Teknik Menjawab Soalan Novel SPM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

AZZA

MSc.,BA(HONS) MASS COMM.,DIP. Ed CEMERLANG BAHASA MELAYU PMR DAN


SPM "HIDUP ADALAH UNTUK MENGISI CITA-CITA"
Monday, March 26, 2018

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL
Oleh Noraza Azit @ Aziz,
MS., BA(Hons Mass Comm) , Dip.Ed
Biar sedikit benih ditaburi, harap seluas samudera melimpah hikmat

1. Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib


2. Tirani karya Beb Sabariah
4(a)Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam
novel tersebut. [ 7 markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib. Antara persoalan yang
terdapat dalam novel tersebut ialah persoalan tentang pandangan jauh seorang ketua
keluarga. Buktinya, Pak Saidi berpandangan bahawa pelajaran di sekolah Melayu hanya
setakat sekolah rendah. Sekiranya bersekolah aliran Inggeris, mereka berpeluang
menyambung pelajar ke sekolah menengah dan ke sekolah tinggi. Mereka berpeluang
menjawat jawatan yang tinggi.
Seterusnya, persoalan tentang minat dan kecenderungan seseorang yang sukar
diubah.Buktinya, sejak kecil Adnan menanam minat untuk menjadi askar. Walaupun beliau
diterima menjadi guru pelatih, tetapi minatnya dalam bidang ketenteraan tidak pernah padam.
Beliau menjalani temu duga di Port Dickson dan akhirnya diterima sebagai seorang askar.
Akhir sekali, persoalan tentang sikap manusia yang mudah percaya kepada propaganda
pihak penjajah. Buktinya, Samad tidak mahu berpindah sebaliknya mengatakan bahawa
kedatangan Jepun adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu bukan untuk menjajah. Dia
juga mengatakan bahawa Inggeris mahu menguatkan cengkaman penjajahan di Tanah
Melayu.
4(b) Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
[8 markah]
JAWAPAN:
Antara nilai murni yang terdapat dalam novel leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib
ialahnilai keberanian. Buktinya, Leftenan Adnan merupakan anggota tentera yang memiliki
keberanian luar biasa. Beliau bersama-sama dengan askar Melayu yang lain berjuang
bermati-matian menentang tentera Jepun hingga titisan darahnya yang terakhir.
Seterusnya, nilai cinta akan negara. Buktinya, Leftenan Adnan sanggup melepaskan
jawatan sebagai guru pelatih dan memohon untuk menjadi tentera kerana mempunyai
semangat cinta akan negara atau semangat patriotik yang kuat.
Selain itu, nilai berpendirian teguh. Buktinya, pihak Jepun menghantar wakilnya meminta
Leftenan Adnan dan anak-anak buahnya menyerah kalah, namun beliau teguh pendirian dan
permintaan itu ditolak mentah-mentah.
Akhir sekali, nilai kasih sayang. Buktinya leftenan Adnan amat menyayangi isterinya Sophia
dan dua orang anaknya iaitu Mokhtar dan Zainudin. Adnan menghantar Sophia dan anak-
anaknya pulang ke kampung ketika mendengar berita tentera Jepun akan menyerang Tanah
Melayu dan Singapura kerana bimbang akan keselamatan mereka walaupun hatinya berat
untuk berpisah dengan mereka.

