Kera Hsia An

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 KERAHSIAAN

1.1 Definisi Kerahsiaan

Definisi kepada kerahsiaan atau kata dasarnya adalah rahsia. Rahsia menurut dari
Kamus Dewan Edisi Keempat ialah benda/perkara yang tersembunyi (diketahui oleh
satu atau beberapa orang sahaja). Manakala, definisi kerahsiaan dari sudut kaunseling
pula adalah merupakan satu konsep etika yang mempunyai kesan undang-undang.
Istilah bagi kerahsiaan pula ditakrifkan sebagai menyimpan rahsia atau mengelakkan
pendedahan maklumat sulit. Menurut Grosso (2002 dipetik daripada Corey, Corey &
Callanan 2010), kerahsiaan merupakan asas terapi yang selamat.

Kerahsiaan merupakan salah satu perkara yang amat sensetif dan sukar diamalkan
dalam bidang profesion menolong. Hal ini demikian, kerana kerahsiaan merupakan satu
konsep yang serius dalam profesion menolong dan ia menunujukkan penghormatan
kepada hak dan maruah manusia. Kerahsiaan juga merupakan peraturan umum yang
termaktub di dalam Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor (Malaysia) rujuk kepada
B.1.c (Menghormati Kerahsiaan) yang menerangkan bahawa kaunselor tidak boleh
berkongsi maklumat rahsia tanpa persetujuan klien atau tanpa justifikasi etika atau
undang-undang yang mantap.

1.2 Kepentingan Kerahsiaan Dalam Profession Kaunseling.

Menurut Rafidah Aga Mohd Jaladin & Lau Poh Li menyatakan bahawa para kaunselor
dan ahli psikoterapi adalah dilarang sama sekali untuk mendedahkan maklumat sulit
klien kepada mana-mana pihak ketiga kecuali dibenarkan atau dimandatkan oleh
undang-undang untuk berbuat demikian. Hal ini kerana ianya dikenali sebagai prinsip
asas etika kerahsiaan dalam proses kaunseling. Kepentingan kerahsiaan dalam
profesion kaunselor juga adalah untuk menjaga hak klien dan maklumat klien yang
perlu dijaga dengan baik sekiranya isu tersebut tidak melibatkan apa-apa jenis
ancaman terhadap klien.

Menurut Hermann (2002), kerahsiaan merupakan suatu isu legal yang merumitkan
kaunselor. Seseorang kaunselor boleh disabitkan kesalahan perundangan iaitu

1
penyelewengan amalan sekiranya beliau gagal dalam mentadbirkan klien yang
mengancam untuk melakukan keganasan. Bahkan kaunselor boleh juga disepina
(perintah mahkamah) bagi menghadiri perbicaraan mahkamah untuk memberi
keterangan terhadap rekod klien.

Selain itu, prinsip asas etika kerahsiaan merupakan perkara yang amat penting dalam
proses kaunseling di mana ia berfungsi untuk membangunkan kepercayaan dalam
hubungan professional antara kaunselor dan klien. Hal ini kerana ianya dapat
menjadikan klien lebih yakin, percaya dan berasa selamat dengan maklumat yang
mereka dedahkan. klien juga dapat meluahkan masalah yang dihadapinya dengan rasa
bebas tanpa wujud perasaan ragu-ragu. Kesannya hal ini akan menyebabkan kaunselor
mudah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan adanya prinsip
kerahsiaan ini, kaunselor akan dapat menonjolkan diri sebagai individu yang boleh
dipercayai,

1.3 Limitasi Kerahsiaan Dalam Proses Kaunseling.

Kerahsiaan juga terdapat beberapa pengecualian iaitu apabila ia dimandatkan oleh


undang-undang,pendedahan kerahsiaan atas persetujuan klien dan konflik antara
kewajipan memberi amaran dan kewajipan untuk melindungi. Selain itu. limitasi
kerahsian dalam proses kaunseling ini menjelaskan di mana kewujudan dan
penguatkuasaan kod etika menunjukkan bahawa para kaunselor mengambil
tanggungjawab mereka untuk melindungi kebajikan awam.

