Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/287277641

Tahap Pengetahuan dan Minat Pelajar Universiti Malaysia Perlis Terhadap


Bidang Keusahawanan: Satu Tinjauan ke Arah Pembentukan Teknousahawan

Conference Paper · December 2009

CITATIONS READS

0 3,841

4 authors:

Mohammad Rezal Hamzah Narimah Ismail


Universiti Malaysia Perlis
16 PUBLICATIONS   16 CITATIONS   
63 PUBLICATIONS   24 CITATIONS   
SEE PROFILE
SEE PROFILE

Norshahrizan Nordin Ku Amir Ku Daud


Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis
348 PUBLICATIONS   28 CITATIONS    7 PUBLICATIONS   85 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Comfort and Cleanliness of the Hospital View project

BFT 219 Product Design and Development S2 2017/2018 View project

All content following this page was uploaded by Mohammad Rezal Hamzah on 19 December 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Tahap Pengetahuan dan Minat Pelajar Universiti Malaysia Perlis Terhadap Bidang
Keusahawanan: Satu Tinjauan ke Arah Pembentukan Teknousahawan1

Oleh :

Mohammad Rezal Hamzah2, Ku Amir bin Ku Daud3, Prof. Madya Dr. Narimah Ismail 4, Norizah
Ahmad 5, Norshahrizan bt Nordin 6,

Abstrak

Belia merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang. Belia yang cemerlang bukan
sahaja menjadi aset kepada pembangunan ekonomi negara malah mereka juga menjadi tunggak utama
untuk Malaysia mencapai negara maju pada tahun 2020. Bagi menyahut cabaran ini Universiti
Malaysia Perlis telah mengorak langkah dengan menawarkan program perniagaan dan keusahawanan
pada julung kalinya dengan mengambil pelajar seramai 313 orang. Matlamat utama program ini
ditawarkan adalah untuk membentuk usahawan kejuruteraan (teknousahawan) yang berjaya dan
mampu bersaing diperingkat antarabangsa. Justeru itu, satu kajian telah dijalankan bagi tujuan
mengetahui tahap pengetahuan dan minat para pelajar terhadap bidang keusahawanan ini. Seramai 71
pelajar telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar program keusahawanan
kejuruteraan. Secara umumnya objektif kajian ini adalah mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar
terhadap bidang keusahawanan; untuk mengetahui tahap minat pelajar dalam bidang keushawanan dan
untuk mengetahui kesediaan pelajar terhadap penglibatan didalam latihan; kursus dan pengajian dalam
bidang keusahawanan. Kaedah survei menggunakan soal selidik (tadbir sendiri) telah diedarkan
kepada responden. Data telah dianalisis dengan menggunakan software SPSS. Kajian mendapati
pelajar telah menunjukkan minat dan mempunyai pengetahuan untuk menjadi seorang teknousahawan.
Mereka juga bersedia untuk menghadapi dan menjalani latihan dalam bidang keusahawanan

Kata Kunci : Keusahawanan, Teknousahawan, Perniagaan

Pengenalan

Belia merupakan aset penting kepada pembangunan negara sama ada pembangunan sosial atau
ekonomi negara. Pembentukan atau pembangunan belia secara holistik bukan sahaja memberi manfaat
kepada belia malah juga kepada negara. Penglibatan belia dalam bidang ekonomi pada masa kini
sangat membanggakan. Walaupun negara menghadapi kadar pengangguran yang agak tinggi akibat
keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, namun pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh kerajaan
untuk belia bergiat aktif dalam menjana ekonomi negara. Peranan kerajaan mewujudkan peluang
pekerjaan dengan memberi kemudahan seperti pinjaman, khidmat nasihat dan latihan berterusan
merupakan usaha murni yang sepatutnya diambil perhatian oleh semua golongan belia. Di antara
penekanan yang telah diberikan adalah bidang keusahawanan.

