Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Gerakan Ikhwanul Muslimin merupakan satu gerakan kebangkitan Islam yang wujud di
Mesir. Gerakan ini ditubuhkan pada bulan Mac 1928 dan diasaskan oleh Hassan Al-Banna
yang merupakan seorang tokoh pejuang Islam yang begitu terkenal dengan ketokohannya
sebagai pemimpin Islam yang disegani. Hassan Al-Banna lahir dalam kalangan keluarga
Islam yang amat mementingkan ajaran Islam dalam kehidupan, bahkan Hassan Al-Banna
juga dikatakan bahawa lahir daripada sebuah keluarga ulama yang begitu bepegang teguh
dengan ajaran dan nilai-nilai Islam1. Oleh sebab itulah, semasa hidup Hassan Al-Banna
banyak sumbangan yang telah diberikan oleh beliau dalam menegakkan semula ajaran
Islam, salah satunya ialah dengan menubuhkan gerakan Ikhwan Al-Muslimin ini. Dengan
tertubuhnya gerakan inilah, Hassan Al-Banna dapat menerapkan semula prinsip-prinsip
Islam dalam pelbagai aspek kehidupan, dimana ianya bukan setakat soal ibadah semata-
mata tetapi skopnya diperluaskan lagi dimana ianya juga meliputi aspek politik, ekonomi dan
sosial.

Dalam gerakan Ikhwan Al-Muslimin ini, Hassan Al-Banna amat menekankan kepada
ahli-ahlinya untuk menjadi seorang muslim yang sebenar iaitu melalui pendekatan usrah dan
tarbiah2 untuk membentuk disiplin yang tinggi dalam perjuangan mereka dalam gerakan ini.
gerakan Ikhwan Al-Muslimin ini juga sebenarnya lebih bertunjangkan kepada Al-Quran dan
As-Sunnah Rasulullah ini selaras dengan objektif utama gerakan ini untuk memberikan
pemahaman mengenai Islam yang sebenar kepada umat Islam dengan berpandukan kepada
dua sumber rujukan Islam tersebut. Boleh dikatakan juga bahawa gerakan Ikhwan Al-
Muslimin ini adalah satu gerakan jihad dimana perjuangan mereka ini adalah memastikan
agar kedaulatan Islam dipertahankan dan menegakkan semula syiar agama iaitu dengan
menerapkan ajaran Islam bukan sahaja dalam kalangan pemerintah tetapi juga dalam
kalangan rakyta sendiri. Pada masa yang sama juga, gerakan Ikhwan Al-Muslimin turut
menyebarkan prinsip Islam iaitu “Islam itu pegangan dan Negara, perlembagaan dan
perjuangan serta satu cara hidup”3. Dengan prinsip yang digunakan inilah yang menjadi

1https://www.indahnyaislam.my/2018/02/hasan-al-banna-sang-murabbi-ummah/. Diakses pada 25 April 2019,


7:24pm.

2Mohammad Redzuan Othman & Abu Hanifah Haris, Ikhwan Al-Muslimin Dan Perjuangan Menegakkan
Pemerintahan Islam Di Mesir 1948-1954. Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 13 (1), 2018, hlm., 14.
3 Tim Riset dan Kajian Darul Kilma, Fiqh Waqi’ Hasan Al-Banna, Jakarta: Kafila Press, 2002, Hlm., 1.
pembangkit semangat ahli-ahli Ikhwan Al-Muslmin dalam menghadapi apa jua cabaran pada
masa4

Hassan Al-Banna menubuhkan gerakan ini sebenarnya disebabkan oleh keadaan


umat Islam sendiri di Mesir pada masa itu yang tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai
panduan hidup, bahkan mereka terleka dan terikut-ikut dengan kehidupan dunia akibat
daripada nilai-nilai dan budaya yang telah dibawa Barat di Mesir. Hal ini berlaku setelah
kejatuhan Khilafah Uthmaniyah pada 1924 M yang menyaksikan semakin berleluasanya
dominasi dan pengaruh penjajah Britain terhadap umat Islam di negara tersebut. Bermula
daripada situlah, budaya dan nilai-nilai Barat tersebar diseluruh Mesir begitu juga dengan
sistem dan ideologi Barat seperti sekularisme, liberalisme dan hedenonisme mula ditekankan
di negara-negara Mesir. Ideologi tersebut disebarkan merupakan salah satu agenda Barat
untuk memesongkan akidah umat Islam. Ini kerana kebanyakkan daripada ideologi-ideologi
tersebut begitu bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Tambahan pula, ianya
juga mementingkan kehidupan dunia dan mengasingkn agama daripada sistem
pemerintahan dan hal-hal yang melibatkan agama hanya dalam lingkungan ibadah sahaja
serta tidak dicampuradukkan dengan politik sepertimana yang diterapkan dalam ideologi
sekularisme barat.

