Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
BIL: 02/2017

Tarikh : 12 April 2017


Hari : Rabu
Masa : 12.00 – 2.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1

Kehadiran:

1.Pn Zaiton bt Abdul Hamid (GKM Bidang Kemanusiaan)


2.En Zaini bin Othman (Ketua Panitia PJPK)
3.En Shukri bin Othman
4.Pn Tan Saw Saw
5.En Asmawi bin Osman
6.Pn Zaini bt Khalid
7.Pn Norafirah Abdul Aziz
8.Pn. Siti Norhafiza bt Mansor
9.Pn. Marziawati bt Ibrahim
10.Pn. Noor Salmiah bt Firdaus

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru ke mesyuarat panitia


pada kali ini dan mengucapkan selamat datang kepada guru-guru yang diserap
masuk ke dalam panitia ini.

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2. Minit mesyuarat kali pertama di bentangkan dan disahkan.

Tindakan : Makluman

III. PERKARA BERBANGKIT


3. Perkara II (2) – Pengerusi mengingatkan agar semua guru menyimpan data
SEGAK pelajar dengan baik. Semua data ini perlu dimasukkan ke dalam sistem
PAJSK secara atas talian.
4. Perkara II (3) – Perancangan Pengerusi untuk LDP ahli panitia PJPK ialah berkayak.
Walaubagaimanapun, tarikh dan masa masih belum ditetapkan.
5. Perkara II (5) – Guru-guru boleh mengambil ‘mastercopy’ Modul PBS bagi
tingkatan 1, 2 dan 3 daripada GKM Kemanusiaan dan diperbanyakkan untuk
kegunaan pelajar.
6. Perkara II (9) – Panitia akan membeli peralatan tambahan bagi memudahkan guru-
guru iaitu 10 set kompas, satu set peralatan SEGAK, empat buah penimbang digital
dan alat untuk mengukur tinggi.

Makluman : Semua guru

ISU-ISU PANITIA

IV. PELAKSANAAN LDP/CPD/PLC

7. GKM Kemanusiaan mencadangkan agar diadakan satu LDP di Maktab Perguruan


Sultan Abdul Halim bersama-sama dengan pensyarah yang mempunyai kepakaran
dalam bidang PJPK.
8. Pengerusi meminta diadakan satu Program Fizikal kepada guru-guru. Aktiviti yang
dicadangkan ialah Bowling dan Puan Noraini dilantik sebagai Pengarah Program.

Tindakan : Makluman

V. SEMAKAN BUKU NOTA DAN BUKU LATIHAN MURID

9. GKM Kemanusiaan memaklumkan bahawa untuk tahun-tahun yang akan


datang, semakan buku nota dan buku latihan murid bagi matapelajaran PJK akan
bermula pada penggal kedua.
10. GKM Kemanusiaan juga memaklumkan bahawa modul akan dicetak untuk
setiap pelajar.

Tindakan : Makluman

VI. PENCERAPAN PDP GURU

11. Semua guru mestilah akur dengan jadual pencerapan yang telah disediakan.
12. Semua guru mestilah bersedia untuk dicerap oleh GKM samada di dalam kelas
atau ketika di padang. Pastikan pakaian guru sesuai untuk subjek PJPK.

Tindakan : Semua guru


VII. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN GURU

13. Penghantaran buku rekod mengajar pada hari khamis setiap minggu.
14. Antara perkara penting dalam penulisan RPH bagi aktiviti pelajar ialah
pemanasan badan, kemahiran yang diajar, permainan kecil dan penyejukkan
badan.

Tindakan : Semua guru

VIII. PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR

15. Alat bantu mengajar ada disediakan di dalam stor sukan.


16. Guru-guru boleh memaklumkan kepada ketua panitia jika memerlukan alat
bantu mengajar selain dari yang disediakan.
17. Panduan SEGAK akan disediaakan untuk semua guru PJPK.

IX. UJIAN, PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

18. Bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun, senarai guru yang akan menyediakan
set soalan adalah seperti berikut:-

Tingkatan Guru
1 Pn Norafirah
2 Pn Noraini
3 Pn Marziawati
4 Pn Salmi
5 En Syukri

19. Pembahagian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun ialah 40% markah
peperiksaan, 20% latihan pelajar dan 40% SEGAK.
20. GKM memaklumkan bahawa akan dibangunkan satu sistem yang membolehkan
guru mengira BMI dan tahap kecergasan pelajar apabila guru-guru
memasukkan data SEGAK pelajar.
21. Pelaksanaan SEGAK tidak boleh bersambung pada waktu PdP seterusnya
untuk pelajar yang sama. Set ujian SEGAK perlu diselesaikan dalam satu masa.

Tindakan : Semua guru


X. HAL-HAL LAIN

22. Setiap alatan yang digunakan perlu direkod di dalam Buku Iventori yang
diletakkan di hadapan bilik PJK.
23. Guru perlu menegur amalan pelajar yang tidak suka memakai kasut semasa
melakukan aktiviti di padang.
24. Data SEGAK dan intervensi untuk setiap pelajar perlu dicatat dalam Buku Rekod
Mengajar guru.
25. Sempena Bulan Kurikulum dan Bulan Kemanusian, Ketua Panitia mencadangkan
agar diadakan Pertandingan Mendaki Bukit H dan En. Asmawi dilantik menjadi
Pengarah Program.
26. ’Smart TV’ dalam Bilik Media akan dibawa ke kantin bagi membolehkan pelajar
menonton video-video permainan yang berkaitan.

Tindakan : Semua guru

XI. PENUTUP

27. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh:

_____________________
Puan Norafirah Abdul Aziz
(Setiausaha Panitia PJPK)

You might also like