1 Kertas ini dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pembangunan Keusahawanan, UKM, 8-9 Disember 2009.
2 Timbalan Pengarah PUSPEK/Pensyarah di PKKK, UniMAP
3,4’5 Pensyarah Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan, UniMAP
6 Penolong Pendaftar PUSPEK, UniMAP

1|Page
Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang telah sekian lama bertapak di dalam dunia ini. Ia
bukan sahaja sahaja melibatkan pertukaran barang, malah bidang ini juga menjadi bahan kajian
dengan mengemukakan pelbagai teori dan hasil kajian untuk pembangunan mapan. Sejak ia
diperkenalkan didalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat institusi pengajian tinggi,
bidang keusahawanan menjadi semakin penting sebagai satu bidang kerjaya. Dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (2006-2010), pihak kerajaan telah menekankan usaha ke arah melahirkan
teknousahawan. Pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan bagi memastikan perancangan ini tercapai.
Secara umumnya usaha untuk mewujudkan usahawan bukanlah mudah. Apatah lagi usahawan yang
berasaskan ICT dan teknologi. Pada masa kini penglibatan golongan belia di dalam Program
pembangunan usahawan siswazah bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan bumiputera dari
kalangan siswazah supaya mereka berkeyakinan, mempunyai daya saing yang tinggi dalam bidang
pemasaran pertanian dan akhirnya menjadi usahawan tani yang berdaya maju dan boleh
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru kertas ini hanyalah merupakan kajian awal oleh penyelidik bagi mengetahui status minat dan
tahap pengetahuan mereka dalam bidang tersebut. Sebagai penyelidik dan tenaga akademik, adalah
penting untuk mengetahui minat mahasiswa. Ia bukan sahaja membantu dalam pembentukan modul
pengajaran yang efektif, malah dapat membantu dalam penambahbaikan kurikulum sedia ada.

Sorotan Literatur

Keusahawanan merupakan satu bidang sains sosial yang mengandungi pelbagai makna. Para
penyelidik dan sarjana masih mencari makna yang begitu holistik untuk dijadikan sebagai panduan.
Menurut Peter K. Drucker (1985) makna keusahawanan adalah kombinasi idea, usaha, penyelarasan
perniagaan, pengurusan sumber yang optima untuk mengeluarkan hasil dan ouput didalam pasaran.
Namun apa yang lebih penting ialah di Malaysia bidang keusahawanan tidak menarik perhatian
rakyatnya pada ketika era 70an dan 80an. Kini bidang keusahawahan telah mengalami perubahan yang
sangat ketara. Bidang keusahawanan semakin penting dalam ekonomi negara. Pelbagai usaha telah
dijalankan untuk meningkatkan penyertaan golongan muda dalam bidang keusahawanan. Di antara
usaha kerajaan adalah membudayakan keusahawanan dalam kalangan belia melalui pendidikan.
Menurut Khalid Nordin (2005) pembudayaan keusahawan ini dapat dibahagikan kepada program yang
berbentuk secara langsung atau tidak langsung dan dijalankan oleh pelbagai pihak. Pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia misalnya telah melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui
kurikulum sekolah. Beberapa sukatan pelajaran berkaitan dengan keusahawanan seperti Prinsip
Akaun, Perdagangan, Pengajian Perniagaan, Kemahiran Hidup, Matapelajaran Vokasional, Ekonomi
Asas, Ekonomi Rumahtangga, dan sebagainya telah dibentuk untuk tujuan berkenaan. Manakala
aktiviti yang berbentuk ko-kurukulum pula, aktiviti-aktiviti seperti Usahawan Muda, Pengusaha Muda
Malaysia, Pengusaha Muda ESSO, Program Tunas Bestari dan Koperasi telah dijalankan.

Di dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Tinggi Negara melalui Kementerian Pengajian
Tinggi, kerajaan memberi perhatian yang serius dan berhasrat untuk menjadikan institusi pengajian
tinggi negara sebagai wadah bagi memainkan peranan penting merangsang perubahan ekonomi
negara ke arah K-ekonomi atau ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam konteks ini, pembangunan
dan perkembangan ekonomi negara mestilah berasaskan kepada faktor utama iaitu inovasi dan
bukannya berasaskan sistem ekonomi yang tradisional. Umum mengetahui bahawa Inovasi adalah
merupakan salah satu ciri penting keusahawanan. Hanya dengan pengetahuan dan inovasi sahaja,
Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada dunia. Justeru, corak tenaga kerja atau modal insan

2|Page
yang kita lahirkan perlulah memiliki ciri-ciri ini seperti minda kelas pertama dalam mengharungi
dunia perniagaan tanpa sempadan ini.

Peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam melahirkan bakal usahawan yang berdaya saing jelas
menunjukkan bahawa pihak kerajaan memandang serius dalam perkara ini. Penubuhan Universiti
Utara Malaysia (UUM) yang merupakan IPTA secara keseluruhannya memfokus kepada pengurusan
dan pentadbiran perniagaan menjadi nadi kepada kerajaan dalam melahirkan usahawan muda. Di
samping itu juga kewujudan program-program keusahawanan dan perniagaan di beberapa universiti
seperti UPM, UKM, UM dan USM menunjukkan bidang keusahawanan sangat releven dalam
membantu kerajaan menjana ekonomi dengan lebih baik. Justeru itu, pengwujudan program
perniagaan dan kursus keusahawanan di UniMAP adalah signifikan untuk melahirkan usahawan yang
berasaskan teknologi tinggi.

Impak daripada pendidikan keusahawanan yang telah disediakan oleh IPTA telah diiktiraf sebagai
wadah atau kaedah kepada pembentukan minat dan kecenderungan golongan muda untuk terlibat
dalam keusahawanan. Menurut Gorman (1997), pendidikan keusahawanan adalah mekanisme yang
terbaik untuk meningkatkan pemahaman secara teori dan praktikal kepada mahasiswa. Sikap dan
pengetahuan dalam keusahawanan juga faktor yang dapat meningkatkan minat mahasiswa kepada
dunia perniagaan (K.Wang 2004). Selain itu minat dalam keusahawanan juga boleh wujud sekiranya
terdapat keluarga yang telah menjalankan sesuatu perniagaan. Menurut Scott (1988) melalui kajian
yang telah dijalankan mendapati bahawa keluarga yang menjalankan perniagaan juga dapat
mempengaruhi ahli keluarga yang lain untuk meneruskan perniagaannya atau membuka perniagaan
baru. Segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi daripada perniagaan dapat digunakan
dalam bidang keusahawanan atau perniagaan.

Pendidikan keusahawanan juga dapat membentuk budaya keusahawanan dan dapat memberi
pendedahan yang baik kepada mahasiswa atau belia untuk menjadikan bidang tersebut sebagai
kerjaya. Manakala Kao (1995) mendapati pendidikan keusahawanan yang di tawarkan di institusi
pengajian tinggi berupaya untuk membentuk pemikiran belia atau pelajar ke arah budaya usahawan
yang ideal. Kajian awal yang telah dijalankan oleh K.Wang (2004) juga menunjukkan bahawa pelajar
atau mahasiswa di Singapore juga mempunyai minat yang tinggi dalam bidang keusahawanan. Mereka
merancang untuk membuka atau memperolehi perniagaan sendiri. Kajian tersebut juga menyatakan
bahawa walaupun mereka mempunyai tahap pengetahuan yang agak rendah namun minat yang
mereka ada, dapat menjadikan motivasi atau pendorong untuk membuka perniagaan kelak. Minat
memainkan peranan yang penting dan merupakan faktor utama dalam menentukan seseorang itu
berjaya dalam melakukan apa jua yang diceburi. Sodri Ariffin (2008) melalui projeknya iaitu Tunas
Mekar yang memfokuskan kepada projek perkongsian pintar antara IPTA dan pengusaha untuk
melahirkan usahawan muda yang berjaya telah mengenalpasti bahawa perkara utama yang menjadi
kriteria sebagai usahawan adalah minat. Justeru itu, dengan adanya minat, ia mampu untuk menjadi
pendorong kepada penglibatan yang bersungguh-sungguh untuk menjadi usahawan yang cemerlang.

