Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM

TERHADAP KEPERLUAN PELAJAR DIPLOMA


KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM
Hasnida Ibrahim
Politeknik METrO Johor Bahru, hasnidaibrahim83@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai Kurikulum Pengurusan dalam Islam (PDI). Fokus kajian adalah
meneroka kesesuaian kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB).
Peserta kajian adalah pensyarah dan pelajar program DIB, di sebuah politeknik di Johor. Pengkaji menemu bual 3
orang pensyarah kursus PDI dan 10 orang pelajar DIB. Berikutnya pengkaji menganalisis dokumen silibus PDI. Teknik
triangulasi digunakan dalam mengumpulkan data dari temu bual dan analisis dokumen berasaskan kategori kodifikasi
yang diambil dari tinjauan literatur dan soalan kajian. Soalan kajian dibina berdasarkan model Tyler iaitu
perkembangan kurikulum melibatkan objektif, kandungan, kaedah penyusunan kandungan dan penilaian. Dapatan
kajian menunjukkan kurikulum PDI bersesuaian dengan keperluan pelajar DIB. Namun demikian bagi menjamin
keberkesanannya ialah bergantung kepada pelaksanaan yang dijalankan oleh pensyarah dalam menterjemahkan
pengalaman-pengalaman pembelajaran ini kepada pelajar.
Kata Kunci: Kurikulum Pengurusan dalam Islam, Pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam, Politeknik

ABSTRACT
This study is done to evaluate the the Management in Islam curriculum (PDI). The focus of this study is to determine
the appropriateness of this Management in Islam curriculum to the students of the Diploma in Finance and Islamic
Banking (DIB). The participants of this study includes the lecturers and DIB students at one of Polythecnic, Johor. The
researcher had interviewed 3 lecturers and 10 DIB students. Also, the researcher had analyzed the syllabus document
for the Management in Islam curriculum. The triangulation technique was used in collecting the data obtained from
the interview and document analysis based on codification category taken from the literature survey and research
questions. The research questions were constructed based on Tyler model which includes the curriculum development
consist of objective, content, content compilation strategy and evaluation. The research result shows that the
Management in Islam curriculum is appropriate to the need of the DIB students. However, the efficiency of the
implementation of this Management in Islam curriculum depends on the expression of the lecturers in giving the
learning experiences to the students.

Keywords: Management in Islam Curriculum, Students of Diploma Finance and Islamic Banking, Polythecnic

PENGENALAN

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), 2016-2020 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah
merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Dalam RMK 11, pembangunan modal insan merupakan elemen yang kritikal
dalam mentransformasikan negara. RMK 11 meneruskan agenda meningkatkan pembangunan modal insan melalui
transformasi Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi permintaan industri. Melalui RMK
11, di antara strategi program transformasi TVET adalah memperkukuh tadbir urus TVET, memperkasa kualiti dan
penyampaian program TVET dan meningkatkan penjenamaan TVET. TVET dikenal pasti sebagai pemacu perubahan
dalam menghasilkan modal insan berkemahiran. Secara keseluruhannya, bidang fokus ini akan menghasilkan modal
insan bertaraf dunia yang diperlukan Malaysia dalam fasa terakhir untuk menjadi negara maju.
Sebagai peneraju TVET, politeknik bertanggungjawab untuk melahirkan teknologis yang berkualiti selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi), (PPPM (PT) yang dilihat sebagai usaha ke
arah hala tuju baharu yang menentukan masa depan negara terutamanya dalam sektor TVET. Matlamat ini juga adalah
sejajar dengan keperluan industri yang memerlukan graduat yang kompeten dari segala aspek. Justeru, adalah penting
793
bagi politeknik untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, mengukuhkan kerelevanan dan responsif program pengajian
politeknik agar selari dengan kehendak ekonomi negara dalam merealisasikan PPPM (PT).
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (PPPM) (PT) menggariskan 10 Lonjakan bagi mencapai
aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Lonjakan ini mendorong kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan
tinggi. Lonjakan ini juga menjelaskan kaedah untuk menangani isu berkaitan prestasi utama sistem, terutamanya kualiti
dan kecekapan serta pengaruh persekitaran global yang semakin mencorakkan landskap pendidikan tinggi. Lonjakan
yang ke 4 adalah melahirkan graduan TVET yang berkualiti melalui kolej komuniti, kolej vokasional dan politeknik
(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025).
Hala Tuju Transformasi Politeknik bertujuan menyediakan politeknik yang bersedia menghadapi pelbagai senario dan
cabaran masa hadapan di samping menghasilkan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan menepati
kehendak pasaran. Secara asasnya, transformasi itu menunjukkan wujudnya usaha bersungguh-sungguh untuk
mengekalkan kredibiliti politeknik sebagai gedung melahirkan tenaga pakar dalam bidang-bidang khusus. Namun perlu
diakui, pusaran globalisasi yang begitu pantas ketika ini menuntut satu pembaharuan politeknik yang lebih besar
daripada pelbagai sudut. Apatah lagi politeknik juga perlu bersaing dengan sekian banyak institusi pengajian tinggi
awam dan swasta (IPTA/S) yang jika diukur daripada prestijnya adalah lebih tinggi.
Hasrat merealisasikan politeknik yang berjaya melahirkan tenaga separa mahir profesional bergantung kepada
beberapa faktor seperti kualiti perkhidmatan, fasiliti dan kurikulum yang disediakan di setiap institusi politeknik.
Pencapaian pelajar dari segi akademik mahupun bukan akademik merupakan salah satu elemen yang penting dalam
menjadi indikator terhadap keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Justeru, dalam usaha untuk menjadikan politeknik
sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal yang bertaraf tinggi dan graduan yang mempunyai nilai kebolehpasaran
yang tinggi selaras dengan PPPM (PT), sesebuah institusi pendidikan itu seharusnya menawarkan kurikulum yang
terbaik dan mencapai tahap kepuasan yang memuaskan.
Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) tidak terkecuali merealisasikan PPPM (PT). Selaras dengan itu, kajian ini
dijalankan bertujuan sejauh mana kesesuaian kurikulum Pengurusan dalam Islam (PDI) dengan keperluan pelajar
program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB). Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) adalah kesinambungan dari kurikulum Pendidikan Islam di Institusi
Pengajian Tinggi (Alias, Nik Mohd Rahimi & Ruhizan, 2011). Sehubungan itu, menjadi matlamat dan kehendak
kurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif
dan berilmu pengetahuan.

