Esei

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)


Semester 3, Ambilan Jun 2018

ISU TINGKAH LAKU DAN PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SEJARAH

Nur Syuhada binti Zolkofli


Jabatan Sejarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

A. PENDAHULUAN

Pada 5 Ogos 2019 sehingga 9 Ogos 2019, saya telah menjalani Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya untuk memenuhi keperluan kerja kursus
untuk subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.
Bagi menyiapkan tugasan ini, saya dikehendaki menganalisis isu-isu semasa berkaitan
tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah dan membuat pemerhatian terhadap pelbagai
jenis sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah serta mengenal pasti aspek
perbezaan dan persamaan sumber-sumber yang terdapat di sekolah tersebut. Saya juga perlu
mengambil kira aspek kepelbagaian murid di sekolah tersebut. Sekolah Kebangsaan Peramu
Jaya atau ringkasnya SKPJ terletak di Pekan, Pahang dan mempunyai guru seramai 54 orang
dan murid seramai 763 orang di bawah pimpinan Encik Mohamad Imeran bin Ibrahim
sebagai guru besar sekolah. (SK Peramu Jaya, 2019).

B. DAPATAN PEMERHATIAN DI SEKOLAH

Antara dapatan yang diperoleh semasa melakukan pemerhatian di sekolah tersebut ialah isu
tingkah laku serta kaitannya dengan sumber PdP Sejarah dan peranan sumber PdP Sejarah
dalam menangani masalah tingkah laku murid yang bermasalah. Contoh tingkah laku yang
bermasalah adalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan lain semasa proses PdP
berlangsung. Tingkah laku secara tidak langsung dapat mempengaruhi keberkesanan PdP
Sejarah.

i. ISU TINGKAH LAKU SERTA KAITANNYA DENGAN SUMBER


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan sewaktu PBS, masalah tingkah laku yang
dapat diperhatikan ialah murid membuat bising dan mengganggu rakan lain sewaktu proses
PdP sedang berlaku. Dalam hal ini, setiap pelajar mempunyai personaliti yang berbeza,
misalnya murid yang bersifat ekstrovert lebih aktif dan gemar berinteraksi dengan rakan-
rakan lain. (Mohd Zuri Ghani et. al, 2008). Hal ini akan menyebabkan guru mengalami
kesukaran dalam mengawal murid. Kebisingan akan berlaku sekiranya guru gagal
melakukan pengurusan bilik darjah dengan berkesan dan akan menyebabkan proses PdP
terganggu. Guru yang terlalu bergantung kepada sumber buku teks juga mengebabkan murid
tidak berminat mengikuti PdP Sejarah. Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga
mendorong kepada masalah di dalam bilik darjah. Hal ini dikatakan demikian kerana guru
tidak dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-
lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kognitif murid dalam kelas tersebut. (Mohd Zuri
Ghani et. al, 2008). Terdapat murid yang mempunyai tahap kognitif yang lemah, sederhana
dan tinggi. Malah, gaya pembelajaran setiap murid juga adalah berbeza. Kesannya, guru
tidak mampu mengawal tingkah laku murid di dalam kelas tersebut. Hal ini akan

1
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

menyebabkan murid yang tertinggal atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan
melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu PdP seperti membuat bising dan mengganggu
rakan yang lain.