Metodologi

Secara umumnya kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui minat dan tahap pengetahuan
mahasiswa program perniagaan antarabangsa di Universiti Malaysia Perlis. Kajian ini menggunakan
kaedah kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik yang melibatkan 71 pelajar tahun satu daripada
Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan, Universiti Malaysia Perlis. Kesemua sampel
adalah terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti program ijazah sarjana muda perniagaan

3|Page
antarabangsa. Penyelidik telah membangunkan instrumen kajian dengan mengadaptasi instrument
yang telah digunakan oleh Ooi Yeng Keat (2008).

Kencenderungan atau minat pelajar telah diukur melalui 9 item. Skala Likert telah digunakan dan
bersesuaian dengan penyataan dan konteks minat iaitu (1) sangat tidak setuju sehingga skala 5 sangat
setuju. Manakala pengetahuan pelajar terhadap bidang keusahawanan telah diukur melalui 11
pernyataan. Penyelidik juga telah membuat tinjauan terhadap kursus universiti yang telah diajar
kepada semua pelajar berkenaan. Analisa data adalah menggunakan SPSS versi 16 dengan
menumpukan kaedah statistik deskriptif iaitu min, sisihan piawai dan peratusan kekerapan. Kajian ini
juga menggunakan ujian t untuk melihat perbezaan Min diantara minat dengan faktor demografi
seperti jantina.

Hajian Kajian dan perbincangan

Kajian yang telah dijalankan ini merupakan tinjauan awal terhadap mahasiswa semester pertama yang
telah mengikuti kursus keusahawanan kejuruteraan. Mereka adalah mahasiswa yang telah mengikut
program ijazah sarjana muda perniagaan antarabangsa yang terdiri daripada 57.7 peratus mahasiswa
perempuan manakala selebihnya adalah lelaki. Kebanyakan mereka adalah berbangsa melayu (69.0%)
dan kajian ini juga melibatkan sebanyak 18.3 peratus responden etnik cina dan hampir 10 peratus
adalah terdiri daripada india (9.9%). Kebanyakan mereka adalah beragama islam (69%) dan
selebihnya terdiri daripada agama budha (15.5%), India (7.0) dan lain-lain. Dalam kajian ini juga,
penyelidik telah meninjau kecenderungan siswazah terhadap kerjaya yang akan mereka tempohi
setelah tamat pengajian nanti. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 57.1 peratus responden
memilih untuk membuka perniagaan setelah tamat pengajian. Manakala selebihnya telah memilih
untuk berkerja dengan dengan majikan (makan gaji).

Jadual 1: Profil Demografi

Item Peratusan
Jantina (n=71)
Lelaki 42.3
Perempuan 57.7

Bangsa (n= 71)


Melayu 69.0
Cina 18.3
India 9.9
Lain-lain 2.8

Agama (71)
Islam 69.0
Budha 15.5
Hindu 7.0
Kristian 8.5

Pemilihan Kerjaya (n=71)


Makan gaji 42.9
Memulakan perniagaan 57.1

Keutamaan dalam memilih makan gaji (n=31)

4|Page
Pendapatan Tetap 71.0
Kekurangan Modal 12.9
Kurang Minat 6.5
Kekurangan Peluang 3.2
Kestabilan Pekerjaan 3.2
Kurang Risiko 3.2

Keutamaan dalam memilih memulakan perniagaan (n=40)


Minat 73.2
Kerjaya yang baik 19.5
Susah untuk mendapat kerja 4.9
Kekurangan peluang 2.4

Masa membuka peniagaan (n=40)


1-2 tahun selepas tamat pengajian 23.4
selepas 3 tahun 27.7
selepas 5 tahun 38.3
sebaik sahaja tamat pengajian 10.6

