Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

2.

4 Koya-koya

Nama saintifiknya ialah Pseudococcus sp. Ia menyerupai teritip tetapi agak bebas

bergerak dan tidak mempunyai sisik penutup. Ia juga mengeluarkan cecair manis. Serangga

ini mudah kita lihat pada daun, buah, pucuk dan bahagian lain tumbuhan kerana

menghasilkan warna putih dan cecair jika di picit. Koya terdapat diseluruh dunia dikawasan

beriklim sejuk dan tropika dimana ia menyerang banyak jenis tumbuhan dalam keadaan yang

lembab dan berair. Serangan koya mampu menyebabkan buah rosak dan tidak berkualiti

dimana daun serta pucuk pokok rosak dan tidak produktif.

Simptomnya ialah dia mengeluarkan sejenis zat putih yang berlilin, berkapas putih

yang menutupi keseluruhan badan lembut yang berwarna merah muda, menyebabkan ia

kelihatan seperti debu putih.

Cara mengatasinya ialah racun kimia yang disyorkan untuk mengawal teritip boleh

juga dipakai untuk menahan serangan koya-koya dengan membuat semburan menggunakan

bahan kimia iaitu minyak putih (White oil) pada koloni koya atau racun serangga jenis

Dimethoate pada buah. Kawalan koya boleh dijalankan dengan kaedah kawalan amalan

agronomi atau kultura dengan membuat pangkasan pada dahan pokok yang terlalu rendang,

lembab dan kanopi yang tertutup. Dahan pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari

dan perbaiki sistem pengudaraan pokok rambutan dan buah-buahan lain yang mudah

diserang.
Bilbiografi

FAIZAL TALIB. (2011, Oktober 27). Pengurusan Orkid. Dimuat turun daripada

http://faizaltalib.blogspot.com/2011/10/pengurusan-orkid.html

FCU HOMESCHOOLING JOUIRNEY. (2015, Disember 3). Cara Menjaga Orkid Dan

Mengatasi Penyakit Orkid. Dimuat turun daripada

http://hafidzyoungscientist.blogspot.com/2015/12/simptom-penyakit-orkid-dan-cara.html

YSUHAIMI. (2018, Januari 2018). Serangga Perosak Koya. Dimuat turun daripada

http://myagri.com.my/2018/01/serangga-perosak-koya/

You might also like