Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

DASAR KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN

MALAYSIA

DASAR KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Latar Belakang.

Kurikulum merupakan urusan utama yang menjadi tumpuan dalam bidang pendidikan. Satu dasar
yang komprehensif, selaras dan berkesan mengurus pencapaian akademik serta mampu menangani
keseluruhan masalahnya amat perlu disediakan. Objektif.

Penetapan dasar kurikulum ini amat penting bagi mencapai objektif-objektif berikut :-

1.1.1 Menjadi garis panduan kepada warga sekolah dalam melaksanakan pengurusan kurikulum di
sekolah
1.1.2 Memantapkan pengurusan kurikulum dan pentadbiran di sekolah pada semua peringkat iaitu
Pengetua, GPK Akademik dan Pentadbiran, Guru Kanan Bidang, Ketua Panitia, setiausaha-
setiausaha jawatankuasa kurikulum dan juga guru-guru penolong.
1.2 Memenuhi keperluan standard kualiti pengurusan pendidikan yang ditetapkan di dalam instrument
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

2. Dasar.

2.1 Setiap dasar dan peraturan yang digunapakai hendaklah selaras dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
2.2 Kurikulum yang dilaksanakan hendaklah memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
2.3 Mematuhi segala peraturan dari masa ke semasa dari Sektor Pendidikan
2.4 Dalam apa-apa keadaan program kurikulum/akademik perlulah diutamakan berbanding program lain
sekiranya berlaku pertindihan program di sekolah.

3. Mesyuarat.

3.1 Jawatankuasa Kurikulum.


3.1.1 Ahli jawatankuasa kurikulum dikehendaki sekurang-kurangnya mengadakan mesyuarat sebanyak 4
kali setahun termasuk post mortem peperiksaan.
3.1.2 SU Kurikulum hendaklah menyediakan minit mesyuarat setiap kali mesyuarat dan mengedarkan
kertas tindakan minit dalam tempuh satu minggu sebelum setiap mesyuarat kepada setiap pihak yang
berkenaan dalam minit untuk dilaporkan tindakan yang perlu dan dibentang dalam mesyuarat.
3.1.3 Minit mesyuarat hendaklah diedarkkan kepada ahli mesyuarat sekurang-kurangnya seminggu selepas
mesyuarat untuk makluman dan tindakan ahli mesyuarat.
3.1.4 Setiap panitia dikehendaki mengadakan mesyuarat masing-masing minima 4 kali termasuk post
mortem mata pelajaran masing-masing.
3.1.5 Minit mesyuarat panitia mata pelajaran hendaklah disimpan di dalam fail pengurusan panitia, satu
salinan kepada GP Kanan Pentadbiran dan SU Kurikulum untuk simpanan/rekod.
3.1.6 Agenda mesyuarat kurikulum hendaklah meliputi :-
3.1.6.1 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat.
3.1.6.2 Laporan tindakan minit dan perkara berbangkit.
3.1.6.3 Laporan peruntukan dan perbelanjaan kewangan bidang/panitia
3.1.6.4 Laporan GK Mata Pelajaran
3.1.6.5 Takwim aktiviti kurikulum.
3.1.6.6 Rancangan program peningkatan pencapaian akademik.
3.1.6.7 Pelan strategi, taktikal dan operasi bersama analisa SWOT.
3.1.6.8 Penetapan gred peperiksaan menengah rendah dan menengah atas.
3.1.6.9 Pengurusan peperiksaan/ujian dalaman dan awam
3.1.6.10 Kerja kursus dan pentaksiran serta pemeriksaan buku latihan/ujian
3.1.6.11 Pengurusan buku rekod mengajar, kelas dan P&P.
3.1.6.12 Kursus-kursus dalaman/perkembangan staf.
3.1.6.13 Pengurusan P & P.

3.1.7 Agenda mesyuarat post mortem hendaklah melibatkan perbincangan :-


3.1.7.1 Analisa pencapaian panitia mata pelajaran.
3.1.7.2 Laporan post mortem analisa mata pelajaran
3.1.7.3 Laporan pelaksanaan dan keberkesanan program akademik
3.1.7.4 Cadangan penambahbaikan program
3.1.7.5 Takwim program-program.

3.2 Sukatan dan huraian sukatan pelajaran.


3.2.1 Isi kandungan.
3.2.1.1 Sukatan pelajaran setiap subjek hendaklah sentiasa terkini termasuk huraian sukatan pelajaran
(HSP).
3.2.1.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini mesti ada dalam simpanan / fail panitia mata
pelajaran.
3.2.1.3 Setiap guru mata pelajaran mesti meletakkan / menampalkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran
terkini di dalam buku rekod mengajar.
3.2.1.4 Sekiranya tidak disertakan di dalam rekod mengajar hendaklah dimasukkan ke dalam fail dan boleh
disediakan / diserahkan dalam tempuh lima minit apabila diminta berbuat demikian oleh pihak
pemantau / pencerap / penyelia.
3.2.1.5 Bagi kes disimpan di dalam fail, pada ruangan sukatan dan huraian sukatan pelajaran di dalam buku
rekod mengajar hendaklah dituliskan “sila rujuk fail sukatan pelajaran”.
3.2.1.6 Fail hendaklah diserahkan bersama-sama buku rekod mengajar untuk semakan dan pengesahan oleh
pengetua pada penghantaran pertama awal sesi persekolahan.
3.2.2 Penyimpanan dan senggaraan.
3.2.2.1 Buku Rekod Mengajar hendaklah dilengkapkan sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran di- dalam bilik darjah.
3.2.2.2 Guru hendaklah membawa buku rekod mengajar setiap kali melaksanakan proses P&P.
3.2.2.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah dihantar untuk disemak oleh pengetua atau GPK atau guru kanan
bidang mengikut ketetapan sekolah pada akhir hari persekolah setiap minggu.
3.2.2.4 Buku Rekod Mengajar adalah dokumen rasmi setiap orang guru dan kehilangannya perlu dilaporkan
kepada pihak polis.
3.2.2.5 Setiap maklumat di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah diisi dengan lengkap dan sempurna.
3.2.2.6 Setiap guru adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan, kebersihan dan kekemasan Buku
Rekod Mengajar masing-masing.
3.2.2.7 Rancangan pelajaran harian mestilah sekurang-kurangnya mengandungi lima (5) perkara asas seperti
di dalam Surat pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 3/1999 :-
3.2.2.7.1 Tajuk / Isi Pelajaran
3.2.2.7.2 Objektif pelajaran
3.2.2.7.3 Aktiviti
3.2.2.7.4 KBKK
3.2.2.7.5 Refleksi
3.2.2.8 Rancangan pelajaran mestilah dipatuhi semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.
3.2.2.9 Sekiranya seseoranng guru itu tidak dapat hadir bertugas atau tidak dapat melaksanakan proses
P&P, bukuk rekod mesti dilengkapkan dan diserahkan kepada pengetua sehari sebelum bagi maksud
diambil alih tugas oleh guru pengganti.
3.2.2.10 Buku rekod mengajar mestilah diserahkan kepada pihak sekolah pada akhir sesi persekolahan
hujung tahun.
3.2.2.11 Menulis buku rekod mengajar hendaklah menggunakan dakwat warna hitam atau biru sahaja.
3.2.2.12 Bagi sekolah yang menggunakan system e-book bagi tujuan rancangan mengajar, hendaklah
dipastikan bahawa setiap rancangan telah dicetak dan dibawa masuk ke dalam kelas.
3.3 Pelaksanaan dan ketetapan tempuh sukatan.
3.3.1 Sukatan pelajaran hendaklah dihabiskan setiap tahun seperti berikut :-
3.3.1.1 Tingkatan 1, 2 dan 4 dihabiskan pada bulan September.
3.3.1.2 Tingkatan 3 dihabiskan pada bulan Julai.
3.3.1.3 Tingkatan 5 dihabiskan pada bulan Ogos.