Tinjauan juga dibuat untuk mengetahui apakah yang menyebabkan mereka lebih berminat untuk
bekerja dengan majikan. Di antara respon yang diperolehi adalah kerana dengan majikan mereka
memperolehi pendapatan tetap (71%), kekurangan modal (12.9%), dan kurang minat (6.5%).
Manakala bagi responden yang memilih untuk memulakan perniagaan pula berpendapat bahawa
mereka berminat dengan dunia perniagaan (73.2%). Terdapat diantaranya juga memberi respon
bahawa dunia perniagaan adalah merupakan kerjaya yang baik (19.5%). Memandangkan keadaan
ekonomi yang berkembang dengan perlahan pada masa kini, mungkin pada pandangan responden
bahawa peluang untuk mendapat pekerjaan agak terhad dan kekurangan peluang pekerjaan dalam
pasaran juga mungkin menjadi faktor kenapa responden memilih untuk memulakan perniagaan kelak.
Daripada jumlah responden yang memilih perniagan tersebut, sebanyak 38.3 peratus bercadang untuk
membuka perniagaan selepas 5 tahun mereka tamat pengajian. Hanya 10.6 peratus sahaja yang
bercadang untuk memulakan perniagaan sebaik sahaja tamat pengajian.

Minat dalam keusahawanan

Minat merupakan elemen yang penting dalam memulakan sesuatu aktiviti. Sekiranya seseorang
mempunyai minat yang mendalam, hasil atau kesannya adalah lebih optima. Justeru itu, dalam
memulakan sesuatu perniagaan atau penglibatan dalam keusahawanan, minat adalah sangat penting.
Dengan minat segala usaha akan disinergikan dengan sumber-sumber yang lain untuk menghasilkan
kejayaan. Minat juga dapat membentuk golongan usahawan berusaha bersungguh-sungguh dalam
bidangnya. Dalam kajian ini, penyelidik juga meninjau tahap minat mahasiswa dalam bidang
keusahawanan. Secara umumnya (Rajah 1) lebih daripada sebahagian responden (54.9%) mempunyai
minat pada tahap yang sederhana. Hanya 26.8 peratus sahaja responden mempunyai minat yang tinggi
dalam keusahawanan. Walaupun peratusan minat yang tinggi agak rendah, kemungkinan ia berubah
kerana kesemua responden merupakan pelajar tahun satu yang masih baru dalam ilmu keusahawanan
dan perniagaan.

5|Page
60
54.9
50

40

Peratus
30
26.8
20 18.3
10

0
Rendah Sederhana Tinggi

Rajah 1: Tahap minat responden dalam bidang keusahawanan

Sekiranya ditinjau melalui penyataan yang mengukur minat atau kecenderungan terhadap bidang
keusahawanan (Jadual 2), sebanyak 11 item telah ditanya kepada responden. Secara umumnya
kebanyakkan responden menyataan keushawanan akan memberi kemewahan kepada kehidupan
dengan min adalah 4.16. Di samping itu, responden juga berpandangan positif terhadap beberapa
penyataan seperti kesanggupan untuk menjalani latihan (min =4.07, SP=0.682), keinginan untuk
memulakan perniagaan sendiri (min=4.07, SP 0.946) dan berminat dengan dunia perniagaan (min=
4.05, SP = 0.753).