2.0 Konsep Sekularisme

4 Ibid., Hlm., 1-2.


Sekularisme pada awalnya muncul di negara-negara Eropah dan ianya sering digunakan
untuk sistem politik dalam sesebuah negara yang mana sistem politik yang berasaskan
sekularisme menekankan pemisahan antara agama dan negara. Dalam erti kata lain urusan
agama tidak boleh dicampuradukkan dalam pentadbiran dan negara pula tidak boleh
campur tangan dalam urusan agama5. Konsep sekularisme ini dikatakan bermula pada abad
ke-19 yang mana ianya merujuk kepada kebijakan khusus terhadap adanya pemisahan
gereja dari negara6. Bahkan juga gereja tidak berhak sama sekali masuk campur dalam
bidang ekonomi, politik, dan ilmu pengetahuan. Begitu juga pada abad ke-20, agama hanya
terbatas pada kegiatan-kegiatan dalam gereja dan ketaatan individu sahaja. Menurut Azmi
Aziz pula, sekularisme juga dapat dikaitkan dengan kebebasan berfikir yang mana fikiran
bebas daripada dipengaruhi sebarang unsur-unsur luar yang sudah sedia diterima oleh
masyarakat seperti autoriti, tradisi atau sistem kepercayaan yang sedia ada dan diterima
pakai terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan agama.7 Manakala menurut Dr.
Yusuf al-Qardhawi, sekularisme dapat didefinisikan sebagai satu gerakan sosial yang
bermatlamat membawa manusia dan mengarahkan mereka daripada mementingkan akhirat
kepada mementingkan dunia sahaja. Oleh itu dapat dikatakan bahawa sekularisme ini
menjadi amalan sistem politik Barat yang mana ianya telah dibawa keseluruh dunia sebagai
salah satu matlamat mereka untuk mempengaruhi penduduk di serata dunia bagi mengikuti
cara dan budaya mereka begitu juga di Mesir tidak terlepas daripada terpaksa menerima
sekularime ini.

Terdapat banyak ahli-ahli sarjana yang membahaskan berkenaan dengan


sekularisme ini bahkan juga sarjana-sarjana Islam seperti Syed Naquib Al-Attas dan Yusuf
Al-Qardhawi turut membincangkan mengenai sekularisme sehinggakan mereka
menghasilkan penulisan dan karya bagi mengkritik sekularisme yang telah dibawa Barat.
Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi telah menghasilkan karyanya yang bertajuk Al-Isldm Wa Ai-
'llmaniyyah Wajhan Li Wajhin, manakala karya Syed Naquib Al-Attas pula bertajuk Islam and
sekularisme8. Kedua-dua tokoh ini menggangap bahawa sekularisme ini begitu bertentangan

5Azmi Aziz. Isu-Isu Agama Dan Sekularisme Dalam Ruang Sosio-Politik Di Malaysia, Pusat Penyelidikan
Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Malaysia Journal of Society and Space, 2016, Hlm., 65.

6 M. Syukri Ismail. Kritik Terhadap Sekularisme : Pandangan Yusuf Qardhawi, Kontekstualita, 104 Vol. 29, No.1,
2014, Hlm.,102.

7 Azmi Aziz, Op, cit, Hlm., 66.


8 Ugi Suharto. Al-Attas Dan Al-Qaradawi Mengenai Islam Dan Sekularisme, AFKAR, Bil 3, 2002, Hlm., 144.
dengan Islam bahkan akan memberi kesan buruk kepada akidah umat Islam sendiri. Hal ini
kerana ianya bukan sahaja akan menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang
sebenar tetapi juga dalam masa yang sama cuba untuk mempengaruhi pemikiran umat
Islam untuk lebih mementingkan kehidupan dunia daripada akhirat. Apabila ianya berlaku,
secara tidak langsung umat Islam lama-kelamaan tidak berpegang lagi kepada ajaran Islam
tetapi sebaliknya lebih menekankan nilai-nilai Barat dan pemikiran Barat. Keadan seperti
inilah yang akan membawa kehancuran kepada negara dan juga kepada masyarakat Islam
itu sendiri akibat daripada kurangnya pegangan kepada agama. Sedangkan agama itu
sifatnya menyeluruh dalam aspek kehidupan dan tidak terhad dalam aspek ibadah sahaja.
Oleh itu, konsep sekularisme yang diterapkan oleh Barat di Mesir telah menyebabkan
perlunya satu usaha untuk mengembalikan semula umat Islam kejalan yang benar iaitu
dengan tertubuhnya satu gerakan perjuangan Islam yang dikenali sebagai gerakan Ikhwan
Al-Muslimin.

