Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

APRIL

JLN PP 3B, TAMAN PUTRA PERDANA


47130 PUCHONG SELANGOR
TEL : 03-83119204 FAX : 03-83119234 KOD SEKOLAH : BBA9224
EMEL : bba9224@moe.edu.my BLOG : http//sktmnputraperdana.blogspot.com
2019
KERTAS KERJA
BENGKEL PERSEDIAAN APPSC TAHUN
2019

DISEDIAKAN OLEH:

PN. NUR MURNI BINTI ABDULLAH


SETIAUSAHA LATIHAN PERSONEL
SK TAMAN PUTRA PERDANA

‘Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan’


KEMPEN GALAKAN MEMBACA - Kertas Kerja Minggu PSS 2019

KERTAS KERJA BENGKEL PERSEDIAAN APPSC TAHUN 2019

1.0 TUJUAN

1.1 Menyampaikan maklumat terkini berkaitan penilaian ‘APPSC’ tahun


2019.

1.2 Meneliti skop dan bidang tugas setiap jawatankuasa pelaksana yang
terlibat.

1.3 Meningkatkan kefahaman ahli jawatnkuasa berkaitan bidang tugas


masing-masing.

1.4 Memberi bimbingan secara berhadapan kepada ahli jawatankuasa


dalam melaksanakan tugasan.

1.5 Memastikan semua ahli jawatankuasa mendapat maklumat yang jelas


dan memahami proses pelaksanaan tugasan yang diberikan.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Surat Pekeliling Ikhtias bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 telah
menyatakan bahawa Program NILAM wajib dijalankan di semua
sekolah di seluruh negera. Selain itu, usaha ke arah merancakkan aktiviti
galakan membaca wajar digerakkan untuk menyokong hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menarik minat murid lebih
banyak membaca.

2.2 Program NILAM merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan


Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid
dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu
dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekolah perlu mengadakan aktiviti-
aktiviti galakan membaca secara berperingkat dan berterusan meliputi
aktiviti asas, aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan. Justeru itu, satu
strategi yang berkesan perlu dilaksanakan untuk memperhebatkan lagi
pencapaian Program NILAM ke tahap yang lebih baik dan menyeluruh.

2.3 Ruang dan peluang perlu diberi kepada semua murid tanpa mengira
latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi agar anak-anak
mendapat akses kepada pendidikan berkualiti memandangkan ilmu
menjadi prasyarat dalam pembinaan tamadun.

1
‘Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan’
KEMPEN GALAKAN MEMBACA - Kertas Kerja Minggu PSS 2019

3.0 OBJEKTIF

3.1 Sebagai satu medium untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan


APPSC bagi tahun 2019.

3.2 Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah


dalam memantapkan persedian setiap jawatankuasa yang terlibat
pada tahun ini.

3.3 Memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada semua jawatankuasa yang
terlibat bagi memastikan kualiti kerja.

3.4 Membuka ruang kepada ahli jawatankuasa untuk bertanya soalan


mengenai bidang tugas masing-masing.

3.5 Memantau pergerakan bidang tugas setiap jawatankuasa yang ada.

4.0 ASAS PERTIMBANGAN


Tabiat membaca perlu disemai dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Melalui
kempen galakan membaca menerusi Minggu Pusat Sumber 2019, diharap
dapat melahirkan insan yang menghargai serta cintakan buku, seterusnya
melahirkan insan yang berilmu dan berpengetahuan luas sejajar dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mencakupi elemen
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Tiada peruntukan kewangan yang diperlukan.

6.0 SUMBER KEWANGAN


6.1 Tiada

7.0 STRATEGI CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

 Nama Program : Bengkel Persediaan APPSC Tahun 2019


 Tarikh : 20 April 2019
 Hari : Sabtu
 Sasaran : Semua guru SKTPP

2
‘Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan’
KEMPEN GALAKAN MEMBACA - Kertas Kerja Minggu PSS 2019

Masa Aktiviti Catatan


7.30 pagi Pendaftaran
8.00-8.30 pagi  Ucapan Pengerusi Majlis
 Bacaan doa
 Ucapan Guru Besar
 Ucapan Gpm

8.30-10.00 pagi Sesi 1-


10.00-10.20 pagi Sesi 2 -
10.20-12.20 t/hari Sesi 3-
12.20-1.20 petang Sesi 4
1.20 – 2.00 petang Penutup

8.0 JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER:

 Penasihat : Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar)


 Pengerusi : Pn. Azizah binti Mokhlas (PK Kurikulum)
 Naib Pengerusi 1 : Pn. Jumilah binti Ahmad (PK Petang)
 Naib Pengerusi 2 : Pn. Rosmah binti Jamat (PK HEM)
 Naib Pengerusi 3 : En. Shahrizal bin Ya’am (PK KOKU)
 Naib Pengerusi 4 : Pn. Norhamizah binti Hamzah (PK PPKI)
 Setiausaha : Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji (GPM)
 Naib setiausaha : Pn. Siti Maziah binti Mohamad Tajuddin
 Bendahari : Pn. Maizara binti Mahat

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:

SENARAI TUGASAN SENARAI AJK PERINCIAN TUGASAN

PENYELARAS PROGRAM:  Arnny Yusnita binti Enarji o Berhubung terus dengan


 Faridatul-Akmal binti Ismail GPM untuk gambaran jelas
 Nur Athirah Amani binti program.
Muhammad Abdul Wahab o Memastikan majlis berjalan
dengan lancar.
o Menjadi medium interaksi
antara ajk yang lain.
o Memastikan semua
keperluan majlis tersedia
sebelum majlis berlangsung.

