Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

1

BML 3083 – SEMANTIK DAN PRAGMATIK

SEMESTER 2 SESI 2018/2019

TAJUK: INOVASI PENGAJARAN SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA


MELAYU: KATA GANTI DIRI (APLIKASI ANYFLIP)

NAMA PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DR. MOHD RASHID BIN MD IDRIS

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NOMBOR MATRIK

NORHISYAM BIN MOHD NURUDDIN D20161074317

MUHAMMAD ADIB AZIM BIN MOHD ZAHARI D20161074439

MUHAMMAD AMIN BIN ZAID SAIDI D20161074300

MUHAMMAD ABDUL SAMAT BIN MAT HUSSIN D20161073288


2

1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan kualiti yang sangat unik yang membezakan kaum manusia dari semua
makhluk lain. Bahasa telah membolehkan manusia berkomunikasi dan menyatakan idea-idea
yang mempunyai faktor utama dalam perkembangan masyarakat dari semasa ke semasa.
Walau bagaimanapun, bahasa tidak hanya mengandungi kata-kata dan frasa sahaja. Jenis
ungkapan yang berlainan terdapat dalam bahasa kita dimana bahasa ini kebanyakannya kita
aplikasikan ke dalam perbualan harian kita tanpa disedari terutama berkaitan bidang Semantik
dan Pragmatik.

1.1 KONSEP SEMANTIK DAN PRAGMATIK

Bidang semantik dan pragmatik merupakan satu bidang yang berhubungkait antara satu
sama lain. Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang
mengkaji makna atau erti dalam bahasa. Makna sangat subjektif sifatnya iaitu bersifat
tidak tetap, tidak berasaskan pertimbangan tertentu serta sewenang-wenangnya. Makna
boleh berubah berdasarkan faktor-faktor konteks, budaya, perkembangan bahasa itu
sendiri dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (1992), semantik ialah suatu istilah
yang merujuk kepada kajian makna. Makna juga merupakan sebahagian daripada bahasa.

Rentetan itu, semantik juga adalah sebahagian daripada linguistik. Menurut sistem
penggolongan semantik, kajian makna kata dalam bahasa Melayu adalah cabang
linguistik yang berperanan dalam meneliti makna kata iaitu bagaimana asal mulanya,
bagaimana perkembangannya dan apakah faktor-faktor berlakunya perubahan makna
dalam sejarah bahasa. Bidang semantik terbatas pada usaha memerhatikan dan mengkaji
proses transposisi makna kata dalam pemakaian bahasa.

R.H. Robins (1992) pula mendefinisikan semantik sebagai makna yang merupakan
atribut bukan sahaja dari bahasa bahkan dari segenap sistem tanda dan lambang serta
kajian makna yang dikenali sebagai semantik. Manakala, Aminuddin (1998) berpendapat
bahawa semantik berasal daripada Yunani ini mengandungi makna untuk dimaknai.
Sebagai istilah teknik semantik mengandungi pengertian kajian tentang makna. Daripada
penyataan yang dikemukakan oleh para ahli semantik tersebut. Dapatlah disimpulkan
3

bahawa semantik merupakan salah satu cabang linguistik yang membahas tentang makna
atau lambang.

Selain itu, disebabkan bahasa itu digunakan untuk berbagai-bagai kegiatan dan
keperluan dalam kehidupan bermasyarakat, maka makna bahasa itu pun menjadi banyak
dilihat dari segi pendapat dan tentunya wujud pandangan yang berbeza antara satu sama
lain. Terdapat hubungan makna antara satu kata dengan kata yang lain. Hubungan ini
dikenali sebagai perkaitan makna dari segi leksikal. Antara jenis perkaitan makna dari
segi leksikal ialah sinonim, antonim, hiponim, homonim, meronim dan polisemi. Para
pakar dalam buku-buku linguistik atau semantik telah mengemukakan pelbagai nama
jenis semantik. Jenis makna dibahagikan kepada makna leksikal, gramatikal, kontekstual,
denotatif, konotatif, konseptual, kata, istilah, idiom, peribahasa dan asiosiatif serta makna
referensial dan non referensial.

Sebaliknya, pragmatik pula merupakan bidang linguistik dan semiotik yang


mengkaji cara-cara di mana konteks menyumbang kepada makna. Pragmatik
merangkumi teori pertuturan, implicature (tindakan yang menyiratkan makna di luar
makna literal) perbualan, bercakap dalam interaksi dan pendekatan lain untuk
menghasilkan suatu tingkah laku bahasa sama ada dalam bidang linguistik, falsafah,
sosiologi dan antropologi. Pragmatik merupakan cara penggunaan bahasa yang
disesuaikan dengan faktor-faktor penentu (Dr. Mansoer Pateda, 1995).