3.0 Pandangan Ikhwan Muslimin Terhadap Ideologi Barat (Moden)

3.1 Pandangan Terhadap Liberalisme

Liberalisme ialah fahaman yang liberal, juga suatu fahaman atau pendirian yang mahukan
demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi.9 Menurut Muammar (2009),
liberalisme dirujuk sebagai produk pemikiran dari Barat yang menganggap bahawa niai-nilai
tradisional perlu disisikan dan digantikan dengan pemikiran moden yang dianggap sesuai
dengan pengedaran masa.10 Secara umumnya, liberalisme ialah aliran pemikiran yang
bertujuan untuk meningkat Kebebasan yang diberi kepada individu. Fahaman ini lebih
memberikan kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan yang paling
sedikit dalam ekonomi, politik, perundangan dan sosial. Beberapa aliran fahaman dijelmakan
melalui konsep liberalism antaranya individu lebih penting dari masyarakat. Masyarakat
wujud untuk individu dan individu bebas dari nilai-nilai agama.

9 Liberalisme, Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Malaysia,
http://prpm.dbp.gov.my/cari?keyword=liberlisme. Diakses pada 2 Mei 2019.

10 Khalif Muammar, Islam dan Liberalisme, Institut Kajian Strategik Malaysia (IKSIM), 2011, Hlm., 12.
Sayyid Qutb menolak fahaman ini kerana gagasan yang diutarakan oleh fahaman
liberalisme ini jauh sama sekali dari kesucian ajaran Islam di mana fahaman ini berpegang
kepada nilai etika bagi mengawal ketenteraman masyarakat bukannya nilai moral agama.
Golongan ini mendakwa manusia itu sendiri masih dalam proses ubah ansur daripada
haiwan rendah ke haiwan lebih tinggi.11

4.0 IDEA-IDEA GERAKAN IKHWAN AL-MUSLIMIN BERKAITAN KONSEP


SEKULARISME BARAT

4.1 Menitikberatkan Sistem Pemerintahan Secara Islam

Gerakan Ikhwan Al-Muslimin yang dipelopori oleh Hassan Al-Banna amat menekankan
tentang sistem pemerintahan yang lebih bercorakkan Islam yang mana ia harus diterapkan
di Mesir sebagai salah satu usaha untuk mengekang daripada semakin tersebarnya
sekularisme Barat. Hal ini kerana, keadaan umat Islam di Mesir pada masa itu terpengaruh
dengan idea sekularime Barat sehinggakan mereka tidak lagi mengamalkan cara hidup Islam
dan meninggalkan ajaran-ajaran Islam yang sebenar. Keadaan ini juga menyebabkan
lahirnya parti-parti yang bersifat sekular yang dianggap langsung tidak peduli mengenai
masalah-masalah agama seperti Parti al-Wafd, Parti al-Ahrâr al-Dusturiyûn, Parti al-
Sa`diyûn, Partai al-Katlah al-Sa`diyah, parti-parti istana seperti Partai al-Ittihâd dan al-Sya’b
dan banyak lagi12. Parti-parti politik Islam yang wujud di Mesir pada masa itu saling
bermusuhan dan berpecah-belah sehingga menyebabkan mereka sendiri tidak sedar bahawa
mereka telah pun diperalat oleh pihak musuh iaitu kuasa barat untuk mempengaruhi
pemikiran mereka supaya tidak bersatu sepertimana yang diajarkan dalam Islam agar hidup
bersatu dibawah panji Islam. Oleh sebab inilah Hassan Al-Banna mengambil langkah untuk
membentuk semula sistem politik atau sistem pemerintahan secara Islam dan mengikut
acuan Islam sendiri bukannya acuan barat iaitu sekularisme.

Pendekatan yang digunakan oleh gerakan Ikhwan Al-Muslimin dalam membentuk


sebuah pemerintahan Islam juga adalah dengan menjalankan hubungan berbaik-baik

11Sulaiman Nordin, Islam, Al Quran Dan Ideologi Masa Kini, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1995,
Hlm., 173.

