Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGENALAN

Pada hari ini, pendidikan di negara kita telah memperkenalkan pendekatan baharu
iaitu pendekatan pendidikan abad ke-21 (PAK 21) yang boleh digunakan oleh guru semasa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada murid-murid. Menurut Noor
Habsah dan Yahya (2018), inisiatif pembelajaran abad ke-21 adalah untuk melahirkan pelajar
yang produktif, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta mahir
dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Justeru, dalam
merealisasikan hasrat tersebut, guru-guru perlu bersedia untuk berubah dari segi cara
pengajaran serta melengkapkan diri terlebih dahulu dengan kemahiran-kemahiran yang
sepatutnya.

Guru boleh mempelbagaikan pendekatan pengajaran untuk mewujudkan persekitaran


psikosoail dalam proses PdPc. Antara pendekatan berpusatkan murid yang boleh dirancang
oleh guru dalam PdPc ialah seperti kaedah GALLERY WALK, 3 STRAY 1 STAY dan
sebagainya. Dalam proses perbincangan perbincangan kumpulan telah mewujudkan
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan nilai murni dan etika di mana murid memberi
pendapat sendiri dan mendengar pendapat orang lain, murid-murid bekerjasama mencari
penyelesaian, murid-murid berfikir secara kritis untuk mencari penyelesaian serta memupuk
nilai bekerjasama dan bertanggungjawab semasa perbincangan berkumpulan dijalankan.
Pernyataan ini disokong oleh Mohamad Johdi (2017) yang menyatakan bahawa pembelajaran
akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai
kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.
Maka, kepelbagaian pendekatan pengajaran dapat mempersiapkan diri murid untuk
meningkatkan pengetahuan sendiri dan seterusnya kemenjadian murid dipertingkatkan.
SEJAUH MANAKAH PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL BILIK DARJAH PAK 21 DAPAT
MENINGKATKAN PROSES KEMENJADIAN MURID

Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2016), psikososial merujuk
hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Antara elemen
persekitaran psikososial yang dapat membantu meningkatkan kemenjadian diri murid ialah
pelaksanaan pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah suatu strategi
pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam
kumpulan kecil (Effandi Zakaria dalam Azizi Yahaya dan Intan, 2009). Pembelajaran koperatif
berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk
menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran
dengan meminta bantuan daripada guru. Semasa murid-murid berbincang di dalam kumpulan,
mereka akan dapat memupuk sikap hormat menghormati antara satu sama lain ketika
memberi dan menerima pendapat, menjaga tutur kata dan sebagainya dan akhirnya
perbincangan yang berlaku akan bersifat ilmiah dan bukannya suatu perbincangan yang sia-
sia kerana semasa perbincangan tidak berlakunya sifat iri hati, dendam dan sebagainya.

Selain itu, suasana bilik darjah yang selesa dan mesra juga merupakan antara faktor
psikososial PdPc yang dapat meningkatkan kemenjadian diri murid. Pada hari ini, boleh
dikatakan majoriti PdPc yang dilaksanakan adalah berkonsepkan kepada didik hibur. Antara
empat komponen asas didik hibur yang boleh digunakan ialah nyanyian, lakonan, penceritaan
dan puisi. Menurut Saifulnizan Che Ismail (2018), didik hibur merupakan satu kaedah dalam
PdPc yang berhibur untuk mengurangkan rasa tidak yakin dan tahap kebimbingan terhadap
guru. Dalam aktiviti didik hibur, murid-murid dapat membentuk hubungan positif dengan
rakan-rakan dan berpeluang untuk bersaing secara positif antara satu sama lain. Menurut
Ismail Affero, Ismail & Zahar Kusnun, Mohd (2016), mereka telah menghasilkan satu kajian
yang bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kaedah didik hibur terhadap motivasi belajar
di kalangan murid di sekolah rendah. Beliau telah mengedarkan soal selidik kepada 169 orang
responden yang terdiri daripada murid tahun 3 dan tahun 6 di sebuah sekolah di daerah
Kluang. Hasil analisis mendapati purata nilai min adalah 4,7 yang menunjukkan sikap positif
berkenaan penerapan didik hibur dalam PdPc adalah amat tinggi. Tuntasnya, apabila didik
hibur diwujudkan, murid-murid dapat belajar dalam suasana yang selesa dan mesra secara
tidak langsung dapat meningkatkan kemenjadian diri murid.

Seterusnya, komunikasi dua hala antara guru dengan murid juga dapat meningkatkan
kemenjadian murid. Kemahiran berkomunikasi yang berkesan dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan murid-murid di dalam kelas. (Joe Zulkefli, 2014). Hal ini kerana setelah guru
menerangkan sesuatu topik di dalam kelas seperti dalam aktiviti perbincangan kumpulan,
simulasi dan sebagainya, murid-murid boleh bertanyakan soalan apabila mereka tidak faham
dengan konsep atau fakta yang diajar dengan guru. Murid-murid juga boleh mengeluarkan
pendapat sendiri semasa guru sedang mengajar. Tuntasnya, komunikasi dua hala dapat
mendorong murid untuk mengeluarkan pendapat sendiri dan dapat melatih murid-murid untuk
menjadi lebih matang dan lebih bertanggungjawab kerana mereka akan berusaha mencari
banyak maklumat untuk membolehkan diri mereka berhujah semasa perbincangan kumpulan.