Bagi memastikan PPPM (PT) dapat dicapai, penilaian terhadap sesuatu kurikulum amat penting dilaksanakan oleh
sesuatu organisasi yang menyediakan dan melaksanakan sesuatu program pendidikan khususnya. Penilaian ini lebih
menekankan kepada pencapaian sesebuah kurikulum itu terhadap kriteria atau objektif yang telah ditetapkan oleh
penilai atau oleh pembuat keputusan. Penilaian lazimnya melibatkan proses untuk menilai sesuatu kurikulum atau
aktiviti yang dijalankan. Stufflebeam (1971) dalam Azmil (2010) menyatakan bahawa penilaian sebagai penyediaan
maklumat untuk membuat keputusan dan juga melihat tujuan sesuatu penilaian itu dibuat adalah untuk:
i. Membina dan melengkapkan semua maklumat untuk menghasilkan pelbagai keputusan.

ii. Membantu audiens membuat keputusan dan membina program pendidikan atau sesuatu benda yang berguna.

iii. Membina dan memperlengkapkan beberapa polisi dan program.

Dalam konteks penilaian kesesuaian sesuatu kurikulum pembelajaran, pihak perancang hendaklah menetapkan
matlamat kurikulum yang dirancang untuk keperluan pelanggannya. Dalam hal ini pihak perancang sebelum membuat
kurikulum harus memikirkan terlebih dahulu bentuk-bentuk pengisian atau input yang perlu disediakan bagi
memastikan kurikulum dalam sesuatu program yang dilaksanakan memenuhi permintaan di pasaran kerja hari ini.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kursus Mata Pelajaran Wajib (MPW) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah bermula sejak penubuhan IPT itu sendiri
di mana kursus tersebut lebih berbentuk pilihan bebas kepada pelajar dengan pelaksanaannya dikendalikan oleh fakulti
di Universiti Awam (UA) dan tiada organisasi secara berpusat untuk menyeragaman kursus di UA. Walau

794
bagaimanapun, setelah diperkenalkan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) pada awal tahun 1998, maka
kursus ini telah diwajibkan kepada semua pelajar UA diikuti kursus Hubungan Etnik sehinggalah sekarang (Pekeliling
Pengurusan Pengajian Tinggi Swasta (PPTS), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2
Tahun 2013).

Sehubungan itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 April 2012 telah memutuskan bahawa penawaran dan pelaksanaan
Kursus Pengajian Umum diselaraskan kepada semua IPT dalam negara termasuk UA, IPTS dan Politeknik. Oleh itu,
Kementerian ini telah menggantikan penawaran kursus Mata Pelajaran Wajib sedia ada kepada kursus Mata Pelajaran
Umum (MPU). Penawaran MPU juga dilaksanakan bagi menyeragamkan pengajaran kursus MPW dengan mengambil
kira keperluan pembelajaran pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa (Pekeliling Pengurusan Pengajian Tinggi
Swasta (PPTS), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2013).

Mata Pelajaran Umum (MPU) diperkenalkan bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan, perluasan inovasi dan
kajian serta usaha peningkatan nilai patriotisme dalam kalangan lulusan. MPU yang diperkenalkan adalah bagi
memenuhi aspirasi negara iaitu ke arah pembinaan negara bangsa, penguasaan dan peluasan kemahiran insaniah,
pengukuhan dan perluasan pengetahuan di Malaysia dan pengaplikasian kemahiran insaniah. MPU yang diperkenalkan
dikategorikan kepada 4 kumpulan iaitu:

i. U1 iaitu penghayatan falsafah, nilai dan sejarah

ii. U2 iaitu penguasaan kemahiran insaniah

iii. U3 iaitu perluasan ilmu pengetahuan

iv. U4 iaitu kemahiran pengurusan masyarakat

Jadual 1. Kursus Mata Pelajaran Umum yang ditawarkan di Politeknik mengikut program pengajian
PROGRAM/KURSUS U1 U2 U3 U4
(3 kredit) (2-3 kredit) (2-3 kredit) (2 kredit)
1. Program Ijazah

TITAS
*Hubungan Etnik
2. Program Diploma Lanjutan

TITAS
3. Program Diploma

*Pengajian Malaysia Sains Teknologi dan Komunikasi dan


Kejuruteraan dalam Penyiaran Islam
Islam
Pengurusan dalam Nilai Masyarakat
Islam Malaysia
Pelancongan dan
Hospitaliti dalam
Islam
Seni dalam Islam
*Nota: U1 akan menjadi Dasar KPT untuk U2-U4- kursus ditetapkan oleh PPT
dilaksakan di semua Pemberi Pendidikan Tinggi
(PPT)
Sumber: Yusni & Zainab (2013)

MPU kategori U1 menekankan kepada penghayatan falsafah, nilai dan sejarah dijadikan dasar KPT yang diwajibkan
kepada semua pelajar IPT mengikutinya. Kursus kategori U2, U3 dan U4 adalah bebas mengikut institusi tetapi perlu
meruju kepada KPT terlebih dahulu bagi memastikan pengkategorian adalah bersesuaian dan memenuhi piawaian
kualiti MQA. MPU adalah berteraskan cabang falsafah ilmu yang melibatkan bidang keilmuan kajian kemanusiaan,
Sains Tulen dan Sains Sosial. Ia akan membolehkan pelajar daripada disiplin dalam bidang kemanusiaan, sains tulen
dan sains sosial untuk menguasai isi MPU (Yusni & Zainab, 2013).

795
Penawaran MPU di peringkat Ijazah bermula September 2013 sementara penawarannya di peringkat Diploma dan
Diploma Lanjutan bermula pada Jun 2014. MPU juga dilihat bakal menimbulkan reaksi positif pelajar berikutan
penawaran kursus-kursus lain yang memperkukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap nilai kenegaraan dan
menyemarakkan lagi semangat patriotisme.

Kursus baharu MPU kategori U2 berorientasikan Outcome Based Education (OBE) melibatkan pelajar ambilan Jun
2012 telah ditawarkan kepada pelajar semester 2 di semua politeknik. Objektif utama kursus baharu ini adalah
memberikan kefahaman Islam yang sebenar terhadap setiap bidang pengkhususan yang diambil pelajar. Kursus-kursus
baharu tersebut adalah seperti jadual 1 di bawah.

