Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

PENGHARAPAN PELATIH ORANG KURANG UPAYA (OKU) TERHADAP

PROGRAM LATIHAN PEMULIHAN YANG DIJALANKAN DI PUSAT


PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) JITRA, KEDAH

KHOO TONG EIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PENGHARAPAN PELATIH ORANG KURANG UPAYA (OKU) TERHADAP
PROGRAM LATIHAN PEMULIHAN YANG DIJALANKAN DI PUSAT
PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) JITRA, KEDAH

KHOO TONG EIN

Teks ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006
iii

DEDIKASI

Buatmu ayah (Khoo Yu Sing) dan ibuku (Ooi Saw Gim) yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
Serta panduan perjuanganku dalam mengenal kehidupan ini ...

Buatmu abang (Shuin Shyan) dan adik-adik (Shin Woen dan Soon Ling) yang
disayangi,
Kalian amat bermakna dalam diri ini,
Kejayaanku, kejayaanmu jua ...

Buatmu pembimbing yang disanjungi,


Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasa yang engkau diberikan
tidak akan kulupai ...

Buatmu teman-teman yang dirindui,


Kejujuruan dan keikhlasan dalam persahabatan ini
Akan kukenang selamanya ...
iv

PENGHARGAAN

Penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada penyelia projek sarjana muda,


Prof. Dr. Muhammad Rashid Bin Hj Rajuddin atas bimbingan dan dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan laporan penyelidikan projek Sarjana Muda ini.
Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyiapkan
projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada tenaga pengajar dan pelatih
OKU dari Pusat PDK Jitra, Kedah yang sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama
dalam membantu menjayakan penyelidikan projek Sarjana Muda ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan


serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha
menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di atas,
projek Sarjana Muda ini tidak akan disiapkan dengan begitu lancar dan sempurna.
v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan mengkaji pengharapan pelatih orang kurang


upaya (OKU) terhadap program latihan pemulihan yang dijalankan di Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti (PDK) Jitra. Kajian ini melibatkan seramai 40 orang responden yang
terdiri daripada 10 orang kurang upaya fizikal, 5 orang kurang upaya penglihatan dan
25 orang kurang upaya akal. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti harapan
dapat hidup berdikari, mendapatkan pekerjaan, jaminan masa depan dan diterima
masyarakat merupakan pengharapan bagi pelatih OKU terhadap program latihan
pemulihan yang dijalankan di pusat PDK. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal
selidik yang mengandungi bahagian A (latar belakang responden) dan bahagian B (40
item soalan). Soal selidik ini telah disemak oleh seorang pensyarah iaitu Dr Tan Soo
Yin bagi tujuan keesahan instrumen. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah
temubual berstruktur berpandukan item soal selidik yang disediakan. Kaedah temubual
berstruktur digunakan memandangkan responden terdiri daripada golongan OKU.
Pengumpulan data dianalisis secara manual dan dinyatakan dalam bentuk peratusan dan
kekerapan. Kajian mendapati pelatih OKU dari Pusat PDK Jitra, Kedah mempunyai
harapan yang tinggi dapat hidup berdikari, mendapatkan pekerjaan, jaminan masa depan
dan dapat diterima masyarakat. Beberapa cadangan dan implikasi kajian juga
dibincangkan.
vi

ABTRACT

The purpose of this research is to examine the hope among disability trainees
towards rehabilitation training program which implemented in Jitra Rehabilitation
Centre. The sampling population of this research consisted of 40 respondents, of which
10 are physical disability, 5 optical disability and 25 mental disability. A set of
questionnaire which consist part A (respondents background) and part B (40 questions
item) was used as instrument in this research. The objectives of this research are to
identify the hopes can self independence, getting job, future promising and acceptance
by society members are the hopes among disability trainees towards rehabilitation
training program which implemented in rehabilitation centre. A lecturer named Dr Tan
Soo Yin validated to set of the questionnaire. The information was gathered by using
structured interview based on questionnaire. Structure interview was used because of
the respondents are disabilities. The data were analyzed with manual and presented in
percentage and frequency. It was found that majority of the disability trainees from
Jitra Rehabilitation Centre hopes can self indepedence, getting job, future promising
and acceptance by society members. A number of proposals and implication of this
research are discussed.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
viii