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) pula, pragmatik mempunyai sifat
atau pendirian yang lebih mementingkan kesan-kesan sebenar sesuatu daripada ciri-ciri
teori dan sebagainya. Dalam erti kata lain, pragmatik adalah cabang bahasa linguistik
yang merupakan kajian bahasa. Pragmatik menumpukan kepada implikasi perbualan,
yang merupakan proses di mana penutur membayangkan dan seorang pendengar
mendengar sesuatu perkara. Kajian bahasa pragmatik ini tidak dibicarakan secara
langsung. Sebaliknya, penutur atau mereka yang berbicara memberi petunjuk atau
mencadangkan makna, dan pendengar menganggap niat yang betul dan jelas. Untuk
mana-mana bahasa tertentu, penutur semulajadi secara inheren akan mengetahui
penggunaan dan peraturan untuk pelbagai jenis ungkapan. Peraturan ini menentukan
interaksi antara orang dan antara masyarakat setempat. Jelasnya, pragmatik dilihat
4

sebagai pemahaman antara orang untuk mematuhi peraturan tertentu interaksi. Dalam
bahasa seharian dalam kehidupan, makna perkataan dan frasa sentiasa tersirat dan tidak
dinyatakan dengan jelas. Dalam situasi tertentu, perkataan boleh mempunyai makna
tertentu. Individu mungkin berfikir bahawa perkataan selalu mempunyai makna yang
khusus, tetapi itu tidak selalu berlaku dalam kata. Pragmatik mengkaji bagaimana
perkataan boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara berdasarkan keadaan.

Namun, kajian ini bukanlah ingin merungkai segala bentuk semantik dan pragmatik
secara keseluruhannya tetapi hanyalah ingin memberikan tumpuan kepada aspek kata
ganti diri. Kajian tentang aspek berkenaan perlu dilakukan kerana para pelajar dan
masyarakat Melayu terutamanya masih belum dapat membezakan setiap jenis-jenis kata
ganti diri tersebut dan menganggap segala bentuk pertuturan yang mempunyai unsur kata
ganti diri. Hal ini demikian telah menarik minat pengkaji sebagai bakal guru untuk
meneliti lebih jauh mengenai pengunaan kata ganti diri agar mereka mampu mencurahkan
ilmu tersebut kepada para pelajar mereka dengan jelas dan menarik supaya para pelajar
dapat memberikan tumpuan dan bersemangat untuk menuntut ilmu tersebut.

1.2 KONSEP PENGAJARAN

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), pengajaran bermaksud segala yang berkaitan
dengan mengajar sesuatu iaitu dari segi caranya atau sistemnya dan sesuatu yang dapat
dijadikan panduan atau peringatan kepada seseorang supaya lebih berhati-hati apabila
hendak berunding dengan seseorang dan pelbagai situasi. Manakala, menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (Harga Ekonomi) Cetakan pertama (2015), pengajaran bermaksud
perihal mengajar segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem
mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain. Dalam pendidikan, pengajaran adalah
perkongsian pengetahuan dan pengalaman bersama, yang biasanya dianjurkan dalam
disiplin dan secara amnya, pemberian rangsangan kepada pertumbuhan psikologi dan
intelektual seseorang oleh orang lain atau artifak. Dengan erti kata lain, pengajaran adalah
proses untuk memenuhi keperluan, pengalaman dan perasaan seseorang, dan campur
tangan supaya mereka belajar perkara tertentu, dan melampaui apa yang diberikan.
Intervensi (campur tangan) kebiasaannya mengambil bentuk pertanyaan, mendengar,
memberikan maklumat, menjelaskan beberapa fenomena, menunjukkan kemahiran atau
5

proses, menguji pemahaman dan keupayaan, dan memudahkan aktiviti pembelajaran


(seperti mengambil catatan, perbincangan, penulisan tugas, simulasi dan amalan).

Bagi menarik perhatian pelajar untuk menumpukan perhatian ketika sesi


pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah berfikiran kreatif dan inovatif. Guru perlu
menggunakan teknik mengajar abad ke-21 yang menarik seperti menggunapakai bahan
bantu mengajar yang meliputi pelbagai gamif permainan, perbincangan, penyelesaian
masalah, bercerita, bersyarah, berlakon latih tubi, tunjuk ajar dan menghafaz. Malah, guru
boleh menggunakan cara lain seperti menggunakan teknologi maklumat seperti tayangan
video. Hal ini demikian amat penting bagi memastikan pelajar jelas dengan apa yang
diajarkan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

1.3 KONSEP INOVASI

Perubahan inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti memperkenalkan


teknologi yang baru, perubahan sistem dan prosedur kerja. Inovasi boleh ditakrifkan
sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan.
Kreativiti merupakan proses berfikir manakala invoasi pula adalah proses produktif.
Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan
tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang
dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil
daripada tanaman dan pemeliharaan benih. (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010).

