sastera dengan kanak-kanak. Hari in tempat sastera lisan telah diambil alih
oleh sastera tulisan.
78
Masalah Pendidikan, 31(1)
Terdapat banyak aspek yang perlu diambil kira dalam pembinaan bahan karya sastera
kanak-kanak yang bermutu. Secara umumnya penulisan karya sastera kanak-kanak
perlu sesuai dengan usia, tahap berfikir dan pencapaian bahasa kanak-kanak itu
sendiri. Bentuk, isi dan tujuannya perlulah segera dapat menarik minat membaca
dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan itu, Sulaiman Masri (1984) telah
menyenaraikan beberapa kriteria umum yang perlu diambil kira untuk menghasilkan
karya sastera kanak-kanak.
Pertama, karya sastera haruslah dihasilkan berdasarkan tujuan pendidikan
tertentu. Dengan kata lain, sastera kanak-kanak di prasekolah perlulah sesuai dengan
tahap pendidikan mereka tanpa banyak menyelitkan unsur-unsur yang berkait rapat
dengan pengajaran dan pembelajaran formal.
Kedua, tema, pemikiran dan persoalan yang disajikan dalam karya sastera
kanak-kanak itu haruslah sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan prasekolah.
Oleh itu, cerita kanak-kanak lazimnya bersifat didaktik dan menghiburkan, bukannya
membawa pemikiran berat tentang kehidupan. Menurut Awang Had Salleh (1984),
dalam konteks Malaysia, tema sastera kanak-kanak haruslah dapat memupuk rasa
cinta akan tanah air atau patriotik; persefahaman kaum; kewajipan sosial untuk
79
Masalah Pendidikan, 31(1)
membantu orang yang miskin, susah dan malang; sikap berdisiplin, rasa hormat dan
taat pada sistem demokratik beraja di negara ini; rasa muhibah serantau Asean; serta
memberi semangat berdikari, konsep diri yang positif dan tidak berasa rendah diri.
Ketiga, kesulitan-kesulitan yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak perlu diambil
kira semasa seseorang pengarang itu mencipta sastera kanak-kanak. Misalnya cerita
kanak-kanak haruslah bermula dengan alam, persekitaran atau perkara-perkara yang
diketahui, pernah dilihat atau didengar oleh kanak-kanak sebelum pengarang
mengemukakan bahan yang masih belum diketahui oleh kanak-kanak.
Keempat, penggunaan bahasa dalam sastera kanak-kanak haruslah sesuai dengan
tahap pencapaian mereka. Misalnya bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4
hingga 8 tahun, jumlah perkataan yang sesuai untuk bacaan mereka ialah sekitar 800
hingga 2,000 perkataan, manakala bagi kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun,
jumlahnya ialah sekitar 2,000 hingga 3,000 perkataan. Bahasa yang digunakan
haruslah terjamin kesopanan dan mutunya di samping mudah difahami oleh kanak-
kanak; mempunyai tanda bacaan yang betul dan teratur, ayat-ayat yang pendek dan
perkataan yang tegas.
Kelima, karya sastera kanak-kanak itu perlu memaparkan gambar dan ilustrasi
berdasarkan fungsi yang sebenar. Kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun haruslah
diberikan bahan bacaan yang banyak gambar dan berwarna-warni ilustrasinya. Nijhar
(1984), Izzah Abd Aziz dan Sandra Pragas Waran (2001) menyatakan bahawa buku
bergambar haruslah mempunyai nilai sastera di samping ilustrasi yang memancarkan
mutu seninya. Gabungan kedua-dua nilai media itulah yang bakal menentukan mutu
buku bergambar itu.
Keenam, bentuk fizikal karya sastera kanak-kanak perlu mengambil
pertimbangan didaktis-psikologi; aspek-aspek fizikal tersebut termasuklah kertas, saiz
buku, besar kecilnya huruf, jarak antara huruf, jarak antara perkataan, saiz dan
penempatan gambar atau ilustrasi dan lain-lain.
