Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LUAK,

JALAN BAKAM,
98000 MIRI
SARAWAK

KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN BAHASA MELAYU
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LUAK

ANJURAN :
PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LUAK

TARIKH:
2 APRIL 2019 – 30 APRIL 2019

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LUAK, MIRI
1.0 NAMA PROJEK

Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Luak, Miri

2.0 DIKEMUKAN KEPADA

Raja Badrol Hisham bin Raja Abdul Jalil


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampung Luak,
Miri, Sarawak

3.0 KUMPULAN SASARAN

Kesemua murid prasekolah, tahap satu dan tahap dua Sekolah Kebangsaan Kampung
Luak, Miri.

4.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Kampung Luak, Miri

5.0 JANGKA MASA PROJEK

2 April 2019 hingga 30 April 2019

6.0 PENGENALAN

Kertas Kerja Sambutan Bulan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Luak
2019 adalah satu platform bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid tahap
satu dan tahap dua di Sekolah Kebangsaan Kampung Luak, Miri terhadap penggunaan bahasa
Melayu dalam kehidupan mereka. Kepelbagaian pengaruh negatif terhadap penggunaan
bahasa seperti tidak menepati tatabahasa Melayu, memilih kosa kata kurang tepat, malah
mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing dan sebaliknya perlu diperingatkan
kembali kepada murid-murid supaya mereka sedar bahaya yang menanti pada masa akan
datang jika mereka tidak mengambil langkah perubahan dalam penggunaan bahasa bermula
dari sekarang ini. Bagi merealisasikan usaha tersebut, ahli jawatankuasa penggerak telah
dibentuk bagi menjayakan Sambutan Bulan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah SK Kampung
Luak ini.
7.0 OBJEKTIF
7.1 Mendedahkan murid tentang keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.

7.2 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan


Bahasa Melayu.

7.3 Menimbulkan minat dan penyertaan murid untuk belajar dan menguasai Bahasa
Melayu dengan lebih baik.

7.4 Mencungkil bakat murid agar dapat diketengahkan dalam pertandingan ko-
akademik sekolah kelak.

7.5 Membantu mereka supaya terhindar dari penyalahgunaan Bahasa Melayu


seperti tidak menepati tatabahasa Melayu, memilih kosa kata kurang tepat,
malah mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing dan sebaliknya.

7.6 Menyempurna dan memenuhi keperluan pendidikan semasa yang memerlukan


setiap murid mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang ilmu
sesuai dengan usia mereka.
8.0 MAKLUMAT PERANCANGAN BULAN BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH SK KAMPUNG LUAK 2019

Nama Bulan Bahasa Melayu Sekolah SK Kampung Luak 2019


Projek
Keterangan • Pelaksanaan pertandingan adalah di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Kampung Luak, Miri, Sarawak.
Projek • Pertandingan dibuat secara kelas mengikut tahap.
• Kategori pertandingan dan jenis pertandingan adalah seperti berikut :
Bil. Kategori Jenis Pertandingan
1. Prasekolah Pertandingan Tulisan Cantik
Mewarnakan Huruf
2. Tahun 1 Pertandingan Tulisan Cantik
Pertandingan Bercerita
3. Tahun 2 Pertandingan Tulisan Cantik
Pertandingan Bercerita
Pertandingan Lafaz Pantun
4. Tahun 3 Pertandingan Bercerita
Pertandingan Teka Silang Kata
5. Tahun 4 Pertandingan Bercerita
Kuiz Bahasa
6. Tahun 5 Pertandingan Bercerita
Kuiz Bahasa
Pertandingan Menulis Esei Bertema
7. Tahun 6 Kuiz Bahasa
Pertandingan Menulis Esei Bertema
Pertandingan Bercerita / Sayarahan
Isu-isu • Penyalahgunaan Bahasa Melayu.
• Tidak menepati tatabahasa Melayu.
• Pemilihan kosa kata kurang tepat.
• Mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing dan sebaliknya.
Strategi • Perkongsian tanggungjawab oleh semua pihak untuk menjayakan Sambutan Bulan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Kebangsaan
Kampung Luak 2019.
Andaian RM630.00
Kos
Langkah • Pembentukan ahli-ahli jawatankuasa Sambutan Bulan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah SK Kampung Luak 2019.
Awal Wajib • Pembahagian kategori dan rancangan aktiviti.
• Perasmian Sambutan Bulan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah SK Kampung Luak 2019.
• Kelulusan dari pihak pentadbir sekolah untuk membeli hadiah pertandingan dan memulakan aktiviti yang dirancang.
Halangan & • Kekangan masa pelaksanaan.
Ancaman
Kemungkin
an
9.0 AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN BULAN BAHASA MELAYU
PERINGKAT SEKOLAH SK KAMPUNG LUAK 2019