PENGACARA MAJLIS:  Nurliza binti Ab Rahman  Berhubung terus dengan


penyelaras program.

3
‘Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan’
KEMPEN GALAKAN MEMBACA - Kertas Kerja Minggu PSS 2019

 Menyediakan teks dan


mengacara sepanjang
majlis.
 Mendapatkan senari
kehadiran VIP daripada
penyelaras program.
 Mendapatkan senarai
pemenang daripada
penyelaras-penyelaras
pertandingan.
 Menyerahkan 3 salinan teks
kepada ajk dokumentasi.

PA SISTEM:  Tarmiji binti Sabali  Berhubung dengan


 Ahmad Zubair bin Muhamad penyelaras program
Taib sekiranya memerlukan audio
 Wan Mohd Roswandy bin Wan khas sepanjang program.
Ibrahim  Memastikan PA System
 Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman berada dalam keadaan baik
sebelum majlis bermula.
 Memuaturun atau
menyimpan sound effect
yang diperlukan ketika majlis
sebelum majlis berlangsung.
 Mengendalikan PA System
semasa dan selepas majlis
berlangsung.

BUKU PROGRAM:  Komagal a/p Kunaisekaran  Berhubung terus dengan GPM


atau Penyelas Program untuk
mendapatkan maklumat
program.
 Membuat 10 salinan hard copy.
 Menghasilkan buku program
digital untuk rujukan guru-guru.
 Menyerahkan 3 salinan buku
program kepada AJK
Dokumentasi.

BACAAN DOA  Mahadir bin Midun  Menyediakan teks bacaan doa.


 Membaca doa semasa majlis
pelancaran.
 Memberikan 3 salinan teks doa
kepada ajk dokumentasi.

FOTOGRAFI  Srimahathevan a/l Vadivelu  Mengambil gambar setiap


 Noor Azlinda binti Kasmin aktiviti minggu ps.
 Memuatnaik gambar aktiviti
minggu ps ke google drive SKTPP.

4
‘Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan’
KEMPEN GALAKAN MEMBACA - Kertas Kerja Minggu PSS 2019

POSTING BLOG UJANA  Visva Vilasini a/p Koppal@  Membuat posting mengenai
ILMU & BLOG SKTPP Goppal aktiviti sepanjang minggu ps.
 Mohamad Hasbullah bin  Setiap gambar, ada caption.
Zainal Abidin

DOKUMENTASI  Azwani binti Mohamed  Membuat 3 salinan


Noordin @ Noordin dokumentasi.
 Norzainon binti Mohd Razali  Ikut garis panduan yang
 Zailezah binti Sardi telah diberikan.
 Norasmawati binti Omar  Pastikan cap Guru Besar ada
 Fadhilah binti Talib pada setiap helaian yang
 Nazahiyah binti Ab Rahman penting.
 Nor Rafini binti Othman  Pastikan gambar ada
caption.

10.0 PENUTUP

Pusat Sumber SKTPP amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan


dan kelulusan pihak tuan untuk menyokong usaha kami menggiatkan kempen
galakan membaca sesuai dengan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK)
yang telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada 13 Disember
2018. Pelaksanaan program serta aktiviti-aktivi sepanjang minggu pusat
sumber ini juga dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi NILAM di
peringkat sekolah, negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Selain itu, Pusat
Sumber SKTPP juga berharap dengan pelaksanaan program ini akan dapat
menarik minat warga sekolah ke arah perubahan sikap positif yang lebih
cemerlang menerusi pembacaan yang berkualiti selaras dengan aspirasi
negara menjadikan Malaysia sebagai negara membaca dan melahirkan
masyarakat berilmu bertaraf dunia.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh;

(ARNNY YUSNITA BINTI MD ENARJI (AZIZAH BINTI MOKHLAS)


SETIAUSAHA PENOLONG KANAN KURIKULUM
PUSAT SUMBER SEKOLAH SK TAMAN PUTRA PERDANA

5
‘Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan’
KEMPEN GALAKAN MEMBACA - Kertas Kerja Minggu PSS 2019

SK TAMAN PUTRA PERDANA

11.0 SYOR

PERMOHONON DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI

12.0 CATATAN
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

______________________________________
(PN. HAJAH ROHAIDAH BINTI MOHD ALI)
GURU BESAR
SK TAMAN PUTRA PERDANA

6
‘Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan’

You might also like