3.3.1.4 Tingkatan 6B dihabiskan pada bulan Oktober


3.3.1.5 Tingkatan 6A dihabiskan pada bulan Ogos.
3.3.2 Pendidikan Bestari – kaedah pengajaran dan pembelajaran hendaklah:-
3.3.2.1 Berpusatkan murid.
3.3.2.2 Menggunakan bahan bantu mengajar (BBM)
3.3.2.3 Menggunakan dan menguasai kaedah P&P terkini seperti konteksual, pembelajaran masteri dan lain-
lain.
3.3.2.4 Kualiti pengajaran dan pembelajaran hendaklah sentiasa dipertingkatkan.
4. Sistem fail.

4.1 Satu sistem fail sekolah hendaklah diguna selaras dengan sistem pengurusan fail JPN negeri masing-
masing.
4.2 Fail pengurusan kurikulum/bidang/panitia hendaklah disimpan di satu tempat yang teratur bagi
memudahkan rujukan dan seliaan.
4.3 GK Mata Pelajaran hendaklah menyelia fail-fail panitia setiap 6 bulan dan memberi teguran sekiranya
perlu terutama berkaitan dengan perbelanjaan kewangan.
4.4 Bilangan fail sebanyak 10 buah sepertimana yang telah ditetapkan oleh JPN meliputi :-
4.4.1 Fail surat menyurat
4.4.2 Fail minit mesyuarat
4.4.3 Fail sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran
4.4.4 Fail pekeliling ikhtisas
4.4.5 Fail jadual waktu guru
4.4.6 Fail profil guru mata pelajaran
4.4.7 Fail takwim akademik
4.4.8 Fail analisa peperiksaan / post mortem
4.4.9 Fail bank soalan
4.4.10 Rekod pemantauan

5. Peperiksaan.
5.1 Pengurusan peperiksaan dan penilaian
5.1.1 AJK peperiksaan dan penilaian adalah terdiri daripada:-
5.1.1.1 Pengerusi - Pengetua
5.1.1.2 N.Pengerusi - PK Pentadbiran
5.1.1.3 Setiausaha - GK Bidang
5.1.1.4 Penyelaras PMR
5.1.1.5 Penyelaras SPM
5.1.1.6 Penyelaras STPM
5.1.1.7 Penyelaras STAM
5.1.1.8 Penyelaras tingkatan (Tingkatan 1-6)
5.2 Takwim peperiksaan.
5.2.1 Ujian bulanan
5.2.2 Peperiksaan penggal.
5.2.3 Ujian topikal
5.2.4 Peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan STPM
5.3 Jadual kerja.
5.3.1 Panitia mesti menentukan jadual penyediaan dan penggubalan soalan mengikut tingkatan.
5.3.2 Semua soalan mestilah disemak oleh Ketua Panitia dan mendapat sokongan Guru Kanan Bidang
5.3.3 Soalan hendaklah dicetak 2 minggu sebelum peperiksaan dan disimpan dalam bilik soalan.
5.3.4 Setiap kertas soalan mesti dicetak secara mencukupi untuk semua tingkatan.
5.3.5 Setiap soalan mestilah siap dibungkus dan dicatatkan kelas/tingkatan, nama pengawas dan
pemeriksa.
5.3.6 Ditaip menggunakan huruf “Times Roman” dengan saiz 12.
5.3.7 Soalan objektif hendaklah ditaip dalam satu kolum atau dua kolum sahaja.
5.3.8 Semua bungkusan kertas soalan hendaklah ditampalkan
“cover” bermaklumat yang telah disediakan oleh unit peperiksaan.
5.4 Panduan penggubal soalan.
5.4.1 Digubal mengikut peperiksaan sebenar.
5.4.2 Soalan mestilah meliputi sukatan pelajaran yang telah diajar pada setiap kelas/tingkatan dan
dipersetujui oleh setiap guru mata pelajaran.
5.4.3 Setiap set soalan mestilah dibina berdasarkan JSU sama ada aras soalan dan juga jumlah soalan