Persekitaran psikososial menekankan kemahiran komunikasi dua hala tetapi guru


tidak boleh menggantungkan kemahiran komunikasi ini dengan murid-murid yang
bermasalahan untuk membantu mereka aktif dalam proses PdPc. Contohnya, murid yang
mempunyai masalah kekeluargaan. Murid-murid yang mempunyai masalah tersebut biasanya
mempunyai konsep kendiri yang rendah, sedih, murung dan sebagainya. Oleh itu, mereka
sukar untuk aktif melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan. Penyataan ini disokong oleh
Dr Mohd Jusoh dalam Bernama (2018) yang mengatakan bahawa ketidakstabilan institusi
kekeluargaan merupakan antara faktor yang membawa kepada masalah kesihatan mental
dalam kalangan remaja. Maka, sekiranya guru tidak meneroka perasaan dan jiwa murid-murid
terlebih dahulu, murid-murid pasti tidak dapat aktif berkomunikasi semasa proses PdPc
dijalankan kerana masalah yang timbul pada murid-murid adalah daripada faktor lain.

Di samping itu, walaupun pembelajaran koperatif menggalakkan murid bekerja secara


berkumpulan, berkongsi idea dan sebagainya, namun pembelajaran ini juga menimbulkan
banyak masalah yang tidak dapat meningkatkan kemenjadian murid. Contohnya, murid-murid
yang suka bersembang dengan rakan sebelah, menyanyi, menjerit dalam perbincangan
kumpulan dan sebagainya. Masalah-masalah di atas telah menyebabkan proses PdPc tidak
dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Penyataan ini disokong oleh Muhammad Faiq
Dzaki (2009) yang mengatakan bahawa pembelajaran koperatif menimbulkan kekecauan di
dalam kelas sahaja. Bukan itu sahaja, aktiviti perbincangan juga menimbulkan kesukaran
untuk melaksanakan tugasan secara bekerjasama dalam kalangan pelajar. Contohnya, bagi
sesetengah murid yang pasif, mereka tidak dapat aktif melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.
Masalah ini telah menyebabkan aktiviti perbincangan tidak dapat dijalankan dengan lancar
dan berkesan. Maka, objektif dan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan tidak dapat dicapai
dengan sepenuhnya.

Secara kesimpulan, pada pendapat saya, persekitaran psikososial bilik darjah pak 21
dapat meningkatkan proses kemenjadian murid. Guru-guru tidak boleh mengabaikan seperti
pembelajaran koperatif, suasana bilik darjah yang selesa dan mesra dan komunikasi dua hala
antara guru dengan murid kerana inilah yang boleh meningkatkan kemenjadian murid dari
aspek pengetahuan, kompetensi dan perwatakan.
PENGGUNAAN SATU MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN SATU TINDAKAN
INTERVENSI BAGI MENGAWAL PELAJAR YANG MENUNJUKKAN TINGKAH LAKU
BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH PAK21

Contoh masalah yang dihadapi oleh guru dari aspek psikososial bilik darjah ialah Ali
sering dipinggirkan oleh rakan lain dalam perbincangan kumpulan. Untuk mengatasi masalah
tersebut, guru boleh menggunakan Model Akibat Logikal Dreikurs untuk mengatasi masalah
tersebut. Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2016), Model Akibat Logikal
Dreikurs menekankan bahawa guru perlu mengenal pasti punca salah laku murid dahulu dan
seterusnya membimbing murid untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.

Pada mulanya, guru mengenalpasti punca Ali dipinggarkan oleh rakan-rakannya. iaitu
Ali suka mengeluarkan kata-kata kesat terhadap rakannya dalam perbincangan kumpulan.
Seterusnya, guru mengenalpasti motif Ali sebab mengeluarkan kata-kata kesat terhadap
rakan adalah tidak bersetuju dengan pendapat mereka. Selepas itu, guru menjelaskan
perbuatan ini akan menjejaskan hubungan antara satu sama lain dan merugikan kumpulan.
Setelah Ali sedar akan kesilapan mereka, maka guru akan bertindak untuk membantu Ali
menukar matlamat salah kepada matlamat baharu. Guru boleh memberitahu Ali tersebut
supaya menggunakan kata-kata sopan apabila tidak bersetuju dengan pendapat orang lain
seperti “Minta maaf, saya tidak bersetuju dengan pandangan tersebut kerana…” Guru juga
haruslah bertindak sebagai pembimbing dengan mengingatkan Ali cara menggunakan kata-
kata sopan semasa dalam perbincangan. Lama-kelamaan, hubungan dengan rakan lain
dapat dirapatkan dan tidak lagi dipinggirkan semasa perbincangan dalam kumpulan dan
akhirnya perbincangan akan menjadi lebih produktif dan lancar.