Jadual 2. Kursus-kursus Baharu MPU Kategori U2


Bil Kod Nama Kursus Sasaran
Kursus
1 AA209 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
dalam Islam Jabatan Kejuruteraan Elektrikal
Jabatan Kejuruteraan Awam
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri
2 AA210 Pengurusan dalam Islam Jabatan Perdagangan

3 AA211 Pelancongan dan Hospitaliti dalam Jabatan Pelancongan & Hospitaliti


Islam

4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual


Sumber: Yusni & Zainab (2013)

Kursus PDI merupakan salah satu kursus baharu MPU yang ditawarkan pada Sesi Disember 2012. Pada peringkat awal
kurikulum ini merangkumi 4 Bab. Namun demikian kandungan kurikulum ditambah baik pada Sesi Disember 2014
dan ditukarkan kod kursus kepada DUA 2022. Kandungan yang ditambah ialah Bab 1 iaitu Konsep Asas Islam yang
mana kandungannya adalah tentang Akidah, Syariah dan Akhlak. Dalam bab ini juga pelajar dinilai Amali Solat yang
merangkumi bacaan dan pelaksanaan Ibadah Solat. Jumlah jam kredit bagi kursus ini ialah sebanyak 2 jam kredit.
Pelajar akan mempelajari kursus ini selama 15 minggu iaitu 3 jam seminggu. Kursus ini merangkumi teori dan amali.
Dilihat dari usianya didapati kurikulum yang digunakan ini masih belum pernah lagi dinilai keberkesanan dan
kesesuaiannya untuk kegunaan pembelajaran di politeknik (Sukatan Kursus DUA2022 PDI, 2014).
Matlamat utama kursus ini ditawarkan adalah bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas bagi
membolehkan mereka mengendalikan kehidupan dengan lebih produktif dalam era yang berteknologi di samping
membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hasil pembelajaran kursus atau Course
Learning Outcome (CLO) bagi PDI adalah menjelaskan konsep pengurusan dalam Islam, menunjuk cara ibadah solat
dan bacaannya dengan betul dan membincangkan prinsip syariah dan etika dalam pengurusan menurut perspektif
Islam. (Sukatan Kursus DUA2022 PDI, 2014)
Jadual 3. Kandungan Kursus PDI (Sukatan Kursus DUA2022 PDI, 2014)
Bab Topik CLO
1 Konsep Asas Islam 2
2 Konsep Pengurusan Islam 1
3 Objektif dan Prinsip Pengurusan Islam 3
4 Proses Pengendalian Pengurusan Islam 3
5 Etika Kerja Islam 3

Kursus PDI merupakan kursus teras bagi pelajar muslim semester dua program DIB di Politeknik. Kajian ini
dijalankan bertujuan meneroka kesesuaian kurikulum PDI bagi keperluan pelajar program DIB. Objektif Pendidikan
Program (PEO) bagi program DIB ialah: (Programme Overview DIB):

i. Berpengetahuan secara teknikal dari segi disiplin Perbankan dan Kewangan Islam dan dapat menyesuaikan diri
dengan kemajuan dan cabaran teknologi baru dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam.
796
ii. Mewujudkan komunikasi yang efektif dan mampu menyediakan pelajar dengan kemahiran sosial, kualiti
kepimpinan dan bersedia bertanggungjawab ke arah pembangunan negara dan komuniti.

iii. Menyelesaikan isu Perbankan dan Kewangan Islam secara inovatif, kreatif dan beretika.
iv. Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan mengenal pasti keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk
pembangunan kerjaya yang cemerlang.

Hasil Pembelajaran Program (PLO) bagi program DIB pula ialah:


i. Menerangkan prinsip-prinsip asas dalam Perbankan dan Kewangan Islam untuk menjadi cemerlang dan berjaya di
masa hadapan.
ii. Mempraktiskan kemahiran untuk memenuhi keperluan perindustrian dan menyesuaikan diri dengan cabaran di
dunia perindustrian.
iii. Berkomunikasi dengan berkesan melibatkan komunikasi dalam kalangan Profesional Perbankan dan Kewangan
Islam juga komuniti lain.
iv. Menggunakan teknik yang sesuai untuk penyelesaian yang efektif dalam menghadapi ancaman dan risiko dalam
menguruskan organisasi.
v. Membangunkan kerja berpasukan yang cemerlang untuk memenuhi matlamat bersama.
vi. Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional untuk memperkayakan
pengetahuan dan kecekapan.
vii. Membangunkan kemahiran keusahawanan dalam disiplin yang berkaitan yang menyumbang kepada pertumbuhan
negara dan bersaing dalam industri Perbankan dan Kewangan Islam.
viii. Mematuhi kod etika profesional dan meningkatkan nilai humanistik untuk menyesuaikan diri dengan cabaran
sebenar dalam persekitaran kerja.
ix. Menunjukkan keupayaan kepimpinan yang berkesan.

Prospek kerjaya bagi program DIB adalah seperti berikut:


i. Penolong Pegawai Bank (di peringkat tempatan mahupun antarabangsa)

ii. Broker Saham/ Remiser

iii. Pentadbir Pusat Zakat

iv. Penaja Jamin

v. Agen Takaful

vi. Perunding Kewangan

vii. Penolong Eksekutif Pentadbiran

viii. Unit Amanah Eksekutif

ix. Eksekutif Pemasaran

x. Penolong Eksekutif Akaun

xi. Usahawan

xii. Pembantu Penyelidik

PERNYATAAN MASALAH

Sukatan kursus PDI digubal oleh panel dari Bahagian Pembangunan Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik (BPK).
Proses penggubalan kurikulum merupakan satu proses yang agak rumit kerana pihak bertanggungjawab perlu

797
memastikan kurikulum yang dihasilkan bersesuaian dengan keperluan pelajar. Kesesuaian kurikulum dengan keperluan
pelajar menyebabkan PEO bagi sesuatu program itu tercapai.