Selanjutnya, bagi memastikan kesesuaian sesebuah buku untuk kanak-kanak,
penulis perlu memastikan cerita atau karyanya dapat memberikan perlindungan
material, perlindungan emosi, perlindungan intelektual dan perlindungan spiritual
kepada pembacanya (Izzah Abd Aziz, 2000). Dalam pada itu, penulis (juga pelukis)
perlu mengenali khalayaknya dengan mendalami bidang perkembangan kanak-kanak
supaya semua keperluan mereka dapat diperolehi daripada cerita atau buku yang
dibaca. Selain keperluan terhadap perlindungan, kanak-kanak juga mempunyai
keperluan untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan, keperluan untuk menyayangi
dan disayangi, keperluan mencapai sesuatu pengiktirafan, keperluan untuk perubahan
dan keperluan untuk kepuasan estetik.
Sejak kebelakangan ini, corak penerbitan buku kanak-kanak sedikit tersasar daripada
matlamat asal untuk mendidik. Apa yang kita lihat daripada pandangan orang dewasa
adalah tidak sama dengan pandangan kanak-kanak. Persoalan tentang tajuk atau tema
yang 'berpijak di bumi nyata' atau persoalan fantasi juga mengelirukan. Justeru apa
yang diketengahkan ialah aspek yang dikehendaki dan perlu ada dalam buku kanak-
kanak ialah perkara-perkara yang difikirkan perlu dan sesuai mengikut kehendak
orang dewasa, bukan keperluan kanak-kanak.
Idea atau ilham pencerita diolah menggunakan ilmu, imaginasi, kreativiti
melalui media bahasa, sama ada secara lisan atau bertulis, yang akhirnya lahir dalam
80
Masalah Pendidikan, 31(1)
bentuk konkrit yang dikenali sebagai cerita atau manuskrip. Semasa proses ini
berlaku, pengarang sudah mempunyai khalayak yang tertentu dan seharusnya akrab
dengannya, kenal peringkat umur dan jantina. Selain itu, pengarang juga sudah tahu
bentuk cerita yang ingin dibinanya; sama ada kreatif, informatif, jenis atau kategori
bahan yang akan dihasilkan, karyawan lain turut dalam proses ini, imbuhan yang akan
ditenma, dan kepuasan yang akan diperolehinya setelah semua proses tersebut dilalui.
Menyentuh isu ini, Faridah Shamsuddin (2003) menyatakan bahawa masalah
dalam penerbitan buku kanak-kanak disebabkan kekurangan bahan yang berkualiti dan
menepati kehendak audiens sasaran. Kebanyakan penulis menghantar manuskrip
mengikut pandangannya sebagai orang dewasa dan tidak dapat menjiwai bahan yang
diperlukan audiens sasaran. Terdapat kekurangan penulis buku kanak-kanak yang baik,
yang seharusnya seseorang yang boleh memahami psikologi kanak-kanak dan tidak
menganggap bahawa buku kanak-kanak itu mudah. Penulis buku kanak-kanak jarang
membuat penyelidikan sebelum menulis, bahkan kekurangan pelukis atau ilustrator
yang berkemampuan melukis buku kanak-kanak kerana lukisan pads buku dibuat
berdasarkan apa yang orang dewasa rasa cantik, bukan apa yang kanak-kanak minat.
Kita juga perlu tabu tentang jenis buku yang perlu dibaca oleh kanak-kanak,
malahan buku teks tidak boleh membina tabiat membaca sepanjang hayat, kerana
matlamatnya lebih bersifat fungsional, manakala buku bacaan tambahan adalah untuk
membina kemahiran tertentu dan bersifat terkawal. Oleh yang demikian elemen
penulisan yang bebas tidak digalakkan, melainkan program bacaan di sekolah yang
menekankan penggunaan bahan bacaan sastera dalam program sastera merentasi
kurikulum atau sastera dalam pengajaran bahasa.
