Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PELAN TINDAKAN KESELAMATAN

‘FIRE DRILL’
SMK TINUSA (2012)
KANDUNGAN
BAHAGIAN I : PENGENALAN, OBJEKTIF DAN SKOP PELAN TINDAKAN
A. PENGENALAN
B. OBJEKTIF
C. SKOP PELAN TINDAKAN

BAHAGIAN II: PERSEDIAAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN


A. CARTA ORGANISASI
B. KEMUDAHAN DAN SISTEM AMARAN KEBAKARAN

BAHAGIAN III: PANDUAN DAN PROSEDUR BERTINDAK


A. PANDUAN BERTINDAK DAN MEKANISMA PANGGILAN KECEMASAN
B. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN
C. CARTA ALIR: PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI KEBAKARAN

BAHAGIAN IV: PEMINDAHAN PELAJAR

TEMPAT BERKUMPUL MENGIKUT LOKASI


PELAN TINDAKAN MENCEGAH KEBAKARAN DAN
PANDUAN CARA BERTINDAK SEMASA KEBAKARAN
SMK TINUSA (2012)

BAHAGIAN l: PENGENALAN, OBJEKTIF DAN SKOP PELAN TINDAKAN

A. PENGENALAN
Kebakaran premis, kediaman, kemudahan awam, sekolah atau seumpamanya adalah
satu kemalangan tragis yang boleh dihindari atau dicegah sekiranya langkah-langkah
keselamatan dan pencegahan diberi keutamaan dan diamalkan. Apabila berlaku
kejadian kebakaran, kepantasan bertindak dengan cekap dapat mengurangkan
kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Kecekapan bertindak adalah
bergantung sepenuhnya kepada kemahiran dan pengetahuan anggota.

Bagi memastikan semua anggota mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam


menghadapi situasi kebakaran, persiapan rapi adalah perlu dibuat. Persiapan yang
perlu termasuklah mempunyai Pelan Tindakan menghadapi kejadian yang
merangkumi persiapan anggota dan kemudahan fasiliti.

B. OBJEKTIF
Memastikan organisasi sekolah dan semua warga SMK Tinusa dalam keadaan selamat
dari segi bahaya kebakaran dan setiap individu berkeupayaan bertindak mengikut
pelan tindakan kebakaran apabila berlaku kebakaran.

C. SKOP PELAN TINDAKAN


Panduan ini merangkumi:
1. Organisasi Jawatankuasa Pelan Tindakan Kebakaran

2. Persediaan dan langkah-langkah pencegahan


kebakaran

3. Prosedur bertindak:
i. Mekanisma panggilan bantuan kecemasan
ii. Evakuasi apabila berlaku kebakaran.
BAHAGIAN ll: PERSEDIAAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

A. CARTA ORGANISASI
PELAN TINDAKAN KEBAKARAN

PENAUNG PN. ZUBAIDAH BINTI HAJI AMAT


PENGERUSI EN. SUMADI ASMAT
PENYELARAS EN. UMAR HALING
SETIAUSAHA EN. REDZUAN SULAIMAN

HEADCOUNT PN. HASLINA DUHARI

UNIT TAMBAHAN
AJK KAWALAN DISIPLIN EN. TAWAKAL GHAPPAR
CIK. DAYANA SIRRI
EN. AHMAD IZZUDDIN
PN. MASMERAH DANDI
PN. SALMAH JUMALI
PN. NURILYANI
CIK HAZIANI
PN. LATIFAH
PN. JUMARIAH

AJK PEMERIKSA EN. JOHNSON


CIK. NORAZLIN
CIK. ANGELA M. GONENTONG
PN. ISROLIZA
CIK HAMIDAH OSUG
PN. THIEN CHOI HA
PN. PUNITHA THERIMALY

AJK TEKNIKAL EN. RAYMOND DAHLAN


EN. MOHAMMAD ADIFF
EN. JACKLEE LOMBOU

AJK JAMUAN PN. SITI MUSLIHAT


PN. SINDRA RABIN
PN. RAHIMAH NASRY
PN. AZIMAH AWANG

EN. MOHD HAFIZ


DOKUMENTASI EN. MOHD NIZAM
KEMUDAHAN FASILITI DAN SISTEM
AMARAN KEBAKARAN

1. Alat Pemadam Api . 2. Sistem Amaran Kebakaran (Fire


Alarm System)
i. Alat Pemadam Api Jenis Balang
a. Alat pemadam api ditempatkan di tempat- Loceng dibunyikan secara panjang dan
tempat strategik setiap bangunan sekolah. lama sehingga semua pelajar, guru dan
Terdapat dua jenis alat pemadam api yang warga sekolah berkumpul di tapak
disediakan iaitu jenis „powder‟ dan jenis berkumpul.
‟CO2‟. Jenis CO2 adalah lebih baik
digunakan bagi memadamkan kebakaran
peralatan.