1.8.1 Pengharapan 10
1.8.2 Pelatih OKU 10
1.8.3 Pusat Pemulihan dalam Komuniti 11
1.8.4 Hidup Berdikari 11
1.8.5 Mendapat Pekerjaan 11
1.8.6 Jaminan Masa Depan 11
1.8.7 Diterima Masyarakat 12

BAB II SOROTAN PENULISAN 13

2.1 Pengenalan 13
2.2 Orang Kurang Upaya 13
2.3 Pendidikan Pemulihan 17
2.4 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti 19
2.4.1 Pusat PDK Jitra 20
2.4.1.1 Falsafah PDK Jitra 20
2.4.1.2 Objektif Pusat PDK Jitra 20
2.4.1.3 Aktiviti Yang Dijalankan 21
2.5 Hidup Berdikari 22
2.6 Mendapatkan Pekerjaan 24
2.7 Majikan 25
2.7.1 Majikan Dan Pekerja 25
2.8 Keperluan Manusia - Maslow 28
2.8.1 Keperluan Asas 30
2.8.2 Keperluan Meta 31
2.9 Jaminan Pendapatan/Kewangan 31
2.10 Masyarakat 32
2.10.1 Hubungan Manusia Dalam Masyarakat 33
ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN 36

3.1 Pengenalan 36
3.2 Rekabentuk Kajian 36
3.3 Kerangka Operasi 37
3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian 40
3.6 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Soal-Selidik 42
3.7 Analisis Data 43
3.8 Andaian Kajian 44
3.9 Batasan Kajian 44

BAB IV ANALISIS DATA 46

4.1 Pengenalan 46
4.2 Penganalisaan Temuramah Berstruktur 46
4.3 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 47
4.3.1 Jantina 47
4.3.2 Umur 48
4.3.3 Bangsa 49
4.3.4 Kecacatan Yang Dialami 49
4.4 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 50
4.4.1 Pengharapan Dapat Hidup Berdikari 50
4.4.2 Pengharapan Mendapat Pekerjaan 52
4.4.3 Pengharapan Jaminan Masa Depan 53
4.4.4 Pengharapan Dapat Diterima Masyarakat 54
4.4.5 Pengharapan Pelatih Kurang Upaya Mengikut 56
Jantina
4.4.5.1 Pengharapan Dapat Hidup Berdikari 56
x

Mengikut Jantina
4.4.5.2 Pengharapan Mendapatkan 58
Pekerjaan Mengikut Jantina
4.4.5.3 Pengharapan Jaminan Masa Depan 60
Mengikut Jantina
4.4.5.4 Pengharapan Dapat Diterima 62
Masyarakat Mengikut Jantina
4.5 Kesimpulan 64

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 68

5.1 Pengenalan 68
5.2 Rumusan 68
5.3 Kesimpulan 71
5.4 Perbincangan 73
5.4.1 Pengharapan Dapat Hidup Berdikari 73
5.4.2 Pengharapan Mendapatkan Pekerjaan 75
5.4.3 Pengharapan Jaminan Masa Depan 77
5.4.4 Pengharapan Diterima Masyarakat 79
5.5 Cadangan 80
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 82