Dart segi lain, berlakunya kesilapan tanggapan bagi sesetengah ibu bapa ataupun
guru (Othman Puteh, 2000), lantaran itu kriteria pemilihan buku kanak-kanak itu lebih
didasari kriteria dan kehendak orang dewasa. Kesan daripada perkara ini, terhasillah
karya, kritikan dan penilaian cerita kanak-kanak yang kurang atau tidak memberi
pertimbangan yang wajar dari segi mengisi keperluan kanak-kanak itu sendiri.
Keadaan ini boleh kita kesan daripada data penerbitan buku kanak-kanak di Malaysia.
Menurut Azizah Hamdan dan Md Sidin Ahmad Ishak (2004), sepanjang tahun
1999, buku-buku berbentuk nonfiksyen yang terdiri daripada buku pelajaran, buku
teks, buku agama, kamus dan buku ilustrasi merupakan buku yang paling banyak
diterbitkan iaitu 82% daripada jumlah keseluruhan terbitan buku kanak-kanak pada
tahun berkenaan. Selebihnya ialah buku-buku fiksyen serta komik. Pada tahun
tersebut, sebanyak 2,414 judul buku kanak-kanak yang diterbitkan merupakan buku
pelajaran. Data ini menunjukkan bahawa kategori buku berkenaan menguasai 77%
terbitan buku kanak-kanak di Malaysia, sebaliknya karya sastera kanak-kanak kurang
diterbitkan.
Hadijah Rahmat (2006) mendapati bahawa karya sastera dalam bahasa Melayu
agak lewat dihasilkan dan lambat pula berkembang. Biarpun pertumbuhan karya
sastera untuk kanak-kanak sudah meningkat cepat, tetapi perkembangannya lebih pada
aspek kuantiti berbanding dengan pekembangan aspek mutunya. Sastera kanak-kanak
Melayu juga belum bertindak dengan berkesan sebagai alat pendorong pencapaian
atau motivasi ke arah taraf kecemerlangan yang tinggi, sedangkan mutu karya sastera
kanak-kanak akan menentukan bacaan dan tahap pemikiran kanak-kanak itu.
Oleh itu, para penerbit perlu memastikan buku-buku kanak-kanak terutamanya
karya sastera yang diterbitkan bermutu dari aspek bahasa, cerita, kertas, nilai
pengajaran, ilustrasi dan lain-lain agar fungsional dari segi pendidikan. Hal ini penting
kerana bahan kesusasteraan kanak-kanak merupakan teman paling rapat kepada
81
Masalah Pendidikan, 31(1)
kanak-kanak selain memupuk minat membaca sepanjang hayat dalam kalangan kanak-
kanak.
82
Masalah Pendidikan, 31(1)
ibu bapa dalam lawatan guru sekali seminggu. Rakaman bagi setiap sesi telah
dijalankan selama 14 minggu. Dapatan menunjukkan faktor motivasi terbentuk di
mana bagi kanak-kanak yang pertama, kanak-kanak tersebut selalu meminta untuk
dibacakan buku pilihan mereka berbanding dengan menonton televisyen. Semasa
kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan patung beruang mainannya, dia akan
membacakan buku kepada patung beruang. Dapatan bagi kanak-kanak kedua pula
melaporkan ibunya memberitahu yang kanak-kanak tersebut selalu meminta
dibacakan buku sebelum tidur dan ini telah menjadi rutin. Sebenamya kanak-kanak
memilih aktiviti membaca kerana mereka menyukai dan menghayati bahan bacaan
tersebut. lni menyebabkan kanak-kanak meminta dibacakan bahan tersebut berulang-
ulang kali.