ii. SUMBER PDP SEJARAH DALAM MENANGANI TINGKAH LAKU


BERMASALAH

Sepanjang pelaksanaan PBS selama seminggu, saya mendapati bahawa terdapat pelbagai
sumber PdP Sejarah yang boleh diperoleh di sekolah tersebut. Sumber-sumber tersebut
boleh digunakan oleh guru di sekolah tersebut untuk menjalankan PdP Sejarah di dalam
bilik darjah. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, antara sumber PdP sejarah yang
terdapat di sekolah tersebut ialah bahan bercetak seperti buku teks, buku rujukan, majalah
dan akhbar. Selain itu, terdapat juga maklumat-maklumat umum seperti maklumat berkaitan
tokoh-tokoh negara dalam bentuk mural dan banting yang dilekatkan pada dinding-dinding
bangunan sekolah. Bahan bercetak ini kebanyakannya boleh didapati di pusat sumber atau
perpustakaan sekolah. Perpustakaan merupakan institusi penting dalam membekalkan
sumber-sumber PdP kepada murid-murid sekolah. (Universiti Malaysia Sabah, 2019). Selain
itu, sumber lain yang terdapat di sekolah tersebut adalah sumber maujud seperti bendera,
sumber elektronik seperti audio dan video serta sumber internet seperti lawan web yang
boleh diakses di makmal komputer sekolah.
Bagi mengurangkan masalah tingkah laku murid, guru telah menggunakan sumber
elektronik seperti video semasa mengajarkan tajuk Tokoh Terbilang Tahun 4. Guru telah
menayangkan video yang diambil dari sedutan filem Hang Tuah sebagai set induksi sebelum
memulakan langkah pengajaran yang seterusnya. Didapati semua murid berasa teruja untuk
menonton video tersebut dan sekali gus dapat mengurangkan masalah tingkah laku dalam
kalangan murid. Namun, pada langkah seterusnya, guru meminta murid membuat peta
minda yang berkaitan ciri-ciri tokoh terbilang dengan merujuk sumber daripada buku teks.
Kesannya, tingkah laku murid yang tidak diingini berlaku. Contohnya, beberapa orang
murid telah membuat bising dan mengganggu rakan yang lain. Hal ini telah menyebabkan
proses PdP terjejas. Walaupun guru ada menggunakan sumber elektronik seperti video,
namun guru lebih banyak bergantung kepada sumber daripada buku teks. Hal ini akan
menyebabkan murid berasa mudah bosan terhadap pembelajaran guru.

C. PERBANDINGAN ANTARA SUMBER PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SEJARAH DAN KESAN TERHADAP TINGKAH LAKU
MURID

Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan antara sumber PdP Sejarah iaitu bahan
bercetak dan sumber elektronik. Kedua-dua sumber tersebut juga memberi kesan yang
berbeza terhadap tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Dari segi persamaan, kedua-dua
sumber tersebut dapat memberi maklumat untuk membantu guru menjalankan proses PdP
dengan lancar dan berkesan. (Tan Teck Seng, 1998). Proses PdP yang berkesan ini
seterusnya dapat membantu murid untuk mencapai objektif pembelajaran. (Ismail Said,
2014). Bagi penggunaan bahan bercetak seperti buku teks, majalah, akhbar dan sebagainya,
murid mungkin akan berasa cepat bosan jika bahan ini digunakan terlalu lama di dalam
kelas. Sebaliknya, jika guru menggunakan sumber elektronik seperti video, animasi dan
audio, guru dapat menarik perhatian dan fokus murid di dalam kelas. Walaupun kedua-dua
sumber ini dapat memberi maklumat kepada guru untuk menjalankan proses PdP, namun
kesan tingkah laku murid adalah berbeza. Contohnya, apabila guru menggunakan bahan