RUJUKAN 84

LAMPIRAN 90
xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Pelatih OKU 39


3.2 Bilangan Item Berhubung Persoalan Kajian Untuk 42
Bahagian B
3.3 Pemeringkatan Peratusan Skala Binari 43
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 48
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 49
4.4 Taburan Responden Mengikut Kecacatan Yang Dialami 49
4.5 Taburan Pengharapan Dapat Hidup Berdikari 51
4.6 Taburan Pengharapan Mendapatkan Pekerjaan 52
4.7 Taburan Pengharapan Jaminan Masa Depan 53
4.8 Taburan Pengharapan Dapat Diterima Masyarakat 55
4.9 Taburan Pengharapan Dapat Hidup Berdikari Mengikut 56
Jantina
4.10 Taburan Pengharapan Mendapatkan Pekerjaan Mengikut 58
Jantina
4.11 Taburan Pengharapan Jaminan Masa Depan Mengikut 60
Jantina
4.12 Taburan Pengharapan Dapat Diterima Masyarakat Mengikut 62
Jantina
4.13 Taburan Purata Keseluruhan Pengharapan Pelatih OKU 64
4.14 Taburan Purata Keseluruhan Pengharapan Pelatih OKU 66
Mengikut Jantina.
xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Atribusi Islam Untuk Menjalin Hubungan Mesra 26


Majikan-Pekerja
2.2 Teori Penyempurnaan Kendiri 28
2.3 Teori Hierarki Maslow 29
3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 38
xiii

SENARAI SIMBOL

OKU - Orang Kurang Upaya


PDK - Pemulihan Dalam Komuniti
JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat
xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 90
B Surat Akuan Pengesahan Soal Selidik 96
C Surat Pengesahan Pelajar 98
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap insan istimewa tidak pernah meminta untuk dilahirkan ke dunia dalam
keadaan yang serba kekurangan. Jika diberi peluang, mereka juga ingin menikmati
kehidupan normal seperti manusia biasa yang bebas bergerak, lancar berkomunikasi dan
pantas berfikir. Sebagai sebuah negara yang penyayang, kerajaan amat memahami
kehendak dan keperluan mereka, dengan itu pelbagai usaha telah dilaksanakan khas
untuk membantu golongan kurang upaya meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Peluang pendidikan serta latihan kemahiran amat ditekan oleh kerajaan kerana ia
sekurang-kurang dapat membantu dalam meningkatkan taraf hidup golongan kurang
upaya dalam kesediaan menghadapi dunia luar iaitu hidup masyarakat.

Orang istimewa juga dikenali sebagai orang kurang upaya (OKU). Golongan ini
merujuk kepada mereka yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi
sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan ataupun
tidak dapat hidup bermasyarakat disebabkan sesuatu kekurangan dari segi fizikal sama
ada kecacatan itu berlaku sejak lahir atau selepasnya (Pekeliling Perkhidmatan BIL.10
Tahun 1989).
2

Dalam teks ucapan Dato Seri Dr. Mahathir (2002), kerajaan telah menyediakan
pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk golongan OKU melalui agensi-agensinya.
Kementerian Kesihatan menyediakan intervensi awal dan kemudahan rawatan untuk
orang kurang upaya. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
pula menyediakan bantuan modal di bawah Skim Geran Pelancaran bagi memulakan
perniagaan dan Elaun Insentif bagi mereka yang mendapat pekerjaan di samping
perkhidmatan pemulihan dan latihan. Kementerian Pendidikan menyediakan peluang
pendidikan dan vokasional manakala Kementerian Sumber Manusia menyediakan
peluang pekerjaan serta berusaha untuk mengintegrasikan golongan ini ke dalam
masyarakat. Kementerian Kewangan terus memberikan insentif daripada segi
percukaian. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyediakan garis
panduan bagi pemaju-pemaju bangunan baru meningkatkan aksesibiliti bangunan-
bangunan ini kepada golongan OKU.

Bagi merealisasikan komitimen terhadap kualiti hidup golongan OKU, kerajaan


sentiasa menyediakan pelbagai perkhidmatan khususnya perkhidmatan pemulihan,
pendidikan dan latihan. Kesemuanya bertujuan menyediakan orang kurang upaya
supaya bersemangat berdikari serta mampu meningkatkan tahap ekonomi mereka di
masa hadapan (Abdullah, 2004).

