Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAB 1 : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

PENGENALAN

1. RBT adalah penyumbang kepada teknologi moden dan pembangunan sains / sosial

2. RBT memberikan kemahiran dalam menghasilkan reka bentuk produk yang


berasaskan teknologi.

3. Tujuaan RBT ialah untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia

4. Pendedahan yang akan diberikan bila mempelajari RBT ialah

1. Elemen RBT
2. Prinsip RBT
3. Cara membina objek asas
4. Kriteria yang perlu ada dalam menghasilkan produk yang baik

1
BAB 1 : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

1.1 DUNIA REKA BENTUK

Kehidupan hari ini dipenuhi dengan pelbagai barangan dan teknologi hasil daripada
reka bentuk.
Tuala, sabun mandi, berus gigi, baju, seluar, kasut, kuih-muih, kenderaan dan
pelbagai bentuk ubat-ubatan ialah contoh aplikasi reka bentuk dalam kehidupan.
Semua ini bertujuan untuk memudahkan kehidupan manusia yang semakin maju
Seiring dengan persekitaran yang harmoni, mudah dan selesa.

1.1.1 Definisi reka bentuk dan teknologi

A Definisi Reka Bentuk

Reka bentuk ialah pengetahuan tentang…


- penyusuan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk
- yang memberikan impak kepada kehidupan manusia.
- Reka bentuk yang dihasilkan haruslah berdaya saing dengan produk sedia ada
Dalam pasaran serta tidak mencemarkan alam sekitar

B Definisi Teknologi

Teknologi ialah …
- Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi
- untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.
- Fungsi teknologi adalah untuk memudahkan tugasan manusia.

C Definisi Reka Bentuk dan Teknologi


Dapat dirumuskan bahawa …
- Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan
Mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik
- Tujuannya adalah untuk memudahkan kehidupan manusia

2
D Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
Reka bentuk terbahagi kepada dua, iaitu …

1. Reka bentuk Konkrit - maujud


2. Reka bentuk Abstrak - mujarad

1. Reka bentuk Konkrit Merupakan satu bidang yang melibatkan satu proses
merekabentuk sesuatu produk yang dapat dilihat dan
dipegang.

2. Reka bentuk Abstrak Pula melibatkan proses merekabentuk produk yang


boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang.

JADUAL 1.1 BIDANG-BIDANG DALAM REKA BENTUK

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


PRODUK
KONKRIT ABSTRAK
TEKNOLOGI SENI PERKHIDMATAN KOMUNIKASI
Peralatan Seramik Pengangkutan Bahasa
Mesin Masakan Sewaan Atur cara
Pertanian Lukisan Sistem pembelajaran Bunyi, isyarat, suara
Pemakanan Alat Muzik Proses dan langkah Persuratan
Pakaian Arca Sistem pengairan Pengiklanan
Persenjataan Halus Grafik
Sulaman/anyaman

3
1.1.2 Elemen Reka Bentuk berdasarkan Produk yang dipilih

Elemen ialah
Perkara yang dapat membantu menzahirkan idea seseorang dalam bentuk
Lukisan atau Lakaran.

Bagi menghasilkan reka bentuk yang baik,


- pereka perlu mengubahsuai unsur reka bentuk yang dihasilkan sehingga mencapai
apa yang dikehendaki pelanggan.

Oleh sebab itu elemen reka bentuk perlu diketahui terlebih dahulu sebelum
seseorang memulakan projek mereka bentuk.

GARISAN

RUPA BENTUK

ELEMEN
REKA
RUANG BENTUK SAIZ

TEKSTUR WARNA

You might also like