12Rusydi Sulaiman. Ikhwanul Muslimin Dan Politik Kenegaraan Mesir. MADANIA Vol. XVIII, No. 2, Desember
2014, Hlm., 245.
dengan pemimpin, seperti hubungan politik berbaik-baik dengan Anwar Saddat semasa
beliau mengambil pemerintahan Mesir pada 16 Oktober 1970. Hubungan ini dijalankan
bertujuan supaya gerakan Ikhwan Al-Muslimin tidak disekat pergerakannya dan daripada
hubungan baik dengan Anwar Saddat, Ikhwan Al-Muslimin bersetuju untuk membantunya
dalam memerangi fahaman Komunis yang ketika itu juga menjadi ancaman di Mesir.
Hasilnya ramai ahli-ahli Ikhwan Al-Muslimin telah dibebaskan oleh Anwar Saddat yang telah
ditahan semasa zaman Gamal Abdul Nasser akibat daripada tuduhan melakukan keganasan
oleh ahli-ahli Ikhwan Al-Muslim. Selain daripada itu juga, Anwar Saddat juga turut
membenarkan Ikhwan Al-Muslimin menerbitkan Majalah Ad-Dakwah bagi meneruskan
semula usaha dakwah mereka dan sekaligus menghapuskan semua eleman yang
bertentangan dengan Islam13. Dalam meneruskan semula gerakan Ikhwan Al-Muslimin ini.
Malahan Hassan Al-Banna seringkali menyarankan kepada ahli-ahli gerakan ini supaya tidak
menggunakan kaedah kekerasan dalam menyampaikan dakwah apatah lagi melakukan
kegiatan-kegiatan yang ganas kepada pemerintah14. Hal ini kerana, keganasan bukanlah
cara yang dianjurkan dalam Islam tetapi sebaliknya haruslah mengikut cara yang betul dan
berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadis.

Gerakan Ikhwan Al-Muslimin boleh dikatakan sebagai satu gerakan Islam terbesar
dan berpengaruh di Mesir dan Timur Tengah. Hal ini kerana gerakan ini begitu berusaha
dalam mengkritik dan menolak segala tindakan kuasa barat yang dianggap banyak
menindas penduduk yang beragama islam. Hal ini dapat dilhat daripada penindasan yang
dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat di negara Timur Tengah terhadap penduduk Islam seperti
penduduk majoriti Islam di Palestin yang telah diusir dari negaranya sendiri oleh Amerika
Syarikat. Kebanyakkan daripada penjajahan dan penaklukan kuasa-kuasa Barat di wilayah-
wilayah muslim ini bukan sahaja akan menyebabkan umat Islam semakin lemah tetapi juga
akan memperlihatkan bahawa umat Islam adalah golongan yang mudah ditindas dan
sekaligus menjadikan mereka tidak berdaya. Oleh sebab inilah, gerakan Ikhwan Al-Muslimin
harus memainkan peranannya untuk menyatukan semula umat Islam yang ditindas supaya
bangkit menentang kuasa penjajah dengan membangkit semangat untuk menubuhkan
persatuan-persatuan Islam dan juga menjadikan undang-undang dan syariat Islam menjadi
asas panduan dalam seluruh aspek kehidupan. Malahan Hassan Al-Banna juga begitu

13 Syamsul Azhar Yahya, et. al, Tahalluf Siyasi Dalam Perjuangan Ikhwan al-Muslimin di Mesir 1970-1981, Jurnal
Hadhari Edisi Khas, 2017, Hlm., 186.
14Ibid, Hlm., 187.
bertegas dalam menentang sekularisme Barat dan menekankan bahawa seorang Muslim
harus hidup di Bumi yang tidak dijajah oleh pihak penjajah yang mana Hassan al banna
pernah berkata bahawa:

“Setiap Ikhwan harus bekerja keras untuk membebaskan tanah airnya dari
setiap kekuasaan asing, baik kekuasaan politik, ekonomi, dan spiritual. Setiap
Ikhwan harus memperbaiki sistem pemerintahnnya hingga menjadi
pemerintahan Islam sejati iaitu melalui pelaksanaan tugas pemerintahan
seperti menjadi abdi masyarakat atau menjadi pegawai pemerintahan yang
melakukan tugasnya demi kemaslahatan pemerintah. Bentuk konkret
pemerintahan Islam akan terlihat dari warga negara yang menjalankan
kewajiban islaminya sehingga pemerintahan seperti itu menjadi sumber
hukum dan ajaran bagi warganya. Perwujudan pemerintahan seperti itu
merupakan tugas individu yang merasakan dirinya termasuk Jamaah
Ikhwanul Muslimin”.15