Hasnah (1988), pusat pemulihan serta sekolah khas adalah institusi yang
menyediakan program khas bagi golongan OKU berdasarkan jenis kecacatan mereka.
Program-program pemulihan dan latihan asas kemahiran vokasional yang ditawarkan
adalah mengikut kemampuan serta minat golongan pelatih OKU adalah seperti asas
jahitan, komputer, seni lukis, membaiki radio dan televisyen dan lain-lain lagi.
Berdasarkan kepada program yang telah disediakan, sudah pastinya objektif golongan
OKU dapat berdikari, menguruskan kehidupan harian, boleh menyedari potensi sendiri
untuk mencari rezeki, boleh merancang agar kehidupan masa depan terjamin dan
supaya masyarakat tidak memandang rendah terhadap mereka dapat tercapai
(Shamsinar, 2002).
3

Menteri Sumber Manusia, Dr Fong Chan Onn (2001) berpendapat bahawa


semua orang kurang upaya sudah pastinya tidak mahu bergantung sahaja kepada
bantuan, belas kasihan dan menjadi beban kepada orang lain untuk penghidupan mereka.
Mereka juga mahu bekerja, berdikari dan bersama-sama memainkan peranan dalam
masyarakat yang kian maju. Dengan itu, orang kurang upaya perlu diberi peluang yang
sama seperti mana seseorang individu yang normal. Mereka harus dibawa ke tengah
arus perdana pembangunan dan tidak sepatutnya penumpang dalam masyarakat.

Golongan kurang upaya adalah sebahagian daripada masyarakat kita. Kita


sebagai ahli masyarakat yang normal perlulah melayan mereka sama seperti kita
melayan orang yang sempurna. Kekurangan yang mereka miliki bukanlah tiket untuk
kita melayan mereka secara sambil lewa, apa lagi untuk menghina mereka. Bagi pihak
orang-orang kurang upaya, mereka hendaklah redha dengan ketentuan Tuhan. Mereka
haruslah terima hakikat itu dan lakukanlah sebaik mungkin dengan apa yang ada.
Mereka juga perlu tabah menghadapi segala cabaran yang melanda, kuatkan semangat
dan cekalkan hati kerana dengan kekurangan-kekurangan itu, mereka memerlukan
usaha-usaha yang lebih berbanding orang-orang yang normal. Dengan itu, mereka tidak
boleh mudah berputus asa dan perlu sabar dengan segala dugaan yang mendatang.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada 16 Mei 1994, Malaysia telah menandatangani Proklamasi Penyertaan


Penuh dan Penyamaan Peluang bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik,
sempena Dekad Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan
Pasifik 1993-2002 (Norhisham, 2003). Melalui pengisytiharan tersebut, kesejahteraan
hidup golongan kurang upaya akan dipertingkatkan termasuklah kemudahan yang
secukupnya dan memberi kesedaran di kalangan masyarakat untuk memberi hak yang
sama kepada golongan istimewa. Walau bagaimanapun, pengisytiharan tersebut masih
belum mencukupi untuk membela nasib golongan OKU di Malaysia. Masyarakat masih
4

menganggap keadaan kurang upaya sebagai satu penyakit yang tidak boleh sembuh
yang mengakibatkan semua individu kurang upaya perlu diasingkan dalam institusi.
Mereka turut disifatkan sebagai orang yang tidak berguna atau tidak berupaya dan
hanya memerlukan simpati daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan (Wan
Ahmad, 2003).

