Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS

KERJA
PEMBINAAN TAMBAHAN TEMPAT LETAK
TEDUH PELAJAR DAN SUSUR GAJAH
SERTA TEMPAT DUDUK SURAU
SMK TAN SRI OSMAN MOHD SAAT
JALAN BATU 34, JALAN PONTIAN JOHOR

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Pembinaan Tambahan Surau Smk Tan Sri Osman
Mohd Saat
MUKADIMAH

SMK Tan Sri Osman Mohd Saat merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di
pontian Johor. Sekolah ini dibuka pada tahun 2011. Anggaran jumlah pelajar sekitar 800
orang pelajar dan majoritinya beragama Islam pada ketika ini. Kawasan ini juga adalah
kawasan membangun yang mempunyai ramai keluarga baru.

Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk kegunaan
menjalankan aktiviti Agama. Buat masa surau ini telah dibina hasil bantuan orang ramai
daripada keluarga ibu bapa yang berada di sekolah ini.

Melihat kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua
pelajar, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan tambahan
pembinaan di kawasan surau baru khas di dalam kawasan sekolah ini. Ianya bukan sahaja
pembangunan dari segi fizikal semata-mata bahkan pembangunan yang lebih utama ialah
membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi
tunjang dan pedoman hidup pelajar Islam di sekolah ini. Kewujudannya juga akan
menarik dan menggalakkan pelajar Islam ke arah mendekatkan diri dengan asas agama di
samping memupuk /membina akhlak yang baik.

Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan komitmen
jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Pembinaan Tambahan Surau SMK Tan
Sri Osman Mohd Saat untuk merealisasikan hasrat tersebut. Kertas kerja ini akan
memberi maklumat lengkap pembinaan tambahan surau yang dimaksudkan.

Sehubungan dengan itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak Jawatankuasa
Pembinaan Tambahan Surau SMK Tan Sri Osman Mohd Saat berharap kepada
sumbangan pihak-pihak yang ingin memberikan sumbangan berupa kewangan dan
sebagainya demi
tercapainya cita-cita seluruh Warga sekolah SMK Tan Sri Osman Mohd Saat ini.
OBJEKTIF

Cadangan pelaksanaan projek membina dan menambah “awning” dan bangku pelajar ini
adalah berdasarkan pertimbangan berikut:

1.1. Tempat letak kasut berbumbung bagi kawasan pelajar perempuan.


1.2. Tiada tempat bumbung / “awning” untuk pergerakan ke surau
1.3. Memastikan laluan murid dari blok A ke surau menggunakan susur gajah
Supaya kawasan ini tidak kena hujan.
1.4. Meluaskan lagi kawasan / tempat untuk berteduh.
1.5. Menyediakan tempat duduk bagi pelajar mentelaah pelajaran sambil
menunggu waktu solat.
1.6 Gambar seperti yang dilampirkan dalam lampiran A.

ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan anggaran kos yang berjumlah RM 18


590.00. Perincian seperti berikut:
Bil Prihal kerja kuantiti Kadar Harga Harga
1. Kerja-kerja membuka dan Pukal RM5230.00
memasang lantai dan mozek
dari blok A ke Surau
2. Kerja –kerja membekal dan
memasang baru awning 600kp RM14.00 RM8400.00
berkeluasan (5’x 120) dengan
struktur gulung-gulung
(2’x1’x1.2mm) dan struktur
kuda-kuda (2 ½ x 1’
1/2x1.5mm) besi ms hollow
termasuk tiang besi 8 kaki dan
dicat.
3. Kerja –kerja membekal dan
memasang baru awning 112kp RM40 RM 4480
berkeluasan (14’x8) dengan
struktur gulung-gulung
(2’x1’x1.2mm) dan struktur
kuda-kuda (2 ½ x 1’
1/2x1.5mm) besi ms hollow
termasuk tiang roman 4 tiang
8kaki termasuk pendawaian
elektrik.
JUMLAH RM18110
KOS PEMBINAAN

Kos keseluruhan PEMBINAAN TAMBAHAN SURAU SMK TAN SRI OSMAN


MOHD SAAT ialah:
RM18 110
( Ringgit Malaysia: Lapan Belas Ribu Seratus dan sepuluh ringgit sahaja )

SUMBANGAN
Sebarang sumbangan kewangan dan / ceq hendaklah ditulis atas nama:

DANA PEMBINAAN SURAU SMK TAN SRI OSMAN MOHD SAAT

NO AKAUN

PENUTUP
Pembinaan Tambahan Surau Smk Tan Sri Osman Mohd Saat ini sememangnya ditunggu-
tunggu dan diharapkan oleh semua warga sekolah ini. Kewujudan surau ini
melambangkan pemuafakatan yang terjalin antara sesama penduduk, agensi-agensi
kerajaan dan swasta yang terlibat dan juga para penyumbang yang mengharapkan
keredhaan Allah SWT semata-mata. Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-
alukan demi mencapai impian warga sekolah dan para pelajar. Pihak jawatankuasa yang
dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar Pembinaan Tambahan Surau
SMK Tan Sri Osman Mohd Saat ini dapat disegerakan demi kesejahteraan warga
sekolah.

Pihak jawatankuasa pembinaan SurauSMK Tan Sri Osman Mohd Saat mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat
kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
Sekian.

Disediakan oleh:

( Suhaimi Bin Jairi )


Setiausaha
Jawatankuasa Pembinaan Tambahan Surau Smk Tan Sri Osman Mohd Saat
Lampiran a

CONTOH TEMPAT LALUAN PELAJAR KE SURAU

CONTOH BANGKU DUDUK SEPANJANG AWNING

CONTOH TEMPAT BERTEDUH PELAJAR DI LUAR SURAU

You might also like