Gregory dan Morrison (1998) mendapati kesan yang positif terhadap kanak-
kanak yang dibacakan buku apabila kanak-kanak ini akan lebih suka membaca buku
pilihannya berbanding dengan televisyen dan meminta dibacakan buku sebelum waktu
tidur dan akhirnya menjadi rutin. Kajian yang dijalankan mereka mendapati
kebanyakan kanak-kanak menyatakan bahawa mereka ada masa membaca bersama
ibu baps di rumah, namun tidak menyatakan kekerapan aktiviti tersebut untuk
dianggap sebagai rutin. Kajian ini juga mendapati ibu adalah individu yang paling
banyak membacakan buku kepada kanak-kanak, diikuti oleh kakak seterusnya ayah,
dan akbir sekali abang. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan
budaya membaca bersama keluarga diterapkan di rumah masing-masing. Hal ini
disebabkan pendedahan awal terhadap pembacaan di rumah lebih menyediakan kanak-
kanak dengan pembacaan yang akan dihadapi apabila mereka mula bersekolah kelak.
Selain itu, dapatan kajian mereka juga mendapati melalui pembacaan juga kanak-
kanak boleh mempertingkatkan bahasa pertuturan mereka. Hal ini disokong oleh
Fisher (2001) yang melaporkan kanak-kanak berusia dua ke tiga tahun yang dibacakan
buku mempunyai perkembangan bahasa 8 bulan lebih tinggi dari perkembangan
bahasa kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Dalam hal ini, ibu bapa amat
penting dalam menyemaikan konsep membaca kepada kanak-kanak.
Dari aspek lain, kajian yang dijalankan oleh Pullen dan Justice (2003) pula
menekankan peranan prasekolah. Bagi mereka, salah satu faktor penunjuk bagi
pencapaian pembacaan murid di sekolah ialah bilangan jam mereka dibacakan buku
semasa di prasekolah. Ini disokong oleh Neuman (1998) yang menyatakan dalam
`
setting' bagi kanak-kanak berisiko, guru dan ibu bapa membaca lantang kepada
kanak-kanak untuk memberikan pengalaman pembacaan kepada kanak-kanak yang
kekurangan pengalaman tersebut.
Walau bagaimanapun, kajian Sperling dan Head (2002) mendapati tiada
perhubungan di antara tahap pembacaan dengan jumlah bacaan di prasekolah. Hal ini
berlaku mungkin disebabkan masa untuk kanak-kanak meluangkan masa di sudut
bacaan kurang dan buku-buku tidak digunakan dengan berkesan dalam pembelajaran
dan pengajaran yang boleh menyebabkan kanak-kanak biasa dengan buku tertentu
seterusnya berminat terhadap buku tersebut bagi mendorong mereka untuk
memotivasikan diri membaca buku tersebut.
Oleh itu, Sperling dan Head (2002) mencadangkan supaya guru-gum
membacakan buku setiap hari, iaitu lima kali seminggu kepada kanak-kanak. Namun
mereka mendapati bahawa tidak ada seorang guru pun yang berbuat demikian. Adalah
dipercayai kekurangan aktiviti pembacaan buku oleh guru ini memberi kesan kepada
tahap bacaan walaupun terdapat banyak buku di bilik darjah.
83
Masalah Pendidikan, 31(1)
84
Masalah Pendidikan, 31(1)
dalam pengajaran dan pembelajaran membaca. Selain daripada itu, penyelidik juga
menyelitkan beberapa persoalan mengenai persepsi guru terhadap penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran membaca kanak-kanak prasekolah.
Bagi tujuan menilai keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer dalam
pembelajaran membaca, sebuah perisian membaca telah dibangunkan dan dinilai
secara kuantitatif dan kualitatif. Dalam penilaian kuantitatif pencapaian kanak-kanak
dari sebuah sekolah akan terlibat dalam kuasi-eksperimen. Penilaian terhadap perisian
secara kualitatif pula dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian menerusi
perisian ScreenCam dan senarai semak. Interaksi kanak-kanak diperhatikan semasa
mereka belajar membaca menggunakan komputer.