4(a) Watak utama lazimnya mendapat perhatian dan disukai oleh pembaca.
Berikan tiga alasan bagi menyokong pandangan anda dengan berdasarkan novel yang telah
anda kaji. [7 markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib. Watak utama dalam novel
tersebut ialah Adnan bin Saidi. Perwatakan beliau yang disukai oleh pembaca ialah beliau
merupakan seorang yang rajin. BuktInya, Adnan rajin membantu ayahnya menoreh getah,
bersawah padi dan memungut buah durian di dusun duriannya.
Seterusnya, Adnan juga seorang yang memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi.
Buktinya, Adnan bercita-cita untuk menjadi seorang tentera kerana sayang akan negaranya.
Untuk mencapai cita-citanya, Adnan menolak jawatan sebagai guru pelatih, sebaliknya
memohon jawatan sebagai seorang tentera.
Selain itu, beliau juga merupakan seorang yangberani. Buktinya, Adnan berikrar tidak akan
sekali-kali menyerah kalah walau apa-apa pun yang terjadi dalam peperangan menentang
tentera Jepun. Setelah kehabisan peluru, beliau sanggup bertempur jarak dekat dengan
bersenjatakan bayonet sahaja.
4(b) Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan latar tempat berserta dengan peristiwa
yang berlaku di tempat tersebut. [8 markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan karya Abdul Latip. Latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut adalah di Kampung Sungai Ramal. Buktinya, di sini merupakan tempat
kelahiran Adnan dan keluarganya.
Seterusnya, latar tempat di kampung Sungai Merab dan Kampung Sungai Ramal.
Buktinya, perlawanan bola sepak antara kampung Sungai Merab dan Kampung Sungai Ramal
kerap diadakan di sini.
Selain itu, latar tempat di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Buktinya, Adnan telah terpilih
sebagai guru pelatih dan diarah mengajar di Sekolah Melayu Sungai Ramal.
Akhir sekali, latar tempat di Port Dickson dan Kem Haig Lines. Buktinya, di situ Adnan
bersama-sama dengan empat orang rakannya menjalani proses temu duga menjadi askar.

4(a) Mengapakah unsur konflik antara watak dalam sesebuah novel itu sangat penting?
Nyatakan tiga alasan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [7 markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan karya Abdul Latip. Unsur konflik antara watak
dalam sesebuah novel itu sangat pentingkerana konflik dapat menjadikan jalan cerita lebih
menarik. Buktinya, konflik antara Pak Saidi dengan penduduk Sungai Ramal. Mereka gempar
apabila mendapat tahu Pak Saidi menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Hal ini
demikian kerana ada sekolah pondok dan sekolah Melayu di sekitar kawasan tersebut.
Mereka khuatir anak Pak Saidi menjadi murtad. Berdasarkan realiti tersebut, kita dapat menilai
corak pemikiran masyarakat pada waktu itu.
Seterusnya konflik juga digunakan untuk memperlihatkan keistimewaan watak utama
menyelesaikan konflik yang dihadapi. Buktinya, konflik askar Melayu dengan tentera
Jepun. Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya.
Mereka semakih kehabisan peluru sedangkan asakan tentera Jepun semakin bertambah.
Berlaku pertempuran jarak dekat antara askar Melayu yang menggunakan bayonet dengan
askar Jepun yang menggunakan pedang samurai. Unsur konflik ini menunjukkan betapa
watak utama iaitu Leftenan Adnan memainkan peranan penting dalam menaikkan semangat
askar-askar Melayu untuk menentang penjajah.

Akhir sekali, konflik juga dapat dijadikan iktibar atau teladan kepada pembaca. Buktinya,
konflik Samad bertengkar dengan Penghulu Sidek. Samat mengatakan bahawa kedatangan
Jepun bukannya mahu menjajah tetapi British yang mahu menguatkan cengkaman
penjajahannya. Dari sini kita mengetahui bahawa terdapat segelintir penduduk yang menjadi
penyokong kepada kedatangan tentera Jepun di Tanah Melayu kerana terpengaruh oleh
propaganda pihak Jepun.