5.4.4 Penggubal hendaklah menyediakan skema jawapan bagi setiap soalan dan diperbanyakkan bagi
keperluan pemeriksa.
5.4.5 Penggubal hendaklah mendapat pengesahan dari ketua panitia dan juga Guru Kanan Bidang
sebelum mencetak soalan.
5.4.6 Satu salinan kertas soalan hendaklah diserahkan kepada SU Kurikulum bagi tujuan rekod / bank
soalan selain simpanan panitia.
5.4.7 Bagi tujuan cetakan, penggubal hendaklah mendapatkan pengesahan dari Penolong Kanan.Borang
cetakan disediakan.
5.4.8 Penggubal hendaklah memastikan tiada berlaku kebocoran soalan sehingga waktu peperiksaan.
5.5 Pengawasan peperiksaan.
5.5.1 Setiausaha peperiksaan bertanggungjawab menguruskan penyediaan dewan dan bilik peperiksaan.
5.5.2 Jarak kedudukan meja peperiksaan hendaklah memenuhi peraturan peperiksaan sebenar.
5.5.3 PK Akademik dan SU peperiksaan bertanggungjawab mengumumkan tarikh peperiksaan dan jadual
pengawasan.
5.5.4 Satu peraturan peperiksaan hendaklah dimaklumkan kepada guru dan juga murid.
5.5.5 Pengawas hendaklah berada di dalam bilik atau dewan peperiksaan sekurang-kurangnya 10 minit
sebelum waktu peperiksaan berlangsung bagi memastikan kesediaan murid menghadapi
peperiksaan.
5.5.6 Sebuah jam besar perlu disediakan di hadapan bilik/dewan peperiksaan bagi keperluan murid
merancang masa menjawab soalan.
5.5.7 Pengawas bertanggung jawab memastikan murid bersedia menjalani dan mematuhi segala peraturan
peperiksaan.
5.5.8 Pengawas bertanggungjawab mengumpul dan menyerahkan kertas jawapan kepada guru pemeriksa
setelah tamat peperiksaan.
5.5.9 Pengawas bertanggungjawab memastikan murid tidak menipu dalam peperiksaan dan mengawal
keluar masuk murid dari bilik atau dewan peperiksaan sepanjang waktu peperiksaan.
5.6 Dasar peratusan markah untuk menengah rendah.
5.6.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun 100% markah.
5.6.2 Jumlah markah akhir tahun 100% akan menentukan kedudukan kelas pada tahun berikutnya.
5.7 Dasar peratus markah menengah atas.
5.7.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun 100% markah
5.7.2 100% markah akhir tahun untuk menentukan kedudukan kelas tahun berikutnya.
5.8 Format peperiksaan.
5.8.1 Ujian bulanan – masa menjawab hanya 1 jam sahaja dan melibatkan topik-topik yang diajar pada
bulan-bulan semasa.
5.8.2 Peperiksaan penggal – masa menjawab adalah mengikut masa sebenar. Soalan hendaklah meliputi
sukatan yang perlu dihabiskan. Pengendalian peperiksaan juga perlu mengikut piawaian peperiksaan
yang ditetapkan oleh pihak JKuasa Kurikulum.
5.9 Jadual pengawasan.
5.9.1 Ujian bulanan - Mengikut jadual peribadi guru.
5.9.2 Masa ujian - Serentak selama seminggu
5.9.3 Peperiksaan penggal - Mengikut jadual berpusat
5.9.4 Masa peperiksaan - Mengikut keperluan peperiksaan awam.
5.10 Rekod markah.
5.10.1 Markah ujian bulanan dan peperiksaan penggal dicatatkan di dalam buku rekod mengajar guru dan
juga buku rekod pencapaian akademik.
5.10.2 Buku rekod pencapaian akademik murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan tidak lewat tiga
minggu dari tarikh tamat peperiksaan dan hendaklah ditandatangani oleh guru tingkatan dan
Pengetua atau GPK Akademik.
5.10.3 Buku rekod pencapaian akademik murid hendaklah ditandatangani oleh ibubapa atau penjaga pada
majlis yang ditetapkan oleh sekolah.
5.10.4 Slip peperiksaan hendaklah dihantar kepada ibubapa atau penjaga secara pos. Satu salinan
hendaklah disimpan dalam fail/folder khas pelajar dan disimpan di bilik bimbingan dan kaunseling.
5.10.5 Rekod pencapaian kelas hendaklah ditampal di hadapan bilik darjah dan juga papan kenyataan
umum untuk tatapan warga sekolah dan juga ibubapa/penjaga.

5.11 Syarat lulus.


5.11.1 Bagi menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3) syarat lulus adalah mengikut keputusan mesyuarat
jawatankuasa kurikulum.
5.11.2 Bagi menengah atas (tingkatan 4, 5 dan 6) syarat lulus adalah mengikut garis panduan PPD, Jabatan
Pelajaran Negeri dan BPI.
5.11.3 Pelajar yang mendapat gred “D” dalam mana-mana matapelajaran peperiksaan penggal dianggap
sebagai tidak mencapai tahap memuaskan untuk tingkatan 1, 2 dan 3.
5.12 Gred markah peperiksaan.
5.12.1 Menengah Rendah (tingkatan 1, 2 dan 3)
5.12.1.1 A = 85 – 100= Cemerlang
5.12.1.2 B = 70 – 84 = Terbaik
5.12.1.3 C = 65 – 69 = Kepujian
5.12.1.4 D = 50 – 54 = Lulus
5.12.1.5 E = 0 – 49 = Gagal
5.12.2 Menengah atas (tingkatan 4 dan 5)
5.12.2.1 A+ = 95 – 100= Cemerlang
5.12.2.2 A = 80 – 94 = Cemerlang
5.12.2.3 A- = 70 – 79 = Cemerlang
5.12.2.4 B+ = 65 – 69 = Kepujian
5.12.2.5 B = 60 – 64 = Kepujian
5.12.2.6 C+ = 55 – 59 = Kepujian
5.12.2.7 C = 50 – 54 = Kepujian
5.12.2.8 D = 45 – 49 = Lulus
5.12.2.9 E = 40 – 44 = Lulus
5.12.2.10 G = 0 – 39 = Gagal
5.12.3 Menengah Atas (tingkatan 6 bawah dan 6 atas)
5.12.3.1 A = 80 – 100- Lulus penuh
5.12.3.2 A- = 70 – 79 - Lulus penuh
5.12.3.3 B+ = 65 – 69 - Lulus penuh
5.12.3.4 B = 60 – 64 - Lulus penuh
5.12.3.5 B- = 55 – 59 - Lulus penuh
5.12.3.6 C+ = 50 – 54 - Lulus penuh
5.12.3.7 C = 40 – 49 - Lulus penuh
5.12.3.8 C- = 35 – 39 - Lulus sebahagian
5.12.3.9 D+ = 30 – 34 - Lulus sebahagian
5.12.3.10 D = 25 – 29 - Lulus sebahagian
5.12.3.11 F = 0 – 24 - Gagal
5.13 Post Mortem.
5.13.1 Satu mesyuarat bersama guru mata pelajaran hendaklah diadakan bagi membincangkan post mortem
setiap mata pelajaran.
5.13.2 Post mortem secara bertulis hendaklah disediakan dan dibentangkan oleh Ketua Panitia setiap kali
peperiksaan PMR, SPM dan STPM dan peperiksaan penggal dikeluarkan dalam mesyuarat Jkuasa
kurikulum.
5.13.3 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenalpasti secara individu dan secara keseluruhan.
5.13.4 Setiap guru ada fail pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya.
5.13.5 Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan guru kaunseling.
6. Jadual Waktu.
6.1 Pengurusan jadual waktu.
6.1.1 Ketua Panitia dan Guru kanan mata pelajaran hendaklah bertanggungjawab menyediakan “work load”
jadual waktu.
6.1.2 “Work Load” jadual waktu yang telah disahkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
Akademik untuk diserahkan kepada jawatankuasa jadual waktu ada akhir sesi persekolahan.
6.1.3 Jadual waktu persekolah hendaklah disediakan sebelum sesi persekolah baru bermula dan
diserahkan kepada guru berkenaan pada hari mesyuarat guru kali pertama.
6.1.4 Jumlah waktu setiap mata pelajaran hendaklah mengikut ketetapan seperti yang termaktub di dalam
akta pelajaran.
6.1.5 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibenarkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan
mesyuarat kurikulum.
6.1.6 Jadual waktu anjal disarankan diamalkan pada waktu yang difikirkan perlu.
6.1.7 Dasar pengagihan mata pelajaran hendaklah wujudkan di sekolah. Keutamaan mengajar sesuatu
mata pelajaran hendaklah kepada guru opsyen terlebih dahulu, pemeriksa kertas dan seterusnya.