Penasihat : En. Raja Badrolhisyam bin Raja Abdul Jalil


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampung Luak,
Miri, Sarawak
Pengerusi : Pn. Kalsom binti Kadir
Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Ketua Panitia : Pn. Jenifer Tamoh Anak Balang
AJK Pengacara Majlis : Pn. Lina Anak Akit
AJK Banting : Pn. Suzana binti Abd. Rani
AJK Gimik Pelancaran : En. Zainal bin Hazmi
Pn. Siti Thahirah binti Awang Noor
AJK Persembahan : Pn. Joan Kong Jin
Pn. Munna Anak Ayup
AJK Hadiah dan Penangguhan : Pn. Jenifer Tamoh Anak Balang
Pn. Norihah binti Lani
Pn. Hamsiah binti Anyut
Pn. Ipis Anak Lasu
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Kategori Andaian Kos


1. Prasekolah RM7.50 x 4 orang (tempat pertama) = RM30
RM7.50 x 4 orang (tempat kedua) = RM30
RM7.50 x 4 orang (tempat ketiga) = RM30
Jumlah : RM90
2. Tahun 1 RM7.50 x 4 orang (tempat pertama) = RM30
RM7.50 x 4 orang (tempat kedua) = RM30
RM7.50 x 4 orang (tempat ketiga) = RM30
Jumlah : RM90
3. Tahun 2 RM7.50 x 4 orang (tempat pertama) = RM30
RM7.50 x 4 orang (tempat kedua) = RM30
RM7.50 x 4 orang (tempat ketiga) = RM30
Jumlah : RM90

4. Tahun 3 RM7.50 x 4 orang (tempat pertama) = RM30


RM7.50 x 4 orang (tempat kedua) = RM30
RM7.50 x 4 orang (tempat ketiga) = RM30
Jumlah : RM90

5. Tahun 4 RM7.50 x 4 orang (tempat pertama) = RM30


RM7.50 x 4 orang (tempat kedua) = RM30
RM7.50 x 4 orang (tempat ketiga) = RM30
Jumlah : RM90

6. Tahun 5 RM7.50 x 4 orang (tempat pertama) = RM30


RM7.50 x 4 orang (tempat kedua) = RM30
RM7.50 x 4 orang (tempat ketiga) = RM30
Jumlah : RM90

7. Tahun 6 RM7.50 x 4 orang (tempat pertama) = RM30


RM7.50 x 4 orang (tempat kedua) = RM30
RM7.50 x 4 orang (tempat ketiga) = RM30
Jumlah : RM90

JUMLAH KESELURUHAN : RM630.00


11.0 KESIMPULAN

Sambutan Bulan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Luak 2019
diharap mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid tahap satu dan tahap
dua terhadap penyalahgunaan Bahasa Melayu sekaligus membantu mereka terhindar dari
penggunaan Bahasa Melayu yang tidak menepati tatabahasa Melayu, mengelak dari memilih
kosa kata kurang tepat dalam kehidupan harian atau penulisan, dan membantu mereka
mengasingkan penggunaan Bahasa Melayu dengan bahasa asing dan sebaliknya dalam
kehidupan harian. Kami selaku pihak perancang dan pelaksana Sambutan Bulan Bahasa
Melayu Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Luak 2019 amat berharap agar semua
murid di Sekolah Kebangsaan Kampung Luak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan
betul pada masa akan datang dengan mengambil langkah perubahan positif dengan
membetulkan amalan penggunaannya bermula dari sekarang ini.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

.................................................... ....................................................
(En. Zainal bin Hazmi) (Pn. Jenifer Tamoh Ak Balang)
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Bahasa Melayu Panitia Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Kampung Luak Sekolah Kebangsaan Kampung Luak

Disahkan Oleh :

....................................................
(En. Raja Badrol Hisham bin Raja Abdul Jalil)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampung Luak
[LAMPIRAN 1]

Kesemua pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Luak, dari Prasekolah, Tahun 1 hingga
Tahun 6.

SENARAI NAMA
GURU BAHASA MELAYU, SK KG LUAK

BIL NAMA NO. K/P NO.TEL.

1. Pn. Jenifer Tamoh Anak Balang (Ketua


Panitia)
2. Pn. Ipis Anak Lasu
3. Pn. Lina Anak Akit
4. Pn. Suzana binti Abd. Rani
5. Pn. Siti Thahirah binti Awang Noor
6. Pn. Norihah binti Lani
7. Pn. Joan Kong Jin
8. Pn. Munna Anak Ayup
9.
Pn. Hamsiah binti Anyut
10. En. Zainal bin Hazmi

You might also like