Professional Documents
Culture Documents
Taksonomi Dan Domain
Taksonomi Dan Domain
TAKSONOMI BLOOM
-Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma
berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ].
Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa
bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-
bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
- Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu:
I Domain Kognitif
II Domain Afektif
III Domain Psikomotor
Domain Kognitif
- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan
perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah
dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara
yang asli dan kreatif.
- Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori
dan kefahaman.
- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa
kini.
Domain Afektif
- Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.
- Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri
dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.
- Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau
bias (bayangan perasaan).
Domain Psikomotor
- Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang dimanipulasi
atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf.
- Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Kesimpulan
- Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
- Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
- Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
Pengetahuan
- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat
dan nama yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan,
nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
- Contoh soalan :-
- Pelancong Barat lebih suka……………..di bawah matahari.
A. dijemur
B. berjemur
C. berjemur
D. menjemur
Kefahaman
- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep,
prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan,
huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
- Contoh soalan :-
- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :
- “ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.”
A. Ke manakah Fahrin pergi?
B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?
C. Siapakah yang pergi ke hospital?
D. Fahrin berada di hospital?
Aplikasi
- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan
kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan
dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
- “ Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.”
Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan
pakaian itu?
i. Sejuk iii. mendung
ii. Berangin iv. Panas
A. i dan ii sahaja
B. i dan iii sahaja
C. ii dan iv sahaja
D. iii dan iv sahaja
Analisis
- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor
perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan,
mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
(a) Bezakan maksud ‘bersama’ dengan ‘bersama-sama’.
(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.
Sintesis
- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta
mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan,
bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat.
Penilaian
- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan
mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu
penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Contoh soalan :-
Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
………………………………………………………………………………
TAKSONOMI KRATHWOHL
- Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap
positif.
Perwatakan
Organisasi
Penilaian
Gerak balas
Penerimaan
Penerimaan
- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa
atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal
bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran
mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau
keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2
bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek
tertentu dan terus memberi perhatian .
Gerak balas
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek
atau situasi.
Penilaian
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan
sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan
itu boleh dipratikkan.
Organisasi
- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
Perwatakan
- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.
PENTAFSIRAN
Satu proses untuk mendapatkan maklumat dan penghakiman tentang produk pendidikan.
Proses-langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
Maklumat- bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditafsir.
Produk-pengetahuan, kemahiran, nilai yang pelajar perolehi melalui proses pendidikan.
Penghakiman- proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
Konteks pendidikan
ü Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang bagi
tujuan tertentu.
ü Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti dijalankan
semasa p&p, aktiviti dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan
pembelajaran yang baik.
PENGUJIAN
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab,
atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku
atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970), “Ujian ialah satu prosedur
yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya
dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di
atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian
adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkanoleh murid di dalam
keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar
untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah1991:2).
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan
diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang
diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/
pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah
seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran
atau sikap yang ingin disampaikan guru.
PENILAIAN
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana
mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat
anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat
dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat
dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan,
penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah.
Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan
nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv)
menyatakan penilaian sebagai “proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna
dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”.
Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul
dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah
tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan ataukeputusan yang tepat
berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang
melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.
Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran
yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi
aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding
matlamat asalnya.
Tujuan JPU
-Ujian tidak dibina secara sembarangan
-Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
-Panduan kepada penggubal soalan
-Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa
-Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang
Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)
Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis
soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukaran
Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian
iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian
mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah.
Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian
akhir tahun
PEMBINAAN UJIAN
Jenis Item Ujian
Ujian objektif
contoh
Item jawapan pendek
i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23
ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat?
i. ____________
Item jawapan melengkapkan
i. Haiwan yang memakan daging dinamakan
__________
ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut
a. Johor __________
b. Perlis __________
Jenis Cantuman/Gabungan
Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki
mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul
Contoh:
Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?
I. Jong
II. Rakit
III. Perahu
IV. Kapal layar
A. I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
(A) RM17.00
(B) RM19.00
(C) RM 21.00
(D) RM 23.00
(A) oksigen
(B) hidrogen
(C) nitrogen
(D) karbon dioksida
Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid
ialah
Ujian Esei/Subjektif
Soalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulis
Tindak balas berbentuk terhad atau lanjutan
Memerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei penuh
(lanjutan)
Penilaian
Con: Nilaikan idea
Mengikut …, apakah pendapat anda
Panduan Menulis Soalan Esei
Tetapkan dahulu tugasan soalan yang hendak dibina
Mulakan setiap tugasan dengan perkata an seperti: huraikan, bandingkan dsb
Tentukan setiap tugasan soalan jelas dan tidak mengelirukan
Sebaiknya soalan dapat membezakan calon yang benar-benar belajar dapat faedah
kesimpulan
JPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan sama ada ujian
itu sah atau boleh dipercayai
Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui
Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan
pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan
UJIAN FORMATIF
merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan-sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.
TUJUAN
Mengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.
Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran.
Pelajar mengetahui kelemahan mereka.
Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p-tingkatkan pencapaian dalam peperiksaan.
UJIAN SUMATIF
v Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal atau akhir tahun).
v Bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun serta
keberkesanan sesuatu kurikulum.
Contoh :- Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR dan PMR
TUJUAN
¡ Memberikan gred kepada pelajar – membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar.
¡ Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.
ü Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap tentang tajuk pengajaran,objektif pengajaran dan
bilangan pengajaran
ü Memastikan keesahan ujian dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin
disampaikan
2. Membina Soalan
ü Soalan dibina berdasarkan kepada JSU dan haruslah menguji objektif pengajaran yang telah
ditetapkan
ü Kertas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yang perlu dijawab
UJIAN BAKAT
Ø Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh
pelajar.
UJIAN PENCAPAIAN
ü Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk
yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi.
ü Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru
ü Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diuji
Tujuan
ü Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang
pelajar dalam sesuatu bidang.
ü Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan
biasiswa dan sebagainya.
ü Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya
¡ Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ujian rujukan norma dan ujian kriteria
¡ Ujian Rujukan Norma – membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain ( UPSR).
¡ Ujian Rujukan Kriteria – membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu
seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan
Perbezaan antara Taksonomi Bloom dan Anderson
Taksonomi Bloom
Teori Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956 untuk tujuan
pendidikan. Teori ini mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh murid
kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
a) Domain kognitif
Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hierarki
kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi. Domain kognitif dibahagikan kepada
6 aras.
c) Domain psikomotor
Domain psikomotor pula bertujuan untuk mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran
ini diterapkan melalui proses latihan industri, uji kaji makmal dan lawatan teknikal.
Teori Anderson
Pada tahun 1994, Lorin Anderson telah menambah baik teori Taksonomi Bloom agar sesuai
dengan kemajuan zaman. Hasilnya pada tahun 2001 Anderson telah membuat perubahan pada
domain kognitif iaitu perubahan daripada penggunaan kata kunci daripada kata nama kepada
kata kerja. Perubahan tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:
Sumber:
http://thesecondprinciple.com/teaching-essentials/beyond-bloom-cognitive-taxonomy-revised/
Mengikut pandangan Anderson, tiga aras pertama (terendah) merupakan Lower Order Thinking
(LOT). Manakala tiga aras berikutnya (tertinggi) adalah Higher Order Thinking(HOT).
1. Sebelum kita memahami sesebuah konsep maka kita harus mengingatnya terlebih dahulu.
5. Sebelum kita mencipta maka kita haruslah mengingat, memahami, menganalisis, mengaplikasi
dan menilainya terlebih dahulu.