Selain itu, istilah inovasi adalah sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah,
sistem, adat dan lain-lain yang baru. Menurut Edward de Bono (1997), beliau mengaitkan
pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan
sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu
berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Pendapat ini turut
dikukuhkan oleh Zaini Ujang (2010) di dalam karyanya yang bertajuk Budaya Inovasi:
Prasyarat Model Baru Ekonomi. Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan
produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikan.
6

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana
aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini
boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan
cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Inovasi menjurus kepada penambahbaikan
dan penyesuaian kepada pemikiran, idea yang sedia ada sehingga memberi nilai tambah
baru yang boleh diguna pakai dan dimanfaatkan serta boleh dijadikan sebagai produk atau
perkhidmatan yang boleh dikomersialkan. Inovasi juga berfikir untuk menghasilkan
sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan
pengeluaran. Daripada pengertian di atas dapat dilihat bahawa inovasi sebagai
penghasilan baru sesuatu yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat, berdasarkan
proses penyusunan semula, menggunakan unsur yang sedia ada serta penghasilan sesuatu
yang unik, mudah dan bernilai.

Inovasi pengajaran murid di sekolah amatlah penting bagi menjayakan sesuatu


pembelajaran di dalam kelas, jadi aplikasi Anyflip adalah salah satu penyedia teknologi
terkemuka penyelesaian perisian penerbitan digital. Perisian buku flip kami
membolehkan pengguna menukar apa-apa bahan bercetak ke dalam penerbitan digital
yang unik dengan kesan flip halaman yang elegan. Perisian penerbitan desktop inovatif
ini membolehkan pengguna menyampaikan kandungan melalui web, tablet, peranti
mudah alih, dan saluran media sosial. Semua orang mampu untuk menggunakan Anyflip
jika memiliki telefon dan teknologi computer masa kini. Individu boleh menggunakannya
untuk menerbitkan majalah, artikel, album foto, risalah dan sebagainya menggunakan alat
penyunting halaman versi Anyflip's Desktop. Pemilik perniagaan media boleh
menggunakannya untuk menerbitkan bahan cetakan mereka yang sedia ada dengan
menukarnya ke format digital menggunakan alat penukar, yang boleh ditukar dari format
editorial yang popular ke format html5 dalam talian. Mereka kemudiannya boleh
menambah interaktiviti, seperti video, pautan, bunyi dan animasi, menggunakan alat
penyunting halaman versi Anyflip's Desktop.

Penggunaan set induksi atau bahan bantu mengajar (BBM) sangat penting bagi
tenaga pengajar atau guru dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp)
berjalan dengan lebih lancar dan pelajar juga dapat memberikan perhatian yang lebih baik
7

berbanding dengan cara pengajaran konvensional. Dalam era globalisasi dan modenisasi
ini, banyak aplikasi yang boleh guru manfaatkan dalam usaha menyampaikan maklumat
yang lebih berkesan kepada para pelajar.

Bakal-bakal guru pada masa akan datang perlu mempersiapkan diri dalam mengajar
bahasa Melayu bagi mencetuskan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menyampaikan
ilmu pengetahuan tentang kata ganti diri. Kami telah menggunakan aplikasi Ayflip untuk
mengajar kata ganti diri dan telah melaksanakan beberapa inovasi. Anyflip adalah
program yang menjadi penyedia teknologi terkemuka dalam penyelesaian perisian
penerbitan digital. Perisian buku flip ini membolehkan pengguna menukar apa-apa bahan
bercetak ke dalam penerbitan digital yang unik dengan kesan flip halaman yang elegan.
Perisian penerbitan desktop inovatif ini membolehkan pengguna menyampaikan
kandungan melalui web, tablet, peranti mudah alih, dan saluran media sosial (rujuk rajah
1).

Rajah 6: Paparan Anyflip Kata Ganti Diri

Melalui aplikasi ini, kami sentiasa menggunakannya untuk menghasilkan buku flip
atau modul sesuatu pengajaran yang berkaitan. Aplikasi Anyflip ini juga memberi ruang
kepada pengguna untuk meletakkan gambar, animasi, penggunaan pelbagai jenis font dan
pelbagai variasi warna. Pengguna juga boleh menggunakannya untuk menerbitkan
majalah, artikel, album foto, risalah dan sebagainya menggunakan alat penyunting
8

halaman versi Anyflip's Desktop. Para pendidik kebiasaan menggunakannya dalam


penerbitan bahan cetakan mereka yang sedia ada dengan menukarnya ke format digital
menggunakan alat penukar, yang boleh ditukar dari format editorial yang popular ke
dalam format html5 dalam talian. Mereka kemudiannya boleh menambah interaktiviti,
seperti video, pautan, bunyi dan animasi, menggunakan alat penyunting halaman versi
Anyflip's Desktop (rujuk rajah 2).