6.1.8 Jadual guru ganti hendaklah disediakan pada setiap hari termasuk hari peperiksaan/ujian.
6.1.9 Penolong Kanan hendaklah mengesahkan ketidak hadiran guru dan memaklumkan kepada
penyelaras jadual waktu agar menyediakan jadual guru ganti.
6.1.10 Guru yang telah mengetahui akan menjalankan tugas di luar sekolah digalakkan menawarkan waktu
P&P mereka kepada guru lain.
7. Buku teks, Pusat Sumber Sekolah,
7.1 Buku teks.
7.1.1 Semua guru hendaklah sentiasa menggunakan buku teks Kementerian Pelajaran secara optimum
dan menjadikannya sebagai rujukan utama dalam P&P. Buku-buku rujukan lain dibenarkan sebagai
rujukan tetapi tidak dibenarkan dipaksakan kepada murid memilikinya.
7.1.2 Semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mesti memastikan Komponen Sastera dibaca oleh
semua pelajar dalam masa 60 hari selepas menerima buku teks. Semakan perlu dibuat melalui hasil
sinopsis pelajar dalam Rekod Bacaan Nilam.
7.2 Pusat Sumber sekolah.
7.2.1 Penggunaan PSS pada waktu P&P hanya dibenarkan untuk tujuan pengajaran berfokus di bawah
bimbingan guru.
7.2.2 Guru-guru ganti digalakkan membawa pelajar ke PSS untuk mencari maklumat.
7.2.3 Program NILAM PSS harus diselia oleh guru bahasa. Slip Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir
Tahun perlu dicatatkan bilangan buku Program NILAM yang dibaca oleh pelajar.
7.2.4 Buku-buku rujukan dan bahan bantu mengajar hendaklah dijadikan aset panitia dan digunakan secara
optimum.
7.2.5 Jawatankuasa PSS perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
7.2.6 GPK 1 perlu memantau penggunaan PSS melalui buku log dan senarai semak.
8. Pemantauan dan Penyeliaan.

8.1 Pengajaran dan Pembelajaran.


8.1.1 Pengajaran dan pembelajaran guru / pelajar di dalam bilik darjah hendaklah dicerap sekali dalam
seminggu
8.1.2 Guru-guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua, Guru Penolong dan Guru-guru kanan matapelajaran.
8.1.3 Jadual waktu pencerapan kan dikeluarkan pada setiap tahun.
8.1.4 Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap
8.1.5 Ketua panitia perlu mencerap guru-guru di bawah panitia masing-masing.
8.1.6 Semua penolong kanan dan guru kanan akan diselia oleh Pengetua.

8.2 Pengurusan Panitia.


8.2.1 Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan guru kanan mata pelajaran yang
berkenaan.
8.2.2 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia dua kali setahun.
8.2.3 Semua fail pengurusan panitia akan disemak / selia dan diletakkan di dalam bilik khas.
8.2.4 Panitia mesti menentukan dalam mesyuarat bahawa jumlah latihan yang berkesan perlu diberikan
kepada para pelajar sepanjang tahun.
8.2.5 Semua panitia perlu membuat perancangan strategik, perancangan taktikal dan perancangan operasi
yang lengkap dan menepati format KPM sesuai dengan keperluan sekolah.
8.2.6 Panitia juga perlu menyediakan penetapan TOV, OTI, ETR dan ATR bagi setiap mata pelajaran.
8.2.7 Guru-guru Kanan hendaklah memastikan panitia membelanjakan peruntukan kewangan secara
optima, berkesan dan mematuhi peraturan kewangan sedia ada.
8.3 Penilaian dan peperiksaan.
8.3.1 Penolong Kanan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam pengurusan dan
penyeliaan ujian dan peperiksaan di sekolah.
8.3.2 Jawatankuasa Unit Penilaian dan peperiksaan sekolah dibentuk dan diberikan senarai tugas tahunan.
8.4 Bilik-bilik khas.
8.4.1 Semua bilik khas akademik mesti diurus dengan sempurna.
8.4.2 Penyeliaan adalah seperti berikut :-
8.4.2.1 Bilik Bahasa - Guru Kanan Bahasa
8.4.2.2 Bilik Kemanusiaan - Guru Kanan Kemanusiaan
8.4.2.3 Bilik PPSMI/Makmal - Guru Kanan Sains/Matematik
8.4.2.4 Bilik Pendidikan Islam - Guru Kanan Pendidikan Islam
8.4.2.5 Bilik APD - Guru Media