Jadual 2 : Taburan Min mengikut penyataan minat

Penyataan Min Sisihan piawai


(SP)
Keusahawanan memberi kemewahan hidup 4.16 .792

Kesanggupan menjalani latihan berkaitan 4.07 .682


dengan keusahawan

Keinginan memulakan perniagaan saya 4.07 .946


sendiri satu hari nanti

berminat dalam bidang perniagaan 4.05 .753

Menjadikan usahawan berjaya sebagai idola 3.97 1.013


untuk menjadi usahawan berjaya

keusahawanan adalah kerjaya yang terbaik 3.83 .894

kekerapan memikirkan keusahawanan 3.67 1.025


sebagai kerjaya utama

Adalah mudah bekerja sendiri untuk 3.61 .900


berjaya dalam kehidupan

Kesanggupan mengeluarkan wang untuk 3.61 .781


menjalani latihan keusahawanan

6|Page
Tahap pengetahuan

Seperti yang telah dibincangkan didalam sorotan literatur, jelas menunjukkan bahawa seseorang
usahawan yang berjaya dalam bidangnya, bukanlah merupakan usahawan yang tidak berilmu dalam
melaksanakan perniagaannya. Mereka jelas membuktikan, penguasaan ilmu atau pengetahuan dalam
bidang keusahawanan adalah faktor yang penting. Dalam kajian ini, tinjauan juga dilakukan terhadap
responden pengetahuan mereka dalam bidang keusahawanan. Majoriti responden mengetahui bahawa
dalam keusahawanan modal adalah diperlukan (95.7%), memerlukan perancangan perniagaan
(95.7%), perancangan perniagaan membuka idea baru (95.7%), dan keusahawanan memerlukan
strategi pemasaran yang berkesan.

Jadual 3 : Taburan Responden berdasarkan Tahap Pengetahuan

Penyataan Ya Tidak

Keusahawanan memerlukan modal 95.7 4.3

Perancangan perniagaan (business plan) adalah garispanduan 95.7 4.3


dalam menjalankan perniagaan

Perancangan perniagaan (business plan) mengemukakan idea 95.7 4.3


perniagaan

Keusahawanan memerlukan strategi pemasaran yang berkesan 94.3 5.7

Keusahawanan memerlukan pencarian maklumat 92.9 7.1

Keusahawanan memerlukan pemahaman tentang kewangan 91.4 8.6

Perancangan perniagaan (business plan) adalah berguna untuk 91.4 8.6


membantu dalam pinjaman modal perniagaan

Keusahawanan berkait rapat dengan perancangan perniagaan 78.6 22.4

Bidang keusahawanan adalah bekerja sendiri 76.1 23.9

Keusahawanan memerlukan latihan yang berterusan 64.3 36.7

Keusahawanan memerlukan perniagaaan sendiri 62.9 37.1

Walaubagaimapun hasil kajian menunjukkan masih terdapat dalam kalangan responden tidak
mengetahui bahawa keusahawanan memerlukan latihan berterusan (36.7%) dan keusahawanan
berkaitan rapat dengan perancangan perniagaan dan memerlukan perniagaan sendiri (37.1%). Keadaan
ini berlaku kemungkinan mereka masih baru dan memerlukan pendedahan yang lebih dalam bidang
keusahawanan. Peratusan ini juga memberi gambaran awal tentang keperluan mahasiswa mencari
maklumat untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang keusahawanan.

7|Page
Pandangan Terhadap Kursus Keusahawanan Universiti

Kajian juga meninjau pandangan mahasiswa terhadap kursus keusahawanan yang telah ditawarkan
semasa mengikuti program pengajian. Hampir majoriti (67.7%) responden mempunyai pandangan
kursus keusahawanan yang ditawarkan memberi manfaat yang sederhana kepada mereka. Hanya 26.8
peratus sahaja yang menyatakan kursus terebut memberi manfaat kepada minat dalam keusahawanan.
Secara umumnya kursus keusahawanan ini diukur dengan beberapa penyataan seperti kursus
keusahawanan memberi pengalaman baru, meningkatkan pengetahuan, teknik tentang perniagaan,
peluang belajar melalui pelaksanaan, dan peningkatan pemahaman perniagaan.

80
70
67.6
60
50
Peratus

40
30
26.8
20
10
5.6
0
rendah sederhana tinggi
Tahap

Rajah 2: Pandangan Responden Terhadap Kursus Keusahawanan Universiti

Kebanyakan responden adalah terdiri daripada pelajar semester satu dan penyelidik berharap terdapat
perubahan dalam penguasaan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap bidang
keusahawanan tersebut. Kemungkinan apabila mahasiswa tersebut telah mengikuti semua kursus yang
berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan, pandangan dan minat mereka akan bertambah dan
meningkat.

Selain itu hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan min diantara minat dan manfaat mengikut
kursus keusahawanan universiti dengan jantina. Jadual 4 telah menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan di antara mahasiswa lelaki dengan mahasiswa perempuan terhadap minat
dalam bidang keusahawanan. Mahasiswa perempuan lebih berminat berbanding dengan pelajar lelaki
(min = 35.8780, sd = 4.45082), malah mahasiswa perempuan juga menunjukkan kursus keusahawanan
universiti lebih memberi manfaat kepada mereka (min = 32.3659, sd =3.01460).

