Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PERSATUAN

BOLA TAMPAR
KELANTAN
KELANTAN VOLLEYBALL ASSOCIATION( KAVA)
012-6622765 (hp)/ 013-9303191(hp)
____________________________________________________________________________________

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR KAVA 2017


PERINGKAT UMUR 11 DAN 16 TAHUN(L/P) KE BAWAH
1. Nama Kejohanan:
Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Bola Tampar KAVA Tahun 2017

2. Pengelolaan:
Kejohanan ini akan dikelolakan oleh Persatuan Bola Tampar Kelantan

BIl Kategori Tarikh Masa Tempat


1 Bawah 11 Tahun Perempuan 11 Ogos 2017 8.00 pagi
2 Bawah 11 Tahun Lelaki 12 Ogos 2017 8.00 pagi 1. Dewan SMK.Salor
3 Bawah 16 Tahun Perempuan 18 Ogos 2017 8.00 pagi 2. Dewan PPD Pasir Mas
4 Bawah 16 Tahun Lelaki 19 Ogos 2017 8.00 pagi

3. Penyertaan

3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah mengikut peringkat umur

3.2 Setiap sekolah boleh menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan bagi setiap
peringkat umur.

3.3 Setiap pasukan terdiri daripada: Pengurus Pasukan, Jurulatih dan Pemai (12)
(Pasukan perempuan perlu diiringi oleh seorang pegawai wanita. ]

3.4 Yuran Penyertaan

1 Bawah 11 Tahun L/P RM 60.00 Sepasukan


2 Bawah 16 Tahun L/P RM 70.00

4. Pendaftaran

4.1 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.

4.2. Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur
sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama.
4.3. Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Pasukan (Borang KAVA 01)
dengan menyertakan salinan kad pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru
Besar / Penolong Kanan Sekolah peserta berkenaan .

5. Undang-undang Kejohanan:

5.1 Undang-undang Permainan Bola Tampar Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi
undang-undang rasmi pertandingan bagi semua peringkat umur kecuali ada undang-undang khas
yang menguasai pertandingan permainan MAVA.

6. Sistem Pertandingan

6.1. Pusingan Pertama Secara Liga Kumpulan ( Bergantung Kepada Bilangan Pasukan )

Bil Bilangan Pasukan Bilangan Kumpulan Layak Ke Pusingan 2


1 12- 16 pasukan 4
2 17 – 22 pasukan 6 Johan dan N.Johan Kump.
3 23 pasukan ke atas 8

6.2. Pusingan Kedua Secara Kalah Mati

7. Sistem Permainan:

7.1. Set Permainan

Bil Bilangan Kumpulan Peringkat Kumpulan/ Pusingan 2 Suku/Separuh/ Final


1 4 Best 0f Three ( 15 mata/set) Best 0f Three (20 mata/set)
2 6 Best 0f Three ( 15 mata/set) Best 0f Three ( 20 mata/set)
3 8 Satu set 30 mata Best 0f Three ( 20 mata/set)
Setiap Set Ada Deuce / Set Penentuan 15 mata

7.2. Permainan dijalankan secara ”Volleyton”. Tiada masa warmup.

7.3 Sistem pemberian mata adalah seperti berikut:

Keputusan Mata
Menang 2 – 0 3
Menang 2 - 1 2
Kalah 0 – 2 0
Kalah 1 - 2 1
Pembatalan Teknikal : 0 mata 0

8. Penentuan Pemenang

8.1 Sekiranya ada pasukan-pasukan mendapat mata yang sama dalam kumpulan, maka
bilangan perlawanan yang menang akan diambilkira bagi menentukan kedudukan dalam
kumpulan.
8.2 Jika mendapat bilangan perlawanan yang menang sama, maka kaedah berikut digunakan:C= A/B
A = Jumlah set menang ( semua perlawanan)
B = Jumlah set kalah ( semua perlawanan )
C = Nisbah set
Pasukan yang mendapat nisbah set (nilai C) yang lebih tinggi dikira menang.

8.3 Sekiranya ada pasukan-pasukan yang mendapat nisbah set yang sama, maka kaedah berikut
digunakan: Z = X/Y

X = Jumlah mata menang ( semua perlawanan )


Y = Jumlah mata kalah ( semua perlawanan)
Z = Nisbah mata
Pasukan yang mendapat nisbah mata (nilai Z) yang lebih tinggi dikira menang.