Kewajipan untuk melindungi mangsa juga melibatkan tanggungjawab yang khusus di


mana tindakan atau kenyaataan klien yang berkemungkinan melakukan kecederaan
fizikal orang awam atau pihak ketiga, melindungi pihak ketiga daripada klien yang di
nilai berbahaya dan merawat klien tersebut dengan berhubung pada pihak yang
berkuasa seperti pakar psikoterapi dan yang berkaitan. Hal ini menunjukkan bahawa di
dalam etika kerahsiaan juga mempunyai limitasi yang membolehkan kaunselor untuk
melindungi diri sendiri serta pihak ketiga mahupun orang awam daripada perkara yang
membolehkan meragut nyawa klien mahupun pihak ketiga.

2
Limitasi kerahsiaan juga terdapat dalam Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor
(Malaysia) di mana merujuk kepada B.2.a ( Bahaya dan keperluan undang-undang)
yang menerangkan bahawa kaunselor perlu menyimpan maklumat rahsia tidak lagi
terpakai,jika pendedahan diperlukan bagi melindungi klien atau orang-orang lain yang
dikenal pasti daripada kemudaratan yang serius dan yang boleh diramalkan, atau
apabila undang-undang mengkehendaki yang maklumat rahsia perlu didedahkan.
Selain itu juga limitasi kerahsiaan boleh dirujuk pada B.2.b (Penyakit berjangkit dan
mengancam nyawa) apabila klien memberitahu bahawa beliau mempunyai kesihatan
yang boleh memudaratkan diri sendiri, kaunselor boleh mendedahkan perkara tersebut
kepada ahli keluarga mahupun doctor pakar bagi mendapatkan rawatan terhadap klien
tersebut dengan persetujuan klien. Seterusnya, batasan kerahsiaan juga berlaku
apabila klien yang kurang berupaya untuk memberikan persetujuan termaklum dimana
klien merupakan klien dibawah umur yang masih tanggungjawab ibu bapa atau
penjaga.

Panduan etika ini adalah selaras dengan kod etika American Counseling Association
(ACA) (2005:7) yang menyatakan bahawa kaunselor perlu menjelaskan kepada klien
berkenaan batasan kerahsiaan dan mengenal pasti situasi tertentu yang diduga
sehingga melibatkan isu/kes kerahsiaan tersebut perlu didedahkan kepada pihak
berkuasa atau yang berkaitan.

Corey dan rakan-rakan (2010) membincangkan batasan dalam kerahsiaan seperti


berikut:

(a) Apabila pembantu atau kerani mengendalikan maklumat sulit.

(b) Apabila kaunselor terlibat dalam perundingan.

(c) Apabila kaunselor dibawah penyeliaan seseorang penyelia.

(d) Apabila klien telah memberikan persetujuan.

(e) Apabila klien menimbulkan bahaya kepada diri sendiri dan pihak ketiga.

(f) Apabila klien mendedahkan niat untuk melakukan jenayah.

(g) Apabila kaunselor mengesyaki penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

3
(h) Apabila mahkamah memerintahkan untuk membuat rekod tertentu.

Batasan kerahsiaan ini boleh dirujuk oleh kaunselor sebagai garis panduan sekiranya
terlibat dalam isu berikut. Hal ini menunjukkan bahawa limitasi kerahsiaan ini bukan
sahaja melindungi kebajikan dan kesejahteraan klien sendiri mahupun pihak ketiga
namun ianya juga melindungi kaunselor daripada tuduhan berkenaan etika kerahsiaan
yang menjadi tunggak utama dalam jiwa seorang kaunselor.

2.0 KOMUNIKASI PRIVILEJ

2.1 Apa itu komunikasi privilej

Komunikasi privilej merupakan suatu konsep sah yang biasanya menghalang


pendedahan komunikasi sulit dalam prosiding undang-undang (committee on
profesional practice and standard, 2003 dipetik daripada Corey et.al 2010 ). Kaunselor
dan ahli psikoterapi dikecualikan daripada menjawab sebarang soalan atau
membekalkan maklumat klien dalam mahkamah. Kaunselor tidak dibenarkan
mendedahkan sebarang maklumat klien di dalam mahkamah. Namun demikian,
komunikasi privilej adalah tidak sama di negara yang berlainan dan ia mengikut kepada
dasar undang-undang yang telah ditetapkan oleh Negara masing-masing. Dengan
adanya undang-undang tersebut ia dapat memastikan segala maklumat sulit klien dapat
dilindungi dan selamat daripada didedahkan oleh kaunselor atau ahli psikoterapi dalam
prosiding undang-undang.