2
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

bercetak, seperti buku teks terlalu kerap, murid akan cepat berasa bosan dan tidak dapat
memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Sebaliknya, jika guru
menggunakan bahan elektronik seperti video dan audio, murid akan termotivasi untuk
mengikuti pembelajaran guru. (Mohd Faeez Ilias et. al, 2016).
Dari segi perbezaan, terdapat beberapa aspek yang dapat dilihat. Antaranya ialah
penyimpanan dan penyelenggaraan sumber. Bagi bahan bercetak, guru perlu menyimpan
bahan ini dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak atau rosak. (Segaran
Shanmugam, 1999). Contohnya, guru boleh menyimpan bahan ini dalam fail, plastik
menyimpan kertas dan sebagainya untuk mengelakkan bahan ini dimakan oleh anai-anai
atau terkena air. Penggunaan bahan bercetak dengan cermat dapat menjamin ketahanan
bahan tersebut. Untuk penyelenggaraan sumber elektronik pula, guru boleh menyimpannya
di dalam pemacu pena (pendrive) atau hard disk. Proses penyimpanan dan penyelenggaraan
sumber elektronik lebih mudah berbanding bahan bercetak. Jika guru menggunakan bahan
bercetak seperti buku teks, buku kerja dan gambar, tidak mustahil murid melakukan tingkah
laku bermasalah seperti menconteng, mengoyak atau merosakkan bahan-bahan tersebut. Jika
guru menggunakan sumber elektronik seperti video, kemungkinan bahan tersebut untuk
rosak adalah rendah kerana ia disimpan di dalam pemacu pena atau hard disk. Selain itu,
sumber ini juga ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja berbanding bahan bercetak
yang sukar dibawa kerana besar dan berat.
Aspek yang seterusnya adalah dari segi kos. Bagi bahan bercetak, jika guru
membeli buku rujukan, kamus atau ensiklopedia, guru akan mengeluarkan kos yang tinggi
kerana bahan tersebut mahal. Jika guru mencetak bahan tersebut, guru hanya menggunakan
kos yang rendah. Bagi sumber elektronik pula, penggunaan kos adalah rendah kerana guru
boleh mengakses bahan-bahan PdP secara percuma di internet. Contohnya, guru boleh
mengakses bahan-bahan di portal pendidikan seperti Tutor.com.my dan Portal Pendidikan
Sains Angkasa untuk sumber PdP Sejarah di sekolah. Selain itu, penggunaan perisian seperti
Microsoft adalah percuma. Namun, untuk membeli perisian tersebut adalah mahal. Semakin
berkualiti sesuatu perisian, semakin mahal harga perisian tersebut. Contoh perisian yang
boleh digunakan oleh guru adalah Microsoft Powerpoint. Slide Powerpoint dapat
mempersembahkan maklumat dengan teratur dan menarik. (Norhashim Abu Samah et. al,
1996). Hal ini dapat menarik minat murid terutamanya murid yang berkecerdasan visual.
Terdapat lapan jenis kecerdasan berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai, iaitu verbal-
linguistik, logik-matematik, visual-ruang, naturalis, kinestatik, muzik, interpersonal dan
intrapersonal. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Oleh itu, guru perlu mengambil kira
kecerdasan murid dalam memilih sumber yang sesuai dengan kecerdasan murid dan
seterusnya dapat mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini seperti membuat bising dan
mengganggu rakan sebaya. Contohnya, guru boleh menggunakan slaid Powerpoint untuk
menarik perhatian murid yang berkecerdasan visual semasa PdP Sejarah. Hal ini dapat
merangsang dan memotivasikan mereka untuk belajar Sejarah dan dapat mengelakkan
mereka daripada melakukan tingkah laku yang bermasalah seperti melakukan kerja lain
sewaktu guru mengajar di depan kelas. Hal ini juga demikian kerana elemen multimedia
dapat merangsang murid yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran untuk berfikir
tentang permasalahan dalam sejarah. Keadaan ini juga mewujudkan inkuiri dalam sejarah
iaitu satu proses untuk mencari kebenaran tentang masa lampau. (Zahara Aziz dan Nik
Azleena Nik Ismail, 2007).
Aspek lain adalah dari segi autoriti sumber. Bahan bercetak dilihat lebih berautoriti
dan berkredibiliti berbanding sumber elektronik. Hal ini dikatakan demikian kerana semua
bahan bercetak dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal
dalam bidang masing-masing. (Syed Ismail Syed Mustapa et. al, 2017). Sebaliknya, sumber