4(b) Huraikan empat pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
[8 markah]
JAWAPAN☹ NOVEL LEFTENAN ADNAN:
Pengajaran yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib ialah kita
hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara. Buktinya, leftenan Adnan dan askar
Melayu berjuang mempertahankan negara hingga ke titisan darah yang terakhir.
Seterusnya, kita hendaklah berani mempertahankan negara. Buktinya Leftenan Adnan
dan askar Melayu yang lain berani mempertahankan negara daripada serangan Jepun dan
tidak takut mati.
Selanjutnya, kita hendaklah memiliki wawasan dan berpandangan jauh. Buktinya, Pak
Saidi memilih sekolah aliran Inggeris untuk anak-anaknya kerana beliau sedar banyak ilmu
pengetahuan yang dapat ditimba sekiranya memilih sekolah tersebut.
Akhir sekali, kita janganlah mengabaikan pelajaran anak-anak. Buktinya, setiap malam
Pak Saidi mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran. Beliau mahu anak-anaknya mendapat
ilmu dunia dan ilmu akhirat secara seimbang dan secukupnya.
JAWAPAN☹NOVEL TIRANI:
Pengajaran yang terdapat dalam novel Trani karya Beb Sabariah ialah kita mestilah berani
membuat keputusan demi kesenangan masa depan. Buktinya, berbekalkan sifat cekal dan
jati diri, Waheeda berani membeli Chalet Iwana-Iwani kepunyaan Pak Cik Abdul Aziz Imran
yang terletak di Cameron Highlands setelah melihat lokasi, potensi dan kemudahan yang
terdapat di chalet itu. Dia sanggup membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan
siswazah, Bank Pembangunan.
Seterusnya, kita mestilah bersikap baik hati terhadap orang lain. Buktinya, Bazilah
membenarkan Waheeda menetap di rumahnya di Yishun Street sepanjang tempoh Waheeda
menjalani rawatan mata dan hidungnya di Silicon Medical Center, Singapura.
Akhir sekali, kita mestilah bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
Buktinya, sebagai seorang pakar bedah mata yang berpengalaman, Dr. Shirrim Ghazizadeh
bertanggungjawab dan bertungkus-lumus melakukan pembedahan pada bahagian mata
Waheeda, manakala pembedahan hidungnya diketuai oleh Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.
4(a) Huraikan dua perbezaan antara watak utama dengan watak sampingan berdasarkan
novel yang telah anda kaji. [7 markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan karya Abdul Latip. Watak utama hanya seorang
dalam novel ini ialah Adnan bin Saidi manakala watak sampingan ada banyak iaitu Sophia,
Nordin, Samad, Jeneral A.E. Percival, Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita dan lain-lain.
Watak utama memainkan peranan yang paling banyak dan paling penting berbanding
watak sampingan dalam novel tersebut. Watak sampingan bersifat pembantu sahaja dalam
plot cerita. Buktinya, watak leftenan Adnan terlibat dalam semua peristiwa penting dari mula
hingga akhir cerita. Hal ini berbeza dengan watak Pak Saidi yang tidak terlibat dalam semua
peristiwa peting seperti peristiwa peperangan menentang tentera Jepun.
4(b) Jelaskan beberapa unsur kemasyarakatan berserta dengan contoh yang terkandung
dalam novel yang anda kaji. [8 markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan karya Abdul Latip. Berapa unsur kemasyarakatan
yang terkandung dalam novel tersebut adalah tentang masyarakat yang berpandangan
jauh ke hadapan. Buktinya, Pak Saidi menghantar anak-anaknya belajar di sekolah aliran
Inggeris kerana dia sedar bahawa anak-anaknya akan banyak memperoleh ilmu pengetahuan
di sana. Walaupun sebahagian daripada orang kampung tidak menyukai langkahnya itu,
namun Pak Saidi tidak menghiraukannya.
Unsur kemasyarakatan seterusnya adalah tentang masyarakat tentera yang sanggup
berkorban untuk mempertahankan negara.Contohnya, Rejimen Askar Melayu telah
berkorban nyawa untuk mempertahankan negara. Leftenan Adnan berikrar tidak akan sekali-
kali menyerah kalah walau apa-apa pun yang terjadi dalam peperangan menentang tentera
Jepun. Setelah kehabisan peluru, beliau sanggup bertempur jarak dekat dengan hanya
bersenjatakan bayonet.
Selanjutnya , adalah tentang masyarakat yang menjadi pembelot dan pengkhianat
bangsa.Contohnya, Saman menjadi tali barut Jepun dengan memberikan maklumat risikan
kepada tentera Jepun di Singapura. Selain itu, Samad mengapi-apikan orang-orang kampung
kononnya kehadiran Jepun adalah untuk membebaskan Tanah Melayu dan Singapura
daripada cengkaman Inggeris.
NOVEL TIRANI KARYA BEB SABARIAH
4(a) Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan dua peristiwa menarik yang terdapat