8.4.2.6 Bilik KKQ - Penyelaras PSS


8.4.2.7 Bengkel KH - Guru Kanan Teknik / Vokasional.
8.5 Jadual, Buku Rekod dan peraturan Penggunaan serta sebuah jawatankuasa pengurusan bilik-bilik
khas perlu diwujudkan dan berfungsi.
8.6 Keceriaan, kebersihan dan keselamatan bahan dan peralatan hendaklah sentiasa diutamakan
sepanjang masa.
8.7 Jawatankuasa Pemantauan adalah terdiri dari :-
8.7.1 Pengetua.
8.7.2 Penolong Kanan Pentadbiran
8.7.3 Penolong Kanan HEM
8.7.4 Penolong Kanan Kokurikulum
8.7.5 Guru-Guru Kanan Bidang / Mata Pelajaran.
8.8 Penyeliaan Buku Latihan Murid
8.8.1 Tugasan murid akan diselia oleh pihak pengurusan dua kali setahun.
8.8.2 Semua guru akan menyerahkan 10 buah buku latihan secara rawak dari setiap kelas yang diajar
untuk disemak oleh ketua panitia.
8.8.3 Semua ketua panitia dikehendaki menyerahkan 10 buah buku latihan pelajar dan kelas yang diajar
kepada Guru Penolong Kanan Akademik untuk disemak.
8.8.4 Semua Penolong Kanan hendaklah menyerahkan 10 buah buku latihan pelajar kepada Pengetua
untuk semakan.
8.9 Mekanisma kawalan
8.9.1 Setiap bukti pentaksiran (evidence) mestilah disimpan di tempat yang selamat dan mudah dipantau.
8.9.2 Semua bahan bukti pentaksiran (evidence) hendaklah disimpan selama tempuh tiga (3) tahun
sebelum dicadangkan untuk hapuskira.
8.10 Pelajar / murid
8.10.1 Semua Pelajar mestilah menyiapkan kerja kursus seperti yang ditetapkan oleh guru/panitia
8.10.2 Urusan penskoran pelajar yang berpindah hendaklah diuruskan oleh pihak sekolah.
8.10.3 Setiap panitia perlu mengeluarkan sijil PBS kepada setiap pelajar.
8.11 Pentaksir.
8.11.1 Pentaksir sekolah terdiri daripada guru matapelajaran yang ditetapkan oleh sekolah
8.11.2 Ketua pentaksir sekolah (ketua panitia) akan mengambil alih tugas pentaksir sekiranya berlaku kes-
kes khas.
8.11.3 Setiap pentaksir perlu diberi surat pelantikan oleh pihak sekolah bagi tahun semasa..
8.12 Pentaksiran.
8.12.1 Mata pelajaran yang ditaksir adalah berdasarkan arahan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
8.12.1.1 Setiap pentaksir mesti akur dan patuh kepada Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan dan Sekolah
8.12.1.2 Pentaksiran hendaklah dilaksanakan mengikut piawaian format Lembaga Peperiksaan Malaysia.
8.12.1.3 Pentaksir digalakkan mengadakan pemeriksaan semula pentaksiran sekiranya pelajar tidak mencapai
tahap yang diperlukan atau tidak puas hati dengan markah yang diperolehi (peperiksaan penggal dan
peperiksaan percubaan sahaja).
8.12.2 Surat pemberitahuan pelaksanaan pentaksiran perlu diedarkan kepada ibubapa untuk maklumat dan
tindakan yang perlu dilakukan oleh ibubapa pelajar.
9. Perkembangan staf, kajian tindakan dan Bimbingan Taulan.

9.1 Perkembangan staf.


9.1.1 Sebuah jawatankuasa perkembangan staf hendaklah diwujudkan di sekolah bagi merancang dan
menentukan kandungan serta hala tuju kursus yang dilaksanakan.
9.1.2 Mesyuarat boleh dilakukankan sekurang-kuranngnya 3 kali setahun mengikut keperluan sekolah.
9.1.3 Setiap guru dikehendaki menghadiri tidak kurang dari 7 hari dalam setahun dan dicatatkan dalam kad
biru yang disediakan dan ditandatangani oleh urusetia kursus.
9.1.4 Kursus-kursus dalaman (in house training) boleh diadakan mengikut keperluan sekolah dengan
menyediakan proses pelaksanaannya :-
9.1.5 Mengedarkan borang keperluan dan senarai kursus untuk dipilih oleh guru.
9.1.6 Menganalisis semua borang dan menentukan kandungan kursus yang lebih utama dan diperlukan.
9.1.7 Keutamaan kursus yang hendakl dilaksanakan adalah yang boleh mempertingkatkan penguasaan
dan kemahiran P&P guru di dalam kelas.

9.1.8 Penilaian impak kursus perlulah dilakukan bagi menilai keperluan membuat kursus susulan dan
sebagainya kepada para guru. Cadangan penambahbaikan hendaklah disediakan sekiranya terdapat
kekurangan dalam pelaksanaan kursus.
9.1.9 Laporan perkembangan staf hendaklah dihantar ke PPD, JPN dank e Bahagian Pendidikan Islam.
9.1.10 Salinan kad biru yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Unit Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan
Negeri untuk direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) di awal tahun berikutnya.
9.2 Kajian Tindakan.
9.2.1 Sebuah jawatankuasa kajian tindakan hendaklah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua.
9.2.2 Jawatankuasa perlulah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun mengikut keperluan
sekolah.
9.2.3 Setiausaha hendaklah dilantik dari kalangan guru yang memiliki pendidikan peringkat Sarjana.
9.2.4 Pihak Pengurusan Sekolah hendaklah mengenal pasti isu-isu penting yang berlaku di sekolah dan
menentukan topik yang perlu dibuat kajian tindakan.
9.2.5 Kumpulan kajian tindakan ditentukan oleh pihak Pengurusan Sekolah dan diselia oleh seorang mentor
bagi setiap kumpulan.
9.2.6 Jawatankuasa hendaklah dimaklumkan tentang perkembangan kajian tindakan tersebut dalam
mesyuarat.
9.2.7 Pembentangan hasil kajian hendaklah dibuat dalam mesyuarat JKuasa dan diikuti dengan keputusan
cadangan tindakan kepada pihak pengurusan sekolah.
9.2.8 Hasil kajian juga perlu dibentang dalam mesyuarat guru bersama dengan keputusan-keputusan
jawatankuasa untuk dilaksanakan oleh warga sekolah.
9.2.9 Hasil kajian tindakan dan laporan pelaksanaan hendaklah dihantar ke Unit Kurikulum JPN (Sektor
Pendidikan Islam), Bahagian Pendidikan Islam dan EPRD.
9.3 Bimbingan dan Taulan.
9.3.1 Sebuah Jawatankuasa Bimbingan dan Taulan hendaklah ditubuhkan di peringkat sekolah dai bawah
Jawatankuasa PPSMI.
9.3.2 Pihak Pengurusan Sekolah hendaklah melantik guru Rakan Pembimbing mengikut syarat dan
kelayakan yang ditetapkan.
9.3.3 Guru-guru matematik dan sains yang mendapat aras 1 dan 2 diwajibkan mengikuti modul yang
disediakan oleh Kementerian berdasarkan jangkamasa yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
9.3.4 Laporan hendaklah dihantar 3 kali setahun ke Bahagian Pendidikan Guru dan juga PPD daerah
masing-masing.
9.3.5 Satu salinan guru-guru yang telah menghadiri kursus modul hendaklah dihantar ke Bahagian
Pendidikan Islam, Unit Pengurusan Akademik untuk makluman dan rekod.

10. Program Kementerian Pelajaran.

10.1 Program Kementerian/Jabatan.


10.1.1 Sekolah hendaklah memastikan segala program Kementerian dan Jabatan yang diarahkan sama ada
program kurikulum, dilaksanakan mengikut ketentuan masa yang ditetapkan.
10.1.2 Pihak sekolah juga dikehendaki menyediakan dokumentasi dan laporan pelaksanaan program-
program Kementerian/Jabatan.
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN SENA
Dasar Kurikulum Sekolah Kebangsaan Sena adalah selaras dengan dasar
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

1.0 LATAR BELAKANG


Kurikulum adalah bidang utama bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini.
Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang
kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. Sekolah
Kebangsaan Sena adalah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) tersenarai antara 5 buah sekolah
terbaik dalam negeri Perlis bagi keputusan Peperiksaan UPSR 2016.
Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang, suatu
bentuk program yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan
kebolehan antara murid untuk menghasilkan impak yang maksima. Seterusnya
menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan murid, bagi mencapai arah tuju
pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Oleh yang demikian, sekolah
perlu menyediakan satu dasar sebagai panduan bagi mencapai visi yang ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF

Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :


2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran
Malaysia.

