Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT AGUNG

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KLANG UTAMA

MINIT MESYUARAT KELAB CATUR & CONGKAK

BIL 1/2019

Tarikh : 30 Januari 2019

Masa : 11.45 pagi – 12.45 tengah hari

Tempat : Bilik Sumber Sukan

Penasihat : 1) Pn. Engku Khadijah Binti Engku Mustaffa


2) Pn. Roziah Bin Ator
3) Pn. Helen Anak Daniel Siken
4) Pn. Kalaivani A/P Egamulum

Kehadiran(Bilangan) : 41 Ahli

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN KETUA GURU PENASIHAT


1.1 Pn. Engku Khadijah Binti Engku Mustaffa dijemput memulakan mesyuarat ini dengan
bacaan doa oleh ahli-ahlinya. Pengerusi seterusnya mengucapkan salam dan
mengalu-alukan kehadiran guru dan ahli-ahli kelab catur & congkak bagi sesi 2019.
Beliau berharap pada tahun ni program yang dirancang akan berjalan lancar.
1.2 Pengerusi menjelaskan perjalanan mesyuarat kali pertama kepada semua ahli dan
apa yang perlu mereka lakukan bagi memilih AJK bagi sesi 2019. Pengerusi
menasihati ahli-ahli agar memilih wakil mereka berdasarkan kemampuan rakan
mereka menjalankan tugas ,bukan sebab lain.
Tindakan : Makluman

LAPORAN AKTIVITI DAN PERBENTANGAN PERANCANGAN TAHUNAN


1.4 Guru Penasihat memaklumkan tentang masa serta peraturan perjumpaan mingguan.
1.5 Beliau juga menjelaskan yuran ahli akan dikenakan sebanyak RM10 setahun dan
dipersetujui oleh semua ahli. Yuran keahlian ini akan digunakan untuk Jamuan Akhir
Tahun.
1.6 Sesi perlantikan AJK bagi sesi 2019 telah dilaksanakan dan seterusnya sesi berkenalan
dengan AJK baru.
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


- Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Semua ahli kelab dikehendaki hadir pada setiap kali perjumpaan.
5.2 Ketua Guru Penasihat mengharapkan agar semua AJK sesi 2019 dapat memberi
kerjasama yang padu dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan.
Beliau juga mengharapkan agar semua ahli dapat datang pada mesyuarat akan
datang.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................… ... ……...............................………........……………..


(NURUL SYAHIRA BT NASRI) (ENGKU KHADIJAH BINTI ENGKU MUSTAFFA)
Setiausaha Ketua Guru Penasihat
Tarikh : 30 Januari 2019 Tarikh : 30 Januari 2019

You might also like