Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme atau perlakuan menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses

pelaziman iaitu hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu untuk

menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Teori Behaviorisme seperti menyatakan

bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan

diramal. Teori Behaviorisme menekankan kepada peranan pengalaman dalam mengawal

tingkahlaku.

Menurut Teori Behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak

balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat

motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara

pembelajaran dianggap telah berakhir sekiranya perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan

dikekalkan. Matlamat utama pemikiran ini adalah untuk menentukan prinsip-prinsip atau hukum-

hukum yang mengawal pembelajaran.

Behaviorisme boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pelaziman klasik, dan

pelaziman operan. Tokoh-tokoh Pelaziman Klasik adalah Ivan Petrovich Pavlov dan J.B.Watson

manakala bagi pelaziman operan pula, tokoh-tokohnya ialah Edward Lee Thorndike dan Burrhus

Frederic Skinner.
TEORI
BEHAVIORISME

Pelaziman Klasik Pelaziman Operan

Ivan Petrovich Pavlov Edward Lee Thorndike


& &
John Broadus Watson Burrhus Frederic Skinner

Teori Pelaziman Klasik Ivan Petrovich Pavlov (1849 – 1936)

Ivan Petrovich Pavlov (1849 – 1936)

Teori ini mengatakan bahawa proses belajar itu terjadi melalui gerakan-gerakan refleks

bersyarat, atau dapat dikatakan bahawa refleks bersyarat itu sebenarnya adalah suatu reaksi
sebagai hasil pembelajaran. Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah

pembentukan perkaitan antara rangsangan dan sesuatu gerak balas.

Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas

anjing. Hasil kajiannya, didapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur

anjing tersebut akan keluar. Pavlon membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah ‘belajar’

mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberi kelak. Pavlov telah

memperincikan lagi kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar

bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan. Dalam eksperimen tersebut, dia menyimpulkan

bahawa setiap individu boleh berubah bergantung kepada rangsangan yang diberikan.

Eksperimen menggunakan anjing dalam Teori Pavlov


Teori Pelaziman Klasik John Broadus Watson (1878 -1958)

John Broadus Watson (1878 -1958)

Menurut Watson, tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim. Watson berpendapat,

gerakan refleks yang mudah berlaku secara semula jadi dan tidak perlu dipelajari. Manusia

mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi-situasi baharu. Watson

menyatakan terdapat tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang.

Watson telah membuat kajian bahawa emosi manuisa boleh dilazimkan secara klasik.

Beliau menjalankan sebuah eksperimen ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak

lelaki berumur 11 bulan bernama Albert. Beliau menunjukkan kepada Albert seekor tikus putih.

Pada mulanya Albert tidak takut pada tikus tersebut. Namun, apabila satu bunyi yang kuat

dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, Albert menjadi takut dan menangis.

Keadan ini diulang sehingga Albert takut kepada tikus putih.


Eksperimen Dalam Teori Watson

Teori Pelaziman Operan Edward Lee Thorndike (1874 – 1949)

Edward Lee Thorndike (1874 – 1949)


Thorndike terkenal dengan teori ‘Connectionisme’ yang menyatakan bahawa belajar adalah

proses pembentukan hubungan-hubungan antara rangsangan dengan tindak balas. Teori ini

mudah dikenali sebagai ‘Trial and Error’ (cuba – ralat). Menurut teori ini, pembelajaran

merupakan proses cuba - ralat atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting).

Proses cuba-ralat ini juga dikenali sebagai proses cuba - jaya. Latihan yang dilakukan secara

berulang-ulang akan menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan

semakin berkurangan. Manakala perhubungan antara ransangan dan gerak balas akan semakin

kukuh. Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia

akan dikukuhkan dan dikekalkan. Gerak balas ini tidak sama dengan gerak balas yang dihasilkan

daripada ransangan berdasarkan Teori Pelaziman Klasik.

Beliau menggunakan kucing dalam eksperimennya. Seekor kucing yang lapar

dimasukkan ke dalam sangkar dan di luar sangkar diletakkan dengan semangkuk

makanan.Kucing tadi akan cuba untuk keluar dari sangkar. Kucing tersebut terpijak tuil dan

Berjaya keluar daripada sangkar tersebut dan makan makanan yang terdapat di luar sangkar.

Kucing tersebut mengulangi perkara yang sama untuk mendapatkan makanan di luar

sangkar. Kesilapan yang dilakukan semakin berkurangan

Dalam eksperimen tersebut, beliau menyimpulkan bahawa apabila ganjaran diberikan,

gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi,

jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan.
Eksperimen Dalam Teori Thorndike

Teori Pelaziman Operan Burrhus Frederic Skinner (1904 – 1990)

Burrhus Frederic Skinner (1904 – 1990)

Menurut Skinner, belajar adalah suatu proses yang memerlukan adanya suatu ganjaran dan

peneguhan. Ini adalah kerana dalam teori ini menyatakan, kerana melalui proses itulah

tingkahlaku individu dikendali mengikut apa yang diinginkan. Teori ini juga dikenali sebagai

teori ‘operant conditioning’.


Dalam eksperimennya, beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam ‘kotak skinner’.

Kotak itu dilengkapi alat penekan pada dindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji-biji makanan

akan terkeluar. Pada peringkat permulaan, tikus tersebut berlari ke sana sini kerana lapar.

Kemudian secara tidak sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan yang menyebabkan

biji-biji makanan terkeluar. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu

mendapati bahawa alat penekan dipijak maka makanan diperolehi. Ini menunjukkan bahawa

tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan. Seterusnya skinner memutuskan hubungan

makanan dengan alat penekan. Ini menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan

ditekan. Ini menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. Perbuatan menekan

butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini

disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas

hanya akan berulang jika wujud ganjaran.

Eksperimen menggunakn tikus dalam Teori Skinner

You might also like