3.0 DASAR

3.1 Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum


yang merangkumi semua aspek pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi diri
dalam diri
murid dari aspek jasmani,rohani,mental dan emosi .
3.2 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana
sistem
dan dasar pendidikan kebangsaan.
3.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
3.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan
kurikulum semasa.
3.5 Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna
sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk
program akademik mestilah diberikan keutamaan.
4.0 MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4)
kali setahun mengikut standard piawaian KPM bagi membincangkan
pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu-isu kurikulum di sekolah.
4.2 Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di
dalam Buku Pengurusan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak atau PKPA 2/1991.
4.3 Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit
mesyuarat mestilah disediakan dalam tempoh seminggu.
4.3 Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 hari sebelum
tarikh mesyuarat.
4.4 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan
pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia dan maklumbalas yang sewajarnya
mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa Kurikulum.
4.5 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak
terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan pihak
Pentadbiran Sekolah beserta Ketua-ketua Panitia dipertanggungjawabkan
sepenuhnya.

5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

5.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling


Iktisas Bil.4/1986 .
5.2 Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam,
motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru
di dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan
digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu,
berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan
dan keberkesanan pengajaran.
5.3 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada
TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi mata pelajaran.
5.4 Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-
strategi pengajaran yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan
kecenderungan para pelajar untuk belajar dengan lebih baik.
5.5 Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas
mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir
sebagai penasihat. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah
disampaikan kepada Guru Besar melalui Setiausaha Kurikulum.
5.6 Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit
atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan
dengan panitia sambil diselia oleh ketua panitia.
6.0 SISTEM FAIL

6.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.


6.2 Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi –
putih).
6.3 Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas
mestilah di bawah pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran
sekolah.

7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN

7.1 Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) - Sepuluh ( 10 ) Mata Pelajaran.


7.2 Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) -Tiga belas ( 13 ) Mata Pelajaran.

8.0. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP),


RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN (RPH)

8.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP), Rancangan Pelajaran


Tahunan ( RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) adalah dokumen
rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk oleh setiap guru apabila
merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
8.2 DSKP yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
8.3 Satu salinan RPT dan DSKP mestilah disimpan di dalam fail panitia.
8.4 Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan
objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam DSKP kepada objektif
pentaksiran dan juga mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas,dengan itu setiap guru harus mahir tentang
konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata-mata pelajaran yang diajar.
8.5 Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan/DSP bagi setiap mata pelajaran yang
diajar oleh guru yang telah disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan
bersama di dalam Buku Rekod Mengajar .
8.6 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar
hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia
bagi mata pelajaran masing-masing atau paling minimina mengikut pekeliling
yang ditetapkan.
8.7 Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam
Buku Rekod Mengajar sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran.
Oleh itu, Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas
setiap waktu pengajaran.
8.8 Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk
menilai tahap pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru
bagi tujuan penambahbaikan pada masa hadapan.
8.9 Buku Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah
setiap hari Jumaat persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan
disahkan.
8.10 Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali
masuk ke kelas.
8.11 Setiap guru mestilah menghabiskan Sukatan Pelajaran/DSK sebelum bulan
Oktober setiap tahun.
8.12 Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada student
centered / berpusatkan murid dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT
yang disediakan. Kualiti pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan
guru juga harus menguasai kaedah-kaedah terkini pengajaran yang didedah-
kan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staf.
9.0 JADUAL WAKTU

9.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
9.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
dengan persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
9.3 Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru opsyen
dan kepakaran guru.
9.4 Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil.
9.5 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 33 waktu seminggu
9.6 Kelas Komputer untuk mata pelajaran teras diwujudkan setiap minggu dan
jadual penggunaan makmal komputer turut disediakan.
9.7 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan
bercuti
rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan
Jadual Waktu Guru Ganti . Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul
Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar semasa Jadual Waktu Ganti
tersebut .Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan dijalankan oleh guru ganti
yang terpilih.
9.8 Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan
oleh Pihak Pentadbiran Sekolah bersama ahli Jawatankuasa Jadual Waktu
Ganti.
9.9 Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru
pengawas Bilik-bilik Khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah
siap.Satu salinan jadual mestilah diserahkankan kepada pihak pentadbiran
sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat. Bilik-Bilik khas yang terlibat
untuk
proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal
Komputer, Makmal Sains, Bengkel RBT/TMK, Surau, Bilik Program J-Qaf,
Bilik Pendidikan Seni, Bilik Tayangan dan Pusat Akses.
9.10 Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran
kendiri pelajar dalam meningkatkan ketrampilan dan potensi diri murid-murid.
Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber oleh Guru Penyelaras
Media mestilah mempunyai hala tuju ke arah tersebut dan semua Guru
Penolong
Kanan beserta ketua - ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan
tersebut
dan perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik.
10.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(PdP)
10.1 Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik
Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan
Standard. Dalah diharap dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap
dan tepat kepada guru.
10.2 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan
berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) atau (ICT).
10.3 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang
berkemahiran dalam ICT. Oleh itu penggunaan peralatan ICT adalah amat
digalakkan dan menjadi keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar
yang lain.
10.4 Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris selaras dengan dasar baru Kementerian Pelajaran iaitu
MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa
Inggeris.
10.4 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam
Proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan
guru,seterusnya meningkatkan ketrampilan murid dan pada masa yang sama
meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Ini adalah kerana
pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.
10.5 Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru
mata pelajaran , pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi
pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran,
penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .
10.6 Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah
menggabungkan pelbagai kaedah dan kemahiran berdasarkan aras
kebolehan
murid. Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan
kecemerlangan murid. oleh Guru Penyelaras Media mestilah mempunyai hala
tuju ke arah tersebut dan semua guru penolong kanan beserta ketua - ketua
panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan
peranan masing-masing dengan baik.
10.7 Guru matapelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi
pencapaian mata pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh
sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran
tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’ mestilah menjadi
amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .
10.8 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara
berterusan.
10.9 Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan
budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber
pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu.Murid-murid juga digalakkan
belajar melalui Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ).
10.10 Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan- soalan
bercapah ataupun KBAT /HOTS ( High Order Thinking Skills )
11.0 GURU GANTI