dalam novel tersebut. [ 7 markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah Tirani karya Beb Sabariah. Dua peristiwa menarik yang terdapat
dalam novel tersebut ialah peristiwa Raidah yang menganyam kelongsong ketupat lepas
daripada daun pucuk nipah muda sambil mengajarkan kaedah-kaedah menganyam
kelongsong tersebut kepada Ghazi dan pekerja-pekerja lain di Chalet Tajau Emas.
Peristiwa ini dikatakan menarik kerana dapat menunjukkan sifat baik hati Raidah yang
bersedia untuk berkongsi kemahirannya dengan orang lain sekali gus dapat mengekalkan
budaya tradisi masyarakat Sarawak yang semakin dipinggirkan oleh generasi
muda.
Seterusnya, peristiwa Waheeda yang berani membuat keputusan membuat pinjaman
daripada Bank Pembangunan untuk membeli Chalet Iwana-Iwani daripada Pak Cik
Abdul Aziz Imran. Peristiwa ini menarik kerana dapat menunjukkan sifat berani dan cekap
seorang wanita yang harus dicontohi oleh masyarakat termasuklah para pembaca novel ini.
4(b) Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
[8 markah]
JAWAPAN:
Tiga nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut ialah nilai kerajinan. Buktinya, waheeda
rajin mengulang kaji pelajarannya hingga berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai dan memperoleh Ijazah Pengurusan Perniagaan dan
Pelancongan.
Seterusnya, nilai rasional. Buktinya, Waheeda tekad dan bersedia menanggung risiko atas
rekonstruksi mata dan hidungnya yang bertujuan untuk membaiki batang hidungnya yang
pesek dan membetulkan sedikit kelopak matanya.
Akhir sekali, nilai kebijaksanaan. Buktinya, Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungan
yang dialaminya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling daripada Dr.
Qamariah di Pusat Rawatan Islam(Pusrawi) Kuala Lumpur.
4(a) Watak utama biasanya dikaitkan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa
dihadapinya.
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan cara watak utama menghadapi cabaran
tersebut. [ 7 markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah Tirani karya Beb Sabariah. Watak utama bagi novel tersebut ialah
Waheeda Nurlyana. Antara cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapinya ialah . Cara
watak utama menghadapi cabaran tersebut ialah Waheeda bertekad melakukan rekonstrksi
pada bahagian hidungnya dan membetulkan sedikit kelopak matanya di Silicon Medical
Center(SMC), Singapura walaupun harga bagi pembedahan tersebut mencecah puluhan ribu
ringgit.
Seterusnya, cabaran berhadapan dengan kata-kata fitnah dan tuduhan melulu
suaminya. Zahid menuduh Waheeda berlaku curang dan bermain kayu tiga dengn lelaki
lain dan tidak mengakui bayi perempuan yan dilahirkan oleh Waheeda itu sebagai anak
kandungnya yang sah. Cara watak utama menghadapi cabaran tersebut ialah, Waheeda
melakukan ujian DNA bagi membuktikan kebenaran bahawa dia memang seorang isteri setia
dan tidak pernah mengkhianati kasih suaminya itu.
4(b) Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan latar tempat berserta dengan peristiwa
yang berlaku di tempat tersebut. [8 markah]
Latar tempat yang terdapat dalam novel Tirani ialah di bilik wad eksklusif, Hospital Pakar
Normah. Buktinya, di sinilah tempat Datin Hazirah dan Aniyah yang datang melawat
Waheeda dan bayi perempuannya dengan membawa sejambngan bunga dan sekeping kad
ucapan.
Seterusnya di Silicon Medical Center(SMC), Singapura. Buktinya, di sini tempat Waheeda
menjalani pembedahan hidungnya yang dijalankan oleh Dr. Averroes atau Dr.Rushdi dan
pembedahan membetulkan sedikit kelopak matanya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim
Ghazizadeh.
Akhir sekali, di Pusat Rawatan Islam(Pusrawi).Buktinya, di sini tempat Waheeda
mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling daripada Dr. Qamariah bagi mengatasi
masalah kemurungan yang dialaminya.

4(b) Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
[8 markah]
NORAZA AZIZ at 5:53 AM
Share

1 comment:

1.
UnknownFebruary 23, 2019 at 3:52 PM

terima kasih atas perkongsian=)


Reply
Links to this post
Create a Link



Home
View web version
About Me

NORAZA AZIZ
Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Berpengalaman luas mengajar kelas peperiksaan PMR & SPM, bergelumang dengan kertas
peperiksaan PMR dan SPM kertas 2, pernah menjadi penulis skrip SELAMAT PAGI MALAYSIA,
Peg. Kraf di Infokraf yang menerbitkan dokumentari Adiguru(perihal tokoh kraf kebangsaan)
"RAHSIA KEJAYAAN:FOKUS 100 %, TEKUN BERUSAHA DAN BELAJAR DARIPADA KEGAGALAN"
Add.Facebook: azza_smkhk@yahoo.com
View my complete profile
Powered by Blogger.

You might also like