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga akhir tahun


1999, terdapat seramai 86, 348 orang kurang upaya dengan pecahan-pecahan berikut:

i) Cacat penglihatan : 12, 874 orang


ii) Cacat anggota : 29, 469 orang
iii) Cacat akal : 28, 129 orang
iv) Cacat pendengaran : 15, 876 orang
(Sumber: Tan 2000)

Jumlah tersebut agak sedikit berbanding jumlah rakyat Malaysia yang


keseluruhannya melebihi 23 juta. Namun kebajikan dan kemudahan golongan OKU
merupakan sebahagian daripada tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kerajaan. Oleh
itu, golongan OKU perlu diberi peluang untuk menikmati hak yang sama seperti
masyarakat normal yang lain. Antaranya ialah peluang untuk mendapatkan pendidikan
dan pekerjaan bagi meneruskan kehidupan pada masa hadapan.

Persoalan timbul lagi sejauh manakah masyarakat memberi perhatian terhadap


kemudahan untuk orang kurang upaya. Kemudahan yang disediakan untuk orang
kurang upaya boleh ditemui di mana-mana tempat awam. Logo penumpang berkerusi
roda dapat dilihat di tempat letak kereta, lif, stesen kereta api transit ringan (LRT),
lapangan terbang dan bangunan awam (Ahmad Fauzi, 2004). Apa yang menyedihkan
ialah sikap kurang peka dan penting diri masih wujud di kalangan orang ramai kerana
kemudahan tersebut sering disalahgunakan oleh orang ramai. Adalah tidak memadai
5

kemudahan khusus untuk orang kurang upaya direbut oleh masyarakat normal
(Perhatian Semua Pihak Perlu Berterusan, 2003).

Selain itu, golongan istimewa juga berhadapan dengan masalah mendapatkan


kepercayaan majikan untuk menggaji mereka bekerja. Hanya sebilangan majikan
sahaja yang mahu memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU. Terdapat
segelintir majikan yang menganggap golongan ini “kurang upaya” dalam konteks
melakukan pekerjaan seperti manusia normal. Sehingga akhir tahun 2001, seramai
5491 orang kurang upaya berjaya menjawat jawatan di sektor swasta dan di sektor
kerajaan pula ialah 639 orang (Wan Ahmad, 2003).

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan


Pelancaran Sambutan Hari Kurang Upaya Kebangsaan Ke-9, menekankan sebarang
bentuk diskriminasi terhadap golongan ini hendaklah dihapuskan. Tidaklah wajar
membataskan peluang dan pembabitan golongan ini, sebaliknya mesti menggunakan
garis pengukur keupayaan dan kebolehan mereka dalam menentukan sejauh mana
peluang dan pembabitan mereka dalam sesuatu bidang (Adam Salleh, 2003).

1.3 Pernyataan Masalah

“Sememangnya kita mempunyai fizikal yang kurang sempurna dan cara hidup
yang luar biasa daripada orang lain tetapi kita boleh berfikir, membuat keputusan ,
mampu berdikari dan tidak menyusahkan negara kita. Namun, masih ada orang yang
merendahkan kemampuan kita, melabelkan kita dengan tafsiran yang salah dan paling
menyiksakan ialah mereka mengambil kesempatan pada kekurangan diri kita?”
(Sazali, 2004)
6

Kecacatan bukan penghalang bagi seseorang itu untuk berjaya (Guru Kurang
Upaya Cemerlang Pendidikan Khas, 2006). Bagi golongan OKU, kehidupan itu
terpaksa diteruskan walaupun mereka ditentukan nasib sebegini. Aturan nasib daripada
Tuhan sememangnya tidak dapat dielakkan dan mereka akan melakukan sebaik
mungkin dengan apa yang ada (Siti Fatimah, 2005). Mereka tidak mengeluh penat
malah tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan. Terdapat di antara mereka yang
amat menghargai peluang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan di mana mereka
tidak mengenal kesusahan menerima latihan pemulihan ataupun menjalani program
khas. Mereka gigih berusaha belajar untuk mendapatkan sesuatu kemahiran agar dapat
berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari berhaluan, boleh merancang,
menguruskan kehidupan sendiri dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat
(Dasar Pendidikan Negara Prihatin Masalah OKU, 2005).