Rajah 2: Paparan Anyflip Desktop

Aplikasi ini juga membantu kami dalam memperkenalkan generasi baharu dalam
cara penyampaian maklumat. Bagi murid dalam kelas, penggunaan Anyflip ini tidak
memerlukan peralatan dan bahan yang rumit kerana hasil daripada aplikasi ini dapat
disimpan dalam bentuk perisian. Simpanan berbentuk perisian ini dapat dibawa kemana-
mana sahaja iaitu dalam pendrive, hard disk, telefon bimbit dan lain-lain. Penggunaan ini
sangat mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi dalam penghasilannya kerana
aplikasi ini dapat diperoleh dari internet secara percuma atau boleh dikemaskini hanya
melalui secara atas talian.

Selain itu, aplikasi ini juga sesuai dengan pembelajaran abad ke-21 kerana melalui
Anyflip ini, para guru dapat menghasilkan e-buku. Penggunaan e-buku ini boleh dicapai
9

oleh para pelajar apabila para guru yang telah menyiapkan e-buku itu dan memasukkan
dalam frog vle. Pelajar dapat menggunakannya sebagai nota tambahan atau buku rujukan
selain penggunaan buku teks sebagai sumber pelajaran utama. Hasil daripadanya, pelajar
dapat meningkatkan minat terhadap suatu tajuk pelajaran dan bukan hanya menumpukan
pelajaran (rujuk rajah 3).

Rajah 3: Contoh E-buku menggunakan Anyflip

Penggunaan aplikasi ini memerlukan kami untuk menyiapkan bahan dalam bentuk
slaid powerpoint atau karangan. Setelah itu, kami mengubahsuai bentuk ke dalam fail pdf
dan memasukkannya ke dalam laman web Anyflip. Pemprosesan yang berlaku hanya
mengambil masa sekejap sahaja bergantung kepada penggunaan saiz fail dan animasi
10

yang digunakan dalam Anyflip itu. Setelah siap, aplikasi ini dapat digunakan terus atau
para pengguna juga boleh memuat turun dan mencetak dalam bentuk salinan. Salinan-
salinan ini dapat digunakan sebagai BBM atau salinan latihan kepada para pelajar dalam
melengkapkannya. Aplikasi Anyflip ini juga dapat digunakan dalam menyiapkan tugasan
iaitu menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Rajah 4: Contoh RPH menggunakan Anyflip


11

2.0 ASPEK WACANA MENGGUNAKAN INOVASI DALAM MENGAJAR IAITU


KONTENS KATA GANTI DIRI.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru
amat penting agar mampu memberikan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran
guru. Maka, guru perlu bijak memilih kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai supaya
mampu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekali gus
meningkatkan prestasi pelajar itu sendiri. Terdapat banyak kaedah yang boleh diterapkan atau
dipraktikkan oleh seseorang guru.

Sejak belakangan ini, sesi pengajaran dan pembelajaran guru dikatakan tidak menarik dan
menimbulkan rasa bosan dalam kalangan pelajar. Oleh itu, aspek ini dijalankan bertujuan
menarik minat pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21, memahami
isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru, melibatkan diri secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan prestasi pelajar secara khususnya.
Penggunaan Anyflip salah satu kaedah yang mampu memberikan keberkesanan dalam
pengajaran dan pembelajaran guru serta menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran pelajar di sekolah. Namun, Anyflip dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
perlu menggunakan pendekatan yang betul dan kreatif agar semua objektif pengajaran mampu
dicapai dengan jayanya.

Seseorang guru perlu menguasai kesemua kemahiran asas pedagogi sebelum


melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Antaranya ialah
kemahiran menyoal, kemahiran variasi rangsangan, kemahiran menggunakan papan tulis,
kemahiran mempelbagaikan bahan bantu mengajar, kemahiran menerang dan lain-lain lagi.

Kesemua kemahiran yang dinyatakan mempunyai pelbagai tujuan dan mempunyai aras
kesukarannya yang tersendiri untuk dikuasai. Salah satunya ialah kemahiran mempelbagaikan
bahan bantu mengajar yang memerlukan guru menguasai beberapa aspek seperti jenis Anyflip
yang sesuai dan menarik sekali gus mampu meningkatkan kefahaman para pelajar. Guru perlu
menguasai kesemua aspek yang diperlukan bagi menjadikan kemahiran mempelbagaikan
bahan bantu mengajar itu berjaya dilaksanakan dengan baik.
12

Kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga penting bagi guru
untuk mengetahui pencapaian pelajar. Guru yang menguasai kemahiran menyoal ini mampu
mengukur tahap pencapaian para pelajarnya dengan soalan-soalan yang baik dan bermutu
sesuai dengan tahap serta kemampuan pelajar. Hal ini dapat membantu guru memperoleh
maklumat dan memperbaiki kemahiran guru itu sendiri. Selain itu, kemahiran menyoal juga
akan memudahkan guru mendapat maklumat berkaitan pelajar bukan sahaja dalam bidang
akademik, malah maklumat pelajar di luar bidang atau lingkungan akademik. Kemahiran
menyoal juga akan membantu guru menilai dirinya sendiri. Respon pelajar terhadap guru yang
bertanya akan memberikan maklumat sama ada seorang guru itu telah menjalankan tugasnya
dengan baik atau sebaliknya.