Menurut Nurahimah, Abdul Malek, Rohana, Mohaida & Siti Azhani (2013), kajian terhadap kesesuaian kurikulum
penting kerana teknologi dan ilmu pengetahuan sentiasa berubah-ubah berdasarkan keperluan semasa. Begitu juga
dengan kurikulum serta kandungan sesuatu kursus yang perlu dilakukan perubahan-perubahan untuk penambahbaikan
bagi menyediakan pengetahuan yang berguna berdasarkan keperluan terkini.
Namun demikian, kajian berkaitan dengan kesesuaian kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar belum dijalankan oleh
mana-mana penyelidik. Hal ini berkemungkinan kerana kurikulum PDI ditawarkan pada Sesi Dis 2012 kemudian
ditambahbaik pada Sesi Disember 2014. Kajian ini adalah amat perlu dan hasil kajian yang diperolehi amat berguna
kepada semua pihak terutama kepada pihak yang terlibat dalam menggubal dan menyediakan bahan pengajaran. Kajian
ini juga perlu untuk melahirkan modal insan yang seimbang di antara keperluan dunia dan akhirat. Justeru itu, pengkaji
telah melakukan kajian ke atas pensyarah dan pelajar di PMJB untuk mengenal pasti sejauh mana kesesuaian
kurikulum PDI dengan keperluan pelajar program DIB.

OBJEKTIF KAJIAN

a. Meneroka kesesuaian kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar DIB.

KAJIAN LITERATUR

Kurikulum merujuk kepada segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah institusi
pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Rancangan tersebut meliputi segala ilmu pengetahuan
serta kemahiran, nilai-nilai dan norma serta unsur-unsur lain tetapi yang menjadi kandungan utamanya ialah
ilmu (KPTM, 2005).

Kurikulum sesuatu program itu hendaklah dilihat secara menyeluruh dan bagi sesuatu kurikulum yang baik,
ia berkait dengan kehendak pelajar, kemahiran pensyarah dan kemudahan yang terdapat di dalam institusi
tersebut. Justeru penilaian kurikulum dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan sepanjang sesuatu
program itu dijalankan. Menurut Nurahimah et.al (2013), secara amnya, penilaian kurikulum adalah
bertujuan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

OBJEKTIF
Apakah objektif yang dicapai

KANDUNGAN
PENILAIAN Bagaimana memilih
Bagaimana keberkesanan MODEL
KURIKULUM pengalaman pembelajaran
pengalaman dinilai sebagai kandungan
TYLER (1950)

PENYUSUNAN
KANDUNGAN
Bagaimana menyusun
kandungan untuk pengajaran
berkesan

Rajah 1. Model Kurikulum Tyler

798
Kajian ini berdasarkan Model Tyler yang diperkenalkan oleh Ralph Tyler, perkembangan kurikulum melibatkan empat
langkah berikut (IPG 2011):

i. Objektif: Menentukan matlamat dan objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan.
ii. Kandungan: Memilih pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran bagi mencapai matlamat dan
objektif.
iii. Kaedah Penyusunan Kandungan: Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara
sistematik.
iv. Penilaian: Hasil menggunakan kurikulum perlu dinilai bagi menentukan pencapaian objektif.

Menurut Nurahimah et.al (2013) pengajar perlu memohon penjajaran konstruktif dalam kursus-kursus dan program
mereka reka bentuk. Untuk mencapai matlamat ini, adalah dicadangkan bahawa latihan yang memberi penekanan
kepada amalan daripada mengkaji semula kurikulum, penyampaian dan penilaian diberi kepada semua pensyarah-
pensyarah universiti. Pusat pengajaran dan pembelajaran atau pusat pembangunan akademik setiap IPT juga perlu
mengambil peranan utama dalam menyediakan latihan untuk semua universiti pensyarah. Ini perlu dilakukan secara
berterusan bagi memastikan kualiti kedua-dua kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini bertujuan menilai kesesuaian kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar DIB. Antara kelebihan kajian
kualitatif ialah sesuai digunakan jika fokus penyelidikan adalah tentang proses (Merriam, 2002). Sehubungan dengan
itu, pengkaji menggunakan kajian kes secara kualitatif kerana pengkaji ingin menganalisis secara mendalam kurikulum
PDI terhadap keperluan pelajar DIB.

Fokus kajian ini ialah menjalankan analisis keperluan bagi menentukan sejauh mana kesesuaian kurikulum terhadap
keperluan pelajar DIB. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen. Penggunaan
kedua-dua instrumen ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesahan kajian yang dijalankan. Hujah ini dikukuhkan
lagi dengan pendapat Patton (1990) yang menyatakan bahawa kesahan sesebuah kajian dapat ditingkatkan melalui data
triangulasi di mana pelbagai sumber maklumat digunakan semasa menjalankan penyelidikan. Sehubungan itu, pengkaji
juga telah merakamkan temu bual tersebut melalui rakaman video untuk tujuan triangulasi.

Temu Bual
Pengkaji menggunakan kaedah pensampelan bertujuan (purposive). Jumlah peserta kajian yang terlibat dalam kajian
ini adalah 4 orang pensyarah dan 10 orang pelajar sahaja kerana pengkaji mendapati bilangan tersebut sudah
mencukupi bagi memberikan maklumat yang diperlukan, selain telah mencapai data yang tepu.

Temu bual telah dijalankan terhadap 4 orang pensyarah kursus PDI bertujuan mengukuhkan data kajian hasil daripada
analisis dokumen silibus PDI. Selain itu, pengkaji juga menemubual 10 orang pelajar program DIB. Pengkaji telah
menjalankan temu bual kualitatif secara bersemuka (face-to-face) dengan mengemukakan soalan berbentuk separa
berstruktur. Menurut Patton (1990), temu bual kualitatif adalah satu kaedah yang digunakan untuk memperolehi
maklumat yang lebih jelas mengenai pemikiran, kepercayaan, pegangan dan pengetahuan individu terlibat tentang
topik yang dibincangkan.

Semua sesi temu bual dijalankan di bilik pensyarah masing-masing pada waktu pejabat. Sesi temu bual dijalankan
secara berasingan di antara keempat-empat pensyarah berdasarkan kelapangan jadual masing-masing. Pengkaji
memilih tempat yang kondusif dan privasi bagi tujuan membina jaringan hubungan yang rapat dan selesa bagi
pensyarah meluahkan idea dan pendapat mereka.

Sesi temu bual ini disertakan dengan soalan yang dirangka terlebih dahulu oleh pengkaji berdasarkan model Tyler
sebagai panduan dan susunan soalan tidak ditetapkan. Ia bergantung kepada kesesuaian jawapan peserta kajian serta
terdapat soalan yang timbul secara tidak dirancang semasa proses temubual tersebut. Pembinaan soalan temu bual juga
dapat memaksimumkan tempoh temu bual dengan maklumat yang relevan dengan objektif yang ingin dicapai.

