Eco Qs

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

C 4384 - EKONOMI BINAAN 2

Kawalan kos merupakan satu kaedah mengawal kos bagi sesebuah projek pembinaan
dalam pra-penentuan harga keseluruhan, dalam peringkat rekabentuk dan pembinaan.

a) Terangkan mengapa kawalan kos perlu dilaksanakan bagi memastikan kos


keseluruhan tidak melebihi belanjawan klien. ( 20 markah )

Adalah sangat penting untuk membuat prosedur kos secara efektif semasa peringkat-
peringkat merekabentuk sesuatu projek bagi memastikan jumlah kos keseluruhan adalah
dalam lingkungan bajet klien. Dimana tender yang paling rendah adalah paling kukuh di atas
anggaran permulaan. Rekabentuk mungkin memerlukan pengubahsuaian yang bersesuaian
atau projek tersebut mengalami risiko terbengkalai. Berikut adalah punca utama yang telah
digabungkan untuk memberi penekanan kepada pentingnya kawalan kos secara efektif pada
peringkat permulaan merekabentuk.

i. Adanya keperluan yang mustahak yang menyiapkan projek bagi


mengurangkan jumlah wang pinjaman atau modal yang tidak produktif dan
beberapa bangunan dimana klien mempunyai kesuntukan masa untuk
merekabentuk semula akibat daripada penerima yang tinggi.

ii. Kehendak-kehendak klien menjadi semakin rumit dimana lebih banyak


perunding yang diperlukan untuk membuat anggaran kemungkinan kos
menjadi lebih susah atau rumit.

iii. Umum dan persendirian mereka akan mengambil teknik yang lebih maju
menganggar dan mengawal belanjawan dan mereka akan menjangkakan
efisien yang tinggidan kepakaran daripada perunding professional dan
memerlukan skop yang luas dan komprehensif untuk perkhidmatan.
C 4384 - EKONOMI BINAAN 2

iv. Pengenalan kepada teknik pembinaan baru,bahan-bahan baru dan komponen-


komponen baru yang menyebabkan masalah dalam menilai modal dan kos
penyelenggaraan bangunan.

v. Perubahan kadar harga menghadkan lagi modal,kdar harga faedah yang


berubah-ubah dan margin keuntungan kontraktor yang rendah semuanya
menberi kesan yang penting kepada kawalan kos secara efektif.

vi. Keperluan kearah mengurangkan pembaziran dan penggunaan bekalan yang


semaki sukar didapati,menghasilkan keperluan untuk membuat anggaran yang
lebih tepat dan meningkatkan lagi kawalan kos.

vii. Adanya peningkatan dalam permintaan untuk gabungan rekabentuk untuk


memastikan kombinasi yang berkesan bagi bangunan dan elemen
perkhidmatan seperti di hospital,yang mana pentingnya kawalan kos secara
efektif untuk mengoptimumkan penyelesaian rekabentuk yang tidak lari dari
bajet.

viii. Peningkatan kos tenaga memerlukan cara-cara penganggaran kos alternatif


bagi pemanasan dan penebat termal.

ix. Lebih banyak perhatian perlu diberikan kepada kitaran kos dan jumlah
taksiran keseluruhan kos.

x. Permintaan bagi corak dalam lingkungan elemen-elemen seperti penambahan


harga, kewangan, pengurusan dan pelaburan (RICS 1991).
C 4384 - EKONOMI BINAAN 2

b) Terangkan kaitan diantara rangkaian kerja yang dikeluarkan oleh Royal


Institution of British Architect ( RIBA ) dengan kawalan kos peringkat pra
-pembinaan. ( 20 markah )

12 peringkat kerja dalam RIBA : -

Permulaan

Kajian Kemungkinan

Cadangan kasar

Rekabentuk skima

Rekabentuk Terperinci

Maklumat Pengeluaran

Senarai bahan

Tindakan tender

Perancangan projek

Operasi di tapak

Penyiapan

Maklumbalas
C 4384 - EKONOMI BINAAN 2

1. Permulaan

- Menunjukkan keinginan klien untuk mendirikan


bangunan,menyediakanorganisasi pentadbiran dan melantik arkitek serta
lain-lain perunding jika perlu.

- Kos juga akan dibincangkan pada peringkat ini tetapi selagi ringkasan
dari klien masih berubah-ubah,anggaran kasar sesuatu projek tidak boleh
ditetapkan lagi.

2. Kajian kemungkinan

- Pada peringkat ini arkitek dan perunding lain akan mengkaji kehendak
- kehendak klien.pasukan pereka bentuk seharusnya bekerjasama untuk
memberi cadangan dan nasihat kepada klien supaya sesuatu keputusan
terbaik dapat dibuat.

