Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ JAAFAR


Jalan Yahya Aldatar Tel(Pej) : 072072476 / 0105521071
80300 JOHOR BAHRU Fax : 072072476
JOHOR e-mail : pibgsdjjeb1002@gmail.com

Ruj Kami : 1002/100-9/2/3 Jld 2( )


Tarikh : 3 September 2019

Kepada:
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________

PERMOHONAN SUMBANGAN /PENAJAAN


PASUKAN LOMPAT TALI SMK DATO JAAFAR, JOHOR BAHRU
BAGI MENYERTAI ROPE SKIPPING CHINA OPEN 2019

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan didoakan semoga Yang Berbahagia
Datuk/ tuan/puan sihat sejahtera serta dilimpahi rahmat oleh Tuhan.

2. Sukacita dimaklumkan pasukan Lompat Tali SMK Dato Jaafar, Johor Bahru akan
mewakili Malaysia bagi menyertai Rope Skipping China Open bertempat di Tindi
Square, Great Lake Garden, Gu’an, Hebei Province. Berikut merupakan senarai pelajar
yang akan menyertai Rope Skiping China Open:

i. Muhammad Aniq Irfan Bin Mohd Idris Tingkatan 1 Sinus


ii. Muhammad Thaqif Iman Bin Norazman Tingkatan 1 Sinus
iii. Nik Ahmad Nabil Bin Nik Shahjaril Tingkatan 1 Tangen
iv. Muhd Hakimi Arif Bin Kamarul Anim Tingkatan 1 Tangen

3. Program ini bermatlamat untuk menjayakan objektif Dasar 1 Murid 1 Sukan di


samping memupuk identiti nasional di kalangan murid seperti yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia serta mempromosikan nama Malaysia di persada
antarabangsa.

4. Untuk makluman tuan, program ini dapat disertai dengan jayanya apabila wujudnya
penglibatan dan kerjasama di kalangan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta seperti mana
yang dihasratkan dalam Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Sesungguhnya sumbangan dan penglibatan murni Yang Berbahagia Datuk/ tuan/puan
sangatlah bertepatan dengan hasrat murni tersebut.

5. Sehubungan dengan itu, saya dengan penuh rendah diri dan hormatnya memohon
jasa baik Yang Berbahagia Datuk/tuan/puan agar dapat menghulurkan sumbangan/tajaan
berupa dana bagi memastikan hasrat dan impian peserta lompat tali untuk menyertai
kejohanan yang berprestij ini terlaksana.

Sumbangan Yang Berbahagia Datuk/ tuan/puan bolehlah dibuat secara tunai atau dengan
cek atas nama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Dato’ Jaafar. Berikut merupakan
maklumat akaun PIBG:

Nama Akaun :PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEK DATO JAAFAR
Nombor Akaun :001271109245
Bank :MAYBANK ( TAMAN PELANGI, JOHOR BAHRU )
6. Pegawai kami Cikgu Abdul Karim Masiran ( GPK Kokurikulum ), 019-7982784
sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan atau menjawab pertanyaan sekiranya
diperlukan oleh pihak tuan.

7. Sesungguhnya kesudian dan kemurahan budi Yang Berbahagia Datuk/ tuan/puan


untuk menghulurkan sumbangan ini amatlah bermakna buat warga sekolah dan sudah
pastinya ianya memberi kenangan manis kepada kami semua.
Segala sokongan , kerjasama, bantuan dan doa tulus daripada Yang Berbahagia Datuk/
tuan/puan sangatlah kami hargai dan diucapkan dengan penuh kesyukuran.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( NUR BINTI AWAB )


Pemangku Yang Dipertua PIBG,
SMK Dato’ Jaafar,
Johor Bahru

You might also like