8|Page
Jadual 4: Perbandingan Jalinan Sosial Mengikut Kategori Umur Belia

Kecenderungan Jantinan n Min Sisihan t P**


piawai
Minat Lelaki 30 34.0000 6.19789 -1.487 0.033

Perempuan 41 35.8780 4.45082

Kursus universiti Lelaki 30 31.2000 4.67864 -1.276 0.018

Perempuan 41 32.3659 3.01460


** Signifikan pada aras keertian 0.05

Kesimpulan dan cadangan

Secara umumnya kajian ini merupakan senario awal yang boleh dilihat oleh penyelidik dalam
merangka usaha diperingkat Universiti untuk melahirkan usahawan yang berjaya. Sebagai universiti
yang memfokuskan kepada alam kejuruteraan adalah menjadi hasrat UniMAP untuk membangun dan
mendidik bakal-bakal usahawan yang memfokus dan berorentasikan teknologi tinggi. Kajian ini secara
umumnya telah menunjukkan tahap minat mahasiswa tahun satu program perniagaan antarabangsa
adalah sederhana. Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk menjangkakan kecenderungan
mereka kerana pangajian mereka masih di tahap pertama. Usaha yang lebih banyak perlu dilakukan
untuk menarik minat mahasiswa dalam bidang ini. Pendekatan pendidikan boleh digunakan untuk
mencapai hasrat tersebut. Memperkenalkan program keusahawanan dalam aktiviti selepas kuliah
adalah mekanisme yang boleh dilaksanakan. Di samping itu galakkan yang berterusan kepada
mahasiswa untuk menjalankan aktiviti keusahawanan diperingkatkan universiti akan menjadikan
mereka lebih berkemahiran dan dapat mengaplikasikan teori yang mereka perolehi semasa kuliah.

Peranan kerajaan perlu diteruskan dengan memberi kemudahan pinjaman, latihan dan khidmat nasihat
bukan sahaja belia di luar, malah kepada bakal usahawan yang berpotensi seperti mahasiswa. Kaedah
ini akan dapat membantu kerajaan dari segi mengurangkan kebergantungan mahasiswa kepada
peluang pekerjaan disektor kerajaan. Secara tidak langsung kadar penggangguran dapat di kurangkan
dan dapat membantu kerajaan dari segi pembangunan ekonomi negara.

Rujukan :

______ (2001). Rancangan Malaysia Kesembilan; Percetakkan Nasional. Kuala Lumpur .

Gorman (1997). Some research perspectives on entrepreneurship education and education for small
business management. International Small Business Journal 15 (3), 56-57.

K.Wang (2004). Enterpreneurial interest of university students in singpaore. Technovation 24, 163-
172.

Khalid Nordin; (2005); Kertas Kerja dibentangkan di Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3), 12-15
Januari 2009/15-18 Muharam 1430H, Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Koa, (1995). Why Entrepreneurship Could Be Taught and Should Be Taught Including an
Introduction to a Model For Entrepreneurship Education. Journal of Small Business and
Entrepreneurship, Vol. 12, No.4 pp.97-99.
9|Page
Ooi Yeng Keat (2008). Inclination towards entrepreneurships among malaysia university students in
northern peninsular malaysia. Swinburne Univestity, Thesis Dissertation, Unpublished.

Peter k. Drucker (1985); Inovation and Entrepreneurship; Harpercollins Publisher Inc. New York,
USA.

Scott (1988). The long term supply of entrepreneur students career aspirations in relation
entrepreneurship; Journal of Small Business and Entrepreneurship, Vol. 12 No. 4

Sodri Ariffin (2008); Cabaran Memulakan Perniagaan; edisi editorial, universiti Teknologi MARA;
dicapai secara online pada 24 November 2009 ; http://tunasmekar.uitm.edu.my/.

10 | P a g e

View publication stats

You might also like