Karya Syed Ahmad Jamal:"Bumi Dan Langit I" (1998)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Karya Syed Ahmad Jamal :"Bumi dan Langit I" (1998)

Karya di atas merupakan salah satu karya terunggul yang membawa seribu
makna oleh Syed Ahmad Jamal (SAJ) bertajuk "Bumi dan Langit I”. Karya ini
telah dihasilkan pada tahun 1998. Karya ini dilukis dengan mengunakan akrilik
di atas kanvas berukuran 203sm x 274.5sm. Secara keseluruhannya, Syed
Ahmad Jamal menggunakkan subjek alam semula jadi sebagai teras untuk
menghasilkan karya ini. Jika dilihat dengan teliti, karya ini terbahagi kepada
empat bahagian. Bahagian pertama yang bermula pada bahagian bawahnya
terdiri daripada lapisan bumi, bahagian kedua pula terdiri daripada tumbuh-
tumbuhan dan bukit-bukau. Pada bahagian ketiga diwakili oleh oleh awan,
jalur cahaya dan hujan. Seterusnya pada bahagian keempat di atasnya terdiri
daripada langit dan bintang-bintang. Beliau menggunakkan elemen seni
seperti kombinasi garisan, rupa, bentuk, dan jalinan untuk mengukuhkan lagi
struktur karyanya.

Garisan digunakan ialah garisan garisan condong (diagonal line), garisan


cembung (curve line), dan garisan melintang (horizontal line). Gabungan
daripada garisan ini menghasilkan beberapa jenis jalinan (texture) yang
banyak menolong untuk memperkayakan lagi karya Syed Ahmad Jamal..
Secara keseluruhannya Syed Ahmad Jamal menggunakan jalinan mujarad
(abstract texture).

Dari aspek elemen ruang pula, Syed Ahmad Jamal menggunakan `ruang
mendatar’ dan `ruang cetek’. Syed Ahmad Jamal menggunakan `warna panas’
ke `warna sejuk’ dalam pengolahan karyanya ini. Warna merah (warna panas)
pada bahagian pertama atau bawah karya. Diikuti dengan warna kuning
(warna panas) memenuhi sebahagian kawasan bumi. Warna biru muda
(warna sejuk) di bahagian ketiga iaitu kawasan awan dan akhirnya warna biru
tua (warna sejuk) di bahagian langit dan bintang-bintang.
Karya Ahmad Khalif Yusof : Hikayat Seribu Satu Malam (1995)
Karya ini merupakan lain dari yang lain kerana Ahmad Khalid Yusof
menghasilkan sesuatu yang baru daripada berpegang kepada satu kebiasaan
sejak tahun 1971dalam karyanya iaitu menggunakkan kaligrafi khat. Karya ini
dilukis dengan mengunakan akrilik di atas kanvas berukuran 89cm x 89cm.
Melalui karya ini, beliau berhadapan dengan alam fantasi tempat yang
diilhamkan daripada kisah Hikayat Seribu Satu Malam. Mesej yang cuba
disampaikan oleh Ahmad Khalid Yusof melalui lukisan ini ialah, lukisan yang
dilukis menjadi topeng kepada sesuatu suasana di tempat misteri tetapi tidak
apa yang berlaku di dalam. Suasana waktu malam ajaib diwarnai dengan
campuran warna hijau lumut yang diiringi dengan warna oren terang dan
warna merah. Selain itu, garis-garis pendek dan titik digunakan untuk
menggantikan tulisan Jawi biasa beliau. Ia telah membantu untuk
mengukuhkan lagi struktur karyanya.

Hbart.com.my. 2014. Lot 015. [online] Boleh didapati di:


http://hbart.com.my/index.php?
page=shop.product_details&product_id=15&flypage=flypage_lite_pdf.tpl&pop
=0&option=com_virtuemart&Itemid=91 [ Di akses pada: 8 Apr 2014].

Karya Bumi Dan Langit 1, S. A. J. 2013. Pencari Jalan-Jalan Hidayah: Karya


Bumi dan Langit 1, Syed Ahmad Jamal. [online] Boleh didapati di:
http://datunazib.blogspot.com/2013/04/karya-bumi-dan-langit-1-syed-ahmad-
jamal.html [Di akses pada: 8 Apr 2014].

You might also like