799
Analisis Dokumen Silibus PDI
Dalam kajian ini, pengkaji juga mengumpul maklumat melalui analisis dokumen iaitu analisis silibus PDI. Analisis
dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji juga merupakan sumber
paling mudah kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Data yang terkumpul melalui analisis dokumen adalah
bertujuan untuk memperlengkapkan dan memberi bukti kepada data yang didapati dari sumber lain seperti pemerhatian
dan temu bual (Mfum-Mensah, 2009).

Pengkaji membuat penelitian terhadap keseluruhan isi kandungan silibus kursus PDI. Pengkaji membina 4 jenis borang
analisis dan catatan atau semakan bagi tujuan mengenal pasti sejauh mana kesesuaian kurikulum PDI terhadap
keperluan pelajar DIB. 4 jenis borang analisis dibina berdasarkan Model Tyler iaitu:

i. Borang analisis objektif


ii. Borang analisis kandungan
iii. Borang analisis kaedah penyusunan kandungan
iv. Borang analisis penilaian

DAPATAN KAJIAN

Jadual 3 menunjukkan jumlah keseluruhan peserta yang terlibat dengan kajian ini. Seramai 4 orang pensyarah dan 10
orang pelajar program DIB semester 2 yang terlibat sebagai peserta kajian.

Jadual 4. Maklumat dan Latar Belakang Responden

Peserta Kajian Latar Belakang Bil Peratus


Responden
Pensyarah PDI Jantina Lelaki 2 50%
Perempuan 2 50%
Pelajar DIB Jantina Lelaki 6 60%
Perempuan 4 40%
Melalui dapatan kajian terdapat beberapa tema yang muncul. Tema-tema ini adalah berdasarkan soalan temu bual yang
dibina berteraskan model Tyler. Seterusnya tema-tema tersebut menjawab objektif kajian iaitu mengenal pasti sejauh
mana kesesuaian kurikulum PDI dengan keperluan pelajar program DIB dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
kandungan kurikulum PDI.
Berdasarkan tema yang dikenal pasti, wujud beberapa sub tema daripada setiap tema utama. Terdapat empat tema
utama iaitu objektif kurikulum (CLO), kandungan kurikulum, kaedah penyusunan kandungan dan penilaian kurikulum.
Dapatan bagi tema kajian secara keseluruhannya dapat dilihat melalui Jadual 5.
Jadual 5. Dapatan Tema Kajian

Penilaian Kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar DIB


Sesuai dengan PLO
Objektif (CLO) Sesuai dengan falsafah Pendidikan Islam.
Sesuai dengan tahap diploma.
Sesuai dengan keperluan semasa pelajar.
Meliputi tiga aspek utama iaitu akidah, ibadah dan akhlak
Kandungan Sesuai dengan PEO program DIB
Mematuhi prinsip ketertiban dan kesinambungan
Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran
Penyusunan Ketidakmahiran pensyarah menyampaikan kurikulum.
Kandungan Sumber rujukan yang terhad.
Mengandungi ketiga-tiga Domain Pembelajaran (LD)

Penilaian Penilaian Amali Solat sesuai untuk mencapai CLO 2


Penilaian Kuiz tidak sesuai dengan CLO 2

800
PERBINCANGAN

Perbincangan adalah berdasarkan hasil kajian dan objektif yang telah dikenal pasti serta dikaitkan dengan kajian-kajian
lepas.

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) Pengurusan dalam Islam


Kajian yang dilakukan mendapati dua pihak penting yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran PDI iaitu
pensyarah dan pelajar memberi penilaian yang sangat positif terhadap aspek Course Learning Outcome (CLO) bagi
kursus PDI. Peserta kajian berpuas hati dengan CLO bagi PDI iaitu menjelaskan konsep pengurusan dalam Islam,
menunjuk cara ibadah solat dan bacaannya dengan betul dan membincangkan prinsip syariah dan etika dalam
pengurusan menurut perspektif Islam (Sukatan Kursus DUA2022 PDI, 2014).

CLO bagi kursus PDI adalah bersesuaian dengan Hasil Pembelajaran Program (PLO) bagi program DIB iaitu
PLO 1 menerangkan prinsip-prinsip asas dalam Perbankan dan Kewangan Islam untuk menjadi cemerlang dan berjaya
di masa hadapan dan PLO 6 melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional untuk
memperkayakan pengetahuan dan kecekapan. (Programme Overview DIB). CLO kursus ini juga didapati relevan
dengan falsafah Pendidikan Islam iaitu Pendidikan Islam satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran
dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan
pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam
sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat (KPM, 2005).

Selain daripada itu, CLO bagi kursus ini juga sesuai dengan tahap diploma. Contohnya bagi CLO 2, pelajar menunjuk
cara ibadah solat dan bacaannya dengan betul. Pelajar berpotensi untuk mencapai CLO ini kerana di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah mereka telah didedahkan dengan amali solat dan penguasaan al-Quran. Menurut Alias
(2010) pengamalan akidah pelajar di politeknik berada pada tahap yang tinggi, tetapi tahap pengamalan ibadah dan
akhlak berada pada tahap yang sederhana. Ini menunjukkan keberkesanan Pendidikan Islam yang dilaksanakan di
politeknik masih belum mencapai tahap keberkesanan yang tinggi dalam aspek pengamalan.

CLO kursus juga selaras dengan keperluan semasa pelajar kerana di peringkat umur 18-20 tahun pelajar memerlukan
ilmu akidah, ibadah dan akhlak yang mantap sebagai benteng persediaan untuk menghadapi anasir-anasir negatif.
Penemuan ini disokong oleh Asmahan (2009) mendapati bahawa pengamalan ajaran Islam daripada aspek akidah,
ibadah dan akhlak dalam kalangan remaja politeknik merupakan pemangkin dalam usaha menangani masalah sosial di
institusi berkenaan.

Kandungan Kursus Pengurusan dalam Islam


Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian memberi penilaian yang baik terhadap kandungan kursus PDI. Kandungan
kursus PDI memberi banyak pengetahuan baru. Kandungan kursus ini meliputi ketiga-tiga aspek utama dalam
Pendidikan Islam iaitu aspek akidah, ibadah dan akhlak. Selain itu, kursus ini juga memberi penekanan kepada
pelaksanaan solat yang mana diperuntukkan sebanyak 18 jam. Justeru, kursus ini melahirkan pelajar yang cemerlang
sebagai seorang muslim sekiranya perlaksanaanya berjalan lancar.