b. Warga sekolah hendaklah mahir cara


menggunakan alat-alat ini. Semua alat
pemadam api ini diselengarakan secara
berkala dan disahkan dalam keadaan baik
oleh pihak BOMBA.

c. Urusan mendapatkan pemeriksaan dan


pengesahan adalah tanggung jawab syarikat
RESCUE 911 Sdn. Bhd.
BAHAGIAN III: PANDUAN DAN PROSEDUR BERTINDAK

A. PANDUAN BERTINDAK DAN MEKANISMA PANGGILAN KECEMASAN

1. Mengawal Keadaan

Adalah amat mustahak semasa terjadi atau dapat mengesan kebakaran langkah-
langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi memastikan keadaan kelam kabut tidak
terjadi dan semua yang terlibat dapat bertenang.

2. Bertindak Dengan Bijak.

Apabila mengesan kebakaran adalah amat mustahak untuk mengambil tindakan yang
segera bagi mengelak kebakaran dari merebak dan memaklumkan kepada guru.

3. Tindakan Serta Merta Apabila Mengesan Kebakaran.

i. Bunyikan Penggera kebakaran dengan memecahkan panel penggera sistem


amaran kebakaran (breaks glass) berhampiran yang terdapat di beberapa
tempat (jika ada);

ii. Beritahu guru yang berhampiran dengan tempat kejadian;

iii. Guru kemudian memaklumkan pentadbir yang seterusnya akan membuat


amaran kebakaran (bunyi loceng yang panjang) dan menghubungi pasukan
BOMBA dengan menyata lokasi kejadian. Guru seterusnya memaklumkan
kepada Pentadbir dan Penyelaras Pelan Tindakan Kebakaran;

iv. Guru-guru matapelajaran yang mengajar pada waktu itu akan bertanggungjawab
membawa semua pelajar kelasnya ke tapak berkumpul.

4. Cuba Halang Api Dari Merebak.

Api atau asap boleh dihalang dari merebak dengan cepat dengan mengalihkan bahan
mudah terbakar dari kawasan kebakaran dan dengan cara menutup pintu dan tingkap
bilik yang berlaku kebakaran. Tetapi pastikan tiada sesiapa di dalam bilik berkenaan.

5. Cuba Padamkan Api.

Cuba memadam kebakaran dengan menggunakan alat-alat pemadam api yang berdekatan tetapi
tidak membahayakan diri. (Jangan bertindak jika bersendirian dan tidak yakin)

6. Jika Terperangkap Jangan panik, sentiasa bertenang. Selimutkan badan dengan kain/tuala yang
basah (jika ada). Menirap dan merangkak keluar dari kawasan yang berasap.
B. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN.

1. Selamatkan pelajar.
Pastikan semua pelajar yang berdekatan dengan tempat kebakaran digerakkan ke
tempat yang selamat atau terus lakukan evakuasi apabila diarahkan.

2. Pastikan Semua Pelajar dan Guru Meninggalkan Kelas atau tempat yang berlaku
kebakaran. AJK Pemeriksa hendaklah memastikan semua pelajar dan guru tidak
tertinggal di mana-mana bilik.

3. Hitung Kepala/ HEADCOUNT


Adalah amat mustahak membuat hitungan kepala bagi memastikan semua PELAJAR dan
GURU telah selamat dan tindakan menyelamat hendaklah diambil sekiranya ada yang
tertinggal di kelas.

4. Matikan Peralatan Elektrik.


Pastikan semua peralatan dan perkakas yang menggunakan elektrik seperti kipas dan
lampu dimatikan.

5. Menunggu Ketibaan BOMBA


Penyelaras Keselamatan Kebakaran dan pengawal keselamatan hendaklah memastikan
berada di hadapan pintu masuk sekolah untuk menunggu pihak Bomba dan menunjuk
jalan ke lokasi kebakaran.

C. CARTA ALIR PELAN TINDAKAN KEBAKARAN

You might also like