Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA (KESIHATAN AWAM) KUCHING


PUSAT LATIHAN AMALI MIRI

LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN FASILITI
KLINIK KESIHATAN ULU TERU

NAMA : ZAHRIL BIN ISMAIL ABIL


NO. MATRIKS : BPPKP2017-0961
KELAS : DKP25
KURSUS : DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN
SEMESTER : TAHUN 3 SEMESTER 1
PENYELARAS : ENCIK YEONG KUI NYAP
1.0 Pengenalan

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Kementerian Kesihatan


Malaysia seperti juga lain-lain majikan adalah bertanggungjawab di atas keselamatan dan
kesihatan para pekerjanya dan juga orang ramai yang berkunjung untuk mendapatkan
perkhidmatan di kemudahan-kemudahan kesihatan termasuk hospital dan klinik. Kakitangan
Kementerian Kesihatan sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis hazad di tempat kerja seperti
kebisingan, peralatan tajam, hazad biologi, hazad kimia, hazad ergonomic dan juga hazad
psikososial. Adalah menjadi tanggungjawab pihak majikan sebagai pihak yang mewujudkan
hazad dan risiko serta semua anggota kesihatan sebagai pihak yang mengendalikan hazad dan
risiko bekerjasama memastikan tempat kerja mereka adalah tempat yang paling sihat dan
selamat.

Pemeriksaan dan audit keselamatan adalah satu system pengurusan yang proaktif untuk
membolehkan sesuatu organisasi menilai pelaksanaan program-program, tatacara amalan dan
juga tanggungjawab organisasi berkaitan keselamatan dan kesihatan. Ini adalah kerana para
pekerja akan dapat bekerja di satu tempat kerja yang sihat dan selamat di samping memberi
kepuasan dalam menjalankan tugas. Manakala majikan pula akan mendapat faedah melalui
pekerja yang sihat dan juga peningkatan produktiviti dan kualiti kerja.

2.0 Objektif

 Mengadakan satu sistem pemeriksaan bagi menentukan aktiviti/aspek keselamatan dan


kesihatan mengikut kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

 Mengenalpasti tahap pelaksanaan aktiviti keselamatan dan kesihatan dan juga kebajikan
yang telah dijalankan di fasiliti anggota.

 Mengenalpasti tahap kesedaran anggota kesihatan berkaitan keselamatan dan kesihatan


pekerjaan

 Memberi cadangan langkah-langkah penambahbaikan bagi kekurangan yang


dikenalpasti.
3.0 Data Pentadbiran

 Nama fasiliti kesihatan : Klinik kesihatan Ulu Teru

 Alamat : D/A Pegawai Kesihatan Daerah, Daerah Baram, Jalan Hospital, Baram Marudi
98050 Baram, Sarawak

 Bil. Pekerja : 2 Lelaki, 4 Perempuan

 Bil. Unit/bahagian : 2 (Outpatient Department dan Mother dan Child Health)

 Nama ketua : PPP U29 Yonathan Seling Juren

 No telefon : 013-8019400

 Tarikh pemeriksaan : 25/02/2019


4.0 Lokasi dan Pelan Susun Atur
5.0 Perkara yang dinilai

5.1 Keadaan struktur bangunan

 Sturuktur klinik daripada separa kayu dan konkrit.

 Lantai kayu yang tidak licin dan sentiasa kering.

 Terdapat siling yang bocor dan mempunyai kulapok.

5.2 Pencahayaan

 Mempunyai sumber pencahayaan semulajadi dan mekanikal

 Sesuai untuk setiap ruang kerja kerana terdapat 2 lampu di setiap bilik

5.3 Pengudaraan

 Sistem ventilasi yang baik kerana setiap bilik mempunyai 4 tingkap klinik dan sentiasa
dibuka

 Selain daripada kipas siling, staff juga menggunakan kipas elektrik sendiri.

5.4 Kesesakan

 Pesakit hanya ramai pada sebelah pagi dan pada hari temujanji vaksinasi dan akan
berkurangan pada sebelah petang.

5.5 Kemudahan

 Tidak terdapat keperluan kemudahan untuk pesakit yang kurang upaya.

 Tiada kemudahan ruang makan, surau dan kemudahan sukan disediakan untuk
kakitangan dan pelawat.
5.6 Keselamatan

 Mempunyai tangga kayu dan laluan keselamatan di sekitar klinik

 Mempunyai 2 pintu kecemasan iaitu di pintu hadapan dan pintu belakang klinik

 Ubat-ubat di dalam bilik stor tidak dilabel dengan semua.

 Keselamatan peralatan elektrik dan pendawaian sangat memuaskan kerana


penyelenggaran terakhir dijalankan pada tahun 2016

 Mempunyai alat pemadam kebakaran yang masih berfungsi dan belum tamat tarikh luput.

 Mempunyai kotak kecemasan

5.7 Pendidikan kesihatan

 Tidak terdapat sudut pendidikan kesihatan untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan
dipamerkan.

5.8 Fasiliti kebersihan

 Sharp bin dihantar ke Hospital Miri secara bulanan dan sisa klinikal lain akan dibakar.

 Sisa pepejal terletak di luar klinik dan dikutip oleh pihak berkuasa tempatan setiap 2 hari.

 Sistem perparitan kadang-kadang tersumbat kerana rumput dan sampah dibuang kedalam
parit.

 Terdapat tandas awam yang agak bersih namun tiada pengasingan tandas untuk lelaki dan
perempuan.
6.0 Cadangan

Bil Masalah yang dikenalpasti / Cadangan penambahbaikan


Hazad

1 Tiada risalah atau poster Mendapatkan bahan promosi sekiranya klinik tiada dan
promosi keselamatan dan mewujudkan sudut promosi bagi pendidikan kesihatan
kesihatan pekerjaan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
dipamerkan di tempat kerja
klinik

2 Fail keselamatan dan Pihak klinik perlu mewujudkan fail untuk menyimpan
kesihatan pekerjaan belum rekod-rekod:
di wujudkan
1) Latihan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja
yang dihadiri

2) Laporan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan

3) Laporan siasatan insiden kemalangan melibatkan


anggota kesihatan

3 Ubat-ubatan di dalam stor Penstoran di dalam stor ubat harus dilengkapi dengan label
tidak dilabel serta susun atur yang kemas.

4 Pihak klinik belum Pelan Persediaan Bencana yang dilengkapi dengan:


mewujudkan Pelan
1) Pelan bertulis / pelan lantai / Laluan kecemasan
Persediaan Bencana (ERP)
2) Pasukan ERP

3) Latihan Fire drill dan penggunaan pemadam api

5 Masalah anai-anai dan tikus Permohonan untuk membeli rak jenis besi/aluminium
di stor ubat kepada Pejabat Kesihatan Miri

6 Siling stor ubat bocor Proses pembaikan sedang dilakukan oleh pihak kontraktor

7.0 Kesimpulan
Sistem audit keselamatan dan kesihatan yang berkesan boleh meningkatkan tahap
pengurusan keselamatan dan kesihatan sesuatu tempat kerja. Ini kerana melalui audit ini
kekurangan / kelemahan dalam aspek keselamatan dan kesihatan dapat dikenalpasti dan tindakan
susulan boleh dibuat secara teratur. Organisasi yang mempunyai pengurusan keselamatan dan
kesihatan yang baik boleh menjamin keselamatan dan kesihatan para pekerjanya serta orang-
orang lain yang berkaitan.

System audit ini juga akan dapat memastikan tahap pelaksanaan berkaitan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

You might also like