3
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

elektronik seperti sumber yang diperoleh daripada internet belum tentu ditulis oleh orang
yang berautoriti. Hal ini menyebabkan beberapa sumber dari internet diragui kesahihannya.
Namun terdapat beberapa sumber dari internet yang sahih seperti maklumat yang terdapat di
portal rasmi Arkib Negara. Dalam hal ini, guru perlu bijak dalam memilih sumber yang
berautoriti agar proses PdP dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan bermakna di samping
dapat meningkatkan motovasi dan inkuiri murid di dalam bilik darjah dan sekali gus dapat
mengurangkan tingkah laku yang bermasalah di dalam bilik darjah. Contohnya, penggunaan
sumber yang tepat dan menarik dapat meningkatkan inkuiri murid untuk mengetahui dengan
lebih lanjut mengenai sumber sejarah yang dibaca. Hal ini dapat mengelakkan mereka
daripada kerap keluar kelas atau tidur di dalam kelas akibat bosan terhadap sumber PdP
Sejarah yang kurang mencabar (Abdul Razaq and Isjoni, 2009)
Selain itu, aspek integrasi media dalam sumber. Dalam era globalisasi ini, memang
tidak dapat dinafikan bahawa teknologi multimedia telah memberi impak yang positif
terutamanya dalam bidang pendidikan kerana teknologi tersebut mampu mengintegrasikan
grafik, animasi, teks, audio, dan video. (Musa Abu Hassan, 2002). Pengintegrasian ini
menjadikan sumber elektronik lebih menarik, seronok dan berkesan kerana melibatkan
penggunaan deria seperti deria penglihatan dan pendengaran (Wan Salihin Abdullah dan
Mohd Yusuf Arshad, 1996). Contohnya, penggunaan video dapat meningkatkan fokus murid
di dalam kelas di samping audio yang dapat membangkitkan motivasi pelajar. Contohnya,
guru boleh menayangkan video tentang lagu Sejarah dan meminta murid membuat
pergerakan atau gaya yang sesuai mengikut lagu tersebut bagi merangsang penglibatan deria
murid semasa proses PdP Sejarah. Kesannya, murid akan berasa seronok untuk belajar
sejarah. Hal ini dapat mengelakkan murid melakukan tingkah laku yang tidak dingini seperti
membuat bising atau mengganggu rakan lain di dalam kelas kerana berasa bosan dengan
pengajaran guru. (Chuo Seng Chuan, 2012). Bagi bahan bercetak pula seperti buku teks,
terdapat integrasi teks dan grafik di mana murid hanya menggunakan deria penglihatan
sahaja. Hal ini akan menyebabkan murid cepat hilang fokus semasa proses PdP dan akan
melakukan tingkah laku bermasalah seperti tidur di dalam kelas dan bermain dengan rakan
lain semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.

D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

Antara cadangan penambahbaikan bagi melaksanakan pengurusan bilik darjah yang


berkesan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah guru perlu mempunyai
pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya untuk
dijadikan panduan dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan. (Haliza Hamzah dan
Joy Nesamalar Samuel, 2016). Antara model tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku
Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, dan lain-lain lagi.
Setiap model ini menerangkan cara-cara yang boleh diaplikasikan oleh guru semasa
mengurus disiplin bilik darjah. Antara model yang boleh digunakan oleh guru ialah Model
Pengurusan Disiplin Thomas Gordon. Pelan Disiplin Gordon mengandungi enam langkah,
iaitu mempengaruhi daripada mengawal, mencegah masalah sebelum berlaku, masalah
siapa?, berdepan dengan masalah, kemahiran mendengar dan penyelesaian konflik yang
berkesan. (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2016). Contohnya, guru boleh
menggunakan I-message untuk mencegah masalah tingkah laku. Guru boleh menyatakan
secara peribadi tentang perasaan dan fikiran guru mengenai tingkah laku murid yang
membuat bising dan mengganggu rakan lain di dalam kelas.

4
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

Selain itu, model lain yang boleh digunakan oleh guru ialah Model Modifikasi
Tingkah laku B. F. Skinner. Model ini menekankan prinsip peneguhan yang dapat
mempengaruhi tingkah laku murid. (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2016).
Guru boleh menggunakan peneguhan untuk merangsang tingkah laku murid yang diingini.
Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan
diberikan kepada murid setiap kali murid melakukan tingkah laku yang diingini. Contohnya,
guru boleh menggunakan sumber elektronik seperti Perisian Permainan Sejarah (History
Games), iaitu Program Eksplorasi Cabaran Sejarah (ECS). (Syed Ismail Syed Mustapa et. al,
2017). Contoh perisian interaktif ECS ialah permainan kuiz. Misalnya, guru boleh memberi
ganjaran kepada murid yang berjaya menjawab kuiz dengan betul. Kesannya, murid akan
termotivasi untuk mengikuti PdP Sejarah. Prinsip peneguhan ini berbeza dengan dendaan di
mana dendaan lebih kepada menghukum murid yang melakukan kesalahan tingkah laku.
(Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2016).