Kata ganti nama dirujuk sebagai pengganti kata nama khas dan kata nama am. Dengan itu,
kata ganti nama berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti
kepada sesuatu kata nama (Nik Safiah Karim et.al, 2011). Kata ganti nama terbahagi kepada
dua jenis, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk
merupakan perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud benda atau
perkara yang dirujuk itu menunjukkan umum atau tempat. Manakala kata ganti nama diri
dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang.
Penggunaan kata ganti nama diri tanya digunakan dalam bentuk tanya. Kata ganti nama diri
orang pula merujuk diri orang tertentu, iaitu diri pertama, diri kedua dan diri ketiga.

Kata ganti nama merupakan kata yang berdiri di tempat kata nama yang boleh berfungsi
pada subjek dan objek ayat. Menurut Asmah Haji Omar (2009), kata ganti nama mempunyai
tiga ciri, iaitu ganti nama diri, ganti nama penunjuk dan ganti nama tanya. Ciri yang pertama,
iaitu ganti nama diri merupakan kata yang dapat menggantikan kata nama manusia secara
terbatas kata nama yang lain. Asmah Haji Omar (2009) membahagikan ganti nama diri ini
kepada ganti nama diri manusia, ganti nama bahasa diraja, ganti nama biasa, ganti nama
kendiri dan ganti nama diri bukan manusia. Dalam bentuk ganti nama diri manusia boleh
dilihat dari segi penggunaannya sama ada menggunakan ganti diri pertama, diri kedua atau
ketiga. Ganti nama bahasa Diraja pula mempunyai penggunaan seperti perkataan beta, patik
dan tuanku.
13

Manakala ganti nama biasa pula dibahagikan kepada subgolongan seperti hormat, neutral
dan kasar atau intim. Penggunaan ganti nama biasa hormat seperti saya, tuan, puan dan beliau.
Ganti nama biasa neutral mengandungi saya, anda, saudara, saudari, dia dan mereka. Ganti
nama biasa kasar atau intim pula seperti aku, kamu, engkau, awak, dia dan mereka. Ganti
nama kendiri merupakan penggunaan yang menunjukkan diri sendiri, iaitu kendiri dan sendiri.
Bagi ganti nama diri bukan manusia pula merangkumi penggunaan ia dan ianya. Ciri kata
ganti nama seterusnya adalah ganti nama penunjuk digunakan bagi merujuk berdasarkan
ukuran jarak. Seterusnya, ciri yang terakhir ialah ganti nama tanya, iaitu kata yang
menggantikan kata nama dalam pertanyaan.

3.0 PENILAIAN MENTIMETER DALAM APLIKASI ANYFLIP.

Rajah 5: Paparan pengenalan aplikasi.

Aplikasi Mentimeter merupakan aplikasi yang berasaskan web untuk melakukan ‘survey’ atau
‘poll’ secara pantas dalam sesuatu pengajaran. Aplikasi ini dapat digunakan sebagai set induksi
yang mampu merangsang dan menarik perhatian pelajar dengan sesuatu tajuk yang akan
diajarkan. Penggunaan aplikasi yang kreatif ini menjadikan set pengenalan yang interaktif dan
bermakna bagi pelajar. Penggunaan Mentimeter ini juga boleh digunakan oleh guru untuk
mengumpul maklumat dan data pelajar melalui pengetahuan sedia ada pelajar. Guru juga boleh
14

mengukur tahap penilaian kendiri pelajar terhadap sesuatu kemahiran kerana maklmumat yang
diperoleh terus dipantau oleh guru.

Selain itu, penggunaan Mentimeter ini dapat menggalakkan pendapat atau pandangan
secara lisan atau bukan lisan yang mana dapat memantapkan lagi kemahiran komunikasi
pelajar. Pelajar yang sering kali malu apabila bertanyakan soalan dapat menggunakan kaedah
ini kerana aplikasi ini tidak menunjukkan nama sebenar pelajar dan ada juga yang tidak
memperlihatkan nama pelajar tersebut.

Pada rajah 5, guru atau pengguna perlu memasukkan email dan kata kunci buat kali
pertamanya. Seterusnya, pada bahagian ‘type’, guru dapat memilih jenis permainan yang ingin
digunakan oleh guru tersebut. Kemudian di bahagian ‘content’, guru perlu memasukkan bahan
atau soalan yang hendak dimulakan oleh guru ini.

Rajah 6: Penyesuaian di tetapan.


Selepas itu, guru akan memilih untuk menyesuaikan dalam tetapan seperti memaparkan
jawapan yang betul, memasukkan gambar berkaitan dan sebagainya.
15

Rajah 7: Penggunaan aplikasi dalam bilik darjah.