- Penting dalam sesuatu projek bagi menentukan keuntungan projek.


Dalam membuat anggaran dan perancangan kos bergantung penuh
kepada keperluan klien dari aspek kewangan sesuatu projek.

- Kos belanjawan sesuatu projek boleh ditentukan dengan salah satu


cara berikut :

a) Klien memberi anggaran kos dan perunding mestilah mengesahkan


anggaran tersebut.

b) Perunding membuat anggaran.

3. Cadangan kasar

- Menentukan pendekatan am terhadap rekabentuk, susunatur, dan cara


pembinaan untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa. Kehendak-
kehendak klien pada peringkat ini benar-benar ditetapkan dan dianggap
boleh dilaksanakan.
C 4384 - EKONOMI BINAAN 2

- Arkitek mula mengkaji alternatif rekabentuk dan pembinaan.Kajian


berkaitan keperluan pengguna, masalah teknikal, rekabentuk, perancangan
dan kos akan dilakukan.

- Beberapa lukisan dihasilkan dan jurukur bahan dikehendaki memberi


panduan mengenai kos dan seterusnya menilai kesan-kesan kewangan
terhadap alternatif rekabentuk. Jurukur bahan menyediakan Rancangan
Kos Kasar mengikut kumpulan elemen.

4. Reka bentuk skima

- Untuk melengkapkan ringkasan klien dan membuat keputusan tentang


cadangan termasuk dari segi perancangan, penampilan, cara pembinaan,
spesifikasi dan kos.

- Ringkasan klien akan disiapkan atau ditamatkan dan masalah-masalah


perancangan yang besar akan diselesaikan. Reka bentuk kasar juga akan
dihasilkan termasuklah lukisan kasar seperti keratin, pandang sisi, lukisan
kemudahan dan kemasan, dan lain-lain.

5. Reka bentuk terperinci

- Segala keputusan akhir setiap masalah akan diselesaikan. Rekabentuk


penuh bagi setiap bahagian dan kompenan bangunan dan segala yang
berkaitan akan dihasilkan.

- Jurukur bahan dikehendaki membuat Kajian Kos Bandingan terhadap


beberapa jenis pembinaan, bahan-bahan, dan tatatur perkhidmatan yang
berbeza dan akan menyelaraskan pengagihan kos di dalam Rancangan Kos
sekiranya perlu.

- Jurukur bahan juga dikehendaki membuat Semakan Kos secara berterusan


bagi menjamin rekabentuk selaras dengan Rancangan Kos.
C 4384 - EKONOMI BINAAN 2

6. Maklumat pengeluaran

- Menyediakan maklumat-maklumat pengeluaran dan membuat keputusan


akhir secara jelas bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan.

- Lukisan kerja akhir disediakan bagi menghasilakan senarai kuantiti.


Perunding, subkontraktor dan pembekal dikehendaki memberi spesifikasi
dan penerangan penuh termasuk sebutharga yang sebenar.

- Jurukur bahan akan meneruskan semakan kos terhadap data –data yang
dihasilkan berbanding dengan Rancangan Kos.

- Jurukur bahan juga boleh menasihati arkitek berkenaan kewangan dan


tataatur kontrak projek, termasuk syarat-syarat kontrak, sub-kontrak,
pemilihan tender dan lain-lain.

7. Senarai bahan

- Segala maklumat akan dilengkapkan bagi tujuan mendapatkan penender


yang layak.

- Senarai bahan dan dokumen yang berkaitan akan disediakan. Jurukur


bahan pula akan menyediakan anggaran pra-tender.

8. Tindakan tender

- Peringkat di mana penender yang layak akan dipilih.Penender akan


dijemput untuk memasuki tender sama ada melalui proses tender secara
terbuka, terpilih atau perbincangan. Laporan akan diserahkan kepada klien
dan klienlah yang akan membuat keputusan muktamat.
C 4384 - EKONOMI BINAAN 2

- Penender yang dipilih akan menendatangani perjanjian tawaran dan


penerimaan dengan klien dan selepas daripada ini beliau dikenali sebagai
kontraktor utama projek.

9. Perancangan projek

- Di peringkat ini tapak akan diserahkan kepada kontraktor .Kontraktor akan


menyediakan program kerja mengikut syarat-syarat kontrak,ringkasan dan
spesifikasi.

- Kontraktor akan menguruakan insurans prijek untuk memulakan kerja di


tapak.

- Jurukur bahan akan menyiapkan dokumen kontrak dan akan terus


menyemak kos projek.