Guru juga boleh menggunakan pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku untuk
mengatasi masalah tersebut. Menurut Rozmarsitah (2014), dalam pengurusan kendiri
modifikasi tingkah laku, akibat dan peneguhan ditetapkan oleh murid sendiri. Apabila mereka
menunjukkan tingkah laku tertentu, mereka akan memberikan ganjaran yang telah ditetapkan
oleh mereka sendiri.

Pertama sekali, guru haruslah mengenalpasti punca Ali dipinggirkan iaitu dia sentiasa
mengeluarkan kata-kata kesat semasa perbincangan. Maka, guru memberitahu Ali tingkah
laku tersebut adalah tidak baik. Selepas itu, guru memberi kesedaran dengan memberitahu
penggunaan kata-kata kesat akan menjejaskan hubungan antara satu sama lain. Guru
menetapkan matlamat yang realistik terhadap murid-murid iaitu penggunaan kata-kata sopan
seperti “Minta maaf, saya tidak bersetuju kerana…” Seterusnya, guru memberitahu murid
bahawa hubungan antara murid dengan rakannya akan menjadi baik apabila mengubah
tingkah laku bermasalah ini. Maka, murid dikehendaki mencatat bilangan kali yang berjaya
menggunakan kata-kata sopan dalam perbincangan kumpulan untuk memastikan murid
tersebut tidak lagi mengeluarkan kata-kata kesat. Selepas itu, guru merekod pengawasan
kendiri yang disiapkan oleh murid dalam bentuk graf untuk menganalisis murid tersebut telah
berubah atau tidak. Setelah beberapa pengawasan, guru membuat penilaian dengan
bertanyakan ahli kumpulannya tentang tingkah laku murid tersebut untuk menentukan sama
ada murid masih menggunakan kata-kata kesat atau tidak. Apabila Ali tidak lagi mengeluarkan
kata-kata kesat selama sebulan, guru boleh memberi permainan Lego yang telah ditetapkan
oleh Ali sebelum ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, persekitaran psikososial di dalam bilik darjah adalah sangat penting


untuk memastikan murid-murid dapat meningkatkan kemenjadian diri mereka sendiri.
Persekitaran psikososial di dalam bilik darjah yang melibatkan hubungan guru dan murid serta
hubungan murid dengan murid seharusnya perlu dibina dengan utuh kerana secara tidak
langsung dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk mengikuti PdPc yang dilaksanakan
oleh guru. Apabila murid-murid bermotivasi maka mereka akan lebih berminat untuk
mempelajari ilmu yang disampaikan oleh guru.
BIBLIOGRAFI

Affero, Ismail & Zahar Kusnun, Mohd. (2016). Penerapan Kaedah Didik Hibur Terhadap

Motivasi Belajar Di Kalangan Murid Di Sebuah Sekolah Rendah Daerah Kluang. Johor.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Azizi Yahaya dan Intan. (2009). Pembelajaran Koperatif. Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Ainun, Zamri dan Wan Muna. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap
Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, Jilid 7 (2). November 2017: 77-88.

Bernama. (2018). Keluarga tidak stabil antara faktor masalah kesihatan mental remaja di

Terenggannu. Dimuatturun pada 30 Ogos 2019 daripada

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/keluarga-tidak-stabil-antara-faktor-

masalah-kesihatan-mental-remaja-di-terengganu-187975

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

edisi kedua. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Joe Zulkefli. (2014). Kajian tindakan komunikasi dua hala. Dimuatturun pada 30 Ogos 2019

daripada https://www.slideshare.net/jahirjowan/kajian-tindakan-komunikasi-dua-hala

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). Guru efektif dan peranan guru dalam mencapai objektif

persekolahan sekolah rendah: perspektif guru besar : Seminar Penyelidikan

Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang.


Muhammad Faiq Dzaki. (2009). Kelemahan model pembelajaran koperatif. Dimuatturun pada

31 Ogos 2019 daripada

http://penelitiantindakankelas.com/2009/03/kelemahan-model-

pembelajaran-kooperatif.html

Noor Habsah dan Yahya. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis bahasa melayu

sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar melanau daerah daro. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (1): 33-41.

Rozmarsitah. (2014). Pengurusan masalah disiplin bilik darjah. Dimuatturun daripada 26 Ogos

2019 daripada https://www.slideshare.net/Rozmarsitah/pengurusan-masalah-disiplin-

bilik-darjah

Saifuilnizan Che Ismail. (2018). Unsur didik hibur dalam pdpc. Dimuatturun pada 25 Ogos

2019 daripada https://www.pendidik.com.my/2018/04/01/unsur-didik-hibur-dalam-

pdpc/

You might also like