Setelah siap dalam menyesuaikan tetapan, aplikasi ini dapat digunakan di dalam bilik
darjah. Pelajar perlu memasukkan code 6 angka yang berada di bahagian atas dalam laman
web www.menti.com ini. Seterusnya, permainan dimulakan setelah semua pelajar telah
masuk ke dalam aplikasi ini. Pemenang akan dikira berdasarkan pelajar yang mendapat
markah tertinggi dalam menjawab soalan.
16

4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN INOVASI

4.1 KELEBIHAN INOVASI YANG DILAKSANAKAN DALAM PENGAJARAN


KATA GANTI DIRI BAHASA MELAYU

Dalam usaha membuat inovasi dalam pengajaran, sudah tentu elemen yang akan kita lihat
terlebih dahulu adalah dari segi kelebihan inovasi yang telah dipilih oleh pengkaji. Begitu
juga bagi pengkaji iaitu bakal pendidik. Kami berusaha melakukan inovasi dalam
pengajaran kata ganti diri dengan memilih untuk menyediakan suatu inovasi pengajaran
yang akan memudahkan pengajaran guru.

Melalui penggunaan Anyflip ini, kelebihan yang dapat dilihat melalui penggunaan
applikasi Anyflip ini. Salah satu kelebihan menggunakan applikasi Ini dalam pengajaran
ialah dapat menarik perhatian pelajar untuk fokus dengan pengajaran guru. Melalui
pemerhatian lepas, dapat dilihat dimana para pelajar agak kurang focus dan cepat bosan
dengan kaedah pengajaran yang sama yang digunakan oleh guru ketika mengajar
khususnya kaedah tradisiional iaitu “chalk and talk”. Applikasi ini sangat mudah
digunakan dalam pengajaran kerana ianya tidak jauh beza dari penggunaan Powerpoint
slide atau paparan slaid. Cuma untuk Anyflip ianya lebih menarik dan tidak
membosankan. Proses pengajaran masih berlaku seperti biasa cuma penggunaan applikasi
ini ditambah untk menarik fokus pelajar.

Selain itu, penggunaan Anyflip ini juga memudahkan proses pengajaran guru. Hal
ini kerana guru telah menyediakan nota didalam Anyflip ini lebih awal. Jadi sudah tentu
guru akan lebih bersedia untuk mengajar kata ganti diri ini di kelas. Sudah semestinya
guru telah membuat persiapan awal ketika membuat nota dalam applikasi ini. Lebih-
lebih lagi Anyflip ini hanya menggunakan teknologi terkini. Jadi guru tidak perlu
membawa bahan bantu mengajar ke hulu ke hilir untuk mengajar kelas yang berbeza.

Kelebihan yang lain pula ialah guru boleh menggunakan semula bahan didalam
Anyflip untuk masa hadapan. Bahan dalam Anyflip ini boleh digunakan selagi silibus
pembelajaran tidak ditukar. Ini memudahkan kerja guru dimana guru tidak perlu
memikirkan banyak aktiviti yang berbeza untuk tajuk yang sama. Ini dapat menjimatkan
masa dan tenaga guru.
17

Di samping itu, kelebihan yang dapat dilihat melalui penggunaan aplikasi Anyflip
ini ialah guru dapat mendedahkan pelajar terhadap penggunaan teknologi dalam
pengajaran. Seperti yang diketahui umum, pelajar sekarang pandai dalam menggunakan
gajet ataupun teknologi dalam kehidupan seharian. Tetapi agak sedikit malang apabila
mereka hanya tahu menggunakannya untuk perkara yang tidak produktif dan tidak
berkaitan dengan pembelajaran mereka. Jadi guru boleh mendedahkan kepada pelajar
penggunaan teknologi ini dalam pembelajaran mereka. Tugas guru adalah membimbing
pelajar dalam hal-hal berkaitan dengan pembelajaran mereka. Jadi melalui penggunaan
aplikasi ini, guru dapat membantu mereka membuat pembelajaran mereka lebih afektif
dan merangsang pelajar untuk lebih kreatif dan kritis dalam pembelajaran.

Kelebihan yang terakhir yang dapat dilihat dalam penggunaan aplikasi ini ialah
memudahkan guru untuk untuk memberi penerangan kepada pelajar. Melalui nota yang
ada ada di Anyflip ini, sudah tentu guru membuat nota yang ringkas tetapi padat dan
mudah untuk difahami oleh pelajar. Ini merupakan keutamaan guru dalam penggunaan
aplikasi ini, iaitu ingin pelajar mudah faham dengan pengajaran guru pada hari tersebut.
Dan dapat dipastikan dimana semakin ringkas nota yang dibuat oleh guru semakin mudah
pelajar untuk memahami isi kandungan pengajaran.
18

4.2 KELEMAHAN INOVASI YANG DILAKSANAKAN DALAM PENGAJARAN


KATA GANTI DIRI BAHASA MELAYU

Dalam apa jua aplikasi yang digunakan, seberapa cantik atau menariknya sesuatu bahan
inovasi yang dicipta, sudah tentu kita tidak akan dapat lari daripada kelemahan atau
kecacatan padanya. Jika dilihat daripada kelebihan tadi umpama tiada cacat cela yang
dapat dikesan dalam penggunaan Anyflip ini.