Komunikasi privilej merupakan hak klien dan bertujuan untuk melindungi klien bukannya
untuk melindungi kaunselor atau ahli psikoterapi ( DeBell & Jones, 1997 dipetik
daripada Corey, Corey, & Callanan 2007 ). Klien mempunyai hak sepenuhnya samada
untuk menggunakan atau mengetepikan hak istimewa ini, klien mempunyai hak dan
bertanggungjawab untuk memberi kebenaran kepada kaunselor atau ahli psikoterapi
untuk mendedahkan maklumat sulit klien kepada mahkamah. Jika klien mempunyai
kesedaran diri dan rasional untuk mengetepikan hak istimewa ini, kalunselor tidak

4
mempunyai sebarang alasan undang-undang untuk pendedahan maklumat namun
hanya maklumat yang diperlukan dan sekadar mencukupi sahaja. Pendedahan kepada
individu tertentu atau agensi juga akan ditentukan oleh klien itu sendiri.

Dalam konteks amerika syarikat, terdapat kes-kes mahkamah yang mengesahkan


prinsip-prinsip asas komunikasi privilej Jaffe v.redmond (1996) menyatakan bahawa
komunikasi diantara klien dengan ahli psikologi yang berlesen adalah istimewa dan
komunikasi ini melindungi klien daripada pendedahan terpaksa dalam kes-kes yang
berbangkit di bawah undang-undang persekutuan. Menurut newman (1996), keputusan
mahkamah tinggi mengiktiraf bahawa kejayaan rawatan atau sesi adalah hasil atau
berpunca daripada nilai sosial psikoterapi dan kepentingan kerahsiaan diantara
kaunselor dan klien. Status privilej kini semakin kuat dan meluas diterima oleh umum

Konsep komunikasi privilej ini tidak boleh diguna pakai bagi kaunseling kelompok,
kaunseling pasangan, terapi perkahwinan dan keluarga, atau terapi kanak-kanak dan
remaja. Mereka ini berkemungkinan akan diminta untuk memberi keterangan di
mahkamah berkaitan dengan isu perbincangan di dalam sesi kecuali terdapat
pengecualia berkanun. Terdapat juga negeri-negeri yang tidak melindungi kerahsiaan
kaunseling kelompok namun begitu klien tidak perlu risau kerana mahkamah
berkemungkinan besar akan merujuk kepada kod etika profesion mengenai
kerahsiaan . dalam kes ini juga, kaunselor boleh melindungi klien dengan cara
menggunakan borang persetujuan termaklum kelompok yang telah dipersetujui oleh
semua ahli yang jelas menunjukkan tentang tanggungjawab dalam menjaga kerahsiaan
ahli kelompok. Polisi yang baik adalah kaunselor perlu memaklumkan atau
menerangkan kepada klien mengenai kerahsiaan dan pengecualiannya sejak
permulaan sesi kaunseling, klien berhak dimaklumkan tentang batasan kerahsiaan bagi
sesi kaunseling kelompok, perkahwinan, keluarga, kanak-kanak dan remaja

5
2.2 Cadangan Glosoft dan rakan-rakan (2000) jika diminta untuk mendedahkan
maklumat sulit klien dalam prosiding undang-undang

Penggunaan dokuman persetujuan termaklum untuk menjelaskan parameter


kerahsiaan

Memaklumkan kepada klien tentang situasi pendedahan dan melibatkan mereka dalam
proses tersebut

Mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi kerahsiaan klien

Jika maklumat perlu dinyatakan, hanya berikan pendedahan yang minimum

Mendokumenkan semua tindakan yang diambil dan apa-apa maklumat yang telah
didedahkan

Mengamalkan perundingan dengan rakan-rakan sekerja mengenai penghakiman


klinikal dan dnegan peguam mengenai kewajipan undang-undang.