Contohnya bagi aspek akidah, syariah dan akhlak pelajar mempelajari secara terperinci mengenai penghayatan Rukun
Iman dan Rukun Islam dalam Topik 1 iaitu Konsep Asas Islam. Namun demikian, kajian mendapati kebanyakan
pelajar tidak mengamalkan nilai-nilai yang dipelajari. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh
Nabiroh, Nik Mohd Rahimi & Ab. Halim Tamuri (2014) mendapati tenaga pengajar mengakui mereka mengambil
masa yang agak lama untuk melihat kesan penerapan nilai terhadap pelajar. Hal ini selari dengan dapatan kajian
Norliza (2011) yang menyatakan sesuatu perubahan yang melibatkan sikap dan nilai memerlukan masa yang lebih
panjang.

Selain itu kandungan kursus ini juga sesuai dengan kehendak PEO program DIB iaitu mewujudkan komunikasi yang
efektif dan mampu menyediakan pelajar dengan kemahiran sosial, kualiti kepimpinan dan bersedia bertanggungjawab
ke arah pembangunan negara dan komuniti. Buktinya, kandungan kursus dapat memberi pengetahuan kepada pelajar
tentang pengurusan Islam dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam iaitu melalui Topik 4: Etika Kerja Islam dan
Topik 5: Proses Pengendalian Pengurusan Islam. Kebijaksanaan pensyarah sangat dititiberatkan dalam menghurai
perkaitan topik ini dengan bidang Kewangan dan Perbankan Islam supaya PEO tercapai. Kepentingan bidang
Kewangan dan Perbankan Islam tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana pada masa kini, negara kita dilihat sebagai
pelabuhan kewangan Islam yang sangat berkembang dan bergerak maju ke hadapan. Penyelesaian yang paling tepat
801
dan mudah bagi umat Islam khususnya di negara kita untuk menjalankan urusniaga dan menguruskan kewangan secara
sistematik serta patuh syariah.

Kandungan kursus bagi Topik 3: Objektif dan Prinsip Pengurusan Islam juga memberi panduan kepada pelajar DIB
tentang prinsip pengurusan Islam. Pelajar DIB dapat menjadikan topik ini sebagai panduan semasa menguruskan
penyelidikan dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam selaras dengan salah satu PEO bagi DIB iaitu
menyelesaikan isu Perbankan dan Kewangan Islam secara inovatif, kreatif dan beretika. Berdasarkan kepada penilaian
peserta kajian, menunjukkan bahawa kandungan kurikulum yang disediakan adalah sesuai dengan keperluan pelajar.

Penyusunan Kandungan
Penyusunan kurikulum PDI mematuhi prinsip kesinambungan. Ini adalah kerana setiap topik mengandungi ayat-ayat
Al-Quran yang memerlukan pensyarah mengaitkan isi kandungan topik berkenaan dengan ayat-ayat Al-Quran. Secara
tidak langsung bacaan ayat-ayat Al-Quran sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan bagi menentukan ia
dipelajari secara menyeluruh. Ini kerana salah satu objektif kursus ini ialah pelajar dapat membaca bacaan solat dengan
dengan betul.
Selain itu, kurikulum PDI juga mematuhi prinsip ketertiban. Berdasarkan prinsip ini, wujudnya ketertiban di antara
topik-topik yang ada dalam kursus ini. Buktinya ialah Topik Konsep Asas Islam dijadikan topik pertama. Penyusunan
topik ini adalah sesuai berada pada topik yang pertama kerana pelajar perlu terlebih dahulu didedahkan dengan asas
akidah, syariah dan akhlak seterusnya disusuli dengan bab tentang pelaksanaan Asas Islam tersebut di dalam PDI
khususnya dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam.
Hasil analisis silibus PDI, pengkaji mendapati pensyarah disarankan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam
menyampaikan isi kandungan kurikulum untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan bagi setiap tajuk.
Antara kaedah pengajaran yang disarankan ialah kaedah syarahan interaktif, soal jawab, perbincangan kumpulan,
latihan amali dan e-forum. Kaedah pengajaran yang dicadangkan berbeza mengikut kesesuaian topik.
Kaedah pengajaran yang dicadangkan merupakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar iaitu kaedah berkumpulan,
pembelajaran berasaskan masalah serta pemikiran kritikal. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh
Zarina (2007) menunjukkan perbandingan pencapaian gred pelajar sebelum dan selepas perlaksanaan kaedah
pembelajaran berpusatkan pelajar juga menunjukkan kepelbagaian kaedah, pendekatan pengajaran dan penilaian yang
dilaksanakan oleh pensyarah memberi kesan positif kepada keputusan gred pelajar daripada kaedah, pendekatan
pengajaran dan penilaian yang lazim digunakan.
Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar berpuas hati dengan proses pengajaran dan pembelajaran PDI kerana
mereka merasa seronok serta selesa dengan perlaksanaan kurikulum PDI. Namun begitu, dapatan ini juga menunjukkan
kekurangan dan kepincangan yang amat ketara dalam aspek penggunaan bahan bantu mengajar dan penguasaan
pensyarah dalam menyampaikan kurikulum kepada pelajar.
Terdapat pelajar yang merungut kerana bahan rujukan di perpustakaan adalah terhad. Selain itu terdapat juga pensyarah
yang tidak mahir dalam mengaitkan kurikulum PDI dengan latar belakang pelajar. Menurut Nabiroh et.al (2014)
keperluan untuk mengambil kira tahap pemikiran dan latar belakang murid bukan sahaja diperlukan di peringkat
sekolah rendah, malah juga di peringkat sekolah menengah. Dapatan ini disokong oleh Ahmad Yunus (2010) yang
mendapati Guru-Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) yang mengajar akidah telah berusaha mengolah
pengetahuan isi kandungan akidah yang berbentuk abstrak, konseptual dan cenderung kepada perbincangan akidah
kepada bentuk yang sesuai dan mudah difahami oleh pelajar. Hal ini menjelaskan bahawa pertimbangan terhadap tahap
pemikiran dan latar belakang pelajar perlu diutamakan dalam penyampaian pensyarah.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat pensyarah yang menggunakan aras bahasa yang tinggi yang menyukarkan
pelajar untuk memahami kandungan PDI. Nabiroh et.al (2014) semua peserta kajian percaya bahawa pelajar akan dapat
memahami penjelasan tentang nilai al-Quran apabila guru menggunakan laras bahasa yang mudah. Dalam erti kata
lain, bahasa yang digunakan perlulah senang difahami serta dekat dengan kehidupan murid-murid. Hal ini bertepatan
dengan metodologi al-Quran yang amat menekankan penggunaan bahasa yang sama antara para nabi dan kaumnya
dalam menyampaikan risalah kepada umatnya agar mudah difahami (Ibrahim 14: 4). Dan kami tidak mengutuskan
seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.