Sehingga kini, masih belum ada lagi kajian dan pembangunan perisian dilakukan
bagi mengkaji keberkesanan penggunaan perisian multimedia terhadap pembelajaran
membaca-faham pads peringkat prasekolah. Jika kesan penggunaan strategi gambaran
visual yang diterapkan ke dalam perisian membaca bagi tujuan untuk mewujudkan
kemahiran membaca dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, im
dapat meningkatkan bilangan peratus kanak-kanak yang berupaya membaca dan
faham semasa peringkat prasekolah, maka kajian ini akan dijadikan sebagai satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diguna pakai secara berterusan.
Saranan
Sudah dibuktikan melalui kajian-kajian sarjana dalam dan luar negara bahawa kanak-
kanak yang didedahkan dengan pembacaan di rumah akan lebih bersedia menerima
instruksi pengajaran di sekolah kelak dan mereka mempunyai minat terhadap
pembacaan. Oleh itu adalah amat perlu bagi ibu bapa membacakan buku kepada anak-
anak sebagai rutin harian (seperti sebelum waktu tidur) semenjak anak-anak lahir lagi.
Ibu bapa digalakkan mengadakan satu masa membaca bersama keluarga di mana
setiap ahli keluarga akan melakukan pembacaan masing-masing. Jika semua keluarga
mempunyai masa menonton televisyen bersama, tentukan juga ads mass untuk semua
ahli keluarga membaca bersama kerana aktiviti membaca adalah amat penting dalam
kehidupan kita.
Guru prasekolah memainkan peranan penting terhadap perkembangan kanak-
kanak. Mereka adalah antara orang yang paling awal berinteraksi dengan kanak-kanak
selepas ibu bapa. Oleh itu mereka adalah "role model" yang berupaya mempengaruhi
dan membimbing kanak-kanak. Selain membacakan buku, guru perlu kreatif
mengadakan aktiviti-aktiviti lanjutan yang berkaitan dengan buku-buku yang dibaca
tersebut bagi memanjangkan lagi perhatian dan minat kanak-kanak terhadap isi
kandungan buku tersebut. Dengan adanya minat, kanak-kanak akan bermotivasi untuk
membaca sendiri buku-buku tersebut berulang-ulang kali.
Oleh itu, sebaik-baiknya guru meletakkan buku yang telah dibacakannya di sudut
bacaan untuk diakses dengan mudah oleh kanak-kanak setelah mendengar pembacaan
tersebut. Guru juga perlu mengadakan beberapa salinan buku tersebut di sudut bacaan
agar tidak mendatangkan kekecohan apabila beberapa orang kanak-kanak ingin
melihat buku yang sama selepas sesi bacaan oleh guru.
Membenarkan kanak-kanak mengunjungi sudut bacaan walaupun tanpa
pengawalan guru akan menjadikan mereka lebih bebas membuat pilihan terhadap
bahan bacaan mereka, berbincang sesama teman dan meneliti buku yang disukai
dengan care mereka sendiri. Suasana positif ini akan memberi makna kepada kanak-
kanak dan juga memberi kesan yang berpanjangan terhadap minat membaca. Selain
85
Masalah Pendidikan, 31(1)
itu, bahan bacaan yang disediakan oleh guru perlulah menepati cita rasa dan minat
kanak-kanak. Guru perlu bijak memilih buku yang dapat menarik minat, bersesuaian
dengan kanak-kanak pads usia tersebut. Jikalau buku yang digunakan tidak
mengambil kira pengetahuan sedia ada kanak-kanak, ini akan menghilangkan minat
mereka untuk membaca buku tersebut. Guru juga harus mengambil kira penggunaan
gambar yang menarik, `font' yang jelas dan besar serta bilangan jumlah perkataan
kerana is juga memainkan peranan penting dalam menarik minat kanak-kanak.