Perjuangan yang dilakukan oleh Hassan al banna selaku pelopor gerakan Ikhwan Al-
Muslimin dan juga ahli-ahli dalam gerakan ini adalah dengan menegakkan kembali sistem
khalifah dan ini menjadi agenda utama perjuangan gerakan Ikhwan Al-Muslimin. Malahan,
Hasan Al-Banna juga menekankan bahawa Islam harus menjadi landasan perjuangan
Ikhwan Al-Muslimin dan bukannya hanya menumpukan terhadap persoalan ibadah semata
dalam erti kata yang sempit, tetapi ianya juga merangkumi keseluruhan iaitu yang berkaitan
dengan urusan negara dan ummah16. Pada masa yang sama juga gerakan Ikhwan Al-
Muslimin ini ingin menjadikan negara Madinah sebagai model ikutan begitu juga semasa
zaman kegemilangan Khulafa Ar-Rasyidin turut dijadikan panduan dalam melaksanakan
sistem pemerintahan Islam di Mesir. Tambahan pula, gerakan Ikhwan Al-Muslimin juga turut
menyatukan semula negara-negara Islam di Mesir dan di Timur Tengah yang telah
dipecahkan oleh penjajah Barat dalam bentuk negara yang bebas dan merdeka. Selain
daripada itu, terdapat lima prinsip dasar yang telah ditetapkan oleh gerakan Ikhwan Al-
Muslimin dalam Risalah Pergerakan Ikhwan Al-Muslimun iaitu: Allah ghayatuna (Allah adalah
tujuan kami), Ar-Rasul qudwatuna (Rasul adalah teladan kami), Al-Qur'an syir'atuna (Qurban
15 Ali Abdul Halim Mahmud, Ikhwanul Muslimin: Konsep Gerakan Terpadu Jilid 2, Jakarta: Penerbit Buku Andalan,
1997, Hlm., 21.

16 Mohammad Redzuan Othman dan Abu Hanifah Haris, Op. cit, Hlm., 15.
adalah undang-undang kami), Al-Jihad sabiluna (jihad adalah jalan kami), dan Asy-
Syahadah umniyyatuna (Mati syahid adalah citacita kami)17. Kelima-lima prinsip inilah turut
digunakan dalam perjuangan mereka membentuk sebuah pemerintahan Islam di Mesir.

4.2 Ikhwan Almuslim Menolak Idea Parti Politik (Hizbiyya)

Politik merupakan istilah yang dipergunakan untuk konsep tatacara dalam masyarakat,
membahaskan soal-soal yang berkenaan dengan masalah, bagaimana sebuah kerajaan
dijalankan dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, agar terwujud masyarakat atau negara
yang baik. Oleh hak demikian, dalam politik sememangnya mengandungi unsur-unsur
aktiviti pemerintah, masyarakat, dan hukum-hukum yang menjadi sarana pengaturan dalam
negara. Dalam agama Islam juga, turut meletakkan politik sebagai satu cara penjagaan
urusan umat (ri'ayah syu-ūn al-ummah). Islam dan politik tidak boleh dipisahkan, kerana
Islam tanpa politik akan melahirkan terbelenggunya kaum muslimin yang tidak mempunyai
kebebasan dan kemerdekaan melaksanakan syariat Islam sehingga lahirnya negara sekular.
Dalam idealogi Ikhwan Muslimin berkaitan idealogi sekularisme ini, gerakan tersebut
menentang idea parti politik (Hizbiyya) yang diperkenalkan oleh Barat.

Gerakan Ikhwanul Muslimin yang dimulakan oleh Hassan Al-Banna pada tahun 1928
sangat mendukung konsep Islam sebagai sistem pentadbiran (al-nizam al-kamil)
komprehensif (syumuliyya) yang dapat menyediakan jawapan kepada semua persoalan
kehidupan. Oleh hal demikian, ideologi Islamisme Ikhwanul Muslimin sangat dipengaruhi
oleh falsafah Hassan al-Banna yang meletakkan Islam sebagai landasan bernegara dan
menegaskan untuk tidak mengikuti ideology barat. Dalam sistem pentadbiran politik, Hassan
Al-Bana sangat menentang keras terhadap pengaplikasian sistem kepartian kerana beliau
menganggap konsep parti politik ini sebagai “the evil of the great nation”.18

Hassan Al-Bana sangat menentang konsep parti politik ini diamal di negara Mesir.
Hal ini kerana konsep ini dilihat mempunyai konotasi negatif kerana mempunyai unsur
rasuah yang boleh menghakiskan nilai-nilai Islam dalam berpolitik disamping boleh

17 Hasan Al-Banna, Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin (Buku ke-1), Hlm., 21.
18 Bakker, E. & Meijer, R, The Muslim Brotherhood in Europe Oxford: Oxford University Press, 2013, Hlm., 299.
menyumbang fitnah. Hassan al-Banna menegaskan lagi bahawa politik seharusnya
diletakkan dibawah prinsip “hisba” iaitu akauntabiliti yang mana ia menggalakkan tindakan
yang baik dan meninggalkan perbuatan yang jahat. Hassan Al-Bana turut beranggapan
dengan adanya sistem kepartian, akan membuka peluang bagi banyak parti untuk muncul
dan ini hanya akan mewujudkan pertentangan dan perpecahan dalam kalangan
masyarakat.19 Melalui pemerhatian Hassan al-Banna terhadap pentadbiran British, beliau
mendapati bahawa demokrasi menghalang perpaduan dan melambatkan kemerdekaan
negara. Selain itu, pandangan beliau terhadap sistem kepartian yang diamalkan di Amerika
Syarikat juga turut menerima impak yang sama. Di Amerika Syarikat, sistem kepartian yang
diamalkan adalah dengan mengehadkan hanya dua parti politik sahaja yang dipertandingkan
dalam pilihan raya iaitu parti demokrat dan republic. Beliau berkata:

"Di Amerika Syarikat pun demikian, hanya ada dua parti yang gaungnya tidak
kita dengar kecuali apabila musim pilihan raya, tidak ada fanatik parti atau
perpecahan kerana parti. Sejarah membuktikan, di negara-negara yang iklim
partinya terlalu ekspansif dan selalu bercita-cita membentuk parti baru, selalu
mengalami suasana perang dan damai yang datang berganti. Negara
Perancis adalah contoh yang paling tepat".20

Hassan Al-Banna selaku ketua gerakan Ikhwan Muslimin turut mengkritik parti-parti
politik yang ada di Mesir yang mana parti-parti ini hanya berorientasikan kepada kuasa
tetapi tidak memberikan platform yang jelas mengenai apa yang mereka boleh kecapi untuk
Negara Mesir. Beliau turut menegaskan parti-parti politik di Mesir ini muncul disebabkan oleh
perbezaan pendapat dan hak yang ingin dituntut oleh sebuah parti itu hanya berpandukan
kepada kehendak individu sahaja tetapi dituntut atas nama nasionalisme.

4.3 Idea Gerakan Ikhwanul Muslimin Terhadap Komunisme

19 Ibid

20 Hassan Al-Banna, Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin I (Majmu'ah ar-Rasail al-Imam as-Syahid Hasan al-
Banna terj. Anis Matta dkk), cet.15, Solo: Era Intermedia, 2008.
Fahaman komunisme memandang ‘hidup ini hanya adat kebiasaan’ sahaja sehingga
wujudnya penyebaran fahaman ateisme.21 Ideologi komunisme ini sangat bertentangan
dengan ajaran Islam kerana Islam ditegakkan atas asas aqidah yang disasari oleh keimanan
kepada Allah S.W.T sebagai pencipta, keimanan terhadap para nabi dan rasul dan
keseluruhannya ini dapat menggambarkan aqidah Islam tersebut. Walhal, ideologi
Komunisme ini mengetepikan ajaran agama dari praktikan kehidupan. Sayyid Qutb
mengutarakan pandangan beliau berkaitan komunisme dalam bukunya yang berudul
Ma’alim Fi Al-Tariq” bahawa ideologi ini telah pun mengancam umat Islam. Hal ini dijelaskan
lagi bahawa ideologi Komunis adalah fahaman anti agama sama ada dari segi teori dan
praktis. Pandangan ini telah pun menindas umat Islam di mana harta dan tanah mereka
dirampasdan semua pengaruh Islam yang ada di serata dunia ini cuba dihapuskan oleh
mereka. Islam sangat menolak sistem komunisme ini kerana sistem ini adalah rekaan
manusia yang hanya mementingkan keduniaan sahaja (menolak unsur-unsur kerohanian
dan keakhiratan) di samping ianya kufur kepada Allah S.W.T dan Para Rasul. Bagi
pandangan Komunisme juga, mereka tidak mengakui hal milik perseorangan dan semua hak
adalah dimiliki oleh negara dan rakyat hanya dibero keperluan asas sahaja.22

Sayyid Qutb selaku pemimpin Ikhwanul Muslimin menjelaskan lagi ideologi


Komunisme adalah berhasrat untuk mendirikan perkumpulan masyarakat manusia sebagai
model lain, yang melangkau unsur-unsur kebangsaan dan warna kulit, tanah air dan bangsa.
Akan tetapi, model ini bukanlah dibangunkan dengan berdasarkan kemanusiaan malah ianya
berlandaskan dengan pertentangan kelas. Beliau juga berpandangan bahawa masyarakat
ciptaan komunis merupakan masyarakat yang setanding dengan masyarakat ciptaan
Romawi iaitu suatu sistem masyarakat yang berdasarkan tingkatan kaum (tuan) dan hamba.
Apa yang berbeza di sini masyarakat kkomunis pula terdiri daripada satu lagi kelas
masyarakat yang terdiri dari golongan melarat kerana ditindas iaitu proletariat dan kaum
menengah (borjuis)23. Selain itu, Sayyid Qutb mengatakan masyarakat yang lahir dari
golongan komunis akan mencetuskan gejala-gejala buruk dalam sejarah hidup umat
manusia. Apa yang lahir dari masyarakat sedemikian ialah ciri-ciri dan sifat-sifat kehaiwanan