Kelemahan yang paling ketara yang dapat dilihat dimalaysia ialah kemudahan
disekolah yang masih terhad. Ini akan membuatkan guru sukar untuk menggunakan apa-
apa aplikasi yang berkaitan dengan teknologi. Mungkin sekolah dikawasan bandar tidak
menghadapi apa-apa masalah berkaitan dengan penggunaan aplikasi ini, tetapi sekiranya
dilihat di kawasan pedalaman khususnya di sabah dan sarawak, kemudahan yang ada
disekolah adalah terhad dan ada kawasan yang tidak mempunyai kemudahan rangkaian
internet.

Selain itu, kelemahan yang seterusnya yang dapat dilihat ialah kemahiran guru
dalam penggunaan Anyflip masih terhad. Hal ini akan menyukarkan guru untuk
menggunakan aplikasi Anyflip kerana nanti akan berlaku pembaziran masa kerana guru
tidak pandai menggunakan aplikasi ini. Hal ini akan menyebabkan guru mengalami
tekanan kerana terpaksa menggunakan masa yang lebih untuk menyediakan nota didalam
Anyflip ini. kurang kemahiran dalam penggunaan multimedia dan teknologi kerana pasti
akan menimbulkan sikap berputus asa yang mendalam andai tidak mampu bertahan
dengan masalah-masalah teknikal yang bakal dihadapi ketika ingin menyiapkan bahan-
bahan ini. Kekurangan atau ketiadaan alatan seperti LCD dan computer juga akan
mendatangkan masalah yang besar kepada guru yang ingin mengaplikasikan bahan
inovasi ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kelemahan yang lain yang dapat dilihat melalui penggunaan Anyflip ialah masalah
dalam masa pengajaran dan luar pengajaran. Masalah masa ini sememangnya tidak dapat
dielakkan. sekiranya berlaku masalah teknikal, sudah pasti banyak masa yang telah
terbuang sehingga mengganggu konten ataupun kandungan pengajaran yang ingin diajar
pada hari itu. Lebih lebih lagi di sekolah sekarang ada sekolah yang semakin
menyingkatkan waktu pembelajaran. Sekiranya berlaku masalah teknikal, sudah pasti
19

pengajaran pada hari tersebut akan terganggu sekiranya guru tersebut tidak mempunyai
sebarang pelan sandaran untuk hari tersebut. Waktu luar pengajaran guru juga akan
terganggu kerana guru terpaksa membuat nota-nota sebelum menggunakannya dikelas.
Sekiranya, guru kurang berkemahiran. Banyak masa yang akan dibazirkan begitu sahaja.

4.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Seperti yang telah dibincangkan, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada inovasi
pengajaran kata ganti diri yang dikaji terutamanya dari segi rangkaian internet. Kita tidak
dapat menafikan bahawa kepentingan internet merupakan bukti daripada perspektif
pendidikan. Walaupun papan tulis, buku teks, radio dan televisyen telah digunakan untuk
tujuan pendidikan selama ini, tidak ada yang cukup mempengaruhi proses pembelajaran
seperti komputer kerana ia berguna dalam pembangunan sumber mental manusia yang
membolehkan guru dan pelajar untuk berjaya menerapkan pengetahuan sedia ada dan
menghasilkan pengetahuan baru. Menggunakan internet dalam pengajaran dan
penyelidikan menjadikan komunikasi antara pelajar dan guru lebih mudah dan menarik.
Oleh hal yang demikian, pihak sekolah perlulah menyediakan kemudahan rangkaian
internet yang semaksimum mungkin, begitu juga dengan peralatan teknologi terkini.

Selain itu, guru juga perlulah membuka minda untuk mempelajari kemahiran
teknologi dan multimedia bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik. Ikutilah
perubahan zaman sesuai dengan keperluan. Berusaha berfikiran kreatif dan inovatif dalam
menghasilkan bahan pengajaran yang menarik. Jika menghadapi sebarang masalah ketika
proses penyediaan bahan bantu mengajar, janganlah cepat menggelabah dan mengeluh
tetapi berusaha memikirkan penyelesaian bagi isu tersebut.