Guru perlu bijak menggunakan media teknologi yang terdapat di dalam bilik
darjah agar dapat menaikkan tahap pembacaan kanak-kanak. Media teknologi seperti
komputer, buku interaktif dan televisyen boleh digunakan bagi memantapkan lagi
pengajaran yang berkaitan dengan pembacaan kanak-kanak. Media ini boleh
mendedahkan kanak-kanak kepada abjad, ejaan, membacakan perkataan bergambar
dan membacakan buku kepada kanak-kanak. Kanak-kanak juga boleh melukis gambar
dan mengarang cerita menggunakan komputer. Guru boleh menggunakan perakam
suara untuk merakamkan cerita yang digemari dan kanak-kanak boleh mendengar
cerita tersebut tanpa guru. Selain itu, kanak-kanak boleh merakam suara mereka
menyanyi, membaca buku dan memperdengarkannya semula. Kanak-kanak tentu
gemar dan seronok mendengar suara mereka sendiri dan ini dapat menggalakkan
perkembangan bahasa mereka.
Sungguhpun demikian, masyarakat khususnya golongan ibu bapa dan guru
seharusnya sedar bahawa komunikasi multimedia telah berkembang pesat dalam masa
yang singkat akibat dua perkara yang bare berlaku. Pertama, teknologi multimedia
tidak begitu mahal dan mudah digunakan serta bertindak sebagai teknologi bantuan
untuk mereka yang tercabar secara artistik. Dalam cara yang sama pemerosesan
maklumat membuka dunia seorang penulis, teknologi multimedia telah membuka
dunia hatta dunia kanak-kanak menerusi kesusasteraan.
Sesuai dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, maka sastera
pelbagai budaya (multicultural) harus digunakan dalam memupuk persefahaman
antara kaum. Dalam hal ini, Hart (2004/05) mencadangkan agar persefahaman budaya
sedunia dibentuk melalui sastera pelbagai budaya menerusi teknologi maklumat. Cara
ini akan menimbulkan minat dalam kalangan kanak-kanak bagi mengenali budaya
bangsa yang pelbagai di dunia ini.
Sungguhpun begitu, sekadar mengakses buku pelbagai budaya, sumber, atau
teknologi yang canggih tidak mencukupi. Guru seharusnya mengikuti proses
pendekatan untuk belajar, termasuklah memberikan maksud konteks pembelajaran
untuk menimbulkan budaya kanak-kanak daripada mereka. Sehubungan itu, Harlin,
Murray, dan Shea (2007) berpendapat, pendidik seharusnya terus-menerus mencari
kaedah terbaik untuk bersedia bagi kelas pelbagai etnik terutama melalui kesedaran
merentasi kurikulum budaya. Pengkaji mendapati membaca dan berkongsi pelbagai
budaya novel dalam sastera menunjukkan persediaan yang wajar bagi mendapatkan
input pelbagai budaya bangsa di sesuatu tempat itu. Guru digalakkan untuk terus
membaca bahan-bahan berkaitan untuk dikongsi dengan pelajar. Kepelbagaian novel
akan membina sifat tindak balas budaya dalam kalangan kanak-kanak.
Kita tidak sewajarnya bergantung terus kepada peluang pengkomputeran,
keupayaan atau kualiti perisian atau melayari Internet semata-mata. Kita juga tidak
seharusnya menunggu masa depan sendiri. Sebaliknya, kita bersiap sedia untuk
memulakan tansformasi kurikulum pelbagai budaya, mencari jalan untuk mengakses
bahan dan sumber melalui masyarakat, komuniti dan perpustakaan.
