Kertas Kerja Penubuhan Kelab Pencinta Buku

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGIRAN OMAR”

KERTAS KERJA PENUBUHAN

Kelab Pencinta Buku


SMK PENGIRAN OMAR

SEBAGAI
AKTIVITI KOKURIKULUM di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGIRAN OMAR

Oleh

( )
Guru Perpustakaan dan Media
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB PUSAT SUMBER
SMK PENGIRAN OMAR

1.0 Pengenalan

Pusat Sumber Sekolah merupakan gerbang ilmu dan sumber maklumat kepada semua warga sekolah dan
masyarakat sekitarnya. Ia memainkan peranan penting sebagai sebuah pusat pengurusan ilmu dan maklumat
global di mana pelbagai perkhidmatan dapat diperoleh bagi meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran demi melahirkan pendidikan yang bermutu. Di pusat sumber juga seharusnya murid-murid
didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan berkaitan pusat sumber dan menggunakan
beraneka media yang disediakan. Sehingga akhir tahun 2018, koleksi perpustakaan telah meningkat dan
terdiri dalam pelbagai bidang ilmu. Koleksi ini terdiri daripada bahan bercetak dan bukan bahan bercetak
serta elektronik. Sejajar dengan perkembangan fungsi pusat sumber sekolah, Kelab Pencinta Buku wajar
ditubuhkan dalam memperkasakan fungsi pusat sumber sekolah dan sebagai sebahagian dalam aktiviti
Kokurikulum di SMK PENGIRAN OMAR sekaligus menjana bakat kepimpinan para ahli.

2.0 Rasional

Kegiatan Kokurikulum sekolah adalah bertujuan untuk memberi pendidikan mental, fizikal dan rohani kepada
murid-murid secara tidak formal. Pengalaman melalui kegiatan kokurikulum bertambah berkesan jika murid-
murid terlibat secara aktif dan dapat melihat faedahnya untuk masa depan mereka. Untuk mencapai hasrat
tersebut maka penubuhan "Kelab Pencinta Buku SMKPO” dicadangkan. Ahli “Kelab Pencinta Buku SMKPO“
akan didedahkan dengan cara-cara menjalankan kerja penyelenggaraan bahan bacaan dan alatan pandang
dengar yang mudah. Kelab Pencinta Buku SMKPO juga dapat membantu pihak sekolah dalam menguruskan
Pusat Sumber Sekolah di samping untuk memaksimakan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran,
serta memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari pelbagai kemahiran alaf abad ke-21. Ini
merupakan pembelajaran seumur hidup.

3.0 Matlamat

Melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi demi merealisasikan aspirasi murid
seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2035.

4.0 Objektif

4.1 Memberi pengetahuan asas kepada kumpulan sasaran mengenai genre- genre buku yang ada di
pusat sumber sekolah dan kaedah pengendaliannya.

4.2 Memberi galakan kepada murid untuk berkhidmat di perpustakaan.

4.3 Memberi latihan dan membina kemahiran dalam aspek perpustakaan.

4.4 Menyerlahkan bakat kepimpinan murid

4.5 Mendidik murid menjadi pembimbing rakan sebaya dalam aspek pendidikan penggunaan
perpustakaan.
5.0 Motto

'Ilmu Rintis Modal Insan Berpengetahuan Tinggi’

6.0 Kumpulan Sasaran

Semua ahli Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan murid yang berminat.

7.0 Peranan " Kelab Pencinta Buku SMKPO"

" Kelab Pencinta Buku SMKPO" akan melatih anggota kelab:

7.1. Melaksanakan literasi maklumat dengan berkesan


7.2 Mengkatalog bahan sumber serta merekod stok bahan sumber dan alatan.
7.3 Menjalankan penyelenggaraan bahan dan alatan yang mudah.
7.4 Menerbitkan bahan-bahan sumber bercetak dan bukan cetak.
7.5 Melaporkan segala kerosakan alatan.
7.6 Membuat rekod menggunakan komputer.

8.0 Organisasi “Kelab Pencinta Buku SMKPO "

Jawatankuasa " Kelab Pencinta Buku SMKPO " akan terdiri daripada:

Guru Penasihat :
Pen Guru Penasihat :
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
AJK Tingkatan 5 :
AJK Tingkatan 4 :
AJK Tingkatan 3 :
AJK Tingkatan 2 :
AJK Tingkatan 1 :
7.0 Pemilihan Anggota " Kelab Pencinta Buku SMKPO"

Murid-murid yang ingin menjadi ahli " Kelab Pencinta Buku SMKPO" perlu mempunyai beberapa sifat
berikut:

7.1 Mempunyai minat membaca yang tinggi


7.2 Sifat bertanggungjawab
7.3 Pencapaian akademik yang baik.
7.4 Sanggup berkhidmat secara sukarela.
7.5 Bersikap bekerjasama.

8.0 Ganjaran

Setiap ahli " Kelab Pencinta Buku SMKPO" akan diberi dua jenis Sijil sebagai ganjaran iaitu dianugerahkan Sijil
Penghargaan dan Sijil Kemahiran.

8.1 Sijil Penghargaan.

Sijil Penghargaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang telah memberi sumbangan perkhidmatan
kepada Pusat Sumber Sekolah apabila anggota itu telah tamat persekolahan atau bertukar ke sekolah
lain.

8.2 Sijil Kemahiran

Sijil Kemahiran akan dianugerahkan kepada anggota-anggota yang telah lulus ujian kemahiran
berkaitan bidang-bidang pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Bentuk ujian ini akan dikendalikan oleh
Guru Perpustakaan dan Media mengikut kemahiran tertentu.

9.0 Kelebihan Ahli Kelab Pencinta Buku SMKPO

9.1 Tempoh pinjaman buku untuk ahli kelab selama dua minggu.
9.2 Jumlah pinjaman buku untuk ahli kelab sebanyak 4 judul.
9.3 Ahli kelab akan dijemput menghadiri aktiviti/seminar/ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Sumber
Sekolah.
9.4 Ahli kelab akan diberi kad dan sijil keahlian Kelab Pencinta Buku

10.0 Kesimpulan.

Cadangan penubuhan " Kelab Pencinta Buku SMKPO" ini ekoran pengembangan fungsi pusat sumber sekolah.
Dengan penubuhan " Kelab Pencinta Buku SMKPO" ini nanti murid-murid yang menjadi anggota kelab akan
dapat membantu guru Guru Perpustakaan dan Media untuk memaksimumkan penggunaan Pusat Sumber
Sekolah dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran, disamping melatih murid-murid dengan
kemahiran-kemahiran pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang tentunya sangat berguna dan relevan dengan
tuntutan dunia pendidikan pada hari ini. Diharap dengan penubuhan kelab ini dapat membantu
memperkasakan fungsi perpustakaan dan berupaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada warga
SMK PENGIRAN OMAR.

Kelab Pencinta Buku SMKPOini dicadangkan penubuhannya mulai 16 Februari 2019

ULASAN:

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

Disediakan oleh,

_______________________
( )
Guru Perpustakaan dan Media

Disemak oleh,

_______________________
( )
GPK Kokurikulum

Disahkan oleh,

_______________________
( )
Tuan Pengetua

You might also like