2.3 Remley and herlihy (2005 dipetik daripada Corey et al. 2007) situasi
pengecualian kerahsiaan dan komunikasi privilej di sisi undang-undang

Pendedahan diperintahkan oleh mahkamah

Klien membuat aduan terhadap seorang kaunselor

Klien mendakwa mengalami kecederaan atau kerosakan psikologi dalam tuntutab


mahkamah

prosiding komitmen sivil dimulakan

6
3.0 PRIVASI
Definisi privasi
Privasi, dalam undang-undang, merujuk kepada hak perkembangan ndividu untuk
menentukan masa, tempat, cara dan tahap seseorang berkongsi dengan orang lain
(Corey et al.2007). kaunselor harus waspada dalam mengendalikan privasi klien kerana
adalah mudah untuk mengancam privasi klien secara tidak sengaja. Sebagai contoh,
akses majikan kepada keputusan ujian psikologi pekerja dan akses ibu bapa kepada
rekod akademik dan kesihatan anak di sekolah merupakan situasi yang menimbulkan
isu ancaman privasi.

Kaunselor dikehendaki untuk menghormati privasi klien dan sentiasa berhati-


hati semasa membuat perbincangan yang berkaitan dengan kerja kaunseling di tempat
umum. Menurut Nagy (2005), anda tidak mendedahkan maklumat klien secara lisan
atau bertulis tanpa persetujuan rasmi daripada mereka. Sekiranya kaunselor
mempunyai kesempatan untuk bertemu klien di luar sesi kaunseling, adalah penting
untuk kaunselor bertindak dengan cara yang yang tidak mengancam privasi klien.
Dengan cara yang tidak mengancam privasi klien. Ini terutamanya penting untuk
kaunselor yang berkhidmat di bandar kecil apabila pertemuan tersebut boleh dijangka.
Oleh itu, mengadakan perbincangan dengan klien mengenai bagaimana anda mungkin
berinteraksi dengan mereka di luar hubungan kaunseling adalah cara yang berkesan.
Kebanyakan kod etika mengandungi garis panduan untuk melindungi hak privasi klien,
seperti yang dinyatakan dalam kod etika ACA (2005:7):

B.1.b Kaunselor perlu menghormati hak klien untuk mendapat privasi klien. Kaunselor
mendapatkan maklumat sulit daripada klien hanya apabila ianya berfaedah kepada
proses kaunseling.

Kod etika APA (2010: 7) juga menyediakan garis panduan untuk privasi klien supaya
meminimumkan ancaman privasi mereka.

4.05.b Ahli psikologi mendedahkan maklumat rahsia tanpa persetujuan individu hanya
seperti yang dimandatkan oleh undang-undang, atau dimana yang dibenarkan oleh
undang-undang bagi tujuan yang sah seperti, (1) memberi perkhidmatan profesional

7
yang diperlukan, (2) mendapatkan perundingan yang sewajamya (5) melindungi klientu
secukupnya untuk menyembunyikan identiti klien mereka ketika mengaplikasikan kes
klien dalam pengajaran. Para profesional harus menjelaskan kepada pelajar bahawa
mereka adalah bertanggungjawab untuk melindungi identiti klien daripada dikesan oleh
mana-mana pihak.ahli psikologi atau kedua-duanya ada balunya mendapatkan bayaran
perkhidmatan daripada klien dengan pendedahan hanya terhad kepada maklumat
minimum yang diperlukan untuk mencapai tujuan tersebut. Salah satu bidang apabila
hak privasi klien menjadi persoalan melibatkan kaunselor atau ahli psikoterapi yang
turut mengajar kursus, menawarkan bengkel, menulis buku atau artikel jurnal dan
memberi kuliah. Ia adalah penting bagi kaunselor atau ahli psikoterapi mengambil
langkah-langkah dengan

Rujukan

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=rahsia
Rafidah Aga Mohd Jaladin , Lau Poh Li (2013), Isu Profesional dan Etika dalam
Kaunseling dan Psikoterapi, terbitan Universiti Malaya.
Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor (Malaysia), terbitan Lembaga Kaunselor.

You might also like