11.1 Mana-mana guru yang berkursus,bercuti sakit atau Cuti Rehat Khas yang
diluluskan perlu memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran
sekolah lebih awal untul disediakan guru ganti bagi kelas guru tersebut.
11.2 Guru yang dipanggil berkursus atau menjalankan tugas rasmi di luar, perlu
menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang ditinggalkan.
11.3 Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang
telah diarahkan.
12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

12.1 Pentaksiran Standard Prestasi KSSR/PKSR - 4 kali setahun


12.2 Percubaan UPSR
12.3 Semua urusan peperiksaan yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti
dalam pendidikan
12.4 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi
peperiksaan yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996.
12.5 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan
pentaksiran berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif.
12.6 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan
prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling
Peperiksaan peringkat sekolahBil 02/2008 – pindaan ( rujuk lampiran
kurikulum
4) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian seragam setahun,
dasar peratusan markah untuk semua tahun, format peperiksaan, jadual
pengawasan,rekod markah,syarat lulus,jadual spesifikasi ujian,’content skill’
dan post mortem peperiksaan menggunakan program yang telah ditetapkan .
12.7 Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk
menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan
mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi peperiksaan awam.
12.8 Format Peperiksaan

12.8.1 Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar dan ditetapkan dalam
mesyuarat panitia.
12.8.2 PKSR – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar dan ditetapkan
dalam mesyuarat panitia .
12.8.3 Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam bagi tahap 2,
manakala bagi tahap 1 peruntukan masa mengikut kesesuaian
soalan.
12.8.4 Format – Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi
murid-
murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6 serta tahap 1 iaitu bagi murid-
murid
tahun 1, 2 dan 3.
12.8.5 Murid tahun 1 hingga 6 yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) perlu dinilai
sepanjang PdP dijalankan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

12.9 Jadual Pengawasan

12.9.1 Ujian diadakan serentak ikut bilangan hari yang sesuai bagi semua
tahun.
12.9.2 Jadual pengawasan mengikut jadual waktu biasa PdP.
12.9.3 Masa : mengikut keperluan peperiksaan.
12.10 Rekod Markah

12.10.1 Markah Peperiksaan dimasukkan dalam komputer melalui sistem


Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
12.10.2 Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu
bapa untuk ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata
pelajaran murid-murid diadakan semasa Hari Terbuka Sekolah
yang dijalankan selepas peperiksaan.

12.11 Julat Gred Markah Sekolah

12.11.1 Semua murid (Tahun 1 hingga 6) - mengikut keputusan


jawatankuasa Kurikulum dan gred yang telah ditetapkan iaitu:
85 - 100 markah : Gred A
70 - 84 markah : Gred B
60 - 69 markah : Gred C
50 - 59 markah : Gred D
40 - 49 markah : Gred E
01 - 39 markah : Gred F
00 – Tidak Hadir
 Jika semua mata pelajaran mendapat gred E masih dikira
menguasai (LULUS) tetapi jika ada walau 1 mata pelajaran
mendapat gred F maka keputusannya dikira tidak menguasai
(GAGAL).
12.12 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

12.12.1 Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta


menyediakan
JSU mengikut tahap kesukaran yang logik untuk para pelajar.
12.12.2 JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada
ujian
berikutnya.
12.12.3 Bagi soalan objektif, analisis item melalui Program SP Chart mesti
disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan.
12.12.4 Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau Penolong
Kanan
Pentadbiran sebelum dicetak.
12.13 Post-mortem Untuk Peperiksaan

12.13.1 Post Mortem secara bertulis harus disediakan oleh Ketua Panitia
bagi mata
pelajaran masing- masing setiap kali peperiksaan dijalankan.
12.13.2 Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah murid-murid
hendaklah
dikenal pasti bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan.
12.13.3 Semua guru diminta mengisi borang seperti yang ditetapkan oleh
pihak
sekolah dan diserahkan kepada PK Pentadbiran.

13.0 PEMANTAUAN

13.1 Pembelajaran dan Pengajaran:


13.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan
dicerap dua kali dalam setahun secara rasmi.
13.1.2 Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan
untuk menyusun jadual barisan pentadbir dan ketua-ketua panitia
untuk menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan
keberkesanan program-program sekolah yang telah dirancang.
13.1.3 Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan
untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan
bukan mencari kesalahan.Oleh itu adalah penting guru tidak membuat
’judgement statement ’ tetapi mestilah
13.1.4 Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerap untuk menetapkan
tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap mengikut budi bicara.

13.2 Pengurusan Panitia


13.2.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan
Guru Kanan Pentadbiran.
13.2.2 Penolong kanan akan menyelia semua perjalanan panitia
sepanjang tahun.
13.2.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di
pejabat.
13.2.4 Semua panitia perlu mem buat Pelan Perancangan Strategik,
Pelan

Taktikal,dan Pelan Operasi.


13.2.5 Semua Panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan
setiap tahun berdasarkan TOV,ETR dan headcount murid.
13.2.6 Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan
peruntukan
PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
13.3 Peperiksaan dan Penilaian
13.3.1 Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu
Guru Besar dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
13.3.2 Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk
seperti dalam senarai tugas tahunan.

13.4 Bilik-bilik Khas


13.4.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
13.4.2 Penyeliaan adalah untuk bilik-bilik seperti berikut :
Bilik Mesyuarat
Bilik Tayangan
Pusat Sumber
Bilik MAC ( Mathematic Access Centre)
Bilik OSS
Stor-stor yang telah dikhaskan
Bilik Program J-Qaf
Surau
Makmal Komputer
Bilik SPBT
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Bengkel Kemahiran Hidup.
Makmal Sains
Bilik Pengawas/ PPDa
Bilik Bahan Bantu Mengajar
Studio
13.4.3 Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa
bilik-bilik khas ini mestilah diwujudkan.
13.4.4 Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap
masa.
13.4.5 Semua bilik-bilik khas perlu ada peraturan keselamatan dan pelan
laluan kecemasan.

13.5 Jawatankuasa Pemantauan


13.5.1 Guru Besar.
13.5.2 Guru-guru Penolong
Kanan 13.5.3 Ketua Panitia dan
Penyelaras yang dilantik
13.6 Penyediaan Buku Latihan Murid
13.6.1 Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan
2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara
konstruktif.
13.6.2 Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah
bilangan murid di dalam setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak
pentadbiran sekolah.
13.6.3 Semua guru akan menyerahkan buku latihan murid mengikut kelas
yang diajar mengikut Jadual Semakan Buku Latihan kepada Guru
Besar/PK Pentadbiran/ PK HEM/PK KOK untuk semakan.
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

14.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat


Kewangan Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian
buku dan peralatan bahan bantu mengajar kepada Penolong Kanan
Pentadbiran dengan mengisi borang Nota Minta.
14.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti
mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3 5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu dirizab untuk pembelian ABM
bagi kegunaan awal tahun berikutnya.

