Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Benarkah Hadith Tentang Doa Qunut Subuh Dhaif?

Adlan Bin Abd Aziz – Tirmidhi Centre

1- Terdapat sebahagian pendakwah dan penuntut ilmu yang dilihat cenderung


mengkritik pendapat-pendapat dalam mazhab Syafie sedangkan mereka berada di
dalam negara yang mengamalkan mazhab ini.
2- Kritikan ilmiah sememangnya tidak boleh dihalang dan ia merupakan tanda positif
bahawa ilmu itu berkembang dalam masyarakat. Namun kadangkala kritikan itu
tidak disampaikan dengan tepat dan menyeluruh sehinggakan masyarakat yang
mendengar boleh terkeliru.
3- Ada yang menyatakan bahawa hadith-hadith yang berkaitan doa qunut Subuh adalah
dhaif atau sangat dhaif sehinggakan tidak boleh dijadikan hujah untuk menyatakakan
bahawa doa qunut Subuh itu satu perkara sunat. Sedangkan para ulama dan
masyarakat yang mengamalkan mazhab Syafie RH turun temurun menerima amalan
ini.
4- Kita perlu juga tahu bahawa mazhab Syafie bukanlah satu-satunya mazhab yang
menerima doa qunut Subuh. Satu lagi mazhab yang mengamalkan doa qunut Subuh
adalah mazhab Maliki walaupun agak berbeza dengan mazhab Syafie dari beberapa
sudut.
5- Maka dakwaan bahawa doa qunut Subuh ini bersandarkan hadith dhaif perlu diteliti
kerana dua mazhab utama umat Islam mengamalkannya. Dalam masa yang sama
kita juga menyedari dua lagi mazhab utama iaitu mazhab Hanafi dan mazhab
Hambali tidak mengamalkan qunut subuh.
6- Jika sekiranya ada seseorang yang menyatakan bahawa beliau mengikuti mazhab
Hanafi dan mazhab Hambali dalam isu doa qunut Subuh, mungkin ia perkara yang
tidak mengelirukan masyarakat kita.
7- Namun menyatakan bahawa doa qunut Subuh tidak diamalkan kerana hadith-
hadithnya dhaif, ia pasti mengelirukan masyarakat yang ingin beramal. Seakan-akan
selama ini pendapat yang mengamalkan doa qunut Subuh itu salah atau berasaskan
hadith dhaif yang tidak boleh diamalkan.
8- Apabila kita membaca kitab-kitab karya mazhab Syafie dan mazhab Maliki, kita
dapati para ulama kedua mazhab ini menyenaraikan Hadith-Hadith yang sahih dan
hujah-hujah lain seperti amalan sahabat RA yang membuktikan doa qunut Subuh
digalakkan dan diamalkan. Menyatakan bahawa ‘hadith doa qunut Subuh dhaif’
hanyalah mengelirukan masyarakat.
9- Secara ringkasnya, terdapat hadith-hadith yang disepakati sahih digunakan untuk
menyatakan bahawa doa qunut Subuh diamalkan oleh Rasulullah SAW. Terdapat
juga hadith-hadith yang diperselisihkan oleh para ulama tentang doa qunut Subuh.
10- Maka menyatakan bahawa ‘Hadith-Hadith doa qunut adalah dhaif’ seakan satu
penceritaan yang tidak lengkap dan ini pasti mengelirukan mereka yang tidak
mengkaji.
11- Terdapat hadith-hadith yang disepakati sahih yang menyatakan bahawa Rasulullah
SAW berqunut pada solat Subuh. Namun terdapat perbincangan pada maksudnya
sama ada Rasulullah SAW meninggalkannya setelah beberapa waktu atau terus
melakukannya pada solat Subuh.
12- Para ulama membincangkan sama ada Baginda SAW meninggalkan ‘doa qunut’ itu
sendiri atau hanya meninggalkan ‘isi kandungan doa qunut yang mendoakan kaum
tertentu’.
13- Manakala terdapat pula hadith-hadith tertentu yang diperselisihkan ulama adakah ia
sahih atau dhaif. Di antaranya seperti Hadith yang diriwayatkan berkaitan ‘Baginda
Rasulullah SAW berqunut pada Subuh sehingga akhir hayat’.
14- Sebahagian pengkaji Hadith cuba menyenaraikan pelbagai kritikan terhadap hadith
ini dan hadith-hadith lain yang membawa pernyataan yang sama. Sedangkan dalam
masa yang sama, mereka seharusnya sedar bahawa hadith sebegini telah dinilai
sahih oleh sebahagian ulama. Maka terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan
ulama.
15- Terdapat juga riwayat daripada Sahabat yang tidak berqunut malah ada yang
menyatakan ia sebagai ‘Muhdath’ atau bid’ah. Namun perlu dinyatakan bahawa
terdapat banyak riwayat yang menunjukkan ramai sahabat RA melakukan doa qunut
Subuh.
16- Pada hakikatnya, mazhab yang menyokong doa qunut Subuh sebagai satu amalan
sunat pada setiap waktu Subuh mempunyai hujah daripada hadith yang sahih
berdasarkan huraian dan penjelasan yang panjang lebar. Manakala yang
menganggap ia tidak sunat pada solat Subuh juga mempunyai hujah daripada hadith
yang sahih berdasarkan huraian dan penjelasan.

You might also like