Dengan itu, dapat kita melihat golongan ini tidak berputus asa dalam
memperjuangkan harapan mereka. Sama seperti individu yang normal, individu kurang
upaya juga mempunyai minat, hasrat dan cita-citanya (Fong, 2001). Mereka tidak mahu
kekurangan pada diri digunakan untuk menagih belas kasihan, sebaliknya ingin
membuktikan mereka juga berkemampuan. Mereka turut berharap mempunyai hak dan
hasrat yang sama seperti orang lain untuk bekerja menikmati hidup selesa, berdikari,
bersama menyumbang jasa kepada pembangunan negara, dianggap sebagai rakyat yang
berguna dan produktif serta tidak ingin menjadi beban kepada orang lain untuk
penghidupan mereka (Pengambilan Khas OKU, 2005).

Sehubungan dengan itu, persoalan timbul di sini: apakah pengharapan golongan


pelatih OKU terhadap program latihan pemulihan yang dijalankan di pusat pemulihan?
7

1.4 Objektif

Objektif kajian ini adalah bertujuan seperti berikut:

(i) Untuk mengenalpasti harapan dapat hidup berdikari merupakan


pengharapan bagi pelatih OKU terhadap program latihan pemulihan
yang dijalankan di pusat PDK.
(ii) Untuk mengenalpasti harapan mendapatkan pekerjaan merupakan
pengharapan bagi pelatih OKU terhadap program latihan pemulihan
yang dijalankan di pusat PDK.
(iii) Untuk mengenalpasti harapan jaminan masa depan merupakan
pengharapan bagi pelatih OKU terhadap program latihan pemulihan
yang dijalankan di pusat PDK.
(iv) Untuk mengenalpasti harapan dapat diterima oleh masyarakat
merupakan pengharapan bagi pelatih OKU terhadap program latihan
pemulihan yang dijalankan di pusat PDK.
(v) Untuk mengenalpasti pengharapan bagi golongan pelatih OKU terhadap
program latihan pemulihan yang dijalankan di pusat PDK mengikut
jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam penyelidikan ini, penyelidik berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi


persoalan-persoalan seperti di bawah sebagaimana yang juga dinyatakan dalam objektif
kajian iaitu:
8

(i) Adakah harapan dapat hidup berdikari merupakan pengharapan bagi


pelatih OKU terhadap program latihan pemulihan yang dijalankan di
pusat PDK?
(ii) Adakah harapan mendapatkan pekerjaan merupakan pengharapan bagi
pelatih OKU terhadap program latihan pemulihan yang dijalankan di
pusat PDK?
(iii) Adakah harapan jaminan masa depan merupakan pengharapan bagi
pelatih OKU terhadap program latihan pemulihan yang dijalankan di
pusat PDK?
(iv) Adakah harapan dapat diterima oleh masyarakat merupakan pengharapan
bagi pelatih OKU terhadap program latihan pemulihan yang dijalankan
di pusat PDK?
(v) Apakah pengharapan bagi golongan pelatih OKU terhadap program
latihan pemulihan yang dijalankan di pusat PDK mengikut jantina?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil maklumat dari kajian ini diharap akan memberi sumbangan kepada pihak
tertentu terutamanya bagi golongan OKU itu sendiri, keluarga orang kurang upaya,
lapisan masyarakat, pihak kerajaan dan akhirnya para penyelidik dalam bidang ini.

Hasil kajian ini diharap dapat memotivasikan lagi insan lain yang senasib dalam
golongan OKU itu sendiri. Bagi orang kurang upaya yang rendah diri dan tidak yakin
pada diri diharap dapat menguatkan semangat dan mencekalkan hati kerana dengan
kekurangan itu, mereka memerlukan usaha yang lebih berbanding orang normal.

Selain itu, hasil kajian ini diharap dapat memanfaatkan keluarga pelatih OKU
terutamanya ibu bapa mereka. Ahli keluarga memainkan peranan yang penting dalam

You might also like