14.4 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang
ada.

15.0 PENGGUNAAN BUKU TEKS,BUKU KERJA,BUKU LATIHAN, PUSAT


SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

15.1 Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh


setiap pelajar dan guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata
pelajaran. Maklumat dan pengetahuan asas dalam topik-topik hendaklah
ditegaskan kepada pelajar.
15.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan
Buku Teks dan mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 2 Oktober 1991.
15.3 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh
guru bertanggungjawab dan dibantu oleh Pengawas SPBT.
15.4 Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains selaras denganSPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989. Buku Rekod Amali
Imengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang
digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, dan
kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian atau eksperimen.Halaman yang
kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah ,graf dan
sebagainya. Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik
dan kemahiran komunikasi murid dalam bentuk penulisan .
15.5 Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam
kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan
Pembelajaran di dalam bilik darjah.Guru mata pelajaran mestilah memastikan
pelajar-pelajar membuat latihan ini dan disemak mengikut tempoh yang telah
ditetapkan .
15.6 Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan
panitia atau guru terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah
dengan
mengenalpasti masalah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku serta
mengambil tindakan susulan.Pelajar yang melaksanakan tugasan
dengan cemerlang
mestilah dihargai dengan apa juga cara yang tela dibincangkan dalam
mesyuarat
panitia .
15.7 Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat
panitia.

16.0 LATIHAN MINIMUM

16.1 Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan
proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar.Oleh itu latihan minimum
yang disasarkan mestilah dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh
semua guru matapelajaran.
16.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di dalam
mesyuarat panitia pertama setiap tahun.
16.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan
tinggi mengikut tahap kebolehan murid-murid.

17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN

17.1 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk Program NILAM.
17.2 Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir
digalakkan membawa ketrampilan diri serta sahsiah murid.
18.0 JAWATAN KUASA KECEMERLANGAN AKADEMIK
18.1 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu
semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik di
peringkat sekolah.
18.2 Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid
mengingat dan menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata
pelajaran ,menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras
kognitif tinggi boleh dikuasai,dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi
murid-murid terutamanya melalui penulisan,meningkatkan penguasaan dan
pemerolehan ilmu pengetahuan,meningkatkan motivasi dan minat murid-murid
untuk terus belajar .
18.3 Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama
adalah program yang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan pada masa yang sama dapat meningkatkan
ketrampilan diri murid-murid. Dilaksanakan sepanjang tahun dengan
bimbingan guru.Manakala program jangka pendek adalah program-program
yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid
untuk peperiksaan awam yang lebih berfokus kepada latihtubi, pendedahan
teknik dan ’practice make perfect ’ .
18.4 Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan
keberkesanan dan kelancaran Program Kecemerlangan Akademik .
18.5 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas
cadangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak
program kepada Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
18.6 Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan
Pembelajaran berdasarkan keperluan panitia.
18.7 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik
yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.

18.8 Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi yang akan membantu


semua Panitia dalam merancang dan melaksana program peningkatan
akademik.
18.9 Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling adalah wajib bagi
penyelarasan dan kelancaran Program Peningkatan Akademik.
19.0 PERKEMBANGAN STAF

19.1 Kursus Dalaman


19.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat
ringkas kepada Guru Besar /Penolong Kanan Pentadbiran apabila
pulang berkursus dengan menggunakan format minit curai.
19.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut
keperluan dan budi bicara Pengetua / Penolong Kanan apabila
dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
19.1.3 Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya
perlu.

19.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi

19.2. : Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003.


Setiap kakitangan awam wajib menghadiri kursus sekurang-
kurangnya
7 hari / 42 jam setahun
20.0 SASARAN PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN

20.1 UPSR - Semua murid lulus setiap mata pelajaran ( Sekurang-kurangnya


dengan pangkat C).
20.2 Sasaran 8 orang murid untuk pencapaian 6A dalam UPSR.
20.3 Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.

21.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR BIDANG AKADEMIK

21.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan luar bidang akademik di


peringkat Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP), Neger, Kebangsaan dan
Antarabangsa.
21.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam
pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan
nama sekolah.

22.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM

22.1 Penentuan dasar kurikulum yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga
berlaku perubahan dalam pendidikan negara .
22.2: Perubahan dasar kurikulum boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut
keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum
dan perubahannya adalah selari dengan dasar kurikulum kebangsaan.

23.0 PENGANUGERAHAN

23.1: Bagi memberi galakan dan motivasi kepada semua murid sentiasa berusaha
mencapai kecemerlangan dan peningkatan, sistem penganugerahan kurikulum
perlu diadakan bagi kategori seperti berikut :-
24.1.1 Pelajar Terbaik Keseluruhan
24.1.2 Kedudukan tiga pelajar terbaik di dalam kelas.
24.1.3.Hadiah Terbaik Mata Pelajaran
24.1.4.Hadiah Galakan Peningkatan Pencapaian Keseluruhan
24.1.5 Hadiah Galakan Peningkatan Pencapaian Mata Pelajaran
24.1.6 Anugerah NILAM
24.1.7 Tokoh Murid
24.1.8.Hadiah Galakan ikut kesesuaian.
23.2 Penganugerahan ini disampaikan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan
Akademik, Perhimpunan Rasmi sekolah dan acara perhimpunan lain
mengikut
kesesuaian.
INSTRUMEN RUJUKAN PENCERAPAN
NO.
ASPEK KRITERIA KRITIKAL
ASPEK
1 Penglibatan Murid Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya
pembelajaran berkesan.
2 Penguasaan Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif
pembelajaran murid yang ditetapkan.
3 Hasil Kerja Murid Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan
pembelajaran.
4 Perancangan dan Perancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan
persediaan guru keberkesanan pengajaran.
5 Kaedah penyampaian Kaedah penyampaian yang sesuai meningkatkan
pencapaian objektif pelajaran.
6 Kemahiran komunikasi Komunikasi berkesan memudahkan pemahaman dan
menggalakkan pembelajaran murid.
7 Penggunaan sumber Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan membantu
pendidikan mengukuhkan pembelajaran murid.
8 Penilaian Penilaian yang berterusan meningkatkan keberkesanan
P&P.
9 Teknik penyoalan Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan
pemahaman murid.
10 Penguasaan isi Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan
kandungan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat.
11 Pengurusan kelas (bilik Pengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang
darjah/ makmal/ bengkel / kondusif untuk keberkesanan P&P.
padang)
12 Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif
Amalan profesionalisme
mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap
keguruan
guru.

You might also like