21 Ibid, Hlm., 174.


22 Ibid, Hlm., 174.

23 Sayyid Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur: Crescent News Sdn. Bhd, 1994, Hlm., 48.
yang hanya beranggapan hidup bagi memenuhi keperluan sahajan iaitu makan, minum dan
lainnya sama seperti keperluan asasi haiwan.24

Oleh hal demikian. Gerkan Ikhwanul Muslimin sangat menentang idelogi komunisme
keran agama Islam itu sendiri mengajar umatnya dengan mengangkat darjat manusia
melalui cara menonjolkan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi dalam membentuk masyarakat
manusia. Dalam Islam, manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah S.W.T sebagai
khalifah untuk mentadbir bumi ini dan tauhid menjadi suatu asas sebagai panduan dalam
pembentukan sesuatu masyarakat dengan menjunjung perintah Allah dan menjauhi
laranganNya.

4.4 Idea Ikhwan Muslimin Terhadap Ekonomi Sekular

Dari segi ekonomi, Ikhwanul Muslimin Menolak sistem kapitalisme yang diperkenalkan barat
kerana mengaggap sistem ini hanya memonopoli keuntungan semata-mata dan tidak
berasaskan kepada ajaran Islam. Mengikut pandangan gerakan ini, amalan sistem ekonomi
perlu diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Hasaan Al Bana menegaskan turut menegaskan
“Kita mesti berpegang teguh kepada roh Islam yang suci dan dasar-dasarnya yang utama di
lapangan ekonomi rakyat”. Beliau sarankan supaya sistem milik dan sistem cukai dikaji
semula. Pemilikan besar-besaran hendaklah dihadkan supaya dapat mencegah sikap atau
cara hidup mewah dan boros. Selain itu, Hassan Al-Bana turut menyeru kerajaan dan
masyarakat agar menguasai dan menerokai sumber ekonomi supaya pemusatan ekonomi itu
tidak hanya dimonopoli oleh penjajah.

Selain dari Hassan Al-Bana, Gerakan Ikhwan Almuslim turut diketuai oleh Sayid Qutb
di mana pada tahun 1954, nama beliau turut disenarai sebagai nama yang paling
dikehendaki oleh Kerajaan Gamal Abdul Naser dalam usaha pembersihan Gerakan Ikhwanul
Muslimin di Mesir. Seperti Hasaan Al-Bana, Sayid Qutb turut memberi pandangan yang
berbeza terhadap ideologi sekular yang di bawa oleh Barat di Mesir terutamanya dari segi
pandangan ekonomi sekular. Ikhwan Muslimin di bawah Sayid Qutb sangat menolak sistem

24 Ibid, Hlm., 48.


kapitalisme yang diperkenalkan barat kerana mengaggap sistem ini hanya memonopoli
keuntungan semata-mata dan tidak berasaskan kepada ajaran Islam. Mengikut agama Islam
juga, Islam sangat menolak sistem kapitalisme barat dengan alasan bahawa kapitalisme itu
adalah teori ciptaan manusia.25 Sistem kapitalisme sangat bertentang dengan ajaran Islam
kerana ianya juga memboleh amalan riba diamalkan secara sewenang-wenangnya sehingga
riba itu sesuatu yang penting.26 Islam sangat melarang perkara tersebut dalam bentuk apa
cara pun.

4.5 Membangunkan Institusi Kekeluargaan Tradisional

Dalam aspek sosial pula, idea Al-Ikhwan Muslimin menekankan mengenai perjuangan dalam
membangunkan institusi kekeluargaan tradisional yang banyak dipengaruhi oleh proses
pembaratan di Mesir. Menurut Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Agenda utama dakwah Al-Ikhwan
Muslimin ini ialah mengenai masalah-masalah sosial seperti masalah migrasi penduduk luar
bandar ke bandar-bandar akibat pembangunan yang tidak seimbang, masalah gejala sosial
remaja, masalah perumahan dalam kalangan golongan miskin dan masalah kesempitan
hidup para janda yang telah kematian suami mahupun akibat perceraian. Di samping itu,
gerakan Al-Ikhwan Muslimin ini turut memberikan perhatian mengenai perjuangan bagi
memastikan bahawa institusi kekeluargaan berfungsi dengan baik tanpa adanya gangguan
anasir-anasir negatif.27 Pertubuhan ini mendesak agar kelab-kelab malam dan arak
dihapuskan serta-merta.