86
Masalah Pendidikan, 31(1)
Dari segi penerbitan karya sastera kanak- kanak, para pengarang, pelukis
ilustrasi dan penerbit harus meninjau pendapat, permintaan dan pemikiran kanak-
kanak sebelum menerbitkan bahan sastera. Penghasilan karya sastera kanak-kanak
tidak hares berpusatkan pemikiran orang dewasa semata-mata kerana kanak-kanak
adalah pelanggan utama, maka segala permintaan dan kehendak mereka perlu diambil
kira bagi memenuhi kepuasan mereka menimba ilmu selain berhibur. Seiring dengan
era teknologi maklumat, permintaan dan kehendak kanak-kanak kini adalah berbeza,
beragam dan canggih berbanding zaman dahulu. Maka ketiga-tiga pihak tersebut perlu
memikirkan karya sastera kanak-kanak yang akan dihasilkan harus bersifat gabungan
dua atau tiga dimensi yang mempunyai kesan visual, audio dan video.
Dalam hal ini, bahan sastera kanak-kanak luar negara, khususnya barat, hares
dijadikan contoh kepada pengarang, pelukis ilustrasi dan penerbit tempatan untuk
mendapat ilham, idea atau gambaran tentang apakah bentuk, isi, dan pengajaran yang
ingin diketengahkan oleh sesebuah karya sastera kanak-kanak itu. Sehubungan itu,
kriteria yang dikemukakan oleh Sulaiman Masri (1984) boleh dijadikan panduan
untuk menghasilkan sastera kanak-kanak yang bermutu di Malaysia.
Kesimpulan
87
Masalah Pendidikan, 31(1)
Rujukan
88
Masalah Pendidikan, 31(1)
Mahzan Arshad. (2006). Kajian tentang Bahan Sastera Kanak -kanak di Malaysia.
Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak 28 November. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Mcquillan, J., & Au, J. (2001). The effect of print access on reading frequency.
Reading Psychology, 22, 225-248.
Misran Rokimin. (2001). Sastera kanak-kanak dan remaja sebagai agen pembangunan.
Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. 26-27 April. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Sharif Mohd. Saad, & Hajah Alimah Salam. (2001). Pengisian dan pengukuhan
sastera kanak-kanak dan remaja pada alaf baru: Peranan dan cabaran
perpustakaan. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. 26-27
April. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Morrow, L. M. (2005). Literacy development in the early years: Helping children
read and write (5th ed.). Boston: Pearson.
Neuman, S. B. (1998). Children achieving: Best practices in early literacy. Newark,
DE: International Reading Association.
Neuman, S. B., Caperalli, B. J., & Kee, C. (1998). Literacy learning a family matter.
The Reading Teacher, 52(3), 244-252.
Nijhar, M. S. (1984). Apakah sastera kanak-kanak — khasnya buku bergambar. Dlm.
Othman Puteh & Abdul Ahmad (pngr.), Sekitar sastera kanak kanak dan
remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh. (2000). Sastera Kanak-kanak dan Remaja dalam Konteks Pendidikan
Era Globalisasi. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja, 7-8
November. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pullen, P. C., & Justice, M. L. (2003). Enhancing phonological awareness, print
awareness, and oral language skills in preschool children. Invention in School
and Clinic, 34(2), 87-98.
Rio Sumarni Shariffudin, Abdul Hafidz Haji Omar, & Dayang Hajjah Tiawa Awang
Haji Hamid. (2007). Reka Bentuk dan Keberkesanan Perisian Multimedia
Membaca-faham Berasaskan Gambaran Visual bagi Kanak-kanak Prasekolah.
Dimuat turun pads 16 Disember, 2007, daripada http://eprints.utm.my/2344/1
Shahrun Nizal Mohd Nor. (2007, April 18). Berkongsi Ilmu dengan Dr. Margaret
Read MacDonald. Berita Harian, h1m. 6.
Sperling, R. A., & Head, D. M. (2002). Reading attitudes and literacy skills in
prekindergarten children. Early Childhood Education, 29(4), 233-236.
Sulaiman Masri. (1984). Penulisan bahan bacaan kanak-kanak. Dlm. Othman Puteh &
Abdul Ahmad (pngr.), Sekitar sastera kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
89
View publication stats