Selain daripada itu, kursus ini juga mengandungi ketiga-tiga Domain Pembelajaran (LD) iaitu pengetahuan,
psikomotor dan afektif. Ketiga-tiga domain berikut berbeza mengikut setiap tajuk yang dinyatakan.

802
Penilaian Kurikulum
Analisis kajian menunjukkan kaedah penilaian bagi kursus ini adalah kaedah penilaian berterusan. Penilaian berterusan
adalah sesuai untuk membuktikan keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang dinyatakan. Ini kerana
penilaian yang dilakukan berbentuk penilaian formatif yang mana perubahan-perubahan dan usaha penambahbaikan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan apabila perlu. Selain daripada itu, penilaian amali solat
juga sesuai kerana aspek ini penting bagi mencapai CLO kursus yang kedua iaitu pelajar dapat menunjuk cara
perlaksanaan ibadah solat dan bacaannya dengan betul. Ini kerana berdasarkan penilaian amali solat, pelajar
dikehendaki melakukan praktikal solat serta bacaan-bacaan dalam solat. Namun demikian untuk penilaian berbentuk
kuiz adalah tidak sesuai bagi menguji CLO 2 iaitu menunjuk cara ibadah solat dan bacaan dengan betul. CLO 2 hanya
sesuai diuji penilaian berbentuk Amali sahaja.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Hasil dapatan kajian ini memberikan petunjuk yang jelas bahawa kurikulum PDI adalah sesuai dengan keperluan
pelajar DIB. Dapatan yang telah dibincangkan mendedahkan kekuatan yang sedia ada dan beberapa kelemahan serta
kekurangan yang memerlukan tindakan dan perancangan. Justeru, pihak yang bertanggungjawab khususnya pensyarah
dan bahagian pengurusan politeknik dapat menilai sejauh mana pelaksanaan pengalaman pembelajaran ini semasa
proses pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya bagi melahirkan graduan yang berkualiti selaras dengan
kehendak pasaran melalui sistem pendidikan di politeknik. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut:

Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan
Malaysia
Pihak pengurusan kurikulum haruslah merangka strategi, program, kursus dan garis panduan bagi memberi
pendedahan yang secukupnya dalam mewujudkan iklim pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan dalam kurikulum PDI hanyalah semata-mata cadangan sahaja.
Menurut Pratt (1980) dalam Alias, Nik Mohamad & Ruhizan (2011), secantik mana sekalipun kurikulum yang digubal,
gurulah yang akan menentukan sama ada kurikulum tersebut boleh dilaksanakan atau tidak. Justeru, memberi latihan
atau melatih semula merupakan penyelesaian yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah kompetensi pensyarah
dalam menyampaikan kurikulum.

Di samping itu, dicadangkan aspek sahsiah dijadikan sebagai skema pemarkahan kerana matlamat PDI bukan sahaja
untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan beramal tetapi juga untuk membentuk akhlak pelajar sesuai dengan akhlak
Islam. Pentaksiran PDI dicadangkan bukan sahaja untuk mengukur dari aspek pengetahuan sahaja yang telah dilalui
pelajar sejak di peringkat sekolah menengah, tetapi yang lebih utama adalah sebagai alat peneguhan kepada pelajar
untuk mengamalkan ajaran Islam yang dipelajari dan seterusnya mengelakkan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam yang hanya berorientasikan kepada peperiksaan.

Modul perlu diwujudkan bagi memudahkan dan menyelaraskan proses pengajaran dan pembelajaran serta proses
penilaian Ujian Akhir. Modul merupakan helaian kertas bercetak yang berjilid dan mempunyai tulisan untuk dibaca.
Kandungannya adalah disediakan mengikut keperluan dan penekanan pihak berkuasa pendidikan sesuatu tempat. Bagi
kurus PDI, pelajar dan pensyarah tidak mempunyai modul khusus dan hal ini sedikit sebanyak mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana pelajar perlu bergantung kepada pengajar semata-mata dan pengajar
pula terpaksa mencari sumber-sumber ilmu daripada buku, internet atau kemudahan yang disediakan. Oleh itu, untuk
penambahbaikan kurikulum ini, pengkaji mencadangkan menyediakan dan menetapkan modul khas bagi memenuhi
keperluan dan kehendak pelajar khasnya dan membantu pengajar melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
amnya. Penulisan modul haruslah memenuhi kehendak kurikulum dari sudut sukatan dan huraian sukatan pelajarannya,
mencakupi objektif pelajaran, mencakupi untuk membantu guru menjelaskan konsep atau prinsip asas pelajaran,
mengambil kira pelbagai tahap pencapaian murid, mengandungi maklumat dan fakta yang betul, tepat dan terkini serta
mengandungi persembahan bahan yang kreatif dan menarik (Rosrita, 2007). Justeru, pihak yang bertanggungjawab
dalam menyediakan modul terdiri daripada pihak yang arif dengan kandungan kursus ini serta berpengalaman
mengajar kursus ini.

Pentadbiran dan Pengurusan Politeknik Sandakan Sabah


Ketua Kursus perlu menjalankan pemantauan terhadap pensyarah-pensyarah Pendidikan Islam yang mengajar kursus
PDI. Pemantauan perlulah dijadikan satu agenda khas yang tetap dan berkala. Di dalam melaksanakan pemantauan,
Ketua Kursus tidaklah seharusnya bergantung kepada maklum balas pensyarah semata-mata ataupun hanya melihat
dokumen sahaja. Sebaliknya pemantauan perlulah dibuat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang
803
berlaku di dalam kelas. Ketua Kursus haruslah memantau kaedah pengajaran yang dijalankan oleh pensyarah di dalam
menyampaikan pengajaran mereka. Walaupun objektif silibus telah ditetapkan, pelaksanaan telahpun diterangkan,
kandungan kurikulum disusun teratur serta kaedah pengajaran dicadangkan, namun masih lagi terdapat pensyarah tidak
menguasai kurikulum.