Memandangkan penggunaan aplikasi Anyflip ini sebenarnya membawa kepada


pengawalan bilik darjah yang minimum, maka guru perlu mengaplikasikan pengetahuan
pengurusan bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran diajalankan. Kaedah yang
boleh digunakan dalam usaha mengurus pembelajaran ialah, kaedah mastery learning
iaitu, guru mestilah memastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang
diajar dalam satu unit pembelajaran. Manakala kaedah yang kedua ialah kaedah inquiry
iaitu model pembelajaran yang mempersiapkan murid kepada situasi melakukan
eksperimen sendiri sehingga dapat berfikir secara kritis untuk mencari dan menemukan
20

jawapan dari suatu masalah yang timbul. Akhir sekali, guru boleh menggunakan kaedah
konstektual learning yang merangkumi tujuh komponen utama pembelajaran efektif. Hal
ini demikian amat penting dalam mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan sistematik kepada pelajar.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, semantik adalah suatu istilah yang merujuk kepada kajian makna kata,
manakala pragmatik merupakan konteks kajian makna tersebut. Konteks makna merujuk
kepada pemahaman makna melalui pengalaman sedia ada dan pengalaman yang baru
diperoleh oleh seseorang. Dalam aspek pengajaran bidang semantik pula dapat dilihat
maklumat atau perkara mengenai bidang semantik (makna) yang disampaikan kepada
pendengar dan pembaca. Pengajaran bidang semantic di sekolah adalah seperti kata ganti diri.
Penggunaan kata ganti diri adalah perlu sesuai dengan konteks ayat kerana kata ganti nama
mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Oleh itu, makna dan konteks perlu selari agar penyampaian makna menjadi berkesan
kepada murid di sekolah. Contoh-contoh ayat dan kata yang berkaitan dengan kata ganti diri
mengikut jenis ayat yang sesuai. Inovasi adalah penting dalam aktiviti pengajaran supaya
sesuatu yang baru dapatdiaplikasikan tanpa meninggalkan aspek atau perkara yang dianggap
lama. Inovasi adalah idea kreatif dalam pengaplikasian kreativiti yang mempraktikkan idea
yang dihasilkan oleh seseorang bagi menjana hasil yang baik kepada murid khususnya di
sekolah. Ia melibatkan proses pembaharuan atau penambahbaikan daripada sistem lama
kepada sistem yang lebih baik. Sebagai buktinya, guru tidak perlu lagi menggunakan banyak
aplikasi untuk sesuatu set induksi rancangan pengajaran harian yang dibina melalui aplikasi
komputer.
21

Terdapat banyak aplikasi yang dimaksudkan adalah penggunaan gabungan beberapa


aplikasi menjadi satu bahan. Terdapat inovasi baharu terhadap penggunaan aplikasi komputer
seperti Anyflip. Ia merupakan satu aplikasi yang boleh membina soalan dan nota yang mampu
mejelaskan sesuatu isi kepada penonton. Selain itu, rakaman suara juga boleh dimasukkan
terus ke dalam video animasi mengenai kata ganti diri melalui aplikasi. Video animasi boleh
dibina secara bebas mengikut kreativti masing-masing. Pengunaan aplikasi ini mampu
membina animasi mengenai kata ganti diri sangat relevan dengan masa kini kepada murid-
murid di sekolah yang menuntut penggunaan teknologi dalam pembelajaran di sekolah pada
hari ini. Pengertian tentang makna lebih mudah iaitu kos memproses rendah apabila
pengajaran kata ganti diri menggunakan animasi menunjukkan situasi yang berkaitan dengan
kata ganti diri yang dipelajari. Makna sesuatu perkara lebih mudah difahami oleh murid yang
diajar oleh guru di sekolah, jika seseorang telah mempunyai pengalaman atau pengetahuan
sedia ada. Jelaslah bahawa inovasi penting dalam pengajaran terutama dalam bidang semantik
dan pragmatik kerana aspek makna perlu dihuraikan dengan jelas bagi menjelaskan kepada
pembaca dan pendengar.
22

6.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2016). Linguistik Am. Selangor: Publishing House Sdn. Bhd.

Abdullah Yusof, Alias Moh Yatim, Mohd Ra’in Shaari. (2009). Semantik Dan Pragmatik

H. Sutirna (2018). Inovasi dan Teknologi Pembelajaran (Konsep, Dasar dan Teori). CV Budi
Utama: Jakarta.

Ibrahim bin Hj. Ahmad. Azizah bt. Supardi, Saidah bt, Kamin, Hajah Aziah bt. Tajudin, Salmah
bt. Jabbar, Hairani bt. Mohd Khalid, Rodziah bt. Abdullah, (2015). Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (Harga Ekonomi) Cetakan pertama (2007). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Noor Natasha Nadia Jaafar (2011). Penerapan Elemen Inovasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Kursus Ikhtisas Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Zaharatul Laili Zakaria (2014). Semarakkan Kreativiti Budayakan Inovasi. Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi: Maktab Koperasi Malaysia.

Zulkifley Hamid, Ramly Md. Salleh, Rahim Aman. (2015). Linguistik Melayu Edisi Ketiga.
Selangor: UKM Holdings Sdn. Bhd.

You might also like