Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JALAN SETESYEN PALOH, 86600 PALOH

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT dan TMK BIL.1/2019

Tarikh : 19.02.2019 (Selasa)

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SJKT Jalan Setesyen Paloh

Pengerusi : Pn.R.Jammunaa

Kehadiran(Bilangan) :4 / 4

1. Pn.R.Jammunaa
2. En.R. Ramesh Kumar
3. PN.N.Prema

Turut Hadir (Jika ada) :


1. Pn.V.Vigneswary (Guru Besar)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 - Pengerusi mengalu alukan kedatangan guru - guru ke mesyuarat panitia kali
pertama Tahun 2019.
1.2 - Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana
menjayakan program – program panitia pada tahun 2018.
1.3 - Beliau juga berharap agar program – program tahun ini akan dijalankan dengan
lancar seperti tahun lepas.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 - Dicadang untuk disahkan oleh En.R. Ramesh Kumar

2.2 - Disokong untuk pengesahan oleh PN.N.Prema

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. - Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1 – Pengerusi membentangkan visi misi panitia dan ahli jawatankuasa panitia RBT
dan TMK bagi tahun 2019.

4.2 – Pengerusi membentangkan pelan strategik dan operasi bagi tahun 2019.
Sebanyak tiga program dirancang pada tahun ini dengan tujuan untuk
memantapkan panitian RBT dan TMK. Ketiga-tiga program tersebut telah
dipersetujui oleh semua ahli panitia. Guru Besar meminta menambahkan
program inovasi dan meminta untuk mengambil bahagian dalam pertandingan
inovasi di luar negara bagi meningkatkan kemenjadian murid.

4.3 – Beliau menyatakan markah sebanyak 50% dari hasil kerja murid bagi projek
RBT dan TMK akan dicampurkan dalam peperiksaan Pertengahan Tahun dan
Akhir Tahun. Cadangan beliau disokong oleh semua guru. Beliau juga berharap
cadangan ini diteruskan pada tahun seterusnya.

4.4 – Guru Besar meminta untuk menceriakan bengkel RBT sebelum bulan Mac
supaya dapat memberi tumpuan penuh dalam program lain.

4.5 – Pengerusi meminta guru-guru menyimpan semua hasil kerja murid bagi
matapelajaran TMK dalam satu folder dalam desktop murid sebagai evidens.
Beliau juga meminta guru untuk menetapkan desktop bagi semua murid supaya
semua hasil kerja mereka disimpan dalam satu desktop dan ia memudahkan
kerja guru untuk merujuk hasil kerja murid.

Tindakan: Semua guru

4.6. Program Tahunan


4.6.1 – Pengerusi membentangkan program tahunan bagi tahun 2019.

4.6.2 – Program – program tahunan adalah seperti berikut :-


 Mengemaskini dan menceriakan Bilik RBT
 Pertandingan ICT
 Pertandingan Membuat Slide atau Video
 Pertandingan Ecolife Challange

4.6.3 – Program – program tahunan adalah berasaskan pencapaian murid.

Tindakan: Semua Guru

4.7. Penggunaan Buku Rampaian


4.7.1 – Pengerusi menetapkan bilangan buku rampaian iaitu satu buah buku
untuk matapelajaran RBT dan TMK. Buru rampaian perlu dilabelkan.

4.7.2 – Semua guru bersetuju dengan bilangan buku yang ditetapkan oleh
Pengerusi.

4.8. Rancangan Pengajaran Harian


4.8.1 – Pengerusi memberi penjelasan tentang cara menulis RPH berasaskan
abad ke 21 beserta dengan contoh sekali.

4.8.2 – Beliau juga telegram contoh RPH kepada semua guru.

4.9. Pemberian latihan


4.9.1 – Pengerusi mencadangkan minimum satu latihan bagi teori yang
diajar.

4.10. Stok dan kewangan


4.10.1 – Pengerusi menyatakan PCG bagi panitia RBT dan TMK belum
diberitahu oleh pembantu. Beliau meminta guru-guru menyenaraikan
barangan yang diperlukan dalam nota minta dan serahkan pada beliau.

Tindakan: Semua guru

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Guru Besar meminta guru-guru memastikan semua projek bagi RBT dan TMK
dijalankan.Beliau guru-guru menggunakan makmal komputer dan bengkel RBT bagi
matapelajaran RBT dan TMK.

Tindakan: Semua guru


PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Setiausaha dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya pada bulan April
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

Pn.R.Jammunaa
Pengerusi Panitia RBT dan TMK
Tarikh : 24.02.2019

You might also like