E. PENUTUP

Kesimpulannya, masalah tingkah laku perlu diatasi dengan lebih awal bagi
mengelakkan berlakunya tingkah laku tersebut menjadi lebih teruk dan berbahaya seperti
buli, vandalism dan sebagainya. (Che Nidzam Che Ahmad et. al, 2014). Oleh itu, guru perlu
mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang berkesan dengan mengambil kira aspek
kepelbagaian murid. Guru juga perlu mengetahui model-model disiplin sebagai panduan
pengurusan bilik darjah yang berkesan. Guru juga perlu bijak dalam memilih sumber PdP
yang menarik dan sesuai dengan gaya pembelajaran murid seperti menggunakan sumber
interaktif yang melibatkan penggunaan deria yang pelbagai seperti video, animasi, filem dan
sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana sumber PdP yang menarik dapat mengawal
tingkah laku bermasalah murid di dalam kelas seperti mengganggu rakan lain, membuat
bising, ponteng kelas dan sebagainya. Kesannya, pembelajaran yang bermakna dapat
diwujudkan. (Syed Ismail Syed Mustapa et. al, 2017).

RUJUKAN

Abdul Razaq and Isjoni. (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi;
dan, FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 113 – 126. ISBN 978-
602-8025-27-0.
Che Nidzam Che Ahmad et. al. (2014). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap
Tahap Keselesaan Pengajaran Dan Pembelajaran. Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris
Chuo Seng Chuan. (2012). Sifatku Perubahan Dalam Tingkah Laku Murid Prasekolah.
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, ms.150-159.
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik darjah dan Tingkah
Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ismail Said. (2014). Kurikulum Sejarah. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia sdn. Bhd.
Mohd Faeez Ilias et al. (2016). Sumber Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru
Pendidikan Islam Sekolah Bestari. e-Academia Journal UiTMT, 5(2), 106-114.
Mohd Zuri Ghani et al. (2008). Perbezaan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Dalam
Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik (Pca) Berdasarkan Gender. Jurnal
Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 111–122.

5
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
Semester 3, Ambilan Jun 2018

Musa Abu Hassan. (2002). Peranan dan Penggunaan ICT dalam Kalangan Masyarakat.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Norhashim Abu Samah et al. (1996). Pengajaran Bantuan Komputer. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Segaran Shanmugam. (1999). Penggunaan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam
Bilik Darjah Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Port Dickson, Negeri
Sembilan. Selangor, Universiti Putra Malaysia.
SK Peramu Jaya. (2019). Buku Pengurusan SK Peramu. Pekan: SKPJ
Syed Ismail Syed Mustapa et. al. (2017). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Tan Teck Seng. (1998). Penggunaan Media Bercetak Oleh Guru Pelatih Di Pusat Sumber
Maktakb Perguruan. Selangor: Universiti Putra Malaysia
Universiti Malaysia Sabah. (2019). Perpustakaan Main Peranan Penting Hidupkan Budaya.
Muat turun pada 2 Ogos 2019 daripada Ilmu/http://www.ums.edu.my/v5/ms/
banner-link/7180-perpustakaan-main-peranan-penting-hidupkan-budaya-ilmu.
Wan Salihin Abdullah dan Mohd Yusuf Arshad. (1996). Penggunaan Teknologi Maklumat
Sebagai Alat Kognitif dalam Pendidikan Sains. Jurnal Pendidikan Universiti
teknologi Malaysia, 2(1), 59-70.
Zahara Aziz dan Nik Azleena Nik Ismail. (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru
Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar. Jurnal
Pendidikan, 32, 119-137.

You might also like