Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

HBAE1203_ JAN09/SMPP/F_Z

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah

1. Apabila proses aktiviti melukis dijalankan, kebolehan kanak-kanak


meningkatkan daya persepsi serta berupaya mengimbangi emosi mereka
membantu kanak-kanak meningkatkan daya imaginasi mereka.
Jelaskan DUA peranan di mana aktiviti melukis membantu kanak-kanak
ini.
(4)

2. Dalam Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 tahun),


secara umumnya terdapat empat peringkat contengan.
Huraikan EMPAT peringkat tersebut.
(4)

3. Jean Piaget telah mengenal pasti empat peringkat perkembangan kognitif


yang dilalui oleh setiap individu setelah dilahirkan sehingga dewasa.
Nyatakan kempat-empat peringkat itu.
(4)

4. Grafik boleh didefinisikan sebagai gambaran bukan fotografi dua dimensi


(2D) yang direka khas untuk menyampaikan mesej atau idea.
Berikan EMPAT contoh teknik grafik yang dihasilkan diperingkat
sekolah rendah.
(4)

1…
HBAE1203_ JAN09/SMPP/F_Z

5. Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, bau, dengar,
lihat dan sentuh. Jelaskan DUA cara dan gaya belajar yang dipengaruhi
oleh faktor deria ini.
(4)

BAHAGIAN B

2…
HBAE1203_ JAN09/SMPP/F_Z

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. Seni merupakan intipati kepada ekspresi kreativiti seseorang. Sifat seni
yang subjektif dan abstrak menyukarkan untuk membuat tafsiran khusus
atau untuk menilai tahap seni seseorang individu. Justeru itu, setiap artis
menentukan sendiri parameter hasil karya seni mereka. Bincangkan:-
(a) Bagaimanakah nilai kreativiti membantu kanak-kanak meluahkan
emosi serta pendapat mereka? ( 10 )

(b) Bagaimana kanak-kanak menjadi kritis dalam membuat penilaian?


(10 )
(Jumlah: 20)

2. Terdapat pelbagai takrifan kreativiti. Pandangan dan pengertian yang


berbeza ini adalah berpunca daripada istilah kreativiti dalam pelbagai
bentuk sesuai dengan kajian dan pandangan tokoh-tokoh akademik dalam
bidang tertentu.
(a) Nyatakan definisi ’kreativiti’ serta maksudnya. ( 10 )

(b) June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai ’keupayaan


seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama
mampu mengolah idea’. Jelaskan takrifan tersebut.
( 10 )
(Jumlah: 20)

3. (a) Di dalam Teori Perkembangan Kanak-kanak, sekatan dan halangan

3…
HBAE1203_ JAN09/SMPP/F_Z

terhadap pengembangan kreativiti adalah disebabkan dua faktor


utama:
(i) Halangan yang bersifat psikologi atau emosi,
(ii) Halangan persekitaran atau budaya.
Jelaskan bagaimana dua faktor ini memberi kesan kepada
Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. ( 10 )

(b) Kreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Huraikan


LIMA tahap dalam pemikiran kreativiti menurut Teori
Perkembangan Kreativiti Fisher, iaitu:-
(i) Peringkat Ransangan
(ii) Peringkat Penerokaan
(iii) Peringkat Perancangan
(iv) Peringkat Aktiviti
(v) Peringkat Kajian Semula (10 )
(Jumlah: 20)

4. Calvin W.Taylor melalui teori nya ”Multiple Creative Talent”, percaya


bahawa pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di
dalam kelas.

Huraikan beserta dengan contoh-contoh aktiviti Seni Visual supaya kanak-


kanak dapat memperlihatkan :-
(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif. ( 10 )
(b) Kreatif Bersifat Emergen. (10 )
(Jumlah: 20)

4…
HBAE1203_ JAN09/SMPP/F_Z

5. Perkataan ’estetik’ diambil daripada perkataan Greek iaitu ”aesthetikos”


yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan persepsi
deria. Secara ringkasnya estetik melibatkan penggunaan semua deria. Ilmu
estetik merupakan sebahagian daripada ilmu cabang falsafah ynag
mengutarakan isu-isu berkaitan dengan sifat seni dan nilai yang terdapat
pada hasil seni.
(a) Kecantikan sebenarnya sukar untuk dihuraikan kerana sifatnya yang
abstrak, subjektif dan orientasi mengenai kecantikan itu berbeza
mengikut budaya. Huraikan dengan memberi contoh tentang
maksud ungkapan tersebut. (10 )

(b) Terdapat dua cara konvensional untuk sifat kecantikan iaitu konsep
relativist dan konsep objektivist. Jelaskan secara terperinci tentang
DUA cara itu. ( 10 )
(Jumlah: 20)

5…
HBAE1203_ JAN09/SMPP/F_Z

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. Kebanyakan sekolah telah menyediakan bilik khas yang diperuntukkan


sebagai Bilik Seni atau Studio Seni bagi memastikan keselesaan murid dan
guru dalam menjalankan proses pengajaran.

Namun, mengurus dan menjaga Studio Seni bukanlah satu tugas yang
mudah. Guru perlu bijak dalam menyusun barangan yang terdapat di
dalam Bilik Seni itu supaya kelihatan ceria dan menarik.
Bincangkan LIMA keperluan asas Bilik Seni atau Studio Seni yang perlu
ada di sekolah.
(Jumlah: 20)

2. Bentuk dan kandungan pendidikan Seni Visual memerlukan guru memberi


tumpuan yang lebih kepada pengujian berbentuk alternatif. Pengujian
alternatif memberi ruang kepada guru untuk menguji kemahiran-
kemahiran Seni Visual yang kompleks dan rumit.
Bincangkan LIMA ciri-ciri Pengujian Alternatif oleh Huwitz dan Day
(2001).
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like