10. Operasi di tapak

- Kontraktor akan melaksanakan kerja di tapak sehinggalah projek siap.


Seterusnya perunding akan mengawasi kerja-kerja pembinaan yang
dilikukan, membuat penilaian kerja dan bayaran kepada kontraktor.

11. Penyiapan

- Setelah projek siap dibina ianya hendaklah diserahkan kepada klien untuk
didiami. Kontraktor hendaklah dilaksanakan kerja-kerja pembaikan
semasa tempoh kecacatan projek.

- Sebelum projek diserahkan kepada klien, projek mestilah diperiksa dan


sijil menduduki projek hendaklah diperolehi daripada pihak berkuasa.
C 4384 - EKONOMI BINAAN 2

- Jurukur bahan akan melaksanakan tugas terakhir iaitu menyediakan


penyata akuan dan akaun akhir projek.

12. Maklumbalas

- Merupakan peringkat yang akan menganalisis pengurusan,pembinaan, dan


prestasi secara keseluruhan dengan merujuk kepada rekod kerja projek
yang disiapkan. Maklumat ini boleh digunakan sebagai maklumat untuk
projek akan datang.

- Terdapat juga sesetengah organisasi klien yang memerlukan kajian kos


semasa penggunaan disediakan terutama bagi bangunan yang akan
disewakan. Selain daripada itu, jurukur bahan boleh menyediakan juga
analisis kos projek berdasarkan anggaran pra-tender, tender dan akaun
akhir.

c ) Terangkan terminologi - terminologi berikut : - ( 20 markah )

i. Kos dalam gunaan ( cost in use )

- Merupakan satu penyiasatan terhadap kos keseluruhan projek bangunan yang


meliputi kos umum, penyelenggaraan dan kos yang berjalan meliputi jangka hayat
sesebuah bangunan tersebut.
- Menyediakan satu kaedah untuk mengetahui kos secara umum tetapi tidak
memperlihatkan kesukarannya terhadap amnya.
- Kos dalam gunaan ini juga dipengaruhi oleh kitaran kos.
- LCC bertindak sebagai kos keseluruhan asset termasuklah kos tanah dan kos
operasi.
- Ini juga termasuklah kemungkinan mengambilkira kos pembuangan pada akhir
operasinya.
C 4384 - EKONOMI BINAAN 2

ii. Perancangan kos ( cost planning )

- Seringkali dimaksudkan sebagai pengawalan terhadap kos projek dalam


lingkungan anggaran jumlah semasa peringkat merekabentuk dan biasanya
menjangkakan pelan kos dan penyediaan cek-cek kos.
- Menggunakan maklumat yang diperolehi daripada analisis kos untuk menilai kos-
kos tambahan yang mungkin berlaku bagi projek-projek pembinaan pada masa
akan datang.
- Perancangan kos juga mengambilkira rekabentuk sesebuah bangunan yang hendak
dibina samaada mencapai fungi-fungsinya.
- Mutu bahan serta komponennya turut diambilkira dalam perancangan kos bagi
menjamin mutu binaan serta kos penyelenggaraannya kelak.
- Merupakan aplikasi sistematik kriteria kos hingga projek merekabentuk, untuk
mengekalkan hubungan ekonomi antara kos, kualiti dan kualiti.

iii. Analisis kos ( cost analysis )

- Kebiasaannya diperolehi melalui nota, spesifikasi, data-data penting berkaitan


tapak bina, keadaan pasaran dan pelbagai kuantiti pelbagai, sebagai contoh ratio
lantai hingga dinding.
- Dilakukan selepas berakhirnya sistematik data kos.
- Sebagai suatu cara untuk anggar kos dan perancangan kos untuk projek baru.
- Analisis kos juga merupakan pemerincian terhadap kos bangunan yang telah
dirancang atau dibina dan di mana dihargakan dalam BQ ( bills of Quantities ) dan
tender.
- Ianya dikenali sebagai langkah “ post – mortem ” tetapi hakikatnya adalah lebih
penting kerana dapat dijadikan panduan dalam merekabentuk dan menganggar kos
bagi projek-projek baru.
C 4384 - EKONOMI BINAAN 2

iv. Kajian kos ( cost research )

- Merupakan seluruh kajian terhadap penyiasatan kos bangunan dan hubungan


lainnya, seperti penyelenggaraan dsn kos-kos lain yang berjalan.
- Ini adalah untuk memberikan maklumbalas positif berkaitan informasi yang
seterusnya boleh dijadikan panduan dalam merancang danmengawal kos untuk
projek-projek pada masa akan datang.
- Ini termasuklah kompilasi simpanan data informasi kos statistik yang lain dalam
komputer.

You might also like