Pensyarah kursus PDI


Pensyarah perlu menguasai kandungan kurikulum PDI. Seterusnya pensyarah hendaklah mahir mengaitkan kandungan
kursus dengan program DIB. Pensyarah juga perlu mempunyai inisiatif mempelajari kaedah dan teknik penyediaan
bahan bantuan mengajar bagi memastikan pelajar berminat untuk mempelajari kursus PDI. Pensyarah digalakkan
memainkan peranan sebagai fasilitator kepada pelajar untuk membimbing pelajar mengamalkan ajaran Islam dalam
kehidupan seharian. Seterusnya pensyarah adalah disarankan melaksanakan pendekatan nilai Islam merentas kurikulum
yang diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Nabiroh et.al (2014) mendapati tanpa aktiviti dan
komunikasi yang baik antara murid dan guru, pengajaran berkesan sukar dihasilkan. Dapatan ini memperlihatkan
bahawa faktor komunikasi dua hala antara guru dan pelajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian Norliza (2011) juga menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi bukan sahaja dilihat sebagai faktor yang
menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran, malahan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan dapat membantu
guru mengenal pasti tingkah laku pelajar di samping menerapkan nilai-nilai yang positif bagi meningkatkan kemahiran
sosial dan emosi pelajar.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, analisis ini telah mengenal pasti kesesuaian kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar program
DIB di Politeknik Johor. Dapatan kajian ini dapat menjadi asas kepada perancangan kursus PDI secara efektif.
Kurikulum merupakan teras dari proses pendidikan, maka perlu dirangka dan digubal dengan teliti bagi menjamin
keberkesanannya. Untuk merencanakan sesuatu program baru, masalah yang wujud sebelum itu perlu diambil kira bagi
memastikan masalah itu diselesaikan. Sesuatu program dikira berjaya jika kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti itu
berjaya diperbaiki.

Oleh itu segala maklumat yang diperolehi ini dijadikan panduan untuk memantapkan lagi kurikulum PDI di peringkat
perancangan, penyusunan, pelaksanaan dan penghasilan. Hakikatnya kurikulum PDI ini boleh dikatakan sesuai dengan
keperluan pelajar DIB. Cuma yang menjamin keberkesanannya ialah bergantung kepada perlaksanaan yang dijalankan
oleh pensyarah dalam menterjemahkan pengalaman-pengalaman pembelajaran ini kepada pelajar.

RUJUKAN

Ahmad Yunus Kasim. (2010). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Satu Kajian Kes. Tesis
Ph.D. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Alias Mat Saad. (2010). Penilaian pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Alias Mat Saad, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Ruhizan Mohammad Yassin. (2011). Kajian kerelevanan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dengan kurikulum Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia. AJTLHE, 3(2), 60-70.
Asmahan Mokhtar. (2009). Pengamalan ajaran Islam di kalangan remaja Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang,
Perak. Tesis Sarjana. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azmil Hashim. (2010). Penilaian pelaksanaan kurikulum Tahfiz Al Quran di Darul Quran JAKIM dan Maahad Tahfiz
Al –Quran Negeri. Tesis PhD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Frankel, J. R. (2007). How to design and evaluate research in education. (6thed.). Boston, MA: McGraw-Hill.
IPG. (2011). Modul reka bentuk dan teknologi. Institut didikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2005). Laporan Jawatankuasa mengkaji menyemak dan membuat perakuan
tentang perkembangan dan hala tuju Pendidikan Tinggi Malaysia KPTM: Langkah-langkah ke arah
kecemerlangan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Merriam, S. B. (2002). Qualitative researching practice: Examples for discussion and analysis. San Francisco, CA:
Jossey-Bass.
Mfum-Mensah, O. (2009). An exploratory study of the curriculum development process of a complementary education
program for marginalized communities in Northern Ghana. Curriculum Inquiry, 39(2), 343-367.
804
Nabiroh Kassim, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof & Ab. Halim Tamuri. (2014). Kepercayaan guru pemangkin amalan
penerapan nilai murni dalam pengajaran Tilawah Al-Quran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014 : 33-42
Norliza Abd. Majid. (2011). Kemahiran komunikasi dan motivasi kerja dalam kalangan guru cemerlang. Tesis Ph.D.
Bangi: Fakulti Pendidikan UKM
Nurahimah Mohd. Yusoff, Abdul Malek Abdul Karim, Rohana Othman, Mohaida Mohin & Siti Azhani Abdull
Rahman. (2013). Student-Centred Learning (Scl) In The Malaysian Higher Education Institutions. AJTLHE ,
Vol.5, No.2, 14-33.
Patton, M. Q. (1990). Qualitative evaluation and research methods (2nd ed.).Newbury Park, CA:Sage.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi 2020. Retrieved 01 April 2014, from
http://engine.um.edu.my/doc/FKUM/PelanStrategikPengajianTinggi2020. pdf.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysa 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Retrieved 01 April 2017, from
https://www.google.com/search?q=pelan+pembangunan+pendidikan+ppm+pt&ie=utf-8&oe=utf-
8&client=firefox-b#q=pelan+pembangunan+pendidikan+malaysia+2015+hingga+2025+pdf
Rosrita Binti Mohd Loddin. (2007). Penilaian pelajar terhadap buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan 3 dari
aspek kandungan & bahan grafik (ilustrasi). Tesis sarjana yang tidak diterbitkan Universiti Teknologi Malaysia.
Sukatan Kursus Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam DUA 2012. (2014). Jabatan Pengajian Politeknik,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Efektif Disember 2014
Pekeliling Pengurusan Pengajian Tinggi Swasta (PPTS), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 2 Tahun 2013. Retrieved 01 April 2017, from http://jpt.mohe.gov.my/images/Pekeliling/Bil_2-2013-
Penyelarasan_Kursus_Mata_Pelajaran_Wajib_Di_IPTS.pdf
Programme Overview Diploma Akuakultur, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Yusni Mohamad Yusak & Zainab Hanina Abdull Samad. (2013). Halatuju Kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik
Malaysia: Satu dapatan awal. International Seminar on Quality and Affordable Education ISQAE 2013.
Zarina Muhammad. (2007). Perlaksanaan kaedah SCL dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Kenegaraan
Malaysia di Universiti Putra Malaysia dan kesannya ke atas pelajar dan gred pencapaian pelajar. Monograf
Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi.

805

You might also like