8.4 Sekiranya masih ada berlaku seri dan kedua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat awal,
pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawannya dikira menang.
8.5 Jika tidak , keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi.

9. Pakaian Seragam :

9.1 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi dan seluar seragam.


9.2 Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna daripada
warna jersi pasukannya.
9.3 Jersi hendaklah bernombor saiz tidak kurang daripada 15 sm tingginya di depan
dan 20 sm di belakang. Nombor yang digunakan adalah dari 1 hingga 20 sahaja.
Garis nombor hendaklah tidak kurang daripada 2 sm tebal.
9.4 Pegawai pasukan hendaklah memakai baju yang seragam dan berkasut.

10. Ketinggian Jaring:

10.1 Ketinggian rasmi untuk pertandingan ialah:


Lelaki dan perempuan bawah 11 tahun 2.10 meter
Lelaki 16 tahun dan ke bawah : 2.43 meter
Perempuan 16 tahun dan ke bawah : 2.24 meter

11. Pembatalan ( Walkover ):

11.1 Tiap-tiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 30 minit sebelum masa yang ditetapkan untuk
perlawanan.
11.2 Jika satu pasukan datang lewat 10 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab yang
munasabah, pasukan tersebut akan diisytiharkan kalah dan pasukan lawan akan diberi mata
kemenangan percuma.
11.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanan-
perlawanan seterusnya dan semua keputusan perlawanannya dibatalkan.

12. Pengadil :

12.1 Jawatankuasa Pengadilan akan melantik pengadil-pengadil yang bertauliah untuk


bertugas di sepanjang pertandingan.
13. Penggantungan: Pembatalan Seseorang Pemain

13.1 Jika seseorang pemain disingkirkan (kad kuning dan merah) daripada perlawanan
oleh pengadil, dia dengan sendirinya ditegah bermain satu perlawanan berikutnya sehingga
menerima keputusan dari Jawatankuasa Pertandingan. Yang terdiri daripada;

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan/ Wakil


Setiausaha KAVA / wakil
3 pengurus pasukan yang berdaftar dan tidak terlibat
dengan kes tersebut

14. Bantahan

14.1 Keputusan pengadil di dalam tiap-tiap perlawanan adalah muktamad. Segala


bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengelola dan
keputusan adalah muktamad.

14.2 Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan dijalankan hendaklah
mengemukakannya kepada pengadil bertugas melalui ketua pasukan secara lisan.
Perlawanan hendaklah diteruskan dengan bantahan.

14.3 Sekiranya selepas tamat perlawanan, pasukan itu masih mahu meneruskan
bantahannya, ketua pasukan hendaklah menulis perkataan “INGIN MEMBANTAH” di dalam ruang
catatan “Score sheet” serta menandatangani supaya bantahannya dapat dipertimbangkan.

14.4 Pasukan yang ingin membuat bantahan itu dikehendaki mengemukakan surat bantahan kepada
SETIAUSAHA PENGELOLA atau wakilnya melalui Pengurus Pasukan berkenaan dalam masa
SATU JAM selepas perlawanan itu ditamatkan.

14.5 Tiap-tiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM200.00
(Ringgit Malaysia Tiga Ratus sahaja). Wang pertaruhan ini tidak akan dikembalikan jika bantahan
tersebut didapati tidak mengikut peraturan atau tidak munasabah.

14.6 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri daripada:

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan/ Wakil


Setiausaha KAVA / wakil
3 pengurus pasukan yang berdaftar dan tidak terlibat
dengan kes tersebut

15. Hal-Hal Lain

15.1 Tiap-tiap perlawanan akan dimulakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

15.2. Pegawai dan pemain pasukan yang bertanding sahaja dibenarkan masuk ke dalam gelanggang atau
duduk di bangku pemain gantian.
15.3 Pengurus dan Jurulatih pasukan adalah bertanggungjawab terus ke atas disiplin
Pemain dan penyokong mereka.

15.4 Sebarang pindaan kepada peraturan pertandingan hendaklah diumumkan sebelum


kejohanan.

Disediakan oleh

Zukri Suzita bin Yaso’


(Pengerusi Pembangunan KAVA)

You might also like