4.6 Menapis Saluran Media Massa

25 Mustafa Haji Daud, Pengantar Masyarakat Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1990, Hlm., 47.

26 Ibid, Hlm., 49.


27
Zulkifli Mohamad Al- Bakri & Mohd Faisal Fadzil, Al-Syahid Hasan Al-Banna pengasas Ikhwan Muslimin, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 2010, Hlm., 66.
Selain itu, gerakan ini turut mencadangkan agar media massa seperti program radio, akhbar
dan buku mesti ditapis dahulu sebelum disiarkan dan diterbitkan demi mempertahankan
kestabilan sosial di Mesir.28 Hal ini demikian kerana, media massa ketika itu dilihat telah
mengeksploitasi wanita dengan mempromosikan amalan seks bebas dan sebagainya. Maka,
berlakulah perjuangan bagi meningkatkan tahap pendidikan kepada semua golongan wanita
di Mesir. Di samping itu, segala program khidmat sosial yang direncanakan demi kebaikan
masyarakat telah berjaya menambat hati masyarakat Islam Mesir. Malah, menurut Zulkifli
Mohamad Al- Bakri & Mohd Faisal Fadzil perjuangan mereka ini bertambah kukuh apabila
banyak pakatan mahasiswa universiti dan profesional muda menyokong sepenuhnya usaha
gerakan Al-Ikhwan Muslimin tersebut.

5.0 ANALISIS

Jelaslah bahawa gerakan Al-Ikhwan Muslimin yang diketuai oleh Imam Hasan Al-Banna ini
merupakan satu gerakan tajdid di Mesir bagi melawan arus sekularisme Barat dan ditambah
pula oleh kejahilan ilmu dalam agama Islam dalam kalangan rakyat Mesir pada ketika itu.
Gerakan ini telah membangkitkan semangat orang Islam dalam menentang ideologi Barat
yang cuba melemahkan dan memesongkan agama Islam di Mesir bagi membolehkan
mereka bermaharajalela. Justeru itu, gerakan Al-Ikhwan Muslimin dalam membendung
masalah tersebut mencakupi tiga aspek utama iaitu politik, ekonomi, dan juga sosial. Bagi
Hasan Al-Banna, menjadikan Mesir sebuah negara Islam yang menjalankan sistem
pemerintahan dan perundangan Islam adalah matlamat utama mereka seperti mana yang
dijelaskan oleh Herry Mohammad yang mengatakan bahawa Hassan Al-Banna berusaha
mewujudkan sebuah negara Mesir yang bertunjangkan ajaran Islam sepertimana semasa
zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Pengukuhan dan mempertahankan amalan murni dalam aspek ekonomi juga amat
ditekankan oleh Hassan Al-Banna bagi membolehkan penerapan nilai-nilai Islam dan
sekaligus menghapuskan nilai sekularisme dan kapitalisme Barat dalam sistem ekonomi
Islam dapat diaplikasikan oleh masyarakat Islam. Ini sudah tentu berkait rapat dengan
amalan riba yang diperkenalkan oleh Barat yang kononnya dapat meningkatkan pendapatan

28 Adbul Basir Alias, Ancaman Nasionalis Sekular Ekstrim di Malaysia, Satu Kajian Ilmiyah, Bangi: AS-SYABAB
MEDIA, 2002, Hlm., 78.
seseorang ahli perniagaan. Hakikatnya, dalam ajaran Islam riba merupakan satu perbuatan
yang menindas terhadap golongan peminjam, bahkan riba juga adalah haram dalam
konteks ajaran agama Islam sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran surah Al-
Baqarah ayat 275 iaitu “Dan Allah s.w.t. telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan
riba”. Gerakan Al-Ikhwan Muslimin juga amat menekankan nilai-nilai moral dan akhlak yang
baik bagi memastikan sistem pelaksanaan dalam ekonomi tidak lari daripada konsep asal
Islam sepertimana yang dijelaskan oleh Mohd. Radzi Othman.

6.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, kelahiran tokoh pejuang Islam dan pengasas gerakan Al-Ikhwan Muslimin yang
begitu fasih dan arif dalam ilmu agama Islam adalah berkesinambungan daripada datuk dan
ayahnya. Hasan Al-Banna telah pun dididik sejak dalam usia muda lagi dengan penerapan
pelbagai ilmu yang bermanfaat berkaitan dengan agama Islam sehinggalah beliau menjadi
seorang tokoh pejuang yang memartabatkan agama Islam di Mesir selepas runtuhnya
empayar kerajaan Islam yang agung iaitu kerajaan Turki Utmaniyyah. Oleh itu, melihat
keadaan ini, maka Hassan Al-Banna telah mewujudkan satu persatuan yang bertunjangkan
ajaran agama Islam bagi mengembalikan roh kegemilangan Islam seperti zaman-zaman
sebelumnya. Justeru itu, gerakan Al-Ikhwan Muslimin adalah satu gerakan tajdid bagi
melawan arus pembaratan dan mengembalikan ajaran Islam di Mesir. Kesan daripada
cetusan idea Hassan Al-Banna ini, gerakan Al-Ikhwan Muslimin telah berkembang ke seluruh
dunia, khususnya di Asia Barat dan Timur, termasuklah Malaysia dan Indonesia.

You might also like